1.0 Konsep Seni/ Seni Visual 1.

1 Definisi Seni Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), seni didefinisikan sebagai sesuatu yang halus, kecil, elok, tipis, halus, enak didengar. Berdasarkan istilah bahasa, seni juga diertikan karya seperti sajak, lukisan, muzik, yang dicipta dengan bakat. Secara umumnya, masyarakat memandangkan seni itu cantik, cerdik, indah dan seni boleh ditanggap melalui pancaindera. Pada zaman purba, kononnya, zaman Neolitik, seni digunakan untuk tujuan pemujaan kepada Tuhan. Masyarakat pada masa lampau tersebut juga mula menghasilkan barang-barang estetik seperti gelang-gelang dan anting-anting. Di samping itu, orang-orang zaman batu juga mula melukis pada tembok-tembok gua batu, iaitu tempat mereka berlindung. Contoh gua-gua yang masih meninggalkan kesan lukisan dinding pada masa ini ialah Gua Niah di Sarawak dan Gua Tambun di Perak. Manakala, masyarakat zaman mden sekarang telah

menggunakan seni sebagai pekerjaan untuk mencari rezeki. Contoh bidang-bidang seni yang terlibat sebagai kerjaya adalah seperti arkitek, pereka hiasan dalaman, pereka grafik dan pengiklanan, pereka fashion, ilustrasi dan komik. Seni telah dianggap satu kreativiti dan invovasi sedangkan seni mempunyai hubungan simbolik dengan social masyarakat kita pada hari ini. Seni berfungsi sebagai seni estetik dan seni kegunaan. Bagi seni estetik adalah seperti karya catan, arca, mural yang mengandungi nilai penghayatan dan keindahannya manakala seni kegunaan adalah untuk tujuan bersembahyang terutamanya pada zaman masa purba. Seni mempunyai 2 dimensi (2D) dan 3 dimensi (3D) malahan juga bersifat konkrit atau abstrak.

nilai estetik. Walau bagaimanapun seni masih dianggap sebagai sesuatu yang ideal dan berkaitan dengan moral.1. Keindahan yang mampu memukau dan mempersonakan mata dan hati yang menghayatinya dengan segenap pancaindera yang ada. The Meaning of Arts ) seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan. isi. subjek atau objek berfungsi (kegunaan). . seni sebenarnya tiada hubungan dengan agama. imej (form. biar dari sudut pandangan mana sekalipun. komunikasi visual (bahasa seni visual). keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ). Mengikut kebudayaan Barat. Tokoh Islam seperti Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. asas seni reka dan berbagai aspek lain. Kitab Al-Iman menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Hal ini adalah disebabkan oleh dasar sekularisme yang mengasingkan hal keduniaan dengan agama.1 Pandangan tokoh-tokoh terhadap seni Dipandang daripada sudut agama pula. Kesimpulannya. pengalaman dan sensasi visual (sentuhan 2D dan 3D). Bagi Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. 1. pelukis dan karya seni. ciri-ciri kreatif. Menurut Herbert Read ( buku. seni merupakan sesuatu yang berkait rapat dengan estetika dan keindahan. content).1. mesej.2 Definisi Seni Visual Konsep seni visual boleh difahami berdasarkan aspek seperti pernyataan diri (self-expression).

Seni idea Visual dan adalah penyataan fikiran.Bentuk hasil seni visual adalah bertumpu kepada penciptaan secara visual (penglihatan). Belanda. kanakkanak merupakan golongan yang gemar menyatakan Rajah 1: “Starry Night” 1889. . Arca. arca. catan. arca atau lukisan. reka bentuk grafik. ekspresi diri ini. Jackson Pollock. Manakala catan. Ekspresi diri kanak-kanak adalah lebih tulen kerana mereka menyatakan perasaan tanpa sedar dan tanpa diarah oleh sesiapa. Kesimpulannya. Contoh bidang seni visual adalah seperti lukisan. cetakan. manifestasi (ii) Pengalaman 2D/ 3D (Sensasi Visual dan Sentuh) Seni Visual juga dikenali dan difahami sebagai sesuatu yang bersifat 2D atau 3D secara fizikalnya. cat minyak oleh Vincent Van Gogh. kaligrafi. Penyataan Diri (Self – expression) Penyataan Diri bermaksud meluahkan atau menyatakan apa yang dirasa dan difikir secara bebas. Mengikut kajian pakar-pakar psikologi. cetakan merupakan produk Rajah 2: Arca kayu oleh Jacques Vesery dari Damariscotta. Penggunaan warna yang ganas dan garisan yang beralun serta penghasilaan keadaan yang misteri dalam karya ini menunjukkan ekspresi diri Van Gogh. Deria sentuhan dan deria penglihatan terlibat dalam konteks ini. (i) emosi. animasi dan lain-lain. lukisan. Contoh pelukis seperti Vincent Van Gogh. landskap. ukiran merupakan produk seni yang boleh dinikmati melalui sentuhan dan bersifat 3D. Penyataan atau luahan ini haruslah ada mediumnya dan medium itu biasanya berupa permukaan yang boleh dicalitkan atau digoreskan. Golongan pelukis pula menyatakan ekspresi diri mereka melalui catan. seni 2D boleh dinikmati dengan deria penglihatan. perasaan.

Contoh dalam lukisan dinding di piramid mesir atau catan lanskap oleh Abdullah Arif (Ladang Kelapa ). Beliau merupakan artist surelis yang bersifat abstrak.(iii) Bahasa Seni (Laras bahasa) Seni tampak (karya seni 2D) juga mempunyai laras bahasanya sendiri. . kepercayaan dan sikap social. Seni tampak atau visual juga merakamkan pencapaian manusia dan menggambarkan tentang nilai. Seni tampak mempunyai laras bahasanya sendiri seperti unsur-unsur seni (seperti warna dan jalinan). menunujukkan keadaan aktiviti pemburuan haiwan ketika masa itu. cat air dan cat minyak) teknik dan Rajah 3: “Sleep” 1937. pengkritik/audien. (Iv) Kandungan/ Isi/ Mesej (Contents /makna) Seni Visual juga diertikan sebagai suatu produk yang mempunyai makna atau isi. Ia ditafsir secara berlainan oleh pihak kedua/sekunder atau gayaan (kononnya basah atas basah. prinsip rekaan (misalnya kontra. karya seni visual itu hanya diketahui secara jelas oleh pihak primer iaitu pengkarya sendiri. Karya seni merupakan rakaman sejarah dan budaya secara tampak. harmoni dan pergerakan) bahan dan alat (contohnya berus. cat minyak oleh Salvador Dali. Sepanyol. Biasanya mesej atau maksud dalam sesuatu Rajah 4: Lukisan dinding gua yang dihasilkan pada zaman batu. realistik dan abstrak ).

dan meningkatkan nilai estetika. meningkatkan kreativiti. perluahan emosi. Tambahan lagi. Keperluan Individu boleh dicapai melalui aktiviti seni yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai proses. teknik dan media serta pembentukan nilai dan juga moral.. bidang seni visual juga membenarkan pelajar mengalami aktiviti dan pengalaman kearah membina keyakinan. menajamkan persepsi. Jadi. seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang holistik. pengzahiran idea dan memanifestasikan buah fikiran. PSV juga boleh melibatkan aspek pemahaman penghayatan dan kritikan mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi kalangan murid. terancang dan prestasinya boleh di ukur bagi memenuhi keperluan individu. Konsep PSV juga dapat memenuhi keperluan pembentukan sahsiah dengan cara melahirkan perasaan. . Selain itu. inovatif. estetika dan kreativiti.0 Konsep Pendidikan Seni Visual Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak melalui peningkatan daya persepsi. berjiwa kreatif. inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi.2. Matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian. Pendidikan Seni Visual merupakan satu program pendidikan yang bersistem. Pendidikan Seni Visual (PSV) telah dijadikan sebagai satu mata pelajaran dalam sistem pendidikan Malaysia pada hari ini. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual.

(ekspresi diri) Jadual 1: Pandangan tokoh-tokoh Barat dan Islam terhadap pendidikan seni Rajah 5: Buku “A British Vision of World Art” oleh Herbert Read (1893 – 1968) Muka depan buku ialah gambar potret Herbert Read yang dilukis berdasarkan pernyataan diri. Eisner (1967) Kreativiti dipupuk melalui proses pembelajaran yang mampu memperlihat pengalaman atau latar belakang kanak-kanak.2. intelektual. Berasaskan psikologi yang melihat kepada perkembangan kanak-kanak dalam melahirkan penyataan diri. John Dewey (1859-1952) Proses mengembang kecerdasan manusia. emosional.1 Pandangan tokoh-tokoh terhadap pendidikan seni Sir Herbert Edward Read (1893 – 1968) dan Viktor Lowenfeld Feldman (1996) Usaha yang melibatkan P&P untuk membuat pemahaman seni selain mengetahui dunia dan diri melalui seni yang berkait rapat dengan alam persekitaran. . Sekolah perlu memberi kebebasan kepada kanak-kanak dalam perkembangan seni fizikal. Ibrahim Hassan (2000) Pengamatan kanak-kanak dalam kesenian akan mewujud idea baru.

kreatif. pembentukan insan yang kreatif.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti berikut: “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. mata pelajaran PSV telah diperkenalkan dalam sistem KBSR pendidikan Malaysia. Manakala. rohani.3. Kesimpulannya. inovatif dan inventif. berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan.7: Dalam FPK. kritis. masyarakat dan negara. keluarga. . Jadi. kritis. berakhlak mulia. inovatif dan inventif penting untuk pembangunan negara. emosi dan jasmani. bagi pelajar sekolah menengah pula. imaginatif. masyarakat dan negara berdasarkan kepercayaan dan kesyukuran kepada Tuhan di samping juga menghargai keindahan alam sekitar serta memelihara keindahan seni dan warisan negara Malaysia. mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi. Rajah 6. FPK dapat menyumbang modal insan negara kita ke arah pembangunan diri. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga. pembentukan keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya. kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. berketerampilan. kritis. para murid sekolah rendah dapat dilahirkan dengan ciri harmonis.” Melalui FPK.

masyarakat dan negara. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek. seimbang dan bersepadu. Matlamat PSV dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh. selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelaksanaan KBSR ini adalah susulan hasil daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979.0 Matlamat PSV KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) Pendidikan Seni Visual (PSV) ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah dan mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas. emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang. rohani. tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain. . keluarga. keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri. KBSR ini diperkenalkan selepas mendapati bahawa sistem pendidikan sebelumnya iaitu KLSR (Kurikulum Lama Sekolah Rendah) mempunyai beberapa kekurangannya seperti isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang. Rajah 8: Dengan pelaksanaan KBSR. Mata pelajaran ini bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian. harmonis dan berakhlak mulia. para murid mampu mempunyai pembentukan sahsiah diri yang sempurna selain daripada aspek akademik. menghargai keindahan alam persekitaran. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan.4. Dari segi sukatan pelajarannya pula terlalu banyak sehingga membosankan murid.

5. kritis. objektif mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya juga dapat dicapai selepas murid-murid mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah. Mereka akan sedar dan berasa syukur kerana kecantikan alam sekitar yang dikurniakan oleh Tuhan dan secara tidak langsungnya akan menghargai alam sekitar dengan memelihara dan memuliharanya dengan sempurnanya.0 Objektif PSV KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) Terdapat sepuluh objektif PSV dalam KBSR. Kegiatan seni ini dapat menajamkan lagi pemerhatian murid-murid untuk membuat perbandingan antara satu karya dengan satu karya lain. kreatif dan menyeronokkan. Sukatan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual yang diajar tentang asas-asas seni dan prinsip reka juga berfaedah kepada para pelajar. Fenomena amat baik dan berkesan kepada para pelajar terutamanya pada sensitiviti pancaindera mereka terhadap alam sekeliling yang sentiasa berubah-ubah. Objektif yang seterusnya ialah menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera. Selain itu. jalinan dan bentuk dalam hasil karya seni . mereka tidak akan menjadi statik dan mampu membuat pemikiran yang dinamik bagi meyelesaikan sesuatu masalah yang tertentu. Imaginasi dan kreativiti yang dipupuk sejak kecil lagi juga boleh menghasilkan insan yang proaktif serta inovatif kepada setiap cabaran yang dihadapi pada masa depan. Murid-murid berpeluang untuk menunjukkan kepekan mereka terhadap alam sekeliling yang indah dengan menghasilkan hasil karya seni mereka. Jadi. Pendidikan seni yang menyeronokkan akan sentiasa merangsangkan idea dalam kehidupan mereka dan tidak akan berasa bosan terhadap seni kerana seni adalah tanpa sempadan dan tidak terhad. Pertamanya adalah menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan. Objektif kedua adalah melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif. Seni visual memerlukan pemerhatian yang teliti dan terperinci khasnya semasa menghayati sesebuah karya di pameran seni. Murid-murid dapat mengetahui serta mengaplikasikan asasasas seni umpamanya garisan. Hal ini dapat dilihat ketika kalangan pelajar menyertai kegiatan seni dengan penuh semangatnya.

guru dengan . mereka akan mula memasukkan idea unik yang tersendiri kepada karya seni mereka tidak kira apa-apa sahaja teknik atau bahan digunakan. Mereka juga berhati-hati khasnya menjalankan projek seni yang memerlukan jentera yang bahaya supaya keselamatan mereka adalah terjamin. Semangat kerjasama dapat dipupuk semasa bekerja secara berkumpulan bagi menjalankan sesuatu projek seni. Murid-murid yang berasal daripada latar belakang berbeza yang mampu memberikan kerjasama dan toleransi antara satu sama lain dalam tugasan seni merupakan satu implikasi yang berkesan bagi mewujudkan semangat perpaduan yang selaras dengan hasrat FPK dalam pembangunan negara kita. Selain itu. Di samping itu. Tambahan lagi. aktiviti seni juga boleh meningkatkan keyakinan diri pelajar dengan penghasilan karya seni mereka. Objektif yang kelima ialah mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual. Setelah mereka mendapat kefahaman yang mendalam terhadap asas-asas seni dan prinsip-prinsip reekaan. displin diri pelajar juga dapat dipupuk melalui kegiatan seni yang sentiasa mementingkan komitmen antara dua pihak iaitu. Malahan. yakin diri. Dengan ini. Hal ini dapat lihat semasa para murid boleh mengembangkan dan mengeksploitasikan kemahiran asas dalam kegiatan seni yang berbagai-bagai seperti penghasilan arca. Objektif ketujuh ialah memupuk nilai-nilai kerjasama. para murid dapat menyesuaikan diri dalam bidang seni yang berbagai-bagai. catan minyak dan rekaan grafik komputer. Mereka juga bersikap cermat dalam membuat keputusan misalnya apabila membeli alat-alat seni yang biasanya harga tinggi. cermat dan selamat. Contohnya mereka tahu cara untuk memasukan kefahaman mereka terhadap bahasa seni visual yang sesuai ke dalam karya seni mereka melalui pelbagai kajian atau teknologi. disiplin diri dan bertanggungjawab.mereka tidak kira seni tampak atau seni tiga dimensi. objektif keenam ialah membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur. mereka juga berdisplin diri apabila mengikut aturan penghasilan karya seni.

Objektif yang terakhir ialah melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah. murid-murid boleh menggunakan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual selain daripada hasil karya tradisional. Dengan itu. Objektif yang lain bagi PSV dalam KBSR ialah mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air. para murid akan mempunyai rasa menghormati dan menghargai jasa sumbangan mereka yang mampu membawa keharuman kepada negara kita ke peringkat kebangsaan. pelajar-pelajar boleh menjalankan aktiviti seni untuk mengisikan masa lapang mereka dengan bermanfaat. berkiaran di siber kafe. Para murid juga bertangggungjawab dan memikul kewajipan semasa menjalankan tugas sehinggalah kerja itu Berjaya dengan sempurnanya. Yong Mun Seng dan Abdullah Ariff dapat menambah pengetahuan murid-murid di samping berkongsi sumbangansumbangan mereka kepada murid-murid sekalian. merokok dan mat rempit. Pendidikan Seni Visual yang memperkenalkan nama-nama tokoh seni tanah air sebelum kemerdekaan dan selepas kemerdekaan seperti Syed Ahmad Jamal. Dengan kata lain. Kementerian Pelajaran juga menggalakkan para pelajar menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untuk memajukan diri di samping memajukan negara. Objektif kesembilan ialah menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual.murid-murid boleh menjadikan kegiatan seni ini sebagai hobi sendiri kerana aktiviti tersebut baik tanpa membazirkan masa murid dengan perkara yang tidak berguna. Hal ini dapat mengelakkan mereka daripada melakukan kegiataan gejala sosial atau perkara yang negatif kononnya melepak di pusat-pusat membeli belah. Memandangkan teknologi zaman sekarang telah berkembang semakin pesat.pelajar. . Oleh itu.

pendidikan seni. menulis. BC. -Tahap II (Tahun 4-6) Mata pelajaran teras. -Tahap II (Tahun 4-6) Mata pelajaran terasa dan elektif . Pendekatan ini adalah lebih interaktif dan beriringan dengan KBSR yang telah dilaksanakan selama 33 tahun.5.0 di bawah menunjukkan gambaran yang ringkasan terhadap perbezaannya. -Sukatan pelajaran Bahan kurikulum -Dokumen Standard Kurikulum -3M (membaca. Jadual 2. Fokus -4M (membaca. BT. -Sains dan teknologi -Keterampilan diri. iaitu tahun 2011. wajib dan tambahan. mengira) -Tahap I (Tahun1-3) Mata pelajaran teras. -Kerohanian. pendidikan jasmani) Perbezaan Reka bentuk kurikulum KSSR -Komunikasi. menaakul) Organisasi kurikulum -Tahap I(Tahun1-3) Modul teras asas. mengira. MM) -Kemanusiaan dan persekitaran (agama dan pendidikan moral) -Perkembangan diri individu (muzik. BI. wajib dan tambahan. KBSR 3 bidang: -Komunikasi (BM.0 PSV dalam KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) merupakan sistem pendidikan yang baru diperkenalkan pada tahun lepas. menulis. modul teras tema dan modul elektif. Cuma terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua sistem pendidikan ini. Walau bagaimana pun. sikap dan nilai kemanusiaan perkembangan fizikal dan estetika. matlamat dan objektif KSSR adalah sama dengan KBSR yang sebelumnya.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan.” Pendidikan Seni Visual yang bermatlamat melahirkan insan generasi yang harmonis. . berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Seperti apa yang pernah dikatakan oleh Herberty Read (1893 – 1968). “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. masyarakat dan negara. berakhlak mulia. Pendidikan Seni dapat memperlihat kenyataan diri kanak-kanak yang tulen tanpa sebarang pengaruh. Seperti yang telah dicatat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. berketerampilan. kreatif dan proaktif dalam semua aspek seperti JERIS merupakan pendekatan yang berkesan bagi menuju arah kemajuan dalam pembangunan negara kita. rohani. selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga.Kesimpulan Sesungguhnya. masyarakat dan negara. menghargai keindahan alam persekitaran. Hal ini amat berkait dengan perkembangan kanak-kanak dalam proses pembentukan sahsiah diri yang baik dan sempurna. keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri. keluarga. Pendidikan Seni Visual juga amat penting kepada seseorang kanak-kanak. emosi dan jasmani. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan. kritis.

Teks Lengkap Pendidikan Seni Tingkatan 4 dan 5. A. A.gov. Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun. & Ibrahim bin Ahmad.com/2009/11/07/psv-edisi-nota-pengertianstrategi-bidang-aktiviti-pp-apresiasi/ . Dilayari pada 13 Februari 2012 dari http://esenivisual. Dilayari pada 14 Februari 2012 dari http://www.wordpress.com/pengalamanpendidikan-seni-membantu-meningkat kreativiti-dalam-kehidupan-sosialmasyarakat/ Chong Mei Tee. Sc.RUJUKAN Azhar Hj.my/articles/seniislam/pengenalan. Kuala Lumpur: nKumpulan Budiman Sdn.islamgrid. Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Konsep Pendidikan Seni Visual . Dilayari pada 13 Februari 2012 dari http://zihanthesensei. B. Aros.blogspot. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hassan Mohd Ghazali.blogspot. Ghandi. Jabbar. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Azmal Arif. Bhd. (2005). Rujukan. Sc. Nor bin Hj Ab. Dilayari pada 14 Februari 2012 dari http://smktphpsv.com/2010/08/psv-p1konsep-pendidikan-seni-visual. (2010). B. Iqmal Sukri . Abdul Ghandi. Dip. Phd.html Hajah Noresah bt. Pandangan Tokoh-tokoh Terhadap Pendidikan Seni. Bhd. (2000). Artikel: Pengenalan Seni Islam.html Chee Kian Feng. (2006). A.com/2009/11/perubahanpendidikan-di-malaysia-dari. B. A. (UM) et al. (UM). Dilayari pada 17 Februari 2012 dari http://n9kini. (2007). Focus Super Hot SPM Pendidikan Seni Visual. (2004). Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS). Kathleen Chee. Pertanian (UMP) & Salmah bt. Bhd. (2008). Edisi Keempat.blogspot. Mad. (2008). (2007). (Birmingham) & Rusli bin.html Choong Lean Keow. Perubahan Pendidikan Di Malaysia. Tajudin. (London). A.com/2008/08/konsep-seni-visual. (Birmingham) & Md. M. B. M. B. Baharam. Bhd. (UM) & Aziah bt. Terjemahan (UM).php Rujukan. Surat Khabar: Kepentingan Seni Visual. Dip. Konsep Seni Visual. Kamus Dewan. Dilayari pada 13 Februari 2012 dari http://itukamibudakseni.

(2009).org/wiki/Salvador_Dal%C3%AD Rajah 4: http://en.html Umma Valoo. Perkembangan Kokurikulum Di Sekolah Rendah. Bhd.wikipedia. Dilayari pada 15 Februari 2012 dari http://itukamibudakseni.org/wiki/Cave_painting Rajah 5: http://en.wikipedia. Pengenalan Seni dan Definisi Seni .org/wiki/Vincent_van_Gogh Rajah 2: http://artofday. Sumber-sumber gambar rajah: Rajah 1: http://en. Dilayari pada 8 Februari 2012 dari http://colourexist.com/2009/11/sejarah-perkembangankurikulum-kbsr.html Wahiza Abdul Wahid.com/2010/10/pengenalan-konsep-seni-dalampendidikan.wikipedia.blogspot.com/2010/01/pengenalan-seni-definisiseni-definisi. Sejarah Seni Lukis & Seni Reka. Powerpoint handout: Pengenalan dan Konsep Seni dalam Pendidikan.blogspot. (2005).html Siti Aishah.org/wiki/Herbert_Read . (2001).blogspot. Dilayari pada 14 Februari 2012 dari http://notapismp.wikipedia.com/wordpress/?p=2716 Rajah 3: http://en.Rujukan. Selangor: Stilgrow Sdn.

Namun demikian. Kedah. Saya juga berasa bangga kerana dapat melibatkan diri dalam bidang seni yang amat istimewa.REFLEKSI Secara jujurnya. Sebelum melaksanakan kerja kursus ini. saya tetap ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah seni saya. saya barulah mengetahui dan dapat melaksanakan tugasan saya dalam bentuk PowerPoint dan kertas kerja. saya minat melukis sejak saya masih kecil lagi. Seribu terima kasih kepada pensyarah yang tidak jemu member panduan dan bimbingan kepada saya untuk menyelesaikan masalah saya sepanjang proses penjalanan kerja kursus ini. saya amat keliru dan risau selepas mendapat kerja kursus pendek yang bertajuk “Konsep Pendidikan Seni Visual”. Selain itu. Oleh itu. Saya berasa sangat syukur kerana saya mendapat kursus pendidikan seni visual dalam tawaran kursus perguruan pendidikan rendah di Institut Pendidikan Guru Darulaman di Jitra. Hal ini demikian. . saya masih menghadapi banyak masalah dan cabaran apabila diberikan tugasan ini. saya perlu menghuraikan perkara-perkara konsep seni. seni visual dan pendidikan seni visual yang saya tidak mempunyai kefahaman yang mendalam terhadap bidang ini. Jadi. saya telah menghadapi berbagai-bagai masalah semasa menyediakan bahan-bahan rujukan. Dengan adanya penjelasan yang teliti oleh pensyarah. saya amat gembira dan bersemangat apabila menjalankan kerja kursus yang diberikan. Walau bagaimanapun. iaitu Encik Hamzah serta rakan-rakan saya yang sudi menghulurkan tangan mereka untuk membantu saya menyiapkan kerja kursus ini dengan lengkap. saya juga harus mengetahui tentang KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) walaupun sistem pendidikan Malaysia hari ini telah bertukar kepada KSSR (Kurikuklum Standard Sekolah Rendah) sejak tahun 2011.

PSV bukan sahaja membentuk generasi yang penuh dengan kreatif. inovatif dan inventif khasnya dalam pembangunan negara yang sejahtera berdasarkan kepercayaan dan kesyukuran kepada Tuhan. pemahaman saya terhadap konsep seni dan Pendidikan Seni Visual dalam KBSR juga dipertingkatkan. Di samping itu. Namun saya masih ada sedikit kekurangan dalam kerja PowerPoint.Dalam pelaksanaan kerja kursus ini. Encik Hamzah juga memberikan peluang kepada saya untuk membuat pembetulan. saya amat berpuas hati kerana saya telah mendapat tahu tentang maklumat yang saya telah kaji. Walaupun saya tidak mempunyai ahli kumpulan dalam tugasan pembentangan. Selepas mengkaji topik ini. Selain itu. Di samping itu. PSV boleh memupuk para pelajar mencintai alam sekitar kita tanpa melakukan kerosakan terhadapnya kerana kita hanya mempunyai satu bumi dan manusia yang bertanggungjawablah memelihara dan memulihara bumi kita. saya telah mencatat mesej-mesej penting seperti pandangan serta sumbangan tokoh dan pendidik seni. kritis. Malahan. kesenian pelbagai budaya di Alam Melayu. PSV juga boleh memupuk nilai peka terhadap alam sekitar yang indah dan cantik. . India. kreatif. saya tetap tidak berputus asa membentangkan hasil kerja saya di hadapan rakan-rakan sekalian. Hal ini amat penting pada hari ini kerana bumi kita sedang menghadapi masalah pencemaran alam sekeliling yang serius. Jepun dan Barat. saya telah mencari pelbagai bahan rujukan tentang tajuk tugasan yang diberikan. Misalnya. Oleh itu. konsep reka bentuk dan kraf serta kepentingan PSV dalam era teknologi. Hal ini telah menunjukkan bahawa kerja kursus memang memberikan manfaat kepada para pelatih guru untuk menambah pengetahuan tentang isu pendidikan negara kita. Kesemua informasi ini amat berfaedah untuk saya yang akan menjadi guru seni di sekolah rendah pada masa hadapan. matlamat PSV dalam KBSR adalah untuk melahirkan insan yang harmonis. Dalam pembentangan mereka. Saya amat bersyukur kerana mempunyai sokongan pensyarah dan rakan-rakan sekelas.saya juga memberi penuh perhatian kepada rakan-rakan lain yang memberi pembentangan masing-masing. China. saya juga mampu mencari informasi-informasi yang betul dan tepat bagi memenuhi soalan tajuk tugasan yang saya dapat.

Tuntasnya. Sekian terima kasih. . saya amat bersyukur kerana akhirnya saya masih dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan menghantarnya pada masa yang telah ditetapkan.

LAMPIRAn .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful