You are on page 1of 19

PENGENALAN 1.

1 KONSEP TAMADUN ISLAM PERISTILAHAN Terdapat empat istilah yang digunakan oleh ahli sejarah islam yang terkenal dalam menghuraikan makna tamadun. Di antaranya ialah Umran,Hadarah,Madaniyah dan kemudiannya terhasillah perkataan tamadun . Istilah yang pertama iaitu Umran yang digunakan oleh Ibn Khaldun yang merupakan seorang pengkaji tamadun yang terkenal dan pertama di dunia dalam bukunya Al-Muqaddimah Lil Kitab al Ibar dalam kurun ke 14. Perkataan Umran berdasarkan kepada Firman Allah s.w.t. terjemahannya ialah Dialah yang menjadikan kamu dari bahan bahan bumi,serta menghendaki kamu memakmurkannya.(Surah Hud:61). Perkataan ini telah diterjemahkan oleh sarjana barat,Prof Franz Rosenthal sebagai Urbanization yang bermaksud perbandaran dan tamadun dinyatakan sebagai civilization yang bererti tamadun itu belum wujud di dalam perkamusan orang barat. Istilah yang kedua ialah Hadarah yang juga digunakan oleh Ibnu Khaldun sebagai seerti dengan perkataan Umran . Ini diakui oleh Prof G.T Vorn Grunebum dengan makna civilization . Hadarah yang membawa maksud tinggal menetep dalam sesebuah wilah,daerah,atau bahagian ibukota dan Bandar. Di bandarlah bermulanya ketamadunan disebabkan di situ terdapat segala kemudahan yang menjadi asas kelahiran sesuatu tamadun. Istilah yang ketiga ialah Madaniyyah yang timbul dalam kurun ke 20 yang telah digunakan oleh dua orang penulis islam dan mereka juga membayangkan tamadun. Muhammad Firid Wajdi telah menggunakan perkataan ini dalam bukunya almadaniyyan Wal Islam dalam tahun 1899 .yeikh Muhammad Abduh pula telah menggunakan perkataan ini di dalam bukunya Al Islam Wa-an masraniyyah dalam tahun 1901. Beliau juga telah menggunakan perkataan ini di dalam buku tafsir alQurannya , Tafsir al-manar.

Selepas itu, perkataan madaniyyah telah disama ertikan dengan tamadun yang menyebabkan lahirnya perkataan Tamadun yang berakarkan perkataan Madaniyyah yang bermaksud Bandar. Dengan ini tamadun diertikan sebagai kebudayaan Bandar . Perkataan ini telah digunakan oleh seorang penulis Arab,Jurji Zaidan dalam bukunyua yang berjudul Tarikh at- Tamaddun al-islam yang menerangkan tentang Tamadun islam dan sejarah perkembangannya serta pengertian sebenarnya. DEFINISI TAMADUN ISLAM Sebagaimana yang telah diterangkan bahawa setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza terhadap tamadun. Adalah nyata tentang perbezaan pendapat tentang tamadun apabila diikuti definisi yang telah dikemukakan oleh mereka dalam menerangkan pengertian sebenar tamadun itu.Di sini dirangkaikan beberapa definisi yang pernah diberikan oleh beberapa orang penulis daripada kalangan orang Islam dan juga orang Barat.

1. Penulis Barat, Clive Bell telah mendefinisikan tamadun seperti berikut: "Tamadun merupakan suatu ciri masyarakat yang membezakan sebuah masyarakat maju dengan masyarakat mundur adalah tamadunnya."

2. Robert Haini mengatakan, "Tamadun adalah suatu cara hidup yang dapat dicirikan. Tamadun merupakan kemuncak kebudayaan sesebuah masyarakat dan juga merupakan pencapaian kejayaan manusia yang mengangkat dirinya ke atas seperti sebuah gunung di pertengahan bukit-bukit dan dataran."

3. Manakala Riberio, seorang anthropologis menegaskan, "Tamadun sebagai cantuman susunan dan proses tamadun individu." Riberio menekankan beberapa proses dalam menuju tamadun. Baginya yang penting sekali ialah revolusi bandar. Katanya, "Bandar-bandar rnemancarkan kepada manusia peluang-peluang untuk kemajuan material dan spiritual mereka."

4. Bagi Arnold J. Toynbee, tamadun dikatakan jenis kebudayaan yang wujud di bandar-bandar. Ini memberikan kesimpulan bahawa tamadun itu adalah merupakan tatacara hidup yang dicetuskan oleh orang yang tinggal di bandar-bandar. Ini sangat menepati dengan perkataan Madinah yang menjadi akar kepada tamadun.

5. Manakala daripada kalangan sarjana Islam pula, didapati definisi yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun mengatakan, "Kalimah Tamadun memberi erti segala pelbagai dalam kemewahan hidup dan setiap usaha untuk mempertingkatkan kilang perindustrian yang sentiasa digunakan dalam berbagai-bagai sektor".

6. Dr. Muhammad Baki pula mendefinisikan, "Tamadun ialah segala usaha dan daya cipta yang membayangkan secara khusus daripada manusia dengan menggunakan akal, perasaan dan tingkah laku. Ia dimaksudkan juga dengan falsafah, ilmu pengetahuan, agama, kesenian, kesusasteraan,akhlak, dan perkara-perkara lain yang menerima peningkatan dan pembangunan."

7. Seorang ilmuwan tempatan, Syed Muhammad Naqiub al-Attas pula mengatakan, "Tamadun bermaksud keadaan kehidupan insan yang bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi masyarakatnya."

8. Abu Bakar Hamzah pula mengatakan dalam bukunya Sejarah Kebudayaan Islam. "Tamadun ialah sesuatu yang lahir dan kembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan perkembangan yang lahir daripadanya, sama ada sesuatu yang berupa niskala (abstrak) mahupun yang berupa sekala (material)."

9. Definisi-definisi tersebut telah disimpulkan oleh M.AJ. Beg; "Maksud tamadun sebagai suatu rangkaian terdiri daripada fenomena masyarakat manusia seperti bandar, huruf, senibina, agama, undang-undang dan rangka dasar politik."

Para ilmuwan telah membuat pelbagai maksud tentang pengertian tamadun mengikut pemikiran mereka masing masing . Mereka menyatakan tamadun merupakan segala yang dihasilkan oleh pemikiran orang orang islam menurut watak dan panduan agama islam sendiri. Ini termasuklah juga alat, perkakas dan sebagainya yang mereka hasilkan dan digunakan sejak dahulu hingga sekarang. Selain daripada bangsa Arab yang mengembangakan Tamadun Islam. Bangsa sepanyol,Parsi,Turki,India, dan bangsa lain yang turut sama memberi sumbangan penting dalam pembinaan Tamadun Islam. Disamping itu, dapat dibuat kesimpulan bahawa Tamadun Islam itu merupakan suatu tamadun yang telah diadun dalam bentuk antara bangsa. Sifat ini dapat dibuktikan daripada hasil-hasil pencapaian Tamadun Islam itu sendiri di dalam berbagai-bagai bidang kemajuan, terutama sekali dalam bidang kesenian, dan ini termasuk juga senibina. Berbagai-bagai bentuk hasil kesenian dan senibina adalah lahir daripada Tamadun Islam. Adunan ini berpandukan kitab perundangan Islam, iaitu alQuran dan al-Hadis yang dilahirkan dalam satu bentuk tamadun pemikiran yang mempunyai sifatnya yang tersendiri. Ini merupakan tamadun yang baru,melambangkan keperibadian Islam yang terus berkembang untuk member sumbangan terhadap kehidupan manusia keseluruhannva.

PRINSIP ASAS TAMADUN ISLAM Prinsip asas yang pertama dalam tamadun islam ialah sosio ekonomi. Prinsip paling asas yang membolehkan manusia menjalani kehidupan seharian dengan lebih sistematik ialah manusia perlu tinggal di sesuatu tempat dengan menetap . Ini berdasarkan kepada pengertian badarah yang bermaksud kehidupan manusia yang menetap.Menurut Wan Abdul Rahman Latif :Kehidupan secara sistematik dapat menggerakkan pertumbuhan ekonomi sehingga membawa perubahan kepada bilangan penduduk, sistem sosial,pengkhususan kerja dan sebagainya. Prinsip asas yang kedua dalam tamadun islam ialah Interaksi manusia dengan alam. Kehidupan manusia dengan diri sendiri tidak akan sempurna tanpa penglibatan manusia lain.Paling minimum manusia memerlukan ibu dan bapa, atau seorang teman.

Interaksi dengan alam harus dibudayakan secara kolektif kerana secara fizikalnya saiz alam adalah terlalu besar untuk dinisbahkan kepada sesebuah masyarakat. Pemasyarakatan dan pembudayaan idea, tenaga, usaha dan pengalaman yang terhasil daripada interaksi manusia dengan alam membawa manusia memahami kejadian alam seterusnya membawa kepada kelahiran tamadun. Prinsip asas yang ketiga ialah daya kreativiti manusia. Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai akal dan fikiran. Ini memerlukan kreativiti manusia dalam menggunakan akal fikiran masing masing . Sebagai contoh, manusia melihat tindaktanduk haiwan di sekelilingnya mengurus kehidupan seperti mencari makanan, mencari tempat perlindungan membolehkan manusia berfikir untuk membuat perkara yang sama dengan lebih sistematik dan kreatif. Hakikatnya, manusia dibekalkan dengan akal fikiran dan pancaindera untuk berfikir dan mencari penyelesaian daripada maklumat yang diperoleh. Pengalaman manusia berinteraksi dengan alam mengajarnya menjadi lebih kreatif . Prinsip asas yang keempat dalam tamadun islam ialah Persaingan diantara manusia. Antara faktor yang mempengaruhi kehendak manusia ialah peningkatan usia, perubahan psikologi dan perubahan cara hidup.Dalam memenuhi kehendaknya, manusia perlu berdepan dengan dua batasan iaitu keupayaan diri yang dimiliki dan sumber yang diperlukan. Faktor ini menyebabkan manusia terpaksa bersaing.Ini membawa kepada perkembangan yang positif yang membawa kepada kemajuan serta pembangunan sesebuah tamadun. Manusia perlu mewujudkan satu perkongsian dari segi kepakaran masing masing. Setiap manusia mempunyai kemahiran dan kepakaran yang berlainan. Peminjaman kepakaran juga adalah merupakan salah satu prinsip yang utama dalam tamadun islam . Kerana memiliki keupayaan diri, manusia memerlukan pertukaran bantuan dan kerjasama diantara satu sama lain dalam proses kemajuan dalam ketamadunan sesebuah Negara dan masyarakat. Sebagai contoh peminjaman perkataan tamadun daripada bahasa Arab kerana perkataan itu tidak pernah wujud dalam bahasa dan pemikiran orang Melayu. Berdasarkan pandangan Ibn Khaldun, manusia secarasemulajadi dilahirkan dengan sifat madani..Perkongsian idea dan

kepakaran dapat menjimatkan tenaga, jarak dan masa. Walaubagaimanapun, perkara tersebut tidak dinafikan dapat membawa kepada ancaman dan pertembungan akibat daripada perbezaan yang sukar untuk disatukan.

SUMBER TAMADUN ISLAM Sumber Tamadun Islam yang paling utama ialah aqidah dan syariat . Aqidah merupakan seluruh kepercayaan terhadap keesaan Allah s.w.t. Asas aqidah terkandung dalam syahadah iaitu tiada tuhan yang sebenar selain Allah. Aspek ini menjadi aspirasi dalaman bagi setiap orang islam dalam melakukan pekerjaan dan berusaha untuk mendapat keredaan Allah. Aqidah bersifat sarwajagat dan tidak terikat dengan mana mana bangsa dan boleh diterima oleh semua bangsa di dunia. Inilah factor utama yang menyebabkan agama islam dan tamadun islam cepat berkembang bukan sahaja di Afrika dan Asia tetapi juga di Eropah. Manakala syariah pula ialah undang undang dan hokum islam yang berdasarkan sumber rujukan kitab Al- Quran dan sunnah . Sunnah merupakan perjalanan hidup Nabi Muhammad s.a.w yang merangkumi percakapan , perbuatannya,dan pengakuannya. Ia merupakan sumber kedua terbesar syariah dan tamadun islam serta diiktiraf oleh semua mazhab dalam islam. Dalil al quran tentang kebenaran sunnah dijelaskan dalam Surah al- Hasyr : 7 yang bermaksud,dan apa yang dibawa oleh Rasul kepada kamu ,maka hendaklah kamu terima,dan apa yang ditegah olehnya hendaklah kamu tinggalkan. Peranan sunnah menjelaskan apa yang tersurat di dalam al- quran.manakala syariah menjadi aspirasi penunjuk arah ke arah pembinaan tamadun . Antara asas tamadun ialah ilmu,amal dan iman. Kesepaduan ketiga- tiga ini akan mencantumkan peranan roh,akal dan jasad yang menjadi asas kepada pembentukan peradaban tamadun islam pada zaman kegemilangan islam dahulu. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w konsep Ijma telah digunakan iaitu Persetujuan atau permuafakatan para mujtahidin umat NabiMuhammad SAW selepas kewafatan baginda.Ijma menjadi sumber rujukan sesebuah tamadun selepas Al-Quran danAl-Hadis. Contoh dalil :Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah

dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya. (An-Nisa : 59). Sumber yang seterusnya ialah Qiyas iaitu menetapkan sesuatu hukum yang tertentu pada masa yang lain kerana persamaan kedua-keduanya dari segi illah. Dalil : Maka ambillah (kejadian itu) untuk pelajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan. (Al-Hasyr : 2)

MATLAMAT TAMADUN ISLAM Matlamat tamadun islam ialah mengatur dan menyempurnakan tiga perkara iaitu Hubungan manusia dengan pencipta ( Hablumminallah ). Tamadun Islam mengatur dan menyempurnakan hubungan dengan penciptanya melalui rukun iman yang mempunyai enam perkara,rukun islam 5 perkara,doa,zikir,taubat,tyasbih, jihad ,amar makruf nahi mungkar . Ini adalah merupakan ibadah khusus yang merupakan fungsi utama manusia diatas dunia ini sebagai khalifah Allah.hal ini telah dijelaskan Allah s.w.t dalam ayat terjemahannya iaitu Ingatlah ketika tuhan mula berkata kepada malaikat bahawa aku akan melantik khalifah di bumi. Mereka menyampuk: Adakah patut engkau jadikan orang yang akan merosak dan melakukan pembunuhan padanya ? sedangkan kami bertasbih memujimu dan memuliakanmu. (Allah berfirman ) sesungguhnya aku lebih mengetahui tentang sesuatu yang kamu tidak tahu. Kehidupan manusia di dunia adalah sementara dan ia adalah merupakan jambatan ke akhirat . Manusia dituntut untuk beribadah kepada Allah s.w.t. dan tidak melakukan perbuatan syirik iaitu menduakan tuhan seperti menyembah berhala,manusia,jin,malaikat,roh keramat dan orang yang telah meninggal dunia.Manusia perlu beribadah dan mencari bekalan yang secukupnya di akhirat yang kekal nanti. Matlamat yang kedua ialah tamadun islam ialah mengatur dan menyempurnakan hubungan manusia dengan manusia (hablumminannas).Ini meliputi pembentukan sahsiah keluarga,hidup berjiran,pembentukan masyarakat,pemerintahan,pentadbiran,ekonomi,pendidikan,kebudayaan dan segala bidang kehidupan manusia. Ini semua dikenali sebagai ibadat umum.Manusia

mendapat penghormatan yang sama daripada Allah s.w.t iaitu sebagai khalifah dimuka bumi ini.Oleh itu manusia bertanggung jawab dlam bermuamalah secara yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Mereka yang paling mulia disisi Allah ialah mereka yang bertakwa.Hablumminannas juga penting bagi menyempurnakan kemuliaan kejadian manusia itu sendiri. Manusia perlu melakukan muamalah islam kerana islam iaitu memperjuangkan kesatuan umat manusia. Selain daripada itu juga hablumminannas perlu menyedarkan manusia dan menginsaf manusia supaya lebih bertakwa kepada Allah s.w.t. Walaupun dikurniakan pangkat yang tinggi ,kuasa ataupun harta manusia tidak boleh leka. Mereka perlu bersyukur dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Jika manusia kufur akan mendapat pembalasan yang amat pedih di dunia mahupun akhirat. Matlamat seterusnya ialah tamadun islam perlu menyempurnakan hubungan diantara manusia dengan alam. Di atas muka bumi ini terdapat pelbagai haiwan,tumbuhan dan galian.Bahan ala mini amat berguna kepada manusia dengan menjadikan sebagai makanan,kelengkapan rumah,dan sebagainya. Oleh sebab itu manusia ditegah untuk melakukan perkara perkara yang mungkar seperti membunuh haiwan ,memusnahkan tanaman. Tamadun Islam mewajibkan manusia berusaha untuk kesejahteraan hidup di atas muka bumi ini tanpa merosakkan alam.contonhnya seperti menangkap ikan dengan menggunakan tuba dan bom. CIRI CIRI KONSEP TAMADUN ISLAM Apabila membicarakan tentang tamadun,ia tidak boleh dipisahkan dengan kebudayaan. Kebudayaan merupakan keseluruhan tamadun hidup manusia,sementara tamadun adalah merupakan pecahan daripada kebudayaan itu. Kebudayaan dan tamadun merupakan dua konsep yang paling utama dan mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Kebudayaan juga boleh diertikan sebagai cara hidup. Kebudayaan islam ,bererti cara hidup orang islam manakala kebudayaan barat adalah cara hidup orang barat. Kebudayaan islam dilaksanakan dalam masyarakat islam yang digariskan mengikut apa yang terdapat di dalam al-Quran dan al-hadis Nabi s.a.w.

Ibnu Khaldun berpendapat bahawa ciri tamadun ialah kehidupan bandar yang merangkumi : i) ii) iii) iv) v) Agama yang lebih tinggi Sistem perundangan yang teratur Sistem negara yang teratur. Sistem tulisan yang mantap. Bentuk seni yang jelas. Jurzi Zaydan pula mengatakan ciri-ciri tamadun ialah memberi perhatian kepada pemerintahan Islam termasuklah i) ii) iii) iv) sistem pentadbirannya, bandar-bandar Islam susun lapis masyarakat sosial yang teratur rapi. perkembangan ilmu sains dan pendidikan yang tinggi. bangunan-bangunan yang mempunyai ciri Islam dan kesenian Islam yang halus. v) Pembangunan dan pertumbuhan bandar telah diterima oleh kebanyakan sarjana sebagai ramuan utama dalam melihat kelahiran Tamadun Islam. vi) Bandar-bandar Islam ini telah mengembangkan Islam dan ada ikatan dengan kemantapan ekonomi. CIRI CIRI TAMADUN ISLAM Terdapat beberapa cirri ciri yang utama dalam tamadun islam di antaranya ialah : 1. RABBANI Agama Islam didokongi oleh ilmu ketuhanan yang tinggi sekali. Setiap umat islam perlu mengetahui matlamat matlamat yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. dengan mengabdikan diri kepada Allah s.w.t . Di samping itu juga setiap umat islam perlu menjalankan tugas sebagai khalifah di bumi. Al-quran dan sunnah perlu dijadikan panduan dalam kehidupan sebagai umat islam di muka bumi ini.

2.

KESEIMBANGAN DAN KESEDERHANAAN Keseimbangan dalam segala aspek kehidupan rohani dan jasmani,masyarakat

dan individu,dunia dan akhirat. Umat islam perlu menjalani kehidupan di dunia ini dengan seimbang iaitu beribadah kepada Allah s.w.t dan aktiviti hidup di dunia. Manusia tidak boleh leka dalam mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Kesederhanaan perlu ada dalam melaksanakan segala perintah Allah s.w.t. tetapi tidak pula dengan maksud mempermudahkan segala urusan.Amalan ini ada kaitan dengan keadilan.Dalam al Quran terdapat beberapa saranan tentang perlu adanya kesederhanaan antaranya ialah dalam surah al- Anam yang bermaksud Dan janganlah kamu melampaui batas,sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang melampaui batas.Amalan kesederhanaan telahpun diamalkan pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w.

3.

UNIVERSAL Tamadun Islam tidak terikat dengan bangsa,tempat atau tempoh tertentu bahkan

ia milik seluruh manusia. Tamadun Islam menepati keperluan segala situasi dan peredaran zaman.

4.

IDEAL DAN REALISTIK Idea bermaksud meletakkan manusia pada tingkat yang paling tinggi dengan

mengawasi setiap gerak geri manusia. Realistik pula bermaksud mengambil kira hakikat yang berlaku iaitu di dunia yang nyata.

5.

TETAP DAN ANJAL Ciri Tamadun Islam yang seterusnya ialah tetap dan tidak berubah pada

matlamat dan sasaran tetapi anjal pada cara dan pelaksanaannya. Kebebasan diberikan kepada umat untuk merealisasikan tamadun bagi mencapai matlamat yang dikehendaki tetapi mengikut acuan yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.

6.

MENYELURUH PADA SETIAP ASPEK KEHIDUPAN Merangkumi bidang aqidah,syariah,akhlak hubungan dengan Allah s.w.t,dengan

sesame manusia dan alam. Satu seruan keadilan untuk semua sama ada islam mahupun bukan islam,musuh atau kawan,termasuk hubungan antarabangsa,ilmu dan ibadah.

NILAI NILAI UNIVERSAL TAMADUN ISLAM Tamaddun mempunnyai dua bentuk iaitu tamaddun matearil dan tamaddun spiritual. Tamaddun-tamaddun utama dunia di dunia mempunai persamaan dan perbezaan baik dalam aspek spiritual ataupun material. Persamaan dan perbezaan ini boleh dilihat dalam pelbagai aspek utama seperti dalam aspek a. teologi, b. etika, c. pemikiran, d. kebudayaan dan kesenian serta pencapain-pencapainnya. Etika terbahagi kepada beberapa perkara penting iaitu a. Alam sekitar b. Keluarga c. Komuniti d. Kegiatan ekonomi e. Pendidikan f. Kesihatan

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN

1.

TEOLOGI Kepercayaan kepada tuhan merupakan asas yang utama dalam Islam, Kristian,

Yahudi dan Hindunisme. Konsep monoteisme dalam agama Islam, Kristian, Yahudi dan Hindunisme, namum demikian menifestasi konsep monoteisme Kristian, Yahudi dan Hindunisme adalah berbeza dengan Islam. Agama Islam, Kristian dan Yahudi telah dikembangkan oleh nabi-nabi yang mendapat wahyu dari Allah swt. Sebaliknya kewujudan agama Hindu adalah agak kabur dan agama ini tidak mempunyai pengasas ataupun nabi. Hubungan yang rapat antara Islam dan Kristian serta Yahudi dijelaskan dalam al-Quran dan penganut-penganut agama Kristian dan Yahudi dikenali sebagai ahlu-Kitab. Teologi adalah aspek tamaddun spiritial yang penting bagi sesebuah masyarakat. Sementara Buddhisme bukanlah satu doktrin agama atau metafizik, tetapi ia lebih merupakan sebuah ajaran yang berpasksikan kepada moral dan etika. Dalam ajaran Buhhdisme tidak membincangkan mengenai konsep ketuhanan sebaliknya membincangkan perilaku-perilaku yang sepatutnya diamalkan oleh manusia-manusia demi melapasi kesengsaan hidup dan mencapai kebebasan diri ataupun nirwana. Oleh kerana Buddhisme terbina dalam sebuah kerangka sosio-budaya masyarakat India maka ia tidak dapat dipisahkan daripada beberapa aspek dan konsep Buddhisme yang didapat dicari persamaan dalam ajaran-ajaran Hinduisme. Persamaan yang dapat dilihat dalam aspek teologi di antara tamaddun ialah:

a. Semua tamaddun besar menekankan aspek ketuhanan, kecuali Buddhisme sahaja yang memberi keutaman kepada aspek moral dan etika.

b. Semua agama memepunyai doktrin dan amalan-amalan tertentu dalam agama yang perlu dilaksanakan oleh pengikut-pengikutnya. Bagi orang Islam, solat lima waktu sehari semalam, puasa di bulan Ramadhan, zakat, menunaikan haji adalah satu doktrin ajaran Islam yang wajib dituruti. Rutin agama yang tertentu sebagaimana agama Hindu, sembahyang di gereja bagi penganut Krisitan dan sebagainya. Itu adalah satu doktrin ajaran yang mengandungi amalan-amalan yang membezakan aspek teologi spiritual.

c. Aspek-aspek kefahaman seperti hidup selepas mati, syurga, negara mempunyai persamaan dikalangan agama samawi ( Islam, Kristian dan Yahudi ).

d. Dalam beberapa ajaran dan kefahaman Hindunisme dan Buddhisme terdapat juga beberapa sapek persamaan seperti konsep kelahiran semula, konsep Karma ( ialah yang berkaitan dengan pembalasan yang setimpal dengan usaha dan perlakuan manusia )

Perbezaan yang ada diantara tamaddun besar dalam aspek teologi pulak ialah:

a. Menifestasi ketuhanan yang berbeza dalam agama tersebut, contohnya monotisme dalam Islam adalah berbeza dengan konsep monotisme dalam agama Kristian dan Yahudi. Dalam agama Kristian konsep triniti adalah berbeza dengan konsep ketunggalan Tuhan dalam Islam.Begitu juga dengan konsep asosiasi dalam agama Yahudi dan Kristian adalah berbeza dengan konsep monotisme agama Islam. Manakala konsep monotisme dalam agama Hindu membenarkan Tuhan mereka digambarkan dalam pelbagai bentuk dan rupa juga bertentangan dengan Islam. Kesukaram untuk memahani konsep monotisme yang terdapat dalam ajaran Hindu menyebabkan sesetengah tokoh menyatakan bahasa konsep ketuhanan agam tersebut adalah bersifat politisme.

2.

ETIKA

a. Pendidikan Pendidikan diketegorikan sebagai aspek yang terpenting dalam setiap tamaddun. Pembentukan peribadi ( character building ) seseorang individu adalah tujuan utama pendidikan. Berasaskan kepada matlamat penting ini, tugas mengembangkan ilmu pengetahuan adalah menjadi satu tanggungjawab yang mulia. Kesedaran mengembangkan ilmu pengetahuan ini telah diberi kepentingan yang utama dalam Islam, Kristian, Hindunisme dan lain-lain agama. Apa yang membezakan kepentingan ini ialah bagaimana proses tranformasi ilmu pengetahuan itu dilakukan dan

apakah elemen yang diberi keutamaan. Dalam Islam konsep Tauhid tauhidik ini diberi keutamaan dalam proses penyebaran ilmu. Dalam ajaran-ajaran Buddha dan beberapa ajaran Hindunisme, tranformasi sifat ( characters ) atau tranformasi sifat dapat dicapai melaui proses mencari diri sendiri ( self-discovery )

b. Ekonomi Kegiatan perekonomian dalam tamaddun-tamaddun awal berlangsung dalam kontek moral semesta universe moral . Kemunculan konsep hak-hak kehidupan ( livelihood right ) dalam ajaran Buddha sebegaimana yang tercatat dalam salah satu ajaran jalan lapan lapis ( eight fold path ). Dalam ajaran Islam prinsip ini berkaitan dengan hal halal dan haram yang berkait rapat dengan soal akhlak. Konsep-konsep ini lebih menjelaskan bahasa usaha-usaha ekonomi yang mempertingkatkan moral manusia. Penipuan, riba, rasuah dan betuk-bentuk penyelewengan lain amat ditegah oleh Islam. Dalam tamadun China, kepentingan para petani diberi penekanan mengikut fahaman ajaran Konfusianisme. Fahaman Konfusianisme memandang rendah kepada golongan pedagang kerana golongan ini dikatakan sering melibatkan diri dalam aktiviti berunsurkan penipuan dan untung yang merupakan elemen buruk dalam ajaran Konfusianisme. Semasa Zaman Pertengahan di dalam tamadun Eropah, ajaran agama Kristian amat mempengaruhi kegiatan ekonomi. Sebagaimana ajaran Islam, unsur rasuah, riba, penipuan adalah amat dilarang dalam ajaran Kristian.

c. Keluarga Unit asas dalam sesebuah tamadun adalah keluarga. Tamadun China memberi penekanan penting dalam aspek kekeluargaan. Hubungan kasih sayang dan hieraki kuasa dalam hubungan sesama manusia amat diberi penekanan dalam ajaran Konfusianisme. Unsur li iaitu penekanan kepada lima jalinan hubungan sesama manusia iaitu

a. Hubungan maharaja dengan rakyat

b. Hubungan bapa dengan anak

c. Hubungan abang dengan adik

d. Hubungan suami dengan isteri

e. Hubungan kawan dengan kawan

Daripada lima jalinan kekeluargaan, tiga daripadanya adalah jalinan di dalam sebuah keluarga iaitu hubungan bapa dengan anak, hubungan abang dengan adik dan hubungan suami dengan isteri. Kesetiaan anak kepada bapaknya adalah sama kesetiannya seorang rakyat kepada maharaja. Atas sebab inilah, masyarakat China mengadakan upacara mengingati nenek moyang, yang bertujuan untuk mengucapkan rasa terima kasih serta menunjukkan ketaatan kepada nenek moyang serta ibu bapa yang telah meninggal dunia. Tamadun Islam berasaskan ajaran al-Quran turut memberi kepentingan kepada elemen keluarga ini. Hubungan anak dengan ibu bapa berasaskan kepada hak dan tanggungjawab. Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan oleh ibu bapa sejak anak itu berada dalam kandungan lagi. Bermula daripada dalam kandungan inilah Islam mengajar ibu bapa supaya sentiasa membuat kebajikan agar anaknya nanti sentiasa cenderung untuk melakukan kebajikan, begitu juga dengan tanggungjawab memberi dan melatakkan nama yang baik sebutannya, seterusnya mempersiapkan anak-anak untuk menghadapi masa depan yang lebih sempurna dengan memberikan mereka pendidikan yang cemerlang. Ikatan kekeluargaan ini dijelaskan dengan terang dalam kitab al-Quran. Bukan ibu bapa sahaja yang perlu menunaikan tanggungjawab, malah anak-anak juga wajib menunaikan tanggungjawab mereka dengan tidak menderhaka kepada ibu bapa. Ikatan kekeluargaan ini tidak hanya diikat dengan hak dan tanggungjawab malah ia juag diikat dengan perasaan kasih dan sayang sesama ahli keluarga. Konsep keadilan menjadi asas perjalanan sesebuah keluarga Islam. Keluarga juga menjadi unit kecil dan mempunyai kepentingannya dalam masyarakat India, sistem kekeluargaan menjadi objek penerus kepada sistem keturunan yang menjadi satu sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian. Pertalian darah di

dalam sesebuah keluarga ditambah pula dengan rasa hormat dan kasih sayang menjadi elemen pembentukan keluarga di dalam masyarakat India.

d. Komuniti Komuniti atau masyarakat merupakan unit penting dalam setiap tamadun. Identiti individu mempunyai kaitan rapat dengan keomunitinya. Perkaitan yang sangat rapat ini menyebabkan sebilangan besar pengkaji berpendapat bahawa identiti seseorang individu terbentuk daripada komunitinya. Identiti ini dapat dilihat dalam pelbagai sudut, contohnya dari segi pemikiran, pandangan semesta, sikap dan perilaku serta lain-lain. Seseorang individu mendapat sokongan moral, psikologikal dan kadang kala material daripada komunitinya. Jarang berlaku percanggahan antara idenditi individu dengan identiti komunitinya. Lazimnya identiti kedua-dua pihak dibentuk oleh sistem agama dan kepercayaan, bilai-nilai moral yang juga bersumberkan agama dan adat resam. Komuniti atau masyarakat adalah unit penting dalam tamadun Islam. Ikatan sesama komuniti tidak hanya ditentukan oleh hubungan kekeluargaan tetapi juga sesama agama ( ukhuwwah ) dan hubungan sesama manusia merangkumi hubungan orang Islam dengan jiran yang bukan Islam. Tamadun Islam berasaskan kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw menggariskan dengan jelas hak dan tanggungjawab seseorang individu terhadap jiran-jirannya dan peringkat-peringkat ikatan. Ikatan kekerabatan, persamaan agama dan ikatan kemanusiaan yang ditunjangi oleh hak dan tanggungjawab yang ditentukan merupakan asas hubungan individu dalam tamadun Islam. Semua asas ini adalah berpaksikan kepada konsep egalitarian ( sama rata ). konsep eglitarian yang terdapat dalam Islam, tidak menerima kewujudan kelas hamba dalam masayarakat. Hamba adalah satu institusi yang telah lama berkembang dalam masyarakat dunia samada di Timur Tengah, Eropah atau di Asia. Golongan hamba ini dinafikanhak mereka dan kedudukan mereka kadangkala adalah secara turun temurun. Pembentukan komuniti China banyak di pengaruhi oleh sistem kekeluargaan China. Sistem kekeluargaan China yang berasaskan kuasa lelaki dan bapa telah meresap dalam pembentukan komuniti China. Sistem kekerabatan yang berasaskan hubungan

darah memainkan peranan penting dalam pembentukan komuniti China. Pemusatan kuasa kepada kuasa bapa atau lelaki adalah amat kuat dalam sistem kekerabatan komuniti China. Pembentukan komuniti China juga kuat dipengaruhi oleh sistem clan. Hiraki kuasa memainkan peranan penting dalam komuniti sama seperti peranannya dalam sistem kekeluargaan China. Dalam tamadun India, komuniti turut memainkan peranan penting, berbeza dengan tamadun-tamadun lain, komuniti dalam tamadun India mempunyai peraturan yang amat ketat. Sistem sosial dalam komuniti India berasaskan kepada sistem kasta yang rigid. Penentuan kasta seseorang individu adalah secara ascribed iaitu keturunan, diwarisi daripada nenek moyang. Sistem kasta juga turut menetukan jenis pekerjaan seseorang individu yang boleh dilakukan serta layanan yang patut diberikan kepada individu dari kasta-kasta tersebut. Sistem kasta memepengaruhi semua aspek kehidupan dan aktiviti dalam sesebuah komuniti samada dalam bidang perlapisan sosial dalam tamadun-tamadun lain. Konsep Dharma diberi penekanan penting dalam hubungan sesama anggota dalam sesebuah komuniti. Dharma masyarakat menggariskan fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang harus dilakukan oleh setiap anggota masyarakat, disamping itu individu sebagai annggota masyakarat mempunyai dharma yang menetukan apa yang beliau harus lakukan mengikut kelahiran dan fungsi kehidupannya. Dharma dalam masyarakat yang menetukan fungsi anggota-anggota maysarakat.

e. Politik dan kerajaan Akhlak dan nilai moraliti telah digunakan sebagai asas sesebuah kerajaan oleh banyak tamadun-tamadun tradisional. Pembentukan tamadun tradisional menjadikan dua elemen penting ( akhlak dan moral ) sebagai tunjang kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab pemerintah. Raja merupakan gelaran tertinggi kepada pemerintah dalam hampir kesemua tamadun dunia. Terdapat terma lain yang digunakan untuk menjelaskan kedudukan tersebut, antaranya ialah khalifah, sultan, maharaja, ratu dan sebagainya. Seseorang pemerintah tertinggi mestilah mempunyai akhlak yang baik. Adil ialah prinsip asas yang mesti dimiliki oleh seseorang pemerintah. Pemikiran

falsafah yang diasaskan oleh Kung Fu Tse, Meng Tse, Lao Tse dan ramai lagi dalam tamadun China serta tokoh-tokoh lain memberi penekanan kepada sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang raja atau pemerintah, begitu juga dengan tamadun India, kautilya membincang aspek-aspek pemerintahan. Penulis-penulis besar dalam tamadun Islam seperti al-Farabie, al-Mawardi, alGhazali, Ibnu Khaldun dan lainnya telah memberi tumpuan yang penting terhadap halhal yang berkaitan dengan pemimpin dan kepimpinan. Sesuai dengan kedudukan Islam sebagai ad-dien ( cara hidup ), ia tidak memisahkan antara politik dan agama seperti yang diutarakan dalam konsep sekularisme. Al-Quran dan as-Sunnah telah menggariskan prinsip-prinsip penting yang perlu ada dalam pentadbiran dan perundangan. Prinsip berkenaan ialah: a. Keadilan ( al-adalah ) adalah prinsip utama yang diberi penekanan. Rasulullah saw telah memberi penekanan pada prinsip ini semasa membentuk kerajaan Islam di Madinah. Prinsip keadilan bukan sahaja diamalkan oleh Rasulullah saw, tetapi juga kepada semua khalifah Islam selepas baginda terutamanya Khalifah as-Rasyidin. b. Al-Wasatiyyah ( kesederhaan ) prinsip ini mempunyai pertalian yang rapat dengan prinsip keadilan. Kesederhaan adalah dasar penting yang dijalankan oleh rasulullah saw dalam pemerintahannya, ia turut dilaksanakan pada zaman baginda dan juga sesudah baginda.

c. Syura adalah aspek penting dalam melaksanakan pentadbiran dan pengurusan. Melalui konsep syura ini, elemen kediktatoran dapat dibendung dan diatasi. Syura ialah proses untuk melahirkan sesuatu keputusan yang lebih adil dan saksama.

Konsep kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyatnya adalah dimensi yang penting. Konsep ini amat kuat dalam tamadun Melayu sehingga melahirkan kata-kata takkan Melayu menderhaka.. Penderhakaan merupakan jenanyah yang akan mengundang hukuman bunuh, seperti dalam Kisah Hang Tuah, Hang Jebat ( dalam versi Megat Seri Rama dalam Sejarah Melayu ),

namun dalam versi yang berbeza menyatakan Hang Kasturi. Namun demikian penderhakaan dalam sejarah Tamadun Melayu berlaku apabila seseorang raja telah melanggar lunas-lunas keadilan yang sepatutnya dipertahankan oleh seorang pemerintah. Dalam ajaran Confusius, telah memberikan satu garis panduan mengenai hubungan antara pemerintah dengan rakyatnya. Pemerintah mestilah berperanan sebagai bapa kepada rakyatnya. Ini bermakna, seseorang raja perlu mempunyai moral yang baik kerana baginda akan menjadi pelindung kepada rakyatnya. Tanpa sifat-sifat yang demikian mandat atau kelayakan seseorang raja untuk memerintah sesebuah dinasti itu akan terhapus. Confusius tidak menganjurkan rakyat menentang raja yang tidak mempunyai moral yang baik, sebalinya beliau mengatakan bahawa mandat itu akan ditarik balik oleh Tien ( Maha Agung ) melalui pelbagai bala bencana seperti banjir,peperangan dan sebagainya. Meng Tse ( Mencius ) iaitu salah seorang pengikut Confusius mengatakan bahawa The people ara the most important element in the nation, the spirits of the land dan garin are next, the prince is the last.. . Sementara Hsun-Tzu seorang lagi pengikut Confucius mengatakan bahawa raja umpama sebuah kapal dan rakyat itu umpama air. Air boleh menyokong kapal ( agar tidak tenggelam ) tetapi juga boleh menenggelamkan kapal. Beliau berpendapat hanya apabila rakyat berpuas hati sahaja maka seseorang raja itu akan selamat.