1.0 MENAMATKAN SESI KELOMPOK. 2.0 TUJUAN DAN MATLAMAT MELAKUKAN FASA PENAMATAN.

Fasa penamatan kelompok. Semua sese perlu mengadakan sesi kelompok. Panjang seseuatu penamatan dalam kumpulan akan bergantung kepada masa sesi yang dilakukan dan juga jenis kelompok yang dilakukan. Sebagai contoh jika sesi dilakukan selama sejam, sesi penamatan mungkin akan mengambil masa selama 3 hingga 5 minit manakala jika sesei dilakukan selama 2 hingga 3 jam, penamatan mungkin akan mengambil masa selama 5 hingga 10 minit. Sesi penamatnan merupakan sesi untuk meringkaskan dan menjelaskan kembali isu yang telah dibincangkan dalam kelompok. Bagi group therapy atau support group, masa yang diperlukan adalah agak lama bagi menyatukan kembali isu yang dibincangkan, menjelaskan matlamat dan juga menyemak masalah yang belum selesai.

2.1 merumuskan dan menekankan kembali isi perbincangan yang utama.

Semasa sesi penamatan dilakukan kaunselor akan berpeluang untuk membawa ahli kumpulan untuk berkongsi pemikiran dan juga perasaan mereka terhadap sesi yang telah dijalankan.

Tujuan utama fasa penamatan adalah untuk menggabungkan kembali sesi dengan merumuskan dan menekankan kembali isi-isi penting yang telah dibincangkan. Contohnya jika dalam kumpulan tugasan atau perbincangan, isi utama ataupun keputusan boleh ditekankan kembali. Membincangkan kembali semua isi atau pengalaman akan membuatkan ahli kumpulan akan ingat kembali perkara yang dibincangkan, peluang untuk ahli mendengar apa yang penting kepada ahli lain selepas sesi tamat. Perkongsian ini akan mewujudkan kepercayaan dan kejelikitan yang tinggi diantara ahli kumpulan.

Adalah penting untuk memberitahu ahli bahawa sesi telah memasuki sesi penamatan. Cara ini boleh digunakan untuk melakukan sesi penamatan : a) Kita sudah sampai kepada pengakhiran sesi, jadi saya ingin awak tumpukan kepda sesi hari ini dan apa adakah ianya memberi makna kepada kamu. b) Saya rasa kita sudah berada pada tahap penamatan yang terbaik, jadi eloklah jika kita merumuskan kembali apa yang telah terjadi hari ini dan kemudiannya kita akan bincang secara ringkas tentang sesi yang berikutnya pada minggu depan. c) Disebabkan masa untuk sesi ini hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi, marilah kita aimbas kembali apa yang telah kiota lakukan dan bincangkan hari ini. d) Jadi, eloklah kita melakukan penamatan kerana sesi kita hanya tinggal lagi kurang dari sepuluh minit.

2.2 Meneguhkan komitment.

Dalam kebanyakan kumpulan ahli akan menjalankan tugasan atau adakalanya melakukan perubahan tingkah laku. Meneguhkan atau mengingatkan kembali komitmen tersebuty merupakan langkah yang bernilai. Contoh untuk melakukan peneguhan komitmen adalah :

Kaunselor : setiap orang daripada kamu semua telah berazam untuk melakukan beberapa perubahan dalam hidup. Memandangkan sesi kita akan ditamatkan, kita akan mengambil masa beberapa minit untuk melihat matlamat anda semua seara ringkas.

Chang : saya nak balik rumah minggu ini dan berazam tidah mahu bergaduh dengan ibu saya lagi. Kaunselor : emm..bagus chang. Tapi saya sarankan awak catatkan dan beritahu kami apa hasilnya nanti. Jadi, ada sesiapa lagi yang mersakan dia akan melakukan perubahan? John : emm...saya rasa saya perlu lakukan sesuatu tentang sikap saya yang suka keluar pada waklu malam. Kaunselor : apa yang awak ingin lakukan setelah perbincangan kita pada hari ini? John : saya akan bertanya isteri saya hari apa yang wajar untuk saya keluar sehingga lewat malam? Kaunselor : bukan ke tadi awak ada cakap awak hendak minta kebenaran daripada isteri awak untuk berada di luar sehingga lewat malam sekurang-kurangnya dua hari seminggu? Dan awak juga ada menyatakan yang awak akan mengajak isteri awak samaada dia ingin menyertai aktiviti lewat malam bersama-sama awak? John : oh ya...betul tu...itu bahagian yang penting. Tapi saya terlupa. Kaunselor : emm..awak dah tahu..jadi apa yang akan awak lakukan sekarang? John : saya akan bercakap dengan dia dan akan cuba bersikap terbuka dengan isteri saya.

Seperti contoh di atas contoh komunikasi bagi fasa penamatan adalah kaunselor-klien-kaunselorklien tetapi ianya bukanlah wajib.

2.3 menyemak isu yang tidak selesai ( unfinished bussiness)

fasa penamatan juga digunakan untuk menyemak kembali isu ahli kumpulan yang belum diselesaikan sepenuhnya. Kadangkala isu yang dibincangkan perlu dilakukan penambahan ketika sesi hampir tamat. Penambahan ini perlu dilakukan kerana adalakalanya kaunselor tidak melakukan penerokaan secara mendalam kerana untuk mengelakkan fokus berlaku hanya kepada ahli-ahli tertentu sahaja.

Dalam contoh diatas, kaunselor akan cuba mengingati klien tentang perkara yang telah dibincangkan dalam sesi sebelum ini. Klien akan mengikut komitmen yang telah mereka nyatakan dalam sesi sebelum ini. Penutupan yang bagus adalah penamatan yang mampu menjelaskan dan menonjolkan kembali keputusan yang telah dibuat sebelum ini.

Oleh itu ketika ini, kaunselor bolehlah bertanya kembali isu yang tidak diselesaikan sepenuhnya kepada ahli. Selain itu juga penyemakan isu yang tidak selesai ini juga berlaku untuk menyemak kembali samaada masih ada ahli yang menyimpan masalah. Dan jika ahli tersebut tidak mampu menyimpan masalah tersebut sehingga sesi yang berikutnya, kaunselor boleh meminta pandangan ahli lain untuk emmanjangkan sesi tersebut sehingga masalah ahli tersebut dapat dibantu. Jika ahli lain tidak bersetuju, kaunselor akan berjumpa ahli yang mempunyai masalah tersebut secara individu selepas sesi tersebut.

Bagi mengenalpasti samaada ahli mempunyai masalah yang belum diselesaikan, keunselor bolehlah menyatakan perkara berikut :

 ada atau tidak mana-mana ahli yang mesih belum dikeluarkan yang ingin mereka kongsikan? Kita akan cuba bincangkan jika ia tidak mengambil masa yang lama atau kita akan sambung semula pada sesi yang berikutnya.  Masih ada lagi atau tidak perkara yang belum selesai yang anda semua rasa perlu kita bincangkan untuk beberapa minit?

Jika berlaku desakan seperti masa, kaunselor hendaklah membawa isu yang belum diselesaikan itu ke sesi yang berikutnya. Namun apabila ahli menyatakan masalah yang masih belum selesai, kaunselor boleh untuk cuba membantu atau yakinkan ahli berkenaan bahawa mereka akan berbincang kembali isu berkenaan pada sesi yang berikutnya. Oleh itu jelaslah disini bahawa sesi penamatan amat penting bagi menyemak kembali apa yang belum selesai disamping mengingatkan kembali ahli tentang komitmen yang telah dilakukan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful