1.

0

PENGENALAN

Resos merupakan bahan–bahan yang boleh digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih berkesan dan menarik. Penggunaan resos merupakan satu strategi yang sangat berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik kerana ia akan memudahkan murid–murid untuk memahami konsep-konsep yang terdapat dalam matematik dengan menggunakan bahan- bahan konkrit. Ia merupakan salah satu daripada resos. Memilih dan menyediakan bahan resos yang sesuai akan dapat mewujudkan suasana belajar yang kondusif dan selesa. Suasana bilik darjah yang kondusif merupakan aspek yang paling penting perlu dititikberatkan supaya murid-murid dapat belajar dan menerima apa yang disampaikan tanpa sebarang gangguan. Dengan itu, murid-murid yang baik dan cemerlang akan dapat dilahirkan kerana mereka dapat belajar dengan baik. Guru perlu menyedari bahawa penggunaan resos yang baik dan menarik sangat penting bagi meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap konsep matematik dan menggalakkan pemikiran matematik dan kreativiti murid-murid. Oleh itu, guru perlulah berusaha untuk menyediakan resos dan bahan supaya dapat menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Dengan itu, proses pengajaran dan pembelajaran matematik yang berlaku dalam bilik darjah memberi kebaikan kepada murid-murid dan guru itu sendiri. Antara contoh resos yang boleh didapati ialah bahan bercetak, bahan manipulatif dan pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian komputer serta teknologi maklumat dan komunikasi. Contoh bahan bercetak ialah buku-buku, jurnal-jurnal dan kalender. Contoh bahan manipulatif pula ialah kit manipulatif yang terdiri daripada papan geo, blok Dienes, rod Cruisenaire dan blok asas sepuluh. Selain itu, alat penimbang dan alat mengira seperti kalkulator, abakus, rod dan batang kayu juga merupakan resos. Manakala, komputer, projektor dan perisian komputer yang berkaitan penyelesaian masalah matematik juga boleh digunakan.

Resos yang baik akan dapat membantu murid. kreatif.Oleh itu.murid dalam proses pembelajaran. . efektif dan sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Resos ini akan meningkatkan mutu serta kualiti pengajaran dan pembelajaran dan memberikan peluang kepada murid-murid untuk pemahaman yang lebih baik terhadap sukatan matematik. dalam tugasan ini guru pelatih telah ditugaskan untuk menghasilkan resos yang menarik.

carta.2. gambar. alat. bahan.model matematik Contoh Alat Bantu Mengajar a) Penggunaan papan hitam b) Sifat-sifat geometri c) Polihedron-polihedron d) Model trigonometri e) Sifat-sifat algebra Fungsi Alat Bantu Mengajar a) Sebagai cara untuk membantu murid memahami konsep dan prinsip matematik b) Sebagai cara motivasi c) Sebagai cara untuk menggayakan pengajaran d) Sebagai cara untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran e) Sebagai cara untuk mendirikan simulasi mengenai situasi hakikat f) Sebagai cara untuk mencapai perwakilan tiga dimensi g) Sebagai cara untuk menampung perbezaan individu . rekaan. Pengelasan Alat Bantu Mengajar a) Ruang pengajaran b) Buku teks c) Bahan bertulis d) Alat tayang e) Model. model.0 CARTA PENGURUSAN GRAFIK Alat Bantu Mengajar Definisi : Sebarang objek. kelengkapan. penerbitan atau sebarang kemudahan yang menolong menambah atau memudahkan pembelajaran matematik.

.

Pelbagai kerjaya boleh diceburi dengan matematik 4. 2. Pelajar yang lemah dan tidak berminat menjauhi matematik BAHAN PENGAJARAN Jenaka Dalam MatematikMasalah yang menarik. Menggambarkan situasi yang lucu dan memberikan jawapan yang tidak disangkasangka 2. 3. Pembelajaran matematik bantu perkembangan fikiran penyelesaian masalah 2. Mengarahkan murid baca nota sejarah yang berkaitan matematik 2.Artikel. Memberikan projek berkaitan sejarah matematik Matematik Rekreasi– Pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk hiburan 1. Pengajaran yang bosan menyebabkan murid berpotensi hilang minat terhadap matematik 3. Lulus matematik syarat kemasukan IPT 5. Penghargaan terhadap murid cemerlang matematik Aspek Sejarah Matematikmenjadikan topik lebih mudah difahami. Mulakan pengajaran dengan guna bahan sejarah matematik sebagai set induksi 3. Bermula dengan permasalahan ditimbulkan dalam soalan 2. 4312 Permainan MatematikUntuk pengembangan proses berfikir 1. Contohnya ialah susunkan digit 1. 4 supaya menghasilkan satu nombor yang boleh dibahagi tepat dengan 11 jawapan : 1342. Jawapan yang akan diperolehi . Kaitkan bahan sejarah dengan topik 4.teki dan masalah kod merupakan soalan misteri yang mengkagumkan murid 1. 2431. Cara untuk menyelesaikan Dan rumus untuk digunakan 3. 1234.digunakan untuk menerangkan kepentingan matematik 1. Penyelesaian menjadi hiburan murid-murid Misteri Dalam MatematikTeka. Membina minat murid 2. Kemahiran fikir dalam matematik bantu dalam subjek lain 3. motivasi. 3124. 4213. 2134. pengembangan sikap positif 1. lucu dan menduga akal 1. Tunjukkan filem dan ahli matematik terkenal 5.

Berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta memastikan kurikulum sentiasa relevan. kaedah pentaksiran. Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik ini diolah dan disusun semula. modifikasi dan inovasi dalam menghadapi serta menangani perubahan dan cabaran masa depan. organisasi. Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai dasar mahupun polisi yang mempunyai visi dan misi ke arah mewujudkan permodenan dan penambahbaikan daalm bidang pendidikan Negara. keusahawanan. atas dasar penambahbaikan kerajaan telah menggubal kembali silibus pelajaran kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). membuat adaptasi. Penyusunan semula ini mengambil kira kesinambungan yang berterusan ke peringkat seterusnya. iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk. serta teknologi maklumat dan komunikasi. KSSR adalah satu transformasi pendidikan. peruntukan masa. Terdapat tiga elemen nilai yang ditambah di dalam KSSR ialah kreativiti dan inovasi. . mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu. bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. pedagogi. Selepas Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan. Dengan sebab itu matematik ialah antara bidang yang terpenting dalam sebarang usaha pembinaan insan.0 PENGGUNAAN RESOS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Dengan pengetahuan dan kemahiran tersebut. Sifat matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Langkah yang diambil adalah selaras dengan keperluan untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran matematik kepada murid yang mempunyai latar belakang dan keupayaan yang pelbagai. Semenjak sebelum merdeka lagi.3. kandungan.

dia seharusnya mencari jalan inisiatif lain untuk mencapai matlamat tersebut. Di sinilah pentingnya penggunaan resos dalam pengajaran matematik. model. kelengkapan. Kebiasaannya. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedah pengajaran . objek. Salah satu daripada fungsi resos adalah untuk membantu murid menemui konsep. Selain itu. gambarajah dan benda konkrit telah pun digunakan untuk mengajar idea-idea matematik. alat. resos juga berfungsi sebagai kaedah untuk mempelbagaikan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. resos boleh dianggap sebagai sebarang bahan-bahan. Resos mempunyai pelbagai fungsi yang boleh dimanfaatkan oleh guru untuk membuat pengajaran di dalam kelas. Resos boleh dirujuk kepada segala benda dalam persekitaran luar pelajaran. gambar. Kemahiran metematik merujuk kepada keupayaan seperti menggunakan laras bahasa matematik yang betul dan mengaplikasikan penaakulan matematik serta menggunakan matematik untuk memperihalkan dunia fizikal. Guru sekolah rendah digalakkan mempelbagaikan kaedah mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah. prinsip dan kemahiran matematik. Matematik banyak melibatkan idea-idea abstrak lebih daripada objek. Implikasinya bahan resos jarang digunakan secara optimum seperti yang diharapkan. Resos memain peranan serta banyak membantu dalam proses pengajaran. carta. apabila seorang guru gagal menerangkan konsep matematik kepada murid secara berlisan. Penggunaan sumber atau resos bukanlah sesuatu yang masih baru kerana sebelum penciptaan system nombor. Ini bermaksud resos merujuk kepada set ‘benda’ yang boleh digunakan untuk memajukan pengajaran dan pembelajaran matematik serta meningkatkan pemikiran matematik pelajar. Umumnya. rekaan. Sesuatu makna atau konsep abstrak tidak semuanya dapat ditafsir dan diterangkan melalui pengajaran langsung iaitu dengan menggunakan perkataan sahaja.Kajian ilmiah pada kali ini akan memberi pengkhususan kepada bahan atau resos dalam pembelajaran dan pengajaran matematik di sekolah. penerbitan atau sebarang kemudahan yang dapat menolong menambah atau memudahkan pembelajaran matematik.

Faktor jarak antara pelajar dengan bahan resos yang digunakan juga perlu diambil kira. Guru haruslah mengendalikan pengajaran Matematik dengan bantuan resos matematik dengan cara yang menarik supaya pelajar mendapat kesan positif dan berguna. bahan resos yang digunakan harus disediakan ciri fizikal yang sesuai seperti saiz yang tidak terlalu besar dan jelas. Kajian berkaitan penggunaan warna di dalam penyediaan bahan resos juga telah dijalankan oleh Barry ( 1976. Memilih dan menyediakan resos yang sesuai bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif merupakan satu aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Selain itu. Hasilkan resos yang . dalam Suzita Mohd Resad. 21). Untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat murid-murid. para guru haruslah berusaha untuk memperbaiki serta meningkatkan kemahiran diri dan kreativiti dalam menghasilkan serta mengendalikan resos supaya dapat memenuhi ciri-ciri yang sepatutnya. murid akan lebih berminat dan seronok untuk lebih memahami matematik. Jika resos yang digunakan terlalu kecil mungkin bagi pelajar yang duduk di bahagian depan kelas dapat melihat dengan jelas tetapi bagi pelajar yang duduk di bahagian belakang sudah tentu fokus padangan mata mereka sudah berkurangan.dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Ini akan menyebabkan mereka hilang tumpuan dan minat terhadap pengajaran guru di hadapan. inovatif. dan berinteraksi.warni. penggunaan gambar atau imej yang berwarna dapat meningkatkan pemahaman pelajar dan menyenangkan proses penyimpanan maklumat. m. 2002. guru perlu bersedia menghadiri kursus yang berkaitan dengan bahan-bahan resos.s. Dengan penggunaan resos yang menarik dan sesuai. bahan resos yang digunakan harus disediakan dengan menggunakan gambar atau imej yang berwarna. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif. Ini bagi memastikan segala bahan resos yang digunakan oleh guru mahupun pelajar dapat membawa manfaat dan kelebihan kepada kedua-dua pihak. Oleh yang demikian. Hasil daripada kajian yang beliau jalankan. Contohnya. berkomunikasi.

Ini serta merta akan meningkatkan daya tarikan pelajar terhadap resos yang digunakan oleh guru tersebut. resos seperti bahan. menyelesaikan masalah dan membuat kesimpulan atau keputusan terhadap sesebuah permasalahan. Oleh itu. kami ingin memfokuskan kepada resos bahan pengajaran yang baik. strategi tentang penyelesaian. murid. Dengan penggunaan resos yang sesuai dan menarik. menguasai dan mengamalkan sikap dan nilai yang baik serta dapat mengembangkan daya kreativiti dan inovasi murid. Guru perlu kreatif dan inovatif dalam memainkan peranannya sebagai pencetus idea dan melahirkan murid yang berilmu pengetahuan. Seorang guru yang baik perlu sedar tentang peranan resos dalam meningkatkan pemahaman konsep serta pemikiran matematik murid-murid.bahan yang membantu proses pengajaran dan pembelajaran sangat diperlukan. Matematik merupakan mata pelajaran yang memerlukan murid untuk menguasai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. sebagai seorang bakal guru perlulah mahir untuk memilih resos dan bahanbahan yang mampu merangsang minat dan tumpuan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik. Ia memerlukan struktur konseptual. kemahiran dan prosedur yang lebih tinggi.berlainan dan unik di mata pelajar. pendekatan untuk menyelesaikan masalah dan sikap penghargaan tehadap matematik. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku seharusnya mampu menggalakkan dan meningkatkan minat serta kemampuan murid untuk memahami konsep matematik secara maksimum. Oleh itu. Memilih dan menyediakan resos yang sesuai adalah sangat penting bagi mewujudkan suasana yang kondusif bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Pembelajaran matematik melibatkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan fakta. dan juga pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian komputer serta teknologi maklumat dan komunikasi. Ia akan membantu untuk meningkatkan kefahaman murid-murid dalam matematik. Bagi kajian ini. Resos boleh didapati dalam pelbagi bentuk seperti bahan bercetak. kaedah penyelesaian. Resos merupakan aspek yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. bahan manipulatif. .murid akan lebih berminat dan seronok untuk belajar matematik.

misteri dalam matematik dan permainan matematik. Aspek sejarah matematik juga merupakan resos yang sangat bagus untuk digunakan sebagai set induksi di dalam kelas bagi memulakan pengajaran dan pembelajaran. Dengan artikel. aturan. menganalisa data. Selain itu. aspek sejarah matematik. Guru juga boleh membuat .murid yang menceburi bidang matematik. Matematik melatih kita untuk mengenalpasti data. matematik rekreasi. Kebanyakan manusia tidak mengetahui akan kewujudan matematik dan konsep matematik yang berlaku dalam persekitaran mereka.Terdapat beberapa resos yang menjadi bahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran seperti artikel. prinsip dan menjangkakan keputusan. Namun demikian sejarah matematik membekalkan pengayaan yang baik dalam kurikulum matematik. Pengajaran sejarah matematik dalam pengajaran harian juga akan menjadikan topik yang dibincangkan mudah difahami dan dapat memberikan motivasi kepada murid-murid. akan dapat menerangkan bahawa pembelajaran matematik akan membantu perkembangan pemikiran menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kehidupan.institusi pendidikan tinggi. Antara kaedah. Bahan – bahan artikel boleh digunakan untuk menerangkan kepentingan matematik dalam kehidupan seharian manusia. Matematik juga akan memberikan banyak peluang kerjaya dan pekerjaan untuk diceburi oleh murid. namun dengan adanya pengajaran aspek sejarah matematik yang teratur akan memberikan kesedaran kepada kepentingan dan perkembangan matematik yang membantu kehidupan nenek moyang kita yang terdahulu. Matematik juga menjadi syarat minimum untuk kemasukan ke Institusi. Resos yang kedua adalah aspek sejarah matematik itu sendiri yang untuk kerana membawa makna yang berbeza kepada individu yang berlainan. Resos yang pertama untuk dibincangkan ialah artikel. kemahiran berfikir dalam matematik akan membantu pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain. mengenal konsep.kaedah yang yang boleh digunakan oleh para guru bagi menyelitkan aspek sejarah matematik ialah dengan mengarahkan murid-murid untuk membaca nota-nota bahan sejarah yang berkaitan matematik. Ramai yang berpendapat bahawa mempelajari matematik adalah untuk lulus dalam peperiksaan sahaja. jenaka dalam matematik.

Oleh itu. Dengan itu. Setiap hari monyet memanjat 3 meter tetapi kerana dinding perigi sngat licin. Kegunaannya pula perlulah bersesuaian mengikut umur dan tahap murid tersebut. Minat murid-murid akan dapat dibina dan dipupuk dengan menggunakan beberapa jenis matemati rekreasi. drama dan permainan. Manakala murid yang lemah dan tidak berminat akan menjauhi diri daripada bidang matematik. cabang-cabang matematik dan sebagainya. Filem-filem dan ahli-ahli matematik boleh dijadikan sebagai sumber motivasi untuk memperkembangkan pengetahuan matematik. penyelesaiannya akan menjadi hiburan kepada murid-murid. Ia akan menggambarkan situasi yang lucu dan memberikan jawapan yang tidak disangkasangka. lucu dan dapat menduga akal fikiran. Contohnya ialah : 1. Resos yang keempat ialah jenaka dalam matematik iaitu guru itu sendiri menjadikan dirinya sebagai resos iaitu membuat jenaka yang berkaitan matematik. proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi bosan dan meyebabkan murid yang pandai dan berpotensi tidak dapat mengembangkan minat mereka terhadap matematik. Seekor monyet tejatuh ke dalam perigi yang dalamnya 30 meter.perkaitan dengan menyebut aspek sejarah matematik semasa dalam proses pengajaran. Kaedah tersebut boleh digunakan dalam kelas matematik. Jenaka merupakan masalah yang menarik. Selain itu. nombor. misteri. penggunaan resos matematik rekreasi merupakan satu cara untuk merangsang minat dan tumpuan murid. Resos yang ketiga pula ialah matematik rekreasi yang melibatkan jenaka . ia tergelincir 2 meter. Penggunaan kaedah yang berbentuk hiburan dan keseronokan ini akan menjadikan pengajaran menjadi lebih menarik. murid-murid juga boleh diberikan projek untuk dilaksanakan melibatkan sejarah atau aspek matematik seperti sejaran pengukuran. Sekiranya ia tidak diselitkan dalam pengajaran. Selepas berapa harikah monyet itu dapat keluar daripada perigi trsebut? .

Soalan dikemukan kepada muridmurid dan mereka akan berfikir untuk memahami permasalahan yang ditimbulkan dalam soalan tersebut.Jawapannya : Dua puluh lapan hari kerana pada hari yang ke-28 ia akan sampai ke atas dan tidak terjatuh semula. Jika anda mendarabkan dua nombor. dari rumah Nurul. Terdapat tiga cara untuk pergi ke rumah Iskandar. Berapakah cara untuk . Selepas mendapat jawapan. Benar atau Tidak? Jawapan : Benar. Kelima ialah misteri yang berlaku dalam matematik seperti masalah ajaib. Antara masalah yang boleh diberikan kepada murid-murid ialah : 1. mereka akan menilai jawapan yang telah mereka perolehi dan berfikir bagaimana jawapan yang lebih tepat. Resos yang terakhir sekali untuk dibincangkan ialah permainan dalam matematik yang melibatkan proses berfikir dengan kreatif dan kritis. jika nombor berkenaan adalah lebih besar daripada satu. Mereka akan cuba mencari jalan penyelesaian dan memilih rumus yang bersesuaian untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah tersebut. anda akan mendapati suatu nombor yang lebih besar daripada hasil tambah kedua-dua nimbor tersebut. tekateki dan masalah kod. Ia merupakan soalan. Contoh permainan 1. dan dua cara untuk sampai ke rumah Alias. Permainan matematik boleh dilaksanakan dalam proses pengajaran matematik ialah : bagi melatih murid-murid supaya dapat memperkembangkan tahap dan keupayaan pemikiran mereka. dari rumah Iskandar.soalan misteri yang boleh menyebabkan murid berasa kagum terhadap matematik.

singgah sebentar di rumah Iskandar? Jawapan : Terdapat enam cara. kami telah mempelajarikepentingan penggunaan resos dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam subjek matematik. Salah satu kaedahnya ialah dengan penggunaan resos yang pelbagai. Resos sangat penting dalam proses pengajaran. Dengan penggunaan resos yang menarik dan sesuai. murid akan lebih berminat dan seronok untuk lebih memahami matematik.0 PENUTUP Setelah selesai melaksanakan tugasan kerja kursus kami pada kali ini. jika dalam perjalanan dari rumah Nurul. Resos yang digunakan oleh guru berpotensi untuk mengelak kebosanan pelajar di dalam kelas matematik dan menukarkannya kepada suasana yang memupuk minat yang positif terhadap matematik. 4. daripada diberitahu oleh guru dan dibina oleh pelajar. Guru perlu sedar tentang peranan resos untuk meningkatkan pemahaman pelajar mengenai konsep matematik serta pemikiran matematik murid. Memilih dan menyediakan resos yang sesuai bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif merupakan satu aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. .sampai ke rumah Alia . Proses pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bilik darjah harus berubah dan lebih kreatif.

KELANTAN. Norma binti Haji Hassan. PENGKALAN CHEPA. PEDAGOGI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK.kejelasan dan menarik perhatian pelajar mesti dipenuhi. Mok Soon Sang. Penerbit Berita Publishing Sdn Bhd. Kuala Lumpur. Kesesuaian resos dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru penting bagi memastikan isi pelajaran yang ingin disampaikan dapat diterima dengan jelas oleh pelajar. Belajar untuk Mengajar MATEMATIK Sekolah Menengah. (2001). Pendidikan di alaf baru hasil daripada perledakan dan perkembangan teknologi maklumat mempunyai cabaran yang harus ditangani dengan bijak oleh para pendidik yang bergelar guru. Siri Pendidikan Guru. resos yang baik mestilah memenuhi ciri-cirinya. Penerbit Kumpulan Budiman Sdn Bhd. (1988). PANDUAN MENGAJAR MATEMATIK KBSR. Penerbit Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. kemahiran dan kreativiti ke arah melahirkan satu corak penyampaian yang berkesan dan bermakna kepada pelajar mereka. Siri Pendidikan Berita. Khoo Phon Sai. . Seterusnya kekemasan.(2004). Muka surat 25 dan 33. Kuala Lumpur.Selain itu. Jika tidak resos yang digunakan tidak mampu mencapai matlamat penggunaan resos tersebut. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. HUBUNGAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN LIMA DI SEKOLAH KEBANGSAAN KEM. (1986). 5. Guru di bilik darjah harus memahami fenomena perubahan ini dan berusaha menggabungkan pelbagai ilmu. Kuala Lumpur.0 RUJUKAN Noraini Idris.

Diakses pada 25 Mac 2012 daripada http://mujahid.my/lesson-plan/penggunaan-alat-dan-teknologidalam-matematik-0 .html Diakses pada 27 Mac 2012 daripada http://epkhas.com/strategi.ses.usm.tripod.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer: Get 4 months of Scribd and The New York Times for just $1.87 per week!

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times