RBT 3117

TAJUK 1- 3 JAM 1. 1.1 1.1.1

Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

ANALISIS KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH Analisis Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Definisi kurikulum

Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan kurikulum? bawah;

Mari kita teliti maksud terminologi di

Perkataan kurikulum dalam bahasa Latin mempunyai kata akar ‟curere’ yang maksud ‟Lalauan‟ atau ‟jejak‟ dan membawa maksudnya „jurusan‟ seperti dalam rangkaian kata „jurusan peperangan‟. Jika kita lihat dari perkataan kurikulum dalam bahasa Inggeris memngandungi pergertian ‟jelmaan‟ atau ‟metamorfosis’ Mari kita lihat maksud berikutnya; Kurikulum bermaksud; ”dalam perbendaharaan kata pendidikan Inggeris sebagai jurusan pengajian yang diikuti di sekolah”. (Kliebard, 1982 ) Kurikulum ialah…….. “semua pengalaman yang dipelajari di bawah panduan guru.” (Caswell & Campbell, 1993) Kurikulum ialah........... ”proses pembinaan semula pengetahuan dan pengelaman, dibina secara sistematik di bawah penyeliaan sekolah atau unversiti, untuk membolehkan pelajar meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka” (Tanner & Tanner, 1980) Kurikulum ialah ……. “mengandungi pengalaman kanak-kanak yang berterusan di bawah panduan sekolah .” (Shepherd dan Ragan, 1992) Kurikulum bermaksud; “mengandungi program yang terancang dan seluruh pengalaman yan dipelajari oleh kanakkanak.” (Eisner, 1993) Kurikulum sebagai pengalaman; ”semua pengelaman yang dirancangkan dan dikemukakan oleh pihak sekolah di mana pengelaman tersebut diutarakan untuk membimbing murid memperolehi hasil pembelajaran yang ditetapkan terlebih dahulu menurut kadar keupayaan masing-masing dengan keadaan yang paling baik sekali.” (Neagley & Evans, 1967) Kurikulum sebagai usaha; ”Usaha meyeluruh yang dirancangkan oleh pihak sekolah untuk membimbing murid memperolehi hasil pembelajaran yang telah ditentukan.” (Inlow, 1966) ”menyampaikan prinsip dan unsur utama sesuatu usul pendidikan dalam keaaan yang terbuka kepada penilitian kritis dan boleh dikemukakan dengan berkesan secara praktik.” (Stenhouse, 1975)

1

RBT 3117

Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Kurikulum sebagai rancangan; ”rancangan yang menyediakan kesempatan pembelajaran bagi memperoleh berbagai-bagai tujuan menyeluruh dan objektif spsifik yang berkaitan dengannya.” (Sayloy & Alexander, 1974) Kurikulum sebagai objektif; ”kurikulum tidak berkaitan dengan apa yang dilakukan oleh murid dalam situasi pembelajaran tetapi ia menitikberatkan perkara yang akan dipelajari atau dapat dilakukan oleh mereka sebagai kesan yang dilakukan oleh mereka.” (Johnson, 1967 ) Kurikulum sebagai isi mata pelajaran; ”dokumen bertulis yang melakarkan isi mata pelajaran yang akan diajarkan dan pada hakikatnya apa-apa sahaja yang di ajar di sekolah merupakan kandungan matapelajaran yang diajarkan menerusi berbagai matapelajaran, berbagai pilihan disiplin ilmu pengetahuan.” ( Beauchamp, 1968 ) Kurikulum sebagai unsur kebudayaan; ”pilihan daripada berbagai unsur budaya yang terdiri daripada ciri segajat, nilai am dan aspek khusus sesuatu budaya.” ( Burtonwood, 1961 )

Kurikulum sebagai pembinaan insan; ”pengetahuan dan pengalaman yang dibina semula oleh pelajar dibentuk dengan bersistem di bawah naungan sekolah untuk mempertingkatkan kemajuan pelajar mengawal pengetahuan dan pengalaman sendiri dimana realitinya kurikulum mengaitkan proses pembinaan pengetahuan dan pengalaman pelajar dengan kebolehannya memperbaiki kawalan terhadap pengetahuan dan pengalaman sendiri.” ( Tanner & Tanner 1980 )

Kurikulum Kebangsaan ”….. Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seorang murid dengan sepenuhnya dari segi rohani, jasmani, mental dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.” Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997 ]

2

2 Konsep dan jenis kurikulum Finch & Crunkilton (1984). mengemukakan definisi kurikulum sebagai “. E.. E. kegiatan kokurikulum) memiliki pengaruh yang signifikan untuk pembentukan individu pelajar yang menyeluruh dan untuk mencapai keberkesanan dari kurikulum Konsep asas adalah penting untuk dijadikan landasan bagi perancangan kurikulum. penggunaan dan kepentingan kuriulum iaitu : 3 . W. Eisner.1. dan Vallance. (1971) mengusulkan lima konsep atau orentasi kurikulum yang boleh digunakan untuk memahami pendekatan..RBT 3117 Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah 1. kelab. iaitu bahawa fokus utama kurikulum adalah pelajar dan yang kedua bahawa bahgian dari kurikulum tidak hanya mata pelajaran akan tetapi semua aktiviti (olahraga. as the sum of the learning activities and experiences that a student has under the auspices or direction of the school” Dari definisi tersebut terdapat dua bahagian yang harus diperhatikan.

data dan kegiatan Pengalaman dari mana terbentuk kurikulum itu Kaedah dan cara mengajar dan bimbingan yang diikuti murid-murid untuk mendorong mereka belajar dan membawa mereka ke arah yang dikehendaki.Hanya agama.3 Sejarah perkembangan KHSR Sebelum penjajah barat.KH diperkenalkan secara rasmi pada tahun 4 di semua sekolah rendah.Kurikulum yang terdapat dalam dokumen rasmi Kurikulum Operasi . negara wujud sebagai negara kecil dan terasing satu sama lain dari segi politik dan pemerintah. Kedatangan Portugis dan Belanda di Melaka selama 200 tahun tidak meninggalkan kesan dalam perkembangan pendidikan. Kanak-kanak diajar berladang/bersawah/pertukangan kayu dan logam seperti mengukir/membuat keris/anyaman dan lain-lain 1989 .1.Kurikulum yang digunakan dalam bilik darjah Kurikulum Tersembunyi -Pekara-perkara yang diajar dalam bilik darjah tetapi tidak terdapat dalam kurikulum rasmi Kurikulum Nol .RBT 3117      Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Perkembangan proses kognitif Kurikulum sebagai teknologi Kurikulum sebagai pengalaman pengguna Menstruktur masyarakat Akademik risionalisme Jika kita lihat dari sudut pandangan Islam pula berdasarkan kepada konsep kurikulum dimana menurut Hassan Lenggulung (1991) kurikulum mempunyai empat unsur utama berdasarkan pendapat Omar AlSyaibani iaitu:     Tujuan pendidikan yang ingin dicapai oleh kurikulum itu Pengetahuan tentang maklumat. 4 .KHSR di 100 buah sekolah rendah 1991 . Pendidikan masyarakat – pengajian al-quran dan pendidikan agama islam – diajar selepas solat dan tidak rasmi. Penerusan tahun 5 & 6 bagi sekolah yang telah memulakan terlebih dahulu.Subjek yang tidak diajar Ko-kurikulum .Pengalaman terancang di luar bilik darjah 1.KH manupalatif di 3000 buah sekolah 1993 . Jenis Kurikulum      Kurikulum Rasmi . rumpun bangsa dan budaya yang mengikat antara satu sama lain.Kemahiran manupalatif 1000 buah sekolah rendah 1992 .

bahan kitar semula. Semangat Keusahawanan 5 . Di samping itu. memelihara ikan hiasan serta menanam sayur-sayuran. logam. Dalam mata pelajaran ini tumpuan utama adalah kepada penguasaan kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan.Kecenderungan Mereka Cipta. kemahiran praktis berasaskan reka bentuk dan teknologi serta keusahawanan didedahkan kepada murid melalui mata pelajaran ini. melakar. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada murid mengamalkan sikap pengguna yang bijak. Murid juga dilatih menjahit.Dari segi perkembangan individu. Bidang Perniagaan dan Keusahawanan pula menitikberatkan unsur-unsur keusahawanan semasa menjalankan aktiviti jual-beli.Sebagai langkah awal bagi melahirkan masyarakat yang cenderung ke arah ini. Matlamat Mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah bertujuan membolehkan murid memperoleh kemahiran praktis asas dan pengetahuan berasaskan teknologi keusahawanan. bertanggungjawab dan berdisiplin. Selain itu KHSR juga dapat memberikan murid ruang untuk mengembangkan imaginasi dan daya kreativiti di samping mendedahkan dan menggalakkan mereka ke arah keusahawanan. membaiki pakaian. reka bentuk dan perniagaan. bekerja secara bersistematik. Oleh itu usaha yang dibuat melalui pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat peka terhadap perkembangan teknologi dan berupaya menangani cabaran. Murid menjalankan aktiviti mengenal bentuk-bentuk asas. bekerjasama. mengendali dan meneliti pelbagai hasil teknologi yang sesuai dengan perkembangan intelek mereka. mengubah suai. KHSR dapat membantu murid memenuhi naluri ingin tahu dan ingin mencuba khususnya mengenai alatan. memahami fungsi produk serta menghasilkan projek dengan menggunakan pelbagai bahan seperti kayu. murid berupaya menyenggara serta membaiki kerosakan kecil pada alatan. Melalui mata pelajaran ini juga sikap yang positif di kalangan murid dapat dipupuk. mesin mudah dan perabot. dan pengenalan komponen elektrik dan elektronik.RBT 3117 Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah 1. mereka cipta. Murid juga berpeluang menjalankan aktiviti jual beli. Kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan murid mengeluarkan idea yang kreatif. Ini memberi peluang kepada murid untuk mencuba. Mata pelajaran ini digubal untuk menanam kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiran praktis dan pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan murid berpeluang mengamalkan budaya kerja yang baik seperti mengutamakan keselamatan. inovatif dan inventif. Pembentukan sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi dan keusahawanan ini adalah selaras dengan hasrat negara dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan keusahawnan yang pesat pada masa ini. bahan dan mesin yang ada di sekeliling mereka. menanam dan menjaga tumbuhan hiasan. Kesemua ini akan menyumbang kepada hasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. dan aspek pengurusan diri supaya mereka dapat menjalankan kerjabuat-sendiri serta cenderung mereka cipta dan berurusniaga Kemahiran Teknologi. Mata pelajaran ini juga memberi murid kesedaran tentang perlunya menjaga alam sekitar dan penghargaan terhadap kerja dalam bidang kejuruteraan.2 Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Pengenalan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu mata pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diajarpada Tahap II.

Mengenal pasti bahan serta peralatan jahitan dan membaiki pakaian. 7. 6 . Menyenggara bahagian bangunan. beberapa tajuk Kemahiran Hidup Sekolah Rendah telah disusun semula untuk mengukuhkan kesinambungan dan mengelakkan pertindihan serta mengemaskini kandungannya. 3. Mengenal pasti dan memilih ikan hiasan untuk dipelihara.RBT 3117 Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Kurikulum ini masih menuju ke arah memperkembangkan kebolehan murid dalam kemahiran teknologi. Perubahan Kandungan Dari segi kandungan. 4. Terdapat dua bidang dalam Kemahiran Hidup Sekolah Rendah iaitu bidang „Reka Bentuk dan Teknologi‟ dan „Perniagaan dan Keusahawanan‟. 7. 3. 9. 11. 6. kecenderungan mereka cipta dan semangat keusahawanan. 4. sikap yang positif dan budaya kerja yang baik diterapkan semasa menjalankan aktiviti amali agar kesepaduan dalam mata pelajaran ini dapat diwujudkan. 10. 14. Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara bijak. 5. perkakas. 9.2. Mengkaji reka bentuk kit model serta menerangkan kefungsian sistem pergerakan kit model melalui proses membuka dan memasang. 1. Mereka bentuk dan menghasilkan poster untuk mempromosi barang. 2. Mereka bentuk dan menghasilkan projek berasaskan logam dan bahan kitar semula serta penghasilan projek elektrik. Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah melalui pencetusan dan penjanaan idea projek eksperimental. 2. kreatif dan inventif. 8. Menghasilkan projek ikan hiasan. Nilai murni. elemen „Kreativiti dan Reka Cipta‟ ditambah. Menggunakan bentuk asas untuk menjana idea kreatif dalam penghasilan projek Menerangkan hubung kait bentuk dengan fungsi produk Membuka dan memasang produk untuk mengenal pasti fungsi komponen Menghasilkan sesuatu projek gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan Logam Memilih alatan. Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 5 adalah untuk membolehkan murid: 1. 12. Merancang cara menjual dan menghasilkan barang jualan. 8. Elemen reka bentuk diberi lebih fokus. Kemahiran asas yang sedemikian dapat digunakan sepenuhnya untuk membolehkan murid berdikari dan yakin diri serta mampu menjalani kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi dan ekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah. 5. dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul Mengenal pasti dan membezakan diantara litar siri dan selari Menghasilkan projek elektrik Menyenggaraan alatan tangan dan perkakas selepas menggunakannya Menghasilkan tanaman hiasan Mengenal pasti ciri dan jenis barang yang boleh dijual Merancang jualan dan menyediakan barang untuk jualan Menyenaraikan ciri bungkusan yang menarik Mengira harga jualan dan untung Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat. 6.1 Objektif Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 4 adalah untuk membolehkan murid: 1. 13.

Mengenal pasti punca dan cara mengatasi risiko dalam perniagaan. melayan pelanggan dan merekod jual beli dengan lebih sistematik. 11. inisiatif dan berdaya saing turut ditekankan. 6. Mereka bentuk dan menghasilkan katalog untuk mempromosi barang. Mereka bentuk dan menghasilkan artikel mudah menggunakan bahan terpakai. 10. Amalan untuk memastikan keselamatan diri dan orang lain semasa melakukan aktiviti turut diberi penekanan. Perniagaan dan Keusahawanan Reka Bentuk dan Teknologi Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi untuk menghasilkan projek yang berlainan dengan menggunakan proses reka bentuk. murid juga menghasilkan tanaman hiasan dan melakukan kerja penyenggaraan alatan yang telah digunakan. 13. Amalan untuk memupuk nilai dan sikap seperti berdikari. Murid juga menggunakan teknik dan proses pembuatan yang melibatkan bahan gabungan serta penghasilan projek elektrik. Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 6 adalah untuk membolehkan murid: 1. Menyusun atur barang untuk persediaan jualan.2. Di samping itu. Mengenal pasti langkah penyediaan tapak untuk penghasilan tanaman sayuran 7. yakin diri. Murid turut didedahkan cara membuat promosi jualan. 12.2 Organisasi kandungan Organisasi Kandungan Tahun 4. 2. Reka Bentuk dan Teknologi 2. Mengumpul dan merekodkan maklumat mengenai proses penghasilan projek. Mereka mengenal pasti kumpulan sasaran bagi sesuatu jenis barang dan mengumpul maklumat untuk mendapatkan sumber bekalan. 8. Menentukan cara mendapatkan pesanan untuk jualan. Tahun 5 dan Tahun 6 Mata pelajaran ini terbahagi kepada dua bidang iaitu : 1. Murid juga merancang penyediaan jualan dengan menerapkan etika jualan semasa aktiviti jual beli. Mengenal pasti cara mendapatkan bekalan dan mengendalikan jualan melalui komisen 11. murid didedahkan kepada pengenalan kreativiti serta turut juga melakukan kajian reka bentuk dan kefungsian produk. Menanam sayur-sayuran menggunakan kaedah hidroponik. 1. Merekod pendapatan dan perbelanjaan diri serta merancang cara perbelanjaan yang bijak 12. 3. 9.RBT 3117 Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah 10. Menyenggara dan membaiki kerosakan kecil pada mesin mudah dan perabot. Murid didedahkan secara tidak langsung tentang kaedah mencari dan menggunakan peluang perniagaan dengan bijaksana. Menjana dan mengembangkan idea melalui lakaran untuk menghasilkan projek. Mereka bentuk dan menghasilkan projek elektronik. 4. Untuk tujuan ini. Memilih jenis sayur-sayuran yang hendak ditanam. Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.2. 1. 5. Perniagaan dan Keusahawanan Bidang Perniagaan dan Keusahawanan membekalkan murid dengan pengetahuan mengenai amalan perniagaan dan keusahawanan. Mengenal pasti tempoh matang sayuran untuk dipungut hasil.3 Penekanan dan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Penekanan 7 .

Mengkelaskan jenis tanaman hiasan. membuat pilihan dan akhirnya menghasilkan produk yang berkenaan 8 . guru tidak seharusnya bergantung hanya pada bahan yang dibeli sahaja.inovatif. Membuat keputusan. kotak. saiz kelas.mengusahaniaga barang Murid perlu didedahkan kepada pengetahuan yang berkualiti dengan kemahiran yang hendak dikuasai.mereka bentuk dan penghasilan projek . Dengan ini murid akan lebih sedar kepada sumber yang ada di sekeililing mereka dan berupaya menggunakannya untuk mendapat faedah. main peranan. bahagian atau komponen mesin yang sudah digunakan lagi seperti skru.mengenal pasti dan membezakan litar elektrik . kajian. alas bebola dan roda. Pemilihan kaedah bergantung kepada beberapa faktor iaitu objektif pelajaran. sumbang saran. bercerita. murid mengkaji keadaan yang sedia ada.menghasilkan tumbuhan hiasan . buluh. mencari alternatif. Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) harus menjadi satu landasan dalam pengajaran dan pembelajaran yang mana daya imaginasi. kreatif. Guru hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang terbuka supaya kaedah ini dapat digunakan dengan berkesan untuk menggalakan pembelajaran yang lebih mencabar. Mata pelajaran ini juga mementingkan pemupukan nilai dan sikap seperti berdikari. Contohnya dalam proses mereka bentuk. kreativiti murid perlu dijanakan dan diperkembangkan. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pelbagai kaedah seperti tunjuk cara. bol dan nat. simulasi. Guru tidak seharusnya menyampaikan pengetahuan secara tersendiri atau terasing daripada aktiviti murid. reja paip plastik. dan taraf kebolehan murid. Mentafsir lukisan kerja 5. Penggunaan bahan ini dapat menjimatkan kos di samping dapat menanamkan sifat jimat cermat dan inovatif kepada murid. Menghubung kait bentuk asas dalam aktiviti membina bentuk produk 3. Murid melakukan sendiri secara aktif pelbagai aktiviti untuk menguasai kemahiran praktis yang boleh digunakan dalam kehidupan hariannya. alatan tangan dan bahan yang diperlukan 7.RBT 3117 Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Pembelajaran Kemahiran Hidup merupakan pembelajaran melalui pengalaman. Kaedah Kajian Masa Depan Murid Kemahiran Hidup juga perlu mengembangkan daya berfikir secara kritis dan kreatif ke arah membentuk masa depan yang lebih sempurna. permainan. botol plastik. bekerja tanpa membazir. memilih projek.membuat lakaran bentuk-bentuk asas . Bahan terbuang dan mudah didapati di persekitaran hendaklah dikenal pasti dan digunakan seberapa banyak yang boleh.menyenggara dan membaik pulih alatan . tinjuan dan lawatan boleh digunakan mengikut kesesuaian keadaan. Penggunan Bahan Terbuang Dalam menjalankan aktiviti atau membuat projek. Penguasaan kemahiran praktis ini meliputi kemahiran : . cengkerang. temu bual. Contoh kemahiran berfikir yang diberi tumpuan dalam Bidang Pembelajaran "Reka Bentuk dan Teknologi" termasuk : 1. Menjana idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah dan menghasilkan projek 6. Antara bahan tersebut termasuklah rotan. Unsur penting Kajian Masa Depan harus diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup untuk merangsang daya intelek dan mengupaya murid untuk menghasilkan produk yang dapat memanfaatkan dan memberi sumbangan ke arah menentukan hala tuju masa depan. Menjana idea kreatif dan inovatif 4. dan berminat menjalankan kerja-buat-sendiri. reja kayu. kemudahan. Membezakan bentuk-bentuk asas dalam pesekitaran 2.

Kerelevanan Aktiviti amali harus dihubung kait dengan amalan dalam kehidupan dan pekerjaan agar sesuatu pengajaran dan pembelajaraan lebih bermakna. Kadang kala aktiviti ini dijalankan secara tersendiri. bilangan murid. Nilai Murni Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang relevan harus merentasi aktiviti yang dikendalikan. menjalin persahabatan. 1. beberapa faktor harus diambil kira oleh guru seperti jumlah alatan dan bahan. masa. memberi dorongan kepada orang lain yang menemui kegagalan.pengetahuan. Pengendalian aktiviti dicadangkan mengikut peringkat berikut: Perancangan  merancang aktiviti atau projek. pencapaiannya hendaklah dibuat melalui aktiviti. Dalam pemilihan aktiviti. bersedia menerima kritikan membina. dan nilai hasil kerja Aktiviti yang dicadangkan dalam buku huraian sukatan merupakan aktiviti contoh untuk membolehkan murid menguasai kemahiran.RBT 3117 Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Di samping itu murid juga boleh menjangka dan meramalkan kesan atau impak produk baru mereka dalam senario masa depan. Dengan cara ini. Pada ketika yang lain gabungan beberapa aktiviti dijalankan untuk menghasilkan projek. Murid juga digalakkan mereka cipta projek secara individu atau secara kumpulan dengan persetujuan guru. belajar secara koperatif dan bekerja secara kumpulan dan memupuk semangat kerjasama dengan rakan sebaya perlu juga diterapkan semasa pengajaran dan pembelajaran. bersedia menimbangkan pelbagai faktor dan berhati-hati menggunakan sumber dapat dipupuk supaya menjadi kebiasaan dalam pengendalian dan urusan hidup murid.Teknik ini boleh menarik minat murid terhadap sesuatu aktiviti atau tajuk. berfikiran terbuka. Teknologi Maklumat dan Komunikasi Murid perlu digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembelajaran mereka terutamanya dalam pengumpulan. menggunakan perisian. nilai murni dan sikap positif seperti berusaha mencapai kecemerlangan. CD-ROM dan pengkalan data serta berkomunikasi secara elektronik. Aktiviti boleh dibuat secara individu atau secara kumpulan.2. Begitu juga dengan kesedaran tentang kos sesuatu projek.  merancang bahan dan alatan  merancang kaedah pengajaran Penyampaian      motivasi tunjuk cara kemahiran arahan aktiviti pelaksanaan penyeliaan dan bimbingan Penilaian   dapatan dari segi kemahiran. menyeronokkan dan berguna kepada murid. dan kebolehan murid. Guru hendaklah memastikan bahawa : 9 . Dengan ini kemahiran ICT murid juga boleh diperkembangkan seperti melayari laman web. pemilihan dan pemprosesan maklumat. harus diberi penekanan dalam semua projek yang dihasilkan. Kemahiran interpersonal seperti menghargai pendapat dan usaha orang lain. berkomunikasi dengan baik.4 Pengendalian aktiviti dan Penilaian Pengendalian aktiviti Selaras dengan penekanan mata pelajaran ini kepada penguasaan kemahiran.

pengetahuan. Contohnya unit Reka Bentuk dan Penghasilan Projek digabungkan dengan unit Baik Pulih dan Penyenggaraan. Guru boleh menilai tahap penguasaan dan pencapaian murid dari segi kemahiran. Masa untuk pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah ialah dua waktu seminggu dan minit dalam sewaktu ialah tiga puluh minit.    mengemaskan alatan dan bahan yang telah digunakan membersihkan alatan dan menentukan bilangannya cukup sebelum disimpan . murid mengadakan perbincangan tentang cara menggunakan alatan dan bahan serta langkah menjalankan kerja. dan menggunakan alatan dan bahan dengan tidak membiarkannya bersepah-sepah. 10 . Senarai semak adalah satu contoh merekod maklumat penilaian. Guru boleh mencatat dengan cara mencatat kenyataan. Penilaian yang dijalankan oleh guru perlu dicatatkan. lisan dan penulisan Ketiga-tiga cara ini boleh digunakan untuk menilai projek atau aktiviti yang dijalankan oleh murid sama ada melalui proses kerja atau hasil kerja murid.2. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya penilaian dijalankan secara berterusan. alatan. Tujuan tindakan susulan adalah untuk memastikan murid akan terus maju. 1. Sebaliknya penilaian itu hendaklah menekankan sama ada seseorang murid telah menguasi aspek yang dinilai itu atau belum. Di akhir setiap pelajaran guru hendaklah memastikan murid .5 Pemetaan dan kesinambungan Kandungan Susunan kandungan dalam Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Empat . Penilaian yang dijalankan hendaklah direkodkan di dalam buku rekod mengajar dan rekod profil.RBT 3117 Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah     murid yang ditempatkan dalam kumpulan terdiri daripada murid yang pelbagai kebolehan aktiviti yang dipilih seboleh-bolehnya dapat diselesaikan dalam dua waktu pengajaran termasuk waktu untuk murid mengemas alatan dan tempat kerja aktiviti yang dirancangkan sebaikbaiknya terdiri daripada gabungan dengan unit lain. Penilaian yang dijalankan hendaklah mencakupi semua objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian yang dijalankan tidak seharusnya menekankan konsep lulus atau tidak lulus. Lima dan Enam ditunjukkan dalam jadual Pemetaan di bawah . Penilaian Penilaian adalah sebahagian proses pengajaran dan pembelajaran. serta nilai dan sikap murid melalui pemerhatian aktiviti dan projek yang dijalankan oleh mereka. Penilaian bagi mata pelajaran ini boleh dijalankan melalui pemerhatian. Maklumat daripada penilaian yang berterusan ini akan dapat membantu guru mengatasi kelemahan pelajar serta mengukuhkan dan mempertingkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran melalui tindakan susulan yang dijalankan oleh guru. dan memberi gred. perlakuan. menanda pada kenyataan. amalan. Semasa murid menjalankan kerja. Penilaian juga seharusnya tidak menekankan perbandingan pencapaian antara seorang murid dengan seorang murid yang lain. guru hendaklah memastikan murid :      sentiasa mengamalkan langkah keselamatan diri dan orang lain. dan membersihkan tempat kerja dan diri. Peruntukan masa yang dinyatakan merupakan cadangan untuk membantu guru dalam penyediaan perancangan pengajaran. dan bahan memilih alatan dan bahan yang sesuai dan menggunakannya dengan betul dan cermat sedar tentang kos alatan dan bahan serta menggunakannya secara tidak membazir menjalankan kerja mengikut turutan yang betul .

2 Kreativiti dan Reka Cipta a.1 Keselamatan Dan Organisasi Bengkel a. b. Penghasilan projek elektrik Penghasilan projek elektronik 5 √ 5 √ 4 √ √ 1 √ √ √ √ 1 √ 5 4 5 1. c. b. Peraturan keselamatan Organisasi bengkel 1. b. c.RBT 3117 Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah BIDANG/ UNIT/ TAJUK PEMBELAJARAN 1. Mereka bentuk dan menghasilkan projek gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan logam b.5 Baik Pulih dan Penyenggaraan a. Mereka bentuk dan menghasilkan projek berasaskan logam dan bahan kitar semula 1. Pengenalan kreativiti Kajian reka bentuk dan kefungsian produk Penyelesaian masalah Penghasilan projek reka cipta Pendokumentasian 7 7 √ √ √ √ √ 1. e.4 Elektrik dan Elektronik a. Penyenggaraan alatan tangan Penyenggaraan bahagian bangunan Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada mesin mudah Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada perabot 11 . d. Reka Bentuk dan Teknologi TAHUN 4 27 1 √ √ 8 √ √ TAHUN 5 27 TAHUN 6 27 1. d. b.3 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek a.

b. Perniagaan dan keusahawanan 2. Pengenalan Pemilihan biji benih Penanaman Penjagaan 1.2 Merancang dan Menyediakan Jualan a. Menyediakan barang jualan 2. Penyediaan tapak b.6 Jahitan a. Kumpulan sasaran b. Pengenalan b.7 Tanaman Hiasan a. b. Jenis barang yang sesuai dijual c.RBT 3117 Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah BIDANG/ UNIT/ TAJUK PEMBELAJARAN TAHUN 4 TAHUN 5 2 √ √ 8 √ √ √ √ 8 √ √ √ 8 √ √ √ 8 2 √ √ √ 2 √ √ 1 √ √ √ √ 8 8 TAHUN 6 2 1. Penyediaan bekas c. Membaiki pakaian Penghasilan artikel 1.8 Ikan Hiasan a. Penanaman dan penjagaan c. d. Sumber bekalan 2.3 Mempromosi Jualan 12 .9 Tanaman Sayuran a. c.1 Barang jualan a. Membuat rancangan jualan b. Pengurusan 1. Pemungutan hasil 2.

Risiko dan cara mengurangkannya 2.5 Merekod Jualan a. Etika perniagaan dan hak pengguna JUMLAH 1. Bidang. Promosi melalui pembungkusan b.2. keluasan dan kedalaman skop setiap unit 13 . Merekod pendapatan dan perbelanjaan b. Unit. Mendapatkan pesanan c. Promosi melalui katalog 2. Merancang perbelanjaan 2. Merekod barang b. Menyusun atur barang 2. unit pembelajaran dan tajuk berkenaan dinyatakan. bidang pembelajaran. dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran. Hasil Pembelajaran dan cadangan Aktiviti) Huraian kurikulum ini diperincikan dalam tiga lajur iaitu Bidang / Unit / Tajuk Pembelajaran. Promosi melalui poster c. Mendapatkan maklumat barang b.4 Mengurus Jualan a.6 Format Huraian (Bidang. Melayan pelanggan b.RBT 3117 Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah BIDANG/ UNIT/ TAJUK PEMBELAJARAN TAHUN 4 √ √ √ 1 √ √ √ 2 √ √ √ 2 √ √ 1 √ 2 √ √ 35 35 35 2 1 TAHUN 5 TAHUN 6 a.7 Risiko Dalam Perniagaan a.8 Sikap Pengguna Yang Bijak a. Mengira untung atau rugi 2.6 Mengurus Perbelanjaan Diri a. Dalam lajur dua dinyatakan mengenai hasilpembelajaran. Hasil Pembelajaran. Tajuk. Unit dan Hasil Pembelajaran Dalam lajur pertama. Merekod pendapatan dan perbelanjaan c.

iaitu Cadangan Aktiviti Pembelajaran bertujuan membantu guru merancang dan membekalkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan bermakna kepada murid. teratur dan selamat  Pengenalan kepada kit pertolongan cemas  Murid perlu melaporkan kepada guru jika berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan  Mencatat rekod kemalangan kecil dan kecederaan dalam buku rekod kecederaan  Memberi penerangan mengenai cara memadamkan kebakaran PERINGATAN :  Carta peraturan keselamatan hendaklah 14 .1 Keselamatan dan Organisasi Bengkel (Cadangan peruntukan masa ialah 1 minggu) a. Aras 3 merupakan aras pengayaan untuk murid yang berupaya melepasi pembelajaran Aras 1 dan 2. Hasil pembelajaran dibahagikan kepada tiga aras. Reka Bentuk dan Teknologi 1. Aras 2 merangkumi kandungan yang perlu dipelajari oleh semua murid selepas mereka menguasai kandungan Aras 1.RBT 3117 Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah pembelajaran dihuraikan dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh diukur. Contoh huraian untuk Tahun Empat diperincikan seperti di bawah. (Rujuk Huraian Sukatan KH untuk maklumat lanjut) ) Bidang/Unit/ Topik Pembelajaran Bidang Pembelajaran : 1. Guru boleh mengubahsuai cadangan ini dan mereka bentuk aktiviti tambahan yang bersesuaian dengan kebolehan murid dan keadaan sekeliling mereka. Peraturan keselamatan Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaaran Aras 1  Mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan aktiviti  Mempraktikkan cara menyimpan alatan dan bahan dengan selamat Guru menerangkan dan membincangkan :  Langkah keselamatan  Cara menyimpan alatan dan bahan secara tersusun. Pemeringkatan kemahiran dan pengetahuan kepada aras tertentu bertujuan untuk membantu guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dengan mengambil kira kadar pembelajaran dan keupayaan murid. Dengan ini kekompleksian pembelajaran meningkat dari Aras 1 ke Aras 3. Aras Aras 1 merupakan aras asas yang mesti dikuasai oleh semua murid sebelum mereka meneruskan pembelajaran ke Aras 2. Cadangan Aktiviti Pembelajaran Lajur ketiga.

ekonomi dan politik selaras dengan prinsip Rukunegara  Mata pelajaran Teras Dalam Kurikulum Kebangsaan Kuasa Nazir     bertanggungjawab memastikan taraf pengajaran yang memuaskan memeriksa institusi pendidikan mengikut tempoh yang sesuai menjalankan kewajipan lain sebagaimana yang diarahkan oleh menteri memberi nasihat ke atas pengurusan institusi pendidikan dan kepada guru-guru berhubung dengan kaedah pengajaran Apakah Surat Pekeliling Ikhtisas Yang Masih Diguna Pakai Dalam Pengurusan Kurikulum Di Sekolah? Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3 Analisis pekeliling-pekeliling ikhtisas berkaitan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Jadual Subseksyen 18(2) Kurikulum Kebangsaan  berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara  untuk memperkembang potensi individu secara menyeluruh  melahirkan w rganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan.RBT 3117 Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dipamerkan di dalam bengkel Rawatan lanjut bagi kecederaan perlulah dirujuk kepada doktor di hospital atau klinik yang berdekatan  1. sosial.berakhlak mulia. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran  Perlunya perubahan panitia mata pelajaran. 15 . bertanggungjaw ab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri     memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama kurikulum dan peperiksaan yang sama pendidikan yang pelbagai dan komprehensif/ menyeluruh memupuk perpaduan melalui pembangunan budaya. berketrampilan.  Pihak sekolah dikehendaki menubuh dan memperkemaskan lagi panitia mengikut panduan yang disediakan.

 Barang permainan Robot Kit yang digunakan perlu memenuhi ciri-ciri yang telah ditetapkan. inovasi ialah “ sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah baru. sistem.16/1988 Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan 1. Perdagangan dan Keusahawanan. adat dan lain – lain yang baru” dan dengan kata lainnya. 1/98 Alternatif Meringankan Beban Tugas Guru Kemahiran Hidup Sekolah Menengah  Guru Kanan Seni Perusahaan diperuntukkan waktu menyelenggara makmal sebanyak empat waktu seminggu yang diambil sebagai waktu bagi menjalankan tugas ini. 1. Apakah yang dikatakan dengan inovasi dalam kurikulum? 16 . Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.  Gunakan peruntukan perkapita Kemahiran Hidup & Reka Cipta. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4.3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran  Rekod pengajaran dan pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja iaitu Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian. inovasi ini boleh juga dikatakan sebagai sesuatu pembaharuan untuk menjadikan sesuatu itu lebih baik dan berkesan. edisi keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 1988  Mengganti pengajaran mata pelajaran elektif Seni Perusahaan. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.  Peruntukan masa ialah 2 waktu seminggu (30 minit x 2).1 Inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Pelaksanaan inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi? Menurut Kamus Dewan. 5/92 Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Mulai Tahun 1993  Pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah mulai sesi 1992/93 di Tahun 4. Sains Pertanian dan Sains Rumah Tangga.4 1. 3/98 Penggunaan Barang Permainan Elektronik Robot Kit di Sekolah Menengah  Sebagai alat bantu mengajar bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup & Reka Cipta.  Disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa.RBT 3117 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.

Walaupun ia mempunyai ciri dan sifat yang sama. Dengan kata lain. Sebagai contoh. ini membawa maksud. mata pelajaran seni perusahaan telah digantikan dengan mata pelajaran teknik dan vokasional yang lebih menepati kehendak dan keperluan masyarakat dan negara. Perubahan dalam fungsi dan objektif ini menyebabkan kurikulum yang telah dibentuk itu akan mengalami perubahan yang menyeluruh. Perkembangan. 17 . tetapi juga akan belajar mengenai akhlak. kemahiran manipulatif dan kemahiran tingkah laku merupakan ciri – ciri penting pelajar yang perlu dilahirkan dalam sesuatu sistem pendidikan. teori pengurusan serta pegunaan teknologi yang baru dalam pendidikan supaya pendidikan itu menjadi lebih berkualiti. kurikulum sebelumnya mungkin hanya mempunyai fungsi untuk mengembangkan mental atau kognitif pelajar – pelajar sahaja. Perubahan perkembangan ini membawa pendedahan kepada proses dan bentuk pengajaran yang baru dan sesuai dengan keperluan negara yang berkehendakkan modal insan yang berkualiti. pembelajarannya hanya tertumpu pada akedemik sahaja. ia wujud berdasarkan faktor – faktor luaran seperti perkembangan ilmu dan penemuan teori serta prinsip yang baru.eleman pembaharuan yang bermakna. Adalah pembaharuan yang dibuat tanpa memasukkan elemen . Sebagai contoh. tetapi ia berubah dari segi teknik dan alat yang digunakan bersesuaian dengan perkembangan dan permintaan semasa dan akan datang. Metamorphistik Wujud disebabkan oleh kemasukkan idea – idea baru atau pengenalan idea – idea baru kepada kurikulum. isi kurikulum. Tetapi pada masa sekarang. Jenis – jenis inovasi Homeostatik. Sebagai contoh. pembaharuan homeostatik ini membawa perubahan yang bersifat kebiasaan. Dengan penemuan – penemuan baru ini. memasukkkan teori pendidikan. serta kaedah pengajaran serta penilaian kurikulum juga mengalami perubahan.RBT 3117 Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Inovasi dalam kurikulum ialah kurikulum yang sedia ada akan diperbaharui supaya kurikulum itu akan menjadi lebih berkesan lagi dengan cara memasukkan elemen – elemen baru yang tidak terdapat pada kurikulum yang terdahulu. agama dan juga bersukan. wujud keperluan untuk melaksanakan suatu sistem pendidikan yang bertujuan mengembangkan psikomotor. pendekatan dan penyusunan isi. Pembaharuan neomobilistik ini membawa unsur atau elemen pembaharuan kepada kurikulum. Perubahan ini disebabkan oleh berbagai perkara. antaranya ialah mungkin terdapat persepsi baru mengenai fungsi dan objektif pendidikan. Perubahan bentuk ini adalah penting untuk mendapat pengiktirafan antarabangsa dalam era globalisasi. pelajar bukan hanya belajar untuk meningkatkan akedemik sahaja. Dalam masyarakat moden hari ini. Ia merangkumi rasional dan objektifnya. pertukaran guru besar dari sekolah A ke sekolah B kerana guru besarnya telah besara. Neomobilistik. Sebagai contoh. ini membawa maksud. afektif dan juga kerohanian pelajar. ia perlulah diambil kira dan perlu dimasukkan ke dalam kurikulum yang sedia ada bagi membolehkan ia selari dengan keadaan semasa serta lebih memberi faedah kepada pelajar. Perkembangan yang berlaku dalam masyarakat memerlukan beberapa pembaharuan kepada kurikulum yang telah dibentuk. Metamorphistik membawa perubahan yang sangat besar kepada kurikulum sehingga sebahagian besar elemen – elemen dalam kurikulum akan ditukar.

iaitu. teknologi dan moral telah memberi impak dalam pendidikan negara.RBT 3117 1. Perkembanga Pendidikan Global  Pelbagai penemuan dan penciptaan baru dalam pelbagai bidang ilmu yang terdapat di muka dunia ini telah menuntut supaya pendidikan di negara kita bergerak dengan lebih pantas supaya ilmu yang diperturunkan kepada anak bangsa terus relevan dengan keperluan semasa dan dapat memberikan manfaat kepada mereka pada masa yang akan datang. kestabilan dan keamanan negara. Idea – idea perubahan ini dicetuskan setelah mereka melihat. ekonomi. latihan pengajaran dan pembelajaran supaya pelaksanaanya dapat dijalankan dengan berkesan. Untuk projek pendidikan seperti ini. menggunakan teknologi dengan berkesan dan berkomunikasi dengan lancar Kemahiran – kemahiran ini penting untuk menjamin kehidupan yang harmoni dan sejahtera terutamanya dalam masyarakat majmuk dan juga supaya masyarakat Malaysia dapat bersaing dengan masyarakat antarabangsa. Sesuatu pendekatan yang baru perlu dipelajari dan dikuasai oleh mereka yang terlibat dengan program tersebut dari masa ke semasa. pendidikan teknologi maklumat. Untuk menyaingi proses perkembangan ini. politik. semua pihak yang terlibat dalam dunia pendidikan perlu proaktif dan peka dengan perubahan semasa dan menerima dengan rasional tanggungjawab untuk berubah. Keperluan mata pelajaran tertentu seperti pendidikan moral.4.     Perubahan semasa dalam keperluan negara dari aspek industri.2 Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Pembangunan dan pemupukan pemikiran dalam inovasi kurikulum Perubahan Semasa Yang Mempengaruhi Kurikulum Keperluan Negara. menyedari dan berfikir bahawa kurikulum yang sedia ada itu sudah kurang berkesan. Ketua pengarah pendidikan dan pengarah pendidikan. pelbagai keperluan perlu diadakan seperti peralatan. Ia mungkin disebabkan oleh isi kurikulum tersebut sudah tidak relevan lagi dengan keperluan semasa. Pembaharuan dalam bidang kurikulum tidak akan berlaku dengan sendirinya. Ia menjadi penting kerana semua mata pelajaran ini adalah bertujuan untuk melahirkan satu masyarakat yang serba lengkap dari segi berinteraksi dengan baik. iaitu terdiri daripada Menteri Pendidikan. Daripada kumpulan peringkat pertengahan: 18 . kemahiran hidup dan pendidikan bahasa merupakan disiplin ilmu yang sentiasa diberi perhatian oleh masyarakat. diwujudkan projek pendidikan seperti mewujudkan sekolah wawasan dan bestari untuk mewujudkan suasana yang diimpikan. Daripada kumpulan peringkat atasan. ia memerlukan pencetusan idea – idea baru oleh golongan – golongan tertentu untuk menggerakkannya. pengurusan. terdapat 4 kumpulan pencetus pembaharuan. Pada umumnya. Maka. Integrasi Nasional     Dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk.  Pencetus idea bagi mewujudkan pembaharuan. integrasi nasional memainkan peranan penting untuk kemajuan.

tidak hanya melibatkan orang yang berkait langsung dengan dunia pendidikan saja. pihak yang terlibat perlulah memberi perhatian yang sewajarnya supaya kurikulum yang ingin diterapkan di kalangan pelajar ini berguna serta memberi faedah kepada mereka Prinsip pengembangan dan inovasi kurikulum Pengembangan kurikulum adalah istilah yang komprehensif. dan hasil-hasil kurikulum itu sendiri. lentur dan fleksibel dalam pelaksanaannya. serta kemampuan dan latar bekang para pendidik 19 . pihak swasta seperti syarikat firma dan sebagainya Sebagai contoh: Pihak swasta misalnya telah mendapati bahawa pelajar lepasan institut pendidikan tinggi di negara kita kebanyakkannya tidak mempunyai kemampuan dan pengetahuan yang mereka harapkan untuk menggalas tugas yang mereka pertanggungjawabkan kepada pelajar lepasan Universiti ini. pegawai pendidikan dan sebagainya. mereka meminta supaya pihak yang bertanggungjawab supaya mengubah cara pelajar – pelajar ini dilatih di IPT supaya dapat menepati keperluan pekerjaan dan supaya mereka ini tidak perlu dilatih semula oleh majikan. bahan. selain daripada golongan dalam dunia pendidikan yang boleh mencetuskan pembaharuan. tingkat pencapaian program-program yang telah direncanakan. Dalam pengembangan kurikulum. didalamnya mencakupi perencanaan. pensyarah. para pendidik . Apabila menerima rungutan dan desakan seperti ini. Kumpulan ini mengesyorkan pembaharuan adalah berdasarkan pengalaman mereka sebagai golongan pendidik yang merasakan bahawa terdapat beberapa kelemahan yang wujud dalam sistem pendidikan atau kurikulum. seperti ahli politik. memungkinkan terjadinya penyesuaian-penyesuaian berdasarkan situasi dan keadaan tempat dan waktu yang selalu berkembang. Penilaian kurikulum merupakan tahap akhir dari pengembangan kurikulum untuk menentukan seberapa besar hasil-hasil pembelajaran. organisasi dan penilaian). Secara Dalaman Kurikulum mesti releven di antara komponen-komponen kurikulum (tujuan. Perencanaan kurikulum adalah langkah awal membangun kurikulum ketika pekerja kurikulum membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk menghasilkan perencanaan yang akan digunakan oleh guru dan pendidik. Penerapan Kurikulum atau implementasi kurikulum berusaha memindahkan perencanaan kurikulum ke dalam tindakan operasional. dapat menggunakan prinsip-prinsip yang telah berkembang dalam kehidupan sehari-hari atau justru menciptakan sendiri prinsip-prinsip baru. kelemahan . 1. Prinsip releven. berkemungkinan para pendidik tidak akan dapat melaksanakan tugas mereka dengan baik dan sempurna Daripada kumpulan peringkat bawahan. iaitu terdiri kumpulan sasaran ataupun penerima kurikulum dan dikenali sebagai pelajar. idea – idea pembaharuan juga boleh dicetuskan oleh golongan dari luar sistem pendidikan. Dalam pengembangan kurikulum. Pencetus perubahan dari luar. Prinsip fleksibiliti. Secara luara releven dengan tuntutan ilmu pengetahuan dan serta tuntutan perkembangan masyarakat 2. Prinsip-prinsip yang akan digunakan dalam kegiatan pengembangan kurikulum pada dasarnya merupakan kaedah-kaedah atau hukum yang akan menjiwai suatu kurikulum. dalam pengembangan kurikulum mengusahakan agar yang dihasilkan memiliki sifat luwes. pengusaha. namun di dalamnya melibatkan banyak orang. pengetua. strategi. Terdapat lima prinsip perkembangan kurikulum iaitu. iaitu terdiri dari golongan ibu – bapa. penerapan dan penilaian.kelemahan yang wujud ini bagi mereka perlu diperbaiki segera dan jika tidak. serta ahli masyarakat lainnya yang merasa mempunyai kepentingan dengan pendidikan.RBT 3117 Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Iaitu terdiri daripada kumpulan guru. Oleh itu.

kegiatan pengembangan kurikulum mencapai tujuan tanpa kegiatan yang membazir. 5. maupun antara tahap pendidikan dengan jenis pekerjaan. Prinsip efisyen. dan sumbersumber lain yang ada secara optimal. baik secara kualiti maupun kuantiti. kos. Pengalaman-pengalaman belajar yang disediakan kurikulum harus memperhatikan kesinambungan. Prinsip efektif. yakni adanya kesinambungan dalam kurikulum.RBT 3117 Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah 3. maupun secara horizontal. cermat dan tepat sehingga hasilnya berkesan. Prinsip Kesinambungan . 4. pengembangan kurikulum dapat mengoptimakan waktu. baik yang di dalam tingkat kelas. baik secara vertikal. antara tingkat tahap pendidikan. TAMAT TAJUK 1 20 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful