Pengenalan Pengajaran kelas bercantum di Malaysia hanya dijalankan di sekolah rendah sahaja, bahkan juga wujudnya amalan ini

kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Pada pandangan saya pengajaran kelas bercantum adalah salah satu alternatif yang boleh digunakan untuk menyelesaikan beberapa masalah. Pengajaran kelas bercantum di Malaysia juga sangat berbeza dengan pelaksanaannya di negara luar. Kewujudan kelas- kelas bercantum di Malaysia adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang perbezaan pendidikan di antara kawasan bandar dan luar bandar serta menyamaratakan pendidikan berkualiti kepada semua. Oleh sebab di negara ini terdapat banyak kawasan yang bilangan penduduknya tidak ramai dan murid-murid tidak mencukupi untuk dijadikan kelas tunggal, maka kelas-kelas bercantum amat perlu diwujudkan. Kelas bercantum dianggap salah satu cabaran ynag besar kepada guru kerana beberapa sebab tertentu. Antaranya ialah bebanan tugas kepada guru yang perlu mengajar dua kelas pada satu masa. Selain itu, pengawalan kelas yang baik untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik. Selain itu pengurusan, pengelolaan serta perancangan yang lebih teliti perlu dilaksanakan. Dalam menjalankan tugasan ini, saya telah menganalisis tiga artikel. Artikel yang pertama adalah tinjauan literatur oleh McClellan, D.E. & Kinsey, S. J. yang berjudul “Children’s Social Behaviour in Relation to Participation in Mixed – Age or Same- Age Classrooms”. Manakala artikel yang kedua pula adalah hasil penulisan Stone, S. J. yang bertajuk “The Multi-Age Classroom: What Research Tells the Practiotioner” dan artikel yang ketiga pula adalah laporan tinjauan pendidikan sekolah rendah di pedalaman Keningau-satu tinjauan di Kampung Salarom, Nabawan oleh Ishak bin Harun. Ketiga-tiga artikel ini membicarakan tentang pelaksanaan kelas bercantum.

E dan Kinsey.Age Classrooms” hasil penulisan McClellan. S. N. Pertamanya. (Kamarudin Hj Husin. kepentingan perkembangan sosial dan juga perkembangan kognitif bahkan juga domain-domain yang terlibat dalam kemahiran sosial dalam penglibatan murid dalam kelas yang terdiri daripada murid yang berbeza umurnya. persekitaran sosio budayanya memainkan peranan penting. menurut Lev Vygotsky yang memberi alternatif kepada idea Piaget tentang perkembangan kognitif kanak-kanak di mana dia menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan kanak-kanak.. artikel ini turut mengupas sejarah awal penubuhan kelas bercantum. Antaranya ialah kebaikan menjalankan kaedah kelas bercantum. Menerusi artikel ini. 2010). antara kaedah pengelolaan kelas bercantum adalah menerusi kaedah kumpulan. Seterusnya. Murid dapat berkongsi idea dengan murid yang lebih tua daripada mereka dan berlakulah percambahan idea. . akademik dan tingkah laku sosial. (Haliza Hamzah & Samuel. Pertamanya. 1990).. artikel ini membicarakan tentang tingkah laku sosial kanak-kanak terhadap kelas bercantum dan kelas biasa. Dengan menjalankan kaedah kelas bercantum persekitaran sosio budaya yang positif dapat dibentuk. Hal ini adalah kerana. terdapat banyak isu yang dapat dikupas. (Haliza Hamzah. 2010).J. terdapat beberapa kekuatan yang dapat dikenalpasti. J. murid dapat menggalakkan perkongsian pengalaman di antara mereka dari segi intelektual. Saya amat bersetuju bahawa dengan mencampurkan murid yang berbeza umurnya dalam satu kelas akan menggalakkan mereka untuk berkongsi idea dan berlakunya interaksi sosial yang sangat efektif. Di samping itu juga.Tinjauan Literatur Melalui artikel pertama saya iaitu “Children’s Social Behaviour in Relation to Participation in Mixed – Age or Same . Selain itu. Hal ini jelas menunjukkan bahawa untuk membentuk perkembangan kognitif murid. D. Teori ini disokong oleh Vygotsky yang percaya bahawa perkembangan kognitif individu berlaku dalam persekitaran sosio budaya yang mempengaruhi tingkahlaku dan pemikiran individu.

2007). Murid-murid dalam kelas bercantum digalakkan untuk melakukan aktiviti dalam interaksi bersilang usia. Jelaslah bahawa. Semasa proses pengajaran berlaku individu yang lebih berkemahiran (ibubapa. J. guru memberi bimbingan penuh apabila seseorang pelajar mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang sukar seterusnya apabila pelajar sudah mula memahami bimbingan yang diberikan dikurangkan sehingga pelajar boleh menguasai kemahiran tersebut (Santrock. Dengan melaksanakan model sosial ini dalam pengelolaan kelas bercantum. Dalam artikel ini. Perbualan dan interaksi adalah alat penting semasa proses perencah (scaffolding). akademik dan tingkah laku sosial. Rashid. . (Noriati A. Melalui kaedah ini. Dalam situasi ini. 2009). nescaya secara tidak langsung pemikiran murid akan lebih terbuka kepada idea-idea orang lain. jelas menyatakan guru memainkan peranan penting dalam konteks ini. pembelajaran secara interaksi silang usia dapat membentuk semangat kepimpinan yang tinggi dalam diri murid dan juga dapat membimbing rakan sebaya.. Saya amat bersetuju dengan penyataan ini kerana. N.Dalam konteks ini model pengajaran yang digunakan dalam melaksanakan kelas bercantum adalah model sosial. Perbualan akan membantu murid menyusun konsep-konsep baru secara lebih sistematik dan bermakna. Model pengajaran sosial bertujuan untuk membantu pelajar menajamkan pemikiran melalui interaksi dengan orang lain serta cara bekerjasama dengan individu lain secara produktif dan bagaimana dapat berfungsi sebagai seorang ahli dalam pasukan atau kumpulan. Artikel ini turut menyatakan tentang pengelolaan kelas bercantum yang dijalankan. murid dapat memupuk semangat kepimpinan dan dapat membimbing rakan sebaya. amalan kelas bercantum dapat menggalakkan murid untuk berkongsi pengalaman seterusnya dapat mengembangkan diri dari segi intelek. Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. 2010). guru atau rakan sebaya) akan mengubahsuai tahap bantuan/bimbingan yang diberikan mengikut keupayaan pelajar (Haliza Hamzah & Samuel.

tempoh masa selama dua atau tiga tahun dengan guru yang sama dapat membentuk hubungan yang sangat rapat di antara guru dan murid. J. S. D. Hasil analisis artikel ini.E. & Kinsey. Yang penting ialah membimbing dan membantu mereka penyelesaian tugas dan masalah Selain itu. Menurut Kamarudin Hj Husin dalam bukunya yang berjudul Pedagogi 2 jelas menunjukkan bahawa guru memainkan peranan yang sangat penting dalam mengelolakan kelas bercantum. academic and intellectual development”.. Guru hendaklah berusaha supaya murid-murid dapat membiasakan diri mereka dengan rutin atau peraturan harian yang dilaksanakan.. saya amat bersetuju bahawasanya guru memainkan peranan penting dalam mengelolakan kelas bercantum untuk berjalan secara efektif. Masalah disiplin mungkin timbul bagi seorang guru yang kurang berpengalaman mengajar kelas bercantum (EE Ah Meng.“The teacher is actively involved in helping each student follow an individual study plan. murid-murid itu mungkin diajar oleh guru tersebut selama dua atau tiga tahun sebelum mereka dapat diserahkan kepada guru lain yang mengajar tahun seterusnya. J. 1987). (McClellan. minimizing the possibility of a student receiving inappropriate instruction because of lack of attention”. Justeru itu. sepanjang . S. Pada pendapat saya. 2005) Secara keselruhannya. children and parents is viewed as one of the most significant strengths of the mixed-age approach because it encourages greater depth in children’s social.E. & Kinsey. 2005) Saya amat bersetuju bahawa hubungan baik di antara guru dan murid merupakan salah satu kekuatan dalam pendekatan kelas bercantum. Konsep kelas sebagai satu keluarga digalakkan dalam membina hubungan baik di antara guru dan murid di dalam kelas bercantum. artikel ini juga turut menyatakan. D. dapat disimpulkan bahawa guru membantu pelajar mengarah diri masing-masing demi pencapaian matlamat kendiri. (McClellan. “Consistency over time in relationships among teachers.

Strategi pengajaran koperatif yang dipelopori Slavin (2005) merupakan pembelajaran aktif yang berupaya untuk mengubah sesuatu situasi pembelajaran kepada yang lebih dinamis serta berpusatkan pelajar (Noriati A. Menurut Vygotsky.Guru-guru yang memahami perkembangan sosioemosi kanak-kanak akan dapat membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dalam alam persekolahan seterusnya dapat membantu mereka berkembang menjadi individu yang berkeupayaan dan harmonis. Justeru itu. J. peruntukan kewangan dan kemudahan asas di sekolah-sekolah kelas bercantum adalah agak kekurangan dari segi bangunan sekolah. kelas bercantum juga wujud kerana kekurangan tenaga pengajar di sesebuah sekolah itu. keputusan akademik murid yang berada di kawasan luar bandar masih lagi jauh ketinggalan dengan keputusan akademik murid yang bersekolah di bandar. 1990). menerusi artikel ini. Justeru. 2010). 2009). pencapaian akademik murid masih lagi jauh ketinggalan. pelaksanaan kelas bercantum banyak terdapat di kawasan yang bilangan penduduknya adalah kecil.N. dikatakan bahawa peningkatan dari segi akedemik bagi murid-murid yang mengikuti kelas bercantum adalah lebih baik berbanding dengan kelas biasa. hubungan baik di antara guru dan murid amat penting dalam melicinkan perjalanan kelas bercantum yang terdiri daripada murid-murid yang mempunyai peringkat umur yang berbeza. Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. Oleh itu. pejabat guru besar. Justeru . Di Malaysia. kelas-kelas bercantum biasanya terdapat di sekolah-sekolah rendah di kawasan luar bandar atau di ladangladang. Rashid. 2010). padang permainan. perpustakaan. Pada peringkat sosial maklumat atau pengetahuan individu diperolehi melalui interaksi individu dengan individu lain yang ada di persekitaran (Haliza Hamzah & Samuel. Selain itu.N. (Haliza Hamzah & Samuel. J. Selain itu. Sebagai contoh guru menggunakan strategi pengajaran koperatif.. Oleh itu.. Seterusnya. Menerusi analisis yang dijalankan pada artikel ini. perkembangan kognitif individu berlaku dalam dua peringkat iaitu peringkat individu dan peringkat sosial. saya bersetuju dengan penyataan yang menyatakan bahawa kelas bercantum memberikan persekitaran sosial yang kaya dan kompleks dan menggalakkan perkembangan kognitif dan juga sosial. kelas dan sebagainya (Kamarudin Hj Husin. Saya kurang bersetuju dengan penyataan ini kerana beberapa faktor.

Jelaslah bahawa persekitaran sosial yang kaya mampu membentuk kemahiran dalam aspek sosial dan kognitif. Hasil daripada analisis yang dijalankan terdapat sedikit perbezaan wujudnya kelas bercantum di Malaysia dan di luar negara. Noordin (1993): . bunyi bising. Mereka harus bekerjasama dan bertanggungjawab mengurangkan kesibukan. pelaksanaan kelas bercantum juga membentuk kelakuan positif murid berbanding murid daripada kelas biasa. dengan pelaksanaan strategi ini akan mewujudkan suasana yang kondusif bagi murid-murid untuk membantu mereka memperoleh kemahiran dalam aspek sosial dan perhubungan manusia. Menurut Wan Mohd. politik ataupun perbezaan geografi. Selain itu. Menurut artikel ini lagi. Zahid bin Mohd.itu. Menerusi artikel ini dikatakan bahawa penubuhan kelas bercantum adalah untuk merubah sistem pendidikan biasa yang dilihat hanya melihat keperluan murid mengikut kumpulan sahaja atau menyeluruh tetapi dan tidak melihat keperluan murid secara individu. Manakala di Malaysia pula wujudnya kelas bercantum adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyamaratakan peluang pendidikan kepada semua manakala sejarah terbentuknya pendidikan kelas bercantum di luar negara menerusi artikel ini adalah kerana membuat perubahan daripada sistem persekolahan mengikut umur kepada sistem persekolahan kelas bercantum. Hal ini jelas terbukti melalui pendekatan dan pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia sememangnya diwujudkan untuk semua iaitu merangkumi segenap golongan masyarakat tanpa mengira batas sosial. Hal ini dapat membantu para guru untuk memantau murid dengan lebih baik. pergerakan yang tidak berfaedah. Menurut Kamarudin Hj Husin murid-murid dalam kelas bercantum harus dapat mengawal disiplin diri. bilangan murid – murid dalam kelas bercantum biasanya disyaratkan tidak melebihi atau kurang daripada lima belas orang (EE Ah Meng. ekonomi. 1987). Penubuhan kelas bercantum di luar negara merupakan salah satu reformasi pendidikan yang dijalankan dalam sistem pendidikan.

Maka. Dengan lain perkataan. 1993 hal. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pemberian biasiswa oleh Kementerian Pendidikan atau lain-lain agensi bagi mereka yang layak diadakan bertujuan agar kemiskinan tidak dijadikan alasan untuk seseorang itu tidak bersekolah (Ahmad Fauzi bin Mohamed. kawasan pendalaman di Sabah dan di Sarawak serta kawasan-kawasan yang sesak dan miskin di bandar-bandar.” (Pendidikan Profesional. Selain daripada pendidikan percuma atau tidak dikenakan apa-apa bayaran. . beberapa langkah sokongan yang lain telah diwujudkan bertujuan memantapkan pelaksanaan agenda pendemokrasian pendidikan dalam aspek ini. sistem pendidikan kita tidak pernah mengabaikan atau meminggirkan mana-mana golongan masyarakat khususnya untuk mendapat pendidikan yang bermutu ( Ahmad Fauzi bin Mohamed. khususnya anak anak daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah. menerusi pembacaan yang dijalankan secara analitikal antara kelemahan artikel ini adalah kurangnya penekanan terhadap perancangan pengelolaan dan pengurusan kelas bercantum. kelas bercantum juga merupakan salah satu alternatif yang dilihat sesuai untuk dilaksanakan bagi memastikan kesamarataan peluang pendidikan kepada semua. memperolehi pendidikan berkualiti. bantuan buku-buku teks melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). pendemokrasian pendidikan memerlukan pengagihan peruntukan kewangan dan sumber secara adil dengan memberi tumpuan khusus kepada kawasan luar bandar di Semenanjung. 1997). Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam pengelolaan kelas-kelas bercantum. anak anak di luar bandar dan pendalaman. 2) Berdasarkan pernyataan tersebut jelas sekali bahawa dari segi pendekatan dan pelaksanaannya dalam aspek pendidikan untuk semua."……ruang untuk kita melaksanakan pendemokrasian pendidikan dengan makna bahawa setiap anak bangsa kita. Seterusnya. 1997). Antaranya adalah kaedah kelas. Kaedah yang digunakan hanya menjurus kepada satu kaedah sahaja iaitu kaedah kumpulan.

1990). Terdapat dua cara kumpulan itu boleh dibentuk iaitu kumpulan mengikut kebolehan dan kumpulan pelbagai kebolehan (Kamarudin Hj Husin. Murid-murid boleh mendapatkan bantuan dan sokongan daripada rakan-rakan yang sudah memahami konsep yang diajar (Haliza Hamzah & Samuel. Seterusnya. Menerusi artikel dapat dilihat perbezaan yang ketara antara dua sistem ini.. Antara kelebihan yang jelas dapat dilihat dalam artikel ini adalah penulis berupaya membanding dan membezakan pelaksanaan kelas bercantum dengan kelas biasa. Dalam melaksanakan kelas bercantum murid-murid diletakkan dalam kumpulan heteregenous dan dipantau oleh guru yang sama untuk beberapa tahun.N. J. iaitu interaksi peribadi dan sokongan padu daripada guru secara peribadi (Noriati A. Menerusi artikel yang kedua pula yang bertajuk “The Multi-Age Classroom: What Research Tells the Practitioner” oleh Stone. pembelajaran . 2009). Prestasi pembelajaran akan meningkat kerana setiap ahli memahami keperluan masing-masing.kaedah darjah. 1990). J. Justeru itu. S. Saya amat bersetuju pelaksanaan kelas bercantum dijalankan secara kaedah kumpulan. kaedah kumpulan dan kaedah individu (Kamarudin Hj Husin. Konsep guru yang sama untuk bagi mengajar kelas bercantum dapat mewujudkan hubungan sosial antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar dengan lebih baik. seharusnya wujud variasi dalam mengelolakan kelas bercantum untuk melancar dan melicinkan lagi proses pembelajaran. Terdapat banyak kelebihan kelas bercantum yang dihuraikan dengan jelas dan terperinci pelaksanaan kelas bercantum. Kaedah yang digunakan oleh sistem kelas bercantum di luar negara adalah hampir sama yang dijalankan di Malaysia. Menurut Ewell (1997). Rashid. banyak elemen yang dapat dikupas dan dibincangkan menerusi penulisan ini. pembelajaran kelas bercantum juga akan mewujudkan perkembangan sosial iaitu pembelajaran melalui rakan sekelas. Setiap kaedah memberikan impak yang berbeza dalam menjalankan proses pembelajaran. Justeru itu. Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. maklum balas serta pembelajaran berkesan berlaku jika pelajar berada dalam persekitaran yang menyeronokkan. 2010).

J. Setiap peringkat memerlukan pendekatan yang berbeza. Justeru itu. kehendak dan minat anak murid merupakan unsur-unsur yang perlu diberi pertimbangan utama pada peringkat perancangan. 2009). Pada hemat saya memandangkan pembelajaran adalah lebih berpusatkan kepada pelajar dan pelajar belajar melalui proses membuat atau beraktiviti. jelaslah bahawa. pelaksanaan kelas bercantum merupakan salah satu langkah yang terbaik untuk membentuk pembelajaran berpusatkan murid.akan menjadi lebih berkesan kerana kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menerima bantuan daripada rakan sekumpulan yang berpencapaian tinggi. terdapat empat peringkat dalam perkembangan kognitif iaitu peringkat sensorimotor. Rashid. pembelajaran dalam kelas bercantum akan menjadi lebih menarik dan menyeronokkan kerana guru akan mencuba sedaya upaya untuk mewujudkan suasana yang kondusif pembelajaran.N. Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. sesungguhnya kelas bercantum mampu menyediakan suasana pembelajaran secara sosial dengan wujudnya interaksi daripada rakan sekelas. Pada pendapat saya. Pembelajaran berpusatkan pelajar merupakan salah satu prinsip-prinsip konstruktivisme (Noriati A. Mengikut teori Piaget. oleh demikian. dengan melibatkan semua murid dalam menjalankan proses Tambahan pula. Saya sangat bersetuju dengan penyataan kerana setiap murid mempunyai keperluan dan perkembangan yang berbeza. Oleh itu. strategi pengajaran dan pembelajaran seharusnya berpusatkan murid (Choong Lean Keow. 2010). 2010). pelaksanaan kelas bercantum juga dilihat dapat mencetuskan pembelajaran berpusatkan murid. pembentukan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (Choong Lean Keow.. setiap murid adalah berbeza mengikut keperluan dan perkembangannya. Selaras dengan matlamat KBSR. maka guru hendaklah merancang pengajaran dan pembelajaran dengan teliti serta mengambil kira keupayaan pelajar. agak ketara bahawa keperluan. 2010). operasi konkrit dan operasi formal (Haliza Hamzah & Samuel. Jelaslah bahawa. Artikel ini juga turut mengkritik pendidikan biasa yang menganggap perkembangan dan keperluan semua murid adalah sama dan diajar dengan cara yang sama. pra operasi. .

Melalui pelaksanaan kelas bercantum. Teori pembelajaran konstruktivisme mempunyai asas teori kognitif dengan penekanan diberikan bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasi pengetahuan. Antara perbezaan ketara yang dapat dilihat dalam pelaksanaan kelas bercantum di luar negara dan di Malaysia adalah pelaksanaan kelas bercantum di luar negara adalah menggunakan model kurikulum bersepadu. Menurut Vygotsky. pelaksanaan kelas bercantum akan mewujudkan suasana yang kondusif dan selamat dan persekitaran yang mencabar bagi muridnya. konteks sosial memainkan peranan utama dalam pembelajaran. antaranya ialah meningkatkan keyakinan diri dan imej diri yang positif. 2009).Selain itu. Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. Pembelajaran yang berkesan akan melibatkan semua domain ini. Proses belajar melalui pengalaman langsung ini merupakan cara semula . Antara teori pembelajaran yang boleh digunakan adalah teori pembelajaran konstruktivis dan sosial. emosi. Saya percaya sekiranya pelaksanaan kelas bercantum dirancang dan dijalankan secara terancang dan teratur maka perkembangan positif murid akan berjaya dibentuk. Menurut artikel ini lagi. Konstruktivisme ialah teori pembelajaran yang melihat pelajar sebagai pembina pengetahuan. Lantaran itu. murid-murid dilihat memberikan perkembangan yang positif dalam proses pembelajaran. dilihat dapat membantu murid untuk memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalamanpengalaman ini dengan skema-skema yang telah sedia ada (Haliza Hamzah & Samuel. 2010). estetik dan moral. bukannya sebagai penerima pengetahuan (Noriati A. perkembangan konsep kanak-kanak berkembang secara sistematis. Rashid. J. logikal serta rasional dengan bantuan dan bimbingan verbal orang lain. Manakala konstruktivisme sosial pula dipelopori oleh Vygotsky. Melalui kurikulum bersepadu ini. Dalam artikel ini dikatakan bahawa. Artikel ini turut menyatakan bahawa kanak-kanak membentuk pengetahuan dengan sendirinya. murid-murid yang berbeza umurnya dicantumkan dalam kelas yang sama akan menggalakkan berlakunya integrasi domain seperti kognitif.N. antara kelebihan artikel ini adalah mengutarakan cadangan teori pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasikan dalam kelas bercantum.. fizikal. sosial.

Main merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan. Mereka melakukannya dengan menolong murid membentuk analogi. 2009). logikal serta rasional dengan bantuan dan bimbingan verbal orang lain. saya amat bersetuju bahawa bermain merupakan satu pendekatan terancang dan berstruktur bagi memberikan peluang kepada murid belajar dalam suasana yang tidak begitu formal. Guru menolong murid membina kefahaman baru dan menolong murid merakamkannya ke dalam struktur kognitif sedia ada. Antara kelebihan artikel ini juga mengutarakan secara terperinci peranan guru dalam melaksanakan kelas bercantum. Melalui pelaksanaan kelas bercantum. jelaslah bahawa guru memainkan peranan yang sangat penting dalam melicinkan lagi proses pelaksanaan kelas bercantum. Saya percaya murid yang melalui proses bermain akan mendapat pengalaman langsung yang sudah pasti akan memberikan kesan pembelajaran yang mantap dan berkesan. Pelbagai perkara yang dapat dipelajari oleh murid-murid melalui aktiviti yang dialaminya. memerlukan penglibatan aktif secara fizikal dan kognitif serta kesannya juga berlaku secara langsung ke atas individu yang mengalami atau melakukannya (Noriati A. Antaranya ialah proses pembelajaran melalui konsep main.jadi manusia belajar. Bagi memastikan objektif pembelajaran kelas bercantum tercapai konsep ini boleh diaplikasikan. mengalami sendiri atau terlibat secara langsung. Justeru itu. 2010). menyeronokkan. dan guru menolong murid membentuk soalan yang perlu ditanya bagi membimbing mereka ke arah kefahaman yang lebih tinggi (MPSS. contoh dan kaedah mengingat murid sendiri. Rashid. bebas dan selamat. Selain itu. saya juga amat tertarik dengan kupasan isi-isi penting teori sosial yang dikupas dalam artikel ini. Menurut Vygotsky. Dalam artikel ada dinyatakan secara jelas guru bertindak sebagai fasilitator semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Terdapat juga pelbagai aktiviti yang dicadangkan untuk pelaksanaan kelas bercantum. Pembelajaran dalam bentuk pengalaman langsung adalah bentuk pembelajaran yang sangat berkesan. dapat dilihat dengan jelas bahawa pembelajaran dilaksanakan dalam konteks sosio-budaya. perkembangan konsep kanak-kanak berkembang secara sistematis. . Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad.

berkongsi dan memupuk semangat kepimpinan. Di samping itu juga. jelaslah bahawa dengan pelaksanaan kelas bercantum secara tersusun dan terancang adalah tidak mustahil bagi membentuk murid-murid yang bersikap positif. Rashid. Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. Pada hemat saya. Rashid. Penglibatan dengan orang lain memberikan peluang kepada pelajar untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan diri memandangkan mereka terdedah kepada pemikiran orang lain dan berkongsi membina pemahaman (Gauvin. Interaksi sosial membantu dan menyokong pembelajaran (Noriati A. Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. Secara keseluruhannya. di dalam kelas bercantum murid yang lebih mahir dapat membantu murid yang kurang mahir semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Artikel ini turut memberikan situasi di mana murid yang lebih tua akan menjadi model yang sangat efektif di dalam kelas. Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui penekanan kepada zon perkembangan terdekat (ZPD). Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. Rashid. pelaksanaan kelas bercantum harus dilihat sebagai salah satu dimensi baru dalam sistem pendidikan di negara kita. tetapi dapat menguasai tugasan dengan bimbingan orang lain yang lebih mahir (Noriati A. ZPD merujuk kepada tugasan pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh pelajar. Pelaksanaan aktiviti yang menjurus kepada aktiviti berkumpulan dilihat salah satu kaedah yang terbaik bagi memupuk sikap positif ini. 2009). murid yang lebih tua akan menjadi contoh kepada murid yang lebih muda.“Dalam konteks sosial inilah individu berkongsi dan saling membina pengetahuan baru. 2001) (Noriati A. . Pembentukan sikap-sikap positif dalam kalangan murid yang mengikuti kelas bercantum juga dilihat sebagai salah satu kekuatan yang dihuraikan dengan terperinci dalam artikel ini. 2009). Antara sikap-sikap positif yang berjaya dibentuk adalah saling tolongmenolong. Konklusinya. 2009).

Boon Pong Ying.Pelan lantai bilik darjah bagi mengendalikan kelas bercantum dalam artikel ini juga merupakan salah satu kekuatan yang dapat dilihat semasa menganalisis artikel ini. Guru perlu merancang susun atur ruang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan proses pembelajaran yang berkesan (Noriati A. Pelan bilik darjah amat penting dalam memastikan keberkesanan sesuatu P&P. Justeru itu. pendidikan di Malaysia juga terikat dengan sukatan pelajaran yang perlu dihabiskan dan mengikut tahap umur murid manakala bagi sistem pendidikan luar negara yang hanya menggunakan kurikulum bersepadu. aspek penilaian tidak ditekankan dalam artikel ini. Terdapat beberapa contoh pelan lantai bilik darjah yang dikemukan. Berdasarkan artikel ini. Rashid. artikel ini juga tidak menyatakan secara jelas tentang salah satu ciriciri kelas bercantum yang dijalankan iaitu bilangan murid dalam sesuatu kelas bercantum yang dijalankan. Seseorang guru boleh menyediakan pelan lantai dan memaksimumkan ruang bilik darjah sebaik mungkin. pelaksanaan kelas bercantum dilihat sangat sukar untuk di aplikasikan di Malaysia kerana terikat dengan silibus serta sukatan pelajaran yang perlu dihabiskan. Antara kelemahan-kelemahan yang dapat dilihat dengan jelas pelaksanaan kelas bercantum menerusi artikel ini adalah tumpuan yang diberikan lebih berorientasikan di luar negara sahaja. Selain itu. Majid. Proses penilaian merupakan aspek penting yang terdapat dalam sistem pendidikan di Malaysia. Sistem pendidikan di Malaysia yang lebih berorientasikan peperiksaan adalah berbeza dengan sistem pendidikan di negara luar yang lebih bersifat terbuka. 2009). Selain itu. Justeru. Selain itu. Ciri-ciri kelas bercantum turut memainkan peranan penting dalam melicinkan lagi pelaksanaan kelas bercantum yang dijalankan. Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Berdasarkan artikel yang ketiga iaitu kajian kes yang dijalankan oleh Ishak bin Harun tentang pendidikan sekolah rendah di pedalaman Keningau iaitu di Sekolah Kebangsaan Salarom yang menggunakan kaedah kelas bercantum. ternyata pelaksanaan kelas bercantum di sekolah ini gagal dilaksanakan dengan baik. pelan lantai memainkan peranan yang sangat penting dalam melicinkan lagi proses P&P terutamanya bagi pelaksanaan kelas bercantum. Hal ini jelas terbukti apabila hasil analisis yang dijalankan keputusan .

Dengan itu biasanya guru yang terhad latihannya kurang yakin mengajar di kelas bercantum. Pada pendapat saya hal ini jelas membuktikan bahawa pelaksanaan kelas bercantum yang dijalankan di sekolah ini adalah gagal. Selain itu juga. Di sini jelaslah bahawa asas 3M memainkan peranan yang sangat penting dalam dasar pendidikan kebangsaan. guru juga dilihat kurang berpengalaman dalam mengendalikan kelas bercantum. antara faktor kegagalan kelas bercantum yang jelas dapat dilihat adalah faktor guru yang kurang memainkan peranan sebagai fasilitator seperti yang disarankan. Antara kekuatan yang dapat dilihat menerusi artikel ini adalah faktor utama murid-murid di sekolah ini gagal menunjukkan prestasi yang baik dihuraikan dengan jelas iaitu kerana kegagalan para guru untuk memastikan muridnya menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca. Kemahiran 3M memainkan peranan penting dalam memastikan murid-murid dapat menguasai proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. menulis dan mengira. Pedagogi Untuk Bakal Guru jelas menyatakan beberapa kelemahan pengajaran kelas bercantum iaitu latihan khusus mengajar kelas bercantum masih belum dikelolakan. Selain itu. bagi guru yang baru adalah amat sukar menguruskan pelajaran bagi murid-murid yang mengikut sukatan pelajaran yang berlainan (EE Ah Meng. 2010). Antara kelebihan yang dapat dilihat melalui artikel ini adalah analisis yang jelas dan terperinci tentang bilangan murid yang menguasai kemahiran 3M. Justeru. 1987). Seterusnya. menulis dan mengira (Choong Lean Keow. Hal ini dapat dibuktikan melalui unsur intelek dalam elemen-elemen FPK iaitu mempunyai kemahiran asas 3M: membaca. . Jelaslah bahawa guru memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan kelas bercantum. Di samping itu juga. Menurut EE Ah Meng dalam bukunya. berdasarkan Ujian Pengesanan Pencapaian (UPP) hanya seorang calon sahaja yang boleh membaca.UPSR pada tahun 1994 menunjukkan masih belum ada pelajar yang lulus keempatempat subjek ini. guru seharusnya memastikan pelajarnya dapat menguasai kemahiran asas terlebih dahulu.

Melalui hasil temu bual yang dijalankan. kebanyakan penduduk di kawasan ini sedar akan kepentingan pendidikan. Seharusnya. Pada hemat saya. Aspek ini tidak dinyatakan secara terperinci dalam artikel ini yang merupakan salah satu faktor penting yang menyumbang kepada kegagalan pelaksanaan kelas bercantum di sekolah ini. Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. kajian yang dijalankan tidak menjelaskan secara terperinci aktiviti yang dijalankan oleh guru semasa proses P&P dijalankan. terdapat beberapa kelemahan yang dapat dinyatakan dalam kajian ini. Peruntukan kewangan dan kemudahan asas di sekolah seperti ini adalah agak kekurangan (Kamarudin Hj Husin.Antara kekuatan yang dapat dilihat menerusi artikel ini adalah dinyatakan secara terperinci pandangan masyarakat terhadap sistem pendidikan. Selain itu. Justeru. Pertamanya. 1990). kebanyakan ibu bapa menyalahkan para guru yang gagal melaksanakan tugas mengajar dengan baik. Daripada hasil analisis yang dijalankan. 2009). Tidak dinyatakan secara jelas tentang kaedah pengajaran – pembelajaran di kelas bercantum. Antara implikasi model sosial yang sepatutnya diaplikasikan dalam kelas bercantum adalah peranan guru sebagai rol model harus memastikan dan mempunyai tingkah laku serta perwatakan positif supaya pelajar dapat menirunya (Noriati A. Antara usaha proaktif Kementerian Pelajaran Malaysia yang perlu di ambil bagi menangani isu kelas bercantum adalah mewujudkan satu sukatan pelajaran yang sesuai untuk diaplikasikan di dalam kelas bercantum. Antara lain punca kepada kegagalan kelas bercantum yang dijalankan di sekolah ini adalah kerana kurangnya kemudahan serta infrastruktur di kawasan luar bandar. sebagai seorang guru seharusnya menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada pelajarnya. kupasan yang lebih terperinci tentang pelaksanaan P&P yang dijalankan oleh guru sekolah ini dalam kelas bercantum untuk mengetahui sama ada aktiviti yang dilaksanakan sesuai atau tidak. Sistem pendidikan di Malaysia yang mempunyai sukatan pelajaran yang sama dengan kelas biasa amat menyukarkan . tidak dinyatakan secara jelas penyelesaian yang boleh diambil bagi menyelesaikan masalah ini. Rashid. penyediaan persediaan mengajar untuk kelas bercantum adalah amat penting dan pelu diberi perhatian yang serius. Hasil pembacaan secara analitikal.

guru-guru yang perlu mengendalikan kelas bercantum. kebanyakan kelas bercantum wujud di kawasan pedalaman sewajarnya ibu bapa diberikan pendedahan khusus tentang kepentingan pendidikan. guru yang perlu mengendalikan kelas bercantum perlulah diberi latihan khas tentang pengelolaan. ibu bapa juga turut memainkan peranan penting dalam kelas bercantum. Selain itu. Di samping itu. Hasil analisis ketiga-tiga artikel. Oleh sebab di Malaysia. jelas menunjukkan bahawa guru memainkan peranan penting dalam melaksanakan kelas bercantum. pengurusan dan pelaksanaan kelas bercantum. Perbezaan sukatan pelajaran yang agak ketara mengikut tahap umur mereka menyukarkan guru-guru menjalankan aktiviti yang sesuai sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. . guru perlulah diberikan pendedahan yang lebih jelas dan terperinci dalam melaksanakan kelas bercantum. Seharusnya. Di sini kerajaan memainkan peranan penting dalam memastikan program seumpama ini terlaksana. Hal ini amat penting agar kemajuan dalam bidang pendidikan dapat dicapai dan tidak hanya berada di takok lama sahaja. Ibu bapa seharusnya sedar tentang kepentingan pendidikan dalam melahirkan generasi yang celik ilmu.

J. Pendidikan Sekolah Rendah di Pedalaman KeningauSatu Tinjauan di Kampung Salarom. (1997).com/pdf/Childrens%20social%20behaviour%20in%20rela tion%20to%20Participation%20in%20Mixed%20Age%20or%20Same%20A ge%20Classrooms.J.cdrcp. Diperoleh pada 22 Februari 2012 daripada http://www. S.my/gordie/mpks/new_page_2. & Kinsey.sabah. The Multi-Age Classroom: What Research Tells the Practitioner.org/publications/curriculum_handbook/413/chapters/The_ Multi-Age_Classroom@_What_Research_Tells_the_Practitioner. Nabawan. Diperoleh pada 22 Februari 2012 daripada http://www. D.net.ascd.aspx . S. (2000). Diperoleh pada 22 Februari 2012 daripada http://www. (2005). Children’s Social Behaviour in Relation to Participation in Mixed – Age or Same .Bibliografi: Ishak bin Harun.Age Classrooms.pdf Stone.htm McClellan.E.

Senarai Rujukan: Choong Lean Keow. Bhd EE Ah Meng. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. ( 2009).teachersrock. Murid dan Alam Belajar. Teori Konstruktivisme. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. (2010).Bhd.( 2009). Boon Pong Ying. Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Longman Malaysia MPSS. (1990). Majid. Rashid. . (1987). Rashid. Kamarudin Hj Husin. Noriati A.net/teori_kon. (2010).Bhd. Pedagogi 2.htm Noriati A. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Pedagogi Untuk Bakal Guru. Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Dilayari pada 1 Mac 2012 daripada http://www.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful