P. 1
Sce3106 Mok 5

Sce3106 Mok 5

|Views: 860|Likes:
Published by Bill Nonong

More info:

Published by: Bill Nonong on Jul 03, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/21/2013

pdf

text

original

PENGETAHUAN MASTERI 6 MENDEFINISI SECARA OPERASI

1. Apakah yang anda telah pelajari daripada aktivitI tersebut?

Menurut Gagne (1985), kemahiran proses sains (KPS) merupakan asas untuk mempelajari sains dan melatih pembelajaran secara inkuiri penemuan. Beliau juga mengaitkan proses sains dengan keupayaan pembelajaran dan kemahiran intelektual. Salah satu kemahiran proses sains yang terdapat dalam aktiviti yang telah dijalankan ialah kemahiran mendefinisi secara operasi. Melalui aktiviti ini, saya mempelajari bahawa kemahiran mendefinisi secara operasi adalah memberi takrifan kepada pembolehubah dengan memerihalkan secara spesifik dan jelas tentang cara untuk memerhati dan mengukur perubahan yang berlaku ke atas pembolehubah itu. Hal ini bermakna kemahiran ini melibatkan proses memberi definisi tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang boleh dilakukan dan diperhatikan. Saya juga mendapati bahawa mendefinisi secara operasi juga adalah merupakan pelaporan tentang kaedah khusus mengukur sesuatu kuantiti fizik supaya orang lain yang membaca laporan tersebut dapat mengulangi pengukuran itu. Sebagai contoh, untuk mengkaji bagaimana panjang sebuah bandul ringkas mempengaruhi tempoh ayunannya, kita harus mengukur panjang bandul ringkas iaitu jarak dari titik mengapit benang ke pusat ladung. Dengan penguasaan kemahiran ini juga, ia dapat membantu untuk mengukur pembolehubah yang ingin diukur atau diperhatikan. Secara langsung, ia dapat memudahkan penyiasatan dilakukan dengan lebih lancar kerana objektif yang ingin dicapai telah dicatatkan terlebih dahulu.

2. Dalam kurikulum sains sekolah rendah, bahagian manakah yang merangkumi topik berkenaan?

Tahun

Tema

Topik

Murid Boleh

1

Sains Bahan

Timbul dan Tenggelam

Mengenal pasti objek yang timbul dan objek yang tenggelam melalui penyiasatan.

Tahun

Tema

Topik

Aras  Menyatakan kriteria yang diperlukan oleh benda hidup untuk hidup.

2

Pembelajaran Tentang Benda Hidup

Benda Hidup dan Bukan Hidup

Haiwan

 Menyatakan keperluan asas haiwan dan cara pemakanan haiwan

Tumbuhan

 Menyatakan kuatiti air yang mencukupi untuk pertumbuhan pokok.

Pembelajaran Tentang Dunia Sekeliling Kita

Panjang dan Pendek

 Memerhati dan membandingkan jarak

Bateri

 Menjelaskan cara pemasangan bateri yang betul.

Larut dan tidak larut dalam air

 Menerangkan bahan yang boleh dan tidak boleh larut di dalam air.  Menjelaskan perbuatan untuk melajukan, memperlahankan atau menukar arah gerakan objek.  Meramal kereta mainan yang dapat bergerak paling jauh.

Tarik dan tolak

Tahun

Tema

Topik

Subtopic “Magnet have different strength”

3

Learning about the world around us

Magnet

: Student design a test to compare the strength of different magent. : Student decide how to measure the strength of the magent,e.g number of clips attracted. Electricity “How to make a bulb in a circuit brighter or dimmer”

: Student discuss and analyse how to make the buln brighter or dimmer Springs “Springs retrn to original size and shape after being twisted, stretched, or squeezed”

: Student test types of spring or different lengths of spring or diameter of spring. “Spring stretch differently”

:Student find out by testing which spring stretches the most. Soil “Soil that suitable for growth”

: Find out suitable soil by testing the green beans. How to know the beans grow e.g number of leaves, height, shoot, etc.

Tahun 4

Tema Menyiasat alam kehidupan

Topik Hidupan dan Proses Hidupan

Hasil Pembelajaran Aras 1 • Menghubungkaitkan antara pertambahan saiz dengan pertumbuhan hidupan. Aras 2 • Menggunakan perhubungan ruang dan masa untuk menggambarkan pertumbuhan hidupan. Aras 3 • Mendefinisi secara operasi pertumbuhan hidupan. Memahami teknologi. Aras 1 • Menyenaraikan perkara yang berupaya dilakukan oleh manusia dan perkara di luar keupayaan manusia. Aras 2 • Mengenal pasti alat yang digunakan untuk mengatasi had keupayaan manusia. Aras 3 • Menerangkan rekaan teknologi dalam kehidupan harian.

Menyiasat dunia teknologi

Perkembangan teknologi

Tahun

Tema

Bidang Pembelajaran

Hasil Pembelajaran

5 Menyiasat Alam Fizikal Elektrik Mendefinisi secara operasi litar elektrik lengkap. Mendefinisikan secara operasi konduktor dan penebat.

Asiddan Alkali

Mendefinisikan secara operasi asid. Mendefinisikan secara operasi alkali.

Tahun

Tema

Topik  

Aras

6

Menyiasat Alam Bahan

Pengawetan Makanan

mentafsirkan data tentang kaedah pengawetan makanan. mentafsirkan data tentang kebuluran dan bagaimana teknologi pengawetan makanan dapat membantu mengatasi masalah ini.

Pengendalia n Bahan Buangan

 

mentafsirkan data tentang jenis bahan buangan mentafsirkan data tentang cara pembuangan bahan buangan secara terancang

3. Bincangkan bagaimana anda menggunakan aktiviti tersebut dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Chen, Hwe Min (2004), jikalau situasi pembelajaran tidak menarik, kaedah dan strategi pengajaran guru yang tidak bersesuaian dengan tahap kognitif atau keperluan pelajar maka akan menyukarkan guru menyalurkan ilmu kepada pelajar. Oleh itu, aktiviti yang dirancang oleh guru mesti bersesuaian dengan minat atau keperluan murid. Aktiviti bagi mendefinisi secara operasi merupakan salah satu bagi pengaplikasian kemahiran proses sains dalam menjalankan sebuah

eksperimen dengan langkah yang betul. Oleh itu, bagi aktiviti mendefinisi secara operasi, saya akan membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberikan beberapa keping gambar seperti pertumbuhan biji benih, pertumbuhan anak pokok atau proses fotosintesis. Menurut Slavin (2007), pembelajaran kooperatif menggalakan pelajar berinteraksi secara aktif dan positif dalam kelompok. Hal ini membolehkan pertukaran idea dan pemeriksaaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme. Kemudian, murid akan diminta untuk melakukan pemerhatian dan memberikan idea yang dapat dilihat daripada gambar tersebut. Selepas itu, murid diminta untuk menyenaraikan pengukuran yang boleh dicatat daripada pemerhatian yang dinyatakan sebentar tadi dan guru bertindak sebagai fasilitator. Sebagai contoh, bagi gambar pertumbuhan anak pokok tesebut, murid boleh mendefinisinya sebagai ketinggian anak pokok iaitu jarak dari aras tanah ke pucuk daun yang tinggi sekali. Guru akan membimbing murid untuk mendapatkan pengukuran yang tepat. Daripada aktiviti yang telah dilakukan itu, seterusnya saya akan menjelaskan hasil daripada aktiviti yang dilakukan dan apakah objektif yang ingin dicapai. Objektif aktiviti ini adalah untuk memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan

diperhatikan.

Melalui aktiviti ini, saya dapat mengenal pasti tahap atau aras pemahaman murid, dan aras daya pemikiran yang digunakan untuk pemikiran secara kreatif dan kritis murid. Pemerhatian ini boleh dilakukan daripada melihat cara murid mengemukakan konsep masing- masing untuk mengukur pembolehubah yang ingin diperhatikan dan dikaji. Murid juga perlu membuat gambaran mental untuk membuat keputusan jenis pengukuran yang ingin digunakan sebagai pemerhatian. Aktiviti ini menekankan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid di mana murid perlu memainkan peranan aktif di dalam bilik darjah sepanjang aktiviti dijalankan.

4. Kreativiti ialah satu elemen penting dalam berfikir dan bekerja secara saintifik. Apakah ciri-ciri kreatif dalam proses kemahiran mengelas? Proses kemahiran sains seperti proses mendefinisi secara operasi adalah salah satu bentuk pengajaran untuk mengembangkan dan meningkatkan daya pemikiran kreatif pelajar (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran proses kemahiran sains mestilah dimulakan di peringkat sekolah rendah lagi kerana peringkat ini

dianggap sebagai masa yang paling sesuai untuk meletakkan batu asas bagi pelaksanaan pendidikan seterusnya (Ikhsan dan Norila,2005). Semasa melaksanakan kemahiran mendefinisi secara operasi, Melalui

kreativiti murid dapat dipupuk dan dikembangkan dengan baik.

proses kemahiran ini, murid akan menggunakan idea kreatif mereka untuk menghubungkaitkan iaitu di mana murid dapat membuat perkaitan dalam sesuatu keadaan atau peristiwa untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan sepanjang melakukan pemerhatian. Selain itu, murid juga akan dapat meningkatkan kreativiti mereka dengan menguasai kemahiran membuat gambaran mental. Melalui

kemahiran ini, murid dapat meningkatkan daya kreativiti mereka dengan membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea atau konsep dalam minda dan fikiran mereka. Sebagai contoh, murid dapat memerihalkan secara spesifik dan jelas tentang cara untuk memerhati dan mengukur perubahan yang berlaku ke atas pembolehubah itu Seterusnya ialah murid dapat menjanakan idea di mana murid mampu menghasilkan idea yang berkaitan dengan sesuatu perkara. Melalui pemerhatian, murid akan berfikir dengan lebih mendalam terhadap sesuatu perkara dan akan mencari perkaitan terhadap apa yang berlaku.

5. Dalam mengembangkan kebolehan kanak-kanak untuk berfikir dan bekerja, terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk mengalakkan pengembangan kreativiti. Bincangkan teknik yang boleh anda gunakan. Menurut Chen, Hwe Min (2004), jikalau situasi pembelajaran tidak menarik, kaedah dan strategi pengajaran guru yang tidak bersesuaian dengan tahap kognitif atau keperluan pelajar maka akan menyukarkan guru menyalurkan ilmu kepada pelajar. Berdasarkan pendapat Shallcross (1981) pula, guru disarankan agar menyediakan iklim persekitaran yang membantu pembangkitan tingkah laku kreatif di kalangan pelajar. Oleh itu, aktiviti yang dirancang oleh guru mesti bersesuaian dengan minat atau keperluan murid. Untuk pengembangan kreativiti yang berkesan, sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas harus menekankan aktiviti hands-on yang menarik (Maloney, 2007). Selain dapat mengembangkan kreativiti murid, aktiviti hands-on dapat meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran sains. Aktiviti hands-on berupaya meningkatkan seperti sifat inkuiri murid dan dan

meningkatkan

kemahiran

sains

kemahiran

memerhati

menginterpretasi data. Guru juga boleh melaksanakan teknik pelaksanaan projek bagi mengembangkan kreativiti murid. Melalui teknik ini, murid dapat mengenal pasti cara untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Murid akan dapat menggunakan kreativiti masing-masing untuk menyiapkan tugasan dengan idea yang bernas melalui bimbingan daripada guru. Selain itu, guru boleh melakukan teknik bercerita di dalam kelas. Anne Pellowski (1990) menjelaskan bahawa bercerita ialah keseluruhan

pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau prosa yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak. Penceritaannya boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan

dengan iringan muzik, menggunakan gambar, sumber-sumber bercetak atau direkodkan secara mekanikal. Kebaikan teknik bercerita ialah ia dapat melengkapi murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kecekapan lisan. Kaedah ini menggalakkan murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif khasnya apabila guru bertanyakan soalan tentang moral sesuatu cerita. Guru juga boleh menggunakan teknik sumbangsaran di dalam kelas. Teknik ini boleh digunakan untuk mendapatkan pandangan dan pendapat yang bernas tanpa mengkritik idea-idea daripada rakan sebaya di dalam perbincangan dan pembelajaran itu (Said & Yunos, 2008). Teknik ini merupakan satu kaedah yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia adalah satu cara untuk memperolehi banyak idea dalam tempoh masa yang singkat. Dengan cara ini, segala aktiviti yang dijalankan menunjukkan kaedah menggalakkan pemikiran kreatif dikalangan murid-murid. Guru juga boleh melaksanakan pengajaran koperatif iaitu satu strategi yang melibatkan penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti pembelajaran kumpulan kecil dan menggalakkan interaksi positif. Murid dalam pengajaran koperatif bekerja dalam kumpulan untuk menyempurnakan tugasan

kumpulan, bertukar pendapat,membuat perancangan dan mencadangkan penyelesaian kepada masalah. Pembelajaran koperatif menyumbangkan kepada pencapaian akademik, mudah dilaksanakan dan tidak mahal. Tingkah laku dan rekod kedatangan murid yang bertambah baik dan lebih sukakan sekolah adalah antara kebaikan yang dikenal pasti (Slavin, 1987)

Bibliografi

BUKU Hiang, P. S. (2003). Pedagogy of Science 2: Science Teaching and Learning Strategies. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Rashid, N. A. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar.

JURNAL.

Mohamad Mohsin Bin Mohamad Said, N. Y. (2008). Halangan-halangan Kepada Usaha Memupuk Kreativiti di Kalangan Murid. Jurnal Pendidikan , 1-8.

Rose Aminah Abdul Rauf, A. R. (2004). Pemupukan Kemahiran Proses Sains di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua di Sekolah Bestari. Jurnal Teknologi , 1-13. .

INTERNET

Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi . (2011, April 14). Retrieved April 06, 2012, from http://kemahiran-sains.blogspot.com/2011/04/kemahiran-sains_5479.html

Fauzi, M. S. (2010, September 22). Teknik bercerita . Retrieved April 06, 2012, daripada http://notapismp.blogspot.com/2010/09/teknik-bercerita.html

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->