You are on page 1of 26

\

PERADABAN ISLAM
SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM TAMADUN
ISLAM

AMINAH BINTI HAJI ALBANI
0904 2104
DIPLOMA USULUDDIN
SEMESTER 2

DISEDIAKAN UNTUK
USTAZ ZULJALALUDDIN BIN ABDUL RANI




ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

1.0 PENDAHULUAN

2.0 LATAR BELAKANG TAMADUN ISLAM


3.0 DEFINISI SAINS DAN TEKNOLOGI

3.1 Sains
3.2 Teknologi

4.0 SUMBER ASAS SAINS ISLAM

4.1 Ilmu Wahyu
4.2 Manusia

5.0 TUJUAN DAN MATLAMAT SAINS ISLAM

6.0 METODOLOGI DAN ETIKA DALAM SAINS ISLAM

7.0 CABANG SAINS DAN TEKNOLOGI

7.1 Biologi
7.2 Kejuruteraan
7.3 Fizik

8.0 SARJANA ISLAM DALAM SAINS DAN
TEKNOLOGI

8.1 Perubatan
ibn Sina
Al-Harth ibn Kaladah
Al-Sarkashi
Abu Bakr al-Razi

8.3 Astronomi
Al-Battani
Ibn Yunus
Al-Biruni

8.2 Matematik
Al-Buzjani


9.0 SUMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI TAMADUN ISLAM

10.0 INSTITUSI SARJANA SAINS ISLAM

Balai Cecerap
Hospital
Makmal Herba
Turkish Bath Atau Sauna Bath

KESIMPULAN

LAMPIRAN

BIBLIOGRAFI


PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t. syukur ke Hadrat Allah s.w.t atas limpah kurnianya kita sama-sama
masih di beri kesempatan untuk terus bernafas, menghirup udara yang segar yang mana
mampu untuk memberikan kecergasan pada jasad juga kecerdasan pada nikmat Allah yang
sangat istimewa iaitu akal. Dengan kelebihan yang Allah berikan ini seharusnya kita kenalah
menggunakan kelebihan ini dengan sebaiknya. Terima kasih saya ucapkan kepada Ustaz
Zuljalaluddin kerana dengan khidmat beliau menabur bakti dan memberikan kefahaman
kepada kami berkaitan dengan apakah sebenarnya “PERADABAN ISLAM”.
Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kerana beliau kerana telah memberi keizinan kepada
saya untuk menyelesaikan tugasan ini. Sentiasa mendukung dan memberi tunjuk ajar kepada
saya. Terima kasih juga saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya kerana telah memberi
sokongan dan bantuan dari segi kewangan sehingga akhirnya tugasan saya selesai. Bukan itu
saja, dengan semangat dan kepercayaan yang telah diberikan oleh mereka telah membuka
minda saya dan memberi inspirasi kepada saya untuk terus maju ke hadapan .
Tidak dilupa, buat para sahabat seperjuangan saya yang telah banyak membantu saya, terima
kasih saya ucapkan. Moga segala jasa kalian akan dibalas dengan sejuta rahmat dari sang
pencipta Allah s.w.t. Sebenarnya banyak benda yang kita kena faham dan ketahui dalam tajuk
ini. Sains dan teknologi merupakan salah satu komponen yang terpenting dalam membina
sesuatu peradaban. Ia merupakan salah satu dari kayu ukur yang dapat menilai sejauh mana
kehebatan sesebuah bangsa itu mencapai tamadun. dengan adanya sains dan teknologi ini,
dapat memberi kemudahan kepada manusia sekaligus dapat membantu manusia menguruskan
kehidupan seharian.








1.0 PENDAHULUAN
Dalam peradaban dunia perkara asas yang perlu ada bagi setiap tamadun ialah hubungkait
berkaitan dengan perihal yang melibatkan manusia. jika kita lihat secara terperinci antara
perkara yang termasuk dalam Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul
di dunia. Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau
Averroes dan Al-Khawarizmi telah memberikan banyak sumbangan sehingga mampu
merialisasikan suatu tamadun yang sangat gemilang ketika itu.
Sebenarnya semua ini berlaku kerana islam telah melalui satu proses pentamadunan. Apakah
yang dimaksudkan dengan tamadun? Serta apakah yang akan kita perolehi hasil daripada
tamadun?. Walaupun tajuk utama tugasan ini ialah SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM
TAMADUN ISLAM, tetapi perkara-perkara seperti ini juga perlu diselitkan bagi memberi
kefahaman yang lebih jelas berkenaan dengan pengertian tamadun itu sendiri. Pada umumnya,
para ilmuan islam bersepakat bahawa perkataan tamadun menyamai 3 istilah di dalam bahasa
arab iaitu Umran, al-Hadarah dan juga Al-Madaniyyah. Disimpulkan tamadun membawa
maksud suatu usaha yang terdiri daripada gabungan dua aspek yang saling memerlukan antara
satu dengan yang lain iaitu rohani dan jasmani. Ini bertujuan untuk mendapatkan nikmat
material bagi kehidupan duniawi serta kesejahteraan jiwa atau saadah al-ruhiyyah, bagi
keselamatan ukhrawi yang kekal abadi.1
Pada kali ini, kita akan membincangkan beberapa aspek yang berkaitan dengan sains dan
teknologi dalam tamadun islam. Antara perkara yang akan dikupas dalam tugasan kali ini
ialah berkaitan dengan latar belakang tamadun islam, definisi sains dan teknologi, sumber
asas sains islam, tujuan dan matlamat sains islam, metodologi dan etika dalam sains islam,
cabang sains dan teknologi, sarjana islam dalam sains dan teknologi, sumbangan sains dan
teknologi dari tamadun islam, kaedah pemikiran sarjana dalam tamadun islam serta
penyebaran sains dan teknologi dari tamadun islam 2

1.Abdul Rahman Nawas etl 1995 . tamadun islam Kuala Lumpur: Pustaka Abdul Majid, Azam Hamzah dan Zulekha yusoff
2.1990 tamadun islam konsep dan pencapaiannya. Shah Alam: pustaka HIZBI



2.0 LATAR BELAKANG TAMADUN ISLAM
Tamadun islam sangat berbeza dengan tamadun-tamadun lain yang pernah wujud di muka
bumi ini. Ini kerana tamadun islam bersifat konsisten di mana imej islam yang dibawa oleh
nabi Muhammad s.a.w sejak lebih 14 kurun lampau masih lagi sesuai dengan kehendak dan
tuntutan sehingga ke hari ini. Persoalan berkaitan dengan perundangan masih lagi kekal dan
tetap yang terkandung di dalam al-Quran. Perintah Allah s.w.t adalah mutlak tanpa ada
perubahan mengikut arus zaman. Dalam tamadun islam juga, mereka mengamalkan sistem
keterbukaan dan rasional. Walaupun tamadun islam mengalami proses perubahan yang agak
lama namun ini memberi hikmah kepada tamadun islam untuk menerima peradaban-
peradaban dari tamadun lain untuk diasimilasi supaya ia dapat diseragamkan dengan resam
dan penganutnya. Dalam tamadun islam juga, mereka menerima tatacara dari tamadun lain
selagi tidak bertentangan dengan nilai akidah serta konsep islam. Ini menggambarkan kepada
umat manusia bahawa sebenarnya islam menerima keterbukaan. 3
Ia bertujuan untuk mengelakkan pandangan sempit terhadap imej islam serta bertujuan untuk
memberi kesedaran kepada manusia agar menggunakan keupayaan akal yang telah diberikan
oleh Allah. Selain itu juga, tamadun islam juga bersifat semasa. Jika kita lihat, sehingga ke
hari ini islam masih lagi kekal walaupun telah menerima pelbagai cabaran dunia. Ini
membuktikan bahawa islam selari dengan tuntutan semasa yang sering berubah. Sifatnya
yang memberi ruang untuk membina serta mengukuhkan lagi budaya islam dengan sempurna.
Tamadun islam sesuai dengan fitrah manusia.4
Sifat semulajadi manusia memerlukan keseimbangan antara elemen manusia dan elemen
ketuhanan. Terdapat tiga jaringan yang mampu membina satu peradaban yang begitu
sempurna antaranya ialah hubungan manusia dengan pencipta, hubungan manusia sesama
manusia serta hubungan manusia dengan alam. Cara islam sangat berbeza dengan peradaban
yang lain seperti contoh tamadun barat, mereka mementingkan sikap individualistik yang
mana hanya melibatkan hubungan manusia sesama manusia dan alam sahaja. Islam adalah
sempurna dan menyempurnakan keperluan-keperluan manusia 5
3.Abdul Rahman Nawas etl 1995 . tamadun islam Kuala Lumpur: Pustaka
4. Abdul Majid, Azam Hamzah dan Zulekha yusoff 1990 tamadun islam konsep dan pencapaiannya. Shah Alam: pustaka
HIZBI
5. penyusun Mohd Liki Hamid 2003 Pengajian Tamadun Islam edisi ke-2

3.0 DEFINISI SAINS DAN TEKNOLOGI
Sains ditakrifkan sebagai suatu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan penyataan yang
terbukti atau melalui fakta-fakta yang ditinjau serta disusun secara sistematik dan dikumpul
dalam bentuk hukum-hukum yang umum. Dalam pentakrifan umum, dapatlah dirumuskan
bahawa sains merupakan satu proses untuk mencari dan menemui suatu kebenaran melalui
pengetahuan, memahami tabii untuk menerangkan Hukum Alam, Hukum Sains (Laws of
Nature) bagi menerangkan undang-undang Tabii (Natural Laws).
Manakala takrif Teknologi pula berasal daripada perkataan Tekne yang bermaksud kemahiran
( skill) atau kraf (craft), kemahiran bermaksud pengetahuan, kebolehan, dan pencapaian
(knowledge, ability, accomplishment) sementara craft bererti kekuatan atau tenaga, sama
dengan keupayaan untuk merancang atau membentuk. Craft juga bermaksud kemahiran
manusia yang memperoleh melalui pengetahuan. Dengan menggabungkan semua elemen,
maka dapatlah difahami bahawa takrif Teknologi ialah cara-cara yang digunakan oleh
manusia dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran untuk mencapai dan memenuhi
matlamat dan tujuan. 6
Sains memberi penekanan kepada pencapaian pemikiran manusia dalam menguasai ilmu
pengetahuan. Bidang ilmu yang membolehkan manusia mengetahui, memahami dan
menerangkan sesuatu fenomena yang terdapat dalam alam semesta. Sains merupakan satu
proses untuk mencari dan mencapai kepada satu kebenaran dengan menggunakan pelbagai
kaedah. Manakala, Teknologi pula ialah bidang ilmu yang memberi tumpuan kepada
kebolehan dan kemampuan manusia dalam menguasai kemahiran dan kecekapan. Teknologi
menyentuh pelbagai jenis bidang antaranya ialah berkaitan dengan penciptaan peralatan,
rekaan barangan, pembuatan perkakas, penghasilan barangan pengguna, reka bentuk, reka
cipta dan sebagainya. Teknologi berfungsi sebagai pelengkap kepada sains. Ia bertujuan untuk
memudahkan urusan kerja dan kehidupan manusia. Teknologi berdasarkan ilmu pengetahuan.
ia melibatkan pengetahuan bagaimana untuk mengubah material dengan menggunakan
pelbagai metodologi. Ia melibatkan penyelesaian masalah secara konkrit. Manakala sains pula
menjadi asas pengetahuan.7
6. Kamus dewan bahasa edisi ke 3.Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,
7. Dr.Ramli Awang, Falsafah sains dan teknologi, Kamal Hassan (ed) 1988 pendidikan dan pembangunan: satu perspektif
bersepadu. Kuala lumpur

4.0 SUMBER ASAS SAINS ISLAM
Ilmu wahyu adalah sumber asas kepada sains keagamaan atau syari‟ah, sains tabii dan sains
sosial. Sains keagamaan: fikah, ilmu kalam, ilmu usuluddin, tasawuf, fara‟id dan sebagainya.
Al-Quran mempunyai mesej-mesej yang berbentuk doktrin yang menjelaskan pengetahuan
berkaitan dengan stuktur tabii dan alam semesta. Mengandungi pelbagai maklumat sejarah
tentang manusia, raja-raja, kerajaan-kerajaan silam, sejarah dan kisah para nabi-nabi dan
banyak lagi. Al-Quran merupakan sumber pengetahuan yang mana ia menerangkan perkara-
perkara yang berkaitan dengan metafizik seperti syurga dan neraka. Selain itu sunnah
Rasulullah s.a.w pula merupakan sumber asas pembentukan paradigma sains islam selain
daripada al-Quran. Fungsi utamanya adalah untuk menerangkan dan mentafsirkan al-quran.
Jiwa manusia juga merupakan sumber pengetahuan kepada ilmu intuisi. Pengetahuan
diperolehi melalui bisikan nurani dan sentuhan jiwa. Hati manusia juga merupakan salah satu
sumber ilmu yang menghasilkan pengetahuan melalui ilham, taufiq dan hidayah. Pemberian
Allah s.w.t kepada seseorang kerana bersihnya hatinya. 8

5.0 TUJUAN DAN MATLAMAT SAINS ISLAM
Matlamat sains dalam islam ialah mengarah dan membawa seseorang itu mengenali dan
mengetahui Allah s.w.t iaitu pemilik mutlak ilmu dan menjadi sumber kepada segala
pengetahuan yang dimiliki oleh manusia. Matlamat sains islam juga adalah untuk
meningkatkan tahap ketakwaan dan keimanan terhadap Allah s.w.t pengalaman yang dilalui
oleh seorang pengkaji dalam kajiannya akan meninggalkan kesan terhadap aspek
kerohaniannya melalui pemerhatian akan perubahan dan perkembangan fenomena yang
berlaku. Sains islam juga mampu membentuk dan membina muslim soleh dan muslimah
solehah. Insan yang baik dan seimbang dari segi rohani dan jasmani mampu meningkatkan
martabat diri seseorang bagi mencapai matlamat insan terulung dalam semua aspek. Dengan
adanya inkuiri akan pengetahuan sains, ia mampu mempertingkatkan amal ibadah, kerja-kera
sosial, perkongsian ilmu dan kemahiran sebagai sedekah jariah bagi membangun dan
memajukan anak bangsa.
Sains dan Teknologi juga memenuhi keperluan kehidupan beragama masyarakat islam.
Menyediakan kemudahan, kesenangan dan keselesaan untuk menunaikan ibadah seperti ilmu

falak dalam menentukan arah kiblat, masuk dan berakhirnya waktu solat, bermula dan
berakhirnya ramadhan serta menentukan hari wukuf dan tashriq dalam ibadah Haji. Sains
juga mampu mewujudkan kemakmuran dan membawa kesenangan dalam hidup.
Kemakmuran ekonomi melalui peningkatan hasil pengeluaran. Pembaikan taraf hidup melalui
penambahan kadar pendapatan, membawa kekayaan melalui pelbagai sektor ekonomi.
Dengan adanya sains juga, manusia mampu mencapai kecemerlangan hidup dalam semua
bidang dan aspek kehidupan. Sains mampu melahirkan masyarakat berilmu, celik budaya dan
maklumat. Ia juga mampu membentuk personaliti individu muslim yang bersifat rendah hati,
warak serta banyak memberi khidmat dan membawa manfaat kepada orang lain.9

6.0 METODOLOGI DALAM SAINS ISLAM
Sains islam sangat memberi penekanan kepada aspek kreativiti seni dalam penghasilan dan
penyumbangan sains. Unsur ini dapat dikesani dengan jelas melalui bahan-bahan warisan
peninggalan sejarah islam, terutama sekali yang terdapat dalam seni bina masjid dan istana.
Selain dari kreativiti seni, sains islam juga memberikan tumpuan kepada kemahiran dalam
reka cipta. Aspek ini penting bagi menentukan pencapaian bidang teknologi yang telah
dikuasai. Melalui penguasaan ilmu dan hasil asimilisasi ilmu dari tamadun lain telah
menjadikan sains islam antara sains yang paling terulung suatu ketika dahulu. Reka cipta
dalam sektor penghasilan barang, penciptaan perkakas dan penciptaan alat telah memberi
impak positif yang besar kepada masyarakat. Dalam sejarah teknologi islam, banyak jenis alat
dan perkakas yang telah dicipta oleh para saintis. Ia bertujuan untuk memberi kemudahan
kepada keperluan umum. Penciptaan dan penggunaan teknologi juga merupakan bidang yang
penting dalam perkembangan sains dan teknologi dalam sejarah perkembangan sains islam.
Ahli-ahli sains dan teknik muslim banyak yang memberi sumbangan dalam bidang berkenaan,
terutama sekali dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Orang-orang islam mencapai tahap
pencapaian yang tinggi dalam kemahiran menghasilkan teknologi.
Penulisan buku dan risalah-risalah ilmu juga menjadi aktiviti yang diberikan perhatian berat
dalam bidang budaya ilmu dan tradisi keilmuan islam zaman silam. Buku-buku yang ditulis
dan dihasilkan dijadikan rujukan dalam menjalankan kajian dan penyelidikan. Kejayaan para
saintis muslim dalam menghasilkan buku-buku ilmu adalah sungguh mengagumkan.

Metodologi sains islam juga memberi penekanan kepada aspek menggabung dan memadukan
ilmu dengan iman.10

8. Kamal hasssan [ed] 1988 pendidikan dan pembangunan:satu perspektif bersepadu. Kuala lumpur:
9, Osman bakar 1991 tauhid and science kuala lumpur, seyyed hossein Nasr 1984 science and civilization in islam shah
alam Dewan bahsa dan pustaka
10.shahril mohammad zain [ed] 1985 pengenalan tamadun dan sainss dan teknologi islam kuala lumpur Dewan bahsa daan
pustaka















7.0 CABANG ILMU SAINS DAN TEKNOLOGI
Terdapat banyak ayat dalam Al-Quran menyeru supaya manusia mengkaji dan meneliti
fenomena alam untuk memahami dan mendalami ilmu pengetahuan agar dapat membina
suatu tamadun yang sempurna. Berdasarkan ayat di bawah jelas bahawa alam yang dicipta
Allah s.w.t. tertakluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa yang ada di langit dan di bumi
adalah hak Allah s.w.t. untuk kemudahan dan kegunaan manusia. Islam tidak terbatas kepada
hubungan manusia dengan Tuhan, bahkan merangkumi semua aspek kehidupan.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
¯¦·¯Ò¡ W-uÒ4O·> EpÒ¡ -.- 4OOCEc ª7¯·¯ E` O)×
gª4OE©OO¯- 4`4Ò O)× ^·¯O·-
Eu4l¯cÒ¡4Ò ¯ª7¯^OÞU4× +OE©E¬g^ LE4O)_·÷
LO4LgC44Ò ¯ =}g`4Ò +EEL¯- }4` N·g³O_7©
©)× *.- )O¯O4¯) ±¦·Ug× ºº4Ò O1³¬- ºº4Ò ±U4-g
¯OOgLG` ^g´÷

“Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah memudahkan untuk kemudahanmu apa yang
ada di langit dan di bumi, dan telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di
langit dan di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmat-Nya yang zahir
dan batin.” (Surah Luqman: 20)
Umat islam sewaktu ketika dahulu amat terkenal dan maju dari segi tamadun keilmuan,
kebendaan dan juga kemanusiaan. Semasa tamadun barat dalam zaman kegelapan, Di
Cordova, badar-bandar umat islam sudah mula diterangi lampu awam di jalan-jalannya.
Pencapaian tamadun islam amat jauh di hadapan berbanding dengan barat sewaktu itu. Antara
bidang yang menjadikan islam sebagai pemangkin kepada perkembangan sains dan teknologi
ialah:
7.1 BIDANG BIOLOGI
Sains biologi ialah suatu bidang ilmu yang kajiannya berkaitan dengan fenomena benda-
benda yang hidup, ia terdiri daripada makhluk-makhluk yang seni seperti virus, hama,
bakteria sehinggalah kepada makhluk yang paling kompleks iaitu manusia (homo sapiens)

yang telah diciptakan oleh Allah s.w.t dengan pelbagai stuktur dalam pelbagai bentuk yang
kadangkala sangat rumit. Ia merangkumi manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Falsafah biologi islam
Falsafah biologi adalah yang berpaksikan akan prinsip., konsep serta tujuan mewujudkan
kemakmuran melalui peningkatan produk pertanian dan hasil penternakan bagi membasmi
kemiskinan. Biologi membolehkan manusia menikmati segala pemberian Allah s.w.t. segala
makhluk diciptakan oleh Allah s.w.t. kepelbagaian jenis makhluk membuktikan bahawa
kebijaksanaan Allah mengatasi segalanya.
Kesempurnaan kejadian manusia dilihat oleh para ilmuan islam sebagai petanda
kesempurnaan sifat Allah s.w.t sebagai pencipta. Perbezaan dari segi bentuk dan stuktur yang
terdapat pada benda-benda yang hidup memperlihatkan akan kekuasaan Allah s.w.t.
kepelbagaian kegunaan dan faedah sesuatu makhluk membuktikan keluasan rahmat
Allah.Unsur kecantikan dan keindahan yang terpancar menggambarkan bahawa keindahan
sifat Allah s.w.t. dalam konteks perkembangan islam, bidang biologi telah dikaji oleh para
biologi muslim dari pelbagai sudut samada dari sudut botani mahupun zoologi.11
7.2 KEJURUTERAAN
Teknologi dan kejuruteraan merupakan alat terpenting dalam menentukan kewujudan sesuatu
tamadun. dengan adanya kesedaran ini sekaligus didorong oleh tujuan dan sifat inkuiri maka
ilmuan dalam bidang ini telah mengambil perhatian dan cuba untuk menguasai pengetahuan
ini. Faktor ini dipengaruhi oleh pelbagai aspek antaranya ialah bidang kejuruteraan
merupakan bidang ilmu praktikal yang berorentasikan kemahiran.
Falsafah kejuruteraan islam
Falsafah kejuruteraan islam memberi penekanan kepada prinsip dan konsep memudahkan
urusan. Kejuruteraan memberi keselesaan dan memberi kemudahan dalam kehidupan tetapi
tidak membawa kepada kelalaian dan kealpaan. Ia juga menjimatkan tenaga dan memudahkan
kerja. Kejuruteraan mengutamakan estetika. Kejuruteraan juga disifatkan sebagai mesra alam,
memelihara dan menjaga kemaslahatan umum. Keterampilan orang-orang islam dalam bidang
kejuruteraan lebih banyak dalam bidang kejuruteraan awam. Orang-orang islam telah
mengeksploitasi sumber air dengan sebaik mungkin terutamanya dalam bidang petanian dan

menghasilkan tenaga dalam penjanaan kuasa bagi tujuan perindustrian. Sebagai contoh,
pembinaan kilang-kilang kertas, kilang tepung dan sebagainya. Dalam kemajuan pembinaan
kapal, islam antara tamadun yang mendahului ilmu ini. Terdapat dua jenis kapal yang dicipta
oleh orang islam, iaitu kapal perang dan kapaal dagang. Orang islam juga mencapai tahap
kejayaan yang tinggi kerana telah berjaya menghasilkan air ros, bahan pewangi dan banyak
lagi.
Perindustrian kulit juga merupakan aspek terpenting dalam pencapaian orang islam dalam
bidang sains dan teknologi. Bandar-bandar besar islam mempunyai industri kulit tersendiri.
Penghasilan barang-barang kulit meliputi pembuatan pakaian, kasut, sandal, beg, peralatan
muzik dan sebagainya. Para ilmuan islam juga telah banyak memberi sumbangan dalam
pembangunan pengairan, pembinaan empangan, industri pakaian dan penciptaan perkakas
pertanian.
7.3 FIZIK
Fizik dalam konteks pengertian moden ialah satu cabang ilmu berkaitan dengan kejasmanian
(fizik) sifat bahan yang terdapat di dalam alam tersebut dan saling bertindak. Ia berkenaan
dengan jirim dalam ruang. Fizik merangkumi segala benda yang berubah. Fizik melibatkan
material.
Falsafah fizik islam
Fizik islam berpegang kepada prinsip fizik yang tidak menafikan metafizik. Sesuatu yang
tidak dapat dibuktikan dengan kebenarannya melalui pendekatan fizik tidaklah bermakna
perkara itu tidak benar. Dalam sejarah perkembangan fizik islam, penciptaan peralatan dan
perkakas merupakan aspek penting yang diberi penekanan dan tumpuan serta perhatian oleh
komuniti ilmuan muslim. Ahli sains islam telah mencipta beberapa peralatan, antara alat yang
dicipta dan diketengahkan ialah aerometer digunakan sebagai mengukur kepekatan bendalir
dan suhu, alat menimbang untuk menimbang benda-benda pepejal dalam air dan udara.
Pendulum pula digunakan untuk mengukur masa kanta dan parabola atau jarum magnetik
digunakan untuk menentukan arah dan sebagainya. 12
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Og¬³Ò^4C 4ׯg~-.- W-EONL4`-47 -·O)³
º1g~ ¯ª7¯·¯ W-O÷·OOE¼·> ©)× +·)UE×E©^¯-
W-O÷·=O^··· gE=O^¼4C +.- ¯ª7¯·¯ W -·O)³4Ò
º1g~ W-Ò+O¬=e- W-Ò+O¬=e·· ;7··¯O4C +.-
4ׯg~-.- W-ONL4`-47 ¯ª7¯Lg` 4ׯg~-.-4Ò
W-O¬>Òq¡ =¦·Ug¬^¯- ±eE_4OE1 _ +.-4Ò
E©) 4pO¬UE©u¬·> ¬OO)lE= ^¯¯÷

“Maka Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang berilmu
pengetahuan beberapa darjat.” (Surah Al-Mujaadilah: 11)

11. Dr.Ramli Awang Falsafah sains dan teknologi..
12. 100 pahlawan muslim yang mengubah dunia, Hj ahmad fauzi hj Morad Tamadun islam UPM 1997


























8.1 SARJANA ISLAM DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI
8.1 PERUBATAN
IBN SINA (1037M)
Tokoh serba boleh
Umat Islam di waktu kebangkitan Islam cuba untuk melengkapkan diri dengan memiliki
lebih daripada satu bidang ilmu sebagaimana yang disarankan oleh Islam itu sendiri. Salah
seorang yang berjaya berbuat demikian ialah Abu Ali al-Husain Ibn Abdullah Ibn Sina
atau lebih dikenali sebagai Ibn Sina. Bukan setakat ahli perubatan kelas pertama malah
ahli sains dan falsafah. Lahir di Bukhara pada (980M), dari sebuah keluarga berada. Di
sanalah beliau mendalami bidang bahasa dan sastera. Setelah menguasai ilmu itu, beliau mula
berminat dengan ilmu akal pada usia 20 tahun. Beliau Mempelajari ilmu logik, geometri dan
buku Almagest daripada Abu Abdullah al-Natali, rakan bapanya. Kemudian, belajar ilmu
sains, fiqh dan perubatan daripada guru yang berlainan. Mendapat pencapaian yang tinggi
dalam ilmu perubatan dan mengajar para doktor untuk menambahkan ilmu mereka.
Memperolehi penghormatan setelah berjaya merawat Putera Nuh Ibn Nas al-Samani.
Beliau dibenarkan menggunakan perpustakaan istana yang kaya dengan buku yang sukar
diperolehi dan mendapat ilmu yang banyak dari situ. Kelayakan membolehkannya menerima
gelaran Mahaguru Pertama (al-Syaikh al-Ra‟is). Memilih aliran al-Farabi dalam bidang
falsafah dan mengatasinya dalam penyusunan ilmu falsafah dan sains Islam. Digelar
guru ketiga dalam ilmu logik kerana cemerlang. Begitu juga dalam syair, prosa,
matematik, falak dan muzik. Menghasilkan buku-buku seperti al-Qanun dan al-Najah.
Beliau berpendapat, ilmu matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Percaya
bahawa tanpa tubuh yang kuat, ubat tidak berguna.13


AL-HARTH IBN KALADAH (634M)
Ahli perubatan islam paling awal
Merupakan orang Islam terawal, berasal dari Taif. Beliau banyak merantau dan belajar
ilmu perubatan di Yaman dan lebih banyak belajar mengenai ubat-ubatan di Parsi. Juga
berkebolehan dalam muzik. Sempat bersahabat dengan Rasulullah dan 4 Khalifah selepas
baginda. Saad Ibn Abi Waqas yang jatuh sakit di Mekah sembuh setelah dirawat oleh
Ibn Kaladah selepas dipanggil oleh Rasulullah. Ibn Kaladah menyimpan banyak rekod
dalam bidang perubatan dan penyakit-penyakit serta cara merawatnya. Catatan menarik
berkenaan beliau ialah peristiwa beliau menemui Kisra Anu Syirwan, Maharaja Sasan.
Pelbagai soalan diajukan oleh maharaja tersebut dan beliau memberikan jawapan-
jawapan yang membuatkan maharaja itu tertarik seperti jangan makan terlalu kenyang,
jangan berjemur di matahari dan perut ialah rumah penyakit.

AL-SARKASHI (889M)
Pewaris ketokohan al-kindi
Ahli keluarga dan anak murid al-Kindi. Nama penuh Abu al-Abbas Ahmad Ibn
Muhammmad Ibn Marwan atau lebih dikenali sebagai Ahmad Ibn al-Taiyib al-Sarkashi.
Lahir di Sarkhs, sempadan Iran-Rusia. Masyhur dalam bidang perubatan, ilmu warisan
masyarakat Arab dan tamadun kuno. Juga ahli bahasa yang baik dan sesekali
meriwayatkan hadith termasuklah Hadith „Amru Ibn Muhammad Ibn al-Qasir dan
Hadith Ahmad Ibn al-Harth. Menjadi Hakim Negara pada zaman pemerintahan al-
Mu‟tadhid dan sangat rapat dengan pemerintah itu dan menjadi guru dan penasihat.
Kelemahan merahsiakan hal-hal kerajaan menyebabkan dia mati dibunuh al-Mu‟tadhid
selepas dipenjara 3 tahun. Beliau menulis buku-buku mengenai perubatan, masakan dan hal-
hal fizikal termasuk Metafizik.

ABU BAKR AL-RAZI (924M)
Tokoh ilmu perubatan

Masyarakat Islam menguasai kepakaran bidang perubatan dan juga mendalami teknik
perubatan Kaldan, Parsi, India malah Arab Jahiliah. Kajian-kajian lanjut mengenai
perubatan dikenali sebagai perubatan Islam. Abu Bakr al-Razi mendapat gelaran Gale
(pakar bedah Yunan). Dilahirkan di bandar al-Rai, utara Teheran (864M). Mula
mempelajari bidang perubatan setelah berusia 30 tahun. Guru pertama ialah a-Bakhi,
pengembara yang ada ketokohan dalam bidang falsafah. Guru kedua, Abu al-Hassan Ali
Ibn Raban al-Tabari, tokoh perubatan dari Tabristan. Kepakaran al-Razi menjadikan beliau
pengarah hospital umum al-Rai buat seketika. Kemudian, menjadi pengarah hospital
„Adhudi, Baghdad. Menetap di sana sehingga meniggal dunia pada 924M. Juga ada karya
dalam logik, ketuhanan, psikologi, bedah mata dan sebagainya. Antara buku beliau ialah al-
Hawi dan al-Mansuri. Turut menulis buku tentang etika Doktor dan penjagaan
kesihatan. Digolongkan dalam ahli perubatan kelas pertama. Orang pertama menggunakan
bahan kimia sebagai ubat. Menggunakan kaedah psikologi dan rawatan dalam merawat
pesakit. Ada pandangan sendiri dalam bidang kimia, sains dan ketuhanan 14

8.2 MATEMATIK
AL-BUZJANI (998M)
Pakar geometri
Muhammad Ibn Muhammad Ibn Yahya Ibn Ismail Ibn al-Abbas al-Buzanji. Lahir di
Buzjan pada 940M. Belajar matematik dan geometri daripada bapa saudaranya Abu
„Amru al-Mughazili dan Abu Abdullah Muhammad Ibn „Anbasah. Guru-guru lain
termasuklah Abu Yahya al-Mawardi atau Ibn Karnib. Berpindah ke Iraq pada 959M dan
terkenal sebagai guru. Rapat dengan Abu Ubaidillah al-Husain Ibn Ahmad Ibn Sa‟don yang
merupakan menteri kepada Syams al-Dulah Ibn „Adhd al-Daulah al-Buwaihi. Menonjolkan
kehebatan Abu Haiyan al-Tauhidi kepada Ibn Sa‟d. Hidup sederhana hingga akhir hayat.
Menguasai ilmu geometri dan mampu beri pandangan baru yang menarik. Karya yang
banyak termasuk ilmu hisab, falak dan ulasan buku Kharizmi tentang algebra. Memberi
sumbangan terutamanya dalam teori-teori geometri dan menghubungkan algebra dengan
geometri. Merintis bidang pengajian geometri analisis. Kurang berjaya dalam ilmu Falak. Ada
kata-kata indah mengenai hidup dan masyarakat.


AL-KHAWARIZMI (846M)
Pengasas ilmu algebra
Berasal dari Khawarizm atau Khuway, selatan Tasik Aral, Turkistan. kemudian
berpindah ke Baghdad. Berkemahiran tinggi dalam bidang Matematik, Falak, Geografi
dan Sejarah memudahkannya menguasai ilmu-ilmu di India dan Greek sekaligus.
Beliaulah yang mula-mula menggunakan istilah algebra atau “al-jabr” dalam bahasa
Arab. Memperkenalkan sistem angka India kepada orang Arab dan Barat. Istilah matematik,
“Logaritma” yang telah dicipta oleh orang Barat adalah bagi mengenang jasa-jasa beliau.
Antara buku beliau yang popular ialah al-Ziq jilid 1 dan 2, al-Rakhamah dan al-Tarikh.
Yang paling popular ialah al-Jabr wa al-Muqabalah ringkasan buku lain untuk
memudahkan pedagang-pedagang membacanya.

8.3 ASTRONOMI
AL-BATTANI (929M)
Pakar ilmu falak
Abdullah Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan al-harrani al-Raqi atau al-Battani. Ilmu Falak
menjadi ilmu yang sangat diminati pada zaman kebangkitan Islam. Ilmu ini
memperkatakan tentang pergerakan bintang dan yang berkaitan dengan bumi. Pakar-
pakar Falak pada zaman Abbasiyah dilantik sebagai pegawai-pegawai yang
bertanggungjawab dalam hal-hal astronomi. Pencapaiannya yang terbesar ialah, beliau
berjaya mengumpul ilmu-ilmu dari pelbagai negara. Sumbangan al-Battani yang dapat
dilihat dalam ilmu geometri, fizik, kira-kira, dan kaji bintang ialah beliau membetulkan
kesilapan Batlaimus dari Yunani dalam bukunya, al-Mijisti. Mukadimahnya ialah kebaikan
ilmu Falak. Kajian dijalankan di balai cerap bintang di Rakqah. Ada juga dijelaskan
hubungan ilmu falak denagn ilmu nujum, pergerakan cakerawala dan kesan-kesannya
terhadap kejadian di bumi. Ilmu nujum disimpulkan sebagai karut semata-mata.

IBN YUNUS (1009M)
Pakar astronomi

Ibn Yunus atau nama sebenarnya Abu al-Hassan Ali Ibn Abdul Rahman Ibn Ahmad Ibn
Yunus Ibn Abdul A‟la al-Sadafi. Hubungan yang rapat dengan kerajaan Fatimiah,
Khalifah al-Aziz meminta beliau melukis rajah bergerak cakerawala untuk kegunaan baginda
dan membina pusat kaji bintang di Kaherah selama setahun lebih. Juga mahir ilmu sastera
selain ilmu falak. Antara karyanya, al-Ziji al-Hakimi al-Kabir yang menjelaskan segala teori
dan praktisan. Memperkatakan teori-teori perjalanan cakerawala oleh sarjana terdahulu dan
sezaman dengannya. Turut mereka batu jam.
AL-BIRUNI(1050M)
Tokoh dalam banyak bidang
Berbangsa Parsi, beliau melakukan sesuatu yang sangat jarang dilakukan orang lain iaitu
menguasai bahasa Sanskrit yang asing bagi orang Timur Tengah ketika berada di India
sewaktu pemerintahan Sultan Mahmood Ghaznawi. Nama penuh al-Biruni ialah Abu al-
Raihan Muhammad Ibn Ahmad al-Biruni. Dilahirkan di Birun, Turkistan pada tahun
937M, meninggal pada tahun 1050M di India. Dengan ilmu yang diperolehi daripada Abu
Nasr Mansur Ibn Ali Ibn Iraqin beliau berutus surat dengan Ibn Sina. Gemar merantau
menambahkan pengalamannya. Ditawan oleh Sultan Mahmood dan sentiasa mengiringi
baginda dalam peperangan. Pengetahuan yang mendalam mengenai falsafah Yunani dan
juga bagus dalam bahasa Hebrew dan Syria. Sumbangannya yang utama ialah mencipta
penggunaan angka-angka India menggunakan angka kosong. Menyelesaikan berbagai-
bagai persoalan matematik dan geometri. Berjaya menentukan garis bujur dan lintang
bumi serta pergerakan cahaya jauh lebih laju daripada pergerakan bumi. Al-Biruni,
seorang yang menguasai ilmu Timur dan Eropah.15
13.www.yadim.com.my/Sains/SainsFull.asp?Id=50 - 24k
14.Falsafah sains dan teknologi Dr.Ramli Awang
15.shahril mohammad zain [ed] 1985 pengenalan tamadun dan sainss dan teknologi islam kuala lumpur Dewan bahsa daan
pustaka













9.0 PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN SAINS & TEKNOLOGI TAMADUN ISLAM
Islam telah berjaya mencapai kemajuan dari hasil penyelidikan serta mampu menyumbangkan
ilmunya ke seluruh dunia. Dari sudut fizik islam, kita dapat melihat dari tiga sudut, iaitu
pencapaian dalam fizik teori, penciptaan alat dan peralatan serta penulisan buku dan risalah-
risalh fizik. Dalam sejarah perkembangan islam, fizik teori semasa tamadun islam telah
dikembangkan oleh beberapa golongan. Antara golongan yang banyak menyumbang kepada
perkembangan fizik ialah golongan peripetatik, golongan teologi dan ahli gnostik. Antara ahli
sains yang tergolong sebagai ahli falsafah peripetatik ialah al-Farabi, Ibn Sina, Nasir al-Din
al-Tusi, Ibn Bajah dan Ibn Rusyd. Golongan ini dilihat dari sudut orientasi pemikiran banyak
merujuk kepada falsafah yunani. Mereka mempercayai bahawa alam ini sebagai memenuhi
prinsip perubahan dan fizik ialah sains yang kajiannya berkenaan dengan sesuatu fenomena
yang berubah. Golongan ini berpegang kepada pandangan bahawa setiap jasad terdiri
daripada bentuk dan jirim yang bersifat selanjar. Kewujudan alam nyata bergantung terus
kepada Allah s.w.t. peraturan-peraturan alam dan segala benda yang berada di dalamnya
ditentukan oleh Allah s.w.t. ahli teologi pula menggunakan perwakilan keatoman untuk
menerangkan fenomena yang terdapat di alam semesta.
Dan yang terakhir, golongan ahli sufi gnostik pula berpendapat alam tabii merupakan
kenyataan yang mengandungi simbol dan kebolehan memahami simbol-simbol ini
menandakan satu peningkatan dalam perjalanan seseorang menuju Allah s.w.t. fenomena-
fenomena ciptaan tuhan bukan hanya satu tontonan bagi manusia tetapi merupakan tanda-
tanda bagi manusia akan kewujudan Allah s.w.t. di samping pencapaian dalam fizik teori,
ahli-ahli sains muslim juga banyak menerbitkan hukum-hukum fizik baru dalam menerangkan
fenomena tabii yang terdapat di alam nyata seperti hukum pembiasan cahaya dalam
menerangkan kejadian pelangi, pembentukan imej di atas cermin dan parabola, pembesaran
imej yang dihasilkan oleh kanta, hukum hakam mekanik dan masalah kestabilan, proses

kejadian bunyi. Abu Bakr Muhammad Ibn Zakariyya al-Razi merupakan ahli perubatan yang
pertama membezakan antara cacar dengan campak. Beliau mencipta beberapa ubat dari
tumbuh-tumbuhan, beliau membahagikan ubat kepada tiga kategori iaitu galian, sayuran dan
bennda hayat serta menjelaskan fungsi masinng-masing. Ali al-Abbas al-Zahrawi merupakan
tokoh perubatan islam pertama yang menerangkan tentang hubungan rangkaian urat dengan
arteri. Beliau juga menerangkan kepayahan untuk menyembuhkan penyakit tibi. Ibn Sina
ialah tabib yang berjaya menemukan bagaimana jakitan tibi berlaku, beliau juga menjelaskan
penyakit yang menyebabkan demam kuning. Pengetahuan perubatan mengenai pathologi
banyak diketengahkan oleh Abu Abbas Yahya ibn Isa Ibn Jazlah. Beliau juga banyak
memberi penjelasan tentang penyakit termasuk barah. Sumbangan-sumbangan yang telah
diketengahkan merupakan hanya sebahagian kecil daripada contoh pencapaian kajian saintis
muslim dalam bidang perubatan. Di samping sumbangan yang berbentuk penemuan baru
dalam bidang perubatan, ahli sains perubatan islam juga telah mencipta dan memperkenalkan
banyak alat dan perkakas penting yang digunakan dalam bidang perubatan. Tokoh perubatan
islam yang paling banyak mencipta dan mengetengahkan alat dan perkakas yang digunakan
dalam bidang perubatan, terutama sekali bagi tujuan pembedahan ialah Abu Qasim ibn al-
khalaf ibn al-Abbas al-Zahrawi. Beliau telah mencipta lebih kurang 300 alat dan perkakas.
Sebenarnya masih banyak lagi hasil reka cipta yang ada dalam tamadun islam seperti jam air,
empangan yang bersistem serta pelbagai alat yang mana dapat memberi kemudahan dalam
kehidupan manusia seharian.16
16. Bahasa dan pustaka.TAMADUN ISLAM hj ahmad fauzi hj morad UPM
















10.0 INSTITUSI SARJANA SAINS ISLAM
Kegemilangan pencapaian komuniti saintis muslim silam tidaklah terhad hanya dalam bidang
sains sahaja, malahan juga cemerlang dalam bidang teknologi. Keupayaan mengasimilisasi
dan mengaplikasikan sains untuk tujuan teknologi terbukti daripada pembinaan institusi-
institusi yang telah dilahirkan seperti balai cecerap, hospital, makmal herba dan turkish Bath
Balai Cecerap
Bangunan yang dibina untuk membuat cerapan cakerawala dan bintang-bintang di langit.
Bangunan penting [makmal] dalam kajian astronomi [falak]. Ahli-ahli sains dan astronomi
muslim terkenal dengan pengetahuan dan kepakaran yang tinggi dalam pembinaan balai
cecerap. Balai cecerap yang didirikan dilengkapi dengan pelbagai jenis peralatan penting
makmal yang diperlukan dalam kajian astronomi. Terdapat banyak balai cecerap yang
didirikan di bandar-bandar besar islam terutamanya sekali di sekitar Baghdad dan Cordova.
Balai-balai cecerap yang pernah didirikan oleh ahli sains islam, muslim mempunyai
kemudahan peralatan yang cukup dan lengkap. Teknologi pembinaan balai cecerap dan
penciptaan peralatan astronomi telah banyak dipelajari oleh Eropah daripada orang-orang
islam.
10.2 Hospital
Selain daripada balai cecerap, hospital juga merupakan institusi penting bagi ahli-ahli sains.
Sejak dari pemerintahan Bani Umaiyyah lagi, institusi hospital telah ada didirikanoleh orang
islam. Di samping hospital tetap, terdapat banyak hospital bergerak di negara-negara islam.
Hospital dibina oleh orang-orang islam menjadi model kepada pembinaan hospital-hospital di
Eropah. Dalam sejarah perkembangan bidang perubatan, hospital bukan saja bertindak
sebagai pusat rawatan, tetapi ia juga dijadikan sebagai pusat pendidikan dan latihan.
10.3 Makmal Herba

Kajian tumbuhan herba dan tanaman ubatan ialah bidang sains gunaan yang cukup
diminati oleh ahli-ahli sains islam. Pencapaian dan sumbangan hasil kajian komuniti saintis
muslim dalam bidang itu amatlah mengagumkan. Karya-karya agung sarjana sains islam
dalam bidang kajian tumbuhan herba dan tanaman ubatan telah diterjemahkan ke dalam
bahasa barat untuk dijadikan sumber rujukan penting dalam pengajian perubatan di Eropah
pada zaman pertengahan. Untuk memenuhi keperluan bagi menjalankan penyelidikan, ahli-
ahli sains muslim telah banyak mendirikan makmal-makmal herba sebagai pusat pengkajian.
Makmal-makmal tersebut dilengkapi dengan pelbagai jenis perlatan dan perkakas yang
diperlukan dalam menjalankan penyelidikan
10.4 Turkish Bath atau Sauna Bath
Ia merupakan teknik mandi wap yang diperkenalkan oleh orang-orang islam. Teknik mandi
tersebut bertujuan untuk berehat, menghilangkan bau peluh dan untuk menjaga kesihatan.
Ramuan bahan-bahan herba digunakan bagi meninggalkan kesan dan khasiat yang baik.17

17. Hj ahmad fauzi hj morad UPM TAMADUN ISLAM



















KESIMPULAN
Melalui hasil pencarian maklumat serta percambahan idea, dapatlah disimpulkan disini
bahawa sebenarnya sejak tamadun islam lagi ilmu sains dan teknologi sudah mula
diperkembangkan. Walaupun pada asalnya ilmu ini sudah wujud sejak zaman primitif lagi.
Namun ketika itu ilmu ini belum lagi diketengahkan dengan lebih serius. Di dalam tamadun
islam, sains dan teknologi merupakan antara aspek yang telah membantu membangun dan
membina tamadun islam itu sendiri. Ini membuktikan bahawa islam selari dengan tuntutan
semasa yang sering berubah. Sifatnya yang memberi ruang untuk membina serta
mengukuhkan lagi budaya islam dengan sempurna. Tamadun islam sesuai dengan fitrah
manusia. sifat semulajadi manusia memerlukan keseimbangan antara elemen manusia dan
elemen ketuhanan.
Sains dan teknologi dalam tamadun islam juga kebanyakannya masih lagi digunakan sehingga
hari ini. Ketekunan serta kekuatan para sarjana-sarjana lalu harus dicontohi oleh remaja pada
masa kini. Ini kerana, dengan meneladani para sarjana islam lalu, dapat menaikkan semangat
serta memberi inspirasi terutamanya kepada para remaja yang mana merupakan pelapis
menerajui alaf baru ini.
Melalui sains dan teknologi juga, manusia akan menjalani hidup dengan lebih mudah. Ini
kerana pelbagai alat dan barangan dicipta bagi memudahkan manusia mengurus
kehidupannya seharian. Teknologi yang dihasilkan kebiasaanya akan membawa kebaikan
kepada manusia. ini terbukti dengan adanya pelbagai hasil-hasil reka cipta di sesebuah
peradaban, ia mampu mempengaruhi sesuatu peradaban itu sendiri, yang mana akhirnya
mampu melahirkan suatu tamadun yang masyhur serta terulung.








BIBLIOGRAFI
Mohd kamal hassan [ed] 1988 pendidikan dan pembangunan:satu perspektif bersepadu kuala
lumpur Nurin enterprise,
Muhammad saud 1988 islam and evolution of science. Pakistan: islamic research institute
international islamic university islamabad,
TAMADUN ISLAM hj ahmad fauzi hj morad UPM
Falsafah sains dan teknologi Dr.Ramli Awang..
100 pahlawan muslim yang mengubah dunia,
Epistimologi islam teori ilmu Al-Quran ,
Seyyed hossein Nasr 1984 science and civilization in islam shah alam Dewan bahsa dan
pustaka,
Shahril mohammad zain [ed] 1985 pengenalan tamadun dan sainss dan teknologi islam
kuala lumpur Dewan bahsa daan pustaka
Pengajian Tamadun Islam edisi ke-2 penyusun Mohd Liki Hamid 2003,
Kamus dewan bahasa edisi ke 3.Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,
Susunan NURBALQIS HAYATI AHMAD NAJIH,
www.yadim.com.my/Sains/sainsfull.asp?Id=50 - 24k