You are on page 1of 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM :PPG

NAMA GURU PELATIH :

TAJUK KURSUS : MTE3106 RESOS DALAM MATEMATIK

SEMESTER : 3

TARIKH MULA

1 Julai 2012

TARIKH HANTAR

1 September 2012

Hasil Pembelajaran Kursus 1. Choose appropriate and relevant mathematics resources 2. Demonstrate their understanding in using the resources 3. Produce creative manipulative materials to support teaching and learning in mathematics 4. Display effective management skills in planning and handling mathematics resources Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 2, 3 dan 4. Objektif Projek 1. merancang, memilih dan membina kit pengajaran dan pembelajaran matematik

Tugasan Projek (100 markah) Kit Pengajaran dan Pembelajaran Matematik yang menarik dan bermakna bukan sahaja dapat menarik minat murid-murid sekolah rendah untuk mempelajari matematik tetapi dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran mereka dalam tajuk-tajuk matematik yang dipelajari. Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, anda dikehendaki merancang dan membina kit pengajaran dan pembelajaran bagi satu tajuk matematik rendah yang anda pilih. Bagi menyediakan tugasan ini anda dikehendaki melaksanakan sub-tugasan seperti berikut:

1.

Layari internet dan cari dua artikel berkaitan dengan kit pengajaran dan

pembelajaran matematik sekolah rendah. Buat ringkasan 2 artikel tersebut dalam bentuk peta minda. 2. Berdasarkan maklumat dari internet atau sumber lain, rancang dan bina kit

pengajaran dan pembelajaran bagi satu tajuk matematik sekolah rendah yang anda pilih. Kit pengajaran dan pembelajaran yang dibina hendaklah mengandungi bahan bercetak, bahan manipulatif dan ICT. 3. 4. 5. 6. 7. Menyediakan panduan penggunaan kit yang lengkap. Menyediakan aktiviti P&P yang menggunakan kit yang anda bina. menulis refleksi berkaitan dengan proses pembinaan kit tersebut. Kit yang dibina hendaklah bersaiz yang boleh dimasuk kedalam kotak kasut. Semua yang dibuat dan dibina hendaklah dimasuk ke dalam kotak kasut dan dihantar kepada pensyarah yang mengajar sebelum tarikh akhir projek.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus 1. Tugasan ini dilaksanakan secara berkumpulan 2 orang. 2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: i. Fon Arial ii. Saiz huruf ialah 12 iii. Langkau satu setengah baris iv. Rujukan mengikut format APA v. Lampiran 3 Amalan plagiat tidak dibenarkan. 4 Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 50%.

Tugasan disediakan oleh

Disahkan oleh

_______________________ ZURHANA BIN MUHAMAD ABDUL SAMAD MD. DIN ABDUL RAHIM ROSLIE

_______________________ HJH. SUFIAH HAJI SU,UT

You might also like