TEMPAT TARIKH HARI MASA BILANGAN YANG TERIBAT

: : : : :

Pusat Ekuin, UTM Skudai. 02 Jun 2010 Rabu 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari i. 18 orang murid ii. 6 orang guru iii. 1 orang Pembantu Pengurusan Murid

BILANGAN KESELURUHAN AKTIVITI

: :

25 orang i. Menunggang kuda ii. Melawat sekitar UTM, Skudai

1. PENGENALAN Panitia Pemulihan dan Pendidikan Khas telah mengadakan program lawatan sambil belajar iaitu menunggang kuda. Aktiviti ini dijalankan di Pusat Ekuin, UTM Skudai. Program ini merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memberikan pengalaman sebenar menunggang kuda. Program ini juga sedikit sebanyak membantu murid untuk mempelajari sesuatu pembelajaran dengan lebih berkesan seperti mengenal dan menamakan haiwan. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, program ini berjalan lancar dan menyeronokkan. Mereka begitu teruja dapat menunggang kuda. Para guru juga tidak melepaskan peluang untuk cuba menunggang kuda. Selain itu penglibatan sekolah lain seperti SJK (T) Ladang Kulai Besar, SK Senai Utama, SJK (C) Pulai dan SK Taman Muhibah telah memeriahkan lagi program ini.

2. KELEBIHAN PROGRAM Terdapat pelbagai kebaikan program lawatan sambil belajar ini dijalankan. Melalui program ini :i. ii. iii. iv. v. Murid sangat seronok dan teruja dapat menunggang kuda. Murid dapat menimba pengalaman baru serta menambahkan ilmu pengetahuan. Murid dapat bersosialisasi dan berkomunikasi bersama rakan-rakan baru serta orang awam. Meningkatkan keberanian serta keyakinan murid terhadap diri mereka sendiri. Murid dapat melihat dan mengenal haiwan secara lebih dekat dan realiti.

3. KELEMAHAN PROGRAM i. Kawalan Murid Disebabkan jamuan makanan disediakan pada jam 10.30 pagi maka ada beberapa orang murid tidak dapat mengawal emosi kerana lapar. Namun, guru-guru dapat mengawal dengan baik dengan memberi murid-murid makanan dan minuman yang dibawa oleh guru dari rumah. ii. Terapi Ada beberapa orang murid tidak dapat memberanikan diri untuk menunggang kuda. Mereka kelihatan takut dan menangis apabila disuruh untuk menunggang kuda. Terapi kuda untuk murid-murid ini boleh dikira berjaya kerana dapat memupuk sifat berani dalam diri murid apabila guru berjaya memujuk murid untuk menyentuh dan mengusap badan kuda. iii. Kuantiti Kuda Kuda yang disediakan oleh pihak Pusat Ekuin tidak mencukupi kerana mereka menyediakan 4 ekor kuda sahaja sedangkan terdapat 4 buah sekolah lagi yang menyertai program ini iaitu SJK (T) Ladang Kulai Besar, SK Senai Utama, SJK (C) Pulai dan SK Taman Muhibah. Maka, muridmurid tidak puas bermain dan menunggang kuda. iv. Masa Disebabkan kuantiti kuda yang tidak mencukupi untuk memberi perkhidmatan menunggang kepada 5 buah sekolah maka masa yang ditetapkan oleh pihak Ekuin untuk menunggang adalah terhad iaitu sekitar 5 minit untuk 1 pusingan.

4. CADANGAN MEMPERBAIKI KELEMAHAN PROGRAM i. ii. iii. iv. Membuat T-shirt seragam untuk guru dan murid bagi untuk kegunaan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah agar mudah bagi para guru untuk mengenal pasti murid-murid mereka. Membawa bekalan makanan dari rumah untuk mengelakkan murid dalam kelaparan. Membuat latihan awal sebelum menunggang kuda sebenar seperti mengenal dan menyentuh haiwan terlebih dahulu. Meningkatkan kawalan untuk mengawal murid-murid ketika mengadakan program luar bilik darjah.

5. KOS SEBENAR BIL 1 BIL Pakej (Tiket, fasilitator, makanan dan minuman) PERKARA RM 15.00 x 25 orang KOS (RM) 375.00

2

Pengangkutan

RM 4 x 25 orang

100.00

JUMLAH

370.00

6. PENUTUP Secara keseluruhannya, program ini amat bermakna bagi murid-murid pendidikan khas kerana sedikit sebanyak memberi pendedahan mengenai realiti kehidupan masyarakat normal di luar sana. Selain mengenal pengangkutan darat dan haiwan-haiwan, murid-murid juga dapat bergaul dengan orang awam dan melihat situasi sebenar pada tempat yang dilawati. Oleh yang demikian, program ini seharusnya dilaksanakan pada masa-masa akan datang supaya pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna.

Disediakan Oleh

Disemak Oleh

Disahkan Oleh

……………………………………………..

……………………………………………….

…………………………………………………

( Pn Adibah Binti Md. Yunos ) Guru Pendidikan Integrasi SJK ( C ) Kulai 2

( En Adanan Bin Ramli ) GPK Pendidikan Khas Integrasi SJK ( C ) Kulai 2

( En Chua Lay Kah ) Guru Besar SJK ( C ) Kulai 2

LAMPIRAN
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

~~ TERAPI KUDA ~~

SENARAI NAMA MURID

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 Lee Jia Lok Liew Kit Wei Goh Jun Wen

NAMA MURID

KATEGORI Sindrom Down Sindrom Down Autisme Autisme Autisme Autisme Autisme Autisme Hiperaktif Autisme Autisme Cerebral Pulsy Autisme Terencat Akal Ringan Autisme Sindrom Down Sindrom Down Hiperaktif

Fong Chin Ann Loo Yi Chun Tai Fei Huang Tai Teng Da Chew Sheng Yu Chia Sheng Fu Chan Shu Perng Hang Jing Torng Law Hew Xuan Leong Jia Yang Loh Shi Min How En Qi Sia Hui Xin Tan Yi Peng Vincent Tan

SENARAI NAMA GURU DAN PPM BIL 1 2 3 4 5 6 7 EN ADANAN BIN RAMLI PN TAI CHOK HAU PN KAMSIAH BINTI ISHAK PN HAFIDA BINTI ABDUL RAHMAN PN NUR AZURA BINTI YUSOP PN. ADIBAH BINTI MD YUNOS PN SAHRAH BINTI DAHLAN ( PPM ) NAMA GURU DAN PPM

GAMBAR AKTIVITI SEMASA MENAIKI KERETAPI DAN MELAWAT ZOO JOHOR

Bersama dengan rakan-rakan dari sekolah lain.

Bersama En. Azam, Pengurus Pusat Ekuin UTM

Aku seekor kuda..

Mengenal dan menyentuh kuda

Memakai topi keselamatan

Meletakkan kaki dengan betul

Menaiki kuda

Menunggang kuda

Mari menunggang kuda..

VIDEO SEPANJANG AKTIVITI TERAPI KUDA

RESIT BAYARAN

i.

Resit bayaran kepada Pihak Ekuin untuk pakej minuman. No resit : 8016 - 8020

-

Tiket, fasilitator, makanan dan

ii.

Resit pengangkutan No resit : 17556, 17557, 17558 dan 53462. *rujuk muka surat sebelah

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful