PROSEDUR OPSYENAL 6: MENGAMBIL SLAID DARAH FILARIA Tarikh : 21/3/2012 Lokasi/Lokaliti : Kg Rancangan Merah Anggota Terlibat : PKA

En Reduan bin Hassan Muhammad Khuzaifah bin Azli (Pelatih) Muhammad Fadhli bin Zin (Pelatih) Muhammad Khairul Azizi bin Ayob (Pelatih) Muhammad Firdaus bin Mohd Safee (Pelatih)

Objektif : Untuk mengenalpasti sama ada sesebuah kawasan itu mempunyai pesakit filariasis Bagi mengelakan penyakit ini menjadi wabak. Untuk mengetahui jumlah taburan parasit dan jenis parasit yang terdapat di dalam darah berkenaan. Memudahkan kerja-kerja memberi rawatan kepada pesakit. Memastikan rawatan dapat diberikan kepada pesakit dengan segera.

Data Pentadbiran: Kampung Rancangan Merah

Peralatan dan Bahan : Glove Kapas Slaid Kaca Lancet Mikro pipet Grease pencil Borang PBV (F) 302 Clip Board A4 Kotak Slaid Alkohol 70 %

Waktu Pengambilan Slaid Darah Filaria : Pada waktu malam kerana cacing filaria aktif pada masa 8.00 PM hingga 4.00 AM.

Peralatan dan Bahan : Slaid kaca Lancet Kapas 70% alcohol Sharp Bin Glove Spreader slaid kaca Borang PBV F(MK 302) Pen Pensil gris Clipboard A4

Kotak slaid

Kaedah/Tatacara : Sediakan semua alatan untuk mengambil slaid darah Filaria terlebih dahulu dan pastikan semua peralatan mencukupi. Pakai glove. Isikan maklumat penduduk di dalam borang PBV (F)302 dan minta kad pengenalan bagi memudahkan proses mengisi borang. Basahkan kapas dengan alkohol 70 %. Sapu kapas tersebut dengan sekali calitan ke hujung jari bagi dewasa dan ibu jari kaki bagi kanak-kanak. Urut sedikit jari bagi meransang peredaran darah. Ambil lancet dan cucuk hujung jari. Picit hujung jari sehingga darah keluar. Lapkan darah yang keluar dengan menggunakan kapas kering. Picitkan lagi hujung jari supaya darah keluar. Sedut darah sebanyak 60 mikroliter (3/4 tiub kapilari ) darah dengan menggunakn mikro pipet. Pam darah keluar ke atas sekeping slaid kaca yang bersih. Buat gerakan bulatan pada titisan darah bagi membentuk bulatan yang sama sebesar ibu jari. Biarkan slaid darah kering. Kemudian labelkan tarikh dan no slaid di atas slaid tersebut dengan menggunakan grease pensil. Pastikan nombor yang ditulis di atas slaid adalah sama dengan nombor yang tertulis dalam borang. Setelah slaid kering,masukkan slaid ke dalam kotak slaid mengikut turutan. Hantar slaid ke makmal dalam tempoh 24 jam.

Lampiran :

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful