You are on page 1of 6

Contoh Rumusan Lengkap 2: Rumuskan punca lambakan barangan tiruan di Malaysia dan langkah mengatasinya.

Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. ____________________________________________________________________ Barang-barang terkenal terutamanya yang berjenama terkenal telah berada di pasaran tempatan sejak beberapa tahun yang lalu. Gejala ini berterusan kerana memiliki barangan berjenama terkenal menjadi idaman kebanyakan orang yang mengutamakan prestij. Namun begitu, bukan semua orang mampu memiliki barangan yang berjenama kerana harganya yang mahal. Untuk memenuhi tuntutan kemahuan tersebut, maka segelintir anggota masyarakat beralih kepada barangan tiruan. Mereka berpendapat mutu barangan ciplak itu tiada bezanya daripada kualiti barangan asli. Penimbunan barangan tiruan itu disokong oleh pasaran globalisasi yang memudahkan barangan berkenaan memasuki negara kita. Barangan tiruan ini biasanya dibawa masuk melalui pintu sempadan dan pelabuhan dalam dua bentuk iaitu, separuh siap atau siap sepenuhnya. Barangan separuh siap akan melalui proses pembungkusan dan pelebelan sebelum memasuki pasaran. Dengan kemudahamn logistik, barangan ini dapat dihantar oleh pengedar ke sesuatu destinasi dengan cepat dan mudah. Pertambahan kontena barangan yang sampai di pelabuhan dan lapangan terbang menjadi satu cabaran kepada pihak berkuasa untuk mengenalpasti isinya. Keadaan ini bertambah rumit apabila para pengimport membuat perisytiharan palsu terhadap barangan itu. Kaedah lain yang digunakan oleh golongan tidak bertanggungjawab ini antaranya adalah melalui penghantaran cepat dengan perkhidmatan bas ekspres atau kereta api. Malah kecanggihan teknologi kini mengizinkan pesanan dan bayaran barangan dibuat melalui talian laman web yang dilayari oleh pelanggan. Modus operandi kegiatan pengedaran dan penjualan barangan tiruan dibuat secara tunai tanpa sebarang resit. Oleh itu, apabila serbuan dibuat ke atas penjual, maka pembekalnya tidak dapat dikesan. Sekalipun dikenali pembekalnya namun penjual tidak berani memaklumkannya kepada pihak berkuasa tentang identiti pembekalnya kerana hal ini membabitkan kegiatan sindiket dan mengancam nyawa mereka. Bagi para pengguna pula, mereka sukar membezakan antara barangan tiruan dengan barangan asli. Lebih-lebih lagi dengan penggunaan mesin canggih yang dapat menghasilkan bahan tiruan yang hampir menyerupai barangan tulen. Pada masa ini, barangan tiruan yang paling banyak di pasaran ialah pakaian, makanan, ubat-ubatan, alat ganti kenderaan, alat komunikasi, cakera optik dan perisian kompeter. Barangan ini laris di pasaran atas kecenderungan sebahagian pengguna yang tidak memperdulikan ketulenannya asalkan barangan itu berjenama dan murah. Penjualan barangan tiruan kian berleluasa kerana dipayungi oleh sindiket besar dengan modal yang banyak. Oleh sebab itulah kita dapati sekalipun barangan itu dirampas hari ini, namun keesokan harinya mereka boleh beroperasi semula kerana sumbernya mempunyai rangkaian perniagaan besar yang boleh bertukar ganti dan stok barangan tersebut mungkin berada di mana-mana sahaja. ____________________________________________________________________

Kesimpulannya. Malahan. kegiatan pengedaran barangan tiruan boleh dibuat secara tunai menyebabkan serbuan dibuat menemui kegagalan. Kebanyakan sesi ceramah yang diadakan kurang menyentuh kaedah pengajaran KOMSAS secara spesifik kepada para guru. Mereka tidak tahu cara untuk mengajarkan mata pelajaran tersebut mengikut cara yang sepatutnya seperti kehendak sukatan pelajaran. Faktor terakhir ialah penjualan barangan tiruan dilindungi oleh sindiket besar. teknologi terkini mengizinkan pesanan dan bayaran dibuat melalui talian laman web. Hal yang demikian menyebabkan para guru tidak berpuas hati terhadap isi ceramah yang disampaikan itu. semua pihak perlu bekerjasama agar masalah pengedaran barang-barang tiruan dapat dibanteras. Lebih malang lagi. Selain itu. Ceramah yang disampaikan lebih ke arah isi kandungan secara melalut-lalut hingga menakut-nakutkan para guru dan pelajar. Walaupun usaha ini adalah wajar tetapi persoalannya yang timbul adalah sejauh manaka kelancaran pelaksanaan pengajaran tersebut? Persoalan ini tidak sewajarnya diremehkan oleh semua pihak. Untuk mengatasinya. apabila sesi ceramah yang diadakan dengan tujuan untuk memudahkan tugas guru tidak menepati kehendak para guru. KOMSAS diajarkan secara semberono dan menyebabkan para pelajar menjadi bingung dengan situasi ini lalu timbullah perasaan bosan terhadap mata pelajaran tersebut. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca kekaburan pelajar terhadap mata pelajaran KOMSAS dan langkah mengatasinya. bukan lagi berisi dengan cerita-cerita fantasi yang dapat menyesatkan pembaca. Punca lambakan barang-barang tiruan di Malaysia ialah golongan yang tidak berkemampuan ingin memiliki barangan berjenama dengan memilih barangan tiruan. . Hal ini demikian kerana ada sesetengah guru yang mengajarkan Komponen Sastera( KOMSAS) dalam Bahasa Melayu masih kabur dengan kaedah pengajaran mereka. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 pata kata. khasnya pihak Kementerian Pelajaran. Situasi ini akan menyemarakkan kekaburan para guru untuk mengajarkan mata pelajaran tersebut. ontoh Latihan rumusan. Hal ini bermakna Kementerian Pelajaran Malaysia sedar bahawa karya sastera berisi dengan nilai-nilai murni. tindakan undang-undang yang tegas dikenakan kepada semua pihak yang terlibat. Niat untuk memupuk minat dan memperkenalkan bahan kesusasteraa Melayu kepada para pelajar bermula dar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima merupakan objektif yang sungguh wajar dan baik. Karya sastera penuh dengan cerita dan teladan yang dapat dijadikan pengajaran. pasaran globalisasi memudahkan barangan tiruan memasuki Malaysia. Faktor lain ialah pengguna sukar membezakan di antara barangan tiruan dengan barangan asli kerana bentuknya yang hampir sama. Sebagai akibatnya. Pada masa yang sama.Contoh Jawapan Rumusan 2: Petikan membincangkan faktor yang menyebabkan lambakan barang-barang tiruan di Malaysia. Masyarakat juga boleh melaporkan jenayah ini kepada pihak berkuasa tanpa rasa takut.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana KOMSAS Perlu Diajarkan Lebih Sistematik. mereka mengajarkan KOMSAS seperti mengajarkan mata pelajaran sastera tulen. 8. 7. Banyak pelajar yang kurang berminat untuk membaca. Hal ini akan memberikan impak dari sudut pencapaian keputusan pepriksaan nanti. malahan merangkumi pelbagai tugasan termasuklah memantau aktiviti kokurikulum. Selain itu. 5. bidang perkeranian.tajuk tertentu saja yang perlu diajar. Mereka sengaja mengajarkan tajuk-tajuk tertentu saja sesuai dengan kefahaman dan kehendak atau nalurinya. para guru tidak dapat menghabiskan sukatan kerana trpaksa menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak jabatan dan kementerian. Malahan ada juga sikap sesetengah guru yang mengambil sikap sambalewa dalam hal ini. Sesetengah guru mengambil sikap sambalewa dalam hal ini. Ada sesetengah pendapat yang menyarankan agar para guru mengajarkan mata pelajaran tersebut secara sistematikdengan menghadirkan diri dalam kursus-kusrsus yang dirancang. Sesetengah guru yang mengajar Kompenan Sastera (KOMSAS ) dalam bahasa Melayu masih kabur dengan kaedah pengajaran mereka. Tegasnya. pihak kementerian haruslah memandang serius tentang hal ini dan mengambil tindakan susulan dengan segera agar kekangan ini dpat ditangani. Sesetenagn penceramah mengesyorkan tajuk. ada para cendiakawan yang mengesyorkan agar guru sastera diberi keutamaan untuk mengajarkan komsas. Oleh itu. Guru sastera yang mengajar komsas melebihi sukatan. Sesi ceramah yang diadakan dengan tujuan untuk memudahkan tugas guru tidak memepati kehendak para guru.Justeru. Walhal. Hal ini demikian kerana terlalu banyak bahan yang hendak diajarkan oleh guru atau dibaca oleh para pelajar.) Isi tersurat ( S ) 1. Tugas. Lebih menghambarkan lagi apabila ada sesetengah penceramah yang mengesyorkan tajuk-tajuk tertentu saja yang perlu diajarkan kerana berkemungkinan keluar dalam peperiksaan sebenar. Masa yang diperuntukkan untuk mengajar Komponen Sastera ( KOMSAS ) tidak mencukupi. Berita Harian. dan bidang perkebunan. 3. Mereka terkapai-kapai dalam pengajaran dan pembelajaran kerana terdesak memenuhi kehendak sukatan pembelajaran dalam masa yang singkat. 4. Cadangan ini memang ada kebaikannya tetapi kekangannya ialah guru tersebut mengajarkan KOMSAS melebihi sukatan yang sepatutnya. 6. 2. Lebih mendukacitakan lagi apabila banyak pelajar kini kurang berminat untuk membaca.Keadaan ini akan bertambah kronik apabila masa yang diperuntukkan tidak mencukupi. semua sedia maklum bahawa tugas para guru bukan setakat mengajar. Pihak guru tidak dapat menghabiskan sukatan kerana terpaksa menghadiri kursus. guru-guru tidak sempat untuk mengajarkan KOMSAS mengikut masa yang telah ditetapkan. .

5. Pelajar perlu menanam minat membaca karya kreatif. Di samping itu. masa yang diperuntukkan tidak mencukupi serta guru sastera mengajar komsas melebihi sukatan. banyak pelajar yang kuran berminat membaca dan sesetengah guru mengambil sikap sambalewa dalam hal ini. Kesimpulannya. 2. Selain itu. Para guru perlu mengubah teknik dan kaedah yang berkesan. Sukatan pelajaran Bahasa Melayu dan komsas perlu disusun semula. CONTOH JAWAPAN RUMUSAN Petikan membincangkan sebab-sebab/ faktor-faktor kekaburan pelajar terhadap mata pelajaran Komponen Sastera ( KOMSAS ) . 3. Antara puncanya ialah sesetengah guru yang mengajar KOMSAS dalam Bahasa Melayu masih kabur dengan kaedah pengajaran mereka dan sesi ceramah yang diadakan dengan tujuan untuk memudahkan tugas guru tidak menepati kehendak para guru. guru perlu lebih kreatif dalam pengajaran KOMSAS agar para pelajar tertarik dengan pengajaran tersebut. Guru – guru yang mengajar Komsas perlu diberi ceremah oleh penceramah yang pakar dalam bidang komsas.ISI TERSIRAT ( T ) 1. (117 patah kata) Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan buruk penggunaan kad kredit dan cara-cara mengawal penggunaan kad kredit. . Para guru tidak seharusnya menganggap pengajaran komsas sebagai satu beban. 4. Antara langkahnya ialah para guru Bahasa Melayu perlu diberi ceramah oleh penceramah yang pakar dalam bidang Komsas danguru-guru tidak seharusnya mengangap pangajaran KOMSAS sebagai satu beban. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

kedua-dua pihak kerugian iaitu pengguna mungkin diisytihar muflis dan institusi kewangan terpaksa melupuskan hutang mereka. Di bawah ini ditunjukkan rangka kasar isi jawapan.Rakyat sentiasa diingatkan supaya bijak menggunakan wang dan mengatur perbelanjaan mereka. Sila buat semakan akan segala prinsip yang telah disarankan. Selain memaparkan iklan di akhbar dan televisyen. banyak yang perlu mereka bayar kepada bank. Rakyat mempunyai kuasa membeli tetapi ada kalanya timbul masalah apabila mereka membeli barang yang tidak perlu atau secara membazir. kad kredit ialah kemudahan pembayaran pendahuluan iaitu beli dahulu dan bayar kemudian. Kempen dan perang harga yang dilancarkan oleh syarikat pengeluar dan pasar raya ada ketikanya membangkitkan keghairahan pemegang kad kredit untuk berbelanja. Keadaan menjadi lebih meruncing dengan penggunaan kad kredit yang tidak terkawal. Statistik tahun 2005 menunjukkan bahawa rakyat Malaysia membelanjakan RM45. 2006) Kaedah menulis rumusan telah dihuraikan dalam "posting" terdahulu. Salah satu ciri masyarakat maju ialah kemampuan membuat pertimbangan dan keputusan terhadap baik buruk sesuatu perkara. kini sudah banyak syarikat mengedar risalah 'potongan harga' dan 'harga runtuh' dari rumah ke rumah. 15 April. bukan untuk bermegah dan boros. Dalam hal ini. Harus diingat. Kecenderungan berhutang yang keterlaluan dan kes mahkamah yang membabitkan pemegang kad kredit boleh menjejaskan imej negara yang cuba bersaing sebagai pusat kewangan serantau.2 ribu juta menerusi kad kredit. Kelonggaran syarat pemilikan kad kredit meningkatkan jumlah pemegang "wang plastik" itu. khususnya pengguna muda. contohnya kos perhubungan dan guaman. Bank Negara memberi amaran bahawa sudah wujud semacam pergantungan generasi muda terhadap kad kredit dalam melayan kehendak diri yang tiada berkesudahan. iaitu meningkat 13.9 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya. bukan mencetuskan masalah-masalah lain. Berita Harian. Kad kredit seharusnya kekal sebagai kemudahan untuk berbelanja. Kegagalan melangsaikan hutang kad kredit tentunya membebankan institusi kewangan yang berkenaan. P mewakili . Pemegang kad kredit tidak terkecuali dalam hal ini. (Diubahsuaikan daripada Kad Kredit Bukan Sumber Berbelanja Besar oleh Zainuddin Ayip. Jika pemegang kad kredit berbelanja besar. Orang ramai seharusnya menggunakan kad kredit dengan penuh berhemah agar mereka tidak menghadapi beban hutang yang boleh menjurus ke arah muflis. Kad kredit seakan-akan menjadi lesen untuk tunduk kepada nafsu kebendaan sehinggakan konsep pengguna rasional ditolak ke tepi.

2 2 2 2 2 2 Nota: jumlah perkataan setakat 120 patah sahaja : maksimum S = 12 markah.. maksimum T = 12 markah. K = Kesimpulan. Jawapan penuh hendaklah dibuat dalam format karangan biasa (dicadangkan empat perenggan). 2 P S 1 2 3 4 5 6 7 8 T 1 2 3 4 5 K Petikan tentang isu / kemudahan berbelanja dengan kad kredit (Orang ramai menghadapi) beban hutang (yang boleh menjurus ke arah muflis) Banyak yang perlu dibayar kepada bank Pergantungan generasi muda (terhadap kad kredit) Konsep pengguna rasional ditolak ke tepi / tunduk kepada nafsu kebendaan Membebankan institusi kewangan / beban kos perhubungan dan guaman Pengguna mungkin diisytihar muflis Institusi kewangan terpaksa melupuskan hutang Menjejaskan imej negara 2 2 2 2 2 2 2 2 Pendidikan pengguna (formal) / kempen ) Peranan persatuan pengguna ) Amalan kesederhanaan / pengguna berpengetahuan ) contoh / huraian diterima Kelayakan pemegang kad diperketat / kawalan kelulusan kad ) (ikut payung generalisasi) Etika perniagaan / pengiklanan ) Masyarakat pengguna yang matang perlu diwujudkan supaya penggunaan kad kredit hanya menjurus kepada kesejahteraan hidup mereka. maksimum S + T = 16 markah . Selamat mencuba. S = Isi Tersurat. T = isi Tersurat..pendahuluan.