Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM EN.

SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama :  Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun  Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar  Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra  Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang  Pusat Tuisyen Kuala Nerang

Gagasan 1Malaysia

2 3 4 4 4

Asas Utama  Menyubur Perpaduan  Membina Negara Maju Teras Perpaduan  Penerimaan  Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara  Keadilan Sosial Nilai-Nilai Menyokong Teras Perpaduan  Hormat-menghormati  Rendah Hati  Kesederhanaan  Berbudi Bahasa Budaya Progresif  Budaya Berprestasi Tinggi  Budaya Ketepatan  Budaya Inovasi  Budaya Ilmu Nilai-Nilai Aspirasi  Kebijaksanaan  Kesetiaan  Ketabahan  Integriti

“1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia”
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abd Razak (Perdana Menteri Malaysia)

Dua asas utama Gagasan 1Malaysia adalah untuk menyuburkan perpaduan dan membina negara maju. 1Malaysia ialah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu agenda baru negara yang terpisah daripada agenda kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, kearah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih mampan bagi rakyat dan negara Malaysia. Dalam erti kata lain, 1Malaysia merupakan satu formula yang akan mempercepat lagi proses untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepertimana yang dihasratkan melalui Wawasan 2020. Pengertian ini berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai status negara maju sepertimana yang disasarkan melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyatnya bersatu padu. Perpaduan yang dikehendaki dalam Gagasan 1Malaysia amat berbeza daripada konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain, iaitu apabila identiti etnik dilenyapkan dan digantikan dengan satu identiti nasional yang sama. Sebaliknya Gagasan 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. 1Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, dengan satu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar semua rakyat dapat hidup bersama dalam keadaan saling menghormati dalam sebuah negara. Asas perpaduan ialah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud nasib semua kaum akan terbela dan tiada pihak yang akan dipinggirkan. Dalam konteks ini, keadilan mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan. Gagasan 1Malaysia ialah penerusan agenda membina negara. Prasyarat untuk membina negara ialah perpaduan. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. Ertinya pendidikan dapat dimajukan, ekonomi dapat dipacu, kebajikan rakyat dapat dipenuhi dan hasilnya terciptalah sebuah negara yang kuat dan maju.

 

   

_________________________________________________________________________________________
AWAS !! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara

1

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama :  Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun  Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar  Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra  Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang  Pusat Tuisyen Kuala Nerang

TAGLINE 1MALAYSIA 

“Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”

Ini ialah komitmen atau janji kerajaan kepada rakyat bahawa dalam pelaksanaan program dan projek-projek di bawah Gagasan 1Malaysia, rakyat harus didahulukan. Rakyat didahulukan bermakna suara mereka didengari, kebajikan mereka dititikberatkan, rakyat mendapat khidmat terbaik serta diberi layanan mesra, dan natijahnya ialah rakyat berasa mudah, selesa, dihargai, dihormati, terjamin, selamat, mendapat keadilan dan seterusnya bangga serta bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Bagi memastikan kejayaan objektif tersebut, maka semua pihak harus bekerja kuat berasaskan strategi Pencapaian Diutamakan. „Pencapaian Diutamakan‟ bermaksud perkhidmatan yang diberi oleh kerajaan dan semua pihak kepada rakyat hendaklah berada pada tahap kualiti yang optimum dan terbaik. Oleh itu, agensi pelaksana hendaklah memastikan hasil kerja memberi manfaat kepada rakyat, mengutamakan outcome berbanding output, sentiasa berfikir yang terbaik untuk rakyat dan berfikir secara kreatif dan inovatif bagi memastikan rakyat mendapat kepuasan.

 

Aspek-Aspek Utama 1Malaysia Dua aspek utama yang akan menjayakan Gagasan 1Malaysia ialah : Aspek Pertama  Penerapan Teras-Teras Perpaduan

Menerapkan teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini ialah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Teras Perpaduan ini didukungi oleh empat nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia. Aspek Kedua Pengamalan Budaya Progresif dan Nilai-Nilai Aspirasi

Budaya Progresif dan Nilai-Nilai Aspirasi yang digagaskan dalam Gagasan 1Malaysia ialah budaya dan nilai yang perlu ada dalam masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju. Budaya Progresif dan Nilai-Nilai Aspirasi ini akan membantu dalam usaha mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global, dan seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap. Budaya Progresif yang dimaksudkan ialah Budaya Berprestasi Tinggi, Budaya Ketepatan, Budaya Inovasi dan Budaya Ilmu. Sementara Nilai-Nilai Aspirasi yang dimaksudkan ialah Kebijaksanaan, Kesetiaan, Ketabahan dan Integriti. Teras-Teras Perpaduan

Teras-Teras Perpaduan 1. Penerimaan 1Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, dengan sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar kita dapat hidup bersama dalam keadaan saling menghormati sebagai rakyat dalam sebuah negara. Ia ialah peningkatan ketara daripada sikap tolenrasi semata-mata. Prinsip-prinsip Kenegaraan yang berasaskan : a) Perlembagaan Persekutuan b) Rukun Negara Keadilan Sosial Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada pihak yang akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

2.

3.

_________________________________________________________________________________________
AWAS !! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara

2

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din PENGAMALAN NILAI-NILAI YANG MENYOKONG TERAS PERPADUAN Ketiga-tiga teras perpaduan ini pula didukungi oleh nilai-nilai berikut :

Kerjasama :  Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun  Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar  Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra  Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang  Pusat Tuisyen Kuala Nerang

Hormat-menghormati : Hormat-menghormati antara semua kaum termasuk menghormati adat resam serta budaya kaum lain.
Rasa hormat ini juga menuntut kita agar tidak mengeluarkan kata-kata kesat tentang kaum lain dan juga tidak mempersoalkan peruntukan-peruntukan undang-undang yang menyentuh sensitiviti kaum.

Rendah hati (Tawaduk) : Rasa rendah hati atau Tawaduk ialah perasaan insaf bahawa kita semua ialah rakyat dalam sebuah
negara sama dan kita perlu hidup bersama-sama secara harmoni. Ia juga perangkumi pengertian bahawa setiap kaum, malah setiap individu ada kelemahan dan kelebihan masing-masing, dan seharusnya kita memanfaatkan kelebihan masing-masing demi memperkukuhkan masyarakat dan negara.

Kesederhanaan : Pendekatan sederhana dalam apa-apa jua isu yang berbangkit. Dalam negara bermasyarakat majmuk seperti
Malaysia, tindakan atau tutur kata bersifat ekstrem tidak langsung boleh diterima kerana ia boleh menimbulkan masalah ketidakstabilan sosial yang lebih parah.

Berbudi bahasa : Budi bahasa ialah tutur kata dan tingkah laku yang tertib dan berpaksikan kesantunan dalam segala interaksi
dengan pihak lain bagi menjana kerjasama dan permuafakatan yang lebih erat.

PENGAMALAN BUDAYA PROGRESIF DAN NILAI-NILAI ASPIRASI UNTUK MENJADI NEGARA MAJU

PENGAMALAN BUDAYA PROGRESIF DAN NILAI-NILAI ASPIRASI 1.

Budaya Berprestasi Tinggi : Amalan memastikan setiap perkara dan tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Secara
lebih khusus, ia bermaksud setiap produk yang dihasilkan dan perkhidmatan yang diberikan mestilah bertaraf dunia dan mempunyai nilai tambah. Sikap sambil lewa dan “acuh tak acuh” tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.

2.

Budaya Ketepatan : Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlu
mengamalkan budaya ketepatan. Antara aspek ketepatan yang perlu diberi perhatian ialah aspek ukuran, janji, masa dan membuat keputusan.

3.

Budaya Inovasi : Menjadi amalan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua bidang
yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.

4.

Budaya Ilmu : Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang
tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.

5.

Kebijaksanaan : Cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkaraperkara yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak.

6.

Kesetiaan : Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara yang
tercinta.

7.

Ketabahan : Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak
mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa-apa jua bidang yang diceburi.

8.

Integriti : Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa
dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.

_________________________________________________________________________________________
AWAS !! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara

3

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am  A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama :  Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun  Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar  Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra  Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang  Pusat Tuisyen Kuala Nerang

_________________________________________________________________________________________
AWAS !! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara

4

5