You are on page 1of 4

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107 KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

Kaunselor di sekolah memerlukan kemahiran-kemahiran asas dalam menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling. Di dalam proses perlaksanaan kaunseling individu, komunikasi berkesan merupakan syarat yang penting untuk membina hubungan, menyampaikan mesej yang tepat serta mendorong klien melafazkan masalah yang dihadapi secara terbuka dan sukarela (Mok Soon Sang, 2011). Berdasarkan video yang diperolehi, kami mendapati bahawa kaunselor telah mengaplikasikan beberapa kemahiran asas kaunseling dalam menjalani sesi bersama kliennya. Kaunselor telah menggunakan kemahiran tingkah laku memberi perhatian semasa sesi kaunseling berlangsung. Menurut Ee Ah Meng (1999), memberi perhatian bukan sahaja membantu memahami masalah pelajar malahan ia juga menimbulkan perasaan hormat diri dan perasaan selamat baginya. Tingkah laku memberi perhatian juga berfungsi sebagai alat peneguhan serta memudahkan komunikasi. Ini jelas dapat dilihat melalui kedudukan tubuh badan (posture) kaunselor semasa berkomunikasi dengan klien. Kaunselor memandang ke arah klien dan mencondongkan sedikit badan ke hadapan. Ini menunjukkan kaunselor berminat untuk mendengar apa jua yang diperkatakan oleh kliennya. Selain itu, ekspresi muka dan tentangan mata juga merupakan kemahiran asas yang penting untuk seseorang kaunselor. Menurut Lee Keok Cheong (2012), ekspresi muka kaunselor hendaklah berseri menunjukkan pembimbing itu sedia menerima klien. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan video yang menunjukkan riak wajah kaunselor yang ceria dan tidak bermuka masam atau bermuram. Situasi ini menunjukkan kaunselor ikhlas menerima klien dan tidak menganggap klien mengganggunya. Kontak mata juga perlu digunakan secara kerap dengan tujuan memberi klien mesej bahawa kaunselor sedang mendengar dan memberi perhatian terhadap cerita kliennnya. Ini dapat ditunjukkan melalui video yang diperolehi apabila kaunselor sentiasa memandang ke arah klien. Antara kemahiran asas lain yang telah diaplikasikan oleh kaunselor ialah kemahiran membina hubungan atau rapo dengan klien. Menurut Dr. Sapora Sipon, kemahiran membina hubungan merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia 15

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107 berbincang. Ini dapat dilihat apabila kaunselor mengatakan Diana, tinggal kat mana sekarang?, Diana sihat hari ni? yang menunjukkan kaunselor mengambil berat tentang diri klien. Kaunselor juga membina hubungan terapeutik apabila kaunselor bertanyakan tentang latar belakang klien sebelum mengadakan sesi perbincangan. Ini bertujuan supaya klien berasa lebih selesa untuk berkongsi masalah bersama dengan kaunselor. Kemahiran mendengar juga merupakan komponen yang utama yang perlu ada dalam diri seorang kaunselor. Klien berjumpa dengan kaunselor kerana dirinya berasa sedih apabila rakan-rakan sekelas meminggirkannya. Oleh yang demikian, kaunselor merupakan orang yang dipercayai untuk meluahkan segala masalah yang terbuku di hatinya. Melalui video tersebut jelas dapat dilihat bahawa kaunselor mempunyai kesediaan mendengar yang tinggi kerana kaunselor memberi sepenuh perhatian dan sentiasa memberi tindak balas semasa klien menceritakan masalahnya. Selain itu, kaunselor ini juga mempunyai kemahiran menyoal yang baik semasa sesi kaunseling dijalankan. Ini jelas dapat dilihat apabila kaunselor sentiasa mengemukakan soalan-soalan terbuka seperti Bagaimana pergaulan Diana di sekolah?, Boleh tak Diana cerita pada Cikgu Lela apakah hukum mencuri? dan sebagainya. Dengan mengemukakan soalan-soalan terbuka seperti ini, kaunselor telah mendapat banyak maklumat daripada klien dan ini akan membolehkan kaunselor membentuk gambaran yang jelas mengenai masalah sebenar yang dihadapi oleh klien. Melalui sesi kaunseling yang dijalankan juga, kami dapati kaunselor ini mempunyai kemahiran memberi tindak balas yang baik. Antara aspek yang terdapat dalam kemahiran memberi tindak balas ialah dorongan minimum. Tujuan menggunakan dorongan minimum dalam perhubungan kaunseling ialah

menggalakkan klien meneruskan berucap. Ini bertujuan memberitahu bahawa kaunselornya sedang mendengar (Mok Soon Sang, 2011). Situasi ini dapat dilihat di mana kaunselor sentiasa menggunakan ayat seperti Mmm, Oh dan sebagainya. Kunselor juga telah menggunakan gerak isyarat seperti mengangguk kepala dan menunjukkan isyarat tangan dalam sesi kaunseling yang dijalankan. Pemparafrasaan juga merupakan aspek yang terdapat dalam kemahiran asas kaunseling yang perlu ada dalam diri seseorang kaunselor. Parafrasa ialah pengungkapan semula kansungan sesuatu tulisan (karangan dan sebagainya) 16

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107 dengan memakai kata-kata lain tanpa mengubah makna atau maksud asalnya (Kamus Dewan, 1998). Menurut Lee Keok Cheong dan rakan-rakannya (2012), tujuan pemparafrasaan adalah untuk membolehkan kaunselor menyemak

pemahamannya tentang masalah yang disampaikan. Ini bermaksud parafrasa dapat meningkatkan ingatan guru terhadap isi-isi penting yang telah dinyatakan oleh klien. Hal ini jelas dapat dilihat ketika kaunselor mengatakan Tadi Diana ada katakan pada saya bahawa ramai kawan-kawan Diana yang tidak suka berkawan dengan Diana dan menuduh Diana mencuri. Ini menunjukkan kaunselor tersebut mendengar dan memahami situasi yang dialami oleh klien. Kemahiran asas lain yang dimiliki oleh kaunselor tersebut ialah kemahiran pemberian nasihat. Ee Ah Meng (1999) memetik Hadley, cadangan dan nasihat ialah teknik-teknik yang sama dengan pujukan. Dalam sesi kaunseling, kaunselor telah menerokai strategi penyelesaian masalah bersama dengan klien. Contohnya, kaunselor bertanya kepada klein Apakah tindakan Diana untuk mengatasi masalah ini? yang menunukkan bahawa kaunselor menggalakkan klien untuk berfikir cara bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Selain itu, kaunselor juga turut memberi nasihat dan cadangan kepada klien seperti mengatakan Diana perlu menonjolkan diri supaya rakan-rakan tidak menganggap Diana seperti yang mereka fikirkan. Kaunselor juga memberi nasihat agar klien sentiasa berfikiran positif dalam semua aspek yang akan dihadapi olehnya pada masa akan datang. Kemahiran merumus juga telah ditunjukkan oleh kaunselor dalam sesi kaunseling yang telah diadakan. Rumusan memberikan struktur untuk apa yang telah disebut dan biasanya digunakan untuk memfokuskan fakta-fakta yang penting atau membuat kesimpulan dengan memfokuskan perkara utama yang telah dibincangkan (Mok Soon Sang, 2011). Dapat dilihat pada akhir sesi kaunseling ini, kaunselor telah merumuskan perkara yang dibincangkan sepanjang sesi bersama klien. Kaunselor membuat rumusan dengan mengatakan kepada klien, Cikgu Lela harap Diana tidak mengulangi kesalahan mencuri ini lagi supaya rakan-rakan tidak tersalah anggap terhadap Diana. Dengan memperkatakan sedemikian, klien akan lebih bermotivasi untuk tidak melakukan kesalahan yang sama. Konklusinya, seseorang kaunselor perlu mempunyai berbagai-bagai

kemahiran asas kaunseling bagi membantu klien menangani masalah yang dihadapinya. Kaunselor perlu berusaha untuk sentiasa memperbaiki diri dalam menguasai kemahiran-kemahiran asas kaunseling agar dapat diterapkan dalam sesi 17

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107 kaunseling yang mereka jalankan. Hal ini bertujuan untuk memberikan kepercayaan, keselesaan serta ketenangan kepada klien untuk meluahkan masalah mereka. Apabila seseorang kaunselor mempunyai kemahiran asas yang mencukupi, muridmurid akan lebih suka untuk berjumpa sendiri dengan kaunselor tanpa paksaan. Mereka akan sentiasa mencari kaunselor walaupun hanya bertujuan untuk berkongsi cerita.

18

You might also like