Dila Dyna

Bab 1
Pesawat yang membawa penumpang dari Belanda, negara kincir angin telah selamat mendarat di KLIA. Troli ditolak dengan berhati-hati keluar dari balai ketibaan. Setelah empat tahun berlalu akhirnya kakinya menjejak semula Tanah Melayu. Terasa rindu yang amat pada umi, abah, bang cik dan... si dia yang telah banyak mencoretkan kisah duka dalam hidupnya. Laila Marlisa, secantik namanya. Namun ramai yang tidak mengetahui kisah duka hidupnya kecuali yang benar-benar rapat dengannya. Empat tahun dia di negara orang demi memenuhi tuntutan sarjananya. Tetapi bukan itu sebab utama dia pergi membawa diri. Perginya dia dahulu demi mencari semula harga diri yang telah diinjak seenaknya, membawa diri untuk membina semula kekuatan dalam dirinya. Kini dia kembali setelah empat tahun menjeruk rasa. Tiada yang berubah pada dirinya. Dia masih Laila yang

S

RETTT….

1

Bisikan Kata Hati

dulu, yang lembut, naif. Namun itu lahiriahnya sahaja, hakikatnya kini dia sudah mendapatkan semula kekuatan dan keberanian diri yang telah sekian lama tersembunyi, dan kerana itu juga sekarang dia menjejakkan kaki di tanah yang telah lama ditinggalkan dulu. Pulangnya dia bukan untuk meleraikan sebuah dendam, tetapi lebih kepada rasa rindu kepada semua yang menyayangi dirinya. Soal lain, ditolaknya ke tepi dahulu. Dia sudah terlalu lelah membebat rindu di negara orang, biarlah rindunya ini dilampiaskan kerana hanya dia yang tahu betapa sakit menanggungnya sendirian. Udara Malaysia disedut sedalam mungkin dan cermin mata gelap berjenama Gucci dibuka dan diletakkan di dalam beg galasnya. Kot yang tersarung di tubuhnya ditanggal dan diletakkan di troli. “Malaysia, I’m back...” ujarnya perlahan. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri. Kini dia mengakuinya. Alangkah tenangnya rasa hati kerana dapat kembali ke tanah tumpah darahnya semula. Termangu dia seketika memerhatikan keadaan sekeliling yang kelihatan agak sesak. Namun lamunannya terganggu apabila tubuhnya tiba-tiba dilanggar dari belakang. Dia menoleh ke belakang, ingin melihat siapa yang melanggarnya itu. Seorang kanakkanak lelaki dalam lingkungan tiga tahun yang sedang memegang lori mainan telah tergolek di atas lantai. Perlahan Laila mendekati kanak-kanak lelaki itu. Jelas terlihat riak ketakutan di wajahnya. Kanak-kanak lelaki itu diangkat untuk kembali berdiri. Comelnya... anak siapa agaknya ni? Terdetik soalan dalam fikiran Laila, namun bila dilihat ke sekeliling, tiada

2

Dila Dyna

siapa pula yang berjalan mendekati mereka berdua. Mana mak bapak budak ni? Kemudian dikalihkan pula matanya ke arah kanakkanak lelaki itu yang sedang ralit memerhatikan wajahnya dengan linangan air mata. Laila melorekkan senyum. Naluri kewanitaannya terjentik memerhatikan kanak-kanak itu. Dia sangat kepingin punya anak secomel itu. “Emmm... mama papa adik mana?” soal Laila sambil mengesat linangan air mata kanak-kanak lelaki itu dengan hujung jarinya. Soalan Laila itu disambut dengan gelengan. Laila sudah menggaru kepalanya yang dilitupi tudung. Buntu. Aduh... takkan budak ni datang sorangsorang pulak kat KLIA ni? Mustahil! Gerutu hati Laila. “Nama adik siapa?” “Bo... Boboi,” jawab budak itu sedikit pelat bercampur takut. Muka punyalah comel, anak siapalah ni? Pipi macam pau Cina. “Boboi datang dengan hantarkan.” Laila menyoal lagi. siapa? Boleh aunty

Kenapa masih tidak ada sesiapa lagi yang datang mencari budak ini? Nanti tidak fasal-fasal dia dituduh menculik pula. Nauzubillah…. Tiga minit kemudian, jari telunjuk kanak-kanak itu bergerak menunjuk ke arah sebuah restoran makanan segera yang tidak jauh dari situ. Dia memerhatikan dengan teliti ke arah yang ditunjukkan. Kelihatan seorang lelaki yang agak tinggi dan tegap memakai kemeja biru gelap jalur hitam sedang

3

Bisikan Kata Hati

menunggu giliran membeli makanan. Namun sayangnya lelaki itu sedang membelakangkan mereka. Tanpa menunggu lama, tangan anak kecil itu ditarik mendekati lelaki itu. Jarak di antara dirinya dengan lelaki itu kini hanya kira-kira dua meter sahaja. Belum sempat ditegur, kanak-kanak lelaki itu sudah berlari mendapatkan lelaki itu dan memeluk erat kakinya. Satu helaan lega terlepas juga. Nasib baik jumpa. Bola matanya tidak lepas memandang lelaki itu. Dari susuk tubuh pemuda itu, walaupun hanya dari belakang, Laila terasa seperti pernah bertemu dengan lelaki itu. Argh! Perasaan aje kut, telah hati Laila. Dia terus berpatah balik mendapatkan trolinya dan ditolak menuju ke arah telefon awam. Tangannya laju mendail nombor sahabat sehidup sematinya, Liya. Tidak ramai yang tahu berita kepulangannya kecuali ahli keluarga dan sahabatnya, Liya. Pemergiannya empat tahun lalu juga hanya ditemani kawannya seorang itu sahaja. Umi dan abahnya langsung tidak dibenarkan menghantarnya ke lapangan terbang. Dia takut andai dia berubah fikiran di saat akhir bila memandang wajah umi dan abahnya nanti. Selama dia hidup di atas muka bumi ini, tidak pernah sekali pun dia sebegini jauh dengan umi dan abahnya. Hatinya berat untuk meninggalkan keluarganya. Tetapi mengenangkan kehadirannya yang hanya mengundang sakit di hati, dikuatkan juga hatinya untuk melangkah pergi meninggalkan segala yang dimilikinya di Malaysia. “Helo Liya, cepatlah datang. Aku dah tak tahan ni, pinggang aku rasa macam nak patah dah,” rungut Laila setelah panggilannya bersambut. Berjam-jam duduk di dalam pesawat, mana tidak sakit. Dia berdiri pun bila hendak pergi

4

Dila Dyna

ke tandas sahaja. Selain itu dia hanya duduk di kerusinya hinggalah pesawat mendarat di bumi Malaysia. “Assalamualaikum.” Liya memberi salam. Ops! “Ehem... waalaikumsalam.” Perlahan salam sahabatnya disambut. Tersedar dengan kesilapannya sendiri. Rasa penat yang bergayut membuatkan dia hendak pulang secepat yang mungkin. “Sabarlah sis. Kau kan tahu time-time macam ni KL macam mana, nak jalan pun macam siput tau tak!” Kedengaran Liya merungut di corong telefon. Kalau dia ada di hadapan sahabatnya itu, pasti dapat dilihat muncung panjang sahabatnya itu. Boleh diletakkan penyangkut baju! “Kalau aku kena saman, kau bayarkan. Sanggup?” ugut Liya. Hendak sangat memandu laju sampai KLIA, kan? Nanti tidak fasal-fasal kena tahan dengan polis, dia juga yang susah. Kena saman satu, lambat sampai lagi satu. Sudahlah minggu lepas dia telah dilayangkan kertas saman gara-gara salah parkir. Kopaklah duit gaji yang baru masuk. Laila terfikir sendiri. Mana dia hendak korek duit bayar? Duit biasiswa pun tinggal cukup-cukup makan sahaja. Kalau hendak bayar saman, mahu seratus ringgit melayang macam itu sahaja. “Ha… okey... okey. Kau lambat pun tak apalah, aku tunggu. But please… jangan lama sangat. Aku rindu kat kaulah.” Laila memujuk, walaupun tatkala ini dia terasa hendak sahaja menaiki teksi pulang ke rumah. Tetapi bila memikirkan Liya yang sedang bersusah payah meredah kesesakan jalan raya menuju ke KLIA untuk menjemputnya, terpaksa dikuburkan sahaja niatnya itu. Nanti tidak fasal-fasal Liya merajuk pula.

5

Bisikan Kata Hati

“Tahu takut! Insya-Allah dalam setengah jam lagi aku sampai la kut,” beritahu Liya yang ketika itu masih terperangkap di tengah bandar Kuala Lumpur yang sesak dengan pekerja yang bergerak pulang. “Aku tunggu kau dekat Ritazza Cafe tau. Perut aku dah nyanyi lagu dangdut ni.” Perutnya yang kosong sudah mula minta diisi. Di dalam pesawat tadi pun dia tidak berapa berselera untuk menelan makanan. Tambah lagi dia baru sahaja kebah daripada demam. Demam sebab takut hendak balik, takut hendak berdepan dengan realiti hidup yang menantinya. “Ah, eloklah tu. Kau duduk aje diam-diam dekat situ sampai aku datang. Nanti tak pasal-pasal aku kena tawaf satu KLIA pulak.” Liya mengarah. Sudahlah KLIA itu besar, kalau sesat bukan ke haru jadinya? Hendak telefon pula, Laila masih belum mengaktifkan nombor telefon lamanya dulu. “Baiklah mak cik.” Seketika kemudian ketawa meletus daripada bibir mungil Laila. Selepas salam diberi, gagang telefon diletakkan kembali di tempatnya. Dalam otaknya sudah terbayangbayang makanan Malaysia yang sangat menyelerakan. Sudah terfikir-fikir hendak makan apa dulu sebaik sahaja pulang ke rumah. Hendak minta uminya masakkan. “Nak beli coklat dulu la,” kata Laila sendiri. Sudah lama tidak makan coklat. Hendak dibeli di Belanda, mahal pula. Lantas trolinya ditolak perlahan ke kedai yang menjual pelbagai jenis coklat. Setelah beberapa kali berpusing dalam kedai itu mencari coklat yang berkenan di hati, akhirnya beberapa bar coklat jenama Cadbury dicapai dan dibawa ke kaunter.

6

Dila Dyna

“Ini saja cik?” tanya budak perempuan yang menjaga kaunter. “Yes,” balas Laila ringkas. Kalau hendak diikutkan nafsu makannya ketika itu, mahu diborong sahaja satu kedai coklat ini. Tetapi memikirkan duit yang makin menyusut, terpaksalah dia berkabung. “Empat puluh tujuh ringgit, lapan puluh sen.” Beg duitnya dibawa keluar dari beg galas dan sekeping note lima puluh ringgit dikeluarkan. Nasib baik dia sudah awal-awal menukar wangnya kepada wang Malaysia di Belanda sebelum terbang pulang ke tanah air. Tidak perlu dia bersusah payah mencari money changer. Setelah dipulangkan baki, kakinya terus melangkah menuju ke kafe. Trolinya ditolak berhati-hati menuju ke Ritazza Cafe. Tempat yang agak tersorok menjadi pilihannya sambil matanya meliar memerhatikan sekeliling melihat perubahan yang berlaku sepanjang peninggalannya. Dan memang ternyata banyak perubahan yang berlaku sepanjang pemergiannya. Cuma satu sahaja yang dia tidak pasti, sama ada si dia sudah berubah atau masih seperti dulu. Lamunannya sedikit terganggu dengan suara perempuan yang datang mendekatinya. “Miss, your order please.” Seorang pelayan menyapa dan buku menu diletak di hadapannya. Laila sempat menghadiahkan senyuman manis kepada gadis itu sebelum tangannya menarik buku menu tersebut. Laila berfikir sejenak sambil membelek-belek menu yang disediakan. “One cup of coffee and blueberry cheese cake, that’s all,” pinta Laila. Setelah pelayan tadi berlalu pergi, beg galasnya ditarik dan sekeping gambar ditarik keluar. Lama matanya

7

Bisikan Kata Hati

jatuh pada wajah gembira insan-insan di dalam gambar tersebut, kemudian matanya menyorot jatuh pula pada sepasang lelaki dan perempuan yang memakai baju warna sedondon. Namun ekspresi wajah kedua-duanya kelihatan tidak segembira orang di sekeliling mereka. Dia termenung jauh sehingga tidak sedar pesanannya sampai. “Thank you,” ucap Laila sambil menghadiahkan senyuman. Kopinya dihirup perlahan, tidak perlu tergesagesa kerana Liya pasti lewat. Setelah menghabiskan minumannya, perutnya tiba-tiba terasa memulas. Aduh! Time ni pulak nak buat hal, marah Laila sambil mengurut-urut perutnya yang memulas. Tanpa menunggu lama, terus kakinya melangkah menuju ke kaunter pembayaran. “Dik… ladies dekat mana ye?” Laila bertanya dengan muka berkerut menahan sakit. Malu betullah. “Akak jalan terus then belok kiri.” Tanpa menunggu lama, terus pelayan yang menjaga kaunter itu memberi arah. “Akak nak minta tolong sikit. Tolong tengokkan beg-beg akak ye, thanks.” Terus Laila melangkah laju menuju ke tandas. Kelam-kabut dia mencelah di tengah orang ramai. Sudah tidak tahan sangat ni, benda macam ini mana boleh tunggutunggu. Kejap lagi terburai dekat sini, muka cantik ini juga yang malu. Laju dia berlari tanpa memandang kiri kanan. Tiba-tiba... Bummm!!! Tidak semena-mena tubuhnya rasa terdorong ke belakang dan terjelepok di atas lantai. Blackberry yang berada di genggaman pemuda itu juga turut terlepas dan terhempas ke lantai.

8

Dila Dyna

“Hey! What’s wrong with you? Jalan tu pakai mat...” Tinggi nada suara yang terlontar. Namun kata-kata yang hendak dikatakan oleh pemuda itu serta-merta terencat bila matanya jelas menangkap seraut wajah gadis di hadapannya itu. Lama. Seraut wajah yang sudah lama hilang daripada hidupnya. “Aduh! Sakitnya punggung....” Laila menggumam rendah sambil mengusap belakang pinggangnya yang terasa sengal. Matanya hanya jatuh pada kasut yang pastinya bernilai ratusan ringgit yang tersarung di kaki lelaki yang dilanggarnya tadi Itulah bahananya kalau pecut tidak ingat dunia, kan sudah berlaku kemalangan tengah-tengah orang ramai ni! Buat malu sahaja. Yang lelaki ni pun badan keras macam besi, penyek hidungnya. Tangan kanannya bertindak menggosok batang hidungnya yang terasa sakit. Dengan wajahnya yang sudah berubah warna dek rasa malu yang menghambat, mukanya mendongak ke atas perlahan untuk melihat gerangan wajah pemuda yang dilanggarnya tadi. Membuntang matanya. Terasa jantungnya seakanakan berhenti berdegup. Udara yang disedut bagaikan tidak sampai ke paru-parunya. Tanpa dipinta, lidahnya menjadi kelu untuk berkata. Hanya matanya sahaja yang bertembung pandang dengan mata tajam milik pemuda yang dilanggarnya tadi. Tetapi hanya untuk beberapa saat cuma, pemuda itu terlebih dahulu mengalihkan pandangan matanya daripada terus menikam wajah Laila. Laila tersedar dan pantas dia menguatkan tenaga untuk bangun dari lantai. Tidak betah rasanya berada lebih lama di situ. “Papa...!” Satu suara comel kedengaran.

9

Bisikan Kata Hati

Tiba-tiba seorang budak lelaki datang dari belakang lantas menggenggam erat tangan lelaki di hadapannya itu. Dan ternyata Laila terkejut bukan kepalang, membulat terus matanya sambil memandang ke arah pemuda di hadapannya itu yang turut memandangnya. Bola matanya beralih pula pada si cilik di sebelah. Papa? Budak tu.... “So... sorry.” Sedikit tergagap dirinya menuturkan kata maaf. Tudungnya yang sedikit senget dibetulkan. Tanpa menoleh lagi, terus kakinya laju melangkah macam baru lepas nampak hantu. Kelam-kabut. Tangannya yang terasa sejuk dan menggigil tiba-tiba digenggam erat untuk mencari kekuatan. Pucat mukanya. Tiba sahaja di hadapan tandas, baru Laila terasa paru-parunya terisi dengan oksigen. Nafasnya ditarik dan dihembus perlahan, berombak dadanya. Tubir matanya mula terasa hangat. Tidak susah untuknya mengecam wajah itu kerana tidak banyak yang berubah. Masih kacak seperti dulu. Tambah pula dengan lengan kemeja yang disingsing hingga ke siku, menambahkan lagi kekacakan yang dimiliki oleh pemuda itu dan menampakkan dirinya sedikit matang daripada dulu. “Aiman.” Terpacul sepotong nama yang sudah lama tidak disebut semenjak dia melangkah pergi meninggalkan bumi Malaysia. Tanpa disedari, ada air mata lesu yang menuruni lekuk pipinya. Dia termenung buat seketika, berbekas pipinya dengan air mata kering. Namun bila teringatkan tujuan sebenarnya tadi, terus dimatikan kenangan yang mula menjalar. Mematikan rasa perit di hati yang mula memakan diri.

10

Dila Dyna

Selesai menggunakan tandas, kakinya diheret menuju ke surau berdekatan. Dia memerlukan ketenangan kala ini. Jam tangan B.U.M. yang melekap di pergelangan tangannya dikerling sekilas. Waktu maghrib pun sudah hampir tiba. Dengan langkah yang lemah, diheret kakinya masuk ke dalam surau berdekatan untuk melunaskan kewajipannya sebagai hamba di muka bumi Allah ini. Seusai solat, tangannya ditadah dengan penuh rasa rendah diri. Terasa dirinya begitu kerdil dan lemah sekali di hadapan Allah yang Maha Esa. “Ya Allah, ya Tuhanku yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani. Aku memohon padaMu agar Engkau tunjukkanlah jalan yang harus aku lalui. Sesungguhnya aku lemah dalam menghadapi ujian yang Engkau berikan ini, Ya Allah. Aku memohon agar Kau titipkanlah sedikit kekuatan kepada diriku dalam menghadapi segala ujian ini, Ya Allah. Amin....” Matanya yang basah dilap dengan hujung lengan bajunya. Memandangkan kakinya sudah terlajak pulang ke tanah air, Laila yakin pasti satu hari nanti dia akan berjumpa juga dengan Aiman. Tetapi tidak disangka secepat ini. Sungguh hatinya masih belum cukup kuat untuk berhadapan dengan Aiman. Telahan yang ada di benaknya tadi mungkin benar setelah melihat budak lelaki tadi. Mungkin lelaki itu sudah berjaya mencari pengganti dirinya. Tidak tahu kenapa, hatinya terasa pedih untuk menerima hakikat itu.

11

Bisikan Kata Hati

Bab 2
ARIS yang baru keluar dari balai ketibaan antarabangsa hairan melihat keadaan Aiman yang seakan-akan baru terserempak dengan hantu. Muka yang kacak itu tampak sedikit pucat. Dengan langkah diatur perlahan, troli begnya ditolak mendekati Aiman dan Blackberry milik Aiman di lantai pantas dicapai. Bertambah bingung dibuatnya apabila Aiman seakan-akan tidak sedar akan kehadirannya. Bahu sepupu merangkap sahabat baiknya itu dipeluk seketika untuk menyedarkan sahabatnya yang mungkin mengelamun waktu-waktu senja ini. Kena sampuk jembalang tanah apa? Aiman tersentak bila terasa bahunya dipeluk dari belakang. Terus terbang segala lamunannya bagai tiupan angin. Kepalanya ditoleh sedikit ke sisi kanannya dan terus matanya disapa dengan figura sahabat karibnya itu. “Weh! Bro, kau kenapa ni? Macam baru lepas nampak hantu je aku tengok?” Haris memulakan kata berbaur risau. Takkan kena sampuk hantu pula. Senyap mengulit mereka seketika.

H

12

Dila Dyna

“Dia dah balik.” Aiman menuturkan tanpa nada. Ayat yang keluar daripada mulut Aiman itu menambahkan lagi kepelikan Haris. Muka Haris berkerut seribu. Balik? Siapa yang balik? Fikirnya dalam hati. “Balik? Who?” soal Haris bingung. Hari ini Aiman datang menjemput Haris yang pulang dari US atas urusan kerja. Dia seharusnya turut serta ke US, tetapi di saat-saat akhir papanya menyuruh dia menguruskan projek pembinaan resort di Pulau Pinang. Dan sekejap tadi, dengan tidak sengaja dia berlanggar dengan gadis itu. Pandangannya dihalakan ke wajah Haris yang berkedut seribu, jelas mempamerkan wajah bingungnya. “Laila.” Aiman menjawab tanpa perasaan. “Ooo… Laila.” Mulut Haris membentuk huruf ‘O’. Haris terdiam sekejap. Eh, nanti. Nama itu macam pernah berdaftar dalam kepalanya. Beberapa saat kemudian baru otaknya dapat menangkap maksud sahabatnya itu. Serta-merta matanya terjegil. Tersentak dengan berita yang baru disampaikan sebentar tadi. “Laila? You mean… Laila Marlisa?” tanya Haris dengan nada yang cukup terkejut. Masakan dia tidak mengenali gadis itu. Dia cukup arif tentang apa yang berlaku di antara Aiman Syakiri dan Laila Marlisa. Dia juga mengetahui kisah di sebalik pemergian gadis itu empat tahun lalu. Semuanya ada dalam poketnya. “That means dia dah habis belajar, macam tu?” soal Haris lagi seperti tidak percaya. Diperhatikan riak wajah Aiman. Sah tidak ada perasaan. Takkan Aiman tidak kisah kut, Laila dah balik?

13

Bisikan Kata Hati

Pertanyaan Haris hanya dijawab dengan jongketan bahu oleh Aiman, menandakan yang dia tidak tahu. “I guess.” Aiman membalas malas. Tetapi kalau dia tidak kisah tentang berita kepulangan gadis itu, kenapa mukanya pucat tadi? Dia sendiri tidak mengerti dengan perasaannya kini. Gembirakah dia dengan kepulangan gadis itu? “So, macam mana?” Haris bertanya soal tindakan yang bakal diambil oleh Aiman. Masalah yang dielak selama empat tahun, sekarang sudah muncul. Macam mana Aiman bakal bertindak? Macam mana Aiman hendak menyelesaikan masalah ini? Lambat-laun pak ngah dan mak ngahnya pasti tahu juga tentang kepulangan Laila. “Macam mana apa? Entah… malaslah aku nak fikir. Eh, jomlah kita singgah masjid dulu, maghrib dah masuk ni. Lepas tu kita lepak kat tempat biasa.” Aiman mengajak. Malas hendak ambil pusing fasal gadis itu. Tetapi memang semenjak akhir-akhir ini, dia selalu teringat tentang gadis itu. Mungkin itu petanda bahawa gadis itu bakal pulang kut. “Nah, Blackberry kau jatuh tadi.” Haris menuturkan sambil menayangkan Blackberry yang diambil tadi di hadapan mata Aiman. Terus dicapai semula Blackberrynya laju dan ditekan-tekan keypadnya. Huh, mujur tidak rosak. Aiman menghela nafas lega. Haris hanya menggeleng kepala. Fasal telefon bimbit risau melebih pula, sepatutnya Laila yang perlu dirisaukan. Kalau macam inilah gayanya, macam manalah masalah mereka ini akan selesai. Dia hendak bercakap lebih pun tidak boleh, takut naik minyak pula sahabatnya ini nanti. Bukannya boleh diagak sikap sahabatnya yang seorang ini. Kalau barannya datang, mahu pecah pejabat nanti.

14

Dila Dyna

Boboi yang hanya memerhati sedari tadi dengan matanya yang terkebil-kebil comel, segera merengek mencari perhatian. “Boboi… meh dekat uncle.” Haris berkata seraya mendepakan tangannya. Beberapa saat kemudian terus Boboi hilang dalam pelukan Haris. Habis digomol anak saudaranya itu. “Sudah la.... Bak troli tu aku tolak.” Aiman menawarkan diri. “Boleh jugak!” Setuju Haris, kemudian mereka jalan beriringan keluar menuju ke parkir di tingkat bawah. Sepanjang perjalanan mereka ke parkir, fikiran Aiman tidak terlepas memikirkan perkara yang bakal terjadi memandangkan gadis itu sudah pulang. Haris yang melihat hanya mampu menggeleng. Dia hendak bantu pun, dia sendiri tidak reti. Mengeluh sahaja bolehlah.

SELESAI solat maghrib, Laila menolak bagasinya dan duduk di kerusi berdekatan pintu masuk sambil menunggu kedatangan sahabatnya. Bermacam-macam soalan yang bermain di fikirannya saat ini, namun satu pun tidak membuahkan jawapan. Kepalanya tiba-tiba terasa pening. Ah, lelaki itu sekali lagi berjaya mengucar-ngacirkan fikiran dan perasaannya biarpun pertemuan yang tidak dirancang itu hanya sekejap. “Mana Liya ni? Lambatnya!” rungut Laila sendirian sambil menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Lehernya diuruturut perlahan. Rasa kepenatan akibat berjam-jam duduk di dalam pesawat benar-benar membuat dirinya keletihan,

15

Bisikan Kata Hati

tambahan pula selepas insiden yang berlaku tadi. Terasa berganda-ganda penatnya. Tiba-tiba lehernya terasa dipeluk dari belakang. Tidak perlu melihat wajah gerangan yang memeluknya itu pun dia sudah tahu yang itu adalah Liya. Berdasarkan bau minyak wangi sahaja dia sudah boleh menekanya. Temannya itu masih setia dengan jenama yang sama. “Sayang... sorrylah aku lambat.” Liya memujuk, tetapi kerana Laila membelakanginya, dia tidak dapat melihat memek muka sahabatnya itu. Mengenali teman itu selama bertahun-tahun sejak di bangku sekolah menengah lagi, dia sudah dapat mengagak yang temannya itu merajuk. Rajukrajuk manja. Tetapi dia yakin, Laila kalau merajuk tidak akan berlama-lama. Dia amat arif dengan sikap Laila yang satu itu. “Sorry la… malam ni aku belanja kau makan, nak? Janganlah merajuk. Dahlah aku rindu gila dekat kau...” pujuk Liya lagi. Pelukan dilepaskan dan Laila bangun dari kerusi dan berdiri menghadap Liya yang tersengih macam kerang busuk. Keningnya diangkat sedikit. Sepantas kilat tubuh Liya dipeluk seerat-eratnya. Bibir mungilnya mula mengukir senyuman manis. “Weh… kalaupun kau rindukan aku, janganlah peluk kuat-kuat sangat. Putus nafas aku.” Liya kelemasan. Ketawa kecil meletus di bibir Laila. “Kau kata kau rindu gila dekat aku, kan?” Laila menjawab selamba tanpa melepaskan pelukannya. Empat tahun tidak berjumpa, hendak peluk lama sedikit untuk meredakan rasa rindu dalam dadanya. Akhirnya pelukan Laila turut dibalas erat. “Mari sini aku nak tengok muka kau, cantik lagi

16

Dila Dyna

ke?” Liya berkata sambil menjarakkan tubuh mereka. Diperhatikan wajah cantik Laila. Memang tidak dapat dinafikan, Laila memang cantik, malah bertambah cantik dirasakan sekarang. Kalau tidak, masakan dia boleh menjadi kegilaan lelaki-lelaki di kampus dulu. “Emmm… menjongket kening. cantik lagi.” Puji Liya sambil

“Thank you.” Laila membalas sambil membuat gaya dalam cerita-cerita fairytale dulu, semasa tuan puteri hendak menari dengan putera raja. “Dahlah... jom!” Liya menggamit. Terus troli Laila dicapai dan ditolak menuju ke bahagian bawah bangunan di mana keretanya diparkir. Banyak yang ingin dibualkan di dalam kereta. Tempoh empat tahun yang berlalu pastinya mengumpul banyak cerita dan peristiwa yang ingin dikongsikan bersama. Laila sudah menelefon umi dan abahnya tadi, mengatakan dia lambat sedikit sampai kerana dia merancang hendak keluar makan bersama Liya terlebih dahulu.

LIYA memberhentikan keretanya di hadapan Restoran Perantau yang terletak di Bangsar. Mereka memilih meja yang berdekatan dengan air pancut kerana pemandangannya yang begitu menenangkan. “Kena, kan nama restoran ni dengan kau? Yang lainnya cuma kau tu dah jadi bekas perantau sekarang.” Liya ketawa senang hati. Kata-kata Liya mengundang senyuman di bibir Laila. Tidak lama kemudian matanya diliarkan ke sekeliling

17

Bisikan Kata Hati

untuk melihat keseluruhan restoran. Kerutan mula timbul di dahinya. Wajahnya dialihkan ke arah Liya di hadapan. “Weh! Kau bawak aku ke restoran mahal-mahal ni kenapa? Aku mana ada duit. Kau lainlah, dah kerja. Duit berkepuk-kepuk.” Hatinya mula gusar. Macam mana dia hendak bayar nanti? Takkan hendak cuci pinggan pula nanti? Jatuhlah air mukanya yang cantik ini! “Relakslah Laila, kali ni aku belanja. Tapi nanti kau dah kerja kau punya turnlah pulak. Masa tu kau jangan merungut pulak aku makan banyak.” Terkekeh-kekeh Liya menggelakkan Laila. Kurang asam jawa betullah kawan seorangnya ini. Fuh… selamat koceknya. Kelihatan pelayan melangkah ke arah meja yang menempatkan mereka berdua. masa untuk melantak! “Akak nak order nasi goreng kampung, sup ekor kasi pedas dengan jus tembikai.” Laila membuat pesanan. Sudah lama dia tidak makan makanan Melayu. Kalau dekat sana mana dapat ni semua, kecuali masa Hari Raya. Dapatlah dia menghilangkan kempunan hendak makan makanan Malaysia kerana biasanya masa Hari Raya, kedutaan Malaysia di sana membuat rumah terbuka untuk pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di sana. “Aik! Datang restoran cantik-cantik macam ni nasi goreng kampung aje kau pesan? Pesanlah stik ke, apa ke?” perli Liya. “Amboi! Perli nampak? Aku bukan apa, kempunan nak makan makanan Melayu.” Laila membalas. “Itulah kau, siapa suruh lama-lama sangat merajuk, kan dah kempunan.” “Bila masa pulak aku merajuk? Aku sambung study,

18

Dila Dyna

okey!” Suka-suka sahaja cakap dirinya merajuk. Tetapi, memang itu juga salah satu sebab kenapa dia pergi membawa diri ke luar negara. Wajahnya yang tadi ceria, bertukar mendung. “Dah… kenapa pulak ni?” tanya Liya. Risau dia melihat Laila yang tadinya ceria semacam, tiba-tiba sahaja masuk mood sedih. “Tadi masa dekat KLIA aku terjumpa Aiman tau! Aku terlanggar dia.” Laila meluah perlahan. Diperhatikan wajah Liya yang nampak ingin tahu sangat sampai kening pun sudah terangkat. Ditarik nafas dalam-dalam untuk mengisi oksigen yang secukupnya dalam paru-paru. “Okey, maybe aku yang salah. Aku yang langgar dia sebab perut aku tengah memulas masa tu so, aku berlarilah macam tak ingat dunia.” Laila bercerita selamba. Namun terselit perasaan sedih di situ. Meletus ketawa daripada mulut Liya mendengar cerita Laila. Muka Laila berkerut seribu. Agak-agaklah kalau hendak ketawa pun, janganlah kuat-kuat. Muka Laila yang putih sudah bertukar ke merah jambu menahan geram. “So, kau okey tak?” tanya Liya sambil menahan sisa ketawanya. “Kau nampak aku OK ke KO?” Laila berseloroh, padahal dalam hati sudah tidak tentu arah memikirkan soal lelaki itu. “How would I know if you don’t tell me?” jawab Liya. Tetapi melihat wajah Laila yang mendung semacam, cuma menanti masa sahaja hendak hujan, dia menjadi kasihan. Hanya keluhan yang terluah daripada bibir Liya.

19

Bisikan Kata Hati

“Dia dah ada anak. Dengan mata kepala aku sendiri nampak, ada budak lelaki panggil dia papa,” luah Laila dengan nada terkilan. “What? No... no... no. Mustahil dia dah ada anak. Kalau dia dah kahwin lain, mustahil aku tak tahu sebab sepanjang kau dekat Belanda, aku selalu keep in touch dengan umi kau, dan kau sendiri tahu yang umi kau rapat dengan mama Aiman. Mustahil umi kau tak tahu kalau Aiman dah kahwin lain,” tukas Liya yang terkejut dengan cerita yang baru didengarinya. Panjang lebar penjelasan yang diberikan oleh Liya. Tidak masuk akal langsung cerita yang disampaikan oleh Laila itu. “Habis tu, anak siapa? Aku sendiri dengar budak tu panggil Aiman, papa.” Laila masih lagi cuba mencari kebenaran. “Emmm... aku tak tahu. Mungkin anak kawan dia, tak pun sepupu dia, siapa tahu!” Liya menjawab untuk menyedapkan hati sahabatnya itu. Terdiam Laila sebentar memikirkan kata-kata sahabatnya sebentar tadi. Tetapi betul ke bukan anak dia? “Macam inilah, dah terlanjur kau balik Malaysia ni... aku nasihatkan kau jumpa dengan Aiman. Korang duduk satu tempat bincang macam mana dengan hala tuju hubungan korang ni.” Liya mengutarakan cadangan. Tangan Laila di atas meja digenggam, cuba untuk mengalirkan kekuatan kepada Laila. Laila berfikir sejenak. Betul juga apa yang dikatakan oleh Liya itu. Kalau dua-dua hendak bersikap lepas tangan, sampai bila pun kekusutan hubungan ini tidak akan selesai. Tetapi masalahnya, dia tidak bersedia lagi hendak berdepan dengan lelaki itu.

20

Dila Dyna

“Dahlah, tak naklah cerita pasal benda ni lagi. Aku tak suka tengok muka kau cemberut macam ni. Senyum, okey!” arah Liya tegas. Cukuplah empat tahun dulu dia menjadi saksi betapa deritanya Laila sehingga temannya itu buat keputusan untuk meninggalkan Malaysia. Satu keputusan yang terlalu payah untuk diambil. “Esok aku minta cuti, kita keluar shopping nak?” Cadang Liya dengan nada penuh ceria. Okey juga tu, dia pun sudah lama tidak merondaronda KL. Hendak juga tengok apa perubahan yang berlaku sepanjang peninggalannya. Sekali gus untuk menghilangkan rasa resah gelisah dalam dadanya ini. “Okey.” Laila memberi jawapan dengan mata yang bersinar-sinar. Buat sementara ini dia tidak mahu memikirkan masalah yang melanda dirinya. Biarlah dia bergembira sepuas-puasnya sebelum berhadapan dengan masalah itu nanti. “Kalau bab shopping, laju aje kau ye!” Liya memerli. Bukan dia tidak tahu sikap temannya yang seorang ini, kalau sebut fasal shopping... matanya bersinar-sinar mengalahkan orang yang sedang hangat dilamun cinta. Bersiap sedialah menjadi porter tidak bergaji mengangkut barang-barang yang diborongnya nanti. Seminit kemudian, gelak tawa mereka berdua meletus memenuhi ruang yang hanya menempatkan mereka berdua di situ.

21

Bisikan Kata Hati

Bab 3
ENJEJAK sahaja kaki ke rumah berkembar dua tingkat itu, Laila terasa segala penatnya hilang. Diganti pula dengan rasa tidak sabar-sabar untuk memeluk umi dan abahnya, tidak lupa juga pada adik lelaki merangkap pegawai peribadinya sejak dulu lagi. Tetapi di sebalik kegembiraan itu terselit juga kesedihan yang tidak tertanggung rasanya kerana tidak dapat lagi mendengar gelak tawa kakak kesayangannya, Laili Nurlisa yang telah pergi menghadap Ilahi akibat kemalangan empat tahun lepas. Kerana kejadian itu juga dia bertindak membawa diri ke luar negara dek rasa bersalah yang menghantuinya. Rindu yang menggunung dalam hatinya hanya Allah sahaja yang tahu. Hanya mereka berdua anak gadis umi dan abahnya. Tidak dapat dibayangkan keakraban mereka selama ini. Mereka berdua sering dikatakan sebagai kembar. Tetapi itu semua hanya tinggal kenangan. Kehilangan kakak tersayang benar-benar memberi kesan yang teramat dalam hidupnya. Terasa seperti dirinya terperangkap dalam dunia gelap, dan dia bersendirian. Tidak punya sesiapa yang ingin

M

22

Dila Dyna

menariknya keluar dari dunia yang penuh dengan kegelapan itu. “Umi, abah! Kak ngah dah sampai!” Lukman Hakimi, adik lelakinya serta satu-satunya hero yang dipunyai oleh Encik Mokhtar dan Puan Solehah mula berteriak sebaik sahaja pintu pagar dibuka. “Umi!” panggil Laila dengan mata yang sudah sarat digenangi air. Kemudian, dia terus hilang dalam dakapan umi tercinta, menitis air mata yang ditahan-tahan sejak tadi. “Alhamdulillah, anak umi balik juga akhirnya,” ujar Puan Solehah yang turut serta mengalirkan air mata. Dicium kedua-dua belah pipi gebu anaknya itu. Rindu yang tertanggung terasa surut bila dapat mendakap tubuh anak gadisnya yang sering dirindu itu. Hanya kesyukuran yang mampu dipanjatkan kepada Allah atas kepulangan anaknya itu. “Abah, kak ngah dah balik.” Laila menyalami tangan abahnya, lantas tubuh abahnya dipeluk erat untuk melepaskan rindu yang menjerut perdu hatinya selama ini. “Baguslah kak ngah.” Encik Mokhtar membalas sambil mengusap kepala anak gadisnya itu. “Bang cik! You know how much I miss you,” kata Laila penuh teruja. Adik lelakinya juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa dakapannya. Tidak sangka sudah besar panjang adiknya, makin kacak. “Me too.... Oleh-oleh untuk bang cik, kak ngah ada bawak tak?” Lukman menyoal. Seminggu sebelum keberangkatannya pulang ke tanah air, macam-macam yang telah dipesan oleh adik lelakinya itu. Nak bajulah, bunga tuliplah, replika kincir angin... macam-macam bunyinya. Kalau dikumpulkan segala hajatnya itu, satu kontena pun tidak cukup untuk dibawa pulang.

23

Bisikan Kata Hati

Laila mendengus kasar sambil menjeling adiknya itu. Orang tengah nak buat ‘jejak kasih’ sekarang, boleh pulak dia mintak oleh-oleh. Huh, adiknya ini memang tiada perasaan. Kepala adiknya diluku dengan tangannya. “Tak ada. Kak ngah tak ada duit nak beli semua tu. Tiket flight aje dah beribu,” seloroh Laila, sengaja hendak mengenakan adiknya itu. Padahal awal-awal lagi dia sudah membeli apa yang dikirim itu. Yang dikirim secara serius dan boleh diterima oleh akal fikirannya sahaja, yang lain-lain lagi tu, bolayan! “Ala... kan abah dah masukkan duit dalam akaun kak ngah. Alasan aje tau!” rungut Lukman. “Adalah... tapi esok baru kak ngah kasi. Tapi sebagai syarat, bang cik kena bawak kak ngah jalan-jalan naik motor abah esok. Kalau tak... no gift.” Laila mengugut sambil mengusap kepala adiknya itu. Dia hendak melihat seberapa besar perubahan yang berlaku di Malaysia ini. “Alah... kacang punya permintaan. Tapi kita kena keluar lepas bang cik habis kelaslah, sebab esok bang cik ada test. Tak boleh nak tuang kelas.” Lukman memberi cadangan bernasnya. Tidak semena-mena telinganya terasa ditarik perlahan. “Ooo... ada hati nak tuang kelas ye. Abah beritahu lecturer bang cik nanti.” Encik Mokhtar bersuara. Mendengar sahaja bicara abahnya itu, terus adiknya menggosok-gosok kedua-dua tangannya di hadapan abah mereka sebagai tanda meminta maaf. “Bang cik main-main ajelah,” pujuk Lukman. Hoho... adiknya itu memang pakar kalau bab pujuk memujuk, ayat mengayat ni. Sebab itulah juga adiknya itu begitu popular di kalangan mahasiswi-mahasiswi di

24

Dila Dyna

kampusnya. Dalam hati Laila tetap berharap agar adiknya ini tidak menjadi Don Juan versi Melayu. “Dah, jom masuk... dah lewat malam ni. Kak ngah pun mesti penat tu,” usul Encik Mokhtar. “Ye la… kak ngah aje yang penat. Bang cik tak penat baru habis test.” Lukman merajuk minta dipujuk. Kepalanya diluku sekali lagi, kali ini abahnya pula yang meluku. Laila dan Puan Solehah hanya tersenyum melihat keletah adiknya itu sambil berpelukan masuk ke dalam rumah yang telah lama ditinggalkan. Lukman dan Encik Mokhtar hanya mampu menggeleng melihat telatah mereka berdua. Rindu sangatlah tu! Melangkah sahaja Laila ke dalam rumah, segalagalanya terasa ringan. Punggungnya dilabuhkan di sofa ruang tamu. Puan Solehah yang turut melabuhkan punggung di sebelahnya, dipeluk lembut. Kepalanya diletakkan ke bahu uminya, manja. “Umi sihat?” Laila bertanyakan kesihatan uminya. “Sihat... cuma umi akan jadi tak sihat kalau fikirkan pasal kak ngah sorang-sorang dekat sana,” terang Puan Solehah. Bila terfikirkan anak gadisnya duduk sorang-sorang di Belanda, serta-merta hatinya berasa tidak tenang. Memikirkan apa yang anaknya makan? Sakitkah dia? Banyak persoalan yang selalu melayang di mindanya. Ah, naluri seorang ibu. “Umi nikan... kak ngah bukan budak-budak lagi, dah kahwin...” Tidak jadi dia meneruskan ayatnya itu, lantas senyuman yang dibuat-buat dilemparkan pada uminya.

25

Bisikan Kata Hati

“Ala umi ni. Sepatutnya umi risaukan kesihatan umi tu dulu, bukan kak ngah. Kak ngah muda lagi.” Laila memesongkan ayat. Dia tidak mahu uminya menyoal yang bukan-bukan nanti. Dia belum bersedia untuk menjawab segala soalan berkenaan dirinya dan Aiman. “Muda apanya? Dah dua puluh enam tahun pun muda lagi ke? Sepatutnya sekarang ni umi dah dapat main dengan cucu umi dah.” Puan Solehah memerli. “Tu... bang cik ada. Suruhlah bang cik kahwin cepat-cepat.” Cadang Laila sambil mulutnya dijuihkan ke arah adik lelakinya yang sedang menarik bagasi-bagasinya masuk ke dalam rumah. “Main-main dengan cakap umi.” Hidung anak gadisnya ditarik perlahan. Hendak ditanya perihal Aiman kepada uminya, tetapi takut memikirkan apa pula yang uminya fikirkan nanti, lantas didiamkan sahaja soalan itu. “Dah lewat malam ni. Pergi masuk bilik. Kak ngah mesti penat duduk dalam flight berjam-jam.” Puan Solehah memberi arahan. Laila hanya mengangguk dan pipi uminya dicium sebelum beg galasnya dicapai dan dibawa ke tingkat atas.

KERETA Mazda CX-9 memasuki kawasan banglo dua tingkat yang tersergam indah. Vila Orkid, sempena kegemaran mamanya yang suka menanam orkid. Kereta BMW 8 series kepunyaan papanya sudah tersadai di garaj. Aiman keluar dari keretanya sambil membimbit beg plastik yang berisi buku.

26

Dila Dyna

Kelihatan Datin Rasyidah sedang mengambil angin malam di taman, atau mungkin juga menunggu anak lelakinya itu pulang. Aiman berjalan mendekati mamanya. “Assalamualaikum mamanya dicium. mama,” sapa Aiman. Pipi

“Hai, lambat balik Aiman?” Datin Rasyidah memerli sambil keningnya dijongketkan. Aiman hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sudah tahu salahnya balik lambat. Tadi selepas dia menghantar Boboi ke rumah Abang Hafiz, abang kepada Haris, mereka terus melepak sebentar di kedai mamak yang selalu menjadi port mereka melepaskan tekanan. Tidak sedar malam semakin lewat. “Papa dah tidur ke mama?” Takut juga dia kalau papanya tahu dia pulang lewat. Papanya memang memantau ketat pergerakan anak-anaknya tidak kira lelaki atau perempuan. “Dah, penat katanya. Ni kenapa balik lambat sangat ni?” Datin Rasyidah menyoal lagi. “Mama lupa ke? Hari nikan Aiman jemput Haris dekat KLIA, lepas tu lepak kedai mamak kejap. Itu yang lambat tu. Lagipun tadi Man hantar Boboi balik rumah Abang Hafiz sebab Kak Mas dengan Abang Hafiz dua-dua tak boleh ambil Boboi dekat nursery. Kebetulan Aiman free, Aiman tolong ambil dan hantar Boboi.” Aiman memberi penerangan panjang lebar. Memang petang tadi dia lapang, itu yang dia mengambil Boboi dan kemudian membawanya sekali untuk mengambil Haris, anak kepada abang papanya di KLIA. Tetapi sudah terang lagi bersuluh dia balik lambat, ketika jarum jam sudah menginjak ke angka satu tiga puluh minit pagi!

27

Bisikan Kata Hati

“Aiman naik dulu mama, nak mandi. Good night,” pamit Aiman. Pipi mamanya dicium dan pantas kakinya diayun menuju ke biliknya yang terletak di tingkat dua banglo tersebut. Briefcasenya dicampak ke atas sofa berbentuk L yang berwarna krim, baju kemejanya dibuka dan dicampak ke dalam bakul. Pantas sahaja tangannya menyambar tuala di penyidai dan masuk ke dalam bilik air. Lega rasanya setelah membersihkan diri. Aiman hanya memakai seluar bermuda dan membiarkan dada bidangnya menjadi santapan angin malam. Saat ini dia perlukan ketenangan. Badannya dibaringkan di atas katil king sizenya sambil tangan kanannya diletak di atas dahi. Matanya ralit melihat kain langsir yang bertiup lembut menjemput angin malam memenuhi keseluruhan ruang biliknya. “She’s back.” Bisiknya bersama keluhan. Peristiwa empat tahun lepas berulang tayang bagaikan pita rakaman. Segalanya masih kemas terakam dalam mindanya. Wajah Laili Nurlisa dan Laila Marlisa, kedua-duanya sama cantik. Yang membezakan mereka ialah, Laila ada lesung pipit di sebelah kanan pipinya manakala Laili tidak ada. Wajah yang terlalu banyak persamaan. Masakan tidak kerana mereka adik-beradik. Peristiwa yang membawa kepada ikatan perkahwinan antara dia dan Laila juga turut berulang tayang. Aiman tahu Laila masih sah sebagai isterinya walaupun telah empat tahun berlalu kerana Laila tidak pernah menuntut fasakh. Sungguh, dia benci dengan ikatan yang terbina antara dia dan Laila. Bila memikirkan tentang itu, cepat sahaja hatinya menjadi panas. Matanya dihalakan ke arah laci meja di sebelah katilnya. Lama laci meja itu direnung dan sedar tak sedar

28

Dila Dyna

laci meja itu ditarik dan sebuah album gambar dikeluarkan. Perlahan-lahan helaian pertama dibuka dan matanya terus disapa dengan ayat yang tertulis di situ: My only love, Laili Nurlisa. Jari-jemarinya menjalar di atas ayat yang tertulis indah itu, kemudian jatuh pula pada sekeping gambar seorang gadis yang tersenyum manis. Lama gambar itu ditenung. “I miss you sweetheart.” Aiman bersuara sayu. Matanya terasa panas. Kemudian nafas ditarik panjang dan dilepaskan. Hatinya terasa berat saat ini. Ingatannya masih segar terhadap kekasihnya itu. Segala kenangan mereka masih terakam kemas dalam kotak fikirannya. Gambar itu dibawa ke dada, mengharap dengan cara sedemikian rasa rindu yang ditanggungnya dapat dikurangkan sedikit. Mana mungkin dia dapat mencari pengganti tempat Laili di hatinya kalau cintanya masih belum terpadam. Akhirnya dia terlena dek badan yang keletihan dan berserabut memikirkan masalah yang mula membelenggunya kini.

29

Bisikan Kata Hati

Bab 4
AM sudah menunjukkan pukul dua tiga puluh minit pagi. Laila meregangkan otot-ototnya yang terasa sengal seraya menumbuk-numbuk bahunya yang terasa lenguh. Tuala dicapai dan dia menuju ke bilik air. Setelah kira-kira tiga puluh minit berkubang di dalam bilik air, barulah dia keluar. Samsung Galaxynya dicapai sambil sebelah tangan lagi memegang tuala kecil dan rambutnya dikeringkan menggunakan tuala tersebut. Senyuman terukir di bibirnya. Fikirannya mula melayang kepada peristiwa semasa dia di lapangan terbang di Belanda sebelum berlepas ke Malaysia. “Jangan lupakan abang dekat sini nanti.” Hakim berpesan. Melody yang berada di sisi Hakim tersengih macam kerang busuk bila mendengar kata-kata Hakim. Walaupun tidak mahir berbahasa Melayu, namun dia dapat memahami serba sedikit bahasa Melayu. “Ya... you must remember that.” Laila mencubit badan Melody apabila melihat senyuman nakal yang tergantung di bibir sahabatnya itu.

J

30

Dila Dyna

“Okay. I promise.” Laila membalas sambil memandang wajah Melody. Hatinya terasa berat hendak meninggalkan sahabatnya itu. Namun apakan daya, Malaysia sedang menantinya. “Insya-Allah, Lisa tak akan lupa. Abang Hakim jaga diri elok-elok, tolong jagakan Melody ni sekali,” pesan Laila kepada Hakim seraya tangannya mencubit pipi putih Melody. “Kalau dah sampai Malaysia, call atau mesej abang. Insya-Allah tak lama lagi abang pun akan balik Malaysia juga.” Pesan Hakim lagi. Menungannya tiba-tiba dicantas apabila Samsung Galaxynya berbunyi menandakan mesej masuk. Kening Laila bertaut. Siapa pula yang hantar mesej ni? Pantas sahaja mesej itu dibuka. smoga slmat smpi Malaysia. Sms abg klo dh smpi. Rupa-rupanya mesej daripada Abang Hakim di Belanda. Dia melorek senyum. “Esok ajelah balas.” Laila membuat keputusan. Salah satu bagasinya ditarik naik ke atas katil dan zipnya dibuka. Sehelai baju tidur berwarna biru dibawa keluar dan disarung ke tubuh langsingnya. “Huargh....” Laila menguap, kemudian matanya yang terasa sedikit pedih ditenyeh-tenyeh. Badannya direbahkan ke atas katil yang amat dirindukan, dan tidak lama kemudian dia terlena.

31

Bisikan Kata Hati

“MAKAN, kak ngah. Hari ni umi masak special untuk kak ngah.” Puan Solehah berkata setelah melihat anak gadisnya menuruni anak tangga. Laila terus mengambil tempat di meja makan. Dari tingkat atas lagi hidungnya sudah menangkap aroma nasi lemak yang berterbangan, berkeroncong perutnya minta diisi. “Emmm… sedapnya bau! Dah lama rindu nak makan masakan umi.” Laila merengek, manja. “Pagi tadi umi telefon mak mentua kak ngah, beritahu yang kak ngah dah selamat sampai. Dia cakap dia tak sabar nak jumpa dengan kak ngah. Rindu katanya dengan menantu dia yang sorang ni.” Puan Solehah memberitahu seraya mencuit pipi anaknya itu. Laila yang sedang menikmati kopi yang disediakan terus tersedak. Kotak tisu dicapai dan beberapa helai tisu ditariknya keluar. Fikirannya mula melayang mengingati ibu mentuanya yang hanya sempat bersamanya selama dua minggu selepas dia bergelar isteri kerana dia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Belanda. Timbul rasa rindu pada ibu mentuanya. Terbayang wajah lembut ibu mentua juga bapa mentuanya itu. “Mama Aiman masih mentua Laila ke umi?” Terpacul sudah ‘soalan keramat’ daripada mulutnya. Uminya dilihat ternganga sedikit mendengar soalan yang tidak dijangka keluar daripada mulutnya itu. “Hei... soalan apa yang kak ngah tanya ni? Mestilah masih mak mentua kak ngah.” Puan Solehah menjawab, sedikit tinggi nadanya. Tidak faham kenapa anaknya mempersoalkan status hubungannya. Walhal kalau Aiman berkahwin lain sekalipun, pasti dia akan diberitahu terlebih dahulu.

32

Dila Dyna

Laila hanya menunduk merenung pinggannya yang berisi nasi lemak, tidak berani hendak memandang wajah uminya. Dia bukan apa, cuma hendak memastikan status hubungannya dengan Aiman. Itu sahaja. Manalah tahu kalau sebenarnya dia sudah diceraikan atau dimadukan. Hatinya jadi ragu-ragu semenjak pertemuan mereka yang tidak dirancang di KLIA semalam. Apa yang menambahkan lagi syak wasangka yang sudah beraja di hatinya ialah kehadiran anak kecil di sisi Aiman yang memanggilnya dengan panggilan ‘papa’ itu. Benar-benar menyentap dirinya daripada realiti kehidupan. “Maknanya, Aiman tak kahwin lainlah sepanjang kak ngah tak ada ni?” soal Laila lagi. Tetapi kedengaran suaranya sedikit perlahan daripada tadi. Takut dimarahi oleh uminya lagi. “Mestilah tak!” Puan Solehah memberi jawapan yang ringkas dan tegas. Masakan menantunya sendiri kahwin lain pun dia tidak tahu. Walaupun hubungan Aiman dan Laila keruh namun itu tidak membataskan keakraban hubungannya dengan keluarga besannya itu. Malah semenjak pemergian anak gadisnya itu, hubungan dia dan Datin Rasyidah bertambah erat. Sering bertanya khabar antara satu sama lain. Laila hanya mengangguk perlahan. Jadi, betullah yang budak semalam tu bukan anak dia. Entah kenapa hatinya terasa sedikit lega setelah mendapat berita ini. “Jadi, ingat. Nanti call mak mentua kak ngah.” Puan Solehah meninggalkan pesan sekali lagi supaya anaknya tidak lupa untuk menelefon ibu mentuanya nanti. “Nantilah umi, kak ngah jumpa. Sekarang ni kak ngah fikir nak cari kerja dulu.” Laila bersuara lagi. Memang

33

Bisikan Kata Hati

dia sudah mempunyai perancangan sendiri setelah balik ke Malaysia. Dia tidak mahu pelan yang direncanakannya terganggu hanya kerana hubungan Aiman dan dirinya yang sudah lama retak, menanti belah sahaja. “Bapa mentua kak ngah ada cakap dengan umi, dia nak kak ngah kerja dengan dia,” beritahu Puan Solehah lagi, mendatar tanpa nada. Dia yang sedang meneguk air kopi sekali lagi tersedak mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut uminya itu. Hampir tersembur air kopi itu di muka uminya. Segera matanya membulat tidak percaya. Habis sakit hidungnya dengan air yang naik ke hidungnya. Wajahnya sudah berkerut macam mak nenek. Nak kerja dengan papa? Itu bermakna dia kena kerja sebumbung dengan Aiman. Tak mahulah! “Tengoklah dulu umi, nanti kak ngah fikirkan eh.” Laila memujuk untuk menyejukkan hati uminya. Nanti tidak fasal-fasal dia kena marah dengan uminya lagi. Kalau kena bebel dengan uminya, sampai esok pun mungkin tidak habis lagi. Uminya memang pakar bab nasihat-menasihati ni. “Umi tahu ni mesti pasal Aiman, kan? Tapi umi harap kak ngah fikirlah masak-masak. Umi harap sangat kak ngah tak menghampakan hasrat bapa mentua kak ngah tu.” Serkap jarang uminya mengena. Laila pula rasa serba salah sebenarnya hendak menolak kerana mentuanya itu terlalu baik padanya. Malah sepanjang keberadaan dia di Belanda, sering juga bapa dan ibu mentuanya menelefon bertanyakan khabar dia di sana. Hanya seorang itu sahaja yang senyap sunyi tanpa berita. Tetapi dia memang tidak pernah mengharapkan apa-apa daripada lelaki itu. Cukuplah dengan jiwanya yang tenteram dan tenang di sana. Tidak

34

Dila Dyna

perlu dikusutkan jiwanya dengan panggilan lelaki itu. Tetapi sanggupkah dia berdepan dengan Aiman nanti? “Abah dengan bang cik mana, umi?” Laila mengubah topik. Tidak mahu dipanjang-panjangkan perihal ini. Buat seksa kepalanya sahaja hendak memikirkan masalah tahap dunia macam ini. “Abah pergi kerjalah. Bang cik baru aje bertolak pergi U,” beritahu uminya. Abahnya bekerja sebagai pensyarah di Fakulti Seni bina, UiTM Shah Alam, manakala adiknya penuntut tahun dua jurusan perniagaan di universiti yang sama. “Umi... hari ni Liya cuti. Kak ngah nak pergi shopping dengan Liya boleh, umi?” tanya Laila, meminta kebenaran. Pagi ini dia bersiap ala kadar, simple dengan seluar jean dan blaus bunga kecil yang membaluti tubuhnya. Hari ini dia merancang hendak membeli beberapa pasang baju kerja, seluar, sut dan juga kasut. Maklumlah, hendak mula mencari kerja. Dia mahu memastikan segalanya berjalan seperti yang dirancang. “Pergilah. Tapi ingat, jangan balik lewat sangat. Membebel pulak abah nanti,” nasihat uminya. “Siap!” tabik Laila ke arah uminya dan ditayangkan gigi putihnya yang tersusun rapi. Bukan Laila tidak tahu abahnya sangat menjaga anak-anaknya terutama anak gadisnya. Kalau dulu, asal dia dan kakaknya pulang lambat pasti sakit telinga kena menahan bebelan yang keluar daripada mulut abah. Macam machine gun. Abah memang sudah tetapkan yang anak gadisnya, kalau keluar kena pulang sebelum maghrib. Itu peraturan, sesiapa pun tidak dibenarkan melanggarnya. Sebab itulah dulu kalau kak long

35

Bisikan Kata Hati

keluar dating dengan Aiman sampai lewat malam, mesti abah akan berleter. Masalahnya bukan kak long seorang sahaja kena, dengan dia-dia sekali dibebel. “Thanks umi,” ucap Laila seraya memeluk tubuh uminya. “Kak ngah bila nak jumpa dengan Aiman? Kak ngah kena ingat, walau macam mana sekalipun kak ngah tetap isteri Aiman. Umi bukan nak menghalau, tapi tempat seorang isteri di sisi suaminya.” Nasihat Puan Solehah pula. Mati terus senyuman yang tadinya menghiasi bibirnya apabila persoalan berkenaan Aiman diutarakan. Ingatkan sudah habis tadi. Apa yang mampu dilakukan kini hanyalah diam seribu bahasa. Dia sendiri tidak pernah ada jawapan untuk persoalan itu. “Umi tahu, mesti Aiman tak tahu lagi kan yang kak ngah dah balik?” Puan Solehah serkap jarang. Kalau melihat pada hubungan anak menantunya itu, tidak mustahil Aiman tidak mengetahui soal kepulangan anaknya itu. “Emmm... maybe.” Laila membalas ringkas. Lidahnya kelu untuk bercerita soal pelanggaran di KLIA semalam. Buat apa hendak dicanangkan cerita yang tidak penting seperti itu.

36

Dila Dyna

Bab 5
ATAHARI mula menerjah masuk melalui celah-celah langsir yang terkuak sedikit. Aiman masih lena berbungkus dalam selimut tebalnya. Pendingin udara yang dipasang membuatkan tidurnya bertambah-tambah lena. Tetapi cahaya yang masuk ke dalam kamar tidurnya itu sedikit mengganggu tidurnya. Perlahanlahan matanya dibuka dan selimut tebal yang menutupi tubuh sasanya diselak sedikit. Kepalanya dikalihkan ke arah meja kecil yang menempatkan jam locengnya yang berwarna merah putih. Jam loceng pemberian arwah, masih dijaga elok walaupun jangka hayatnya sudah melangkau ke lima tahun. Tetapi masih nampak seperti baharu. “Lapan pagi?” Aiman terjerit bila matanya bulat menangkap jarum pada jam loceng. Terkocoh-kocoh Aiman melompat turun dari katilnya, menyambar tuala di bahagian penyidai dan terus hilang di sebalik pintu bilik air. “Ni semua gara-gara perempuan itulah aku jadi lambat,” kutuk Aiman sambil memberus giginya.

M

37

Bisikan Kata Hati

Hari ni dalam sejarah, Aiman mandi kambing. Laju seperti kilat sampai tidak sempat bercukur. Setelah bersiap ala kadar, Aiman menuruni anak tangga dengan pantas sambil tangan kanannya menjinjit briefcase dan tali lehernya. Sudah terlewat ke pejabat garagara terlajak tidur. Mati dia! Papa mesti membebel nanti. Setibanya dia di pintu besar, kelihatan mamanya sedang menyiram pokok bunga di taman sambil menyanyi-nyanyi kecil. Tetapi dengan jaraknya yang sedikit jauh, tidak dapat menangkap lagu apa yang dinyanyikan oleh mamanya itu. Mamanya didekati setelah dia siap menyarungkan kasut. “Mama... Aiman pergi kerja dulu, dah lambat ni!” Tangan mamanya dicapai dan dicium. Tergopoh-gapah dia menuju ke keretanya sehingga air kopi yang dihidangkan di meja taman itu tidak sempat dijamahnya. Belum sempat tangannya membuka pintu kereta, mamanya sudah memanggil terlebih dahulu. Kepalanya ditolehkan ke arah mamanya yang masih setia memegang paip getah di tangan. “Tadi mak mentua kamu telefon. Katanya menantu mama dah balik, Aiman tahu tak?” soal mamanya bersama kening yang terangkat. Pertanyaan mamanya itu benar-benar memeranjatkan dirinya. Baru semalam Laila balik, pagi ini mama sudah dapat berita. Ekspres betul! Dia yang buntu mencari idea, berpura-pura melihat jam di pergelangan tangan. Tidak tahu hendak bereaksi bagaimana, jadi hanya cara itu sahaja yang mampu difikirkan buat masa sekarang. “Emmm... pergi dulu mama, dah lewat sangat ni!” Aiman membalas tergesa-gesa sambil mempamerkan riak wajahnya yang seakan-akan gelisah kerana takut terlewat

38

Dila Dyna

masuk ke pejabat. Padahal bukannya lewat mana pun! Tanpa menjawab pertanyaan mamanya itu, terus Aiman meloloskan diri ke dalam kereta dan memecut laju meninggalkan pekarangan banglo dua tingkat itu. Tidak mahu ditanya dengan lebih lanjut lagi. “Isy! Bertuah punya budak...! Boleh pulak dia buat tak kisah pasal bini dia.” Datin Rasyidah membebel marah sendirian. Paip getah di tangannya dihempas ke rumput. Sakit hati betul dirinya dengan sikap acuh tak acuh anaknya itu. Kalau macam inilah gaya anaknya, entah bila agaknya dia boleh mendapat cucu. Sampai sahaja di bangunan RR Holdings, dia dipanggil ke bilik papanya. Ini mesti tak lain tak bukan nak cakap pasal Laila. Malas betul! Bebel Aiman dalam hati. Pintu pejabat papanya diketuk oleh Aiman beberapa kali. “Masuk.” Tombol pintu dipulas dan langkahnya diatur kemas mendekati papanya. Tanpa disuruh, terus dia duduk di kerusi di hadapan papanya. “Papa agak mesti Aiman dah tahu apa yang papa nak cakap, kan?” Dato’ Razali memulakan bicara. Pen yang terselit di celah jari diletakkan di atas meja dan matanya menumpu sepenuh perhatian kepada anak lelakinya di hadapan. “Mama mesti dah beritahu Aiman yang Laila dah balik, kan? So, papa bercadang untuk bawa Laila masuk ke syarikat kita jadi ketua bahagian kewangan. Apa pendapat Aiman?” Dato’ Razali menyuarakan hasrat hatinya. Memang telah lama difikirkan tentang perkara ini. Kalau boleh dia ingin membawa menantunya itu masuk ke syarikatnya, sekali gus berharap dengan cara ini dapat membantu memperbaiki hubungan anak menantunya itu.

39

Bisikan Kata Hati

Terdiam Aiman sekejap mendengar hasrat papanya itu untuk membawa masuk Laila bekerja di sini. Fikirannya buntu. “Suka hati papa la, syarikat papa... bukan syarikat Aiman.” Aiman membalas dengan malas. Kalau Laila kerja di sini, itu bermakna hari-hari dia akan berjumpa gadis itu. Tidak semena-mena wajah lembut Laila terlayar di ruang matanya seketika. “Baguslah tu.” Dato’ Razali senang dengan jawapan yang diberikan oleh anaknya itu. “Macam mana dengan progress projek dekat Pulau Pinang tu? Lim beritahu papa ada masalah dengan projek di sana.” Dato’ Razali menyoal. Soalannya sudah berubah topik. “Emmm... bahan binaan yang kita tempah sebelum ni tak menepati piawaian yang ditetapkan. So, projek tu perlu dihentikan sekejap sementara kita dapat cari supplier baru.” Aiman memberi penerangan dengan tenang. Dahi papanya kelihatan berkerut sedikit. “Make sure you settle this problem as soon as possible. And make sure bahan yang kita tempah kali ni betul-betul berkualiti. Papa tak nak masalah macam ni timbul lagi, kita yang terpaksa menanggung kerugiannya.” Dato’ Razali tegas memberi kata putus. “Baik, papa.” Aiman mengangguk. Memang pening dia memikirkan masalah projek di Pulau Pinang itu. Kerugian yang ditanggung oleh syarikat bukannya sedikit, melibatkan jutaan ringgit. “Lambat-laun Aiman tetap akan menerajui empayar syarikat ni. So, papa nak Aiman belajar dari sekarang. Papa tak nak disebabkan masalah-masalah macam ni, syarikat kita akan lingkup nanti.” Dato’ Razali memberi nasihat dengan

40

Dila Dyna

tegas. Dia bukan tidak percaya dengan kebolehan anak lelaki tunggalnya ini. Tetapi masalah boleh timbul bila-bila masa sahaja. Anaknya itu perlu bersedia untuk berhadapan dengan risiko-risiko sebegini dalam dunia perniagaan seperti ini. “Insya-Allah Aiman akan ingat itu, papa.” Aiman menyambut baik nasihat papanya itu. Dia satu-satunya anak lelaki dalam keluarga ini, lambat-laun papanya akan tetap menyerahkan tampuk pentadbiran syarikat kepadanya kelak. “Kalau tak ada apa-apa lagi Aiman keluar dulu, nak bincang dengan Haris pasal proposal projek di Johor.” Aiman meminta diri. Tidak betah berlama-lama di situ. Pasti banyak soalan lain nanti yang akan disoal oleh papanya. “Lagi satu papa nak cakap, mama pun setuju sangat dengan idea ni. Papa nak Laila balik tinggal dengan kita.” Kata-kata papa yang terakhir itu bagai menjerut lehernya. Keningnya bertaut. Tetapi masakan dia hendak menghalang. Laila masih tetap isterinya, dan dia juga dapat merasakan kata-kata papanya itu bukan berbentuk permintaan tetapi lebih kepada arahan. Kepalanya lantas diangguk dan terus keluar dari bilik papanya. Sewaktu dia melintasi meja sekretarinya, Aiman berhenti sebentar. “Morning kak. Ada apa-apa appointment untuk saya hari ni?” tanya Aiman kepada Kak Maizura. “Tak ada, bos.” Kepalanya diangguk dan langkahnya diatur kemas menuju ke biliknya. Briefcasenya diletakkan di atas meja dan matanya dihalakan ke arah bangunan-bangunan pencakar langit di luar. “Huh....” Aiman mengeluh berat. Buntu dia memikirkan masalah antara dirinya dan Laila. Dia tidak nampak langsung jalan penyelesaian yang patut diambil

41

Bisikan Kata Hati

untuk meleraikan kekusutan hubungan mereka yang sudah tertangguh sejak sekian lama. “Macam mana aku nak berdepan dengan Laila nanti?” Soal Aiman kepada dirinya sendiri. Fikirannya buntu setiap kali teringatkan gadis itu. Tidak pasti bagaimana dia harus bereaksi apabila berdepan dengan gadis cantik itu. Empat tahun berlalu begitu sahaja, namun masih belum cukup untuk melunturkan seraut wajah gadis yang telah dinikahinya. Adegan-adegan yang berlaku setelah akad nikah dilafazkan juga tidak pernah terhapus dari ingatannya. Cukup kuat melekat macam gam gajah dalam ingatannya. Tidak mahu fikirannya menjelajah lebih jauh meneroka segala memori yang telah tersimpan rapi dalam kotak fikirannya, punggungnya dilabuhkan ke kerusi empuk miliknya. Dokumen-dokumen yang disusun tinggi mengalahkan bangunan KLCC ditarik satu per satu. Pen yang terkepil di celah jari-jarinya dipusing-pusing seperti kipas helikopter. Mata pen mula menjalankan tugasnya buat hari ini.

42

Dila Dyna

Bab 6
AKTU tengah hari Aiman keluar dengan Haris ke kompleks membeli-belah terkemuka berdekatan pejabat mereka. Restoran Nando’s menjadi pilihan mereka. Sememangnya sudah menjadi kebiasaan mereka untuk mengisi tembolok yang kosong di sini. Dekat dengan pejabat, jimat masa, jimat minyak. Setelah pesanan dibuat, mereka memulakan sesi temu ramah. Siapa lagi kalau bukan Haris yang menjadi wartawan tidak bertauliah itu. “Aku bet mesti papa dengan mama kau dah tahu, kan... yang menantu kesayangan mereka tu dah balik. Kan?” ujarnya dengan senyuman mengusik yang tidak putus-putus hingga membuatkan Aiman meluat dibuatnya. “How do you know? And you won’t believe this. Papa aku nak tawarkan Laila untuk bekerja sekali dengan kita.” Aiman meluah dengan nada tidak puas hati sambil tangannya bermain-main dengan straw. Hatinya gusar memikirkan tiap-tiap hari dia perlu bersemuka dengan isterinya itu. Dia takut perasaan lain akan hadir nanti.

W

43

Bisikan Kata Hati

“So... what is the problem? Aku tak nampak apa-apa yang salah pun pasal cadangan papa kau tu. It’s a brilliant idea,” jawab Haris selamba. Pelik dengan sahabatnya ini. Hendak kata bini tidak cantik, dia tengok tidak ubah macam bidadari, putih gebu. Apa lagi yang Aiman hendak? “Sebab kau tu buta, tu yang kau tak nampak apa masalahnya sekarang.” Aiman memerli sambil memercikkan air yang bersisa di strawnya ke arah Haris. Memanglah Haris tidak nampak apa-apa masalah, sebab bukan dia yang berdiri di tempatnya. Cuba lelaki itu berdiri di tempatnya, pasti Haris juga akan rasa bingung. Bayangkan isteri yang tidak ditemui selama empat tahun tiba-tiba balik Malaysia dan kemudian mereka harus pula duduk satu rumah. Itu boleh lagi. Ini naknak pula duduk satu bilik, tidakkah rasa janggal? “Kurang asam punya kawan! Kau tak nampak dua biji mata aku melekat dekat muka aku ni?” Kata-kata Haris itu disambut dengan ketawa yang kuat oleh Aiman. “Sorrylah bro.” Aiman menyedari keterlanjuran kata-katanya. “Sorry, sorry... naik lori la kau.” “Habis tu, apa plan kau?” tanya Haris lagi. Pepper pesto burger yang dipesannya tadi digigitnya sekali. Kenikmatan yang jelas terasa masuk ke mulutnya disebabkan perut yang kebuluran sejak pagi tadi. Nikmat sungguh. “Entahlah, aku pun tak tahu. Kepala aku ni serabut, tau tak? Ini tak masuk lagi bab yang papa aku nak bawak Laila tinggal dengan kita orang.” Rambutnya diramas-ramas geram. Pening! Macam orang mati bini pula lagaknya. “Wow! Bagus jugak tu. Kau agak-agak hujung tahun ni aku boleh dukung anak buah tak?” seloroh Haris

44

Dila Dyna

diikuti dengan ketawa yang terbahak-bahak gara-gara melihat wajah Aiman yang sudah merah padam. “Ini anak buah kau, nak?” jawab Aiman sambil menunjukkan penumbuknya kepada Haris. Tidak ingin dia punya anak dengan perempuan itu, bentak hati Aiman. Tapi... kalau dah lelaki perempuan duduk satu bilik, ada potensi tak anak tu keluar? Segera dinyahkan soalan yang tidak sepatutnya ada di kepalanya. Meremang bulu roma dibuatnya. “Tapi hari tu masa aku jemput kau dekat KLIA, Laila terkejut tau bila dia nampak Boboi. Kau sendiri tahu kan Boboi panggil aku apa. Mesti perempuan tu ingat Boboi tu anak aku.” Aiman menceritakan kejadian di KLIA kepada Haris. “Itulah kau, dari dulu lagi aku dah cakap. Jangan diajar budak tu panggil kau papa, tengok sekarang dah melekat,” kata Haris berbaur bimbang. Tetapi betulkah Laila akan salah faham? Mungkin juga. “Peduli apa aku kalau perempuan tu ingat Boboi tu anak aku. Tak payah la dia susah payah nak berbaik-baik dengan aku dah lepas ni. Dia boleh pergi cari lelaki lain. Aku dengan senang hati boleh ceraikan dia kalau dia mintak!” kata Aiman penuh bongkak. Padahal dia bukanlah jenis orang yang cepat baran dan menyimpan dendam seperti ini. Tetapi dengan Laila ini lain sikit kesnya. Telinganya tidak boleh mendengar nama perempuan itu. Serta-merta panas barannya naik. Haris yang mendengar bungkam seribu bahasa. Tidak sangka sampai macam itu sekali benci Aiman kepada Laila. “Nauzubillah Aiman, mengucap banyak-banyak.

45

Bisikan Kata Hati

Kau ingat perkahwinan ni sesuatu yang boleh dibuat main ke? Hari ni kahwin, esok cerai. Macam tu?” soal Haris berbaur marah. Dia tidak suka mendengar setiap bait kata yang dituturkan Aiman. Macam orang tidak ada iman. “Aku tak bolehlah. Aku tak boleh terima ikatan perkahwinan ni. Aku rasa terseksa.” Aiman membalas. Ada rasa terkilan yang terselit di situ. Haris menyedut nafas dalam. Cuba bersabar dengan sikap sahabatnya itu. “Benda ni simple aje sebenarnya bro. Kau dengan Laila aje yang buat benda ni jadi rumit macam ni. Cuba belajar terima qadak dan qadar. Belajar cintakan isteri kau, buang semua rasa benci yang hanya merosakkan hati kau tu. Itu aje jalan keluar yang terbaik.” Haris memberi nasihat sebagai orang yang paling rapat dengan Aiman. Dia juga mahu melihat sahabatnya itu hidup bahagia. Aiman terkelu. Cuba memproses semua nasihat yang diberikan kepadanya itu. Haris yang perasan Aiman mula terkedu dengan katakatanya tadi mengukir senyuman. Kepalanya digeleng-geleng. “Relakslah bro. Aku pelik betullah dengan kau ni, ada bini sikit punya cantik pun kau nak serabut ke?” Bini dah cantik. Kalau dia lainlah, calon pun tidak nampak lagi. Papa dengan mama pun asyik membebel sahaja menyuruhnya cepat-cepat kahwin. Naik berdarah telinganya nak menadah dan mendengar benda yang sama tiap-tiap hari, Haris membebel dalam hati. “Kau pun tahu kan kenapa aku tak boleh terima dia?” kata Aiman disertai dengan keluhan. Mustahil Haris tidak tahu sebab dia tidak dapat menerima Laila sebagai isterinya.

46

Dila Dyna

“Kenapa? Jangan kau kata sebab Laili.” Haris menebak. Tetapi melihat kepada riak muka Aiman memang sudah boleh agak. Memang sebab itulah, tidak ada benda lain lagi dah. Haris mengeluh, matanya dialihkan ke arah lain seketika. “Tolonglah Aiman, tak tenteram roh dia dekat sana kau tahu tak? Dia dah lama pergi, dah empat tahun. Takkan kau masih nak dibelenggu kisah silam. Hei! Wake up man!!!” kata Haris dengan tegas. Bukan dia tidak tahu kisah percintaan antara Aiman dan Laili. Lebih daripada tahu, kerana dia yang memperkenalkan Laili kepada Aiman. Dan dia juga tahu bagaimana Aiman boleh terkahwin dengan Laila. Tetapi dengan cara memerangkap diri dengan kisah silam tidak akan dapat selesaikan masalah. “Tapi cinta aku untuk Laili tak pernah padam even dah empat tahun dia tinggalkan aku.” Aiman meluah dengan rasa sedih yang berselirat di lubuk hatinya. “Tapi orang yang dah pergi takkan datang balik. Kau kena sedar tu. Macam mana pun Laila dah jadi isteri kau, dan kau ada tanggungjawab yang perlu kau pikul. Laila tu amanah dari Allah untuk kau.” Haris memberi syarahan. Dia kalau bab-bab agama ni memang boleh tahan juga. “Aku tau tu, tapi entah kenapa aku tetap susah nak padamkan bayangan Laili.” Aiman membela diri. Empat tahun kehilangan Laili, tetap tidak dapat melunturkan rasa cintanya buat sang kekasih. “Aku tengok Laila tak ubah macam Laili. Samasama cantik. Bahkan aku rasa Laila lagi cantik daripada arwah kakak dia.” Haris cuba menarik minat sahabatnya itu. Namun tiada sebaris jawapan pun yang terkeluar daripada mulut sahabatnya itu.

47

Bisikan Kata Hati

“Kau fikirlah masak-masak. Tapi aku rasa kalau Laili masih hidup pun, dia mesti nak tengok kau dengan Laila hidup bahagia. Dan kau kena ingat yang perkahwinan ni amanat arwah yang terakhir,” tambah Haris lagi mengingatkan Aiman yang mungkin sudah terlupa. Memang sebelum arwah menghembuskan nafas yang terakhir, arwah berpesan supaya Aiman dapat menerima adiknya, Laila sebagai isterinya. “Aku tak rasa yang Laila tu jodoh aku. Kalau memang Laila tu bidadari yang ditakdirkan untuk aku, kenapa sampai sekarang pun aku tak pernah ada apa-apa perasaan istimewa pada dia macam apa yang aku rasa pada Laili?” tukas Aiman lagi. Dia tidak rasa yang Laila adalah jodoh yang ditakdirkan untuknya. Melihat Laila secara berdepan langsung tidak mengundang debaran dalam dadanya. Cuma sejak pertembungan mereka di KLIA hari itu sahaja dia terasa lain macam sedikit. Dari kejauhan, tidak semena-mena Haris menangkap seraut wajah yang berjalan mendekati kedai kasut yang terletak berhampiran dengan tempat mereka makan. “Weh! Tu bukan isteri kau ke?” kata Haris sambil mencuit lengan Aiman. Lehernya dipanjang-panjangkan menjengah ke dalam kedai kasut yang dimasuki oleh Laila bersama seorang lagi gadis lain. Kata-kata Haris menyentap lamunan Aiman. Kepalanya ditoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Haris. Saat itu juga matanya bersabung pandang dengan sepasang mata cantik milik Laila. Terkedu kedua-duanya, hati berdetak tak keruan. Tetapi beberapa saat cuma, kerana Aiman terlebih dahulu melarikan pandangan matanya ke arah deretan kedai di tepi.

48

Dila Dyna

Apesal boleh jumpa dengan perempuan tu pulak? Dalam banyak-banyak shopping complex kat KL ni, kenapa dekat sini jugak dia nak pilih? Gerutu Aiman dalam hati. Sungguh dia memang tidak menyenangi kehadiran semula gadis itu dalam hidupnya. “Dahlah, jom balik. Waktu lunch pun dah nak habis ni.” Aiman menggamit. Tidak sanggup berlama-lama di situ. Membayangkan dirinya berada di dalam satu bangunan dengan Laila sahaja sudah mengundang rasa tidak selesa dalam dirinya, apatah lagi satu bilik! “Sekejaplah, aku nak jugak bersapa dengan isteri kau. Dah empat tahun tak jumpa dia, makin cantik pulak aku tengok.” Haris berseloroh. Padahal Haris sengaja hendak menguji reaksi Aiman. “Tak payah. Yang kau nak menegur-negur isteri aku tu kenapa?” soal Aiman dengan nada keras. Dia pun tidak menegur lagi, ini Haris pula sibuk-sibuk hendak menegur. Hatinya tiba-tiba rasa tidak sedap. “Aik! Takkan jealous kut bro?” Tanya Haris. Tetapi melihat pada muka Aiman yang sudah hendak berubah jadi Incredible Hulk itu, terus ditekup mulutnya. Opsss... nampaknya dia sudah tersilap kata.

HATINYA berdebar-debar tidak keruan apabila matanya bertembung dengan sepasang mata tajam milik Aiman sebentar tadi. Terasa melayang jiwanya. Laila yang tadinya terpaku tiba-tiba tersedar apabila tangannya terasa disiku oleh Liya.

49

Bisikan Kata Hati

“Emmm... kau cakap apa tadi?” Serba salah Laila bertanya. Kehadiran Aiman di kawasan berdekatan telah menyentap konsentrasinya terhadap Liya. Matanya bagaikan tertarik untuk melihat ke arah lelaki yang pernah mendapat tempat di hatinya dulu. Itulah, duk tenung anak teruna orang kenapa? Liya yang memandangnya sudah mengancing gigi tidak puas hati. “Aku tanya, antara yang ni dengan yang ni, mana lagi cantik?” Lantas dua pasang kasut ditayangkan di hadapan mata Laila. Dia tengok sama sahaja fesyennya, lain warna sahaja. Hatinya berdetik sekejap. “Kau nampak apa tadi, yang buat kau mengelamun macam ni? Nampak mana-mana mamat ganteng ke?” Sudah terkeluar perkataan Indonesia daripada mulut Liya. Itulah bahananya kalau terlalu asyik menonton sinetron. Matanya kemudian dihalakan ke arah tempat yang dilihat oleh Laila tadi. Matanya mula menangkap dua susuk tubuh lelaki yang berada di dalam Restoran Nando’s berdekatan mereka. Matanya dikecilkan. Macam kenal. “Tak ada apa-apalah....” Pantas tangan Liya ditarik untuk meninggalkan kedai itu. Nanti banyak mulut pula mak cik seorang ini. Bukan boleh percaya sangat. Kalau dulu semasa mereka masih menuntut di UKM, Liya itulah yang menjadi ‘radio penyampai gosip’ di kolej. Ada sahaja cerita baharu yang dibawanya setiap hari. Si A dah couple dengan si B la, si C dah break up dengan si D. Macam-macam, sampai cerita lecturer pun boleh buat gosip. “Eh! Kejap-kejap, aku macam kenal aje mamat dalam restoran tu. Tu bukan suami kau ke?” potong Liya

50

Dila Dyna

sambil jari telunjuknya dimaksudkannya tadi.

mengarah

pada

lelaki

yang

Serkap jarang Liya mengena nampaknya. Betullah tu, rasanya dia belum rabun lagi. Seorang tu Aiman dan sorang lagi kalau tak silap sepupu mamat tu, Haris. “Kau tak nak pergi, aku pergi sorang ajelah,” ujar Laila. Pantas kakinya terus membuka langkah laju meninggalkan kedai kasut tersebut. “Eh, tunggulah aku!” Liya melaung macam Tarzan di tengah-tengah pusat membeli-belah itu sambil berlari mendekati Laila yang sudah jauh ke hadapan. Langkah besar dibukanya menyaingi langkah Laila yang nampak laju macam hendak bermaraton. Patutlah dia tengok pucat semacam sahaja muka Laila tadi. Terrr… jumpa cik abang rupanya, bisik Liya dalam hati. “Laila... dahlah tu. Janganlah laju sangat, aku dah semput ni. Haus.” Liya merungut dengan nafas yang ternyata mengah. Terus punggungnya didudukkan ke kerusi restoran berhampiran. Penat hendak mengejar Laila yang laju jalannya mengalahkan macam hendak berlumba lari pula. “Itulah kau, jalan laju sikit dah penat. Ni mesti sepanjang aku tak ada kat Malaysia kau tak pernah pergi exercise, kan?” Laila menuduh sambil mengambil tempat di kerusi hadapan Liya. Nafas dia pun kedengaran agak mengah. Dia pun sudah agak lama tidak melakukan senaman. Stamina pun sudah menurun. “He he… cam tahu-tahu aje kau, kan? Adalah jugak, tapi jarang. Tak ada mood sebab kau tak ada.” Memang betul pun, semenjak Laila berangkat ke luar negara, sudah

51

Bisikan Kata Hati

jarang dia keluar bersenam atau membeli-belah. Yalah, kawan satu kepala sudah tidak ada, tak syoklah. “Ni lagi satu, sampai bila kau nak mengelak dari hubby kau ni?” Soalan cepumas keluar daripada mulut Liya. Tersentak Laila dibuatnya. Suka hati emak bapak dia sahaja panggil hubby. “Dah, kau jangan nak buat muka blur kau tu dekat aku. So, apa perancangan kau?” Liya menyoal lagi, sama seperti Haris bertanya kepada Aiman tentang perancangan hubungan mereka berdua yang tergantung di awang-awangan ini. “Umi aku kata dua minggu lepas surat tawaran temu duga dah sampai rumah. Maybe Rabu ni aku pergi temu duga.” Laila menjawab selamba dengan matanya yang galak bersinar. Tidak mengerti apa maksud sebenar kepada soalan yang diutarakan oleh Liya tadi. Liya menepuk dahinya. Memang ratu blur betullah kawan dia seorang ini. Tanya benda lain, dia jawab lain. “Astaghfirullahal-Azim…. Aku bukan tanya pasal temu dugalah cik kak. Aku tak risau pun pasal kerja kau, sebab aku tahu mesti banyak company yang nakkan khidmat kau. Aku tanya pasal kau dengan Aiman, macam mana?” Liya menerangkan maksud sebenar soalannya tadi. Ooo... pasal dia dengan Aiman ke! Lain kali soalan tu biar kasi jelas sikit. “Entahlah, tapi pagi tadi umi aku kata yang bapak mentua aku ajak aku kerja dengan dia,” jawab Laila sambil menaikkan bahunya tanda tidak tahu. Kalau boleh sebenarnya dia hendak mengelak daripada bertemu suaminya buat sementara waktu ini. Hatinya masih tidak cukup tenteram lagi.

52

Dila Dyna

“Emmm… baguslah tu, tak payah susah-susah kau pergi temu duga. Lagi satu, kau boleh selalu jumpa dengan hubby kau. Manalah tahu hubungan korang boleh baik pulak lepas kau kerja dekat situ.” Liya menyokong cadangan bapa mentua Laila itu. “Tak ada maknanya, Liya. Tengok muka aku pun dia dah lari sebatu agaknya.” “Kau ni pesimislah Laila. Think positive okay.” “Tengoklah macam mana. Aku tak boleh kasi kata putus lagi buat masa sekarang.” Laila ragu-ragu untuk memberi jawapan. Dia perlu memikirkan semasak-masaknya perkara itu sebelum mengambil apa-apa keputusan. “Aku sentiasa doakan kau akan dapat kebahagiaan kau lepas ni.” Bukan dia tidak tahu Laila sebenarnya masih mencintai Aiman. Sejak zaman mereka menuntut di UKM lagi Laila pernah memberitahunya yang dia terjatuh cinta dengan Aiman yang pada masa itu sedang hangat bercinta dengan kakaknya, Laili. “Layak ke aku dapat kebahagiaan, Liya?” Laila mula bertanya sayu. Perlahan-lahan air matanya menitis keluar. “Layak! Sangat layak.” Liya memberikan kata-kata semangat. Dia tahu Laila masih menyalahkan dirinya atas pemergian kakak kesayangannya dulu. Laila hanya diam menekur meja yang kosong. “Apesal ni? Mana kekuatan yang kau bina dekat Belanda tu? Be strong my friend,” tambah Liya lagi. “Dah roboh kena langgar lori balak.” Laila cuba menceriakan dirinya sendiri. Tidak mahu terus melayan perasaannya yang gundah-gulana. Tidak akan ke mana pun perasaannya itu.

53

Bisikan Kata Hati

“Kau saman ajelah pemandu lori tu. Tuntut insurans, lepas tu kau binalah balik dinding tu.” Seloroh Liya pula. Seminit kemudian terkeluar gelak tawa daripada mulut masing-masing. Pandai sungguh Liya mengembalikan keceriaan pada wajah Laila. Memang sudah menjadi tugasnya semenjak dulu lagi. Menjadi penghibur Laila setiap kali duka datang menguji. Hubungan mereka ibarat isi dan kuku, tidak boleh dipisahkan.

54

Dila Dyna

Bab 7
IMAN pulang dari pejabat tepat jam lima tiga puluh minit petang. Keretanya terus dipecut membelah jalan raya pulang ke rumah. Awal-awal lagi mamanya sudah bagi amaran. Hari ini keluar sahaja dari pejabat, terus pulang ke rumah. Tidak boleh melencong ke kedai mamak ke... supermarket ke... kerana satu-satunya adik perempuan yang dia miliki, Anis Sofea sudah menamatkan pengajiannya di UK dan akan pulang hari ini. Adiknya itu berusia dua puluh empat tahun, dua tahun lebih muda daripada Laila manakala dia pula sudah menginjak ke usia dua puluh sembilan tahun. Kalaulah dia tidak mensia-siakan perkahwinannya, pasti sekarang dia sudah mempunyai seorang atau dua orang anak. Tetapi buat apa hendak berangankan benda yang mustahil macam itu. “Abang!” jerit Fea sebaik sahaja kelibat abangnya turun dari kereta. Terus dia menerpa ke arah abangnya itu. dalam Aiman dipeluk sebaik sahaja kakinya melangkah ke rumah. Adiknya memang manja dengannya.

A

55

Bisikan Kata Hati

Maklumlah, mereka dua beradik sahaja. Dulu pun, Laili selalu merungut kerana cemburu melihat adiknya yang terlebih manja dengannya. “Sudahlah tu.... Kalau ya pun rindu, janganlah depan-depan pintu ni nak berpeluk!” Dato’ Razali yang baru sahaja pulang, menegur dari belakang. “Ala… papa jealouslah tu,” kata Fea, lantas tubuh papanya dipeluk pula. Dicium kedua-dua belah pipi papanya. Berada jauh dari keluarga benar-benar menerbitkan perasaan rindu dalam hatinya. Tetapi nasib baik sekarang ini zaman siber, ada Facebook, ada Skype. Kalau orang dulu-dulu berhubung guna surat saja tau! “Dah tua-tua macam ni pun nak bermanja lagi dengan papa ke?” Aiman pula menegur dengan bibirnya yang dicebikkan ke arah adiknya yang masih memeluk papanya dengan erat. “Biarlah. Abang jealous Fea tak cium abang, kan? Itulah, kalau Kak Laila ada mesti abang tak jealous sebab Kak Laila boleh cium abang.” Fea berkata selamba badak dengan muka tidak bersalahnya. Fea hanya tergelak melihat reaksi abangnya yang ternyata terkejut dan malu. Kalau tidak, tak adalah muka abangnya yang putih itu tiba-tiba sahaja berubah jadi merah jambu. “Dahlah tu…. Korang berdua ni kalau tak mengusik tak boleh ke? Jom masuk, papa dah lapar ni. Mama masak apa?” tanya Dato’ Razali. “Mama masak mihun goreng dengan kuih tepung pelita favourite Fea he he,” balas Fea manja. Maklumlah anak bongsu, sudah terbiasa dimanjakan sebegitu rupa. “Ha... ni yang tak suka dengan mama ni. Kalau pasal Fea aje, semua dapat... kalau Aiman mintak, confirm tak

56

Dila Dyna

dapat.” Aiman merungut pula dengan muka cemberut. Tidak lama selepas itu telinganya terasa sakit dipiat. “Ooo... yang minggu lepas mama buat kuih keria tu apa?” soal Datin Rasyidah kegeraman. Pandai anaknya itu mengata dia di belakang ya! Bila telinga anak lelakinya itu dilepaskan, kelihatan berbekas merah cuping telinga Aiman. “Mama ni, sakitlah!” Aiman mengadu sakit. Digosok-gosok telinganya yang naik merah akibat penangan mamanya tadi. Kejam sungguh! “Dah... dah... jom masuk! Kalau nak bergurau pun masuk dulu dalam rumah. Kalau jiran-jiran nampak, kan malu.” Potong Dato’ Razali. Faham benar dengan perangai anak-beranak itu, suka mengusik di antara satu sama lain. Yang isterinya pun satu, kadang-kadang terlebih kebudakbudakan. Tetapi itulah yang membuatkan dirinya bertambah sayang kepada isterinya. Perkahwinan yang pada mulanya diatur oleh keluarga akhirnya membuahkan kebahagiaan yang tidak terhingga. Alhamdulillah.

USAI makan malam, Dato’ Razali memanggil semua ahli keluarganya berkumpul di ruang tamu vila tersebut termasuklah Mak Mah, pembantu rumah mereka yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri. Aiman sudah tahu apa yang bakal dibincangkan. Kalau bukan fasal dia dan Laila, apa lagi? Malas betul hendak dengar... hendak membantah, gerun pula! Akhirnya dia mengambil juga tempat di atas sofa. Fea pula duduk di sisi mamanya.

57

Bisikan Kata Hati

“Papa nak buat announcement memandangkan Laila dah balik ke Malaysia sekarang.” Dato’ Razali bermukadimah terlebih dahulu. “Keputusan papa dah bulat. Papa akan ambil Laila bekerja dengan kita di syarikat,” ujar Dato’ Razali memecah kesunyian di banglo dua tingkat itu. Wajahnya serius menandakan dia tidak bermain-main dengan berita yang disampaikan itu. “Mama sokong sangat keputusan papa tu.” Datin Rasyidah mula menyatakan sokongannya. Dia dan suaminya sudah awal-awal lagi berpakat bersama. Tidak akan dipedulikan sebarang bantahan yang keluar daripada mulut anak lelaki mereka nanti. Mereka sudah nekad dengan keputusan yang dibuat. “Fea pun!” Fea turut menyokong dengan muka tidak bersalah. Hai... nampaknya semua orang dah buat Pakatan Axis ni, getus Aiman dalam hati. Sampai adiknya Fea yang baru balik ini pun boleh tahu akan perancangan ini. Air liurnya ditelan payah. “Lagi satu, macam papa kata di pejabat tadi, papa nak Laila balik semula ke rumah ni tinggal dengan kita.” Dato’ Razali mengulangi semula hasratnya supaya menantunya itu dapat tinggal dengan mereka semula. “Mama pun dah telefon umi Laila pagi tadi. Dia dah setuju nak bincang perkara ni dengan Laila malam ni,” tegas Datin Rasyidah pula. Ini tak boleh jadi! Dahlah nak bawa perempuan tu kerja di syarikat... lepas tu nak bawa tinggal kat sini pula? “Tapi mama, kalau dia tak nak macam mana? Takkan mama nak heret pulak dia tinggal sini.” Seboleh-

58

Dila Dyna

bolehnya Aiman membantah cadangan yang ini kerana hatinya tidak akan tenteram sekiranya Laila berada terlalu dekat dengannya. Mengingati gadis itu sahaja boleh mengundang kegelisahan dalam jiwanya, inikan pula hendak berdepan dengan gadis itu. “Pandailah mama nak pujuk nanti. Lagipun mak mentua Aiman dah beritahu mama yang dia akan pastikan Laila setuju dengan idea ni.” Nafas panjang dilepaskan. Nampaknya mama pun sudah berpakat dengan mak mentuanya. Kalau macam inilah gayanya, lambat atau cepat Laila tetap akan datang tinggal dengan mereka. “Kalau Laila datang tinggal dekat sini, dia nak duduk bilik mana? Takkan dengan Fea pulak?” tanya Aiman bodoh. “Hei! Soalan apa Aiman tanya ni? Mestilah bilik kamu, dah bini kamu!” Terkena Aiman sebijik. Betul juga. Apa punya bodohlah soalannya. Sebilik dengan perempuan tu? Gerun pula bila memikirkannya. Terbalik sudah, sepatutnya Laila yang risau. Ini tidak, dia pula yang terlebih risau. “Entah abang ni. Agak-agak la kalau nervous pun, ada ke nak suruh Kak Laila tidur dengan Fea.” Fea memerli abangnya yang nampak kalut dengan cadangan yang diutarakan oleh papa tadi. Dapat dikesan riak muka abangnya yang berubah tadi. Takut binilah tu! Aiman menjeling tajam adiknya, memberi amaran dalam diam. Dia sudah kehilangan kata-kata untuk membidas cadangan itu. “Kalau papa dah cakap macam tu, Aiman dah tak boleh nak kata apalah. Aiman naik dulu, esok nak kerja,”

59

Bisikan Kata Hati

katanya mendatar berbaur pasrah. Keputusan mama dan papa nampaknya sudah jitu hendak mengambil semula menantu kesayangan mereka. Apa lagi yang boleh dia katakan. Berdiam diri sahajalah. Membilang hari menunggu room-mate baharu masuk biliknya. Terus Aiman bangkit dari sofa dan melangkah menuju ke biliknya di tingkat atas dengan muka yang nampak sangat tidak puas hati. “Apalah nak jadi dengan anak kita tu bang? Dengan isteri sendiri pun dia buat tak kisah aje.” Datin Rasyidah merungut sedih. Dia bimbang dengan masa depan anak dan menantunya itu yang masih nampak gelap. “Kita doakan sajalah, moga-moga lepas ni dia orang akan berbaik.” Dato’ Razali memberi saranan sambil menggosok-gosok bahu isterinya untuk menenangkannya. “Entah, abang tu pelik betul. Yeay!!! Lepas ni mesti best kalau Kak Laila duduk sini. Ada teman nak borak, shopping semua he he….” Fea menyokong dengan ceria. Fea sudah membayangkan betapa seronoknya kalau kakak iparnya duduk dengan mereka kerana sejak dulu lagi dia teringin punya kakak. Dia memang sudah lama berkenan dengan kakak iparnya yang cantik itu. Abangnya sahaja yang bodoh, tidak tahu menilai. “Fea… jangan asyik nak enjoy aje. Company perlukan khidmat Fea.” Dato’ Razali mula menasihati anak perempuannya itu. “Baik bos...! Tapi bagi Fea free dalam seminggu aje lagi. Fea baru aje balik, nak jalan pun tak puas lagi.” Fea mula menggunakan kehandalannya dalam bab pujuk memujuk. Ditayang muka kesiannya di hadapan papa dengan harapan

60

Dila Dyna

papanya memberi dia kebebasan dalam seminggu sahaja lagi sebelum dia memulakan tugasnya di pejabat. “Okey... tapi seminggu aje. Papa pegang janji Fea.” “Okey. Ni yang membuatkan sayang Fea pada papa bertambah lagi ni.” Lengan papanya dipeluk erat sambil senyuman tidak lekang daripada bibir, setia menemaninya. “Papa aje, mama ni?” Datin Rasyidah bersuara jauh hati. “Alalala… merajuklah pulak! Mestilah sayang mama sekali, abang tu aje yang tak reti nak sayang isteri.” Kutuk Fea. Lantas lengan mamanya juga dipeluk erat. Sempat lagi dia memerli abangnya.

61

Bisikan Kata Hati

Bab 8
IMAN di bilik bagai cacing kepanasan. Hatinya resah membayangkan tidak lama lagi Laila akan tinggal di sini, di rumahnya atau lebih tepat lagi di biliknya. BILIKNYA! “Apa aku nak buat ni? Nak membantah, rasa macam tak jalan pulak.” Aiman merungut sendirian. Kakinya dibawa menuju ke meja kerjanya dan suis lap-top dipasang. Kemudian folder yang menempatkan gambar perkahwinannya dengan Laila dibuka. Tidak sampai seminit, matanya sudah dihidangkan dengan beratus-ratus keping gambar yang diambil oleh jurugambar yang diupah sempena majlis perkahwinan mereka. Selama empat tahun gambar-gambar ini bersemadi di dalam lap-topnya ini, tidak pernah sekali pun dia melihat gambar-gambar tersebut. Tetapi entah kenapa tiba-tiba hatinya tergerak untuk menatap gambar-gambar itu malam ni. Daripada majlis akad nikah sehinggalah majlis persandingan, semuanya diteliti. Semuanya kelihatan

A

62

Dila Dyna

sempurna tanpa cacat cela, tetapi apa yang bermain di hatinya dan Laila hanya Allah sahaja yang tahu. “Pandai jugak kita orang berlakon ye.” Aiman sempat lagi memuji sambil matanya ralit menatap gambargambar tersebut. Kemudian diturunkan ke bawah dan matanya menangkap gambar-gambar Laila ketika dimekapkan oleh jurusolek profesional. Lama matanya jatuh pada seraut wajah Laila. Hanya satu perkataan sahaja yang bermain dalam kotak fikirannya. “Cantik.” Terpacul sudah perkataan yang tadinya berlegar-legar dalam kepalanya. Memang tidak dapat dinafikan, isterinya memang dikurniakan dengan rupa paras yang cantik dan menawan. Pasti ramai kumbang di luar sana yang memasang hajat hendak mengayat isterinya kalau isterinya tidak terikat dengan ikatan yang tidak ada penghujung ini. Isy... apa yang difikirkan ni? Ditepuk-tepuk pipinya beberapa kali untuk membuang bayangan Laila yang terlayar di matanya sebentar tadi. “Macam mana aku boleh terfikir yang perempuan ni cantik?” Kutuk Aiman pada dirinya sendiri. “Kalau cantik luar aje buat apa kalau dalam busuk!” Sinis Aiman mengeluarkan bicara. Tanpa menunggu walaupun seminit, terus laptopnya ditutup dan skrin menjadi gelap. Tubuhnya diangkat dari kerusi dan direbahkan ke atas katilnya, telentang. Matanya dipejam dan tanpa disangka-sangka wajah Laili dan Laila datang silih berganti, menjadikan dia sendiri sakit kepala. Pantas lampu tidur dipadamkan.

63

Bisikan Kata Hati

LAILA berguling-guling di atas katil setelah selesai menunaikan solat isyak. Matanya tidak boleh lelap. Ditarik laci meja yang terletak bersebelahan katilnya. Satu buku bersaiz sederhana ditariknya keluar. Diarinya yang telah lama ditinggalkan, dan kerana diari ini juga semua ini berlaku. Baru hendak diselak helaian pertama diarinya, kedengaran ketukan pada pintu biliknya dan wajah umi tersembul di sebalik pintu. Terus diarinya disimpan kembali ke dalam laci sebelum uminya perasan. “Tak tidur lagi, kak ngah?” tanya Puan Solehah. Pertanyaan uminya dibalas dengan gelengan. “Belum mengantuk lagi, umi.” “Boleh umi masuk?” Puan Solehah menyoal lagi. “Masuklah umi, malam ni umi dodoikan kak ngah sampai kak ngah tidur boleh?” Laila bertanya dengan lagak manjanya. Sudah lama dia tidak bermanja dengan uminya. “Dah besar-besar macam ni pun nak umi dodoikan lagi?” Laila hanya tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih bersih. Uminya duduk berlunjur di atas katil sambil Laila melentokkan kepalanya di dada uminya. Uminya mula mengusap-usap kepalanya. “Umi nak tanya ni, kalau mentua kak ngah ajak duduk dengan dia, kak ngah nak tak?” Laila terkejut dengan pertanyaan yang tidak disangka-sangka itu, terus kepalanya diangkat dari dada uminya. Wajah uminya dipandang lama. “Umi bukannya nak menghalau. Umi dah bincang dengan abah, dan abah pun dah setuju dengan benda tu. Lagipun sampai bila kak ngah nak duduk dengan umi dan

64

Dila Dyna

abah? Kak ngah dah ada suami, ada tanggungjawab yang perlu kak ngah tunaikan. Umi tak nak nanti kak ngah dipanggil isteri yang menderhaka pada suami.” Panjang lebar nasihat Puan Solehah malam itu. Laila sedar soal itu, bukan dia tidak tahu fasal hukum dosa dan pahala. Tetapi dia sengaja berpura-pura tidak sedar. Keadaan yang memaksanya mengambil keputusan sebegini. “Kak ngah takut, perasaannya pada uminya. umi.” Laila menyatakan

“Umi tak suka kak ngah menghukum diri sendiri atas kematian kak long. Bukan salah kak ngah, Allah ternyata lebih sayangkan dia. Umi dah reda,” luah Puan Solehah sayu. Dia reda dengan segala yang telah tersurat, diterima qadak dan qadar dengan hati yang lapang. Manakan pernah seorang ibu sanggup melihat anak sendiri menghukum diri sendiri. Laila terdiam seketika. Sememangnya dia tahu, uminya tidak pernah menyalahkan dirinya atas kematian kak long. Uminya menganggap semua ini sebagai takdir yang telah ditentukan oleh Allah. “Umi… esok kak ngah ingat nak melawat pusara kak long.” Laila mengusul. Sudah terlalu lama dia tidak menziarahi pusara kakaknya, sudah empat tahun lamanya. Rindunya yang menggamit pada kakak kesayangan benarbenar membuatkan hatinya berasa sakit dan perit sekali. “Nak umi teman ke?” “Eh, tak apalah umi. Esok bang cik kata dia tak ada kelas. Dia boleh tolong temankan kak ngah.” Beritahu Laila. Dia tidak mahu menyusahkan uminya. “Dah... tidur. Kata nak umi dodoikan.” Lantas

65

Bisikan Kata Hati

kepala anak gadisnya ditarik ke dadanya sambil menyanyikan lagu. Laila tidak sedar pukul berapa dia terlena. Sedarsedar sahaja esok paginya, dia sudah tidur sendirian dengan comforter yang membaluti tubuhnya.

66

Dila Dyna

Bab 9
ACAAN Yasin dialun begitu merdu sekali. Sekali-sekala tangannya bergerak mencabut rumput yang tumbuh di sekeliling pusara tersebut. Selesai membaca Yasin, adiknya pergi membeli minuman di kedai berhampiran meninggalkan Laila sendirian. Dia tahu yang kak ngahnya perlukan masa untuk bersendirian. “Kak ngah datang, kak long...” ucap Laila sebak. Sungguh, perasaan rindu menggigit-gigit hatinya. Perlahanlahan air mata merembas keluar daripada tubir matanya. Kesedihan yang tadinya ditahan dan begitu menyesakkan dada akhirnya keluar juga. Air matanya seakan-akan tidak mahu berhenti, terus membanjiri pipi mulusnya. Dicium batu nisan pusara arwah. Memori lama mula mengambil tempat…. “Umi...! Umi!” Terjerit-jerit Laili memasuki rumah sebaik sahaja kasut sekolahnya ditanggalkan. Ketika itu mereka masih tinggal di Batu Pahat, Johor. Terkocoh-kocoh Laili mendapatkan uminya yang sedang mengadun bancuhan

B

67

Bisikan Kata Hati

kek. Dikibar-kibarkan sekeping surat yang ada di tangan kanannya semacam mengibarkan bendera waktu hari kemerdekaan. Sebaik sahaja dia berhenti di hadapan uminya, nafasnya yang termengah-mengah ditarik kejap untuk diatur semula. Dia berlari pulang ke rumah sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dari pagar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Bentara Luar, tempat mereka menuntut ilmu meninggalkan adiknya Laila yang mengejarnya di belakang. “Umi… umi tengok ni!” ujar Laili dengan tergesagesa walaupun nafasnya masih termengah-mengah. Dalam hatinya sudah tersenyum nakal. Habislah kau kak ngah, ha ha ha…. “Apa ni?” soal Puan Solehah sambil menarik surat yang dihulurkan oleh anak sulungnya itu. Belum sempat dibaca isi surat itu, suara nyaring anak keduanya sudah membingitkan telinga. “Kak long!!!” jerit Laila pula dengan wajah yang sudah memerah. Dia bukannya boleh berlari laju sangat. Asmalah katakan! Wajah kakak kesayangannya sudah dicerlung tajam. Kurang asam boi punya kakak! “Arghhh!!!” Suara Laili pula memecah kesunyian ruang dapur yang tadinya sunyi. Macam orang gila dia dan adiknya terkejar-kejar di antara satu sama lain sambil mengelilingi meja makan yang tidak berapa nak besar itu. Akhirnya di belakang uminya juga yang dijadikan perisai daripada terkena ‘cubitan maut’ adiknya. Boleh lebam berhari-hari wooo... kalau kena. “Berhenti!!!” Jeritan Puan Solehah pula yang mengambil tempat. Pening dia melayan keletah dua orang anak gadisnya itu. Bikin sakit kepala sahaja. Kedua-duanya sudah diam menikus bila suara

68

Dila Dyna

halilintar umi menusuk ke telinga. Gugur jantung masingmasing. Dari belakang tubuh Puan Solehah, Laili menjengah kepala mengintai adiknya yang pasti geram dengannya sekarang. Sebaik sahaja mata mereka bertentang, segera lidahnya dijelir mengejek. Makin membulat mata Laila dibuatnya dengan ejekan kakaknya itu. Sabar sajalah! “Umi… umi! Bacalah surat tu. Usop Jongang anak Pak Mat bagi surat cinta dekat kak ngah.” Laili sudah bikin kecoh. Rasa hendak gelak terguling-guling tadi bila melihat isi surat yang ditulis oleh Usop Jongang kepada adiknya di sekolah tadi. Tidak sangka, rupa-rupanya Usop Jongang itu ada hati dengan adiknya. Ha ha ha.... Puan Solehah sudah menumpukan pandangan ke arah muka Laila yang sudah merah padam. Tanpa dapat ditahan-tahan tawanya meletus juga. Tidak sangka berani sungguh anak Si Mat itu hantar surat cinta kepada anaknya. Patutlah setiap kali dia menyiram pokok di luar petangpetang, dia selalu ternampak si budak Usop itu naik motosikal lalu di hadapan rumah mereka. Rupa-rupanya ada niat lain. “Umi!!!” jerit Laila lagi dengan muka yang seakan hendak menangis. Sanggup kakaknya memalukannya di hadapan umi. Kalau dia tahu kakaknya akan bertindak begini, sampai mati pun dia tidak akan beri kakaknya baca surat yang diberi oleh Usop Jongang itu. Buat malu saja! “Alala… nak menangislah pulak anak umi sorang ni. Okey apa si budak Usop tu, lain daripada yang lain.” Puan Solehah sengaja mengusik anaknya itu lagi. Laili di belakang sudah tergelak bagai nak rak sampai terkeluar air matanya. Lawak sangat!

69

Bisikan Kata Hati

Laila sudah berpeluk tubuh. Rasa nak luku-luku sahaja kepala kakaknya itu. “Laila benci umi dengan kak long!!!” Laila menjerit sebelum berlalu masuk ke dalam bilik dengan menghentak kakinya kuat tanda protes. Pintu bilik pun ditutupnya kuat. Panas rasa hatinya. Puan Solehah dan Laili sudah berpandangan sesama mereka. Terdiam mendengar amarah Laila yang tidak dijangka. Macam periuk api yang ditanam dalam tanah, bilabila masa sahaja boleh meletup. Tiga hari Laila dan kak longnya tidak bertegur sapa. Pergi sekolah pun jarak berjalannya mesti dua meter jauh. Umi dan abah pula yang risau melihat hubungan mereka adik-beradik yang sudah bermasam muka. Tetapi sekejap sahaja, lepas empat hari kak long membelikan dia teddy bear menggunakan duit tabungnya sendiri, barulah dia tersenyum semula. Dia pun rasa tidak best sahaja sepanjang mereka tidak bertegur sapa itu. Rasa hidupnya kosong. Laila tergelak dan tersenyum sendiri di tanah perkuburan yang tampak lengang sangat daripada penziarah, mengenangkan kisah lama. Dilihatnya hanya ada dua orang sahaja yang sedang duduk di pondok bawah pohon mangga berdekatan. Penggali kubur barangkali. Tidak sangka ingatannya pada memori lama mereka masih melekat kuat. Tetapi itu semua sudah tinggal kenangan. Kenangan yang cukup pedih dan menyakitkan hatinya. “Kak ngah mintak maaf sebab dah lama tak datang sini.” Laila berkata lagi. Seakan-akan baru semalam Laili meninggalkan mereka. Masih segar dalam ingatannya sewaktu jenazah dimandi dan dikapankan. Pada hari itu juga

70

Dila Dyna

beberapa kali dia jatuh pengsan, masih tidak dapat menerima kenyataan kakaknya telah pergi meninggalkan mereka. Terlalu payah untuk menerima kenyataan bahawa kakak yang menjadi tempat dia mengadu saat dia dimarahi oleh abah dan umi, tempat dia bermanja dan tempat dia meluah perasaan saat kerja-kerja kuliah yang menambun minta disiapkan. Tanpa sedar tindak-tanduknya diperhatikan dari jauh oleh sepasang mata. “Dahlah kak ngah, jom balik. Umi mesti risau kalau kita lama-lama kat sini,” ujar Lukman sambil memaut lengan kakaknya supaya bangun. “Emmm….” Balas Laila. Sisa air mata pada pipi mulusnya disapu dan ditoleh sekali lagi ke arah pusara kakaknya itu.

AIMAN termenung di dalam kereta. Sekejap tadi baru dia berkira-kira untuk melawat pusara Laili. Tetapi niatnya terbantut bila matanya tiba-tiba menangkap susuk tubuh Laila di situ, sedang menangis. Sungguh, hatinya tersentap tatkala matanya melihat isteri yang ditinggalkan selama empat tahun menangis kesedihan begitu. Tetapi sekejap sahaja, cepatcepat dia menangkis perasaan yang mula menular di dalam hatinya. “Ah, persetankan perasaan tu! Kalau bukan sebab dia, Laili takkan mati.” Dihentak-hentak tangannya pada stereng kereta. Dia terimbau kembali peristiwa empat tahun lepas, Laili dan dia berkenalan selepas Laili terpilih untuk menjalani praktikal di syarikat papanya dan Haris jugalah yang memperkenalkan dia dengan Laili.

71

Bisikan Kata Hati

Cinta mereka mula berputik dan mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak. Setiap kali hujung minggu, Laili memang selalu mengajaknya melawat adiknya Laila yang menuntut di UKM dalam jurusan perakaunan. Dari situlah bermulanya perkenalan dia dan Laila. Suatu hari waktu mereka melawat Laila di kafeteria kolej, dilihat gadis itu sedang khusyuk menulis sesuatu di dalam buku. Laila nampak santai dengan seluar trek hitam dan T-shirt lengan panjangnya. Rambutnya yang separas bahu hanya dibiarkan lepas bebas. “Hah!!! Buat apa tu?” sergah Laili dari belakang. Terkejut Laila dibuatnya, lantas bukunya ditutup laju. “Kak long! Buat terkejut kak ngah aje,” balas Laila dengan nada geram. Suka sangat terkejutkan dirinya, nasib baik asmanya sudah beransur pulih. Kalau tidak, mau mati dia di situ. “Sorang aje? Abang Aiman tak ikut sekali?” soal Laila sambil terintai-intai ke belakang. Memang sudah menjadi kebiasaan setiap hujung minggu, kak longnya akan melawat dia di kolej. “Tu... tak nampak?” jawab Laili sambil mulutnya dijuihkan ke arah Aiman. Dari jauh Laila sudah menangkap susuk tubuh Aiman yang berseluar jean dan T-shirt berkolar berwarna hitam sedang berjalan ke arah mereka. Kelihatan cukup santai dan menarik. “Assalamualaikum,” kata Aiman pada Laila. “Waalaikumsalam,” balas Laila perlahan. Tidak mahu bertentang mata dengan Aiman, lantas matanya

72

Dila Dyna

dihalakan ke arah gerai-gerai yang meriah dengan pelajarpelajar yang menuntut di sini. “Ada apa ni, kak ngah? Meriah semacam aje kak long tengok?” Mata Laili sudah melilau ke sana sini melihat keadaan sekeliling yang penuh dengan gerai-gerai. “Oh… ada karnival kerjaya la kak long,” jawab Laila ringkas. Karnival yang sudah menjadi kebiasaan di sini. Tiaptiap tahun pasti diadakan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengetahui bidang kerjaya yang sesuai untuk mereka. Senang nanti lepas tamat pengajian hendak mencari kerja. “Jom jalan-jalan tengok.” Laili mengusul laju. Tangannya mula menarik-narik jari adiknya supaya ikut bangun. “Sayang, you tolong tengok-tengokkan barang adik I okey!” kata Laila kepada Aiman. Tidak lama kemudian mereka berdua terus hilang di celah orang ramai. Aiman turut memerhatikan keadaan sekeliling yang tampak meriah dengan kebanjiran pelajar-pelajar di situ. Kemudian matanya jatuh pula pada buku yang sedikit menarik perhatiannya di atas meja berdekatan beg galas Laila. “Nampak macam diari,” telah Aiman. Buku itu ditarik dengan berhati-hati sambil matanya tertinjau-tinjau kalau adik-beradik berdua itu ada berdekatannya. Nanti kantoi! “Tengok sekejap tak apa kut.” Dia bercakap sendirian. Lantas buku itu diselak satu per satu. Memang sah diari. Baru berkira-kira hendak menutup kembali buku tersebut, tetapi matanya tiba-tiba tertarik dengan kata-kata yang dicatat pada muka surat yang bertarikh 24 Mei 2007.

73

Bisikan Kata Hati

24 Mei 2007 Hari ni, sekali lagi kak long datang dengan lelaki tu. Pertama kali aku berasa dadaku berdebar hebat tatkala mataku bertembung dengan pandangan matanya yang hitam berkilat. Aku keliru dengan perasaan aku sendiri. Selama ni tidak pernah aku rasakan debaran seperti ini ketika berdepan dengan mana-mana lelaki. Tapi dengan lelaki ni lain! Jatuh cintakah aku??? Aku sendiri tak tau. Aku sedar tak sepatutnya aku berasa begini kerana dia telah menjadi milik kakak kesayangan aku sendiri. Aku cemburu setiap kali terpandang kemesraan mereka di hadapan aku, tapi aku pendamkan saja sebab aku tak nak kak long perasan tentang perasaan aku ni. Arghhh!!! Apa nak jadi dengan aku ni? Jatuh cinta dengan bakal abang ipar sendiri? Tapi siapalah yang boleh menjangkakan benda sebegini. Macam orang kata, cinta itu buta. Tapi nak menidakkan perasaan yang hadir buat dirinya juga aku tak mampu. Sorry, but I love you AIMAN…. Aiman menarik nafas yang terasa menyesakkan dada sebelum meneruskan pembacaan. Sungguh tidak sangka ada sesuatu rupa-rupanya yang tersimpan dalam hati gadis itu buatnya. Satu perasaan yang istimewa. 17 Jun 2007 Hari ni hatiku terasa bagai dirobek-robek bila

74

Dila Dyna

mendengar berita perkahwinan kak long dan Aiman daripada umi. Dari suara umi yang kedengaran ceria, aku tahu yang umi gembira dengan berita ni. Akhirnya umi bakal dapat menantu. Apa lagi yang mampu aku buat selain menangis. Seharian aku menangis di dalam bilik sehingga room-mate pun semua risaukan aku. Aku tahu aku sepatutnya gembira kerana kakak kesayanganku akhirnya akan disunting oleh lelaki yang dicintai dan mencintainya. Tapi kenapa air mata ini tidak henti-henti keluar? Selfishkah aku??? Kini dia benar-benar terasa nafasnya sesak. Beberapa saat kemudian matanya diangkat dari dada diari tersebut, dan matanya tangkas menangkap dua susuk tubuh yang berjalan menuju ke arahnya. Pantas buku ditutup dan diletak di tempat asalnya. Matanya tiba-tiba bertembung dengan mata redup milik Laila. Tidak semena-mena dia terasa janggal untuk berdepan dengan gadis itu setelah dia mengetahui rahsia hati gadis tersebut. “Jomlah sayang... kita balik. Sebelum tu kita singgah dulu kat kedai barang pengantin, I nak beli reben sikit...” beritahu Laili. Aiman melarikan pandangannya ke arah Laila, mahu melihat reaksi gadis itu. Namun yang terpamer di situ hanya muka yang tidak berperasaan. Kepalanya diangguk bersetuju. “Kak long balik dulu eh, belajar elok-elok,” saran Laili. Kemudian tubuh adiknya ditarik ke dalam pelukannya, erat.

75

Bisikan Kata Hati

“Abang balik dulu.” Kata Aiman hanya disambut dengan anggukan. Tidak lama kemudian mereka hilang daripada pandangan mata Laila. Semenjak peristiwa itu, setiap kali Laili mengajak dia melawat Laila, seboleh-bolehnya dia menolak kerana dirinya terasa janggal untuk berhadapan dengan gadis itu setelah apa yang diketahuinya. Sehinggalah sebulan sebelum perkahwinan antara dia dan Laili, Laili terlibat dalam kemalangan. Kereta yang dipandunya sewaktu pulang dari kerja hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan. Keretanya memasuki laluan bertentangan dan dilanggar oleh kereta MPV yang tidak sempat mengelak. Laili cedera parah di kepala. Sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, arwah ada membuat permintaan, meminta supaya dia mengambil Laila sebagai isteri. “Aiman… I min… mintak sangat supaya you da… da… dapat ambil adik I sebagai wife you,” ucap Laili walaupun dalam keadaan yang amat payah. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Aiman juga turut mengalirkan air mata, tidak sanggup melihat gadis yang dicintainya menanggung kesakitan. Hendak dihapuskan air mata yang menodai pipi Laili, namun dia tahu dia tidak punya hak untuk menyentuh gadis itu. “Laila cintakan you…. I ha… harap you dapat bahagiakan Laila. Janji pada I!” luah Laili lagi. Aiman tergamam. Dia tidak tahu bagaimana Laili boleh tahu rahsia itu. Takkan Laila bagi tahu pula. Tetapi dia juga tidak sanggup mengatakan tidak, lantas kepalanya diangguk laju.

76

Dila Dyna

“Kak long! Kenapa kak long cakap macam ni?” Laila sudah meluru ke arah kakaknya yang terlantar di atas katil. Air matanya sudah mengalir deras. Tangan kakaknya yang sejuk digenggam seerat-eratnya. “Kak long tau ka... kak ngah cintakan Aiman, kan? Kak long mintak maaf tak sengaja terbaca diari kak ngah.” Ternyata muka Laila kelihatan pucat tidak berdarah. Terkedu dengan kenyataan kakaknya. “Diari tu tak betul, kak long…. Kak ngah tipu aje....” Berlagu-lagu tangisannya disertai dengan gelengan menidakkan segala apa yang tertulis dalam diarinya. “Kak long mohon…. kak ngah terimalah Aiman. Kak long do... doakan kamu bahagia.” Dada Laili kelihatan turun naik. Tangan Laili yang berada dalam genggaman Laila sudah terkulai jatuh. Bertambah kuat tangisan Laila sehingga uminya sendiri perlu menenangkannya. Akhirnya tepat jam dua belas empat puluh lima minit malam, Laili pergi menghadap Ilahi. Dan itu menjadi titik tolak bagi bermulanya ikatan perkahwinan di antara dia dan Laila. Tiga hari sebelum akad nikah berlangsung, dia pernah mengajak Laila berjumpa di Tasik Perdana. Tujuannya adalah untuk meminta Laila menghentikan perkahwinan tanpa dirancang itu. Pukul lima petang dia sampai di Tasik Perdana. Dia duduk di bangku yang tersedia di tasik itu. Sambil bosan menunggu, dia merenung tasik yang berolak tenang sambil mengenangkan kembali saat-saat bahagia dirinya dan Laili. Namun semua itu hanya tinggal kenangan. Kebahagiaan yang selama ini terpancar di wajahnya kian malap seiring pemergian sang kekasih hati. Setelah kira-kira tiga puluh

77

Bisikan Kata Hati

minit menunggu, bayang Laila masih belum kunjung tiba. Dia mula panas punggung menunggu, sepanas api kemarahan di dadanya tika itu. “Inilah perempuan, kalau janji tak pernah tepat,” kutuk Aiman. Rasa tercabar kesabarannya. Lantaklah, bukan perempuan tu boleh dengar pun. Tetapi kalau Laila dengar pun dia tidak kisah, biar perempuan itu sedar kesilapan diri. Jam tangan berjenama mewah yang melekap kemas di pergelangan tangannya dikerling sekejap, dia mendengus kasar. Jam sudah menunjukkan pukul lima empat puluh lima minit petang. “Dia ingat aku tak ada kerja lain ke nak tunggu dia macam tunggul kayu kat sini!” Sekali lagi Aiman menyatakan ketidakpuasan hatinya. Tanpa menunggu lama, telefon bimbitnya dibawa keluar dan nombor telefon Laila didail laju. Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya panggilannya berjawab. “As... assalamualaikum.” Sedikit gementar kedengaran suara Laila yang keluar dari corong telefon. “Waalaikumsalam! Kau dekat mana ni? Kau tahu tak aku dah terbakar tunggu kau dekat sini! Hidup menyusahkan orang aje!” jerkah Aiman dengan suara yang kasar dan bernada tinggi. Laila terkelu sebentar. Selama dia mengenali Aiman, dia tidak pernah mendengar Aiman bersuara tinggi dan kasar sebegini. “Dalam lima minit lagi Laila sampai. Jalan jam.” “Banyaklah alasan kau. Cepat sikit!” Aiman memberi arahan, tegas. Tanpa memberi salam, terus talian dimatikan dan dia kembali duduk di bangku yang disediakan membilang minit. Sedang dia membelek-belek telefon

78

Dila Dyna

bimbitnya, tiba-tiba kedengaran suara perempuan dari arah belakangnya. “Sorry… Laila lambat.” Kedengaran termengahmengah suara Laila. Aiman menoleh dan jelas di hadapan matanya jasad Laila yang ringkas berseluar jean dan ber-T-shirt lengan panjang berwarna biru laut. Rambut paras bahunya hanya diikat ekor kuda kelihatan sedikit berserabut, mungkin kerana ditiup angin petang di tasik itu. Wajahnya yang putih bersih juga kelihatan sedikit kemerah-merahan dek pancaran matahari petang. Aiman tersenyum sinis. “Kalau dah tahu jalan jam petang-petang macam ni, lain kali keluar awal!” Tanpa menunggu balasan daripada Laila, Aiman terus menyambung kata-kata. “Okey. Straight to the point, aku panggil kau ke sini sebab aku nak mintak kau batalkan pernikahan kita Jumaat ni. Aku tak kisah macam mana cara sekalipun kau nak buat, aku cuma nak kau pastikan yang akad nikah Jumaat ni batal jugak.” Panjang sekali mukadimah Aiman. Dia tidak sanggup meneruskan semua ini. Biarlah walaupun keluarga menanggung malu sekalipun, dia tidak kisah. Yang penting dia tidak mahu hidup dengan perempuan yang sudah menyebabkan Laili mati. Laila terkaku tanpa riak. Cuba menangkap maksud setiap bait kata yang keluar daripada mulut Aiman tadi. “Tapi abang... persiapan semua dah disediakan. Cuma tunggu hari berlangsung aje. Macam mana Laila nak hentikan?” Laila tetap menjawab walaupun hatinya mula terasa sebak. “Aku tak nak dengar alasan kau. Make sure semua

79

Bisikan Kata Hati

benda ni settle sebelum hari Jumaat ni.” Tegas Aiman lagi. Telinganya dipekakkan daripada semua alasan yang dikatakan oleh Laila itu. Tanpa menunggu jawapan, terus kakinya melangkah pergi meninggalkan Laila yang masih lagi kaku di situ. Lambat-lambat Laila berpaling memandang Aiman melangkah pergi dari situ. Tanpa disedari, air mata yang tadinya bertakung perlahan-lahan menuruni pipinya. Kakinya terasa lembik. Tangan kanannya digenggam kuat dan ditumbuk-tumbuk perlahan dadanya yang terasa sangat sesak. Semua ini begitu menyesakkan kepala dan dadanya. Namun segala apa yang dibicarakan pada Laila hanya sia-sia kerana pernikahan mereka tetap berjalan seperti yang dirancang. Sebelum akad nikah bermula, Aiman sempat lagi mencerlung garang bak singa lapar. Segala usahanya jadi sia-sia. Dan hari itu, telah selamat lidahnya lancar menyebut nama isterinya saat tangannya digenggam erat oleh tangan bapa mentuanya.

80

Dila Dyna

Bab 10
AILA termenung di atas katil sambil tangannya laju menyelak sehelai demi sehelai diari yang telah lama ditinggalkan seusia kepergiannya meninggalkan bumi Malaysia. Setiap kali kotak fikirannya teringat perihal diarinya itu, pasti fikirannya turut tidak terlepas mengingati arwah kak longnya. Dan setiap kali itu juga rasa bersalah akan datang bertimpa-timpa membuatkan dia lelah. Andai sahaja kak long tidak terbaca diarinya ini, pasti semua ini tidak akan terjadi. Mungkin kak longnya terlalu sedih dan terkejut selepas membaca diarinya dan mula hilang tumpuan dalam pemanduan. Sekali gus menyebabkan kemalangan yang meragut nyawanya itu berlaku. “Kenapalah aku ni cuai sangat!” Laila meluah bersama keluhan berat. “Kalau aku tak merepek dalam diari tu, mesti semua ni takkan terjadi,” keluh Laila lagi. Tetapi hendak buat macam mana, nasi sudah menjadi bubur. Masa yang berlalu tidak mungkin boleh diputarkan kembali. Masih segar dalam

L

81

Bisikan Kata Hati

ingatan bagaimana kakaknya sedikit dingin padanya seminggu sebelum pemergiannya. Langsung tidak terlintas dalam kepalanya kalau kakaknya sudah mengetahui isi hatinya pada Aiman. Bercakap pun bila perlu, dia sendiri tidak berani untuk bertanya. Disangkakan kakaknya itu bergaduh dengan Aiman, sebab itu perangainya berubah sebegitu sekali. Sewaktu perkahwinannya dengan Aiman pun, tidak ramai yang tahu kecuali kawan-kawan rapatnya termasuk Liya. Tiba-tiba fikirannya melayang pada hari pernikahannya empat tahun lepas. “Aku terima nikahnya Laila Marlisa binti Mokhtar dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai,” ucap Aiman dengan tenang walaupun dalam hatinya bagaikan tsunami yang mengganas. Hanya dengan sekali lafaz, kini sudah sah Laila menjadi isterinya. Laila yang anggun menawan tetap mengalirkan air mata. Keanggunannya hari itu tidak mampu menutup kesedihan yang bermaharajalela dalam hatinya. Tiada sekelumit pun perasaan gembira atas perkahwinan ini, rasa bersalah yang menghimpit dirinya bagaikan satu batu besar yang menghempap dadanya. Ketika upacara menyarung cincin tiba, sekali lagi dadanya terasa sesak dengan pandangan tajam mata Aiman. Diperhatikan tangannya yang sedikit menggigil apabila Aiman duduk di sisinya, bersedia untuk menyarungkan cincin berlian bermata satu sebagai tanda ikatan mereka. Digenggam tangannya erat, berharap gigilan pada tangannya hilang. Apabila terasa bahunya dicuit oleh Liya, barulah dia mendongak dan dilihatnya semua sanak saudara sudah ramai mengelilingi mereka untuk menyaksikan upacara yang sangat penting itu.

82

Dila Dyna

Jurugambar juga dilihat sudah bersedia untuk merakam detik-detik manis itu. “Tangan kau,” kata Liya setelah melihat dirinya yang seakan-akan hilang tumpuan. “Huh?” “Hulurkan tangan kau tu... suami kau nak sarung cincin,” beritahu Liya lagi, kali ni dengan nada perlahan. Matanya dialih ke arah Aiman di sebelahnya yang segak berbaju Melayu putih gading. Jantungnya berdetak hebat tatkala pandangan mata mereka beradu. Teragak-agak Aiman menarik tangan Laila yang terasa sejuk, Laila pula hanya membiarkan sahaja sehingga segalanya selesai. Tidak ada sekelumit pun rasa bahagia menerpa ke dalam diri mereka berdua. “Cium dahi isteri kamu tu, Aiman.” Kedengaran suara Datin Rasyidah yang menyuruh supaya Aiman mengucup dahinya. Naik merah pipi Laila apabila mendengar arahan daripada ibu mentuanya itu. Dalam sekelip mata sahaja dahinya terasa hangat disentuh bibir Aiman. Dia tahu, Aiman bukan rela pun untuk mengucupnya, cuma berpura-pura kerana kehadiran orang ramai di sekeliling mereka, jadi dia terpaksa juga melakukannya. Pertama kali dahinya yang licin dikucup oleh seorang lelaki yang bergelar suami. Ada satu perasaan yang menyelinap masuk ke dalam sanubarinya, mungkin bahagia dan mungkin juga kesedihan. Dia sendiri tidak mengerti perasaannya sendiri. Sewaktu sesi bergambar, bermacam-macam gaya yang disuruh oleh mereka lakukan. Malu tidak payah cakap, rasa hendak menyorok di dalam bilik air sahaja. Aiman pula buat muka tidak ada perasaannya, sampai satu tahap....

83

Bisikan Kata Hati

“Weh Paan! Dahlah tu. Aku rasa dah beribu gambar dalam kamera kau tu, kita orang dah penat!” Aiman menyuruh sahabatnya a.k.a. jurugambar yang diupah khas untuk merakam setiap perjalanan majlis hari ini supaya berhenti. Meluat mungkin dengan kerenah yang macammacam. Laila hanya mampu tersenyum mendengar rungutan itu. Dia sendiri dapat merasakan betapa meluatnya Aiman saat itu. Namun dibuat sahaja mukanya yang tidak ada perasaan. Langit di luar yang tadinya terang, beransur-ansur menjadi gelap. Laila masuk ke dalam biliknya yang sudah cantik berhias selayaknya seperti kamar pengantin. Matanya terasa pedih kerana terlalu banyak menangis, lantas tuala dicapai dan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Dia sebenarnya terasa berdebar-debar memikirkan bagaimana dia mahu berdepan dengan suaminya. Setelah lengkap berpakaian, baru dia melangkah keluar dari kamar mandi. Sebaik sahaja dia melangkah keluar, pintu biliknya terkuak dan tersembul wajah suaminya yang kacak berbaju Melayu putih gading. Sampingnya sudah hilang, ya la... buat apa malam-malam buta ini hendak pakai samping lagi. Tanpa mempedulikan kelibat suaminya, terus telekung dicapai. Dia perlu menghadap Allah supaya dititipkan ketenangan dalam hatinya. Usai sahaja solat, kelihatan suaminya keluar dari kamar mandi dengan hanya bertuala paras pinggang. Tubuhnya yang tegap dan sasa terdedah, membuatkan Laila malu sendiri. Jantung sudah mula berdegup sakan. Kedua-duanya kelihatan kaku. “Kau tidurlah atas katil, aku tidur dekat sofa.” Tanpa perasaan Aiman menuturkan kata. Hilang terus katakata sopannya yang sebelum ini membahasakan dirinya abang kerana dia tua tiga tahun daripada Laila. Tanpa

84

Dila Dyna

mempedulikan kehadiran Laila di dalam kamar itu, terus dia menyarungkan T-shirt kosong berwarna biru dan seluar trek, kemudian bantal dan selimut terus dicapai dari atas katil sebelum merebahkan tubuh sasanya di atas sofa di dalam bilik itu. Matanya ditutup rapat, tidak mahu walau seinci pun terbuka. Benci rasanya mahu menatap wajah ayu milik isterinya. Laila yang sejak tadi hanya menjadi pemerhati tegar mula mengatur langkah ke arah katil yang terhias indah. Duduknya dilabuhkan ke birai katil sambil matanya tidak lepas daripada memerhatikan suaminya yang sudah berbaring di sofa. “Abang… Laila minta maaf. Laila langsung tak pernah terniat nak jadi pengganti arwah kak long,” ujar Laila perlahan dan kedengaran teragak-agak. Dia gerun sebenarnya melihat perubahan pada diri Aiman yang tiba-tiba berubah rupa. Tanpa ditahan-tahan, air matanya mula menitis lagi. Aiman yang sedang cuba melelapkan mata itu terus terbangun dari perbaringan. Mendengar suara isterinya tadi sudah cukup mengundang kebencian yang teramat, walaupun suara itu kedengaran lirih. Dia memandang wajah isterinya dengan tajam, sarat dengan kebencian. “Kenapa kau nak mintak-mintak maaf ni? Kalau bukan sebab diari kau yang bodoh tu, semua ni takkan terjadi tau, Laili pun takkan meninggal!” Pekikan suara Aiman mula mengambil tempat. “Kenapa pulak kau nak mintak maaf? Bukan ni ke yang kau nak? Kahwin dengan aku...!” Aiman mula berkata sinis. Jelak dia melihat air mata palsu yang mengalir di pipi isterinya. “Hei perempuan! Tak payahlah kau nak berlakon

85

Bisikan Kata Hati

dengan air mata kau tu, kau ingat aku akan simpati ke, huh?” suara Aiman lagi. Cukup membuatkan Laila kecut perut. Aiman mula bangkit dari sofa dan melangkah laju mendekati birai katil. Tangannya mencengkam kuat pipi Laila dan wajahnya didekatkan ke wajah isterinya yang ketakutan. “Kau ingat aku tak tau ke yang kau sukakan aku? So... aku agak kau mesti suka dapat kahwin dengan aku, kan?” Aiman berbisik penuh dengan nada sindiran. Tiada sekelumit pun rasa simpati melihat air mata yang mengalir pada pipi mulus isterinya. Terus wajah isterinya dilepaskan kasar. Rasa jijik dia ingin menyentuh isterinya terlalu lama. “Aaa… lagi satu aku nak ingatkan kau, kau jangan terlalu seronok dengan perkahwinan ni, sebab aku akan pastikan kau tak bahagia! Tak payah kau berabang-abang dengan aku, berbulu telinga aku dengar. Dan yang paling penting, aku tak teringin nak sentuh kau. Jijik tahu!” katanya lagi seraya memandang isterinya dari atas ke bawah dengan pandangan jijik. Terus tubuhnya direbahkan kembali ke sofa dan matanya dipejamkan rapat. Kalau boleh saat ini dia hanya ingin mendengar bisikan halus suara Laili di telinganya, bukan esak tangis Laila yang hanya mendatangkan perasaan meluat dalam dirinya. Laila terjelepok di atas lantai. Malam itu tidurnya bertemankan air mata. Basah bantalnya tidak dihiraukan. Perasaan sedihnya perlu dilepaskan, tetapi dia tidak tahu hendak diadukan kepada siapa. Semenjak hari itu, mereka jarang bertegur sapa. Bercakap hanya bila perlu sahaja. Kedua-dua belah pihak faham akan situasi yang berlaku di antara mereka jadi tidak perlulah mereka berlakon macam mereka inilah pasangan paling romantik di atas muka bumi ini.

86

Dila Dyna

Keadaan berlarutan sehinggalah surat JPA yang ditunggu-tunggu sampai ke rumah. Dia ditawarkan untuk menyambung pelajaran di Belanda. Dia langsung tidak teragak-agak untuk pergi, dan sangkaannya juga tepat. Aiman tidak membantah langsung pemergiannya ke Belanda. Puas dipujuk oleh umi, abah, ibu dan bapa mentuanya yang ternyata berat hati hendak melepaskannya pergi. Dia perlukan masa untuk mengubat hatinya. Ketika suaminya sedang duduk menghadap lap-top di sofa pada malam itu, kali pertama suaranya keluar setelah seminggu mereka tidak bertegur sapa. Dia terpaksa membuka mulut malam ini gara-gara surat JPA yang sampai di rumahnya semalam. “Abang…” panggilnya. Perasaan bertunas dalam hatinya ditolak tepi. takut yang

Aiman yang rasa terganggu dengan suara yang kedengaran, menjeling tajam Laila di sisi. Begitu menjengkelkan di matanya. Apalah perempuan ni nak? Tidak sudah-sudah mengacau ketenteramannya. Dia mendengus kuat seolah-olah benci diganggu. “Kau nak apa ha?” tengking Aiman dengan suara yang mengalahkan halilintar. Perasaan amarah cepat sahaja membakar hatinya tatkala wajah Laila berada di hadapan mata. “Laila… Laila nak kasi ni.” Jawab Laila terketar sambil surat yang berada di tangannya dihulurkan ke arah suaminya. Surat yang dihulurkan ditarik kasar, mujur tidak terkoyak. Kemudian mata Aiman laju membaca patah-patah ayat yang tertulis di surat itu. Dia terdiam. Tidak lama kemudian surat itu dicampak semula ke arah Laila dan singgah tepat ke wajahnya. Lelaki itu ketawa sinis.

87

Bisikan Kata Hati

“Kau ingat kalau kau tunjuk surat ni aku akan halang kau pergi ke? Jangan mimpi. Kau nak sangat pergi, kan? Pergilah! Berhambus kau dari hidup aku!!!” Aiman berkata garang dengan wajahnya yang merah padam menahan marah yang beraja di hati. Seminit kemudian terdengar dentuman kuat bunyi pintu bilik mereka ditutup. Dengan perlahan Laila menunduk, mengambil kembali surat yang sudah jatuh ke kaki. Matanya yang terasa panas dipejam lama, cuba mengusir rasa sakit dalam hatinya.

TEPAT pukul sembilan malam, bergema suara lantang Datin Rasyidah di banglo dua tingkat itu. Suara yang bisa membuatkan si pendengar mula menikus. “Mama tak kira! Esok pagi jugak mama nak Aiman pergi jemput Laila dekat rumah dia,” ujar Datin Rasyidah tegas. Boleh cair tahi telinga kalau hari-hari dengar suara macam ni. “Tapi mama… esok Aiman banyak kerja kat pejabat.” Aiman memberi alasan. Entah kenapa idea tidak datang padanya saat diperlukan seperti ini. Jadi, hanya alasan itu sahaja yang dapat dia guna. Tetapi melihat pada riak muka mama, nampak gayanya alasan dia tidak akan diterima pakai. “Tak payah nak bagi alasan, papa dah bagi kebenaran untuk Aiman masuk lambat esok.” Pandai sahaja anak lelakinya itu kalau mencipta alasan. Berkerut-kerut dahi Aiman mencari idea untuk mengelak daripada arahan mamanya. Tiba-tiba otaknya yang ligat berfikir mendapat idea. Hah… Pak Karim, kan ada!

88

Dila Dyna

“Suruh ajelah Pak Karim ambil, mengada-ada.” Aiman menepis. “Mengada-ada apanya? Kamu tu yang mengada. Tak boleh! Esok mama nak Pak Karim hantar mama pergi persatuan,” jawab Datin Rasyidah tegas. Boleh pula anak bertuahnya itu menggunakan Pak Karim untuk mengelak. Banyak akal sungguh. Aku pulak yang mengada? Bentaknya dalam hati. “Hish! Ye la….” Balas Aiman marah. Datin Rasyidah tersenyum kemenangan.

89

No. ISBN:- 978-967-0448-10-7 Jumlah muka surat:- 640 Harga Runcit:- S/M: RM22, S/S: RM25 Harga Ahli:- S/M: RM18, S/S: RM21 Sinopsis:Kemalangan jalan raya yang meragut nyawa tunang tercinta telah menghumban Aiman Syakiri ke lembah sepi. Angan-angan dan impian yang dicoret bersama hancur dalam sekelip mata. Kosong dan gelap dirasakan hidupnya tanpa kehadiran wanita tercinta itu. Laila Marlisa pula datang dengan linangan air mata yang mengalir lesu di pipinya menidakkan rasa hati yang tercoret di dalam diarinya di hadapan kakaknya saat segalanya sudah terlambat. “Laila cintakan you… I ha… harap you dapat bahagiakan Laila. Janji pada I.” ~Laili Nurlisa. “Diari tu tak betul kak long… kak ngah tipu aje...” ~Laila Marlisa.

Ternyata aturan ALLAH itu lebih dari segalagalanya. Ikatan perkahwinan dan mahligai yang dibina langsung tidak memberi apa-apa makna di hati Aiman Syakiri, lantas Laila Marlisa bertindak pergi membawa diri. Perginya membawa cinta yang sejak sekian lama sudah mekar di laman hati. Pergi demi kebaikan semua. “Kau ingat kalau kau tunjuk surat ni aku akan halang kau pergi ke? Jangan mimpi. Kau nak sangat pergi, kan? Pergilah! berhambus kau dari hidup aku!” ~ Aiman Syakiri. Perlanggaran di hadapan balai ketibaan antarabangsa KLIA telah menemukan semula kedua-dua insan itu selepas empat tahun segalanya berlalu. Masingmasing dengan kehidupan sendiri. Ada rasa yang mula berdetak di hati Aiman Syakiri. Ada kenangan yang mula mekar di jiwa Laila Marlisa. Rasa benci yang sudah dipupuk sejak sekian lama, sedikit demi sedikit mula meluntur. Tapi siapa pula Emelda? Siapa Amir Idzham dan Hakim? Akan adakah sinar bahagia buat dua hati ini? Akan berlalukah perit yang selama ini membelenggu relung hati Laila Marlisa? “Cinta yang mekar di hati, tak mungkin bisa kuungkapkan. Lantas hanya jemari yang bisa mencoretkan bisikan hati ini….” Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan BISIKAN KATA HATI di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda.

Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, D’Wangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196