You are on page 1of 12

KARANGAN FAKTA – Cara-cara Mengenang Jasa Ibu Ibu kita ialah insan yang bertanggungjawab melahirkan dan

membesarkan kita.Tanpa kehadiran mereka,sudah pastinya kita tidak akan hidup di muka bumi ini. Oleh itu,sebagai seorang anak kita hendaklah menghormati,menghargai dan menyayangi seorang ibu kita. Kita juga hendaklah menyedari dan tugas berat yang terpaksa dipikul oleh ibu ita untuk membesarkan kita sehingga menjadi manusia yang berguna. Mereka tidak pernah merungut atau menyesal dengan kehadiran kita. Malah mereka amat menyayangi kita dan sanggu berkorban apa-apa sahaja untuk kebahagian kita. Sebagai seorang anak yang mengenang jasa,kita mestilah berusaha untuk membalas jasa ibu kita.Walaupun ibu tidak pernah meminta dan menagih sebarang balasan,namun ini kita sendiri patut sedar dan insaf atas pengorbanan ibu selama ini Kita hendaklah menghormati ibu dan jangan sesekali menyakiti hati perasaan ibu. Hidup kita tidak akan selamat sekiranya kita mereka,mustahil kita dapat mencari gantinya semula. Harta benda yang banyak dan wang ringgit yang berjuta-juta belum tentu dapat membalas jasa ibu kita. Segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan kepada kita tidak bernilai harganya dan tidak dapat diukur dengan anak ringgit dan emas sekalipun. Kita juga mestilah menunjukkan rasa kasih sayang kita terhadap ibu,apalah lagi di saat usia ibu yang sudah meningkat dan memerlukan perhatian. Hanya kasih sayang yang abadi dapay mengukur sejauh mana kita sanggup membalas jasa dan pengorbanan ibu terhadap kita.

KEPENTINGAN BERSUKAN Bersukan amat penting dalam menjaga kesihatan diri. Antara aktiviti-aktiviti bersukan adalah seperti bermain bola sepak, bola jaring, bola baling dan sebagainya. Banyak faedah yang boleh kita dapat daripada bersukan. Antara faedahnya ialah menambahkan ilmu pengetahuan. Kita boleh belajar teknik-teknik yang terdapat dalam sesuatu permainan. Contohnya, kita akna belajr teknik menendang dan menanduk bola jika kita bermain bola sepak. Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti masa lapang yang bermanfaat. Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang. Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghindarkan diri daripada terjebak daripada gejala sosial. Seterusnya, bersukan dapat memberiakan kita hiburan. Contohnya, apabila seseorang bermain permainan kesukaannya, akan timbul rasa gembira dalam dirinya. Ini boleh mengelakkan diri daripada terkena tekanan perasaan. Di samping itu, bersukan juga dapat menyihatkan tubuh badan. Apabila kita bersukan, peluh akan keluar daripada kulit kita. Ini membuatkan badan kita cergas dan otak kita cerdas. Tanpa bersukan badan kita akan bersa lesu dan pening kepala. Kesimpulannya, bersukan dapat memberi faedah kepada kita. Sesungguhnya, orang yang rajin bersukan merupakan orang yang sihat tubuh badannya. Jadi, bersukanlah demi menjaga kesihatan diri.

FAEDAH MENABUNG Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang yang diperolehi tidak kiralah wang itu daripada pemperian ayah dan ibu atau kita perolehi daripada bekerja atau mengambil upah. Banyak faedah yang boleh kita perolehi daripada menabung. Antaranya ialah kita dapat melatih diri untuk berjimat cermat. Wang kita perolehi kita boleh menyimpan di dalam bank. Kita tidak perlu membelanjakan ke semua wang kita ada. Selain itu, dengan menabung juga kita boleh menggunakan wang tabungan kita untuk perbelanjaan sekolah seperti membeli buku rujukan, bayaran sekolah, membeli peralatan menulis dan sebagainya.

