Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM EN.

SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama :  Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun  Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar  Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra  Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang  Pusat Tuisyen Kuala Nerang

PERPADUAN / INTEGRASI Laras Sastera – STPM 2012 6 Rendah STPM 2012 – Penggal 1 SKOP KAJIAN

 Catatan :

______________________________________________________________________________________
AWAS !! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara

1

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din Pengajian Am Kertas 2 (Bahagian A) – STPM 2012 Pengajian Am Bahagian C (Esei) – 6 Rendah STPM 2012 – Penggal 1 Perpaduan / Integrasi a)

Kerjasama :  Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun  Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar  Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra  Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang  Pusat Tuisyen Kuala Nerang

Pengenalan :  Malaysia mempunyai pelbagai kaum perpaduan dan integrasi merupakan satu perkara yang penting dalam mempertahankan serta mengekalkan negara yang berdaulat.  Perpaduan ialah proses menyatupadukan pelbagai kaum dan bangsa dalam negara agar dapat membina sebuah identiti yang disegani dan menanam semangat cintakan tanahair.  Integrasi ialah satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kumpulan yang terpisah dari segi budaya, sosial, dan penempatan di dalam sesebuah unit politik ke dalam satu sistem wilayah bagi mewujudkan identiti nasional iaitu Malaysia.  Perpaduan dan integrasi memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara. Langkah-langkah atau usaha-usaha : 1.1. Gagasan 1MALAYSIA  Perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia boleh diwujudkan melalui Gagasan 1MALAYSIA.  Gagasan 1MALAYSIA mempunyai asas utama untuk menyuburkan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum berteraskan beberapa nilai iaitu antaranya penerimaan SATU MALAYSIA menekankan sikap penerimaan dalam kalangan berbilang kaum iaitu dengan sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar boleh hidup bersama dalam keadaan saling menghormati sebagai rakyat dalam sesebuah negara.  Gagasan 1MALAYSIA juga menekankan amalan nilai-nilai yang menyokong teras perpaduan antaranya ialah hormat menghormati, rendah diri (tawaduk), kesederhanaan dan berbudi bahasa. Nilai hormat menghormati umpamanya membolehkan antara kaum menghormati adat resam serta budaya kaum lain. Nilai ini juga menuntut antara kaum agar tidak mengeluarkan kata-kata kesat tentang kaum lain dan juga tidak mempersoalkan peruntukan-peruntukan undangundang yang menyentuh sentiviti kaum lain. Oleh itu, nilai-nilai ini boleh mengukuhkan dan memantapkan lagi jalinan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. 1.2. Rukun Negara  Perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia boleh dikukuh dan dimantapkan lagi dengan penghayatan kepada Rukun Negara.  Rukun Negara yang mengandungi lima prinsip iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang, dan Kesopanan dan Kesusilaan itu adalah antara resepi kejayaan negara dalam menyatupadukan rakyat. Oleh itu, melalui Rukun Negara rakyat mengamalkan semua prinsip tersebut akan lebih berdisiplin, hidup aman, selamat, bebas dan boleh membina masyarakat yang progresif.  Selain itu, penghayatan Rukun Negara sebagai ideologi negara juga penting dalam memupuk integrasi nasional. Rukun Negara menjadi asas keharmonian dan perpaduan kaum. Rukun Negara akan menjadi perpaduan bagi rakyat Malaysia untuk memupuk semangat setia kawan dan kecemerlangan dalam hidup bermasyarakat dan bernegara. 1.3. Pendidikan Negara  Perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia boleh diwujudkan melalui langkah pembangunan pendidikan negara.  Falsafah Pendidikan Negara diwujudkan oleh kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, melahirkan insan yang dapat bertolak ansur dan berpendidikan sempurna. Falsafah Pendidikan Negara mampu melahirkan masyarakat yang berilmu dan melahirkan individu yang bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain.  Kerajaan memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat juga melalui memperkasakan sekolah kebangsaan. Sekolah-sekolah kebangsaan di seluruh negara telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur dan kualiti pembelajaran dan pengajaran (P&P). Oleh itu, situasi ini telah menarik ramai pelajar daripada kaum-kaum lain untuk belajar di sekolah kebangsaan dan pelajar akan bergaul serta berinteraksi tanpa mengira kaum.  Perpaduan dalam kalangan masyarakat juga boleh dimantapkan melalui mengembangkan Sekolah Wawasan. Sekolah Wawasan boleh mewujudkan interaksi antara sekolah kebangsaan dengan jenis kebangsaan (Cina dan Tamil) yang didirikan dalam satu kawasan walaupun dengan pentadbiran yang berbeza. Oleh itu, perpaduan diperingkat sekolah boleh diwujudkan melalui berkongsi prasarana sekolah seperti penggunaan padang dan dewan.  Perpaduan dalam kalangan masyarakat melalui pendidikan boleh diwujudkan melalui penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar oleh semua pelajar boleh memudahkan komunikasi antara pelbagai kaum pelajar di sekolah dan perpaduan dapat dihasilkan dengan penggunaan satu bahasa sebagai bahasa rasmi. Selain itu, perpaduan melalui pendidikan juga boleh dilaksanakan melalui pengajaran bahasa ibunda suku kaum lain. Pengajaran bahasa ibunda suku kaum lain diajar kepada pelajar lain seperti pelajar Melayu belajar bahasa Mandarin. Jika pelajar memahami pelbagai bahasa situasi ini akan memudahkan interaksi antara kaum, mengelakkan salah faham, dan sikap prejudis. Oleh itu, perpaduan kaum boleh dimantapkan lagi.  Perpaduan dalam kalangan masyarakat melalui pendidikan boleh diwujudkan melalui langkah penekanan kepada kegiatan kokurikulum. Aktiviti kokurikulum diwajibkan disemua peringkat pendidikan tanpa mengira kaum. Aktiviti kokurikulum membolehkan pelajar bergaul, berinteraksi dengan lebih dekat, dapat mengenali, memahami dan menghormati cara hidup kaum lain. Dengan itu, melalui aktiviti kokurikulum akan dapat melahirkan masyarakat yang saling faham memahami dan bertolentasi antara satu sama lain.  Perpaduan dalam kalangan masyarakat melalui pendidikan boleh dilakukan melalui memantapkan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui keseragaman sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru, dan bahasa pengantar. Penggunaan sukatan pelajaran yang sama terutama bagi matapelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Pendidikan Moral atau Agama Islam dan Sejarah di sekolah menengah. Oleh itu, semua pelajar akan belajar perkara yang sama, contoh matapelajaran Sejarah yang sama diajar kepada semua pelajar di Malaysia akan dapat menerapkan semangat nasionalisme dan bersatu padu.

b)

______________________________________________________________________________________
AWAS !! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara

2

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama :  Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun  Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar  Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra  Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang  Pusat Tuisyen Kuala Nerang

1.4. Pembangunan Ekonomi Negara  Perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia boleh dimantapkan melalui usaha pembangunan ekonomi negara kepada rakyat.  Peringkat awal kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 bertujuan mengagihkan ekonomi sama rata antara pelbagai kaum. Pelaksanaan dasar ini dapat menyatupadukan rakyat melalui mengagihkan kekayaan sumber ekonomi sama rata antara kaum.  Di samping itu, kerajaan juga memperkenalkan dasar-dasar pembangunan ekonomi yang lain seperti Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan Negara bagi mengukuhkan lagi integrasi nasional. Dasar-dasar ekonomi yang dilaksanakan memberi manfaat kepada semua rakyat, bersama-sama menikmati kestabilan ekonomi negara dan pengagihkan kekayaan negara yang adil dan saksama. 1.5. Pembangunan Kemajuan Bidang Sukan  Perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia boleh diusahakan melalui bidang sukan.  Aktiviti sukan menitikberatkan semangat berpasukan, bekerjasama dan bersatu padu. Sukan dapat memupuk semangat bekerjasama di antara rakan-rakan sepasukan yang terdiri daripada pelbagai kaum atau negeri dengan matlamat yang sama iaitu menjayakan sesuatu perlawanan atau meraih kemenangan.  Sukan juga dapat mengeratkan hubungan pelbagai kaum. Acara sukan yang disertai oleh pelbagai kaum dan menggunakan pelbagai prasarana sukan secara bersama boleh mengeratkan persefahaman dan kerjasama ahli-ahli sukan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Selain itu, dalam pelbagai pertandingan sukan di negara ini menyokong akan memberikan sokongan padu terhadap atlet tanpa mengambil kira bangsa, agama dan budaya. 1.6. Dasar-dasar Kerajaan yang lain seperti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan melalui Kebudayaan dan Warisan Program Latihan Khidmat Negara  Selain itu, PLKN juga berperanan bagi mewujudkan perpaduan yang erat dan memupuk integrasi sosial yang lebih jitu dalam kalangan generasi muda pelbagai kaum.  Peserta yang akan menyertai terdiri daripada program komposisi kaum boleh mewujudkan keseimbangan perpaduan antara kaum. Dengan cara ini, remaja pelbagai keturunan dan negeri akan berada dalam satu kem dan menjalankan pelbagai aktiviti bersama, berinteraksi dan bergaul mesra.  Mereka akan didedahkan dengan corak kehidupan masyarakat majmuk secara mendalam dan persefahaman yang lebih erat akan memupuk perasaan kekitaan. Dengan itu, tembok pemisah antara kaum dapat dipisahkan. Dasar berkaitan dengan Warisan dan Kebudayaan  Perpaduan dalam kalangan masyarakat boleh dimantapkan melalui pelaksanaan dasar-dasar kerajaan melalui kebudayaan dan warisan.  Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Integrasi Nasional boleh menjadi teras menyatupadukan rakyat serta mengukuhkan perpaduan.  Dasar-dasar ini melaksanakan strategi seperti mewujudkan Rukun Tetangga, perjumpaan kaum di setiap taman perumahan, mengadakan sambutan kongsi raya, dan memelihara keperibadian kebangsaan rakyat berbilang kaum boleh mengukuhkan lagi perpaduan dan integrasi. c) Halangan-halangan dalam mewujudkan perpaduan / integrasi : 1.1. Aspek Sosial  Aspek sosial, halangan yang timbul ialah tahap kefahaman yang rendah tentang cara hidup dan masalah-masalah hidup kaum-kaum lain dan ini menyebabkan tiada rasa hormat serta menghargai antara kaum.  Halangan kedua dalam aspek sosial ialah kewujudan sekolah jenis kebangsaan (vernacular) yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing dan kebanyakan sekolah jenis ini menempatkan pelajar-pelajar yang terdiri daripada kaum-kaum yang sama dalam sebuah sekolah. Sistem pendidikan yang mewujudkan sistem persekolahan yang berasingan mengikut kaum telah menjuruskan ke arah semangat perkauman yang menebal. Hal ini akan mengurangkan peluang untuk berinteraksi dan berhubung dengan pelajar-pelajar dari kaum-kaum yang lain.  Ibu bapa kaum Cina dan India juga cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan. Hal ini kerana mereka tidak yakin dengan pengurusan sekolah-sekolah kebangsaan yang kebanyakannya terdiri dari pelajar-pelajar Melayu.  Masyarakat di Malaysia lebih cenderung untuk tinggal di satu kawasan yang terdiri dari penduduk yang sama kaum, sebagai contoh di Kuala Lumpur, penduduk Cina lebih banyak tertumpu di kawasan Pudu, kaum India di kawasan Brickfield dan Sentul, manakala kaum Melayu pula di kawasan Kampung Baru. 1.2. Aspek Kebudayaan  Aspek kebudayaan, halangan dari segi proses pemasyarakatan yang terbatas dalam kumpulan etnik sendiri. Mereka tidak terdedah dengan adat-adat dan cara hidup etnik lain dan kesannya ialah hubungan baik antara kaum terhalang.  Selain itu, perbezaan kebudayaan yang meliputi agama, kepercayaan, adat resam dan cara hidup juga menjadi penghalang kepada perpaduan dan integrasi nasional. Hal ini kerana perbezaan tersebut akan menimbulkan prasangka, perkauman, dan etnosentrisme.  Sikap setiap kaum yang terlalu mempertahankan budaya mereka juga menjad punca kepada halangan perpaduan dan integrasi nasional. Hal ini kerana mereka tidak dapat menerima amalan dan kepercayaan kaum lain yang berbeza dengan cara hidup mereka.

______________________________________________________________________________________
AWAS !! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara

3

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama :  Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun  Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar  Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra  Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang  Pusat Tuisyen Kuala Nerang

1.3. Aspek Ekonomi  Jurang ekonomi yang ketara antara kaum juga merupakan halangan kepada perpaduan dan integrasi nasional. Sebahagian besar ekonomi Malaysia dikuasai oleh kaum Cina dengan keterlibatan mereka dalam bidang perniagaan.  Sementara itu, kaum Melayu dan Bumiputera yang lain banyak bekerja sebagai petani dan kakitangan kerajaan. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya kaum Melayu dan Bumiputera yang lain serta kaum India agak terpinggir dari segi penguasaan ekonomi negara. Sosioekonomi yang berbeza tersebut telah menimbulkan rasa cemburu, sangsi dan tidak berpuashati antara kaum. 1.4. Aspek Politik  Aspek politik perkara yang menjadi penghalang ialah politik perkauman. Parti-parti politik di Malaysia kebanyakannya dianggotai oleh satu kaum sahaja. Oleh kerana setiap parti bebas menyuarakan pendapat, isi hati mereka, dan pelbagai tuntutan yang biasanya berteraskan kepentingan kaum masing-masing, semangat perpaduan dan integrasi diketepikan. Hal ini akan menyebabkan semangat perkauman menjadi semakin menyemarak dalam diri masyarakat di Malaysia.  Situasi dikeruhkan lagi dengan kumpulan-kumpulan yang ekstrem dalam memperjuangkan tuntutan dan kepentingan kaum masing-masing tanpa menghiraukan sensitiviti kaum-kaum lain. Sebagai tindakbalas, kaum-kaum lain juga akan membuat tuntutan bagi melindungi kepentingan kaum mereka. Hal ini telah mencetuskan bibit-bibit perbalahan antara kaum yang membimbangkan. 1.5. Aspek Fizikal  Pemisah fizikal merupakan masalah jarak antara wilayah yang jauh seperti Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak. Oleh sebab itu, golongan etnik di Semenanjung Malaysia tidak dapat mengenali kehidupan etnik lain yang tinggal di Sabah dan Sarawak.  Dengan itu, sikap prasangka, mementingkan kaum sendiri, dan etnosentrisme semakin menebal dalam diri setiap etnik. 1.6 Aspek Media Massa  Media massa juga merupakan halangan dalam pembentukan perpaduan dan integrasi nasional. Setiap kaum didapati lebih suka kepada rancangan atau program televisyen dan radio yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Begitu juga dengan akhbar-akhbar yang dijual, permintaannya juga mengikut komposisi penduduk di mana setiap kaum cenderung memilih versi bahasa ibunda.  Akhbar didapati memainkan isu perkauman dengan membuat tuntutan-tuntutan yang jelas menyentuh dan mempertikai hak keistimewaan orang Melayu. Hal ini tentunya akan menyinggung perasaan orang Melayu dan Bumiputera yang merupakan penduduk asal dan majoriti penduduk Malaysia.
(Sumber dipetik daripada Pengajian Am STPM Penggal 1, Local Pulication, Amran Idris, Ismail Kosunon, dan Tn. Hj. Md. Kasa Yahya, 2012)

d)

Kepentingan Perpaduan : 1.1 Perkembangan pembangunan ekonomi negara H.I.U. Perpaduan yang kukuh dan mantap dalam kalangan masyarakat boleh mengembangkan kemajuan pembangunan ekonomi negara. H.1 Perpaduan dalam kalangan masyarakat boleh menarik pelabur asing menanam modal dalam kegiatan ekonomi negara. H.2 _____________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________ H.3 Perpaduan dalam kalangan masyarakat boleh mewujudkan kelancaran pelaksanaan aktiviti pembangunan ekonomi oleh kerajaan. _____________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________

H.4

1.2 Meningkatkan imej negara H.I.U. Perpaduan dalam kalangan masyarakat boleh meningkatkan imej negara. H.1 Perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia membolehkan negara dicontohi oleh negaranegara lain. H.2 _____________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________ H.3 Seterusnya, perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia membolehkan negara dihormati dan disanjungi diperingkat antarabangsa. _____________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________

H.4

______________________________________________________________________________________
AWAS !! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara

4

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama :  Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun  Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar  Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra  Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang  Pusat Tuisyen Kuala Nerang

1.3 Kestabilan politik dan keselamatan negara H.I.U. Perpaduan dalam kalangan masyarakat boleh mewujudkan kestabilan politik negara dan keselamatan negara. H.1 Perpaduan dalam kalangan masyarakat boleh mewujudkan amalan berpolitik yang matang. H.2 _____________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________ H.3 H.4 Perpaduan dalam kalangan masyarakat juga boleh mengekalkan kedaulatan negara. _____________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________

e)

Kesimpulan A1  Perpaduan adalah syarat utama dalam kehidupan yang aman dan harmoni. A2  Oleh itu, semua rakyat perlu mengutamakan usaha untuk membentuk perpaduan.

“Bina PERSONALITI anda merupakan di antara langkah pertama ke arah mencapai kejayaan dalam kehidupan”

Disediakan oleh : Cikgu SEZALI DIN 1991~2012 11hb Julai 2012 3.12 pm.

______________________________________________________________________________________
AWAS !! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara

5