You are on page 1of 10

1.Maklumat Asas Produk Tempatan.

a)Nama produk Nama produk tempatan yang saya kaji dalam kerja kursus Sejarah ini ialah pakaian .

b)Kategori Dalam kajian tersebut , saya telah mengkaji produk tempatan yang dihasilkan di Pulau Pinang iaitu batik.Batik ialah sejenis produk tempatan yang dihasilkan melalui proses mengecap lilin dan mencelup kain.Batik terkenal di Gugusan Kepulauan Melayu iaitu Indonesia dan Semenanjung Tanah Melayu.Batik telah diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1930-an oleh pembuat batik Java.Negeri-negeri yang popular sebagai penghasil batik ialah Kelantan,Pahang dan Terengganu.

c)Nama Pengusaha/Syarikat/Status Hak Milik. Nama syarikat kilang batik ini ialah Penang Batik Factory Sdn.Bhd . Wal hal,pengusaha syarikat ini pula diusahakan oleh Encik Quah Chin Choon.Status hak milik syarikat ini adalah sendirian berhad.

d)Lokasi Penang Batik Factory Sdn.Bhd. terletak di 651,MK. 2,Teluk Bahang,11051 , Pulau Pinang,Malaysia.Syarikat batik yang juga bergabung dengan Penang Batik Factory Sdn.Bhd. ialah Craft Batik Sdn. yang terletak di 669,MK. 2,Teluk Bahang,11050 Pulau Pinang.Satu cawangan lagi yang mempamerkan banyak pakaian batik terletak di Jalan Air Terjun dekat Kebun Botanical,Pulau Pinang.

2.Latar Belakang. a)Sejarah Kewujudan. Craft Batik Sdn. Bhd. ini pada mulanya sebagai perindustrian di rumah (cottage industry) pengeluaran batik secara tradisional.Salah satu kilang yang terunggul dengan pengeluaran kain batik di Malaysia ialah Pulau Pinang.

b)Pendaftaran Perniagaan/Lesen Perniagaan Nombor lessen perniagaan Craft Batik Sdn.Bhd. ialah 12618-H.

c)Tujuan /Kepentingan Produk. Kepentingan produk ini memenuhi kehendak pelanggan yang terdiri daripada orang tempatan dan pelancong-pelancong asing yang memakai pakaian batik semasa bercuti di tepi pantai.Tujuan pengeluaran kain batik juga memelihara khazanah seni warisan budaya sejak turun-temurun.Selain itu,ia juga meningkatkan ekonomi negeri Pulau Pinang serta meningkatkan pendapatan negara.Pakaian batik juga memperkenalkan dan mengekalkan keunikan seni kraftangan dan warisan penghasilan dan pengeluaran batik tradisional kepada penduduk tempatan dan pelancong-pelancong asing.

d)Keistimewaan/Kelebihan/Keunikan. Keistimewaan batik yang dihasilkan oleh Penang Batik Factory Sdn.Bhd. adalah amat berkualiti dan bermutu tinggi.Selain itu, ia juga mempunyai corak bunga dan dedaun yang berwarna cerah yang dapat menarik minat pelanggan.Batik yang dihasilka oleh Penang Batik Factory Sdn. Bhd. Telah mengharumkan nama Pulau Pinang ke peringkat antarabangsa kerana banyak pelancong dari luar negara amat berminat membeli barangan bati sebagai cenderahati.

3.Kaedah / Cara Penghasilan. a)Tenaga Kerja. Kilang batik ini mempunyai 49 orang pekerja tempatan.Penyelia Penang Batik Factory Sdn. Bhd. ialah Cik Mary.Antara jawatan yang ada pada kilang batik tersebut ialah pencetak batik,pelukis,motif,tukang jahit dan jurujual.Kebanyakkan pekerja terdiri daripada kaum Melayu yang mempunyai bakat kesenian dan bekerja dengan teliti baru dapat menghasilkan batik yang cantik.Selain itu,pekerja yang bekerja di situ juga berpengalaman.Contohnya,mereka telah dilatih dan di beri kelas untuk belajar sebelum bekerja di situ.Pekerja disitu juga mempunyai sikap bertanggungjawab.Contohnya,mereka melakukan tugas yang diberikan kepada mereka dengan amanah.Jurujual yang bekerja di situ amat mesra dengan pelanggannya.Mereka melayan pelanggan mereka dengan penuh sopan-santun dan baik.

b)Senarai Bahan. Bahan-bahan asas yang diperlukan untuk membuat batik ialah kain yang diperbuat daripada sutera,kapas dan rayon,lilin,rozin,warna,sodium silicate.

c)Senarai Bahan Peralatan yang perlu digunakan dalam perniagaan membuat batik ialah blok logam, jhunting ,berus,batang pisang,pensil,kaki berkayu untuk memegang kain semasa kain dilukis dan di bubuh warna,penyidai,dapur,kuali besar,meja penggosok dan seterika.

Contoh blok logam.

Contoh hand drawn

d)Proses/Peringkat Penghasilan. Penang Batik Factory Sdn.Bhd. menghasilkan dua jenis batik iaitu batik blok dan batik lukisan tangan.

Cara menghasilkan batik blok: i. Letakkan batang pokok pisang yang telah di tanggalkan kulit di atas meja.Letakkan kain yang akan dicap di atas batang pisang itu.Kesejukan batang pisang itu akan mempercepatkan proses penyejukan lilin cair yang digunakan untuk mengecap batik. ii. Proses mengecap batik bermula dengan mengecap motif yang dikehendaki berulangulang kali dengan menggunakan blok logam yang telah dicelup dalam lilin cair. iii. Lilin cair itu akan menutup bahagian kain yang dikekalkan putih.Bahagian terdedah itu harus dicelup dengan warna asal. iv. Proses ini akan diulangi dengan warna yang kedua dan seterusnya. Sebanyak empat warna sahaja yang boleh digunakan.Retakkan dibuat di kain yang telah dicap dengan lilin untuk membentuk tekstur batik yang unik. v. Lilin akan dikeluarkan dengan merebus kain yang telah dicap.Selepas itu,kain yang dicelup akan dicuci untuk mengeluarkan warna lebihan.

Cara membuat batik lukisan tangan. i. Batik juga boleh dihasilkan dengan melukis corak flora,fauna atau abstrak dengan tangan di atas kain putih.Kepingan kain putih itu di tarik rata atas kaki berkayu.Cara ini dapat menghasilkan corak esklusif yang berwarna-warna.Proses ini adalah satu peningkatan yang besar berbanding dengan proses mengecap batik dengan blok tradisional yang hanya terhad kepada empat warna sahaja. ii. Proses melukis batik dengan tangan adalah meletakkan lilin cair ke atas corak yang telah di lukis dengan satu alat yang dipanggil jhunting.Selepas itu,warna dilukis satu demi satu dengan sebatang berus.Warna latarbelakang juga dilukis dengan berus.

4.Perkembangan Produk. a) Rangkaian Pemasaran Selain kain,kain batik yang dihasilkan untuk membuat pakaian seperti baju wanita,kemeja lelaki,skraf,pakaian seragam,baju renang dan kaftan.Semua pakaian ini dijual di Craft Batik Sdn.Bhd. Teluk Bahang dan juga di bilik pameran di Kebun Botanical.Kilang ini menjual produk kepada batik-batik di negeri-negeri lain.

Contoh Kain Batik.

Contoh baju yang diperbuat dari batik.

b)Pengiktirafan/Sambutan daripada pengguna/Penghargaan. Sambutan daripada pelanggan adalah amat menggalakkan Penang Batik Factory Sdn. Bhd. merupakan pembekal utama kepada hotel-hotel esklusif,rumah peranginan,syarikat-syarikat dan kegunaan komersial di negara kita.Kadang-kadang,Penang Batik Factory diminta untuk membekalkan pakaian untuk pertandingan ratu cantik atau petunjukkan fesyen.

c)Kemajuan Yang Dicapai. Kapasiti pengeluaran meningkat pada permulaan dan akhi tahun ( musim sejuk di Eropah )maka lebih banyak pelancong dari luar negara datang mengunjungi Pulau Pinang. Syarikat Craft Batik Sdn. Bhd. harus menambahkan pekerja kerana permintaan dari pelacong dari luar negara amat tinggi.Selain itu, batik merupakan satu kraftangan kesenian tradisional maka peralatan yang digunakan adalah masih tadisional.

d)Cabaran dan Masalah Yang Dihadapi. Kekurangan pekerja yang mahir dan tidak minat dalam kraftangan adalah satu masalah yang boleh dihadapi oleh sesebuah syarikat seperti kilang Batik.Selain itu,cabaran atau masalah yang boleh dihadapi oleh syarikat Craft Batik Sdn. Bhd. ialah kenaikan harga bahan seperti kain dan batik.Remaja zaman sekarang tidak minat batik kerana mereka menganggap fesyen batik kolot dan tidak menarik perhatian orang lain.