You are on page 1of 12

BAB1 : PENDAHULUAN 1.

0 Pengenalan Bab ini akan menjelaskan objektif-objekif yang ingin dicapai dan kaedah kajian atau ruang lingkup perbincangan yang kan digunakan dalam melaksanakan tugasan bagi kursus PSK 3102 Teori Pembelajaran, Sumber dan Penilaian dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini. Tugasan bagi kursus Teori Pembelajaran, Sumber dan Penilaian dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini meminta kami untuk membina satu sumber pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Proses penyediaan sumber ini akan dijelaskan dari segi cara penggunaan, cara penilaian dan cara penyelenggaraannya. Rubrik penilaian hasil kerja akan dihasilkan berdasarkan sumber pengajaran dan pembelajaran yang telah dibina. 1.1 Objektif Tugasan Tugasan ini mempunyai beberapa objektif yang ingin dicapai sepanjang pelaksanaan dan selepas pelaksanaannya. Antara objektifnya ialah dapat menghasilkan satu atau set sumber pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif, dapat membentangkan atau mempersembahkan cara penghasilan dan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran, dapat menyediakan sebuah rubrik penilaian serta mampu menerangkan aspek penyelenggaraan sumber yang telah dihasilkan. 1.2 Ruang lingkup Tugasan ini hanya tertumpu kepada penghasilan satu sumber pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif bagi satu tema yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Ruang lingkup tugasan ini merangkumi penghasilan dan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran, penyediaan rubrik penilaian bagi sumber pengajaran dan penilaian serta cara atau aspek penyelenggaraan sumber pengajaran dan pembelajaran yang telah dihasilkan.

1

1.3

Rumusan Bab ini telah membincangkan serba sedikit kandungan yang akan dibincangkan

atau dipersembahkan dalam bab yang seterusnya. Bab ini hanya merupakan pengenalan atau gambaran awal kepada kandungan perbincangan dalam bab selanjutnya.

BAB 2 : PENULISAN ESEI 2.0 Pengenalan Pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam kelas mestilah dapat membantu murid mencapai objektif yang telah dirancang. Bagi memastikan perancangan tersebut tercapai pelbagai usaha perlu dilakukan oleh para guru seperti mempelbagaikan kaedah, strategi, dan teknik pengajaran di dalam kelas. Walaupun demikian, dengan adanya bahan bantu mengajar yang menarik, kreatif dan cantik juga dapat membantu keberkesanan pengajaran yang telah dirancang. Bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru semasa menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Bahan bantu mengajar merupakan bahan yang dapat dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dirasai, dihidu dan dialami oleh murid itu sendiri semasa belajar. Bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu bahan bantu mengajar bukan elektronik, bahan bantu berbentuk elektronik dan bahan bantu mengajar bercorak pengalaman. Walau bagaimana pun, bahan bantu mengajar perlu disediakan menggunakan inovasi yang kreatif dan sesuai dengan tahap kebolehan murid yang akan diajar. Oleh itu, bab ini akan membincangkan lebih lanjut tentang cara penghasilan sumber kreatif dan inovatif bahan bantu mengajar yang telah disesuaikan untuk pengajaran bagi tema Sayang Keluarga bagi Tahun 4.

2

2.1

Perancangan Penyediaan sesuatu bahan bantu mengajar perlulah dirancang terlebih dahulu

bagi memastikan kesesuaian dengan topik pengajaran yang ingin dilaksanakan. Perancangan ini juga dapat memastikan bahan tersebut dihasilkan dengan baik dalam jangka masa yang lebih relevan. 2.1.1 Perancangan Kos Bagi menghasilkan bahan bantu mengajar boneka dan tapak rumah yang telah disiapkan kos yang perlu digunakan adalah sebanyak RM27.80 2.1.2 Bahan Yang Digunakan Berikut merupakan jadual bahan yang telah digunakan semasa menyiapkan bahan bantu mengajar Boneka dan Tapak Rumah : Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Bahan Kotak mineral besar Mounting board Pembalut hadiah Span pencuci Pencucuk sate Kain felt Benang Jumlah keseluruhan Kuantiti 1 1 3 1 1 6 1 Harga RM2.50 RM3.00 RM3.50 RM2.00 RM15.00 RM1.80 RM27.80

Berikut pula merupakan senarai peralatan yang digunakan semasa membina bahan bantu mengajar Boneka dan Tapak Rumah : 1. Gunting
3

2. Cutter 3. Pembaris 4. Glue gun 5. Pita pelekat 6. Pensel 7. Stapler 8. Gam 9. Pemadam 2.1.3 Pembahagian Tugas Berikut merupakan jadual pembahagian tugas bagi kumpulan kami : Bil. 1. Senarai Tugas Menentukan sumber Dilaksanakan oleh Ella anak Lebak Giovianna Gale anak Nafgerin Hasmiza binti Sarkawi Josephine binti Nan 2. Pembelian bahan Ella anak Lebak Giovianna Gale anak Nafgerin Josephine binti Nan 3. Penghasilan bahan bantu mengajar 1. Menyediakan tapak rumah :        Giovianna Gale anak Nafgerin Hasmiza Sarkawi

2. Perhiasan dalam rumah : Ella anak Lebak Josephine binti Nan

3. Membuat boneka : Ella anak lebak Hasmiza binti Sarkawi Josephine binti Nan

4. Membuat papan cerita :
4

  4. Penulisan Esei

Giovianna Gale anak Nafgerin Josephine binti Nan

Ella anak Lebak Giovianna Gale anak Nafgerin Hasmiza binti Sarkawi Josephine binti Nan

2.1.4 Jangka Masa Penyediaan Jangka masa penyediaan bahan bantu mengajar tersebut ialah agak singkat kerana dihasilkan secara berkumpulan. Bahan bantu mengajar tersebut telah disiapkan dalam masa seminggu tidak termasuk mengumpul bahan yang digunakan. 2.2 Perisian Atau ICT Yang Digunakan Bahan bantu mengajar ini dibina dengan menggunakan perisian Microsoft Office Word, internet dan kamera. Perisian Microsoft Office Word digunakan untuk menulis dialog cerita bagi menggambarkan situasi ketika itu. Boneka yang dihasilkan pula adalah hasil daripada idea yang diperoleh melalui contoh-contoh gambar di dalam internet. Kamera pula digunakan untuk menangkap gambar bagi setiap proses penyediaan bahan bantu mengajar ini. 2.3 Langkah-langkah Penyediaan Proses penyediaan sumber pengajaran dan pembelajaran ini melibatkan banyak proses sebelum ia berjaya dibina dengan sempurna. Pertama sekali, model rumah dibina dengan menggunakan kotak mineral air. Kotak air dibalut terlebih dahulu dengan menggunakan kertas pembalut hadiah. Proses membalut perlulah dilakukan dengan kemas agar model tersebut dapat digunakan dalam jangka masa yang lama.

5

Model kerusi sofa dan meja pula dibina dengan menggunakan span dan dicucuk dengan batang cerucuk untuk menyambungkan span antara satu sama lain.

6

Boneka manusia pula dibina dengan menggunakan kain felt pelbagai warna. Model boneka yang ingin dibina dilukis terlebih dahulu di atas kertas bagi memberi gambaran semasa ingin menggunting dan membina boneka tersebut. Selepas itu, kain felt akan digunting mengikut bentuk lukisan dan dijahit dengan kemas.

7

Inilah hasil set sumber yang telah berjaya kami siapkan setelah berjaya membina model rumah yang telah diisi lengkap dengan kerusi sofa dan meja serta bonekaboneka yang mewakili watak ayah, ibu dan anak-anak.

2.4

Sumber Rujukan Kami menggunakan sumber rujukan bercetak dan internet sahaja. Sumber

rujukan bercetak adalah seperti buku teks tahun lima, huraian sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun Lima dan sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Rujukan dari internet pula adalah seperti contoh-contoh gambar dan idea-idea bagi membina bahan bantu mengajar maujud. 2.5 Kemasan Lain Yang Digunakan Kumpulan kami telah bersetuju untuk meletakkan sebuah bingkai gambar keluarga di sudut rumah untuk menunjukkan keadaan keluarga yang bahagia. Selain itu, gambar itu turut menjadi tempat untuk menyembunyikan dialog cerita yang akan disertakan pada model rumah bahan bantu mengajar kami. Idea ini dapat mempamerkan unsur kreatif dan inovatif pada set sumber pengajaran dan pembelajaran kami. Malahan, gambar tersebut dapat menjadi daya tarikan kepada murid untuk menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

8

Di samping itu, kami juga telah membina sebuah lagi kotak penyimpan untuk dijadikan tempat menyimpan boneka-boneka yang telah dihasilkan. Ini dapat mengelakkan boneka bertaburan dan hilang semasa menggunakan set sumber pengajaran dan pembelajaran ini.

Kami juga telah membuat sedikit penambahan hiasan pada bahagian lantai rumah dengan meletakkan lapik meja yang berbunga dan hiasi kerusi sofa dengan bunga yang direka seolah-olah bantal.

9

Inilah hasil sumber pengajaran dan pembelajaran yang telah disiapkan sepenuhnya.

2.6

Cara Penggunaan Sumber pengajaran dan pembelajaran yang kami bina bersesuaian dengan

Tema Dua iaitu ‘Sayangi Keluarga’ dan menggunakan hasil pembelajaran satu (i) iaitu menjelaskan peranan dan tanggungjawab anggota keluarga asas. Sumber yang kami bina bertindak sebagai model bagi menggambarkan situasi yang sebenar di dalam rumah. Model kerusi sofa dan meja yang dibina dengan span memberi gambaran bahagian ruang tamu rumah. Boneka manusia yang dihasilkan pula akan mewakili ahliahli keluarga seperti Encik Hamdan, Puan Rosnah, Norlia dan Rosman.
10

Guru akan meminta murid-murid untuk melakonkan watak-watak mengikut situasi yang diberikan. Sebuah teks dialog akan disediakan bagi memudahkan para murid untuk membaca dan melakonkan watak masing-masing. Murid-murid yang lain akan diminta untuk mendengar dengan teiti teks yang dibaca. Malahan, guru juga boleh memberi peluang kepada murid lain untuk menggantikan murid yang sudah memegang watak dan membaca teks tadi. Teks dialog yang telah disediakan akan digantung bersama dengan gambar di bahagian dinding rumah. Berikut merupakan teks yang telah disediakan. ‘Tanggungjawabku terhadap Keluarga’ Puan Rosnah Norlia dan Rosman Puan Rosnah : Nor, Man, datang ke sini sekejap. : Ya, ibu. : Ayah dan ibu tidak selesa melihat keadaan rumah yang tidak kemas. Norlia Encik Hamdan : Maafkan kami, ibu. : Ayah tahu banyak kerja sekolah yang perlu kamu lakukan. Namun, ayah juga berharap kamu membantu ibu membuat kerja agar rumah kita kelihatan lebih kemas dan ceria. Rosman Puan Rosnah : Tidak ada masalah, ayah. : Elok rasanya kalau kamu mengemaskan bilik kamu selepas bangun tidur. Nanti, apabila ibu balik kerja, ibu pula akan menyapu lantai selepas ibu siap memasak. Norlia : Kasihan ibu. Ibu, selepas kami mengemaskan bilik, kami juga akan menyapu lantai. Puan Rosnah : Terima kasih, Nor. Oh,ya ! Man, selepas bermain atau belajar, simpanlah buku atau alat permainan ke tempat

11

asalnya supaya tidak bersepah. Kalau terpijak alat permainan yang tajam, bukankah itu berbahaya? Rosman : Maafkan saya, ibu. Sebenarnya kakak selalu mengingatkan saya. Tetapi, saya malas hendak meletakkannya semula. Saya akan cuba mengubah sikap saya. Encik Hamdan : Terima kasihlah anak-anak ayah dan ibu yang tersayang. Ayah juga akan membantu ibu kamu membuat kerja rumah. Setelah memahami teks, guru bersoal jawab dengan murid tentang peranan dan tanggungjawab setiap ahli dalam keluarga untuk mengenal pasti sama ada objektif hasil pembelajaran telah dapat dicapai.

12