You are on page 1of 13

PERLEMBAGAAN KELAB AGRO-MARITIM SEKOLAH BINA INSAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

PERATURAN 1 : NAMA DAN ALAMAT 1.1 1.2 Nama kelab : KELAB AGRO-MATIRIM Alamat : Sekolah Bina Insan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

PERATURAN 2 : TAKRIF 2.1 Kelab ini merupakan salah satu daripada kelab atau persatuan yang terdapat dalam komponen kokurikulum di Sekolah Bina Insan. Kelab ini merupakan salah satu kelab yang berlatarbelakangkan aspek agro-maritim, iaitu dengan menumpukan

pemuliharaan dan pemeliharaan kepada hidupan air tawar dengn tertumpu pada ikan air tawar. Oleh yang demikian, perlembagaan ini akan dijadikan sebagai rujukan dan pedoman kepada pihak pengurusan serta ahli kelab dalam menjalankan aktivitiaktiviti yang telah dirancang.

PERATURAN 3 : VISI 3.1 Melahirkan generasi yang seimbang dari aspek rohani, emosi, intelektual, jasmani dan sosial seleras dengan kesepaduan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PERATURAN 4 : MISI 4.1 kepada : 4.1.1 Usaha bagi menyemai semangat cintakan alam ciptaan ilahi di kalangan warga
SBI ke arah melestarikan khazanah hidupan air.

Ke arah merialisasikan visi kami, Kelab Agro-Maritim akan memberi tumpuan

4.1.2 Memupuk disiplin dan semangat pelajar untuk menghargai hidupan air dalam kehidupan seharian.

PERATURAN 5 : MATLAMAT 5.1 Matlamat utama penubuhan kelab ini adalah untuk melahirkan generasi bina insan yang seimbang dari segi rohani, emosi, intelektual, jasmani dan sosial dengan semangat cintakan alam ciptaan ilahi.

PERATURAN 6: OBJEKTIF 6.1 Memupuk kesedaran dan semangat dalam kalangan pelajar untuk menghargai khazanah alam
terutamanya hidupan air.

6.2 Memelihara sahsiah pelajar dari aspek kerohanian daripada pemerhatian dan penelitian terhadap hidupan air. 6.3 Memberi pendedahan awal kepada pelajar dalam asas keusahawanan bersumberkan hidupan air.

Peraturan 7: KEAHLIAN 7.1 7.2 Ahli biasa terbuka kepada semua pelajar Tiap-tiap permohonon menjadi ahli adalah melalui borang yang disediakan dan dihantar kepada setiausaha. 7.3 Setiausaha akan menghantar dan mengemukakan permohonan tersebut kepada ahli jawatankuasa bagi tujuan kelulusan permohonan.

PERATURAN 8 : YURAN PENDAFTARAN DAN YURAN KEAHLIAN 8.1 8.2 8.3 Setiap pendaftaran untukmenjadi ahli dikenakan sebanyak RM7. Kelab boleh mendapatkan sumber kewangan melalui aktiviti yang dijalankan. Ahli yang menyertai atau projek boleh dikenakan yuran khas bagi membiayai aktiviti atau projek tersebut.

PERATURAN 9: AHLI JAWATANKUASA (ORGANISASI) 9.1 9.2 Ahli jawatankuasa dilantik semasa Mesyuarat Agong. Ahli yang hadir dan tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa. ` 9.3 9.4 Pemilihan ahli jawatankuasa adalah secara undian. Ahli jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh penasihat kelab tanpa mengadakan mesyuarat. 9.5 Ahli jawatankuasa yang hendak melepaskan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada penasihat kelab. 9.6 Ahli jawatankuasa hendaklah terdiri daripada : 9.6.1 9.6.2 9.6.3 9.6.4 9.6.5 9.6.6 9.6.7 PRESIDEN TIMBALAN PRESIDEN SETIAUSAHA PENOLONG SETIAUSAHA BENDAHARI PENOLONG BENDAHARI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

9.7

TUGAS AHLI 9.7.1 PRESIDEN 9.7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat. 9.7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya. 9.7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penasihat dari semasa ke semasa.

9.7.2

TIMBALAN PRESIDEN 9.7.2.1 Membantu Presiden dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. 9.7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan Presiden. 9.7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penasihat dari semasa ke semasa ke semasa.

9.7.3

SETIAUSAHA 9.7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat 9.7.3.2 Mencatat minit mesyuarat/laporan aktiviti-aktiviti 9.7.3.3 Mencatat kehadiran ahli 9.7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan kelab. 9.7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penasihat dari semasa ke semasa.

9.7.4

PENOLONG SETIAUSAHA

9.7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tanggungjawab. 9.7.4.2 Menjalankan tugas setiusaha sewaktu ke ketiadaan setiausaha. 9.7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penasihat dari semasa ke semasa.

9.7.5

BENDAHARI 9.7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan kelab. 9.7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan tanggungjawab diatas kebenarannya. 9.7.5.3 Menyediakan penyata kira-kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya. 9.7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta didalam mesyuarat ahli jawatankuasa. 9.7.5.5 Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan dibentangkan di dalam mesyuarat agong. 9.7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penasihat dari semasa ke semasa.

9.7.6

PENOLONG BENDAHARI 9.7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawab. 9.7.4.2 Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha. 9.7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penasihat dari semasa ke semasa.

9.7.7

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

9.7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan. 9.7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik. 9.7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penasihat dari semasa ke semasa.

PERATURAN 10 : GURU PENASIHAT 10.1 10.2 10.3 Memastikan mesyuarat agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli jawatankuasa. Memastikan Perlembagaan dan Peraturan telah dilaksanakan. Memastikan ahli jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam perlembagaan. 10.4 10.5 Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama mahasiswa. Memastikan perancangan aktiviti tahunan didokumentasikan, difailkan dan satu

salinan diserahkan kepada pihak Universiti. 10.6 10.7 10.8 baik. 10.9 Memastikan minit mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan kelab. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diuruskan dengan

10.10 Bertanggungjawab member bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahliahli. 10.11 Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan. 10.12 Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli. 10.13 Menandatangani buku kehadiran ahli. 10.14 Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.

10.15 Menentukan papan kenyataan digunakan dengan sepenuhnya. 10.16 Memastikan tidak ada unsur subversiti dalam menjayakan sesuatu program 10.17 Bekerjasama dengan pihak university dalam menjayakan sesuatu program. 10.18 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan Pengetua dari semasa ke semasa.

PERATURAN 11 : KEWANGAN 11.1 SUMBER KEWANGAN ADALAH MELALUI : 11.1.1 Yuran pendaftaran (RM) 11.1.2 Yuran bulanan ahli (RM) 11.1.3 Sumbangan daripada persatuan lain 11.1.4 Sumbangan ibu bapa dan pensyarah 11.1.5 Kutipan dana yang dipersetujui dalam mesyuarat 11.1.6 Sumber-sumber lain yang sah dan dipersetujui oleh AJK

11.2

AKAUN KELAB 11.2.1 Wang kelab hendaklah disimpan oleh bendahari Kelab 11.2.2 Dua bulan sekali akaun kelab akan dibuka dan dibentangkan dalam mesyuarat. 11.2.3 Pengeluaran wang kelab hanya boleh dikeluarkan selepas disahkan oleh bendahari.

PERATURAN 12 : MESYUARAT 12.1 MESYUARAT AGONG 12.1.1 Mesyuarat agong akan diadakan pada satu tarikh yang ditetapkan oleh pihak kelab untuk menentukan dan melantik ahli jawatankuasa baru.

12.1.2 Mesyuarat agong hendaklah dihadiri oleh penasihat kelab. 12.1.3 Pengumuman untuk mesyuarat ahli jawatankuasa hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat diadakan. 12.1.4 Mesyuarat ahli jawatankuasa hanya sah apabila lebih dua per tiga daripada ahli jawatankuasa hadir. 12.1.5 Menghadiri mesyuarat agong adalah wajib kepada setiap ahli dan ahli Jawatankuasa 12.1.6 Ahli atau jawatankuasa yang tidak hadir wajib mengemukakan surat tunjuk sebab ketidakhadiran kepada setiausaha.

12.2

MESYUARAT AJK 12.2.1 Mesyuarat AJK hanya akan diadakan pada satu tarikh yang ditentukan oleh pihak kelab dan ahli kelab mengikut persetujuan semua ahli jawatankuasa yang telah dilantik. 12.2.2 Mesyuarat AJK mestilah dihadiri Guru Penasihat. 12.2.3 Pengumuman bagi mesyuarat AJK hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat diadakan. 12.2.4 Mesyuarat AJK hanya akan sah apabila lebih dua per tiga ahli jawatankuasa hadir. 12.2.5 Menghadiri mesyuarat AJK adalah wajib bagi setiap ahli jawatankuasa yang dilantik kecuali atas sebab yang tertentu. 12.2.6 Surat tunjuk sebab mesti dikemukakan jika ahli jawatankuasa gagal menghadiri diri.

12.3

MESYUARAT KHAS 12.3.1 Mesyuarat Khas akan diadakan pada satu tarikh dengan persetujuan pihak kelab dan ahli jawatankuasa kelab.

12.3.2 Mesyuarat khas hanya akan diadakan apabila berlaku sesuatu perkara berbangkit yang melibatkan kelab atau pada bila-bila masa yang dirasakan perlu. 12.3.3 Mesyuarat Khas hanya akan sah apabila lebih dua per tiga ahli jawatankuasa hadir. 12.3.4 Mesyuarat khas hendaklah dihadiri Guru Penasihat. 12.3.5 Pengumuman bagi mesyuarat hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat diadakan. 12.3.6 Menghadiri mesyuarat Khas adalah wajib kepada ahli dan ahli jawatankuasa kecuali atas sebab tertentu. 12.3.7 Ahli atau ahli jawatankuasa yang tidak hadir hendaklah mengemukakan surat tunjuk sebab kepada setiausaha.

PERATURAN 13 : PEMBETULAN DAN PEMBUBARAN KELAB 13.1 Guru Penasihat diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah pendidikan Negara. 13.2 Segala hutang wajib dilangsaikan. Baki kewangan akan diputuskan dalam mesyuarat agong tergempar.

PERATURAN 14 : PINDAAN PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG 14.1 Mana-mana bahagian perlembagaan ini sah diguna pakai sehingga dipinda (jika ada) 14.2 Cadangan pindaan boleh dibuat oleh ahli,ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau Pengetua secara bertulis. 14.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh ahli dan ahli jawatankuasa akan diadakan.

14.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan Guru Penasihat.

PERATURAN 15 : LENCANA KELAB 15.1 LENCANA/LOGO

15.2 MAKSUD LOGO 15.2.1 15.2.2 15.2.3

PERATURAN 16 :BAHASA 16.1 Bahasa utama yang digunakan dalam perantaraan diantara ahli Kelab AgroMaritim ialah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

PERATURAN 17 : BADAN GABUNGAN 17.1 Kelab Agro-Maritim mempunyai kerjasama dengan pihak Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Kerjasama ini diwujudkan bagi mendapatkan sokongan serta bantuan dalam menjalankan aktiviti tertentu.

PERATURAN 18 : PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 18.1 Semua pemberhentian dan pemecatan adalah melalui kesalahan yang dilakukan yang melanggar undang-undang atau perlembagaan kelab Penpal. 18.2 Pemberhentian atau pemecatan mestilah disertai surat dan bkti yang kukuh serta mempunyai saksi semasa pemberhentian atau pemecatan dilakukan. 18.3 Guru Penasihat mempunyai kuasa untuk memberhentikan atau memecat ahli atas sebab yang munasabah.

PERATURAN 19 : AKTIVITI 19.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat Agong atau mesyuarat AJK. 19.2 Aktiviti yang dirancang hendaklah disusun mengikut aktiviti tahunan, bulanan dan mingguan. 19.3 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru penasihat dan akan diumumkan kepada ahli.

PERATURAN 20 : PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG 20.1 Peraturan sekolah menjadi peraturan asas. 20.2 Peraturan khas yang ditetapkan wajib dipatuhi. 20.3 Ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan atau diberhentikan. 20.4 PERATURAN SURAT-SURAT (contoh peratran khas kelab) 20.4.1 Penulisan surat mestilah berpandukan tema serta tajuk yang diberikan. 20.4.2 Bahasa perantaraan yang digunakan ialah bahasa Inggeris. 20.4.3 Bahasa yang digunakan mestilah sopan dan beradab. Sebarang penggunaan bahasa kesat, lucah atau tidak bersesuaian tidak dibenarkan sama sekali.

20.4.4 Pelajar tidak dibenarkan menulis sebarang penulisan yang berkaitan percintaan, seks atau perkara yang dirasakan sensetif. 20.4.5 Pelajar tidak dibenarkan berkongsi maklumat peribadi seperti alamat dan email kecuali jika diarahkan. 20.4.6 Proses surat-menyurat mestilah melalui pihak Kelab. Seandainya terdapat surat-menyurat di luar pengurusan Kelab pelajar terlibat akan dikenakan tindakan. 20.4.7 Pelajar mestilah menghormati sebarang perbezaan budaya dan informasi yang dikongsi bersama sahabat Penpal. 20.4.8 Surat yang akan dipos akan disemak terlebih dahulu oleh Guru penasihat dibantu ahli jawatankuasa sebagai langkah terakhir. 20.4.9 Surat yang akan dipos dan surat yang diterima mestilah melalui proses penapisan oleh pensyarah penasihat dan ahli jawatankuasa. 20.4.10 Pelajar mesti melaporkan ketidaksopanan atau sebarang perkara yang tidak sesuai yang terkandung di dalam surat yang diterima.

20.5 PERATURAN AKTIVITI 20.5.1 Kehadiran adalah diwajibkan 20.5.2 Pelajar mestilah patuh kepada arahan guru Penasihat sepanjang aktiviti berlangsung. 20.5.3 Pelajar diwajibkan menjaga pergaulan antara lelaki dengan perempuan. 20.5.4 Pelajar dikehendaki menjelaskan bayaran (sekiranya ada) untuk menyertai aktiviti sekiranya. 20.5.5 Sekiranya pelajar melakukan sebarang perilaku yang dirasakan tidak sesuai atau melanggar peraturan, tindakan akan dikenakan.

20.6 PERATURAN TATATERTIB

20.6.1 Para pelajar perlu menghormati orang lain seperti tenaga pengajar,ahli-ahli serta rakan-rakan kelab lain. 20.6.2 Perlu amanah atas setiap jawatan yang disandang dengan tugas yang diberikan. 20.6.3 Sentiasa menjaga tingkah laku,masa serta dapat mewujudkan biah Islamiah. 20.6.4 Kehadiran ke perjumpaan adalah wajib. 20.6.5 Hadir ke kelas lima minit sebelum waktu yang ditetapkan.

20.7 PERATURAN PEMAKAIAN PELAJAR 20.7.1 Pakaian menutup aurat. 20.7.2 Pakaian bersesuaian dengan aktiviti.

PERATURAN 21 : HAL-HAL LAIN 21.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan. 21.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh komitmen dan semangat.

You might also like