Bacaan Pagi

Ini burung. Ini burung saya. Burung ini warna hitam. Burung boleh terbang. Burung makan ulat.

Ini loceng. Saya ada loceng. Di sekolah ada loceng. Bunyi loceng sangat kuat. Loceng berbunyi 3 kali sehari di sekolah.

Ini basikal saya. Saya suka menunggang basikal. Setiap hari saya menunggang basikal. Saya menunggang basikal pergi ke sekolah.

Ini pokok. Ini pokok mangga. Pokok mangga ada daun. Daun pokok warna hijau. Saya suka makan mangga.

Ini gunting. Gunting sangat tajam. Gunting boleh potong kertas. Saya ada gunting. Gunting saya warna hijau.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful