(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA

)

(MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI

HBIS1203 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 (SMP)

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN: NO. TELEFON E-MEL

: : :

771222086803001 0164936239 shahfulrizal@yahoo.com

771222086803

PUSAT PEMBELAJARAN

:

SHAH ALAM LEARNING CENTRE

0 2.2 4.0 5.0 SISTEM PENGAJIAN KAEDAH HAFAZAN SISTEM PENGAJIAN KAEDAH HAFAZAN MUKA SURAT 2 3 4 5 6 7 8 10 11 12 13 MA’AHAD TAHFIZ DARUL QURAN PENILAIAN TERHADAP KAEDAH DAN TEKNIK CADANGAN APLIKASI TEKNIK HAFAZAN DALAM BILIK DARJAH KESIMPULAN RUJUKAN 2 .0 7.2 3.0 PENGENALAN INSTITUT AL-QURAN KUALA LUMPUR 2.0 6.1 2.HBIS1203 TAJUK 1.1 3.0 3.

a.a. Rasulullah s.w pada setiap malam di bulan Ramadhan.a. juga turut membantu dengan sentiasa datang bertadarus bersama baginda s. tetapi bacaan untuk difahami dan diingati. Ketika Rasullulah s.S. dan kemudian dibaca kembali oleh baginda secara hafazan. Di samping kebijaksanaan yang dimiliki.s dan ini mengganggu bacaan Jibril a.w bersungguh-sungguh melakukan itu hanya kerana mahu segera mengingati ayat-ayat tersebut dan bimbang ayat tersebut mungkin dilupainya.a. Ayat pertama yang dibaca adalah ‘iqra’ yang diulang sebanyak tiga kali oleh Malaikat Jibrail a.a.a. untuk mengajarkan al-Quran kepada baginda.0 PENGENALAN Bidang hafazan al-Quran bermula semenjak penurunan ayat al-Quran yang pertama.T menasihati baginda s.s.s. Ibn Abbas berkata bahawa Jibril datang menemui Rasulullah s. Ketika Jibril membaca al-Quran.w.a. Rasulullah s. telah memerintahkan Jibrail A.w mempunyai banyak kelebihan dalam menghafaz al-Quran.w berumur 40 tahun dan sedang beribadat di Gua Hira’.a. menjamin akan memastikan Rasulullah s. bukanlah hafazan semata-mata. Jilid 1: 16) 3 . Jibril a.a.T.a.W. Al-Bukhari (Jilid 1: 15) ada menceritakan bahawa pada peringkat awal penurunan wahyu. (al-Qiyamah: 16 .s.a. Baginda s. lalu mereka berdua secara bertadarus membaca al-Quran.w agar berhenti daripada melakukan perkara tersebut.w amat bersungguh-sungguh berusaha bagi memastikan segala ayat-ayat al-Quran yang diterimanya itu dapat dihafaz dan diingat dengan baik.18) Untuk menjamin ketepatan dan keutuhan ayat-ayat al-Quran di dada Rasulullah. Rasulullah s. secara ringkasnya. Lalu Allah S. Apabila Kami telah selesai membacanya maka ikutilah bacaan itu”.w akan mendengar dengan teliti bacaan tersebut dan begitulah sebaliknya. baginda s.HBIS1203 1.w.w sentiasa menggerakkan lidahnya mengulangi ayat-ayat al-Quran walaupun ayat tersebut belum sempurna dibaca oleh Jibril a. AlBukhari ada meriwayatkan sebuah cerita daripada Ibnu Abbas r.W. Allah S. (al-Bukhari.a. Sesungguhnya atas tanggungan kamilah mengumpulnya (di dada mu) dan (membuat mu pandai) membacanya.T.W. Bacaan Rasulullah s. Seterusnya Allah S.w dapat menghafaz segala ayat al-Quran dengan baik sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Janganlah kamu menggerakkan lidah mu untuk membaca al-Quran kerana hendak cepat (dan terburu-buru untuk menguasainya).

ruang pengajian. Dengan berpakaian sekolah. Era Mewah Sdn. Ia juga dikenali sebagai Madrasah Al-Quran Kuala Lumpur. Langkah ini didapati berkesan kerana dari sudut psikologi pelajar merasakan mereka ‘benar-benar’ ke sekolah. Pengambilalihan tersebut disebabkan Dato’ Dr. Hassan Haji Mohd Ali (kini ahli politik) selaku pengarah Sabha Group. kelengkapan sekolah dan berjalan kaki ramai-ramai ke sekolah. Dipengerusikan sendiri oleh Dato’ Dr.HBIS1203 2. Sehinggalah sekarang kedudukan IQKL beransur-ansur stabil di bawah kendalian pengetua IQKL sekarang iaitu Ustaz Khairuddin Ramli. Setelah hampir tiga tahun beroperasi IQKL telah diambil alih sepenuhnya oleh Tuan Haji Mohd Hassan Mokhtar Mohd Ali selaku Pengerusi Eksekutif. pada masa tersebut ia dikendalikan oleh Dato’ Dr. Segala pengurusan dan perlaksanaan IQKL terletak di bawah tanggungjawab Tuan Haji Mohd Hassan Mokhtar Ali selaku pengerusi lembaga IQKL (Pengerusi Eksekutif. Justeru. Hasan Haji Mohd Ali mahu melibatkan dan memberi komitmen yang lebih tinggi terhadap karier politik beliau. Institut Al-Quran Kuala Lumpur telah ditubuhkan pada awal 1997. Hassan Haji Mohd Ali dan dibantu oleh panel pemandu iaitu Tuan Haji Mohd Hassan Mokhtar Mohd Ali selaku Pengerusi Eksekutif. Bilik Kelas. Situasi ini tidak meniupkan semangat mereka untuk belajar. Ismail. Jawatankuasa ini dipandu oleh Jawatankuasa Pemandu yang bertanggungjawab menentukan supaya falsafah dan arah tuju IQKL terlaksana. Kelas pada waktu ini juga hanya diadakan di asrama dan ia didapati tidak begitu praktikal kerana pelajar tidak merasai iklim dan suasana persekolahan. Pada masa tersebut. Bhd) dan dibantu oleh dua lagi ahli lembaga iaitu Tuan Haji Puzi Ahmad (Principal Partner sebuah syarikat Guaman) dan Tengku Hasmudin Tengku Othman (Pengarah Bahagian Kewangan Administre Mesin Niaga). Kuala Lumpur berhampiran Balai Islam (kini Masjid alGhufhran). mereka merasai iklim sebenar persekolahan. Era Mewah Sdn. Bhd. satu inisiatif diambil dengan memindahkan tempat pengajian ke masjid. Di peringkat awal operasinya IQKL ditempatkan di dua buah banglo yang terletak di pinggir Taman Tun Dr. ia diuruskan oleh sebuah Jawatankuasa Pengurusan. ruang penghafalan dan pusat pengurusan di pusatkan di kedua-dua premis tersebut. Bhd.0 INSTITUT AL-QURAN KUALA LUMPUR Institut Al-Quran Kuala Lumpur merupakan pusat pengajian tahfiz al-Quran yang dikendalikan oleh pihak swasta. Beliau semasa menerima jawatan 4 . Era Sdn.

Kos pembinaan dijangka dalam lingkungan RM 7 – 8 juta. Kurikulum yang telah dilaksanakan di IQKL adalah berasaskan kepada matapelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan IQKL dan Kementerian Pendidikan Malaysia (K. telah menetapkan syarat kemasukan sebelum menjadi pelajar IQKL. Bakal kampus IQKL itu akan mempunyai kemudahannya sendiri seperti blok pentadbiran. Walaupun dalam keadaan yang agak sibuk dan masa yang terhad dengan pengajian beliau pada waktu itu. Dua buah banglo itu adalah kepunyaan pengerusi lembaga sendiri.HBIS1203 pengetua IQKL ini sedang dalam proses pengajian di peringkat sarjana. 2. IQKL akan memiliki kampus kekal di sebidang tanah yang telah diperolehi berhampiran dengan Ibu Negara. Kuala Lumpur. silibus pengajian. Bagi perancangan masa depan. blok asrama lelaki dan perempuan dan sebagainya. Pada masa kini IQKL masih lagi beroperasi di bangunan lama iaitu ditempatkan di dua buah banglo yang berhampiran dengan masjid al-Ghufran di pinggir Taman Tun Dr. Oleh itu. Institut Al-Quran Kuala Lumpur merupakan sebuah ma’ahad tahfiz al-Quran yang mempunyai sistem pembelajaran yang sistematik. Kemudahan lain seperti asrama pelajar lelaki terletak berhampiran dengan pelajar perempuan dan juga bersebelahan dengan pejabat pentadbiran.1 SISTEM PENGAJIAN Sistem pengajian yang terdapat di Institut Al-Quran Kuala Lumpur ini merangkumi beberapa aspek seperti syarat kemasukan pelajar. sesi pengajian dan juga sistem peperiksaan yang dijalankan di sini. Di peringkat awalnya IQKL hanya mengambil 80 orang pelajar (50 pelajar lelaki dan 30 pelajar perempuan) sahaja tetapi kini pelajarnya makin bertambah. pentadbiran dan imej IQKL dapat dipulihkan dengan berlandaskan sistem pentadbiran yang sistematik dan lancar.P. Ismail. namun berkat dengan kesungguhan dan kesabaran beliau dan tenaga pengajar. pihak pentadbiran IQKL telah menyewa kemudahan tersebut sebanyak RM10 sehari dan dibayar kepada pihak pentadbiran masjid al-Ghufran dan IQKL juga berkongsi dengan Sekolah Rendah Agama Balai Islam ataupun dikenali sebagai SERAMBI.M) yang selaras dengan kehendak semasa dan keperluan di peringkat lanjutan Diploma 5 . Segala kemudahan seperti kelas-kelas pembelajaran dan kelas tasmi’ al-Quran. Ianya bagi memastikan sistem pengajian yang dilaksanakan di Institut Al-Quran Kuala Lumpur dapat berjalan dengan lancar sepertimana yang telah dirancangkan.

Sukatan matapelajaran yang telah dilaksanakan di IQKL pada masa kini telah dibahagikan kepada dua bentuk pengajian iaitu Subjek Akademik dan Subjek Agama. Aktiviti hafazan sentiasa dilakukan untuk memperkemaskan ingatan. petang dan malam. Jordan. Buku Tibyan digunakan sebagai modul tazkirah. para pelajar IQKL ini ada mengamalkan membaca 6 . kelas akan dimulakan dengan tazkirah oleh tenaga pengajar berkaitan dengan adab-adab dengan al-Quran. Kebiasaannya. 2. Ini sebagai persediaan mereka supaya dapat mengingati dengan baik dan tidak tergesa-gesa atau kelam kabut. Di samping itu. Ujian Tahriri bagi matapelajaran Agama dan Akademik. Jika pelajar dikehendaki mentasmik pada keesokan harinya. maka mereka akan menghafaz ayat-ayatyang perlu ditasmik pada keesokan harinya pada dua atau tiga malam sebelumnya. Madinah dan sebagainya mereka boleh mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Biasanya ia dilakukan sebelum waktu tasmik sebagai peringatan kepada para pelajar agar menjaga adab-adab dengan al-Quran untuk memudahkan hafazan.HBIS1203 khususnya Pusat Matrikulasi Intitut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Sistem peperiksaan yang digunakan di IQKL adalah berdasarkan kepada dua kaedah: a. Ini kerana kebanyakan pelajar tidak tahu adab dengan al-Quran seperti meletak al-Quran di tempat yang rendah dan tidak menutup al-Quran ketika berbual-bual.2 KAEDAH HAFAZAN Sistem hafazan yang digunakan di sini adalah mengikut apa yang telah direncanakan oleh pihak pentadbir institusi tahfiz ini. Diantara sistem pembelajaran yang digunakan di IQKL ini ialah dengan mengadakan Kelas Tasmi’. Ujian Syafawi bagi matapelajaran al-Quran b. Aktiviti yang dilakukan untuk meningkatkan hafazan di antara para pelajar sesama mereka ialah dengan sentiasa memberi nasihat sesama mereka terutama kepada adikadik yang baru menghafaz. Kelas Pembelajaran dan Kelas I‘adah. Biasanya ianya dilakukan pada sebelah pagi. Jika pelajar berminat untuk melanjutkan pelajarannya ke Timur Tengah seperti Mersir. Sistem peperiksaan yang dilaksanakan pula adalah mengikut sistem semester sepertimana sistem persekolah dan IPTA yang lain. Instutut Al-Quran Kuala Lumpur juga telah merangka sistem pembelajaran mereka sendiri bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam hafazan al-Quran. Begitu juga dengan sistem peperiksaannya hanya PMR dan SPM sahaja.

Selepas itu Maahad Tahfiz dipindahkan ke Bangunan JKR 588/33. Kahfi. para pelajar sentiasa membacanya secara beramai-ramai sesama mereka. 1966 dengan bilangan pelajar pada masa itu seramai 8 orang sebagai perantis yang dipilih dan dihantar oleh negeri-negeri di Malaysia. Sistem paksaan tidak digunakan. Sebagai permulaan. Jalan Chenderasari. Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ditubuhkan sebagai salah satu unit di Bahagian Hal Ehwal Islam. Hasanah dunia bermaksud cemerlang dalam bidang akademik manakala hasanah akhirat ialah cemerlang dalam al-Quran (hafazan). 3. Bahagian Agama. Begitu juga dengan bacaan Mathsurat. Dari tahun 1966 hingga tahun 1978 pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan Jawatankuasa Tadbir Masjid Negara dan Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Solat tahajjud juga dilaksanakan tetapi secara individu di asrama masing-masing. Secara keseluruhannya sistem yang diterapkan oleh IQKL ini adalah untuk meningkatkan daya hafazan atau daya ingatan para pelajarnya dan mendorong para pelajarnya sentiasa mengulang-ulang hafazan. Jabatan Perdana Menteri. Sajdah dan ad-Dukhan dengan selalu membacanya dan menjadikannya sebagai wirid harian. Kuala Lumpur dan dan kemudiannya diletakkan di bawah kelolaan Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH) 7 . Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj melahirkan hasrat untuk mewujudkan sebuah Institut Pengajian al-Quran di Malaysia. Yaasin. sebaliknya semuanya terserah kepada kepada sama ada mahu menghafaz atau tidak. Dengan penubuhan tersebut maka bermulalah pengajian dalam bidang Tahfiz al-Quran di Dewan Syarahan Masjid Negara pada 1 Mac. Tenaga pengajar atau para ustaz dan ustazah di sini banyak membantu para pelajarnya meningkatkan hafazan al-Quran. pada tahun 1972 dan ianya diberi nama “Maahad Tahfiz Al-Quran WalQiraat” Awal tahun 1979 Maahad Tahfiz diletakkan pula di bawah kelolaan Pusat Penyelidikan Islam. Kuala Lumpur. Hasrat ini telah dinyatakan sewaktu perasmian Masjid Negara di mana idea ini timbul ekoran daripada Musabaqah Al-Quran yang diadakan semenjak tahun 1960 serta lawatan Rektor Universiti Al-Azhar Sheikh Mahmud Syaltut di perasmian Masjid Negara tersebut.HBIS1203 surah-surah tertentu sebagai amalan iaitu antaranya surah ar-Rahman.0 MA’AHAD TAHFIZ DARUL QURAN Penubuhan Darul Quran bermula pada tahun 1966 apabila Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1980. Penekanan juga melalui motto IQKL iaitu Hasanah Dunia dan Hasanah Akhirat.

Program yang bakal diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ini akan meliputi kaedah pengajian secara kuliah. Abdullah Bin Md Zin yang mahukan umat Islam di Malaysia benar-benar mendalami seni bacaan al-Quran. Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1983. Selangor. Program ini dikhususkan kepada semua masyarakat Islam terutama kepada mereka yang mempunyai pengalaman mewakili daerah dan negeri dalam ujian tilawah al-Quran. Pengajian ini akan dibimbing dan dilatih untuk menjadi sebagai seorang Hafiz dan Hafizah yang mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Cadangan pelaksanaan program ini adalah idea Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Y. Darul Quran juga turut memperkenalkan Program Persijilan Tinggi Tarannum al-Quran yang dirangka khusus untuk melahirkan generasi al-Quran yang dapat mengembalikan tradisi kegemilangan ilmuwan Islam dalam usaha memartabatkan agama bangsa dan negara di mata dunia. Dakwah.HBIS1203 Bahagian Ugama. Pada Tahun 1994 pelajar perempuan kemudiannya dipindahkan ke Taman Tun Dr. Ismail bagi penempatan pelajar lelaki dan pelajar perempuan pula ditempatkan di Jalan Ledang. tutorial. Sehinggalah pada tahun 1984 Maahad Tahfiz telah lahir sebagai sebuah Cawangan di Bahagian Ugama. 8 . Syariah. program ini akan menjana qari dan qariah yang berkemampuan tinggi dan sekaligus mampu memikul cabaran yang diamanahkan oleh negara. 3. Darul Quran ditempatkan ke kampus tetap di Kompleks Darul Quran di Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu.1 SISTEM PENGAJIAN Kursus dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun (6 semester). Pada tahun 1997 Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah dinaikkan taraf sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan diberi nama Darul Quran. Program ini ditawarkan kepada pelajar lulusan SPM yang mendapat keputusan cemerlang untuk ditempatkan di Darul Quran. Pada Tahun 1992 Maahad Tahfiz kemudiannya dipindahkan ke Taman Tun Dr. manakala pelajar lelaki dipindahkan ke Batu 14 Sg. Hadis dan Muamalat.Quran amnya dan bidang Tarannum khasnya. Semungkus Hulu Langat Selangor. Ismail. Subjek yang ditawarkan meliputi bidang Pengajian AlQuran. Jabatan Perdana Menteri dengan organisasinya yang tersendiri. Pelajar-pelajar ini akan melalui tempoh pengajian selama 18 bulan di Darul Quran. Qiraat. Akhirnya pada 1 November 1998. latihan praktikal dan perbincangan.B Dato’ Dr. Beliau berharap agar Malaysia tidak akan kepupusan generasi yang mahir dalam bidang al. Darul Quran juga telah mengadakan kerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk merealisasikan program Persijilan Tahfiz al-Quran. Selain daripada itu.

Jadi. para huffaz terlebih dahulu 9 . Jangka masa pengajian bagi program ini adalah 3 tahun dan dijangka dapat dimulakan pada November tahun ini. Beliau telah turut mencadangkan agar Darul Quran memainkan peranan bukan sahaja melahirkan Hafiz dan Hafizah yang berketrampilan dalam bidang agama. hafazan jangka pendek boleh kekal dalam beberapa minit. Program yang diadakan dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini adalah hasil daripada perbincangan di Mesyuarat Lembaga Darul Quran yang diadakan pada 15 Julai 2006. kelancaran di dalam pembacaan al-Quran adalah memberikan pengaruh yang besar kepada para huffaz di dalam manghafaz al-Quran.2 KAEDAH HAFAZAN Hafazan boleh dibahagi kepada tiga peringkat iaitu hafazan serta merta. Darul Quran telah mengambil 7 orang pelajar yang telah mendaftarkan diri sebagai perantis program persijilan. malah layak menjadi ahli sains dan professional yang berwibawa. hafazan jangka pendek dan hafazan jangka panjang. Madya Dr. Bimbingan yang diberikan oleh tenaga pengajar atau guru di institusi pengajian tahfiz inilah yang menjadi tunjang utama kepada pembentukan dan juga pendedahan para huffaz di dalam ilmu hafazan alQuran. Hasilnya. Prof. Sidek Baba selaku Ahli Lembaga Pengarah Darul Quran telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk “Perancangan Masa depan Program Akademik Darul Quran” di dalam Muzakarah Masa depan Darul Quran pada 21-22 Februari 2000. 3. Hafazan serta merta boleh kekal dalam dua saat atau kurang daripada itu. untuk mempercepatkan proses mengingat hafazan yang dibuat. Darul Quran terus mengorak langkah untuk memperkasakan bidang tahfiz al-Quran dengan melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian. kejuruteraan. jam dan hari sementara hafazan jangka panjang boleh menyimpan semua maklumat yang telah dialami semenjak lahir lagi. Melancarkan ayat yang hendak dihafaz beberapa kali terlebih dahulu sebelum mula menghafaz menunjukkan bahawa.HBIS1203 Selepas tamat pengajian mereka akan terus ditempatkan di Pusat Asasi UIAM dalam bidang profesional seperti perubatan. Sistem pembelajaran yang paling berkesan di dalam mendalami ilmu menghafaz alQuran ini adalah melalui bimbingan yang diberikan oleh guru mereka. Bagi peringkat permulaan.Bhg. ekonomi dan sains pengurusan. program ini akan ditawarkan kepada 50 orang pelajar Darul Quran dan pelajar Maahad Tahfiz Quran Negeri (MTQN). senibina. farmasi. Cadangan program berkembar ini tercetus apabila Y.

menghafaz (Tahfiz) dan mengulang (Taqrir) perlu seimbang dengan nisbah antara keduanya adalah 1:10. Pengekalan hafazan merupakan peringkat di mana mengekalkan hafazan yang tersimpan dalam ingatan. 10 . Kaedah hafazan yang dilakukan di Darul Quran adalah dengan kaedah Taqrir atau muraja'ah yang bermakna mengulang-ulang. iaitu setiap hafazan baru mesti diulang sekurang-kurangnya sepuluh kali. Kekerapan mengulang-ulang bacaan bergantung kepada kekuatan daya ingatan mereka masing-masing. Ini bertujuan bagi mengekalan hafazan tersebut supaya tidak lupa atau hilang dari ingatan. Bagi seorang hafiz al-Quran.0 PENILAIAN TERHADAP KAEDAH DAN TEKNIK Secara keseluruhannya terdapat pelbagai sistem dan juga kaedah di dalam menghafaz al-Quran sepertimana yang digunakan oleh pusat-pusat tahfiz di seluruh Malaysia. c. Maksud keadah Taqrir atau mengulang-ulang ialah pengulangan yang dibuat oleh penghafaz al-Quran untuk mengekal dan mengukuhkannya dalam ingatan. Walau bagaimanapun. d. b. Bagi seseorang yang mempunyai ingatan yang kuat. e. masa yang digunakan untuk mengulang adalah sedikit berbanding dengan mereka yang mempunyai ingatan yang lemah.HBIS1203 melancarkan pembacaan bagi ayat yang ingin dihafaz. adalah amat penting dan menjadi kewajipan supaya ia menjaga dan memelihara hafazannya agar terus kekal dalam ingatannya. Sistem pembelajaran dan juga kaedah hafazan yang digunakan oleh para huffaz adalah bergantung kepada pendekatan yang dibawa oleh institusi di mana mereka mendalami ilmu tersebut. Beberapa kaedah boleh dipraktikan untuk mengekalkan hafazan iaitu: a. Bergaul dengan mereka yang telah menjadi hafiz Mendengar bacaan hafiz al-Quran Mengulang hafazan bersama orang lain Selalu membaca ayat yang dihafaz di dalam solat Menyertai Musabaqah ‘Hifz al-Quran’ 4.

masyarakat sekitar. di dalam mendalami apa jua ilmu pengetahuan sama ada ilmu duniawi atau ukhrawi.0 CADANGAN APLIKASI TEKNIK HAFAZAN DALAM BILIK DARJAH Matlamat KBSR ialah untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh. intelek. Sebenarnya. Sistem dan juga kaedah hafazan yang tidak teratur serta sistematik akan memberi impak yang besar kepada pelajar dari segi daya ingatan dan juga keberkesanan di dalam menghafaz al-Quran. 5. Saranan-saranan ini secara langsung merupakan satu cadangan atau implikasi yang boleh cuba dinilai dan dilihat oleh institut pengajian tahfiz. para pegawai pendidikan dan pegawai jabatan pendidikan masyarakat yang merancang kurikulum pendidikan merupakan golongan yang boleh memainkan peranan untuk membantu pelajarpelajar yang menceburi bidang hafazan ini ke tahap yang memberangsangkan. Pelajar. ibu bapa. ibu bapa serta para pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran hafazan al-Quran.HBIS1203 Faktor ini mungkin disebabkan oleh bimbingan yang diberikan oleh tenaga pengajar atau guru di institusi pengajian tahfiz inilah yang menjadi tunjang utama kepada pembentukan dan juga pendedahan para huffaz di dalam ilmu hafazan al-Quran. pendekatan yang sesuai dengan pelajar adalah penting bagi mewujudkan suatu sistem pembelajaran yang berkesan di sesebuah institusi pengajian agar matlamat pembelajaran itu dapat diterapkan dengan sebaik mungkin kepada para pelajar lebih-lebih lagi di dalam ilmu al-Quran ini. guru dan kaunselor.emosi .seimbang dan bersepadu dari aspek JERI . guru-guru serta tenaga pengajar. Penggunaan sistem pembelajaran dan juga kaedah hafazan yang terbaik adalah penting bagi memastikan keberkesanan hafazan kepada para huffaz yang sedang mendalami ilmu al-Quran ini. Pendidikan Islam sekolah rendah wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari tahun 1 hingga 11 . Pada dasarnya. Di bawah ini dinyatakan beberapa cadangan penting untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan kaedah hafazan yang digunakan sama ada oleh pelajar untuk menghafaz dan guru untuk mengajar pelajar menghafaz. guru adalah individu yang paling penting di dalam menyampaikan dan juga membimbing para pelajar mempelajari dan mendalami sesuatu ilmu.jasmani.rohani .

12 . Dengan menghafaz juga warisan sesuatu ilmu mampu diselamatkan dari terus berkubur. pelajaran diteruskan dengan memberi kuliah. Selepas tatabahasa diajarkan. Kaedah ini masih diamalkan dan terus releven untuk diguna pakai . sebutan dan perbendaharaan kata. Pengajaran dibahagikan kepada dua bahagian iaitu demonstrasi dan latih tubi. Pembahagian ini mempunyai nisbah 2 : 1 (1 demonstrasi dan 2 latih tubi). kepercayaan . Murid sentiasa mengelolakan pengalaman yang sedia ada untuk membina struktur kognitif supaya memperolehi pengetahuan yang baru. Berdasarkan teknik hafazan ini. kita menggunakan pemikiran dan otak untuk belajar. Sebagai contoh. informan jati atau guru akan membaca beberapa baris ayat. Dalam situasi bilik darjah murid belajar dengan memperolehi dan mengelolakan pengetahuan. Di zaman Rasulullah. mengadakan pementasan drama dan perbincangan. Baginda sendiri mengamalkan kaedah ini semasa menerima wahyu dari Allah. tatabahasa atau nahu diajarkan secara induktif atau melalui ayat-ayat contoh. banyak ilmu berkaitan perubatan melayu yang telah hilang bersama hilangnya tokoh-tokoh yang mempelopori bidang tersebut. Di samping itu. Kaedah hafazan mampu menjadi wadah untuk mengasah ketajaman fikiran terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja. Kaedah ini diaplikasikan terutamanya dalam pengajaran al-Quran dan Hadis. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Setiap kali murid belajar mereka akan mengelolakan dan menyimpan pengalaman dalam ingatan. Bahagian demonstrasi adalah pengajaran tentang tatabahasa atau nahu. manakala murid-murid mengajuk sebutan tersebut sehingga ayat-ayat itu dapat dihafal. Kaedah ini juga turut dikenali sebagai teknik latih tubi informan.Lebih-lebih lagi di zaman perkembangan sains dan teknologi kini yang menyaksikan lahirnya berbagai formula penting. Bahkan mereka akan menghayati maksud perkara yang baru mereka pelajari. Kaedah hafazan adalah kaedah dimana seorang murid perlu mengingati setiap isi pembelajaran secara satu persatu (harfiah). Demonstrasi dilakukan oleh guru atau informan yang terdiri daripada penutur jati. Pengalaman yang bertindih juga dapat membantu murid menyelesaikan sesuatu masalah yang mereka hadapi.HBIS1203 tahun 6 kerana peranannya yang penting dari aspek pendidikan rohani dan emosi dalam elemen falsafah Pendidikan Negara. tidak ada golongan pelapis yang berminat untuk menghafaz kalimah-kalimah ‘ajaib’ yang digunakan atau mungkin juga kerana golongan itu sendiri yang enggan ‘menurunkan’ ilmu mereka kepada orang lain untuk di hafaz. hafazan menjadi kaedah yang penting dalam proses pemindahan dan perkembangan ilmu kerana sebahagian besar dari masyarakat waktu itu tidak boleh menulis dan membaca. Puncanya. Melalui bahagian latih tubi pula. harapan dan perasaan juga mempengaruhi pembelajaran kita.

0 RUJUKAN / REFERENSI Atan Long (1982). Dr.Ismail Abas.Abu Hisham Yusof ( 2007). 6. sistem pembelajaran dan juga kaedah yang digunakan di dalam menghafaz al-Quran adalah amat penting bagi menjamin keberkesanannya di dalam mendalami ilmu ini. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bimbingan serta tunjuk ajar daripada guru-guru serta dorongan daripada ibu bapa juga memainkan peranan yang besar di dalam melahirkan para huffaz yang berjaya. Seri Kembangan : Meteor Doc.HBIS1203 5.Sdn. Bhd. keprihatinan dan juga perhatian adalah penting bagi menjaga golongan huffaz ini agar suatu hari nanti akan lahirnya mereka yang betul-betul menjaga serta mempertahankan kesucian ilmu al-Quran ini sehingga ke akhir zaman.Fadzilah Mustafa.Bhd 13 .“Pengenalan PendidikanIslam”. Sebagai kesimpulannya. sistem pembelajaran mereka telah menuju ke arah pemodenan yang mana telah mengikut peredaran semasa dan tuntutan pada masa sekarang iaitu telah melibatkan sistem hafazan dan akademik yang berjalan seiring.0 KESIMPULAN Pada keseluruhannya menunjukkan bahawa pelajar-pelajar di Institut al-Quran Kuala Lumpur dan Ma’ahad Tahfiz Darul Quran juga menggunakan kaedah hafazan yang hampir serupa dan majoritinya menggunakan kaedah melancarkan pembacaan ayat-ayat yang akan dihafaz terlebih dahulu. Jadi. Namun begitu. Pedagogi Kaedah Am Mengajar.

tp: t. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya Noor Lizza Mohamed Said. Mohd Yusof Ahmad. Prospektus Darul Quran 2002/2003. HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah AlQuran 1.HBIS1203 JAKIM. t.tp. (2004). Zamro Muda (2012). Sejarah dan kaedah pendidikan Al-Quran. 14 . (2002). Open University Malaysia.

HBIS1203 15 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful