GMJC 3333 : PENGURUSAN KONFLIK SOSIAL ( A ) ( TUGASAN INDIVIDU

)

TUGASAN

:

KONFLIK PERANG SAUDARA LIBYA 2011

GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial | 2 ISI KANDUNGAN

Tajuk

Muka Surat

1.0 2.0

Pengenalan Apa Itu Konflik? 2.1 2.2 Jenis Konflik Sifat Konflik

3 5 6 8 7 9 11 12 16 16 16 17 17 18 19 20

3.0 4.0 5.0 6.0 7.0

Kumpulan Sosial Yang Terlibat Punca Konflik Tuntutan Yang Timbul Kronologi Masa Berkonflik Tahap Perkembangan Konflik 7.1 7.2 7.3 7.4 7.5 Konflik Terpendam Konflik Dikesan Konflik Sedar Konflik Manifestasi Kesan Konflik

8.0

Rumusan Rujukan

GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial | 3 1.0 PENGENALAN

Konflik akan berlaku apabila wujudnya pertentangan, perbezaan dan percanggahan dalam mencapai matlamat termasuklah perbezaan nilai, keperluan dan kepentingan serta persaingan dalam memperoleh sumber yang terhad. Konflik Perang Saudara Libya 2011 yang berlaku di Libya adalah berkaitan dengan konflik perebutan kuasa, perluasan tanah jajahan, perampasan sumber asli di Libya oleh pihak Barat dan permintaan kebebasan demokrasi oleh rakyat Libya sehingga memaksa Presiden Libya Muammar Gaddafi untuk meletakkan jawatannya dengan menjanjikan pelbagai ancaman sekiranya Gaddafi akur dengan tuntutan yang diminta. Tragedi ini telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa rakyat Libya disebabkan oleh rusuhan yang berlaku.

Konflik ini menjadi tanda tanya kepada semua rakyat Libya, pihak-pihak yang berkepentingan, pertubuhan-pertubuhan serta masyarakat lain di seluruh negara iaitu apakah tindakan yang telah dibuat oleh presiden Libya untuk mempertahankan kuasa dan kedudukannya sebagai presiden yang memerintah negara paling lama selama 42 tahun bermula beliau berumur 27 tahun lagi. Selain itu, apakah tuntutan-tuntutan yang diusulkan oleh pihak-pihak berkepentingan dan rakyat Libya kepada Gaddafi sehingga menimbulkan perbagai konflik serta tindakan yang dilakukan oleh mereka untuk mencapai matlamat masing-masing.

Konflik dapat ditafsirkan sebagai diekspresikan dengan kesungguhan antara paling kurang terdiri daripada dua pihak yang yang berdiri teguh yang tidak menyedari mempunyai matlamat yang tidak serasi, sumber yang terhad, dan

GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial | 4 berasingan antara satu sama lain dalam mencapai matlamat mereka. Konsep penting dalam definisi ini termasuklah menunjukkan kesungguhan yang bermaksud kedua-dua pihak mesti berhubung tentang masalah untuk menjadi konflik. Konflik juga biasanya melibatkan persepsi yang berlainan, mempunyai pilihan mereka sendiri namun, konflik bukan sahaja menggambarkan perkara negatif, ia cuma menunjukkan perbezaan pandangan seseorang. Konflik dipengaruhi oleh pengaruh luar dan diri sendiri serta dituruti oleh nilai-nilai emosi.

Menurut M. Afzalur Rahim (1985) konflik ialah proses interaktif yang nyata tentang ketidaksesuaian, tiada persetujuan dengan atau diantara entiti sosial seperti individu, kumpulan, organisasi dan sebagainya. Maksud konflik sosial dalam bidang sosiologi ialah satu bentuk interaksi sosial yang melibatkan persaingan antara kumpulan-kumpulan sosial atau pelakon kolektif dengan sumber yang terhad seperti status, kuasa, keistimewaan, ekonomi dan fizikal dan sebagainya (Kim. 2005).

Konflik menjadi pemusnah (destructive) apabila sesuatu kelompok itu mengalihkan perhatian kepada aktiviti-aktiviti lain iaitu tidak memberikan perhatian terhadap perkara-perkara yang penting serta sentiasa mencari kelemahan antara satu sama lain, suka memporak-porandakan orang lain terutamanya kepada mereka yang tidak mempunyai kerjasama akan mudah terpengaruh dengan situasi yang ditimbulkan dan sentiasa mencari perbezaan dalam kumpulan sosial sehinggalah kepada perkara yang remah-temeh.

GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial | 5 2.0 APA ITU KONFLIK?

Konflik adalah sebahagian penting dalam menguruskan diri. Konflik boleh wujud dalam keadaan situasi konflik sedar mahupun separa sedar. Konflik berlaku antara individu dan antara kumpulan-kumpulan yang boleh diramal dan menjadi sebahagian penting dalam hidup. Konflik akan „membina‟ (constructive) apabila wujudnya perbahasan dan perbincangan mengenai isu yang berbangkit atau tidak jelas seterusnya boleh meningkatkan tahap kesedaran peribadi dan sosial. Namun, konflik juga boleh menjadi musnah (destructive) apabila adanya suatu kumpulan lain atau dalam kumpulan itu sendiri yang suka memporak-perandakan orang lain ditambah dengan kekurangan kerjasama dan kepercayaan antara satu sama lain.

Konflik di Libya yang memaksa perletakan jawatan Muammar Muhammad Al-Gaddafi berkait rapat dengan kepentingan atau idea yang secara peribadi yang bermakna kepada salah satu atau kedua-dua pihak iaitu antara rakyat Libya itu sendiri yang sudah muak dengan presidennya kerana terlalu lama memerintah. Gaddafi juga mempunyai kepentingan peribadinya keatas tanah Libya iaitu mahu mengaut kekayaan Libya untuk peribadi dan keluarganya. “...konflik adalah satu tindak balas emosi seperti ketakutan, kesedihan, kepahitan, kemarahan atau putus asa kepada situasi atau interaksi bahawa isyarat perselisihan pendapat” (Bernard, 2000). Konflik sebenarnya adalah satu proses semulajadi organisma namun, ia bergantung atas individu atau kumpulan sosial itu untuk mencorakkan konflik itu konflik yang „membina‟ ataupun sebaliknya.

GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial | 6 2.1 Jenis Konflik

Konflik tuntutan perletakan jawatan Gaddafi sebagai presiden Libya berlaku dapat dibezakan kepada tiga jenis konflik iaitu :-

2.1.1

Tingkat Konflik

Konflik tuntutan perletakan jawatan Gaddafi adalah berbentuk tingkat interkumpulan iaitu konflik berlaku antara antara puak-puak Gaddafi itu sendiri dengan Gaddafi sebagai presiden yang memerintah negara paling lama iaitu selama 42 tahun. Konflik timbul adalah disebabkan rakyat Libya mahukan sistem demokrasi dan kebebasan hak untuk memilih siapa ketua negaranya. Selain itu, sikap Gaddafi yang tamak dengan mengaut kekayaan hasil bumi Libya untuk dirinya dan keluarga telah memaksa rakyat Libya membuat tuntutan pada Februari 2011 supaya Gaddafi meletakkan jawatannya sebagai presiden kerana mereka merasa seperti ditindas oleh presidennya sendiri.

Walaubagaimanapun, konflik ini bukan sahaja melibatkan rakyat Libya dengan presiden Libya namun, ia juga melibatkan konflik antara Gaddafi dengan negara Barat yang ingin menjatuhkannya sebagai presiden.

2.1.2

Situasi Konflik

Konflik tuntutan perletakan jawatan presiden Libya apabila dilihat dari sudut situasi berkonflik ialah berlaku dalam dua bentuk iaitu bentuk konflik horizontal iaitu konflik antara hierarki yang sama seperti kuasa, budaya, personal, dan nilai yang sama. Konflik horizontal yang berlaku

GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial | 7 ialah antara Gaddafi dengan negara Barat terutamanya Amerika Syarikat (AS). Konflik berlaku disebabkan AS ingin menguasai hasil bumi di Libya yang kaya dengan minyak serta Gaddafi dianggap sebagai „budak nakal‟ oleh AS kerana telah mengganggu kelicinan campur tangan mereka terhadap negara-negara lain yang merdeka dan berdaulat.

Selain itu, konflik utama yang berlaku di Libya adalah berbentuk konflik vertikal yang mengikut hierarki antara orang atasan yang berkuasa dengan orang bawahan yang menuntut bela kerana ditindas. Rakyat Libya menuntut supaya Gaddafi meletakkan jawatannya kerana mereka merasakan mereka mempunyai presiden yang kejam kerana telah mengambil hak rakyat untuk kepentingan peribadi sehingga wujud pelbagai rusuhan yang dibuat oleh rakyat.

2.1.3

Ciri Hubungan dalam berkonflik

Rusuhan yang berlaku di Libya sehingga membunuh banyak nyawa adalah berpunca daripada perbezaan matlamat yang ingin dicapai dalam konflik yang berlaku. Gaddafi yang tetap dengan pendiriannya untuk mengekalkan kuasanya sebagai presiden Libya telah melakukan serangan balas bersama penyokong dan tenteranya yang setia dari kubunya di Sirte, bandar kelahirannya dan Bani Walid selepas kejatuhan Tripoli kepada pihak pemberontak pada 23 Ogos 2011. Manakala pihak Barat pula mempunyai matlamat untuk

menggulingkan Gaddafi sebagai langkah paling mudah untuk

GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial | 8 menguasai kuasa di seluruh dunia terutamanya di negara-negara yang merdeka dan berdaulat kerana Gaddafi mempunyai pengaruh yang sangat kuat dan jasanya yang banyak kepada beberapa negara lain dan Libya sendiri. Antaranya beliau dapat menutup pangakalan tentera udara AS pada 1970 serta menebus maruah setelah menjadi negara yang berpengaruh dan menguasai sendiri sumber minyak di negaranya.

2.2

Sifat Konflik

Amat penting dalam memahami setiap konflik agar kita dapat membuat peramalan, perubahan, memperoleh manfaat daripada kesan konflik yang berlaku namun, dari keseluruhan mengenai isu yang dibincangkan jelaslah bahawa sifat konflik yang ditonjolkan dalam konflik Perang Saudara di Libya 2011 adalah bersifat konflik pemusnah atau distruktif kerana apabila wujudnya sesuatu konflik itu setiap ahli yang terlibat dalam konflik sentiasa mencari perbezaan antara mereka seperti matlamat, kuasa dan pengaruh.

3.0

KUMPULAN SOSIAL YANG TERLIBAT

Kumpulan sosial yang terlibat secara langsung dalam konflik tuntutan perletakan jawatan Presiden Libya iaitu Muammar Muhammad Al-Gaddafi, 69 iaitu nama yang amat digeruni oleh negara-negara Barat atas kelantangan suara beliau menyuarakan pendapat dan ketegasannya dalam mencampakkan piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semasa berucap dihadapan pemimpin-pemimpin dunia dalam perhimpunan Agong Bangsa-bangsa Bersatu. Rakyat Libya yang terdiri daripada lebih

GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial | 9 140 puak yang merasakan mereka ditipu dan ditindas oleh Gaddafi menuntut perletakan jawatan Gaddafi dengan segera. Pihak negara Barat yang berkuasa yang terdiri daripada AS, Britain dan Perancis serta dibantu oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantika Utara (NATO). Namun, dalang segala tercetusnya peperangan dan serangan adalah AS yang banyak menyumbang senjata kepada rakyat Libya untuk mengambil alih kekayaan sumber asli Libya daripada Gaddafi dengan berselindung di sebalik NATO. Selain itu, negara-negara lain yang mengambil berat konflik yang telah berlaku di Libya seperti Jacon Zuma, Presiden Afrika Selatan yang telah berunding dengan Gaddafi untuk menyuruh Gaddafi berundur dan menggesa NATO memberhentikan serangan udaranya.

4.0

PUNCA KONFLIK

Anggapan umum yang menjadi punca konflik adalah apabila persepsi dan analisis mengenai konflik yang berbeza. Punca berlaku konflik di Libya adalah disebabkan kedegilan Gaddafi yang tidak mahu meletakkan jawatannya sebagai Presiden Libya yang memerintah hampir 4 dekad bermula ketika beliau berusia 27 tahun iaitu pada 1 September 1969. Dalam tempoh pemerintahan ini beliau telah mencetuskan pelbagai isu kontroversi yang menyakitkan hati rakyat. Walaupun beliau pernah berjasa kepada rakyatnya dengan menutup pangkalan tentera udara AS tahun 1970 namun, jika dibandingkan dengan kontroversi yang ditimbulkan adalah lebih banyak daripada jasa yang ditaburkan.

GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial | 10 Gaddafi pernah menimbulkan kontoversi dengan menulis sebuah buku yang bertajuk “Penghapusan Sunnah Habis-habisan di Libya”. Beliau juga mengemukakan satu cadangan yang tidak dapat diterima oleh semua umat Islam iaitu penghapusan perkataan „Qul‟ dalam empat surah iaitu Al-Kafirun, Al-Falaq, al-Ikhlas dan An-Nas. Beliau mengatakan bahawa surah-surah itu hanya ditujukan kepada Nabi Muhammad S.A.W., sedangkan Baginda sudah lama wafat dan ia tidak sesuai dengan tuntutan semasa. Hal ini mengakibatkan ramai ulama‟ serta rakyat menentangnya.

Selain itu, dalam tahun 1975 hingga 1979 beliau memperkenalkan buku rasmi “Buku Hijau” yang merangkumi 3 jilid, di dalamnya memperkenalkan sistem moral Islam melarang meminum alkohol dan berjudi dalam kalangan rakyatnya namun dalam praktik pemerintahannya tidaklah seidealis sebagaimana yang sepatutnya. Sikap Gaddafi yang kejam, angkuh dan keji hasilnya menyebabkan rakyatnya bersepakat mencapai matlamat untuk menggulingkan beliau.

Menurut Dr. Chandra

dalam satu temu bual yang dibuat oleh wartawan

Utusan Online pada 7 Mei 2011 mengatakan punca AS menyerang Libya adalah untuk menguasai minyak Libya selain isu geopolitik, AS seolah-olah mahu menguasai laluan dan lautan tertentu serta mahu melindungi Israel dalam konteks dunia Arab. Selain itu, disebabkan China mempunyai lebih 50 pelaburan di Libya iaitu hampir 30,000 pekerja China bekerja dalam industri minyak dan gas serta prasarana. Jelas ditunjukkan tujuan AS menjatuhkan Libya dan negara Afrika adalah disebabkan Libya yang memudahkan laluan kemasukan China di Libya dan negara-negara Afrika seterusnya ingin menyekat China dari mendapat akses minyak yang mudah.

GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial | 11 5.0 TUNTUTAN YANG TIMBUL

Punca berlaku konflik sosial Perang Saudara Libya yang berkait dengan tuntutan perletakan jawatan presiden Libya, Gaddafi adalah disebabkan setiap kumpulan sosial yang terlibat mempunyai tuntutan atau matlamat mereka masing-masing untuk diperjuangkan. Menurut Sherif (1966) melalui Teori Konflik Kumpulan Realistik yang diperkenalkannya menyatakan konflik sudah boleh wujud dengan hanya adanya matlamat yang tidak sama. Dalam situasi ini, saya mendapati tuntutan yang diperjuangkan oleh mereka yang terlibat dalam konflik di Libya ini sememangnya mempunyai tuntutan serta matlamat yang berbeza dan ia lebih menunjukkan untuk kepentingan individu.

Berdasarkan kajian yang dibuat, Gaddafi sebenarnya mempunyai tuntutannya yang tersendiri apabila beliau tidak akan berganjak dari kedudukan beliau sebagai presiden Libya. Antaranya adalah beliau mahu dilihat sebagai pemimpin rantau yang lebih berkuasa berbanding dengan Barat seperti AS serta beliau juga mahu menyatukan Afrika. Hal ini kerana beliau ingin memastikan China tidak menjadi pesaing kepada AS dalam arena politik dan ekonomi negara. Walaubagaimanapun, rakyat Libya juga mempunyai tuntutannya iaitu ingin mendapat kebebasan diri daripada pemerintahan Gaddafi yang dianggap sebagai diktator dengan menggantikan dengan sistem demokrasi. Dari situlah rakyat Libya yang terdiri lebih daripada lebih 140 puak itu mencapai persefahaman untuk menggulingkan Gaddafi. Pada pertengahan Ogos menunjukkan puak-puak ini telah berjaya menawan benteng

Tripoli dengan bantuan daripada NATO dan Majlis Keselamatan PBB dimana ini merupakan benteng terakhir tempat penyembunyian Gaddafi.

GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial | 12 Malang sekali saya merasakan rakyat Libya seperti “keluar dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau” kerana rakyat Libya telah kehilangan presiden yang berwibawa ditambah pula dengan rakyat Libya yang pelbagai puak. Rakyat Libya sebenarnya terperangkap dalam permainan Barat khususnya AS bersama sekutunya Perancis dan Britain yang mengemudi NATO. Pihak Barat sememangnya mempunyai agenda mereka yang tersembunyi dalam bersatu dengan rakyat Libya untuk menghapuskan Gaddafi. Tujuan utama mereka ingin memusnahkan Gaddafi adalah kerana Gaddafi merupakan pemain utama dalam mengubah dasar Pertubuhan Negaranegara Pengeksport Minyak (OPEC) sekaligus mencabar Barat untuk menguasai industri minyak.

6.0

KRONOLOGI MASA BERKONFLIK

Sesuatu konflik yang berlaku kebanyakkanya mengikut tahap kronologi masa lebihlebih lagi dalam konflik tuntutan perletakan jawatan Gaddafi presiden Libya yang sememangnya telah dirancang oleh pihak Barat yang ingin mengambil alih kekayaan hasil bumi di Libya. Konflik Perang Saudara Libya 2011 adalah konflik bersenjata yang berpunca daripada pelbagai pihak yang ingin menggulingkan Gaddafi iaitu menggantikan dengan mengadakan pilihanraya demokratik serta angkatan proGaddafi. Konflik ini bermula 15-19 Februari 2011 dengan tunjuk perasaan damai yang dilakukan oleh rakyat Libya namun ditindas oleh angkatan keselamatan Gaddafi. Aksi protes rakyat Libya ini tercetus di Benghazi, kota terbesar kedua Libya.

GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial | 13 Seminggu kemudian, 19 Mac 2011 pemberontakan ini merabak ke merata negara dengan cepat menyebabkan Gaddafi terpaksa bergelut untuk untuk mempertahankan kedudukannya sebagai presiden Libya. Pasukan pro-diktator Gaddafi telah mengancam akan melancarkan serangan ke Benghazi yang telah

dikuasai pasukan revolusioner, Barat memulai mandat PBB dengan melancarkan serangan udara untuk mendesak pasukan pro-Gaddafi berundur tetapi sebaliknya, Gaddafi mengatakan pemimpin Barat yang memusnahkan pasukan tenteranya dengan serangan udara itu sepatutnya yang berundur dan menyifatkan mereka sebagai „yang gila kuasa‟ (dipetik daripada agensi berita Libya, Jana).

Pada 31 Mac 2011 NATO telah menjadi eksekutif mandat PBB dan memperkenalkan operasi tentera di Libya. Walaupun begitu, Gaddafi tidak membiarkannya sahaja tetapi membalas dengan kekuatan tentera dan penyokongnya yang setia serta mengambil langkah berhati-hati dengan membuat penapisan akhbar dan penyekatan komunikasi. Angkatan Gaddafi berarak ke arah timur untuk melawan semula beberapa kota pinggir sebelum menyerang Benghazi. Selain itu, resolusi PBB juga membenarkan negara-negara anggotanya untuk menetapkan dan menguatkan zon larangan terbang di Libya.

Keadaan semakin teruk apabila Perancis dan Itali mula bergabung dengan Barat dalam mengirimkan penasihat tentera mereka untuk membantu pasukan pemberontak di Libya pada 20 April 2011. 1 Mei 2011 pula, NATO telah melepaskan serangan dari udara dengan jet pejuangnya di Tripoli namun, Gaddafi masih terselamat tetapi Seif Al-Arab anak bongsunya bersama 3 orang cucunya pula yang terkorban. Rasmussen mengulaskan tindakan itu melalui satu forum NATO “..operasi

GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial | 14 kami di Libya sudah mencapai matlamatnya ... kami sudah mengurangkan keupayaan Gaddafi untuk membunuh rakyatnya sendiri”.

Seterusnya, keadaan ini menjadi konflik bersenjata apabila pihak pemberontak telah membentuk sebuah gabungan Majlis Peralihan Negara (NTC) pada 15 Julai 2011 sebagai kerajaan sementara di Libya yang bertapak di Benghazi. Gaddafi serta ahli-ahli kerajaannya juga telah menerima amaran daripada Mahkamah Jenayah Antarabangsa setelah mendapat resolusi yang merujuk kepada tindakan-tindakan pemerintahan Gaddafi. Selain itu, Majlis Keselamatan PBB telah meluluskan satu resolusi untuk membekukan aset-aset Gaddafi dan 10 sekutunya dan akan diserahkan kepada NTC serta menyekat kebebasan perantauan mereka. Pada 28 Julai pula pemimpin pasukan revolusioner, general Abdul Fatah Yunis telah tewas di wilayah timur ketika pasukan pejuang menggempur pro-Gaddafi di kawasan barat.

Setelah itu, pada 23 Ogos 2011 rakyat Libya bersama tentera Barat yang dibantu oleh NATO berjaya memecahkan benteng pertahanan Gaddafi di Tripoli setelah melalui pertempungan dengan tentera dan penyokong setia Gaddafi. Namun, mereka tidak dapat menjejaki Gaddafi atau anaknya juga kerana Gaddafi telah bersembunyi sebuah tempat yang tidak diketahui.

1 September 2011 di Paris, negara-negara anggota tetap PBB telah mencairkan kembali aset milik Gaddafi senilai 10 miliar euro dengan syarat Gaddafi melakukan demokrasi. 9 September pula, Polis International (Interpol) telah mengeluarkan surat untuk menangkap Gaddafi, anaknya Seif Al-Arab serta Abdullah Al-Senussi atas tuduhan kejahatan mereka terhadap kemanusiaan. Seterusnya Setelah menyedari

GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial | 15 bahawa beliau tidak kuat lagi untuk menentang, Gaddafi kemudiannya mengadakan gencatan senjata namun beliau sendiri gagal mematuhinya. Pada 15 September, rakyat Gaddafi bersama revolusioner NTC mulai menyerang Gaddafi di Kota Sirte, tempat kelahiran Gaddafi yang menjadi salah satu kota benteng pertahan terakhir beliau. Namun, Gaddafi tidak menyerah dengan membuat serang balas kepada mereka. 16 September, PBB memberikan kerusi Libya kepada NTC.

9 Oktober 2011,

pasukan revolusioner berjaya menguasai Sirte, Gaddafi

bersama beberapa tenteranya pula lari menyembunyikan dirinya di dalam saluran perbentungan. Zon udara Libya juga dibuka kembali untuk penerbangan komersial. 15 Oktober, pasukan tentera Gaddafi melancarkan serangan balas kepada pasukan pemberontak di Sirte namun mereka dan Bani Walid tetap tewas.

10 Oktober 2011 NATO telah mengumumkan akan mengakhiri pengeboman selama 7 bulan di Libya itu selewat-lewatnya isnin tengah malam setelah yakin mereka sudah berjaya menggulingkan Gaddafi. 19 Oktober 2011, Gaddafi dijumpai di dalam saluran pembentungan dan ditembak di kaki oleh pemberontak yang menjumpainya. 20 Oktober Gaddafi telah tewas dan meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan yang teruk.

GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial | 16 7.0 TAHAP PERKEMBANGAN KONFLIK

Mengikut Pondy (1967) mengatakan terdapat 5 tahap konflik yang biasa akan dilalui oleh setiap sesuatu kumpulan yang berkonflik. Konflik Perang Saudara di Libya juga mempunyai tahap perkembangannya iaitu :-

7.1

Konflik Terpendam Tahap ini adalah tahap permulaan untuk berlakunya sesuatu konflik itu. Konflik kejatuhan Gaddafi sebenarnya terjadi tanpa disedari oleh pihak rakyat Libya khususnya walaupun mereka sudah menyedari bahawa mereka sedang berkonflik namun, mereka tidak menyangka bahawa konflik ini akan menjadi konflik yang sangat tragis sehingga berlakunya tumpahan darah di atas tanahnya sendiri. Konflik terpendam sudah berlaku sejak Gaddafi mula menunjukkan seakanakan beliau anti-Islam dengan menulis buku “Penghabisan Sunnah Habis-habisan di libya” serta telah memenjarakan penceramahpenceramah Islam Libya.

7.2

Konflik Dikesan Pada tahap ini, pihak-pihak yang berkonflik iaitu antara rakyat Libya dan AS dengan Gaddafi telah menimbulkan perbezaan persepsi, idea dan pendapat kerana mereka telah mulai perasan bahawa mereka sedang mengalami konflik yang agak serius setelah menyedari Gaddafi menguasai segala kekayaan Libya dengan kehidupan yang mewah di kota Tripoli sedangkan rakyatnya hanya hidup sederhana sahaja

GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial | 17 walaupun Libya adalah negara yang mempunyai minyak yang melimpah-ruah. Walaubagaimanapun, rakyat Libya masih tunduk pada pemerintahan Gaddafi dan tidak bertindak serta hanya menyimpan didalam hati.

7.3

Konflik Sedar Segala tindakan mula difikirkan dan dilaksanakan oleh rakyat Libya setelah merasai ketegangan konflik yang berlaku di negaranya. Oleh itu, rakyat Libya yang terdiri lebih daripada 140 puak itu bersepakat untuk menggulingkan Gaddafi namun, sekiranya hanya mereka yang menentang Gaddafi yang sangat berpengaruh itu kemungkinan tidak akan berjaya. Setelah menyedari keadaan itu, rakyat Libya menerima bantuan daripada Barat yang terdiri daripada AS, Perancis dan Britain untuk mencapai matlamat mereka yang sama iaitu mahu memusnahkan Gaddafi.

7.4

Konflik Manifestasi Setelah pelbagai kontroversi yang ditimbulkan oleh Gaddafi sepanjang pemerintahannya 42 tahun itu dan pelbagai perasaan ketidakpuasan hati rakyat telah mencapai tahap klimaks yang sudah tidak dapat dibendung. Rakyat Libya telah mula menunjukkan kemarahan masingmasing melalui pertengkaran, percakapan, bantahan, desakan,

demontrasi malah sehinggalah kepada tahap penggunaan fizikal dan mental. Seorang pengulas politik iaitu Jamal Al-Hajji menyeru supaya mereka mengadakan tunjuk perasaan bagi menuntut kebebasan di

GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial | 18 tanah airnya sendiri. Pada 15 februari 2011, tunjuk perasan damai diteruskan tetapi cuba ditindas oleh angkatan keselamatan Gaddafi. Setelah itu, pemberontakan ini mulai merebak ke serata negara. Gaddafi yang menyedari keadaan ini mula bergelut untuk

mempertahankan tampuk pemerintahannya denga membalas kembali melalui kekuatan tentera serta membuat tapisan akhbar dan penyekatan komunikasi.

7.5

Kesan Konflik Amat menyedihkan dan sudah dijangka apabila konflik yang dialami yang berlanjutan selama 9 bulan bermula 15 Februari hingga 20 Oktober 2011 itu telah menunjukkan kitaran akhir konflik yang negatif apabila banyak berlaku kemusnahan bangunan, infrastruktur dan sebagainya akibat daripada serangan bom yang dilepaskan oleh keduadua belah pihak. Angka korban pula menunjukkan ramai rakyat Libya yang terdiri daripada pejuang, aktivis dan penyokong pembangkang seramai 2,034 hingga 2,770 yang terkorban dalam rusuhan 9 bulan itu termasuk anak serta cucu gaddafi sendiri dan pengikut-pengikut setianya. Sebanyak 849 hingga 922 orang askar yang terbunuh dan anggaran jumlah korban bagi kedua-dua pihak termasuk orang awam adalah kira-kira sebanyak 2,000 hingga 10,000 iaitu sebuah angka yang cukup banyak menggambarkan konflik Perang Saudara ini sangat tragis.

GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial | 19 8.0 RUMUSAN

Perang Saudara Libya 2011 sememangnya menunjukkan kebangkitan Islam yang menuntut kebebasan hak di tanah negaranya yang diperintah oleh presiden yang kejam, keji, dan zalim yang sentiasa menindas rakyatnya dalam mengaut kekayaan negaranya untuk kepentingan peribadi dan keluarga telah berjaya menggulingkan Muammar Muhammad Al-Gaddafi dengan dibantu oleh upaya Barat yang menjanjikan demokrasi untuk rakyat Libya. Namun, mampukah rakyat Libya yang terdiri daripada lebih 140 puak itu untuk memerintah? Adakah sistem demokrasi yang diagung-agungkan oleh rakyat Libya itu akan dijalankan seiring dengan janji AS sebelum mereka bersepakat dalam menjatuhkan Gaddafi? Hasil akhirnya sangat bergantung kepada kesedaran rakyat Libya namun, sekiranya tidak rakyat Libya tetap akan diperbodohkan oleh kuasa Barat maka hasilya adalah „meet the new boss, same as the old boss‟ (IRIB).

GMJC 3333 : Pengurusan Konflik Sosial | 20 RUJUKAN

Azmi hassan (2011). Libya menjerumus huru-hara iraq. Diakses pada 26 Oktober 2011, daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info Bernard, M. S. (2000). The Dynamics of Conflict Resolution a Practitioner’s Guide (1st ed.). San Francisco: Jossey-Bass Publisher. Dina Y. Sulaeman (2011). Kronologi di Libya. Diakses pada 10 Oktober 2011, daripada http://indonesian.irib.ir/c/journal/view_article_content Gaddafi tidak berganjak (2011). Diakses pada 26 Oktober 2011, daripada http://satuummat.blogspot.com/ Gencatan Senjata Libya (2011). Diakses pada 10 November 2011, daripada http://berita-harian-online.com Kim, W. C., Mauborgen, R. (2005). Blue ocean strategi: How a create uncontested market space and make competition irrelevant. Cambridge, MA: Hrvard Business School Press. M. Afzalur Rahim (1985). A strategi for managing conflict in complex organisation: Human Relations. 38(1), 81-89. Pondy, L. R. (1967). Organisational Conflict: Conflic and Models. Administrative Science Quartely, 12(2), 296-320. Tamatnya pemburuan Gaddafi (2011). Diakses pada 26 Oktober 2011. Daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful