SEKOLAH KEBANGSAAN MALIM NAWAR, PERAK DARUL RIDZUAN.

KERTAS KERJA
“ PROJEK PEMURNIAN BILIK OPERASI SPBT SEKOLAH (BOSS) ”

Oleh : Syed Ahmad Fadzrool Bin Syed Mohd Fadzil Mohd Faris Bin Che Mohd Rahimi Norul Hidayu Binti Razak

Program Internship 2012 Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( Bahasa Melayu ) Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Ulu Kinta, Perak

1.0

Pendahuluan Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Pelatih dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek / aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang menjadi amalan dan budaya sekolah. Pada peringkat menjayakan program internship ini satu projek dikenal pasti sebagai satu aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah yang dipilih ialah “Projek memurnikan Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)”. Projek ini melibatkan tiga orang guru pelatih major Bahasa Melayu dalam membantu „memudahkan pengurusan dan perlaksanaan sistem buku teks sekolah‟.

2.0

Objektif umum Melalui projek pemurnian Bilik Operasi Buku Teks ini, kami dapat mengemaskini sistem penyelenggaraan Bilik Operasi Buku Teks Sekolah Kebangsaan Malim Nawar.

3.0

Objektif khusus Melalui projek ini, kami semua dapat :-

i.

Merancang dan melaksanakan aktiviti ataupun projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.

ii.

Memberikan peluang dengan mempelbagaikan kaedah yang sesuai dalam pengendalian buku teks di sekolah menggunakan sistem fail.

iii. iv.

Menambahkan kebersihan dan kecerian bilik Operasi SPBT Sekolah. Melancarkan pengurusan dan pengendalian keluar masuk dan pelupusan buku teks sekolah.

4.0

Tarikh / Tempoh / Masa

Tarikh Tempoh

: Julai 2011 : Bilik Operasi SPBT Sekolah.

Masa 5.0

:

Jawatankuasa Pelaksana

Penaung

:

En Zaini Bin Abdullah Sani Guru Besar SK Malim Nawar

Penasihat

:

En. Mohd Ridzuan Bin Fuad Guru Pen. Kanan Pentadbiran SK Malim Nawar

Penyelaras Projek

:

En. Mustafa Bin Hj Ahmad Razali Guru Pen. Kanan ko-kurikulun SK Malim Nawar

Pembimbing / Mentor Pengerusi Projek /

: :

En. Mior Radzuan Bin Abdul Razak Syed Ahmad Fadzrool Bin Syed Mohd Fadzil

Pelaksana Naib Pengerusi Projek / : Pelaksana Setiausaha Projek / Pelaksana : Norul Hidayu Binti Razak Mohd Faris Bin Che Mohd Rahimi

AHLI JAWATAN KUASA

Tahun 6

: :

Tahun 5

: :

Tahun 4

: :

Tahun 3

: :

6.0

Aktiviti yang dirancang :

I. II. III.

Membina carta alir pengurusan buku teks sekolah. Membuat sistem failing bagi buku teks sekolah. Membersih dan menceriakan bilik Operasi SPBT Sekolah

7.0

Penutup

Di harap melalui projek Pemurnian Bilik Operasi SPBT Sekolah ini akan dapat mengeratkan kerjasama antara guru pelatih dan guru – guru di sekolah. Pelatih juga di harapkan dapat mempelajari dan menimba sebanyak mungkin sumber ilmu yang ditemui sepanjang projek dan juga pengalaman yang amat berharga sebagai panduan menjadi guru suatu masa nanti. Pihak jawatankuasa juga memohon kerjasama dan tindakan dari pihak pengurusan sekolah agar dapat mempertimbangkan permohonan projek Pemurniaan Bilik SPBT Sekolah ini. Kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, wassalam.

Disediakan oleh ,

…………….………………………………

(NORUL HIDAYU BINTI RAZAK ) Setiausaha Projek Pemurnian Bilik Operasi SPBT Sekolah Program Intership 201 Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Hulu Kinta, Perak

Disemak oleh,

……………………………………….

(EN. MIOR RADZUAN BIN ABDUL RAZAK ) Mentor Program Internship Pelatih Major Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Malim Nawar, Perak.

Disahkan oleh,

……..………………………………

(EN ZAINI BIN ABDULLAH SANI ) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Malim Nawar, Perak.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful