RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Rancangan Pengajaran Harian adalah tugas yang perlu disempurnakan oleh pelajar IPG yang menjalani latihan praktikum di sekolah. Ia ditulis di dalam Buku Persediaan Mengajar pelajar yang dibekalkan oleh IPG masing-masing dan akan disemak, dipantau dan dinilai oleh guru pembimbing, pensyarah pemantau IPG, pensyarah pembimbing dan individu yang dibenarkan (dalam kes-kes khas). Ia disiapkan sebelum memasuki kelas yang akan diajar. Persediaan ini boleh dilakukan di sekolah ataupun di rumah. Banyak butiran yang terdapat di dalam Rancangan Pengajaran Harian ini (rujuk contoh). Perlu diingat, penulisan Rancangan Pengajaran Harian ini ditulis mengikut kehendak IPG. Oleh itu berbincang dengan pensyarah pembimbing tentang kehendak IPG ini

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful