1

Abstrak
Oleh:
Ng Elvira Gunsin, Arnold Marciano, Dyendebe Elver Norintin dan ZiIIora Tami
Penyelia: Manniseh Yakun

Secara keseluruhannya, kajian ini telah mengkaji mengenai punca masalah
mengantuk yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 6 Atas SMK Narinang 2011.
Dengan terungkainya persoalan tersebut, kajian ini mencadangkan penyelesaian
masalah untuk kepentingan dan manIaat responden supaya proses pembelajaran
mereka teratur. Setelah dikenalpasti, tidak cukup tidur, tidur berlebihan, makan
terlalu banyak, dan pembacaan hanya satu hala adalah punca utama pelajar
mengantuk semasa belajar. Masalah ini memberikan kesan yang negatiI kepada
pembelajaran, emosi dan kehidupan seharian pelajar. Untuk mendapatkan data dari
responden, kajian dilakukan melalui borang soal selidik yang dianalisis
menggunakan peratusan. Didapati bahawa kurang tidur pelajar merupakan punca
utama pelajar mengantuk. Dengan 58.33 ° pelajar tidur 11.00 p.m dan bangun
seawal 5.00 a.m sebanyak 72.22 °. Cara untuk mengatasi masalah mengantuk
ialah mengamalkan cara pemakanan yang seimbang, rutin tidur yang sihat dan
teratur, menguruskan stress dengan baik, dan pengubahsuaian persekitaran tidur.













2

A 1
Pendahuluan
Pengenalan
Tidur ialah keadaan rehat badan semula jadi yang dialami seluruh dunia
Iauna. Tidur diamalkan oleh semua mamalia dan burung, dan turut diperhati pada
kebanyakan reptilia, amIibia dan ikan. Bagi manusia, mamalia-mamalia lain dan
kebanyakan besar haiwan-haiwan lain yang pernah dikaji seperti ikan, burung,
semut, dan bari-bari. Tidur secara kerap adalah penting untuk kemandirian.
Namun, tujuan tidur tidak jelas sepenuhnya, sebaliknya masih menjadi titik tengah
kaji selidik yang berterusan.

Secara umumnya ialah semua manusia akan tidur di waktu malam. Rutin
harian tidur di waktu malam dan berjaga di waktu siang perlu diikuti dengan betul.

Terdapat beberapa punca masalah mengantuk iaitu dari aspek cara
pemakanan pelajar, pelajar yang kekurangan tidur atau terlebih tidur, kurangnya
bersenam dan bersemangat pelajar yang kurang berminat untuk belajar. Masalah
yang dikenalpasti ialah para pelajar Tingkatan 6 Atas SMKN sesi 2011 seringkali
rasa mengantuk semasa berada di dalam kelas ketika P&P sedang berjalan.

Beberapa tips yang dicadangkan untuk menyelesaikan masalah pelajar iaitu
pelajar perlu dapatkan tidur yang cukup, buat senaman ringan untuk
merenggangkan otot-otot yang letih seperti jari tangan, kepala, lengan,
pengambilan makanan yang seimbang dan guru-guru perlu memberi kelonggaran
kepada pelajar untuk makan makanan ringan seperti gula-gula ketika P&P sedang
berjalan supaya pelajar tidak mengantuk dalam kelas atau kuliah. Guru-guru juga
perlu menggunakan kemudahan IT dalam P&P.

Persoalan Kajian
Beberapa persoalan kajian yang cuba dijawab dalam kajian ini seperti berikut :
i) Apakah punca utama masalah mengantuk dalam kalangan pelajar
Tingkatan 6 Atas SMK Narinang.
ii) Apakah masalah mengantuk mengganggu proses pembelajaran pelajar.
3

Pernyataan Masalah
Menurut Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad (2010), ramai pelajar yang
apabila mahu belajar akan terasa mengantuk. Ada pula yang tidak sampai 10 minit
berada depan buku, mata terasa berat. Tidak tahu apa yang dibaca dan ini
merugikan diri pelajar itu sendiri.

Beberapa sumber menyatakan punca mengantuk. Tengku Asmadi (2010),
tidur tidak cukup, tidur berlebihan, makan terlalu banyak, badan terlalu letih, tiada
minat belajar dan membaca hanya satu hala sahaja menjadi punca utama
mengantuk.

Dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 Atas SMK Narinang, ramai didapati
mengalami masalah mengantuk semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam
kelas.

Oleh yang demikian, kajian ini akan mengkaji tentang masalah mengantuk
dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 Atas khususnya di SMK Narinang.

Objektif
ObjektiI utama kajian ini adalah untuk mengkaji punca masalah mengantuk
dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 Atas SMK Narinang.

Di samping itu, kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti kesan masalah
mengantuk terhadap pengajaran dan pembelajaran(P&P). Sehubungan
dengan itu, beberapa tip mengatasi masalah mengantuk juga dicadangkan
berdasarkan punca yang dihadapi.

Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian kepada organisasi atau individu yang terlibat ialah
dapat mengetahui punca-punca kenapa mereka mengantuk dan dapat
menyelesaikan masalah tersebut dengan adanya cadangan penyelesaian masalah.

Selain daripada itu, kajian ini juga boleh digunakan oleh para guru untuk
membantu para pelajar mengatasi masalah mengantuk semasa proses pengajaran
dan pembelajaran(P&P) dalam kelas.

Sumbangan daripada kajian ini kepada individu ialah memberi kesedaran
tentang masalah mengantuk akan memberi kesan terhadap pembelajaran pelajar.
Pelajar akan menyedari bahawa tidur dalam kelas menyebabkan prestasi pelajaran
akan merosot dan otak mereka akan menjadi kurang aktiI. Ini menyebabkan pelajar
menjadi kurang motivasi belajar. Masalah mengantuk akan dapat diatasi dengan
mudah apabila para pelajar mengetahui punca masalah yang dihadapi oleh mereka.

$kop Kajian
Skop kajian yang dilakukan tertumpu kepada lingkungan para pelajar
Tingkatan 6 Atas sesi 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan Narinang (SMKN).
Pelajar Tingakatan 6 Atas ini dipilih untuk memudahkan kajian ini dijalankan. Ini
untuk mendapatkan bukti yang sah dan ini merupakan objek yang paling hampir
dengan kajian. Skop kajian ini dihadkan kepada pelajar Tingkatan 6 Atas sahaja
bagi memudahkan kajian djalankan. Selain itu, kajian ini akan dijalankan dengan
menggunakan soal selidik bagi mendapatkan maklumat mengenai permasalahan
mengantuk dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 Atas.

Penutup/Rumusan
Bab ini membincangkan tentang pengenalan kajian yang mendeIinisikan
maksud kajian yang akan dijalankan. Dalam bab ini menyatakan tentang objektiI-
objektiI kajian. Kajian ini juga membincangkan masalah mengantuk yang dihadapi
oleh para pelajar Tingkatan 6 Atas. Selain itu, kajian ini menyatakan tentang
kepentingannya kepada para pelajar dan para guru. Skop kajian yang akan
dijalankan juga dinyatakan dalam bab ini.

5

A 2
Kajian Literatur/Kajian Lepas
Pengenalan
Pertubuhan Kesihatan Mental Malaysia mengatakan orang dewasa
memerlukan 6 8 jam tidur sehari. Kanak-kanak pula memerlukan masa tiduryang
lebih panjang. Manakala usia warga emas memerlukan masa yang lebih pendek di
antara 5 jam sehaja. Masalah tidur juga merujuk kepada gangguan pada corak
tidur. Sebab-sebab utama yang boleh menyebabkan kecelaruan tidur termasuk gaya
hidup seseorang. Contohnya mengambil kerja shiI yang kerap serta tidak tertidur.
Di samping itu, masalah-masalah Iizikal seperti mengalami kesakitan, masalah
pernaIasan, kerap kencing malam serta mempunyai gangguan psikologi atau
penyakit mental seperti skizoIrenia, kemurungan, kebimbangan dan stress. Selain
itu, penggunaan dadah dan alkohol serta Iaktor persekitaran seperti terlalu bising,
panas atau terang juga menyebabkan masalah mengantuk.
Menurut Nabil Bin Ahmad Pala (2007), tidur adalah proses yang amat
diperlukan oleh manusia untuk pembentukan sel-sel tubuh yang baru serta
memberi waktu organ tubuh untuk beristirehat selain menjaga metabolisme tubuh.
Hal penting yang terjadi pada saat kita tidur adalah menurunkan Irekuensi
gelombang otak.
Puan Noraini Ahmad (2007), mengatakan masalah yang dihadapi pelajar
iaitu mengantuk serta menguap sebaik-baik sahaja memulakan pembelajaran atau
mengulangkaji pelajaran.
Disamping itu, pelajar berasa bosan dengan pelajaran kerana dikelilingi
dengan buku pelajaran dan kerja sekolah sejak berumur 7 tahun lagi.

Punca masalah mengantuk
Menurut Mohd Hasani Dali (2009), punca masalah mengantuk adalah
disebabkan keadaan Iizikal yang lesu, kedudukan seseorang pelajar didalam kelas,
dan pelajar yang mempunyai masalah disiplin kerana mereka kurang berminat
dengan subjek tertentu. Selain itu, Tengku Asmadi (2010), turut mengatakan
bahawa mengantuk adalah disebabkan pelajar tidak mempunyai tidur yang cukup
6

namun sesetengah pelajar pula mengambil masa tidur yang berlebih-lebihan.
Pelajar yang makan terlalu banyak dan keadaan badan mereka yang terlalu letih
menyebabkan mereka mengantuk. Sesetengah pelajar yang aktiI dalam aktiviti ko-
kurikulum menyebabkan badan mereka letih dan mereka akan mengantuk.
Tambahan pula, tiada minat untuk belajar dan membaca hanya satu hala turut
menjadi Iaktor-Iaktor masalah mengantuk.

Kesan Masalah Mengatuk
Menurut Mohd Hasani Dali (2009), sebarang tingkahlaku yang ditunjukkan
oleh pelajar di kelas, mempengaruhi proses P&P yang dijalankan tingkahlaku ini
walaupun di anggap biasa bagi seseorang tetapi ianya memberi kesan terhadap
guru, rakan sekelas serta persekitaran pembelajaran.
Seorang guru mungkin akan berasa tidak yakin terhadap apa yang diajar
seperti timbulnya persoalan 'adakah cara mengajar yang aku gunakan terlalu
boring¨ ataupun akan menimbulkan perasaan marah dan kurang senang kerana
tidak dihormati.
Suasana persekitaran pembelajaran pula di umumnya akan kelihatan kurang
ceria, tidak aktiI serta tidak merangsang minat pelajar yang lain sekiranya terdapat
beberapa orang pelajar yang tidur di dalam kelas sebelum atau selepas proses P&P
berlangsung.
Para ibubapa juga akan menghadapi masalah jika mempunyai anak yang
merupakan kaki tidur. Mereka perlu dikejutkan setiap kali untuk pergi ke sekolah
di awal pagi. Anak mereka mungkin akan dikenakan tindakan disiplin kerana lewat
ke sekolah.
Selain itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Mental Malaysia, kesan daripada
masalah mengantuk boleh mengganggu pemikiran, emosi, dan tingkahlaku. Ia juga
menjejaskan kerja, pembelajaran dan perhubungan seharian. Anda akan cepat
menjadi marah, sukar mengawal emosi, sukar memberi tumpuan, kemungkinan
boleh membuat kesilapan berisiko terlibat dalam kemalangan dan kecederaan.

7

ara Mengatasi Masalah Mengantuk
Menurut Pertubuhan Kesihatan Mental Malaysia (2008), masalah
mengantuk dapat diatasi dengan mendapatkan bantuan proIessional iaitu doktor
pakar bagi mengenal pasti punca masalah diri pelajar. Para pelajar perlu amalkan
gaya hidup sihat dan menguruskan stress dengan cara yang baik, hindari dari
penyalahgunaan dadah, alkohol, dan bahan larangan yang lain . Amalkan rutin
tidur yang sihat dan teratur. Pengalaman tidur yang sihat adalah melalui
mengubahsuai persekitaran tidur anda, tukar tabiat anda yang menjejaskan
kesihatan diri sendiri. Tidur apabila rasa mengantuk sahaja. Pelajar perlu
menyimpan satu diari tidur untuk mencatit jumlah jam dan kualiti tidur sendiri
serta elakkan dari membeli ubat tidur terus kaunter .
Abu Musaddad (2008), pula menerangkan mengantuk boleh diatasi dengan
13 langkah iaitu senaman ala Taichi sebagai permulaan untuk memanaskan badan
dan ia juga melegakan bahu dan leher anda. Gerakkan kepala ke kanan dan ke kiri
dan sebaliknya lakukan kembali. Kemudian tepuk dahi dengan kuat supaya
mengantuk hilang, buat gerakan tangan dan badan, serta goyang-goyangkan kaki
dan badan sedikit. Lebih agresiI lagi untuk menghilangkan semua tekanan.
Pusingkan kepala dan tengok muka cermin sambil goyang-goyangkan badan dan
terakhir sekali lakukan joget kucing untuk menghilangkan rasa mengantuk.
Muhammad Zakaria (2009), pula menerangkan cara pemakanan yang tidak
sesuai menyebabkan kita berasa mengantuk. Makan pagi yang sesuai untuk mereka
yang pergi ke sawah dan tengah hari perlu makanan yang berat. Makan pagi untuk
mengelakkan rasa mengantuk seperti bijirin yang mudah dihadam dan memberi
banyak tenaga, buah-buahan, air mineral, Iresh orange dan susu yang memberi
tenaga.
Rumusan
Dalam bab ini membincangkan tentang kesinambungan pengenalan kajian
yang dijalankan. Selain itu, bab ini menyatakan tentang punca-punca masalah
mengantuk. Kajian ini turut membincangkan tentang kesan masalah mengantuk
terhadap proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bagi seorang pelajar. Dalam
kajian ini menyatakan tentang beberapa cadangan untuk mengatasi masalah
mengantuk dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 Atas di SMK Narinang.
8

A 3
Methadologi kajian.
Teknik Kajian
Data kajian diperolehi melalui borang soal selidik. Borang soal selidik
terdiri daripada 12 soalan. Soalan 1 hingga 6 adalah mengenai latar belakang
pelajar, manakala soalan 7 hingga 12 ialah mengenai aktiviti harian pelajar.
Responden kajian ini ialah semua pelajar Tingkatan 6 Atas Sekolah
Menengah Kebangsaan Narinang sesi 2011. Untuk kesahan dan kebolehan
percayaan soal selidik yang disediakan, semakan oleh guru Bahasa Melayu
dilakukan. Di samping itu, guru lain juga telah membuat semakan semula bagi
meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan soal selidik tersebut. Soal selidik
kemudian diedarkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas untuk mendapatkan
data kajian. Setelah data diperolehi daripada responden, data dianalisis dengan
menggunakan peratusan.
Dapatan.
Berdasarkan data yang diperolehi daripada soal selidik, jadual 3.1
menunjukkan pelajar yang berumur 19 tahun adalah peratusan yang paling tinggi
iaitu 79.19 ° dan yang berumur 18 tahun hanya 20.83 ° sahaja.

Jadual 3.1: Peratusan bilangan responden mengikut umur.
Umur (tahun) Peratus(º)
18 20.83
19 79.17

Jadual 3.2 menunjukkan peratusan bilangan mengikut jantina. Pelajar
perempuan adalah sebanyak 66.67 °, manakala pelajar lelaki pula hanya hanya
3.33 °. Hal ini, menunjukkan jumlah pelajar perempuan adalah lebih banyak
berbanding jumlah pelajar lelaki.

9

Jadual 3.2: Peratusan mengikut jantina.
antina Peratus (º)
Perempuan 66.67
Lelaki 33.33

Jadual 3.3 pula menunjukkan seramai 30.56 ° pelajar yang tidak pernah
berjumpa dengan doktor dalam setahun. Peratusan yang paling tinggi ialah 33.33
° iaitu jumlah peratusan pelajar yang berjumpa dengan doktor 3 kali setahun.
16.67 ° bilangan responden berjumpa dengan doktor sekali. 12 ° dan 5.56 °
bilangan pelajar masing-masing mempunyai kekerapan 7 dan 5 kali berjumpa
dengan doktor setahun. Bilangan yang paling sedikit adalah 1.39 ° bilangan
responden yang berjumpa lebih dari 7 kali setahun dengan doktor.
Jadual 3.3: Peratusan bilangan kekerapan responden berjumpa dengan doktor
dalam setahun.
Kekerapan Peratus (º)
Tidak pernah 30.56
1 kali 16.66
3 kali 3.33
5 kali 5.56
7 kali 1.39
Lebih dari 7 kali 12.5

Jadual 3. menunjukkan pendapatan ibu baa responden sekitar RM 0 RM
500 adalah sebanyak 51.39 ° , 38.89 ° lagi berpendapatan RM 500 RM 1000
dan 8.23 ° yang berpendapatan sekitar RM 1000 RM 2000. Peratusan bilangan
paling sedikit ialah 1.39 ° , dimana ibu bapa yang berpendapatan RM 2000 dan ke
atas.

10

Jadual 3.: Peratusan bilangan pendapatan ibu bapa.
Pendapatan(RM) Peratusan(º)
0-500 51.39
500-1000 38.89
1000-2000 8.23
2000 ke atas 1.39

Jadual 3.5 menunjukkan pelajar yang tinggal di rumah sendiri adalah
peratusan bilangan yang paling tinggi iaitu 66.66 ° , manakala yang tinggal di
asrama pila ialah 29.17 ° dan rumah sewa adalah .17 °.

Jadual 3.5: Peratusan bilangan tempat tinggal.
Tempat tinggal Peratus (º)
Asrama 29.17
Rumah sendiri 66.66
Rumah sewa .17

Jadual 3.6 menunjukkan sebanyak 62.5 ° pelajar yang datang ke sekolah
dengan menaiki kenderaan dan 37.5 ° lagi adalah berjalan kaki.

Jadual 3.6: Peratusan bilangan cara pelajar datang ke sekolah.
ara Peratus(º)
alan kaki 62.5
Menaiki kenderaan 37.5

11

Jadual 3.7 menunjukkan kebanyakan pelajar tidur pada jam 11.00 p.m ,
iaitu dengan peratusan sebanyak 58.33 ° . Diikuti dengan pelajar yang tidur lebih
awal iaitu jam 10.00 p.m iaitu sebanyak 33.33 ° . 27.78 ° lagi tidur pada jam
12.00 a.m dan 8.33 ° pada jam 01.00 0.00 a.m . waktu bangun pada waktu
pagi, peratusan yang paling tinggi ialah 72.22 ° iaitu pada jam 5.00 a.m , 19.9 °
pada ja 6.00 a.m dan 6.95 ° pada jam 0.00 a.m . Hanya 1.39 pelajar yang bangun
pada jam 07.00 10.00 a.m.

Jadual 3.7: Peratusan bilangan waktu tidur pada waktu malam dan bangun pada
waktu pagi.
aktu Masa Peratus(º)
Tidur malam 10.00 p.m 8.33
11.00 p.m 58.33
12.00 p.m 27.78
01.00 0.00 a.m 5.56
angun pagi 0.00 a.m 6.95
05.00 a.m 72.22
06.00 a.m 19.
07.00 10.00 a.m 1.39

Jadual 3.8 menunjukkan seramai 73.6 ° responden tidur pada waktu
petang. Manakala 26.39 ° lagi yang tidak tidur pada waktu petang.

Jadual 3.8: Peratusan bilangan pelajar tidur dan tidak tidur waktu petang.
Tidur (Ya/tidak) Peratus (º)
Ya 73.61
Tidak 26.39

12

Jadual 3.9 menunjukkan 62.5 ° pelajar yang belajar sebelum tidur, 36.1 °
lagi menonton televysien dan 1.39 ° lagi bersembang. Purata peratusan aktiviti
pagi pelajar yang paling banyak ialah sebanyak 68.06 ° iaitu belajar dan 31.9 °
lagi bersantai. Pada waktu petang pula, kebanyakan pelajar bersukan iaitu dengan
peratusan 3.72 ° diikuti dengan 27.78 ° pelajar yang belajar, sebanyak 23.61 °
lagi tidur dan 13.89° adalah bersembang.

Jadual 3.9: Peratusan bilangan aktiviti pelajar.
aktu Aktiviti Peratus (º)
Malam Belajar 62.5
Menonton televysien 36.11
Bersembang 1.39
Pagi Belajar 68.06
Bersantai 31.9
Petang Belajar 27.78
Bersukan 3.72
Tidur 23.61
Bersembang 13.89

Jadual 3.10 menunjukkan seramai 62.5 ° pelajar mengambil sarapan
sebelum bertolak ke sekolah dan 37.5 ° lagi tidak.

Jadual 3.10: Peratusan bilangan pelajar yang mengambil sarapan pagi.
Mengambil sarapan pagi Ya Tidak
Peratus (º) 62.5 37.5

Jadual 3.11 menunjukkan majority pelajar menunjukkan semangat pelajar.
Buktinya 65.28 ° responden tidak bosan di dalam kelas dan hanya 3.72 ° lagi
menyatakan bosan.
13

Jadual 3.10: Peratusan bilangan pelajar bosan dalam kelas.
osan Ya Tidak
Peratus (º) 3.72 65.28

Jadual 3.12 menunjukkan bilangan pelajar yang tidak menunggu apa-apa
tawaran permohonan kerja atau melanjutkan pelajaran adalah peratusan yang
paling tinggi iaitu 51.39 ° manakala yang masih menunggu adalah sebanyak 8.61
°.

Jadual 3.12: Peratus bilangan pelajar menunggu tawaran kerja atau melanjutkan
pelajaran.
Menunggu Ya Tidak
Peratus (º) 8.61 51.39


Rumusan
Kajian telah dilakukan melalui borang selidik. Kemudian dianalisis
menggunakan peratusan untuk mendapat maklumat kajian menggunakan borang
selidik ini jelas menerangkan bahawa latar belakang dan aktiviti responden
mempengaruhi masalah mengantuk dalam kalangan mereka.
1

A 4
Kesimpulan
Pengenalan
Bab ini membincangkan kesimpulan kajian tentang masalah mengantuk
dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 Atas. Bab ini juga merangkumi cadangan
kajian pada masa akan datang tentang masalah mengantuk dalam kalangan pelajar.

Kesimpulan Kajian
Kajian ini telah merungkai segala persoalan yang telah dinyatakan iaitu
punca utama masalah mengantuk dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 Atas SMK
Narinang dan masalah-masalah mengantuk yang mengganggu proses pembelajaran
para pelajar. Selain itu, objektiI kajian dapat dicapai melalui borang soal selidik.
ObjektiI kajian ini turut mengkaji tentang punca masalah mengantuk dan
mengenalpasti kesan masalah ini terhadap Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).
beberapa cadangan telah dikemukakan dalam kajian ini.

Dalam kajian ini, responden kebanyakannya adalah berumur 19 tahun.
Pelajar perempuan yang mempunyai peratusan terbanyak iaitu 66.67° berbanding
pelajar lelaki. Ini menunjukkan pelajar perempuan lebih ramai berbanding pelajar
lelaki di sekolah ini. Pelajar perempuan lebih banyak mengalami masalah
mengantuk kerana perubahan mood atau emosi yang berbeza-beza sepanjang
kitaran haid. Hal ini demikian kerana, perubahan hormon merupakan Iaktor
seorang pelajar perempuan itu mudah berasa mengantuk.

Selain itu, pendapatan ibu bapa juga mempengaruhi masalah mengantuk
dalam kalangan pelajar. Ibu bapa kebanyakannya berpendapatan diantara RM 0
500. Ini menyebabkan ibu bapa tidak dapat menyediakan gizi yang seimbang
kepada seisi keluarga.

Pelajar yang tinggal di rumah sendiri lebih ramai mengantuk ketika proses
(P&P). Selain itu, cara pelajar datang ke sekolah juga mempengaruhi seseorang
mengalami masalah mengantuk. Pelajar yang berjalan kaki datang ke sekolah lebih
ramai mengantuk berbanding mereka yang menaiki kenderaan. Ini kerana pelajar
tersebut berasa penat akibat perjalanan mereka yang jauh.
15

Kebanyakan pelajar tidur pada jam 11.00 pm tetapi mereka bangun awal
pada waktu pagi iaitu pada jam 5.00 am. Ini menjadi penyumbang pelajar berasa
mengantuk. Ini menyebabkan pelajar hanya dapat melelapkan mata selama 6 jam
sahaja, walhal pelajar seharusnya tidur selama 7 8 jam sehari. Ini menunjukkan
pelajar kurang tidur.

Ramai pelajar yang tidur pada waktu petang kerana ingin membayar
hutang tidur` mereka pada sebelah malam. Masalah ini akan menjadi masalah
serius jika tidak dikawal dengan baik.

Berdasarkan kesimpulan kajian ini, kita dapat merungkai segala persoalan
yang telah dinyatakan. Kebanyakan masalah ini berpunca daripada Iaktor luaran.
Beberapa cadangan yang telah dikemukakan untuk mengatasi masalah ini.

adangan Kajian
Kajian ini telah membuat kesimpulan punca utama masalah mengantuk
dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 Atas SMKN.

Antara cadangan kajian pada masa akan datang adalah kajian tentang gizi
pemakanan dengan lebih terperinci. Kajian ini hanya mengkaji tentang
pengambilan makanan sewaktu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan
malam. Dicadangkan kajian akan datang, kuantiti makanan para pelajar setiap hari
perlu dikaji. Pemakanan pelajar yang tidak mengikut gizi pemakanan boleh
menyebabkan pelajar mudah mengantuk. Zat-zat makanan yang dimakan oleh
pelajar semasa sarapan, tengah hari dan malam mempengaruhi keadaan tubuh
badan pelajar pada keesokan hari. Kandungan glukosa dalam makanan yang
berlebihan menyebabkan pelajar mengantuk.

Selain itu, cadangan kajian akan datang tentang kandungan kolestrol dalam
makanan seharian pelajar. Oleh itu, pengambilan kolestrol dalam pemakanan
pelajar haruslah seimbang supaya tidak membawa masalah kesihatan pelajar.
16

Oleh itu, pemakanan yang sihat dapat mengelakkan masalah mengantuk
dalam kalangan pelajar Tingakatan 6 Atas. Kuantiti dan kualiti makanan perlu
seimbang bagi mengatasi masalah mengantuk.

Rumusan
Kajian ini telah membincangkan mengenai kesimpulan dan cadangan
kajian. Berdasarkan kesimpulan kajian, penyebab utama masalah mengantuk
dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 Atas di SMK Narinang ialah pemakanan yang
tidak seimbang. Dengan itu, cadangan untuk menyelesaikan masalah ialah
mengamalkan pemakanan yang seimbang.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful