You are on page 1of 105

Ilya Abdullah

Prolog
Bila teringat kembali kisah cinta aku dengan Syakir pastinya aku akan tersenyum sendiri. Aku dengan Syakir selalu bertengkar tetapi siapa sangka orang yang kita meluat sangat itu menjadi suami kita, kan? Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Tidak semestinya orang yang serba-serbi tampak sealiran dengan kita itu ialah jodoh kita. Macam aku dengan Syakir. Kami punya perwatakan yang berbeza dan sering tidak sefahaman. Aku sukakan Coke dan Syakir sukakan sundae! Ada orang kata Coke dan sundae tidak boleh bercampur! Tidak sesuai! Siapa cakap Coke dan sundae tidak serasi? He he he… alhamdulillah berkat usaha gigih Syakir (konon-kononnya) akhirnya kami bercinta dan berkahwin. Kini… kami bakal menimang cahaya mata pertama kami. Aku tak boleh bayangkan wajah gembira Syakir bila aku khabarkan yang dia bakal menjadi

1

Coke & Sundae II

seorang ayah. Terlonjak-lonjak dia macam budak kecil. Habis semua jiran dia beritahu. Betul-betul buat aku malu. Syakir… Syakir…. ERGELENG-GELENG kepala Azyan ketika menulis di dalam diari yang suatu ketika dulu milik suaminya, Syakir. Dia meleretkan senyuman di hujung bibirnya. Perutnya yang sudah membesar macam belon itu adakalanya buat dia tidak selesa untuk duduk menulis. Azyan meletakkan pen di atas meja. Dia menghela nafas kecil. “Anak ibu ni makin nakal ya.” Azyan mengusapusap perutnya. Wajahnya berkerut. Dia mengalihkan pandangan pada Syakir yang sudah enak dibuai mimpi di atas katil. Terdengar dengkuran halus suaminya itu. Azyan menyimpan semula diari tersebut di dalam laci. Dia mula berasa tidak enak dengan perutnya. Bayi di dalam kandungannya kian kuat menendang-nendang. Makin lama makin ganas tu. Perlahan-lahan Azyan menghampiri Syakir. “Bang,” panggilnya perlahan. Syakir masih tidak buka mata. Siap boleh ubah posisi baringnya. Azyan mengetap bibirnya. Dia menggoncang tubuh Syakir. Namun tiada tanda-tanda yang Syakir akan membuka matanya. Merah muka Azyan menahan amarah. “Abang bangun! Ayang dah nak ‘meletup’!” jeritnya di telinga Syakir. “Hah? Ayang ‘meletup’?” Serentak itu Syakir terjaga. Dia pandang kiri dan kanan. Pandangan Syakir mati

T

2

Ilya Abdullah

pada wajah isterinya yang kelihatan seperti orang yang sedang menahan sakit itu. “Sayang ni kenapa? Berkerut-kerut macam nenek kebayan.” Soalan paling bodoh Syakir utarakan. Nasib baik Azyan sedang sarat begini, kalau tidak mahu dia belasah suaminya itu. Boleh Syakir buat lawak antarabangsa masa dia tengah sakit begini! “Perut ayang ni rasa nak ‘meletup’ dah bang!” beritahu Azyan. “Hah? ‘Meletup’?” Syakir buat muka bengongnya lagi. “Bukan ke due ayang seminggu lagi?” Azyan tepuk dahi. Kalau sudah hendak bersalin tidak semestinya tertakluk kepada tempoh yang doktor ramalkan. Syakir pun tahu! Dia juga seorang doktor! “Abang!” Azyan tidak dapat menahan kesakitan yang kian mencucuk-cucuk. Peluh dingin sudah memenuhi segenap ruang wajahnya. “Baby macam nak keluar,” sambungnya lagi. “Hah?!” Syakir mula panik. Tengah malam buta begini pulak isterinya itu nak bersalin. Tidak boleh tunggu esok pagi ke? Keadaan jadi kelam-kabut. Bergegas dia bersiap untuk menghantar Azyan ke hospital. Dalam keadaan sakit, Azyan sempat tertawa kecil melihat cara Syakir berpakaian. Syakir pakai baju dan seluar terbalik! Syakir cepat-cepat betulkan semula pakaiannya. Kemudian dia pakaikan tudung ala kadar sahaja pada kepala Azyan. Azyan menudingkan jarinya pada barang-barang

3

Coke & Sundae II

yang telah dia siapkan awal-awal untuk keperluan di hospital nanti. Perlahan-lahan Syakir memapah Azyan masuk ke dalam kereta. Dia duduk di tempat pemandu. Baru dia memulas kunci kereta, Azyan menepuk-nepuk lembut bahunya. “Abang nak perompak masuk ke rumah kita ke? Lampu pun tak dipadamkan. Bil elektrik melambung nanti,” bebel Azyan. Syakir mengeluh kecil. Dia segera keluar dari kereta untuk menutup lampu dan pintu. Kemudian Toyota Vios itu bergerak meninggalkan pekarangan rumah teres dua tingkat itu. Beberapa minit dalam perjalanan Azyan memanggil Syakir lagi. “Abang….” “Ya, sayang,” sahut Syakir. Dia tidak menoleh ke arah isterinya. Matanya fokus pada jalan raya. Pandu cermat maka jiwa pun akan selamat. “Ayang rasa kepala baby dah nak keluarlah.” Adu Azyan. Dia rasa dia tidak mampu untuk bertahan lagi. “Hah?!” Syakir brek mengejut di tepi jalan. Dia memusingkan badan ke arah isterinya. Sudah! Apa dia hendak buat kini? Syakir buntu seketika. Syakir rasa mereka tidak akan sempat sampai ke hospital. Dia perlu jadi bidan terjun untuk isterinya. Tiada pilihan lain. Dia pindahkan Azyan ke tempat duduk belakang. Setelah beberapa jam bertungkus-lumus, alhamdulillah… Azyan selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat. Setelah melaungkan azan, Syakir serahkan bayi

4

Ilya Abdullah

mereka kepada Azyan. Dia mengesat peluh di dahinya. Terukir senyuman di bibir Syakir. Aku sudah menjadi seorang ayah. Bisik hati kecilnya.

5

Coke & Sundae II

Bab 1
UNYI pinggan yang terhempas di dapur mengejutkan Syakir yang sedang membaca akhbar di ruang tamu. Bergegas dia mengatur langkah ke dapur untuk menjenguk apa yang berlaku. Syakir menggelengkan kepalanya. Ingatkan Azyan yang mengamuk, rupa-rupanya si anak teruna dia yang sedang menunjuk perasaan kepada ibunya. Dia merenung anak terunanya yang baru mencecah usia lima tahun itu. Wajahnya mengikut acuan ketampanan dia cuma mata dan bibir comelnya mengikut acuan ibunya. Ameerul Hasif Bin Muhammad Syakir… tanda pengikat cinta dan kasih mereka. Keletahnya adakala buat Syakir dan Azyan sakit kepala. Ameerul mencebik. Dia langsung tidak endahkan jelingan tajam ibunya. Syakir menggelengkan kepalanya. Adalah tu yang buat anak terunanya tidak berpuas hati. Dia kerling Azyan yang sedang tegak berdiri sambil bercekak pinggang. Dilihatnya berkerut-kerut wajah Azyan. Perangai siapalah yang diikut oleh anak terunanya ini? Degil nak mampus!

B

6

Ilya Abdullah

Ameerul berlari memeluk pinggang ayahnya. Nak mengadulah tu.... “Kenapa ni?” Syakir mengusap rambut anaknya. “Jangan manjakan dia sangat! Ayang cuma tak kasi dia minum koko aje dah pandai tunjuk protes!” desis Azyan. Bila gigi yang berlubang itu meragam tahu pulak Ameerul mengaduh kesakitan. Bila nak bawa jumpa doktor gigi, dia tidak mahu. Boleh pulak dia kata doktor gigi makan orang. Entah siapa yang ajar ntah! “La… bagi ajelah dia minum koko,” suruh Syakir. Hal kecil begitu pun nak kecoh sampai si anak buat muka. “Abang tak tahu ke gigi anak kita berlubang? Ayang nak bawak dia jumpa doktor, dia tak mahu,” adu Azyan. Syakir tersenyum. Dia tahu, Azyan memang ambil berat perihal dia anak-beranak. Demam sikit pun Azyan akan kecoh. Ameerul sudah merenggangkan pelukan pada ayahnya. Dia memuncung. “Bagi ayah tengok gigi Meerul yang berlubang tu.” Syakir memujuk. Laju Ameerul menggelengkan kepalanya. Dia ketap bibirnya rapat-rapat. Jangan harap ayah boleh tengok gigi dia yang sudah berlubang itu. “Buka mulut tu bagi ayah tengok, Meerul!” Azyan meninggikan suaranya. Ameerul menggeleng. Azyan menjegilkan biji matanya. Syakir mengeluh kecil. Rasanya Ameerul menurun perangai degil Azyan.

7

Coke & Sundae II

“Ameerul!!!!” Bergema suara Azyan satu rumah. Ameerul menekup kedua-dua belah telinganya. Si anak itu tersengih. Terkedip-kedip matanya memandang si ayah. Perlahan-lahan dia membuka mulutnya. Syakir menjenguk gigi Ameerul yang putih bersih itu. Sayang ada satu cacatnya di situ. Boleh tahan besarnya lubang pada gigi Ameerul. Gigi itu harus dicabut. “Esok Meerul pergi klinik gigi dengan ibu ya.” “Tak nak!” balas Ameerul tegas. “Kenapa tak nak?” soal Syakir kehairanan. “Kawan-kawan Meerul cakap doktor gigi makan orang,” balasnya. Syakir tidak dapat menahan tawa. Namun apabila dia melihat jelingan Azyan, Syakir menekup mulutnya. Tidak molek ketawa begitu kepada si anak. Tengok! Ameerul mencebik semula. Ada tandatanda air mata nak menitis. Dia memeluk pinggang ibunya pula. Teresak-esak si anak itu menangis. Biasalah buat ‘air mata duyung’. Sampai hati ayah ketawakan dia. Syakir garu kepala. Dia bukan sengaja mahu ketawakan anaknya itu. Tak sengaja. Merajuklah pulak. “Anak ibu tak hensemlah nanti kalau kuat menangis.” Giliran Azyan memujuk. Lemah lembut gitu. Jika diimbas kembali zaman remaja mereka… Azyan tidaklah selembut ini. Ganas macam gorilla. Sekarang wajah comel Azyan sudah ada ciri-ciri keibuan. Anak dengan ibu sama-sama comel. Itu buat Syakir makin sayang pada isteri dan anaknya. Tanpa sedar dia memeluk mereka berdua. Dia kucup pipi gebu Azyan dan Ameerul. Bahagia sangat punya keluarga yang lengkap begini.

8

Ilya Abdullah

“Ibu… ayah dah buang tabiat.” Kata Ameerul tibatiba. Dia mengesat air matanya. Tersentak Azyan. Dia bungkam tanpa sepatah kata. Syakir tersengih.

SELEPAS berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Muhammad Syakir Bin Ilyas, Azyan menumpukan sepenuh perhatian sebagai suri rumah tangga. Dia tidak mahu makan pakai Syakir terabai. Bukan senang nak bertapa menjadi seorang isteri mithali ini tanpa bantuan daripada temanteman rapatnya, Salwa dan Nani. Segala ilmu rumah tangga diperturunkan oleh mereka kepada Azyan. Mula-mula dulu Azyan rasa janggal hidup berdua bersama Syakir. Tambahan pula tidur sekatil dengan Syakir. Saban malam dia gelabah bila Syakir ingin sentuh dia. Naik hantu dia sampai humban Syakir keluar dari bilik tidur. Pengalaman ngeri yang tidak dapat dilupakan. Setelah menidurkan Ameerul, Azyan melangkah masuk ke dalam bilik tidur. Ameerul tidak akan tidur jika tidak dibacakan buku cerita kegemarannya, Kisah 1001 Malam. Syakir yang hadiahkan buku cerita tersebut pada hari lahir Ameerul tahun lepas. Syakir sedang berehat-rehat di atas katil sambil membaca buku. Tiada buku lain yang dibaca selain daripada buku perubatan dia. Bilalah Syakir akan dapat cuti panjang untuk bawa mereka sekeluarga makan angin? Asyik sibuk dua puluh empat jam dengan kerja di hospital. Hospital itu macam bini nombor satu dia saja. Nasib baiklah Azyan ini jenis isteri yang

9

Coke & Sundae II

memahami. Azyan baring di sebelah Syakir. Dia menarik selimut hingga ke paras pinggangnya. “Meerul dah tidur?” soal Syakir. Buku yang dibaca diletakkan di atas meja bersebelahan katil itu. Masa untuk bermesra-mesraan dengan isteri tercinta. “Sudah,” balas membelakangi Syakir. Azyan ringkas. Dia baring

“Aik! Ibunya pun nampak macam nak tunjuk protes jugak,” tegur Syakir. “Mana ada,” tukas Azyan. “Merajuk dengan abang lagi ke? Abang bukan sengaja cancel percutian kita tu. Abang memang sibuk sepanjang bulan ini,” kata Syakir sambil memeluk Azyan. Azyan membatukan dirinya. Ini yang payah kalau berkahwin dengan seorang doktor. Susah nak bercuti! Hu hu hu.… “Tak apalah. Nak buat macam mana, kan?” Azyan memejamkan matanya. Dia tidaklah kisah sangat tetapi anak teruna mereka itu yang ambil kisah sangat. Ameerul mahu makan angin bersama ayahnya. Apa tidaknya, yang selalu menemani mereka berjalan hanya Syamil seorang. Tidak pun ayah dan abangnya, Azuan. Sesekali kena juga menjaga hati si anak itu. “Ayang…” panggil Syakir lembut. “Ayang mengantuklah. Nak tidur. Esok kena hantar Meerul ke tadika.” Azyan menarik selimut hingga menutup kepalanya. Malas mahu melayan Syakir. Syakir mendengus kecil. Dia baru nak bermanja dengan isterinya itu, Azyan pula buat tidak layan. Tak baik tau. Dia sengaja lurutkan selimut pada tubuh isterinya itu.

10

Ilya Abdullah

Azyan mengetap bibirnya. Dia bingkas bangun. Cemberut wajah Azyan. “Abang jangan nak menggatal malam ini. Ayang dah dua hari ‘lampu merah’ tau!” Azyan menarik semula selimutnya. “Jangan lupa tutup lampu!” Syakir mengeluh kecil, hampa. Dia bingkas bangun menutup lampu bilik. Syakir tidak turut baring bersama Azyan. Dia mencapai bukunya kembali. Fikirnya mahu membaca di ruang tamu. Dia melangkah keluar dari bilik. Pintu bilik anaknya dikuak perlahan. Si kecil itu sudah lena di atas katilnya. Syakir tersenyum. Bukan main lasak sekali anak terunanya itu tidur. Ketika dia masih kecil pun lasak juga tidurnya. Kakinya pasti naik ke atas muka Syamil. Syamil akan merungut-rungut dan mengadu kepada abah dan emak mereka. Teringat pula dia pada Syamil, adiknya itu. Syamil kini melanjutkan pelajaran di UPSI Tanjung Malim. Dia mahu menjadi seorang cikgu, macam abah mereka. Dia juga yang ‘tersesat’ menjadi doktor. Abahlah yang desak dia! Kalau Syamil, tidak pula kena main paksa-paksa ni. Pilih kasih! Syakir duduk bersandar di atas sofa ruang tamunya. Masa berlalu dengan pantas. Dia sudah memiliki keluarga sendiri, begitu jua dengan teman-temannya yang lain. Apalah khabar Saufi, Hamidi, Nani, Mat Karan dan juga si kucing miang Emelda? Dengarnya Emelda masih belum berumah tangga. Hairan juga Emelda boleh berbaik-baik dengan Azyan. Dulu kemain musuh ketat! Bukannya tidak pernah mereka adakan perjumpaan. Dia saja yang jarang dapat hadir kerana kesibukan bekerja. Maka wakil yang dihantar semestinya isteri yang tercinta.

11

Coke & Sundae II

Dalam duduk termenung ini teringat pula dia kepada Rizlan yang pernah menggilai Azyan dulu sebab Rizlan memenuhi kriteria lelaki idaman Azyan. Rizlan terangterangan mengatakan dia sukakan Azyan. Mujurlah Azyan tidak ubah haluan arah berkahwin dengan Rizlan. Meraung dia dibuatnya. Bukan senang mahu memikat hati Azyan. Hati Azyan hati kering! Hati batu! Azyan tak pandang dia sebelah mata pun! Dia bukan mat jiwang karat. Tidak tahulah kenapa mulut dia tak berinsurans bila bercakap dengan Azyan. Dia suka menyakiti hati isterinya itu tapi dalam hati sayang, tau. Azyan pula memang jenis melawan kata. Sekarang dia tidak perlu risau lagi. Azyan memang sudah sah menjadi miliknya. Mereka juga sudah punya seorang anak yang comel. Ada rezeki tambah lagi seorang. Syakir tersenyum panjang. Ada kawan untuk Ameerul. Dia mesti suka kalau ada seorang adik. “Abang tak tidur lagi?” Terasa ada tangan memeluknya dari belakang. Siapa lagi kalau bukan isteri yang tersayang. Entah bila Azyan ada di belakangnya, dia tidak perasan. “Ini mesti tak boleh tidur sebab abang takde kat sebelah ayang ya.” Syakir menarik Azyan ke dalam pelukannya. Dia cuit hidung Azyan. Azyan Biarpun Syakir seorang lelaki tahulah. Syakir rambut Syakir. Azyan. mencebik. Dalam hati bahagia bukan main. tidak seromantis Zekri atau Rizlan, Syakir yang punya keistimewaan tersendiri. Dia suami dia. Azyan tersenyum. Dia mengelus

“Sayang….” Syakir meramas-ramas jemari runcing

12

Ilya Abdullah

“Ya, sayang….” Azyan pun... kemain manjanya! “Kesian dekat anak kita, Meerul.” “Abang selalu sibuk sangat sampai takde masa untuk anak teruna kita tu. Budak tu kalau dah membebel buat ayang pedih telinga.” Gerutu Azyan. Mulut comel Ameerul itu macam mulut ayah dia jugak. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. “Bukan itu maksud abang.” Azyan mengerutkan dahinya. “Habis tu?” Syakir mendekati telinga isterinya. Dia berbisik perlahan. Berona merah muka putih Azyan. Laju dia menolak tubuh Syakir. Syakir ketawa kecil melihat gelagat Azyan. Azyan menampar lembut bahu Syakir. “Gatal!” “Kalau abang menggatal pun dengan isteri abang yang comel seorang ini.” Syakir mengucup dahi isterinya. Mereka saling berbalas senyuman.

13

Coke & Sundae II

Bab 2
tuturkan kepada Ameerul.

“P

AKAI topi keledar untuk keselamatan,” suruh Azyan. Ayat biasa yang Azyan

Ameerul tersengih menampakkan barisan giginya. Setiap pagi, ibunya yang menghantar dan menjemput dia di Tadika Rasa Sayang. Ayahnya tiada masa untuk berbuat demikian. Sibuk dengan kerja di hospital. Awal-awal pagi sudah keluar, pulangnya lewat malam. Ibunya tidak pula merungut dengan kesibukan melampau ayahnya itu. Ibu punyalah percaya seratus peratus pada ayah. Boleh percaya ke ayah dia itu? Ada juga kemusykilan di hati Ameerul. Tidak kisahlah Ameerul. Yang penting ayah dan ibunya sentiasa ada bersama dia. Ameerul sudah membonceng di belakang skuter milik ibunya. Skuter Azyan bergerak meninggalkan pekarangan rumah mereka. Semenjak kes kemalangan setahun yang lalu, ibunya fobia memandu kereta. Terpaksalah ibunya menunggang skuter semula. Kereta ibu sudah diberikan kepada pak usunya untuk berulang-alik ke Kuala

14

Ilya Abdullah

Lumpur bila cuti. Siapa lagi kalau bukan adik ayahnya, Syamil. Sampai di Tadika Rasa Sayang, Azyan membukakan helmet di kepala Ameerul. Pipi montel Ameerul dikucup lembut. Dia hulurkan bekalan buat anak kesayangannya itu. Roti sardin kegemaran Ameerul. Ameerul mengucup tangan dan pipi ibunya sebelum dia melangkah masuk ke dalam tadika. “Siapa itu?” Seorang lelaki yang turut menghantar anaknya bertanya kepada salah seorang guru tadika berkenaan. “Oh... itu ibu Ameerul Hasif,” balas guru tadika yang bertudung litup itu. “Ameerul Hasif. Budak yang gigit telinga anak saya tu ke?” soalnya lagi. Guru tadika itu menganggukkan kepalanya. “Cantik juga ibu dia.” “Tak payahlah nak berangan, Encik Ikhwan. Dia masih ada suami lagi. Suami dia lagi hensem daripada Encik Ikhwan.” Guru tadika itu menyerahkan resit yuran yang sudah siap ditulis kepada lelaki tersebut. Duda anak satu ini memang gatal. Encik Ikhwan beredar ke keretanya. Azyan sudah tidak kelihatan. Dia baru ingin berkenalan dengan wanita itu. Sekejap betul hilangnya. Encik Ikhwan mengeluh hampa. Semoga pertemuan seterusnya dia dapat menghulurkan salam perkenalan. Ameerul duduk bersebelahan dengan kawan baiknya Syafiq, anak kepada teman baik ibunya iaitu Salwa. Mereka duduk di dalam kelas Matahari. Fizikal Syafiq agak kecil

15

Coke & Sundae II

sedikit daripada Ameerul. Ikut baka ayah dia yang kemetot itu. Ibunya yang cakap begitu kepada dia. Ibunya memang tidak menipu. Ayah Syafiq memang kemetot! Dia bersyukur ayah dia tinggi dan hensem orangnya. Ameerul menarik nafas lega. Suasana yang riuh di dalam kelas itu menjadi senyap apabila Cikgu Sharifah melangkah masuk. Cikgu yang paling ditakuti oleh murid-murid kelas Matahari kerana Cikgu Sharifah kedekut dengan senyuman. Ameerul memang tidak suka dengan cikgunya itu. Dialah murid yang paling kerap didenda oleh Cikgu Sharifah. Dia suka sangat menyakat cikgu tersebut. Tetapi hari ini dia menjadi murid yang pendiam. Apa tidaknya, dia tengah sakit gigi. Ibunya mahu membawa dia ke klinik gigi setelah habis kelas nanti. Gerun dia membayangkan wajah doktor gigi itu nanti. Pasti menakutkan! Spontan dia memeluk tubuhnya.

“TAK nak!” Ameerul menangis sambil memeluk tiang lampu tanpa mahu melepaskannya. Azyan sudah puas memujuk tetapi Ameerul tetap berdegil tidak mahu masuk ke dalam klinik gigi tersebut. Umpan dengan anak patung beruang pun si anak itu tetap menggelengkan kepala. Azyan mati akal. Dia terpaksa menelefon Syamil untuk meminta bantuan. Hari ini rasanya Syamil sedang bercuti. Mujur Syamil sudi memberikan pertolongan. Tergeleng kepala Syamil melihat telatah Ameerul. Dia ketawa kecil. Boleh tahan juga degilnya anak saudara dia ini. Ameerul tidak ubah macam ibu dan ayahnya juga.

16

Ilya Abdullah

Syamil merapati Ameerul yang masih memeluk tiang lampu itu. Dilihatnya cemberut muka Ameerul. Air mata sudah membasahi pipi comelnya. Ameerul tetap berkeras tidak mahu berjumpa doktor gigi. Erat betul dia memeluk tiang lampu itu. Karang kalau dia rentap budak seorang ini bertambah kuat pula meraungnya. “Tak macolah budak lelaki menangis,” desis Syamil. “Kalau Meerul tak cabut gigi nanti ada ulat makan gigi Meerul. Eiii... gelinya.” Syamil siap buat mimik muka lagi untuk memujuk anak saudaranya itu. “Mana ada ulat makan gigi,” gerutu Ameerul. Bulat anak matanya merenung muka Syamil. “Apa pulak takde? Ada ulat besar makan gigi.” Syamil menakut-nakutkan Ameerul. Ameerul memandang ibunya. Azyan anggukkan kepala mengiakan kata-kata Syamil. “Tipu!” Dia meninggikan suaranya. Ameerul mengetap bibirnya. Berani orang dewasa seperti ibu dan pak ciknya menipu budak kecil seperti dia. “Kenapa pak usu nak tipu Meerul? Tak percaya? Meerul boleh tanya pada ayah Ameerul. Kan ke dia tu doktor.” Syamil buat muka serius habis. Azyan menahan ketawa. Harap-harap taktik Syamil menjadi. Dia sudah letih melayan kerenah anak terunanya yang seorang ini. Kalau Syakir... minta maaflah hendak pujuk rayu ini. Dia main heret aje. Macam dia heret Azyan masuk kelab teater dia dulu. Tapi sekarang Syakir hanya suka heret Azyan masuk ke dalam bilik tidur. He he he….

17

Coke & Sundae II

“Kalau cabut gigi, ulat takkan makan gigi Meerul?” soal Ameerul. Syamil tersengih. Dia anggukkan kepalanya. “Tapi Meerul takut jumpa doktor gigi. Dia makan orang,” tambah Ameerul. Syamil ketawa. Dia mengusap lembut rambut anak saudaranya itu. Entah siapalah yang cerita kisah mengarut itu kepada Ameerul. Bila masa pula doktor gigi makan orang! “Doktor gigi tak makan orang. Dia cuma nak bagi gigi Meerul baik aje,” kata Syamil. “Betul?” Ameerul merenung ke dalam anak mata Syamil. “Betul! Pak usu tak tipu. Doktor gigi kat sini cun tau. Dia baik sangat.” Bersungguh-sungguh Syamil memujuk. Lega hati Azyan kerana Ameerul termakan dengan kata-kata adik iparnya itu. Ameerul meleraikan pelukannya dari tiang lampu tersebut. Dia merapati Syamil sambil menghulurkan keduadua belah tangannya. Nak suruh Syamil dukung dialah tu. Syamil mengangkat tubuh anak saudaranya itu. Boleh tahan beratnya. Ini mesti berat tulang. Azyan menggelengkan kepalanya. Manja! Mereka melangkah masuk ke dalam klinik gigi berkenaan. Setelah memberikan nama di kaunter, mereka duduk di bangku untuk menunggu giliran. Syamil mengerling Azyan dengan ekor matanya. Azyan semakin berseri sejak berkahwin dan punya anak yang comel ini. Apa boleh buat... memang tiada tertulis jodoh antara dia dengan Azyan. Azyan milik Syakir. Dia yakin Azyan

18

Ilya Abdullah

bahagia bersama dengan abangnya. Dia boleh lihat pada wajah Azyan. Dia juga yang masih sendiri. Tak mengapa. Suatu hari nanti dia akan bertemu jua dengan gadis yang ditakdirkan untuk dirinya. Dia tidak kisah pada paras rupa, yang penting hatinya mesti cantik! Emak sudah memberikan pesanan sebelum dia mencari calon menantu untuk emak. “Duit mesti ada dalam kocek sebelum meminang anak orang.” “Ameerul Hasif Bin Muhammad Syakir.” Nama Ameerul dipanggil. Azyan memimpin tangan anaknya masuk ke dalam. Syamil duduk menanti di luar. “Eh! Awak Syamil, kan?” tegur seorang gadis ayu yang duduk bersebelahan dengan Syamil. Syamil berpaling. “Dora-Dora...” ujarnya separuh terkejut. Tidak perasan akan kehadiran gadis itu. Gadis itu mengulum senyuman. “Danialah. Bukan Dora-Dora. Siapa tadi tu?” “Kakak ipar dan anak saudara saya. Apa awak buat di sini?” “Saya tunggu kakak saya kat dalam tu. Dia ajak saya temankan dia lunch,” jelas Dania. “Kakak awak doktor gigi?” Laju Dania mengangguk. “Saya tak tahu pulak awak ada seorang kakak.” Syamil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dania kalau dia senyum... macam susu pekat lemak manis. Teman sekelasnya ini memang tidak lekang dengan senyuman di bibir.

19

Coke & Sundae II

“Awak tak pernah tanya.” Syamil tersengih. Masakan dia ingin bertanya perihal diri Dania satu per satu. Mereka berkenalan pun tidak sampai dua bulan. Perkenalan yang tidak disengajakan. Semuanya gara-gara kapal terbang kertas tersalah target. Lain yang dia nak tuju, lain pula yang kena tuju! Mujur yang tersalah tuju itu bukan gorilla di tengah hutan. Setengah jam kemudian Azyan keluar dari bilik rawatan sambil mendukung Ameerul. Ameerul memaut erat tubuh ibunya. Si kecil itu tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya. Matanya merah berair. Azyan melemparkan senyuman kepada Dania. “Kak Yan… kenalkan kawan satu kelas dengan Syam. Dora-Dora,” ujar Syamil. Dania ketawa. Itu gelaran yang Syamil berikan kepadanya. Nyata tiada riak kemarahan di wajah ayu Dania. “Dora-Dora?” Azyan mengerutkan dahinya. Macam nama kartun dalam televisyen pula. “Nama saya Dania Batrisya tapi sebab saya ni suka tengok Dora The Explorer maka lekatlah nama Dora tu pada saya. Si Syamil ni pulak pergi tambah jadi Dora-Dora,” ceritanya. Azyan menggelengkan kepalanya. “Okeylah Dora-Dora. Kami beransur dululah. Kita jumpa di kuliah nanti.” “Okey, ya. Kita jumpa di kuliah nanti.” Dania melangkah masuk ke dalam bilik rawatan. Syamil hanya melirik lenggok Dania dengan ekor matanya.

20

Ilya Abdullah

Azyan beriringan keluar bersama Syamil. Ameerul masih erat memautnya. Naik lenguh tangan Azyan mendukung Ameerul. Bukannya ringan! Syamil nak dukung, Ameerul tak mahu. “Akak balik dululah Syam. Sampaikan salam akak pada abah dan mak ya.” Mereka perlu berpisah di sini. Hala tuju mereka berlainan arah. “Kak Yan tak mahu Syam hantarkan akak dengan Meerul?” “Tak payahlah. Skuter akak nak campak kat mana?” “Campak dalam longkang,” gurau Syamil. “Banyak cantik muka kau, Syam. Syam nak kena ‘cantas’ dengan Abang Syakir ke? Dia yang belikan akak skuter kaler pink tu sejak akak allergic nak bawa kereta tau,” gerutu Azyan. Skuter lamanya sudah menjadi kenangan. Tidak tahulah di mana skuter itu berada kini. Entah siapa yang dengki mencuri skuter buruknya itu. “Tahulah Abang Syakir tu sayang sangat kat akak. Jealous Syam!” “Ala… tu yang tadi tu boleh tahan orangnya. Berisi tapi ayu. Akak suka tengok lesung pipit kat pipi dia. Macam Pretty Zinta.” Terangkat-angkat kening Azyan. “Siapa pulak ni?” Syamil mengusap dagunya yang sudah ada janggut seciput itu. “Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu pulak,” giat Azyan. “Mana ada pura-puranya kak.” “Dora-Dora!” Desis Azyan. Lembab adik iparnya ini.

21

Coke & Sundae II

Syamil mencebik. Hek eleh... Dania pula yang dikaitkan.

22

Ilya Abdullah

Bab 3
YAKIR mengukirkan senyuman di bibirnya. Senyuman Syakir mampu membuatkan jururawat dan doktor wanita di situ terpukau hingga hampir pengsan. Merah jambu warna pipi masing-masing. Nasib baiklah doktor kesayangan mereka itu telah berumah tangga. Kalau tidak… faham-faham sajalah. Siapa yang tidak tergoda dengan doktor ala supermodel itu. Doktor Muhammad Syakir Bin Ilyas seorang doktor yang peramah dan tidak lekang dengan senyuman manis di bibirnya bila berkata-kata. Boleh dikatakan para jururawat dan doktor pelatih wanita berebutrebut mahu bekerja di bawahnya. Populariti Syakir buat doktor lelaki lain agak rasa iri hati. Ada seorang doktor ini memang tidak boleh menerima kehadiran Syakir. Dia sangat anti dengan Syakir. Asal nampak saja kelibat Syakir dia pasti akan mengelakkan diri daripada bersua muka dengan lelaki itu. Apa tidaknya, doktor wanita yang diminatinya secara terang-terangan menolak cintanya. Semuanya pasal Syakir. Doktor yang dimaksudkan ialah Doktor Izmi. Orangnya boleh tahan. Tidak

S

23

Coke & Sundae II

terlalu putih dan tidak terlalu gelap. Bertubuh agak tegap serta punya kumis nipis ala Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Izmi patah hati apabila Musliha menolak cintanya. Dia tidak tahu apa kekurangannya. Musliha pula selalu membandingkan dirinya dengan Syakir. Apabila makan bersama, Musliha pasti akan menyebut perihal Syakir di depannya. Syakir itulah! Syakir inilah! Macam tiada doktor lelaki lain yang lebih hebat daripada Syakir. Ingatkan orang sudah berkahwin ini tidak ramai peminat. Izmi silap besar. “Wow! Kareena Kapoor!” Seorang kakitangan hospital bersiul kecil ke arah wanita yang sedang melenggang ke kaunter pertanyaan itu. Izmi mengalihkan pandangan matanya. Dia turut terpukau melihat wanita berkenaan. Cantik! Sungguh cantik. Ada iras Kareena Kaapor. Solid habis tubuhnya. Mungkin wanita ini mahu melawat temannya yang sakit di sini. Kemudian wanita itu melangkah masuk ke dalam lif. “Doktor Izmi.” Terasa bahunya ditepuk dari belakang. Izmi tersentak. Dia segera berpaling. Dilihatnya Syakir sedang tersenyum memandangnya. “You nak apa?” “Doktor Musliha cari you. Dia tunggu you kat kantin,” jawab Syakir. Dia kenyitkan matanya. Izmi menjuihkan bibirnya. Musliha mahu bertemu dengan dia? Bukankah Musliha meluat mahu tengok muka dia. Izmi menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa muslihat Syakir agaknya? “Doktor Izmi… I tiada apa-apa hubungan dengan Doktor Musliha. I sayangkan isteri dan anak I lebih daripada nyawa I sendiri,” kata Syakir sebelum berlalu pergi.

24

Ilya Abdullah

Izmi terpegun dengan kata-kata Syakir. Jarang Syakir serius begini. Dari kejauhan dia melihat seorang wanita menghampiri Syakir. Syakir mengucup pipi wanita berkenaan. Barangkali itu isteri Syakir. Wanita itu memalingkan wajahnya ke arah Izmi. Sekuntum senyuman menghiasi bibirnya. Izmi terpesona. Warna mukanya bertukar kemerahan. Isteri Syakir memang comel. Syakir mengangkat keningnya sebelum berlalu ke biliknya bersama Azyan. Azyan menongkat dagu memandang wajah suami tercinta. Mekar senyuman di bibir comelnya melihat Syakir bersantap dengan berselera sekali. Syakir jarang makan di kantin hospital. Dia lebih suka menjamah bekalan makanan yang disediakan oleh isteri tersayang. Kebetulan hari ini Azyan datang ke hospital untuk melawat abangnya, Azuan. Azuan kemalangan motosikal. Mujurlah keadaan Azuan tidak parah. Patah kaki kiri. Kes langgar lari. Hampir pitam juga Azyan bila ayah menelefon memberitahu yang Azuan kemalangan. Bergegas dia ke hospital setelah meninggalkan Ameerul di rumah mertuanya. Pintu wad persendirian itu dikuak perlahan. Wajah comel Azyan terjengul di muka pintu. Azyan tersengih melihat gelagat Azuan yang terkial-kial sedang menjamah makanan itu. Syakir turut berada di belakang isterinya itu. Mereka merapati Azuan. Azuan sekadar tersengih sambil menunjukkan kakinya yang berbalut macam mumia itu. Siot punya Mercedes! Bawa kereta macam pelesit. Lepas itu masuk jalan orang lain. Mujur dia tidak meninggal dunia. Desis hati kecil Azuan. Azyan gatal tangan menyentuh kaki kiri Azuan yang

25

Coke & Sundae II

berbalut itu. Inilah masanya nak merasa simen di kaki manusia. Heh heh heh! Azuan menyeringai. Tajam dia menjeling adiknya itu. Azyan buat muka selamba dia. Dia pandang kiri dan kanan. Tidak nampak pula kelibat ayahnya, Tuan Mejar terhormat itu. Ke mana pula menghilangnya? “Ayah mana Abang Zuan?” soal Azyan. Belum sempat Azuan menjawab…. “Azuan… I dah belikan you buah epal.” Tiba-tiba sahaja Emelda meluru masuk. Azyan dan Syakir tersentak dengan kehadiran Emelda. Bila masa pula Emelda kenal dengan abang dia? Azyan mengerling Azuan dengan ekor matanya. Emelda gigit bibir. Dia tidak menduga Azuan ada pelawat. Azuan tepuk dahi. Alamak! Kantoi! Apa yang dia nak berikan alasan pasal kedatangan Emelda? Lihat pada raut wajah Azyan dan Syakir, mereka perlukan penjelasannya. Azuan dan Emelda saling berpandangan. “Ada apa-apa yang kami ketinggalan ke? Baik Abang Zuan cakap cepat!” Azyan sudah menepuk-nepuk kaki kiri Azuan sambil tersengih panjang. Azuan menelan liurnya. Ingatkan dah jadi bini orang aura gorilla adiknya itu sudah terhapus sama sekali. Rupa-rupanya masih ada lagi!

26

Ilya Abdullah

“ABANG ZUAN kau dan Emelda bercinta?!” Terlopong mulut Salwa apabila mendengar kata-kata Azyan tadi. Perempuan menggeletis itu boleh jatuh cinta dengan Azuan? Macam tak percaya pulak. Tapi Emelda kini tidak seteruk Emelda yang dulu. Gediknya tetap ada. Manusia boleh berubah, kan? Kalau Azuan berkahwin, adalah orang menjaga makan dan pakai abangnya itu. Tidaklah menyusahkan Encik Idris lagi. “Boleh tak volume suara kau slow sikit? Sakit telinga aku tau,” gerutu Azyan. Salwa tersengih malu. Tabiat yang satu ini masih tidak berubah. “Tapi kalau dah Emelda tu jodoh Abang Zuan, aku terima aje. Mereka suka sama suka. Aku rela biarkan mereka bersama.” “Aik! Macam drama televisyen pula kata-kata kau tu, Yan. Terharu nampaknya.” “Mestilah. Akhirnya abang aku akan menamatkan zaman bujangnya.” “Belum confirm lagi kau dah excited. Tunggu confirm dulu.” Azyan pernah cuba menyatukan dia dengan Azuan. Salwa menolak keras. Hatinya sudah lama bertaut dengan Tengku Kudin yang kini sudah menjadi suami dan ayah kepada anak-anaknya. Sayang Salwa kepada Tengku Kudin tidak pernah berbelah bahagi tahu! “Okeylah! Kita tukar topik sekarang. Yan, kau bila nak tambah anak?” tanya Salwa. Tersembur air oren daripada mulut Azyan. Apakah tiada soalan lain yang boleh diajukan kepada dia? Azyan menghela nafas panjang. Dia tahulah Salwa sudah punya tiga

27

Coke & Sundae II

orang hero. Comel-comel belaka. Ikut baka ayah mereka. Itu dalam perut itu ada lagi seorang. Tunggu masa saja perut temannya itu membulat besar. Azyan tersenyum sendiri. “Kau ni takde benda lain nak tanya aku.” Azyan menyeringai. Salwa tersenyum meleret. Ala… itu baru gurau sedikit, Azyan sudah gabra. Ameerul sudah besar. Tidak salah untuk Azyan tambah lagi seorang anak. Sedang mereka rancak berbual, telefon di rumah Salwa berdering. Salwa bingkas bangun mengangkat gagang telefon. Dahinya berkerut. Dia pandang muka Azyan. Salwa segera menghampiri Azyan. Wajah teman baiknya blur semacam. “Aku tengok muka kau macam ayam tertelan kapur. Ada khabar tak baik ke?” soal Azyan. “Khabar tak baik buat kau! Bukan buat aku.” Salwa memandang Azyan dengan serius. “Untuk aku? Eh! Setahu aku… atuk aku dah lama meninggal. Ayah aku okey lagi. Takkan Abang Zuan aku kut? Tadi dia baik-baik aje aku tengok.” Berubah riak muka Azyan. Berdebar hatinya. Janganlah apa-apa yang buruk berlaku kepada keluarga kesayangannya. “Mulut comel kau memang cabullah Yan. Bagilah aku habis cakap dulu!” getus Salwa. “Lain kali terus straight to the pointlah kawan,” marah Azyan. Dia ketuk pulak kepala Puan Salwa ni. “Mak mertua kesayangan kau call. Anak kau gigit telinga mak cik sebelah rumah. Mak mertua kau suruh kau datang sana sekarang. Anak kau ada menurun ilmu dengan kau ya?”

28

Ilya Abdullah

“Hah?!” Azyan terperanjat besar. Sudah! Ini mesti Puan Kesom yang mencari pasal. Bukan dia tidak tahu yang anak terunanya itu tidak suka dikenenkan dengan anak gadis Puan Kesom. Puan Kesom itu over acting! Budak kecil pun nak ditunang-tunangkan. Ingat ini cerita Hindustan ke? “Dah, dah! Jom kita pergi rumah mak mertua kau. Aku takut mak cik tu putus telinga aje. Naya kau kena saman.” Salwa menarik tangan Azyan. Terkocoh-kocoh Azyan mengikut langkah Salwa. Mengucap panjang Azyan di dalam hati. Boleh tahan juga Salwa memandu kereta. Ada bonggol pun Salwa main redah. Memang perempuan seorang ini tak sayang kereta. Al-maklumlah menantu Tengku katakan. Orang banyak duit. Rosak, boleh beli yang baru. Kita ni dari kolej lagi hanya pakai skuter. Bawa kereta pun sekejap saja. Itu pun fobia lepas terlibat dalam kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Lemah jantung Syakir masa itu. Bercalar sikit pada tubuh isterinya pun Syakir sudah mengalirkan air mata. Siapa tak sayang bini, kan? Apa tidaknya isteri tersayang nyaris kehilangan nyawa kerana mahu menyelamatkan nyawa orang lain. Bagaimana kalau kereta yang dipandu oleh Azyan bertembung dengan lori? Duda anak seoranglah Doktor Muhammad Syakir punya status nanti. Ya Allah…. Minta dijauhkan. Budak-budak sekarang melintas tidak mematuhi lampu isyarat. Bahaya tu! Azyan tidak dapat melupakan babak insiden terbabit. Insiden itu masih segar dalam ingatannya. Bukan setakat fobia malah trauma pun ada. Ternganga jiran sebelah tengok BMW masuk pekarangan rumah Cikgu Ilyas. Ameerul terus memeluk Azyan sebaik saja dia

29

Coke & Sundae II

melihat ibunya itu turun dari kereta. Dia mulalah berceloteh itu dan ini. Azyan sekadar mengangguk-anggukkan kepalanya. Tidak dilayan celoteh anak terunanya itu, nanti merajuk pula. Salwa menggelengkan kepalanya. “Maaf... menyusahkan abah dengan mak.” Azyan bersalaman dengan kedua-dua mertuanya. “Budak kecil Yan, memanglah nakal sikit. Ala... lebih kurang sama dengan Syakir time kecil-kecil dulu,” balas Puan Mahani. “Jemput masuk Salwa.” Ameerul duduk di atas riba Azyan. Dia tidak mahu langsung berenggang dengan ibunya itu. Puan Mahani menghidangkan minuman di atas meja. Dia hulurkan biskut Chipsmore kegemaran Ameerul. Laju Ameerul mencapai biskut Chipsmore daripada tangan neneknya. “Teruk ke Puan Kesom kena gigit dengan Meerul, mak?” soal Azyan. Dalam hati dia ketawa bagai nak rak. Padan muka! Mulut Puan Kesom lebih kurang mulut Mak Timah Radio. Jangan harap Azyan nak berbesan dengan Puan Kesom. “Lukalah sikit, Yan. Tapi kau faham-faham ajelah mulut Puan Kesom tu. Riuh satu taman,” omel Puan Mahani. “Tak mengapalah mak. Nanti Yan pergi minta maaf dengan Puan Kesom,” kata Azyan. Dalam hati tidak ingin dia nak terhegeh-hegeh minta maaf pada Puan Kesom itu kalau tidak fikirkan air muka mertuanya. “Tak payah, Yan. Benda kecil aje. Lainlah putus telinga Si Kesom tu. Bolehlah bagi ganti rugi,” desis Puan Mahani.

30

Ilya Abdullah

Cikgu Ilyas hanya mengerling isterinya. Dia bukan tidak tahu yang isterinya itu tidak sukakan Puan Kesom. Apa tidaknya jiran sebelah mereka itu berlagak kerana bermenantukan anak orang besar-besar. Menantu dia hanya anak Mejar pencen. Harta yang bertimbun-timbun pun bukannya boleh dibawa ke dalam lubang kubur. Amal ibadat juga bekalan kita di akhirat kelak. “Meerul… lain kali jangan nakal-nakal sayang. Kenapa gigit telinga Nenek Kesom? Tak baiklah sayang.” Lembut Azyan menuturkan kata kepada anak terunanya itu. Ameerul buat muka tidak bersalahnya. Nenek itu yang menggatal dulu. Dia tahulah dia pun hensem macam ayah dia. Apa... ingat dia ada hati dengan cucu perempuan nenek itu? Ada ke patut budak lelaki yang maco macam dia diajak main kahwin-kahwin. Itu permainan zaman dahulukala. Main paksa orang pulak tu. “Jangan dimarah cucu mak tu, Yan. Budak kecil, manalah dia tahu apa-apa.” Tampaknya Puan Mahani lebih memihak kepada Ameerul. Orang baru ada cucu seorang katakan. “Mak… Meerul ni tak boleh dimanjakan sangat. Nanti naik lemak. Kalau Abang Syakir tahu ni mahu dia piat telinga Meerul. Dengan saya masih ada excuse lagi.” Konon-konon buat tidak senanglah dengan tingkah laku nakal Ameerul. Pandai Puan Nur Azyan Binti Idris berlakon. Salwa sudah tersenyum panjang. Bukan dia tidak kenal dengan fiil teman baiknya itu. “Sudahlah tu, Yan. Budak kecil memanglah nakal.” Puan Mahani saja yang bersuara.

31

Coke & Sundae II

Cikgu Ilyas membisu. Bapa mertuanya itu ada emas di dalam mulut agaknya. Payah sangat mahu mengeluarkan suara dia. Lebih kurang dengan Encik Idris juga. Lepas menunaikan solat asar, Azyan dan Salwa memohon diri untuk beransur. Lagipun skuter Azyan masih elok terparkir di rumah mewah Salwa. Salwa mahu hantarkan balik terus ke rumah, Azyan menolak. Siapa mahu hantar skuternya ke rumah kalau Salwa hantar dia dan Ameerul balik?

AMEERUL melonjak-lonjak gembira mendapatkan si ayah yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu. Topi keledar masih melekat di kepalanya. Biarlah Syakir bukakan untuk Ameerul. Hari ini awal pula suami dia pulang ke rumah. Azyan mengerutkan dahinya. Ada apa-apa ke? Dia belum masak makan malam lagi ni. Azyan terus menuju ke dapur. Sayur sawi dan mangkuk berisi ayam Azyan keluarkan dari dalam peti ais. Kita masak ringkas-ringkas sahaja untuk makan malam. “Ayang tak payah masak malam ini,” kata Syakir yang sudah terpacak di belakang Azyan. Terlepas sayur dan ayam di tangan. Kus semangat! Suami aku ni memang nak bagi aku sakit lemah jantung ke? Syakir ketawa kecil melihat gelagat Azyan. Azyan memanjangkan lehernya, mencari kelibat Ameerul. Anak terunanya itu sudah duduk menghadap cerita kartun di depan televisyen. “Kenapa pulak? Ada apa-apa ke?” tanya Azyan.

32

Ilya Abdullah

Azyan kerling Syakir dengan ekor matanya. Syakir tersenyum meleret. “Ayang buat-buat lupa ye?” Pinggang ramping Azyan dipaut. Menjerit kecil Azyan. Dekat dapur pun suami dia mahu buat babak romantik ke? Tunggulah kat dalam bilik kalau nak romantika de’ amor. Kalau Ameerul nampak, apa pulak kata anak teruna mereka itu? Budak itu sudahlah keletah. “Lupa apa pulak ni bang? Setahu ayanglah... ayang mana ada penyakit lupa ni. Uban pun belum ada atas kepala ni,” desis Azyan. “Abang tahulah Yan ada jumpa uban sehelai dua kat atas kepala abang ni. Tapi abang tak pernah lupa tarikh lahir isteri kesayangan abang ni. Dan hari ulang tahun perkahwinan kita,” bisik Syakir penuh romantis. Ya Allah! Macam mana pula aku boleh terlupa hari ini hari lahir aku dan ulang tahun perkahwinan aku dengan Syakir? Azyan menepuk dahi. Dia malu sendiri. Hari perkahwinan mereka dilangsungkan pada hari lahir Azyan. Itu pun atas desakan Azyan. Syakir tak boleh melawan. Kalau melawan memang melepaslah sebab Azyan ugut nak cari calon lain. “Abang….” “Aik! Dah bertukar manja pulak. Ini yang abang tak tahan ni.” Semakin erat pelukan Syakir. Azyan mengetap bibirnya. Apa lagi... ‘ketam’nya pun menggigit lengan sasa Syakir. Syakir terjerit kerana terasa pedih di lengannya akibat dicubit oleh isteri tersayang.

33

Coke & Sundae II

Azyan sudah melepaskan diri dari pelukan Syakir. “Jangan nak menggatal kat sini ya.” Marah Azyan. Suami aku ni kalau nak menggatal pun tengoklah tempatnya. Syakir tersengih. Dia bukan peduli dengan marah Azyan. Dia tarik semula isterinya itu ke dalam pelukan. Ubunubun kepala Azyan dikucup lembut. Azyan meleretkan senyuman. Mereka tidak sedar kehadiran Ameerul yang sudah berdiri di pintu dapur. Berkelip-kelip mata si kecil itu melihat adegan romantika de’ amor ibu dan ayahnya. “Ehem…ehem!” Ameerul berdeham kecil. Sengaja nak buat kacau. Azyan dan Syakir segera meleraikan pelukan. Muka Azyan sudah kemerahan. Syakir bersiul kecil. Ameerul mengenyitkan matanya. Dia merapati ibu bapanya. Dia mendepangkan kedua-dua belah tangannya. “Meerul pun nak kena peluk jugak.” Azyan dan Syakir saling berpandangan. Mereka tersenyum. Lantas kedua-duanya memeluk anak mereka yang seorang itu. “Ayah dan ibu sayang Meerul.” Syakir berbisik halus. “Kalau ayah takde nanti Meerul kena jaga ibu, tau.” Azyan terharu. Walau apa jua yang bakal menimpa keluarga mereka kelak, Azyan berharap kasih dan sayang mereka tetap utuh bersama. Siapa tahu musibah yang akan melanda. Hidup ini tidak lari dengan dugaan.

“ISTERI abang memang cantik malam ini,” ucap Syakir. Dia

34

Ilya Abdullah

menggenggam jemari halus isterinya lalu dikucup lembut. Malam ini hanya mereka berdua menikmati candle light dinner. Ameerul tiada. Dia bersama Syamil di rumah. Syakir hanya mahu berdua-duaan dengan Azyan sahaja dalam suasana yang cukup romantis ini. Nampak gayanya, Syakir boleh jadi doktor cinta Azyan. Apa ni? Dah macam tajuk novel Doktor Cinta terbitan Kaki Novel pulak. Tapi... tahu ke Syakir merawat hati Azyan bila terluka nanti? Kita tunggu dan lihat. Seutas gelang tangan emas Syakir pakaikan pada pergelangan tangan Azyan. Selama ini Azyan memang tidak memakai barangan kemas selain sebentuk cincin di jari manisnya. Bukan Syakir tidak mampu membelikan dia barangan kemas tetapi Azyan memang jenis yang simple. Dia paling tak suka badannya sarat dengan barang kemas. Tak selesa jika hendak melakukan sebarang pekerjaan. Setitis air mata terharu membasahi pipi gebu Azyan. Dia tidak kisah dirinya tanpa disaluti emas mahupun berlian. Apa yang dia inginkan hanyalah kebahagiaan dan kasih sayang dalam keluarganya. “Eh! Ayang menangis ye….” Syakir menyapu air mata Azyan. “Ayang dah cukup bahagia ada abang dan Ameerul. Abang dan Ameerul adalah orang terpenting dalam hati ayang.” Azyan mengangkat kepalanya merenung ke dalam anak mata Syakir. Malam ini memang Azyan buat drama air mata. Tapi belum cukup untuk menandingi Ratu Air Mata, Allahyarhamah Neng Yatimah. Pelakon wanita yang Encik Idris paling suka sampai buat arwah emak jeles dulu.

35

Coke & Sundae II

“Sayang… dah, dah jangan nangis. Buruk rupanya,” pujuk Syakir. Alahai isteri aku ni buat air mata pula. Ini mesti banyak sangat tonton telenovela. Dulu dia mana ada feeling babak air mata ni. Kalau mahu tengok Azyan menangis memang susah. Nasib baiklah tempat ini Syakir sudah tempah khas untuk mereka berdua sahaja. Dia tidak mahu ada gangguan daripada pengunjung-pengunjung lain. “Maaf….” Azyan mengetap bibirnya. Dia memaut erat jemari kasar suaminya. Bibirnya mengulum senyuman malu. “Abang suka tengok ayang malu-malu kucing begini. Nasib baik kita di restoran. Kalau di rumah abang angkat ayang masuk bilik.” Syakir mencuit hidung Azyan yang agak mancung itu. Dia cubit pipi gebu Azyan yang comel itu. Geram! Mahu saja dia gigit pipi gebu Azyan. Isterinya itu memang comel. “Abang! Malu tau kalau ada orang dengar.” Azyan menjegilkan biji matanya. “Mana ada orang lain kat sini? Kita berdua aje. Ayang ni malu tapi mahu.” Syakir mengusik isterinya. Merah padam muka Azyan. Syakir memang sengaja! Zaman sekolah dan kolej dulu Syakir tidak pula seromantis begini. Mulut dia tahu nak men‘cantas’ orang aje. Siapa yang tahan? Kalau Syakir berlawan dengan Mak Timah Radio ketika itu pasti Mak Timah Radio akan surrender punyalah. Azyan memang menyampah tahap gaban dengan Syakir. Dia paling suka bila seluar sekolah Syakir robek kena gigit dengan anjing Mr. Chan. Tak boleh nak tahan ketawa. Nasib baik dia tidak ketawa berguling-guling depan Syakir. Syakir ada cakap anjing Mr. Chan memang suka kejar dia. Syakir pun tidak tahu mengapa. Mungkin dia pernah baling

36

Ilya Abdullah

selipar masa anjing itu sedang syok mengurat anjing bulu ciput sebelah rumahnya. Kebetulan tepat kena kepalanya. Maka hilanglah kemacoan anjing itu di depan awek yang diusha. Berkat usaha hempas-pulasnya nak mengurat telah digagalkan oleh Syakir dalam keadaan yang memalukan. Kesian…. Tapi jodoh Azyan dengan Syakir memang kuat. Berpisah di sekolah, mereka bertemu semula di kolej. Azyan kalau boleh memang tidak mahu tengok muka Syakir tetapi muka itu juga yang terpaksa dia hadap. Syakir punya sikap yang tidak mudah mengalah. Apa yang Azyan tidak suka, yang itulah dia suka. Dia cukup yakin Azyan akan menjadi miliknya. Lihat! Memang sudah terbukti. Orang yang Azyan menyampah dan benci ini juga yang jadi suami dia. Azyan senyuman. dan Syakir sama-sama meleretkan

“Abang akan try minta cuti panjang. Kita bawa Ameerul jalan-jalan makan angin.” “Ini percubaan kali keberapa bang? Rasanya dah banyak kali abang cuba. Tapi tak jugak dapat-dapat.” “Perli abang nampak.” “Kenyataan.” Azyan mencebik. Syakir ketawa kecil. Dia bukan sengaja. Adakalanya Tuhan mahu menguji. Di saat-saat akhir mereka terpaksa membatalkan percutian kerana panggilan kecemasan dari hospital. Dia sebagai seorang doktor bertanggungjawab menyelamatkan nyawa. Dia berusaha dan berserah kepada Yang Maha Kuasa. “Insya-Allah… kali ini abang akan usahakan sampai dapat cuti. Abang pun dah lama tak bercuti.” Syakir mengusap-usap wajah isteri tercinta.

37

Coke & Sundae II

“Ayang tak kisah.” “Mulut aje kata tak kisah, tapi hati tu lain katanya. Abang boleh tengok dari renungan mata ayang.” Cemberut muka Azyan. “Malas nak cakap dengan abang dah. Malam ini abang tidur luar.” Azyan buat merajuk manja. Mulutnya sudah muncung sedepa. “Cakap aje lebih ayang ni. Macam abang tak tahu perangai dia. Bila abang takde kat sebelah, merengek-rengek cari abang. Abang tahulah abang ni bantal peluk dia.” Syakir menongkat dagu. Makin giat mengusik Azyan. Apa yang diperkatakan oleh Syakir itu memang benar belaka. Azyan tidak boleh hendak menyangkal. “Eiii….” Azyan rasa mahu cekik-cekik leher Syakir. Ada saja modalnya nak mengenakan kita. Azyan tarik muka masam sambil jeling-jeling manja. Ada makna tu.

38

Ilya Abdullah

Bab 4
YAKIR menyarungkan kot panjang berwarna putih pada tubuhnya. Lebar sahaja senyuman yang terhias di bibir Syakir. Stetoskop diletakkan pada poket kot putihnya. Syakir membuka fail pesakitnya sambil menyanyi kecil. Riang hatinya bila mengingati babak-babak romantik malam tadi. Haruman Azyan masih terlekat pada lubang hidungnya. Kalau boleh dia tidak mahu pergi bekerja hari ini. Dia mahu sambung tidur memeluk Azyan sampai tengah hari. Ala bini dia, kan? Wajah Izmi tertonjol di depan pintu bilik Syakir. Tersengih Izmi melihat gelagat Syakir. Kalau sebelum ini dia meluat dengan Syakir tapi sejak hal kelmarin dia mula berbaik-baik dengan Syakir. Kalau tidak kerana pertolongan Syakir, sampai bila-bila pun dia tidak dapat Doktor Musliha. Dia yang salah faham pada Syakir. Musliha memang ada hati padanya. Dia yang lembab. “Happynya…” tegur Izmi. “He he he… esok you dah kahwin you tahulah.”

S

39

Coke & Sundae II

“Boleh I check badan you? Takut-takut ada kesan….” “Dilarang menggunakan perkataan tidak senonoh di sini.” Syakir selamba mengetuk kepala Izmi dengan failnya. Suara Izmi punyalah kuat. Bahaya kalau didengar oleh kakitangan hospital di sini. Reputasi kena jaga. “I’m sorry….” Izmi menyusun sepuluh jari. “You dah berkenalan dengan doktor baru tu?” “Doktor baru?” Dahi Syakir berkerut. “Oh, you belum jumpa dia lagilah ni. Maybe hari ini Doktor Yusuf akan perkenalkan you dengan dia. I dengar dia akan bertugas satu group dengan you. Cantik gila orangnya.” “Hai, dah cantik… gila pula.” Syakir tidak berminat dengan cerita Izmi mengenai doktor baru itu. Matanya masih tertumpu pada fail yang dibukanya tadi. Lelaki nampak perempuan cantik pasti juling biji mata. Tapi Syakir ni lain sikit. Letaklah perempuan cantik mana pun, dia buat derk aje. Syakir ni jenis lelaki setia pada yang satu. Susah mahu jumpa lelaki seperti Syakir. Pintu bilik Syakir diketuk perlahan. Tombol pintu dipulas setelah Syakir memberikan kebenaran untuk masuk. Seorang doktor lelaki awal empat puluhan melangkah masuk bersama seorang doktor wanita yang masih muda. Segaris senyuman dilemparkan kepada Syakir. Syakir dan Izmi bingkas bangun dari kerusi masingmasing. “Selamat pagi Doktor Yusuf,” ucap Syakir. “Pagi, Doktor Syakir. Ini saya nak perkenalkan pada awak doktor baru kita di sini. Doktor Katrina, kenalkan ini Doktor Syakir. Awak akan bertugas di bawah dia nanti.”

40

Ilya Abdullah

Agaknya ini doktor wanita yang Izmi kecohkan tadi. Dia memang cantik. Secantik Kareena Kapoor pelakon Hindustan itu. Bisik hati kecil Syakir. “Hai! I Katrina Kaif.” Katrina menghulurkan tangannya. Namanya pun sudah ala-ala pelakon Hindustan. “Maaf... bukan muhrim,” balas Syakir perlahan. Sini bukan negara orang putih. Kalau di luar negara kau bolehlah berjabat tangan dan berpeluk cium. Berubah muka Katrina yang putih melepak itu. Dia menarik kembali tangannya. “Baiklah… kami minta diri dulu.” Doktor Yusuf mengajak Katrina beredar. Wanita itu segera mengikut langkah Doktor Yusuf. Syakir duduk di kerusinya semula. Izmi menjongket bahu. Dia memang sudah menjangka Syakir tidak berminat dengan Katrina. Doktordoktor muda di luar sana kecoh pasal Katrina. Mereka berebut-rebut mahu mendekati doktor jelita itu. Tambahan pula Katrina merupakan doktor berkelulusan luar negara yang baru pulang dua minggu lepas. Nasib baik dia sudah ada Musliha. Izmi merapati Syakir. Dia ingin menguji lelaki itu. “You minat Kareena Kapoor?” “Apa kena-mengena I dengan pelakon Hindustan tu pulak? I tengah baca rekod pesakit I, bukan baca rekod Kareena Kapoor!” Desis Syakir. “Amboi! Garangnya….”

ORANG ramai riuh-rendah di pasar tani itu. Peniaga-peniaga

41

Coke & Sundae II

ligat memainkan peranan mereka untuk menarik perhatian pelanggan. Azyan turut berada di tempat sesak itu bersama Ameerul yang memaut bajunya agar tidak tercicir di tempat yang sesak dengan orang ramai ini. Azyan memicit perut ikan termenung yang berlonggok di depan matanya itu. Nampak segar ikan-ikan tersebut. Ikan termenung ini sedap kalau digoreng. Dia membeli satu kilo daripada peniaga ikan itu. Kemudian Azyan beralih pula pada longgokan ketam yang berada di sebelah peniaga ikan tadi. Dia bercadang mahu masak lemak ketam cili api kerana Syakir dan Ameerul suka makan ketam. “Ibu beli ketam ke?” soal Ameerul sambil memerhati ibunya meletakkan beberapa ekor ketam di atas penimbang. “Meerul suka makan ketam, kan? Ibu masak lemak cili api nak?” “Yeah! Nak, nak!” Ameerul melonjak gembira. Seronoknya dapat makan ketam masak lemak cili api. Maklumlah ketam bukan senang didapati jika bukan musimnya. “Ehem, ehem!” Ada seorang lelaki di belakang mereka berdeham kecil. Azyan menoleh. Dia kerutkan dahinya. Dia merenung tajam lelaki yang meleretkan senyuman mekar di bibir basahnya itu. “Awak ni….” Azyan rasa macam kenal dengan lelaki bertubuh tegap ini. “Puan Nur Azyan… you dah lupa pada lelaki kacak idaman you dulu ini?” Lelaki itu mengenyitkan matanya pada Azyan.

42

Ilya Abdullah

Boleh tahan juga pak cik seorang ini. Ameerul mengusap dagunya. Kenapa ibu tidak berkahwin dengan pak cik ini? Kalau tidak pasti raut wajah dia lagi hensem. Badan pun berketul-ketul daripada ayah dia. Ayah dia tegap tapi kuruslah. “Ermmm… awak ni Rizlan Yusuf, kan?” teka Azyan. Dia pun sudah terlalu lama tidak berjumpa dengan lelaki itu sejak lelaki itu berhijrah ke luar negara. “Tepat sekali!” Lelaki itu mengiakan. Wah! Tidak Azyan menduga sama sekali dia akan bertemu dengan Rizlan semula. Azyan mencuri-curi pandang di belakang Rizlan. Manalah tahu Rizlan bawa bini mat salih dia. Masakan Rizlan masih membujang sedangkan segala aset ada pada Rizlan. “You cari apa Yan?” soalnya kehairanan dengan gelagat isteri Syakir ini. “Saya cari isteri awaklah Riz,” balas Azyan. “I masih bujang lagilah. I sedang menunggu puteri dari kayangan melamar I.” Azyan tersenyum. Cakap sajalah yang awak itu jenis lelaki memilih, Rizlan. Entah kriteria gadis macam mana pilihan Rizlan agaknya? Cerewet juga lelaki yang seorang ini. “Sampai ke tualah awak tak kahwin Riz,” gerutu Azyan. “Itulah... I nak you tapi si cicak kobeng itu juga jadi pilihan hati you. Nasib badan....” Rizlan menjongketkan bahu dengan riak muka konon-konon kecewa. “Cicak kobeng bukan sembarangan tau. Doktor cicak kobeng tu....” Azyan memuncungkan bibirnya. Rizlan ketawa kecil. Dia menggelengkan kepalanya.

43

Coke & Sundae II

Dia merasakan tidak banyak perubahan yang berlaku pada Azyan. Mata Rizlan terpaku pada budak lelaki yang rapat di sisi Azyan itu. Ini mesti anak Azyan dan Syakir. Muka ada acuan Syakir. Comelnya seperti Azyan. Bulu mata bukan main melentik mengalahkan perempuan. “Besar dah anak you, Yan. Dulu sebelum I tinggalkan Malaysia, anak you masih dalam perut lagi,” komennya. Teman-teman lain sudah ada anak dan bini di rumah. Dia... apa yang ada? Dia cuma ada perniagaan keluarga sahaja. Masa terluangnya dihabiskan hanya dengan berfoya-foya. Teman wanitanya tidak pernah kekal. “Masa berlalu begitu pantas, kan? Awak tak teringin mahu berkeluarga ke?” Azyan mengerling Rizlan. Sesekali kena juga bagi soalan cepumas pada lelaki itu. Rizlan tersengih. Dia tidak mampu menjawab soalan Azyan itu. Dia bukan tidak berminat untuk berkeluarga. Biarlah masa yang menentukannya. Ada jodoh dia berkahwin. “Banyak you beli sayur dan lauk-pauk. Ada majlis makan malam ke? Tak mahu jemput I turut serta?” Topik perbualan sudah melencong. Orang sudah tidak mahu bercerita maka tidak perlulah untuk kita bertanya dengan lebih lanjut. “Makan sekeluarga aje. Kalau ada masa lapang nanti datanglah ke rumah. Saya rasa awak masih ingat lagi hala tuju ke rumah saya. Tapi inform pada Syakir dululah.” Malam ini Azyan ada berita baik untuk Syakir. Dia keberatan mahu menjemput Rizlan untuk makan malam di rumahnya. Azyan hanya ingin berikan kejutan kepada Syakir seorang sahaja.

44

Ilya Abdullah

“Insya-Allah… I pasti akan datang melawat you sekeluarga. Boleh I dapatkan nombor telefon Syakir?” Rizlan sudah mengeluarkan telefon bimbitnya.

45

Coke & Sundae II

Bab 5
TAF-STAF hospital dan pesakit berebut-rebut mahu memikat hatinya. Tidak kiralah yang tua atau muda. Yang sudah berkahwin atau masih bujang. Pelbagai jenis bunga dan hadiah yang Katrina terima. Namun dia tidak pandang pemberian itu semua. Dia tertarik pada doktor yang seorang ini. Doktor yang langsung tidak memandang dia sebelah mata. Siapa lagi kalau bukan Doktor Muhammad Syakir Bin Ilyas. Dia kategorikan Syakir bukanlah antara doktor terkacak di hospital ini. Rupa Syakir bolehlah tahan kacak, namun lelaki itu punya keistimewaan yang mampu memikat hati wanitanya. Sejak dia mula bertugas lagi Syakir tidak mengendahkan kehadirannya sedangkan dia sering mencuri pandang lelaki itu. Daripada cerita jururawat yang dia dengari, Syakir sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak. Syakir sudah berkahwin? Ada riak kecewa di hati Katrina. Lelaki yang telah mencairkan hati wanitanya itu telah ada yang punya. Mengapa dia lewat dipertemukan dengan Syakir? Katrina memintal rambutnya dengan hujung jari.

S

46

Ilya Abdullah

Katrina memandang wajahnya di cermin. Bayangan Syakir menjelma di sebelah. Dia sememangnya sepadan bergandingan dengan lelaki itu. Katrina tersenyum sendiri. Apa aku peduli jika Syakir sudah berkahwin? Lelaki itu masih ada kuota tiga yang kosong. Syakir yang membuatkan aku gila bayang. Aku sudah dicintai oleh sebilangan lelaki yang memuja kejelitaan aku tetapi baru kini aku menjumpai lelaki yang tidak memandang kejelitaan yang aku miliki. Syakir… Syakir… Syakir… aku benar-benar sudah jatuh cinta kepada lelaki ini. Apa perlu aku lakukan agar dia juga jatuh cinta dengan aku? Sehari aku tidak pandang wajahnya aku mula gelisah. Mama… anakmu ini sudah jatuh cinta! Katrina angau sendiri. Macamlah dalam dunia ini tiada lelaki lain selain Syakir itu. “Kat! Boleh mama masuk?” Bunyi ketukan di luar pintu bilik membuatkan Katrina merengus kecil. “Come in mama. Pintu tak berkunci.” Katrina duduk di birai katil. Pintu bilik dikuak perlahan. Wanita anggun yang sudah agak berusia merapati Katrina. Satu kucupan singgah pada pipi Katrina. Katrina tersenyum meleret. Dia membalas kucupan itu pada pipi wanita tersebut. “Beberapa hari ini mama lihat Kat ceria semacam. Sudah jumpa kekasih baru ke?” soalnya lembut. Anak gadis itu mana pernah kekal dengan seorang lelaki. Katrina membisu. Mama tentu mengamuk kalau dia kata yang Katrina sukakan suami orang. Ah! Mama dan

47

Coke & Sundae II

papa tidak akan menghalang kehendaknya. Mereka pasti akan menurut apa katanya. Diakan satu-satunya anak manja kesayangan mama dan papa. “Kali ini Kat akan betul-betul bagi calon menantu pada mama dan papa.” Katrina melentokkan kepala pada bahu mamanya. “Mama dah banyak kali dengar Kat cakap macam ni. Tapi mama faham Kat amat cerewet memilih teman hidup. Mama memang tak tahu kriteria lelaki pilihan Kat.” Itu yang dirisaukannya. Katrina terlalu memilih. Dia dan suami memberikan kebebasan untuk Katrina mencari teman hidupnya sendiri. Hubungan cinta Katrina tetap tidak berkekalan. Katrina menghela nafas kecil. Dia tidak setuju dengan kata-kata mamanya itu. Dia bukan cerewet tetapi belum bertemu dengan lelaki idamannya. Dan kini hatinya sudah terpaut dengan seorang lelaki itu. Doktor Syakir… aku akan goda kau sampai dapat. Tekad Katrina. Ha ha ha! Katrina ketawa di dalam hati.

SYAKIR tersedak ketika meneguk air mineralnya. Siapa pula yang menyebut-nyebut nama dia agaknya? Azyan ke? Balik nanti dia akan tanya isterinya itu. Manalah tahu Azyan ada mengumpat perihal suami kesayangannya ini dengan jiran sebelah. Syakir sudah memberikan pesanan kepada Azyan. Jika perbualan melibatkan gosip-gosip liar dia mahu Azyan segera menjauhkan diri. Dia tidak mahu Azyan jadi ‘radio bergerak’. Dapur tidak berasap nanti. Dia tersenyum sendiri. Apalah agaknya menu yang

48

Ilya Abdullah

Azyan sediakan untuk malam ini? Dia sudah tidak sabar untuk pulang. Kalau mula-mula kahwin dulu, satu jenis resipi pun isterinya itu tidak pandai masak. Goreng telur pun hangit. Habis seluruh genap ruang dapur bersepah. Satu babak yang Syakir tidak boleh lupakan. Azyan boleh bersilat di depan kuali gara-gara minyak goreng ikannya meletup. Terpaksalah dia menggantikan tempat si isteri untuk memasak sebelum Azyan dihantar berguru dengan jaguhjaguh masakan. “Itulah... masa anak dara dulu tak mahu masuk ke dapur. Ayang tahu makan aje. Sekarang siapa yang susah?” Ayat pedas yang keluar dari bibir Syakir untuk Azyan. Azyan pula akan membalas, “abanglah yang susah, ya.” Terasa sengal-sengal di seluruh badan sesudah Syakir mematikan enjin kereta di pekarangan rumah. Dia kena minta khidmat picitan jemari halus Azyan. Jangan fikir doktor tidak sakit. Doktor pun manusia biasa juga. Syakir memberikan salam sebelum masuk ke dalam rumah. Tiada kedengaran sahutan daripada isterinya. Agaknya Azyan berada di dalam bilik. Dia lihat jam di tangan. Jarum sudah menunjukkan pukul sembilan malam. Syakir melangkah masuk dengan kaki kanan setelah membaca bismillah di dalam hati. Dia perlu membersihkan diri dan menunaikan solat isyak. Selepas makan malam boleh terus lelapkan mata. “Ayah!” Suara Ameerul bergema. Dia meluru dan terus menerkam ayahnya. Syakir jatuh terduduk. ‘Cukup berhemah’ punya anak menyambut kepulangan ayahnya ini. “Ayah, tengok ni.” Ameerul menayangkan DVD yang berada di tangannya.

49

Coke & Sundae II

“Siapa belikan Meerul cerita Shin Chan ni?” Syakir menyoal anaknya. “Pak Cik Rizlan,” balas Ameerul. “Rizlan?” Hampir terkeluar biji mata Syakir mendengar nama Rizlan. Rasa nak pitam pun ada. Gelap dunianya sebentar. Bila pula ‘mangkuk ayun’ seorang ini balik dari luar negara? Berita yang paling tidak sanggup dia terima. “Long time no see my old friend!” Alamak! Suara itu! Dia kenal benar dengan suara itu. Syakir menggigit bibirnya. Rizlan muncul di depan mata sambil mendepangkan kedua-dua belah tangannya. Lagak mamat seorang ini tidak pernah berubah. Angkuh dengan penuh bergaya! Adakah aku bermimpi? Syakir menggosok keduadua matanya. Tidak! Dia memang tidak bermimpi. Rizlan ada di hadapannya. Bagaimana Rizlan boleh berada di dalam rumahnya? Baiknya hati isteri dia mengizinkan lelaki lain masuk ke dalam rumah ketika ketiadaan suami. “Azyan!” Apa lagi... nama isteri kesayangannya itu dilaungkan. “Apa yang you terjerit-jerit ni Syakir? Your wife tak hilanglah. Dia solat di atas.” Muka Emelda terjengul di balik dapur dengan apron dan senduk di tangan. Syakir tercengang. Sejak bila pulak perempuan seorang ini bertukar jadi suri rumah tangga di rumah dia? Fikiran Syakir sudah tunggang-langgang. Ameerul senyum memanjang. Dia masih tidak bangun dari atas tubuh ayahnya. Syakir memicit kepalanya yang tidak sakit.

50

Ilya Abdullah

“Syakir… kau okey ke?” Seorang lagi menghadapnya. Siapa lagi kalau bukan Azuan. Azuan pun lagak gayanya sama seperti Emelda. Siap pakai apron dan bawa sudip. Apa kejadahnya ini semua? “Ayah, kalau sakit kepala telan Panadol,” ujar Ameerul. Dia masih membelek-belek DVD kartun Shin Channya. “Mmm…” sahut Syakir. Bertuah punya anak. Syakir angkat tubuh Ameerul. Dia meletakkan Ameerul di atas sofa. Syakir pandang satu per satu tetamu tidak diundang di dalam rumahnya itu. Apa kes ramai-ramai berkumpul di sini? Ini mesti keluar bajet lebih untuk belanja makan malam di rumah. Banyak cantik! Syakir lemparkan senyuman tidak ‘mesra alam’. Tambahan pula Rizlan ada di sini. Ada rasa tidak senang di hatinya. “Tak payah you nak jeles dengan I, Kir. I dah lama lupakan niat nak kebas wife you. I datang sini pun sebab nak berjumpa sahabat lama. Kebetulan kucing miang ni ajak I join sekaki makan malam kat rumah you. Kata orang rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari.” Rizlan melabuhkan punggung di samping Ameerul. Dia bagaikan dapat membaca apa yang bermain di fikiran Syakir. Hati Rizlan tergugat juga bila tengok Azyan di pasar tani pagi tadi. Bekas buah hati pengarang jantungnya itu makin comel sekarang walaupun sudah punya anak seorang. Tampak ayu sekali dengan tudung yang melitupi kepalanya. Bila difikirkan balik rasa menyesal pula melepaskan Azyan kepada Syakir. Azyan pula yang tidak hendakkan dia. Hai… rupa begini maco pun orang tidak sudi. Nasiblah badan. Sekali lagi Rizlan mengeluh di dalam hati. “Bau-bau masam dah layan tetamu. Tak reti naik

51

Coke & Sundae II

atas mandi dulu ke? Lepas solat isyak turun makan samasama. Jangan nak terus membuta!” sampuk Azyan yang sudah berdiri di atas tangga sambil bercekak pinggang. Ada gaya queen control. Aik! Semacam pulak garangnya Azyan malam ini. Apa yang tidak kena? Selalunya senyuman manis Azyan asyik melekat di bibir bila menyambut dia pulang. Datang bulan lagi ke? Syakir garu kepala. “Ayah, pergi mandi cepat!” arah si anak pula. Ameerul menolak tubuh ayahnya hingga ke anak tangga. Dengan perlahan Syakir mendaki tangga masuk ke dalam bilik, mengekori isterinya. Bibir comel Azyan sudah muncung sedepa. Syakir tak tahu apa kes yang buat Azyan tidak ‘mesra alam’. Janganlah bertukar jadi gorilla. Tunggang-langgang bilik tidur mereka nanti. Azyan kalau mengamuk tangan dia bekerja sekali. Ada dua atau tiga kali mereka bertekak. Tapi hal sekecil kuman saja. “Ingat nak kongsi berita gembira dengan abang. Tapi abang jemput ‘makhluk-makhluk’ tak berkenaan itu pulak,” rengus Azyan. Dia tidak menghadap muka Syakir. Tak baik tau isteri menyampah tengok muka suami. Azyan terkejut beruk menerima kunjungan Azuan dan Emelda. Rizlan pun ada tersangkut sama dengan pasangan kekasih berkenaan. Entah bila masa pula pasangan kekasih itu bertemu dengan Rizlan? Syakir tersentak. Bila masa dia jemput penyibukpenyibuk di luar itu? Dia ingatkan Azyan yang menjemput mereka makan malam bersama. Syakir merapati Azyan. Diusap-usap lembut bahu Azyan. “Sumpah abang tak jemput semua penyibuk tu

52

Ilya Abdullah

datang ke rumah kita. Abang ingatkan ayang yang jemput mereka,” beritahu Syakir. “Abang tubuhnya. Zuan cakap.” Azyan memalingkan

“Syyy….” Syakir meletakkan jari telunjuknya pada bibir Azyan. “Tadi kata ada berita gembira nak beritahu pada abang. Apa dia?” bisik Syakir penuh romantis. Sajalah dia nak menggoda Azyan. Tetamu ada di luar mereka boleh bercengkerama di dalam bilik pula. “Abang punya pasallah ni….” Azyan marah-marah manja. “Okey! Ayang cakap apa yang abang buat pada ayang?” Azyan malu mahu cakap terang-terang. Dia berbisik pada telinga Syakir. Mula-mula dahi Syakir berkerut. Azyan bisik perlahan sangat. Apabila mendengar bisikan yang kedua, Syakir tersenyum lebar. “Bukan lawak April Fool ye?” “Sekarang bulan Maclah bang.” Gerutu Azyan. Dia piat telinga Syakir. Syakir kalau sehari tak buat lawak antarabangsa dia, tak boleh ke? Seriusnya main-main. Alhamdulillah…. Masin mulut dia. Ameerul bakal dapat adik nanti. Syakir mencempung tubuh Azyan. Gembiranya bukan kepalang. Dia tidak menduga Azyan telah berbadan dua. Tiada tanda-tanda pula yang dilihat pada isterinya kali ini. Azyan mengandungkan Ameerul dahulu macam-macam alah bau yang dialaminya. Bau minyak wangi nak muntah. Bau ikan goreng pun nak muntah. Apa-apa bau dia tak boleh tahan. Mujurlah dia tidak meminta yang bukan-

53

Coke & Sundae II

bukan. Kut dibuatnya dia minta daging rusa bertanduk tiga, kat mana Doktor Muhammad Syakir hendak mencarinya?

“DI sebelah kanan isteri aku adalah aku dan di sebelah kiri isteri aku pula adalah anak aku. Kau duduk di sebelah abang ipar aku, ya.” Cemburu Syakir terhadap Rizlan tetap ada. Rizlan masih main-main mata dengan isteri dia. Saja Rizlan nak memanaskan hatinya. Syakir duduk rapat-rapat di sisi isterinya. Apa saja yang dipinta oleh Rizlan dia yang akan hulurkan, bukan Azyan. Pasangan romantis malam itu ialah Azuan dengan Emelda. Orang kemaruk bercinta katakan. Bukan main manja lagi pasangan kekasih ini. Azuan hulurkan lauk untuk Emelda. Emelda hulurkan sayur untuk Azuan. Mereka masak di dapur tadi pun bersama-sama. Kalau Azuan, sememangnya Syakir sudah tahu yang abang iparnya itu pandai memasak tetapi Emelda… dia ada kemusykilan sedikit. Kucing miang itu pandai memasak ke? Mereka memakukan mata pada pasangan berkenaan. Lagak Azuan dan Emelda macam mereka makan berdua sahaja di meja itu. Orang sekeliling mereka ini sudah tidak wujud lagi. Azyan angkat kening. Syakir menjuihkan bibir. Rizlan sekadar menongkat dagunya. Ameerul? Budak kecil ini bukan tahu apa-apa. “Ehem… ehem!” Azyan berdeham kecil. Azuan dan Emelda sama-sama mengalih pandangan. Ops! Muka Emelda sudah bertukar warna, merah menyala. Malulah kononnya. Azuan tetap selamba. Dia tidak suka main

54

Ilya Abdullah

sembunyi. Biarlah terang-terang orang tahu yang dia dan Emelda sudah menjadi pasangan kekasih. Lagipun tembelang sudah pecah. “I juga yang masih solo...” keluh Rizlan. Temanteman lain sudah beranak pinak, dia masih tercari-cari calon jodohnya. “Aku tak sangka kau dah masuk dalam kelab ABT (Angkatan Bujang Terlajak). Azuan keluar kelab ABT kau pulak gantikan tempat dia.” Syakir tersengih. “Bukan senang nak cari calon isteri. You ingat I membabi-buta nak cari perempuan? I pun mahukan perempuan yang tahu jaga makan minum I.” Pandai pula inginkan calon isteri yang baik-baik. Ingatkan main pakai redah saja. Agaknya mamat seorang ini sudah insaf. Kalau sebelum ini dia asyik tahu mempermainkan perempuan saja. Pada Rizlan wang adalah segala-galanya sehinggalah dia bertemu dengan Azyan. Azyan yang berkelakuan kasar dan tidak berapa betul itu. Sayangnya Azyan bukan memilih dia tetapi Azyan memilih Syakir, si mulut tidak berinsurans itu. Azyan mengatakan dia ialah pakej lelaki idamannya namun lelaki yang buat hatinya gelisah ialah Syakir, lelaki yang tidak termaktub dalam senarai. “Teman wanita keliling pinggang masakan takde yang berkenan di hati kut?” tegur Azuan. Bukankah orang yang kacak ini ramai peminatnya? Macam dia juga. Ceh! Perasan sungguh. “Tiada yang berkenan di hati I lagi,” balas Rizlan. Perempuan sekarang mata duitan. Mereka mendekatinya hanya kerana duit. “Kalau kau ngorat gadis jual nasi ayam dekat

55

Coke & Sundae II

rumah aku, aku jamin kau hidup bahagia. Budak tu bukannya lawa sangat tapi hati dia baik,” sampuk Syakir. Dia terkenangkan Ayu, jiran di seberang jalan. Ayu bukan gadis yang berkelulusan tinggi namun gadis itu rajin membantu ibunya menjual nasi ayam. Nasi ayamnya pun sedap. “You carikan calon jodoh untuk I pula? You tahu my taste. I sukakan wanita yang cantik, berkerjaya dan bijak. Bukan gadis jual nasi ayam,” desis Rizlan. “Aku dah agak kau memang jenis memilih.” Azyan hanya tersenyum mendengar kata-kata Syakir. Apa salahnya bekerja sebagai penjual nasi ayam? Itu juga satu pekerjaan yang halal. “Mujur I bukan spesies macam you, Riz. I suka lelaki biasa. Biasa tak semestinya tak hebat. Special itu tak semestinya hebat.” Celah Emelda. Dia mengangkat keningnya. Kalau tidak, masakan dia boleh tersangkut dengan Azuan. Wajah Rizlan mendatar. Tidak ada reaksi yang tergambar. Dia dan Emelda saling berpandangan. Dia tidak menduga Emelda sudah jauh berubah. Rizlan mengorak senyuman manis di bibirnya.

SI GEDIK Emelda bercinta dengan Azuan? Boleh percaya ke? Ragu-ragu pun ada. Tetapi… itulah kenyataannya. Selepas kecewa dengan Syakir, Emelda mencari cinta baru. Dia terpikat dengan seorang mat despatch yang bekerja di bawah satu bumbung syarikat. Orangnya handsome dan mampu meruntun hati Emelda. Dia gunakan segala kepakarannya untuk memikat mat despatch

56

Ilya Abdullah

berkenaan. Sayang seribu kali sayang… cinta Emelda ditolak mentah-mentah. Mat despatch yang dia gilai itu ruparupanya tunangan orang. Siap bagi kad jemputan kahwin lagi kepada Emelda. Maka bernyanyi irama lagu Sentuhan Kecundang la kucing miang ini. Emelda membawa diri ke Pulau Perhentian setelah meletakkan jawatan. Dia tidak sanggup bertentang mata dengan mat despatch berkenaan. Dalam erti kata lain, malu. Dia melayan perasaan sendirian. Apakah perangainya terlalu teruk di mata lelaki? Emelda memeluk tubuhnya. Sejuknya angin malam ini. Tiadakah lelaki yang ditakdirkan untuknya? Dia tidak mahu hidup sendirian hingga dimamah usia. Siapa kata dia tidak punya impian untuk berkeluarga? Semestinya dia cemburu melihat kebahagiaan teman-teman di sisinya terutamanya Syakir dan Azyan. Dia juga mahu jadi seperti mereka. Hu hu hu… hatinya sedang menangis. “Kalau dah tahu kat sini sejuk, pakailah baju tebal sikit.” Ada suara menegur dari belakang. Sehelai baju sejuk disarungkan pada tubuhnya. Emelda menoleh. “Azuan!” jeritnya. Dia cukup kenal dengan bekas kapten bola sepak yang top di kolej dulu. Abang sulung Azyan. Azuan tersengih sambil duduk di sisi gadis jelita itu. Dia merasakan nasibnya serupa dengan Emelda. Mereka acap kali dikecewakan. Takdir juga telah mempertemukan mereka di sini. Dia bercuti pun sekadar untuk mengubat luka di hati. Emelda jua begitu. Cinta sedang menguji mereka. “Adakalanya cinta itu amat rumit. Kita suka orang itu tapi dia tak suka pada kita pula. Awak pernah dengar pepatah ini? Patah tumbuh hilang berganti. Walaupun yang

57

Coke & Sundae II

tumbuh dan yang berganti tak sama dengan yang telah pergi, itu bukan bermakna dia tak baik pada kita. Mungkin yang berganti itu lebih menghargai kita.” Emelda membisu. Matanya masih memandang ke arah laut. Boleh pula ada penyibuk ketika dia sedang berduka lara. Penyibuk itu pula abang kepada bekas musuh ketatnya, Azyan. Huh! Dia kerling Azuan dengan ekor matanya. Kacak juga abang Azyan yang seorang ini walaupun rambutnya bercacak. Tidak ubah seperti rambut landak. Orangnya pun ada stail. “Awak putus cinta, kan?” Azuan sekadar main tembak. “Penyibuk betullah si rambut landak ni,” desis Emelda. Lantak oranglah nak frust menonggeng ke... frust tertonggeng ke.... Aku punya hal. Azuan ketawa kecil apabila Emelda menggelarnya ‘si rambut landak’. Apakah dia tidak maco dengan stail rambut landaknya ini? Rasanya sudah terlebih maco. Azuan puji diri sendiri. Siapa lagi nak puji, kan kalau bukan diri anda? “Apa salah nak sibuk sikit? Bukan banyak pun,” ujar Azuan dengan selambanya. Emelda menjuihkan bibirnya. Getik pula dengan gelagat mamat sorang ni. Poyo gila! Ada sedikit ikut perangai Syakir. Emelda bingkas bangun. Orang tiga suku macam Azuan ini bukannya boleh dilayan sangat. Tapi Si Azuan ini memang mamat tidak reti bahasa. Dia turut bangun dan mengekori langkah Emelda. Bukan apa, dia risau biarkan Emelda jalan bersendirian malammalam buta begini. Kan ke Emelda tu perempuan. Kalau

58

Ilya Abdullah

Azyan tu lainlah sikit. Adik perempuannya itu tidak perlu dirisaukan. Siapa yang berani nak mengancam Azyan? Tambahan pula sekarang sudah ada bodyguard di sisi. Langkah Emelda terhenti. Dia berpaling sambil bercekak pinggang. Dia tidak senang Azuan mengekori langkahnya. Dia merenung tajam wajah Azuan. “You apa hal ikut I?” Emelda melenting. “Saya teman awak balik.” “I boleh balik sendiri.” “Bahaya. Lagipun tak manis perempuan jalan sendirian malam-malam buta begini. Mana tahu ada kutu embun mengacau awak.” “Habis! Awak bukan kutu embunlah?” “Saya orang.” Emelda merengus kecil. “Jangan ikut I! I tak perlukan perlindungan lelaki macam you, si rambut landak!” Emelda segera membuka langkah panjang. “Ada aku kisah?” Balas Azuan. Emelda tidak memberikan sebarang respons. Azuan jongket bahu. Ceh! Ego punya perempuan! Orang nak buat baik pun tak nak terima. Baik aku balik chalet buat taik mata. Ada juga faedahnya. Azuan buat pusingan U. Dia bersiul-siul kecil sambil berjalan di persisiran pantai itu.

“APA ni, pegang-pegang tangan I? Lepaslah!” Emelda menjerit dengan lantang.

59

Coke & Sundae II

Nasibnya malang apabila terserempak dengan sekumpulan kutu embun. Menyesal pula kerana menghalau Azuan tadi. Emelda meronta-ronta agar tangannya dilepaskan. Namun usahanya gagal. Kumpulan kutu embun itu mula mengerumuni Emelda. Perasaan takut mula menjalar ke seluruh tubuh Emelda. Itulah... berani sangat keluar tengah malam sendirian. Kan dah susah. “Ha ha ha… perempuan ni memang cantiklah.” Salah seorang daripada ahli kumpulan kutu embun itu memaut dagu Emelda. Emelda bengang. Dia meludah muka lelaki tersebut. “Kurang ajar!” Lelaki itu mengangkat tangannya. “Lepaskan dia!” Itu dia. Hero kita sudah sampai. Mereka mengalih pandang ke arah si empunya suara. Siapa lagi, kan tentulah Khairil Azuan Bin Idris. “Kau siapa hah? Nak tunjuk hero di sini!” soal lelaki yang kena ludah dengan Emelda tadi. Dia melepaskan tangan Emelda. Geng kutu embun itu mengelilingi Azuan pula. “Kalau part di sini kira aku herolah.” Azuan mengusap-usap dagunya sambil tersenyum lebar. Terpesona pula Emelda melihat. Dub dab! Dub dab! Bunyi jantung ni. Azuan nampak bergaya sekali. “Depan perempuan nak tunjuk hero. Kau ingat kau terer sangat?”

60

Ilya Abdullah

“Ayah aku pesan tak elok buli perempuan. Dayus namanya tu.” “Kau memang penyibuk!” “Well… aku memang kaki sibuk.” “Mamat ni!” Penumbuk diayunkan ke muka Azuan. Sepantas kilat Azuan mengelak. “Geng, belasah dia!” Lelaki itu memberikan arahan. Apa lagi... Azuan pun kena serbu beramai-ramai. Maka berlangsunglah aksi tumbuk-menumbuk. Dush! Dush! Dush! Ada sedikit effect bunyi tumbukan pergaduhan kali ini. Biasalah kalau sudah jalan ceritanya alaala Hindustan. Kalau sudah dinamakan hero kemenangan akan berpihak kepada hero. Fuh! Tujuh lawan satu. Azuan mengira kutu embun yang sudah dibelasah sampai pengsan itu. “Ha! Ha! Ha!” Dia ketawa besar. Ada hati nak lawan anak Mejar Idris. Korang tak layak! Dalam keluarga Mejar Idris mana ada yang lembik! Semuanya gagah perkasa termasuklah adik perempuannya itu. Namun, perwatakan adiknya itu ketara berubah semenjak berkahwin. Nampak ciri-ciri kewanitaan pada wajah Azyan. Orang senang hati katakan. “Thanks…” ucap Emelda. Mukanya sudah merah macam udang kena bakar. “Benda kecil aje. Itulah... orang nak temankan tadi jual mahal.” Balas Azuan. Dia sekadar tergerak hati mahu berpatah balik dan mengekori Emelda semula. “So, awak nak balik sendiri atau nak saya temankan awak balik ke chalet?” Emelda tersenyum. “Awak temankan saya.”

61

Coke & Sundae II

Mereka jalan beriringan menuju ke chalet Emelda. Daripada teman biasa mereka menjadi teman tapi mesra. Azuan menjadi tempat Emelda mencurahkan segala kedukaan di hati. Mereka kerap bertemu secara rahsia. Berkongsi cerita tentang kehidupan seharian. Kemudian tanpa segan-silu Azuan menyatakan perasaannya kepada Emelda. Dia sendiri tidak menduga dia boleh jatuh hati dengan si gedik itu. Ternyata Azuan tidak bertepuk sebelah tangan. Si gedik Emelda juga sukakan dia. Dari A hingga Z Azuan bercerita, Syakir dan Rizlan sudah berdengkur halus di atas sofa. Kurang asam punya kawan. Buat penat dia membazirkan air liur!

62

Ilya Abdullah

Bab 6
YAKIR merenung tajam Katrina yang masih terkebil-kebil mahu membalut luka pesakit yang sedang mengerang di atas katil itu. Katrina mempamerkan riak wajah yang kurang menyenangkan hati Syakir. Lantas dia merampas kain pembalut dari tangan Katrina. “Kalau geli, awak tak perlu jadi seorang doktor. Lebih baik bekerja dalam aircond pejabat dua puluh empat jam.” Direct Syakir menegur Katrina. Dia mengambil alih tempat Katrina membalut luka yang masih terdedah itu. Katrina mengetap bibirnya. Syakir kalau menegur tidak ada tapisnya. Cakap lepas! Keprihatinan Syakir hanya pada pesakit. Pesakit itu tidak lagi mengerang kesakitan. Lukalukanya sudah dibalut dengan kemas. Syakir mengukir senyuman ketika bercakap dengan teman si pesakit. Senyuman yang cukup memukau hati Katrina. Apabila dia berpaling kepada Katrina senyuman manisnya itu serta-merta hilang.

S

63

Coke & Sundae II

Apakah dia tidak layak memiliki senyuman manis Syakir? Kalau boleh dia mahukan senyuman itu menjadi haknya seorang. Syakir melintasi Katrina. Dia bengang dengan doktor wanita seorang ini. Harapkan muka sahaja cantik tetapi kerjanya hampeh! Dia tidak faham mengapa Katrina memilih profesion sebagai seorang doktor jika melihat darah pun hendak pitam dan terketar-ketar. Kenapa tidak pilih kerjaya dalam dunia peragaan atau menjawat jawatan tinggi di syarikat-syarikat besar? Kalau dulu Azyan mengatakan dia tidak layak menjadi seorang doktor rasanya Katrina lebih teruk daripada dia. Seratus peratus tidak layak! Kenapa? Kenapa Syakir tidak melayan dia dengan ramah dan mesra seperti kakitangan hospital yang lain? Mak cik cleaner itu pun Syakir boleh beramah mesra. Katrina rasa tidak puas hati. Hatinya kian cemburu apabila melihat isteri Syakir. Huh! Isteri Syakir tidaklah secantik mana. Dia sepuluh kali ganda lebih cantik daripada wanita itu. Dia punya bibir yang seksi dan tubuh yang menggiurkan serta sepasang mata yang cukup menggoda. Masakan Syakir tidak nampak semua itu pada dirinya? Apakah Syakir buta dalam menilai kejelitaan yang dia miliki? “Apa yang awak termangu kat situ lagi? Sediakan laporan pesakit untuk saya!” Suara Syakir mengejutkan Katrina dari lamunannya. Terkocoh-kocoh dia mengejar Syakir yang kian jauh di hadapan. Katrina menghempaskan laporan pesakit di atas meja Syakir. Dia terpaksa menahan lapar untuk menyiapkan laporan berkenaan. Syakir sengaja mahu membulinya.

64

Ilya Abdullah

Syakir hanya buat muka selamba. Dia mengangkat keningnya. Buat laporan sikit sudah hendak tunjuk protes di hadapan dia. Itu baru sikit aku buli kau. Kalau aku dah timbul tanduk dua atas kepala, memang naya la kau. Sebelum ni aku dah bagi muka, kau buat derk. “Jangan bersikap kebudak-budakan. Awak seorang doktor.” Sekali lagi Katrina ditegur oleh Syakir. “You memang sengaja mahu kenakan I, bukan?” “Untuk apa saya nak kenakan awak? Saya nak mengurat awak? Rasanya jauh sekali.” Isteri aku lagi cun daripada kau. Aku tak heran meskipun kau adalah Kareena Kapoor pelakon wanita Hindustan yang aku suka tu. He he he… kalau Azyan tahu pasti kena baling dengan pisau. “Huh!” Katrina merengus. Dia meluru keluar dari bilik Syakir. Pintu bilik itu dihempas dengan kuat. Katrina menghentak-hentak kakinya. Sikap tidak layan Syakir buat hati Katrina makin panas. Bagaimana caranya untuk mendapatkan lelaki itu? Dia benar-benar mahukan Syakir. Syakir… I love you! Kata-kata itu hanya terluah di dalam hati. Syakir sedia maklum akan perasaan Katrina kepada dirinya. Tapi Syakir buat-buat tidak tahu. Dia tidak akan sesekali tergoda dengan keseksian Katrina anak Tan Sri Kaif itu. Dia akan hindarkan diri dari terjerat dengan Katrina. Cukuplah dia ada Azyan seorang. Macam selalu dia katakan tiada kedua, ketiga mahupun keempat. Apa agaknya menu masakan Azyan malam ini? Syakir sudah tidak sabar mahu pulang ke rumah.

65

Coke & Sundae II

CEMBERUT benar wajah jelita Katrina. Nasi di pinggannya langsung tidak terusik. Tingkah lakunya itu menjadi perhatian Musliha dan teman-teman sekerja yang lain. Apa yang tidak kena dengan doktor kegilaan ramai itu? Ini mesti ada masalah dengan Syakir. Katrina bertugas di bawah lelaki itu. Syakir buli Katrina ke? Isk! Tak mungkinlah. Syakir bukan jenis kaki buli. Musliha pernah bekerjasama dengan lelaki itu. Musliha pun bukan berkenan sangat dengan sikap Katrina. Katrina tampak seperti mahu menggoda Syakir. Oi! Orang tu sudah ada bini tau. Musliha menghirup jus orennya sehingga habis. Tekak rasa kering asyik mengarah itu dan ini kepada doktordoktor pelatih yang sedang membuat praktikal. Esok dia terpaksa kerja syif malam menggantikan teman sekerjanya. Bilalah agaknya dia akan dapat berdating dengan Izmi? Bila dia cuti, Izmi pula bekerja. Susah juga bercinta sesama doktor ini. “I kena gerak sekarang.” Musliha bingkas bangun. “Cepatnya,” suara salah seorang temannya. “I ada hal sikit,” balas Musliha. “Kat… I harap you tak usik sesuatu yang bukan hak you. Lebih baik you usir anasir jahat dalam kepala you sebelum ia makan diri you sendiri. I hanya beri nasihat sahaja,” sambung Musliha. Dia segera berlalu. Katrina mencebik. Salahkah dia jatuh hati pada suami orang? Rasanya tidak salah jika orang lelaki yang masih bujang langsung tidak menarik perhatiannya. Dia tidak mahukan sesuatu yang tertadah di depan mata. Dia mahukan sesuatu yang sukar untuk dimiliki. Contohnya lelaki yang jual mahal seperti Syakir.

66

Ilya Abdullah

“You sukakan Doktor Syakir?” Fateha merenung Katrina. “Well… kenapa? You all jealous?” balas Katrina. Macamlah dia tidak tahu rata-rata doktor dan jururawat wanita di sini syok kat Syakir. Tolonglah cermin muka masing-masing. Korang tidak layak berdampingan dengan Syakir melainkan aku. “Takde maknanya I jealous! Doktor Syakir rapat dengan semua orang. Dia layan sama rata. Jangan you bermimpilah nak dapatkan dia.” Fateha menghentakkan tangannya di atas meja. Dia tidak senang dengan kenyataan berani Katrina itu. Ada yang kena lumur dengan sambal belacan nanti kalau pengakuan berani mati Katrina itu sampai ke telinga isteri comel Syakir. “You pun ada hati pada Syakir, kan?” Katrina menduga. Merah padam muka Fateha. Gila apa nak mengurat suami orang! Aku masih waraslah, bukan macam kau... dah ‘meroyan’! Dia tahulah Katrina cantik. Tapi janganlah nak bangga diri sangat dengan kecantikan luaran semata-mata. “Apa yang you mengarut ni? I masih sedar diri, bukan berada di awangan macam you!” Fateha tudingkan jarinya pada muka cantik Katrina. Katrina mengulum senyuman. “Huh! I akan pastikan yang doktor kesayangan you tu jatuh ke tangan I.” Katrina ketawa sinis. Dia meninggalkan meja makan itu. Fateha sekadar memerhati lenggok santai Katrina dengan ekor matanya. Kenapa perlu ada doktor segedik Katrina di hospital ini? Sepatutnya bakal-bakal doktor di

67

Coke & Sundae II

Malaysia ini perlukan penapisan jugak. Bukan setakat filem sahaja yang kena tapis.

68

Ilya Abdullah

Bab 7
ERSERI-SERI wajah Encik Idris apabila mendengar yang dia bakal menimang seorang lagi cucu. Bila dibilang dengan jari maka dia akan mempunyai lima orang cucu. Tiga orang anak Anuar dan dua orang lagi anak Azyan. Azuan juga yang belum berkeluarga lagi. InsyaAllah akan datang tu. Encik Idris tersenyum senang. Aku sudah berusia rupa-rupanya. Rambut pun sudah tukar warna putih satu kepala. Encik Idris mengusapusap gambar di dalam album gambar di tangannya. Boleh dikatakan Encik Idris sedang melayan blues di pagi nan indah. Rumahnya kian sunyi tanpa suara anak-anaknya. Jeritpekik Azyan tidak lagi kedengaran. Rindu pula dengan suasana meriah rumah ini. “Atuk!” Suara Ameerul mengejutkan Encik Idris. Lehernya dipaut erat oleh Ameerul. “Ameerul! Ibu dah pesan jangan paut leher atuk begitu. Patah nanti!” marah Azyan.

B

69

Coke & Sundae II

Ameerul menjelirkan lidahnya. Apa lagi, Azyan kejar anaknya itu dengan senduk yang sememangnya sudah berada di tangannya. Encik Idris menggelengkan kepalanya. Ameerul berlari mengelilingi Encik Idris. Tangan si kecil itu tertarik kain pelekat Encik Idris. Nasib baik tidak terlucut. Ameerul menekup mulutnya. “Maaf atuk...” ujarnya perlahan. “Ha ha ha ha! Tak apa Yan.” Tubuh kecil Ameerul didukung. “Ibu tak nak belanja Meerul aiskrim.” Azyan menghilangkan diri ke dapur. Memuncung bibir Ameerul. Dia buat muka sedihnya pada Encik Idris. “Atuk belikan Meerul aiskrim nanti.” Encik Idris memujuk cucunya. “Yeah! Meerul nak aiskrim sundae!” Ameerul bersorak girang. Anak dengan ayah sama saja. Azyan yang sedang mengacau gulai kari kepala ikan itu membebel-bebel sendirian. Gelagatnya itu diperhatikan oleh Syakir yang sedang mematahkan kacang panjang. Apalah yang dirungutkan oleh isterinya itu? “Yang abang tersengih sorang-sorang ni kenapa? Ingatkan perempuan lain ye? Abang jangan cari pasal dengan ayang!” Azyan menegur. “Isk! Ke situ pula ayang ni.” Syakir mencebik. “Dalam kepala abang hanya ingatkan ayang sorang tau. Mana ada dua dan tiganya.”

70

Ilya Abdullah

“Kalau abang main kayu tiga belakang ayang… ayang tanam abang hidup-hidup! Bukan susah nak meracun abang.” Azyan menggoyang-goyangkan senduk gulainya. Uit! Ganasnya bini aku. Jangan risau sayang. Ini Doktor Muhammad Syakirlah. Pencinta setia. Ceh! Itu sudah sama macam tajuk lagu Ibnor Rizal. He he he.… “Abang jamin rekod abang bersih. Abang nak kena angkat sumpah ke?” “Jangan nak mengada-ada main sumpah. Karang termakan dengan sumpah siapa yang susah?” Dalam bercakap masih sempat Azyan merasa kuah kari kepala ikannya. Ermmm… sedap hingga menjilat jari! Tidak sia-sia dia minta resipi daripada Muthu Samy kedai Mamak Corner. Ingat senang hendak dapatkan resipi turuntemurun daripada Muthu Samy itu? Azyan terpaksa menggunakan segala kepakaran dalam bab mengayat ini. Dia tahu yang Muthu Samy syok dengan itu awek kedai bunga seberang jalan. Apa lagi... Azyan pun kasi adjust sama itu awek. “Bagi abang rasa sikit.” Selamba Syakir menghirup kuah kari dari senduk di tangan Azyan. Terangkat-angkat keningnya. Ini kalau buka kedai makan, mahu Mamak Corner gulung tikar. “He he he… lepas ini jangan sebut lagi pasal kari Kak Tina selang dua baris dari rumah kita tu. Bukan main lagi puji masakan janda anak lima yang masih nampak bergetah tu?” Azyan kerling Syakir dengan pandangan yang menakutkan. Alamak! Azyan sudah buka cerita yang tidak enak telinga ini mahu dengar. Dia puji sikit pun sudah melenting. Adat berumah tangga. Siapa kata tiada baling-baling periuk

71

Coke & Sundae II

dan kuali? Alahai... dia tidak berminatlah dengan Kak Tina yang hampir sebaya dengan emak dia. Geli-geleman! Rasa menggigil satu badan bila teringat bibir tebal Kak Tina yang macam disengat tebuan itu. “Abang puji aje kari Kak Tina. Bukannya abang ajak dia kahwin pun. Pengsan ayang nanti.” Saja mahu menyakat Azyan. “Ehem… ehem… sampai nak ajak kahwin ye. Abang nampak ni?” Azyan menayangkan senduk di tangannya. Terkedip-kedip mata Syakir. “Ayang… kita dekat rumah ayah ni.” Syakir mengingatkan Azyan. “Abang nak ayang ‘gulaikan’ abang? Lepas itu sedekah kat jiran tetangga.” Azyan menyeringai. Senduk itu tidak lepas dari tangannya. Mujurlah senduk yang dia pegang, kalau pisau... tak ke jadi kes naya? “Sampai hati ayang nak ‘gulaikan’ abang.” Bunyi macam merajuk aje. Azyan buat tidak peduli. Ala... taktik Syakirlah tu. Macamlah dia tidak tahu. Malas dia mahu layan.

“AYAH ni memang suka cari pasal dengan ibulah.” Ameerul memuncungkan bibir comelnya. Budak seorang ini kalau memuncung sudah ada iras ibunya juga. “Ibu dengan Meerul sama aje. Kuat merajuk,” getus Syakir. Dia tarik pipi Ameerul. Celoteh Ameerul buat dia geram.

72

Ilya Abdullah

“Sakitlah ayah.” Marah Ameerul. Habis pipi dia merah kena cubit. “Ayah cubit sikit pun dah sakit.” Syakir menjuihkan bibirnya. Ada anak lelaki pun lebihkan ibunya daripada si ayah. Dua lawan satu memanglah tidak adil. Kalau mahu harapkan sokongan padu Ameerul perlu ada upah. Upahnya aiskrim atau robot Transformers. Tidak pun belikan DVD cerita Shin Chan. Benda lain dia tak layan. Ameerul memang pandai memilih. Ameerul mengalihkan pandangan kepada Azyan yang sibuk menyusun bunga-bunga di luar beranda. Rumah mereka pun ibu tanam bunga. Pelbagai jenis bunga ibu tanam. Ibu paling suka bunga kertas. Ibu cakap arwah nenek pun suka bunga kertas. Ayah tidak pandai tanam bunga tapi ayah amat pandai merosakkan bunga. Adalah beberapa jenis pokok bunga di rumah itu yang ‘nazak’ dikerjakan oleh ayah. Tangan ayah panas kut? Tangan tidak sesuai bercucuk tanam. Ibu akan membebel jika bunga-bunganya mati. “Ayang ni tak habis-habis kidnap pokok bunga ayah.” Syakir menggelengkan kepalanya melihat gelagat Azyan. “Sibuklah abang ni. Ayah tak kisah pun ayang ambil anak pokok bunga dia.” “Tak lama lagi jadi taman bunga laman rumah kita, Meerul. Jangan sampai ternak nyamuk Aedes sudah. Esok ada jiran tetangga yang kena demam denggi.” Azyan membulatkan matanya. Siapa mahu ternak nyamuk di rumah? Orang jenis menjaga kebersihan di rumahlah. Orang tanam bunga untuk mencantikkan persekitaran rumah. Ini tidak... dibiarkan lapang dan ‘botak’ aje. Tidak sedap mata memandangnya.

73

Coke & Sundae II

“Ibu pandai korek tanah tanam bunga. Ayah pula pandai korek perut orang, kan?” Ameerul tersengih. Syakir bercekak pinggang.

UMPH…. Bukan main sedap kari kepala ikan yang dimasak oleh Azyan. Sebelum ini masakan kari Azyan tahap 3/10 sahaja. Encik Idris amat berpuas hati. Lebar senyuman di bibir Azyan bila mendapat pujian daripada ayah tercinta. Syakir mencubit pipi isterinya yang semakin tembam itu. Orang sedang berisi katakan. Rasa tidak sabar dia mahu melihat Azyan menyarungkan baju mengandungnya lagi. Kali ini pasti tiada celoteh dari bibir comel Azyan. Kelibat Azuan dan buah hatinya, Emelda muncul di muka pintu. Hari ini Encik Idris buat majlis kumpul anakberanak. Anuar sekeluarga masih tidak kelihatan. Anuar selalu sibuk dengan kerja. Jarang sekali menjenguk ke rumah Encik Idris. Dia lebih kerap menelefon ayahnya. Azuan ada juga membebel pada Anuar. Susah benar mahu melihat muka Anuar. Emelda menuangkan air untuk bakal pak mertua. Bukan main sopan lagi lagaknya itu. Azuan ada bercerita yang Emelda kalau datang ke rumah tidak lekang duduk di dapur. Mula-mula adalah juga Emelda menjerit apabila disuruh memasak. Macam-macam perihal minah seorang itu. Terhiris jarilah. Minyak meletuplah. Kupas bawang sampai meleleh air mata. Orang tidak biasa ke dapur katakan. Rumah ada orang gaji. “I dengar you berbadan dua. Tahniah Yan.” Emelda

74

Ilya Abdullah

memulakan perbualan. Kebetulan Azyan dan dia sahaja yang berada di dapur itu. “Alhamdulillah… mengenyitkan matanya. kau bila lagi?” Azyan

Emelda ketawa kecil. “I tunggu line clear aje.” “Hai… rasanya semua dah clear. Jangan tunggu lama-lama nanti dikebas orang.” “You memang sengaja nak mengusik I.” Emelda menolak lembut bahu Azyan. “Eh, I dengar ada doktor wanita baru di hospital tempat Syakir bekerja. Hati-hati Yan. I dengar perempuan tu cantik. Nama dia Katrina aka Kareena Kapoor tau.” Azyan berhenti menghiris bawang. Reaksinya berubah seratus peratus. Syakir tidak pula bercerita pasal doktor wanita itu. Patutlah kebelakangan ini senyum semacam suaminya itu. Syakir nak kena ‘gulai’ agaknya. “Isk! Saya percayakan Syakir.” Azyan berselindung. Siap buat-buat ketawa lagi. Jaga imej depan Emelda. Debaran kat hati Tuhan saja yang tahu. Balik rumah karang, tahulah Syakir kena soal siasat. “Eloklah tu. I tahu Syakir sayang pada you. I just ambil berat dengan bakal adik ipar I ni. You tahu tak yang Syakir minat giler dengan Kareena Kapoor pelakon jelita Bollywood tu? Cantik, kan Kareena Kapoor tu? I pun suka tengok lakonan dia.” Azyan meramas-ramas bawang merah yang ada di tangannya. Timbul urat-urat ungu di dahi. Kareena Kapoor! Dia tidak tahu pula yang Syakir minat Kareena Kapoor. Syakir yang sedang mencuri dengar di balik pintu mula rasa seram sejuk satu badan. Emelda bikin kecoh. Buat

75

Coke & Sundae II

apalah perempuan seorang ini buka cerita pasal Katrina dan Kareena Kapoor? “Ehem... ehem!” Syakir berdeham kecil. Dia kerling Azyan yang selamba menghiris bawang yang sudah tidak ada rupa bawang itu. Emelda lantas meninggalkan Syakir berdua-duaan dengan isterinya. Syakir duduk menghadap muka Azyan. Azyan tetap buat derk. Bagaikan tiada orang di hadapannya itu. Panas hati ni. Panas dengan spekulasi yang dia dengar dari mulut Emelda sebentar tadi. Katrina… Kareena Kapoor… Katrina… Kareena Kapoor. Nama itu berlegar-legar di kepala Azyan. Kus semangat! Syakir mengurut dada. Pisau sudah dihunus di depan mata. Lagak Azyan macam seorang pembunuh upahan. Sungguh menakutkan! Hilang kecomelan pada wajah isterinya itu. Syakir menelan liur. Dia pegang pisau bedah pun tidak macam cara Azyan sedang pegang pisau kini. “Abang… tekak ayang terasa nak makan sup tulang pulak.” Azyan meleret senyuman di hujung bibirnya. “Sup tulang? Semalam abang baru belikan ayang sup tulang.” Syakir tampak bersahaja. Bukan dia tidak tahu maksud di sebalik kata-kata Azyan itu. “Ayang nak special sikit. Kata orang, satu dalam seribu.” Special? Kalau tulang aku yang dijadikan sup memanglah special. Sedap sangat ke tulang aku hendak dijadikan sup? “Wah! Ada masak sup tulang ke?” celah Anuar.

76

Ilya Abdullah

Entah bila Anuar terpacul di muka pintu dapur. Anuar mengangkat keningnya. “Taklah. Azyan ni mengidam nak makan sup tulang.” Syakir berdalih. Azyan mencemik. Anuar merapati pasangan suami isteri itu. Tembam pula dia tengok pipi comel Azyan. Apa lagi... dia cubit pipi Azyan. Syakir menyeringai. Apa cubit-cubit pipi bini orang ni? Dia saja yang boleh cubit pipi Azyan, tau. Orang lain tidak dibenarkan termasuklah kedua-dua abang kesayangan Azyan ini. Syakir segera menarik Azyan di sampingnya. Anuar ketawa. Dengan dia pun Syakir mahu cemburu. Syakir pandang Anuar atas dan bawah. Anuar sudah banyak berubah. Agak berisi sedikit tetapi masih segak lelaki yang sudah bergelar ayah kepada tiga orang anak ini. Dengar khabar Anuar akan bertugas di Dubai dalam masa dua tahun. Syarikat tempatnya bekerja sekarang telah membuka cawangan di sana. Hujung bulan ini Anuar akan berangkat ke Dubai bersama isteri dan anak-anaknya.

77

Coke & Sundae II

Bab 8
Ucapan salamnya mana Syamil?”

“H

ELO. Dora-Dora! khabar di sana?” “Isy, isy,

Apa isy....

Alamak! Syamil tepuk dahi. Lupa pula dia mahu mengucapkan salam. “Assalamualaikum.” “Waalaikumusalam. Ada apa-apa ke telefon Dania malam ini?” Dania menyoal lembut. “Mestilah ada. Takkan suka-suka hati Syam nak telefon Dora-Dora.” “Boleh percaya ke?” “Syam lelaki yang boleh dipercayai, tahu. DoraDora tak rindukan Syam ke?” Dania tertawa. “Syam ni kalau sehari tak mengusik Dania tak boleh. Mukadimahnya panjang sangat. Cuba pendekkan sikit.” “Okeylah, kita pendekkan. Syam nak pinjam nota Dania esok. Nota Syam hilanglah.”

78

Ilya Abdullah

Alasan mahu berjanji temu dengan sebenarnya. Dia membelek notanya di tangan. “Okey. Esok kita jumpa.” Balas Dania.

Dania

Yahooo! Syamil bersorak di dalam hati. Dia tahu Dania pasti tidak akan mengecewakan lelaki baik sepertinya. Langkah pertama sudah berjalan dengan lancar. Esok ke kuliah dia kena pasang badan. Dia kena bergaya. Dia kena kelihatan maco di hadapan Dania.

“DORA-DORA!” Syamil melambaikan tangannya pada gadis yang berbaju kurung dan bertudung ungu itu. Dia berlari-lari anak mendapatkan Dania. Dania tersenyum. Senyuman macam susu lemak manis itu yang buat Syamil tidak tahan. Sungguh menambat hati! Syamil dan Dania jalan beriringan. Rata-rata ada juga yang mencemburui perhubungan mereka. Dia dengan Dania tidak pernah buat benda-benda yang tidak baik. Mereka bersahabat walaupun kehadirannya tidak disenangi oleh teman baik Dania yang bernama Nur Hana. Nama glamornya, Han. Awak itu perempuan perasan hendak menjadi lelaki. Kononnya pelindung kepada Dania. Dia pun tidak faham kenapa Hana benci sangat dengan dia. Rasanya dia tidak ada buat salah dengan gadis itu. Dan dia tidak mengutuk identiti Hana yang berambut pendek itu. Hana sering melawat Dania di UPSI ini. Bukan calang-calang juga awek tomboy itu. Siap bawa motosikal berkuasa tinggi. Lagak bagai hendak menunjuk di depan Syamil. Konon-konon Syamil tidak mampu memiliki

79

Coke & Sundae II

motosikal besar seperti dia. Macamlah dia tidak ada sebiji. Dia bukan jenis suka menunjuk-nunjuk. Abah cakap tidak elok kita ada sikap riak. “Syam… saya nak minta maaf pasal Hana. Saya tahu dia selalu serang awak,” kata Dania. Merah jambu mukanya. Biasalah... perempuan. Malu-malu kucing. “Syam tak ambil hati pun. Dia buat macam tu sebab dia sayangkan awak.” Syamil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia pun berasa malu jugak. “Saya anggap Hana macam adik saya sendiri. Tapi saya tak tahu pula dia ada perasaan pada saya. Saya ingin bantu dia tapi dia seakan tidak mahu mengubah laluan songsangnya itu.” Sayu riak wajah Dania. Bukan senang hendak dapat kawan sebaik Dania ini. Hana betul-betul tidak tahu menghargainya. “Awak ni memang baik hatilah Dora-Dora. Itu sebab saya suka berkawan dengan awak.” Syamil menongkat dagu sambil merenung wajah manis Dania. Ini permulaan bagi satu perhubungan yang baru. “Awak pun apa kurangnya? Awak kacak, segak dan pandai. Adakalanya saya rasa macam tak layak berkawan dengan awak.” Alahai… merendah diri pula. Dia bukannya popular sangat berbanding dengan abangnya, Syakir yang mulutnya tidak berinsurans itu. Mungkin dia ada iras-iras wajah Syakir. Namun dia tidak mahu dibayangi oleh Syakir. Syamil ialah Syamil. Dia antara lelaki Melayu terakhir, tau. Kalau along lelaki yang tidak pandai bermadah pujangga dia pula tokoh lelaki romantik. Jangan salah faham pula. Lelaki romantik tidak tertakluk hanya kepada kaum kerabat buaya darat. Dia lelaki baik-baik, tau.

80

Ilya Abdullah

Perasan sungguh Muhammad Syamil Bin Ilyas ini! “Kalau saya nak kita lebih dari berkawan, boleh? Kata orang teman tapi mesra.” Syamil tersengih. “Hah!” Terlopong mulut Dania. Tajam anak mata Dania merenung Syamil yang masih tersenyum-senyum kambing itu. “Janganlah buat muka terkejut beruk pulak.” Syamil menggawangkan tangan pada muka Dania yang merah padam itu. “Awak bergurau, kan?” “Tentulah!” Syamil ketawa. Dania menghela nafas lega. Syamil kalau berkatakata bukannya mahu serius. Ada sahaja gurauan yang dia selitkan. Mereka beralih perbualan kepada topik pembelajaran. Dania akan merujuk pada Syamil kertas kerja yang dia tidak faham. Syamil tidak lokek menghulurkan bantuan. Dia kata ilmu yang dicari perlu dikongsi bersama. Jangan kedekut. Kemesraan mereka menjadi tatapan sepasang mata yang menyorot penuh dengan kebencian. Siapa lagi kalau bukan Hana. Hana sudah memberikan amaran agar Syamil tidak mendekati Dania. Malah tanpa segan-silu dia menyatakan yang Dania ialah teman wanitanya. Dia tidak suka hubungan Syamil dan Dania menjadi rapat. Dia tidak suka! Dania adalah miliknya. Dia tidak mahu Syamil merampas Dania. Dania Batrisya… kenapa gadis itu tidak faham akan isi hatinya? Kenapa Dania menolak cintanya? Kenapa Dania perlu bersama dengan Syamil?

81

Coke & Sundae II

“Hmmm….” Syamil perasan dirinya diperhatikan. Dia sengaja membiarkan Hana dilanda badai cemburu. Haram hukumnya perempuan sama perempuan bercinta. “What’s wrong Syam?” Dania mengerutkan dahinya dengan gelagat Syamil. “Hana sedang perhatikan kita.” “What?” Dania menekup mengekori dia. Apa yang Hana fikirkan? mulutnya. Hana

“Syam… saya takut dia apa-apakan awak. Hana itu agresif orangnya. Dia juga agak berbahaya.” Dania meramas jari-jemarinya. “Alamak! ‘Takutnya’ saya….” Syamil ketawa sambil memeluk tubuhnya. Dania menyeringai. Dia seriuslah. Syamil ingat dia buat kelakar ke? Orang risaukan dia… dia boleh ketawa pula. Risau? Dia risaukan Syamil? Hati Dania berdebar kuat. “Dora-Dora… awak jangan risau. Saya tak akan tewas pada perempuan yang berlagak macam lelaki tu. Malulah kalau saya larikan diri dari Hana. Nampak sangat saya ni lelaki pengecut dan biarkan awak menghadapi Hana sendirian. Saya akan bersama awak.” Bersinar-sinar mata Syamil ketika mengungkapkan kata-kata maconya itu. Dia akan melindungi sahabat baiknya itu. “Syamil….” Dania terharu.

82

Ilya Abdullah

Bab 9
KU dah bagi warning pada kau jangan dekati Dania! Kau memang sengaja cari nahas dengan aku, kan?” Kolar kemeja Syamil dipaut oleh Hana aka Han. Gadis tomboy yang anggap Dania itu kekasih dia. Tidak sedar diri! Berdosa tau! Bukankah Tuhan telah menjadikan kita berpasang-pasangan? Lelaki pasangannya perempuan. “Apa tarik-tarik baju orang ni?” Syamil menepis tangan Hana. Main kasar nampak. “I will kill you!” Keras nada suara Hana. Dia cuba mengugut Syamil. Jelingannya cukup menakutkan. Syamil ketawa kecil namun dia ambil serius dengan kata-kata Hana itu. Dia tahu Hana tidak bermain kata. Syamil kena berhati-hati. Tambahan pula Hana punya geng yang tidak boleh dipandang ringan. “Syamil!” Syakir melambaikan tangan ke arah adiknya. Syakir berlari-lari anak merapati mereka.

“A

83

Coke & Sundae II

Hana segera meninggalkan Syamil bersama geng motosikalnya. Syakir mengerling dengan ekor matanya. Lain macam saja gadis yang berambut pendek tadi. Dia bukannya tidak nampak apa yang dilakukan oleh gadis itu kepada Syamil. Gadis itu seperti mengugut Syamil. Apa ini? Adik Muhammad Syakir kena ugut dengan perempuan! “Sejak bila Syam ada skandal dengan awek tomboy ni?” Syakir menyerahkan beg komputer ribanya kepada Syamil. Dia datang ke UPSI semata-mata mahu meminjamkan komputer ribanya kepada adiknya itu. Komputer riba Syamil kena serangan virus. Entah virus apa yang dengki sangat dengan komputernya itu. Kalau virus Botox, memang awet mudalah komputer ribanya. “Rasanya skandal along dengan Katrina Kaif lebih panas,” balas Syamil. Jangan sekali-kali cuba mempermainkan kakak iparnya. Azyan seratus kali lebih baik daripada Katrina Kaif tu! Jangan bermimpi mahu menjadi kakak ipar dia yang kedua. Muhammad Syamil Bin Ilyas tidak merestuinya. Puan Mahani juga tidak mungkin merestui Katrina Kaif aka Kareena Kapoor itu. Syakir menggelengkan kepalanya. Dia tiada sebarang hubungan dengan Katrina. Katrina sekadar teman sekerja, tidak lebih daripada itu. Syakir sekeh kepala Syamil yang memandai buat spekulasi sendiri. “Bila masa pula along ada skandal dengan perempuan tu? Getiklah abang dengan dia,” rengus Syakir. Isu sudah tersebar luas gara-gara mulut celopar Emelda. Perempuan yang lagi seorang ini sengaja mahu memanaskan cerita.

84

Ilya Abdullah

Lelaki lain mungkin akan memenuhi kuota yang masih kosong tapi jangan meragui kesetian dia pada Azyan. ‘I really love her! Only her in my heart!’ Chewah... ayat jiwang karatlah Syakir. Bukan rupa paras menjadi ukuran dalam sebuah percintaan. Dia tidak menafikan Katrina Kaif itu wanita jelita. Namun tidak bermakna dia akan jatuh cinta hanya kerana kejelitaan yang Katrina miliki. “Syam teringin nak berkenalan dengan Doktor Katrina Kaif tu. Apa kata along introduce dia pada Syam?” Syamil mengangkat keningnya. “Jangan nak menggatal dengan perempuan yang tua dari kau, Syam. Komputer riba along ni jaga baik-baik. Jangan main buka semua fail. Ada fail yang private!” Syakir menarik telinga Syamil. “Adeh! Ini mesti ada gambar tak senonoh. Syam report pada Kak Yan.” “Kau ingat along otak kuning ke?” Sekali lagi cuping telinga Syamil ditarik. Nakal adiknya ini. Syamil mencebik. Syakir masih melayan dia macam budak kecil. Syakir mengerling sekilas jam di tangan. Dia perlu beredar sekarang. Hari ini dia bertugas syif malam. Syakir mengatur langkah menuju ke keretanya. “Along!” panggil Syamil. Langkah Syakir terhenti. Dia berpaling. “What’s the most important thing in your life?” “My family,” balas Syakir seraya masuk ke dalam perut kereta. Syamil tersengih. Sekelip mata Toyota Vios milik abangnya itu hilang dari pandangan matanya. Kakak iparnya

85

Coke & Sundae II

itu memang beruntung. Dia percaya apa jua dugaan yang mendatang, Syakir dan Azyan pasti akan mampu menanganinya. Begitu jua antara dia dengan Dora-Dora. Eh! Tiba-tiba saja dia teringatkan Dania. Syamil segera mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menekan nombor telefon Dania. Dia ingin memberitahu Dania pasal Hana. “Assalamualaikum Dora-Dora,” ucap Syamil girang. Dania memicit kepalanya yang tidak sakit. Hana menyerang Syamil lagi. Dia perlu selesaikan masalah dia dengan Hana sebelum ia menjadi lebih berat lagi. Hana perlu sedar yang dia sudah terpesong jauh. Dia mahu Hana kembali ke pangkal jalan. Dia tahu Hana jadi begitu kerana terpengaruh dengan teman-temannya. “Syam, saya minta maaf sangat-sangat pada awak. Saya dah menyebabkan awak terbabit dengan masalah saya.” “It’s okay. Hana takkan apa-apakan sayalah. Jangan risau ya.” Bukan main lembut Syamil berbahasa dengan Dania. “Hari ini juga saya akan selesaikan dengan Hana. Saya tak tahan dengan sikap Hana yang asyik menyerang teman-teman baik saya. Saya dah adukan hal ini pada kakak.” Dania sudah tekad untuk bersua muka dengan Hana. “Saya ikut awak.” Putus Syamil. Masakan dia biarkan Dania menemui Hana sendirian. Bahaya! Dia tidak mahu Hana mengapa-apakan Dania. “Betul awak nak ikut saya?” Dania menyoal semula. “Ya. Mana boleh saya biarkan buah hati saya pergi sendiri.” Dania terkedu. Buah hati?

86

Ilya Abdullah

Bab 10
YAKIR garu kepala. Rajuk Azyan tidak habis lagi. Dia sudah terangkan habis-habisan kepada Azyan kedudukan sebenar. Tapi Azyan… hmmm! Syakir merenung anak lelakinya yang sudah bersiap untuk ke tadika. Mujurlah dia mengambil cuti gara-gara mahu memujuk Azyan. Ameerul menggelengkan kepalanya. Sarapan tiada di atas meja. Bekal untuknya juga tiada. Ibunya sedang mogok! Ini semua ayah punya pasal. Ameerul mengetap bibirnya sambil bercekak pinggang. Bagaimana Azyan tidak merajuk apabila mendapati ada sepuluh SMS daripada Katrina Kaif di dalam telefon bimbit Syakir. Amboi! Main bertukar nombor telefon. Syakir kata tiada hubungan eksklusif. Masakan nak cerita pasal ubat pun mahu SMS suaminya? Nampak sangat kegatalan Katrina Kaif itu. “Tak payah nak buat muka macam tu. Ayah tahulah salah ayah,” suara Syakir. Dia menuju ke dapur. Dia

S

87

Coke & Sundae II

membuka peti ais. Dua biji telur ayam dikeluarkan. Dia mengambil sebungkus roti yang terletak di dalam kabinet. “Ayah pandai ke buat roti telur untuk Meerul?” soal Ameerul ragu-ragu. Setahu dia, ayahnya itu tidak pernah memasak di dapur. Tukang bagi komen adalah. “Setakat roti telur takde masalah pada ayahlah.” Syakir memecahkan dua biji telur ke dalam mangkuk. Dia mengacau dengan garpu. Ameerul tersenyum. Terjengket-jengket dia mencapai bekas makanannya. Setelah berjaya dicapai, Ameerul meletakkan bekasnya di atas meja. Dia mahu roti telur masakan ayahnya sebagai bekalannya di tadika. Siapa kata Syakir lelaki yang tidak pandai buat kerja dapur ini? Empat keping roti telur Syakir letakkan di dalam bekas makanan Ameerul. “Pandailah ayah masak,” puji si anak. “Ayahkan dah kata ayah pandai masak. Ingat ayah hanya jadi tukang komen masakan ibu aje ke?” Syakir mencubit pipi comel Ameerul. “Hari ini ayah hantar Meerul ke tadika.” Setelah meneguk air susunya Ameerul terus berlari ke luar pintu. Dia terus masuk ke dalam perut kereta. “Meerul….” Lembut suara Azyan memanggil. Ameerul melompat keluar dari dalam kereta. Syakir memerhati Ameerul mengucup kedua-dua belah pipi ibunya. “Ameerul aje? Untuk abang?” Syakir menunjukkan pipinya. Azyan mencebik. Mukanya masam mencuka bila bertemu mata dengan Syakir.

88

Ilya Abdullah

“Suruhlah Kareena Kapoor kiss pipi abang tu.” Desis Azyan lalu menghilangkan diri ke dalam rumah. Ameerul tersengih sambil menjongket bahu. Ibu sudah isytiharkan perang dengan ayah tu. Dia tidak mahu masuk campur. Pandai-pandailah ayah pujuk ibu ye.

“AYAH! Jangan lupa tau pujuk ibu.” Pesanan Ameerul ketika di dalam kereta tadi masih terngiang-ngiang di telinga Syakir. Dia terus balik ke rumah setelah menghantar Ameerul ke tadika. Syakir akan berusaha melembutkan hati Azyan. Orang yang mengandung ini memang agak beremosi. Itu kata Puan Mahani, ibunya. Syakir tersenyum apabila mendengar bunyi tumisan sayur di dapur. Azyan hanya menjeling sekilas ke arah suaminya. Dia masukkan sayur campur yang sudah dimasak itu ke dalam pinggan. Hidangan yang cukup menyelerakan Syakir tambahan pula ada sambal belacan. Ayam goreng berempah pun ada. Azyan memang tahu masakan kegemaran dia. “Sedapnya bau masakan ayang. Ayang nak buat rencah apa itu?” Syakir menegur. Dia lihat Azyan sedang menghiris cili api. Dia mencubit sedikit ayam goreng yang sudah terletak di atas meja. “Rencah untuk abanglah. Ayang nak ‘masak’ abang buat ‘gulai’.” Tersedak Syakir. Dia segera mencari gelas minuman. Air kosong yang dituang itu dia teguk perlahan. Ada hati isterinya nak ‘gulai’ dia. Nakal!

89

Coke & Sundae II

“Sayang….” Syakir memeluk Azyan dari belakang. “Abang nampak ni?” Azyan menyuakan garpu ke muka Syakir. “Abang tahulah itu garpu. Ayang nak cucuk mata abang ke?” balas Syakir lembut. “Tak perlu nak buat drama Kassim Selamat.” Azyan cuba meloloskan diri dari pelukan Syakir namun tidak berjaya. “Abang tak akan lepaskan ayang kalau ayang tak maafkan abang. Abang berani angkat sumpah depan ayang. Abang tiada apa-apa affair dengan Doktor Katrina tu. Dalam hati abang ni hanya ada ayang sorang aje. Abang bagi dia nombor telefon abang untuk urusan kerja. Manalah tahu Katrina yang terlebih-lebih pula nak nakal dengan abang.” Azyan membisu. Bersungguh-sungguh Syakir cuba meyakinkan dia. Dia pun tidak tahu kenapa hatinya mudah dirasuk dengan perasaan cemburu. Azyan beristighfar. Apakah dia terlalu mengikut hati dan perasaan? Kalau Syakir gatal, dari dulu lagi Syakir akan bersama gadis-gadis yang menggilainya. Dia tidak patut berburuk sangka pada suami sendiri. Itu nasihat yang Salwa berikan. “Ayang sayang abang. Ayang cemburu tengok Kareena Kapoor yang lebih seksi daripada ayang. Ayang bayangkan wajah Kareena Kapoor pada Katrina Kaif... memang ayang kalah.” Azyan berpaling ke arah Syakir. Air matanya bergenang di tubir mata. Syakir meleretkan senyuman di bibir. Dia mengusap lembut pipi mulus Azyan. Azyan cemburukan Katrina. Itu belum bersua muka lagi. Kalau sudah bersua, mahu lebam wajah jelita milik Katrina. Siapa yang tidak kenal dengan anak gadis Mejar bersara Idris ini?

90

Ilya Abdullah

“Syyy!” Syakir meletakkan jari telunjuknya pada bibir Azyan. “Cinta abang hanya untuk ayang. Tiada cinta yang kedua atau ketiga dan keempat. Abang suka ayang cemburu sebab cemburu itu tandanya sayang. Tapi cemburu juga boleh membawa padah tau. Kan baby…?” Syakir memegang perut Azyan yang sudah naik sikit itu. “Siapa yang tak cemburu kalau suami ada affair dengan perempuan lain?” “Sayang… jangan fikir yang bukan-bukanlah. Abang ni lelaki setia. Tak percaya? Ayang boleh operate dada abang. Tengok hati abang ada tertulis nama siapa.” Syakir memicit hidung Azyan. Isterinya ini takut sangat dia beralih kasih. Katrina tidak mampu gugat cintanya kepada Azyan. “Lepas itu hati abang buat masak kicap. Mesti sedap.” Azyan tertawa kecil. Tawa Azyan menyenangkan hati Syakir. “Nakal isteri abang ni.” Syakir menggeletek pinggang Azyan. Nampak gaya ‘angin pasang’ isterinya itu sudah surut. Alhamdulillah….

JURURAWAT di sebelah Syakir kerutkan dahinya. Amboi, Doktor Muhammad Syakir... hari ini sungguh ceria. Siap menyanyi lagu Hindustan tu. Lagu Dil To Pagal Hai. Doktor Muhammad Syakir sudah kena sampuk ke? Izmi menyiku bahu Syakir yang sedang enak menyuap roti bakar ke dalam mulutnya itu. Tersedak kawan tu dibuatnya. Syakir sekeh kepala Izmi. Kalau tercekik tadi

91

Coke & Sundae II

macam mana? Tak pasal-pasal Doktor Muhammad Syakir yang kena operate! Izmi susun sepuluh jari mohon maaf. Bukan sengaja pun. Beberapa hari lepas Syakir serius habis. Dia mahu tegur pun takut. Lepas cuti baik pulak mood teman sekerjanya ini. Musliha ada beritahu dia yang Syakir kena gangguan seksual dengan Katrina. Terbalik tu! Selalunya perempuan yang kena gangguan seksual. Izmi pun perasan yang Katrina sedang menggoda Syakir. Sayangnya Syakir tidak melayan kerenah manja Katrina itu. Dia naik hairan dengan Katrina yang tergila-gilakan Syakir. Katrina tahu, kan yang Syakir itu suami orang. Sah-sah memang milik orang. Dia yang bujang terlajak ini tidak pula Si Katrina tu nak goda. Boleh dia kasi Musliha cemburu sikit. “Mus ada cakap pada I yang isteri comel you berbadan dua. Tahniah Kir,” ucap Izmi ikhlas. Bakal membesar keluarga Syakir. Daripada tiga akan bertambah menjadi empat. Mujur bukan isteri yang bertambah. Mahu mati Syakir kena cekik dengan Azyan sampai jadi arwah. “Terima kasih. I ingat nak buat kenduri kesyukuran kat rumah I. You kena datang dengan Mus,” pelawa Syakir. “Insya-Allah. Mana Kat? I tak nampak batang hidung dia dari pagi tadi.” “Manalah tahu. I bukan penjaga dia.” Syakir paling tidak suka kalau nama Katrina diutarakan dalam perbualan. “Semalam dia macam cacing kepanasan sebab tak dapat tengok muka hensem you. I tak faham kenapa dia tergila-gilakan you? Macam you aje seorang lelaki dalam dunia ini.” Izmi sudah mula bercerita. Syakir mencebik. Ada dia kisah? Dia lebih kisahkan

92

Ilya Abdullah

Azyan daripada Katrina yang tidak diketahui asal usulnya itu. Kalau Azyan buat mogok sebulan mahu hari-hari dia makan Maggi kari dengan Ameerul. Kalau mengadu pada Puan Mahani, alamat kena ketawakan dengan emaknya itu. Emak penyokong kuat Azyan. “Kalau dia sakit jiwa, bukan masalah I. I takde kena-mengena dengan itu perempuan.” “Tapi you kena berhati-hati dengan Kat. Kita tak tahu apa yang ada dalam fikiran dia. Fikirkan family you. Bagaimana kalau dia cederakan wife you?” Berubah reaksi Syakir. “I akan ambil tindakan!” Dia tidak akan benarkan Katrina mendekati keluarganya. Bila Syakir serius begini ada aura yang menakutkan. Izmi menelan air liur. “Apa you berdua umpatkan tentang I?” Katrina menjelma di belakang mereka macam hantu. Air teh O ais yang sedang dihirup oleh Izmi tersembur keluar dari mulutnya. Syakir buat tidak tahu saja dengan sapaan Katrina. Katrina tanpa segan-silu duduk bersebelahan dengan Syakir. Semalam Syakir ambil cuti kecemasan dia langsung tidak tahu. Kalau ada umpatan yang mengatakan dia sudah gila bayang pada Syakir, biarkan saja. Malah dia tidak malu mengatakan yang dia memang sudah jatuh hati pada lelaki itu. Apa yang mereka tahu soal hati dan perasaannya? Syakir angkat punggung. Dia tidak selesa bila Katrina ada bersama. Dia rimas! Roti bakarnya hanya diusik separuh. Selera makan hilang sebaik sahaja melihat wajah Katrina.

93

Coke & Sundae II

Izmi hanya tersengih melihat tingkah Syakir. “Kalau orang dah tak suka, tak perlu you terhegehhegeh macam perigi cari timba,” perli Izmi. “You fikir I tak boleh dapatkan Doktor Syakir?” Balas Katrina. “Jangan bermimpi di siang hari, Doktor Katrina. Jaga sikit maruah you sebagai seorang perempuan.” Izmi bingkas bangun mengekori langkah Syakir yang sudah jauh ke hadapan. Huh! Berani mereka memperlekehkan aku. Mereka belum kenal siapa aku, siapa papa aku! Papa aku orang yang berpengaruh di Kuala Lumpur ini. Masakan papa akan menolak permintaan anak kesayangannya ini. Katrina melakarkan senyuman sinis di hujung bibirnya.

“ARGH! He’s so sexy, gorgeous and handsome… he makes me crazy!” luah Katrina kepada temannya, Aria dan Leena. Aria menggelengkan kepalanya. Katrina jatuh cinta. Dia seakan tidak percaya yang Katrina sudah jatuh cinta. Apa yang Aria tidak senangi ialah Katrina jatuh cinta pada suami orang. Hak milik wanita lain. Leena pula menyebelahi Katrina. Ada saja kata perangsang dari mulut Leena yang sudah selamat menjadi madu seorang jutawan itu. Bangga kerana berjaya menundukkan seorang lelaki yang sebelum ini amat mengagungkan cintanya kepada si isteri. Aria pandang Katrina, kemudian beralih kepada Leena. Kedua-dua temannya itu wanita yang jelita dan berkerjaya. Katrina seorang doktor manakala Leena seorang

94

Ilya Abdullah

executive manager. Kenapa masih mahu mengejar cinta suami orang? Apakah dunia ini sudah kekurangan lelaki bujang? “Kat… kalau you tak boleh dapatkan dia, you boleh gunakan cara halus.” Leena memberikan cadangannya. “Cara berminat. halus? Maksud you?” Katrina seakan

“Jangan buat kerja bodoh! You tahu tak perbuatan meruntuhkan rumah tangga orang itu tak baik.” Aria mencelah. Dia tahu apa yang Leena maksudkan kepada Katrina. Cara kotor itu juga yang Leena gunakan untuk menundukkan suaminya. Dia tumpang simpati pada isteri lelaki itu. “Apa salahnya? You fikir you baik sangat? Kalau you baik, you tak menyanyi di night club!” cerca Leena. “Tapi I tak kacau suami orang. I tak runtuhkan rumah tangga orang. I menyanyi untuk cari makan.” Aria membela dirinya. Dia tahu nasibnya tidak sebaik Katrina dan Leena. Dia bukannya daripada golongan berada seperti keduadua teman baiknya itu. Ayahnya kaki judi. Hutang keliling pinggang. “Sebenarnya you iri hati tengok kami berdua. Aria… you yang bodoh tak mahu ikut cakap I. Kalau you ikut cakap I… you dah senang.” Leena memaut lembut bahu Aria. “I masih ada maruah sebagai seorang perempuan. I tak tergamak nak menyakiti hati kaum sejenis I.” Katrina dan Leena ketawa berdekah-dekah. “I rasa you patut jadi ustazah bukannya seorang penyanyi night club,” sindir Katrina. Aria terasa dengan sindiran Katrina. Sememangnya

95

Coke & Sundae II

Katrina sudah terpengaruh dengan hasutan Leena. Mungkin ada baiknya dia mendiamkan diri. “I rasa lebih baik you berjumpa dengan bomoh kalau you nak tundukkan dia. I buat perkara yang sama pada Taufik. Gila bayang dia dengan I sampai tak pandang wife kesayangan dia itu.” “Bomoh?” “Ya, bomoh!” Katrina berfikir sejenak. Boleh ke bomoh tundukkan Syakir? Boleh ke bomoh membuatkan Syakir melupakan isteri kesayangannya itu? Dia mahu Syakir menjadi miliknya seorang. “So, apa yang perlu I lakukan?” Katrina kian teruja. Dia sudah mengimpikan yang Syakir berada dalam pelukannya. Pasti romantik. “Khamis malam Jumaat nanti kita jumpa bomoh tu. I pasti lepas ini you tak perlu berputih mata lagi.” Leena dan Katrina ketawa serentak. Aria menggelengkan kepalanya. Kedua-dua teman baiknya ini memang sudah gila. Tawa Katrina terhenti apabila melihat pasangan yang masuk ke dalam kedai pakaian yang berdekatan dengan kafe tempat mereka melepak itu. Dia kenal benar dengan pasangan tersebut. Siapa lagi kalau bukan Syakir! Dan perempuan itu pastinya Azyan, isteri kesayangan Syakir. “Look!” Katrina menudingkan jarinya ke arah seorang lelaki yang sedang jalan berpimpinan tangan bersama seorang wanita. Kemesraan yang ditonjolkan oleh lelaki itu buat Katrina menggigit bibir. “How sweet! Lelaki itu memang tampan.” Leena menongkat dagunya.

96

Ilya Abdullah

“Sweet you kata? I lebih sweet jika I yang berpasangan dengan dia.” Katrina menyilangkan tangannya. “Jangan kata pada I itu lelaki yang you…” “Of course!” Katrina laju memintas. “What the! Kat… he’s so handsome.” Leena tidak berkelip mata merenung wajah Syakir yang sibuk memilih pakaian untuk Azyan. Aria juga tidak menafikan kata-kata Leena itu. Syakir memang segak dan tampan orangnya. Katrina tersenyum bangga. Taufik, suami Leena itu tidak mampu menandingi kekacakan Syakir. Dia akan sentiasa lebih hebat daripada Leena dan Aria. “He’s so hot!” Komen Leena. Patutlah Katrina beria-ia ingin mendapatkan lelaki ini.

AZYAN menggelengkan kepalanya. Dia tidak suka warna biru. Syakir tetap mendesak dia mencuba baju kurung berwarna biru lembut itu. Jerit nanti baru Syakir tahu. Kalau ya pun nak pergi majlis perkahwinan Mat Karan, masakan kena ikut tema kawan baiknya itu? Tak mahu dan tak nak! Azyan menggelengkan kepalanya lagi. Dia mahu pakai baju kurung yang berwarna pink yang dijahit oleh ibu mertuanya itu. Syakir membulatkan matanya. Nampaknya Azyan tidak takut. Berkali-kali isterinya itu menggelengkan kepalanya. Syakir asyik hulurkan kepada dia baju kurung berwarna biru itu. Ingat kumpulan boria ke? Azyan tidak sanggup membayangkan. Kak Nani satu keluarga pakai baju warna biru. Salwa satu keluarga pun sama. Pakai baju warna

97

Coke & Sundae II

biru. Saufi pun berbaju Melayu biru. Pengapit pengantin tu. Dia sekeluarga pun mahu pakai satu kaler juga ke? Azyan tak mahu. Dia mahu lain kaler. “Sayang….” Syakir terus-terusan memujuk. Azyan buat muka toya. “Tak mahu!” Azyan palingkan mukanya. Jurujual di kedai baju berkenaan ketawa kecil melihat gelagat suami isteri itu. Sweet! “Ala… ini atas permintaan Mat Karan. Sayang… please….” “Ayang kata tak mau! Abang dengan Meerullah pakai baju warna biru. Ayang nak pakai baju warna pink jugak.” Azyan berkeras. Orang kata tak mahu, maknanya tak mahulah! “Tak sehati berdansalah begitu. Ayang….” Alahai manjanya Syakir. Siap main kelip-kelip mata lagi. Ini yang buat Azyan lemah ni. Azyan rasa mahu ketawa. Tapi dia menahan. Dia tidak akan tewas dengan Syakir. “Tak berkenaan. nak!” Azyan sudah keluar dari kedai

Laju Syakir mengekori langkah deras Azyan. Dia cuba menyaingi isterinya itu. Risaukan keadaan Azyan yang sedang berbadan dua itu. Langkah Syakir terhenti apabila matanya terpaku pada sekumpulan wanita yang sedang duduk bergelak ketawa di kafe berdekatan. Dia amati wajah salah seorang daripada wanita tersebut. Katrina! Itu Katrina. Mata mereka saling bertaut. Katrina tersenyum sumbing memerhatikan Syakir. Syakir cepat-cepat mengalihkan pandangan. Dia mengorak

98

Ilya Abdullah

langkah mendapatkan Azyan. Sebolehnya dia tidak mahu Azyan bertemu dengan Katrina. Masak nanti! Sikap tidak layan Syakir itu yang mencabar Katrina. Baginya lelaki itu memang ego. Senyuman Syakir terlalu mahal untuknya. “Kat! You mesti dapatkan dia.” Leena menghasut lagi. Bahu temannya itu dipaut. “His wife is so cute.” Aria menyedut minumannya tanpa mempedulikan renungan tajam Katrina. “Pedulikan Aria! Kalau betul you nak dapatkan dia, ikut cakap I,” desak Leena. “Apa jua cara sekalipun I nak dia jadi milik I.” Hati kalau sudah dirasuk oleh syaitan tidak mampu berfikir dengan rasional lagi. Dugaan sedang menanti buat Syakir dan Azyan. “Sayang… hati-hati. Ingat yang ayang tu bawa baby.” Syakir memaut lengan Azyan. Tak padan berbadan dua laju Azyan berjalan. Jenuh Syakir mengejar langkah Azyan. “Abang…” ujar Azyan meleret. Tadi hangin sekarang sudah bertukar menjadi manja. Mood Azyan ini main ‘air pasang surut’ pulak. “Ayang mengidam sup tulang lagi ke?” soal Syakir. Sejak Azyan mengandung anak kedua ini banyak pula mengidamnya. Kalau hari ini, nak makan nasi beriani. Esok dia minta ayam panggang pula. Tulat dia minta makanan lain. Begitulah seterusnya. Pipi Azyan pun sudah makin tembam. Rasa nak gigit. “McDonald’s.” Dahi Syakir berkerut seribu. Ada apa dengan

99

Coke & Sundae II

McDonald’s? Isk! Jangan buat pasal nak minum air Coke pula. “Tak boleh!” Serta-merta Syakir memberikan jawapannya. “Tekak ayang teringin nak rasa aiskrim sundae, bukan nak minum Coke,” gerutu Azyan. Bagaikan sudah dapat menangkap apa yang bermain di fikiran suaminya itu. “Sundae?” Soal Syakir. Telinga dia salah dengar ke? Bukan ke Azyan tidak suka aiskrim sundae? “Cepat belikan ayang aiskrim sundae.” Azyan menolak tubuh Syakir.

AZYAN buat muka. Patutlah Syakir hilang ketika dia sedang rakus menikmati kelazatan aiskrim sundae tadi. Rupa-rupanya Syakir membeli baju kurung biru berkenaan. Benci! Benci! Dia tak mahu langsung memandang baju kurung biru yang bersulam benang emas itu. Syakir hanya tersengih panjang. Mana mungkin dia akan mengalah dengan Azyan. Baju kurung biru bersulam benang emas ini memang cantik. Kalau Azyan pakai, lagi cantik. Kainnya pun lembut dan sesuai sangat dengan isterinya yang comel ini. Alalalala… makin comel muka tembam Azyan bila merajuk. Geram dia dibuatnya. Syakir merapati Azyan. Dia mengelus rambut Azyan yang sudah hampir mencecah pinggang itu. Kalau dulu rambut panjang Azyan pasti akan ditocangkan ala ekor kuda. Dialah yang paling suka menarik ‘ekor kuda’ Azyan. Dia suka tengok muka comel Azyan menyeringai kemarahan.

100

Ilya Abdullah

Azyan kerut dahi. Suaminya sudah meleretkan senyum kambingnya sorang-sorang. Apa agaknya yang ada dalam otak Syakir ya? Kalaulah dia boleh teropong, pasti dia dapat tengok segala isi kandungan dalam kepala Syakir. Kalau bedah pun sekadar nampak otak yang berselirat macam wayar itu. “Please….” “Ayang kan dah cakap tak nak. Tak nak!” rengus Azyan. Karang aku cakap bahasa Tamil baru suami aku tahu. Dari sekolah sampai nak masuk anak dua pun masih main paksa-paksa orang. Nasib baik ada baby dalam perut. Kalau tidak, aku Karate Kid suami aku ni. “Ala… naklah sayang. Kita pakai tema blue colour. Macam team boria.” Syakir ketawa kecil. Bertambah cemberut muka Azyan. “Suka hati abanglah. Tak kuasa ayang nak melayan abang.” Azyan bingkas bangun keluar dari bilik tidur. Tekaknya dahaga. “Nak ke mana tu sayang?” Syakir menyoal. Dia mengekori langkah Azyan yang sudah menuruni anak tangga. “Menghendap budak bujang kat sebelah rumah,” balas Azyan. “Sayang!” Syakir menjegilkan biji matanya. Cakap main-main pula bini dia ni. Dia tahulah beberapa hari lepas ada sekumpulan pelajar lelaki berpindah di sebelah rumah mereka itu. Azyan ada juga menghantar makanan di rumah sebelah. Budak-budak lelaki itu pun memang ramah melayan Azyan. Terbit juga rasa cemburu di hati Syakir. Sikit aje tau.

101

Coke & Sundae II

Azyan angkat kening. Padan muka! Biar Syakir rasa. Dia ingat dia seorang saja famous! Bini dia ni pun dalam kategori famous jugak. Kalau nak jadikan budak-budak jiran sebelah ‘anak ikan’ pun boleh. Boleh tahan semuanya. Budakbudak itu pun kata dia seorang ibu yang comel. Kembang kempis hidungnya. “Sayang… be careful!” Syakir memaut lengan Azyan. “Ayang boleh jalan sendirilah.” Azyan menarik lengannya. Syakir menggelengkan kepalanya. Dia tahu Azyan masih tidak berpuas hati pasal tema baju untuk ke majlis perkahwinan Mat Karan. Bukan selalu pun nak ikut tema bagai begini. Azyan ni sengaja nak mengada-ada ya. “Ingat… ayang tu bawa baby tau.” Pesan Syakir. “Ayang tahulah.” Azyan mencebikkan bibirnya. Degil! Dia bukan apa… risaukan kedua-duanya sekali.

102

No. ISBN:- 978-967-0448-09-1 Jumlah muka surat:- 632 Harga Runcit:- S/M: RM22, S/S: RM25 Harga Ahli:- S/M: RM18, S/S: RM21 Sinopsis:Kisah dari alam percintaan dibawa hingga kisah berumah tangga. Kalau dulu Coke dan sundae bertegang urat dan bermusuhan kini mereka sudah duduk sebumbung. Kini Azyan sudah bergelar isteri kepada Doktor Muhammad Syakir a.k.a cicak kobeng. Rumah tangga mereka bertambah serinya setelah mempunyai cahaya mata tanda ikatan kasih mereka, Ameerul Hasif yang keletahnya memang memeningkan kepala pasangan suami isteri itu. Ingatkan aman sampai ke tua, rupa-rupanya ada juga ujian untuk Azyan dan Syakir. Dalam dok tengah syok layan kerukunan rumah tangga, mereka menjadi kalut dengan kehadiran Katrina Kaif a.k.a Kareena Kapoor yang menggoda suami kesayangan Azyan, Syakir. Si Katrina ni siap main bomoh Mak Esah sebab sudah tergila-gilakan Syakir.

Huh! Dahsyat perempuan tu. Habis haru-biru kehidupan Azyan dek penangan Kareena Kapoor celup tu. Azyan tak puas hati. Lelaki kemain ramai dalam dunia ni, tapi Si Syakir juga yang jadi pilihan perempuan seorang itu. Lebih menghuru-harakan keadaan yang sememangnya sedia kalut itu apabila Syakir mengatakan yang dia mahu bernikah dengan Katrina pula. Azyan macam nak pengsan! Hati Azyan berlagu walang. Dalam tengah bersedih hati memikirkan si suami bakal menikah lagi satu, muncul pula Encik Ikhwan dan Zaril yang kacau daun, kononkononnya mahu menjadi penghibur lara di hati Azyan. Boleh pula jadi macam ni ye? Tetapi, apa yang pasti Ameerul tidak rela berbapa tiri dan bermak tiri. Hmmm… Azyan, Syakir pandaipandailah korang settlekan masalah ni. Syakir: “Sumpah! Abang memang minat pelakon Kareena Kaapor tu tapi abang tak minat Katrina Kaif.” Azyan: “Samalah tu, dua-dua pelakon Hindustan! Hantar Yan balik rumah ayah!” ““Jika takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai.” ~ Syakir. “Tapi kalau Ribut ‘Katrina’ melanda rumah kita macam mana pulak?” ~ Azyan.” Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan COKE & SUNDAE II di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda.

Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, D’Wangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196