PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH

Pengenalan

Mengikut Kamus Dewan ( 2007 ) majalah didefinisikan sebagai terbitan berkala yang mengandungi makalah, fiksyen, gambar foto, dan lain-lain lagi. Majalah merupakan salah satu media cetak untuk menyampaikan maklumat. Terdapat pelbagai jenis majalah yang dijual di pasaran. Antaranya majalah ilmiah dan majalah hiburan. Majalah ilmiah adalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa dan sebagainya. Majalah ilmiah ini membicarakan isu-isu semasa dunia tanah air.

Pada kebiasaannya, majalah ilmiah dikarang oleh pengarang-pengarang yang umumnya autoritatif dalam bidang masing-masing. Manakala majalah hiburan pula adalah seperti majalah URTV, MEDIA, Mangga dan sebagainya. Majalah hiburan membicarakan tentang artis-artis dan aspek-aspek dalam bidang seni kreatif. Pengarang-pengarangnya terdiri daripada golongan wartawan.

Terdapat pelbagai laras bahasa serta gaya bahasa yang digunakan oleh pengarangpengarang mengikut genre tersendiri sama ada majalah berunsur ilmiah atau hiburan. Ini dapat dikesan melalui pembacaan dan pemahaman tentang aspek-aspek tatabahasa .

1

majalah Pancing telah dipilih untuk dijadikan sebagai bahan kajian dan rujukan untuk dibuat dikaji penggunaan laras bahasanya berdasarkan rujukan Tatabahasa Dewan Bahasa Melayu.Objektif Dewasa ini. pemilihan kata dan ayat serta laras atau gaya bahasa itu sendiri. Untuk tugasan ini majalah yang dipilih adalah majalah PANCING bilangan ke 154 edisi Ogos 2010. Laras bahasa yang diberi perhatian adalah dari segi aspek ejaan. Tujuan tugasan ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji dan memahami aspek penggunaan laras bahasa dalam majalah yang bukan berunsurkan hiburan. Selain itu tujuan utama tugasan ini adalah untuk cuba mengkaji bentuk-bentuk perkataan dan pengimbuhan yang digunakan dan secara tidak langsung dapat melihat penggunaan dan penguasaan serta pemahaman pengarang dalam bidang bahasa. banyak majalah yang ditulis dan diterbitkan dengan pelbagai genre yang menggunakan laras bahasa yang kadang-kala tidak menepati kehendak dan laras bahasa yang standard. Selepas membuat pembacaan dan penelitian beberapa buah majalah. Tugasan ini juga bertujuan untuk mengetahui jenis laras bahasa yang digunakan serta memahami kekuatan dan kelemahan sesebuah majalah. Ini adalah penting untuk mengetahui sejauh mana aspek penggunaan laras bahasa dalam sesebuah majalah digunakan dan dilaksanakan dengan tepat dan betul. 2 .

manusia dengan haiwan. Elemen-elemen bahasa meliputi aspek diksi ( pemilihan kata ). Bahasa merupakan alat perhubungan manusia dengan manusia.perkataan yang kadang kala membawa maksud tertentu dan berbeza-beza mengikut situasi dan konteks ayat serta maksud yang ingin disampaikan. Semantika adalah kata yang mempunyai banyak makna. Elemen-eleman bahasa Penggunaan bahasa merujuk kepada penggunaan stilistik bahasa ( gaya bahasa ) yang meliputi elemen-elemen bahasa dan rumus bahasa. Bahasa ini meliputi aspek lisan seperti perbualan. tulisan. Terdapat juga penggunaan semantika dalam majalah hiburan. Selain itu gerak badan juga merupakan salah satu bahasa untuk berhubung. dan manusia dengan alam. Perkataan-perkataan sebegini sememangnya terdapat dalam bahasa Melayu yang mempunyai perkataan . 3 .Penggunaan bahasa dalam majalah Mengikut Kamus Dewan ( 2007 ) bahasa ialah lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan kelompok manusia ( antara seseorang individu dengan individu yang lain ). Oleh itu setiap kejadian ini mempunyai bahasa yang tersendiri. Artikel ini akan menghuraikan penggunaan bahasa berdasarkan eleman-eleman bahasa dan rumus bahasa yang diperiksa terhadap majalah. Penggunaan diksi ini merangkumi penggunaan leksikal iaitu perkataan dengan makna seadanya atau perkataan yang membawa satu makna sahaja.

bentuk dan penggolongan kata. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga. tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu. oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar. Sebaliknya morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem-morfem lain. perkataan sekolah dan laut ialah morfem bebas tetapi imbuhan ber.Penggunaan bahasa dan sudut morfologi Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Morfem terikat dan morfem bebas Morfem boleh bersifat bebas atau terikat. Dengan struktur kata yang dimaksudkan susunan bunyi ujaran atau lambing ( tulisan ) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur. Daripada contoh-contoh tadi 4 . pemajmukan dan penggandaan. Unit – unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut MORFEM. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian.morfem terikat.dalam bersekolah dan –an dalam lautan ialah morfem . Sebagai contoh. morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur. MORFEM ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau menjalankan tugas nahu. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. MORFEM boleh bersifat bebas atau terikat. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa. sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan.

ajar dan undi. Perbezaan antara perkataan dengan morfem terletak pada sifat bebasnya. tetapi semua perkataan bersifat bebas dan mampu berdiri sendiri. proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Sebagaimana yang telah disebutkan tadi.” (Dipetik daripada majalah Pancing edisi Ogos 2010 halaman 11). Perkataan ialah bentuk bebas. Kesimpulannya. ajar. Morfem terikat “ Cerita pengembaraan kami ke Borneo ini semuanya bermula dengan angan-angan sejak beberapa tahun yang lalu. misalnya rumah. Dalam kebanyakan bahasa proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan. Ketika itu saya baru mengenali geng KLC termasuklah Matthew dan Peter yang berasal dari Sarawak. yang bermakna dan dapat berdiri dengan sendiri. sekolah. Rumah . manakala –an dalam ajaran dan –peng dalam pengundi akan hanya mempunyai makna dan fungsi apabila ditambah pada bentuk-bentuk bebas tertentu. sekolah. misalnya ialah bentuk-bentuk yang bebas kerana masing-masing mempunyai maknanya secara tersendiri. Jelas di sini bahawa perkataan-perkataan terdiri daripada morfem tetapi tidak semua morfem itu perkataan. ada morfem yang bebas dan terikat. kedua-duanya telah menetap di Kuantan belasan tahun yang lalu kerana bekerja dengan oil & gas company yang beroperasi di negeri Tok Gajah ini. 5 . Matthew dari etnik Kelabit manakala Peter dari etnik Iban. undi.jelas terdapat perbezaan antara morfem dengan perkataan.

dan –i bermakna.dan -an tidak dapat berdiri dengan sendirinya tanpa disertakan kata dasar bersamanya. Perkataan “pengembaraan” merupakan morfem terikat yang memiliki lima morfem iaitu pe + ng + em + ba + ra + an yang pada asal kata dasarnya ialah kembara. Contohnya perkataan “pengembaraan” yang ditulis dalam ayat yang pertama. Sebagai contoh “oil & gas company” ditulis dengan huruf kecil yang sepatutnya permulaan kata nama khas harus ditulis dengan huruf besar seperti Oil & Gas Company.dan -an tidak akan mempunyai makna tanpa kata dasar kembara. Ini kerana imbuhan peng. Sebagai contoh. yang memerlukan kata dasar untuk berfungsi sebagai perkataan yang Dalam petikan di atas juga terdapat sedikit kesalahan dari aspek tatabahasa iaitu penggunaan tanda baca yang tidak tepat.dan -i dan mempunyai maknanya yang tersendiri. Pada asalnya kata dasarnya ialah kenal. Kata dasar atau perkataan kembara dapat berdiri dengan sendiri dan mempunyai maknanya yang tersendiri tetapi imbuhan peng. Perkataan mengenali ini juga mempunyai lima morfem iaitu me + ng + e + na + li. Perkataan kenal tetap akan dapat berdiri dengan sendirinya tanpa kehadiran imbuhan meng.dan imbuhan –i. Tetapi sebaliknya bagi imbuhan meng. hampir keseluruhan perkataan yang digunakan adalah morfem terikat. Andai pengarang hanya ingin menulis maksud umum 6 . Ini jelas dapat dilihat dengan hadirnya imbuhan meng. Seterusnya perkataan “mengenali” juga merupakan morfem terikat.Dalam petikan di atas dapatlah kita memahami dan mengkaji tentang morfem dan laras bahasa yang digunakan.

seharusnya penulis boleh memilih untuk ditulis dengan perkataan syarikat minyak dan gas bukannya oil & gas company. 7 . Perkataan minggu juga mempunyai makna tanpa disertai oleh imbuhan dan mampu berdiri dengan sendirinya. Sabri menghubungi saya mengatakan Matthew telah mendapat tarikh yang sesuai untuk projek pancingan sebarau kami. Ini dapt dilihat melalui sifatnya yang mampu berdiri sendiri dan mempunyai makna mengikut konteks penggunaan ayat. Contoh lain morfem bebas yang boleh dipetik daripada petikan ayat di atas adalah seperti lalu. awal. Morfem bebas “ Setelah beberapa tahun ianya sepi dari perancangan akhirnya pada awal bulan April yang lalu. Sebagai contoh awal yang boleh dilihat adalah perkataan tahun. ( Petikan majalah Pancing edisi Ogos 2010 halaman 12 ) Dalam perenggan ini dapat dilihat terdapat beberapa perkataan yang merupakan morfem bebas. jadi Matthew mempunyai cuti yang agak panjang untuk menerima kunjungan kami ”. Seterusnya perkataan minggu dalam ayat yang kedua. Tarikh kunjungan adalah pada minggu pertama bulan Jun dan ketika itu berlangsungnya Pesta Gawai. Perkataan ini mampu berdiri sendiri dan mempunyai maknanya yang tersendiri tanpa memerlukan imbuhan untuk melengkapkannya supaya mempunyai makna. untuk. cuti dan panjang.

sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang bersifat frasa nama dan menjadi judul atau unsur yang diterangkan. antara bahagian yang penting adalah klausa. dan binaan atau konstruksi ayat. bidang yang amat penting adalah sintaksis. Kita juga dapat memahami bidang sintaksis sebagai bidang kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Subjek dikatakan sebagai sesuatu bentuk ayat iaitu konstituen. Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk. Penggunaan bahasa dari sudut sintaksis Selepas bidang morfologi. Klausa Klausa adalah unit yang merupakan rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen atau bahagian kepada ayat. Kehadiran morfem bebas dan morfem terikat ini dapat memberi ketepatan maksud kepada ayat dalam setiap majalah khususnya dan bidang penulisan amnya.Dapat dilihat dalam setiap perkataan atau ayat terdapat morfem – morfem yang memainkan peranannya tersendiri untuk memberi makna kepada perkataan dan ayat bagi tujuan untuk menyampaikan maksud dengan tepat dan gramatis. struktur. Dalam bidang sintaksis ini. Predikat pula ialah kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan 8 . ayat tunggal dan ayat majmuk.

(petikan ayat di halaman 84 majalah Pancing edisi Ogos 2010 ) Dapat ditakrifkan klausa di atas mempunyai subjek dan predikat yang lengkap untuk bertindak sebagai ayat. Tidak banyak ayat tunggal yang dapat dikesan dalam majalah ini kerana kebanyakan ayat merupakan ayat majmuk. “Ahmad” merupakan predikat manakala “labuhkan set pancingnya terlebih dahulu” bertindak sebagai predikat.menjadi unsur yang menerangkan subjek. “ Ahmad labuhkan set pancing beliau terlebih dahulu”. termasuk bahasa Melayu subjek setiap ayat adalah frasa nama. Ayat tunggal Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian iaitu subjek dan predikat. “ Tetapi tidak berkekalan”. “Ali menunggang basikal”. Sebagai contoh. Contohnya. 9 . Subjek ialah bahagian diterangkan manakala predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. ayat yang dipetik daripada majalah Pancing edisi Ogos 2010 halaman 65 ini merupakan ayat tunggal. Dalam kebanyakan bahasa.

10 . “Masalahnya sukar untuk kami menghubungi beliau kerana jadual kerjanya di pelantar minyak memang “menakutkan” iaitu 45 hari berterusan di laut dan hanya 2 minggu bercuti”. Kedua-dua ayat ini dicantumkan menjadi ayat majmuk dengan penggunaan kata hubung kerana. Ayat ini dicantumkan dengan meggunakan kata hubung iaitu manakala untuk menjadikannya ayat majmuk dan bertindak sebagai satu ayat yang membawa dua maksud. dan percantuman ayat-ayat disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat yang baharu.Ayat majmuk Ayat majmuk adalah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih. Contoh ayat majmuk adalah seperti “Ali menunggang basikal manakala siti bermain layang-layang”. ( petikan daripada majalah Pancing edisi Ogos 2010 halaman 12 ) “Masalahnya sukar untuk kami menghubungi beliau” merupakan ayat yang pertama dan “Jadual kerjanya memang menakutkan iaitu 45 hari berterusan di laut dan hanya 2 minggu bercuti” adalah ayat yang kedua. Ayat majmuk seterusnya yang boleh dipetik adalah “ Sabri menghubungi Peter tetapi masalahnya beliau juga tidak mengetahui tentang lokasi yang akan kami kunjungi kerana dia juga pertama kali akan ke sana”. Ayat sebenarnya terdiri daripada dua ayat tunggal iaitu “Ali menunggang basikal” dan “Siti bermain layang-layang”.

Ayat majmuk di atas merupakan cantuman daripada 3 ayat tunggal yang dicantumkan menjadi satu ayat. Ayat pertama adalah “Sabri menghubungi Peter”. 11 . Jelas di sini. ayat majmuk dapat terbentuk melalui cantuman dua ayat atau lebih. Ayat pertama dihubungkan dengan ayat yang kedua menggunakan kata hubung tetapi dan ayat kedua dihubungkan dengan ayat yang ketiga dengan menggunakan kata hubung kerana. Kedua adalah “Masalahnya beliau juga tidak mengetahui tentang lokasi yang akan kami kunjungi” dan ayat yang ketiga adalah “Dia juga pertama kali akan ke sana”. Semua ayat di atas dicantumkan dengan menggunakan kata hubung tetapi dan kerana. Pada kebiasaannya ayat majmuk terbentuk dengan kehadiran kata hubung untuk mencantumkan sesuatu ayat dengan ayat atau ayat-ayat yang lain.

Kesimpulan Selepas membaca dan meneliti laras bahasa dari sudut morfologi iaitu morfem terikat dan morfem bebas serta dri sudut sintaksis seperti klausa. Ayat-ayat yang digunakan merupakan ayat yang gramatis yang diolah dengan penggunaan perkataan-perkataan dan imbuhan yang tepat dan sesuai oleh pengarang dan editor. 12 . Hampir keseluruhan ayat adalah ayat majmuk yang mengaplikasikan penggunaan morfem terikat dan morfem bebas serta klausa. saya dapati majalah ini mempunyai hasil penulisan yang baik dari sudut penggunaan bahasanya. ayat tunggal dan ayat majmuk. saya telah mempelajari banyak pengetahuan tentang aspek-aspek penggunaan bahasa dan tatabahasa dalam penulisan sesebuah majalah serta sesuatu hasil penulisan. Sewaktu melaksanakan tugasan ini. pelbagai genre dan gaya penulisan yang diamalkan oleh penulis majalah dan setiap satunya berbeza antara satu sama lain mengikut bidang dan pengkhususan penulisan majalah sama ada majalah berunsur hiburan atau majalah berunsur ilmiah. Selain itu. Saya juga dapat membuat penilaian tentang hasil penulisan yang bermutu atau sebaliknya. ayat tunggal dan ayat majmuk dengan baik dan berkesan.

Dalam majalah Pancing ini terdapat banyak perkataan ia yang digunakan dan tidak merujuk kepada penggunaan kata ganti diri. masih terdapat beberapa kesalahan kecil yang dilakukan. Ini dapat menambahkan kosa kata dan pengetahuan bagi para pembaca di samping mengisi masa dengan bacaan ringan melalui istilah-istilah baharu.Cadangan Walaupun keseluruhan penulisan adakah baik. Adalah lebih baik jika pihak majalah Pancing dapat menyertakan maksud dalam bahasa Melayu untuk istilah-istilah bahasa Inggeris yang digunakan. pengetahuan 13 . Sebagai contoh istilah bahasa Inggeris iaitu balcony yang dalam istilah bahasa Melayu bermaksud anjung. Adalah diharapkan semoga majalah yang menjadi bacaan kepada kaki – kaki pancing ini dapat memberi pengetahuan dan ilmu kepada para pembaca walaupun tidak bersifat ilmiah sepenuhnya tetapi masih mempunyai info – info yang berguna dalam pendidikan dan tentang alam semula jadi. Perkataan “ia” merupakan kata ganti diri kedua yang sama maksud dengan “dia”. Antaranya ialah penggunaan perkataan “ia”. Selain itu pengarang juga menggunakan perenggan dalam setiap rangkap – rangkapnya.

Bibliografi Dewan Bahasa dan Pustaka (1996). 14 . Bahasa Kita Jilid 1 dan 2. Yeo Kee Jiar dan Rohaini Kamsan (2000). Bhd. Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2011). Media Massa dan Masalah Pencemaran Bahasa Malaysia: Dewan Bahasa Nik Safiah Karim.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Farid M. Tatabahasa Bestari. Kuala Lumpur: K. Publishing Sdn. Selangor: Pearson Education Malaysia Sdn. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Farid M. Bhd. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Nik Safiah Hj Karim (2003). Onn. Onn (1979).

15 .

16 .

17 .

18 .

19 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful