You are on page 1of 25

LAPORAN PENYELIDIKAN

AMALAN BIDAH DALAM PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN JENAZAH : KAJIAN DI KUBANG PASU

MOHD NIZHO BIN ABD RAHMAN MOHD KHADAFI BIN HAJI ROFIE DR MUHAMMAD KHAIRUL ANWAR OSMAN

SEKOLAH PEMBANGUNAN SOSIAL UNIVERSITI UTARA MALAYSIA OGOS 2003

LAPORAN PENYELIDIKAN

AMALAN BIDAH DALAM PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN JENAZAH : KAJIAN DI KUBANG PASU

OLEH: MOHD NIZHO BIN ABD RAHMAN MOHD KHADAFI BIN HAJI ROFIE DR MUHAMMAD KHAIRUL ANWAR OSMAN

SEKOLAH PEMBANGUNAN SOSIAL UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SINTOK KEDAH DARUL AMAN

OGOS 2003

KUMPULAN PENYELIDIK

.. MOHD NIZHO BIN ABD RAHMAN (KETUA PENYELIDIK)

.. MOHAMAD KHADAFI HJ ROFIE

DR MUHAMMAD KHAIRUL ANUAR OSMAN

PENGAKUAN TANGGUNGJAWAB (disclaimer)

PENGAKUAN TANGGUNGJAWAB (DISCLAIMER) Kami dengan ini, mengaku bertanggungjawab di atas ketepatan semua pandangan, komen teknikal, laporan fakta, data, gambar rajah, ilustasi dan gambar foto yang telah diutarakan di dalam laporan ini. Kami bertanggungjawab sepenuhnya bahawa bahan yang diserahkan ini telah disemak dari aspek hakcipta dan hak keempunyaan. Universiti Utara Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap ketepatan mana- mana komen, laporan dan maklumat teknikal dan fakta lain, dan terhadap tuntutan hakcipta dan juga hak keempunyaan. We are responsible for the accuracy of all opinion, technical comment, factual report, data, figures, illustrasions and photographs in the article. We bear full responsibility for the checking whether material submitted is subject to copyright or onwnership rights. UUM does not accept any liability for the accuracy of such comment, report and other technical and factual information and the copy right or ownership rights claims.

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah tuhan sekelian alam, yang memberikan hidayah dan petunjukNya kepada para penyelidik sehingga berjaya menyempurnakan penyelidikan ini. Melalui kajian ini diharap dapat memberikan nilai tambah dalam bidang pengurusan Islam dan seterusnya mengembangkan lagi ruang lingkup sains sosial. Ucapan penghargaan dan terima kasih dikalungkan kepada Sekolah Pembangunan Sosial khususnya dan Universiti Utara Malaysia amnya di atas peluang dan geran penyelidikan kepada kami. Selain itu, penghargaan turut diberikan kepada pegawai-pegawai dan ahli jawatankuasa masjid yang sudi membantu dalam penyelidikan ini. Begitujuga kepada pusat penyelidikan dan perundingan, jawatankuasa penyelidikan Sekolah Pembangunan Sosial dan juga rakan-rakan pensyarah di atas galakan dan sokongan anda yang sudi membantu bagi menjayakan penyelidikan ini. Untuk ahli keluarga, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan di atas sokongan dan pengorbanan yang diberikan semoga Allah membalasnya di akhirat kelak. Akhir sekali kepada semua yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung, khidmat anda tidak kami lupakan. Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat dalam memberi sumbangan dan buah fikiran yang baik kepada kami. Semoga dengan sedikit ilmu yang dipaparkan ini akan memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita tentang keagungan dan ketinggian Allah S.W.T serta dapat memberikan manfaat kepada masyarakat. Sesungguhnya segala kejayaan dan kebaikan penyelidikan ini datang dari Allah S.W.T dan segala kekurangan dan kelemahan yang wujud hasil daripada sifat kami, insan yang hina lagi lemah.

Wassalam

MOHD NIZHO BIN ABD RAHMAN MOHAMAD KHADAFI HJ ROFIE DR MUHAMMAD KHAIRUL ANWAR OSMAN

20 OGOS 2003

JADUAL KANDUNGAN

PENGAKUAN PENYELIDIK PENGHARGAAN JADUAL KANDUNGAN SINOPSIS SENARAI JADUAL

HALAMAN ii iv v vii ix

BAB I

PENDAHULUAN 1 2 3 4 5 6

Pengenalan Penyataan masalah Objektif kajian Skop kajian Kepentingan kajian Definisi konsep dan istilah

BAB II

ULASAN KARYA 8 10 11 15 16 17 20 22 24 29

Pengenalan Definisi Bidah Amalan Dan Bentuk Bidah Hukum Bidah mengikut Syara Larangan Melakukan Perkara Bidah Bidah Dan Pengurusan Jenazah i Memandikannya ii Mengkafankannya iii Mengiringgi dan menyembahyangkannya iv Mengkuburkannya

BAB III

METODOLOGI KAJIAN 39 39 40 41 41 43 44

Pendahuluan Lokasi Populasi Kajian Pengedaran borang Kaedah Pengumpulan Data Alat ukuran dan amalan bidah Penganalisaan Data

BAB IV

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 45 45

Pendahuluan Maklumat Demografi dan Latar belakang Responden

BAB V Kesimpulan Cadangan

KESIMPULAN DAN CADANGAN 62 63

BIBLIOGRAFI

67

LAMPIRAN Borang soalselidik

SINOPSIS

Firman Allah yang bermaksud; Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. (Surah al-Anbiya: 35) Setiap muslim yang mengaku beriman pasti menerima hakikat bahawa kematian bukan bererti segala-galanya akan berakhir di situ bahkan ia merupakan babak baru untuk menempuhi babak-babak seterusnya. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kepada waris si mati mengurus dan menyelenggara jenazah sebaik-baiknya kerana si mati akan berada di suatu tempat yang disebut Alam Barzakh untuk di soal oleh Allah. Tanggungjawab ini dikenakan ke atas mereka bermula dari rumah sehinggalah ke tanah perkuburan. Dewasa ini situasi ini berbeza kerana timbulnya amalan-amalan bidah dalam pengurusan jenazah kerana sesetengah masyarakat menjadikannya sebagai sumber pendapatan tetap (komersial). Selain itu pihak atau keluarga simati terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi bahkan bagi golongan yang kurang berada terpaksa berhutang bagi mengurus dan menyelenggara jenazah. Fenomena ini berlaku kerana hilangnya keiklasan dan konsep tolong menolong di kalangan masyarakat kini akibat wang menjadi agenda utama apabila berlakunya sesuatu kematian. Apa yang membimbangkan perkara ini akan menjadikan masyarakat bukan Islam membuat tanggapan yang negatif terhadap Islam sedangkan Islam itu adalah agama yang mudah.

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti serta mengukur tiga perkara iaitu, tahap kefahaman masyarakat terhadap perbuatan bidah dalam pengurusan jenazah , perbuatan bidah yang dilakukan di dalam pengurusan dan penyelenggaraan jenazah dan mengenalpasti faktor- faktor yang menyebabkan berlakunya perbuatan bidah dalam pengurusan dan penyeleggaraan jenazah di kalangan masyarakat Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik untuk mengukur ketiga-tiga perkara di atas dan ianya dilakukan secara deskriptif. Seterusnya data-data akan dianalisis dengan menggunakan pakej komputer Statistical Package For Social Sciences (SPSS) Kajian ini telah memperlihatkan terdapat ketidakfahaman masyarakat terhadap perbuatan bidah dan perlakuannya berdasarkan faktor pendidikan, pengalaman dan umur responden. Seterusnya kajian ini mempelihatkan terdapat faktor-faktor yang mendorong berlakunya perbuatan bidah akibat menurut kebiasaan, penyerahan kepada institusi tertentu dan tiada kefahaman yang baik tentang pengurusan dan penyelenggaraan jenazah.

Hasil kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat mengetahui dan memahami keadaan yang sebenar berhubung pengurusan dan penyelenggaraan jenazah seperti yang dituntut oleh Islam. Kajian ini juga dapat membantu pihak yang bertanggungjawab menjadikan kajian ini sebagai rujukan dan menilai fenomena yang berlaku dan mengenalpasti permasalahan tersebut agar ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam.

10

SENARAI JADUAL

Halaman JADUAL 1 Bilangan Pegawai Dan Ahli Jawatankuasa Masjid JADUAL 2 Borang Soal Selidik Yang Diedarkan Dan Yang Diperolehi JADUAL 3 Umur Responden JADUAL 4 Masjid Mengikut Tempat JADUAL 5 Tahap Pendidikan JADUAL 6 Jawatan JADUAL 7 Tempoh Perkhidmatan JADUAL 8 Frekuensi Dan Peratusan Tahap Kefahaman Pegawai Dan Ajk Masjid Tentang Konsep Bidah JADUAL 9 Frekuensi dan Peratusan Perbuatan Bidah Yang Berlaku Dalam Pengurusan Jenazah JADUAL 10 Faktor Bidah 52 51 39 40 45 46 47 48 49 50

11

BAB I PENDAHULUAN

Pengenalan Firman Allah yang bermaksud; Di mana sahaja kamu berada, maut pasti akan mendatangi kamu sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang kukuh. (Surah al-Nisa: 78) Kematian adalah suatu lumrah kehidupan setiap makluk yang bernyawa. Apabila sampai masa dan ketikanya, maut pasti akan menjadi suatu kepastian yang perlu dirasai dan ditempuhi oleh makhluk yang hadith yang antaranya ialah manusia. Ianya datang menjemput kita apabila tiba masanya tanpa mengira sesorang itu kaya ataupun miskin, tua ataupun muda, mulia ataupun hina, berkuasa ataupun rakyat biasa. Itulah sistem tuhan yang Qadim yang tidak boleh dilawan oleh kehendak dan kepandaian manusia samada yang beriman mahupun tidak beriman. Semuanya akan kembali kepangkuanNya yang Maha Esa yang pergi tidak akan kembali buat selama- lamanya. Bagi insan yang beriman, kematian bukanlah penghujung bagi sesebuah hayat tetapi ia adalah permulaan kehidupan baru iaitu kehidupan akhirat.

Bagi mereka yang dicabut rohnya ataupun telah mati, jasadnya sudah tiada daya dan ikhtiar lagi, yang kalau dibiarkan ianya sudah tentu akan reput dan dimakan ulat begitu sahaja. Oleh itu Islam memberi garis panduan yang lengkap kepada waris simati untuk mengurus simati atau jenazah, bermula dari saat selepas kematian sehinggalah ke peringkat perkebumian. Dengan itu, menjadi tanggungjawab kepada waris si mati

12

mengurus dan menyelenggara jenazah simati sebaik-baiknya kerana si mati akan berada di suatu tempat yang disebut Alam Barzakh untuk di soal oleh Allah tentang amal perbuatannya semasa hidup.

Sekalipun Islam telah memberi garis panduan yang lengkap, namun masih lagi ada di kalangan umatnya dan masyarakat Melayu tanpa pengecualian melakukan perkaraperkara yang dikategorikan bidah menurut perspektif perundangan Islam.

Memandangkan bidah merupakan perkara yang besar yang dilarang oleh Islam, namun ianya masih lagi banyak berlaku dikalangan masyarakat Melayu yang berkaitan pengurusan dan penyelenggaraan jenazah. Sayugia, dirasakan amat perlunya suatu kajian yang terperinci dilaksanakan untuk menangani permasalahan bidah di dalam perkaraperkara yang berkaitan dengan jenazah.

Penyataan Masalah Sebenarnya penghayatan masyarakat pada zaman awal permulaan Islam terhadap pengurusan jenazah adalah berdasarkan kepada amalan dan perbuatan yang telah ditunjukkan oleh Nabi S.A.W. Dewasa ini, situasi ini berbeza kerana timbulnya amalanamalan bidah dalam pengurusan jenazah kerana sesetengah masyarakat telah menjadikannya sebagai sumber pendapatan tetap (komersial). Selain itu pihak atau keluarga simati terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi bahkan bagi go longan yang kurang berada terpaksa berhutang bagi mengurus dan menyelenggara jenazah. Fenomena ini berlaku kerana hilangnya keikhlasan dan konsep tolong menolong di kalangan masyarakat kini akibat wang menjadi agenda utama apabila berlakunya sesuatu

13

kematian. Apa yang membimbangkan perkara ini akan menjadikan masyarakat bukan Islam membuat tanggapan yang negatif terhadap Islam sedangkan Islam itu adalah agama yang mudah. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud; "Permudahkanlah segala urusanmu dan janganlah menyusahkannya" (Riwayat al-Bukhari)

Objektif Kajian Secara umumnya kajian ini meninjau fenomena dan amalan bidah yang berlaku dalam pengurusan jenazah di kalangan masyarakat Melayu. Dengan itu secara khususnya kajian ini akan meneliti 3 aspek iaitu;

1. Mengenal pasti tahap kefahaman mereka yang terlibat dengan pengurusan jenazah terhadap amalan-amalan yang bertentangan dengan perundangan Islam. 2. Mengenalpasti perbuatan-perbuatan bidah di dalam pengurusan dan

penyelenggaraan jenazah. 3. Mengenalpasti faktor- faktor yang menyebabkan berlakunya perbuatan bidah dalam pengurusan dan penyelenggaraan jenazah di kalangan masyarakat Melayu.

Skop Kajian Memandangkan jangka masa dan bajet yang terhad untuk menyelesaikan kajian ini, maka kajian ini mempunyai beberapa limitasi seperti yang akan diterangkan di bawah.

14

Kajian ini hanya memberikan tumpuan kepada ahli jawatan kuasa dan pegawai masjid lelaki sahaja. Ini kerana terdapat beberapa faktor yang utama iaitu meraka lebih mudah untuk dihubungi berbanding dengan kaum wanita. Keduanya secara keseluruhan penglibatan ahli jawatan kuasa wanita dalam pengurusan jenazah hanya pada peringkat memandi dan mengkafankan jenazah manakala upacara seterusnya akan dikendalikan oleh kaum lelaki. Dengan itu penglibatan kaum wanita agak tehad dan pada kebiasaanya juga mereka akan meminta pandangan dan pertolongan dari pihak kaum lelaki.

Kajian ini juga akan menyentuh tentang tahap kefahaman mereka yang terlibat dalam pengurusan jenazah, realiti perbuatan bidah dan faktor berlakunya perbuatan tersebut yang menular dalam masyarakat kini. Persoalan dan permasalahan di dalam kajian ini juga akan menyentuh dan meninjau tentang persepsi para pegawai dan ahli jawatan kuasa masjid terhadap tahap kefahaman mereka dan perbuatan bidah yang disedari ataupun tidak disedari berlakunya perbuatan tersebut. Lanjutan daripada kajian ini akan dikemukakan beberapa cadangan kepada pihak yang berwajib terutamanya Jabatan Agama Islam, Jakim, Jabatan Mufti dan lain- lain supaya memandang serius terhadap amalan dan perbuatan bidah dalam pengurusan jenazah yang semakin hari semakin bertambah perkara-perkara yang menyalahi adab dan kesusilaan Islam. Ini adalah bertujuan untuk melahirkan seorang muslim yang benar-benar memahami tuntutan dan kehendak agama Islam yang sebenar dalam kehidupan harian mereka memandangkan Islam merupakan agama yang mudah dan tidak pernah membebankan penganutnya dalam setiap perkara termasuklah Ibadah, aqidah, muamalah dan lain- lainnya.

15

Kepentingan Kajian. Hasil kajian ini dapat membantu masyarakat mengetahui dan memahami keadaan yang sebenar berhubung pengurusan dan penyelenggaraan jenazah seperti yang dituntut oleh Islam. Selain itu hasil kajian ini juga dapat membantu pihak yang bertanggungjawab dapat menjadikan kajian ini sebagai rujukan dan mengenal pasti permasalahan yang berlaku serta menjelaskan kembali kepada masyarakat perkara yang sebenar yang semestinya dilakukan oleh mereka, agar ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam. Di samping itu, kajian ini juga dapat menyedarkan masyarakat betapa pentingnya hubungan persaudaraan di dalam Islam dan tolong menolong di antara satu sama lain.

Selain itu, masyarakat juga secara tidak langsung diharap tidak menjadikan kematian sebagai salah satu sumber mata pencarian terutamanya ganjaran solat jenazah. Sebaliknya, masyarakat perlu bersifat ikhlas dalam menyelenggara dan menguruskan jenazah tanpa mempunyai niat yang mengharapkan sebarang bayaran atau ganjaran sepertimana yang dituntut oleh syara. Situasi yang murni ini akan meringankan beban kesedihan serta kewangan yang ditanggung oleh keluarga si mati.

Definisi Konsep Dan Istilah Konsep dan pembolehubah utama dalam kajian ini adalah pegawai-pegawai tadbir masjid, AJK-AJK masjid, bidah, tahap kefahaman, perbuatan dan pengurusan jenazah.

16

Pengoperasian Konsep dan Pembolehubah Utama Pentakrifan dan pengoperasian konsep kepada pembolehubah utama kajian ini adalah seperti berikut:

Pegawai-Pegawai Tadbir Masjid Merujuk kepada pegawai-pegawai tetap mentadbir masjid yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah yang selalunya terdiri daripada Imam, dua orang Bilal dan dua orang Siak.

Ahli Jawatankuasa Masjid (AJK) Merujuk kepada ahli-ahli jawatankuasa masjid seramai tujuh orang yang dilantik oleh ahli masyarakat atau ahli kariah setempat untuk menyelenggarakan pengurusan masjid dari segi kemajuan, aktiviti, kewangan, kebersihan dan sebagainya.

Bidah Merujuk kepada perkara-perkara baru yang dilakukan dalam agama Islam yang menyalahi Sunnah Rasulullah S.A.W atau perkara-perkara baru yang dilakukan dalam agama sesudah kewafatan Rasulullah S.A.W.

Tahap Kefahaman Merujuk kepada peringkat kemampuan atau keupayaan seseorang untuk menilai sesuatu perkara yang berlaku itu samada bidah ataupun tidak.

17

Amalan Atau Perbuatan Merujuk kepada sesuatu tindakan yang dilakukan secara individu ataupun kolektif sehingga ianya diterima menjadi satu kebiasaan dalam sesebuah masyarakat di dalam pengendalian jenazah.

Pengurusan Jenazah Merujuk kepada urusan untuk menyelenggarakan mayat bermula daripada saat kematian sehingga ke tanah perkuburkan.

18

BAB II ULASAN KARYA

Pengenalan Dewasa ini, menjadi isu yang hangat diperkatakan tentang pengurusan dan penyelenggaraan jenazah adalah kerana disebabkan terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan perkara ini sebagai satu sumber rezeki (mata pencarian). Masalah ini berlarutan tanpa ada penghujungnya bahkan bertambahnya amalan bidah yang bertentangan dengan syariat Islam. Amatlah malang suatu amalan yang baik pada mulanya bertukar menjadi bidah disebabkan pengurusan dan penyelenggaraan yang menyimpang dari ajaran Nabi S.A.W. yang sebenar.

Jika kembali kepada sejarah Nabi S.A.W kita akan dapati setiap perkara yang berkaitan dengan urusan dan penyelenggaraan jenazah tid ak menimbulkan sebarang permasalahan dan kekecohan. Keluarga si mati merasakan diri mereka mendapat pertolongan dan simpati tanpa memikirkan persoalan bagaimana hendak mengurus dan menyelenggarakan janazah sepertimana yang berlaku sekarang. Para sahabat me mahami perintah dan suruhan Nabi S.A.W tanpa sebarang kompromi dalam mengurus dan menyelenggarakan jenazah. Kesemua amalan ini dilakukan dengan penuh yakin bahawa Allah akan memberi balasan pahala kepada hamba- hambanya apabila melakukan sesuatu kebajikan terutamanya membantu dan menolong orang di dalam kesusahan dan kesedihan.

19

Namun terdapat sesetengah umat Islam khususnya di negeri Kedah yang kurang mengetahui hukum- hakam dan pengurusan yang sebenar menurut al-Sunnah. Malah mereka lebih terpengaruh dengan amalan dan perbuatan orang-orang yang terdahulu, adat setempat, bahkan terdapat tradisi masyarakat barat turut diamalkan dan dilaksanakan dalam pengurusan dan penyelenggaraan jenazah (Abdullah al-Qari, 1995). Perkara ini menyebabkan semakin hari semakin bertambah permasalahan bidah yang timbul dalam pengurusan jenazah akibat kejahilan, kepentingan diri, hilang konsep tolong menolong dan sebagainya. Ia juga tidak dilihat lagi sebagai satu ibadah dan kewajipan membantu rakan taulan yang menghadapi kesusahan, kesedihan, kedukaan dan kesulitan. Kadangkadang hubungan persaudaraan boleh menjadi renggang akibat perasaan cemburu atau iri hati terhadap saudaranya yang lain dalam pengurusan jenazah akibat mengejar wang dalam mengendalikan pengurusan dan penyelengga raan jenazah. Tujuan atau matlamat asal ini boleh menyimpang akibat perbuatan atau amalan yang dilakukan oleh sesetengah golongan tersebut yang mempunyai kepentingan tertentu. Mereka sepatutnya mengambil berat perkara ini dan dapat membezakan perbuatan-perbuatan bidah di dalam pengurusan jenazah. Ini kerana Islam telah meletakkan garis panduan yang jelas tentang perkara-perkara yang disunnahkan dan yang bidah dalam permasalahan ibadat, munakahat, muamalat dan lain- lain.

Definisi Bidah Bidah dari sudut bahasa membawa maksud; mencipta sesuatu yang baru tanpa contoh yang sebelumnya. Manakala perkataan bidah dari sudut istilah syara bermaksud;

20

sesuatu yang diadakan selepas selesai turunnya risalah dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perkara tersebut tidak pernah dilakukan, disuruh atau diakui oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat. Oleh itu, amalan bidah bukanlah sesuatu amalan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W tetapi amalan tersebut dilakukan oleh individu atau orang perseorangan dengan menyandarkan perbuatan atau amalan yang dilakukan itu kepada Rasulullah S.A.W. Sebenarnya hukum asal di dalam ibadah dan muamalah, seseorang itu dituntut mengikut segala suruhan Rasulullah S.A.W dan meninggalkan larangannya. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : Dan setiap perkara yang dibawa oleh Rasul hendaklah kamu ambil dan setiap perkara yang dilarang hendaklah kamu tinggalkan.

(Surah al-Hasyr:7) Ayat di atas menjelaskan setiap bidah yang menyanggahi sunnah Rasulullah S.A.W adalah bidah yang tidak diredhoi oleh Allah dan RasulNya. Bidah yang menyerupai hukum syariat dalam hal- hal ibadah tetapi tidak dinaskan dalam al-Quran mahupun hadis adalah sesat dan setiap perlakuannya akan ditolak (Kajian fikrah semasa, 1999). Maksud daripada sebuah hadis: "Sesiapa yang mengada-adakan dalam pekara agama kita ini akan sesuatu yang tidak termasuk dalam agama itu maka hal itu wajib ditolak. (Riwayat al-Bukhari)

21

Hakikat agama ini adalah terbahagi kepada dua perkara pokok iaitu; a. Tidak mengabdikan diri melainkan Allah b. Mengabdikan diri mengikut apa yang telah disyariatkan

Sekiranya berlaku penambahan dan pengurangan di dalam permasalahan ibadah, maka setiap perlakuan tersebut dikira sesat kerana Allah sahaja yang layak mengubal atau memutuskan syariat yang telah diturunkan. Ibn Taimiyyah pernah menyebut bahawa tindakan seseorang hamba samada dari segi perkataan atau perbuatannya adalah berkaitan dengan Ibadat yang ada hubungkait dengan agama (al-Din) dan adat yang diperlukan untuk kepentingan hidup mereka. Setiap perkara yang berkaitan dengan persoalan ibadat samada yang difardukan atau yang digalakkan oleh Allah, tidak diwahyukan pengurangan melainkan melalui utusan rasulNya tanpa ada penambahan dan

Imam Ahmad juga menyebut bahawa Asal sesuatu Ibadah itu adalah berbentuk Tauqif (terhenti). Tidak boleh melakukan sesuatu ibadah itu, melainkan mengikut setiap perkara yang disyariatkan oleh Allah. Jika perkara tersebut dilakukan tanpa mengikut syariat Allah seseorang itu akan termasuk di dalam golongan yang disifatkan oleh firmannya yang bermaksud; Apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang mengadakan syariat untuk mereka daripada agama yang tidak diizinkan oleh Allah. (Surah As-Syura : 21) Allah dalam

22

Amalan Dan Bentuk Bidah Bid'ah dibahagikan kepada dua iaitu keduniaan dan keagamaan. Bid'ah pada keagamaan adalah sesat dan ditolak. Manakala Bid'ah keduniaan tidak ditolak selama mana ia memberi manfaat dan maslahat kepada kehidupan dunia dan tidak mendatangkan mudarat umpamanya mencipta kenderaan seperti kereta, motosikal, basikal dan lain-lain. Umumnya, terdapat dua jenis bid'ah iaitu bid'ah Hasanah dan bid'ah Dholalah. Bid'ah Hasanah adalah perbuatan atau perkara baru yang belum pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya tetapi dipandang baik kerana mempunyai kemaslahatan dan manfaat kepada orang ramai, kelonggaran diberikan oleh Islam untuk menambahkan dan mempermudahkan perlaksanaan agama Islam serta mencegah

daripada pekara-pekara kejahatan. Rasulullah menghormati dan mengasihi umatnya dan hak mereka dalam urusan keduniaan dari kebaikan dan kesempurnaan dalam

menjalankan ibadah. Bid'ah Hasanah ini dibolehkan kerana tidak mempunyai kaitan dengan aqidah dan ibadah.

Bid'ah Dholalah atau Madzmumah

pula merupakan perbuatan dan pekara baru yang

belum pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya. Perbuatan dan perkara-perkara ini adalah sesuatu yang tercela umpanya tawaf mengelilingi kubur, menambah rakaat dalam sembahyang, berpuasa sehari semalam tanpa berbuka, mengutamakan pekara ibadah yang sunat dan mengabaikan ibadah yang wajib, melakukan perkara-perkara yang menyalahi syara dalam pengurusan jenazah dan sebagainaya. Bid'ah seperti ini dilarang keras oleh agama Islam kerana ia mengandungi

23

pekara-pekara yang mengelirukan dan mendatangkan kemudharatan dan kerosakkan kepada Islam dan umatnya.

Sesuatu perbuatan itu dikira sebagai bidah Dholalah apabila terdapatnya perkara-perkara berikut; i. ii. iii. Perkara yang dilakukan itu berkaitan dengan ibadah Perkara yang dilakukan bertujuan menghampirkan diri kepada Allah Perkara yang dilakukan tidak ada dalil syara

Di dalam persoalan ibadah, aqidah dan halal- haram, seseorang itu hendaklah berada pada batasan yang disyariatkan oleh Allah. Mengada-adakan sesuatu atau menambah perkara yang tidak disyariatkan adalah dikira sebagai satu penyelewengan dan dikira melakukan bidah pada agama. Bid'ah Dholalah atau Mazmumah ini dibahagikan kepada dua jenis, pertama Bid'ah Qauliyah I'tiqadaliyah. Bid'ah seperti ini adalah segala pendapat dan juga I'tiqad pegangan golongan-golongan Jahmiyyah, Mu'tazilah, Rafidah dan lain-lain puak yang sesat. Kedua, Bid'ah dalam ibadah , beribadah kepada Allah dengan ibadah yang tidak disyarakan samada dalam al-Quran atau hadis. Bentuk ibadah ini terbahagi kepada beberapa jenis: 1. Sesuatu perkara yang memang bukannya ibadah. Contohnya melalui di bawah keranda jenazah dengan tujuan supaya tidak melupainya, menyambut Maulid Nabawi, menunaikan solah sunat Nifsu Sya'ban dan lain-lain

24

2. Menambah-nambah amalan ibadah yang disyara'kan. Contohnya: menambah rakaat yang ketiga di dalam sembahyang subuh dan lainlain.

3. Sesuatu perkara yang merupakan ibadah, tetapi ditunaikan dalam bentuk yang tidak menurut syara'. Contohnya: berzikir ketika khatib membaca khutabah dan lain-lain.

4. Mengkhususkan ibadah yang telah disyariatkan dalam waktu yang tidak dikhususkan syara'. Contohnya, mengkhususkan siang hari dan malam Nifsu Sa'ban dengan berpuasa dan solat. Sememangnya mengkhususkan ibadah tersebut pada waktu tertentu hendaklah bersandarkan kepada dalil.

Terdapat beberapa sebab yang membawa kepada munculnya bid'ah antaranya, jahil terhadap hukum agama, iaitu apabila manusia semakin jauh daripada risalah maka semakin sedikit ilmunya dan makin tersebarnya kejahilan. Tiada yang dapat menentang bid'ah melainkan ilmu dan ulama'.Apabila hilangnya ilmu dan ulama' maka terbukalah ruang bagi kemunculan bid'ah. Keduanya, Mengikut hawa nafsu, iaitu orang-orang yang mengikut hawa nafsu adalah mereka yang berpaling daripada al-Quran dan sunnah. Pekara ini jelas menerusi firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya mereka hanya mengikut hawa nafsu mereka dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsu tanpa berdasarkan hidayah pertunjuk daripada Allah" (al-Qasas : 50)

25

Ketiga, taksub dan kagum dengan pendapat dan tokoh-tokoh tertentu. Keempat, terpesona dengan budaya kafir dan mengikut gaya mereka. Contohnya, menyambut kedatangan hari-hari atau tahun-tahun tertentu seperti Valentine Day, April Fool dan lainlain dengan satu amalan atau perayaan khusus yang bercanggah dengan norma dan nilai Islam (al-Fawzan, 1994).

Hukum Bidah Mengikut Syara Para ulamak telah bersepakat menyatakan bidah yang menyerupai akidah dan hukum syariat dalam hal- hal ibadah tetapi tidak dinaskan dalam al-Quran mahupun hadis adalah sesat dan setiap perlakuan tersebut ditolak. Bagi menegaskan dan mengukuhkan perkara ini, Imam Syafii menyatakan bahawa Bidah itu dua macam iaitu mahmudah dan mazmumah, maka apa-apa yang sesuai dengan al-Sunnah itulah terpuji dan apa-apa yang menyalahi sunnah itulah yang tercela. Pada dasarnya hukum bid'ah menurut syara itu terbahagi kepada lima bahagian, pertama wajib seperti mengumpul dan menyediakan dalil (bukti) kewujudan Allah untuk menolak pandangan golongan Athies, memasukkan baris-baris di dalam al-Quran berdalilkan pada kaedah usul fekah. "Sesuatu yang tidak akan sempurna kecuali dengannya maka ia dikira wajib. Kedua, sunat seperti penyelidikan, mengarang buku-buku akademik, bina sekolah, pusat-pusat pengajian dan lain- lain. Ketiga, makruh seperti menghiasi masjid dengan hiasan yang cantik-cantik hingga menganggu para jemaah untuk khusyuk beribadat kepada Allah. Keempat, haram iaitu perkara-perkara yang bertentangan dengan Sunnah Rasulullah s.a.w. Kelima, harus

26

You might also like