PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG

)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

MODUL BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3104

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

i

MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

ii

KANDUNGAN

MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Panduan Pelajar Pengenalan

Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 xxxxxxxxxx 1.0 Sipnosis 1.1 Hasil Pembelajaran 1.2 Kerangka Tajuk ………………………………. ………………………………. Tajuk 1 xxxxxxxxxx 2.0 Sipnosis 2.1 Hasil Pembelajaran 2.2 Kerangka Tajuk ………………………………. ……………………………….

Bibliografi Panel Penulis Modul Ikon Modul

PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

SASARAN KURSUS Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG).

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1:

vi

Agihan Jam pembelajaran Aktiviti-aktiviti Pembelajaran 3 Kredit
Tanpa Amali (3+0) Ada Amali (2+1) (1+2) (0+3)

Mengikut Kredit Kursus 2 Kredit
Tanpa Amali (2+0) Ada Amali (1+1) (0+2)

1 Kredit
Tanpa Amali (1+0) Ada Amali (0+1)

Membaca modul pembelajaran dan menyiapkan latihan / tugasan terarah / amali Menghadiri kelas interaksi bersemuka (5 kali) Latihan Amali* Perbincangan Atas Talian Kerja Kursus Ulangkaji Amali/Peperiksaan Jumlah Jam Pembelajaran 10 7½ 20 10 2½ 120 10 10 7½ 20 10 2½ 5 5½ 20 10 2½ 80 5 8 5½ 20 10 2½ 5 5½ 15 5 2½ 40 5 5 5½ 15 5 2½ 70 60 70 62 70 65

* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.

SUSUNAN TAJUK MODUL Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. IKON Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.

vii

5. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda. viii . 3. 4. 7. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. 1. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 6. Teliti maklumat yang diterima. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna.

Ia juga memberi pendedahan kepada anda tentang pengaplikasian pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. pendekatan. tentang kemahiran mendengar dan bertutur. Terdapat juga maklumat berkaitan strategi.Pengenalan Modul ini disusun untuk membolehkan para pelajar Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PPG) bagi mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) memahami tentang kursus Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Para pelajar juga diharapkan akan lebih jelas dengan konsep pengaplikasian pendekatan pengajaran mahupun pembelajaran bahasa. Modul ini dibahagikan kepada enam Tajuk Pembelajaran seperti yang berikut: Tajuk Pembelajaran 1: Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tajuk Pembelajaran 2: Kemahiran Membaca Tajuk Pembelajaran 3: Kemahiran Menulis Tajuk Pembelajaran 4: Kemahiran Mengarang Tajuk Pembelajaran 5: Prosedur Pengajaran dan Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Tajuk Pembelajaran 6: Penilaian Kemahiran Menulis Latihan berbentuk latihan kendiri disediakan untuk menguji kefahaman anda. kaedah dan teknik pengajaran bahasa Melayu secara umum. aktiviti. Modul ini diharap dapat membantu para pelajar menerangkan tentang teori huraian dan pemerolehan bahasa dan konsep asas pedagogi bahasa. . Ia turut dilengkapi dengan pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasa yang merangkumi pemusatan murid dan bahan. masalah. kemahiran membaca. situasional/senario dan permainan juga dimasukkan. pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan. teknik pengajaran kemahiran membaca. Modul ini memperkenalkan kepada anda. Pembelajaran berasaskan projek. penilaian kemahiran membaca dan kemahiran menulis .

Kemahiran Mendengar dan Bertutur  Konsep  Objektif  Proses dan Bentuk  Peringkat Penguasaan  Unsur dan Faktor Keberkesanan  Prinsip Pengajaran  Kaedah Pengajaran  Teknik Pengajaran 1 2 . JUMLAH JAM MENGIKUT PRO FORMA KURSUS INTERAKSI TAJUK/TOPIK 1. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.AGIHAN TAJUK Kod & Nama Kursus: BMM 3104 : Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu Kandungan modul ini dibahagi kepada 5 interaksi.

(SQ3R). Tatacerita  Bimbingan Menjangka. Skimming. (3R). Pendekatan dan Kaedah Pengajaran Bacaan. Ekstensif. Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca. Scanning. dan lain-lain. Langkah-langkah sebelum.  Survey. Know. Komunikatif. Penyediaan Rancangan Pelajaran Kemahiran Membaca. Review. (KWLH). How. 2 1.  Matlamat dan Jenis Bacaan  Peringkat Pengajaran Bacaan  Teknik Bacaan – Intensif. Learn. Recite. 3. Review. Teater Pembaca. dan Selepas Aktiviti  Membina dan Menggunakan Bahan Bantu Mengajar. What. Semasa. Kemahiran Mendengar dan Bertutur  Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Mendengar dan bertutur  Objektif.2 1. Question. dan Pengalaman Bahasa.  Lingkaran Soalan. Cerakinan. Kemahiran Membaca.  Pendekatan Binaan. 3 2 .  Objektif  Langkah-langkah Sebelum. Recite. Semasa dan Selepas Aktiviti  Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran  Prinsip dan prosedur Pembinaan Instrumen Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur. 2. Read.  Kaedah Pandang Sebut  Kaedah Abjad dan Fonik 2. Read.

Penilaian Pengajaran Kemahiran Menulis.1. dan Pemerengganan  Kemahiran Kosa kata.   Proses Pengajaran LEA (Pengalaman Bahasa) 4 2 5 1.  Mencari Isi – Menggunakan Bahan Rangsangan  Mengaitkan Isi dengan Tajuk. 2 JUMLAH 10 . Gaya Persembahan.  Matlamat dan Peringkat  Tujuan Penulisan  Jenis Penulisan Karangan.Penilaian Kemahiran Membaca.  Ejaan  Imlak  Karangan 3. 3.Prosedur Pengajaran dan Penyediaan Bahan Bantu Mengajar. Kohesi.Kemahiran Mengarang.  Mengenal Pasti Idea Keseluruhan  Mengesan Idea utama dan Idea Sokongan  Membuat Ramalan / Kesimpulan. Koheren.  Mengenal pasti Idea Keseluruhan  Mengesan Idea Utama dan Idea sokongan  Membuat Ramalan/Kesimpulan  Pembinaan Instrumen Penilaian 2.Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis. Mengedit dan Mengembangkan Idea – Peta Minda.Kemahiran Menulis. 2.

.

menjelaskan konsep kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Tajuk 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur  Konsep  Objektif  Proses dan Bentuk Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar dan Bertutur:    konsep objektif proses dan bentuk Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur. 2. . Membaca dan Menulis. Hasil Pembelajaran Pada akhir unit ini. Hal ini demikian kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. anda seharusnya dapat: 1. mengenal pasti tujuan-tujuan pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis.

penghasilan dan penggunaan bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran dan kemahiran bertutur. mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. menyatakan beberapa prinsip pemilihan. teknik dan aktiviti untuk kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. 4.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) 3. Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menetapkan Matlamat Menulis Objektif Membentuk ujian Membentuk aktiviti pengajaran Memilih Media Pengajaran Melaksanakan Pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif . dan kemahiran mendengar 5. menerangkan beberapa kaedah.

yakni memberi gerak balas @ respon tertentu. mahupun pendapat dalam percakapan dan perbualan. 1987: 51) KEMAHIRAN LISAN: KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR Definisi Konsep Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orang bertutur. di mana atau bagaimana proses ini berlaku. kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau maklumat. manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat. berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Rajah Perilaku . orang yang terlibat akan saling menghantar dan menerima. pandangan. Ini bermakna dalam proses lisan itu. Dalam konteks ini. . komponan kemahiran mendengar dan bertutur yang tidak kurang pentingnya.Ucapan Teori Chomsky (Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden. Dalam apaapapun keadaan.

seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut. antara lain menguasai kemahiran: (a) mendengar dan menyebut bunyi. (b) memberi dan menerima arahan dan permintaan. Begitu juga. serta dalam majlis bahas. Bagi tujuan mencapai objektif yang dinyatakan. ibu bapa dan sebagainya. guru. antara lain mencadangkan kemahiran menyampaikan arahan dan pesanan tertentu secara berurutan supaya mudah difahami. syarahan dan lain-lain. (b) bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Sukatan Pelajaran Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) menegaskan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan bahasa Melayu bertujuan: (a) mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah. membeza dan mengajuk bunyi yang diperdengarkan. Antara lain. menghasilkan permintaan yang mudah – untuk diri sendiri dan orang lain. seorang pendengar yang baik dapat memahami dan memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Perlakuan bahasa.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalam kehidupan seharian. mengecam dan menunjukkan sumber arah datangnya bunyi berkenaan. . Ini bermakna. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa cadangan subkemahiran kecil kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang perlu dikuasai oleh murid. meliputi aspek perlakuan bahasa melibatkan kemahiran mengenal.

selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi . tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan). intonasi. Walau bagaimanapun. (g) menyampaikan ucapan dan syarahan – kebolehan menyampaikan ucapan dan syarahan secara bertatasusila dengan penuh yakin menggunakan gaya tersendiri. sebutan. sebutan. intonasi. nada dan intonasi. rima dan nada yang sesuai. syair. (f) menyampaikan berita dan laporan – kebolehan menyampai dan melaporkan sama ada yang dilihat. (h) berlakon dan melafazkan puisi – memperlihatkan murid mempersembahkan keupayaan berlakon. secara beradab dengan menggunakan kata sapaan. menggunakan nada. dan suara secara berkesan. sajak mengikut nada. seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi (intonasi. didengar atau dialaminya sendiri dengan ringkas dan padat. (e) bercerita – kebolehan menyampaikan cerita dengan menggunakan daya kreativiti – ayat. (d) bersoal jawab – kemahiran membina dan mengemukakan soalan bagi tujuan memperoleh maklumat tertentu.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (c) menyampaikan ucapan bertatasusila – meliputi kemahiran melafazkan ucapan bertatasusila. Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. dan (i) berbincang dan berbahas – menegaskan kebolehan menyampaikan idea dengan menggunakan kemahiran berbahasa secara tepat dan berkesan. gaya. melafazkan dialog dan puisi (pantun. Semasa bertutur. sama ada menggunakan berbantukan gambar atau tidak. rima dan nada yang sesuai) secara lisan sama ada secara hafalan atau bebas dengan penuh perasaan.

/t/. (c) Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya. (b) Pertuturan berlaku di peringkat produksi. persekitaran. dan (e) Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada aspek fonologi. proses bertutur juga melibatkan proses mental: memahami. /u/ digabungkan menghasilkan bunyi [batu]. menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. suku kata. terutamanya melibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan makna . Dalam hal ini.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) bahasa yang bermakna. intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain. kesihatan. memadan. Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental – mendengar dan membaca secara berkesan. (d) Aspek fizikal. Konsep Pertuturan (a) Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Misalkan bunyi-bunyi. murid-murid diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi. Aspek-Aspek Pertuturan (a) Sebutan: Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikan setiap huruf. /a/. sebutan dan maknanya. /b/. Aspek ini penting. kecerdasan otak. jantina dan tahap sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak. yakni setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya. menaakul. frasa kata dan ayat. perkataan. struktur.

‘jangan tembak. tidak begitu membezakan makna dalam bahasa Melayu. (g) Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan. Intonasi dalam ayat sama ada menaik. (d) Jeda (persendian): Unsur ini merujuk kepada aspek persendian – memisahkan elemen-elemen linguistik dalam perkataan. kaedah dan tatacara menentukan hukum dalam berbahasa – meliputi bidang . Misalnya ungkapan. ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik. rangkai kata atau ayat. (b) Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan memberi tekanan kepada sama ada suku kata. Mi. Pun demikian dalam bahasa Melayu. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada: Do. perkataan atau rangkai kata tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan. Dalam ayat. kewujudannya lebih jelas. La. menurun atau mendatar berbeza-beza mengikut jenis ayat. nada tidak bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina. Fa. Misalnya.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) yang berlainan seperti semak. sebaliknya jika jeda digunakan. (f) Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketika sesuatu perkataan itu disebut. boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan /s mak/ dan seumpamanya.’ jika tidak menggunakan jeda bermaksud larangan melepaskan tembakkan. ‘jangan/tembak. Ti dan Do – setiap nada mewakili satu suku kata. jeda digunakan sebagai hentian sementara yang boleh membezakan makna jika unsur ini digunakan. Re. manakala ayat penyata mempunyai intonasi menurun di hujung ayat. So. (c) Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek merupakan kadar (dalam bahasa Arab disebut ‘harakat’).’ bermaksud menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan tembakkan! (e) Intonasi: Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun atau menaik sesuatu. formula.

Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan. menunjuk arah. menyampai atau melahirkan pendapat peribadi. Ini banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan murid-murid. keadaan dan disiplin ilmu berlainan. dan . lancar dan berkesan. memberi penerangan dan alasan. sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat dengan jelas. Ini penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh berkomunikasi secara berkesan. betul dan betul. Walau bagaimanapun untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam pengucapan. membina soalan untuk mencari maklumat. aspek tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya. (h) Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid bertutur dengan baik. antara lain membolehkan seseorang murid: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) menyebut dengan jelas. teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. bertukar-tukar pendapat dan maklumat. bertutur secara bertatasusila. sintaksis dan semantik. Objektif Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur. (j) Laras bahasa: Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran murid-murid menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi. (i) Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan baik. melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) fonologi. bertemu ramah.

ia telah terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi . Mengadakan perbahasan. dan Drama Kemahiran Mendengar Mengapa kemahiran mendengar? Mengapa kemahiran mendengar penting? Apa masalahnya. Menjawab soalan-soalan rakan dan guru. Menerangkan gambar dan bahan grafik. (i) (j) (k) (l) (m) (n) (o) (p) Permainan komunikatif. Membuat laporan lisan berdasarkan tajuk yang telah disediakan dan menjawab soalan yang diajukan. Bercerita berdasarkan cerita yang diketahui atau pengalaman sendiri. Membina soalan berdasarkan bahan. Main peranan. sekiranya seseorang itu menghadapi masalah pendengaran yang serius? Hakikatnya kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan perkataan atau bunyi awal tertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau bercakap. Simulasi. Memberi taklimat dan ceramah. Memberi arahan kepada rakan. Berbual melalui telefon.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (j) bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi. Perbincangan forum. Tentu sekali sebelum kanak-kanak ini boleh berkomunikasi atau bercakap. Teater bercerita. Proses dan Bentukya: Aktiviti dalam Kemahiran Bertutur: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) Mengaitkan aksi dengan pertuturan.

mengajuk. memperoleh maklumat (pengajaran guru. . dialog dan kesusasteraan). Di sekolah. Manakala dalam kehidupan harian pula. cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur dan mendengar yang baik mengikut standard tertentu. kanakkanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik. berita di radio dan televisyen) serta pernyataan perasaan dan apresiasi seni (drama. kanak-kanak sentiasa berkomunikasi dengan alam sekelilingnya. Justeru. alam persekitaran merupakan model penting pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini. Mereka meniru. mengusai bahasa – memperoleh. mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada orang-orang yang berada di sekelilingnya. lakonan. perbincangan dan mesyuarat). mencuba dan mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatu perkataan itu tekal dalam ingatan dan dapat digunakan dalam konteks maknanya yang sebenar. Ini bermakna. perbincangan. murid-murid perlu mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan. untuk mendapat hiburan (radio. filem). dialog. Sebenarnya. Mengapa kemahiran mendengar perlu? Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima menaakul dan memproses maklumat dalam komunikasi secara lisan. mempelajari. televisyen.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) bahasa dan bukan bahasa. mesyuarat dan penjelasan dalam proses pengajaran guru. aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan.

Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara proses yang kedua berlaku melalui pendengaran. memahami. iaitu penghasilan dan penerimaan mesej. Terdapat pernyataan bahawa dalam pengajaran bahasa. Akhirnya. Ini kerana mendengar merupakan proses yang kompleks melibatkan proses mendengar.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Proses Mendengar Umumnya. . huraian atau menyatakan pengalamannya kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut. Justeru. memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut. Kemudian pendengar itu akan menghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna berasaskan pengetahuan dan pengalamannya. Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat. Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam proses mendengar. menghurai dan menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan. dan bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut. komunikasi lisan melibatkan dua proses. anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiran bahasa yang pasif tidak boleh diterima. seseorang itu akan membuat tanggapan terhadap gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu. seseorang pendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana. aspek pendengaran amat kurang diberi perhatian oleh guru. Dalam erti kata lain ketika mendengar. menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan. bunyi bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan digunakan sebagai asas bagi membuat tindakan. Empat peringkat proses mendengar: (a) (b) (c) (d) mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa. Proses menanggap bunyi dan mentafsir makna sesuatu sebutan berlaku secara serentak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan.

bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya di peringkat awal pengajaran bahasa sebelum kemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka. mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan. suasana. psikologi. kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar. untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajarinya. aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara. mengenal pasti isi-isi yang tersirat. kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dalam kemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan. proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal. Seseorang kanak-kanak @ murid yang telah menguasai kemahiran mendengar. . dia seharusnya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya dan boleh pula memahami @ maksud. menggunakan nama orang-orang terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan. Konsep-konsep asas dalam kemahiran Mendengar: Justeru sebenarnya.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Objektif mengajar kemahiran mendengar Melalui kemahiran mendengar. bukti dan estetika. dan berpusatkan idea utama. mengenal pasti ‘mood’ penutur. mencari isi-isi penting. dan keadaan/ konteks. dan neurologi. boleh mentafsir apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat. mentafsir makna-makna yang tersirat. hujah. Sehubungan dengannya. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini. difahami dan diingat. iaitu seperti memberi yang baik sahaja. berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat. melakukan arahan/ tindak balas. seseorang itu boleh: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) memperoleh idea. antara lain: (a) (b) (c) (d) gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar. dan mengesan ‘pengaruh’ penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda.

secara bertelau-telau. antara lain proses mendengar: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) secara pasif. hujah dan bukti tertentu. aspek kesusasteraan dan aspek seni serta estatika. kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. didengar dan dingati. secara berhati-hati dengan pengamatan. mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama. psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran seseorang. dengan beremosi. Prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar (a) mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat. (b) proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan. secara menebuk-nebuk. (d) aspek fizikal. dan (i) mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara kritis terhadap bentuk dan isi. (h) mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzik. (e) (f) (g) pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Apakah bentuk kemahiran mendengar itu? Dengan itu. dan secara kritikal. tanpa tindak balas. (c) individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya berbanding daripada kecerdasan otaknya. .

Huraikan maksud kemahiran mendengar dalam situasi formal dan tidak formal beserta dengan contohnya. Kenapakah dikatakan bahawa mendengar sebagai asas pembelajaran bahasa lisan? 2. . bersesuaian dengan mesej yang diterima itu. pertamanya menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyibunyi bahasa. Latihan 1. supaya mereka boleh bertindak dengan betul dan tepat.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Kesimpulannya: Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan murid-murid. dan keduanya. memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-bunyi bahasa tersebut.

Sebagaimana kebiasaan. seseorang guru perlu menyedari hakikat mengenai prinsip pengajaran dan keperluan mengajar kemahiran berbahasa: mendengar dan bertutur perlu diajar secara berperingkat. aspek kemahiran lisan perlu diajar terlebih dahulu. pendekatan. Hasil Pembelajaran Menghuraikan tentang kemahiran bahasa.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Tajuk 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur  Peringkat Penguasaan  Unsur dan Faktor Keberkesanan  Prinsip Pengajaran Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar dan Bertutur:    Peringkat Penguasaan Unsur dan Faktor Keberkesanan Prinsip Pengajaran Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: mendengar dan bertutur. . kaedah. Membaca dan Menulis. Telah ditegaskan. Hal ini demikian kerana murid-murid terlebih dahulu perlu menguasai kemahiran berbahasa aspek mendengar dan bertutur terlebih dahulu sebelum kemahiran berbahasa membaca dan menulis. selain menyedari terdapat unsurunsur @ faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. dan teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa. antara kemahiran berkenaan.

aspek sebutan. tidak memerlukan mereka bertindak balas dalam bentuk pertuturan. (b) Penghasilan Semula (bertindak balas) Pada peringkat ini. seperti intonasi frasa dan ayat.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menetapkan Matlamat Menulis Objektif Membentuk ujian Membentuk aktiviti pengajaran Memilih Media Pengajaran Melaksanakan Pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan .Mendengar dan bertutur (a) Peringkat Penerimaan (mendengar dan memaham) Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur. tatabahasa. . gaya dan isi penyampaian. Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat. mereka perlu diberi kefahaman mendengar. Pada peringkat ini latihan diberi kepada muridmurid. kelancaran. latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas secara pertuturan. kefasihan. Bahan-bahan yang diperdengarkan hendaklah mencerminkan penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan model dalam kalangan murid-murid berkenaan.

masa bersekolah. Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya. persekitaran dan di rumah. Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu. peraturan-peraturan. Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa. Membuat ayat tentang diri. pertengahan dan maju. dan Membuat ayat-ayat daripada gambar. ibu dan bapa. Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu. berhubung dengan peribadi seseorang. Memberi ucapan pendek dan mudah. (f) (g) Membaca iklan. Dengan demikian. Memberi arahan.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Peringkat –Peringkat Kemahiran Bertutur Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur. Peringkat pertengahan (a) (b) (c) (d) (e) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar. yakni peringkat awalnya melibatkan pertuturan di antara murid dengan murid dalam bilik darjah sehinggalah murid boleh bertutur dengan ahli masyarakat di luar bilik darjah. Menyoal untuk mendapatkan maklumat. iaitu bertutur dengan fasih dan dapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai mengikut situasi perhubungan di sekolah dan dalam kalangan masyarakat. . Hal ini menegaskan betapa perlunya kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara berperingkat-peringkat. rakan. Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi. Bertindak terhadap soalan-soalan mudah. Peringkat awal (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) Melafazkan pengucapan bertatasusila. pengelompokan pengajaran kemahiran bertutur dapat diklasifikasi mengikut peringkat: peringkat awal. Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri. Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar.

peringkat. Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat. Mengambil bahagian dalam perbahasan. forum. puisi. novel dan sebagainya. Menerangkan proses. Memberi komen secara mudah. Anda telah mengetahui bahawa kemahiran bertutur itu dikuasai secara berperingkat . pengalaman. (i) (j) (k) (l) Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan. objek. dan Mengkritik cerpen. kejadian. perbualan atau dialog. (c) (d) (e) (f) (g) (h) Mengambil bahagian dalam perbincangan. (b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (h) (i) (j) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah. . laporan atau ulasan. Peringkat maju (a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa. syarahan (yang disediakan). perbincangan. seminar dan lain-lain. diskusi. dan Membuat ulasan. Memberi ceramah. Mendeklamsi puisi. Bertanya untuk mendapatkan maklumat. Menyampaikan komen. prosedur dan peraturan. memberi pendapat atau pandangan secara mudah. Huraikan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid-murid. permainan. pendapat. proses dan sebagainya. kejadian.

dan dengan demikian kerap kali menghadapi masalah kosa kata dalam proses pertuturan. bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi secara berkesan. gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses penglahiran bunyi-bunyi bahasa. Antara lain. benak fikiran kanak-kanak yang hidup dalam kalangan . terencat anggota badan dan seumpamanya akan mengehadkan pergaulan. Murid yang tidak sihat atau sakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses pemerolehan bahasa. faktor. (a) Kecerdasan: Hal ini merujuk kepada tahap kecerdasan otak yang menentukan keupayaan berfikir dalam proses memperoleh. menyampai dan memproses maklumat perkembangan bahasa. makna dan tahap pemahaman maklumat yang hendak disampaikan. bapa dan ahli keluarga keseluruhannya.aspek penting dalam pertumbuhan dan Hal ini merujuk kepada tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap dan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid-murid. (b) Kesihatan: . tahap dan status sosioekonomi akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanakkanak. Umumnya. tahap pendidikan. (c) Fizikal: Hal ini. (d) Persekitaran: Hal ini terutamanya yang melibatkan kalangan ahli keluarga ibu.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Unsur-unsur dan faktor keberkesanan pengajaran kemahiran lisan Terdapat beberapa faktor yang cukup mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan. Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi masalah pendengaran. lokasi petempatan sama ada di bandar atau di luar bandar. terutamanya yang berkaitan dengan aspek tubuh badan yang berhubung langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat artikulasi: lidah. gigi. jiran tetangga.

Ini kerana. kanak-kanak dwibahasa kerap kali mengalami gangguan daripada bahasa ibundanya. Dengan demikian murid-murid boleh merperlihatkan tahap . memberi respon yang pelbagai diberi peluang sebaik-baiknya memberi tindak balas terhadapnya secara maksimum.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) masyarakat petani dan nelayan mempunyai kosa kata terhad berbanding dengan kanak-kanak yang hidup dan membesar dalam kalangan masyarakat di bandar-bandar. seperti kemahiran berbahasa yang lain juga bersifat dinamik dan aktif. aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran mendengar perlu dirancang berteraskan tugasan yang menjurus kepada sesuatu aktiviti tertentu. dalam proses pertuturan. (e) Jantina: Faktor yang menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak berbeza-beza. Prinsip pengajaran kemahiran mendengar (a) Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-sama kemahiran berbahasa bertutur. Dengan demikian murid-murid boleh melibatkan diri secara proaktif. Hal ini demikian kerana urat saraf pertuturan dalam kalangan kanak-kanak perempuan berkembang jauh lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki. dan (f) Dwibahasa: Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh lebih baik berbanding dangan kanak-kanak dwibahasa. (b) Kemahiran mendengar. membaca dan menulis. (c) Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar hendaklah dirancang dan disampaikan dalam bentuk pelbagai. Justeru. Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan kanakkanak perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan kadar pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak lelaki.

(f) Motivasi guru sangat penting bagi tujuan mengekalkan minat dan kecenderungan mendengar dalam kalangan kanak-kanak. daripada yang dekat kepada yang lebih jauh. kanak-kanak perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk berlatih kemahiran mendengar sama ada melalui aktiviti yang ditentukan oleh guru atau melalui daya insiatif murid sendiri. (d) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berperingkatperingkat. didahulukan daripada yang konkrit kepada yang abstrak. daripada perkara-perkara yang mudah kepada perkara-perkara yang lebih sukar dan seumpamanya. . (g) Paling penting. (e) Guru tidak perlu terlalu gahirah untuk mengajar kemahiran mendengar sehingga begitu membebankan atau menyusahkan dirinya semasa melaksanakan proses berkenaan.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) kemahiran berbahasa masing-masing melalui aksi/lakonan dan aktiviti yang berkaitan.

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Tajuk 3 Kemahiran Mendengar dan Bertutur  Kaedah  Teknik Pengajaran

Sinopsis Tajuk ini menghuraikan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran lisan: kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Sehubungan dengannya secara umum dihuraikan perkara-perkara asas mengenai pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif, yakni pendekatan yang mempunyai hubungan langsung dengan kemahiran mendengar dan bertutur itu sendiri. Melaluinya dicadang dan dibincangkan beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai diaplikasi oleh guru dalam pengajaran pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah.

Hasil Pembelajaran

Menghuraikan aspek kemahiran bahasa: pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Kerangka Konsep

Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar

Menetapkan Matlamat

Menulis Objektif

Membentuk ujian

Membentuk aktiviti pengajaran

Memilih Media Pengajaran

Melaksanakan Pengajaran

Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran

Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Aktiviti Kemahiran Bertutur

Pemahaman mengenai keperihalan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Bagi tujuan menentukan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah, ada baiknya dijelaskan terlebih dahulu aspek pendekatan mengajar kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dalam bilik darjah. Demikian juga, perlu ditegaskan bahawa pengajaran kemahiran lisan (kemahiran mendengar dan bertutur), perlu dilakukan serentak, berurutan dan menyaling. Walau bagaimanapun, guru boleh memberi perhatian mengenai

kemahiran yang hendak diajar dalam bilik darjah – merancang dan memilih aktiviti yang sesuai mengenainya. Dengan berbuat demikian guru boleh menentukan fokus utama pengajarannya sama ada menguasai menguasai kemahiran mendengar atau bertutur. Paling penting semasa mengajar aktiviti mendengar, guru sebenarnya juga mengajar kemahiran bertutur. Sehubungan dengannya, tidak terdapat perbezaan yang jelas antara strategi pengajaran mendengar dan bertutur itu, bahkan aktiviti yang dilaksanakan itu kerap kali meliputi kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut.

Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur Modul ini akan hanya membincangkan dua jenis pendekatan sahaja, jenis

pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Ini kerana kedua-dua

pendekatan ini amat berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan (bertutur dan mendengar) dalam bilik darjah

(a)

Pendekatan Situasi situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang

Pendekatan

diperkenalkan oleh Mackey (1965), antara lain menegaskan bahawa pernyataan lisan itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola, nada dan intonasi tertentu. Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan kata-kata dan unsur-unsur

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga makna-makna yang betul mengenainya. Tegasnya, pendekatan situasi yang berlandaskan teori

struktural dan teori pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untuk membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur), terlebih dahulu beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih dahulu. Antara lain, menguasai kemahiran membuat tanggapan, mengingat, membunyikan perkataan dan juga aspek struktur bahasa berkenaan. Hal ini demikian kerana melaluinya aspek penggunaan dan penguasaan bahasa secara lisan dapat diperbaik dari semasa ke semasa. Dengan demikian, pendekatan situasi mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut: (a) Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul supaya gerak balas itu diulangi lagi; (b) Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang digunakan oleh masyarakat; (c) Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia dapat memandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka serta dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul; (d) Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini diajar pada peringkat lanjutan, iaitu setelah murid menguasai bahasa tulisan, keupayaan murid-murid bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul akan terganggu. Hal ini deemikian kerana murid telahpun membentuk kelaziman sebutan bahasa yang salah; (e) Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi muridmurid dalam latihan bertutur; (f) Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza. Apabila murid-murid mempelajari bahasa kedua, guru tidak boleh membiarkan mereka

penguasaan kemahiran bertutur bukan sahaja meliputi penguasaan kemahiran kecil untuk menanggap. berpendapat murid sukar memindahkan pengetahuan kemahiran bertutur yang dipelajari dalam bilik darjah kepada penggunaan dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana guru biasanya begitu menentukan bahasa yang perlu dihasilkan oleh murid-murid. Ini bermakna. guru perlu memandu murid-murid secara sedar (melalui aktiviti latih tubi) menggunakan alat-alat pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan-sebutan bahasa yang baru mereka pelajari itu. menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) menghasilkan sebutan-sebutan bahasa sasaran secara automatik. mengingati. pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran . Ini bermakna murid tidak mampu memindahkan kemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah untuk digunakan dalam situasi penggunaan bahasa yang sebenarnya dalam kalangan masyarakat. guru perlu melatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang betul. maka murid tidak mempunyai pengalaman untuk menguasai kecekapan bahasa mereka secara bersendirian. Sekiranya semua hasilan bahasa dikawal oleh faktor luaran. Melalui pendekatan ini. sebenarnya pembelajaran bahasa perlu berdasarkan kepada pengalaman yang sedia ada dalam kalangan murid-murid dalam kehidupan harian mereka. Walau bagaimanapun Walkins (1975). tetapi kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untuk menggunakan unsur-unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi bahasa. guru ingin membantu murid-murid memilih bahasa untuk digunakan dalam situasi tertentu. Oleh itu. kelaziman-kelaziman bahasa pertama mereka akan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. Tujuannya. (g) Bagi penutur-penutur bahasa kedua. (b) Pendekatan Komunikatif Pendekatan komunikatif cuba mengatasi masalah pengajaran bertutur yang terdapat dalam pendekatan situasi. Sebaliknya. Maka. misalnya oleh guru.

Justeru. pendekatan komunikatif mencadangkan bahawa pengajaran bertutur mestilah berlandaskan prinsip-prinsip berikut:  Kemahiran bertutur melibatkan murid menguasai kecekapan berbahasa dan menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya. Sehubungan dengannya guru perlu mendedahkan murid kepada pelbagai situasi formal dan tidak formal dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. dan . Dengan ini.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) bertutur merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi dalam sesuatu interaksi atau komunikasi bahasa. Dengan demikian.  Pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses kognitif. kedua-dua kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur. bentuk paralinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka dengan lebih berkesan. Untuk memastikan kemahiran bertutur itu bukan sahaja meliputi kecekapan bahasa tetapi juga kecekapan berkomunikasi.  Guru perlu membentuk hubungan yang positif antara dan dalam kalangan murid dengan guru. Pendedahan yang begini dapat melatih murid memikir dan menggunakan berbagai-bagai bentuk bahasa. Dengan demikian. murid dapat menggunakan berbagai-bagai strategi komunikasi yang sesuai dengan situasi bertutur tersebut.  Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. terbentuklah persekitaran pembelajaran yang boleh mendorong murid untuk bertutur dengan lebih selesa. komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur perlu menjadi objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah. yakin dan berkesan.

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)  Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih berjaya jika murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang perkara yang dibincangkan. Kedua-dua pendekatan ini menggambarkan dalam pengajaran kemahiran bertutur. bil air boleh bayar di kaunter ini ke? “Pak cik”? (terdiam) Cik adik. Tanpa latihan daripada guru.. terdapat persamaan pendekatan situasi dan komunikatif dalam pengajaran kemahiran bertutur. menyebut sesuatu dialog atau karangan lisan sebagaimana berikut.umur saya ni baru 35 tahun. murid-murid tidak akan dapat menguasai kemahiran bahasa: bertutur dengan menggunakan bahasa yang tepat dan berkesan. Dengan itu. Wanita : Pak cik. Contohnya. Dengan demikian guru perlu mendedahkan murid kepada pengalaman dan pengetahuan itu melalui alat bantu mengajar. . aktiviti bertutur merupakan aktiviti latih tubi supaya murid dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul. lawatan. bahan bacaan dan bahan rakaman menjadi semakin perlu. Sebenarnya. kenapa panggil pak Kakitangan pos : Wanita : Kakitangan pos : cik? Wanita : Maafkan saya.. keratan akhbar. Pendekatan situasi mengutamakan ketepatan penggunaan unsur-unsur bahasa dalam pertuturan. guru perlu memberi latihan kepada muridmurid menggunakan unsur-bunyi bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu sebelum menyuruh murid melaksanakan sesuatu aktiviti melibatkan kemahiran bertutur. Saya berkahwin belum. Tetapi bapa saudara saya yang bongsu baru berumur 30 tahun. Kakitangan pos : pun Lain kali panggil saya abang atau encik. Dia pak cik saya.

guru akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran. antara lain: (a) murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaan bahasa tersebut. Pengajaran bertutur melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yang ketara. Kaedah Terus Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. gerak laku dan lain-lain. iaitu dengan cara mendengar. lakaran. meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa. (c) aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai. lakonan. dan . (d) murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajari secara induktif. (b) sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut. manakala pendekatan komunikatif mengutamakan kecekapan komunikatif. Hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka. iaitu ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaannya dalam interaksi pertuturan. iaitu pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-unsur bunyi bahasa atau kecekapan bahasa (tatabahasa).(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur Telah dimaklumkan bahawa kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dapat diajar melalui dua pendekatan. lukisan. Berikut merupakan kaedah pengajaran yang dicadangkan berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan komunikatif.

Bahan-bahan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupun bahan perbualan yang telah ditetapkan. (b) Murid dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi. Kelebihan kaedah terus. jika murid dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah. Bahan-bahan seperti ini mungkin tidak sesuai digunakan dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (e) guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar sebutan dan intonasi yang betul. (c) Guru menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbulan tersebut. Berdasarkan ciri-ciri di atas itu. murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan baik . Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya. Mereka juga terlibat secara aktif dalam pertuturan. Sehubungan . Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumusrumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan. langkah-langkah pengajaran guru bolehlah ditetapkan seperti berikut: (a) Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna. Kaedah ini dianggap berjaya.

ketika memilih perkataan. Subjek Saya I Dia He Kata kerja pergi go minum drinks Objek ke sekolah. guru terlebih dahulu. to school. Guru memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa. Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut. Justeru.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) dengannya. Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran dengan menggunakan sebutan yang baik. Guru bolehlah merancang pengajarannya seperti berikut: (a) (b) (c) Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih dan disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. dan . perlu memastikan penggunaan latih tubi unsurunsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum mereka dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa yang dipelajari itu. kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampirhampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu: coffee school radio bicycle biscuit kopi sekolah radio basikal biskut Manakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama juga. milk. susu.

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (d) Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru.

Kaedah Audio-Lingual Kaedah audio-lingual ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan

memudahkan murid menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur secara intensif. Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip berikut: (a) (b) (c) Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan; Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman; Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan dajar tentang pengetahuan bahasa; (d) (e) Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif; dan Bahasa berbeza antara satu sama lain.

Berdasarkan prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan. Kaedah ini juga beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur Dengan

merupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid.

demikian, kaedah ini mengutamakan penggunaan bahasa, justeru bahan sama ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. Pun demikian, unsur-unsur bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secara intensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa berkenaan dengan lebih mudah. Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan

murid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa, iaitu melalui kemahiran bertutur. Untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru boleh mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti berikut: (a) (b) Murid mendengar dialog dalam bahasa asing; Murid meniru dan menghafal dialog tersebut;

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (c) (d) Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog; dan Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi rumus-rumus ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu. Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur. Kaedah ini juga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana mereka suka meniru dan menghafaz. Walau bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakan bahasa dalam konteks yang sebenar kerana situasi penggunaan bahasa tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafaz.

Kaedah Komunikatif Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori interaksi. Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah: (a) Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa. Oleh itu, pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan bahasa dan komunikatif. (b) Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. Dalam pengajaran bertutur, murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yang bermakna seperti dalam penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar. (c) Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan bukan secara ayat pencilan. Ini bermakna, untuk

berkomunikasi dengan berkesan, ayat-ayat tidak dihasilkan secara pencilan tetapi dalam suatu wacana. (d) Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya. Dengan kata lain, pengajaran kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau latih amal unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilatih amal tersebut. (e) Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan. Mereka

melakukannya semasa mereka membuat percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan. Kesimpulannya dalam proses pengajaran kemahiran bertutur, kaedah

komunikatif ini bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa), dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa.

Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Kaedah pengajaran kemahiran berbahasa memerlukan guru merancang prosedur atau cara untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilik darjah. Apabila seseorang guru memilih dan menentukan langkah-langkah

pengajaran, cara penyampaian isi kandungan pelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai, bermakna guru tersebut sedang memilih dan menentukan teknik pengajaran yang paling sesuai. Meskipun setiap pendekatan dan kaedah mempunyai teknik pengajaran yang tertentu, seseorang guru boleh

menggabungkan beberapa teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang dipercayainya paling berkesan. Sebenarnya, terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan tepat. Antara lain ialah teknik: (a) (c) (e) Latih tubi; Bersoal jawab; Perbincangan; (b) (d) (f) Bercerita; Perbualan / dialog/ wawancara Berbahas/ debat

ikut cikgu sebut. Walau bagaimanapun. . modul ini hanya membincangkan beberapa contoh aktiviti yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah. Ali …. (h) (j) (l) (n) Sumbang saran Melapor berita Pengajaran puisi Tunjuk cara Berdasarkan senarai teknik pengajaran kemahiran bertutur di atas. Penyelesaian masalah.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (g) (i) (k) (m) Main peranan dan simulasi. kelebihan dan kelemahan bagi setiap teknik tersebut. Ali menendang bola. Buatlah catatan nota dan peta minda yang sesuai bagi setiap teknik berkenaan. sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog yang akan ditiru dan dihafaz oleh murid. Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur Teknik pengajaran boleh dipraktikkan dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran. cara pengendalian. Drama atau lakonan. terdapat jpelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa prose mengajar kemahiran bertutur dalam bilik darjah. Murid-murid. Ali menendang bola di padang. Bola. Latih Tubi Sebutan Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi bahasa. Bola. Ali menendang bola. dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai buat rujukan mengenai konsep. Sebagaimana teknik. Permainan bahasa.

Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi bunyi-bunyi yang menjadi masalah kepada murid.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Latih tubi penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem dalam perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan. Sila masuk ke dalam. mengikut rentak dan nada yang tertentu. Apa khabar sekarang. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul. Sudilah minum. Mari kita duduk. Selamat datang. . Cuba pandang lopak-lopak air tepi jalan dengan pantas. daki laki tari lari malu balu Latih tubi pemintal lidah bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi itu dengan betul dan tepat. Misalnya. Nyanyian Seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh muridmurid. dan pasangan minimal yang boleh menghasilkan makna yang berbeza. kelemahan menyebut fonem /p/ Pandang pandan tepi pagar depan padang.

kad imbasan bergambar. iii. Minum air kopi. ii. i. Pak Abu seorang petani. Latihan Pandang dan Sebut Gambar-gambar boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk menghasilkan pertuturan. Makan kuih di pinggan. Dia menggunakan kerbau untuk membajak tanah.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Janganlah segan-segan. carta bergambar. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan. Dia bekerja di sawah. bahagian filem dan slaid sering juga digunakan. Di samping itu. .

Latihan bersoal jawab Merupakan latihan lisan sama ada berdasarkan petikan yang dibaca ataupun senarai gambar yang disediakan. Karangan Lisan Karangan ini disampaikan dalam bentuk lisan. dihasilkan oleh murid-murid berdasarkan bahan yang diberi oleh guru.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Teliti gambar di atas dan rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan bertutur bahasa Melayu dalam kalangan murid muurid Tahun 4. murid-murid diberi petikan untuk dikaji. murid-murid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan . Latihan Penghasilan Dalam latihan penghasilan pula. Bahan tersebut menjadi bahan rangsangan kepada murid untuk bersoal jawab. Kemudian. Dalam latihan ini. membuat latihan lisan bagi tujuan memperoleh bahan untuk menulis karangan bebas. murid-murid dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan.

muridmurid mempunyai jurang maklumat. Tiap-tiap seorang hanya boleh membawa barangan seberat tidak melebihi 20 kilogram.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) menggunakan perkataan mereka sendiri. . Kumpulan mesti mengambil keputusan apa yang paling perlu mereka bawa dari senarai yang diberi oleh guru. Memproses Maklumat Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan berempat atau berlima. Mereka juga dikehendaki memberi alasan mengapa mereka membuat keputusan begitu. Umumnya. Dalam hal ini komunikasi wujud kerana timbul keperluan untuk berbincang dan menilai fakta-fakta yang diberi dalam kumpulan bagi tujuan menyelesaikan sesuatu tugasan/masalah yang berkaitan. Contoh: Senarai barang yang diberi oleh guru.                  Khemah Lampu picit Makanan kering Makanan basah Alat memasak Pakaian Baldi Alat menjahit Pisau Kapak Bantal Selimut Air Susu tin Cangkul Surat khabar Radio Murid diminta berimaginasi bahawa mereka akan pergi berkhemah di bukit selama tiga hari. Dalam hal ini aspek kemahiran lisan: mendengar dan bertutur jauh lebih penting daripada menghasilkan karangan bertulis.

dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan. aktiviti ini disusun dari peringkat mudah kepada peringkat yang lebih mencabar. Harga bilik untuk seorang ialah RM 10.00 dan RM 15. Sebaik-baiknya. Hotel mempunyai dua bilik kosong. kemudian jawab soalan berikut: (a) Perihalkan situasi yang anda lihat dalam gambar tersebut. perbincangan. satu bilik untuk seorang dan sebuah lagi untuk dua orang. simulasi dan lakonan. ada bilik kosong atau tidak. Anda berjumpa penyambut tetamu hotel itu dan tanyakan sama ada. (b) Jelaskan mengapa fenomena ini boleh berlaku (c) Buat dialog yang sesuai bagi tujuan memperbaik dialog yang terdapat dalam gambar ini. Beritahu berapa malam anda akan bermalam di situ. Contoh: Lakonan Terkawal Murid A : Pada suatu petang. Teliti gambar di bawah. Tanyakan harga bilik itu. anda tiba di sebuah hotel.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Interaksi Sosial Aktiviti ini berfokus kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam konteks sosial/situasi tertentu. Tanyakan di mana anda boleh meletakkan kereta anda.00 untuk bilik dua orang untuk satu malam. . Murid B : Anda adalah penyambut tetamu sebuah hotel yang terkenal dengan pekerjanya yang peramah. Di belakang hotel ada tempat letak kereta. Hotel anda juga menyediakan sarapan pagi bagi ( Kamaruddin Hussin : 2001) pelanggannya.

. selaras dan menyaling. khasnya kemahiran bertutur adalah sangat rapat. unsur-unsur ini bukanlah bersendirian atau terpisah sifatnya malahan ia kelihatan berinteraksi.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Rumusan Perhubungan antara pendekatan. Oleh itu. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bertutur. kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. perancangan yang baik dan lengkap untuk menggunakan unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu serta pembelajaran yang berkesan.

Menentukan objektif dan aktiviti: sebelum. prinsip-prinsip asas mengenainya perlu dipatuhi supaya tahap keberkesanaan pengajaran guru dapat dipertahankan. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan. . semasa dan selepas pelaksanaan sesuatu aktiviti. Dalam hal ini terutamanya yang berkaitan dengan pembinaan dan penggunaan bahan bantu pengajar. Hasil Pembelajaran 1. langkah pengajaran sebelum. Antara lain Rancangan Pengajaran Mingguan/Harian guru sedikit banyak mengandungi keterangan mengenai objektif.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Tajuk 4 Kemahiran Mendengar dan Bertutur  Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Mendengar dan Bertutur  Objektif. dan 2. Langkah-langkah Sebelum. Semasa dan Selepas Aktiviti  Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Sinopsis Rancangan Pengajaran sama ada mingguan dan harian mengandungi set pengetahuan lengkap yang menghuraikan rancangan aktiviti pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. pengasilan dan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. semasa dan selepas proses pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur.

Kemahiran Menggunakan Papan Tulis iv. Kemahiran Menyoal Penutup Kesimpulan Penilaian Tugasan Ulasan Kendiri . Kemahiran Variasi Rangsangan v. Kemahiran Peneguhan ii. Kemahiran menerangkan Ilustrasi iii.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menetapkan Matlamat Menulis Objektif Membentuk ujian Membentuk aktiviti pengajaran Memilih Media Pengajaran Melaksanakan Pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Penyediaan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur: Komponan Persediaan Mengajar Persediaan Maklumat Am Pengetahuan Sedia Ada Objektif Pengajaran Isi Pelajaran Penyampaian Set Induksi Perkembangan i.

boleh digunakan dan murid tahu menggunakannya. sebagaimana pentingnya guru menyediakan rancangan mengajar kemahiran berbahasa yang lain. iaitu: (i) guru menerangkan tugasan atau dengan memberi contoh-contoh yang sesuai membuat tunjuk cara mengenai apa yang akan dilakukan oleh murid dalam proses pengajarannya nanti. . Cuma. mencukupi. menyatakan. berbanding dengan kemahiran membaca dan menulis.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Menulis Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur Menyediakan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur penting. dalam usaha merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Maknanya. alat tulis dan seumpamanya) yang akan digunakan dalam proses P & P. guru perlu lebih berhati-hati memilih dan menyediakan aktiviti pengajaran yang lebih sesuai. tepat dan berkesan. menggunakan dan menyelesaikan). guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga perkara asas. kad imbasan. menghuraikan. Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur Perancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat berikut: (a) Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan proses P & P) Pada peringkat ini. kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas kepada penguasaan kemahiran berbahasa yang berikutnya. Justeru. bahan stensilan. mengenali) kemahiran intelek (menjelaskan. guru perlu menentukan matlamat / objektif pengajarannya secara tepat meliputi aspek pengetahuan (menyenaraikan. (ii) guru menyedia dan mengedarkan bahan-bahan (kad kiu. semasa mereka membuat atau melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan. gambar. psikomotor (menyampaikan dan melaksanakan) dan afektif (memilih). (ii) guru perlu memastikan semua alat dan bahan yang disediakan itu berada dalam keadaan baik.

dan (iv) berdasarkan maklum balas yang diperolehnya dalam perkara (i – iii). pendekatan. (ii) guru menyelia dan memberi bimbingan secara kelas. guru boleh meminta murid melaksanakan tindakan susulan sama ada aktiviti pemulihan (untuk murid-murid yang lemah) dan aktiviti pengajayaan (untuk murid-murid yang berpotensi cemerlang). guru boleh membuat penambahbaikan mengenainya. (ii) murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Paling penting sebagai tindakan susulan. suasana dan kecenderungan pembelajaran murid: . bahkan secara individu sekiranya perlu. peringkat membuat tindakan susulan dan penilaian dianggap paling penting kerana pada peringkat ini guru boleh menentukan sama ada. (i) objektif pengajarannya tercapai atau tidak.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (b) Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan proses P & P) Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting. keadaan dan keselamatan murid-murid. kaedah dan teknik pengajaran. (iii) apakah kekuatan @ kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan. Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (a) Bahan yang sesuai Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan bertutur sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan berkenaan hendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa Melayu (secara khusus kemahiran lisan). (c) Peringkat susulan dan penilaian Dalam proses pengajaran dan pembelajaran. iaitu (i) murid-murid melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan. kumpulan atau berpasangan.

status sosioekonomi dan tahap pencapaian pelajar. Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah murid-murid. Selaras dan menepati hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia . (b) (c) Pendekatan. (b) Suasa pembelajaran (a) (b) (c) Minat pelajar (a) . kepercayaan dan amalan dalam kalangan masyarakat tempatan. isi pelajaran dan bahan. Bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik kepada murid-murid. kaedah dan teknik pengajaran (a) Keadaan pelajar (a) Pemilihan bahan perlu sesuai dengan keadaan murid-murid yang belajar bahasa Melayu. mendorong. merangsang. guru. adat resam. menggerak. selari dan dengan minat dan kecenderungan murid-murid belajar. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kerajaan Malaysia. Sesuai dengan kebudayaan. Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan pemilihannya ditentu lebih terdahulu. dan kesesuaian bahan yang dipilih merupakan motivasi tinggi.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Kesesuaian dengan perkara Objektif dan matlamat pengajran Penjelasan (a) Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan dapat membantunya mencapai objektif dan matlamat pengajaran. mengarah dan menentukan reaksi murid-murid terhadapnya Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai. dan Mengambil kira latar belakang pendidikan.

Tiga perkara penting dalam proses pengajaran. (v) bahan berbentuk buku perlu dirujuk kepada kementerian dan agensi kerajaan. Dalam hal ini. latar belakang. (ii) urutan susunan bahan perlu teratur – mempunyai hubungan. Sehubungan dengannya. pengalaman murid-murid. kebolehan. aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran). (iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan yang mengandungi fakta bersepadu. (iv) bahan yang khusus kepada bahan yang umum. Selain itu. dan (vi) bahan – bahan berkenaan perlu mengandungi soalan latihan dan ulangkaji. perkara yang boleh diberi perhatian. . kandungan bab kepada bab yang lain. tahap pencapaian. seseorang guru juga perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut: (b) Bahan yang dipilih mesti mencabar. (ii) bahan mudah kepada yang kompleks. bahan P & P yang dipilih itu semestinya juga mengandungi maklumat (fakta) tertentu. (vi) bahan masa kini kepada bahan masa akan datang. bahan yang pilih dalam proses P & P perlu memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan mendorong minat murid-murid untuk belajar. bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai potensi untuk memperkukuh kemahiran berbahasa. iaitu aspek rangsangan. Antara lain. mematuhi prinsip-prinsip berkikut: (i) bahan konkrit kepada bahan abstrak.semasa. dan (vii) bahan yang bersifat duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi! (c) Bahan yang menepati objektif pengajaran. minat. Sehubungan dengannya. (iii) mengandungi maklumat @ fakta penting dan kemas kini . Antara lain. ialah (i) pertautan bahan itu dengan isi kandungan. (iv) kosa kata yang sesuai mengikut tahap/umur murid.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Selain menimbang aspek kesesuaiannya. Hal ini penting kerana yang hendak diajar itu ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa Melayu. pemikiran dan tingkah laku. kemudiannya mempengaruh tindakan (tingkah laku) seseorang. (v) bahan umum kepada bahan teori.

kelas dan antara sekolah dan wilayah. (e) Bahan yang jimat dan murah – perkara penting perlu diberi pertimbangan kerana kewajaran kosnya (munasabah). Sebenarnya. kadkad imbasan tanpa gambar dan bergambar. . proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar adalah sama sahaja. seni kata lagu. saiz. dan petikan karangan. filem dan slaid.bahan yang boleh ubah cenderung untuk diguna pakai dalam kalangan dan di antara mata pelajaran. Aktiviti peniruan dan hafazan Bahan-bahan untuk aktiviti peniruan dan hafazan ini selalunya disediakan oleh guru dan disesuaikan dengan kebolehan dan kematangan murid. gambar-gambar bersiri. (g) Bahan yang bersifat luwes . ilustrasi dan grafik. bahan bantu mengajar berkenaan mengandungi arahan yang jelas. Perbincangan mengenai jenis bahan bantu mengajar untuk kemahiran bertutur itu dinyatakan sebagaimana berikut: Aktiviti latih tubi untuk pertuturan Aktiviti latih tubi bertujuan membolehkan murid-murid bertutur dengan baik menggunakan alatan seperti pita rakaman. Contohnya adalah seperti dialog. bahkan boleh dimanfaat juga dalam P & P mata pelajaran lainnya.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (d) Bahan yang menarik minat murid-murid. carta. Hal ini demikian kerana reka letak. kualiti kulit dan cara buku itu dijilid. (f) Bahan yang praktikal – dari segi boleh guna. ekonomik – digunakan secara berulang kali.

kawasan melombong dan tempat-tempat peranginan. Murid berbincang dalam kumpulan kecil tentang kata bual yang diramalkan. rajah. Antara lain.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Aktiviti kemahiran komunikatif Alat yang berkesan untuk aktiviti komunikatif ialah pita rakaman video kerana melalui pita rakaman ini murid dapat mendengar contoh–contoh sebutan. kawasan-kawasan perindustrian. (b) (c) Murid secara individu meramal dan mencatat kata bual watak tersebut. Di samping itu. Selain itu. Guru menayangkan semula cerita tadi dengan bersuara supaya murid boleh membandingkan dialog ciptaan mereka daripada dialog rakaman. . dan menghasilkan sebuah dialog daripada kata bual yang telah dipersetujui bersama. Misalnya: (a) Guru menayangkan cerita Peristiwa di Sebuah Pasar Raya tanpa suara kepada kelas. murid dapat melihat cara penggunaan unsur-unsur bukan linguistik seperti gerak tangan. nada. peta. (d) (e) Dialog dibentangkan kepada kelas dalam bentuk lakonan. intonasi dan gaya pengucapan penutur dalam satu interaksi bahasa. alat bantu mengajar dalam bentuk pandangan seperti gambar. iklan boleh juga membantu murid dalam aktiviti prakomunikatif dan komunikatif. dan (f) Setiap murid dikehendaki menyambung cerita tadi dalam bentuk penulisan. Aktiviti lawatan boleh memberi pengalaman bermakna kepada murid-murid. kepala. aktiviti lawatan boleh dilakukan seperti melawat tempat-tempat bersejarah. Aktiviti lawatan boleh membantu mereka menjalankan aktiviti komunikasi seperti perbincangan. jadual. mimik muka dan lain-lain yang dapat menyampaikan sesuatu maksud.

. Sekarang mari kita lihat bagaimana beberapa alat bantu mengajar digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bertutur. bacaan sajak. laporan cuaca. Bahan pengajaran yang digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur mestilah terdiri daripada bahan–bahan yang authentic ataupun bahan-bahan yang diambil daripada sumber asal. di stesen keretapi. wawancara. Perhatian kepada semua penumpang Malaysian Airlines dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. forum. Sabah.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Aktiviti pengumuman lisan Pengumuman lisan boleh dipetik daripada pengumuman yang dibuat di lapangan terbang. dan dalam upacara-upacara tertentu. Pesawat akan berlepas pada pukul 3.00 petang. Anda telah mengetahui beberapa alat yang digunakan untuk menjalankan beberapa aktiviti bertutur. Semua penumpang diminta masuk melalui pintu B3. berita pengumuman. Contohnya. Penggunaan pelbagai bahan daripada sumber asal dalam pengajaran bertutur ini penting kerana bahan-bahan tersebut mengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohi oleh murid-murid. syair dan lain-lain yang diambil daripada siaran radio atau televisyen.

(d) Murid menulis cerita Dua Ekor Kambing dalam bentuk karangan. Guru dan murid bersoal jawab tentang pengajaran yang terdapat daripada cerita tadi. (e) (f) Dua orang murid diminta melafazkan dialog sambil memainkan boneka. (c) Murid membaca sekali lagi secara kumpulan dan murid lain memainkan boneka.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Boneka (a) (b) Murid membaca dan memahami dialog Tutu dan Titi. Murid bercerita tentang gambar bersiri dengan menggunakan bahasa yang sesuai. dan satu kumpulan lagi membaca dialog Titi sambil guru memainkan boneka. satu kumpulan membaca dialog Tutu. . (c) Guru dan murid berbincang tentang simpulan bahasa yang digunakan dalam cerita dan dari segi ketepatan maknanya. Bahan Kartun (a) (b) Murid meneliti gambar kartun bersiri Dua Ekor Kambing tanpa dialog. Kelas dibahagi kepada dua kumpulan. Aktiviti ini dibuat bergilir-gilir dengan murid lain. (d) Dua orang murid diminta membaca dialog Tutu dan Titi dan dua orang lagi memainkan boneka.

Kesimpulannya Penggunaan alat bantu mengajar yang dinyatakan sebenarnya boleh diubah suai mengikut keadaan dan keperluan peringkat pembelajaran murid. (b) Murid kemudian meramalkan peristiwa yang mencetuskan perasaan demikian. takut. Apa yang penting ialah bagaimana murid dilibatkan secara aktif dalam aktiviti yang dilaksnakan itu – menggunakan bahasa dengan berkesan dan berkeyakinan . marah dan sebagainya.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Video dan Bahan Sastera (a) (b) (c) Murid menonton rakaman drama. gembira. Gambar Foto (potret) (a) Murid diminta menerangkan keadaan emosi seorang kanak-kanak yang terdapat dalam foto yang diperlihatkan iaitu sama ada sedih. Murid dibahagikan kepada kumpulan. Hang Jebat dan Sultan Melaka dalam cerita Hang Jebat. (c) Murid diminta menyenaraikan beberapa perkara yang menarik tentang pemuda itu (d) Murid membuat karangan pendek tentang kanak-kanak tersebut. (d) Kemudian kumpulan diminta memainkan peranan watak yang berkenaan dengan membuat tindakan sendiri. Setiap kumpulan diberi dua tugas iaitu memberi pendapat sama ada bersetuju atau tidak dengan tindakan yang diambil oleh watak Hang Tuah.

. aktiviti dan alat bantu mengajar kemahiran bertutur. aktiviti dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mencapai kemahiran bertutur yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) untuk bertutur. keberkesanan alat bantu mengajar bergantung kepada sejauh manakah deria seseorang itu dilibatkan. media atau alat bantu mengajar itu adalah perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna. pendekatan yang melibatkan pelbagai deria melalui pelbagai bahan. Anda telah membaca beberapa jenis teknik. Sesungguhnya. memberikan pendapat secara kreatif dan kritis. Dengan demikian. Sekarang sila hasilkan tiga rancangan pengajaran harian yang menggunakan teknik.

Mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur. menentu dan menggunapakai instrumen tretentu sebagai alat mengukur kemahiran mendengar dan bertutur salam kalangan murid. Hasil Pembelajaran 1. . Menyatakan beberapa prinsip pemilihan. Pun demikian dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur. dan 2. modul ini mencadangkan beberapa prinsip dan prosedur memilih. Justeru. penghasilan dan penggunaan bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Sinopsis Penilaian merupakan aspek penting dalam pengajaran bahasa. aspek penilaian terutamanya perihal menentukan instrumen penilaian yang sesuai sebagai mengukur prestasi kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan muridmurid bukan sesuatu yang mudah.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Tajuk 5 Kemahiran Mendengar dan Bertutur  Prinsip dan Prosedur Pembinaan Instrumen Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur.

Nada. Aspek kepantasan bertutur dengan gerak anggota seperti mimik muka. ialah seseorang yang menguasai perbendaharaan kata. iaitu tepat dari segi . dia mampu membentuk frasa dan ayat-ayat yang betul.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menetapkan Matlamat Menulis Objektif Membentuk ujian Membentuk aktiviti pengajaran Memilih Media Pengajaran Melaksanakan Pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Pengenalan Kemahiran lisan: mendengar dan bertutur melibatkan kemahiran memperoleh. betul dan berkesan. Seseorang yang dianggap petah berkata-kata. Selain itu. kenyaringan dan kelantangan suara mesti dikawal dan dihasilkan bersesuaian dengan situasi dan konteks pertuturan. memilih dan boleh menggunakannya bertepatan dengan konteks untuk menyampaikan maklumat itu dengan jelas dan tepat. gerak mata. membuat taakulan. Semua ini akan menghidupkan lagi suasana pertuturan yang baik kerana ini dapat menentukan makna sesuatu ujaran yang diucapkan. memproses dan kemudian menyampaikan maklumat: bertutur dengan menggunakan kaedah sebutan (intonasi) yang tepat. idea dan pandangan seseorang mengenai sesuatu. tangan dan sebagainya banyak membantu seseorang murid menyatakan perasaan. Dengan itu. kemahiran mendengar dan bertutur juga bermakna keupayaan seseorang menyebut frasa dan ayat-ayat yang dibentuknya dengan menggunakan intonasi yang betul dan membuat hentian mengikut unit-unit makna yang sesuai.

Contohnya. s dan f. z. ialah aspek ketatasusilaan berbahasa yang perlu diguna mengikut situasi yang sesuai. Misalnya. pengguna bahasa Melayu perlulah menggunakan bahasa itu dengan betul. Sehubungan dengannya. Bahagian-bahagian Penilaian Bertutur Penilaian bertutur terbahagi kepada dua: Pertama: penilaian kemahiran menyebut Penilaian kemahiran menyebut lazimnya dijalankan dalam kalangan murid-murid pada peringkat awal pembelajaran. meminta pertolongan dan berbagai-bagai lagi. khususnya kepada murid yang belum boleh bertutur dalam bahasa yang mereka pelajari. mempersilakan makan. .(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) makna dan struktur. bahasa Melayu mempunyai ujaran-ujaran hormat untuk mempersilakan tetamu masuk ke rumah. sy. Dia juga pandai menggunakan sesuatu perkataaan itu dengan berbagai cara dan makna yang berbeza-beza berdasarkan bentuk binaannya yang berbeza pula. Demikian juga. Tegasnya. gh. Satu lagi aspek yang penting dalam pertuturan. Walau bagaimanapun murid Melayu juga mengalami gangguan daripada dialek daerah. mereka masih memperlihatkan pengaruh bahasa ibunda yang kuat sehingga menyebabkan bahasa Melayu yang mereka gunakan itu mengalami gangguan. dalam kalangan muridmurid bukan Melayu. Kata sapaan itu hendaklah digunakan dengan betul dalam suatu interaksi yang kita hadapi. penilaian sebutan ini perlu juga dilakukan dalam kalangan murid yang sukar membunyikan sesuatu lambang atau huruf atau bunyi daripada bunyi-bunyi pinjaman seperti kh. bahasa Melayu mempunyai sistem panggilan dan sapaan yang khusus untuk merujuk seseorang yang menjadi lawan kita bertutur. Selain itu. penilaian dan pengujian terhadap kemahiran bertutur haruslah mempertimbangkan semua aspek bahasa dan tahu berbahasa ini. v. iaitu tepat dari segi tatabahasa dan juga kesesuaian penggunaannya dengan konteks-konteks tertentu.

Pertamanya. untuk melayakkan seseorang itu diterima sebagai penutur yang fasih dan berkesan. suku kata. Ini secara langsung melibatkan pula unsur-unsur tekanan. diadun pula dengan ciri-ciri paralinguistik dan ketatasusilaan bahasa yang santun. Penilaian kemahiran bertutur Kemahiran bertutur merujuk kepada kemahiran berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan bahasa. Baiklah. ia perlulah dapat menyebut bunyi bahasa dengan betul mengikut nada dan intonasi yang sesuai dengan konteks pertuturannya. Penilaian lisan memfokus kepada sebutan dan pertuturan. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir dan menghasilkan ayat-ayat secara spontan dan bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan. Dapatkah anda merumuskan aspek apakah yang akan dinilai dalam kemahiran bertutur ini? Mari kita rumuskan semula.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Penilaian dan pengujian kemahiran menyebut merangkumi penyebutan fonem. Keduanya. hentian dan intonasi. dia juga memerlukan penguasaan perbendaharaan kata yang luas. Dengan itu. kehendak dan sebagainya. frasa dan ayat-ayat. seseorang itu tidak mungkin petah berbahasa sekiranya dia tidak mempunyai kosa kata yang cukup. . iaitu untuk melahirkan perasaan. pendapat. kemudian. Bersama ketepatan tatabahasa barulah seseorang itu dapat melahirkan perasaan dan pendapat secara spontan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

murid dinilai dari segi kelancarannya membaca dengan nada.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Teknik menguji kemahiran bertutur Mengajuk atau meniru sebutan yang diperdengarkan. Guru memaparkan perkataan dan menyuruh murid menyebutnya. Kemudian guru memaparkan perkataan lain yang hampir sama bunyi dan menyuruh murid menyebut. intonasi dan gaya mengikut wacana dan konteks ayat-ayat dalam petikan yang dibaca itu. . Membaca kuat. mengikut gaya sebutan yang betul mengikut konteks dan situasi. TEKNIK MENGUJI KEMAHIRAN MENYEBUT Menyebut perkataan pasangan minimal Murid menyebut pasangan perkataan yang sukar disebut dan dideikriminasikan bunyinya. Ayat-ayat itu boleh dipetik daripada bahan bercetak seperti cerita. Dengan membaca kuat. Ujian membaca kuat boleh digunakan untuk murid yang telah tahu membaca. Untuk memudahkan pemarkatan ditentukan bahawa hanya satu atau dua perkara sahaja yang dinilai (misalnya intonasi ayat dan penyebutan dua atau tiga fonem yang menjadi masalah. Murid mendengar sebutan perkataan. frasa atau ayat yang diperdengarkan oleh guru sama ada daripada pita rakaman atau disebut sendiri. Kemudian guru merumuskan perbezaan bunyi kedua perkataan Pemarkatan.

Guru esok. Guru : Kamu telah tersesat jalan dan telah bertemu dengan seorang tua yang tidak kamu kenali. Misalnya. . Murid : Beritahu rakan kamu bahawa saya akan datang ke rumahnya : Ali. Tuturkan bagaimanakah kamu harus meminta bantuan daripada orang tua itu. cikgu akan ke rumah kamu esok. Ujaran-ujaran bertatasusila boleh juga dinilai berdasarkan teknik ini.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Bertutur dengan gerak balas terhad Bertutur mengikut arahan Mengikut teknik ini. guru memberikan arahan tertentu supaya murid memberi gerak balas secara terhad terhadap arahan tersebut. Kamu hendaklah menggunakan kata sapaan dan kata-kata hormat yang sesuai untuk berkomunikasi dengan orang tua itu.

Misalnya: (a) (b) (c) Siapa yang dapat kamu lihat dalam gambar ini? Apa yang sedang mereka lakukan? Pada pendapat kamu apakah yang sedang dilakukan oleh orang yang bertutur itu? (soalan ini lebih tinggi arasnya untuk menggalakkan murid berfikir dengan lebih kritis). objek atau apa sahaja bentuk pictorial diagram perlu digunakan dan beberapa soalan dikemukakan oleh guru. gambar. Murid perlu memberi gerak balas kepada soalan-soalan itu. peta.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Bertutur berdasarkan gambar Di sini. Guru boleh mengemukakan beberapa soalan mudah berdasarkan gambar di atas. .

Murid membaca senyap.sederhana panjang. (a) (b) (c) (d) Guru memberi murid petikan cerita pendek. Antara teknik-teknik yang tergolong dalam penilaian jenis ini ialah: Menceritakan semula sesuatu cerita atau petikan yang diberikan oleh guru. . Kelebihan: Guru mudah membuat perbandingan kerana gerak balas murid tetap dan terkawal. Oleh itu. Kelemahan: Tidak menunjukkan ciri-ciri komunikasi yang sebenar mengikut konteks kerana murid hanya membaca bahan. sesuai dengan umur murid dan tahap penguasaan bahasa. Bahan . kecekapan memberhentikan pembacaan mengikut unit makna dan nahu. intonasi. Murid menceritakan semula petikan yang dibaca oleh guru. Guru membaca kuat petikan. Banyak subkemahiran bertutur yang dapat dinilai seperti kecekapan menyebut bunyi. pertuturan dan intonasi. iaitu fokus pertuturan mereka itu tertakluk kepada sesuatu yang telah ditetapkan oleh guru.sebutan. spaan membina ayat secara natural dan spontan tidak dapat dinilai. Bertutur Secara Berpandu Bertutur secara berpandu memberi peluang yang lebih bebas kepada murid bertutur dengan menggunakan kemahiran yang mereka telah kuasai. batasan masih ada. Masa yang sesuai untuk membaca ialah 2-3 minit. Pertuturan mereka tidaklah terikat kepada perbendaharaan kata dan bentuk-bentuk ayat soalan guru sebaliknya mereka berpeluang memilih perkataan dan membina ayat-ayat mereka sendiri. dan kecekapan mengucapkan ayat dengan nada.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Membaca Kuat (a) (b) Aspek yang diuji . Walau bagaimanpun. aspek-aspek kecekapan memilih struktur kata hormat. dan tekanan yang betul.

masing-masing diarahkan untuk memainkan peranan.  Teknik ini dapat menilai kecekapan bertutur secara spontan. Misalnya: Pilih dua orang murid. tidak jauh dari balai polis itu. . Guru perlu menerangkannya dengan jelas sebelum mengarahkan murid melakonkan apa yang dikehendakinya. Kecekapan menggunakan kata. tanpa bimbingan guru Main peranan Teknik ini juga digunakan untuk menguji kemahiran bertutur. Teknik ini dapat menilai kecekapan murid memilih bentuk bahasa yang sesuai dengan situasi dan dengan penutur tertentu. murid A sebagai inspektor polis dan murid B sebagai seorang awam yang hendak membuat aduan tentang suatu kes ragut yang baru sahaja disaksikannya. di samping dapat menilai berbagaibagai subkemahiran bertutur sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini. Misalnya: percutian semasa cuti sekolah. Membuat penjelasan atau pemerian mengenai sesuatu perkara:  Murid diminta mengingat atau mengimaginasikan sesuatu dan menjelaskan sesuatu mengenainya. frasa dan ayat dengan gaya bercerita yang betul. Kemahiran membaca dan memaham ( jika petikan dibaca oleh murid). Minta kedua-dua murid melakonkan peranan masing-masing secaara spontan. Guru perlu memikirkan situasi tertentu yang membolehkan murid memainkan peranan tertentu.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (e) Aspek yang diuji ialah kemahiran mendengar dan memaham ( jika petikan dibaca oleh guru). Penilaian ini boleh dijalankan secara individu ataupun secara berpasangan.

. guru boleh menilai kebolehan sebenar murid-murid menggunakan bahasa secara lisan dalam konteks sebenar. Dengan demikian. iaitu pemarkatan secara objektif dan pemarkatan secara holistik.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Temu bual dan Temu duga Teknik temuduga atau temubual dalam menilai kemahiran bertutur dengan cara memberi peluang yang lebih bebas kepada murid untuk bertutur dengan menggunakan kecekapan berbahasa mereka sendiri. Untuk menentukan markat yang sesuai. ataupun menyebut ayat-ayat yang ditunjukkan kepada mereka dengan sebutan dan intonasi yang betul. Teknik ini mewujudkan situasi komunikasi yang sebenar dalam kalangan penemuramah dengan penemuduga. sama ada antara guru dengan murid atau murid dengan murid. Pemarkatan Secara Objektif Pemarkatan secara objektif sesuai digunakan untuk murid-murid peringkat rendah yang belum mempunyai asas penguasaan lisan yang kukuh dan belum boleh bertutur dengan lancar. senarai semak mestilah disediakan dan guru menandakan pada ruang-ruang yang disediakan markat murid bagi setiap gerak balas yang mereka berikan. Soalan yang dikemukakan pula berbentuk item yang memerlukan murid memberi gerak balas langsung dan bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang pendek berdasarkan gambar. Pemarkatan Ujian Bertutur Terdapat dua bentuk pemarkatan yang boleh diterapkan untuk menguji kemahiran berturur. menjawab soalansoalan pendek yang mudah.

Mengapakah kamu memilih itu sebagai cita-cita kamu? iii. Dengan siapa adik bermain bola tadi iv.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Bahagian A Baca ayat-ayat di bawah ini denganintonasi yang betul i. Soalan: i. sama dan sebagainya. Bagaimana kamu berusaha untuk mencapai cita-cita kamu itu? Bahagian C Teliti gambar berikut dan jawab soalan-soalan yang disediakan. Apakah cita-cita kamu? ii. iii. peristiwa. aspek yang berlawanan. i. gambar dengan tempatnya dan memadankan harga dengan objeknya. Tolong ambilkan ayah surat khabar itu. warna. tempat kediaman. (b) megelompok – misalnya haiwan mengikut jenis dan jantinanya. Wah. kumpulan etnik dan sebagainya. buahbuahan. Apakah yang dilakukan oleh orangorang itu? Apakah alat-alat yang digunakan oleh mereka? Bagaimanakah cara mereka melakukannya? Penilaian kemahiran lisan. memadankan pasangan. Kami bertiga sahabat baik berlainan sekolah ii. . menyusun perkataan menjadi ayat. umur. ii. iii. antara lain boleh dilaksanakan melalui tugasan berikut: (a) memadankan – memadankan objek dengan tulisan. (c) menyusun dan melengkapkan – menyusun maklumat mengikut saiz. kepentingan dan seumpamanya. isi karangan dll. besarnya rumah awak! Bahagian B Jawab soalan ini dengan menggunakan ayat yang lengkap.

.......................... Senarai Semak untuk Pemarkatan. Markat Bahagian No: Gambar Nombor Soalan 1 A 2 3 4 5 1 2 3 4 5 J = J= 2 1 0 ........ lakonan.. (e) (f) (g) berinteraksi – melalui telefon.. pelaporan dll....... bahan projek: kos................ prosedur................(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (d) menyelesaikan masalah – menerangkan cara untuk sampai ke destinasi tertentu dengan selamat.... Nama Murid: ...... dialog....... forum dll projek – perbincangan mengenai prestasi............... forum dll simulasi – main peranan dalam lakonan..

Jumlah markatnya = 66. Jawapan salah. ii. pemilihan perkataan dan tatabahasa. . intonasi. dan Untuk mengubah markat kepada peratus. jika pencapaian murid ialah 6. Misalnya. menjadi 12. iv. Bagi tujuan pemarkatan secara keseluruhan ini. Pemarkatan Secara Holistik Pemarkatan bagi ujian lisan juga boleh dilakukan secara holistik atau keseluruhan. sebutan. guru mendengar dengan teliti dan memberi markat secara keseluruhan. iii. 7 dan 20. intonasi atau tatabahasa. Jawapan betul tetapi terdapat kesalahan yang kecil dari segi sebutan. pemilihan perkataan tatabahasa juga menunjukkan kesalahan yang ketara. penguasaan kemahiran pertuturan itu dibahagikan kepada beberapa pecahan dan markat diperuntukkan bagi setiap pecahan itu. iaitu kebolehan bertutur yang diperlihatkan oleh murid itu diberikan markat secara keseluruhan. intonasi. darabkan semuanya dengan 2. v. betul sebutan. sebutan kefahaman ketatabahasan keluasan perbendaharaan kata.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Nilai Markat (cadangan) 2 1 0 Bagi jawapan yang tepat. kemahiran bertutur boleh dibahagikan kepada lima komponen yang besar. 14 dan 40. darabkan markat setiap bahagian dengan 2. bukan secara perincian sebagaimana yang dicontohkan sebelum ini. Di sini. dan kelancaran pertuturan. Semasa murid bertutur atau menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. iaitu: i.

awal diajar dan perlu dikuasai oleh murid. kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan berlandaskan prinsipprinsip tertentu. Anda telah mengetahui bentuk pemarkatan secara objektif dan holistik. kaedah pemarkatan yang bagaimanakah lebih bersan untukmenguji kemahiran berbahasa Melayu? . maka guru mesti memainkan peranan penting untuk memastikan kejayaan murid-muridnya. Guru mesti faham. guru harus pula menguji kecekapan murid dengan menggunakan pelbagai teknik dan cara memberi markah. Kemahiran bertutur merupakan kemahiran yang penting. (a) (b) Huraikan tentang lima komponan kemahiran bertutur yang dapat dinilai dengan menggunakan pemarkatan secara holistik. Untuk mengesan kejayaan pengajaran dan pembelajaran itu.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Setiap komponen ini haruslah diberikan peruntukan markat yang sama berat dan perlu ditakrifkan dengan jelas supaya dapat dijadikan panduan oleh guru. Rumusan Topik ini membicarakan tentang konsep kemahiran lisan (mendengar dan bertutur). dan penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur dalam pengajaran bahasa Melayu. Diharap modul ini dapat memberi kefahaman kepada anda untuk membimbing murid anda menguasai kemahiran lisan dengan baik dan berkesan. penghasilan bahan. sedar dan pandai menggunakan pendekatan. Pada pendapat anda.

Skimming dan Scanning Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran membaca. jenis bacaan dan peringkat pengajaran bacaan 1. dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi. pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan. Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi. matlamat. kaedah. Empat teknik bacaan yang akan dimuatkan ialah teknik bacaan intensif. peringkat bacaan dan teknik bacaan.2 Menghuraikan teknik bacaan. .(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Tajuk 6 Kemahiran Membaca  Matlamat dan Jenis Bacaan  Peringkat Pengajaran Bacaan  Teknik Bacaan – Intensif. skimming dan scanning. Tajuk ini akan menjelaskan matlamat dan jenis bacaan.1 Menjelaskan kemahiran membaca. ekstensif. Walau bagaimanapun. Akhirnya murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca senyap dan Dalam konteks ini bahan bacaan perlu memahami apa yang dibaca. Hasil Pembelajaran 1. Semuanya harus bermula daripada yang mudah kepada yang sukar. kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkatperingkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. Ekstensif.

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Kerangka konsep Matlamat dan Jenis Bacaan:  Mekanis  Mentalis  Intensif  Ekstensif Peringkat Pengajaran Bacaan:  Kesediaan membaca  Prabacaan  Mekanis  Bacaan dan Kefahaman Teknik bacaan:  Intensif  Ekstensif  Skimming  Scanning Pengajaran Kemahiran Membaca BAHASA MELAYU Memahami Matlamat dan Jenis Bacaan serta Peringkat pengajaran Bacaan dan Aplikasi Teknik Bacaan Intensif. Ekstensif. Skimming dan Scanning Fikirkan: Apakah matlamat guru melaksanakan pengajaran kemahiran membaca di sekolah rendah? Arahan:   Sila baca dan fahami tentang matlamat pengajaran kemahiran membaca di sekolah.  Sila berbincang dengan rakan anda sekiranya anda masih kurang faham tentang teori ini. sila fahami jenis bacaan yang boleh pembelajaran. Setelah anda memahami matlamat pengajaran kemahiran membaca. anda aplikasi dalam pengajaran dan .

. Bacaan ini dilaksanakan dalam hati tanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan bersuara. Bahan bacaan yang digunakan ialah bahan yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran. Jenis Bacaan Bacaan mekanis Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Bacaan kuat ini mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul. Anda perlu tahu matlamat anda mengajar kemahiran membaca kepada pelajar-pelajar ! Kini. Bacaan Mentalis Bacaan mentalis dikenali juga sebagai bacaan akliah. membaca mengikut intonasi.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Matlamat Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya mereka dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis. Tujuan bacaan mentalis adalah untuk memahami maklumat / idea atau buah fikiran. Daripada kemahiran ini. fahami pula jenis-jenis bacaan. nada dan tekanan yang betul .

meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan. lakukan rujukan untuk mengetahui bagaimana jenis bacaan ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. memperkembang usaha mengawal bahasa lisan dan pertuturan serta kepentingan gerak laju dan kelainan latihan. tatabahasa.al (1994). Melalui pembacaan ekstensif akan membolehkan pelajar mencari isi-isi penting. Peringkat ini . Bacaan ini dilaksanakan memperkembang kebolehan meneliti. menambah kemahiran pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Bacaan Intensif Bacaan intensif adalah bacaan secara mendalam. bahan yang berbeza dan murid mendapat kepuasan. Konsep bacaan intensif adalah untuk memperkembang pembelajaran bahasa murid. memberi penjelasan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata. Bacaan ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan. kesediaan membaca ialah satu peringkat perkembangan sama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia yang menyediakan seseorang kanak-kanak itu untuk membaca. memahami dan Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri dengan tujuan untuk mentafsirkan perkara yang dibaca. PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN Peringkat Kesediaan Membaca Menurut Juriah Long et. keseronokan dan terhibur. Bacaan Ekstensif Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Anda sekarang telahpun memahami jenis-jenis bacaan. Konsep bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca dilakukan di luar kelas. bahan bacaan perlu sesuai dengan murid. mengkaji ciri-ciri tatabahasa.

kemampuan kanakkanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan terutamanya bahan cerita. keupayaan matanya mengecam bentuk. kemampuan kanakkanak dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyibunyi yang diajarkan. tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan. untuk membolehkan kanak-kanak kesediaan membaca ini. murid didedahkan . Dari segi mental pula. dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. menguasai peringkat anda sebagai guru hendaklah membimbing kanak- kanak menguasai pelbagai kemahiran lain yang akan membantu mereka mencapai kemahiran membaca dengan lebih mudah. kemahiran pengamatan penglihatan. dan latihan bahasa pertuturan. Sediakan latihan yang dapat mengukuhkan kemahiran peringkat kesediaan dalam kalangan murid-murid yang anda ajar. Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang kanak-kanak ialah keadaan fizikal. Pada tahap ini. Dari segi fizikal.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) dikatakan sebagai satu peringkat yang menyediakan kanak-kanak dengan bacaan awal atau bacaan asas. Kesimpulannya. emosi dan motivasi serta kecerdasan dan perkembangan kognitif. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan. pengalaman dan persekitaran. Dari segi emosi. aktiviti koordinasi psikomotor. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran. kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa yang telah diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya. latihan menajamkan daya ingatan. Prabacaan Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca.

Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut. Tanpa kefahaman terhadap apa yang dibaca perlakuan bacaan itu tidak bermakna. Pada tahap bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca dan mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang dibaca. suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut. . Mereka juga boleh membatangkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan. frasa dan ayat-ayat mudah. perkataan. Bacaan dan Kefahaman Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. aktiviti prabacaan boleh dilakukan dengan menggunakan permainan huruf. Kaedah-kaedah membaca yang sistematik yang boleh digunakan ialah pandang dan sebut. Bacaan Mekanis Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran . bunyi kata dan abjad atau mengeja. kaedah terus. Anda telah pun mempelajari peringkat-peringkat pengajaran bacaan. Cuba laksanakan peringkar-peringkat tersebut secara kontekstual mengikut tahap kesesuaian pelajar anda. suku kata.

aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa. ditegaskan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru. iaitu bacaan yang dipilih secara berhati-hati dengan mengambil kira bentuk dan isinya. membaca teliti. Ia juga memberi penekanan kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa. Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembang kebolehan dalam meneliti. diskusi umum dan sebagainya. Ia melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Teknik Bacaan Banyak bahan yang perlu kita baca ! Bacaan Intensif Kita boleh gunakan pelbagai teknik yang telah diajar oleh guru kita. Dalam membaca telaah isi. Biasanya ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendek-pendek untuk mengkaji pola-pola kalimat. Sementara membaca telaah bahasa. latihan kosa kata. membaca kritis dan membaca idea sangat dititikberatkan. serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. membaca pemahaman. Teknik bacaan ini akan meningkatkan pemahaman kita. Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan. . Membaca intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat.

(c) Berkaitan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa. (b) Asas kepada pengajar memberi penjelasan atau keterangan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata. intonasi. . menurut kamus yang ditemui oleh pelajar Tujuan: (a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik. betul dari segi sebutan. Menilai atau mengulas isi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang dibaca. memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa. (c) (d) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya. dan (e) Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap penting. (b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus. lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Konsep-konsep bacaan intensif (a) Kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar bawah pimpinan guru. Mengenal pasti laras-laras bahasa yang pelbagai. (d) Memperkembang usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan. iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam bacaannya. (e) (f) (g) Mengesan. dan Membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan bacaan.

memerhati bahan-bahan bertulis bagi mencari dan mendapatkan maklumat dan penerangan. Membaca begini tidak memerlukan pemikiran yang mendalam seperti keadaan membaca karya-karya ilmiah. Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. cepat atau lambatnya tinjauan dapat dilakukan. Ketiga. Tujuannya adalah untuk memahami isi-isi penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Bacaan Ekstensif Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. daftar kata yang terdapat dalam buku. Pembaca akan meneliti apa yang akan dibaca terlebih dahulu dengan cara memeriksa. Ada tiga tujuan utama dalam membaca kilas. untuk mendapat bahan-bahan bacaan daripada perpustakaan. Pertama. untuk mendapat hal-hal tertentu daripada sesuatu bacaan. Bacaan bentuk ini menekankan aspek . meneliti indeks. rangka kasar. Objeknya meliputi sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. atau melihat judul. Latar belakang pengetahuan seseorang akan menentukan tepat atau tidaknya. bab. untuk memperoleh suatu kesan umum daripada sesuatu isi bacaan. Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkaraperkara berikut: (a) (b) (c) membaca tinjauan membaca sekilas membaca dangkal Membaca tinjauan dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan. kandungan dan sebagainya. Membaca sekilas adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan pergerakan mata yang cepat untuk melihat. Membaca dangkal adalah untuk mendapat pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca. Kedua.

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) pengukuhan asas bacaan. . dan Bahan-bahan yang berbeza. jantina. Memperluas dan mempertingkat tahap penguasaan bahasa. (b) (c) (d) Membaca dengan fasih dalam bahasa yang dipelajari. ungkapan. Bahan bacaan adalah luas dari segi perbendaharaan kata. Melalui bacaan ini. Mempertingkat mutu dan kepantasan membaca.perbendaharaan kata. meningkatkan kepantasan membaca. sikap dan cita-cita pelajar. (e) Memberi peluang murid-murid terutama yang cerdas untuk meluaskan bacaan dan membina daya kreatif. umur. Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik. sesuai dengan minat. (f) (g) (h) (i) Menambah minat membaca. menambah kemahiran memahami. pengalaman. Mendapat pengetahuan sambil berhibur. membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. KONSEP BACAAN EKSTENSIF (a) (b) (c) (d) Dilakukan di luar kelas secara sendiri tanpa bimbingan guru. Memperkaya bahasa . dan menaakul isi bacaan. struktur ayat dan sebagainya. pelajarpelajar akan mendapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan. Pelajar membaca tanpa menghadapi kesukaran dan seronok. Tujuan Bacaan ekstensif membolehkan pelajar-pelajar: (a) Membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung daripada orang lain.

teknikal dan sebagainya. seperti bila dan mengapa teks itu ditulis. (c) Bacalah perenggan pertama. (d) Semasa membaca perenggan pertama. Prosedur Skimming Langkah-langkah skimming: (a) Mulakan dengan menyelidiki secara keseluruhan tentang petikan. tajuk dan maksud keseluruhan tajuk. Carilah maklumat tentang pengarang. Strategi skimming ini penting kepada pembaca yang hendak membaca banyak bahan dalam jangka masa yang singkat dan hanya memerlukan maklumat penting sahaja. ‘Konteks’ ini bermakna bukan sahaja idea dan perkataan tetapi latar kepada petikan tersebut. SKIMMING Skimming adalah satu kaedah membaca cepat dengan cara mengutip maklumat secara sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. dan atas sesuatu perenggan untuk . Skimming merupakan proses melihat sepintas lalu mendapatkan idea utama. (e) Baca ayat pertama dan ayat akhir bagi setiap perenggan – anda akan dapati idea yang penting dan fakta. (b) Tentukan sumber pilihan supaya anda bersedia dengan sesuatu jenis penulisan seperti hujah. apakah sikap pengarang dan perkara-perkara yang boleh membantu anda untuk memahami tajuk secara umum dan signifikannya. (k) Mendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa. walaupun tidak penting tetapi perenggan ini menjadi asas untuk ‘skim’. cuba cakupkan isu utama dan konteks petikan tersebut. membuat rujukan dan menggunakan perpustakaan.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (j) Membentuk tabiat gemar membaca.

perkataan yang dihitamkan atau 'italic' yang mudah dilihat. Kecepatan membuat skiming ini. (d) Anda boleh gunakan panduan-panduan yang ada seperti tajuk kecil. Prosedur Langkah-langkah untuk scanning: (a) Perkara paling penting ialah menentukan maklumat 'apa' yang hendak dicari. Tujuan scanning untuk menentukan sejauh mana kecekapan kita mencari sesuatu maklumat tertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan cepat). Perkara penting ialah memahami perhubungan antara idea yang dikemukakan dan selepas itu cuba mengecam maklumat sokongan. (b) Perhatikan sepintas lalu ke atas bahan dan tumpukan perhatian kepada maklumat yang di cari tanpa mempedulikan perkataan atau angka yang lain. gunakan jari anda dan gerakkan secara cepat ke atas barisan perkataan ketika membaca. berbeza-beza antara seorang dengan seorang yang lain.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (f) Baca perenggan akhir dn teliti – di sini biasanya terdapat unsur-unsur penyimpulan dan rumusan. (e) Jika anda scan daripada bahan seperti surat khabar. . (c) Untuk mempercepatkan proses scanning. Kecekapan scanning bergantung kepada penumpuan mental. fokus perhatian anda di tengah-tengah kolum dan gerakkan mata anda terus ke bawah. SCANNING Scanning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat secara cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat secara khusus.

Tajuk ini akan menjelaskan pendekatan binaan. Cerakinan. untuk mencapai kemahiran tersebut pengajaran bacaan perlu diajar menggunakan pendekatan dan kaedah tertentu yang dapat memberi kesan dalam pembacaan. kaedah. Sila lakukan bacaan ekstensif untuk mengatahui dan mempelajari teknik-teknik bacaan lain dan aplikasikan dalam pembacaan anda untuk meningkatkan kemahiran membaca anda. Terdapat banyak lagi teknik bacaan yang boleh anda pelajari. Kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkatperingkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan bagi mencapai hasil pembelajaran kemahiran membaca . kaedah abjad dan kaedah fonik Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi. Tajuk 7 PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGAJARAN BACAAN  Pendekatan Binaan. Komunikatif dan Pengalaman Bahasa  Kaedah Pandang Sebut  Kaedah Abjad  Kaedah Fonik Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan. Walau bagaimanapun. Tiga kaedah bacaan yang akan dimuatkan ialah kaedah pandang sebut.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Syabas! Anda telah pun mahir dengan teknik membaca yang terdapat dalam modul ini. cerakinan. Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi. komunikatif dan pengalaman bahasa.

Abjad dan Fonik PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN Pendekatan Binaan Pendekatan binaan juga dikenali dengan pendekatan sintesis. kaedah dan teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa Kerangka konsep Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bahasa :  Binaan  Cerakinan  Komunikatif  Pengalaman bahasa Kaedah Bacaan    Pandang Sebut Abjad Fonik Pengajaran Kemahiran BAHASA MELAYU: Pendekatan dan Kaedah Bacaan Asas Aplikasi Pendekatan Kemahiran Membaca Binaan. Cerakinan. Komunikatif dan Pengalaman Bahasa. pendekatan. .(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Hasil Pembelajaran 1. kemudian diikuti dengan unsur-unsur yang lebih besar.1 Menghuraikan kemahiran bahasa. Unsur-unsur yang kecil akan membentuk unsur yang lebih besar. Kaedah Bacaan Asas iaitu Pandang Sebut. Mengikut pendekatan ini pengajaran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan unsurunsur yang terkecil terlebih dahulu.

Kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan. Pendekatan Cerakinan Pendekatan cerakinan (analisis) adalah pendekatan pengajaran yang mendahulukan unsur-unsur yang besar. dalam melakukan pelbagai aktiviti bagi mewujudkan hubungan interpersonal yang positif. guru harus merancang pembelajaran yang boleh mewujudkan situasi di mana pelajar boleh berkomunikasi dengan cekap dan tidak hanya tertumpu kepada penguasaan struktur bahasa sahaja. Pelajar perlu berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan atau secara berpasangan.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Dalam pengajaran kemahiran membaca. kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang membentuk struktur yang besar itu. Dengan ini murid-murid dapat mengaitkan huruf-huruf yang tiada makna (abstrak) dengan cerita / ayat yang bermakna. Yang dipentingkan dalam pembelajaran bahasa ialah tujuan dan bagaimana bahasa digunakan dalam situasi dan konteks tertentu. Antara aktiviti bacaan menggunakan pendekatan komunikatif ialah bercerita. Pengajaran kemahiran membaca mengikut pendekatan ini dimulakan dengan cerita atau ayat. Huruf-huruf digabungkan menjadi suku kata. laporan/ulasan buku dan choral speaking. . dan suku kata digabungkan menjadi perkataan. murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu. Jadi. murid-murid mempelajari sesuatu yang bermakna dan menarik Pendekatan Komunikatif Pendekatan komunikasi menekankan penggunaan bahasa dalam komunikasi. dan daripada perkataan dicerakinkan kepada suku kata dan seterusnya kepada huruf. Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad. teater pembaca. Kemudian perkataan akan membentuk ayat. Untuk melaksanakan komunikasi dalam kemahiran membaca.

Bagi setiap peringkat. tatabahasa. Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA) Pendekatan pengalaman bahasa memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca. Murid-murid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya sekiranya murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan. pada peringkat lateral. Sebagai contoh. Dalam sesuatu proses membaca. Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras. Pada peringkat interpretasi & inferens. keindahan bahasa dan sebagainya) untuk mengecam tulisan yang dibacanya. terdapat tiga peringkat pemahaman. ragam. pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana. mempelbagaikan aktiviti komunikasi. dan penilaian makna. murid-murid perlu mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai ilmu kebahasaan (istilah.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Prinsip pendekatan komunikatif: (a) (b) (c) (d) murid mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya. Murid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya. murid-murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan mereka menguasai peringkat-peringkat tersebut. pengajaran bahasa mengikuti proses komunikasi sebenar. laras bahasa. jika murid-murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang pelancongan akan memudahkan mereka memahami teks yang membincangkan . susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut. Sebagai contoh. iaitu lateral. interpretasi & inferens. pengetahuan atau pengalaman murid-murid sangat diperlukan untuk mentafsir makna (mesej) yang ingin disampaikan oleh penulis.

pendekatan ini memanfaatkan pengalaman murid dalam pembelajaran kemahiran bacaan. (c) Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar. (b) Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka. (a) Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) soal pelancongan. Mari kita belajar kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran bacaan. Pelbagai kaedah telah diperkenal oleh pakar-pakar dalam bidang pengajaran kemahiran membaca. Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut. Apakah kaedah pengajaran membaca yang pernah anda gunakan dalam pengajaran pembelajaran membaca? Mungkin ada pernah mencuba pelbagai kaedah. Antara kaedah pengajaran membaca ialah: . (d) Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum aktiviti membaca. grafik. Kesimpulannya. dan (e) Guru perlu mempelbagaikan bentuk / laras bahan bacaan dalam pengajaran pembelajaran membaca. bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid menguasai konsep. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kekurangan tertentu. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain.

Pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad satu persatu tetapi murid-murid terus diperkenal kepada seluruh perkataan yang disertai gambar. Mengikut kaedah ini. iaitu lambang-lambang yang membentuk sesuatu perkataan. Untuk boleh membaca suatu ayat yang pendek. dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar.al. murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali. pada permulaannya murid-murid cuba mengenali lambang lambang (abjad) secara keseluruhan. Menurut Juriah Long et. .(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Kaedah Pandang Sebut KAEDAH PANDANG SEBUT Menyebut Perkataan Mencerakinkan perkataan dan kata Membina dan membaca ayat Membaca ayat Menggunakan bahan bantu belajar l a t i h a n Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. (1994) perkataan diperkenal kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Kaedah ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut. Semasa kad diimbaskan. mereka perlu mengenali banyak lambang.

biasanya. maka kaedah ini dinamakan juga kaedah mengeja. kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. o.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Kaedah Abjad KAEDAH ABJAD Menyebut nama huruf abjad a – z. nama-nama huruf perlu dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf ‘a’ hingga ‘z’ mengikut susunan. Setelah murid menghafal semua nama huruf. dan u dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a. Seterusnya diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan. Manakala menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula. huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan (Juriah Long et. i. e. perkataan dan frasa Membaca ayat Menggunakan bahan bantu belajar l a t i h a n Kaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad. 1994). pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan. Setelah murid menghafal nama semua huruf dan . huruf besar dan kecil Menyebut suku kata V dan KV Mengeja suku kata. Dalam kaedah ini. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000).al.

Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf vokal kepada murid. pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan Daripada suku kata itu dibentuk perkataan. Murid akan dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa-apa yang dibaca. Kaedah Fonik KAEDAH FONETIK Membuny ikan huruf dan asosiasi Membatan g suku kata dan perkataan Membaca frasa dan ayat Menggunakan bahan bantu belajar l a t i h a n Kaedah fonik ialah kaedah yang menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyinya. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. dan pembentukan perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja. . diikuti dengan pengenalan huruf konsonan. Kaedah fonik hanya mensyaratkan murid mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) mengenal huruf vokal serta bunyinya. pembentukan suku kata. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu.

Hasil Pembelajaran 1.How. Read. Selamat mencuba dan berjaya! Tajuk 8 TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA (a) Survey. Anda perlu cuba mengaplikasikan pelbagai kaedah mengikut kesesuaian murid anda . Teknik yang mantap amat penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Melayu.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Setiap kaedah bacaan terdapat kelebihan dan kekurangannya.(KWLH). Keberkesanan pengajaran bergantung kepada pengolahan teknik yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berinteraksi serta berfikir kritis dan kreatif. KWLH.1 Menghuraikan tentang kemahiran bahasa: teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa. tatacerita dan teater pembaca. Recite(SQ3R). justeru dapat meningkatkan minat murid terhadap pelajaran. dan lain-lain (b) Teknik Bercerita (c) Teater Pembaca Sinopsis Tajuk ini akan menjelaskan teknik pengajaran kemahiran membaca. RADAR. Question. . Review. Teknik yang dipilih perlu sesuai dengan kebolehan murid.Recite (3R). Teknik yang akan dijelaskan ialah teknik SQ3R. Review.What.Learn. Read. Know.

Learn. Teater Pembaca   Bimbingan Menjangka. Read. SQ3R SQ3R ialah teknik membaca kritis yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. Tatacerita Bimbingan Menjangka. KWLH . Recite(SQ3R). Lingkaran Soalan. Teater Pembaca Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca BAHASA MELAYU Aplikasi Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca SQ3R. Read. (b) Know. Question. Read.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Kerangka konsep TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA (a) Survey.Recite (3R).How.What. Recite (SQ3R) 1. dan lain-lain (a) (b) (c) Lingkaran Soalan. Bimbingan Menjangka dan Teater Pembaca Survey. Review.Tatacerita . Question. Review. SQ3R adalah singkatan bagi. (c) (KWLH). Review. S (survey) Tinjau Q (question) Soal/tanya R (read) Baca R (recite) Imbas kembali atau nyatakan secara lisan R (review) Baca semula .

Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya. dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. Setelah selesai membaca. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. tajuk-tajuk kecil. lakaran grafik. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertingga. gambar-gambar atau ilustrasi. . Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar. Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalansoalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung dalam bahan yang dibaca. pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan. Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga. membaca perenggan pengenalan. pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Ketika membaca. dan menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapanjawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca. berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan.

Apply. What. Dalam konteks pengajaran. How (KWLH) KWLH adalah singkatan bagi yang berikut: K (know) W (want) L (learned) H (how) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) Apa yang telah diketahui (selepas membaca) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan . pelajar dibiasakan menggunakan borang menggunakan teknik KWLH. mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya).yang berkaitan (untuk membaca seterusnya) Melalui Teknik membaca kritis.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Knowledge. . Discuss. Review/Researsh (RADAR) RADAR adalah singkatan bagi yang berikut: R (Read) A (Analogize) D(Discuss) A( Apply) R(Review/Research) Membaca Menganalogi Berbincang Mengaplikasi Menyemak/ Menyelidik Teknik Radar direka oleh Martin pada tahun 1983. Lima langkah RADAR ialah: R – Pelajar dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Pelajar juga boleh mendapat maklumat daripada teks yang diberi serta membandingkan dengan maklumat lain. Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca. membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui. dan menentukan apa lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan. Analogize. pembaca disarankan mengingat dahulu apa yang telah diketahui. menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya. Learn. Read. melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih). Teknik ini membolehkan pelajar menghubungkaitkan apa yang diketahui dengan perkara yang baru.

barang. nada dan intonasi yang betul bagi menggambarkan sesuatu cerita yang dipersembahkan. D – Pelajar menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang. tempat berhubungkait dan mempunyai persamaan. Pelakon memahami watak supaya dapat membaca dan beraksi mengikut dialog. idea atau tempat. idea atau tempat. Namun seorang pelajar akan membaca cerita dengan lancar dan nada serta intonasi yang betul. Guru membantu pelajar membuat perbandingan serta menentukan persamaan yang penting tentang konsep. Teater Pembaca Teknik yang melibatkan sekumpulan pelajar menghayati dan membaca skrip cerita dengan menggunakan sebutan. gerak badan dan mimik muka paling diutamakan bagi membantu pelajar-penonton memahami dan menghayati cerita tersebut. Penggunaan suara. idea. . barang. Melalui kaedah ini pelajar berpeluang untuk membandingkan konsep yang akan dipelajari dengan pengalaman atau pengetahuan sedia ada pada diri mereka sendiri. Langkah pelaksanaan (a) (b) (c) Memilih cerita yang sesuai dengan kebolehan.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) A – Pelajar menerangkan bagaimana konsep . Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau merumus semula apa yang telah dibincangkan. A R – – Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan. sebutan. Plot diperbanyakkan untuk dibahagi kepada pelakon-pelakon. Juga melakukan gerak aksi yang sesuai dengan isi atau suasana cerita. RADAR berfungsi untuk mengesan pengetahuan baru dan mengaitkannya dengan pengetahuan yang telah diketahui.

perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Selain itu.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (d) (e) (f) (g) (h) Pembaca dapat membaca dengan baik. Melalui teknik bercerita latihan pemahaman. suara. gerak laku dan kawalan mata. kemuncak dan kesudahan cerita. Suara memainkan peranan yang penting dan harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. dan Pelajar-pelajar lain diberi tugas tertentu. Guru membimbing pelakon menjayakan lakonan. nada dan intonasi yang sesuai. penguasaan kemahiran mendengar. (b) Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan. bertutur. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Sesuaikan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. . kecerdasan dan minat murid-murid. Tatacara dalam melaksanakan teknik bercerita ialah: (a) (b) (c) (d) Pilih cerita yang sesuai dengan umur. membaca dan menulis dalam kalangan pelajar dapat ditingkatkan. Pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca. Pelakon berbincang untuk mencari penyelarasan semasa persembahan. TEKNIK BERCERITA Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Perkara yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan teknik bercerita ialah: (a) Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan. Kaji cerita tersebut dan masukkan aspek-aspek bahasa.

Terdapat beberapa teknik lain dalam meningkatkan kemahiran membaca. frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan bahasa yang hendak disampaikan. dan (g) Sediakan kad-kad perkataan. BBM seperti gambar dan objek sebenar boleh digunakan untuk menguatkan penceritaan. .(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (e) (f) Lakukan latihan. cuba layari internet untuk mengetahui teknik-teknik bacaan tersebut.

Bentuk Penilaian Bentuk penilaian adalah seperti berikut : a)Penilaian kendiri . Dalam hal ini terdapat beberapa bentuk penilaian dan instrument yang boleh diguna pakai dalam pengujian kemahiran membaca. Dalam konteks pengajaran kemahiran membaca. penilaian bertujuan untuk menguji sejauh mana pembaca memahami bahan yang dibaca.pendekatan dan teknik pengajaran yang digunakan. Diperingkat rendah. aspek dan pentadbiran dalam penilaian.penilaian akan menjadi landasan terhadap kaedah. Dalam hal ini. penilaian. dan criteria Tujuan . bentuk-bentuk soalan-soalan kefahaman. penilaian juga dibuat untuk intonasi dan sebutan dalam bacaan. Penialaian ialah suatu kaedah bagaimana seseorang guru boleh mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pengajarannya . Semasa dan Selepas Aktiviti  Membina dan Menggunakan Bahan Bantu Mengajar. perbincangan meliputi persoalan tentang tujuan. Tajuk 10 Penilaian Kemahiran Membaca  Mengenal Pasti Idea Keseluruhan  Mengesan Idea Utama dan Idea Sokongan  Membuat Ramalan/Kesimpulan  Pembinaan Instrumen Penilaian.Aspek dan pentadbiran penilaian Penilaian ialah satu aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu suatu kaedah bagaimana kemajuan atau kelemahan sesuatu kemahiran yang diajarkan itu dikenal pasti. Dalam konteks kemahiran membaca.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Tajuk 9 Penyediaan Rancangan Pelajaran Kemahiran Membaca  Objektif  Langkah-langkah Sebelum.

ujian kloz dan ujian aneka pilihan. tekanan suara dan sebagainya. senarai semak yang mengandung perkara dan criteria pemarkahan perlu disediakan. Instrumen Ujian Instrumen ujian kemahiran membaca boleh terdiri daripada petikan atau bahan yang akan dibaca dan difahamkan oleh pelajar. penyoalan terbuka.kefahaman dan intonasi dalam bacaan. terutama yang melibatkan aspek afektif dan perlakuan dalam kemahiran membaca seperti intonasi. Dalam penilaian ini. Senarai semak yang mengandung criteria tertentu juga akan menjadi panduan kepada guru atau penilai untuk menilai dan menentukan tahap kefahaman seseorang pembaca. ujian bacaan. Pengujian boleh dibuat dalam bentuk memadankan perkataan dan ayat. b) Penilaian rakan sebaya Penilaian rakan sebaya dinamakan juga penilaian berpasangan.nada. a)Senarai semak Dalam ujian berbentuk pemerhatian. b) Skala Kadar .berdasarkan senarai semak yang diberikan oleh guru.pelajar secara berpasangan akan menyemak dan menilai bacaan sesame sendiri.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Penilaian kendiri ialah bentuk penilaian yang dilakukan oleh pelajar atau pembaca itu sendiri. Pada masa yang sama dokumen seperti senarai semak dan skala kadar juga digunakan sebagai instrument ujian. Dalam kaedah ini guru atau penilai perlu menyediakan senarai semak yang mengandung criteria atau perkara-perkara yang akan diperhatikan. Tujuan utama instrument adalah untuk mendapatkan ukuran atau data berkaitan dengan apa yang diuji. c) Pemerhatian Pemerhatian dibuat untuk melihat sikap. menyusun semula petikan. d)Pengujian Pengujian boleh dibuat untuk menilai tahap kefahaman pelajar terhadap bahan bacaan.

Dalam masa yang sama. pelajar juga dapat menggunakan kemahiran berfikir dengan sebaik mungkin. Selain itu. . Kemahiran menulis diajar kepada pelajar agar mereka dapat merakamkan apa sahaja perkara yang didengar. Kemahiran menulis juga melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul. Kemahiran ini juga dapat melatih para pelajar melahirkan idea dan mengembangkan idea mereka sendiri. Kemahiran ini juga menyiapkan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan di masa akan datang. Tajuk 11 Kemahiran Menulis  Matlamat dan Peringkat  Tujuan Penulisan  Jenis Penulisan Karangan Matlamat Menulis. Kemahiran ini juga. pelajar boleh menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-hari. dilihat atau dialami dalam bentuk grafik iaitu tulisan. Kombinasi yang melibatkan minda. telinga dan jari ini akan menghasilkan kemahiran menulis yang sistematik. mata. Skala kadar kebiasaannya menetapkan markah atau pencapaian tertentu berdasarkan kriteria bacaan dan kefahaman yang ditetapkan.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Skala kadar ialah dokumen yang mengandung kriteria yang menunjukkan tahap pencapaian dalam kemahiran membaca. Matlamat mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah untuk melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu. melatih pelajar menggunakan format karangan yang betul. Kemahiran menulis ini turut melatih para pelajar untuk menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.

peringkat seterusnya ialah peringkat tulisan mekanis. pelajar akan dapat menuliskan hurufhuruf untuk membentuk perkataan.Latihan membentuk bulatan dan garis lurus secara terkawal. Selain itu. Dalam peringkat ini guru akan memberikan aktiviti-aktiviti pergerakkan tangan dan mata. Disamping itu. kemahiran ini menyuburkan minat pelajar. Pada peringkat ini pelajar-pelajar dilatih membentuk lambing-lambang yang ada kaitannya dengan bentuk-bentuk huruf.Latihan mewarna mengikut arah yang ditentukan.Latihan membentuk garis lurus dan lengkok berdasarkan garisan putus-putus. iii. Pada peringkat ini pelajar diberikan persediaan secara mekanikal untuk membolehkannya menggunakan alat tulis. Terdapat tiga peringkat dalam kemahiran menulis.Peringkat pelahiran . dan sebaliknya. iaitu: a)Peringkat pramenulis.Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Selain itu. latihan-latihan yang boleh digunakan pada peringkat ini ialah: i. c. Peringkat Menulis. Akhirnya. dan seterusnya ayat.Latihan membentuk huruf dengan cara yang betul.Latihan membentuk bulatan di udara: dari kiri ke kanan. pelajar berpeluang untuk meluaskan kosa kata mereka apabila mereka berinteraksi dengan orang lain. ii. secara bebas. dan dapat menulis dengan selesa dan tepat. Antara latihan-latihan yang boleh dilaku untuk membentuk kemahiran ini ialah: i. b)Peringkat mekanis Setelah pelajar boleh menggunakan alat tulis. supaya pelajar boleh mengkoordinasikan kedua-dua anggota ini untuk tujuan menulis. Secara umumnya. iii. ii. iv.Latihan membentuk garisan lurus. Kemahiran menulis memberikan kepuasan jiwa kepada semua penulis kerana mampu melahirkan perasaan mereka menerusi tulisan.

Latihan dimulakan secara terkawal. Antara jenis penulisan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah penulisan terkawal. kerana latihan-latihan penulisan terkawal akan membantu pelajar menguasai bentuk bahasa yang tepat. Mengisi tempat kosong dalam ayat iii. pilihan kata dan tatabahasa. Melengkapkan ayat iv. Penulisan terkawal ialah tahap pertama kea rah penulisan bebas. Dari segi jenisnya. Bentuk-bentuk penulisan terkawal ialah: . dan gaya penulisan yang baik. pengolahan isi. Melengkapkan petikan atau cerita v. penentuan dan pemilihan jenis-jenis penulisan ini perlu disesuaikan dengan tahap pencapaian pelajar itu sendiri. tetapi pada akhir peringkat ini pelajar sepatutnya telah tahu memberikan reaksi bertulis terhadap bahan-bahan rangsangan yang diberikan. vi. pelajar didedahkan dengan bentuk penulisan yang baik dengan cara meniru atau menulis semula petikan. sama ada dalam aspek format. Peringkat pelahiran ialah pelajar dilatih untuk melahirkan sesuatu untuk ditulis. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis. Menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan gambar. separa berpandu. Penjenisan ini dibuat berdasarkan bentuk dan cara penulisan itu dibuat. Dalam penulisan terkawal. Jenis Penulisan. penulisan bebas dan penulisan kreatif. ayat-ayat atau karangan yang dianggap baik.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Pada peringkat ini pelajar sepatutnya telah menguasai kemahiran membentuk huruf dan mengeja. terdapat pelbagai jenis penulisan yang boleh diekspoitasi untuk tujuan pengajaran & pembelajaran kemahiran ini. penulisan berpandu. Menulis jawapan kefahaman. Mengisi silang kata ii. separa terkawal. Antara latihan-latihan yang boleh diguna pakai dalam peringkat ini ialah: i. Jenis penulisan tersebut dijelaskan seperti berikut: a)Penulisan terkawal Penulisan terkawal ialah penulisan yang dikawal sepenuh oleh guru.

c) Penulisan Berpandu. d)Penulisan Separa Berpandu. Menukarkan bentuk puisi kepada prosa. Membuat ayat daripada perkataan iv. tetapi pelajar diberi kebebasan menyambung.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) i. Menukarkan dialog kepada bentuk naratif ii. Menuliskan cerita daripada gambar iii. Penulisan separa terkawal ialah jenis penulisan yang tidak dikawal sepenuhnya oleh guru. Menulis surat iii. Aktiviti-aktiviti atau latihan yang digunakan dalam penulisan jenis ini ialah: i. b) Penulisan Separa Terkawal. Pelajar diberi peluang menggunakan daya pemikiran sendiri untuk memilih perkataan yang sesuai dengan tajuk yang diberi. Menuliskan isi perbincangan/dialog yang didengar. Mengisi tempat kosong ii. Latihan-latihan seperti menyalin semula petikan yang diberikan dan pelajar dibenarkan menukarkan beberapa perkataan yang sesuai dalam petikan tersebut. Penulisan separa berpandu ialah jenis penulisan yang memberikan kebebasan kepada pelajar untuk menulis berdasarkan sedikit panduan daripada guru. Dalam penulisan jenis ini pelajar akan diberikan asas atau klu yang menjurus kapada tajuk atau perkara yang akan ditulis. Menjawab soalan berdasarkan tajuk. Menulis semula cerita yang dibaca atau didengar ii. Penulisan jenis ini akan memotivasi pelajar untuk terus menulis. Penulisan jenis ini merupakan suatu kaedah untuk membiasakan pelajar terhadap struktur penulisan dan pemerengganan. Bentuk-bentuk penulisan separa terkawal adalah: i. Penulisan berpandu ialah jenis penulisan yang bahan asasnya dikawal oleh guru. melengkap atau menukarkan perkataanperkataan yang terdapat dalam bahan yang dikawal itu. Aktiviti penulisan yang boleh dikaitkan dengan penulisan separa berpandu ialah: .

iaitu:  Penulisan naratif  Penulisan deskriptif  Penulisan imaginatif  Penulisan argumentative f) Penulisan Kreatif Penulisan kreatif adalah salah satu bentuk penulisan yang terdapat dalam penulisan bebas.pelajar bukan sahaja telah mahir dalam pengolahan idea.tetapi memerlukan kemahiran estetika untuk mengolah dan mempersembahkan isi tersebut dengan cara yang berkesan dan menarik. Tegasnya pelajar sepatutnya boleh mengeksploitasi kemahiran sedia ada untuk menghasilkan suatu tulisan yang baik dan bermakna. e)Penulisan Bebas Penulisan bebas dijalankan setelah pelajar menguasai aspek mekanikal. Guru hanya akan campurtangan jika terdapat kesalahan-kesalahan dalam penulisan sahaja. Penulisan kreatif mempunyai keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan bentuk penulisan bebas yang lain kerana jenis penulisan ini bukan hanya memfokuskan terhadap isi yang akan ditulis.Dalam penulisan jenis ini. Secara umumnya terdapat beberapa bentuk penulisan yang boleh dilakaukan dalam penulisan bebas. tetapi juga telah boleh mengeksploitasi pengalaman atau imaginasi untuk dijadikan bahan tulisan. dan tatabahasa yang baik. Penulisan jenis ini dijalankan setelah pelajar diminta memberikan tumpuan kepada apa yang akan ditulis. Menyudahkan cerita ii. Dalam penulisan ini.penglibatan guru adalah di peringkat minimum. Bentuk-bentuk penulisan yang terdapat dalam penulisan kreatif ialah :  Cerpen  Puisi  Drama  Novel .(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) i. Menulis karangan yang isinya disediakan guru.

di samping mempunyai pengetahuan tentang format atau model yang baik. penulisan bermaksud penghasilan wacana-wacana yang bermakna dan bermaklumat. dan penggunaan tatabahasa yang tepat. Sehubungan dengan itu. dan menulis. kemahiran menulis secara mekanis. Oleh itu kemahiran mengarang ini boleh di capai melalui beberapa pendekatan iaitu: 1. sebagai suatu penulisan yang baik.Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA) Pendekatan pengalaman berbahasa (LEA) berasaskan prinsip bahawa kemahiran berbahasa tidak boleh dipecah-pecahkan dalam bentuk yang berasingan. seperti kemahiran mendengar. penulisan penulisan 2.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Tajuk 12 Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis  Proses  LEA (Pengalaman Bahasa) Menulis ialah sesuatu kegiatan penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun atur menjadi perkataan-perkataan. bertutur. membaca.Pendekatan Proses. Sehubungan dengan itu pendekatan ini menekankan konsep dan penggunaan struktur bahasa yang bermakna. Oleh itu. yang seterusnya membentuk ayat-ayat yang bermakna. iaitu kemahiran membentuk dan menyusun symbol-simbol tulisan tidak selesai pada peringkat itu sahaja. Sebaliknya kemahiran ini akan diteruskan dengan aktiviti mengarang. Pendekatan proses menekankan proses dalam penghasilan sesebuah karangan. yang memerlukan penggembelengan aspek psikologi dan kognitif. struktur penulisan yang sesuai. Dalam konteks yang lebih luas. pendekatan ini memerlukan penulis menguasai kemahiran bahasa yang baik. penulisan akan dilihat dari aspek format yang betul. Dalam pendekatan ini juga. Pendekatan ini juga mengeksploitasi pengalaman . yang boleh dituturkan dan dituliskan. bukan kepada hasil penulisan tersebut. menyemak dan membincangkannya. Dalam pendekatan ini penulisan akan dimulai dengan proses menulis draf.

Tajuk 13 Kemahiran Mengarang. Pada tahap ini berkemungkinan murid telah boleh menulis ayat-ayat mudah. dan pemerengganan  Kemahiran kosa kata. . objektif mengarang pada umumnya adalah untuk:       Melatih murid-murid melahirkan idea Melatih murid-murid menghujah danmengembangkan idea Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu. Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar seharian Mencari isi menggunakan bahan rangsangan Penggunaan bahan rangsangan dalam penulisan juga boleh disamakan dengan kemahiran penulisan berpandu. koheren. Objektif ini disesuaikan dengan kemahirankemahiran yang hendak dikuasai oleh murid-murid pada sesuatu tahap tertentu.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) bahasa yang bermakna dalam kalangan pelajar untuk dijadikan bahan perbincangan dalam proses penulisan karangan. Guru boleh memberikan kad-kad gambar bersiri ataupun gambar tunggal untuk membantu murid menulis ayat mudah berdasarkan gambar-gambar yang ditunjukkan.peta minda Objektif Mengarang Objektif mengarang bagi sekolah rendah adalah seperti yang terdapat di dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. mengedit dan mengembangkan idea. Bahan rangsangan dapat membantu murid untuk menulis karangan. kohesi.  Mencari isi-menggunakan Bahan Rangsangan  Mengaitkan isi dengan Tajuk. gaya persembahan. Namun begitu.

Bagi sebuah karangan yang baik setiap isi dalam sesuatu perenggan yang diasingkan tersebut mestilah mempunyai kohensi serta koheran antara isi-isi tersebut. Contoh Peta Minda .(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Mengaitkan isi dengan tajuk. Kedua-dua teknik ini boleh dipasangkan dengan pendekatan proses. Dalam sesebuah penulisan. Kedua-dua aspek ini boleh dilihat di dalam isi karangan tersebut. Teknik peta Minda digunakan untuk memandu pelajar kea rah penghasilan isi yang bernas dan tersusun dalam penulisan.kohensi . Setiap perenggan isi mempunyai kohensi dan koheren nya yang tersendiri. Kohensi bermaksud tautan. Dalam teknik ini. manakala koheren pula bermaksud rentetan. Gaya persembahan. perenggan pertama merupakan pengenalan kepada tajuk. Setiap isi dipisahkan dalam satu perenggan yang berasingan supaya pembaca dapat memahami apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Susunan isi-isi dalam sesebuah karangan juga hendaklah mengikut keutamaan dan kepentingannya. Keempat-empat ini saling berkait antara satu sama lain. mengedit dan mengembangkan ideapeta minda Peta Minda dan Penyoalan ialah teknik yang boleh digunakan untuk mempertingkat kemahiran menulis. Ia merupakan tunjang utama dalam menghasilkan sesebuah karangan yang baik. kohensi.koheren dan pemerengganan. Guru akan menyenaraikan isi-isi serta huraian yang dihasilkan melalui perbincangan dengan pelajar dalam bentuk Peta Minda di papan tulis. Isi yang ditulis dalam perenggan pertama menjurus kepada isi karangan yang hendak disampaikan dan dapat menarik minat untuk pembaca membaca isi-isi yang seterusnya. Penggunaan Peta Minda ini akan memudahkan pelajar melihat kesinambungan isi-isi dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk. Kemahiran kosa kata. iaitu suatu pendekatan yang berdasarkan proses penulisan itu sendiri. koheren dan pemerengganan Terdapat empat aspek utama yang perlu dititik beratkan dan diambil perhatian iaitu tajuk.

mengeja. dan sebagainya). bahasa. Secara umumnya prinsip-prinsip yang dimaksudkan itu ialah :        Ketepatan maklumat kandungan Ketepatan bahasa dan gaya Sesuai dengan umur. agama dan budaya Sesuai dengan objektif pengajaran Sesuai dengan masa pengajaran Mudah diguna dan dikendalikan Dalam pengajaran kemahiran menulis.petikan. seseorang guru perlu mengambil kira prinsipprinsip pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran. Ejaan Imlak  Aktiviti menulis semula sesuatu petikan yang dibaca atau diperdengarkan  Murid perlu kuasai kemahiran membentuk huruf.rakaman video. dan filem sangat sesuai dijadikan bahan pengajaran. kandungan.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Tajuk 14 Prosedur Pengajaran dan Penyediaan Bahan Bantu Mengajar  Ejaan  Imlak  Karangan Sebelum sesuatu bahan pengajaran dibina. menggunakan tanda bacaan dan perbendaharaan kata  Petikan perlu sesuai dari segi panjang petikan. bahan-bahan rangsangan seperti gambar. rakaman audio (ceramah. ucapan. dan . perbahasan.tahap dan keupayaan pelajar Sesuai dengan masyarakat.

penggunaan perkataan. bentuk huruf dan tanda baca  Dilaksanakan selepas aktiviti lisan atau membaca Karangan Tajuk 15 Penilaian Pengajaran Kemahiran Menulis  Mengenalpasti idea keseluruhan  Mengesan idea utama dan idea sokongan  Membuat ramalan/kesimpulan Menurut Kamarudin Husin (1997). aspek-aspek yang boleh dinilai dalam kemahiran menulis adalah seperti berikut:  Penggunaan bahasa-aspek tatabahasa  Aspek mekanikal.pemerengganan. dan sebagainya  Ketepatan dan kesinambungan isi – kesesuaian dan huraian isi  Gaya penulisan-penggunaan ungkapan/kosa kata menarik .(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) kosa kata  Pastikan tempat hentian bacaan  Petikan perlu dibaca dengan jelas Cara-cara pengajaran Imlak  Berikan petikan teks dan minta murid baca  Guru memilih bahagian dalam teks untuk diimlakkan  Guru menyebut perkataan secara lisan atau rakaman dan murid menulis  Aspek yang dinilai seperti ketepatan ejaan. tanda baca.

mengembangkan maklumat. Menulis surat.menulis karangan (pelbagai bentuk) dan menulis laporan. Aspek-aspek yang dinyatakan di atas boleh dilihat melalui aktiviti-aktiviti seperti mencatat nota.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)  Kemahiran mengolah. . mengisi borang.menarik dan sesuai dengan pembaca sasaran.

Fundamental consideration in language testing. Language assessment and programme evaluation. (2002). Brown James Dean. Program evaluation in language education. Richard (2005). Brian K. Talib (2000). Basingstoke: Palgrave Macmillan. Aziz Abd. Bhd. Kiely.BIBLIOGRAFI Abd. McGrath. (2003). Edinburg: Edinburgh University Press. Lynch. Oxford: Oxford University Press. Bachman Lyle F. Ian. Criterion-reference language testing. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Kaedah dan Teknik. (1990). Edinburg: Edinburgh University Pre . Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip. Hudson Thom. Cambridge: Cambridge University Press. (2002 ). Materials evaluation and design language teaching.

PAHANG DM ahnafasri@yahoo. MPPM) Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (20 Tahun) MOHD ASRI BIN ABDUL RAZAK PENSYARAH IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KM 10. Pendidikan (PBMP UPM) Cert.com KELULUSAN: M.Sc ( PBMP UPM) Bac.com KELULUSAN.PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH) NAMA (NAMA) (JAWATAN) (EMEL) (PENGALAMAN KERJA) (KELULUSAN) PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL KELAYAKAN NORHAYATY BT ISMAIL IPG KAMPUS KENT PETI SURAT 2.Ed (Pengajian Melayu. 89207 TUARAN.Ed (UM) Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu (UM) Sijil Perguruan (MPTAA) Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (20 Tahun) . JALAN PADANG TENGKU 27200 KUALA LIPIS. SABAH tyisma05@yahoo. M.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful