Program HLP Sarjana Sesi 2012 TAJUK : TINJAUAN SIKAP PELAJAR DALAM PENGHASILAN KARYA SENI HALUS KAJIAN

REKAAN SENI VISUAL, BAGI SUBJEK PENDIDIKAN SENI VISUAL DI PERINGKAT SIJIL PELAJARAN MALAYSIA.

1.1 Bidang penyelidikan : Program HLM – Sarjana Sesi 2012 1.2 Latar belakang kajian

Abu Talib Putih (2000) menyatakan subjek Pendidikan Seni Visual (PSV) seolah-olah “tersisih” dari memperolehi pengiktirafan yang lebih wajar. PSV dianggap subjek frivolous (main-main), malah superfluous (subjek tambahan yang tidak penting) dan hanya memenuhkan jadual waktu. Young (1971) dalam Sharifah Md Nor (2000) terdapat unsur stratifikasi dalam ilmu pengetahuan iaitu secara tradisi, ilmu pengetahuan yang berstatus tinggi tinggi dan rendah. Subjek berstatus tinggi ialah subjek yang abstrak, mementingkan penulisan, individualistik dan tidak berkaitan dengan pengetahuan luar sekolah. Subjek yang berstatus rendah pula ialah yang berbentuk lisan, praktikal dan mementingkan kerja kumpulan. Subjek matematik dianggap berstatus tinggi berbanding subjek pendidikan seni visual, vokasional dan pendidikan jasmani.

Biasanya di sekolah, PSV dimasukkan sebagai pakej untuk kelas yang agak terbelakang (lemah) dalam susunan kelas. PSV dianggap subjek yang mudah dan guru-guru yang bukan opsyen diberi mengajar sekadar memenuhi jadual waktu terutama bagi tingkatan menengah rendah (1 – 3). Akibatnya subjek ini akan terus dianggap subjek kelas dua apabila terdapat sebilangan guru yang tidak mengajar langsung subjek ini sebaliknya diganti subjek yang dianggap lebih penting seperti Matematik, Sains dan lain-lain lagi terutama bagi pelajarpelajar tingkatan tiga yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan tahun enam apabila mereka akan menduduki UPSR. Pamela (dalam Safranski, 1994) menyatakan kaunselor juga mempunyai tanggapan yang negatif terhadap PSV kerana mereka lebih menggalakkan pelajar yang lemah dalam akademik untuk mengambil PSV. Beliau yang merujuk kepada Chapman (1982) yang menyatakan PSV adalah untuk pelajar yang kurang normal kerana mereka percaya PSV ini adalah subjek terapik. Silverman & Linear (dalam Safranski, 1994) juga dalam kajiannya menyatakan ramai guru seni agak kecewa apabila kaunselor menggalakkan pelajar yang bermasalah ke dalam kelas PSV mereka kerana percaya PSV boleh mengatasi masalah disiplin mereka.

. Dalam sistem peperiksaan. guru-guru khasnya yang mengajar PSV dan pihak ibu bapa agar tidak mengabaikan subjek yang sememangnya penting dalam pembentukan pelajar sebagai insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan peranan PSV dalam pendidikan.Program HLP Sarjana Sesi 2012 Kajian Iberahim Hassan (2000) mendapati sesetengah pelajar mempunyai tanggapan bahawa PSV adalah satu subjek yang kurang memberi faedah. Guru-guru menghadapi masalah dalam menangani sikap pelajar dalam menyiapkan tugasan KRSV. pentadbir dan pihak yang berwajib. PSV tidak terlepas daripada kritikan masyarakat yang meletakkan PSV sebagai subjek kelas kedua. ibu bapa. subjek PSV di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semua pelajar yang mengambil subjek PSV diwajibkan untuk menduduki kertas 3 iaitu Kajian Rekaan seni Visual (KRSV). Hasil kajian ini diharap dapat memberi maklumat kepada pembaca dan pengkaji lain untuk menilai sejauh mana keberkesanan kajian dalam usaha untuk mencetus kesedaran pelajar. ibu bapa dan pihak yang berwajib berkaitan subjek PSV dan peranan kajian dalam usaha mengubah sikap mereka yang terlibat. Dapatan ini juga diharap boleh dijadikan panduan kepada pentadbir sekolah. Hal ini menyebabkan ramai ibu bapa tidak menggalakkan anak-anaknya mempelajari subjek ini. kerjaya dan kehidupan. Minat yang lebih mendalam untuk mempelajari subjek ini akan membawa kebaikan kepada pelajar memandangkan begitu banyak faedah mempelajari PSV yang tidak disedari oleh mereka. guru-guru . PSV agak membosankan apabila belajar benda yang sama dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Mengikut Roskang Jailani dan Abu Bakar Sabran (2004). Pelajar perlu disedarkan tentang sikap mereka sebenarnya terhadap PSV agar mereka dapat mengambil subjek ini sebagai subjek pilihan utama di sekolah. Permasalahan ini wujud di semua sekolah.

Perbezaan sikap pelajar semasa penghasilan KRSV.4 Objektif kajian Berdasarkan latar belakang masalah yang dinyatakan. Mengenalpasti keciciran pelajar yang berpotensi dan minat pelajar dalam proses penghasilan KRSV. b. e. SPM. kekurangan pendedahan kemahiran dan pengasahan bakat serta kemahiran kemahiran seni halus menjadi pertanyaan kepada permasalahan dalam penghasilan KRSV diperingkat SPM dalam membantu peningkatan gred pelajar. Menilai sikap pelajar semasa proses penghasilan KRSV.Program HLP Sarjana Sesi 2012 1. Perbezaan sikap pelajar dalam menghasilkan KRSV. bakat. Ketiadaan minat. SPM di sekolah-sekolah menengah terpilih. 2000). SPM di antara pelajar berminat dan terpaksa . Kebanyakan pengajaran adalah dalam bentuk sehala. d. kajian ini akan memberikan tumpuan secara keseluruhannya kepada perkara-perkara berikut: a. Oleh kerana itu pengkaji merasa sudah tiba masanya untuk semua pihak khususnya pelajar-pelajar dan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual menilai semula tanggapan mereka . Meningkatkan keprihatinan guru-guru Pendidikan Seni Visual dalam mengesan bakat pelajar yang diajarkan di sekolah menengah kerajaan. SPM berdasarkan latar belakang iaitu jantina. c. juga mendapati ramai dikalangan guru-guru yang mengajar Pendidikan Seni adalah terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni dan bukan membuat pengkhususan dalam Pendidikan Seni. etnik. 1.3 Pernyataan Masalah Menurut kajian yang telah dijalankan (Iberahim. dan hanya mengikut rasa guru tersebut sahaja.mencari di mana kesilapan yang harus dibetulkan dan kekurangan yang patut disempurnakan agar bakat dan potensi pelajar tidak diabaikan. aliran dan taraf sosio ekonomi.

. Burns (1990) menyatakan kaedah tinjauan bersifat saintifik.Program HLP Sarjana Sesi 2012 1.5 Batasan Kajian a. Dengan ini. Oleh itu. Reka Bentuk Kajian Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif dengan menggunakan reka bentuk tinjauan. Kajian ini di lakukan di dalam kawasan negeri Pulau Pinang sahaja. 1. Pendekatan ini dipilih kerana cara ini dapat memperolehi data terpiawai dengan berkesan dan mudah. Melalui kaedah ini ukuran kuantitatif dan kualitatif mudah diperolehi. logik dan khusus. Kajian ini juga terbatas kepada pelajar-pelajar yang menuntut dalam tingkatan lima yang dipilih secara rawak ke atas 7 buah sekolah di negeri Pulau Pinang khususnya mereka yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual .6 Metodologi Kajian i. Data kajian akan dikutip daripada sampel melalui soal selidik. hasil dan kesimpulan kajian ini mungkin tidak sesuai digunakan dalam situasi sekolah yang berlainan. Oleh itu. Manakala pelajar-pelajar dan guruguru pula lebih memahami mengenai perkara-perkara yang perlu dinilai berbanding dengan cara penilaian yang lain. Kajian juga akan dilaksanakan ke atas guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di 7 buah sekolah menengah kerajaan yang terpilih sahaja. segala maklumat mengenai responden adalah berdasarkan maklum balas melalui soal selidik. kebolehpercayaan dapatan kajian bergantung kepada kesungguhan dan keikhlasan responden menjawab item-item di dalam soal selidik. b. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik.

3 buah sekolah pinggir bandar dan 2 buah sekolah luar bandar di negeri Pulau Pinang. Populasi Dan Sampel Kajian Populasi sasaran kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah menengah kerajaan diperingkat SPM. Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik latar belakang pelajar dan guru Pendidikan Seni Visual. Pelajar-pelajar dan guru-guru yang terlibat dalam populasi kajian ini adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Kategori sekolah yang dipilih terdiri dari 2 buah sekolah dalam bandar. Bahagian „B‟ soal selidik pula pengkaji akan menggunakan soal selidik yang digubal/ditulis/dicipta oleh pengkaji yang lalu yang telah disahkan kebolehpercayaan dan validitinya. Responden dikehendaki menjawab kesemua item tersebut.Program HLP Sarjana Sesi 2012 ii. Responden dikehendaki memberi jawapan yang berkaitan dengan diri mereka. Setiap item di bahagian ini diukur pada tahap nominal dan tiada sebarang pemarkahan diberikan. Soal selidik latar belakang pelajar dan guru ditempatkan di bahagian „A‟ yang terdiri dari tiga item yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai latar belakang responden termasuk soal mengenai jantina. Setiap item akan diberi markah sebagaimana dimaksudkan dalam soal selidik. . iii. Kajian ini juga melibatkan guru-guru Pendidikan Seni Visual yang mengajar diperingkat menengah (SPM) sebagai tenaga pengajarnya. Borang kaji selidik dibahagi dua iaitu satu untuk pelajar dan satu untuk guru. umur dan kelas. bakat dan perkaitan dengan seni visual dengan menandakan pada kotak yang disediakan. Soalselidik tersebut mengandungi 30 item. minat.

Program HLP Sarjana Sesi 2012 iv. surat kebenaran penting bagi meyakinkan responden mengenai kepentingan kajian yang dijalankan dan kejujuran pelajar untuk menjawab soalan soalselidik adalah amat mustahak. Pengumpulan data soal selidik akan dilakukan dalam tempoh dua minggu dan diharap soalan-soalan yang dikemukakan akan dijawab oleh pelajar-pelajar serta guru-guru dengan baik dan memuaskan.Pengarah Pelajaran Negeri. . . Proses penganalisisan dapat melibatkan dua jenis analisis iaitu analisis deskriptif dan analisis inferensi. Selain itu. Tujuannya supaya segala prosedur kajian dipatuhi dan memudahkan kajian ini dilaksanakan agar tidak menyusahkan mana-mana pihak yang terlibat. Borang soal selidik diedarkan kepada responden secara terus kepada pelajar dan guru-guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Analisis Data Dalam kajian ini data yang dikumpul melalui soal selidik akan diproses dan dianalisis dengan menggunakan program SPSS ( Statistical Packages For Social Science) for MS Windows. v. Pejabat Pelajaran Daerah dan pengetua sekolah berkenaan. Sebelum kajian ini dijalankan. Prosidur Pengumpulan Data Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik. penyelidik terlebih dahulu mendapatkan surat kebenaran daripada pihak-pihak tertentu seperti penyelia pengkaji. Selain itu pelajar dan guru juga diberi penerangan mengenai dengan tujuan kajian dan diberi tempoh selama dua hari untuk melengkapkan borang soalselidik dan dikembalikan kepada guru-guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual masing-masing.

Program HLP Sarjana Sesi 2012 1.7 Kepentingan kajian Guru memainkan peranan sebagai pengesan bakat dan potensi pelajar di dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah. membimbing bakat. Bulan 11 12 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 13 14 15 16 17 18 19 20 . kajian ini juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang. disamping dapat membaiki pencapaian pelajar dan melaksankan proses yang betul dalam menghasilkan karya seni halus untuk kertas 3. memberi mereka ruang untuk merebut peluang. 1.8 Rangka Jadual Kerja/ Carta Gantt Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 Tentatif Rangka Jadual Kajian Penyediaan Proposal Bentang Proposal Kemaskini Proposal Perbincangan dengan Penyelia Kemaskini Proposal kali ke-2 Pengumpulan Bahan Bab 1-3 Menulis Kajian Bab 1-3 Perbincangan dengan Penyelia Membentuk soal Selidik Bentang soal selidik kepada Penyelia Kemaskini Soal Selidik kepada Penyelia Bentang soal selidik Kali ke-2 Edar kepada Responden Analisis Data SPSS Perbincangan dengan Penyelia Menyiapkan Tesis Bab 4 Perbincangan dengan Penyelia Menyiapkan Tesis Bab 5 Bil. KRSV bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah di peringkat SPM. Pelaksanaan kajian ini diharapkan dapat mengesan bakat pelajar.

Nasir Ibrahim dan Prof. Kuala Lumpur Jirousek. (2000). 2000. & Stevens.txa. Tanjong Malim : Penerbitan Fakulti Sains Sosial dan Kesenian UPSI. A. .) Instructional Design Theories anmd Models: an overview of thier current status. (1986). Balai Seni Lukis Negara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Collins.L (1983). Razali Arof. Di dalam Reigeluth (Ed. Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual 2000. Pahang Darul Makmur : PTS Publications & Distributors Sdn. Isu Pendidikan Di Malaysia.htm Ibrahim Saad. http://char. Matlamat dan objektif pendidikan seni (visual) untuk sekolah menengah: perlu kajian semula. Ibrahim Hassan. dale. Md. Dewan Bahasa dan Pustaka. Pendidikan Seni Untuk Maktab dan Universiti. Lawrance Earlbaum Associates. Kuala Lumpur. 2003.9 Bibliografi ringkas Iberahim Hassan dan Hassan Mohd Ghazali. Kumpulan Esei Pilihan Pendidikan Seni Dan Muzik. 257-776. Bhd. 1991. Madya Iberahim Hassan. (1995). Design and Visual Thinking. A. A cognitive theory of inquiry teaching.Program HLP Sarjana Sesi 2012 1. Hills.edu/about. Pengantar Kurikulum. J.cornell. Art.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times

Cancel anytime.