Kita juga boleh menggunakan wang tersebut untuk perbelanjaan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kelak. Kita tidak perlu meminta wang daripada kedua ibu bapa untuk perbelanjaan tersebut. Hanya menggunakan wang yang telah kita simpan. Di samping itu juga kita boleh menggunakan wang itu untuk menolong ibu bapa sekiranya mereka memerlukan wang jika berlakunya kecemasan. Kita tidak boleh mengharapkan pertolongan dripada orang lain sahaja. Kesimpulannya, banyak faedah yang boleh kita peroleh daripada menabung. Bak kata pepatah, sedikit-dikit lama-lama menjadi bukit. KEBAIKAN INTERNET Kebaikan Internet merupakan topik utama yang menjadi buah mulut masyarakat kini,kebaikan yang ada terhadap penggunaan internet yang beretika amat membantu setiap individu untuk mendapatkan jawapan dan apa saja buah fikiran dihujung jari dengan segera. Manakala bagi pengguna cilik ,kebaikan internet dilihat sangat memudahkan meraka melibatkan aktiviti seperti tuisyen online dan mendapatkan tips menghadapi ujian dan juga kepada seluruh lapisan masyarakat. Dalam dunia yang serba moden kala ini, seluruh masyarakat dunia berluma-lumba untuk belajar dan memiliki talian internet sendiri di rumah Perpustakaan merupakan sumber utama bagi sumber maklumat popular pada masa yang lepas,setiap material bacaan mempunyai tempoh masa yang lazimnya berubah mengikut kitaran masa. Manakala sumber pengetahuan adalah terhad, tidak mencakupi keperluan setiap lapisan masyarakat bagi setiap kemahuan yang berbeza. Kemunculan internet sebagai medium perantaraan baru memudahkan sebarang urusan melibatkan pencarian fakta,bukti,pendapat,perkongsian maklumat dan interaksi. Kebaikan yang dilihat melalui internet bakal mengubah dunia pada masa hadapan .

Internet mampu mambantu perusahaan kecil bersaing dengan syarikat besar dengan pasaran yang luas. Teknologi laman web amat berkesan mengurangkan kos promosi berbanding kaedah promosi biasa yang menelan kos agak tinggi. Pelanggan merupakan tunjang perniagaan,pesanan mahupun khidmat dapat dilakukan dengan operasi 24 jam tanpa menggunkan tenaga kerja yang maksimun. Penjimatan kos dari segi alatan pejabat dapat dikurangkan dengan adanya sistem maklum balas yang melibatkan khidmat fax dan surat dan digantikan dengan sistem email atau live chat system yang terbukti mengurangkan kos operasi. Sebagai pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan akan

menduduki peperiksaan UPSR, internet sememangnya satu kemudahan pembelajaran yang tidak dapat disangkal lagi keberkesanannya. Dengan adanya kemudahan internet sendiri di rumah, para pelajar dapat mengakses apa-apa sahaja maklumat yang mereka perlukan dengan cepat dan jelas tanpa perlu bersusah payah untuk menyelak helaian buku rujukan yang tebal dan memeningkan kepala. Secara tidak langsung, suasana pembelajaran menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam talian jika anda mempunyai kad perpustakaan dengan perpustakaan tersebut. Justeru itu,kebaikan internet sudah terbukti amat berkesan bagi melahirkan masyarakat yang progresif dan inovatif. Disamping meningkatkan produktiviti dan margin keuntungan yang berlipat kali ganda baik untuk individu mahupun negara. FAEDAH BERSUKAN Bersukan amat penting dalam menjaga kesihatan diri. Antara aktiviti-aktiviti bersukan adalah seperti bermain bola sepak, bola jaring, bola baling dan sebagainya. Banyak faedah yang boleh kita dapat daripada bersukan. Antara faedahnya ialah menambahkan ilmu pengetahuan. Kita boleh belajar teknik-teknik yang terdapat dalam sesuatu permainan. Contohnya, kita akna belajr teknik menendang dan menanduk bola jika kita bermain bola sepak. Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti masa lapang yang bermanfaat. Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang. Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghindarkan diri daripada terjebak daripada gejala sosial. Seterusnya, bersukan dapat memberiakan kita hiburan. Contohnya, apabila seseorang bermain permainan kesukaannya, akan timbul rasa gembira dalam dirinya. Ini boleh mengelakkan diri daripada terkena tekanan perasaan. Di samping itu, bersukan juga dapat menyihatkan tubuh badan. Apabila kita

bersukan, peluh akan keluar daripada kulit kita. Ini membuatkan badan kita cergas dan otak kita cerdas. Tanpa bersukan badan kita akan bersa lesu dan pening kepala. Kesimpulannya, bersukan dapat memberi faedah kepada kita. Sesungguhnya, orang yang rajin bersukan merupakan orang yang sihat tubuh badannya. Jadi, bersukanlah demi menjaga kesihatan diri. KEPENTINGAN MENJAGA KEBERSIHAN RUMAH Rumah merupakan tempat tinggal kita.Rumah kita akan melindungkan kita daripada cuaca panas dan hujan.Justeru itu,kita harus menjaga kebersihan kawasan rumah. Kita haruslah mengutamakan kebersihan rumah kerana kebersihan rumah penting untuk menbentuk keluarga sihat.Kalau rumah kita bersih,ini akan menwujudkan suasana persekitaran yang selesa. Kalau rumah kita kotor,rumah kita akan menjadi sarang pembiakan binatang seperti nyamuk,kipas,kelawar,lalat dan lain-lain.Rumah yang bersih akan menghindarkan anggota keluarga dari serangan penyakit seperti penyakit nyamuk aedes yang akan membawa maut. Kita hendaklah menjaga kebersihan rumah kerana ini adalah amalan mulia.Jikalau kita menjaga kebersihan rumah,setiap anggota keluarga kita akan menjadi sihat da dapat hidup dengan bahagia.

KEPENTINGAN MENJAGA ALAM SEKITAR Alam sekitar adalah alam di sekeliling kita seperti sungai,tumbuh-tumbuhan,dan bukit-bukau.Kita perlu memelihara keseimbangan alam sekitar.Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik. Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita.Alam sekitar yang terpelihara akan dapat mendamaikan jiwa kita.Persekitaran bersih dan indah sesuai dijadikan tempat tinggal.Selain itu,alam sekitar yang tidak tercemar akan dapat menarik kedatangan ramai pelancong. Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana ia menjadi unsur penting dalam keseimbangan alam.Tumbuh-tumbuhan mengeluar kan gas oksigen.Gas oksigen ini diperlukan oleh manusia untuk pernafasan.Haiwan juga memerlukan tumbuhtumbuhan untuk dijadikan suber makanan.

Selain itu,bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu dipelihara.Hutan tebal yang menghijau dijadikan sebagai kawasan tadahan hujan.Kawasan hutan menjadi habitat pelbagai jenis haiwan seperti harimau,singa dan gajah.Aktiviti pembalakan dan pertanian perlu dikawalkan agar tidak menjejaskan keseimbangan alam sekitar. Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada alam sekitar yang dipelihara.Sungai yang bersih merupakan sumber air kepada kita.Lautan terbertang luas menjadi tempat nelayan menangkap pelbagai jenis ikan.Kita memelihara sungai dan lautan agar tidak tercemar supaya pelbagai jenis ikan terus membiak. perlu yang perlu dapat

Sesungguhnya,kita perlu memelihara alam sekitar daripada pencemaran.Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.Alam sekitar yang terpelihara merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada generasi akan datang

FAEDAH MEMBACA Apa itu membaca? Membaca merupakan salah satu tabiat yang amat bermanfaat.Buku-buku yang dibaca tidak semestinya buku-buku sekolah tetapi apa-apa sahaja bahan ilmiah yang memberi faedah kepada kita seperti novel,buku cerita,buku rujukan,akhbar,majalah dan lain-lain lagi. Seseorang yang membaca akan merasai banyak kelebihan dan nikmatnya.Seseorang yang membaca juga mempunyai minda yang sihat.Justeru,pemikirannya akan luas dan sentiasa jauh ke hadapan.Hal ini amat penting terutamanya bagi seorang pelajar. Di samping itu,perbendaharaan kata kita akan luas.Kita juga akan dielakkan daripada gejala yang tidak sihat contohnya menghisap rokok,mengambil dadah dan sebagainya.Kita akan mengetahui tentang hal-hal yang berlaku di dalam atau di luar negara. Seterusnya,membaca dapat melahirkan seorang pelajar yang kreatif dan inovatif.Kita mestilah menghargai dan memanfaatkan masa kita dengan melakukan aktiviti yang memberikan manfaat kepada kita.Kita tidak sepatutnya membuang masa kita dengan melakukan aktiviti yang sia-sia. Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan bijak.Membaca buku-buku seperti ini amat bermanfaat.Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca buku.Jadikanlah amalan membaca buku amalan harian. Oleh sebab membaca mempunyai banyak kelebihan,maka kita

