Tadabbur Surah 112 – Al-Ikhlas (Makkiyah

)
Kajian Manhaj Oleh – Thoriq Ahmad

Katakanlah (wahai Muhammad:( (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (1) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (2) Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (3) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. (4) Surah yang pendek ini, sepertima diterangkan beberapa riwayat yang sohih menyamai 1/3 Al-Quran. Di dalamnya terdapat motivasi yang sungguh besar untuk mengubah dimensi pemikiran kita terhadap kehidupan dan terhadap segala gerak dalam hidup untuk ikhlas, buah yang terhasil daripada tauhid yang benar kepada Allah. Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

“‫”والذي نفسي بيده إنها لتعدل ثلث القرآن‬ ِ ْ ُ ْ َ ُُ ُ ِ ْ َ َ َ ّ ِ ِ ِ َ ِ ْ ِ ْ َ ِ ّ َ
“Demi jiwaku yang berada di dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya surah Al-Ikhlas menyamai satu pertiga Al-Quran“. (Hadis Riwayat Bukhari)
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

“‫”إن ال جزأ القرآن ثلثة أجزاء، فجعل قل هو ال أحد، جزءا من القرآن‬ ِ ْ ُ ْ َ ِ ً ْ ُ ٌ َ َ ُ َ ُ ْ ُ َ َ َ َ ِ َ ْ َ َ َ َ َ َ ْ ُ ْ ََ َ َ ّ ِ
“Sesungguhnya Allah membahagikan Al-Quran kepada tiga bahagian. Maka Dia menjadikan Surah AlIkhlas satu bahagian daripada Al-Quran“. (Hadis Riwayat Muslim)

ٌَ َ ّ ‫ٱل أحد‬ ُ
Ya katakanlah dengan penuh perasaan dan pengertian bahwa Allah itu Esa. Berkata Sayyid Qutb, Ahad membawa erti yang lebih halus daripada Wahid yang mana kita berikrar bahwa “Tiada yang suatu yang lain bersama Allah dan tiada suatu yang setanding Dia” Inilah dimensi kehidupan sebenar yang tertancap di dada para sahabat di bawah selian murabbi agung Nabi SAW. Tarbiyah Rabbani menanam makna yang tauhid yang sebenar terhadap segala hakikat kehidupan agar bersandar kepada kewujudan yang hakiki ini. Dia-lah sahaja Rabb, Malik dan Ilah, yang memiliki kehendak yang bebas dalam menguruskan segala sistem kehidupan. Meskipun secara realiti kita tidak akan dapat lari daripada merasai kewujudan lain yang mentadbir pelbagai ragam kehidupan, namun

pemahaman yang bersih yang disertai ikrar yang penuh ikhlas ‫ ٱل أحد‬adalah petanda kepada pembebasan ٌَ َ ّ ُ diri kita daripada segala belenggu ikatan jahiliyyah. Sebagai manusia tidak dapat tidak kita memiliki pelbagai keinginan terutama sekali harapan terhadap masa depan yang kadangkala menyebabkan kita takut, dan terkadang hati merasakan sukar untuk hidup tanpa menyerahkan sandaran kehidupan kepada tangan-tangan manusia untuk mencaturinya. Tetapi apabila hati kita sudah berserah bulat kepada ‫ , ٱل أحد‬akan terbuka satu dimensi hidup yang seluas-luasnya yang ٌَ َ ّ ُ menafikan segala aturan yang lain melainkan segalanya datang daripada kehendak Allah. Dan bukanlah kamu (Wahai Muhammad) yang melempar ketika kamu melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (Surah Al-Anfal: 17) Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah (Surah Al-Insan: 30) Aqidah inilah yang memuliakan Sumayyah sebagai syahidah pertama di dalam sejarah Islam. Inilah juga laungan yang keluar daripada hati Bilal bin Rabah Al-Habsyi yang penuh ikhlas, laungan yang membuktikan kesetiaan, keteguhan dan pergantungan kepada yang esa, Allah, ketika beliau dihempap batu berat dan dipukul tanpa belas kasihan. Berbekalkan keimanan kepada tauhid, tidak ada yang lebih menyenangkan dan menggembirakan melainkan jiwa yang tunduk dan khusyuk mengabdi kepada Allah meskipun jasad teruk disiksa. Justru, inilah motivasi dan pelajaran yang sangat penting kepada kita yang ingin terus kekal di jalan ini. Surah An-Nas dan Al-Falaq sudah cukup untuk menggambarkan bahwa untuk menghadapi segala pergolakan dalaman dan cabaran luaran kita memerlukan tiang sandaran yang amat kukuh, yang sama sekali tidak akan rebah atau goyah walau sebarat manapun badai yang melanda. Sandaran itulah Allah, tuhan yang maha esa. Kerana sandaran-sandaran lain semuanya tidak pernah kekal. Jika anda berubah atau bersama tarbiyah kerana inginkan kepada harta, atau kerana teman, atau kerana mengisi masa kosong, atau kerana terpaksa oleh sebab persekitaran, atau boyfriend dan girlfriend, ketahuilah bahwa semua itu akan sirna. Teman dan persekitaran datang dan pergi, dan apabila semuanya tiada tinggal keikhlasan yang sebenarbenarnya akan menyelamatkan kita daripada kembali kepada Ilah-Ilah (kecenderungan) selain daripada Allah.

َُ ّ ‫ٱل ٱلصمد‬ ُ ّ
Allah tidak pernah mengharapkan sebarang rezki atau bantuan daripada kita tetapi kitalah yang memerlukan kepada Allah. Segala keputusan adalah di bawah keizinan-Nya. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. (Surah Az-Zariyat: 57) Dialah tuhan tempat kita bergantung segala harapan dan Yang akan mengabulkan segala permintaan. Ternyata ketika berlaku kesusahan dan krisis, Ya! ketika-mana manusia tersangat memerlukan sesuatu, hilanglah segala ego yang menutupi dirinya selama ini untuk mengakui ke-Esaan Allah dan ketika itu dia akan bersujud dan seringkali menyebut-nyebut nama Allah. Allah-lah majikan kepada semua majikan, Allah-lah bos kepada semua bos, Allah-lah pemberi rezki dan biasiswa kepada semua sponsor dan Allah-lah yang mentadbir segala tanah yang diperintah oleh pemimpin yang zalim kerana semua makhluk memerlukan kehendak Allah terhadap segala sesuatu, dan Allah sesekali tidak pernah mengharapkan sebesar zarahpun makanan atau minuman daripada kita.

٤) ‫ل ۡم )يل ۡد ول ۡم يول ۡد( )٣ل ۡم يكن له ۥ ُڪفوا أحد‬ ٌَ َ ً ُ ُ ّ ُ َ َ‫َ َِ ََ ُ َ و‬ َ

Ya, segala kesempurnaan milik Allah semata tanpa ada sebarang cacat cela dan tiada suatu pun yang setaraf dan menyamai Allah yang maha Esa. Allah bukanlah tuhan sepertimana menjadi mainan dan ejekan kaum kafir yang mengatakan Allah itu beranak, memiliki anak dan berbilang-bilang jumlahnya yang terbahagi kepada sektor tertentu tetapi Allah bebas daripada segala kehendak manusiawi dan bersih daripada segala unsur tersebut. Maraji’ (Rujukan)

1. Tafsir Manhaji Juzuk 30, Ali Laban, Husam Humaidah, Hasan Jaudah, Mahmud Abu Rayyah 2. Fi Zilalil Quran, Syed Qutb 3. Tafsir Al-Wadhih, Dr. Muhammad Mahmud Hijazi

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful