You are on page 1of 30

“ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (ZA’BA)”

DI SEDIAKAN OLEH: AMINAH BINTI HAJI ALBANI DIPLOMA USULUDDIN 0904 2104 SUBJEK AL-QURAN & PENEMUAN SAINS

DI SEDIAKAN UNTUK: DR.ALINOR BIN ABDUL KADIR
1

LATAR BELAKANG

Tokoh yang menjadi pilihan saya ialah seorang pendeta terkenal iaitu Zainal Abidin Bin Ahmad yang merupakan seorang yang sangat berjasa kepada negara kita.Beliau yang dikenali sebagai Za’ba telah dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas,Batu Kikir,Jempol Daerah Kuala Pilah,Negeri Sembilan pada 16 September 1895 bersamaan dengan 26 Rabiul awal,1313H. Ibunya bernama Intan Awaluddin adalah seorang yang berketurunan Minangkabau berasal dari Sumatera.Manakala Ayahnya pula bernama Ahmad Kapa berketurunan Bugis yang telah membuka perkampungan di Kampung Linggi.Sewaktu ketika dahulu,Keluarga Za’ba adalah orang yang mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam masyarakat Linggi pada ketika itu.Ayahnya terkenal di Kampung Linggi kerana memiliki banyak pengetahuan tentang agama dan beliau adalah satu-satunya penduduk yang tahu membaca dan juga menulis huruf melayu yang tidak mempunyai baris yang kini dikenali sebagai tulisan jawi. Za’ba sewaktu kecil lagi menunjukkan kecendrungan dalam ilmu dan beliau juga seorang yang rajin dan tidak kenal erti putus asa. Keistimewaan ini dapat dihidu oleh ibu dan ayahnya. Zainal Abidin Bin Ahmad (Za’ba) mendapat pendidikan awal mengenai Al-Quran dan hukum-hukum islam sejak berusia lima tahun lagi dari Ayahnya.Bak kata pepatah,”Melentur buluh biarlah dari rebungnya”akhirnya beliau telah mahir membaca serta menulis semasa berusia 12 tahun.Walaupun hanya dengan mendapat pendidikan awal dari rumah.Pada 22 Mei 1907,satu peristiwa yang menyedihkan telah menimpa keluarga Za’ba dimana ibunya telah kembali ke rahmatullah.Empat puluh hari selepas peristiwa kematian ibunya itu berlaku,Sekolah Melayu di Kampungnya (sekolah Batu Kikir) akhirnya di buka.Za’ba mendaftar di sekolah tersebut dan terus melangkau ke tahun iii kerana beliau seorang yang sudah mahir menulis dan membaca. Setelah beberapa bulan belajar di Sekolah Batu Kikir,Jempol ,ayahnya menghantarnya bersekolah di linggi untuk mengambil darjah iv dan v pada tahun 1907-1909.Tujuan ayahnya menghantar beliau belajar di Linggi kerana ayahnya mahu Za’ba mempelajari nahu Arab dari Tuan Guru di Kampung Jempol pada sebelah petang selepas tamat waktu persekolahan. 2

Setelah tamat bersekolah di Linggi,beliau telah meneruskan pengajian di Saint Paul’s Institution yang merupakan salah sebuah sekolah yang terbaik di Seremban.Namun sewaktu belajar di sana,beliau mengalami banyak kesukaran kerana hasratnya untuk belajar di sekolah itu tidak di restui oleh ayahnya kerana faktor perbelanjaan.Namun, Za’ba terus menggagahkan dirinya untuk bertahan belajar di sekolah itu.Sewaktu di St.Paul Institution,Za’ba telah diberikan “double promotion” dari darjah i hingga ke darjah iii,v dan vii.beliau tamat dalam darjah ix pada bulan Disember 1915.Za’ba akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya sehingga ke darjah ix dan beliau adalah merupakan anak melayu yang pertama berjaya menamatkan darjah ix di Negeri Sembilan. Pada bulan Jun 1916,Za’ba telah mula bertugas sebagai ‘Assistant Master’ bertempat di English College,Johor Bahru.pada ketika itu,sambil bekerja beliau berkesempatan mempelajari nahu Arab daripada Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin.Pelbagai ilmu yang berkaitan dengan nahu Arab telah di ajarkan kepada Za’ba oleh Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin sehinggalah pada suatu hari Sheikh Muhammad Tahir memberitahu hasratnya yang ingin berpindah kembali ke tempat isterinya di kuala kangsar.Za’ba berasa sedih dan risau kerana ilmu yang dipelajarinya dari Sheikh Muhammad juga dipindahkan ke baru dipertengahan jalan.Secara kebetulan,ketika Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin berpindah ke Kuala Kangsar,Za’ba Kuala Kangsar untuk bertugas di Malay College Kuala Kangsar.Beliau akhirnya dapat meneruskan pembelajarannya sekali lagi dengan Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin sehingga 1920.Semasa belajar dengan Sheikh Tahir Jalaluddin,beliau mula mengenali dan meminati buku-buku nahu arab yang telah ditulis oleh orang-orang Inggeris dan kamus Dwi-Bahasa Arab-Inggeris. Masa berlalu dengan pantas 30 tahun kemudian,Za’ba dihantar bagi meneruskan pengajian ke School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London dari 1949-1950.Beliau ke sana dengan tujuan menyambung pengajian sambil mengajar.Za’ba telah menduduki peperiksaan Diploma dalam Bahasa Arab Klasik pada tahun 1949 dan akhirnya beliau lulus.Tiga tahun belajar di sana akhirnya Za’ba pulang ke Malaya setelah beliau mengambil peperiksaan dan telah berjaya mendapat Ijazah Kepujian dalam pengajian Bahasa Melayu.

3

KERJAYA ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (ZA’BA) Kerjaya Za’ba bermula sebagai seorang Guru,Beliau mengajar subjek bahasa melayu dan inggeris.beliau mula bertugas di English College,Johor Bahru diikuti dengan tugas seterusnya beliau di minta untuk mengajar di Malay College,Kuala Kangsar bermula pada tahun 1918-1923.Pada bulan Mei 1923 R.O Winstedt telah mengarahkan pertukaran Za’ba sebagai penterjemah Melayu di bawah pengawasan A Small.Kerana kehebatan yang dimiliki oleh Za’ba dalam bidang penterjemahan akhirnya beliau di hantar ke Sultan Idris Training College di Tanjung Malim yang mana kini telah di naik taraf sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) untuk menyandang jawatan yang sama.Tugas beliau ketika berapa di (UPSI) ialah mengarang dan menterjemah buku-buku pelajaran untuk kegunaan Sekolah-Sekolah Melayu yang melatih penterjemah-penterjemah yang baru. Pada bulan September tahun 1939 hingga 1941,Za’ba bertukar ke pejabat penerangan di Singapura.Ketika di sana,beliau bertugas sebagai Juruhebah dan penterjemah berita dan ucapan siaran radio,surat khabar dan pamplet.Semasa hidup di bawah pemerintahan Jepun,Za’ba pernah bekerja di Syonan Simbun (bekas akhbar Straits Times ).Selama 11 bulan bermula mac 1942 hingga Februari 1943,Za’ba sewaktu itu bekerja di bahagian radio sebagai ketua pengarang.apabila Jepun menyerah kalah mankala British kembali memerintah Malaya.Sewaktu pemerintahan balik kepada British,beliau telah pulang semula ke Malaya bagi berkhidmat semula di Malaya sebagai penterjemah dan pengarang di pelbagai Jabatan sekitar Kuala Lumpur dan akhirnya kembali semula ke Jabatan Pelajaran Tanah Melayu. Semasa di England,mulai tahun 1947,Za’ba bertugas sebagai seorang pensyarah di School of Oriental and African Studies(SOAS),University of London.waktu itu digunakan juga untuk menyertai pelbagai kursus-kursus berkaitan Linguistiks seperti bahasa Arab,Sastera Islam dan Sejarah Asia Tenggara.Manakala pada waktu cuti pula, Za’ba akan meluangkan masa melawat ke Ireland,Isle of man,Scotland dan Wales.Eropah Barat

4

dilawati pada akhir tahun 1950.Sewaktu itu beliau bersama isterinya sempat menunaikan haji ketika berada di Makkah dan Madinah. Sekembalinya ke Malaya,Za’ba bersara dari jawatan kerajaan.Dalam tahun 1951 hingga 1952 beliau telah menterjemah buku-buku di rumahnya di Kuala Lumpur disamping memberi ceramah-ceramah berkaitan tentang pelbagai isu di Radio Malaya Kuala Lumpur.menjelang April 1953,Za’ba dilantik sebagai pensyarah dan ketua Jabatan Pengajian Melayu,Universiti Malaya,Singapura. Pada bulan Julai 1953,beliau telah di jemput ke Amerika Syarikat bagi menghadiri “colloquium of islamic culture” di Princeton dan Washington.sewaktu beliau menghadiri majlis tersebut,beliau telah mengambil kesempatan untuk melawat Universiti-Universiti dan pusat-pusat pengajian di bahagian Timur di Stanmford,Colombia,Chicago,Columbus,Duke dan lain-lain.Sewaktu dalam perjalanan balik beliau terus singgah melawat Manila,Honolulu dan Tokyo.Antara Institusi-Institusi pengajian tinggi yang turut di lawati oleh beliau ialah University of Philippines,Waseda dan Tokyo University dan beliau terus mengarang dua buah buku sekolah bahasa asing di Tokyo di mana bahasa melayu diajar.pada bulan Ogos-September 1955,Za’ba telah pergi ke Indonesia untuk mengadakan lawatan.pada bulan jun tahun yang sama,beliau telah menghadiri “economic and education seminar” anjuran UNISCO di Universiti Gajah Mada.Za’ba akhirnya telah bersara dari jawatan Pensyarah di Universiti Malaya Singapura pada Januari 1959. KEGIATAN ZA’BA Za’ba lebih banyak bergiat dalam bidang penulisan ketika beliau telah bersara.dalam usianya 64 tahun,Za’ba terus bergiat aktif dalam menulis,memberi ceramah,berforum serta menjadi penasihat kepada beberapa pertubuhan dan kegiatan sosial seperti penasihat kepada persatuan pelajar-pelajar Bahasa Melayu Singapura.Pada tahun 1959,beliau telah dilantik oleh Dewan bahasa dan pustaka sebagai ahli Jawatankuasa Istilah,Za’ba juga memainkan peranan yang sangat penting sebagai penasihat dalam rombongan Jawatankuasa Ejaan Melayu untuk menyelaraskan ejaan Marphilindo.Seterusnya Za’ba di 5

lantik

sebagai ahli kehormat Persatuan bekas pelajar maktab perguruan sultan

idris.Kementerian dalam negeri juga melantik beliau menjadi sebagai salah seorang anggota “film censorship board”.Pada bulan Mac 1963,Za’ba telah menerima perlantikan dari kementerian pelajaran sebagai pengelola dewan bahasa dan pustaka,tetapi hanya dalam dalam tempoh 6 bulan sahaja dan beliau akhirnya menarik diri pada bulan November 1963.Pada 30 ogos 1963,pihak kerajaan telah melantik Za’ba sebagai anggota jawatankuasa kecil bagi mengkaji dan membuat syor-syor berkenaan penganugerahan darjah kebesaran persekutuan. Pada 13 Mac 1964,isteri Za’ba telah meninggal dunia ketika dia berusia 62 tahun.Bagi mengingati pemergian isterinya yang tercinta,Za’ba telah mendermakan sejumlah wang kepada pihak kolej Tengku kurshiah,seremban pada tahun 1965.wang itu akan digunakan sebagai biasiswa kepada anak-anak miskin dan tidak berkemampuan yang memiliki bakat dalam pelbagai bidang dan sumbangan itu juga digunakan untuk membeli buku-buku perpustakaan kolej tersebut.Pada hari sabtu,16 Oktober 1965,beliau juga telah menyerahkan wang sebanyak Rm 10 ribu dan buku-buku koleksinya sebanyak 3,179 buah buku kepada Universiti Malaya Kuala Lumpur dalam satu upacara yang diadakan di rumahnya.wang itu dijadikan sebagai biasiswa bernilai Rm500 setahun yang dikenali sebagai Biasiswa penyelidikan Za’ba(Za’ba research fellowship).

PENULISAN ZA’BA 6

Za’ba mula menceburkan diri dalam bidang penulisan bermula pada tahun 1916.beliau pada mulanya hanya menulis rencana-rencana dan akhbar Utusan Melayu dan Lembaga Melayu.Rencana-rencana yang dihasilkan oleh Za’ba kebanyakannya meliputi persoalanpersoalan yang berkaitan dengan agama,bahasa pelajaran,sosial,ekonomi dan politik yang mana keseluruhannya menjerumus kepada nasib bangsa Melayu di tanah Melayu.Walaupun beliau telah menulis sejak tahun 1916 tetapi hasil penulisan beliau hanya dikenalpasti pada awal 1917 melalui pena-pena tertentu. Dalam penghasilan pelbagai karya tulisan,Za’ba seringkali menggunakan nama-nama patriot di dalam penulisannya seperti Za’ba,zai jelmaan,anak melayu jati,melayu yang beragama islam dan “Z” dan Melayu.  Penulisan mengenai pendidikan. Za’ba telah menulis pebagai jenis buku-buku yang membincangkan pelbagai jenis masalah berkaitan dengan pendidikan,sejarah dan bahasa untuk memenuhi keperluan buku-buku bacaan di sekolah-sekolah Melayu.Za’ba mempercayai bahawa melalui bahan-bahan bacaan dapat mempengaruhi corak hidup masyarakat melayu samada dari segi sosial,ekonomi mahupun dari segi politik.melalui keyakinan itu telah mendorong Za’ba untuk menggunakan nama “THE REAL MALAY”untuk mengkritik polisi pendidikan yang dibawa oleh Winstedt.  Penulisan berkaitan dengan BAHASA Dari segi bahasa,Za’ba di samping terkenal sebagai seorang intelek Melayu yang ulung,beliau juga sangat di hormati sebagai seorang pakar bahasa,pujangga dan seorang yang tahu akan bahasa arab dan berkaitan dengan ilmu agama islam.Dalam usaha Za’ba meningkatkan taraf bahasa melayu yang dianggap sebagai wajib untuk diketahui oleh semua orang melayu,Za’ba telah memberi perhatian yang tidak putus-putus kepada aspek

7

bagi meningkatkan taraf bahasa.Ia dapat dikesan sejak tahun 1916 lagi dan berakhir bersama hayatnya pada tahun 1973.Cita-cita Za’ba untuk menghasilkan buku yang berkaitan dengan bahsa melyu akhirnya tercapai dengan terbitnya buku-buku “pelita bahasa melayu”i.ii dan iii pada tahun 1949. Pada peringkat pertama,1916-1920,Za’ba telah banyak memperkatakan tentang kelemahan bahasa melayu dan memberi pendapat-pendapat untuk memperbaikinya.pada peringkat ke dua pula,Za’ba memulakan penulisannya mengenai bahsa Melayu dengan serius lagi iaitu beliau telah menerbitkan buku-buku berkaitan bahasa Melayu,tetapi penghasilan bukubuku itu telah dihalang.Manakala pada peringkat ke tiga pula,mula terhasil lah karya Za’ba yang sebenar mengenai bahsa melayu iaitu,tatabahasa melayu yang sangat lengkap pada zamannya.Pengaruh tatabahasa Za’ba amat besar terhadap pengajian bahsa melayu di tanah melayu

 Penulisan mengenai ekonomi Za’ba mula giat menghasilkan rencana-rencana ekonominya pada bulan disember 1923.Rencana-rencana ini mula dihasilkan dan di terjemahkan dalam bahasa melayu.Rencana-rencana ini pula keseluruhannya menjelaskan kesedaran Za’ba pada faktor kemiskinan sebagai punca utama yang menjadikan bangsa melayu jauh ketinggalan dalam persaingan dengan bangsa-bangsa lain untuk mencapai kemajuan yang diimpikan.

SUMBANGAN ZA’BA KEPEDA BAHASA MELAYU. Sumbangan hasil pemikiran beliau kepada bangsanya adalah sangat banyak dan sangat bererti.sumbangan pemikirannya dalam bidang budi pekerti dan agama,tentang ekonomi dan kemiskinan orang melayu telah banyak di simpan serta dibicarakan dengan meluas. Walau bagaimanapun,sumbangannya yang paling besar ialah dalam bidang bahasa melayu.Minatnya yang sungguh mendalam dalam bidang ini sebenarnya bermula sejak 8

awal lagi.Keazamannya untuk menulis sebuah buku nahu Melayu telah bermula muncul dalam fikirannya sejak beliau berusia dua belas tahun lagi.Dalam tahun 1918 lagi,sewaktu bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di Malay College Kuala Kangsar,beliau telah mula mengumpul senarai perkataan Melayu dalam tulisan jawi. Dalam tahun 1924 pula, beliau telah menjemput sebilangan orang melayu yang kebanyakannya terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan yang mempunyai pendidikan Inggeris dating ke Kuala Lumpur untuk membantu menubuhkan sebuah “Pan-Malayan Malay Literary Society” yang mana matlamat utamanya ialah untuk menyatukan pelbagai kelainan system ejaan Melayu disamping memajukan perkembangan kesusasteraan Melayu Moden. Bukan itu saja,beliau juga merupakan seorang yang banyak memberi sumbangan di dalam bidang ejaan jawi.beliau telah merumuskan satu rumusan besar bekenaan nahu Melayu(pelita bahsa melayu 1941 dalam tiga jilid) dan kaedah mengarang dalam bahasa Melayu (kitab ilmu mengarang Melayu 1951).sehubungan dengan kaedah ejaan jawi,pada tahun 1929,beliau telah menghasilkan kitab rahsia ejaan jawi (pulau pinang:the jelutong press).

HASIL KARYA-KARYA ZA’BA

9

Karya-karya Zainal Abidin yang telah diterbitkan berbentuk buku  The price and the pauper.( naskah terjemahan telah siap 20 tahun yang lalu) Dewan bahasa dan pustaka,1957  Asuhan budi menerusi islam (terdiri dari 41 karangan panjang mengenai islam yang dibahagikan ke dalam 10 bab) Dewan bahasa dan pustaka.  Benih kemajuan (kumpulan risalah dan makalah dan lain-lainnya),1941  Chanai bachaan (bunga rampai sastera lama dari hikayat indera

mengindera,hikayat  bakhtiar,hikayat isma yatim yang diubah dan disesuaikan dengan judul dewa derma dan dewa dewi derma dewi).buku baccan darjah 4 di sekolah melayu sebelum perang dunia kedua 1924  Cerita-cerita suka shakespeare (terjemahan).pejabat karang-mengarang. Tanjung malim 1949  Daftar ejaan melayu jawi/rumi (terbitan sesudah rancangan menerbitkan kamuss bahasa melayu gagal kerana di tentang oleh O.T Dussek),700 halaman 1941  Falsafah takdir (syaukat al-azali dalam islam,300 halaman dan baru sepertiga tercetak telah mendapat tentangan daripada pejabat agama islam di perak kerana bertentangan dengan ajaran agama di sana) 1930  Ilmu bahasa melayu,penggal 1 dan 2 (buku panduan bagi guru dan pengarang),1926

10

 Ilmu mengarang melayu 1952

(pembaharuan daripada ilmu bahasa melayu.bab 1

tatabahasa,bab 2 teknik mengarang).mula dicetak 1934 kemudian di tanjung malim

 Kalong bunga 1 (pilihan dan petikan dari rangkap-rangkap puisi melayu cara lama) Dewan bahasa dan pustaka.1963  Kalong bunga 2(pilihan dan petikan dari rangkap-rangkap puisi melayu cara lama) Dewan bahasa dan pustaka 1964  Kitab hadiah kebangsaan (mengulas dan membidas serta mengungkapkan puncapunca dan akar umbi masalah kemiskinan orang-orang melayu sebelum para ahli ekonomi dan golongan sosialis yang antifeudalisme melaung mengenai hal ini) pulau pinang 1953  Pelita bahasa melayu (pembaharuan dari ilmu bahasa melayu) mula-mula dicetak dalam tulisan jawi dan kemudian ditukar ke huruf rumi. Pejabat karang-mengarang tanjung malim,perak 1949  Pelita bahasa melayu 2 (lanjutan dari panduan mengarang jilid 1 dan 2.teknik mengarang secara senang) mula di cetak 1949. Ulangan cetak ttanjung malim perak 1957  Pelita bahasa melayu 3 (kitab karang-mengarang yang lebih lengkap dari yang dulu-dulu).cetakan pertama 1949. Ulangan cetak tanjung malim 1958  Pendapatan perbahasan ulama berkenaan dengan kada dan kadar (di cetak di pulau pinang.60 halaman.diharamkan di perak kerana dianggap sebagai satu pembaharuan dalam ajaran agama islam yang condong kepada ajaran muktazilah,iaitu suatu ajaran yang dianggap bertentangan dengan ajaran mufti waktu itu) 1927 11

 Perjuangan asyik ismail othman,muar 1930  Persuratan melayu 2 qalam press singapura 1960  Rahasia ejaan jawi (baru separuh tercetak telah mendapat tentangan dari O.T Dussek yang menjadi pengetua Maktab Perrguruan Sultan Idris tanjung malim,perak). Malaya Publishing House,Singapura 1930  Tawarikh tanah melayu ( terjemahan dari karya R.O Winstedt:malaya)1922. Diterbitkan semula dengan judul sejarah ringkas tanah melayu. Pustaka melayu singapura 1961  Umbi kemajuan (sukatan azali. Terjemahan dari bahasa arab serta ulasan-ulasannya sekali) 1931

Karya-karya yang tidak di cetak  Falsafah takdir penggal 1 dan 2  Kilauan senja  Menungan atas bahasa dan sastra (perluasan dari benih kemajuan)  Nahu melayu (perluasan dari pelita bahasa melayu 2)  Qoloquil Japanese  Rahasia ejaan jawi

12

 Risalah penyedaran

Cita-citanya yang gagal untuk menerbitkan buku • • • • Buku kamus melayu Gema kayangan Huruf trengkas dengan huruf jawi Pengalamanku dalam pengembaraan di Spanyol

Karya-karya yang berupa artikel dalam surat-surat khabar dan majalah  ”Agama dan kewajiban kepada manusia”dlm qalam singapura, bil 58 Mei 1955 hlm.12.Bil 59 jun 1955,hlm.10;Bil 60,julai 1955,hlm 6;Bil 61 ogos 1955,hlm 5.  ”Ajab,takbur dan ria (dipetik dari syair pintu hantu) dalam qalam singapura, Bil 56 Mac 1955 hlm 5  ”Ajaran jimat cermat di dalam islam” dlm qalam singapura Bil 38,September 1953 hlm 23;Bil 39,Oktober 1953;hlm 16 Bil 40 November 1953,hlm 23 Bil 4,Disember 1953 hlm 14  ”Asuhan budi di dalam islam” dalam qalam singapura Bil 33 April 1953 hlm 40 Bil 34 Mei 1953 hlm 40 Bil 35 jun 1953

13

 ”Bahagian hendak mengarang” dalam majalah malaya( illustrated journal) Bil 5 Mei 1927 hlm 223 januari 1928 hlm 5  ”Bahagian bahasa dalam majalah guru” selangor hlm 43;mac 1928 ”huruf-huruf penambah” oktober 1927 hlm 203 Disember 1927 hlm 223 januari 1928 hlm 5  ”Bahagian Tawarikh dalam majalah guru selangor hlm 43 mac 1928 hlm 43 ogos 1928 hlm 145 september 1928 hlm 169 November 1928 hlm 205;januari 1929 hlm 12; febuari 1929 hlm 30;April 1929 hlm 65 jun 1929 hlm 115;julai 1929 hlm 133;oktober 1929 hlm 192  ”Bahasa melayu dan bahasa indonesia” dalam Dewan bahasa jilid 2 Bil 1 januari 1958 hlm 8 perintis sastera C.Hooykaas. oxford university press kuala lumpur 1965 hlm 317  ”Bahasa melayu dan tulisannya” dalam dewan bahasa jilid 2 Bil 2 Febuari 1958 hlm 68  ”Bahasa melayu,kelebihan dan kekurangannya” dlm qalam singapura Bil 49 Ogos 1954 hlm 16 Bil 50 september 1954 hlm 23 Bil 51 Oktober 1954 hlm 16 Bil 52 November 1954 hlm 17  ”Bekas-bekas lama di tanah melayu” dalam majalah guru selangor januari 1927 hlm 6 Febuari 1927 hlm 26  ”Belajar mengarang”dlm majalah malaya(Illustrated journal),Bil 3 Mac 1927 hlm 19,Bil 4 April 1927 hlm 18  ”Berbuat kebaikan pada Allah”dlm (Diperbaiki dari syair pintu hantu) qalam singapura Bil 57,April 1955,hlm 6 Dato Paroi,Were-tiger dlm JMBRAS jilid 3 bahagian 1 hlm 74-78 April 1925 14

 ”Guna kekayaan” dl al-ikhwan Pulau pinang jilid 1 januari 1927 hlm 89-96 mastika Bil 2 febuari 1927 hlm 15  ”ilmu mengarang” dlm majalah malaya ( illustrated journal) Bil 2 febuari 1927 hlm 15  ”jalan keselamatan orang melayu”dalam al-ikhwan pulau pinang jilid 1 jun 1927 hlm 187 julai 1927 hlm 212 Ogos 1927hlm 228 jilid 2 september 1927 hlm 16 kitab hadiah darii kebangsaan pulau pinang.  ”Jalan persekolahan”dlm majalah guru selangor,April 1925,hlm 69 Mei 1925 hlm 88 Jun 1925 hlm 106 julai 1925 hlm 129; ogos 1925 hlm 148;september 1925 hlm 163 Oktober 1925 hlm 183 November 1925 hlm 203 Disember 1925 hlm 223 membaca januari 1926 hlm 10 pelajaran-pelajaran membaca Mac 1926 hlm 43 pelajaran mengeja Mac 1927 hlm 83 huruf-huruf penambah jun 1927 hlm 103 pelajaran tulisan julai 1927 hlm 123 Ogos 1927 hlm 148 September 1927 hlm 163 Oktober 1927 hlm 183 November 1927 hlm 204 pelajaran rencana Januari 1928 hlm 3 Febuari 1928 hlm 23 pelajaran ilmu kira-kira Mac 1928 hlm 47 April 1928 hlm 123;Ogos 1928 hlm 167 Oktober 1928,hlm 183 November 1928 hlm 203 Febuari 1929,hlm 23;Mac 1929 hlm 63; Mei 1929,hlm 83;julai 1929,hlm 123.  ”kasihkan diri dan kasihkan orang lain” dlm al-ikhwan,pulau pinang jilid 2 Oktober 1927,Bil 37; November 1927,hlm 75  ”keadaan masyarakat melayu” dlm lembaga melayu (semuanya di tulis dengan nama pena patriot), pelajaran inggeris 29 Jun 1917;30 Jun 1917; Perniagaan dan pekerjaan 2 Julai 1917; ilmu ketukangan 3 Julai 1917 Ilmu-ilmu ketukanganperusahaan dan bangsa cina 4 Julai 1917: Ketukangan-jalan masuk dengan ikhtiar atas ilmu kajian 5 Julai 1917; ketukangan dan lain-lain pekerjaan-kewajiban mengambil tauladan 6 Julai 1917. 15

 ”kewajiban berpengetahuan Agama’ dlm pengasuh,kelantan(ditulis atas nama pena Patriot).Bil 19 April 1919,hlm 3-6  ”kewajiban terjemah-menterjemah”dlm (isi bakal kitab benih kemajuan bagi kaum melayu),majalah guru selangor februari 1932,hlm 26  ”kuasa kitab-kitab dan kewajiban membanyakkan dia” dlm pengasuh kelantan (ditulis atas nama pena patriot) Bil.10 November 1918hlm 2-4;Bil 11 Disember 1918,hlm 3-4  ”Lawatan ke kedah perlis dan kelantan” dlm majalah guru selangor ,Disember 1928 hlm 236 januari 1929,hlm 14 Februari 1929 hlm 33 April 1929 hlm 74;Mei 1929,hlm 95  ”Leteran pelajaran pada umat melayu” dlm pengasuh,kelantan.( semua ditulis atas nama pena patriot). Di kampung-kampung,Bil 20 April 1919 hlm 3-6;di sekolahsekolah;kolej-kolej melayu.Bil 21 Mei 1919 hlm 1-5 Anak-anak melayu di sekolahsekolah inggeris,Bil 22 Mei 1919,hlm 1-5 di bandar-bandar dan kelab-kelab melayu,Bil 23 Mei 1919hlm 5-8;Bil 24 Jun 1919 hlm 2-4;Bil 25;Jun 1919.hlm 4-6

 ”Malay Festivals” and some Aspects of Malay Religious Life” dlm JMBRAS jil.XXII,bhg I Mac 1949,hlm 94-106  ”Malay Journalism in Malaya” dlm JMBRAS Jil XIX,bhg 2 Oktober 1941,hlm 244-250  ”Malay Manners and Etiquette”dlm JMBRAS Jil XXIII,Bhg III Ogos 1950,hlm 4374

16

 ”Malay Word Count”,1952 J.Le Prevost.(Review article) dlm JMBRAS jil.XXVII,bhg I mei 1954,hlm 234-235  ”Matahari (raja perempuan segala pengakap suluh-terjemahan)”dlm al-

ikhwan,pulau pinang ,Jil II Mac 1928 hlm 203  ”Meluaskan persuratan Melayu” dlm Qalam singapura,Bil 10 Mei 1951,hlm 4 Bil 13 Ogos 1951 hlm 36 Bil 14 September 1951 hlm 29 Bil 15 Oktober 1951,hlm II  ”Memajukan bahasa melayu dan kesusasteraan”dlm dewan bahsa dan pustaka jil I Bil 1 September 1957,hlm 13  ”Memakai tanda-tanda berhenti di dalam tulisan jawi”dlm majalah guru,ogos 1929,hlm 169:Oktober 1929 hlm 186:November 1929 hlm 211:Disember 1929 hlm 225 Januari 1930 hlm 5 Februari 1930 hlm 25  ”Membaca”dlm majalah guru,selangor dlm .April 1926 hlm 63 bacaan yang baik Mei 1926 hlm 86 Jun 1926 hlm 103 rangka suatu pelajaran membaca Julai 1926 hlm 123  ”Membukakan keindahan islam”(terjemahan dari rahasia diri karangan iqbal) dlm Qalam singapura,bil 54 Januari 1955 hlm 6.  ”Mencapai ketinggian dunia akhirat”dlm Qalam Singapura Bil 18 Januari 1952,hlm 3 Bil 19,Februari 1952 hlm 36 Bil 20,Mac 1952  ”Mengarang kitab dalam bahasa melayu”dl al-ikhwan,pulau pinang jilid 11 Februari 1928 hlm 168.  ”Modern Developments(a chapter from a history of malaya literature R.O Winstedt)” dlm JMBRAS jilid XVII bhg III Januari 1940 hlm 142-162 17

 ”Nama-nama mahsyur yang selalu tersebar dalam kitab-kitab tawarikh melayu dlm majalah guru,selangor,Oktober 1928 hlm 184  ”Orang-orang mahsyur tanah melayu”dlm majalah guru selangor oktober 1927 hlm 187 disember 1927 hlm 227 april 1928 hlm 75 Mei 1928 hlm 86 jun 1928 hlm 104.  ”Pair words in malay”dlm JMBRAS jilid V bahagian II november 1927 hlm 324338  ”pelajaran di tanah melayu” dalam pengasuh kelantan (ditulis di atas nama pena patriot) bil 17 mac 1919 hlm 3-5 bil 18 mac 1919 hlm 1-4  ”pelajaran mengeja”dlm majalah guru selangor disember 1926 hlm 223 januari 1927 hlm 3 februari 1927 hlm 23 mac 1927 hlm 43  ”Pelajaran menghafal syair yang elok” dlm majalah guru selangor ogos 1926 hlm 143 oktober 1926 hlm 183 november 1926 hlm203  “Pelajaran otak dan latihan”dlm majalah guru selangor April 1932 hlm 63  “Pendapat tentang masalah ejaan”dlm dewan bahasa jil II Bil 1 Januari 1958 hlm 39  “Perkataan-perkataan bahasa dagang dalam bahasa melayu” dlm majalah malaya(illustrated journal) bil 6-7 jun,julaii 1927 hlm 15  “Persaudaraan di anntara ilmu bahasa,bangsa,persatuan dan kemajuan dlm lembaga melayu(edisi melayu malaya tribune) syair januari 1917 bahasa mac 1917 pelajaran mac 1917 bahasa-bahasa lain mei 1917 bahasa arab mei 1917 bahasa melayu jun 1917 18

 “Persekutuan kerana pelajaran” dlm majalah guru selangor mac 1923 hlm 43  “Quran dengan ilmu-ilmu zaman sekarang” dlm majalah guru selangor April 1930 hlm 66 Mei 1930 hlm 85  “Rajin orang cina” dlm al-ikhwan Pulau Pinang jilid I Disember 1926 hlm 74  Rencana dalam majalah guru selangor,pembukaan Januari 1926 hlm 2 september 1927 hlm 171 peringatan fasal masalah lelaki dan perempuan,kejahatan lucah dan kebaikan bersih ogos 1929 hlm 143  “Rencana bahagian pelajaran dlm majalah guru selangor kerajaan pada sekolahsekolah melayu disember 1927 hlm 224:kanak-kanak melayu dan kemajuannya Februari 1928,hlm 28 syor-syor bagi memajukan perusahaan orang melayu” jun 1928 hlm 106  “Rencana bahagian pelajaran tawarikh” dlm majalah guru selangor.”Tarikh dunia yang ringkas” febrauari 1928 hlm 31 mac 1928 hlm 43  “Rencana kesihatan” dlm majalah guru selangor “darihal makanan” April 1930 hlm 63 dan 83  “Rencana untuk kanak-kanak” dlm majalah guru selangor jun 1927 hlm 109 mac 1928 hlm 53 April 1928 hlm 72 mei 1928 hlm 97 ogos 19238 hlm 155 oktober 1928 hlm 187  “Recent malay leterature” dlm JMBRAS jil XIX bhg I Febrauri 1941 hlm 1-20  “Resensi buku-buku baru”dlm majalah guru selangor Januari 1929 hlm 18 Februari 1929 hlm 36 Jun 1929 hlm 117 19

 “Sajak” dlm dewan bahasa jilid V bil 10 oktober 1961 hlm 447  “Sekolah kebangsaan” dlm qalam singarura bil 56 mac 1955 hlm 8  “Sepucuk surat yang terbuka kepada segala orang yang muda-muda”dlm majalah guru selangor ogos 1929 hlm 163 oktober 1929 hlm 183 november 1929 hlm 203  “Sesetengah daripada orang-orang islam yang mahsyur”dlm majalah guru selangor mei 1925 hlm 92 julai 1925 hlm 125 september 1925 hlm 169 november 1925 hlm 207 mac 1926 hlm 47 mei 1926 hlm 89 jun 1926 hlm 106 ogos 1926 hlm 146 november 1926 hlm 208 disember 1926 hlm 226 Mac 1927 hlm 50 mei 1927 hlm 86 julai 1927 hlm 128 ogos 1927 hlm 143 november 1927 hlm 206 januari 1928 hlm 6  “Soal jawab bahasa” dlm kamus dewan jil II bil 6 Jun 1958 hlm 294 jil II bil 7 Julai 1958 hlm 349  “Some facts about jawi spelling” dlm JMBRAS jil XXIV bhg 1 februari 1951,hlm 77-89  “Sumbangan sir Richard Winstedt dalam penyelidikan pengajian melayu dlm John Bastin dan R.Roolvink 1964 malayan and indonesian studies London Oxford University press  Surat kiriman (ditulis dengan nama pena zai jelmaan) dlm lembaga mellayu jjanuari 1917 hlm 3 Mac 1917 hlm 3 April 1917 hlm 3 Mei 1917 hlm 3  Takdir(sukatan azali dalam agama islam-terjemahan dari islamic review)dalam alikhwan Pulau Pinang jil II April 1928 hlm 241 Mei 1928 hlm 274 jun 1928 hlm 298 Julai 1928 331 ogos 1928 hlm 40 20

 “Tarikh bangsa melayu” dlm majalah guru selangor April 1925 hlm 73 jun 1925 hlm 110 ogos 1925 hlm 151 oktober 1925 hlm 187  “Tarikh negeri melayu masing-masing” dalam majalah guru selangor Mac 1927 hlm 68 Jun 1927 hlm 105  “Tawarikh hidup kongsi”dalam majalah guru selangor disember 1929 hlm 223  “Tawarikh tanah melayu” dalam majalah guru selangor terjemahan Julai 1926 hlm 125 oktober 1926 hlm 185  “Terjemah menterjemah” dlm pengasuh kelantan Bil 15 Februari 1919 hlm 1-4  “The akuan or spirit friends” dlm JMBRAS LXXXVI november 1922 hlm 378-384  “The grave stone of sultan mansur syah of melacca dlm JMBRAS LXXXVI november 1922 hlm 386-388  “The origin of some malay place names dlm JMBRAS jil III bhg I April 1925 hlm 79-2  “The porvety of the malays”dlm malay weekly mail 6 disember 1923  “The salvation of the malays” dlm malay weekly mail 27 disember 1923  “The tiger breed families dlm JMBRAS LXXXV Mac 1922 hlm 36-39  “The various signifiications of the malay word sejuk” dlm JMBRAS Jil XX Bhg II disember 1947 hlm 41-44 21

 “Wajib mengenal hakikat (dipetik dan diperbaiki dari syair raja hantu pandai) dlm qalam singapura bil 55 Februari 1955 hlm 9

Tulisan-tulisan mengenai dirinya

 Abdullah hussain “Tan sri Za’ba” dalam dewan sastera 12;2 15 disember 1972  Abdullah hussain “za’ba Nasionalis Melayu ulung”dlm dewan sastera 11;3 15 november 1973  Abdullah hussain “pendeta za’ba dalam kenangan” dlm dewan masyarakat II;X 15 november 1973  Abdullah sanusi ahmad 1960-61 “peranan pejabat karang mengarang dalam bidangbidang pelajaran” latihan ilmiah jabatan pengajian melayu,Universiti Malaya  “Ahmad kamal abdullah” pendeta Dr za’ba dalam dewan pelajar jilid VII hlm Disember 1973  Ali haji ahmad “ kemajua kesusasteraan melayu “dalam berita harian 17 november 1960  “Allahyarham gigih berusaha kembangkan bahasa melayu”dlm utusan zaman 28 oktober 1973

22

 Annas haji ahmad 1964 “pendeta za’ba sastera melayu baru” Pulau Pinang :sinaran berhad  “A staff writer ,za’ba :the man behind the legend” dalam the straits times 5 januari 1973  “Datuk Hussien Onn “kehilangan yang sukar di ganti “ dlm berita harian  Hadzrami A.R “Peranan za’ba sekali lagi diberi D.Litt” dlm berita harian 9 Jun 1973  Hadzrami A.R “kemiskinan melayu za’ba orang pertama melaungkannya” dlm berita harian 3 Julai 1973  Hadzrami A.R “peranan za’ba dalam perkembangan bahasa melayu” dlm berita harian 2 Julai 1973  Ishak hj muhammad “sumbangan tidak ternilai harganya” dlm utusan zaman 28 oktober 1973  “Jenazah pendeta za’ba selamat dikebumikan”dalam utusan melayu 25 oktober 1973 berita harian  “Li chuan siu 1966 za’ba dlm ikhtisar sejarah kesusteraan melayu baru kuala lumpur pustaka antara hlm 184-193  Mahmud ahmad “riwayat hidup za’ba” dlm mastika jun 1952  Mahmud ahmad “tidak boleh berbahaya tinggal berdua saja waktu malam” dlm majalah filem februari 1974 23

 Najib rahman “grand old man of malay letter dies”dlm the straits times 24 oktober 1973  Nur Dzai “hingga kini za’ba saja hanya menjadi pendeta” dlm mastika september 1972  Pak Sako”za’ba yang saya kenali” dlm mingguan malaysia 1973  “pelihat laut,pengenalan tentang zai penjelmaan dan patriot”dlm lembaga melayu 4 Mei 1917  “peminat bahasa, jasanya terhadap bahasa,bangsa dan negara” dlm utusan zaman 1973  “za’ba meninngal duni setelah sakit selama 27 tahun” utusan malaysia, 24 oktober 1973.  Rahamah saad. “za’ba kecewa kerana tak dapat hadir terima ijazah dari U.K”. utusan malaysia, 13 jun 1973.  Rahanawati alida. “za’ba tak dapat terima sendiri ijazah”. Utasan melayu, 13 jun 1973.  Rencana pengarang. “pendeta za’ba” the straits times, 24 oktober 1973.  Rencana pengarang. “jejak langkah za’ba”. Utusan melayu, 25 oktober 1973.  Ruhiyati idayu. “za’ba reformis bahasa zamannya”. Mingguan malaysia, 26 januari 1974. 24

 Sidang pengarang. “pendeta za’ba”. Dewan masyarakat 15 disember 1973.  Sidang pengarang. “bintang di langit zaman”. Dewan sastra 15 november 1973.  Siti zaharah. “perginya seorang ‘reformis’”. Mingguan malaysia.28 oktober 1973.  Siti zaharah ibrahim. “pesaka za’ba”. Utasan zaman,28 oktober 1973.  Sulaiman masri. “perbandingan, za’ba dengan dr.asmah haji omar dalam perlakuan terhadap golongan kata”. Dewan bahasa 5 mei 1972.  Syed muhammad naguib al-attas. “zainal abidin ahmad: dialah pemukul rebana masyarakat dalam persuratan kita.” Dewan sastra, 15 julai 1973.  Syed muhammad naguid al-attas. Mastika, bil.8 tahun ke-33, ogos 1973.  “tuan za’ba menjadi pendeta bahasa ke england”. Majalah guru, 26 september 1947.  Tun abdul razak. “satu kehilangan besar kepada negara”. Berita harian,25 oktober 1973. Utusan melayu,25 oktober 1973.  Ulasan dan fikiran :padamnya pelita za’ba dlm berita mingguan 28 oktober 1973  Ungku aziz “footprints on the sand of time”kertas kerja konvensyen ekonomi1974  Wartawan kita “pendeta za’ba meninggal dunia “24 oktober 1973

25

 Yahaya ismail”za’ba :sebutir mutiara yang paling berharga dalam kesusteraan melayu moden” dewan sastera 15 november 1973  Zabbidah awang ngah 1960 Za’ba 12 disember 1973  Zaharah nawawi “padamkan pelita yang Cuma satu” dlm mastika 12 disember 1973  Zakaria abidin Ramlee “bagaimana affandi tau,siapa ziarah siapa tidak? Mimbar berita minggu 28 oktober 1973  Zamrud za’ba “bila bergerak di mana-mana botol bimbit” berita mingguan 25 november 1973  Zamrud za’ba “apa guna makin lama makin tak kuat” dlm berita minggu 2 disember 1973  Zamrud za’ba “akhir hayat biarlah di rumah sendiri” dlm disember 1973 berita minggu 16

PENUTUP “harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama”,begitulah pepatah yang sering kita dengarkan.seorang insan yang sangat berjasa seperti Za’ba tidak akan dapat kita lupakan.segala sumbangan yang telah beliau curahkan kepada kita sebagai rakyat Malaysia tidak ternilai dan tidak akan dapat kita balas.Seorang anak Melayu yang telah mengangkat dan memartabatkan bahsa ibunda iaitu bahasa Melayu serta memperjuangkan penulisan dalam bentuk tulisan jawi merupakan salah satu cara yang telah mengekalkan identiti kita sehingga ke hari ini.Kini,sebagai menghargai segala jasa yang telah diberikan oleh Za’ba,Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan warisan bercadang untuk menjilidkan 26

dan menerbitkan beratus-ratus rencana yang telah ditulis oleh pendeta Za’ba.Apabila cadangan ini Berjaya dilaksanankan,Jilid edisi khas ini akan di hadiahkan kepada sekolahsekolah,institute pengajian tinggi dan universiti bagi tujuan pengkajian tentang pendeta yang terulung iaitu Za’ba.Tujuan penerbitan ratusan rencana ini juga adalah aset untuk menjana pemikiran orang Melayu.

BIBLIOGRAFI 27

 Za’ba dalam kenangan  Pendeta za’ba  Teratak za’ba  http:// zainal abidin ahmad  ahli nasionalisme Malaysia  “Za’ba” Dewan Bahasa dan Pustaka

ISI KANDUNGAN

28

LATAR BELAKANG

2 4 5 6 8 9 26 27

KERJAYA ZAINAL ABIDIN AHMAD (ZA’BA)

KEGIATAN ZA’BA

PENULISAN ZA’BA

SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU

HASIL KARYA-KARYA ZA’BA

PENUTUP

BIBLIOGRAFI

29

30