haruslah memupuk tabiat suka membaca demi kebaikan kita,bak kata orang bijak pandai,"Membaca Jambatan Ilmu". SEMANGAT KEJIRANAN Jiran ialah seseorang yang tinggal sebelah - menyelebah atau berhampiran dengan rumah seseorang yang lain. Sebagai seorang jiran kita mestilah hormat menghormati antara satu sama lain. Ini kerana jiran akan membantu kita sewaktu susah dan diwaktu senang. Seperti jiran - jiran saya, mereka amat hormat menghormati antara satu sama lain. Mereka menganggap jiran- jirannya seperti saudara kandung. Mereka mengharungi susah dan senang bersama - sama bagaikan " isi dengan kuku" . Mereka juga tidak pernah mementingkan diri sendiri mereka saling bertolak ansur. Pada minggu lepas, jiran saya telah mengadakan kenduri kesyukuran sempena menyambut kepulangan anak sulungnya yang baru pulang ke tanah airnya setelah enam tahun belajar di Australia dalam bidang perubatan. Sebelum majlis dimulakan pada pukul 1:15 tengahhari, kaum hawa yang tinggal berhampiran dengan kawasan perumahan kami sudah mula memenuhi ruang dapur untuk membantu menyediakan makanan untuk tetamu yang akan hadir. Terdengar juga suara tawa mereka yang saling usik mengusik. Ruang tamu yang kelihatan besar setelah semua perabot dipindahkan ke dalam stor mereka. Kaum lelaki dewasa telah pun duduk di bahagian khas untuk membaca doa yang diketuai oleh imam di kampung kami. Semua menghayati bacaan doa yang dibaca oleh imam kampung kami. Setelah selesai bacaan doa, semua tetamu dijemput makan di dalam khemah yang terdapat di halaman rumahnya.semua tetamu menikmati juadah yang telah disediakan. Lauk - pauk yang terhidang kelihatan menyelerakan. Tuan rumah melayan tetamu dengan ramah bagi menjaga perasaan supaya tidak terguris. Majlis tamat pada jam 4:35 petang. Tetamu yang hadir telah pulang ke rumah masing - masing. Namun, ada sebahagian yang belum pulang ke rumah kerana ingin membantu membasuh pinggan, mengemas dan banyak lagi. Jika kanak - kanak yang ibu bapanya masih di situ lagi, mereka bermain bersamasama dengan gembira. Mereka bermain sorok-sorok, ting- ting dan kejar- kejar.

Tuan rumah amat berpuas hati setelah majlis selesai. Tuan rumah itu

juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu tuan rumah itu juga berkata " inilah yang saya harapkan, kita semua bersatu padu melakukan suatu tugas seperti aur dengan tebing, saya berharap semangat ini tidak luntur dan kekal ada di dalam setiap lapisan masyarakat".

KARANGAN JENIS UCAPAN Karangan ucapan perpisahan guru
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru, dan rakan sekali an. Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan. Ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput saya sebagai wakil murid tahun enam untuk berucap dalam majlis yang meriah lagi bermakna ini. Hadirin, Guru-guru sekolah ini telah mendidik dan membimbing kami demi kejayaan pada masa hadapan. Oleh itu, kami akan sentiasa mengenang dan menghargai jasa guru sekali an. Kami tidak sekali -kali akan menjadi seperti kacang lupakan kulit ン. Tanpa guru siapalah kami. Selain itu, kami berjanji akan terus belajar dengan tekan sehingga mencapai kejayaan dalam peperiksaan akan datang. Walaupun kita akan terpisah, harapan kami semua ialah guru-guru tidak akan melupakan kami begitu sahaja. Bak kata pepatah “jauh di mata dekat di hatiâ€ン. Guru-guru dan rakan-rakan, Kami berjanji akan mengingati semua nasihat guru terutama nasihat agar menjadi insan yang berguna buat agama, masyarakat dan negara ini. Kami berharap agar guru sekali an sentiada mendoakan kejayaan kami dalam segenap lapangan yang kami ceburi.
Akhir kata, kami memohon maaf aras semua kesilapan yang kami lakukan sepanjang kami belajar di sini. Sekian, terima kasih.

UCAPAN PERPISAHAN
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha tuan guru besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan.

Selaku wakil murid tahun enam, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap dalam majlis ini. Guru-guru dan rakan-rakan sekalian, Sebagaimana yang kita ketahui, hari ini adalah hari terakhir kami menjadi murid Sekolah Kebangsaan Seri Bestari. Selepas ini, kami akan melangkah ke alam persekolahan menengah pula. Selama enam tahun di sekolah ini, banyak kenangan suka dan duka yang tidak akan kami lupakan. Yang pastinya, perkara yang paling tidak dapat dilupa adalah sikap guru-guru yang baik di sekolah ini. Segala titik peluh yang guru-guru sekalian sumbangkan dalam memberi didikan dan tunjuk ajar sejak mula kami tahu membaca, menulis dan mengira sehinggalah kepada segala ilmu yang dicurahkan. Budi yang guru-guru taburkan tidak mampu kami balas. Hadirin sekalian, Kesempatan yang ada ini juga, saya mewakili rakan-rakan ingin menyusun jari sepuluh memohon kemaafan. Sepanjang tempoh enam tahun berada di sekolah ini, sudah pasti ada kesilapan dan kesalahan yang kami lakukan. Segala teguran dan nasihat guru-guru pasti akan kami sematkan di dada. Harapan saya semoga rakan-rakan akan terus berusaha dengan gigih apabila berada di sekolah menengah nanti. Semoga guru-guru di sekolah ini akan terus mendoakan kejayaan dan kesejahteraan kami. Jika ada kelapangan, pasti kami akan datang lagi menziarahi guru-guru di sini. Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun. Kalau ada sumur di ladang, Boleh kita menumpang mandi; Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi. Sekian, terima kasih.

Contoh Karangan Ucapan
Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan,guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil

murid,ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. Hadirin sekalian, Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru. Rakan-rakan sekalian, Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira. Guru juga adalah ibu bapa kita di sekolah.Oleh itu,kita mestilah menghormati guru.Segala nasihat guru mestilah kita dengar dan patuhi.Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka. Rakan sekalian, Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar.Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.

Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar .

Sekian , terima kasih.

UCAPAN HARI GURU Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Tuan Guru Besar , guru-guru penolong kanan, guru-guru, dan rakan seperjuangan sekalian. Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Pada pagi yang mulia ini, saya merakamkan penghargaan kerana diberi kesempatan menyampaikan sepatah dua kata pada majlis yang bermakna ini. Jasa guru tidak dapat dihitung dengan jari. Guru lah menyebabkan kita mengenal huruf dan angka. Huruf yang diajar, dikembangkan menjadi suku kata, perkataan dan seterusnya ayat. Menerusi huruf, kita mampu mengira ribuan angka. Semuanya kita peroleh menerusi dedikasi guru yang berterusan mendidik tanpa mengenal penat dan lelah. Cikgu-cikgu yang dikasihi, Pengorbanan guru bukan sekadar memberi ilmu pengetahuan untuk kita lulus dalam menghadapi peperiksaan sahaja, tetapi juga untuk membentuk akhlak kita untuk menjadi insa yang berhemah, tahu menghargai orang tua, dan mencintai tanah air kita. Sebab itulah setiap kali perhimpunan, para guru akan menegur kita sekiranya kita melakukan sesuatu kesalahan. Guru ibarat ibu bapa kita. Guru telah diberi amanah oleh ibu bapa kita untuk memastikan kita menjadi seorang insane yang berguna di masa hadapan. Sepanjang kami berada di sekolah, mungkin ada tingkah laku kami yang melukakan hati cikgu. Saya mewakili teman-teman yang lain menyusun jari memohon ampun atas segala kesalahan yang kami telah lakukan. Ini adalah kerana kami merupakan anak remaja yang masih mencari identiti. Para guru dan rakan-rakan yang disayangi, Pada majlis ini, kami mengharapkan para guru akan terus dirahmati Tuhan dengan tubuh badan yang sihat. Malah kami berharap agar para guru tidak jemu untuk mendidik

kami agar menjadi insan yang berguna. Kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh, seterusnya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR kelak. Demikianlah serba sedikit ucapan dari anak muridmu di pagi yang mulia ini. Sebelum mengundur diri, ingin saya pohon beribu ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa lalu menyinggung perasaan cikgu-cikgu yang dikasihi. Sekian.