1.

0

Pengenalan

Seperti yang sedia maklum bahawa pembangunan kini lebih menumpukan kepada kawasan bandar dan pembangunan yang berasaskan sektor industri. Kesan daripada penumpuan yang hanya kepada sektor perindustrian di kawasan bandar telah menyebabkan suatu masa dahulu hampir 60% dari 70% penduduk luar bandar terdiri daripada penduduk yang miskin. Kemiskinan ini adalah disebabkan beberapa masalah seperti konsep pemilikan tanah persendirian, teknologi, infrastuktur, sikap masyarakat desa dan lain-lain. Oleh itu, kini yang berasaskan kepada matlamat wawasan 2020, pihak kerajaan telah mula mementingkan kepada pembangunan di luar bandar. Hal ini adalah disebabkan pembangunan luar bandar adalah bertujuan untuk membawa kehidupan masyarakat di desa ke arah peningkatan hidup yang lebih berkualiti.

Dalam pembangunan luar bandar lebih memfokuskan kepada infrastruktur dan ekonomi. Jika melibatkan masalah yang sebelum ini bagi membangunkan pembangunan luar bandar adalah disebabkan sikap penduduk desa sendiri di mana mereka hanya mahu menumpukan kepada kehidupan sara diri. Namun, beberapa perancangan baru telah dibuat seperti memberikan keutamaan yang lebih kepada masyarakat desa iaitu dari segi sikap yang perlu diubah contohnya, masyarakat desa perlu sentiasa bersedia dalam menghadapi pelbagai cabaran mendatang, mempunyai matlamat untuk membangunkan ekonomi supaya setanding dengan nasional, perlu menjalani perubahan minda seperti membangunkan individu yang cemerlang serta mewujudkan semangat berdikari dan mengukuhkan unit kekeluargaan yang sejahtera.

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 1

1.1

Pembangunan Luar Bandar

Terdapat beberapa definisi yang diutarakan oleh tokoh-tokoh pembangunan antaranya, menurut daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (2000), pembangunan luar bandar adalah bermaksud pembangunan desa. Ini bermakna ia merangkumi sektor desa yang bertani yang mempunyai fikiran yang tradisional. Kebiasaannya penduduk desa lebih ketinggalan dari segi ekonominya. Ia merupakan petempatan yang meliputi semua jenis kampung dan penempatan kecil yang mempunyai penduduk kurang daripada 10, 000 orang serta bercirikan kawasan pertanian dan kawasan sumber alam semulajadi. Faktor faktor yang ditekankan dalam mendifinisikan kawasan desa atau luar bandar adalah dari segi saiz bilangan penduduk yang minima dan maksima, kepadatan penduduk, tahap urbanisasi, tahap kemudahan masyarakat dan kualiti hidup. Contohnya, jalan yang berturap, bek alan elektrik, bekalan air, dan lain-lain.

Manakala menurut Rozalli (2005), pula menyatakan bahawa kehidupan luar bandar selalunya disamaertikan dengan aspek kehidupan yang tidak maju, taraf pendidikan yang rendah, penglibatan masyarakat dalam arus pembangunan utama yang terhad, potensi maju yang meragukan dan berbagai lagi sifat kemunduran. Namun, Maimunah (1990) pula mendifinisikan pembangunan luar bandar sebagai satu proses bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar melalui pembaikan dalam seluruh aspek pembangunan manusia. Ini termasuklah keperluan asas yang mencukupi seperti makanan, pakaian, perumahan dan kesihatan, serta keperluan psikososial yang lain seperti pendidikan, pekerjaan, kerohanian, dan keselamatan.

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 2

Program pembangunan luar bandar akan memberi tumpuan dalam mengubah kawasan luar bandar kepada keadaan yang lebih baik dan selesa untuk pelaburan serta tempat kediaman yang menarik dengan menikmati semua kemudahan asas infrastruktur dan perkhidmatan sosial yang berkualiti. Sehubungan itu, kemudahan infrastruktur sedia ada termasuk telekomunikasi akan diperbaikkan dan dipertingkatkan. Penyediaan kemudahan

infrastruktur dan sosial akan diperluaskan lagi dengan kawasan pedalaman dan ladang ladang kecil. Penduduk luar bandar akan ditempatkan sesama untuk mewujudkan bandar kecil bagi memudahkan penyediaan kemudahan tersebut. Tumpuan utama aktiviti pembangunan luar bandar adalah untuk menyediakan perumahan yang lebih baik, menggalakkan pembangunan pelancongan luar bandar serta meningkatkan latihan dan peluang bagi menambahkan pendapatan penduduk luar bandar.

Oleh itu, kerajaan telah menggalakkan pembangunan industri berskala kecil yang khusus di kawasan luar bandar. Contohnya, kraftangan yang berasaskan sumber sumber asli seperti rotan, buluh, dan daun mengkuang akan ditempatkan atau kedai itu dibuka juga dikawasan yang mempunyai sumber berkaitan. Pembangunan luar bandar secara ringkasnya adalah pembangunan dari aspek pertanian, kesihatan, pendidikan, dan ekonomi. Pembangunan luar bandar amat penting untuk mengurangkan jurang keditaksamaan pendapatan antara masyarakat di luar bandar dan masyarakat bandar.

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 3

1.2

Tujuan

Menurut Rahimah (2001), mengatakan bahawa pembangunan bagi sektor pertanian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan dari segi ekonomi politik, dan sosial. Jika dilihat dari segi ekonomi, pembangunan luar bandar adalah untuk meningkatkan ekonomi negara dan seterusnya dapat mengurangkan jurang pendapatan antara penduduk desa dengan bandar. Pembangunan luar bandar telah sekaligus akan meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar yang sedia ada di kawasan tersebut kerana penduduk setempat akan mendapat peluang pekerjaan dari pembukaan kawasan-kawasan perindustrian baru. Sekaligus ia dapat mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar bandar dan meningkatkan Kadar Negara Kasar (KNK).

Tambahan lagi, tujuan lain pembangunan luar bandar ini adalah untuk mewujudkan satu komuniti yang berupaya menjalankan pelbagai kegiatan serta menyediakan pelbagai infrastruktur agar dapat menampung pembangunan ekonomi pada masa kini di kawasan luar bandar. Oleh itu, bagi menyediakan sistem penyampaian yang berkesan dan berfaedah kepada golongan yang difokuskan adalah dengan cara membangunkan pembangunan luar bandar yang lebih mampan. Sebagai contoh adalah melalui pengurusan pertanian komersial, kepelbagaian asas ekonomi seperti mewujudkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi mewujudkan rangka kerja institusi yang efektif kepada arus perubahan dan membantu melibatkan penyertaan penduduk luar bandar secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan projek dan pembangunan luar bandar. Oleh hal yang demikian, pembangunan luar bandar telah menetapkan visinya yang telah dihasilkan melalui analisis yang telah

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 4

dijalankan ke atas senario yang sedia ada, tren pembandaran, kemajuan pembangunan ekonomi, cabaran-cabaran yang dihadapi dalam menjayakan wawasan 2020 serta yang melibatkan falsafah dan strategi pembangunan luar bandar.

2.0

Ciri dan Fungsi

Pada dasarnya sektor desa dan sektor bandar menyentuh tentang soal ekuiti atau keadilan sosial dalam pembangunan reruang dengan memberikan fokus kepada dimensi fizikal dan manusia. Keadaan ini berlaku kerana terlalu banyak ketimpangan keadilan antara hubungan dengan sektor bandar yang sentiasa bersifat ³net-drain´ seperti pembawaan keluar hasil bumi ke sektor bandar tanpa mendapat pulangan untuk kemajuan desa. Walaupun begitu, sektor desa boleh dibezakan dengan sektor bandar melalui ciri tertentu dan fungsi yang dimainkan.

Dari segi ciri-ciri desa ialah masyarakat dalam sektor ini lebih bersifat tradisional dan kesederhanaan dalam semua aspek antaranya pertanian, kesihatan, pendidikan dan komunikasi. Hubungan antara individu pula lebih mesra dan mempunyai kehidupan yang ikram kerana mereka masih tidak formal, tertutup dan bercorak bersemuka apabila berinteraksi antara satu sama lain berbanding dengan sektor bandar yang bersikap personal dan kontrak. Sektor desa juga masih mengamalkan aturan pangkat iaitu golongan muda wajib menghormati pada golongan tua atau lebih tinggi pangkatnya dalam kekeluargaan seperti cara panggilan dan pertuturan. Mereka juga bersikap menyerah (fatalistik), percaya kepada tahyul dan mementingkan ritual dalam kehidupannya. Ini berlaku berpunca dari masyarakat desa kurang mendapat pendidikan awal kerana ibu bapa jarang menghantar anak-anaknya ke

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 5

sekolah kerana faktor pendapatan yang tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak seperti di negara India, kebanyakkan penduduknya hanya mempunyai pendidikan asas seperti mengira dan cara-cara bagaimana menjalankan pertanian sahaja sehingga kini mereka banyak mengamalkan ritual-ritual dan percaya kepada tahyul.

Umumnya, skala orientasi pertanian di sektor desa adalah berjangka kecil kerana faktor saiz tanah yang tidak ekonomit untuk dimajukan dan kebiasaanya pegeluaran hasil pertanian hanya untuk menampung keluarga sehari. Sektor desa juga menggunakan teknologi yang kurang canggih dan mempunyai modal yang sedikit menyebabkan mereka tidak boleh membeli peralatan pertanian yang canggih seperti jentera-jentera dan mesin-mesin untuk mengeluarkan produk yang lebih berkualiti dan berkuantiti. selain itu, tugas-tugas dalam kegiatan ini juga dibahagikan berdasarkan umur dan jantina individu seperti golongan muda menjalankan kerja-kerja berat di tanah pertanian sementara golongan tua hanya menjalankan kerja-kerja ringan seperti membungkus, menjual dan seumpamanya. Perbezaan terakhir sektor desa dengan sektor bandar adalah sektor desa tidak berasaskan ekonomi bidangan iaitu menjalankan perniagaan besar-besaran.

Antara fungsi di sektor desa pula ialah ia bukan setakat membekalkan makanan dan bahan mentah ke sektor bandar malah membekalkan tenaga buruh. Kebanyakkannya golongan muda antara umur 15 hingga 34 tahun akan bermigrasi ke bandar disebabkan oleh faktorfaktor tarikan di bandar seperti sektor perkilangan, perkhidmatan dan perindustrian. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia dalam masa setahun, 2008-2009 sebanyak 8.7% golongan ini telah berhijrah ke bandar. Walaupun perpindahan golongan ini membawa keuntungan di

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 6

sektor bandar tetapi ia telah menyebabkan sektor desa mengalami kerugian kerana kekurangan tenaga kerja untuk menguruskan kawasan pertanian dan menjalankan perniagaan kecil-kecil di desa. Selain itu, hasil pertanian dalam sektor desa adalah merupakan pasaran utama bagi barangan yang dikeluarkan oleh sektor industri di bandar kerana bahan mentah dari desa akan dihantar ke bandar untuk diproses dijadikan barang siap, maka tanpa sektor desa mungkin sektor bandar tidak dapat bergerak. namun, seperti yang berlaku di negara maju adalah berbeza jika dibandingkan dengan Negara Dunia Ketiga apabila ia mengasingkan antara sektor desa dan bandar sehingga terlalu nampak jurang perbezaan antara kedua sektor ini. Di Jepun, mereka tidak mengasingkan antara sektor desa dan bandar dan mereka menyamaratakan corak pemerintahannya di kedua -dua sektor ini kerana bagi meraka kedua-dua sektor ini adalah sama penting sehinggakan di sektor desa mereka kelihatan seperti sektor bandar di Negara Dunia Ketiga jika dibandingkan antara negara maju dan Negara Dunia Ketiga.

Oleh kerana sekecil sektor desa itu banyak memberi impak kepada proses pembangunan di sektor-sektor lain. Menurut kajian yang dilakukan, satu pembangunan dibuk akan a memberikan kesan kepada 160 indusri lain. Maka, langkah meningkatkan orientasi pengeluaran di sektor desa harus ditingkatkan memandangkan kejayaan di sektor bandar sangat bergantung pada pembangunan yang baik di sektor desa. Bagi memajukan pasaran sektor desa, pelbagai pelaburan perlu diletakkan di sektor ini pertamanya, membaikpulih, meluaskan dan meningkatkan hasil pertanian dan keduanya, membuka industri pertanian di kawasan pertanian itu sendiri. Contohnya di Kedah, kilang Beras Nasional Berhad (BERNAS) perlu dibuka berdekatan dengan kawasan penanaman padi untuk memudahkan kerja-kerja logistik selain untuk memajukan sektor desa itu sendiri. Selain itu, pembangunan

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 7

desa juga perlu diperbanyakkan kerana sektor ini akan membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak berbanding dengan sektor-sektor lain dengan ini penduduk di desa boleh menyumbang tenaganya dan memajukan kampungnya sendiri.

Walaupun begitu, yang diperlukan oleh sistem bandar bukanlah pembangunan desa, tetapi pembangunan sektor pertanian. Namun, pembangunan sektor pertanian sangat sesuai

dibangunkan di desa kerana ciri-ciri yang terdapat di sektor desa seperti struktur tanah, jenis tanah, dan saluran perairan yang baik. Kaedah terbaik untuk memulihkan keadaan ini ialah dengan memperkenalkan input dan teknologi baru bukannya setakat memperbaiki input sedia ada malah biarlah canggih.

3.0

Pendekatan Teoritis yang Utama Terhadap Pembangunan Desa

3.1

Pendekatan Modenisasi

Modenisasi yang berlaku kepada masyarakat dalam sektor desa ialah apabila penduduk luar bandar ini mula bersikap liberal dan tidak lagi ketat serta bebas bergerak. Contohnya dari sektor luar bandar kepada sektor bandar, mula mempelajari aktiviti dan selok -belok perdangangan dan sudah mempunyai pendapatan yang tetap. Selain itu, modenisasi juga turut berlaku dalam diri individu iaitu apabila seseorang individu itu sudah boleh berfikir secara intelek, bebas, celik huruf, boleh menerima ketidaktentuan teknologi seperti media massa serta boleh membuat keputusan sendiri.

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 8

Menurut Boeke, 1953 masyarakat dikategorikan kepada dua iaitu masyarakat tradisional dan masyarakat moden. Masyarakat tradisional merujuk kepada luar bandar, mundur dan tidak membangun seperti Negara Dunia Ketiga manakala masyarakat moden pula merujuk masyarakat bandar yang membangun dan dibanjiri dengan sektor industri sebagai contoh seperti negara maju. Oleh itu, kedua-dua golongan masyarakat ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Pembangunan yang berlaku ini dikatakan akibat kehadiran ciri-ciri suatu golongan kepada yang lebih maju. Selain itu, pendekatan ini juga mengandaikan bahawa keterbelakangan ekonomi, ragam tingkah laku, sistem pengeluaran adalah penghalang kepada perkembangan ekonomi negara dan menimbulkan sikap konservatif terhadap perubahan, pemodenan dan pertumbuhan ekonomi (Rahimah Abdul Aziz, 1986: 197).

Namun, pendekatan ini juga telah mendapat tentangan dan perbezaan pendapat dari teoritistoritis barat yang lain kerana dikatakan menurut Smith, 1973 perumusan tradisional-moden ini diambil berdasarkan pengalaman yang telah berlaku di negara-negara kapitalis Eropah Barat untuk menutup beberapa aliran sosial dan budaya di Barat. Keadaan ini juga kemungkinan tidak sama antara semua negara terutamanya Negara Dunia Ketiga yang mempunyai corak pemikiran yang berbeza. Higgins, 1956; Meier, 1964 mengatakan pendapatnya bahawa pembahagian masyarakat kepada dua sektor adalah penyebab ekonomi negara kurang membangun kerana ia bertentangan serta bebas antara satu sama lain (Rahimah Abdul Aziz, 1986: 198). Keadaan ini juga menampakkan jurang perbezaan antara sektor desa dan bandar sangat ketara apabila berlakunya pengaliran tenaga buruh dari sektor pertanian ke sektor industri dan pengeksportan hasil tani kepada penduduk bandar untuk dijadikan barang siap. Pengaliran tenaga buruh ini menyebabkan sektor desa mengalami kekurangan tenaga buruh.

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 9

3.2

Pendekatan Analisis Marxist

Teori Marxist pula menganggap bahawa proses pembangunan Negara Dunia Ketiga perlu dikaji berpandukan dengan keadaan yang berlaku di Barat. Dalam perkataan lain, untuk mengkaji pembangunan Negara Dunia Ketiga, kita harus melihatnya dalam konteks sejarahsosial yang lebih luas iaitu, dari segi perkembangan kapitalisme, merkantil dan industi Eropah Barat ke seluruh dunia dan penjajahan Negara Dunia Ketiga oleh negara-negara Eropah Barat. Pendekatan ini melihat sektor desa sebagai sasaran utama kegiatan memunggah keluar lebihannya oleh golongan metropolis yang lebih berkuasa. Golongan yang lebih berkuasa memunggah keluar sumber-sumber utama seperti guna tenaga dan modal untuk kepentingan mereka sendiri. Hal ini menyebabkan golongan yang lemah seperti penduduk desa akan sentiasa ditindas (Frank, 1969; Leys, 1975).

Keadaan ini juga telah berlaku di beberapa buah negara yang dijajah pada zaman dijajah dahulu contohnya Malaysia dijajah oleh Portugis pada tahun 1511 sehingga menyebabkan negara Malaysia ditindas kerana segala sumber-sumber asli di Malaysia dieksploitasinya dan dibawa keluar ke nagara asal untuk memajukan negara mereka. Pendekatan ini menekankan perlunya usaha mengurangkan ketaksamaan dan ketidakseimbangan ekonomi yang wujud akibat kawalan yang diamalkan oleh golongan yang lebih berkuasa (Long, 1977; 3). Hal ini menyebabkan golongan minoriti yang umumnya petani akan terpisah dengan golongan majoriti yang memonopoli kuasa serta sumber ekonomi (Rahimah Abdul Aziz, 1989; 198). Di sini kita dapat lihat apabila keadaan ini berterusan, golongan majoriti akan semakin kay a sedangkan golongan minoriti akan sentiasa miskin akibat pengeksploitasian sumber oleh

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 10

golongan majoriti. Keadaan ini jelas dilihat berlaku di Indonesia contohnya, kerana kita dapat lihat pembangunan pesat dijalankan di bandar-bandar seperti Jakarta dan Yogjakarta sehinggakan di sini susun atur antara bangunannya terlalu padat dan rapat berbanding di desa seperti Surabaya, Semarang dan Padang yang mempunyai kebanyakan penduduknya mendiami setinggan kerana segala sumber di sini iaitu hasil pertanian akan diekspliotasi oleh golongan majoriti di bandar seterusnya menyebabkan golongan minoriti di desa semakin miskin.

Teori ini juga mengaitkan proses sosioekonomi dalaman kepada agihan kuasa di peringkat negara dan antarabangsa. Long (1977) berpendapat bahawa sebagaimana masyarakat ini dikaitkan kepada dunia luar menerusi hubungan pergantungan dan tidak berupaya mempengaruhi perjalanan pasaran dunia atau arena politik antarabangsa, maka di dalam sebuah negara bangsa terdapat mekanisme dominasi dalaman dan keadaan ketidaksamaan yang menarik antara sektor yang berbeza-beza dalam ekonomi dan struktur sosial umumnya. Dengan itu, pernah dikatakan bahawa dari segi ekonomi, politik dan budaya, sektor desa pertanian adalah bergantung pada kompleks bandar-industri dan bahawa negara itu kelihatan terpisah antara golongan majoriti yang memonopoli kuasa serta sumber ekonomi, dan golongan minoriti yang umumnya merupakan tani.

Walaubagaimanapun, teori ini terdapat kelemahannya. Umpamanya, pendekatan yang dikemukakan oleh Frank memberi tumpuan kepada kemasukan ekonomi pasaran kapitalis dan sedikit sahaja perhatian yang diberikan kepada cara bagaimana sistem -sistem kapitalis dan bukan kapitalis yang berbeza sistem pengeluarannya wujud bersama pada peringkat

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 11

lokal, wilayah, dan nasional. Selain itu, teori ini juga kurang menerangkan tentang pembangunan dalam konteks pola hubungan metropolis-satelit atau menegak dengan mengabaikan kepentingan hubungan mendatar untuk mengekalkan struktur pergantungan. Tekanan ke atas gerak kuasa penjajahan atau imperialis sebagai sumber utama perubahan cenderung mengetepikan kepentingan faktor dalaman sosial dan budaya yang telah bertindak balas dengan faktor luaran itu untuk menghasilkan akibat sejarah yang khusus (Long, 1977).

3.3

Pendekatan Formalistik

Pembangunan luar bandar juga banyak dibincangkan dalam pendekatan formalistik. Pendekatan formalistik menggunakan strategi pertukaran. Tokoh-tokoh pendekatan ini mempercayai bahawa masyarakat luar bandar sanggup menerima peluang-peluang baru, sanggup mencuba, berusaha dan berani menghadapi risiko, tidak homogen dalam konteks entiti sosiobudaya, dan bersikap memandang ke hadapan (Epstein, 1962: Ortiz, 1973: Salisbury, 1970). Mereka menjalankan kegiatan perdagangan, mengkhusus dan mengumpul modal (Pitt, 1970).

Dalam usaha hendak membangunkan sektor tani-desa, tidak seharusnya tumpuan diberikan kepada aspek ekonomi semata-mata seperti meningkatkan penghasilan . Ini kerana sebarang perubahan yang berlaku adalah disebabkan oleh gabungan faktor-faktor sosial dan ekonomi. Dalam masyarakat tradisional, tingkah laku ditentukan secara sosial bukannya ekonomi. Contohnya menurut Dalton (1961) mendapati bahawa peserta dalam pasaran primitif tidaklah mengejar faedah kebendaan semata-mata tetapi lebih mementingkan hal-hal yang berkaitan

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 12

peranan dan status. Hal ini membuktikan bahawa tindakan ekonomi tidak boleh dilihat terpisah daripada konteks sosial. Selain itu, golongan ini mengusulkan supaya penghasilan dan penggunaan ditingkatkan untuk membangunkan sektor luar bandar (Rahimah Abdul Aziz, 1989: 201). Terdapat beberapa ciri bukan ekonomi (seperti sukar atau terlalu perlahan untuk berubah, tidak sensitif kepada perubahan dalam permintaan, tawaran atau harga; dan lebih sukakan kaedah yang menekankan guna tenaga daripada modal) yang berkaitan dengan tingkah laku ekonomi masyarakat tradisional ini yang boleh diterangkan dengan melihat tingkah laku sebagai bercorak ekonomi, iaitu akibat dari percubaan mengimbangkan antara kos dengan faedah. Sungguhpun seorang ahli perniagaan digerakkan oleh perkiraan-perkiraan selain pertimbangan untuk memaksimumkan keuntungan wang, ini tidak bermakna bahawa tingkah lakunya itu bercorak µtidak ekonomit¶.

3.4

Pendekatan Substantif

Pendekatan ini berasaskan kepada teori proses sejarah yang menekankan kepada perubahan yang berlaku secara beransur-ansur dalam masyarakat dan institusi yang semakin kompleks. Pendekatan ini menyatakan bahawa pada asasnya masyarakat luar bandar adalah konservatif, homogen, tidak berani menghadapi risiko, mudah putus asa dan sebagainya. Menurut Eisenstadt (1970;1973) berpendapat bahawa masyarakat berubah dari bersifat homogen, kepada keadaan yang berbeza dalam ekonomi, politik dan sosial. Proses pembezaan ini secara beransur-ansur telah menyebabkan munculnya bentuk-bentuk ekonomi baru (Boulding,1970; Hirschmann,1965). Perubahan secara beransur-ansur ini menyebabkan pembangunan dapat dicapai sama ada dari sektor ekonomi, politik mahupun sosial. Secara ringkasnya, teori ini

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 13

menegaskan bahawa perubahan yang berlaku mestilah secara beransur-ansur bukannya berlaku secara radikal ataupun mendadak. Pendokong pendekatan ini juga berpendapat bahawa pembangunan masyarakat luar bandar seharusnya digalakkan. Hal ini kerana melalui pembangunan, masalah-masalah seperti kemunduran, kebuluran dan kepinggiran dapat diatasi. Melalui penyelesaian masalah ini, pembangunan masyarakat luar bandar dapat dicapai.

Melalui pendekatan ini, Dalton (1961) menyatakan bahawa, ekonomi merujuk kepada kepada penyediaan barangan kebendaan yang memenuhi kehendak biologi dan sosial. Selain itu pendekatan ini juga percaya bahawa masa hadapan masyarakat akan terjamin dengan memajukan lagi institusi-institusi untuk mengurangkan kedaifan ekonomi (Rahimah Abdul Aziz, 1989:202). Di Malaysia contohnya, institusi-institusi pembangunan luar bandar adalah seperti Rubber Industri Smallholders Development Autoriti (RISDA), Federal Land Development Autoriti (FELDA), dan Federal Agricultural Marketing Autoriti (FAMA). Mutu perkhidmatan agensi-agensi ini perlulah dipertingkatkan lagi agar masyarakat luar bandar dapat dibangunkan supaya jurang ketidaksamaan antara masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar berkurangan.

Manakala menurut Polanyi, ekonomi daripada pengertian substantif timbul daripada pergantungan seseorang pada alam dan manusia lain untuk kehidupannya. Ini merujuk kepada interaksi seseorang dengan persekitaran semulajadinya setakat interaksi itu berjaya memberikannya cara-cara mendapatkan kepuasan material. Ekonomi dari pengertian formalistik pula timbul daripada sifat logik, yang bercirikan hubungan cara matlamat,

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 14

sebagaimana yang jelas terdapat dalam perkataan seperti µekonomikal¶ dan µmengekonomi¶. Ia merujuk kepada situasi khusus tentang pilihan, terutamanya yang terdapat antara penggunaan cara yang berbeza-beza disebabkan ketidakcukupan cara itu sendiri. Sekiranya kita menggelarkan peraturan yang menentukan pilihan cara sebagai logik tindakan rasional, maka kita harus menentukan varian logik ini sebagai ekonomi formal. Kesimpulannya, substantif dan formal tidak berkongsi apa-apa persamaan. Pengertian formal timbul daripada logik, manakala pengertian subtantif timbul daripada fakta. Contoh pembangunan di Malaysia lebih berasaskan kepada faktor sejarah yang telah berlaku sejak zaman penjajahan. Hal ini berlaku kerana Malaysia tidak mahu lagi segala sumber di negara ini dieksploitasi dengan sewenang-wenangnya oleh negara lain dengan mengambil ikhtibar atau pengajaran daripada perkara yang telah berlaku.

4.0

Masalah Membangunkan Kawasan Luar Bandar

4.1

Pendidikan

Masalah utama di sekolah-sekolah luar bandar adalah disebabkan wujudnya kelemahan dan ketidakefisyenan. Kaedah pembelajaran dan pengajaran yang kurang berkesan serta kurang motivasi tenaga pengajar untuk pembangunan sistem pendidikan yang mendorong kepada masalah keciciran pelajar. Keduanya, kelemahan pengurusan dan kurang dorongan. Kelemahan pengurusan dari segi memberi arahan, pengorganisasian serta melaksanakan

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 15

program-program dan juga faktor maklumbalas sedikit menyebabkan kurang pembaharuan dijalankan.

Faktor penghalang pendidikan di desa tidak dapat memenuhi kehendak masyarakat itu sendiri iaitu hanya 70% kanak-kanak belajar di sekolah desa dan selebihnya iaitu 30% lebih memanfaatkan kehidupannya sebagai petani atau buruh separa mahir. Kanak-kanak diajar kemahiran asas dan bahasa asing yang utama sahaja dari segi hafalan dan pemahaman. Ini menyebabkan kurangnya penekanan dalam teknik berfikir dan penyelesaian masalah dalam kalangan kanak-kanak di luar bandar. Tambahan pula, masalah kewangan dalam keluarg a mengakibatkan pelajar di luar bandar akan bekerja dalam umur yang masih muda dan kurang memberi penekanan untuk melanjutkan pelajarannya.

Pendidikan sekarang menujukkan perbezaan ketara antara sekolah di luar bandar dan bandar, terutamanya dari segi fasilitinya. Didapati masih ada 300 buah sekolah di luar bandar tidak mempunyai kemudahan air bersih seperti yang berlaku di Sabah dan sarawak. Selain itu, pelajar di luar bandar menghadapi masalah seperti kadar ketersampaian yang rendah. Ini disebabkan jarak yang jauh diantara penempatan rumah kediaman dengan kawasann sekolah. Masalah-masalah inilah yang merupakan punca perbezaan besar tahap pendidikan yang diterima dalam kalangan pelajar antara luar bandar dan bandar

(http://apps.emoe.gov.my/bppdp/Index%20Lonjakan%20Perdana.htm).

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 16

4.2

Ekonomi

Namun begitu, sesuatu yang dijalankan pasti mempunyai masalah tertentu. Begitu juga dengan industri ini yang baru ditubuhkan. Contohnya ancaman fizikal yang berlaku seperti serangga perosak, tikus, ulat, makhluk perosak, serangan belalang, siput dan sebagainya. Tempoh untuk menjalankan aktiviti perikanan juga adalah mengikut cuaca terutamanya di Malaysia yang mempunyai iklim panas dan lembab sepanjang tahun, contohnya pada musim tengkujuh akan menyebabkan para nelayan tidak dapat turun ke laut. Hal ini akan menyebabkan berlakunya kekurangan hasil tangkapan seterusnya akan menurunkan Kadar Negara Kasar (KNK) negara. Selain itu, isu ketara yang berlaku kini ialah berlakunya kekurangan tenaga buruh dalam sektor yang berkaitan dengan sektor desa. Paling jelas dapat dilihat ialah hanya tinggal golongan tua sahaja dalam menjalankan kegiatan-kegiatan di sektor desa berbanding dengan golongan muda. Golongan muda tidak suka mengusahakan aktiviti pertanian menyebabkan golongan ini telah berhijrah ke bandar yang boleh memberikan mereka peluang pekerjaan terutamanya dalam sektor peridustrian. Selain itu juga, golongan muda turut menganggap bahawa kegiatan pertanian adalah satu pekerjaan yang memenatka, menggunakan kerahan tenaga sahaja serta kerja dibawah sinaran mentari dan mendapat pulangan yang sedikit.

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 17

5.0

Penyelesaian Masalah Kawasan Luar Bandar

5.1

Pendidikan

Bagi mengatsi masalah ini pihak kerajaan telah melancarkan beberapa program untuk memajukan pendidikan di luar bandar selaras dengan pembangunan negara. Bajet 2008 juga memainkan peranan penting dalam menjana pendidikan di luar bandar. Dalam Bajet 2008, strategi kedua menekankan terhadap memperkasa pembangunan modal insan. Usaha-usaha seperti memperkasa sekolah rendah dan menengah, pendidikan percuma untuk semua,

memartabatkan profesion perguruan, memantapkan pengajian tinggi, kenaikan kadar biasiswa, pembelajaran sepanjang hayat dan sebagainya dilaksanakan. Sejumlah RM30 bilion disediakan bagi Kementerian Pelajaran. Peruntukan ini turut merangkumi pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, termasuk Program Sekolah Cemerlang, memartabat profesion perguruan dan merapatkan jurang pendidikan di antara bandar dan luar bandar. Untuk meningkatkan lagi kualiti dan prestasi sekolah sebanyak 60 buah sekolah kluster akan diwujudkan dalam tahun 2008. Peruntukan berjumlah RM500 ribu akan diberi bagi setiap sekolah kluster untuk tujuan aktiviti ko-kurikulum, latihan dan pembelian peralatan pembelajaran. Selain itu, kerajaan komited melaksanakan langkah progresif untuk meningkatkan akses dan mengurangkan kos pendidikan. Yuran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Penilaian Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan dimansuhkan. Yuran tahunan sekolah rendah dan menengah turut dimansuhkan. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memperuntukkan RM45 juta bagi melaksanakan projek µSchool Net¶

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 18

untuk menyediakan perkhidmatan internet di sekolah-sekolah dalam pembangunan luar bandar.

Untuk mengiktiraf peranan penting guru dan memartabatkan profesion perguruan, kerajaan akan melaksanakan langkah-langkah seperti meningkatkan elaun guru pendidikan khas daripada RM100 kepada RM250 sebulan, menaikkan kadar elaun guru ganti berkelulusan ijazah daripada RM85 kepada RM150 sehari, serta menyediakan elaun sebanyak RM60 sejam bagi lepasan ijazah dan RM50 sejam bagi lepasan diploma kepada guru yang mengajar bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan. Selain itu, kerajaan akan meningkatkan elaun sara hidup pelajar di semua peringkat pengajian tinggi tempatan, termasuk kursus persediaan dan kursus bahasa. Peningkatan elaun tersebut adalah di antara 23% sehingga 84%. Kadar baru ini berkuatkuasa mulai semester pertama sesi 2007 iaitu lebih seramai 90, 000 pelajar akan mendapat manfaat daripada kenaikan ini.

Dengan pelaksanaan bajet 2008, pelajar di luar bandar turut menikmati manfaat-manfaat dan lebih berdaya saing dalam pelajaran mereka. Program-program tersebut

memang dapat mendatangkan bantuan pembangunan pendidikan luar bandar. Malahan masalah kadar ketersampaian pelajar ke sekolah harus diurus dengan lebih cekap. Misalnya Sekolah Berasrama Penuh boleh disediakan tanpa mengira kepandaian pelajar bahkan terbuka untuk semua pelajar agar mereka dapat belajar dengan lebih baik dan berpotensi untuk maju dalam bidang pendidikan. Pelajar di luar bandar harus didedahkan lebih banyak pengetahuan teknologi supaya dapat berdaya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan bersedia melangkah maju bersama pembangunan negara. Selain itu, pameran informasi pendidikan

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 19

juga harus kerap dijalankan di luar bandar agar pelajar di luar bandar menyedari kepentingan pendidikan dan memberi pandangan dan harapan kepada mereka untuk menuju kejayaan. Dari segi pelajaran pendidikan, Program Anak Permata Negara yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada pendidikan serta pembinaan sahsiah, kesuburan akal dan fikiran serta naluri kanak-kanak dan mahu program itu dijelaskan kepada ibu bapa supaya matlamat pendidikan itu dapat dicapai. Sokongan ibu bapa menggalakkan anak-anak

luar bandar menerusi dan memperoleh pelajaran yang tinggi menjamin masa depan anak luar bandar lebih cemerlang

(http://www.kempen.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=885&Itemid=1 09&lang=english).

5.2

Ekonomi

Kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam memajukan dan mengembangkan industri asas tani. Contohnya kerajaan telah memberikan subsidi baja, subsidi racun serangga dan hasil pertanian kepada petani. Hal ini dapat dilihat apabila BERNAS yang dipertanggungjawabkan untuk membeli hasil pertanian padi dengan harga dua kali ganda yang jelas memberi untung kepada petani. Kerajaan juga telah membuat Rancangan Pengairan Kemubu di Kelantan yang membolehkan tanaman padi dihasilkan dua kali setahun.

Selain itu, kerajaan telah memberikan tanggungjawab kepada Bank Pertanian Malaysia dalam memberi dana dan kemudahan kredit kepada petani untuk meningkatkan aktiviti pertanian

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 20

mereka. Di samping itu juga, penyertaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) terutamanya oleh masyarakat luar bandar seperti penghasilan kerepek dan kuih yang dijalankan telah terbukti ia mampu memasuki ke pasaran yang lebih luas memandangkan ia mendapat permintaan yang agak menggalakkan sepanjang tahun dan dengan ini ia boleh dijadikan sebagai µbatu loncatan¶ untuk penduduk menambahkan pendapatan isi rumah mereka. Antara agensi yang terlibat dalam projek-projek sebegini dalam membuat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) ialah Palm Oil Researce Institut of Malaysia (PORIM), Malaysian Agricultur researce and Development Institut (MARDI) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Contohnya PORIM menjalankan R&D dalam menghasilkan baka getah yang bermutu tinggi iaitu pencapaian yang telah dilakukannya ialah RRIM 2000 yang mengandungi sebanyak 20 klon bermula klon RRIN 2001 hingga 2020.

6.0

Masalah Membangunkan Sektor Desa

6.1

Pemilikan dan Penguasaan Tanah

Masalah ini berlaku disebabkan masyarakat desa Negara Dunia Ketiga tidak berkeupayaan untuk memiliki dan menguasai saiz tanah yang luas. Nilai tanah yang semakin mahal akibat berlakunya pembangunan di sekitar kawasan desa menyebabkan penduduk desa tidak

mampu untuk memiliki tanah yang luas. Tanah-tanah tersebut kebanyakannya telah dibeli oleh golongan kaya untuk tujuan mendapatkan keuntungan dengan membina rumah sewa kos rendah, kedai serbaguna, restoran dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan para petani

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 21

kekurangan tanah untuk menjalankan aktiviti ekonomi mereka terutamanya pertanian. Sebagai contoh, di Malaysia kira-kira 65% daripada golongan petani padi negara ini tidak mempunyai tanah, malah mereka menyewa tanah dengan nilai sewa 30% hingga 60% daripada jumlah keluaran padi yang dihasilkan.

6.2

Pemasaran

Dari segi pemasaran pula, penduduk desa kebanyakanya kurang memiliki pengetahuan dan teknik yang sesuai untuk membantu mereka memasarkan hasil tani mereka. Aspek pertama yang mereka perlu utamakan ialah sasaran pelanggan. Produk yang dihasilkan perlulah mempunyai sasaran supaya kuantiti produk yang dihasilkan mengikut permintaan dan tidak berlaku pembaziran pengeluaran sekaligus akan menyebabkan kerugian. Produk yang dihasilkan juga perlu mempunyai teknik pembungkusan yang mampu menarik minat pelanggan serta berinovasi. Produk yang mempunyai inovasi yang tinggi mampu bersaing dengan produk lain yang ada dipasaran. Oleh itu, para pengusaha perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam teknik pemasaran bagi mendapatkan hasil pulangan yang memuaskan.

6.3

Kekurangan Tanah

Pemilikan dan penguasaan tanah yang tidak sama rata menyebabkan berlakunya masalah kekurangan tanah. Terdapat satu pihak yang mendapatkan tanah melalui pelbagai cara

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 22

termasuk membeli tanah dengan harga yang rendah daripada kaum tani yang terdesak. Pihak ini terdiri daripada golongan pemodal asing, tuan tanah dan sebagainya. Walaupun ada sebahagian dalam kalangan petani yang bertanah, namun saiz keluasannya adalah agak kecil serta tidak ekonomik. Masalah pemecahan tanah muncul akibat kematian seseorang ketua keluarga. Tanah pusaka itu dibahagi-bahagikan dalam kalangan warisnya yang mungkin ramai ahlinya. Masalah ini mendorong golongan orang Melayu di desa semakin miskin.

6.4

Pemasaran Hasil Tani

Masalah pemasaran tani wujud disebabkan adanya golongan orang tengah yang menindas dan memeras kaum tani. Secara umumnya, orang tengah ini biasanya membeli hasil hasil dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga yang ditetapkan di pasaran kemudianny a menjual hasil itu kepada pengguna dengan dengan harga yang mahal. Di Malaysia, institusi orang tengah telah wujud sejak zaman penjajahan lagi. Selain itu, terdapat juga golongan peminjam wang yang berperanan meminjamkan wang kepada mereka yang terdesak d engan kadar faedah yang tinggi. Golongan orang tengah dan peminjam wang ini lazimnya terdiri daripada orang Cina dan India. Kini, peranan orang tengah dimainkan oleh badan -badan berkanun tertentu seperti Lembaga pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN). Jadi jelaslah bahawa kaum tani tidak terlepas daripada cengkaman orang tengah.

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 23

6.5

Teknologi dan Kaedah Pengeluaran

Peringkat teknologi yang rendah menyebabkan penghasilan produktiviti adalah rendah. Kesannya, pendapatan para tani turut rendah sekaligus menjejaskan kehidupan rakyat. Masalah teknologi adalah berpunca daripada ketidakmampuan petani membeli alat-alat, baja serta jentera moden. Sebagai contoh, petani-petani masih lagi menggunakan kerbau sebagai alat untuk aktiviti pembajakan. Keadaan ini menyebabkan daya pengeluaran yang mampu dihasilkan adalah terhad kerana penggunaan kerbau dalam pembajakan memakan masa berbanding penggunaan jentera pembajak. Kekurangan pengetahuan dan kemahiran menggunakan teknologi juga merupakan masalah utama. Ini menimbulkan kemungkinan teknologi yang sedia ada kurang digunakan, tidak digunakan ataupun disalahgunakan seterusnya akan menyebabkan wujudnya masalah-masalah lain seperti hakisan dan menanam secara berlebihan.

6.6

Kemiskinan

Peluang pekerjaan yang menawarkan upah yang lumayan merupakan pendorong utama penghijrahan tenaga kerja dari desa ke bandar. Ini menyebabkan timbulnya masalah kekurangan tenaga buruh di kawasan luar bandar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi terutamanya pertanian. Kekurangan inisiatif atau nilai-nilai tertentu untuk membangun telah mewujudkan masalah kemiskinan di luar bandar. Selain itu, kemiskinan di luar bandar adalah juga disebabkan pengabaian pihak pemerintah pada masa lepas yang lebih menumpukan

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 24

perhatian kepada kawasan bandar dan kepada ekonomi untuk eksport sahaja. Keadaan ini menyebabkan masalah kemiskinan di luar bandar berterusan sedangkan kawasan bandar semakin berkembang dengan pesat.

7.0

Penyelesaian Masalah Sektor Desa

Bebagai-bagai langkah telah diambil untuk menyelesaikan atau menngurangkan masalah yang dihadapi dalam membangunkan sektor luar bandar seperti membentuk organisasi tertentu, memperkenalkan alat-alat teknologi dan cara-cara baru menanam dan membuka tanah baru dan melaksanakan program revolusi hijau. Terdapat dua pendekatan yang biasanya diambil oleh sesebuah Negara Dunia Ketiga dalam membangunkan sektor desa iaitu pendekatan pembaikan dan pendekatan transformasi.

Pendekatan pembaikan bertujuan untuk menggalakkan perkembangan dan kemajuan pertanian dalam sistem pengeluaran tani yang sedia ada. Secara umum, pendekatan pembaikan ini melibatkan satu proses yang bergerak secara beransur -ansur dan perlahanlahan dalam meningkatkan penghasilan serta berorientasikan pasaran. Pendekatan ini menyediakan lebih banyak modal dan alat untuk para petani terutamanya yang memiliki tanah yang banyak. Melalui pendekatan ini, peghasilan dan pengeluaran dapat ditingkatkan. Dasar-dasar pendekatan pembaikan adalah berasakan pand angan kemodenan terhadap perubahan dan menekankan kepentingan penyerapan teknologi moden, kemahiran serta sumber-sumber pengeluaran kepada sektor tradisional yang kekurangan peluang untuk

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 25

berkembang dari segi ekonomi. Objektif utama pendekatan ini ialah dapat menghasilkan kumpulan petani yang progresif yang menggunakan teknik baru untuk pengeluaran pasaran.

Pendekatan transformasi pula cuba mewujudkan atau membentuk organisasi sosial dan pertanian yang baru serta cuba lari daripada sistem tani yang sedia ada. Pendekatan ini bertujuan mengubah struktur sosial dan ekonomi yang sedia ada dengan memperkenalkan sistem teknik, sosial dan undang-undang yang baru dan yang membolehkan berlakunya perkembangan teknik pertanian yang moden serta kadar pelaburan yang tinggi supaya pertumbuhan ekonomi dapat ditingkatkan. Antara langkahnya ialah pembentukan kawasan penempatan atau rancangan-rancangan baru yang melibatkan pergerakan penduduk secara besar-besaran ke tempat-tempat itu dan pelaksanaan program reformasi tanah. Pendekatan transformasi menekankan perlunya melepaskan diri daripada corak pengeluaran yang ada serta menghapuskan bentuk-bentuk eksploitasi yang ada.

8.0

Penilaian Penyelasaian Masalah Pembangunan Desa

Secara umumnya hasil usaha untuk memperbaiki masalah pembangunan desa di negara kurang membangun adalah sedikit daripada yang dijangkakan. Terdapat tiga kesalahan pendekatan yang asas menurut Mountjoy, 1983 yang telah menggagalkan kebanyakan daripada usaha untuk membangunkan sektor desa. Antara kesalahan tersebut ialah kesalahan yang berkaitan dengan tindakan pemerintah yang menyediakan langkah penyelesaian politik hanya untuk jangka pendek terhadap masalah yang telah lama wujud. Contohnya skim subsidi. Kesalahan yang kedua pula ialah terlalu yakin terhadap kebaikan pendekatan dan

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 26

pengalaman Eropah-Amerika ke arah pembangunan. Sekiranya usaha disamakan dengan pembandaran dan pertumbuhan industri dan yang seterusnya ialah kekurangan pengetahuan mengenai pola-pola kehidupan cara hidup di desa khususnya kerana kerajaan banyak tertumpu pada pola-pola kehidupan di bandar sahaja. Akibatnya perkara-perkara baru diperkenalkan sedikit sahaja perhatian diberikan kepada penduduk di sana yang belum bersedia untuk menerima kerasionalan ekonomi yang kompleks. Tingkah laku pertanian dalam konteks ini tidak terkawal oleh kebenaran teori ekonomi Eropah Barat.

Selain itu, sistem desa yang bersandarkan keseimbangan satu set nilai yang kebanyakannya tidak produktif dalam konteks ekonomi yang formal. Dalam sistem tersebut pertanian memainkan peranan yang penting tetapi ia bukan merupakan satu-satunya faktor bagi keseluruhan sistem ini. Hal ini, perlu ada pemahaman yang lebih terperinci tentang persepsi dan sikap masyarakat desa agar tidak berlaku kekeliruan dalam masyarakat. Melalui perubahan ekonomi, sosial, dan ekologi yang komplek dalam masyarakat desa kelihatan statik dan tradisional. Jika usaha ini benar-benar hendak dilakukan untuk memberi perubahan yang tidak merosakkan contohnya dalam sistem pelajaran, kaedah penanaman yang b dan aik perkidmatan luar bandar. Oleh itu, perhatian harus diberikan kepada perubahan jangka panjang yang bercorak penyesuaian berevolusi yang kini telah muncul tetapi tidak diberi perhatian.

Terdapat usaha-usaha bagi meningkatkan hasil pertanian yang cepat dengan menggunakan pendekatan yang berasaskan pengalaman ekonomi Eropah-Amerika. Keadaan ini menyebabkan negara tidak dapat menyesuaikan teknologi yang diperkenalkan selaras dengan

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 27

keperluan dan keadaan tempatan. Di samping itu, Penyediaan langkah jangka pendek dan jangka panjang sangat diperlukan dalam usaha mewujudkan perubahan dan kemajuan di sektor desa supaya perancangan yang dilakukan sentiasa teratur. Selain itu, penilaian masalah pembangunan desa di negara-negara global juga hampir sama dengan masalah yang dihadapi oleh Negara-negara Dunia Ketiga contohnya negara Amerika Latin, Negara-negara Eropah seperti Amerika Syarikat, Rusia ataupun Korea yang pada dasarnya dikatakan maju pada keseluruhannya namun, masalah pembangunan desanya juga menghadapi masalah yang sama dengan dunia ketiga pada zaman peralihan dahulu. Pemodenan pembangunan desa menyebabkan negara-negara ini dapat berkembang maju dan pesat hingga ke hari ini.

Selain itu, perlunya satu asas budaya masyarakat desa untuk perkembangan dan pembangunan. Contohnya perluasan perkhidmatan bandar ke kawasan desa yang membolehkan masyarakat desa dapat menikmati kemudahan yang sama sebagaimana yang terdapat di kawasan bandar. Selain itu, pemikiran masyarakat luar bandar juga haruslah diubah bagi memastikan perkembangan pembangunan dapat di capai dengan lebih baik dari segi mentaliti dan keintelektualan.

Di samping itu, sektor perindustrian perlu ditekankan dalam membina pembangunan yang bercorak moden. Pembangunan di kawasan luar bandar juga perlu diwujudkan supaya masyarakat tersebut tidak mengalami kemunduran dalam kehidupan dan tidak tercicir dalam arus pemodenan. Oleh itu, pembangunan luar bandar merupakan sebahagian yang amat penting dalam proses pembangunan secara keseluruhannya, terutamanya di Negara Dunia Ketiga yang sektor desannya masih merupakan sektor yang terbesar dalam konteks jumlah

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 28

penduduk dan keupayaan produktivitinya. Memandangkan desa dan bandar mempunyai hubungan yang rapat dan saling kebergantungan, maka perlulah diadakan pertumbuhan dan pembangunan yang seimbang di antara kedua-dua sektor tersebut.

Masalah penilaian pembangunan desa juga perlu ditekankan dari aspek kesihatan iaitu perlu adanya perubahan dari segi tahap kesihatan golongan kanak -kanak dan juga warga emas dengan menambah peralatan perubatan yang berteknologi tinggi bagi mengenal pasti tahap kesihatan para penduduk luar bandar setanding dengan penduduk di bandar terutamanya tempat ditingkatkan. Di samping itu juga, pemberian imunisasi kepada golongan kanak-kanak bagi menghalang daripada mendapat penyakit serta memastikan setiap pesakit di kawasan luar bandar mendapat vaksin apabila menghadapi penyakit yang serius contohnya penyakit Denggi.

Selain itu, sektor pendidikan perlu ditekankan bagi kawasan luar bandar agar penduduk di sekitarnya mendapat pendidikan yang sepatutnya. Kemudahan dari aspek pendidikan haruslah disediakan secukupnya agar pelajar di kampung juga dapat menumpukan perhatian pada pelajaran sebagiamana yang terdapat di kawasan bandar. Kemudahan tersebut hendaklah dilengkapi dengan teknologi yang canggih dan memenuhi permintaan dalam bidang pendidikan di sesuatu kawasan luar bandar tersebut. Tenaga-tenaga pakar dalam bidang pelajaran juga haruslah diletakkan di setiap sekolah di kawasan luar bandar bagi memastikan pelajar-pelajar dapat menimba ilmu daripada guru yang berkemahiran tinggi dalan sesuatu bidang yang dipelajarinya itu.

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 29

9.0

Kesimpulan

Pembangunan luar bandar perlu dipergiatkan lagi bagi meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup penduduk luar bandar. Ini sekaligus dapat meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup masyarakat luar bandar berdasarkan segala bidang yang diceburi oleh penduduk luar bandar. Contohnya, dalam bidang pendidikan, mereka perlulah setanding dengan masyarakat bandar supaya jurang ketidaksamaan dapat dikurangkan. Transformasi dalam pembangunan luar bandar diperlukan untuk menjadikan kawasan luar bandar yang menarik, maju dan sekaligus , akan membawa keuntungan kepada negara melalui terhasilnya masyarakat yang dinamis dan kreatif. Nilai ini amat bertepatan dengan pembangunan dalam sektor pelancongan di kawasan luar bandar. Pembangunan sektor pelancongan di luar bandar ini akan memberikan banyak faedah kepada masyarakat itu sendiri.

Masyarakat luar bandar juga haruslah memiliki kualiti kompetitif setanding dengan masyarakat bandar terutamanya dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, perancangan strategik, kebolehan penyelesaian masalah, dan berkeyakinan untuk mencapai kejayaan. Pembangunan luar bandar ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pencapaian pembangunan fizikal yang menyeleruh dan dapat menuju ke arah negara maju tahun 2020. Oleh itu, bagi mencapai hasrat besar ini penduduk desa mestilah berubah sikap daripada mentaliti yang tradisional dan sentiasa mengharapkan subsidi yang diberikan kepada individu dari kerajaan yang boleh menyebabkan daya saing dan daya maju masyarakat luar bandar menjadi rendah. Secara umumnya pembangunan luar bandar amat penting agar masyarakat luar bandar tidak terpinggir dan ketinggalan berbanding masyarakat bandar. Hal ini penting

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 30

untuk menjamin masa depan generasi akan datang di luar bandar. Oleh itu, semua pihak sama ada pihak kerajaan mahupun penduduk luar bandar itu sendiri perlu sentisa melakukan perubahan ynag positif agar masyarakat luar bandar tidak lagi dianggap golongan yang pasif. Kerjasama di antara semua pihak turut penting agar pembangunan dapat dijalankan tanpa sebarang masalah dan pembangunan akan dapat dilaksanakan secara berterusan.

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 31

Rujukan

Fatimah Hassan. (2011). Pemasaran Tempat : Pendekatan Pembangunan Wilayah. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Unit Perancangan Ekonomi (2011). Diakses pada 1 Mac 2011, daripada

http://www.epu.gov.my/ruraldevelopment Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) (2011). Diakses pada 1 mac 2011, daripada http://www.kemas.gov.my/home Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (2011). Diakses pada 1 Mac 2011, daripada http://www.rurallink.gov.my/home Kontradiksi Ruang Desa dan Bandar (++). Diakses pada 1 Mac 2011, daripada http://pkukmweb.ukm.my/~fsp/kedinamisan%20ruang/kuliah3%20(kontradiksi%20ru ang%20desa%20dan%20bandar).htm Kempen Kerajaan di Malaysia (++). Diakses pada 1 Mac 2011, daripada

http://www.kempen.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=885&Ite mid=109&lang=english Pembangunan Luar Bandar (++). Diakses pada 1 Mac 2011, daripada

www.scribd.com/doc/50996855/pembangunan-luar-bandar Rahimah Abdul Aziz. (2001). Pengantar Sosiologi Pembangunan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Strategi Pendidikan di Malaysia (++). Diakses pada 1 Mac 2011, daripada

http://apps.emoe.gov.my/bppdp/Index%20Lonjakan%20Perdana.htm

GMJT 2013 : Sosiologi Pembangunan | 32

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful