P. 1
Melawat Ke Zoo Negara

Melawat Ke Zoo Negara

|Views: 12|Likes:
Published by Asap Khelong

More info:

Published by: Asap Khelong on Jul 02, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/20/2014

pdf

text

original

Melawat Ke Zoo Negara Pada musim cuti sekolah yang lalu, murid Tahun 4 Pintar dari Sekolah Kebangsaan

Pedas telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Zoo Negara. Mereka seramai 32 orang beserta dengan dua orang guru pengiring telah bertolak dari awal pagi dan sampai di sana kira-kira jam 9.00 pagi. Sebaik sahaja tiba, mereka telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan pertama dan kedua telah dibawa melihat ke kurungan buaya. Buaya-buaya tersebut sangat besar. Terdapat tiga ekor buaya sedang berjemur di tepi kolam manakala yang lain sedang berenang-renang di dalam air. Seterusnya, mereka melawat pula ke kandang kuda. Kandang ini sedikit luas berbanding kandang binatang yang lain. Terdapat seekor kuda betina sedang menyusukan anaknya yang baru lahir dan dua ekor kuda yang lain sedang diberi makan oleh penjaga zoo. Kumpulan tiga dan empat pula dibawa melawat ke kurungan orang utan. Kesemua orang utan di dalam kurungan itu sedang bergayut dari satu dahan ke dahan yang lain sambil menggendong anaknya. Kelihatan juga orang utan yang sedang bergayut itu sedang memegang pisang untuk dimakan. Selepas itu, mereka melawat pula ke kurungan gajah dan rusa. Gajah-gajah tersebut dirantai kakinya bagi mengelakkan mereka saling bergaduh dan juga menjaga keselamatan pengunjung yang datang. Haiwan rusa pula dilihat sedang memakan daun bersama sekawannya yang lain. Akhirnya, menjelang petang mereka mula bertolak pulang. Semua murid dan guru merasa seronok dapat menghabiskan masa dengan melihat binatang yang jarang dijumpai di zoo. Mereka berharap akan dapat datang lagi pada masa akan datang.

Melawat Ke Zoo Negara Pada musim cuti sekolah yang lalu, murid Tahun 4 Pintar dari Sekolah Kebangsaan Pedas telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Zoo Negara. Mereka seramai 32 orang beserta dengan dua orang guru pengiring telah bertolak dari awal pagi dan sampai di sana kira-kira jam 9.00 pagi. Sebaik sahaja tiba, mereka telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan pertama dan kedua telah dibawa melihat ke kurungan buaya. Buaya-buaya tersebut sangat besar. Terdapat tiga ekor buaya sedang berjemur di tepi kolam manakala yang lain sedang berenang-renang di dalam air. Seterusnya, mereka melawat pula ke kandang kuda. Kandang ini sedikit luas berbanding kandang binatang yang lain. Terdapat seekor kuda betina sedang menyusukan anaknya yang baru lahir dan dua ekor kuda yang lain sedang diberi makan oleh penjaga zoo. Kumpulan tiga dan empat pula dibawa melawat ke kurungan orang utan. Kesemua orang utan di dalam kurungan itu sedang bergayut dari satu dahan ke dahan yang lain sambil menggendong anaknya. Kelihatan juga orang utan yang sedang bergayut itu sedang memegang pisang untuk dimakan. Selepas itu, mereka melawat pula ke kurungan gajah dan rusa. Gajah-gajah tersebut dirantai kakinya bagi mengelakkan mereka saling bergaduh dan juga menjaga keselamatan pengunjung yang datang. Haiwan rusa pula dilihat sedang memakan daun bersama sekawannya yang lain. Akhirnya, menjelang petang mereka mula bertolak pulang. Semua murid dan guru merasa seronok dapat menghabiskan masa dengan melihat binatang yang jarang dijumpai di zoo. Mereka berharap akan dapat datang lagi pada masa akan datang.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->