You are on page 1of 18

KEBERKESANAN PENDEKATAN KAEDAH KOPERATIF MODEL STAD DALAM TOPIK UMGKAPAN ALGEBRA 1.

0 Pengenalan Pendidikan di Malaysia telah mengalami gelombang reformasi yang begitu pesat sesuai dengan tuntutan era teknologi maklumat. Anjakan paradigma dan pengubahsuaian pada kurikulum adalah bertujuan untuk membina dan mengembangkan kuasa berfikir guru dan murid dengan memberi penekanan kepada proses kognitif dalam isi pelajaran dan pengetahuan. Proses kognitif kurikulum dikembangkan melalui isi kandungannya yang dipelbagaikan dari segi pendekatan dan strategi berfikir serta mempunyai kualiti intelek yang tinggi. Isi pelajaran dan pengetahuan yang mendasari sesuatu aktiviti pengajaran pembelajaran akan dapat merangsang pemikiran serta mengukuhkan daya fikir dan celik akal pelajar. Selain itu juga, objektif asas reformasi dalam pendidikan adalah untuk menentukan negara dapat mengeluarkan warganegara yang seimbang dan cemerlang dari segi akademik, intelektual, modal insan dan sahsiah diri. Untuk memperkasakan produk yang dihasilkan ini, sekolah adalah platform yang terbaik untuk melahirkan genarasi yang mampu berdaya saing sejajar dengan perkembangan arus globalisasi. Justeru itu, pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran telah dicadang untuk digunakan semasa menyampaikan sesuatu pengajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Salah satu daripadanya adalah dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Di Malaysia pembelajaran koperatif masih dalam peringkat permulaan dan ia memerlukan kajian sama ada dari segi pengalaman, sikap, tingkah laku, bakat yang sangat luas oleh para penyelidik pendidikan ( Ng Kim Choy, 1999). Pembelajaran koperatif merupakan satu inovasi pendidikan di Malaysia. Ianya merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai integrasi antara pelajar-pelajar berbilang kaum dan menghasilkan rakyat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai murni sebagaimana dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ). Pembelajaran koperatif merupakan satu strategi pengajaran umum yang boleh

dilaksanakan dalam kumpulan belajar yang kecil di mana pelajar berinteraksi sesama sendiri bagi menyelesaikan tugasan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Ianya melibatkan perkongsian pembelajaran atau dapatan di antara ahli-ahli dalam kumpulannya. Pembelajaran koperatif boleh disesuaikan dengan sebarang kumpulan umur dan sebarang matapelajaran. Pembelajaran koperatif secara keseluruhannya mampu menilai ``kebestarian'' seseorang individu dengan lebih bestari''. Kebestarian dalam penilaian pembelajaran koperatif bukan hanya bergantung pada sejauh mana seseorang pelajar dapat menterjemaahkan kembali apa yang dihafal tetapi memberi peluang menggunakan pelbagai idea rakan sebaya untuk menjana pemikiran dan mencipta idea baru yang lebih kreatif. Secara tidak langsung, ianya akan dapat meningkatkan mutu pembelajaran. Dalam konteks ini, pembelajaran koperatif dapat dilihat sebagai satu usaha kearah mempertingkatkan lagi pencapaian pelajar dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Justeru itu, pembelajaran koperatif merupakan satu pendekatan yang baik dan perlu digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan bersemangat di kalangan pelajar-pelajar di samping mempertingkatkan lagi mutu prestasi pelajar dalam peperiksaan. Kajian ini bertujuan untuk menentukan sejauh mana kaedah koperatif dapat meningkatkan prestasi pelajar lagi pelajar-pelajar di luar bandar terutamanya untuk mempelajari matematik dengan perasaan seronok dan tingkatan satu dalam mata pelajaran matematik. berasaskan kaedah koperatif. Seringkali pelajar akan berasa bimbang , takut dan bosan untuk mempelajari matematik kerana pengajaran dan pembelajarannya yang bosan dan kesukaran untuk memahami dan menyelesaikan masalah-masalah atau soalan-soalan matematik. Kini dengan mata pelajaran matematik diajar dalam Bahasa Inggeris akan lebih menakutkan dan menyukarkan lagi pelajar-pelajar di luar bandar terutamanya umtuk mempelajari matematik dengan perasaan seronok dan gembira.

1.1 Latar belakang kajian

Ungkapan algebra merupakan tajuk yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran matematik KBSM Tingkatan 1 hingga 4. Pengetahuan dan kemahiran pengiraan yang melibatkan ungkapan algebra merupakan satu kemahiran dan pengetahuan matematik asas yang amat penting. Kemahiran ini banyak digunakan dalam sukatan pelajaran yang lain. Kelemahan dalam menyelesaikan masalah asas ungkapan algebra akan menjejaskan pengajaran dan pembelajaran dalam topik ungkapan algebra 2 dan persamaan kuadratik.

Justeru itu, pendidikan pada hari ini perlu menggunakan pendekatan ataupun kaedah yang mampu menarik minat pelajar-pelajar untuk belajar. Pengajaran dan pembelajaran yang di buat perlu bersesuaian dengan keperluan dan kebolehan semua golongan pelajar sama ada berkebolehan tinggi, sederhana atau rendah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu ada perubahan yang lebih efektif untuk menarik minat pelajar serta membuka minda pelajar supaya lebih fleksibel dalam menimba ilmu pengetahuan.

Menurut Hidhir Ismail (2004), pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru pada masa kini ialah gemar menggunakan cara tradisional. Ini menyebabkan pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menyeronokkan dan menjadikan suasana pembelajaran menjadi bosan.

Kajian Chew (1998), menyatakan bahawa kaedah pengajaran secara tradisional iaitu mengunakan kaedah bersoal jawab berdasarkan pembacaan buku teks hanya memberi kesan yang minimum. Situasi tersebut tidak akan dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Ini adalah kerana melalui aktiviti pembacaan buku teks akan merendahkan pencapaian kecemerlangan akademik, keseimbangan sahsiah dan kecergasan fizikal.

Menurut Mc Caslin & Good (1996), teknik-teknik dalam pembelajaran koperatif adalah sangat sesuai dalam lingkungan pelajar yang memiliki pelbagai kebolehan kerana ia menjalankan perasaan positif dan saling menghargai, menyokong dan menghormati sesama pelajar. Melalui pembelajaran koperatif setiap pelajar akan berusaha untuk dapatkan hasil yang dapat memberi manafaat bukan sahaja kepada dirinya tetapi terhadap ahli kumpulannya. Selain itu juga, kemahiran berkerjasama di kalangan pelajar dalam kumpulan adalah penting bagi mendedahkan mereka untuk bersama dalam mengembangkan dan mengeratkan persaudaraan, mengadakan hubungan yang baik di antara ahli kumpulan. Ianya juga dapat membentuk sesebuah masyarakat yang harmonis.

1.2 Pernyataan masalah

Pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik pada masa kini adalah berpusatkan guru dan latih tubi secara individu. Namun begitu, tidak semua pelajar dapat mengikuti pendekatan tersebut dengan baik. Menurut Johnson dan Johbson (1989), pengajaran tradisional merupakan kaedah pengajaran yang pasif dan tidak memberangsangkan.Ini adalah disebabkan terdapat di kalangan pelajar yang mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang berbeza-beza diantara satu sama lain. Para pelajar akan mudah bosan dan tidak berminat untuk meneruskan pengajaran lebih-lebih lagi jika mereka tidak memahami kandungan pelajaran tersebut. Hooper (1992), juga berpendapat bahawa pelajarpelajar dari kalangan pencapaian rendah akan menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan

masalah yang boleh mengakibatkan kehilangan motivasi untuk meneruskan usaha mereka. Maka adalah malang bagi pelajar lemah untuk bersaing dengan pelajar bijak dalam satu masa dan dalam satu kelas yang sama bagi mempelajari sesuatu topik matematik. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti strategi pembelajaran lain yang lebih berkesan dan boleh disesuaikan dalam pendidikan matematik.

Terdapat beberapa bentuk strategi pembelajaran kumpulan koperatif dicadangkan. Antaranya ialah Student Team-Achievement Division ( STAD ), Teams-Games-Tournament ( TGT ) , Teams Assisted Individualization ( TAI ) dan Jigsaw II. Di sini pengkaji akan memilih untuk menggunakan strategi pembelajaran Student Team-Achievement Division ( STAD ). Maka kajian ini akan mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah koperatif dapat membantu meningkatkan minat dan pencapaian prestasi pelajar terhadap matematik. Kajian mendapati pendekatan koperatif berkesan dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar, meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah, memperbaiki suasana pembelajaran dan meningkatkan hubungan sosial antara pelajar. 1.2 Tujuan kajian Kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan sejauh mana pembelajaran koperatif dapat membantu menanam perasaan minat dan seterusnya meningkatkan prestasi pelajar Tingkatan Satu dalam matematik.

1.3 Objektif kajian Beberapa objektif kajian telah dirangka sebagai garis panduan ke atas kajianyang dilakukan. Langkah ini perlu supaya matlamat kajian yang dirancang dapat dicapai sepenuhnya. Objektif yang telah digariskan adalah seperti butiran tersebut:a)Untuk meningkatkan minat pelajar kepada mata pelajaran matematik.

b)Untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran matematik bagi tajuk Ungkapan algebra.

1.4 Persoalan kajian Untuk mencapai tujuan dan obkjektif kajian, pengkaji akan mengadakan jawapan kepada soalansoalan kajian berikut :a) Sejauhmanakah pembelajaran matematik secara koperatif mempengaruhi persepsi dan minat pelajar terhadap pembelajaran matematik dalam topik Ungkapan algebra? b) Adakah kaedah pembelajaran koperatif membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran matematik ? 1.5 Hipotesis kajian Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian ini, dua hipotesis nul dikemukan :Hipotesis nul 1: Tidak terdapat perbezaan persepsi dan minat di kalangan pelajar yang menerima pembelajaran koperatif dengan pembelajaran tradisional Hipotesis nul 2: Tidak terdapat perbezaan prestasi di kalangan pelajar yang menerima pembelajaran koperatif dan pembelajaran tradisional. 1.6 Kerangka kerja Rangka kerja bagi kajian ini ( Rajah 1 ) menunjukkan perkaitan antara strategi pembelajaran yang digunakan. Strategi pembelajaran yang dibandingkan adalah pembelajaran koperatif dan pembelajaran traditional sebagai kumpulan kawalan.

Perbandingan antara kedua-dua strategi pembelajaran dilihat dari segi kesan terhadap hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran diukur di dalam kajian ini adalah dalam bentuk prestasi dan pencapaian pelajar serta minat pelajar dalam mata pelajaran matematik.

Pengajaran dan Pembelajaran Dengan Kaedah Koperatif

KESAN TINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR DALLAM TOPIK UKURAN ASAS TINGKATKAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH BERKAITAN UKURAN ASAS MENINGKATKAN MINAT PELAJAR DALAM PELAJARAN MATEMATIK

Pengajaran dan Pembelajaran Tanpa menggunakan Kaedah Koperatif

RAJAH 1 KERANGKA KONSEP KAJIAN

1.7 Kepentingan kajian Dapatan kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau pelaksanaan pembelajaran koperatif di sekolah dalam membantu pelajar mengikuti pembelajaran dengan lebih berkesan dan pengajaran guru mencapai objektif yang dimatlamatkan. Pengetahuan yang menyeluruh tentang kaedah pembelajaran ini tentunya akan memberi kebaikan kepada semua pihak terutama pelajar, guru dan pihak pentadbiran dalam meningkatkan pencapaian di sekolah. Melalui pencapaian tinggi yang dicapai oleh pelajar-pelajar adalah merupakan satu motivasi terhadap guru untuk melaksanakan pembelajaran koperatif dalam proses pengajaran mereka. Justeru itu, berlaku peningkatan dalam pencapaian dan pretasi pelajar dalam peperiksaan di peringkat sekolah. Usaha ini juga diharap dapat menyemai perasaan minat dan seronok untuk mempelajari matematik dan mengetahui perkaitan matematik dalam kehidupan seharian.

Melalui kajian ini juga, pelajar akan dapat mengenal pasti gaya pembelajaran mereka. Secara tidak langsung, ia membolehkan mereka menumpukan perhatian, memproses dan mengingati maklumat serta dapat mengembangkan bakat dan potensi dalam diri mereka. Perubahan ini akan membantu pelajar dalam pemilihan kerjaya yang sesuai pada masa hadapan.

1.8 Batasan kajian Kajian ini adalah dibentuk kajian tindakan dan dijalankan di sebuah sekolah sahaja. Dengan demikian, hasil kajian hanya dapat digeneralisaikan kepada sebuah sekolah tersebut sahaja. Kajian perlaksanaan ini melibatkan Sekolah Agama Menengah bagan Terap di Selangor. Kajian ini melibatkan pengkaji sebagai guru dan para pelajar tingkatan satu. Tumpuan kajian ini adalah untuk menilai pencapaian dan persepsi pelajar dengan pendekatan kaedah pembelajaran berasaskan masalah bagi subjek matematik dalam topic ungkapan Algebra.

1.9 Definisi istilah Dalam kajian yang dijalankan ini terdapat beberapa istilah yang telah digunakan untuk menggambarkan maksud kajian. Antara istilah yang telah digunakan adalah : (a) Pembelajaran Koperatif Pembelajaran secara berkumpulan seramai 5 orang dengan kebolehan yang berbeza.

(b) Student Team-Achievement Division ( STAD ) STAD atau Kumpulan Pelajar-Division Pencapaian digunakan dengan pelajar dari pelbagai

tahap keupayaan akademik. Pelajar belajar dalam kumpulan dan kemudian akan diuji secara individu.

(c) Teams-Games-Tournament ( TGT ) TGT atau Kumpulan-Permainan Kejohanan akan menggunakan pertandingan dan permainan sebagai bentuk ujian. Pelajar dengan tahap keupayaan yang sama akan mewakili kumpulan masing-masing untuk bertanding mendapatkan markah tertinggi.

(d) Teams Assisted Individualization ( TAI ) TAI memerlukan setiap ahli kumpulan untuk menjawab satu worksheet pada masa lapang mereka. Ujian akan diberi untuk melihat pencapaian pelajar dan yang melepasi tahap tertentu akan meneruskan ujian yang berikutnya sementara yang gagal perlu belajar lagi dan kemudian menduduki semula ujian tersebut.

(e) Jigsaw II Jigsaw II adalah dimana setiap ahli kumpulan bertanggungjawab untuk mempelajari bahagian spesifik dari topik tertentu. Setiap ahli kumpulan yang pakar dalam bahagian itu akan berkumpul sesama mereka yang pakar dari kumpulan lain dan berbincang. Sekembali mereka kepada kumpulan asal, pakar ini akan menerangkan kepada ahli kumpulan mereka. Ahli kumpulan akan diberikan kuiz berkaitan semua topik.

(f) Persepsi Pelajar Persepsi merupakan tanggapan pelajar terhadap sesuatu perkara atau terhadap matapelajaran yang dipelajari. Dalam kajian ini, persepsi pelajar dilihat daripada soal-selidik yang dijawab oleh pelajar. Pelajar akan menjawab berdasarkan pengalaman mereka belajar dengan kaedah pembelajaran koperatif . Ia merangkumi perasaan minat dan keseronokan dalam mempelajari ilmu matematik.

(g) Pembelajaran Pembelajaran ditakrif oleh Musa (1992), sebagai satu proses yang melibatkan perubahan tingkah laku dikalangan pelajar akibat berinteraksi dengan persekitarannya. Perubahan itu mungkin bersifat sementara atau kekal. Perubahan dalam cara bertindak, melahirkan pendapat, sikap dan perasaan dinamai sebagai pembelajaran. Dengan erti kata yang lain, pembelajaran merupakan pembinaan pengalaman-pengalaman baru.

Rumusan Kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh mana kaedah Pembelajaran Koperatif dapat meningkatkan prestasi dan minat pelajar terhadap mata pelajaran matematik. Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat kelemahan yang wujud dalam mengimplimentasi kaedah koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Semoga dengan pembaharuan dan pengubahsuaian yang sesuai, diharapkan kaedah ini akan dapat meringankan tekanan kepada guru dan hasilnya kelak dapat melahirkan generasi yang cemerlang dalam bidang matematik.

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.0 Pengenalan Bab ini membicarakan tentang kajiankajian literatur yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan terutamanya yang melibatkan pembelajaran koperatif. Ia akan menyentuh serba sedikit tentang pencapaian pelajar dan peranannya dalam menimbulkan pencapaian pelajar dalam matematik.

Pada asasnya pembelajaran koperatif merupakan suatu kaedah yang menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Kaedah ini berstruktur dan menekankan penguasaan konsep pengetahuan maklumat dan kemahiran penyelesaian masalah matematik. Kaedah ini jiga mempunyai teknik-teknik tertentu serta ciri-ciri yang tersendiri.

2.1 Konsep Pembelajaran Koperatif Secara umumnya pembelajaran koperatif merupakan satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kumpulan-kumpulan kecil pelajar bagi memberi peluang pelajar berinteraksi sesama mereka di dalam proses pembelajaran. Slavin (1990) berpendapat rasional disebalik pembelajaran koperatif adalah pelajar akan bersedia membantu rakan sekumpulan sekiranya mereka ingin kumpulan mereka berjaya. Selain daripada itu, rakan sebaya dikatakan berupaya menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pelajar semasa menerangkan konsep yang sukar. Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran dimana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil. Pembelajaran koperatif berlaku apabila pelajar bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk menyelesaikan masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran dengan meminta bantuan

daripada guru. Guru menguji dan memberi gred berdasarkan pretasi kumpulan, kadang-kadang berdasarkan gred individu.

Kumpulan dalam pembelajaran koperatif ini lazimnya terdiri daripada empat hingga enam orang ahli. Ahli-ahli dalam kumpulan ini biasanya kekal untuk tempoh tertentu misalnya dalam beberapa minggu (Sharan dan Sharan,1992).

Menurut Johnson & Johnson (1990), untuk mencapai matlamat pembelajaran iaitu menghargai matematik, menaakul secara matematik, menanamkan rasa yakin terhadap kebolehan sendiri dalam matematik dan membolehkan penyelesaian masalah matematik, guru harus beralih daripada kaedah tradisional kepada penggunaan bahan pembelajaran individu berasaskan pendekatan koperatif.

Slavin (1995) pula menegaskan pendekatan pembelajaran koperatif merupakan pendekatan yang berstruktur dan sistematik yang boleh digunakan dalam sebarang peringkat persekolahan dan sesuai untuk pengajaran sebarang mata pelajaran.

Meriam Ismail (1997) telah mengkaji kesan strategi Team-Games-Tournament, salah satu strategi dalam pembelajaran koperatif ke atas sikap pelajar terhadap matematik di sebuah sekolah di negeri Sarawak. Kajian quasi-experimental ini mengukur sikap pelajar terhadap matematik sebelum dan selepas pendedahan terhadap pembelajaran koperatif.

Walaupun tiada perbezaan yang signifikan bagi sikap diperolehi tetapi kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapaian matematik dan kehadiran pelajar ke kelas. Pengkaji menganggap kedua-dua ini boleh dijadikan penunjuk tentang sikap pelajar terhadap penggunaan strategi Team-Games-Tournament dalam pengajaran matematik.

2.2 Teknik-Teknik Pembelajaran Koperatif

Para sarjana telah memperkenalkan pelbagai teknik untuk mengendalikan pembelajaran koperatif yang menggunakan pendekatan dan penekanan yang berbeza-beza. Diantara teknikteknik yang kerap disenaraikan di dalam literatur ialah Belajar Bersama (Learning Together ) oleh Johnson dan rakan-rakan di University of Minnesota, Pembelajaran Pasukan Pelajar ( Student Team Learning) oleh Slavin dan rakan-rakan di Johns Hopkins University, Jigsaw oleh Aronson dan rakan-rakan di University of Texas, Penyiasatan Kumpulan ( Group Investigation ) oleh Sharan dan rakan-rakan di Tel Aviv University.

Pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran kumpulan kecil yang diperkenalkan dengan meluas sebagai suatu strategi pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dan sosialisasi (Cohen, 1994).

Pembelajaran koperatif merupakan satu strategi pengajaran di mana pelajarnya bekerja secara koperatif dalam sesuatu kumpulan kecil yang heterogenus (Johnson & Johnson, 1991); Lyman & Foyle, 2000).

Menurut Slavin (1995), pembelajaran koperatif membabitkan pelajar bekerja bersama untuk menyelesaikan masalah secara berkongsi. Beliau menyatakan dalam fokus ini pembelajaran koperatif membantu pelajar untuk mengembangkan perasaan satu kumpulan dalam memperkenalkan keperluan saling membantu dan saling menyokong situasi pembelajaran.

Pada masa pelajar bekerja bersama-sama, mereka belajar untuk saling memberi dan menerima bantuan, berkongsi idea, mendengar penjelasan pelajar yang lain dan mencari cara baru bagi menyelesaikan masalah matematik bersama.

2.3 RINGKASAN

Kesimpulannya, telah banyak kajian kes dijalankan oleh para pengkaji dan kajian tersebut menunjukkan wujudnya kesan yang positif terhadap pelajar dari segi sikap, minat, keseronokan dalam mempelajari mata pelajaran matematik dengan lebih mendalam dan peningkatan pencapaian dalam kemahiran penyelesaian masalah dan aktiviti metakognitif.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan

Dalam bab ini, kajian akan menumpukan kepada metodologi yang akan digunakan untuk menjayakan kajian ini iaitu reka bentuk kajian, sampel populasi, lokasi kajian, instrumen kajian, prosedur kajian, prosedur memperolehi data dan juga prosedur menganalisis data.

3.1 Rekabentuk Kajian Kajian ini adalah berbentuk Quasi Eksperimen di mana soal selidik akan dijalankan untuk mengkaji minat dan prestasi pelajar dalam mata pelajaran matematik. Pengkaji akan mengedarkan satu set soal selidik (Apendik 1) yang bertujuan untuk mengkaji minat pelajar terhadap matematik. Soal selidik ini mengandungi soalan umum dan mudah untuk diisi oleh pelajar. Soal selidik di bina sendiri oleh pengkaji dan ditadbirkan kepada pelajar kumpulan rawatan sahaja.Soal selidik berbentuk skala Likert di mana pelajar diperlukan memilih jawapan mengikut skala yang diberikan iaitu skala 5 sebagai sangat bersetuju,4 bersetuju, 3 kurang pasti, 2 kurang bersetuju dan skala 1 sebagai tidak bersetuju.

Seterusnya pengkaji akan mengedarkan satu lagi set soalan ujian pra (Apendik 2) iaitu ujian peringkat awal sebelum pembelajaran koperatif dijalankan terhadap pelajar untuk mengetahui pencapaian pelajar dalam matematik.

Selepas semua ujian tadi dilaksanakan, pelajar akan dibahagikan kepada dua buah kelas iaitu kelas yang diajar secara tradisional dan satu lagi didedahkan dengan kaedah pembelajaran koperatif. Setelah kedua-dua buah kelas selesai mempelajari kesemua kemahiran bagi tajuk ukuran asas dibawah subtopik masa dengan berdasarkan sukatan pelajaran tingkatan satu maka set soalan ujian pasca akan diedarkan. Kemudian barulah proses penilaian kajian bermula.

3.2 Sampel dan Populasi Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan satu di sebuah Sekolah Menengah di Sungai Besar, Selangor. Kesemua sampel yang dipilih merupakan pelajar satu kelas yang akan belajar menggunakan kaedah koperatif dan satu kelas lagi menggunakan kaedah tradisional. Kedua-dua kelas yang dipilih adalah di tahap pencapaian sederhana, iaitu terdiri daripada pelajar pintar dan sederhana lemah.

3.3 Instrumen Kajian Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan ujian pra dan ujian pos untuk menguji pencapaian pelajar dalam topik Ukuran Asas Basic Measurement.

Beberapa instrumen akan digunakan di dalam kajian ini seperti pemerhatian, soalan ujian dan set soalan soal selidik. Instrumen pertama iaitu set soalan soal selidik bertujuan untuk mengetahui latar belakang pelajar terutamanya yang berkaitan dengan minat pelajar terhadap mata pelajaran matematik.

Instrumen kedua ialah ujian pra iaitu soalan ujian matematik. Ujian dijalankan selama 30 minit. Pencapaian pelajar daripada ujian ini akan digunakan untuk mengkaji sejauh mana tahap pembelajaran pelajar tanpa penggunaan kaedah koperatif.

Instrumen ketiga ialah ujian pasca iaitu soalan ujian matematik. Ujian dijalankan selama 30 minit. Pencapaian pelajar daripada ujian ini akan digunakan untuk mengkaji sejauh mana

keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran secara koperatif.

3.4 Prosedur Memperolehi Data Kajian ini menggunakan reka bentuk Quasi-experiment. Ujian pra telah diberikan kepada kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan pada awal kajian. Selepas tempoh pengajaran selama 6 minggu , pelajar dari kedua-dua kumpulan diberikan ujian pos ( post test ). Pengumpulan data akan dijalankan oleh pengkaji di dalam kelas tingkatan satu. Semua pelajar dari kedua-dua buah kelas akan menjawab soal selidik yang pertama (Apendik 1) yang akan digunakan untuk mengkaji latar belakang sampel. Dari soal selidik ini pengkaji akan membuat penilaian terhadap faktor-faktor latar belakang sampel yang mungkin mempengaruhi keputusan kajian. Set soalan matematik pertama atau pra ujian (Apendik 2) akan dijalankan di kedua-dua buah kelas dan hasil keputusan akan digunakan untuk memperolehi data tentang pengetahuan sedia ada dan tahap pencapaian sampel dengan operas-operasi asas matematik. Keputusan ujian ini juga akan mempengaruhi hasil kajian. Ujian kedua (Apendik 3) bertujuan untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan sesi pembelajaran secara koperatif mahupun secara tradisional. Ujian ini mengandungi 20 soalan pelbagai aras. Masa yang diberikan 30 minit. Kesemua soalan yang diberikan akan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kerana mematuhi syarat sukatan mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu.

3.5 Prosedur Menganalisis Data

Data yang dikumpul dari instrumen kajian akan dianalisis mengikut tiga jenis data atau maklumat berikut :-

(a) Maklumat berkaitan minat pelajar yang diperolehi daripada borang soal selidik pertama (Apendik 1) Data yang diperolehi daripada soal selidik akan dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratusan dan skor min.

(b) Maklumat tentang pengetahuan sedia ada pelajar dan tahap pencapaian pelajar dalam matematik dianalisis menggunakan min dan sisihan piawai

(c) Maklumat dari segi pencapaian pelajar selepas sesi pengajaran dan pembelajaran koperatif dijalankan. Keputusan pencapaian pelajar dengan pembelajaran secara kaedah koperatif dan pelajar dengan kaedah tradisional dibandingkan. Maklumat ini diperolehi daripada ujian pasca (Apendik 3). Data yang diperolehi dianalisis menggunakan min dan sisihan piawai.

Analisis ujian-t digunakan untuk membandingkan perbezaan pencapaian ujian pra dan ujian pasca antara kedua-dua kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Setelah kesemua maklumat ini dipungut barulah hasil kajian akan diperolehi.

3.6 Ringkasan Kajian ini akan menggunakan reka bentuk kajian kes kerana ia ingin mengkaji sejauh mana pelajar yang betul-betul memahami pembelajaran secara kaedah koperatif boleh meningkatkan prestasi mereka dalam mata pelajaran matematik. Dapatan daripada ujian pos yang diberi pada akhir 6 minggu pengajaran adalah sangat penting untuk menunjukkan sama ada terdapat perbezaan prestasi di kalangan pelajar ini.

You might also like