You are on page 1of 4

PENGURUSAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH UNTUK MURID BERKEPERLUAN KHAS.

Keselamatan pengurusan murid Keselamatan semasa berada di kawasan sekolah. Guru pendidikan khas hendaklah memastikan kawasan sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang selamat untuk murid. Guru hendaklah menjalankan pemeriksaan bangunan dan sekitar sekolah secara berkala. Pemeriksaan ini hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya dua kali setahun iaitu pada semester pertama dan kedua persekolahan. Pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan semua murid sama ada murid aliran perdana atau pendidikan khas berada dalam keadaan selamat. Guru juga hendaklah mengawasi murid sepanjang masa. Sekiranya guru mempunyai urusan luar, guru boleh meminta pertolongan dari Pembantu Pengurusan Murid (PPM) untuk memantau murid. PPM hendaklah sentiasa mengawal murid dan mengelakkan mereka berkeliaran di kawasan sekolah yang jauh dari kelas pendidikan khas. Hal ini kerana, sekiranya berlaku kemalangan atau murid tercedera, guru yang akan dipersalahkan atas kecederaan tersebut. Murid berkeperluan khas mempunyai tingkah laku yang sukar dijangka. Oleh itu, murid perlu dielakkan daripada berada di kawasan beranda secara

berseorangan. Hal ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Guru atau PPM perlu mengelakkan murid bergayut pada pemegang tangga dan beranda. Jika tiada pemantauan dari pihak guru atau PPM, akan berlaku kemalangan yang akan mengakibatkan perkara yang tidak diingini seperti jatuh dan terhantuk kepala. Selain itu, guru dan PPM perlu memastikan semua laluan tangga dalam keadaan selamat, baik dan bebas daripada segala halangan terutamanya di sekolah yang mempunyai murid bermasalah fizikal seperti selebral palsy. Hal ini bagi mengelakkan timbulnya perkara yang diingini sekaligus mewujudkan persekitaran yang selamat bagi murid-murid pendidikan khas.

Keselamatan semasa berada di dalam bilik darjah Keselamatan murid hendaklah dijaga bukan sahaja di luar kelas, malah di dalam kelas juga hendaklah dititikberatkan. Keselamatan murid di dalam bilik darjah adalah tanggungjawab guru pendidikan khas dan PPM seratus peratus. Ibu bapa

akan merunding jari kepada guru sekiranya berlaku sesuatu perkara kepada anakanak mereka. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan, guru hendaklah sentiasa berada di dalam kelas. Sekiranya guru mempunyai tugasan luar, guru perlu meminta pertolongan daripada PPM untuk mengantikannya memantau murid-murid di dalam kelas. Seperti sedia maklum, murid-murid pendidikan khas mempunyai pelbagai masalah termasuklah masalah tingkah laku. Sekiranya tiada sesiapa yang memantau kelas mungkin akan berlaku pergaduhan antara murid dengan murid. Sebagai contoh, murid bermasalah tingkah laku telah memukul kepala murid Selebral Palsy. Guru juga bertanggungjawab untuk memastikan permukaan lantai bilik darjah dalam keadaan rata dan tidak licin. Sekiranya PPM ingin mengemop lantai, tugas ini hendaklah dilakukan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan. Selain itu juga, guru hendaklah menukar kipas rosak, berbunyi dan terlalu lama. Kipas tersebut mungkin akan mendatangkan masalah sekiranya tidak ditukar kerana akan mengganggu pembelajaran yang berlangsung. Susunan perabot di dalam kelas juga perlu disusun mengikut keselesaan pergerakan murid-murid. Kerusi dan meja yang tidak tersusun dengan betul akan menghalang pergerakan murid-murid untuk melakukan aktiviti semasa di dalam kelas. PPM juga perlu menyimpan peralatan tajam di tempat yang selamat dan sukar di ambil oleh murid. Murid juga tidak dibenarkan untuk mengambil peralatan ini sendiri tanpa guru atau PPM yang mengiringi mereka.

Keselamatan semasa aktiviti sukan dan permainan Sebelum memulakan aktiviti sukan, guru perlu mengambil berat tentang kesihatan murid. Sekiranya ada murid yang tidak sihat pada hari tersebut, murid tersebut dikecualikan daripada aktiviti sukan. Dari segi pemakaian sebelum beraktiviti, guru bertanggungjawab melihat pemakaian murid seperti memakai kasut sukan, seluar trek dan baju t-shirt bukannya memakai baju kurung dengan seluar trek bagi murid perempuan. Dengan pemakaian sukan yang betul, keselamatan murid lebih terjamin. Sekirannya ada murid yang mempunyai penyakit asma, jantung, sawan dan beberapa penyakit yang tidak menggalakkannya terlibat dalam aktiviti sukan dan permainan. Mereka mungkin diberi untuk bermain aktiviti dalaman seperti congkak,

dam ular dan bongkah kayu yang tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk beraktiviti. Kawasan untuk beraktiviti juga perlu diambil berat. Sebelum memulakan aktiviti, guru hendaklah memastikan tempat aktiviti dalam keadaan selamat dan selesa. Elakkan daripada melakukan aktiviti di tempat yang berbatu dan permukaan yang tidak rata. Guru digalakan menggunakan padang rumput untuk beraktiviti kerana padang rumput lebih selamat daripada padang simen.

Tingkah laku Kindsvatter (dlm. Levin & Nolan, 2004) yang melihat disiplin dari perspektif tingkah laku murid-murid dalam bilik darjah mendefinisikan masalah disiplin sebagai tingkah laku bermasalah atau salah laku. Murid-murid yang mempunyai masalah tingkah laku akan dipantau oleh guru sepanjang masa. Guru menyediakan senarai nama murid dan maklumat lengkap murid yang mempunyai masalah tingkah laku. Guru juga akan menyediakan satu borang khas untuk merekod tingkah laku murid. Borang tersebut akan diagihkan kepada guru-guru yang mengajar bagi memastikan tingkah laku murid tersebut bertambah atau semakin berkurangan. Sekiranya tingkah laku mereka masih lagi tiada perubahan, guru boleh menghubungi ibu bapa untuk melaporkan perihal anak mereka semasa di sekolah. Dengan cara ini mungkin dapat mengatasi masalah tingkah laku dengan bantuan daripada ibu bapa. Setiap murid-murid pendidikan khas akan mempunyai Rancangan

Perancangan Individu (RPI). Dengan adanya RPI ini, guru telah merancang perancangan yang sesuai untuk dijalankan kepada murid yang mempunyai masalah. Guru perlu mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa untuk membincangkan tentang RPI anak mereka. Guru akan berbincang dengan ibu bapa tentang bagaimana cara untuk mengatasi masalah tingkah laku murid tersebut.

Kebajikan Tugas guru-guru pendidikan khas selain daripada mengajar ialah menjaga kebajikan murid-murid mereka. Guru pendidikan khas hendaklah memastikan kesihatan murid.Guru hendaklah membuat pemeriksaan semula ke atas murid yang belum dikenal pasti masalah mereka. Pemerikasaan ini boleh dilakukan di hospital kerajaan dan pemeriksaan ini hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya dua kali

setahun. Selain itu, rawatan kesihatan lain seperti pergigian dan khidmat rawatan hendaklah diuruskan oleh guru. Persatuan sokongan ibu bapa dan guru pendidikan khas juga merupakan salah satu inisiatif untuk menjaga kebajikan murid-murid pendidikan khas. Guru pendidikan khas hendaklah menubuhkan satu persatuan sokongan seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru bagi kelas pendidikan khas. Selain itu, ibu bapa murid pendidik khas juga boleh dilantik sebagai ahli jawatankuasa penting dalam induk PIBG sekolah. Dengan langkah ini, kebajikan murid-murid dari kelas pendidikan khas terjamin seperti murid-murid dari aliran perdana. Pemberian bantuan kewangan kepada murid-murid pendidikan khas. Kerajaan telah memberikan peruntukan kewangan kepada murid-murid pendidikan khas. Pemberian elaun tersebut sebagai bantuan kepada mereka untuk membeli barang keperluan murid-murid seperti ubat, pakaian sekolah dan lain-lain. Sebagai guru pendidikan khas diberi tanggungjawab untuk menjaga kebajikan murid tersebut agar elaun yang diberikan tidak disalah gunakan oleh keluarga murid-murid tersebut.

Keperluan khas murid Keperluan khas murid seperti terapi. Terapi adalah satu aktiviti yang penting untuk membantu murid-murid pendidikan khas. Antara terapi yang biasa dijalankan kepada murid-murid adalah terapi renang, terapi berkuda, terapi muzik, terapi pertuturan, terapi boling dan lain-lain yang sesuai. Terapi renang adalah untuk murid mengetahuai cara-cara menyelamatkan diri semasa berlakunya kecemasan. Malah terapi ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri murid-murid. Terapi berkuda pula dijalankan sebagai terapi fizikal untuk murid yang mempunyai pelbagai masalah.

Rujukan Choong Lean Keow, Phd. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (2009), Kumpulan Budiman, Selangor. K.A. Razhiyah. Menjadi Guru Pendidikan Khas (2010), PTS Professional Publishing Sdn. Bhd, Selangor.