GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENANAMAN SAWIT DI KAWASAN TANAH GAMBUT

1.0

PENGENALAN

Perkembangan industri sawit negara telah menampakkan peningkatan keluasan tanaman kepada lebih 4.0 juta hektar sehingga akhir 2008 yang diusahakan dengan komoditi ini. Senario ini telah menyebabkan keluasan tanah yang dikategorikan baik untuk sawit berkurangan. Ada petanda bahawa penanaman sawit di masa hadapan akan tertumpu di kawasan tanah bermasalah atau marginal seperti gambut, asid sulfat, tanah curam dan lain-lain.

Tanah gambut dengan anggaran keluasan 2.6 juta hektar merupakan tanah dengan beberapa masalah tertentu dan memerlukan teknik-teknik pengurusan yang baik untuk menjadikannya lebih produktif. Pengamalan teknologi yang disyorkan membolehkan pengeluaran hasil BTS tanaman sawit di tanah gambut setanding dengan penghasilan di kebanyakan tanah liat mineral.

2.0

TAKRIF TANAH GAMBUT

Tanah gambut ditakrifkan sebagai tanah yang mempunyai ketebalan lapisan bahan ogranik melebihi 0.5 m bagi kedalaman tanah yang melebihi 1.0 m. Bahan organik tanah pula ditakrifkan sebagai bahan yang mempunyai sifat kehilangan berat melebihi 60% selepas pembakaran.

Bagi tujuan penanaman sawit, secara praktiknya tanah gambut boleh dikelaskan berdasarkan kepada tahap pereputan bahan organik serta berdasarkan kedalaman lapisan bahan organik. Faktor kedalaman dan

1

pereputan bahan organik mempengaruhi kaedah pengurusan dan amalan agronomi tanaman sawit di tanah gambut.

Jadual 1 - Pengkelasan Tanah Gambut Berdasar Jenis dan Tahap Pereputan Bahan Organik

Klasifikasi Fibric

Ciri

Berwarna kecoklatan, sebahagian besar bahan organik belum mereput dan mudah dikelapasti. Ketumpatan pukal tanah sangat rendah (< 0.1 g/cc) dan keupayaan pegangan air tinggi Sederhana sifatnya iaitu berada di antara sifat Fibric Hemic dan Sapric Berwarna gelap, bahan organik telah mereput. Sapric Ketumpatan pukal tanah tinggi (> 0.2 g/cc) dan keupayaan pegangan air rendah Sumber: Paramananthan, 2000

Tanah gambut Jenis Fibric

Tanah gambut Jenis Sapric

2

Jadual 2 - Pengkelasan Tanah Gambut Berdasarkan Kedalaman Lapisan Bahan Organik1 Serta Kesesuaian Agronomi2

Klasifikasi

Kedalaman (sm)

Kesesuaian Agronomi

Cetek Sederhana dalam Dalam Tersangat dalam Sumber:
1 2

50 - 100 100 - 150 150 - 300 > 300

Sangat sesuai Sesuai Sesuai Marginal

= Paramananthan et al., 1984 = Fairhurst et al., 1998

Tanah gambut dikategorikan sebagai tanah yang bermasalah (marginal soil) yang selalunya ditemui di sepanjang kawasan pedalaman yang rendah dekat dengan kawasan pantai dan mengandungi saliran yang

tidak baik. Antara limitasi yang menjejaskan kejayaan penanaman sawit adalah: • • •

kepadatan pukal tanah rendah keronggaan tanah berlebihan susutan/kecutan tanah yang selalunya tinggi pada peringkat awal pembangunan atau pembersihan kawasan penanaman menyebabkan pokok sawit tumbang mengakibatkan banyak bahagian akar

terbongkas dan terdedah ke udara serta menjadi rosak • • • paras air yang tinggi (selalu dalam keadaan tenggelam) pH rendah (< 3.5) kadar C/N tinggi serta rendah tahap kesuburan terutama nutrien K dan P dan nutrien mikro

3

• •

pengikatan unsur zat pemakanan dalam baja oleh asid organan dalam gambut seperti asid karboksilik, phenolik dan asid amino lain dan keupayaan penampanan tanah tinggi

3.0

PENANAMAN SEMULA POKOK SAWIT

3.1

Teknik Penanaman Semula Pokok Sawit

Penanaman semula di tanah gambut boleh dilaksanakan menggunakan berbagai teknik. Teknik-teknik tersebut adalah seperti berikut: • •

Teknik pembakaran sempurna – pokok sawit tua ditumbangkan beserta akar dan pangkal batang dikorek, dikumpul dan dibakar. Teknik pembakaran separa – pokok sawit tua yang mati diracun, ditebang dan disusun di lorong tanaman untuk pembakaran, bahagian yang tidak terbakar dijadikan bahan sungkupan benih sawit yang ditanam.

• •

Teknik pembakaran sifar – mesra alam dan telah berjaya dilaksanakan dari segi teknikal dan ekonomi. Teknik tanam bawahan – anak sawit ditanam antara barisan pokok lama diikuti dengan penjarangan pokok lama dalam jangka masa 1224 bulan selepas anak benih ditanam.

4

Teknik pembakaran sempurna

Teknik pembakaran separa

Teknik pembakaran sifar

Teknik tanam bawahan

5

Walaupun banyak teknik boleh digunakan dalam penanaman semula sawit di tanah gambut, faktor-faktor berikut perlu diambil kira dalam pemilihan tersebut:

i.

Tumbesaran pokok sawit di kawasan pembakaran sifar adalah sama atau lebih baik daripada di kawasan pembersihan sempurna. Dilaporkan bahawa di kawasan pembakaran sifar, pengeluaran BTS adalah lebih tinggi walaupun tidak signifikan berbanding di kawasan pembersihan sempurna. Status nutrien daun dalam kawasan pembakaran sifar lebih baik (terutamanya P dan K) daripada kawasan pembersihan sempurna

ii.

Pembakaran boleh mengakibatkan berlakunya kebakaran tanah gambut yang tidak terkawal. Pembakaran biojisim pokok sawit juga mengakibatkan kehilangan yang tinggi terhadap bahan organik, nitrogen dan sulfur yang sepatutnya boleh ditambahkan ke tanah selain kehilangan bahan sungkupan dan humus kepada tanah

iii.

Pengurusan biojisim pokok sawit secara pembakaran adalah tidak dibenarkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan Akta Alam Sekitar – kawalan Udara Bersih Tahun 1978

iv.

Teknik tanam bawahan meningkatkan serangan kumbang badak dan penyakit Ganoderma (penyakit RPB) serta prestasi hasil rendah terutama apabila penjarangan dan kaedah pemusnahan pokok tua tidak dijalankan dengan sempurna seperti disyorkan

v.

Di kawasan populasi kumbang badak amat tinggi, pembersihan sempurna dan pembakaran separa adalah lebih diutamakan

vi.

Bagi mengawal dan mencegah penyakit RPB dari menyerang pokok sawit, kaedah sanitasi inovatif adalah disyorkan kerana ia berkesan dalam mengurangkan serangan penyakit RPB

6

Teknik Sanitasi Inovatif Sebelum Tanam Semula Sawit

1

2

3

4

5

6

7

8

7

3.2

Teknik Pengurusan Biojisim Inovatif Semasa Penanaman Semula Sawit

Kajian MPOB pada tahun 2001 telah memperkenalkan teknik pengurusan biojisim inovatif semasa penanaman semula sawit. langkah-langkah berikut perlu dipraktikkan: • • Pokok tua ditumbang dan dicincang dengan menggunakan jentolak 120 HP yang dipasang dengan chipping bucket Batang dan pelepah diracik 5 – 10 sm tebal dan pada sudut 45 – 60o supaya ianya reput dengan cepat manakala pangkal batang sawit tua perlu dikorek dan lubangnya dikambus semula • Semua biojisim pokok sawit dilonggokkan di sepanjang lorong antara barisan pokok tidak melebihi 2 meter tinggi dan tepi longgokan sekurang-kurangnya 1 meter dari lubang tanaman dengan had longgokan sepanjang 30 meter • Disyorkan semua biojisim yang telah diracik diselerakkan rata 3 – 4 m lebar di barisan tanaman. Teknik ini didapati dapat mempertingkatkan pertumbuhan pokok, Dalam teknik ini

mengurangkan keperluan pembajaan sehingga 50% bagi tempoh lima tahun pertama, sebagai bahan sungkupan yang dapat memulihara kelembapan tanah serta mengurangkan masalah rumpai di samping mengurangkan kos penanaman semula

8

3.3

Sistem Parit Ladang

Sistem parit ladang yang cekap dan berkesan membolehkan paras air ladang dikawal pada paras 70 - 90 sm dari permukaan tanah bagi pertumbuhan dan penghasilan pokok yang maksima di samping mengurangkan masalah susutan Sistem saliran juga berfungsi mengawal paras air supaya tidak terlalu tinggi bagi mengelakkan keadaan air bertakung di ladang. Air bertakung tidak sesuai untuk perkembangan pokok sawit, menjejaskan penghasilannya serta menyulitkan urusan ladang.

Pembinaan pintu air adalah penting dan bilangannya adalah satu unit bagi setiap 40 – 50 hektar dan dibina secara kekal menggunakan konkrit atau bahan lain yang dapat berfungsi mengawal air di ladang mengikut paras yang ditentukan. Semasa penanaman semula, parit ladang lama yang diperlukan hendaklah digali semula manakala yang tidak diperlukan dikambus. Jadual 3 - Spesifikasi dan Justifikasi Sistem Parit Ladang Spesifikasi & Justifikasi Parit Besar Menurunkan paras air sebelum kerja pembangunan dimulakan Parit Utama Menyalir keluar air berlebihan dari ladang ke parit besar Parit Pengumpul Menyalir keluar air berlebihan dari blok tanaman ke parit utama 1.5 – 2.5 0.5 – 1.0 1.5 – 2.0 45 - 50 Parit Ladang Menyalir keluar air berlebihan dari dalam blok ke parit pengumpul 1.0 – 1.5 0.5 – 1.0 0.5 – 1.0 150 - 300

Fungsi

Saiz (m) Lebar atas Lebar bawah Dalam Intensiti (m/hektar)

4.0 – 6.0 2.0 – 3.0 3.0 – 4.0 Mengikut keperluan

3.0 – 5.0 1.5 – 2.0 2.0 – 2.5 10 - 15

9

Parit ladang

Parit pengumpul

Parit utama 3.4 Sistem Jalan Ladang

Pintu air

Sistem jalan ladang perlu dirancang dan dibina mengikut justifikasi dan spesifikasi yang betul bagi mengelakkan kesulitan operasi ladang dan peningkatan kos penyelenggaraan ladang. Rangkaian jalan ladang dibina selari dengan rangkaian sistem parit dengan jarak kedudukan antara jalan dan parit ialah 2 hingga 4 meter: • •

Jalan utama :

selari dengan

parit utama dengan ukuran lebarnya

4.5 - 5.5 meter dan intensiti ialah 10-15 meter/ hektar. Jalan ladang : selari dengan parit pengumpul dan ukuran lebarnya 3.5 - 4.0 meter dan intensiti ialah 45-50 meter/ hektar.

10

Jalan ladang

3.5

Kepadatan Tanaman

Secara umumnya kepadatan atau jarak tanaman sawit bergantung kepada tahap kedalaman lapisan gambut. Kepadatan tanaman yang

tinggi iaitu sehinggga 200 pokok/hektar adalah disyorkan bagi kawasan yang berisiko tanggi serangan penyakit Reput Pangkal Batang (RPB)

Jadual 4 - Syor Kepadatan Tanaman Sawit di Tanah Gambut

Jenis Tanah Gambut Cetek Sederhana dalam Dalam

Kepadatan Tanaman (bil. pokok/hektar) 148 160 160

Jarak (m) Antara pokok 8.83 8.50 8.50 Antara baris 7.65 7.36 7.36

11

3.6

Teknik Penanaman •

Gambut cetek dan sederhana yang dipadatkan - teknik penanaman lubang dalam lubang dengan saiz 1.0 x 1.0 x 0.3 meter bagi lubang besar dan 03 x 0.3 x 0.3 meter bagi lubang kecil

• •

Gambut dalam dan sederhana yang tidak dimampatkan – teknik penanaman lubang biasa Teknik penanaman lubang condong sehala adalah disyorkan di tanah gambut dalam. Kaedah ini dapat mengurangkan kehilangan hasil BTS kesan kejadian pokok condong atau tumbang selain tidak menjejas lorong laluan dalam ladang.

Lubang condong sehala yang disyorkan bagi penanaman sawit di tanah gambut dalam

12

3.7

Penyediaan Lorong Tuai • •

Paras air tanah dan kepadatan pukal tanah rendah menyukarkan pelaksanaan sistem mekanisasi operasi ladang Penyediaan lorong tuai dengan menambak bahagian tengah lorong tuai menggunakan tanah gambut membolehkan sistem mekanisasi ladang dijalankan termasuk semasa kerja menanam

Lorong tuan secara cambering membolehkan sistem mekanisasi operasi ladang dilaksanakan

Teknik penyediaan lorong tuai yang salah memberi kesan terhadap arah kecondongan pokok sawit

13

3.8

Tanaman Kacang Penutup Bumi •

Kajian MPOB mendapati tanaman kacang penutup bumi

Mucuna

bracteata adalah sangat sesuai ditanam di tanah gambut berbanding tanaman penutup bumi yang lain • Keistimewaan tanaman ini ialah ianya tahan lindungan,

kemarau, penyakit dan perosak di samping pertumbuhan cepat

Mucuna bracteata

14

4.0

PENUTUP

Penanaman sawit di kawasan

tanah

gambut

terus

berkembang

melibatkan pihak swasta dan juga pekebun-pekebun kecil kerana telah mendapat pulangan yang memuaskan. Program penyelidikan dan

pembangunan (R & D) untuk membaiki sifat-sifat tanah gambut terus dijalankan agar hasil BTS dapat ditingkatkan setanding dengan penghasilan di tanah mineral.

Pengurusan air ladang yang cekap dan effisen, amalan menanam dan agronomi yang betul dan penyediaan pemakanan kepada sawit dengan kadar yang mencukupi dan seimbang adalah merupakan kriteria utama menentukan kesesuaian sesuatu kawasan tanah gambut untuk dimajukan dengan penanaman sawit dan harus diberi perhatian.

Semoga garis panduan ini dapat membantu pegawai pelaksana di lapangan dalam mengurus penanaman sawit di tanah gambut oleh pekebun kecil agar mendapat pulangan yang optimum walaupun kekangan-kekangan seperti keperluan mekanisasi operasi ladang, pokok condong dan tumbang, perosak dan penyakit tanaman terus merupakan cabaran yang perlu ditangani dengan bijak.

Disediakan oleh

Unit Pemindahan Teknologi Bahagian Pengembangan dan Kesejahteraan Rakyat RISDA

15

5.0

RUJUKAN:

1.

Esnan A.G. Pembangunan dan Pengurusan Sawit Di Tanah Gambut. Malaysian Palm Oil Board (MPOB), Bangi.

2.

Hasnol O. 2004. Kaedah Penanaman Semula Sawit Di Kawasan Tanah Gambut

16

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful