PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG

)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN

MODUL PENDIDIKAN JASMANI PJM3103

OLAHRAGA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

i

Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia ii . KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU.

4 Lari Jarak Sederhana dan Jauh 4 – 14 Tajuk 3 : Kemahiran Teknik Menyediakan Balapan Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan 3.KANDUNGAN MUKA SURAT Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Panduan Pelajar Pengenalan Agihan Tajuk Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 : Pengenalan Olahraga Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan 1.1 Lakaran Balapan 200 meter 3.2 Acara-acara Olahraga 1–3 i i iii .2 Lari Berganti-ganti 2.2 Lakaran Balapan 300 meter 3.1 Sejarah Olahraga 1.1 Lari Pecut 2.iv v vi Tajuk 2 : Acara Balapan Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan 2.3 Lari Berpagar 2.3 Lakaran Balapan 400 meter 15 – 23 .

2 Fasa Lontaran 24 – 28 Tajuk 5 : Acara Padang – Lompatan Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan 5.1 Gaya Lontaran 4.3.42 Tajuk 7 : Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan 7. Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian 43 – 51 .2 Lompat Tinggi 29 – 36 Tajuk 6 : Kemahiran Teknik Menyediakan Gelanggang Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan 6.Tajuk 4 :Acara Padang – Lontaran / Balingan Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan 4.1 Lompat Jauh 5.2 Garis Panduan Persediaan RPH 7.1 Pembinaan Gelanggang / Sektor 37 .1 Strategi Penyampaian 7.

1 Spesifikasi Penilaian dan Rubrik Pemarkahan Rujukan Panel Penulis Modul Panel Pemurnian Ikon Modul 52 .62 .Tajuk 8 : Kaedah Penilaian 8.

Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. 3. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. dan masa anda. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. vi . sumber-sumber pembelajaran.PANDUAN PELAJAR Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. 2. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Anda boleh berbincang dengan pensyarah. 1. 4. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda.

Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna. 6. Teliti maklumat yang diterima.5. 7. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda. vii .

Pada setiap akhir tajuk. tajuk enam. Kursus. Pengenalan Olahraga. Acara Lompatan. Tajuk satu. tajuk tujuh. latihan-latihan dan soalan-soalan tutorial disertakan untuk menguji kefahaman anda. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran dan tajuk lapan Kaedah Penilaian Olahraga. Acara Balingan. tajuk lima. Modul ini dirancang mengikut tajuk-tajuk Pro Forma Setiap tajuk mengandungi beberapa sub tajuk yang meliputi semua aspek kandungan kurikulum olahraga. soalan-soalan berbentuk refleksi. Semoga kursus ini dapat meningkatkan minat dan komitmen anda dalam profesion perguruan. v . Anda di kehendaki mencari dan mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan dan latihanlatihan tersebut untuk dibawa berbincang bersama pensyarah dan rakan-rakan sekumpulan anda. Selain daripada belajar sendiri melaui bahan-bahan modul ini. tajuk tiga. Diharapkan modul ini dapat memberi segala informasi dan latihan yang anda perlukan untuk berjaya dalam kursus ini. Major Pendidikan Jasmani Program Pensiswazahan Guru (PPG). Modul ini mengandungi 8 tajuk. Kemahiran Teknikal Menyediakan Balapan. tajuk dua Acara-acara Balapan. tajuk empat.Pengenalan Modul yang telah dirancang meliputi keseluruhan kurikulum kursus PJM3103 Olahraga. anda juga dikehendaki membuat rujukan dan panduan dari sumber-sumber lain untuk kefahaman lanjut. Kemahiran Teknikal Menyediakan Gelanggang (Sektor). Ia disediakan sebagai modul pembelajaran untuk membantu anda dalam pembelajaran kendiri.

1 Kemahiran Teknikal Menyediakan Gelanggang 5. Jam 10 1 2 3 4 5 3 3 3 3 15 13 5 7 13 45 16 8 10 16 60  NOTA : Ujian amali akan dijalankan diluar jam intraksi vi .2 Acara Balingan 3.2 Acara-acara Balapan 2.1 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran 5.2 Kaedah Penilaian Interaksi Bersemuka (jam) 3 Modul (Jam) 7 Jum.Olahraga Kandungan modul ini dibahagi kepada lapan (8) tajuk. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Pro Forma) Bil Tajuk/Topik 1.1 Acara Lompatan 4.1 Kemahiran Teknik Menyediakan Balapan 2. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.1 Pengenalan Olahraga 1.AGIHAN TAJUK Kod & Nama Kursus: PJM3103.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini. 3. diharap anda dapat: 1.TAJUK 1 : PENGENALAN OLAHRAGA Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi sejarah olahraga dan acara-acara yang terdapat dalam olahraga. 2. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan. menjelaskan sejarah perkembangkan olahraga menjelaskan asal usul pertandingan olahraga menyatakan dan menjelaskan acara-acara olahraga Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Pengenalan Olahraga Sejarah Olahraga Acara-acara Olahraga 1 .

v. Sukan Komanwealth dan Sukan Asia. 1500 m : 3000 m. Bagaimanakah acara olahraga boleh dikategorikan? Ia merangkumi beberapa acara berlainan yang menggunakan pergerakan-pergerakan asas seperti berlari. iv. Acara lari pecut (jarak dekat) Acara lari jarak sederhana Acara lari jarak jauh Acara lari berganti-ganti Acara lari berpagar Acara lari berhalangan : 100 m. Semua ini merupakan elemen yang penting dalam Sukan Olimpik Moden dan dipraktikkan di semua negara kerana nilai pendidikan dan peranannya dalam meningkatkan keadaan fizikal individu. ii. Sub Tajuk 2 : Acara-acara Olahraga Anda biasa mendengar dan melihat banyak acara-acara dalam olahraga. Pengelolaan kejohanan olahraga secara tersusun dikatakan telah bermula pada zaman klasik lagi terutamanya Sukan Olimpik Kuno. vi. Mungkin anda telah mengetahui bahawa olahraga bermula dari Sukan Olimpik Moden pertama yang telah dijalankan di Athens dalam tahun 1896 dan tertubuhnya Persatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) pada tahun 1912.110 m (L) dan 400 m (L& P) : 3000 m 2 . Acara-acara tersebut boleh dibahagikan kepada dua bahagian iatu acara balapan dan acara padang. Acara balapan boleh dikategorikan seperti berikut: i. 200 m dan 400 m : 800 m . 5000 m dan 10000 m : 4 x 100m. 4 x 200m dan 4 x 400m : 100 m (P). iii.Sub Tajuk 1 :Sejarah Olahraga Tahukah anda bahawa olahraga merangkumi beberapa acara yang berasaskan kepada aktiviti fizikal yang bersifat saingan atau perlumbaan. membaling dan melompat. Antara sukan-sukan besar yang mendapat liputan meluas di peringkat antarabangsa adalah Sukan Olimpik. Ia juga merupakan asas yang diperlukan untuk prestasi optimum dalam sukan lain disamping menawarkan peluang kepada penyelidik untuk mengkaji pergerakan manusia.

Acara balingan : Merejam lembing. Acara lompatan : lompat tinggi. 2. 3 . lompat kijang dan lompat bergalah Aktiviti 1. jelaskan sejarah perkembangan olahraga di Malaysia dengan lebih terperinci.Acara padang pula terdiri daripada: i. melontar peluru dan membaling tukul besi ii. Senaraikan acara-acara balapan dan acara padang yang dipertandingkan pada peringkat sekolah rendah dikejohanan Olahraga MSSM. Dengan merujuk maklumat dari buku dan internet.1 1. lompat jauh.melempar cakera.

lari berganti .ganti dan lari berpagar. lari berpagar dan penerangan tentang jenis-jenis acara lari jarak sederhana & jauh.ganti dan lari berpagar.TAJUK 2 : ACARA BALAPAN – LARI PECUT. 3. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini. lari berganti . 5. lari berganti . 6. 4. LARI BERGANTI – GANTI LARI BERPAGAR. menjelaskan teknik larian jarak sederhana dan jarak jauh dengan cara yang tepat. menjelaskan undang-undang dan peraturan dalam acara lari pecut. 2. perbincangan.ganti dan lari berpagar dengan cara yang betul. lari berganti-ganti. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan. menjelaskan fasa-fasa dalam lari pecut. menyatakan peraturan larian jarak sederhana dan lari jarak jauh. ciri-ciri pelari jarak sederhana & jauh. Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Acara Balapan Lari Pecut Lari Berganti-ganti Lari Berpagar Lari Jarak Sederhana Dan Jarak Jauh 4 . menyatakan jenis-jenis acara yang terdapat dalam kategori lari jarak sederhana dan jarak jauh. teknik larian dan peraturanperaturan lari jarak sederhana & jauh. diharap anda dapat: 1. menjelaskan teknik kemahiran asas lari pecut. peraturan-peraturan lari pecut. LARI JARAK SEDERHANA DAN JAUH Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan.

22 meter dan maksima 1. Di peringkat antarabangsa. pertandingan. Sub Tajuk 2.Pendahuluan Anda tentu dapat mengenali acara-acara trek atau balapan kerana acaranya adalah acaraacara yang berbentuk larian di trek. panjang trek boleh diubah suai kepada 200 meter atau 300 meter jika padang sekolah tidak cukup besar untuk trek 400 meter. trek mengandungi lapan lorong sejauh 400 meter. Di peringkat sekolah. acara lari pecut menggunakan teknik permulaan gaya dekam.1 : Lari pecut Lari pecut memerlukan seseorang berlari sepantas mungkin dalam jarak tertentu (dekat) yang memerlukan tenaga yang tinggi iaitu sistem tenaga anaerobik. Tiap-tiap lorong lebar minima 1. Faktor yang Dalam mempengaruhi kepantasan ialah kekerapan langkah dan panjang langkah. 5 .25 meter .

Kepala dan leher didongak. Letakkan kaki di blok Lutut kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan Ruang seluas buku penumbuk Permulaan Gaya Sederhana (Medium) a. c. b. v. Ruang di antara 2 tapak kaki adalah seluas buku penumbuk Kedudukan tangan. iv. rapat kepada garisan Blok hadapan diletak 2 tapak dari garisan permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan iii. Lutut kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan Ruang seluas buku penumbuk Permulaan Gaya Panjang (Elongated) a. Fasa permulaan Permulaan Gaya peluru: i. Berdiri di blok. mata pandang ke hadapan 6 .Lari pecut boleh dibahagikan kepada fasa-fasa berikut: i. Kedua belah tangan lurus dan dibuka seluas bidang bahu. Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki Hadapan c. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka luas dengan jari-jari lain rapat di antara satu sama lain. Blok di hadapan berada 2 tapak dari garisan permulaan dan blok belakang 2 tapak dari bahagian hadapan blok hadapan b. kepala dan leher a. c. ii. Blok hadapan diletak 2 tapak dari gaaris permulaan dan blok belakang 3 tapak dari bahagian hadapan blok hadapan b. diletak di belakang garis permulaan.

Pertukaran baton perlu dilakukan dalam zon pertukaran baton iaitu sepanjang 20 meter. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya Dimulakan dengan larian /pecutan dalam jarak 30 – 60 meter. Fasa penamat a.ii. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini Tahap kelajuan maksima atlet akan ditentukan oleh tahap kuasa dan kekuatan ototnya serta bagaimana kelajuan dapat dikekalkan iv. d. Fasa Sedia a. Atlit akan terus memecut serta mengekalkan kelajuan melintasi garisan penamat. secara bergilir-gilir dengan sepantas yang mampu. Tonjolkan bahagian torso (badan-dada) ke hadapan Bahu diangkat dan tangan ditarik ke belakang Sub Tajuk 2. b. Contoh :. d. Fasa Berlepas a. e.2 : Lari Berganti-ganti Acara ini memerlukan sekumpulan peserta yang terdiri daripada empat orang. Faktor yang paling penting untuk menamatkan larian ialah untuk berlari 10 m lebih dari jarak larian sebenar. Badan diangkat dan condong ke hadapan Kedua tangan lurus menahan berat badan Kaki belakang hampir lurus Kepala pandang hadapan iii. Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan pantas serta tahap rendah b. c. Faktor pertukaran baton yang cekap dan licin merupakan faktor penentu kemenangan dalam acara ini. c. c. b. kedudukan condong ke hadapan dan akan berubah d. pelari haruslah berlari untuk 110 m. berlari mengikut jarak tertentu. 7 .Larian untuk larian 100m.

8 .

 Zon sambut kedua dan terakhir 4 x 400m ialah garisan 10m di kedua-dua belah garisan permulaan/penamat  Lari berganti-ganti 4 x 100m dan kalau boleh 4 x 200m hendaklah dijalankan dalam lorong sepenuhnya. pelari pertama berlari dalam lorong sendiri. Kedudukan baton yang menjadi penentu bukan kedudukan tubuh. 9 .  Dalam 4 x 100m dan 4 x 200m. kaki atau tangan peserta.  Bagi 4 X 400m. Peraturan ini dikuatkuasakan jika terdapat lebih daripada 4 pasukan.  Garisan tengah zon sambut pertama 4 x 400m ( atau zon sambut kedua 4 x 200m) sama dengan garisan permulaan 800m. pelari kedua berlari 100m dalam lorong sendiri sehingga ke garisan memotong masuk lorong pertama (cut in line) selepas itu masuk ke lorong pertama. Komposisi dan susunan larian peserta-peserta dalam pasukan hendaklah diisytiharkan secara rasmi sejam sebelum masa panggilan pertama pusingan pertama.   Peserta tidak boleh menghalang atau mengganggu peserta lain.  Baton hendaklah diserahkan di dalam zon sambut. Setelah pertandingan bermula hanya dua peserta boleh digantikan.Peraturan 170 : Lari berganti-ganti  Garisan-garisan setebal 5sm hendaklah dibuat merentasi balapan bagi menandakan jarak peringkat larian dan menentukan garisan pembahagi. pelari-pelari kecuali pelari pertama sesuatu pasukan itu boleh memulakan lariannya tidak melebihi 10m keluar daripada zon sambutnya. Satu tanda yang jelas akan diletakkan pada setiap lorong bagi menandakan had luar zon.Pelari ketiga dan keempat akan menerima baton mengikut susunan kedudukan di selekoh 200m.  Setiap zon sambut hendaklah sepanjang 20m dengan garisan pembahagi ditengahtengahnya.

110 meter – lelaki dan 400 meter – lelaki & wanita ).3 : Lari berpagar Dalam acara ini. Peraturan 168 : Lari Berpagar ( Rujuk Buku Peraturan Olahraga KOAM ) 10 . ianya memerlukan seseorang membuat larian untuk satu jarak yang mempunyai halangan dengan sepantas yang terdaya terdiri daripada beberapa kategori dan jarak ( 100 meter – wanita.Sub Tajuk 2.

separuh marathon dan marathon  Ciri-ciri Pelari Jarak Sederhana dan Jarak Jauh Pelari yang mengambil bahagian dalam acara-acara jarak sederhana dan jauh perlu mempunyai ciri-ciri tertentu.3000 meter. 10 km. Pelari bijak mewujudkan pendekatan terbaik untuk lariannya tanpa banyak terpengaruh dengan larian peserta lain. Antara ciri-ciri adalah seperti berikut:     Pelari jarak sederhana dan jarak jauh harus mempunyai keupayaan fizikal dan mental yang tinggi. 3000 meter berhalagan .2000 meter berhalangan.1500 meter  Larian Jarak Jauh . 11 . ketahanan kelajuan dan dayatahan semasa berlari.4 : Lari Jarak Sederhana dan jarak jauh Larian jarak sederhana dan jarak jauh sama dengan lari pecut.800 meter . Bentuk dan pendekatan latihan lari jarak sederhana dan jarak jauh sedikit berbeza dengan lari pecut terutama dari segi jenis-jenis latihan dan juga intensiti latihan.  Larian Jarak Sederhana . Mempunyai keseimbangan yang tinggi antara kelajuan.000 meter . dayatahan kelajuan dan kelajuan terutama semasa menghampiri garisan penamat. Larian jarak sederhana dan jauh memerlukan daya tahan. strategi dan psikologi yang tinggi semasa mengambil bahagian dalam larian. cuma berbeza dari segi teknik dan perlakuan sahaja. 5000 meter. halangan dan peraturan larian.Sub Tajuk 2. Larian jarak sederhana dan jarak jauh mempunyai persamaan dari segi teknik berlari.Merentas desa. 10. Pelari memerlukan taktik. Perbezaannya cuma dari segi jarak.

pelari akan bermula di garisan permulaan satu setengah ’stagger’ dengan pelari akan berlari di lorong masing-masing sehingga selepas 100 meter barulah pelari memotong masuk ke lorong sebelah dalam.  Permulaan Larian Semua permulaan bagi lari jarak sederhana dan jarak jauh adalah sama iaitu dengan cara berdiri. 12 . Kombinasi keseluruhan badan akan memberi kelebihan dan kekuatan untuk bergerak dengan lebih pantas. pelari akan berlari dipermulaan ’mess start’ iaitu bermula di garisan lengkung secara beramairamai dan terus masuk ke lorong sebelah dalam. pelari akan bermula larian dengan cara ’mess start’ iaitu bermula di garisan lengkung beramai-ramai.  Semasa Larian Teknik-teknik larian bergantung kepada bentuk badan serta kekuatan ayunan kaki dan tangan pelari. Teknik Larian Teknik larian bermaksud cara pelari melakukan larian dari permulaan larian sehingga ke penamat larian. Jika peserta 8 orang dan kurang. pelari akan bermula larian dengan dua cara iaitu:   Jika peserta lebih dari 8 orang. Bagaimana pun latihan sistematik adalah penting bagi penyesuaian diri pelari tersebut dengan acara yang disertainya. Dalam semua acara larian jarak sederhana dan jarak jauh. Permulaan larian dilakukan oleh pelepas di tempat permulaan dengan arahan ’ Ke garisan!!. Bagi acara 800 meter. dan tembakan pistol dilepaskan’.

 Pelari hendaklah mengelak dari menoleh ke belakang atau ke sebelah.  Peraturan Larian Jarak Sederhana dan Jarak Jauh     Permulaan larian menggunakan gaya berdiri Bagi acara-acara sehingga dan termasuk 10km. peserta bebas memasuki lorong yang dikehendaki.  Elak memotong pelari lain di bahagian selekoh balapan  Menamatkan Larian Cara menamatkan larian adalah sama dengan acara-acara larian yang lain iaitu dengan menghampiri bahagian torso ke garisan penamat.  Berlari mengikut rentak keupayaan sendiri  Meningkatkan dan mengekalkan kelajuan sepanjang larian. kedudukan badan pelari hendaklah dalam keadaan lurus dengan kepala pada kedudukan selari dengan torso serta dalam situasi menegak dan seimbang.  Mata pelari hendaklah ditumpukan pada satu titik lebih kurang tiga meter dihadapannya. minuman/pembasahan hendaklah disediakan. jika keadaan cuaca memerlukan ia disediakan.  Berlari di lorong paling dalam. 13 . peserta akan berlari mengikut lorong masing-masing sehingga ke 100 meter pertama dan selepas melintasi satu garisan lengkung yang ditanda dengan bendera diluar balapan.Teknik berlari dengan betul:  Semasa berlari.  Perlakuan menghalang pelari lain dikira satu kesalahan dan larian pelari tersebut dibatalkan. Pelari tidak dibenarkan mengambil minuman dari mana-mana tempat yang bukan dikhaskan Bagi acara 800 meter dengan garis permulaan satu setengah ’stagger’.

14 . Senaraikan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari-pelari jarak sederhana dan jarak jauh semasa bertanding. Lakarkan satu balapan 400 meter dan tunjukan tempat-tempat permulaan 800 meter serta tempat garisan memotong 100 meter pertama.Aktiviti 2. Apakah faktor-faktor yang dapat mempengaruhi larian seorang pelari pecut.1 1. Apakah panduan yang boleh digunakan untuk menyusun pelari dalam acara lari berganti-ganti? 5. Nyatakan kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari-pelari dalam acara lari berpagar. 3. 4. 2.

3. menjelaskan perkara-perkara penting sebelum menyediakan sesebuah balapan. 2. menjelaskan langkah-langkah yang perlu diambil semasa menyediakan sesebuah balapan. melaksanakan penyediaan sesebuah balapan dengan ukuran yang tepat. 300m dan 400m. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan. Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Penyediaan Balapan 200 Meter 300 Meter 400 Meter 15 .TAJUK 3 : TEKNIK MENYEDIAKAN BALAPAN Sinopsis Tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan dan perbincangan cara-cara menyediakan balapan 200m. diharap anda dapat: 1.

2 Keluasan sebenar padang dan keupayaan lorong Balapan 400 meter 300 meter 200 meter Bil. bergantung kepada keluasan sesuatu kawasan.18 m2 16 .1: Pembinaan Balapan ( 400 Meter. 300 Meter Dan 200 Meter ) 3. Sub Tajuk 3.219.86 m2 > 4. Di peringkat antarabangsa.82 m2 > 10. Tiaptiap lorong lebar minima 1.1 Keperluan Awal 3. Lorong 8 6 8 6 8 6 Keluasan > 16.86 m2 > 9.Pendahuluan Untuk menjalankan sesuatu kejohanan olahraga sebuah trek atau balapan perlu diadakan samada di atas padang rumput mahupun padang tiruan.1. 300 meter dan 400 meter. panjang trek boleh diubah suai kepada 200 meter atau 300 meter jika padang sekolah tidak cukup besar untuk trek 400 meter.1.710. trek mengandungi lapan lorong sejauh 400 meter.22 meter dan maksima 1.1. Dengan adanya balapan larian sesuatu acara balapan dapat dijalankan dengan sempurna.804.482.248.1. Panjang balapan biasanya dibina sepanjang 200 meter. Di peringkat sekolah.25 meter .1.1 Tentukan keluasan padang untuk menentukan .448.36 m2 > 5.17 m2 > 15.    Balapan 400 meter dengan 8 lorong atau 6 lorong Balapan 300 meter dengan 8 lorong atau 6 lorong Balapan 200 meter dengan 8 lorong atau 6 lorong A B A m x B m = AB m2 ( luas ) 3.

Ketahanan pada panas yang tidak akan berubah pada suhu padang.1. 2 Keperluan Alatan  Besi penanda ( 15 batang )  Pita ukur ( fibre glass tahan panas ) 100 meter  Pita ukur ( steel ) 50 meter  Pita ukur ( steel ) 30 meter  Kabel / Dawai 3mm ( 60 meter )  Tali ( 7mm – 10mm ) 120 meter  Paku 20sm ( 20 batang )  Kereta minyak / cat  “Roller” atau berus cat ( 5sm )  Tukul besi Nota:  Penanda perlu menggunakan besi yang panjangnya antara 30sm – 50 sm  Pita ukur. Pita fibre . Panjang padang = x meter Lebar padang = y meter Jumlah lorong = 8 / 6 / 4 lorong Lebar lorong = 1.21 m – 1. Pita ukur plastik atau fibre bermutu rendah akan mudah mengembang pada suhu tinggi dan mengecut pada suhu rendah.Disyorkan untuk mengelakkan berlakunya pita ukur mengembang. 17 . Penggunaan pita ukur berbeza panjang adalah untuk memudahkan kerja mengukur di jarak yang bersesuaian.23 m Lebar/Tebal garisan = 5 sm 3.3 Pelan balapan mengikut ukuran yang telah dipilih berdasarkan keupayaan padang.3. Pita besi .1.1.

Tiang penamat.3.50 m Bendera = 30 sm x 40 sm         18 . Garisan memotong ( cut-in ) 5 sm.21 meter ( minimum ) hingga 1.00 sm Lebar tiang = 5 sm Bendera Memotong ( Cut-in ) . .Tinggi tiang = 1.23 meter ( maksimum) P ialah kawasan bahagian dalam balapan.00 – 3. lebar garisan ialah 5 sm.50 m Tebal tiang = 2. Garisan permulaan dan garisan penamat.3 Panduan Membuat Garisan y x f p f1    Jarak f ke f1 ialah antara 1. Tiap garisan lebarnya ialah 5 sm.1. Lebar lorong dikira daripada bahagian dalam garisan ( tepi bahagian dalam garisan seperti di “f” ) ke “ f1”.Tinggi tiang = 1.

00 m 10.00 m 10.1.  Zon Pertukaran Baton Zon Menerima baton Zon Menunggu 10.00 m  Garisan memotong ( cut-in ) 19 .4 Zon-zon di balapan.3.

0m dan 200m = 10. . D N C M F J H K E P E G A B .1 Membina Balapan 400 M  Cari keluasan padang ( panjang & lebar padang )  Kenalpasti jenis trek yang boleh dimasukkan mengikut keluasan padang  Lebar padang di bahagikan kepada 3 bahagian dan memanjang padang dibahagi kepada 5 bahagian. Segitiga hendaklah dibuat ditengah-tengah garisan padang.Sub Tajuk 3. 300m =15.Sekiranya untuk trek 400m. Dalam sub tajuk ini. Beberapa perkara perlu dipertimbangkan semasa merancang dan seterusnya melaksanakan pembinaan sesebuah balapan larian.0m. Panjang garisan lurus AB/DC= 400m tolak panjang lengkok 20 .0m.HJK dan GEF adalah segitiga sama dengan sudut 60o . pengetahuan serta kemahiran perlu ditagih dari kumpulan guru terutama guru sukan atau guru Pendidikan Jasmani. anda akan didedahkan cara-cara membina balapan sepanjang 400 meter.2 : Balapan 400 Meter Untuk membina sesebuah balapan. Anggaran panjang segitiga adalah dicadangkan bagi trek 400m =20. 3.2. CMEB + DNPA bahagi 2.

142) x 32. = 86.5 = 30.72 Lengkok PN = 60/360 x 2(3.635 + 113.054 – 225.792 Panjang lengkok PN = 60/360 x 2(3.276 + 54.30m dan lebar lorong 1.807 Lengkok APND + BEMC = 63..084 = 120.142) x 49.27 Panjang garis lurus AB/DC = 400m – 227.138 x 2 = 66.73.386 = 7.386 Lorong 2 + 1.64 = 33.192 + 124.67m Jarak lengkok APND + BEMC lorong 3 tolak jarak APND + BEMC lorong 2 Stagger lorong 3 = 240.529 = 112.693 + 112. ( panjang garis segitiga tidak perlu diubah ) .20m.142) x 50.36 + 120.415 x 2 = 68.42 = 52.22m Lengkok AP + ND = 60/360 x 2(3.142) x 49.86 x 2 = 63.896 = 61.20 = 30.192 = 248.Contoh : sekiranya panjang AK = 29.20 = 51.527 = 233.164 Lengkok PN = 60/360 x 2(3.142) x 29.334m Stagger lorong 4 dan seterusnya juga dikira sebagaimana jadual di atas.30m dan sekiranya tidak berbendul ditolak 0.084 Lengkok APND + BEMC = 66.22m Lorong 1: Lengkok AP + ND = 60/360 x 2(3.384 Tambahan lorong seterusnya dibuat mengikut kiraan seperti jadual diatas  Permulaan 400m dan 4x100m Stagger lorong 1 = 0 Jarak lengkok APND + BEMC lorong 2 tolak jarak APND + BEMC lorong 1 Stagger lorong 2 = 233.635 =227.164 + 51.Sekiranya ditolak 0.36 = 240.529 Lengkok APND + BEMC = 61.0m.276 Lengkok PN = 60/360 x 2(3.27 = 172.42 = 31.83 + 55.527 +116.72 – 225.142) x 31. 21 .896 + 30.365m .22m Lengkok AP + ND = 60/360 x 2(3.72 + 52.054 Lorong 3 + 1.64 = 54.Bagi garisan dalam yang dipasang bendul panjang KA/JD dan HP/HN ditolak 0.362 Lengkok APND + BEMC = 68.386 = 15.142) x 51.72 Lorong 4 + 1.807 = 116.86 = 55.843 = 113.5 = 51.142) x 52.86 = 34. .693 = 225.5m.142) x 30. KJ =20.582 x 2 = 61. JD = 29.22m Lengkok AP + ND = 60/360 x 2(3.142) x 29.5m Panjang lengkok AP+ND = 60/360 x 2(3.843 Panjang lengkok APND + BEMC = 61.362 = 124.792 + 51.83 Lengkok PN = 60/360 x 2(3.

83m Pelari ketiga = 3.83m (1/2 stagger ) Pelari keempat = 1.67m ( 1 stagger ) Pelari kedua = 3.835m ( ½ stagger ) = 10m dari di belakang garis penamat = 10m dari belakang garis penamat = 20m ( tambah 10m di belakang dan hadapan garis )  Stagger 4 x 200m Garis tengah Pelari pertama Pelari kedua Pelari ketiga Pelari keempat Zon pertukaran bato = 11. Contoh: Zon menunggu  Arah larian 10m 10m 10m Zon pertukaran baton  Stagger 4 x 400m Garis tengah Pelari pertama Pelari kedua Pelari ketiga Pelari keempat Zon pertukaran baton = 11.505m ( 1½ stagger ) = 3.92m Zon pertukaran baton = tambah 10m hadapan dan 10m belakang dari tengah Zon menunggu tambah 10m di belakang zon pertukaran.67m ( 1 stagger ) = 3. Stagger 4x100m Garis tengah flaoting Pelari pertama = 7.83 ( ½ stagger ) = 0m ( pelari pertama 200m ) = 20m ( tambah 10m di belakang dan hadapan garis ) 22 .505m (1½ stagger ) = 7.

Bincang dalam kumpulan dan rancang pembinaan sebuah balapan sepanjang 200 meter. a. Bincang dan senaraikan perkara-perkara yang perlu sebelum anda hendak merancang pembinaan sesebuah balapan. 200m – L m ( untuk balapan 400 m ) c. Stagger L m Lorong 2 – L m Lorong 1 = ½ stagger 4. GR = √2y2[ 1-kos(57. Lengkung a=1/3 x 3.1 1. 2. 23 . Garisan rentas ( kawasan lengkung zon pertukaran baton dan stagger.288x w /y)] Aktiviti 3. Hasil tugasan perlu dinyatakan bersama grafik dan ditulis dengan ukuran yang tepat. a=b b.a2 b= 1/3 x 3.142 x a1. c.142 x b1 – b2 Jumlah L = a+b+c 2. 150m – L m ( untuk balapan 300 m ) d. Rumus Mencari Lengkungan Balapan 1. Garis lurus (GL) a. 100m – L m ( untuk balapan 200 m ) 3. b.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini. menjelaskan fasa-fasa dalam acara lontaran. diharap anda dapat: 1. 3. menjelaskan teknik dan cara yang tepat semasa lakukan acara lontaran menjelaskan peraturan am dalam acara lontaran Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Acara Lontaran Gaya Lontaran Fasa Lontaran 24 . perbincangan tentang gaya lontaran dan teknik lontaran serta peraturan-peraturan dalam acara lontar peluru.TAJUK 4 : ACARA PADANG – LONTARAN / BALINGAN Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan. 2. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

menggunakan kekuatan tangan. iii. i. 25 . Peluru boleh dipegang dengan dua cara iaitu dengan menggunakan lima jari atau memegang dengan tiga jari. Peluru dipegang dengan tiga jari tengah dan disokong oleh ibu jari dan jari kelingking. Pegangan peluru Lakuan sedia (Preparation) Lungsuran (Glide) Lontaran (Delevery) Pulihan (Recovery) Pegangan peluru Cara memegang peluru adalah sama bagi ketiga-tiga cara balingan. Secara amnya terdapat tiga gaya lontaran iaitu:    Lontaran gaya berdiri Gaya melungsur selangkah dan Gaya Parry O’ Brien Acara ini Sub Tajuk 4.Sub Tajuk 4.2 : Fasa-Fasa Lontaran Acara lontar peluru boleh dibahagikan kepada fasa-fasa perlakuan seperti yang berikut: i. ii.1 : Gaya Lontaran Di sekolah rendah. iv. acara balingan yang diajar hanyalah acara lontar peluru. v.

Lakuan sedia Bagi lontaran gaya berdiri. Kaki kanan melungsur ke tengah bulatan. pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan. Peluru diletak hampir leher dan bawah telinga. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku keluar. iii. pelontar berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu mengadap arah lontaran. 26 . membelakang sektor lontaran. Kaki kanan dibengkokkan dan kaki kiri dihayun ke hadapan dan ditendang ke belakang.bermula dengan berat badan pada kaki kiri. Lungsuran Tiada lungsuran bagi gaya lontar berdiri. Bagi gaya lungsur selangkah. Lengan diangkat hampir mendatar dan siku mengarah ke luar. Bagi gaya lungsur selangkah dan Parry O’ Brien. kaki kanan pula digerakkan ke bahagian tengah bulatan. Gaya Parry O’ Brien pula kedudukan badan dalam keadaan condong.ii. Peluru diletak rapat ke leher di bawah telinga.

Pulihan Langkah pulihan dilakukan dengan membawa kaki kanan ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan. v. Tangan kanan mengikut arah lontaran. Lontaran Rendahkan kaki kanan. Rujuk buku undang-undang KOAM 27 . peluru mesti menyentuh atau rapat dengan leher/pipi dan tangan tidak boleh direndahkan daripada paras bahu. Peraturan 188 : Lontar Peluru     Dilontar dari bahu dengan sebelah tangan sahaja. Tidak boleh dibawa ke belakang dari garis bahu. Kilaskan pinggang dan tangan kanan ditolak ke hadapan menyilang badan.iv. Memulakan lontaran. Secara serentak tangan kiri dihayun ke belakang dan luruskan kedua belah kaki. siku sentiasa di luar dan jauh dari badan.

Kenalpasti kesalahan-kesalahan yang sering berlaku dalam acara lontar peluru dan nyatakan jenis-jenis aktiviti ansur maju yang boleh meningkatkan prestasi peserta. Nyatakan teknik-teknik yang digunakan dalam acara lontar peluru dan nyatakan perbezaan bagi setiap teknik tersebut. 28 .Aktiviti 4.1 1. 2.

diharap anda dapat: 1.TAJUK 5 : ACARA PADANG .LOMPATAN Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan dan perbincangan tentang gaya lompat tinggi dan teknik lompat jauh serta peraturan-peraturan dalam acara lompatan. menjelaskan fasa-fasa dalam acara lompatan. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini. menjelaskan teknik dan cara yang tepat bagi acara-acara lompatan menjelaskan peraturan-peraturan am dalam acara lompatan Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Acara Lompatan Lompat Tinggi Lompat Jauh 29 . 3. 2. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

1 : Lompat Jauh Terdapat tiga gaya yang biasa digunakan dalam acara lompat jauh iaitu gaya layar. 30 . Antara acara-acara padang yang dipertandingkan adalah acara lompat tinggi. memerlukan peralatan dan kawasan tertentu. Kebanyakan acara lompatan memerlukan aspek tinggi. koordinasi. gaya gantung dan gaya tendang kayuh. anda juga perlu tahu acara-acara padang. lombol bergalah. Sub Tajuk 5. melontar peluru dan membaling tukul besi.Pendahuluan Selain dari acara-acara trek. merejam lembing. kelenturan dan kuasa yang Acara Lompatan Acara lompatan dalam tajuk ini ialah lompat jauh dan lompat tinggi. lompat kijang. Acara padang terdiri daripada acara lompatan dan balingan. Acara-acara ini boleh dipertandingkan serentak Acara-acara padang dengan acara trek kerana ia dijalankan di bahagian dalam trek. lompat jauh. kepantasan. melempar cakera.

iii. i. 17 – 19 langkah (pelompat wanita pakar) dan 23 langkah (pelompat lelaki pakar). 31 .Acara lompat jauh bolah dibahagikan kepada empat fasa seperti yang berikut: i. iv. Bilangan langkah ke papan lonjak biasanya 11 – 14 langkah (pelompat novis). Fasa lari landas (Approach) Fasa lonjakan (Takeoff) Fasa penerbangan/layangan (Flight) Fasa pendaratan (Landing) Fasa Lari Landas Anda bermula dengan berlari pantas secara optimum dan terkawal dari tempat permulaan ke papan lonjak. Langkah pertama mestilah bermula dengan kaki lonjak. ii.

anda mestilah melunjurkan kedua-dua belah kaki ke hadapan dengan badan condong ke hadapan dan tangan dihulur ke hadapan hingga ke hujung kaki. pelompat seharusnya mencapai kelajuan maksimum. sama ada selepas atau sebelum garisan lonjakan menyentuh tanah di antara papan lonjakan dan kawasan pendaratan melakukan apa jenis balik kuang (‘somersault’) semasa membuat larian atau semasa melompat 32 . iv. Melonjak dengan menggunakan kaki lonjak. Kaki bebas dihayun tinggi ke atas untuk mendapatkan lonjakan yang tinggi. kaki digerakkan seperti mengayuh basikal. sama ada membuat larian tanpa melompat atau semasa membuat lompatan    melonjak dari luar hujung papan lonjakan. Mendarat dengan tumit dahulu mencecah pasir. tangan digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan semula. Fasa pendaratan Apabila badan mula jatuh. Peraturan 185: Lompat Jauh  Seseorang peserta itu gagal sekiranya :  menyentuh bumi selepas garisan lonjakan dengan mana-mana bahagian badannya. Fasa penerbangan/layangan Gaya badan dan pergerakan anda bergantung kepada gaya yang digunakan. Fasa Lonjakan Semasa tiba di papan lonjak. angkat kedua-dua belah tangan ke atas seolah-olah bergantung diudara di mana kedua-dua belah kaki diangkat ke belakang. iii. Apabila tangan mencecah tumit.ii. Bagi gaya layar. tangan dan kaki dirapatkan dan digerakkan ke hadapan. Bagi gaya tendang kayuh. Bagi gaya gantung pula.

tidak dikira batal sekiranya seseorang peserta itu berjalan balik di atas kawasan mendarat setelah meninggalkan kawasan mendarat dengan cara yang betul.   semasa mendarat. gaya timur dan gaya Fosbury Flop. Hanya gaya Fosbury Flop ini akan dibincangkan dalam tajuk ini. ii. iv.2 : Lompat Tinggi: Terdapat lima gaya yang biasa digunakan dalam acara lompat tinggi iaitu gaya gunting. gaya barat.  Rujuk buku undang-undang KOAM Sub Tajuk 5. kaki atau tangan ke garisan lonjakan atau lanjuran garisan lonjakan. gaya pelana. Lompat tinggi boleh dibahagikan kepada empat fasa seperti berikut: i.  semua lompatan hendaklah diukur bermula dari tanda mendarat yang paling hampir yang dibuat oleh mana-mana bahagian badan. Fasa lari landas/penujuan Fasa lonjakan Fasa penerbangan/layangan Fasa pendaratan 33 . menyentuh bumi di luar kawasan mendarat di antara tapak lonjakan dan bahagian kesan jatuh yang paling hampir tidak kira batal sekiranya seseorang peserta itu berlari di luar mana-mana bahagian luar garisan putih yang menandakan landasan lari. iii. Ukuran hendaklah dibuat serenjang (bersudut tepat) dengan garisan lonjakan atau lanjurannya.

Peserta yang kurang kegagalan di sepanjang pertandingan adalah pemenang.00m. L/Bergalah 2. adalah pemenang. Untuk tempat pertama.50m Berat : L/Tinggi 2kg.25kg  Seri :    Peserta membuat lompatan kurang di ketinggian seri. peserta diberi 1 percubaan ketinggian paling rendah yang tidak dapat melepasi sehingga dapat pemenang. 34 .Petaruran 182: Lompat Tinggi  Palang :   Panjang : L/Tinggi 4. L/Bergalah 4.

 Melonjak dengan sebelah kaki  Kegagalan :   Palang jatuh Peserta sentuh bumi sama ada di luar atau di antara tiang, sebelum melepasi palang.  Landas Lari dan Kawasan Lonjak      Jarak minimum : 15 m ( 20 m bagi kejohanan mengikut P 12.1(a), (b) dan (c) Jika keadaan mengizinkan : 25 m Keceruman maksimum keseluruhan landas lari dan kawasan lonjak TIDAK melebihi 1:250 ke arah palang Kawasan lonjak hendaklah rata

 Tiang :      Apa jua bentuk yang tegap Mempunyai sangga untuk menompang palang Cukup tinggi melebihi 10 sm drpd. paras sebenar palang dinaikkan Jarak antara tiang TIDAK kurang 4 m dan TIDAK lebih 4.04 m TIDAK boleh dianjak, melainkan Refri merasakan landas lari dan kawasan mendarat sudah tidak sesuai lagi. Ini hanya boleh dilakukan selepas satu pusingan  Sangga Palang :    Rata, berbentuk empat segi bujur : 4 sm x 6 sm Ruang di antara hujung palang dengan tiang sekurangnya 1 sm.

Kawasan Mendarat  Tidak kurang 5 m x 3 m ( Bagi pertandingan di bawah P 12.1, kawasan mendarat disarankan TIDAK kecil dari 6m x 4m x 0.7m )

NOTA : Ruang antara Tiang dan Kawasan Mendarat sekurangnya 10 sm

35

Aktiviti 5.1

1. 2.

Nyatakan dan senaraikan aktiviti-aktiviti ansur maju yang sesuai bagi acara lompat tinggi. Senaraikan kesalahan yang sering berlaku dalam acara lompat jauh dan jelaskan jenis aktiviti latihan yang sesuai untuk mengatasinya.

36

TAJUK 6 : KEMAHIRAN TEKNIK MENYEDIAKAN GELANGGANG/SEKTOR

Sinopsis Tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan dan perbincangan cara-cara menyediakan gelanggang / sektor lompat jauh / kijang / lompat tinggi, lontar peluru, lempar cakera dan rejam lembing. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. 3. menjelaskan perkara-perkara penting sebelum menyediakan sesebuah gelanggang / sektor. menjelaskan langkah-langkah yang perlu diambil semasa menyediakan sesebuah gelanggang / sektor. melaksanakan penyediaan sesebuah gelanggang / sektor dengan ukuran yang tepat.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Penyediaan Gelanggang

Lompat Jauh & Kijang

Lontar Peluru

Merejam Lembing

Lempar Cakera

37

1.1.1 Tentukan keluasan kawasan yang mencukupi jarak minima piawaian ukuran gelanggang / sektor.4 Menyediakan pasukan bertugas yang ada kemahiran 38 .  Besi penanda  Pita ukur ( steel ) 50 meter  Tali ( 7mm – 10mm ) 60 meter  Pancang Kayu 20sm  “Roller” atau berus cat ( 5sm )  Tukul besi  Cat ”spray” 6. kebanyakan gelanggang / sektor disediakan disuatu tempat yang telah diatur mengikut pelan yang dirancang seperti contoh sebuah stadium. bergantung kepada keluasan sesuatu kawasan dan kesesuaian tempat dari segi faktor keselamatan. Pembinaan gelanggang / sektor yang piawai.2 Tentukan ukuran piawaian mengikut sumber ukuran yang tepat berdasarkan buku / rujukan undang-undang olahraga IAAF atau KOAM 6. suatu gelanggang / sektor perlu diadakan samada di atas padang rumput mahupun padang tiruan.Pendahuluan Untuk menjalankan suatu aktiviti atau pertandingan acara lompatan dan lontaran.1 Keperluan Awal 6.1.3 Menyediakan keperluan alatan asas seperti.1.1.1. Sub Tajuk 6.1: Pembinaan Gelanggang/Sektor 6.1. 6.1. penyediaan gelanggang / sektor boleh diubah suai berdasarkan keperluan dan kawasan yang ada.1. sesuatu acara padang dapat dijalankan dengan sempurna dan disamping memberi peluang kepada peserta mematuhi peraturan acara yang ditetapkan. Dengan adanya gelanggang / sektor. Bagaimana pun di peringkat sekolah. Di peringkat antarabangsa dan kebangsaan.

1.22 meter dan lebar 300 mm.1 Sektor / Gelanggang Lompat Jauh Spesifikasi Penyediaan Sektor.6.2. Papan dicadangkan cat dengan warna putih Papan lonjak perlu ditempatkan berjarak tertentu ( mengikut kategori jantina & umur ) dari kawasan mendarat Terdapat kawasan mendarat yang berukuran 2. Papan dicadangkan cat dengan warna putih Terdapat kawasan mendarat yang berukuran 2.00 m Kawasan mendarat perlu diletakkan dengan bahan yang lembut    39 .   Terdapat landas lari yang berjarak tidak kurang dari 45 meter Terdapat papan lonjak yang mempunyai panjang minima 1.2.   Terdapat landas lari yang berjarak tidak kurang dari 45 meter Terdapat papan lonjak yang mempunyai panjang minima 1.2 Sektor / Gelanggang Lompat Kijang Spesifikasi Penyediaan Sektor.22 meter dan lebar 300 mm.1.1.2 Panduan Membina Sektor / Gelanggang 6.00 m Kawasan mendarat perlu diletakkan dengan bahan yang lembut seperti pasir   6.75 m x 9.75 m x 9.

    Terdapat kawasan landas lari yang berbentuk kipas berjejari 25 meter ke tempat mendarat (Lihat rajah di atas) Terdapat dua batang tiang yang diletak kiri kanan berjarak 4.1.2.3 Gelanggang Lompat Tinggi Spesifikasi Penyediaan Kawasan.2.00 – 4.04 meter Terdapat tilam mendarat yang berukuran 3.4 Sektor Lontar Peluru BLOK D EPAN LONTAR PELURU 40 .04 meter Terdapat sebatang palang ( ‘fiber’ ) yang berjarak 4.1.00 – 4.00 m x sekurang-kurangnya 75 sm 6.00 m x 5.6.

92 darjah mengunjur keluar dari pusat bulatan yang dikenali kawasan mendarat lontaran Terdapat satu bungkah penghadang yang diletak diatas garisan dibahagian bulatan bersudut ( seperti rajah ) 6.Spesifikasi Penyediaan Kawasan Lontar Peluru.2.    Terdapat bulatan lontaran yang bergaris pusat 2.1.5 Sektor Merejam Lembing Spesifikasi Penyediaan Kawasan.135 meter (Lihat rajah di atas) Terdapat dua garis lurus bersudut 34.    Terdapat kawasan landas lari berjarak tidak kurang 30 meter ke lengkungan rejaman (Lihat rajah di atas) Kawasan landas lari dibentuk oleh dua garisan berjarak 4 meter Terdapat dua garis lurus bersudut 29 darjah mengunjur keluar dari bahagian tengah kawasan landas lari yang berjejari 8 meter ( Lihat rajah di atas ) 41 .

1 3.1. 42 . Dalam kumpulan rancang pembinaan sebuah model gelanggang / sektor acara padang berdasarkan bentuk dan skala ukuran piawaian yang tepat. Bincang dan senaraikan perkara-perkara yang perlu sebelum anda hendak merancang pembinaan sesebuah gelanggang / sektor acara lontaran dan lompatan.    Terdapat bulatan lemparan yang bergaris pusat 2.50 meter (Lihat rajah di atas) Terdapat dua garis lurus bersudut 34.6 Sektor Melempar Cakera Spesifikasi Penyediaan Kawasan. 4.2.6.92 darjah mengunjur keluar dari pusat bulatan yang dikenali kawasan mendarat lemparan Kebiasaannya terdapat sebuah sangkar berjaring dengan ketinggian sekurang-kurangnya 4 meter ( seperti rajah di atas ) Aktiviti 6.

diharap anda dapat: 1. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan. memahami keperluan RPH dan menulis satu Rancangan Pengajaran Harian ( RPH ) bagi satu sesi pengajaran olahraga Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Strategi Penyampaian Garis Panduan Persediaan RPH Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian 43 . mengenalpasti kaedah dan strategi pengajaran pembelajaran Pendidikan Jasmani yang berkaitan dengan tajuk olahraga.TAJUK 7 : KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan dan perbincangan tentang strategi penyampaian. 2. garis panduan persediaan RPH dan penyediaan rancangan pengajaran harian.

a. Sub Tajuk 7.Buat tafsiran P5. Merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektf pembelajaran khusus dalam jangka pendek.sumbangsaran 44 .kerja bersama-sama .perbincangan kumpulan .Rancang penyelesaian P3. Anthony 1963).Buat kesimpulan b.1 : Strategi Penyampaian Jenis kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendididikan Jasmani bagi tajuk yang berkaitan olahraga adalah . Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Kaedah kumpulan .Pendahuluan Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Kaedah Kaedah Inkuiri (Penemuan) Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu: P1. “Merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih (Edward M.Kumpul maklumat P4.Kenal pasti masalah P2.main peranan .

Kaedah penyelesaian masalah Ia meliputi. ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi pencapaian matlamat.mendengar. .bimbingan rakan sebaya .d.unsur pembelajaran koperatif ialah ahli berintraksi diantara satu sama lain untuk mewujudkan persefahaman dan kemajuan murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah.projek . . memberi penjelasan untuk membolehkan kumpulan berfungsi dengan efektif.eksperimen .kepimpinan f.permuafakatan . Kaedah Kolaboratif Ia meliputi.tunjukcara atau demonstrasi . murid belajar secara aktif dan bukan hanya bergantung kepada guru. ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti ikut giliran. 45 .memberi pertolongan.lawatan e.pemerhatian . Kaedah Koperatif Unsur.memberi galakan.

Sub Tajuk 7. ( Dijalankan jika masa mencukupi )  Tunjuk Cara (Demontrasi) . Biasanya dijalankan secara station.ada perbezaan antara pasukan .arahan jelas  Ansur maju terkawal posisi penunjuk cara & murid fokus pengajaran & pembelajaran .penerapan semangat berpasukan .Tanpa rintangan kepada ada rintangan Kemuncak (Permainan Kecil)  Berunsur pertandingan .2 : Garis Panduan Persediaan RPH Fasa Permulaan  Aktiviti harus mengikut / bersesuaian kemahiran yang akan diajar  Aktiviti memanaskan badan harus ada kesinambungan dengan kemahiran yang akan diajar  Peralatan yang digunakan haruslah berkait dengan kemahiran yang hendak diajar.Mudah ke lebih kompleks .  Gerakerja kumpulan bermaksud beberapa kemahiran lain serta kemahiran yang diajar pada hari tersebut dijalankan dalam kumpulan kecil.Statik ke dinamik .menampakkan cirri-ciri keseronokan .berkait kemahiran yang diajar .Jarak ( Dekat ke jauh ) .suasana aktif & penglibatan ramai 46 . Fasa Perkembangan ( Gerakerja Kelas & Kumpulan )  Gerakerja Kelas bermaksud kemahiran/ tajuk yang hendak diajar pada hari tersebut dan semua pelajar/murid terlibat melakukannya.

3 : Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Pelajaran Tarikh Tahun Masa Bil. bersungguhsungguh BBM Penerapan nilai Kemahiran Generik : Membanding beza dan menyatakan teknik berlari pecut yang tepat dengan berjalan pantas.Penutup  Proses mengingat semula  Penilaian  Aktiviti gerak kendur  Refleksi Sub Tajuk 7. Kognitif Afektif Penggabungjalinan : Bahasa Melayu. bahasa Inggeris PSA : Pelajar pernah berlari dengan pelbagai gaya dan pelbagai kelajuan. tali. : menyatakan empat jenis aktiviti ansur maju lari pecut yang dilakukan.45 Pagi – 8. Matematik. patuh kepada arahan. murid akan dapat: Psikomotor : melakukan 4 aktiviti ansur maju lari pecut sebanyak 5 kali percubaan bagi setiap satu gaya pada pelbagai jarak. : Penanda.15 Pagi : 30 Orang : Kemahiran : Olahraga : Lari Pecut Objektif Pengajaran Dan Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran. Sains. Murid Tunjang 2 Tajuk Sub-tajuk : Pendidikan Jasmani : 2/7/2008 : 4 Arif : 7. : bekerjasama dan bersungguh – sungguh melakukan aktiviti pembelajaran. 47 . batang penyapu : Peka pada situasi. sabar.

lakukan rotasi ikut arah jam dalam 12 kiraan (Kaki) • Tangan cekak pinggang.  Tunjuk cara 2. Berlari dengan tumit sentuh punggung sejauh 20 meter dengan tangan.  Arahan Contoh: • Angkat sebelah kaki.  Lompat dengan sebelah atau dua belah kaki kedalam gelung.  Semasa berlari.TAJUK/ BAHAGIAN / MASA AKTIVITI FOKUS PEMBELAJARAN/ BUTIR MENGAJAR ORGANISASI/ PENGELOLAAN STRATEGI/ CATATAN PERMULAAN (5 MINIT)  Berlari Bebas  Berlari bebas dalam kawasan  Masuk ke dalam Gelung bila guru tepuk tangan. Berlari lutut diangkat tinggi  Dilakukan pada garis lurus  Pada jarak 20m dan 30m  Diulang 5 kali 48 . lutut diangkat separas pinggang  Guna hujung kaki  Tangan dihayun kedepan kebelakang  Dilakukan pada garis lurus  Pada jarak 20m dan 30m  Diulang 5 kali  Tunjuk cara PERKEMBANGAN P&P (12 MINIT) 1.tumit diangkat dan sentuh punggung  Tangan dihayun kedepan kebelakang  Mata pandang 5 – 10 meter kehadapan  Semasa berlari. lentikan badan kesisi dalam 10 ulangan (Pinggang).  Aktiviti regangan dan kelonggaran  Kaki  Pinggang  Bahu  Kepala  Berlari atas hujung kaki.

 Syaratnya apabila sampai pada suatu station.  Di lakukan pada garis lurus  Pada jarak 20m dan 30m  Diulang 5 kali 4. Mata pandang 5 – 10 meter ke hadapan 3. pelajar akan meniru satu gaya aktiviti. Berlari dengan langkah panjang  Berlari dengan hujung kaki  Lutut diangkat tinggi  Langkah dipanjangkan  Tangan dihayun kedepan dan kebelakang  Mata pandang 5 – 10 meter kedepan  Melonjak menggunakan hujung kaki dengan lutut ditinggikan  Tumit kaki bebas sentuh ke punggung  Kedua-dua kaki berada diudara seketika  Langkah dipanjangkan  Tangan dihayun kedepan dan kebelakang  Mata pandang 5 – 10 meter kedepan ‘Tiru Macam Saya’  Dijalankan mengikut station. ‘Bounding’  Di lakukan pada garis lurus  Pada jarak 20m dan 30m  Diulang 5 kali KEMUNCAK (8 MINIT)  Tunjuk cara  Intrapersonal 49 .

• Bangun perlahan. Dijalankan lebih kepada persembahan dan kerjasama ahli dalam kumpulan  Gunakan bunyibunyian sebagai rangsangan  Station: 1. Berlari tumit sentuh punggung 3. • Soal jawab cara hantaran dan menyambut bola dengan teknik yang betul  Kemahiran Generik  Rumusan 50 . Lakukan aktiviti ‘bounding’ 4.lahan sambil membuka pelukan. • Peluk badan sekecil-kecilnya. Berlari lutut tinggi 2. Berlari langkah panjang PENUTUP (5 MINIT) • Gerak Kendur  Aktiviti regangan dan kelonggaran Contoh:  Membesar dan Mengecilkan badan • Mengembang badan di atas hujung kaki.

3. 2. jalankan satu sesi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.Latihan 7. Rancang dan tulis satu rancangan pengajaran harian untuk acara lontar peluru bagi pelajar tahun 5 untuk jangka masa 30 minit. Tugasan ini perlu dibawa semasa intraksi berikut.1 1. Anda dikehendaki merakamkan aktiviti tersebut dalam bentuk audio visual. 51 . Berdasarkan RPH di atas. Nyatakan dan terangkan 4 kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani untuk tajuk olahraga. Nyatakan dan jelaskan 5 aktiviti ansur maju yang sesuai untuk pengajaran tersebut.

TAJUK 8 : KAEDAH PENILAIAN Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan tentang spesifikasi penilaian dan rubrik pemarkahan bagi beberapa acara olahraga serta menyatakan cara melaksanakan penilaian sesuatu acara. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini. diharap anda dapat: 1. 2. merancang dan menyenaraikan kriteria – kriteria penilaian memahami dan melaksanakan cara membuat penilaian dalam pengajaran olahraga Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Kaedah Penilaian Spesifikasi Penilaian dan Rubrik Pemarkahan 52 .

Seorang guru Pendidikan Jasmani perlu tahu bagaimana membuat penilaian bagi acaraacara olahraga yang diajarnya. Penilaian yang dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang keberkesanan pengajaran guru dan proses pembelajaran murid. 53 . Sebagai panduan. berikut contoh beberapa spesifikasi dan rubrik pemarkahan bagi 3 acara dalam olahraga iaitu lari berganti-ganti. Penilaian pengajaran dan pembelajaran olahraga hendaklah dijalankan secara berterusan.Pendahuluan Para guru menjalankan penilaian dari masa ke semasa adalah untuk memastikan bahawa segala usaha guru dan murid adalah menuju ke arah matlamat yang dirancang. lompat jauh dan lontar peluru. spesifikasi dan rubrik pemarkahan acara yang hendak dinilai harus dirancang secara teliti dan hendaklah dinyatakan secara khusus serta tepat. berasaskan tumpuan kepada acara-acara tertentu yang menekan aspek yang berikut:  Kecergasan fizikal  Tahap umur  Jantina  Kemampuan pelajar Sub Tajuk 8.1 : Spesifikasi Penilaian dan Rubrik Pemarkahan Untuk mendapat keputusan penilaian yang ada kesahannya. penilaian juga dapat memberi maklumbalas kepada guru tentang keberkesanan ia mengajar. Tujuan penilaian ialah untuk mengetahui sejauh manakah murid telah menguasai kemahiran yang telah di ajar. Selain daripada itu.

LARI BERGANTIGANTI 4 X 100 METER Menguji teknik memberi dan menerima baton 4 x 100 Meter Teknik Permulaan Sedia  Punggung tinggi daripada aras kepala  Berat badan dibawa ke hadapan. d.  Bahu melepasi garisan. Buat ‘check-mark’ Kedudukan sedia .  Koordinasi tangan dan kaki.  Mata memandang ke hadapan lebih kurang 1m. b.  Badan bersudut sepanjang 30m pertama. Teknik pegang baton  Pegang di ⅓ bahagian belakang baton.  Posisi dan kedudukan dekam. Peserta diberi 2 kali percubaan.mata pandang ‘check-mark’ Angkat tangan menerima ke belakang sebaik sahaja mendengar isyarak dari rakan. Mula  Masa tindak balas selepas isyarat mula diberikan. Peserta mula berlari apabila isyarat diberikan.       Gerakan tangan dari atas ke bawah Siku bengkok 90°. Tangan diluruskan semasa memberi baton Kedudukan pemberi berselang seli Memberi baton 1/3 bahagian hadapan kepada penerima. Penerima baton membuat ‘check-mark’ 10 markah Hasil Pembelajaran Indikator Prestasi Prosedur Markah c. a.  Hujung hadapan baton tidak mencecah trek. Genggam baton dengan kemas di belakang hujung baton.  Peserta melangkah ke garisan setelah isyarat diberikan. Pemberian baton berlaku dalam zon pertukaran.  Kedua-dua kaki bersudut.Spesifikasi Acara Lari Berganti-ganti Pelaksanaan Pentaksiran Komponen Ke garisan  Kemahiran memasang blok permulaan. e.  Tolakkan kaki belakang untuk melangkah. Pelari pertama bersedia di tempat permulaan. Peserta berlari di lorong sendiri.4 Blok permulaan Alatan : Penguji :Sekurangkurangnya 2 Orang Teknik Memberi Baton 10 markah Teknik Menerima Baton    10 markah   54 .  Ayunan tangan maksimum. baton berlaku dalam zon pertukaran. Balapan Baton . tangan dibuka seluas bahu di belakang garisan dan bahu selari dengan garisan.

Sedia  Punggung tidak tinggi daripada aras kepala  Berat badan tidak dibawa ke hadapan.Teknik Penamat    lari terus ke garisan melintasi garisan penamat dengan didahului bahagian ‘Torso’ tangan dihayun ke belakang semasa membuat ‘dipping’.  Posisi dan kedudukan dekam.     Badan bersudut sepanjang 30m pertama. Mula  Masa tindak balas selepas isyarat mula diberikan. Tiada koordinasi tangan dan kaki.  Posisi dan kedudukan dekam.10 Markah) (4 – 7 Markah) ( 1.  Teknik melakukan kemahiran kegarisan salah. tangan dibuka seluas bahu di belakang garisan dan bahu selari dengan garisan.  Mata memandang ke hadapan lebih kurang 1m.     Badan tidak bersudut sepanjang 30m pertama.  Posisi dan kedudukan dekam. Mengekalkan kepantasan.3 Markah) Ke garisan  Dapat memasang blok permulaan dengan teknik yang betul  Peserta melangkah ke garisan setelah isyarat diberikan.  Teknik melakukan kemahiran kegarisan salah. Ke garisan  Kemahiran memasang blok permulaan salah.  Kedua-dua kaki bersudut.  Teknik perlakuan betul dan perlu diperbaiki. Rubrik Pemarkahan Acara Lari Berganti-ganti INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN Cemerlang Sederhana Lemah (8 . KEMAHIRAN YANG DIUJI TEKNIK PERMULAAN Sedia  Punggung tinggi daripada aras kepala  Berat badan dibawa ke hadapan.  Peserta melangkah ke garisan setelah isyarat diberikan.  Dapat melakukan teknik sedia dengan betul dan tepat Ke garisan  Kemahiran memasang blok permulaan.  Tolakkan kaki belakang untuk melangkah. Ayunan tangan maksimum.  Bahu melepasi garisan. Teknik mula yang salah. tangan dibuka seluas bahu di belakang garisan dan bahu selari dengan garisan  Dapat melakukan teknik ke garisan dengan betul dan tepat Sedia  Punggung tinggi daripada aras kepala  Berat badan dibawa ke hadapan.  Kedua-dua kaki tidak bersudut. Koordinasi tangan dan kaki kurang sempurna Ayunan tangan kurang maksimum. tangan dibuka seluas bahu di belakang garisan dan bahu selari dengan garisan.  Teknik perlakuan betul dan perlu diperbaiki.  Tolakkan kaki belakang untuk melangkah.  Tiada tolakkan kaki belakang untuk melangkah.     Badan bersudut sepanjang 30m pertama.  Mata memandang ke hadapan lebih kurang 1m. Koordinasi tangan dan kaki betul Ayunan tangan maksimum. Teknik mula yang betul dan perlu diperbaiki. Mula  Masa tindak balas selepas isyarat mula diberikan.  Kedua-dua kaki bersudut. imbangan serta daya semasa menamatkan larian.  Mata tidak memandang ke hadapan lebih kurang 1m. 55 .  Bahu tidak melepasi garisan. Dapat melakukan teknik mula dengan betul dan tepat Mula  Masa tindak balas selepas isyarat mula diberikan.  Peserta tidak melangkah ke garisan setelah isyarat diberikan.  Bahu melepasi garisan.

. Dapat melakukan teknik sedia dengan betul dan tepat     Berhenti di garisan melintasi garisan penamat dengan didahului bahagian ‘Torso’ tangan dihayun ke belakang semasa membuat ‘dipping’.. imbangan serta daya semasa menamatkan larian. Hujung hadapan baton tidak mencecah trek Teknik Pegang baton   Pegang di ½ bahagian belakang baton. Penerimaan baton berlaku dalam zon pertukaran. Kedudukan pemberi tidak berselang seli. imbangan serta daya semasa menamatkan larian.       Gerakan tangan dari atas ke bawah. Hujung hadapan baton mencecah trek TEKNIK MEMBERI BATON       Gerakan tangan dari atas ke bawah.       Gerakan tangan dari atas ke bawah. Memberi baton ⅓ bahagian hadapan kepada penerima Pemberian baton berlaku dalam zon pertukaran. 56 .     Tidak menamatkan larian. imbangan serta daya semasa menamatkan larian.      Buat ‘check-mark’ Kedudukan sedia – mata tidak memandang ‘check mark’ Angkat tangan menerima ke belakang sebaik sahaja mendengar isyarat dari rakan. Mengekalkan kepantasan.. Siku bengkok 90° Tangan diluruskan semasa memberi baton. Genggam baton dengan kemas di belakang hujung baton. Penerimaan baton berlaku dalam zon pertukaran. Siku bengkok 90° Tangan tidak diluruskan semasa memberi baton. Kedudukan pemberi berselang seli. Mengekalkan kepantasan. Kedudukan pemberi tidak berselang seli. Teknik penamat salah. TEKNIK PENAMAT     lari terus ke garisan melintasi garisan penamat dengan didahului bahagian ‘Torso’ tangan dihayun ke belakang semasa membuat ‘dipping’. Memberi baton ⅓ bahagian hadapan kepada penerima Pemberian baton berlaku dalam zon pertukaran. Teknik penamat betul dan perlu diperbaiki. Penerimaan baton berlaku diluar zon pertukaran. Memberi baton ½ bahagian hadapan kepada penerima Pemberian baton berlaku diluar zon pertukaran. Genggam baton dengan kemas di tengah baton. Tiada hayunan tangan ke belakang semasa membuat ‘dipping’.Teknik Pegang baton   Pegang di ⅓ bahagian belakang baton. Tidak dapat mengekalkan kepantasan. Hujung hadapan baton tidak mencecah trek Teknik Pegang baton   Pegang di ⅔ bahagian belakang baton. Genggam baton dengan kemas di tengah baton. TEKNIK MENERIMA BATON      Buat ‘check-mark’ Kedudukan sedia – mata pandang ‘check mark’ Angkat tangan menerima ke belakang sebaik sahaja mendengar isyarat dari rakan.      Tidak membuat ‘check-mark’ Kedudukan sedia – mata tidak memandang ‘check mark’ Angkat tangan menerima ke belakang sebaik sahaja mendengar isyarat dari rakan. Siku bengkok 90° Tangan tidak diluruskan semasa memberi baton.

b. Peserta mesti mengikut teknik larian yang betul. Tumpuan ke sasaran papan lonjakan.Spesifikasi Penilaian Acara Lompat Jauh Pelaksanaan Pentaksiran Hasil Pembelajaran Indikator Prestasi Lari Landas   Teknik Permulaan Bersedia untuk memulakan larian(konsentrasi). Jika peserta dapat melakukan gaya lain. Hujung kaki lonjakan tidak melebihi papan. Teknik Penerbangan. Prosedur: a. Peserta mesti mengikut semua fasa yang perlu diikuti. (rujuk penekanan teknik yang diuji) 10 markah Lonjakan     Alatan : Wisel 1 cangkul kon Bendera (putih dan merah) 1 perata pasir Penguji : 3 orang 10 markah  Penerbangan (Gaya Layar)     Mendarat   10 markah    57 . d. c. Kaki lonjakan diluruskan semasa membuat lonjakan. Teknik Mendarat. Mendarat dengan kedua-dua belah kaki.     e. Lutut dibengkokkan untuk menyerap daya. Teknik Lonjakan. Peserta bersedia di tempat bermula Peserta mula apabila arahan diberi. boleh diterima. Kaki dihulur ke hadapan semasa mendarat (tumit kaki dahulu). Lari di atas bebola kaki. Kedua-dua kaki dilunjurkan ke hadapan. Bawa tangan dan pinggang ke hadapan dan ke bawah. Berlari dengan kelajuan yang terkawal. Kedua-dua tangan berada di hadapan. Kaki bebas dihayun dengan kencang. Prosedur Markah 10 markah LOMPAT JAUH Menguji teknik lompat jauh. Kaki lonjakan memijak papan lonjakan. Kaki lonjakan bersudut pada langkah terakhir sebelum membuat lonjakan.

       LONJAKAN           Kaki lonjakan memijak papan lonjakan. Berlari dengan kelajuan yang terkawal. Kaki bebas tidak dihayun dengan kencang. Tidak berjaya mengawal kelajuan larian. PENERBANGAN         Kedua-dua tangan berada di hadapan Kedua-dua kaki dilunjurkan ke hadapan. boleh diterima. Lari di atas bebola kaki. Teknik lonjakan yang salah. Dapat melakukan teknik penerbangan dengan betul dan tepat. Kaki lonjakan diluruskan semasa membuat lonjakan. Kaki lonjakan bersudut pada langkah terakhir sebelum membuat lonjakan Dapat melakukan teknik lari landas dengan betul dan tepat. Jika peserta dapat melakukan gaya lain. Jika peserta dapat melakukan gaya lain. Lari di atas bebola kaki. Hujung kaki lonjakan tidak melebihi papan. Tumpuan ke sasaran papan lonjakan.      Kurang bersedia untuk memulakan larian(konsentrasi). Kaki bebas dihayun dengan kencang Dapat melakukan teknik lonjakan dengan betul dan tepat.  Tidak bersedia untuk memulakan larian(konsentrasi). Lutut dibengkokkan untuk menyerap daya. Jika peserta dapat melakukan gaya lain.     Kedua-dua tangan tidak berada di hadapan Kedua-dua kaki tidak dilunjurkan ke hadapan. Kaki bebas dihayun dengan kencang.10 Markah) (4 – 7 Markah) ( 1. Teknik lonjakan betul dan perlu diperbaiki. Kurang berjaya mengawal kelajuan larian. Teknik penerbangan yang salah. Mendarat dengan kedua-dua belah kaki. Tumpuan ke sasaran papan lonjakan. Teknik mendarat betul dan perlu diperbaiki.3 Markah) Bersedia untuk memulakan larian(konsentrasi).      Kaki tida dihulur ke hadapan semasa mendarat (tumit kaki dahulu) Tidak mawa tangan dan pinggang ke hadapan dan ke bawah Tidak berjaya mendarat dengan kedua-dua belah kaki Lutut tidak dibengkokkan untuk menyerap daya. Kaki lonjakan tidak diluruskan semasa membuat lonjakan. Kaki lonjakan bersudut pada langkah terakhir sebelum membuat lonjakan.Rubrik Pemarkahan Acara Lompat Jauh KEMAHIRAN YANG DIUJI LARI LANDAS      INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN Cemerlang Sederhana Lemah (8 . MENDARAT      Kaki dihulur ke hadapan semasa mendarat (tumit kaki dahulu). boleh diterima. Tiada Tumpuan ke sasaran papan lonjakan. Teknik penerbangan betul dan perlu diperbaiki. Teknik lari lantas yang salah.      Kaki dihulur ke hadapan semasa mendarat (tumit kaki dahulu). Kaki lonjakan memijak papan lonjakan. Hujung kaki lonjakan melebihi papan Kaki lonjakan kurang diluruskan semasa membuat lonjakan. Dapat melakukan teknik mendarat dengan betul dan tepat. Teknik mendarat yang salah 58 . Lutut dibengkokkan untuk menyerap daya. Bawa tangan dan pinggang ke hadapan dan ke bawah. Teknik lari lantas betul dan perlu diperbaiki. Kaki lonjakan bersudut pada langkah terakhir sebelum membuat lonjakan. Kedua-dua tangan berada di hadapan Kedua-dua kaki dilunjurkan ke hadapan.     Kaki lonjakan tidak memijak papan lonjakan. Mendarat dengan kedua-dua belah kaki. boleh diterima. Lari di atas bebola kaki. Bawa tangan dan pinggang ke hadapan dan ke bawah.

10 markah 59 . bawah telinga.   Teknik Lungsuran Teknik Lungsuran Lungsurkan kedua belah kaki ke belakang serentak.   Permulaan  Persediaan Teknik Pegangan Peluru Peluru tidak menyentuh tapak tangan.  Pergerakan bermula di bahagian bahu dengan tangan memegang peluru. Peserta mesti mengikut semua fasa semasa melontar. sama. c. LONTAR PELURU  e. (rujuk penekanan teknik yang diuji) Setiap peserta di beri dua kali percubaan.  Pindah berat badan.Spesifikasi Penilaian Acara Lontar Peluru Pelaksanaan Pentaksiran Komponen a. Prosedur: a.  Pergerakan ini adalah sebahagian ikut lajak  Kaki kanan dibawa ke hadapan . Bendera   Penguji: Teknik Lontaran Teknik Kilasan Badan  Melentik sambil pinggul kanan dipusingkan ke kiri dan ke atas serentak.dibengkok sedikit pada masa yg. Berdiri membelakangkan kawasan lontaran dibahagian belakang bulatan.  Ikut lajak 10 markah Teknik Pulihan Teknik Pulihan  Imbang badan dari terjatuh di kawasan hadapan selepas melontar. b. Teknik Sedia Kedudukan peluru menyentuh sisi leher. Alatan : b. Peserta mesti mengikut semua fasa yang perlu diikuti.  Teknik Lontaran  Menolak sambil meluruskan siku sehingga badan menjadi terangkat dan melentik.   Menguji teknik melontar peluru Gaya Lungsuran Peserta bersedia di tempat lontaran. Peserta mula apabila arahan diberi. 10 peluru 2 set Merah putih Kawasan lontaran Wisel Stop Board 4 kon 3 orang 10 markah Hasil Pembelajaran Indikator Prestasi Prosedur Markah d. Memegang peluru di pangkal tiga atau lima jari.  Bahu dan tangan kanan masih menghala ke belakang. Kedua-dua kaki berada di dalam bulatan Lungsuran dilakukan secara pantas dan licin.

KEMAHIRAN YANG DIUJI TEKNIK LONTARAN INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN Cemerlang Sederhana Lemah (8 .  Dapat melakukan teknik persediaan dengan betul dan tepat Sederhana (4 – 7 Markah) Teknik Pegangan Peluru  Peluru tidak menyentuh tapak tangan.Rubrik Pemarkahan Acara Lontar Peluru KEMAHIRAN YANG DIUJI PERMULAAN  PERSEDIAAN INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN Cemerlang (8 .  Berdiri membelakangkan kawasan lontaran dibahagian belakang bulatan.   TEKNIK LUNGSUR    Lungsurkan kedua belah kaki ke belakang supaya kaki serentak. bawah telinga.  Bahu dan tangan kanan menghala ke belakang.  Ikut lajak.  Teknik lontaran salah.  Tidak berdiri membelakangkan kawasan lontaran di mana-mana bahagian bulatan. 60 .  Ikut lajak.  Ikut lajak.  Memegang peluru di pangkal tiga atau lima jari.  Kurang pemindahan berat badan. Teknik Kilasan Badan  Pinggul kanan tidak dipusingkan ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan.10 Markah) Teknik Pegangan Peluru  Peluru tidak menyentuh tapak tangan.  Teknik persediaan salah.  Teknik lontaran betul dan perlu diperbaiki. Dapat melakukan teknik lunsuran dengan betul dan tepat     Lungsurkan kedua belah kaki ke belakang supaya kaki serentak. Teknik lunsuran betul dan perlu diperbaiki. bawah telinga.  Tidak memegang peluru di pangkal tiga atau lima jari. Kedua-dua kaki berada di dalam bulatan Lungsuran dilakukan secara pantas dan licin. Lemah ( 1.  Memegang peluru di pangkal tiga atau lima jari.  Pergerakan bermula di bahagian bahu dengan tangan memegang peluru.3 Markah) Teknik Pegangan Peluru  Peluru tidak menyentuh tapak tangan.3 Markah) Teknik Kilasan Badan  Pinggul kanan dipusingkan ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan.  Bahu dan tangan kanan menghala ke belakang.  Berdiri membelakangkan kawasan lontaran dibahagian belakang bulatan. Teknik Lontaran  Kurang menolak dan meluruskan lutut sewaktu memulakan lontaran. Teknik Lontaran  Tidak menolak dan meluruskan lutut sewaktu memulakan lontaran.  Pergerakan bermula di bahagian bahu dengan tangan memegang peluru. bawah telinga. Teknik Sedia  Kedudukan peluru tidak menyentuh sisi leher. Teknik lunsuran salah. Teknik Lontaran  Menolak sambil meluruskan lutut sehingga badan menjadi terangkat dan melentik. Kedua-dua kaki berada di dalam bulatan Lungsuran dilakukan kurang pantas dan licin.  Pindah berat badan. Teknik Sedia  Kedudukan peluru menyentuh sisi leher.  Dapat melakukan teknik lontaran dengan betul dan tepat Teknik Kilasan Badan  Pinggul kanan kurang dipusingkan ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan.  Tidak pemindahan berat badan. Teknik Sedia  Kedudukan peluru menyentuh sisi leher.  Pergerakan bermula di bahagian bahu dengan tangan memegang peluru. Kedua-dua kaki tidak berada di dalam bulatan Lungsuran dilakukan tidak pantas dan licin.     Tidak melungsurkan kedua belah kaki ke belakang.  Bahu dan tangan kanan masih menghala ke belakang.10 Markah) (4 – 7 Markah) ( 1.  Teknik persediaan betul dan perlu diperbaiki.

Buat satu penilaian untuk satu acara olahraga dikalangan murid anda dan buat rumusan prestasi mereka. 61 .     Tidak berjaya menimbangi badan di kawasan hadapan selepas melontar. Pergerakan ini adalah sebahagian ikut lajak Kaki kanan dibawa ke hadapan dan dibengkokkan sedikit pada masa yang sama     Kurang berjaya menimbangi badan di kawasan hadapan selepas melontar. Tidak Pergerakan ikut lajak Kaki kanan dibawa ke hadapan dan dibengkokkan sedikit pada masa yang sama Teknik Pulihan betul salah. Kurang Pergerakan ikut lajak Kaki kanan dibawa ke hadapan dan dibengkokkan sedikit pada masa yang sama Teknik Pulihan betul dan perlu diperbaiki. Sediakan satu prosedur penilaian bagi satu jenis acara padang 2. Aktiviti 8. Terangkan dan jelaskan bagaimana cara penyediaan pelan tersebut. Latihan 1 Rancang dan sediakan satu pelan trek 200 meter dan 400 meter mengikut skala piawaian IAAF.1 1.TEKNIK PULIHAN    Imbang badan dari terjatuh di kawasan hadapan selepas melontar.

maka jarak lontaran yang baik boleh dicapai oleh seseorang. membaling dan melontar. Olahraga. 62 . Jika keseluruhan fasa-fasa dalam melakukan lontaran dapat dilakukan dengan licin dan berkesan. Kuala Lumpur. melompat.Rumusan Acara-acara olahraga terdiri daripada acara-acara trek dan padang. Pustaka Cita Tinggi. Acara ini berasaskan kepada aktiviti fizikal seperti berlari. Bacaan Asas Ahmad Wafi (1996). Acara-acara olahraga ini telah di pertandingkan sejak zaman kuno lagi hinggalah sekarang. Olahraga – Padang. Pengetahuan mengenai acara ini sangat penting agar pelajar dapat menyampaikan kemahiran ini secara berkesan. Acara Lontar peluru memerlukan kekuatan terutama tangan dan kemahiran untuk melontar dari kawasan bulatan kecil. gaya melungsur selangkah dan gaya Perry O’ Brien. Kemahiran menggunakan teknik melontar peluru boleh menentukan jarak lontaran selain daripada komponen kekuatan dan ketangkasan. Gayagaya lontaran peluru adalah gaya berdiri. Acara lari pecut dan lari berganti-ganti merupakan acara utama yang dipertandingkan di sekolah. Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise Hanif Hanafi (1995).

TAJUK 1 : PENGENALAN OLAHRAGA Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi sejarah olahraga dan acara-acara yang terdapat dalam olahraga. 3. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini. diharap anda dapat: 1. 2. menjelaskan sejarah perkembangkan olahraga menjelaskan asal usul pertandingan olahraga menyatakan dan menjelaskan acara-acara olahraga Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Pengenalan Olahraga Sejarah Olahraga Acara-acara Olahraga 1 .

iv. Bagaimanakah acara olahraga boleh dikategorikan? Ia merangkumi beberapa acara berlainan yang menggunakan pergerakan-pergerakan asas seperti berlari. ii. Pengelolaan kejohanan olahraga secara tersusun dikatakan telah bermula pada zaman klasik lagi terutamanya Sukan Olimpik Kuno. Acara-acara tersebut boleh dibahagikan kepada dua bahagian iatu acara balapan dan acara padang. 4 x 200m dan 4 x 400m : 100 m (P). Mungkin anda telah mengetahui bahawa olahraga bermula dari Sukan Olimpik Moden pertama yang telah dijalankan di Athens dalam tahun 1896 dan tertubuhnya Persatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) pada tahun 1912. 200 m dan 400 m : 800 m . vi. Sub Tajuk 2 : Acara-acara Olahraga Anda biasa mendengar dan melihat banyak acara-acara dalam olahraga. Acara lari pecut (jarak dekat) Acara lari jarak sederhana Acara lari jarak jauh Acara lari berganti-ganti Acara lari berpagar Acara lari berhalangan : 100 m. Acara balapan boleh dikategorikan seperti berikut: i. 5000 m dan 10000 m : 4 x 100m.Sub Tajuk 1 :Sejarah Olahraga Tahukah anda bahawa olahraga merangkumi beberapa acara yang berasaskan kepada aktiviti fizikal yang bersifat saingan atau perlumbaan. v.110 m (L) dan 400 m (L& P) : 3000 m 2 . iii. Semua ini merupakan elemen yang penting dalam Sukan Olimpik Moden dan dipraktikkan di semua negara kerana nilai pendidikan dan peranannya dalam meningkatkan keadaan fizikal individu. Ia juga merupakan asas yang diperlukan untuk prestasi optimum dalam sukan lain disamping menawarkan peluang kepada penyelidik untuk mengkaji pergerakan manusia. membaling dan melompat. 1500 m : 3000 m. Sukan Komanwealth dan Sukan Asia. Antara sukan-sukan besar yang mendapat liputan meluas di peringkat antarabangsa adalah Sukan Olimpik.

Dengan merujuk maklumat dari buku dan internet. 2.Acara padang pula terdiri daripada: i. Acara lompatan : lompat tinggi. melontar peluru dan membaling tukul besi ii. lompat kijang dan lompat bergalah Aktiviti 1. Senaraikan acara-acara balapan dan acara padang yang dipertandingkan pada peringkat sekolah rendah dikejohanan Olahraga MSSM.1 1. 3 .melempar cakera. lompat jauh. jelaskan sejarah perkembangan olahraga di Malaysia dengan lebih terperinci. Acara balingan : Merejam lembing.

menjelaskan teknik larian jarak sederhana dan jarak jauh dengan cara yang tepat. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini. lari berganti . peraturan-peraturan lari pecut. ciri-ciri pelari jarak sederhana & jauh. lari berganti-ganti. Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Acara Balapan Lari Pecut Lari Berganti-ganti Lari Berpagar Lari Jarak Sederhana Dan Jarak Jauh 4 . diharap anda dapat: 1. menjelaskan teknik kemahiran asas lari pecut. 5. menyatakan jenis-jenis acara yang terdapat dalam kategori lari jarak sederhana dan jarak jauh. menjelaskan fasa-fasa dalam lari pecut. LARI BERGANTI – GANTI LARI BERPAGAR. 2. perbincangan. lari berpagar dan penerangan tentang jenis-jenis acara lari jarak sederhana & jauh.ganti dan lari berpagar.TAJUK 2 : ACARA BALAPAN – LARI PECUT.ganti dan lari berpagar. LARI JARAK SEDERHANA DAN JAUH Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan. 4. menyatakan peraturan larian jarak sederhana dan lari jarak jauh. lari berganti . menjelaskan undang-undang dan peraturan dalam acara lari pecut. lari berganti . 3. 6. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan. teknik larian dan peraturanperaturan lari jarak sederhana & jauh.ganti dan lari berpagar dengan cara yang betul.

Faktor yang Dalam mempengaruhi kepantasan ialah kekerapan langkah dan panjang langkah. Sub Tajuk 2.1 : Lari pecut Lari pecut memerlukan seseorang berlari sepantas mungkin dalam jarak tertentu (dekat) yang memerlukan tenaga yang tinggi iaitu sistem tenaga anaerobik. Di peringkat antarabangsa.22 meter dan maksima 1. acara lari pecut menggunakan teknik permulaan gaya dekam. pertandingan. 5 .25 meter . panjang trek boleh diubah suai kepada 200 meter atau 300 meter jika padang sekolah tidak cukup besar untuk trek 400 meter. Tiap-tiap lorong lebar minima 1.Pendahuluan Anda tentu dapat mengenali acara-acara trek atau balapan kerana acaranya adalah acaraacara yang berbentuk larian di trek. trek mengandungi lapan lorong sejauh 400 meter. Di peringkat sekolah.

mata pandang ke hadapan 6 . Ibu jari dan jari penunjuk dibuka luas dengan jari-jari lain rapat di antara satu sama lain. kepala dan leher a. Fasa permulaan Permulaan Gaya peluru: i. ii. Kepala dan leher didongak. c. diletak di belakang garis permulaan. b. rapat kepada garisan Blok hadapan diletak 2 tapak dari garisan permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan iii. Blok hadapan diletak 2 tapak dari gaaris permulaan dan blok belakang 3 tapak dari bahagian hadapan blok hadapan b. c.Lari pecut boleh dibahagikan kepada fasa-fasa berikut: i. Letakkan kaki di blok Lutut kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan Ruang seluas buku penumbuk Permulaan Gaya Sederhana (Medium) a. iv. Ruang di antara 2 tapak kaki adalah seluas buku penumbuk Kedudukan tangan. Lutut kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan Ruang seluas buku penumbuk Permulaan Gaya Panjang (Elongated) a. v. Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki Hadapan c. Blok di hadapan berada 2 tapak dari garisan permulaan dan blok belakang 2 tapak dari bahagian hadapan blok hadapan b. Kedua belah tangan lurus dan dibuka seluas bidang bahu. Berdiri di blok.

Faktor pertukaran baton yang cekap dan licin merupakan faktor penentu kemenangan dalam acara ini. b. 7 . Pertukaran baton perlu dilakukan dalam zon pertukaran baton iaitu sepanjang 20 meter. Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan pantas serta tahap rendah b. secara bergilir-gilir dengan sepantas yang mampu. pelari haruslah berlari untuk 110 m. d. Tonjolkan bahagian torso (badan-dada) ke hadapan Bahu diangkat dan tangan ditarik ke belakang Sub Tajuk 2. Fasa Sedia a. c. berlari mengikut jarak tertentu.Larian untuk larian 100m. Contoh :. Badan diangkat dan condong ke hadapan Kedua tangan lurus menahan berat badan Kaki belakang hampir lurus Kepala pandang hadapan iii. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini Tahap kelajuan maksima atlet akan ditentukan oleh tahap kuasa dan kekuatan ototnya serta bagaimana kelajuan dapat dikekalkan iv. Atlit akan terus memecut serta mengekalkan kelajuan melintasi garisan penamat. c. kedudukan condong ke hadapan dan akan berubah d. c. d. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya Dimulakan dengan larian /pecutan dalam jarak 30 – 60 meter. Fasa penamat a. Fasa Berlepas a. e.2 : Lari Berganti-ganti Acara ini memerlukan sekumpulan peserta yang terdiri daripada empat orang. Faktor yang paling penting untuk menamatkan larian ialah untuk berlari 10 m lebih dari jarak larian sebenar. b.ii.

8 .

Peserta tidak boleh menghalang atau mengganggu peserta lain. Setelah pertandingan bermula hanya dua peserta boleh digantikan. Satu tanda yang jelas akan diletakkan pada setiap lorong bagi menandakan had luar zon. Komposisi dan susunan larian peserta-peserta dalam pasukan hendaklah diisytiharkan secara rasmi sejam sebelum masa panggilan pertama pusingan pertama. Garisan tengah zon sambut pertama 4 x 400m ( atau zon sambut kedua 4 x 200m) sama dengan garisan permulaan 800m.Peraturan 170 : Lari berganti-ganti       Garisan-garisan setebal 5sm hendaklah dibuat merentasi balapan bagi menandakan jarak peringkat larian dan menentukan garisan pembahagi. Dalam 4 x 100m dan 4 x 200m. Peraturan ini dikuatkuasakan jika terdapat lebih daripada 4 pasukan. Zon sambut kedua dan terakhir 4 x 400m ialah garisan 10m di kedua-dua belah garisan permulaan/penamat Lari berganti-ganti 4 x 100m dan kalau boleh 4 x 200m hendaklah dijalankan dalam lorong sepenuhnya. Kedudukan baton yang menjadi penentu bukan kedudukan tubuh. kaki atau tangan peserta.Pelari ketiga dan keempat akan menerima baton mengikut susunan kedudukan di selekoh 200m. Setiap zon sambut hendaklah sepanjang 20m dengan garisan pembahagi ditengahtengahnya.  Bagi 4 X 400m. pelari-pelari kecuali pelari pertama sesuatu pasukan itu boleh memulakan lariannya tidak melebihi 10m keluar daripada zon sambutnya. pelari kedua berlari 100m dalam lorong sendiri sehingga ke garisan memotong masuk lorong pertama (cut in line) selepas itu masuk ke lorong pertama. pelari pertama berlari dalam lorong sendiri. 9 .    Baton hendaklah diserahkan di dalam zon sambut.

Peraturan 168 : Lari Berpagar ( Rujuk Buku Peraturan Olahraga KOAM ) 10 .Sub Tajuk 2. 110 meter – lelaki dan 400 meter – lelaki & wanita ). ianya memerlukan seseorang membuat larian untuk satu jarak yang mempunyai halangan dengan sepantas yang terdaya terdiri daripada beberapa kategori dan jarak ( 100 meter – wanita.3 : Lari berpagar Dalam acara ini.

10 km. separuh marathon dan marathon  Ciri-ciri Pelari Jarak Sederhana dan Jarak Jauh Pelari yang mengambil bahagian dalam acara-acara jarak sederhana dan jauh perlu mempunyai ciri-ciri tertentu.4 : Lari Jarak Sederhana dan jarak jauh Larian jarak sederhana dan jarak jauh sama dengan lari pecut. cuma berbeza dari segi teknik dan perlakuan sahaja. ketahanan kelajuan dan dayatahan semasa berlari.2000 meter berhalangan. Pelari memerlukan taktik. Antara ciri-ciri adalah seperti berikut:     Pelari jarak sederhana dan jarak jauh harus mempunyai keupayaan fizikal dan mental yang tinggi.Sub Tajuk 2.Merentas desa. Larian jarak sederhana dan jauh memerlukan daya tahan. dayatahan kelajuan dan kelajuan terutama semasa menghampiri garisan penamat. 5000 meter.  Larian Jarak Sederhana . Bentuk dan pendekatan latihan lari jarak sederhana dan jarak jauh sedikit berbeza dengan lari pecut terutama dari segi jenis-jenis latihan dan juga intensiti latihan. 10.000 meter . Perbezaannya cuma dari segi jarak. Pelari bijak mewujudkan pendekatan terbaik untuk lariannya tanpa banyak terpengaruh dengan larian peserta lain.1500 meter  Larian Jarak Jauh . strategi dan psikologi yang tinggi semasa mengambil bahagian dalam larian.3000 meter. Larian jarak sederhana dan jarak jauh mempunyai persamaan dari segi teknik berlari. 11 . Mempunyai keseimbangan yang tinggi antara kelajuan.800 meter . halangan dan peraturan larian. 3000 meter berhalagan .

pelari akan berlari dipermulaan ’mess start’ iaitu bermula di garisan lengkung secara beramairamai dan terus masuk ke lorong sebelah dalam. Kombinasi keseluruhan badan akan memberi kelebihan dan kekuatan untuk bergerak dengan lebih pantas. pelari akan bermula larian dengan cara ’mess start’ iaitu bermula di garisan lengkung beramai-ramai. 12 . pelari akan bermula larian dengan dua cara iaitu:   Jika peserta lebih dari 8 orang. Dalam semua acara larian jarak sederhana dan jarak jauh.  Permulaan Larian Semua permulaan bagi lari jarak sederhana dan jarak jauh adalah sama iaitu dengan cara berdiri. Jika peserta 8 orang dan kurang. Bagaimana pun latihan sistematik adalah penting bagi penyesuaian diri pelari tersebut dengan acara yang disertainya. Bagi acara 800 meter. pelari akan bermula di garisan permulaan satu setengah ’stagger’ dengan pelari akan berlari di lorong masing-masing sehingga selepas 100 meter barulah pelari memotong masuk ke lorong sebelah dalam. Teknik Larian Teknik larian bermaksud cara pelari melakukan larian dari permulaan larian sehingga ke penamat larian. dan tembakan pistol dilepaskan’.  Semasa Larian Teknik-teknik larian bergantung kepada bentuk badan serta kekuatan ayunan kaki dan tangan pelari. Permulaan larian dilakukan oleh pelepas di tempat permulaan dengan arahan ’ Ke garisan!!.

kedudukan badan pelari hendaklah dalam keadaan lurus dengan kepala pada kedudukan selari dengan torso serta dalam situasi menegak dan seimbang. Pelari tidak dibenarkan mengambil minuman dari mana-mana tempat yang bukan dikhaskan Bagi acara 800 meter dengan garis permulaan satu setengah ’stagger’.  Perlakuan menghalang pelari lain dikira satu kesalahan dan larian pelari tersebut dibatalkan. jika keadaan cuaca memerlukan ia disediakan. minuman/pembasahan hendaklah disediakan.  Peraturan Larian Jarak Sederhana dan Jarak Jauh     Permulaan larian menggunakan gaya berdiri Bagi acara-acara sehingga dan termasuk 10km.  Pelari hendaklah mengelak dari menoleh ke belakang atau ke sebelah.Teknik berlari dengan betul:  Semasa berlari.  Elak memotong pelari lain di bahagian selekoh balapan  Menamatkan Larian Cara menamatkan larian adalah sama dengan acara-acara larian yang lain iaitu dengan menghampiri bahagian torso ke garisan penamat.  Berlari di lorong paling dalam.  Mata pelari hendaklah ditumpukan pada satu titik lebih kurang tiga meter dihadapannya. peserta akan berlari mengikut lorong masing-masing sehingga ke 100 meter pertama dan selepas melintasi satu garisan lengkung yang ditanda dengan bendera diluar balapan.  Berlari mengikut rentak keupayaan sendiri  Meningkatkan dan mengekalkan kelajuan sepanjang larian. 13 . peserta bebas memasuki lorong yang dikehendaki.

Apakah panduan yang boleh digunakan untuk menyusun pelari dalam acara lari berganti-ganti? 5. Senaraikan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari-pelari jarak sederhana dan jarak jauh semasa bertanding. Lakarkan satu balapan 400 meter dan tunjukan tempat-tempat permulaan 800 meter serta tempat garisan memotong 100 meter pertama. 14 . 2. 3. Apakah faktor-faktor yang dapat mempengaruhi larian seorang pelari pecut.1 1.Aktiviti 2. Nyatakan kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari-pelari dalam acara lari berpagar. 4.

15 .

R. Wee Eng Hoe (2002). Petaling Jaya: Junjuara Publications. Clarke.).T. Bhd. Physical education method for elementary teachers (2nd edition). Taman Serdang Raya.C. Bahagian Pendidikan Guru. S.. London: A & C Black Pub. Dubuque.      . (2003). Wee Eng Hoe (1995). & Boyle R.Bibliografi / Rujukan  Borhan Yusof. Shah Alam: Fajar Bakti. Manual Olahraga. Helen Ten (1997). Panduan Pengajaran Olahraga. J. Mohamed @ Mohd Sadek Mustaffa. Petaling Jaya: Longman Malaysia. CA: Benjamin Cummings. (2004). (2003).L. The primary physical education handbook (2th ed.M. D. Peraturan dan Undang-undang Kejohanan Olahraga. J. . Teaching physical education (5th ed. Lee. A. Champaign. F. Kegiatan Profesional Olahraga. Brown. Hall. & Donnelly. San Francisco. Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia. IL: Human Kinetics. Penerbit Open University Malaysia (OUM). ____________. Teng Boon Tong (1989/1994). (2005) Siri Modul Kursus Diploma Perguruan Malaysia. Kuala Lumpur :Karisma Publication Sdn. R. Mosston. Panduan pengajaran olahraga : Kepegawaian dan kejurulatihan. Hasbullah (2007). Mod Latihan Perguruan Berasakan sekolah. & Ashworth. Developmental physical education for all children (4th ed.).      Gallahue. Champaign. ____________. IL: Human Kinetics. M. Successful track and field. Ltd. K. (2002). (1978).). Thomas. Kementerian Pelajaran Malaysia. Iowa: William C. & Thomas. (2005).

UPSI Sijil Perguruan Khas(Pendidikan Jasmani).com KELAYAKAN Kelulusan: PhD. MOHD NORDIN BIN ABU BAKAR Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru Malaysia. UM Dip.com . RASHID Ketua Pengarah Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru Malaysia. UKM Master Sains (Pentadbiran Pendidikan). MPIK Sijil Perguruan (Pendidikan Jasmani).(Sosiolinguistik).Edu. Hons. (Sains Sukan).MPSAH Pengalaman: Pensyarah Jabatan Pend.A. Jasmani (10 tahun) Tutor OUM Pusat Pembelajaran Timur. jalil_osman@yahoo.goy. (Pendidikan Jasmani).PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) (PJM3103 OLAHRAGA) NAMA Dr. Pend. Jasmani (6 tahun) Penyelia Kejurulatihan Pusat Kokurikulum (2 tahun ) Guru Pendidikan Jasmani (18 tahun) EN. UPM Sijil Perguruan Khas (PJ).Ed ( Pentadbiran Pendidikan ).UM Kelulusan: PhD.MPTI Pengalaman: Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Akademik EN.com Kelulusan: M Scs. Pahang Darul Makmur.bakar@moe. UPM Bac. ZAKARI BIN ZAKARIA Pensyarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan 27200 Kuala Lipis. Jasmani). MPTI Pengalaman: Pensyarah Jabatan Pend. Edu. JALIL BIN OSMAN Pensyarah IPG Kampus Raja Melewar 70990 Seremban Negeri Sembilan. UPM Bac.UPM Bac.IPSMB (5 tahun) Pensyarah Sambilan UiTM Cawangan Jengka (3 tahun) Penolong Kanan KoKurikulum (4 tahun) Guru Pendidikan Jasmani (16 tahun) Kelulusan: M. (Sains Pertanian). zzakari97@yahoo. (Pend. UM Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan). Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu). MPIK Sijil Perguruan Asas (PJK).my nordinabubakar@yahoo. Cyberjaya Dr.(Geografi & Bahasa Melayu). Cyberjaya nordin. NORIATI BINTI A.(Pendidikan Teknik Vokesional).UPM Sijil Perguruan Asas (KH – Pertanian). UM B.

LAMPIRAN A IKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat .

Students will also be involved in preparing the track and field technically for organizing athletics meet. This course stress on rules and regulations. 3. kemahiran acara balapan. Kursus ini juga menekankan kepada peraturan dan undang-undang olahraga. 2.Pro Forma Kursus Program Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Jasmani – Pendidikan Rendah) Nama Kursus Kod Kursus Kredit Jam Kontak Bahasa Pengantar Prasyarat Semester Hasil Pembelajaran Olahraga (Athletics) PJM3103 2(0+2) 60 jam Bahasa Melayu Tiada Pertama –Tahun 1 1. Sinopsis Kursus ini meliputi sejarah perkembangan olahraga di Malaysia dan antarabangsa. Meningkatkan kemahiran teknikal menyediakan balapan dan gelanggang dalam bidang olahraga. Kursus ini juga menekankan kemahiran teknikal menyediakan balapan dan gelanggang dalam kejohanan olahraga. . 5. 4. This course include the history and developmental of athletics internationally and in Malaysia. the evaluation and how to implement these skills in the teaching strategies. the acquiring of skills in the track and field event. Menguasai serta dapat mengaplikasikan kemahiran olahraga dalam situasi sebenar. kemahiran acara padang. Membuat refleksi dan menilai amalan pembelajaran serta menjanakan idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan. Menghuraikan teori pembelajaran yang memperkukuh kandungan pengetahuan pedagogi. Berkerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion keguruan. 6. kaedah pengajaran dan pembelajaran dan penilaian kemahiran. Meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan.

Tajuk Teori 1 Olahraga     Kandungan Jam 2 Sejarah perkembangan olahraga Asal usul pertandingan olahraga Perkembangan olahraga peringkat antarabangsa Perkembangan olahraga di Malaysia 2 Jumlah Amali Acara Balapan 1       2 Undang-undang dan peraturan Kemahiran asas lari pecut Kemahiran larian jarak sederhana Kemahiran larian jarak jauh Acara lari berpagar/berhalangan Acara lari berganti-ganti 8 Kemahiran teknikal menyediakan balapan    Lakaran balapan 200 meter Lakaran balapan 300 meter Lakaran balapan 400 meter 8 3 Acara Balingan     Undang-undang dan peraturan Lontar peluru Lempar cakera Rejam lembing 8 4 Acara Lompatan     Undang-undang dan peraturannya Lompat jauh Lompat tinggi Lompat kijang 8 5 Kemahiran teknikal menyediakan gelanggang    Lompat jauh dan lompat kijang Lompat tinggi Lontar peluru 10 .

  6

Rejam lembing Lempar cakera 12

Kaedah pengajaran dan pembelajaran    Strategi penyampaian Penyediaan Rancangan Pengajaran Pengajaran Mikro

7

Kaedah penilaian   Prosedur penilaian Aplikasi Spesifikasi dan Rubrik Penilaian

4

Jumlah Jumlah keseluruhan

58 60

Pentaksiran

Kerja kursus Peperiksaan Akhir

70% 30%

Rujukan Asas

Clarke, R. , & Boyle R. (1978). Successful track and field. Dubuque, Iowa: William C. Brown. Hall, J. (2004). The primary physical education handbook (2th ed.). London: A & C Black Pub. Ltd. ____________, (2005), Peraturan dan Undang-undang Kejohanan Olahraga. Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia.

Rujukan Tambahan

Gallahue, D.L. & Donnelly, F.C. (2003). Developmental physical education for all children (4th ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.). San Francisco, CA: Benjamin Cummings. Thomas, K.T., Lee, A.M. & Thomas, J.R. (2003). Physical education method for elementary teachers (2nd edition). Champaign, IL: Human Kinetics. Wee Eng Hoe (2002). Panduan pengajaran olahraga : Kepegawaian dan kejurulatihan. Kuala Lumpur :Karisma Publication Sdn. Bhd.

PJM3103 : OLAHRAGA – ( Pengenalan Olahraga Dan Acara Balapan ) Aktiviti: 1. Dengan merujuk maklumat dari buku dan internet, jelaskan sejarah perkembangan olahraga di Malaysia dengan lebih terperinci. Kongsi maklumat yang diperolehi dan bincangkan dalam forum. 2. Kejohanan Olahraga MSSM telah diadakan setiapa tahun. Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani dan guru sukan sekolah, apa pandangan anda tentang acara-acara yang dipertandingkan. Kongsikan pandangan anda dan bincangkan dalam forum. 3. Dalam satu kejohanan olahraga, didapati ada peserta larian jarak sederhana dan jauh telah dibatalkan lariannya. Sebagai guru sukan dan guru PJ, nyatakan kesalahan-kasalahan yang sering dilakukan oleh pelari jarak sederhana dan jarak jauh semasa mereka bertanding. Kongsi pandangan anda dalam forum. 4. Larian berganti-ganti merupakan satu acara mementingkan teknikal larian. Berdasarkan pengalaman anda sebagai jurulatih, apakah panduan yang anda gunakan untuk menyusun pelari-pelari dalam acara larian tersebut? Dalam kejohanan olahraga sekolah anda, seorang pelari berpagar telah dibatalkan lariannya. Pada pandangan anda sebagai guru sukan, nyatakan kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari-pelari dalam acara lari berpagar. Kongsikan pandangan anda ini dengan rakan-rakan lain dalam forum.

5.

2. Bincang maklumat yang diperolehi dengan rakan-rakan anda. Nyatakan dan terangkan 4 kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani untuk tajuk olahraga. Senaraikan kesalahan yang sering berlaku dalam acara lompat jauh dan jelaskan jenis aktiviti latihan yang sesuai untuk mengatasinya. 2. Berdasarkan pengalaman anda disekolah. PJM3103 : OLAHRAGA – ( Acara Balingan ) 1. Bincangkan pengalaman anda dengan rakan-rakan dalam forum. Kongsi maklumat yang telah anda ada dan bincangkan dengan rakanrakan dalam forum. Buat satu penilaian untuk satu acara olahraga dikalangan murid anda dan buat rumusan prestasi mereka. PJM3103 : OLAHRAGA – ( Kaedah Pengajaran Dan Kaedah Penilaian ) 1. Ramai peserta sering kali dibatalkan lompatan mereka semasa melakukan lompatan. Nyatakan teknik-teknik yang digunakan dalam acara lontar peluru dan nyatakan perbezaan bagi setiap teknik tersebut.PJM3103 : OLAHRAGA – ( Acara Lompatan ) 1. Kenalpasti kesalahan-kesalahan yang sering berlaku dalam acara lontar peluru dan nyatakan jenis-jenis aktiviti ansur maju yang boleh meningkatkan prestasi peserta. nyatakan aktiviti-aktiviti ansur maju yang sesuai bagi acara lompat tinggi. 2. 4. 3. Sediakan satu prosedur penilaian bagi satu jenis acara padang yang anda pernah jalankan disekolah anda. Sebagai seorang guru PJ kebolehan merancang adalah elemen yang sangat penting untuk keberkesanan P@P. Nyatakan dan jelaskan 5 aktiviti ansur maju yang sesuai untuk pengajaran tersebut. Rancang dan tulis satu rancangan pengajaran harian untuk acara lontar peluru bagi pelajar tahun 5 untuk jangka masa 30 minit. .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful