P. 1
Masalah Di Dalam Bilik Darjah

Masalah Di Dalam Bilik Darjah

|Views: 64|Likes:
Published by Azizie Rahman

More info:

Published by: Azizie Rahman on Jul 07, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2013

pdf

text

original

MASALAH DI DALAM BILIK DARJAH Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ketiga,pengajaran merupakan

perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar. Menurut Sarina Baharuddin (2009), pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya.Manakala permasalahan pula merupakan sesuatu atau segala-gala yang menjadi masalah.Dengan kata lain permasalahan ialah perkara yang berlaku didalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang menganggu sesi pembelajaran itu. Masalah didalam kelas sememangnya sering dihadapi oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan masalah tingkah laku di kalangan murid-murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada kalanya ianya seperti barah yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Yang pasti, tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat sekali. Bak kata pepatah “ Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul “. Itulah hakikat tugas seorang guru di sekolah. Terdapat berbagai contoh masalah yang berlaku didalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.Antaranya ialah suasana kelas yang bising,murid tidak minat belajar,murid tidak memberi tumpuan sepenuhnya semasa belajar,murid tidur didalam kelas,murid tidak menyiapkan kerja rumah mahupun sekolah,murid susah untuk memahami isi pelajaran dan sebagainya.Dalam hal ini,sudah semestinya sesi pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilakukan dengan sempurna kerana ia terhalang oleh faktor-faktor tersebut.Ini kerana pembelajaran akan bermakna apabila ada pembelajaran yang melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan murid melakukan pelbagai masalah didalam kelas.Antaranya disebabkan suasana pembelajaran yang tidak selesa,guru mengajar dengan gaya yang membosankan,guru tidak memfokuskan kepada setiap murid ,guru lemah dalam aspek pengawalan kelas dan sebagainya.Ini akan menjadikan suasana kelas tidak harmoni dan sukar dikawal.Hal ini berlaku bertepatan dengan pelbagai teori pembelajaran seperti Teori Pelaziman Klasik Pavlov,Teori Pelaziman Klasik Watson,Teori Pembelajaran Gestalt,Teori Pembelajaran Gagne,Teori Pembelajaran Bruner dan sebagainya. Sebagai permulaan,pelbagai masalah dalam pembelajaran bolehlah kita kaitkan dengan pelbagai teori pembelajaran tersebut.Contohnya apabila seseorang murid itu membuat bising didalam kelas,akan ada murid lain yang mengikutinya.Ini bertepatan dengan Teori Pelaziman

Klasik Pavlov yang mengatakan apabila ada sesuatu rangsangan maka akan menimbulkan tindak balas.Gerak balas bermaksud apa-apa saja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan.Rangsangan pula ialah apa-apa saja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas .Begitu juga perihal apabila seorang guru itu mendengar loceng,guru itu akan keluar dari bilik darjah atau bilik guru untuk mengawasi murid-muridnya.Tingkah laku ini akan terbawa-bawa hingga ke rumah.Contohnya apabila mendengar loceng,maka guru itu akan keluar dari bilik dan seterusnya akan memerhatikan ahli-ahli keluarganya.Daripada contoh ini,bunyi loceng tersebut ialah rangsangan manakala tindakan guru tersebut ialah gerak balas. Berbalik kepada permasalahan murid bising itu tadi,biasanya seseorang murid itu akan mudah meniru perlakuan rakan sekelasnya yang popular dikalangan murid dan juga guru.Hal ini akan menyebabkan suasana yang bising akan menjadi bertambah bising.Senario ini boleh pula dikaitkan dengan teori Pembelajaran Sosial oleh Albert Bandura.Menurut Bandura,tingkah laku manusia banyak dipengaruhi oleh peniruan dan modeling.Dalam situasi tersebut,murid akan meniru atau mengajuk perlakuan rakan mereka seperti gaya mengantuk,ekspresi muka,melukis kartun dan sebagainya.Perkara ini dilakukan secara sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan guru mereka yang asyik mengajar.Peringkat peniruan yang digariskan oleh Bandura didapati wujud didalam kes tersebut.Hal ini berlaku disebabkan murid tidak lagi memberi perhatian keatas sesi pembelajaran yang dijalankan.Apa yang berlaku sekarang murid lebih memberi perhatian kepada rakan mereka yang dianggap lebih menghiburkan.Mereka akan mengingati perlakuan rakan mereka yang menghiburkan itu lantas mengikuti atau mengajuk perbuatan itu dan ini akan menyebabkan murid lain akan ketawa.Hal ini akan berlarutan sehingga seluruh kelas akan mengulangi perbuatan itu sehingga kelas menjadi tidak terkawal lagi. Masalah lain yang berlaku diadalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran ialah murid tidak menumpukan perhatian sepenuhnya kepada sesi pembelajaran dan lebih buruk lagi murid tidur didalam kelas.Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kegagalan guru untuk mengajar dengan baik dan tidak mampu untuk memberi rangsangan yang sesuai kepada murid.Sebagai contoh,Cikgu Ali mengajar mata pelajaran Sains.Cikgu Ali hanya bercakap sahaja diselang seli dengan menulis beberapa perkataan sahaja di papan hitam.Hal ini menyebabkan muridnya cepat berasa bosan dan mengantuk.Terdapat ramai dikalangan guru yang hanya mengajar tanpa mempedulikan reaksi dan tingkah laku muridnya.Ini kerana guru itu tidak peka tentang situasi disekelilingnya sehinggakan berlakunya situasi seperti itu.Ini bertepatan dengan

teori Pelaziman Klasik Watson yang mengatakan murid akan memberi rangsangan dan gerak balas yang akan mempengaruhi pengalaman pembelajaran murid.Beliau telah membuktikan bahawa manusia juga boleh dilazimkan secara klasik.Sekiranya bahan rangsangan yang digunakan tidak memenuhi keperluan murid untuk terpikat dengan isi pelajaran,sudah tentu murid tidak akan tertarik untuk meneruskan pembelajaran. Masalah pembelajaran yang seterusnya ialah murid tidak menyiapkan tugasan seperti menyiapkan kerja rumah mahupun kerja sekolah.Hal ini mungkin disebabkan kerana murid tidak tahu untuk menjawab sesuatu persoalan yang diberikan oleh guru mereka.Disebabkan tidak tahu ini mungkin murid berasa takut untuk bertanya dengan guru mereka lantas kerja rumah yang diberikan oleh guru tidak dapat disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan.Kemungkinan juga murid malas untuk membuat tugasan tersebut .Ini bertepatan dengan ciri dalam teori Pelaziman Operan Thorndike yang juga dikenali dengan pembelajaran “cuba jaya”.Thorndike merumuskan pembelajaran berlaku hasil dari gabungan S-R iaitu Stimulus,(rangsangan),dan respon(gerak balas).Didalam Hukum Kesediaan Thorndike,apabila sesorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan,maka tindakan itu memberi kepuasan kepadanya.Sekiranya dia tidak melakukan perkara tersebut,ini akan menimbulkan perasaan dukacita dan kalau dia dipaksa untuk melakukannya,akan menghasilkan pembelajaran yang tidak sempurna.Dalam konteks murid tidak membuat kerja rumah tadi,ia boleh dikaitkan dengan naluri murid untuk mendapat kepuasan.Namun kepuasan yang disalurkan tidak mendatangkan apa-apa manfaat malah merugikan murid tersebut. Selain itu,masalah yang kerap berlaku didalam kelas ialah masalah murid yang hiperaktif.Selalunya terdapat seorang atau dua orang murid hiperaktif didalam sesuatu kelas.Murid hiperaktif merupakan murid yang lincah,banyak bergerak,suka bercakap,suka menganggu murid lain dan sebagainya.Murid hiperaktif sangat sukar dikawal oleh guru kerana biasanya murid sebegini jarang mendengar kata mahupun larangan dan banyak melakukan sesuatu berdasarkan naluri ingin tahu.Hal ini adalah selari dengan teori Pembelajaran Sosial dimana teori ini menganggap manusia adalah makhluk yang aktif,berupaya membuat pilihan dan menggunakan proses-proses perkembangan untuk memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain.Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan sejarah perkembangan seseorang atau bertindak pasif terhadap pengaruh persekitaran.Dalam banyak perkara,manusia adalah selektif dan bukan merupakan entiti yang pasif,yang boleh dipengaruhi oleh keadaan persekitaran

mereka.Menurut teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura,perlakuan seseorang adalah dipengaruhi oleh hasil interaksi antara faktor dalam diri(kognisi)dan persekitaran. Masalah murid yang selalu tidak menyiapkan tugasan samada kerja rumah atau sekolah juga merupakan masalah yang sering berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Masalah ini bukan baru malah ianya berlaku sejak dahulu lagi dan dimana-mana sahaja institusi pendidikan samada tinggi atau rendah.Ianya seakan barah yang sememangnya sukar untuk ditangani oleh warga pendidik.Ini kerana senario ini berlaku disebabkan sikap murid atau pelajar itu sendiri yang memandang remeh atau mudah akan perkara ini.Ianya jelas berkaitan dengan sikap negatif pelajar yang tidak mengutamakan tugasan yang diberikan oleh guru mereka. Selalunya murid yang gagal untuk menyiapkan kerja yang diberikan guru ini memberikan alasan seperti terlupa untuk menyiapkannya, buku tertinggal di rumah atau sekolah,tidak sempat menyalin soalan yang diberikan guru dan bermacam lagi alasan bagi menghalalkan tindakan mereka yang gagal menyiapkan kerja atau tugasan tersebut.Sememangnya semua alasan itu adalah alasan lapuk yang sudah diketahui jawapannya. Terdapat pelbagai pelan berlandaskan teori pembelajaran untuk mengatasi masalah tersebut .Bagi masalah murid bising didalam kelas,mungkin suasana kelas yang tidak kondusif menjadi faktor penyumbang kepada masalah tersebut.Berdasarkan teori Behavioris,suasana kelas perlu dikembalikan dengan mewujudkan persekitaran kelas yang mengukuhkan tingkah laku positif.Sebagai contoh,apabila seseorang murid itu menghadapi masalah memahami sesuatu pelajaran,atau melakukan kerja secara bersendirian,guru mestilah memuji murid itu setiap kali dia menyelesaikan sesuatu masalah atau berjaya menjawab soalan tanpa bantuan guru.Ini bagi menimbulkan minat dan keyakinan diri untuk murid supaya lebih bermotivasi pada masa akan datang.Dengan cara ini,masalah murid bising dalam kelas akan dapat diatasi dengan sebaik mungkin. Selain itu,masalah murid yang membuat bising dan bercakap dengan kuat juga dapat diatasi sekiranya guru sentiasa menegur dan memberi nasihat.Cara ini merupakan cara yang terbaik untuk mendidik kerana jika guru berulangkali menegur,lama kelamaan murid tersebut akan sedar akan kesilapannya.Contohnya,jika seseorang murid itu sentiasa mencelah ditempat yang sepatutnya hingga menganggu murid lain atau sesi pengajaran dan pembelajaran,maka semestinya guru perlu memainkan peranan untuk menegur perbuatan tersebut. Konsep ini bertepatan dengan teori Pelaziman Klasik Watson.Teori ini menggunakan perkataan behaviorisme untuk menerangkan

perubahan tingkahlaku dalam proses pembelajaran.Teori ini membuktikan bahawa emosi manusia juga boleh dilazimkan secara klasik.Berdasarkan kajian teori ini, seekor tikus putih dan seorang kanak-kanak yang berumur 11 bulan digunakan.Budak berumur 11 bulan tadi telah ditunjukkan akan seekor tikus putih.Pada awalnya,budak itu tidak takut,namun apabila disertakan dengan bunyi kuat serentak,budak itu mulai takut.Keadaan ini diulang beberapa kali sehingga menimbulkan perasaan takut budak itu keatas tikus putih.Selain itu,teori ini juga menyarankan agar guru mempengaruhi pengalaman pembelajaran murid dengan menentukan rangsangan yang akan didedahkan kepadanya dan jenis gerak balas yang akan dihasilkan.Dengan kata lain,guru mestilah menggunakan pendekatan dan rangsangan yang menyeronokkan untuk menambat hati murid. Bagi menangani masalah ini juga,teori Bruner juga boleh dikaitkan.Berdasarkan teori ini,guru hendaklah mengajar berkaitan dengan pengalaman dan konteks kanak-kanak supaya kanak-kanak berasa ingin dan sanggup belajar semasa masuk sekolah. Pengajaran selanjutnya bergantung kepada cara membangkitkan minat di kalangan murid. Semua kanak-kanak memiliki mekanisme dalaman untuk ingin belajar. Oleh itu, guru mesti menggalakkan mereka melalui pembelajaran penerokaan. Selain itu faktor-faktor persekitaran seperti kebudayaan, motivasi dan personaliti mempengaruhi keinginan kanak-kanak untuk belajar. Di sekolah pula,guru perlu mewujudkan situasi pengajaran yang relevan dengan pengalaman dan minat pelajar. Guru perlu menyediakan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pembelajaran penemuan dan memberi arahan yang berstruktur tanpa menyelesaikan masalah untuk pelajar. Selain itu,untuk mengatasi masalah murid mengantuk dan tidak menumpukan perhatian didalam kelas pula,teori Pembelajaran Kontruktivisme adalah sesuai digunakan.Teori ini menjelaskan bahawa konstruktisme ialah pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang untuk murid membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan ( dalam minda )antara idea dan fakta yang sedang dipelajari.Dengan kata lain konstruktivisme juga dikenali sebagai fahaman “binaan”. Berbalik dengan masalah murid mengantuk dan tidak menumpukan perhatian kepada sesi pembelajaran tadi,ia sememangnya berlaku disebabkan kelemahan guru dalam membentuk suasana pembelajaran yang kondusif.Cara bagi menangani masalah ini ialah guru perlu melibatkan murid secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.Terdapat pelbagai cara untuk melibatkan murid dalam sesi pembelajaran ini.Contohnya seperti selalu bersoal jawab dengan murid samada secara spontan atau terancang,murid selalu diminta untuk meluahkan pendapat,murid selalu

diberikan kerja kumpulan,murid diberikan peluang untuk membentangkan hasil kerja dan sebagainya. .Cara penyampaian guru yang tradisional dan membosankan tanpa bantuan bahan rangsangan dan bahan bantu mangajar,sudah tentu murid akan jemu dan mudah mengantuk.Namun,sekiranya guru pandai menggunakan bahan rangsangan yang sesuai seperti penggunaan alat bantu mengajar, bahan multimedia,flash kad,lakaran,carta,peta minda dan sebagainya,maka sesuatu maksud dan konsep dapat disampaikan dengan jelas.,disamping murid diberikan peranan aktif dalam pembelajaran,sudah tentu masalah murid mengantuk dan kurang tumpuan pada sesi pembelajaran akan dapat diatasi.Dari kenyataan-kenyatan ini,jelaslah mengikut teori Pembelajaran Konstruktivisme,murid perlu memainkan peranan aktif dalam memahami dan memberi makna kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari. Berkaitan masalah murid yang tiada mood atau motivasi untuk belajar,ia juga dapat diatasi sekiranya guru pandai untuk menanganinya.Sememangnya ramai dikalangan murid di sekolah yang mempunyai masalah ini.Ianya mungkin dipengaruhi daripada suasana persekitaran murid itu sendiri.Kemungkinan murid tersebut bergaul dengan kawan yang sememangnya tiada motivasi lagi untuk belajar dan ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi keperibadian murid itu sendiri.Hal ini mungkin dapat diatasi dengan guru memberikan sedikit ganjaran ataupun pujian terhadap murid sekiranya mereka mempunyai peningkatan dari segi sakhsiah dan keperibadiaan mereka.Ini bertepatan dengan teori Pembelajaran Skinner.Berdasarkan teori ini,gerak balas boleh diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi)jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan.Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu supaya diulangi.Menurut Rachlin(1991),peneguhan diberikan pertamanya adalah untuk memuaskan kehendak individu.Kedua ialah untuk mengurangkan tekanan dan merangsangkan otak.Justeru,ganjaran yang diberikan itu akan menjadi suatu penghargaan di atas usaha mereka untuk membaiki diri sendiri. Perlu diingatkan bahawa, hadiah terbabit tidak semestinya mahal, cukuplah sekadar kecil tetapi bermakna. Masalah murid yang selalu tidak menyiapkan tugasan samada kerja rumah atau sekolah juga boleh diatasi dengan menggunakan teori Pembelajaran Skinner.Melalui teori ini,murid akan diberikan peneguhan yang positif bagi mengembalikan mood belajar kepada murid tersebut. Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong murid menghasilkan kerja

yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan. Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah memuji secara ikhlas, memuji dengan cepat, memuji tanpa memilih kasih, memuji usaha dan cuba jaya, memuji tingkah laku yang spesifik, memuji jawapan atau respon yang spontan.Contoh peneguhan positif ialah kata-kata perangsang,hadiah,wang,ganjaran dan sebagainya bagi meneguhkan tingkah laku yang dikehendaki.Pemberian peneguhan mesti diberikan secara tekal bagi menjamin berulangnya tingkah laku yang positif..Contohnya,jika Ali selalu didapati tidak menyiapkan kerja sekolah,dia akan diberikan motivasi mahupun ganjaran bagi membangkitkan tingkah laku yang positif.Contoh tingkah laku positif ialah seperti bersemangat,rajin,ingin tahu dan sebagainya bagi meningkatkan pencapaian diri.Justeru,masalah murid malas untuk menyiapkan tugasan pasti akan berkurangan dengan mengaplikasikan teori Pembelajaran Skinner ini. Selain itu,motivasi murid juga dapat ditingkatkan dengan cara guru mengajar murid membezakan persamaan dan perbezaan di antara dua situasi yang berlainan, supaya mereka dapat membuat generalisasi dan diskriminasi dengan betul. Guru perlu mengamalkan prinsip generalisasi dalam bilik darjah. Pemindahan pembelajaran berlaku dari situasi A kepada situasi B. Generalisasi membawa maksud melakukan tingkah laku yang sama dalam situasi yang berlainan. Contohnya, sesetengah murid takut untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Guru boleh menasihatkan murid tersebut dan memberitahunya bahawa dia akan menduduki peperiksaan yang hampir sama dengan ujian bulanan. Oleh itu, murid tidak akan berasa begitu takut kerana dia sudah biasa membuat ujian bulanan. Bagi diskriminasi rangsangan pula, guru perlu memastikan bahawa murid memberi fokus kepada rangsangan yang betul dan dapat membezakan rangsangan-rangsangan yang lebih penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, guru boleh memberitahu muridr objektif spesifik yang perlu dikuasai dalam sesuatu pelajaran. Maka murid akan memberi perhatian yang lebih kepada maklumat penting yang berkaitan dengan objektif pelajaran. Ini menunjukkan bahawa murid dapat membuat diskriminasi antara maklumat penting dan kurang relevan. Selain itu,masalah murid yang sukar untuk memahami sesuatu isi pelajaran juga dapat diatasi dengan menggunakan teori pembelajaran Garner.Teori Pembelajaran Garner

menekankan tentang pembelajaran berlaku secara berperingkat hierarki,iaitu bergerak dari peringkat paling bawah kepada peringkat paling kompleks.Melalui teori ini,guru perlu menekankan sistem pembelajaran yang harus bermula daripada yang mudah kepada rumit. Selain itu proses pengajaran dan pembelajaran mestilah menurut hierarki kemahiran kecerdasan dan syarat didepan adalah syarat mutlak menguasai jenis pembelajaran kemudian.Berdasarkan teori Gagne ini proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dilakukan secara berulang-ulang iaitu pembelajaran melalui rangkaian. Sebagai contoh pengajaran seperti pembacaan teks melalui nyanyian yang berulang kali lebih diingati oleh pelajar berbanding hanya melalui kaedah biasa pembacaan teks.

Kesimpulannya,masalah-masalah yang berlaku didalam bilik darjah sememangnya menjadi duri dalam daging kepada segenap warga pendidik. Ini kerana dengan adanya masalah-masalah tersebut proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna.Berlandaskan kepada pelbagai teori pembelajaran seperti teori Pembelajaran Behaviorisme,Teori Pembelajaran Sosial,Teori Pembelajaran Kognitif dan sebagainya,maka sedikit sebanyak masalah yang wujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat diatasi. Selain itu, guru juga berperanan menerapkan nilai-nilai murni dan bersepadu semasa di dalam bilik darjah. Di sini jelas menunjukkan bahawa seseorang guru itu perlu mempunyai persediaan perasaan dan sikap yang positif. Ini penting bagi mempengaruhi pembentukan dan pengembangan anak-anak muridnya. Tambahan pula harapan ibu bapa dan masyarakat sekitar terhadap institusi pendidikan begitu tinggi bagi mendapatkan pendidikan yang sempurna. Guru juga perlu memahami dengan secukupnya Falsafah Pendidikan Negara iaitu hasrat yang dikandunginya dan matlamat yang ditujuinya. Kefahaman perlu diiringi dengan kesedaran serta keinsafan, amalan dan penghayatan. Mereka harus mendokong penuh paksi pendidikan iaitu percaya dan patuh kepada Tuhan. Dengan itu,setiap warga pendidik perlu cekal dan tabah dalam menangani apa jua cabaran supaya hasrat dan aspirasi kerajaan untuk memartabatkan bidang pendidkan dapat direalisasikan dengan sempurna.

Jumlah Perkataan : 2541 patah perkataan

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan a) HBEF2103 Psikologi Pendikan oleh Prof Dr Khadijah Rohani Mohd Yunus,Mahani Razali,Ramlah Jantan,OUM Keluaran Februari 2011 b) Kertas Kerja bertajuk Isu dan Permasalahan Pengajaran dan Pembelajaran oleh Nur Hidayah bt Mohd Kamar,Norain bt Zainuddin,Robaizura bt Ramli,Nurul Fatiyah bt Alias,Nor Hayati bt Omar,Universiti Pendidikan Sultan Idris c) Teori – Teori Pembelajaran oleh Nordin bin Tahir,IPIP September 2010 d) http://www.abangisaifuddin.com/2011/03/mengatasi-pelbagai-ragam-tingkah-laku.html e) http://mabjip.blogspot.com/2009/07/teori-behavioris.html

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->