You are on page 1of 95

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 1

Pendidikan Pemulihan     Konsep, Objektif, dan Rasional Pendidikan Pemulihan Perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan Jenis Pendidikan Pemulihan Ciri Murid Pemulihan

1.1 Sipnosis Program Pemulihan telah dilaksanakan semenjak tahun 60-an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah menguasai 3M. Penguasaan kemahiran asas 3M di peringkat awal terutama di Tahun 1 adalah amat penting untuk mengatasi „Academic Deficit’ dalam kalangan murid-murid sekolah rendah daripada berterusan hingga ke sekolah menengah

Dengan demikian program KBSR menitikberatkan strategi pengajaran secara kumpulan. Dalam hubungan ini, murid-murid diajar mengikut kebolehan mereka supaya mereka dapat menguasai kemahiran asas 3M tersebut mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Bagi murid-murid yang masih belum berjaya menguasai kemahiran tertentu, mereka haruslah menjalani satu program pemulihan. Melalui program pendidikan pemulihan ini sama ada dalam kelas biasa atau kelas khas, diharapkan murid-murid tersebut mendapat peluang meneruskan pelajaran mereka seperti murid-murid biasa.

1.2

Hasil Pembelajaran i. Menjelaskan konsep, objektif dan rasional pendidikan pemulihan serta masalah penguasaan pembelajaran; ii. Mengenal pasti perbezaan di antara Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan; iii. iv. Menyenaraikan jenis-jenis pemulihan; dan Mengenalpasti ciri-ciri murid pemulihan.

1

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

1.3

Kerangka Konsep

PEMULIHAN

PENDIDIKAN PEMULIHAN

PENDIDIKAN IMBUHAN

JENIS PENDIDIKAN PEMULIHAN

CIRI MURID PEMULIHAN

2

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

1.4.1

Definisi i. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246) “Pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). “Pemulihan” bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanakkanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu. ii. Blair (1956) Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran. iii. O. C. Simpson (1975) Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.

iv.

Syarifah Alawiah Alsagoff (1983) Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran

pembelajaran biasa.
v. Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983) Pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.

3

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah vi. menulis dan mengira.... menulis dan mengira. di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini‟.4. Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan (NARE) UK (1975): „. Kementerian Pelajaran Malaysia (1986): „.‟ ix. Pusat Perkembangan Kurikulum... Kementerian Pelajaran Malaysia (1984): „. Rumusan Pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Tansley (1967) : „ ..satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah.‟ viii.2 Konsep Program Pemulihan ialah satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca.hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan. Bahagian Sekolah-sekolah.‟ vii.satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keprluan pendidikan bagi murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa.. menulis dan mengira yang menjadi fokus utama Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Program ini dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas.langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca. Pelaksanaan 4 . khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca. 1..

Murid-murid seumpama ini ada di semua peringkat persekolahan. baik di luar bandar mahupun di bandar. Sementara murid-murid pemulihan di kelas biasa. muridmurid yang diajar oleh guru pemulihan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik di kelas khas akan dihantar semula ke kelas biasa. 1982) Menurut Ab. (1997) menjelaskan lagi. mereka akan dikelolakan oleh guru khas pemulihan di kelas khas. dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Rahman.” (Buku Panduan Am KBSR. iaitu mereka yang memperoleh pencapaian di bawah paras yang sepatutnya. Perbezaan individu ini perlulah menjadi satu pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. bahawa program pemulihan perlu dilaksanakan kepada murid yang menghadapi masalah pembelajaran.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah program pemulihan ini bertujuan supaya jurang perbezaan pencapaian di antara murid dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa 1. (1997). kecenderungan. Mereka ini kemudiannya diberikan program pemulihan sebaik-baik sahaja masalah mereka dapat dikesan dan dikenal pasti. al. bakat dan kebolehannya. Ab. dan pemulihan boleh dilakukan oleh guru kelas biasa. amalan. dan mengira). program pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas 3M (membaca. akan diubahsuai kedudukan di dalam kelas ke kumpulan mengikut kebolehan berdasarkan prestasi dari semasa ke semasa.3 Program Pemulihan “. Sebaik-baik sahaja kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau konsep dipulihkan. Setiap murid adalah berbeza antara satu dengan lain sama ada dari segi pengalaman. tingkah laku. Rahman et. Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid ini mungkin berupa masalah yang ringan..4. 5 . al... et.. menulis. Bagi murid-murid yang menghadapi masalah yang berat dan kompleks.

Dari sudut Pencegahan. Aktiviti yang dijalankan akan dapat membantu mereka menghadapi proses pembelajaran seterusnya. Ini selaras dengan konsep “Pendidikan Untuk Semua”. Dari sudut Falsafah. masalah yang dialami oleh setiap murid akan bertambah dan semakin menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera. “Precision Teaching”. Mereka menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran dan memerlukan satu program pendidikan yang teratur dan terancang bagi membolehkan mereka belajar seperti murid biasa.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1. program pemulihan memenuhi keperluan setiap murid yang ketinggalan kerana tidak dapat belajar sepenuhnya dalam kelas biasa. RASIONAL PEMULIHAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan:  Mengembangkan potensi individu Perbezaan Murid  Pengalaman  Minat  Kebolehan Mengatasi masalah rendah diri murid Mengelakkan keciciran murid dalam pembelajaran Meningkatkan penguasaan kemahiran Kanak-kanak keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang kebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. iii. 6 . Pendekatan pengajaran seperti “Prescriptive-Diagnostic Teaching”.4. ii.4 Rasional i. Dari sudut Teori. dan Clinical Teaching” telah terbukti berjaya yang merupakan asas kepada pelaksanaan program ini.

memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari segi pembelajaran mengikut kadar perkembangan intelek kanak-kanak yang berbeza di antara satu dengan yang lain. (Guru Khas Pemulihan dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan di Sekolah-Sekolah Rendah) 1.4. Bil. KP(BS)8691/Jld. KP(BS)85021/5/PK/Jld. peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu”. Bil.II/32 bertarikh 22 Januari 1985. saiz kelas yang lebih kecil. (Guru Khas Pendidikan Pemulihan)  Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.4. diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah kaedah-kaedah mengajar. membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas dengan pendekatan. kaedah. Bil. Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran  Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.5 Punca dan Bidang Kuasa i.V/26 bertarikh 18 Januari 1986.V/(34) bertarikh 30 Jun 1989. i. ii. ii. bahan-bahan pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan dan potensi serta minat mereka. bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1. 7 . KP(BS)8502/5/PK/Jld. Laporan Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 (Perakuan 5): “Adalah diperakukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah pengajaran pemulihan selepas daripada ujian rujukan kriteria dijalankan. (Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah 1986)  Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.6 Objektif Program Pemulihan adalah.

menyuburkan emosi. Dalam Negara         bermula 1965 – 3 guru dapat latihan dari England 1968 . yang boleh menjejaskan pelajaran. didedahkan kepada enam jenis pendidikan. memperkembangkan potensi murid-murid semaksimum mungkin. vi.   Luar Negara US berkembang pesat selepas termaktub PL 94-142 UK selepas Laporan Warnock ii. membantu memupuk dan memperkembangkan konsep kendiri dan sikap positif terhadap pelajaran. iv.4. dan intelek terutama bagi muridmurid yang datang daripada keluarga yang bermasalah. v. vii. 8 . sosial. meneruskan proses pembelajaran murid-murid dalam sistem persekolahan biasa.7 Sejarah Pendidikan Pemulihan Khas i. memberi peluang atau keseronokan kepada murid-murid untuk belajar dan merasa gembira di atas kejayaan dan kemajuan yang dicapai. Pernah disarankan di England bahawa kanak-kanak yang mengalami handicap atau suatu keadaan yang boleh menghalang pencapaian suatu tahap pembelajaran yang boleh dicapai oleh kanak-kanak biasa. 1.9 guru lagi dihantar berkursus Projek Khas Universiti Malaya Pendidikan Imbuhan dapat sumbangan dari Yayasan Van de Leer Belanda Latihan Guru: sebagai kursus dalam perkhidmatan Penuh Masa atau dalam cuti dari 2 hari hingga 1 tahun (KSPK) Mulai 2001 ditawar sebagai pengkhususan untuk KDPM sepenuh masa (3 tahun) 2007 Kementerian Pelajaran Malaysia memberikan perhatian serius. membantu menyelesaikan masalah sikap dan tingkah laku yang negatif. dan viii. mental.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah iii.

c. kencing manis. Pendidikan Pemulihan Untuk kanak-kanak yang mengalami kesulitan memperoleh kemahiran asas membaca. e. f. menulis dan mengira. b. jantung berlubang atau sebagainya yang menjadi penghalang kepada pencapaian pembalajaran biasa. Pendidikan Khas Untuk kanak-kanak yang buta. yang menghalang pencapaian pembelajaran biasa. Pendidikan Penyesuaian Untuk kanak-kanak yang tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan kehendak kurikulum. manakala 9 .8 Perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan Konsep pendidikan pemulihan dan pendidikan imbuhan mempunyai perkaitan yang amat erat.4. Pendidikan pemulihan merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran khas untuk menolong murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam khas. Kurikulum yang digubal terpaksa diubahsuaikan. darah tinggi. iaitu selepas pengajaran kemahiran asas. Kedua-dua konsep ini mengandungi banyak unsur yang bertindan lapis di antara satu sama lain. pekak atau cacat anggota. yang mengalami sekatan budaya untuk perkembangan pembelajaran mereka. Pendidikan Khas yang Diubahsuaikan Untuk kanak-kanak yang separuh cacat atau yang mengalami penyakit gila babi. d. 1. Pendidikan Rawatan Untuk kanak-kanak yang mengalami masalah tekanan emosi atau yang berkelakuan kurang laras.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah a. Pendidikan Imbuhan Untuk kanak-kanak dari persekitaran yang serba kurang atau yang miskin. Aktiviti-aktiviti pemulihan ini biasanya dijalankan dalam suatu tempoh masa yang pendek.

Koordinasi dengan agensi-agensi yang boleh member sumbangan untuk program kesihatan. dalam golongan bawahan tidak mendapat Ini bermaksud kanak-kanak kemudahan pelajaran yang sepatutnya. Peluang-peluang untuk mendapat pendidikan itu banyak direbut oleh mereka dari golongan atasan. bahan pelajaran. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah dan projek pembangunan komuniti vi. Konsep pendidikan imbuhan muncul disebabkan ketidakseimbangan peluang pendidikan antara golongan berada dan miskin. Berbanding dengan pendidikan pemulihan. kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran v. kesihatan. kewangan. skop kajian pendidikan imbuhan lebih meluas kerana pendidikan imbuhan meliputi bukan sahaja unsur-unsur pedagogi dalam kelas seperti pendidikan pemulihan. Pengubahsuaian kurikulum. motivasi pembelajaran. Penentuan objektif projek yang nyata Rancangan pengajaran dan pembelajaran disusun dengan rapi untuk mengatasi serta mencegah masalah pembelajaran iv. Sehubungan itu Pendidikan Imbuhan menitiberatkan perkara-perkara berikut. 10 . Justeru untuk merapatkan jurang perbezaan ini Pendidikan Imbuhan telah di rancang khas dan merupakan pendekatan yang berkesan.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah pendidikan imbuhan pula. subsidi kewangan dan sebagainya. tetapi juga unsur-unsur sosioekonomi dan politik di luar kelas. Murid-murid miskin dan kurang bernasib baik menghadapi kekurangan dari segi kemudahan pelajaran. iii.: i. Tindakan-tindakan diambil di peringkat awal eperti menjalankan ujian diagnostik untuk mengesan punca masalah ii. merupakan satu program pendidikan yang meliputi bukan sahaja usaha-usaha mengatasi kelemahan pembelajaran tetapi juga usaha-usaha untuk mencegah berlakunya sebarang masalah pembelajaran murid dari peringkat awal. pendedahan pengetahuan dan sebagainya. makanan.

Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran. program ini juga meliputi program makanan. Objektif utama ialah untuk merapatkan jurang dalam peluang pendidikan di antara golongan kaya dengan golongan miskin. menulis dan mengira. Pemulihan Dalam Kelas a) Pemulihan KBSR  dalam kelas biasa  membantu murid lemah menguasai kemahiran yang telah dipelajari 11 . Rancangan pembelajaran ditumpu khas kepada penguasaan kemahirankemahiran asas membaca . Rancangan pelajaran untuk semua mata pelajaran mengikut perkembangan kognitif murid. 5. serta sosioekonomi dan politik di luar bilik darjah. Objektif ialah membetulkan kelemahan penguasaan kemahiran-kemahiran asas. 4. tanpa mengira golongan kaya atau miskin. Bantuan diberikan kepada semua murid daripada golongan bawahan di peringkat prasekolah.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1. Skop kajiannya banyak terbatas kepada pedagogi di dalam bilik darjah. 2. Pendidikan Imbuhan 1. 1991:158 1. 5. 3. sekolah rendah serta ibu bapa mereka. 4. bantuan dari segi kemudahan dan kewangan. Selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.4. 6. Bantuan diberikan kepada individu atau sekumpulan kecil murid di sekolah rendah dan menengah. Program ini hanya meliputi aktiviti pengajaran dan pembelajaram dalam bilik darjah.4. 2. 6. 3.10 Jenis-Jenis Program Pemulihan i. Mok Soon Sang. Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah kekurangan kemudahan sosioekonomi. Skop kajiannya meliputi pedagogi dalam bilik darjah.9 Jadual Perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan Pendidikan Pemulihan 1.

b. Pemulihan Khas a. Kelas Khas  murid yang dikenal pasti dimasukkan ke dalam kelas secara sepenuh masa  dihantar balik ke kelas biasa setelah menguasai tahap prestasi yang ditentukan dalam kemahiran asas 3M.11 Murid Pemulihan Khas Kanak-kanak belajar pada kadar yang berbeza dan mengikut beberapa kajian mereka hanya belajar apabila telah bersedia. 1. murid tersebut dikehendaki masuk ke kelas Pemulihan Khas pada tahun berikutnya.4.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah b) KIA2M  oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum  untuk membantu murid Tahun 1 menguasai kemahiran asas 2M (membaca dan menulis)  dikehendaki menduduki Ujian Pelepasan sebelum di‟bebas‟kan  jika gagal Ujian Pelepasan 3. c) PROTIM  Program Pemulihan 3M  Membantu murid Tahun 6 menguasai 3M  Dilaksana selepas menduduki UPSR ii. Sistem Penarikan Keluar (withdrawal System)    murid yang dikenal pasti ke kelas pemulihan pada waktu tertentu untuktk BM dan Matematik dihantar balik ke kelas setelah menguasi kemahiran asas yang ditentukan. Perkembangan Murid Pemulihan dipengaruhi oleh:     rencatan akal ringan kurang peluang budaya / ekonomi tersekat gangguan emosi 12 .

Ini bergantung juga kepada peringkat umur dan aras kesukaran yang digunakan di sekolah. Secara umumnya kanak-kanak ini dapat dikenal pasti melalui beberapa ciri yang dipamerkan. menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan relevan. Bermasalah dalam pengurusan masa kerana bermasalah dalam memberi tumpuan Lemah daya ingatan – Pengamatan. mentaakul. berfikir. seperti membaca jadual waktu atau dalam menguasai peraturan mengeja Tidak dapat merancang objektif jangka panjang. menulis. kemahiran asas dan pertuturan 13 . tidur yang mencukupi – boleh menambahbaik prestasi mereka guru/ibu bapa perlu mencari bahan atau apa-apa sumber yang boleh memudahkan. iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 3. memahami dan mengingat kembali.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah        kurang upaya sensori bermasalah dalam pembelajaran secara khusus ganjaran intrinsik perlukan masa tambahan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan (task) kanak-kanak perlu ditawarkan dengan insentif yang sesuai – boleh ditangguhkan supaya kanak-kanak belajar bersabar pemakanan yang betul – sarapan yang berkualiti dan tepat pada masanya . mendengar. tidak boleh memindahkan apa yang telah dipelajari dalam situasi baru Sukar menguasai kemahiran yang bersifat akademik. mengira.4. Mereka ini kerap menunjukkan kesulitan untuk membaca. melukis.        Kurang matang dalam hubungan dengan orang lain dan di sekolah Tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks dan sangat lambat bekerja Hilang kawalan masa. Mereka lebih suka merancang untuk keperluan semasa.12 Ciri-Ciri Pelajar yang Memerlukan Pemulihan (Slow Learners) Murid-murid pemulihan ialah murid-murid yang berada dalam Tahap 1 di sekolahsekolah rendah. bercakap. Mereka juga menunjukkan kesulitan untuk membuat kerja-kerja atau pergerakan yang memerlukan penggunaan otot-otot seni. 1.

Nyatakan dua matlamat utama program pemulihan biasa. Berikan empat (4) strategi untuk membantu murid-murid pemulihan yang mengalami masalah tumpuan untuk belajar. A reluctant learner is not motivated and can also be passive aggressive. kurang tekun. Kesukaran mengawal emosi. Aktiviti 1 1. menerima konsep mendiskriminasi dan memahami perkaitan Kesihatan sering terganggu.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah      Kurang yakin diri. kurang pengalaman Perbendaharan kata terbatas. Reluctant learners seldom have learning disabilities. Apakah ciri-ciri utama murid-murid lemah dalam pembelajaran. 14 . Catat maklumat baru yang anda peroleh itu. Berikan 3 objektif penting dalam pendidikan pemulihan. 3. 2. bermasalah tingkah laku Bersikap egosentrik Perhatian: Slow learners differ from reluctant learners. tidak kreatif. Fahamkah anda konsep ini? Untuk memantapkan pemahaman anda. Anda telah mendapat maklumat asas tentang konsep pemulihan. creating more problems for teachers and parents through non-cooperation. ponteng sekolah. sila rujuk sumber-sumber yang berkaitan di perpustakaan. A slow learner initially wants to learn. 4. but has a problem with the process.

di sekolah khusus yang dihadiri oleh murid atau dalam kumpulan yang diasingkan dari sekolah biasa atau dalam darjah untuk pengajaran dan pembelajaran khusus oleh guru pemulihan. yang terpaksa bersaing dengan kanak-kanak yang biasa atau cerdas untuk menguasai kemahirankemahiran yang perlu dicapai mengikut kehendak sukatan pelajaran yang sama. iaitu golongan yang lemah. 2. ii.1 Sipnosis Pendidikan Pemulihan amat penting dalam sistem pendidikan kini kerana terdapat hampir 20% daripada kanak-kanak. Menjelaskan tentang strategi dan aktiviti yang sesuai untuk pemulihan dalam kelas pemulihan khas. pendidikan pemulihan amat perlu sama ada di kelas biasa atau kelas khas bagi tujuan membantu murid-murid yang mengalami kesusahan pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa. Mengenal pasti kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan kelas pemulihan. 15 .2 Hasil Pembelajaran i. Menjelaskan tentang strategi dan aktiviti yang sesuai untuk pemulihan dalam kelas biasa. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1983).BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tajuk 2 Perbezaan Pengelolaan dan Strategi   Pemulihan dalam Kelas Biasa Pemulihan dalam Kelas Khas 2. dan iii.

3 Kerangka Konsep PENGELOLAAN DAN STRATEGI PEMULIHAN PEMULIHAN KELAS BIASA PEMULIHAN KELAS KHAS PROSES PENGAJARAN PEMULIHAN PELAKSANAAN PENGAJARAN PEMULIHAN PELAKSANAAN PENGAJARAN PEMULIHAN PERANAN PENTADBIR PENGURUSAN PEMULIHAN 16 .BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2.

Peranan Preskriptif (Prescriptive Role)  Merancang. Peranan Pengajaran (Therapeutic Role) 17 .  Menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti masalahmasalah yang dihadapi oleh murid secara khusus.4. Ciri-ciri Guru Pemulihan Khas: Chua & Koh (1992) memetik syor Haigh (1977): Guru Pemulihan adalah guru yang mempunyai ciri-ciri berikut.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2. menyedia dan melaksanakan program secara individu bagi murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.  punyai peribadi yang stabil dan mantap  luas bacaan  cerdas  tidak takut disisihkan  sentiasa ingin belajar  cekap dalam pengajaran dan pentaksiran ii.  Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan sekiranya diperlukan.1 Guru Pemulihan Khas i. Peranan Penilaian (Assessment Role)  Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas 3M. c. Peranan Guru Pemulihan Khas a. b.  Menjalankan penilaian berterusan dan merekod dengan rapi dan sistematik.

Peranan Kaunseling (Counseling Role)  Memupuk hubungan mesra (rapport) dengan murid dalam suasana yang bebas dari ancaman  Menolong mengubah tingkah laku murid ke arah yang positif. kaunselor dan agensi luar. Peranan Advokasi (Advocative Role)  Wujudkan jaringan hubungan sesama guru pemulihan khas sama ada di peringkat Pusat Kegiatan Guru (PKG).  Mengajar bersama-sama dengan guru kelas secara ‘teamteaching’ atau „khidmat damping‟ sekiranya perlu. g. e. Peranan Khidmat Bantu (Supportive Role)  Membantu guru-guru merancang dan mengubah suai aktivitiaktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah  Mengajar dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah serta penggunaan bahan dan aktiviti yang berfungsi agar objektifobjektif pembelajaran khusus dapat dicapai.  Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru mengenai teknik-teknik mengajar kanak-kanak yang menghadapi maasalah pembelajaran. f.  Menilai dan merekod prestasi murid dari semasa ke semasa. daerah malah sehingga ke peringkat negeri. Peranan Perhubungan (Liaison Role) Berhubung dengan:  Pentadbir sekolah –Guru Besar dan Penolong Kanan  Guru-Guru lain – guru kelas dan guru subjek  Ibu bapa dan waris  Masyarakat  Khidmat sokongan – pegawai perubatan. 18 . d.

4. Berjumpa dan berbincang dengan guru asas/ibu bapa/ doktor/ pegawai kebajikan atau pihak lain berkaitan hal-hal:   mendapat maklumat lanjut murid – kelakuan. Membantu guru-guru asas dalam:     mengenal pasti untuk pemulihan khas merancang. 2.2 Bidang Tugas Guru Pemulihan Ditentukan oleh Surat-surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia i. kesihatan latar belakang iv. Melaksanakan penilaian berterusan untuk progres murid di kelas pemulihan dan merekodkan butiran berikut:      kemajuan murid latar belakang murid laporan kesihatan hasil temu bual rujukan 2.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah  Dedahkan apa yang dibuat kepada rakan sejawat. pentadbir sekolah dan juga para waris melalui program „reach out’ atau „outreach‟.4.3 Pemulihan dalam Kelas Biasa Aktiviti pemulihan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah ialah satu usaha untuk menolong murid-murid yang lemah mencapai objektif pembelajaran yang 19 . menyediakan aktiviti dan bahan pemulihan mengatur jadual waktu pemulihan mengajar bersama-sama sekiranya perlu iii. Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus   murid-murid yang dikenalpasti dari Tahun 1 – 6 keutamaan kepada tahun 1. tabiat.2 dan 3 ii.

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah belum dicapainya dalam pelajaran lampau. Program Pemulihan boleh dikendalikan menggunakan kaedah JARLIN.4 Proses Pengajaran Pemulihan Pengajaran Pemulihan dalam kelas merupakan satu proses yang berperingkat- peringkat yang disusun mengikut urutannya. atau dapat menjalinkan hubungan mesra antara individu serta dapat menghayati emosi dan keperluan orang lain. Menurut Jamilah Ahmad (1999). Kaedah ini mementingkan setiap peringkat dijalankan secara berterusan dan berhubung kait. Biasanya murid-murid yang memerlukan pemulihan perlu didedahkan kepada banyak pengalaman konkrit dan situasi sebenar untuk membolehkannya membina gambaran mental yang jelas dan seterusnya memahami konsep yang betul. murid-murid yang lemah akan merasa diri mereka mendapat perhatian khas daripada guru. 2. Dengan memahami masalah murid-murid pemulihan ini. Proses pengendalian program pemulihan menurut kaedah ini dapat digambarkan dalam rajah berikut: Nilai Jejak Laksana Rancang Kaedah JARLIN JA JEJAK 20 . Dengan adanya pendidikan dalam kelas biasa. guru akan merasa empati terhadap individu yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza ini. Peringkat-peringkat ini pula saling berhubung antara satu sama lain. Mereka tidak akan merasa diri mereka tersisih.4. Kesedaran ini merupakan satu bentuk terapi yang berkesan bagi mereka yang menghadapi kesulitan pembelajaran.

persediaan dan pemilihan bahan serta proses menilai. NILAI Guru harus menilai aktiviti yang telah dilaksanakan dan dalam masa yang sama menilai pencapaian murid serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru. Hasil penilaian harus dianalisis supaya tindakan susulan dapat dilakukan. Guru dikehendaki mengenal pasti masalah murid dan punca masalah tersebut. Objektifnya adalah untuk mengatasi kelemahan murid-murid 21 . RANCANG Guru hendaklah merancang pengajaran pemulihan yang sesuai untuk murid-murid sasaran dari segi objektif.4. aktiviti pengukuhan perlu dilaksanakan agar pembelajaran tidak terjejas dalam jangka masa yang singkat.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah R LI N JEJAK RANCANG LAKSANA NILAI Langkah ini merupakan peringkat pertama dalam prosedur pemulihan. kemahiran. supaya murid-murid yang lemah ini mendapat layanan yang adil dan sama seperti murid-murid lain untuk mendapat layanan yang adil dan sama seperti murid-murid biasa dan membantu mereka mengembangkan potensi hingga ke peringkat yang memuaskan. Dalam mata pelajaran bahasa Melayu.5 Pelaksanaan Pengajaran Pemulihan di dalam Kelas Biasa Pendidikan pemulihan ini perlu diberikan kepada mereka. LAKSANA Guru harus bijak memilih teknik dan strategi yang sesuai dengan keupayaan murid dan menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran tersebut. pemulihan dalam kelas biasa adalah aktiviti tambahan yang lebih kompleks. 2. Selepas sesuatu pengajaran dijalankan dan objektif tercapai. Rancangan pengajaran hendaklah disusun dengan rapi supaya langkah-langkah pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan sesuai dengan peruntukan waktu yang ada. menarik dan mencabar yang bertujuan untuk kemahiran yang telah dipelajari.

Program pemulihan dijalankan untuk murid-murid yang bermasalah sahaja selepas pembelajaran berlangsung. Ini bermakna muridmurid yang menerima pelajaran pemulihan belajar semasa murid-murid lain membuat latihan mereka. ii. v. Menjimatkan Masa Penumpuan guru tertumpu pada seluruh murid di dalam kelas itu sahaja dan kaedah pengajaran mudah digunakan.7 Kelebihan Pemulihan dalam Kelas i. Masa khas idak ditentukan. Waktu memulihkan murid-murid berkenaan adalah secara berterusan sepanjang pengajaran dan pembelajaran dan diteruskan selepas tamat waktu mengajar pada hari-hari biasa. Murid yang lemah tidak terkecuali melakukan aktiviti pengayaan apabila dia memerlukannya. dengan membimbing rakan menolong rakannya yang mereka membuat aktiviti 2.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah menguasai kemahiran yang diajar dalam setiap pembelajaran.4. Murid-murid diberi bimbingan individu setelah masalahnya dapat dikesan. vi. Tumpuan guru berpusat kepada kelas dan kekangan masa tidak wujud. Bimbingan diberi semasa murid-murid lain membuat aktiviti normal mereka. 22 . Guru mewujudkan pengajaran kumpulan. Pemulihan hanya dijalankan pada waktu-waktu tertentu iaitu 20-30 minit sebelum pengajaran selesai. Pengajaran guru berpusat kepada kaedah kelas. Murid-murid yang berkebolehan digalakkan bermasalah pengukuhan. iv. i. 2. iii. Murid-murid yang cerdas.6 Pemulihan dalam kelas biasa dijalankan seperti langkah-langkah berikut. Ada masa-masanya pula pengajaran pemulihan boleh dijalankan secepat mungkin apabila satu-satu masalah itu telah dikenalpasti. sederhana dan lemah disatukan di dalam sebuah kelas. Guru boleh menggunakan pengelolaan secara perseorangan atau berpasangan dan juga boleh menggunakan bantuan muridmurid cerdik untuk mengendalikan aktiviti pengukuhan.4.

murid-murid dapat mengadakan perbincangan dan melahirkan pendapat atau idea.8 Pemulihan dalam Kelas Pemulihan Khas Dalam pendidikan pemulihan khas.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ii. maka murid yang lain akan berusaha untuk mendapatkannya. iii. Kesempatan Bertanding Murid-murid suka bertanding antara satu sama lain.4. 2. penambahan kebolehan murid akan meningkat. Ini akan membawa kepada perkembangan kemahiran murid-murid. ii. Apabila seorang murid mendapat pujian daripada guru mereka. Dapat mengadakan suasana pembelajaran yang menggalakkan. dalam menentukan kelas yang sesuai dan paling ideal. tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaikbaiknya untuk mencapai objektif pengajaran. Naluri Kanak-Kanak Sikap murid-murid yang suka bergaul secara kumpulan adalah satu cara pengajaran yang berkesan. Semakin banyak pergaulan semakin berkembang pengetahuan mereka. Tujuan i. iv. beberapa ciri keperluan berikut perlu diambil kira. a. 23 . iii. Melalui pergaulan ini. Dengan yang demikian. Murid-murid yang ketinggalan atau lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dibawa keluar dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan. Masa. Murid-murid dapat melahirkan semangat kerjasama untuk saling bantu membantu dalam sesuatu aktiviti yang diberikan. kelas merupakan satu daripada keperluan asas yang utama yang perlu disediakan kerana mengikut konsep pemulihan khas. Dapat menggunakan kemudahan yang terdapat dalam kelas dengan berkesan. Semangat Kerjasama Melalui aktiviti.

Masa mengajar – 990 minit iv. Jabatan Pendidikan Khas/ Bahagian Sekolah KPM    memberi kelulusan untuk membuka kelas memberikan latihan untuk guru pemulihan menyediakan kewangan untuk pengurusan 24 . maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang. Masa luang (free period) sama seperti guru-guru lain. Sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah. muridmurid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang. iii. Perhatian: Pemilihan mana-mana alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan di antara guru kelas Pemulihan Khas dengan Guru Besar dan guru asas. Cara Untuk Mengadakan Kelas Pemulihan Terdapat 3 alternatif i. muridmurid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja. Masa untuk persediaan dan panduan – 120 minit (dimasukkan ke dalam Jadual Waktu) v. Murid-murid pemulihan untuk setiap sesi hendaklah tidak melebihi 15 orang.9 Peranan Pentadbir Dalam Program Pemulihan Khas i.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah b. Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja. c. ii. 2.4. Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah. Jadual Waktu Guru Pemulihan Khas Agihan masa guru Pemulihan Khas adalah seperti berikut: iii.

4. Jabatan Pelajaran Negeri    melantik guru-guru pemulihan memantau pelaksanaan memastikan pihak sekolah menghantar data pada masa yang ditetapkan dan dikemukakan kepada Jabatan Pelajaran Negeri. Pejabat Pelajaran Daerah     memantau pelaksanaan program menggerakkan aktiviti di peringkat daerah memastikan semua guru besar memahami prosedur pelaksanaan memastikan pihak sekolah menghantarkan data iv. Pencalonan a.10 Pengurusan Program Pemulihan Khas i. Pentadbir / Pengurus Sekolah  memastikan program berjalan mengikut surat pekeliling/ surat siaran yang sedang berkuatkuasa  mewujudkan JK Pemulihan Khas di peringkat sekolah  memastikan JK Kurikulum merancang program kecemerlangan untuk Program Pemulihan  Memastikan data dikemukakan kepada PPD dan JPN pada waktu yang ditetapkan  Menyediakan prasarana bilik darjah yang cukup  Memastikan semua peralatan/bahan yang dibekalkan untuk kelas pemulihan berada dalam kelas berkenaan  Menyalurkan kewangan 2. c.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ii. Pada akhir Tahun 1 (Murid KIA2M yang gagal Ujian Pelepasan 3) Selepas Ujian Semester 1 Dicalonkan oleh: 25 . iii. b.

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    d.

Guru besar Guru kelas/guru subjek Guru pemulihan Ibu bapa

Pencalonan dibuat melalui:    pengumpulan maklumat Borang Latar Belakang Maklumat pencapaian dengan merujuk keputusan

peperiksaan dan buku latihan

ii. Ujian Saringan Mekanisme yang digunakan untuk meninjau pencapaian murid secara am dalam kemahiran asas Bahasa Melayu dan Matematik – menilai semula apa yang telah dipelajari di dalam kelas. a) Bentuk dan Skop    Ujian bertulis Merangkumi apa yang sepatutnya telah dipelajari Keputusan Ujian Pelepasan KIA2M, IPP3M dan Ema boleh diguna pakai b) Pentadbiran Ujian     c) dilaksanakan secara kumpulan murid dalam keadaan selesa – jauh dari gangguan masa dihadkan keperluan alat tulis yang lengkap

Kriteria Pemilihan Murid  Murid yang gagal Ujian Saringan

26

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

 

Jumlah murid yang telah ditentukan – yang mampu diurus Jenis masalah yang dihadapi murid

iii.

Ujian Diagnostik

Mekanisme yang diguna pakai untuk membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid secara khusus. a. Jenis Ujian Diagnostik    Ujian Pengamatan (UDP) Bahasa Melayu (UDBM) Matematik (UDM)

b.

Tujuan Ujian Diagnostik    membantu guru mengenal pasti secara khusus kesulitan- kesulitan yang dihadapi oleh murid membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid  membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat sistematik  membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid dan

c. Bila dilaksanakan   selepas dicalonkan/ hasil daripada Ujian Saringan setelah menguasai satu-satu kemahiran dan bersedia untuk

kemahiran baru

27

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

d. Subjek yang diuji   BM dan Matematik Ujian Pengamatan sebagai pelengkap kepada pengumpulan

maklumat yang mungkin mempengaruhi pencapaian murid e. Pembinaan Ujian Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu ditentukan : Kemahiran yang hendak diuji          Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan. Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran. Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum diuji. Kemahiran tersebut hendaklah disusun dari senang ke susah. Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih dahulu. JPU disediakan berdasarkan senarai kemahiran mengikut subjek Jumlah item hendaklah ganjil – 5 hingga 9 – perlu ada contoh Sebaran aras kesukaran mengikut nisbah 2:2:1 untuk aras senang, sederhana dan susah Item-item bagi satu kemahiran hendaklah disediakan dalam satu muka surat Bentuk soalan: f. padanan / suaian pelbagai pilihan / diskriminasi mengisi tempat kosong benar / salah

Pentadbiran Ujian    dilaksanakan selepas Ujian Saringan / pemilihan murid telah dibuat secara kumpulan atau individu ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang paling tinggi – pengetahuan, pemahaman, penggunaan,

28

analisisnya ialah belum menguasai kemahiran Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan dalam Borang Analisis Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru pada satu masa yang lain h. tetapi yang penting ialah keterangan-keterangan atau data-data yang diberi g. analisisnya ialah tidak menguasai kemahiran jika gagal separuh. sementara ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa      Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan pemerhatian guru perlu semasa ujian Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenang dan selesa. Analisis Ujian      dibuat mengikut setiap kemahiran yang diuji jika murid gagal setiap item. jika murid gagal menjawab tiga kamahiran secara berurutan – hentikan ujian Markah uijan yang diberi tidak penting. Penyediaan Objektif pengajaran dan pembelajaran  Keputusan analisis ujian diguna untuk merangka objektif pengajaran dan pembelajaran Contoh: Objektif: Dapat menyebut abjad kecil secara berurutan dengan betul Analisis: Belum menguasai kemahiran abjad kecil mengikut urutan 29 .BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah maka hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis.  Ujian Diagnostik lisan dijalankan secara individu.

kemahiran landasan yang kukuh amatlah penting. persamaan atau perbezaan bentuk. corak.mengatakan pengamatan merupakan satu proses yang bergantung kepada kognitif dan kederiaan. Apa itu pengamatan: Mengikut pendapat Ruth Srang dalam bukunya “Reading Diagnosis and Remediation” . iv.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Murid pemulihan khas adalah berbeza dengan murid bermasalah pembelajaran. huruf. saiz. Justeru itu ujian pengamatan patut diberikan kepada murid-murid untuk melihat faktor kesukaran murid dalam penerimaan pengajaran bacaan. b. suku kata dan 30 . Manakala murid bermasalah pembelajaran pula telah diakui oleh pakar perubatan menghadapi masalah disebabkan oleh faktor kognitif. mereka akan pulih kerana mereka bukan bermasalah disebabkan oleh faktor kognitif. Rasional Dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak. Murid pemulihan khas adalah murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran. nombor. . kiri ke kanan serta hubungan warna.  Menentukan sesuatu saiz. c.Janet W Learner(1971) dalam bukunya “ Children With Learning Disabilities” telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera ataupun mekanisma yang mentafsirkan sesuatu pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek. strategi dan teknik yang bersesuaian dengan keperluan murid. perkataan. jarak. Murid di kelas pemulihan khas jika diajar dengan pendekatan. Objektif Ujian Diagnostik Pengamatan:  Mengecam orentasi kedudukan. Ujian Diagnostik Pengamatan a.

 Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. perkataan dan ayat.  Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama (Discrination of differences) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat pada objek. corak.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah antara satu-satu objek  Mengingat kembali. huruf dan sebagainya. Komponen Ujian Pengamatan:  Diskriminasi yang sama (Discrimination Sameness) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada objek. corak. bentuk. huruf dan sebagainya. dan mengingati sesuatu mengikut turutan- 31 . menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk.  Diskriminasi kedudukan (Position in space) Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek. warna. bentuk. nombor. bentuk.  Memahami Sequencing. warna. nombor.  Koordinasi Motor –mata –tangan. suku kata. nombor. huruf. bentuk. warna. nombor. corak. d.  Diskriminasi saiz (Discrimination of size) Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek. corak. nombor. warna. corak. huruf dan sebagainya. atau ke bawah dan dari bawah ke atas.  Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan. huruf dan sebagainya.

 Turutan (Sequencing) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri.   Dalam ujian ini murid diberi pelbagai latihan pengamatan. Pastikan murid tunjuk dengan jari sebelum menjawab dengan pensel. 32 . Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau individu. telah bersedia dengan peralatan menulis sebelum  Murid   memulakan ujian. kanan dan sebagainya.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-mata-tangan dan fahaman arah kiri.  Rajah latar belakang / Benda tersembunyi (Figure – Ground) Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu maslaah abstrak.  Pertalian jarak (Spatial Relationship) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz .  Menyalin (Visual Copying) Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat.  Mazing Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah. e. jarak kiri ke kanan serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain. Panduan melaksanakan ujian pengamatan  Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar menguasai konsep sepertimana yang dalam komponen pengamatan. Arahan diberi kepada murid dengan terang dan jelas.

sumatif.12 Penilaian    Bentuk ujian – formatif.11 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Pemulihan Khas          Menetapkan murid berdasarkan keputusan Ujian Diagnostik Menyediakan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Menentukan kumpulan murid Menyenaraikan kemahiran yang akan diajar Menentukan strategi.13 Tindakan Susulan  Pemantauan ke atas murid yang telah pulang ke kelas biasa perlu dilaksanakan secara berterusan 2. pendekatan dan kaedah p & p yang sesuai Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Menyediakan bahan Pemulihan Khas Menyediakan aktiviti 2.4.14 Banding Beza Pemulihan Biasa dengan Pemulihan Khas Pemulihan Biasa   guru ada asas latihan keguruan  Pemulihan Khas ada asas perguruan dan kursus khas dijalankan pada waktu tertentu dijalankan semasa proses p .4.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2. pencapaian Analisis Keputusan – meneruskan program atau balik ke kelas biasa 2.4.4.p  kelas biasa  perlu pada setiap mata pelajaran  hanya melibatkan mata-mata pelajaran 33 .

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Pemulihan Biasa yang diajar  murid kekal di dalam kelas  semasa sesi pemulihan   ujian bulanan atau penggal  Pemulihan Khas Bahasa Melayu dan Matematik murid perlu masuk kelas khas untuk sesi pemulihan ujian pencapaian bagi setiap kemahiran perlu ujian saringan dan diagnostik tidak perlu ujian saringan atau  diagnostik  tidak memerlukan rekod yang  terperinci penyimpanan segala rekod berkenaan murid amat penting  kekal dalam kelas  murid akan balik ke kelas biasa setelah berjaya menguasai kemahiran  pemulihan umum dilakukan secara  pemulihan dilakukan secara khusus  murid tahap 1 dan 2 yang tidak  menguasai kemahiran keutamaan murid tahap 1 yang dicalonkan oleh guru kelas perlu merujuk kepada AJK perancangan kurikulum sekolah  bilangan murid maksimum 15 orang jadual ditentukan sendiri oleh guru pemulihan  pemulihan kelemahan dikesan oleh guru berdasarkan  tertentu yang   bilangan murid tidak dihadkan jadual berdasarkan pelajaran yang diajar mata  34 .

guru haruslah memahami dengan mendalam prinsip-prinsip program pemulihan agar aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan dapat mencapai objektifnya. Guru juga perlu menguasai beberapa kaedah pengajaran sebelum merancang aktiviti. rujuk guru pemulihan di sekolah tempat anda bertugas sekarang. Nyatakan perbezaan pelaksanaan aktiviti pemulihan di dalam kelas biasa dan Pemulihan Khas.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Pemulihan Biasa  terlibat dengan setiap panitia  mata pelajaran yang diajar Pemulihan Khas perlu merujuk kepada AJK perancangan kurikulum sekolah Daripada maklumat banding beza di atas. Kemudian. 35 . Rumusan: Sebelum guru melaksanakan kelas pemulihan. Apakah yang harus diambil kira ketika membahagikan muridmurid pemulihan kepada kumpulan-kumpulan tertentu ? 2. Pilih dua kemahiran lisan dan satu kemahiran bacaan daripada sukatan pelajaran tahap satu. Berikan contoh-contoh yang sesuai. b. 3. Rancangkan langkah-langkah pemulihannya. Tuliskan objektif pelajaran yang hendak dicapai melalui kemahiran tersebut. Bandingkan maklumat di atas dengan perjalanan program pemulihan di sekolah anda. a. Aktiviti 2 1. cuba anda rumuskan konsep pemulihan.

sebahagian besar daripada masalah pembelajaran ini adalah dihasilkan oleh pengaruh latar belakang murid.2 Hasil Pembelajaran i. Selain bidang kemahiran bahasa. Justeru keanekaan latar belakang dari pelbagai bangsa. bahasa. tatabahasa. ejaan.1 Sinopsis Masalah pembelajaran bahasa boleh dikesan dalam semua bidang kemahiran bahasa . Menjelaskan tentang strategi dan aktiviti yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti kemahiran membaca. perbendaharaan kata. iaitu kemahiran mendengar. dan sematik. Sehubungan iu. agama dan kebudayaan itu juga merupakan masalah dan cabaran bagi guru yang mengajar bahasa khasnya Bahasa Melayu . bertutur. Menjelaskan tentang strategi dan aktiviti yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti kemahiran menulis 36 . iii.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tajuk 3 Masalah Penguasaan Pembelajaran dan Cara Mengesan Kesukaran Pembelajaran    Kemahiran Lisan Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis 3. ii. masalah pembelajaran boleh juga dilihat dalam pelbagai aspek bahasa seperi aspek fonologi. 3. membaca dan menulis. Mengenal pasti kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan aktiviti kemahiran lisan.

4.3 Kerangka Konsep LISAN  DEFINISI MASALAH/ KELEMAHAN STRATEGI/ CARA MENGATASI KEMAHIRANKEMAHIRAN ASAS DALAM BAHASA MELAYU BACAAN   TULISAN EJAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU UNTUK MURID-MURID PEMULIHAN 3.1 Definisi Bahasa: i.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 3. Mengikut Prof Atan Long bahasa ialah penggunaan lambang suara sebagai mewakili konsep tertentu atau mempunyai makna yang diterima oleh masyarakat amnya 37 . kita perlu meninjau perkembangannya sejak dari awal iaitu sejak seseorang bayi itu dilahirkan membawa kepada suatu peringkat kedewasaan 3.4 Perkembangan Bahasa Apabila kita memperkatakan tentang perkembangan bahasa.

3. Menjadi penyalur bagi menyatakan perasaan dan emosi. ii. Jika ditinjau dengan teliti.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 3.2 Fungsi-Fungsi Bahasa i.4. iv.4. dalam lisan terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. vii.3 Kemahiran-kemahiran asas dalam Bahasa Melayu a. iii. Memudahkan pengelolaan dan pertukaran maklumat serta fikiran dengan orang lain. Dia akan cuba meniru serta menuturkannya berulangulang. vi. Membantu jalan fikiran dalam menilai dan mengenal diri sendiri. Asas bagi pemikiran kreatif dalam penulisan kreatif. Kemahiran Ejaan 3. Kemahiran Lisan b. matlamat dan hasrat naluri untuk memenuhi keinginan dan hajat.4 Kemahiran Lisan i Pengenalan Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. v. Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Kemahiran Bacaan c. Membolehkan seseorang itu mengenang serta mengingat kembali sesuatu yang telah dialami. Memudahkan penentuan kehendak-kehendak. Kemahiran Tulisan d. 38 .4. Memungkinkan terlaksananya perhubungan sosial.

nada (tekanan suara ). Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan ”suprapenggalan” ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan pengamatan pendengarannya. ” auding” Mengikut arahan. Kemahiran Bertutur Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi. Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh:            Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.4. Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa. perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. Memahami perkataan. Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyibunyi bahasa yang berlainan. Mendengar secara kritikal. Memahami urutan atau sekuan. Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa. Menentukan idea utama / terpenting. Membuat inferen dan penyeluruhan atau kesimpulan.5 Kemahiran-kemahiran Asas dalam Lisan i Kemahiran Mendengar Apabila seseorang itu mendengar. dia seharusnya dapat mengecam. jeda serta helaan yang betul. mengenal dan mengamatinya. konsep dan kemahiran mendengar perkataan. Bagi setengah-setengah bahasa.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 3. Mengingat kembali. ii. 39 .

pembinaan ayat dan aspek-aspek nahu dalam satu-satu bahasa adalah dipelajari secara tidak langsung. Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan. Dengan ini kita harus mengutamakan gerak kerja lisan sebelum mengajar kanak-kanak membaca dan menulis. licin dan lancar. dengan demikian jika seseorang itu tidak menguasai perbendaharaan kata yang luas. Dengan itu mereka akan lebih berani. Apabila mereka sudah biasa dengan bahasa itu barulah diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya mudah mereka menginterpretasikan lambang-lambang pertuturan. sikap dan rajin bergaul dengan kanak-kanak lain. Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan bahasa yang baik. Pada prinsipnya guru dikehendaki memperbanyakkan kegiatan lisan di peringkat awal persekolahan. Kebiasaannya penggunaan nahu yang betul secara lisan akan membina asas bahasa yang kukuh. Struktur ayat. Kanak-kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah melahirkan perasaan dan mengeluarkan pendapat atau buah fikiran. intonasi dan tekanan suara. Melalui kegiatan lisan yang banyak di peringkat awal akan menambahkan dan memperkayakan perbendaharaaan kata kanak-kanak. Maka dengan ini memudahkan kanak-kanak pemulihan untuk belajar.4. 3. mengajuk dan seterusnya bercakap. Pemikiran melibatkan lambang-lambang tertentu. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran. 40 .BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik. Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa dengan pemikiran.6 Kepentingan Lisan Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan sebelum mencipta lambanglambang tulisan. sewajarnya ia tidak dapat mengeluarkan pendapat dengan jelas. Perkembangan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula mendengar.

Mendengar secara kritikal.   Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.. Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara yang didengarnya dengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan ”auding”. Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik bahasa. Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus murid-murid. membina serta melaksanakan ujian lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk:      Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa.4. Melakukan ”auding” yang merangkumi aspek-aspek pengamatan pendengaran. Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 3.7 Pengesanan Daerah Kelemahan Lisan Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan intonasi pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan. Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat. 3. Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisa rakaman-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan atau pengujaran murid-murid. 41 .4. Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka.   Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.8 Cara Memperbaiki Kelemahan-kelemahan Lisan  Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-murid.

perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian : i. Galakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea baru serta memilih bahanbahan mereka sendiri. penekanan harus diberi kepada darjah pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran itu dengan :    Memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang mengambil bahagian. 42 . vi. iv. Adakan rangsangan yang membolehkan kanak-kanak bercakap mengenai perkara-perkara tertentu. Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika sesuatu ketika.  Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui susun atur tempat duduk. bernas dan mudah. 3. Ketika menyampaikan pengajaran. v.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah  Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran dan pembelajaran. iii. Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan oleh sipenutur. pertandingan dan sebagainya. Pengujaran yang baik hendaklah jelas dan lantang. Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara formal. tersusun rapi dan cukup untuk didengar oleh pendengar yang ada. ii.9 Perkara-perkara Penting Dalam Pengajaran Lisan Semasa guru menyampaikan pelajaran lisan. Pilih. susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam pengetahuan sedia ada murid. Penutur yang dihasilkan hendaklah secara spontan.4.

3.4.4.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah vii. memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya serta mengaitkan maknamakna tersebut dengan pengalaman sedia ada murid. 3. mengamati serta memahamkan kandungannya.10 Kemahiran Bacaan i. Kesimpulan Membaca adalah proses memindahkan lambang-lambang bertulis kepada suara. Ulang pelajaran (latih tubi ) yang terdahulu dalam pelajaran-pelajaran yang berikutnya untuk memperkukuhkan ingatan murid-murid. viii. pembetulan hendaklah dibuat secara spontan. 43 . Abu Basar (1981): Membaca adalah gabungan proses menyuarakan lambang-lambang tulisan. Bacaan juga merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan-perkembangan yang diterima. ix Semasa murid-murid meniru sebutan. Bacaan Sebagai Proses Sensori (KEDERIAAN) a. guru mestilah mengamatinya dan jika didapati mereka melakukan kesalahan. Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya untuk sekali dua sahaja.11 Proses Bacaan i. Penglihatan : Mengenal dan memahami lambang-lambang. Definisi Membaca Frak Smith (1971): Membaca adalah satu operasi psycholinousitic . Atan Long (1976): Membaca adalah proses kembalikan daripada proses menulis kepada proses mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu.

Kemampuan urat saraf: Otot-otot tangan dan mata khususnya. Keadaan alat-alat (organ) pertuturan yang tidak terganggu.4. Latar belakang : Mengenal objek / bentuk / corak yang bertindih. Seni bahasa : Mendengar. Ini adalah satu proses yang harus dicapai sebelum pengajaran bacaan secara formal dijalankan. membaca dan menulis. d. 3. Perkembangan fizikal dan kesihatan secara am. Ingatan : Mengingat kembali apa yang dilihat / didengar. c. e. urutan dan sekuan. mencari dan membezakan / mengasingkan. Turutan : Memahami giliran. Pendengaran : Pendengaran yang jelas. Diskriminasi: Mengecam. ii. Jantina: Kanak-kanak perempuan lebih dahulu mempunyai kesediaan membaca. i. Keadaan Fizikal        Keadaan mata dan penglihatan yang sempurna dan matang.12 Kesediaan Membaca Kesediaan membaca adalah himpunan panduan kebolehan dan kemahirankemahiran yang diperlukan untuk mempelajari satu proses yang komplek iaitu membaca.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah b. b. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesediaan Membaca a. Daya fikir disemua peringkat: Kefahaman. iv. 44 . Ia juga adalah satu proses yang berterusan yang perlu diperkembangkan dan bukan ditunggu-tunggu. bertutur. Sintesis : Membuat kesimpulan Membaca Sebagai Proses Bahasa (LINGUISTIK) a. Umur: Peringkat umur yang berbeza. iii. Membaca Sebagai Proses Pengamatan (PERSEPTUAL) a. Keadaan telinga dan pendengaran yang sempurna dan baik. Membaca Sebagai Proses Mental (KOGNITIF) a.

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

b.

Pengalaman Dan Persekitaran Keadaaan persekitaran yang dapat memberi pengalaman yang pelbagai.

c.

Emosi, Motivasi dan Sahsiah    Keadaan rumah tangga dan cara asuhan mempengaruhi

perkembangan dan gangguan emosi. Dorongan-dorongan yang mempengaruhi sikap suka membaca . Bentuk-bentuk sahsiah yang negatif : Nakal, murung, tidak suka bercakap dan lain-lain. d. Kecerdasan dan Perkembangan Kognitif Manusia dilahirkan dengan kecerdasan dan daya kognitif yang berbeza. e. Daya Diskriminasi (Pengamatan)   f. Diskriminasi Penglihatan. Diskriminasi Pendengaran.

Pengusaan Bahasa  Bahasa sebagai alat berfikir dan melahirkan kehendak, rasa dan cita rasa.

3.4.13

Masalah-masalah Dalam Bacaan
i. Bentuk Huruf       Huruf kecil yang seakan-akan bentuknya. Huruf terbalik. Bunyi huruf yang seakan-akan sama. Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya. Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda. Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana benuknya berubah.

45

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

ii.

Peringkat Suku Kata          Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup. Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet. Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja / membatang suku kata. Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan. Salah memecah / membatang suku kata. Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata. Keliru membatang perkataan yang mengandungi Diftong / Vokal Berganding. Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi Diagraf di awal. Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan.

iii.

Kesukaran Dalam Pengamatan         Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan. Mengeja sebelum membaca. Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut. Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan. Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya. Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama.  Menyebut perkataan mengikut loghat.

46

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

iv.

Kesukaran Membaca Peringkat Ayat       Menggantikan perkataan dengan perkataan lain. Tertinggal. Pembalikan perkataan. Mengulang. Merangkak-rangkak. Membaca mengikut loghat.

v.

Strategi Membantu Kanak-Kanaka Ke Arah Membaca      Mengenal pasti kanak-kanak. Mengenal pasti masalah kanak-kanak tersebut. Susun strategi pemulihan. Pelaksanaan. Penilaian

3.4.14 Kemahiran Tulisan i. Definisi Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang komunikasi. bermakna serta dijadikan alat

ii.

Peranan Tulisan Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi

sukukata, perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok

47

15 Peringkat-peringkat Perkembangan Tulisan i Pra Tulisan Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat. sajak .lain. menguli tepung dan lain. Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun. menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini). Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:  Peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut. menyemai.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah masyarakat. menganyam. syair. tangan.Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan.jari serta kordinasi mata tangan. 48 .4. mengoyak. mengasah serta mengukuhkan minat serta akat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca.   Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting. Untuk menyediakan. menampal. dan lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran serta perasaan yang bukan sahaja untuk diri kanak-kanak itu sendiri. 3. perhubungan serta matlamat hidup. bahkan juga untuk seluruh insan umumnya. Pada Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot.

 Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan.membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :    Kemahiran mengawal dan memegang pensel. sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa. menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan. Mengarang pantun. Tulisan Kreatif Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta. teka-teki dll.  ii. sajak. cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa. iii. Tulisan Mekanis Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan . 49 . Di peringkat ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :    Membina ayat. Meneliti. Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan. dari atas ke bawah dan lain-lain. cara memegang alat tulis. Mengarang cerita. Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan. Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah  Menguasai gerak tangan bebas. Bermula dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil / sempit. mengenal.

Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya. Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul. Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah. perkataan atau imbuhan. Mengulang garis-garis huruf yang ditulis. 3. Masalah pembalikan huruf atau perkataan. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. Menulis dengan meninggalkan huruf.4. Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.4.sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong. Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan. Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Lain-lain yang berkaitan. 50 .BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah   Menulis surat kiriman. Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih. 3. Mencampuradukkan huruf besar dengan huruf kecil. tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul. Memberikan penerangan.17 Cara-Cara Mengatasi Masalah Tulisan Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas. Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengan sempurna.16 Masalah Tulisan Dalam Kalangan Kanak-Kanak Pemulihan                Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.

Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh membaca tetapi lemah dalam ejaan. ii. Punca Kanak-Kanak Lemah Dalam Ejaan a.4.18 Ejaan i. Tidak boleh mengecam (mendengar ) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam perkataan.     Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi. Tidak dapat memilih lambang-lambang secara rawak. Mendiskriminasi perkataan.   Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar sesuatu perkataan. Definisi Ejaan adalah proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang untuk melahirkan perkataan secara lisan dan bertulis.19 Aktiviti-Aktiviti Kemahiran Mengeja    Membina perkataan berirama ( sama di pangkal. Lemah dalam ingatan penglihatan. Lemah dari segi Analisis Pendengaran. tengah atau hujung ) Contoh: la bu la ku la yu la ki dll. Pertimbangan harus dibuat bagi menentukan masa yang sesuai bagi seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam. Masalah penglihatan seperti rabun dan juling. 3. Ini adalah kerana kemahiran itu boleh diperoleh melalui kemahiran membaca.4. b. Melengkapkan atau menambah perkataan. 51 .BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. Sebahagian daripada kanakkanak mahir mengeja tanpa bantuan guru. 3. Kemungkinan lemah dalam bacaan.

Mengkelaskan perkataan mengikut jenis atau keluarga. Jika masalah tersebut ‟ringan‟ – memadai dengan menjalankan ujian pengamatan serta latihan-latihan yang berkaitan.4. ibu bapa.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah       Membina perkataan di dalam perkataan. Mengenal pasti murid yang hendak dipulihkan Mengenal pasti masalah Strategi Pengajaran Pelaksanaan Penilaian 3. pendengaran atau pertuturan.20 Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Untuk Murid. iii. Permainan Silang kata. Permainan teka teki. Membina perkataan dari huruf-huruf dalam perkataan. Mencari perkataan berlawan. 3.4. Jika masalah tersebut ‟agak berat‟.murid Pemulihan i. v. 3. ii. Berdasarkan PKBS. guru Bahasa Melayu. 52 .4. berganda dan jantina.21 Mengenalpasti Murid Yang Hendak dipulihkan i. Masalah yang berkaitan dengan fizikal atau deria murid:    Adakah murid itu mengalami kecacatan atau masalah penglihatan. atau iv. guru darjah. atau iii. ianya memerlukan bantuan pakar yang berkemungkinan dikategorikan sebagai murid pendidikan khas.22 Mengenal pasti Masalah i. atau kesemua di atas. iv. Berdasarkan pemerhatian guru. Berdasarkan IPP2M (Instrumen Penentu Penguasaan 2M) ii. Berdasarkan perbincangan dengan guru besar.

Murid boleh menjawab secara individu atau kumpulan kecil.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ii.23 Strategi Pengajaran Setelah selesai menjalani ujian diagnostik. Jika murid membuat kesalahan semasa menjawab. iii. Jangan teruskan ujian. iv. iaitu LISAN.Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas – terbitan JPK. biarkan. guru perlu menganalisis jawapan murid dan merekodkannya. 3. Guru tengok cara murid menjawab. dan lain-lain Perlu diselesaikan terlebih dahulu. semua 53 .4. Masalah yang berkaitan dengan hal-hal seperti sosial dan emosi Masalah sosial seperti:       Selalu tidak hadir ke sekolah Tiada galakan keluarga Kemiskinan Takut Malu Rasa rendah diri. Guru menyenaraikan semua masalah yang dihadapi oleh murid. dengan cara kaunseling. PRAKTIK DAN BERTULIS.  Murid berhenti menjawab jika gagal menjawab 3 item berturut-turut. (Jalankan ujian LISAN dan BERTULIS sahaja)   Jangan fotostat semua helaian kemudian dibukukan dan diberi kepada murid untuk menjawab. Masalah yang berkaitan dengan akademik murid:  Jalankan ujian diagnostik mengikut prosedur (contoh ujian diagnostik terdapat dalam buku  Panduan . KPM) Dalam buku tersebut ada 3 jenis ujian diagnostik BM. Beri sehelai demi sehelai. Masa menjawab tidak terhad. bantuan kewangan atau lain-lain bantuan yang difikirkan sesuai oleh pihak sekolah.

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Guru tampal senarai masalah di fail murid. agar mudah dirujuk. i. Murid-murid lain menjalankan aktiviti pengukuhan. Guru boleh merancang dan menjalankan pengajaran pemulihan untuk murid-murid yang bermasalah. Strategi Individu:    Digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang berlainan. Guru boleh bergilir-gilir membetulkan kesalahan murid secara individu. Guru boleh menggalakkan murid cerdas mengajar murid-murid bermasalah secara individu CONTOH : KELAS PEMULIHAN KHAS SEKOLAH KEBANGSAAN KAKI BUKIT BATU PAHAT Nama Murid: Ali Bin Ahmad Tahun 1 Merah Tarikh Masuk Kelas Pemulihan Khas: 04 Ogos 2005 Bil 1 2 3 Masalah Tidak kenal abjad kecil m/n/j/l Keliru membaca suku kata kv + kv Keliru menulis perkataan suku kata kv + kv Objektif Pengajaran Mengenal abjad kecil m / n / j / l Membaca suku kata kv + kv Menulis perkataan suku kata kv + kv Tarikh Menguasai 54 . ii. Strategi Kumpulan:    Digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang sama. Murid-murid lain akan menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan oleh guru.

Terdapat beberapa kaedah pengajaran (membaca) seperti: Kaedah abjad Kaedah pandang dan sebut Kaedah gabungan (bunyi) Kaedah campuran. Berdasarkan contoh di atas. v. tulisan. Mungkin terdapat 2 atau 3 kumpulan. dan lain-lain iii. Guru perlu melaksanakan P&P mengikut turutan carta alir. Kemahiran tersebut perlu ditulis di ruangan ‟objektif pengajaran‟. atau yang hampir sama untuk memudahkan pengajaran guru. 3.Jika murid tersebut telah berjaya menguasai sesuatu kemahiran.25 Penilaian Penilaian dibuat kepada individu jika didapati seseorang murid itu telah dapat menguasai sesuatu kemahiran. Kumpulkan mengikut masalah yang sama. Catatkan tarikh murid berjaya menguasai di ruangan ‟tarikh menguasai‟ 3. Guru boleh memilih mana-mana pendekatan yang bersesuaian dengan kebolehan murid dan keupayaan guru sendiri. 55 . dan perlu mengubah strategi). Katakanlah ada 10 orang murid. bolehlah beralih kepada kemahiran yang seterusnya. Pengajaran perlu meliputi 5 aspek: lisan. Dalam kelas pemulihan khas – hanya kemahiran asas ditekankan.Sekiranya didapati masih gagal. guru terus beralih ke kemahiran seterusnya tanpa menjalankan ujian diagnostik lagi. ejaan serta pemahaman.24 Pelaksanaan i.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Objektif Pengajaran – menjadi objektif yang ditulis dalam buku rekod mengajar.4. bacaan.4.     ii. manakala kemahiran-kemahiran seperti menulis karangan dan tatabahasa dipertanggungjawabkan kepada guru kelas atau lebih kepada pemulihan dalam bilik darjah (pemulihan KBSR). Guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan. guru perlu mengkaji sebabnya (mungkin strategi guru tidak sesuai. iv. Katakanlah murid tersebut telah menguasai / membaca sukukata / perkataan kv + kv.

k? Marilah kita mantapkan lagi pemahaman tentang pemulihan. Melaksanakan aktiviti pemulihan yang telah dirancang. Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang telah dicapai. Kenal pasti dan menganalisis:  murid bermasalah melalui pemerhatian dan keputusan ujian. 2. 5. intelek. Cuba uji (hubung kaitkan) maklumat di atas dengan seorang murid anda. Anda masih o. Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran.  punca masalah dari aspek fizikal. Rumusan Langkah-langkah menjalankan sesi pemulihan adalah seperti berikut: 1. Menjalankan tindakan susulan seperti memindahkan semula murid berkenaan ke dalam kumpulan murid yang biasa atau merancang semula aktiviti pemulihan yang baru sekiranya murid berkenaan belum pulih. 4. Catat kelemahan yang dihadapi oleh murid anda itu. Merancang aktiviti pemulihan yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi. 3.  masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid melalui Ujian Saringan dan Diagnostik.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Murid dikembalikan ke kelas biasa apabila didapati murid tersebut telah menguasai kemahiran asas membaca menerusi Ujian Pencapaian. 56 . 6. dan emosi yang mengganggu pembelajaran.

Perancangan persediaan mengajar yang rapi juga dapat membantu melicinkan pelaksanaan aktiviti pemulihan. khususnya bagi masalah yang hendak diatasi. Oleh itu. Pilih kemahiran yang sesuai untuk mengatasi masalah murid membaca merangkak-rangkak. Membina dan menulis perkataan daripada huruf dan suku kata. i.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Langkah-langkah yang dinyatakan di atas boleh digrafikkan sebagaimana rajah yang berikut: kenal pasti murid analisis masalah membuat perancangan melaksanakan pengajaran membuat penilaian tindakan susulan Aktiviti 3 Kejayaan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran banyak bergantung kepada ketepatan guru membina objektif pembelajaran. Anda mungkin letih setelah meneliti dan melaksanakan tugasan berkaitan modul ini. iii. Menyatakan permintaan mengikut situasi tertentu. bina objektif pembelajaran yang sesuai. ii. Mengeja dan membunyikan perkataan. a. guru haruslah mahir dalam membina objektif yang tepat. Berehatlah dahulu. b. Berdasarkan kepada penggabungjalinan kemahiran berikut. 57 . Dalam pada itu. Sediakan satu persediaan mengajar yang lengkap. fikirkan pula apa yang dimaksudkan dengan Pendidikan Pengayaan.

Pelajar perlu sedar bahawa pengajaran dan pembelajaran yang baik adalah mengikut kemampuan dan kebolehan individu iaitu murid-murid yang berbeza. 58 . terutamanya dalam strategi pengajaran Bahasa Melayu yang didasari oleh kesepaduan 5P yang mana salah satu „P‟ tersebut adalah elemen pengayaan. wajarlah satu program pengayaan yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan aktiviti tambahan yang menarik dan mencabar disediakan sesuai dengan keupayaan murid tersebut. pelajar perlu tahu kesesuaian aktiviti kepada setiap kumpulan ini terutama yang cerdas. kumpulan sederhana dan kumpulan lembam. Kemampuan setiap kumpulan ini berbeza mengikut tahap penguasaan mereka terhadap sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang disampaikan kepada mereka. Menganalisis dan menghuraikan objektif dan prinsip Pendidikan Pengayaan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. murid cerdas akan berasa bosan jika disogokkan dengan aktiviti yang kurang mencabar kebolehan mereka. Menghuraikan dan menjelaskan kosep Pendidikan Pengayaan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Oleh itu.1 Sipnosis Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengenal pasti konsep pendidikan pengayaan dan kepentingannya.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tajuk 4 Pendidikan Pengayaan  Konsep Pendidikan Pengayaan   Objektif dan Prinsip Pendidikan Pengayaan Perbezaan Pendidikan Pengayaan dan Kreativiti 4. ii. Pada umumnya dalam sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran. 4.2 Hasil Pembelajaran i. terdapat tiga kumpulan murid iaitu kumpulan cerdas. Sehubungan ini. Sememangnyalah.

Membuat banding beza antara Pendidikan Pengayaan dan Pendidikan Kreativiti.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah iii. 4.3 Kerangka Konsep Pendidikan Pengayaan Konsep Objektif Prinsip Perbezaan antara Pendidikan Pengayaan dan Kreativiti 59 .

atau lambat.4. misalnya mengayakan atau meluaskan kosa kata”. 60 . Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Mok Soon Sang (1990: 55) pula menjelaskan bahawa aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas. sederhana. Takrif Pengayaan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693) mentakrifkan “pengayaan” sebagai “perihal (usaha. sama ada dalam kumpulan cerdas.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 4. Melalui aktiviti-aktiviti ini murid akan mendapat peluang tambahan untuk mengembangkan minat . menengah. sikap berdikari. minat. tujuan program pengayaan adalah untuk memperluas pengetahuan dan pengalaman di samping memperkukuh kemahiran yang sedang dipelajari. Kesimpulanya. Menurutnya lagi. Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu. bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat satu keputusan untuk diri sendiri.1 Pendidikan Pengayaan i. melalui aktiviti pengayaan. murid-murid akan dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu. sama ada di peringkat sekolah rendah. kumpulan. kumpulan dan masyarakat. Ia mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. daya kreativiti. sifat ingin tahu. proses. Justeru. sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri. pengayaan adalah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar waktu sekolah. dsb) mengayakan. kreativiti. dan masyarakat.

Jenis aktiviti ini hanya dijalankan Mereka menggunakan setelah murid menguasai kemahiran-kemahiran asas. contohnya. sederhana atau lemah. latar belakang sosial dan sebagainya. emosi. Kesilapan dalam memberikan perhatian dan menyediakan wadah yang sesuai dengan ciri-ciri murid dan tahap kemampuan mereka boleh menjadi punca masalah kerana ini berkemungkinan akan membantutkan minat belajar murid. Oleh yang demikian. minat. semua murid didedahkan kepada pengalaman pembelajaran yang sama. Tegasnya. Aktiviti pengayaan akan meluaskan pengalaman dan pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu iii. Murid menggunakan kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan.aktiviti ini dibentuk supaya menarik dan mencabar selaras dengan peringkat pembelajaran murid-murid itu. Aktiviti yang dijalankan sama untuk 61 . Mereka boleh mendapat pengalaman dan pengetahuan yang berbaga-bagai berdasarkan aktiviti yang sesuai untuk mereka. aktiviti pengayaan adalah berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas. pertimbangan yang wajar harus diberikan dalam menentukan corak layanan yang diperlukan oleh murid-murid tersebut. penekanan program ini adalah untuk memberi aktiviti tambahan kepada murid-murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Pada hakikatnya. bakat. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka berjaya menguasai kemahiran asas tertentu. mereka berasa bosan kerana saban hari dan waktu dihidangkan dengan corak pembelajaran yang sama. murid-murid adalah berbeza dari segi fizikal. Oleh itu. segala kemahiran ini sebagai asas untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Rasional Pendidikan Pengayaan Pada peringkat permulaan persekolahan. mental.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ii. Kosep Pendidikan Pengayaan Program pengayaan adalah satu rancangan pembelajaran yang disediakan untuk semua murid sama ada cerdas. Aktiviti.

4. Membolehkan murid menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan mereka.4.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah keseluruhan kelas juga boleh menghilangkan keghairahan untuk belajar terutama bagi murid yang cerdas yang merasai aktiviti tersebut tidak mencaba kemampuan mereka.2 Objektif Pendidikan Pengayaan Pelaksanaan Pendidikan Pengayaan mempunyai beberapa objektif seperti: i. Kumpulan Mawar = cerdas. 62 . Kumpulan Melur= sederhana dan Kumpulan Melati= lemah Berdasarkan rajah di atas apakah aktiviti pengayaan yang sesuai boleh dilakukan oleh murid Kumpulan Mawar? Jelaskan ciri-ciri pengayaan yang terdapat dalam aktiviti tersebut. Aktiviti 4 – Perbincangan Kumpulan Mawar Melur Aktiviti Melengkapkan maksud pantun empat kerat yang bertemakan budi Melati Memenuhkan tempat kosong dalam pantun empat kerat yang bertemakan budi Cikgu Halimah telah memberi tiga aktiviti bertulis mengikut tahap pencapaian muridnya.

Sehubungan itu. iii. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan daripada pelbagai bahan dan sumber pengetahuan. iv. Cuba anda berbincang secara berkumpulan dan bina satu aktiviti pengajaran kemahiran bahasa untuk mencapai hasrat Cikgu Samad itu. dan pertuturan. Mempunyai asas kepimpinan untuk diperkembangkan ke pringkat yang lebih tinggi sesuai dengan kemampuan mereka. ii. 63 . pengamatan. pendengaran. Menggunakan masa lapang yang berfaedah mengikut keperluan. Menambahkan minat dan pengalaman yang boleh membantu kearah perkembangan diri. Berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan murid meneruskan pembelajaran seumur hidup. Aktiviti 5 Cikgu Samad mendapati murid-murid Tahun Enam Raya mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi.3 Siapakah Murid Pengayaan? Mereka yang menguasai kemahiran “3M” serta berdaya pemikiran abstrak. Mereka mempunyai ciri-ciri kanak-kanak pengayaan dan juga kreatif.4. menambahkan minat dan pengalaman yang boleh membantu ke arah perkembangan diri. 4. beliau ingin menjalankan aktiviti pengayaan yang membolehkan murid menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan mereka. i. Mempunyai kelebihan mengkoordinasi pancaindera dengan pemikiran. minat dan bakat mereka. vi. Melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kegiatan serta kebolehan mereka menilai hasil kerja sendiri.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ii. vii. v. Murid kategori ini berkemampuan menganalisis sesuatu untuk membezakan hal yang penting daripada hal yang kurang penting seperi dalam kefahaman dan dapat penganalisisan teks. dan menggalakkan mereka meminati serta menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan daripada pelbagai bahan dan sumber pengetahuan.

iv. Murid sebegini darjah kecerdasan yang tinggi berbanding dengan mempunyai sebaya rakan mereka yang yang lain. Guru hendaklah membuat perancangan yang rapi supaya aktiviti-aktiviti 64 .4. SASARAN MURID SEMUA CERDAS Dapat menguasai kemahiran lebih awal dari jangka masa yang ditetapkan SEDERHANA Dapat meguasai pelajaran dalam jangka masa yang ditetapkan LAMBAT Tidak dapat meguasai pelajaran dalam jangka masa yang ditetapkan 4. v. cerdas serta berpengalaman tentang alam keliling. Berkebolehan belajar sesuatu dalam waktu yang terhad. Berupaya menerima konsep-konsep baru. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan boleh bertindak balas dengan bebas serta kreatif.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah iii.3 Prinsip Pendidikan Pengayaan Sebagai guru. boleh mengingat kembali. anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti pengayaan.

minat dan bakat murid yangb berbeza-beza. Boleh berbentuk program harian atau berbentuk projek yang mungkin mengambil masa satu atau dua minggu. Semua ini akan memberikan murid peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial mereka. Menarik. kreativiti dan sifat ingin tahu Memupuk sikap ingin tahu Mencungkil bakat kepimpinan Bijak membuat keputusan sendiri     UNSUR Menambahkan pengetahuan Meluaskan pengalaman Memperkukuh kemahiran Mencabar minda 65 . membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri. iv. dan kebolehan mereka. Mengandungi bahan-bahan yang dipelbagaikan sama ada dibuat sendiri atau diperoleh daripada pasaran. Diletak atau disimpan di tempat yang mudah digunakan oleh murid-murid. umur. Dengan demikian. Sebaik-baiknya bahan-bahan itu mengandungi aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran yang telah dipelajari sama ada secara lngsung atau tidak langsung. iii.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang dijalankan bersesuaian dengan murid-murid mengikut peringkat perkembangan. Antaranya adalah seperti berikut: i. Aktiviti pengayaan juga memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental. aktiviti pengayaan itu memberi penekanan kepada penggunaan daya usaha sendiri. secara kesimpulannya. Bercorak belajar sendiri dan mengandungi arahan atau penerangan yang jelas supaya murid dapat menjalankannya tanpa banyak memerlukan pimpinan dan tunjuk ajar daripada guru. dengan menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah serta melibatkan pembacaan luas. v. mencabar dan sesuai dengan kebolehan. ii. Ini boleh dijalankan sama ada secara perseorangan atau kumpulan. Rumusan Prinsip Pengayaan PENGAYAAN Aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah     TUJUAN Mengembangkan minat.

inovatif. 4. mencipta atau mengilhamkan (Kamus Times Chambers Combined Dictionary 1996:299).5 Maksud Kreativiti Jika kita singkap konsep kreatif itu sendiri. Ia juga disinonimkan dengan istilah seperti artistik. Perkataan “kreativiti” berasal daripada perkataan Barat creativity yang bererti keupayaan mencipta atau daya cipta (Hassan.4. Kebiasaan melakukan kegiatan pembelajaran dengan hanya memindahkan ilmu sudah tidak sesuai lagi untuk pembelajaran masa ini. kreativiti itu. sudah tentunya menggunakan minda untuk kita fikirkan segala macam yang ingin kita rekaciptakan. 1997). Kreativiti memang perlu ada. 66 .4. 4.4 Pendidikan Kreatif Kreativiti adalah satu sikap atau tabiat atau bakat yang boleh kita gunakan samada untuk ke arah kebaikan atau keburukan. Perkataan creativity pula berasal dari perkataan Latin creare yang bermaksud untuk membuat dan dari perkataan Greek krainein yang bermaksud untuk memenuhi (Young 1999). Pendidikan ini didasarkan bahawa setiap murid itu mempunyai potensi yang berbeza-beza yang dapat dikembangkan menjadi individu yang kreatif dan unggul. asli dan produktif. bervisi. sudah tentunya kreativiti itu seiring dengan inovasi dan bukan motivasi semata-mata. tidak kompetitif dan tidak mempunyai semangat juang. Justeru. Dengan demikian.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Aktiviti 6 Berdasarkan prinsip pendidikan pengayaan iaitu bercorak belajar sendiri dan mengandungi arahan atau penerangan yang jelas supaya murid dapat menjalankannya tanpa banyak memerlukan pimpinan dan tunjuk ajar daripada guru. Namun begitu bakat pun kena ada. Sehubungan itu pula Pendidikan Kreatif adalah sebuah upaya melakukan pendidikan yang berorientasi pada pengembangan murid yang kreatif dan inovatif. Kemampuan guru yang memberikan corak pembelajaran seperti ini hanya akan menciptakan murid yang pandai menghafaz. ia bermaksud bersendikan kemampuan untuk mereka. cadangkan satu aktiviti pengayaan untuk memenuhi hasil pembelajaran di atas.

Sebagai rumusannya dapatlah disimpulkan bahawa kreativiti itu adalah kemampuan untuk mencipta sesuatu yang asli. berkaitan. Lantas itu . Kreativiti juga boleh dilihat ssebagai kecerdasan kreatif yang mengandungi empat gaya iaitu intuitif. inovatif.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Namun begitu menurut Torrance (1988) adalah amat sukar atau mustahil untuk memberikan satu definisi yang benar-benar tepat. Tambah beliau lagi sekiranya definisi yang tepat wujud sekalipun adalah amat sukar untuk mengungkapkannya dalam bentuk kata-kata. produk yang bermanfaat atau prosedur menghasilkan idea baru. Walaupun definisi kreativiti atau kreatif itu adalah pelbagai. bernilai dan ia berkait rapat dengan kemahiran membuat dan imaginasi ( Hassan. kesukaran untuk memberikan satu definisi kreativiti yang tepat mempunyai kaitan dengan sifat kreativiti itu sendiri yang saling bergantungan antara disiplin atau bidang. 2004) Menurut Majaro (1992) kreativiti sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam mengeneralisasikan idea baru. Mumford dan Gustafson (1998) menyebut kreativiti ialah penghasilan produkproduk dan dihargai oleh masyarakat. tiada satu disiplin pun yang boleh mendakwa bahawa hanya disiplin itu sahaja yang berhak untuk mengkaji kreativiti. Selain daripada itu menurut Isaksen (1987) pula. Peringkat ekspresif Peringkat produktif Peringkat inventif Peringkat inovatif 67 . Oldham dan Cumming (1196) pula menyatakakan kreativiti ialah original. Nystrom (1979) menyatakan kreativiti sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti.). ii. pendengaran. Irving Taylor (1959) pula membuat analisis ke atas seratus definisi kreativiti dan mengklasifikasikannya kepada lima peringkat iaitu:i. Ini adalah kerana ciri-ciri kreativiti itu sendiri yang infinitif serta melibatkan setiap deria yang dimiliki oleh manusia termasuklah penglihatan. bau.1991. iii. rasa dan perasaan . imaginatif dan ilham bagi menghasilkan sesuatu yang baru dan berbeza (Rowe. berguna.unik. iv.

Keterampilan ini berupa kemampuan murid untuk dapat mengikuti satu keterampilan di sekolah sesuai dengan bakat. Kemampuan ini banyak diperoleh dari proses 68 . Kesimpulannya. dalam KBSR gaya pengajaran guru yang berpusatkan murid adalah ditekankan berbanding KLSR yang lebih berpusatkan guru . Begitulah juga. Kemampuan teknis ini sangat diperlukan supaya nanti mereka mampu menciptakan lapangan kerja yang kreatif. hard skill berkaitan dengan kemampuan atau kompetensi inti dari suatu bidang ilmu.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah v. Oleh itu .4. banyak pembaharuan telah diperkenalkan yang menjadikannya lebih mesra kreativiti berbanding dengan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). Sebagai contohnya. Keterampilan ini dikembangkan agar murid mempunyai semangat juang yang tinggi dan jiwa persaingan yang sihat. Salah satu aspek pembaharuan yang diberikan perhatian yang serius dalam KBSR yang membantu ke arah meningkatkan daya pemikiran kreatif murid ialah aspek pembaharuan dalam gaya pengajaran guru. 4. Hal ini diperlukan agar bakat yang terpendam dapat disalurkan dan dikembangkan secara optimal. minat dan kemampuan mereka. Di antara inovasi dalam bidang kurikulum yang telah dijalankan ialah penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Ini adalah kerana murid-murid seharusnya diberikan banyak ruang dan peluang untuk mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan dengan cara yang sihat . aspek hard skill adalah mengembangkan keterampilan teknis dan analisis. sekolah sepatutnya dapat memberikan semua kegiatan yang diminati oleh murid sesuai dengan minat dan kemampuannya.6 Peringkat emergentif Pembelajaran Kreatif Di Malaysia. motivasi guru harus senantiasa disuntik kepada murid agar kemampuan mereka untuk mencuba sesuatu dapat dilakukan. Sememangnya. Kementerian Pelajaran telah melakukan pelbagai inovasi dalam bidang kurikulum supaya pendidikan dapat berubah selari dengan perubahan yang berlaku dalam masyarakat sama ada dalam atau luar negara. Salah satu objektif KBSR ialah untuk mengembangkan dan meningkatkan daya pemikiran kreatif murid ( Pusat Perkembangan Kurikulum. Dengan itu.2003).

Sekolah sering kali terbebani tuntutan penguasaan hard skill sebagaimana ditetapkan dalam kurikulum. pengurusan komunikasi terbuka teknologi penyelesaian masalah budaya strategi kepimpinan dan pemikiran 4. dan (b) keterampilan interpersonal. yang boleh dikatakan juga sebagai persyaratan teknis dari suatu pekerjaan. melayani pelanggan. h. kemampuan bersosialisasi. Faktor-faktor utama yang menyumbang kepada perkembangan pembelajaran kreatif ialah: a. f. Soft skill sering kali tidak didapatkan dari proses pembelajaran di dalam kelas kerana keterbatasan waktu yang tersedia. Namun begitu.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah pembelajaran di dalam kelas. kepemimpinan. dan mampu bekerja dalam keragaman. Kesimpulannya . mengajar (bemberi pengetahuan) kepada orang lain. karena memang kemampuan ini sering dijadikan dasar penentuan kelulusan pada setiap aspek pendidikan. d. kita tidak boleh pula mengabaikan sot skill. b. e. Soft skill ini melengkapi hard skill. seperti berpartisipasi sebagai anggota kelompok. kepercayaan diri.4.7 Langkah-langkah Mewujudkan Pembelajaran Kreatif 69 . kemampuan negosiasi. seperti tanggung jawab. dan integriti atau kejujuran. Kemampuan berupa hard skill lebih mudah dilakukan pengukurannya. g. c. Sedangkan life skill adalah kemampuan atau keterampilan seseorang dalam menghadapi berbagai persoalan yang terjadi di lingkungan masyarakat serta bagaimana mengupayakan penyelesaiannya. pengendalian diri. Kemampuan soft skill mencakup (a) kualiti pribadi. Kemampuan ini ditentukan melalui suatu kurikulum sehingga secara otomatis merupakan hasil dari proses pembelajaran pada umumnya.

kreatif. Stail dan pendekatan pendekatan pengajaran juga perlu menarik. Kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu menjadi amalan guru-guru sekolah. Sekolah juga dapat berperanan sebagai organisasi pembelajaran yang efektif bagi mengembangkan pelbagai kecerdasan (multiple intelligence) dengan menyediakan pelbagai peluang pembelajaran yang dapat menggilap dan mengembangkan potensi individu yang berbeza-beza dari segi kebolehan. Kreativiti dan inovasi juga dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang ceria dan berkesan. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah apabila ianya dapat menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan dan serasi dengan wawasan yang diperjuangkan. produktif. Kaedah-kaedah kreatif dan inovatif dapat mencorakkan suasana belajar dan meningkatkan pencapaian positif murid tentang sesuatu yang dipelajari. Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi. pembangunan minda. perasaan dan mental. Murid juga bebas daripada sebarang tekanan emosi. Pembelajaran kreatif dapat membebaskan murid daripada stress. inovatif. Guru juga tidak mengamalkan pembelajaran yang bersifat autokratik dan pasif sebaliknya lebih bersifat partisipatif dan aktif. minat.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah i. Ianya juga dapat mencetuskan suasana pembelajaran dan menggalakkan murid untuk terus belajar. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersifat kreatif dan inovatif juga menjadikan pembelajaran sesuai dengan naluri perkembangan manusia. 70 . Pengaruh kreativiti dan inovasi dalam organisasi dapat mencorakkan sekolah sebagai institusi pembelajaran yang menarik. Pengaruh kreativiti dan inovatif menjadikan pembelajaran lebih mesra dan mudah didekati. pemikiran kreatif dan inovatif murid. kecerdasan dan kecekapan mereka. Dan juga dapat menambahbaik apa yang sedia ada pada murid. fleksibel dan efektif. Sekolah yang kreatif dan inovatif dapat mendorong perubahan dan kemajuan kognitif. menyeronokkan dan bebas daripada tekanan dan kebimbangan. afektif dan psikomotor murid-murid. bimbang dan takut.

1990) sebagai. dan bakat murid yang terpendam dan seterusnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian.” Persoalan pertama ialah sejauhmanakah benarnya kenyataan bahawa kreativiti para murid sememangnya boleh dipertingkatkan dalam bilik darjah? Persoalan kedua pula ialah mengenai bagaimanakah para guru boleh membantu meningkatkan kreativiti murid atau apakah sikap.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu di rangka berlandaskan kepada pembelajaran yang berpusatkan murid. Contoh-contoh yang boleh digunakan ialah seperti brainstorming. Kemampuan bersaing juga perlu ditanamkan dalam diri murid. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya.pendekatan atau tindakan yang guru perlu tunjuk dan lakukan untuk merangsang kemampuan kreatif murid? Cropley (1992) pula menambah bahawa semua murid tanpa mengira tahap kepintaran mereka memiliki kemampuan untuk berfikir secara konvergen dan divergen. Namun. Begitu juga. ii. kerja secara berkumpulan dan sebagainya. dikaitkan dengan kreativiti. Juga dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi. pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Strategi pembelajaran yang berkesan dapat mengembangkan potensi. “Creativity involves escaping from stuckness and opening up possibilities . pembelajaran berpusat masalah. Pemikiran Kreatif Pembelajaran kreatif membentuk pemikiran kreatif. seseorang itu akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. konsep “cuba jaya” (trial and error) harus benar-benar diterapkan dalam pendidikan ini. Idea yang diterbitkan bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan dengan logik. simulasi. kemahiran dan mencungkil idea baru daripada murid. Keadaan ini dijelaskan oleh (Rikards. Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaitu berlawanan dengan pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea. Pemikiran divergen adalah pemikiran yang 71 . Kaedah tersebut dapat meningkatkan pengetahuan.

Menghubungkan idea yang tidak berkaitan. Melihat sesuatu daripada perspektif baru. Mencabar andaian. g. Menerbitkan idea besar kepada idea-idea kecil j. f. Strategi-strategi umum yang hanya melibatkan perubahan dalam stail pengajaran guru atau pedagogi b. Berfikir di luar kotak atau” thinking outside of the box”. Cuba jaya Celik akal Mencari makna Pembentukan konsep Pembinaan maklumat Penaakulan deduktif 72 . Membuka minda dengan idea-idea baru. e. i. b. Seseorang itu dapat keluar daripada pola yang sama atau the pattern of sameness. dapat disimpulkan konsep pemikiran kreatif berkisar kepada entiti berikut: a. Dengan itu. d. h. Melakukan sesuatu dengan cara yang unik. Pendekatan berstruktur yang melibatkan penggunaan teknik-teknik khusus c. pendekatan pemikiran kreatif dan inovatif mengenal pasti beberapa konsep pemikiran seperti berikut: a. Berdasarkan konsep kreativiti secara umum. f. c. Menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baru. Secara keseluruhannya pendekatan itu boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu: a. beberapa percubaan telah dilakukan untuk membangunkan pelbagai pendekatan untuk meningkatkan kreativiti dalam bilik darjah.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Bagi menjawab soalan yang kedua iaitu bagaimanakah kreativiti boleh dipertingkatkan. d. e. Mencipta sesuatu yang baru. Pendekatan penyelesaian masalah terhadap isi mata pelajaran. c. b.

Untuk itu tambah beliau lagi. Salah satu aspek fizikal yang perlu diambil kira ialah penyediaan ruang untuk aktiviti yang berbeza. Peranan Guru Pengajaran kreatif merujuk kepada teknik-teknik pengajaran yang bermatlamat untuk membantu murid mempelajari sesuatu bahan pengajaran 73 . Namun begitu. Iklim emosional yang menyokong bermaksud memberikan murid keselamatan peribadi untuk bereaksi terhadap rangsangan fizikal dan intelektual yang para guru sediakan di hadapan mereka. Penekanan terhadap aspek personaliti pula bermaksud guru mempromosikan ciri-ciri personaliti seperti autonomi. mental dan emosi. Ciri Murid Cropley (1992). Akhirnya. iv. Penekanan terhadap aspek kognitif murid bermaksud guru meningkatkan kemahiran menganalisis. h.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah g. Iklim mental atau intelektual pula merujuk kepada pelbagai jenis rangsangan dan cabaran untuk disesuaikan dengan keperluan tindak balas murid. iklim fizikal dan iklim intelektual yang sesuai sahaja masih tidak mendatangkan apa-apa kesan seandainya iklim emosional tidak menyokong kedua-duanya. toleransi terhadap kekaburan dan kecenderungan untuk memikirkan perkaraperkara yang kompleks. Penaakulan induktif Penyeselaian masaalah Iklim Pembelajaran Shallcross (1981). iii. penekanan terhadap aspek motivasi pula menitikberatkan kepada usaha guru untuk memupuk perasaan ingin tahu. personaliti dan motivasi. kebebasan daripada didominasi oleh ganjaran luaran v. pula menekankan tiga aspek yang terdapat dalam diri murid iaitu kognitif. Iklim fizikal merujuk kepada susunan fizikal bilik darjah yang akan menyokong segala aktiviti yang akan dijalankan. kemampuan untuk mendefinisikan masalah dan kebolehan untuk merancang pembelajaran sendiri muridnya. menyarankan agar guru menyediakan iklim persekitaran yang membantu pembangkitan tingkah laku kreatif dalam kalangan murid. guru perlu mengambil kira tiga faktor utama iaitu fizikal.

pada pandangan mazhab kognitif pengajaran kreatif berlaku apabila guru mengajar sesuatu mata pelajaran dengan cara yang dapat membantu murid memindahkan apa yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah secara kreatif. Memiliki stail pengajaran yang saling bekerjasama dengan murid dan bersepadu secara sosial. c. Dalam perkataan lain. h. Memotivasikan murid untuk menguasai ilmu pengetahuan untuk dijadikan asas kepada pemikiran divergen. Murid yang melakukan kesalahan tidak harus didenda bahkan dibimbing. Menggalakkan murid berfikir secara fleksibel. Kreativiti tunjangnya adalah emosi.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dengan cara yang membolehkan murid memindahkan apa yang telah mereka pelajari kepada masalah baru yang cuba diselesaikan . murid harus diberi kebebasan untuk menentukan apa yang ingin dipelajari. Menangguhkan sebarang penilaian terhadap idea yang dikemukakan oleh murid kecuali setelah idea-idea tersebut telah diteliti dan diungkapkan dengan jelas. perasaan dan kasih sayang. Sebagai kesimpulannya. Mengambil segala cadangan dan soalan murid secara serius atau bersungguh-sungguh. Menawarkan murid peluang-peluang untuk melakukan tugasan dengan menggunakan pelbagai bahan dan dalam pelbagai keadaan Membantu murid belajar bagaimana untuk menghadapi kekecewaan dan kegagalan supaya murid akan tabah untuk mencuba sesuatu yang baru dan luarbiasa. Menggalakkan murid untuk belajar secara bebas. Tanpa emosi. f. Menggalakkan pelajar melakukan penilaian kendiri terhadap idea-idea yang mereka keluarkan. Cropley (1997) telah menyenaraikan ciri-ciri tingkah laku guru yang berikut sebagai ciri-ciri tingkah laku yang memupuk kreativiti dalam bilik darjah: a. d. cinta kasih dan sayang kreativiti itu hanyalah garis-garis 74 . Pengajaran haruslah menjadi pengalaman yang menyeronokkan. g.. Kesilapan dan kealpaan murid tidak harus dijadikan sebab untuk mendenda kerana denda mematikan langsung minat murid untuk belajar. b. e.

Hashim 1991). Ternyata kursus-kursus tersebut kurang berkesan kerana terdapat guru yang kurang berpegetahuan dan kurang cekap dalam pengajaran mereka. kita dapat membuat kesimpulan bahawa sekiranya aspek yang penting dalam pengajaran seperti kandungan mata pelajaran tidak dirancang oleh sebahagian besar guru. terdapat sungutan dari pelbagai pihak bahawa dalam perlaksanaan KBSR terdapat tandatanda bahawa teknik pengajaran mulai berpatah balik kepada cara lama iaitu pengajaran secara kelas masih diamalkan sepanjang waktu (Omar Mohd.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah hitam di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang tidak dapat direalisasikan pun. aplikasi dalam kehidupan seharian dan sebagainya” (Utusan Malaysia 5 September. 1996). aspek bahasa. namun terdapat kajian-kajian yang telah dijalankan dan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan yang menunjukkan bahawa KBSR tidak diikuti dan dilaksanakan sepenuhnya dalam bilik darjah. berkata dapatan JNS mendapati bahawa guru kurang yakin serta kurang keupayaan untuk melaksanakan KBSR secara total.4. Setiap tahun JNS memeriksa antara sepuluh ribu hingga dua puluh ribu guru mengajar . kandungan mata pelajaran. Jemaah Nazir Sekolah (JNS) Kementerian Pendidikan. Begitu juga. Hakikat ini dibuktikan dengan kajian yang dilakukan oleh (Idris. Beliau telah menyimpulkan bahawa guru bukan sahaja 75 .2002) yang telah menganalisis wacana pedagogi beberapa buah sekolah di Malaysia melalui rakaman audio sepuluh aktiviti pembelajaran yang berlaku di bilik-bilik darjah .8 Faktor-faktor Penghalang Kreativiti Walaupun perancangan teliti telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran. hanya segelintir guru yang merancang terlebih dahulu penerapan nilai murni. 4. Sebagai contohnya. Dengan itu. apatah lagi aspek yang dianggap sebagai kesan sampingan sahaja seperti memupuk pemikiran kreatif murid. Daripada jumlah itu lebih 90% guru yang diperiksa dan didapati tidak berkeupayaan itu adalah mereka yang telah didedahkan dengan kursus latihan KBSR .

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah mengawal dan menguasai suasana pembelajaran dalam bilik darjah bahkan guru juga banyak mengemukakan soalan-soalan tertutup. guru yang berjaya menghasilkan bilangan murid yang 76 . penekanan kepada peperiksaan terutamanya peperiksaan piawai bagi keseluruhan murid di akhir tahun KBSR juga telah menyebabkan guru lebih cenderung untuk melaksanakan proses pengajaran yang berpusatkan guru kerana kaedah pengajaran yang berpusatkan guru terbukti lebih berkesan untuk menghasilkan murid yang akan mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan. Yong (1989) pula menyatakan bahawa walau pun pelbagai usaha telah dijalankan untuk memajukan proses pengajaran guru. sekolah masih lagi cenderung untuk menghasilkan murid yang berorientasikan peperiksaan. Seterusnya. Oleh kerana itu soalan-soalan tertutup tidak membantu dalam meningkatkan daya kreativiti murid. berstruktur dan tidak menggunakan daya imaginasi. soalan-soalan tertutup adalah soalan yang memerlukan murid memberikan satu jawapan yang betul dan tepat . Kajian-kajian menunjukkan bahawa agak sukar untuk memupuk kreativiti kiranya guru sahaja yang mengawal dan menguasai suasana pembelajaran dalam bilik darjah. Guru tidak seharusnya mendominasi dan mengawal aktiviti pembelajaran tetapi murid juga harus memainkan peranan yang aktif di samping memberikan maklum balas. Lantaran itu aspek pemikiran sama ada kreatif atau kritis dipinggirkan. Selain dari itu. Biasanya bila menjawab soalan-soalan tertutup murid banyak menggunakan pemikiran konvergen iaitu pemikiran yang logik. Untuk memupuk kreativiti dalam bilik darjah interaksi guru dengan murid mestilah dua hala. Selain dari itu. Walaupun dalam KBSR telah dinyatakan bahawa fungsi peperiksaan dan penilaian bukan sahaja untuk menentukan taraf pencapaian murid tetapi juga untuk membantu memperbaiki lagi proses pengajaran-pembelajaran di bilik darjah . sistematik. namun hakikat sebenarnya ialah penekanan pembelajaran di sekolah masih lagi tertumpu kepada fakta-fakta untuk dihafaz dan seterusnya digunakan dalam peperiksaan.

77 . Murid cemerlang mempunyai keyakinan diri.9 Siapakah Murid Cemerlang? i. iv. iv. iii. 4. vi.Guru sukar dihubungi di luar bilik darjah 4. Oleh yang demikian. Guru menggalakkan pembelajaran secara hafazan. . jika orang lain boleh kenapa dia tidak. v.4. Murid cemerlang sentiasa menganggap satu kegagalan bukan gagal buat selama-lamanya. Murid cemerlang sentiasa berusaha untuk menjadikan dirinya lebih baik dari semasa ke semasa (hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.) ii. Namun ada juga terdapat guru yang melakukan sebaliknya.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ramai mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan biasanya akan dilihat sebagai guru yang berkesan (Toh. ii. Guru menpunyai minat yang sempit. Guru tidak merasa yakin pada diri mereka sendiri. Maka tingkah laku guru yang membantutkan kreativiti murid adalah seperti berikut: i. Murid cemerlang akan menjadikan kesilapan yang lalu sebagai pembantu. Murid cemerlang menghadapi cabaran dengan bijaksana. Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa pengajaran kreatif berlaku apabila guru mengajar sesuatu mata pelajaran dengan cara yang dapat membantu murid memindahkan apa yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah secara kreatif.10 Kesimpulan Semua manusia mempunyai pelbagai kecerdasan tetapi dalam darjah yang berbeza. 2003). v Guru tidak menggalakkan murid mengeluarkan idea mereka sendiri. Sebagai contoh terdapat individu yang kurang berbakat dalam muzik tetapi mempunyai bakat dalam logika atau penaakulan. Murid cemerlang menjadikan kesilapan itu satu penguat semangat bukannya pematah semangat. iv.4. bukan sebagai penghalang kejayaan.

Aktiviti 8 Pilih 3 jenis konsep pemikiran kreatif . 78 . semakin banyak seseorang itu mengetahui sesuatu semakin mudah baginya menjadi kreatif. . Dengan itu. anda diminta mengenalpasti hubungkait pendidikan pengayaan dengan kreativiti dengan membuat bandingbeza ciri yang dipunyai oleh kedua-dua jenis pendidikan ini. individu memperoleh penghargaan sebenar melalui pendekatan kecerdasan yang pelbagai dan untuk menguatkan kecerdasan mereka yang lemah. Aktiviti 7 – Perbincangan Tajuk 4 ini telah membincangkan konsep Pendidikan Pengayaan dan Pembelajaran Kreatif. Kemudian bina aktiviti pembelajaran pengayaan untuk kemahiran bahasa yang menerapkan konsep pemikiran yang anda pilih itu. Sesungguhnya. Malahan perbezaan ini yang menjadikan manusia itu unik dan menarik sekali.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah sintesis pengetahuan dengan menggunakan integrasi pelbagai jenis kecerdasan ini untuk mengatasi kecerdasan murid yang lemah adalah digalakkan. Dengan cara ini kita akan menghormati kebolehan masing-masing. Kesimpulannya.

Hasil Pembelajaran menjelaskan kerangka proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti pengayaan. ii. Pelaksanaan aktiviti pengayaan perlu mempunyai strateginya tersendiri. 5.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tajuk 5 Prosedur Program Pendidikan Pengayaan   Strategi Pelaksanaan Pengelolaan Aktiviti Pengayaan 5.1 Sinopsis Pengayaan merupakan salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam konsep bersepadu. Di samping itu guru juga perlu merancang bagaimana untuk mengelolakan aktiviti pengayaan supaya objektifnya menepati kehendak sukatan pelajaran dan kemahiran dan ilmu mata pelajaran Bahasa Melayu yang sepatutnya di kuasai oleh murid-murid. iii. Guru perlu memikirkan proses pembelajaran yang perlu dilalui oleh murid-murid sebelum melaksanakan aktiviti pengayaan. dan memilih aktiviti pengayaan dan menghuraikan pengelolaan aktiviti tersebut dalam bentuk pengajaran dan pembelajaran 79 . mengenal pasti strategi untuk melaksanakan aktiviti pengayaan.2 i.

3 Kerangka Konsep\ PROSEDUR PROGRAM PENDIDIKAN PENGAYAAN STRATEGI PELAKSANAAN PENGELOLAAN AKTIVITI PENGAYAAN    PILIHAN MURID PILIHAN GURU MASA PELAKSANAAN      OBJEKTIF SASARAN TEMPAT BAHAN PENILAIAN AKTIVITI PENGAYAAN    KERJA PROJEK ICT BACAAN TAMBAHAN   PERMAINAN DAN REKREASI PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI 80 .BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 5.

Pembelajaran Penilaian Pencapaian Memuaskan Pencapaian tidak memuaskan Aktiviti Pengayaan Aktiviti pemulihan Murid yang berjaya dipulihkan boleh diberikan aktiviti pengayaan. Aktiviti Pengayaan 81 .BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 5.4 Strategi Pelaksanaan Strategi pelaksanaan aktiviti pengayaan berasaskan kepada Proses Pengayaan itu sendiri seperti yang dipaparkan di bawah ini.

Penghargaan daripada guru amat penting selepas murid-murid berjaya menjalani aktiviti pengayaan. Jika murid tersebut berjaya dipulihkan mereka akan juga menjalani aktiviti pengayaan yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka. Aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan oleh guru berdasarkan kepada dua strategi utama iaitu: i. 5. Pilihan guru. Murid-murid yang agak lambat bimbingan guru diperlukan. Guru boleh bertindak sebagai pendorong atau penggalak. murid yang melepasi tahap penilaian sesuatu objektif pembelajaran perlu diberikan aktiviti pengayaan.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Berdasarkan kerangka proses pengayaan di atas. Kaedah pengajaran rakan sebaya boleh dilaksanakan supaya murid-murid bebas berinteraksi sesama mereka dalam proses pembelajaran. Hal ini kerana guru telah boleh 82 . Guru boleh menggunakan buku teks. Aktiviti pilihan guru ini diberikan oleh guru selepas murid-murid menguasai kemahiran asas dan dilakasanakan lebih formal di dalam kelas. ii.jika dilaksanakan di luar kelas guru perlu membuat perancangan khusus. buku kerja dan buku panduan pengayaan. Murid yang tidak mencapai kepada objektif tersebut pula perlu menjalani aktiviti pemulihan. Penglibatan guru hanya pada peringkat penilaian. Dalam masa yang dipilih khas pada setiap hari. Tujuannya ialah untuk memperkukuh kemahiran yang sedang dipelajari. Pilihan murid. Aktiviti ini lebih berfokus kepada pencapaian murid yang pelbagai. Aktiviti yang diberikan oleh guru lebih berbentuk belajar sendiri pada kumpulan cerdas dan sederhana.5 Masa Pelaksanaan Pengendalian aktiviti pengayaan ini boleh dibahagikan kepada tiga cara iaitu: i. Murid ini akan menjalankan sendiri aktiviti pengayaan berasaskan kebolehan kendiri tanpa bantuan guru. Pelaksanaan konsep bersepadu 5P dalam pengajaran dan pembelajaran dalam aspek pengayaan selalunya dilakukan pada peringkat akhir sesuatu pengajaran dan pembelajaran.

Masa pelaksanaan aktiviti pengayaan apabila semua kemahiran telah dikuasai selalunya pada penghujung penggal atau semester. Aktiviti pengayaan selepas murid-murid menguasai sesuatu atau sekumpulan kemahiran perlu dirancang supaya tiada aspek dalam kemahiran tersebut tertinggal. Bincangkan masa yang sesuai melaksanakan aktiviti pengayaan jika semua kemahiran telah dikuasai oleh muridmurid dan nyatakan bentuk aktivitinya. Konsep pengayaan lebih kepada menguji tahap pencapaian murid setelah menguasai semua kemahiran. iii. Murid-murid boleh melaksanakan secara individu.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah mengesan pencapaian objektif dan penguasaan kemahiran dalam kalangan murid-muridnya. Kekerapan mengadakan aktiviti pengayaan ini boleh diadakan mengikut mingguan atau bulanan. ii.  83 . Aktiviti 9 – Perbincangan  Huraikan aspek yang perlu diambil kira semasa guru merancang dan melaksanakan aktiviti pengayaan bagi muridmurid yang cerdas. kumpulan atau secara kelas. Oleh itu setiap satu sesi pengajaran dan pembelajaran guru harus telah menyediakan aktivti atau bahan pengayaan. Selepas murid-murid menguasai sesuatu atau sekumpulan kemahiran. Aktiviti pengayaan lebih berbentuk pengukuhan. Selepas murid-murid menguasai semua kemahiran.

Di dalam kawasan sekolah aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan di dalam atau luar kelas sama ada di perpustakaan. di sudut bacaan. Tempat Tempat untuk aktiviti pengayaan tidak semestinya bertumpu di dalam kelas sahaja. iaitu murid-murid yang dapat menguasai pelajaran lebih awal daripada masa yang ditetapkan.6 Pengelolaan Aktiviti Pengayaan Aktiviti pengayaan yang dikendalikan oleh guru hendaklah berdasarkan kepada perkara yang berikut : i. Objektif aktiviti Objektif aktiviti haruslah berasaskan kepada kemahiran yang terdapat dalam huraian hasil pembelajaran mengikut kemahiran bahasa atau aspek bahasa yang sedia ada dalam sukatan pelajaran. iaitu murid-murid yang tidak dapat pelajaran dalam masa yang ditetapkan. Kumpulan sederhana. Pelaksanaannya boleh di dalam kawasan sekolah aataupun di luar. Guru juga perlu peka dengan kemampuan murid-muridnya untuk mencapai objektif yang ditentukan sama ada pencapaian secara individu. b. iaitu murid-murid yang dapat menguasai pelajaran dalam jangka masa yang ditetapkan. ii. Kumpulan lembam. c. menguasai iii. Rumusannya sasaran ini boleh ditumpukan kepada tiga kumpulan iaitu: a.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 5. Kumpulan cerdas. kantin dan lain-lain. Murid yang sederhana dan lemah pula perlu diberi pengayaan bertujuan sebagai pengukuhan penguasaan sesuatu kemahiran dan juga sebagai motivasi dalam pembelajaran. Murid yang cerdas perlu sentiasa diberikan aktiviti pengayaan supaya mereka rasa tercabar. kumpulan atau kelas. Kalau pelaksanaan aktiviti pengayaan di luar kawasan sekoalh lebih bertumpu kepada aktiviti belajar sambil melawat 84 . Sasaran Sasaran lebih kepada murid-murid selain daripada target guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan sasaran sekolah. di padang. tidak bosan dan membuang masa. dewan.

Berkaitan dengan kemahiran yang perlu dikuasai . Dewan Bahasa dan Pustaka. kumpulan atau kelas.Menarik . .Terkini .Sesuai dengan bakat dan minat murid-murid . Bahan yang dipilih perlulah mencabar dan menepati kehendak objektif pembelajaran. bintang. iv. markah dan sebagainya. Perpustakaan Negara. murid atau sekolah. Sekolah Sukan Bukit Jalil dan lain-lain. Penilian Setiap aktiviti pengayaan perlu ada penilaian supaya pencapaian objektif dapat diukur.Mencabar .7 Aktiviti Pengayaan Aktiviti pengayaan tiada hadnya. ganjaran gred. 5.Sesuai dengan kebolehan murid .Ada pembelajaran ilmu mata pelajaran Bahasa Melayu v. Murid-murid merancang bersama-sama dengan guru untuk melaksanakan 85 . Antara perkara yang perlu difikirkan oleh guru dalam memilih bahan ialah. Antara contoh aktivit pengayaan seperti dalam senarai di bawah. Muzium Negara . Guru perlu menilai sama ada dengan memberi pujian. i. Sistem merekodkan pencapaian murid dalam aktiviti pengayaan sangat membantu guru untuk merancang aktiviti pengayaan yang seterusnya. Semakin kreatif guru merancang aktiviti pengayaan semakin banyak pengalaman murid-muridnya untuk memajukan diri dalam pembelajaran. Kerja projek Kerja projek boleh dilaksanakan secara individu . Guru boleh menggunakan pelbagai bahan sama ada di sediakan oleh pihak guru.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah atau projek-projek tertentu seperti ke Zoo Negara. Bahan Aktiviti pengayaan banyak memerlukan bahan.

Bacaan tambahan Bacaan tambahan bolehlah disamakan dengan bacaan ekstensif ( bacaan luas). Melawat sekitar kawasan sekolah dan mencari jenis tumbuhan dan serangga untuk mengaitkan dengan simpulan bahasa yang telah dipelajari. Terdapat pelbagai pengisian di pasaran dan ada yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran. Tujuannya supaya murid-murid dapat menambahkan ilmu 86 . Penggunaan ICT Pengajaran bahasa melalui bantuan komputer banyak dilaksanakan sekarang ini. Di samping itu pihak sekolah atau guru-guru ramai yang berkemahiran membina program pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Antara contoh kerja projek seperti dalam senarai yang berikut:       Membuat sudut bacaan di dalam kelas. Membuat pameran sempena minggu bahasa. Membuat buku skrap tentang cerita-cerita yang di dengar atau dibaca Membuat lawatan ke tempat bersejarah dan membuat laporan lawatan. Program yang digunakan hendaklah sesuai dengan kemampuan murid-murid. Antara contoh program pembelajaran bahasa melalui bantuan komputer seperti senarai yang berikut:         Ask Linkword Hangman Ti-tac show Crossword Storyboard Matchmasty Choicemaster iii. lawatan.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah tugasan sama ada dalam bentuk kajian. Mengadakan pementasan drama pendek untuk menguji kemahiran lisan. ii. pameran dan sebagainya.

Murid-murid perlu digalakkan membuat rujukan dan dengan ini boleh memupuk minat membaca. Dalam program pengayaan ini bacaan luas yang dibuat oleh murid-murid perlu diikuti dengan tugasan. laras bahasa dan gaya bahasa. Permainan dan Rekreasi Permainan dan rekreasi boleh mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menggembirakan. Kad bacaan Membaca buku cerita mengikut tema Pertandingan bercerita berdasarkan cerita yang dibaca. pelan. memantapkan kemahiran tatabahasa. Aktiviti ini banyak mencungkil kreativiti dan kepantasan murid-murid berfikir. Guru perlu peka untuk memastikan sambil murid-murid bermain atau berekreasi perlu ada pembelajaran bahasa di dalamnya. ejaan. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah:            Dam Catur Bingo Sahiba Domino Teka-teki Jigsaw puzzle Teka silang kata Mencari benda tersembunyi Meneka perkataan berdasarkan aksi Mencari jalan keluar berdasarkan lakaran gambar.walau bagaimanapun kawalan guru amat penting sebab sifat semula jadi kanak-kanakyang suka bermain.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah pengetahuan. Memberi membuat catatan atau respons terhadap bahan yang dibaca. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah:       iv. Membuat kamus kecil – menyenaraikan perkataan antonim dan sinonim. Membaca majalah kanak-kanak dan melaporkan bahan yang dibaca. peristilahan. 87 . peta dan sebagainya.

Aktiviti 10   Sediakan sebuah rancangan pelajaran harian dengan memasukkan aktiviti pengayaan. rakaman audio. Bahan-bahan pembelajaran boleh dimuat turun dari internet. Rancang satu program permainan untuk aktiviti pengayaan dengan memasukkan tugasan Bahasa Melayu. 5. Di samping itu bahan pembelajaran boleh juga menggunakan bahan bercetak. 88 . radio. Mereka tumpuan kepada minat dan boleh memilih aktiviti mengikut minat mereka tetapi perlu kawalan guru dalam aspek kemahiran bahasa yang perlu mereka kuasai. Pembelajaran akses kendiri Pembelajaran akses kendiri memberi kebolehan murid-murid.8 Rumusan Program pengayaan banyak membantu murid-murid untuk cekap dan menguasai sesuatu pembelajaran dengan lebih bermakna. Jika aktiviti pengayaan dijalankan dengan berkesan murid-murid banyak mendapat mafaatnya. televisyen dan komputer. Setiap guru tidak boleh mengabaikan aktiviti pengayaan tetapi lebih mentingkan menghabiskan sukatan. Hal ini akan membantu murid lebih berdikari dan semangat ingin mencuba. Mereka didedahkan dengan pelbagai bahan dan aktiviti yang dapat mengukuhkan pengetahun sedia ada dengan pengetahuan yang bahru dipelajari.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah v.

. Sila hubung-kaitkan maklumat tersebut dengan pengalaman anda sendiri dalam melaksanakan pengajaran pemulihan dan pengayaan itu di sekolah. Sehubungan dengan pengalaman anda itu.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Anda digalakkan melaksanakan aktiviti bacaan luas dengan mengakses maklumat di internet atau merujuk sumber bacaan yang berautoriti tentang aspek-aspek pemulihan dan pengayaan dalam konteks pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu Anda telah meneliti maklumat dan menyempurnakan tugasan tentang pemulihan dan pengayaan. 89 .. Dokumentasikan refleksi anda itu. sediakan suatu refleksi terhadap keberkesanan pengajaran dan tindakan susulan yang diambil..SELAMAT BERJAYA. Itu saja yang perlu anda lakukan....

Mohd. 14. E.Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah RUJUKAN Ab. Cognitive views of creativity: creative teaching for creative learning. 203-211 Mohd Azhar Abd. 2002. 1987. 1997. & Norila. R. Idris. Tempawan: Jurnal akademik Maktab Perguruan Ilmu Khas. Kuala Lumpur Jabatan Pendidikan Khas .Y. Cropley. 2001. Chua Yan Piaw. S. Yap Kim Fatt. Rahman Ab.1999b. Pusat Pengajian Bahasa &Linguistik. A. More Ways Than One: Fostering Creativity.S. G. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. 90 . Bhd Boon. Kuala Lumpur: Longman Abdullah Sani. Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Laporan teknik penyelidikan SK/4/2002. Yusof Rahim. 1997. P. Kuala Lumpur Kamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998): Pengajian Melayu 5 dan 6. Journal of Educational Psychology.. New York: Bearly Jabatan Pendidikan Khas . Y. O. Seminar Kemahiran Berfikir Peringkat Kebangsaan. 1998. Johor: UTM. Tanjong Malim: Quantum Books. College teachers: their effect on creativity of students. Buku panduan pelaksanaan program pendidikan pemulihan khas.J.1999a. Psikologi 2. Pengajian Melayu 1. Manual IPP3M. Contemporary Educational Psychology. 65.. Rashid. Aspek-aspek yang Berkaitan. A. UTM-30-31. Perhubungan antara penumpuan perhatian ke atas pelajaran dan stail kemahiran berfikir. 2005. Isaksen. 1995. 2003. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Chambers. 1992. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. M. Ikhsan. 326-334. Kurikulum & Pengajaran Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Mayer. dan Abd. dan Ragbir Kaur.A. Kreativiti & Pendidikan : Suatu Kajian Psikologi & Falsafah. Rahim Selamat. New Jersey: Ablex Publishing Corporation Hasan Langgulung. Frontiers of Creativity Research Beyond the Basic. Hamid. Kemahiran Berfikir: Kaedah dan Strategi Pengajaran. Jilid XXI. 1995. J. 2004. Kritis dan Kreatif. Universiti Kebangsaan Malaysia. Analisis Wacana Pedagogi di Sekolah: Satu Kajian Kes. 1972. 1983.

Journal of Creative Behavior.G. 20-22. 2003. L. J. 19 (2). Sternberg (Ed. 1973. E. 4. 1991.P. Torrance.What is creativity. Torrance. 1989. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan. P. New York: Dodd Mead. Pedagogi 4.S. 1999. E. Young. Creative Learning and Teaching.centered Educational Beliefs &Teacher Education. A study of creativity and its correlates among form four pupils. 71-87 91 . 43-75). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka Shallcross. Pemulihan dan Pengayaan. J. The Nature of Creativity: Contemporary Psychological Perspectives (pp.Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Omar Mohd Hashim. The nature of creativity as manifest in its testing. Inc Toh.). 1981.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Mok Soon Sang. Universiti Malaya. 1988. Teaching Creative Behavior: How to Teach Creativity to Children of All Ages.M. 1991. Pengisian Misi Pendidikan.. Cambridge University Press. Jurnal Penyelidikan MPBL. In R. D. Student .S. New Jersey: Prentice-Hall. Yong.Pengujian dan Penilaian.J. W.

Jabatan Pengajian Melayu. Seremban. Seremban Kelulusan: PhD-UPM Sarjana Sastera-UPM Sarjana Muda Pend.A (Hons. IPGM Kampus Raja Melewar.) Linguistik/Sastera UM Diploma Pendidikan -UM Pengalaman: Pensyarah Pengajian Melayu (25 tahun) Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah (7 tahun) PN.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah PANEL PENGGUBALAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH) NAMA KELAYAKAN PN. ROSAINI BT KHALID Pensyarah. HJH RAFIAH BT DAUD Pensyarah. Kelulusan: Sarjana Linguistik UKM B. IPGM Kampus Raja Melewar. Jabatan Pengajian Melayu. Melayu / Sejarah UM Diploma Pendidikan UM Pengalaman: Pensyarah Pengajian Melayu ( 2 tahun) Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah (30 tahun) DR MARIDAH BT HJ ALIAS Pensyarah. PBMP -UPM Pengalaman: Pensyarah Pengajian Melayu (5 tahun) Guru Bahasa Melayu (20 tahun) 92 .A (HONS) Peng. Jabatan Pengajian Melayu IPGM Kampus Raja Melewar Seremban Kelulusan: Sarjana Linguistik UKM B.

A BM UPM Bac. PBMP UPM Diploma Pendidikan -UM Pengalaman: Pensyarah Pengajian Melayu (3 tahun) Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah (12 tahun) 93 . FAIZIAH BT HJ SHAMSUDIN Pensyarah. Pend.BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah NAMA KELAYAKAN PN. Jabatan Pengajian Melayu IPGM Kampus Raja Melewar Seremban Kelulusan: M.

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah IKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir 94 .

BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tamat 95 .