You are on page 1of 12

TAJUK : HUBUNGKAIT ETNISITI DAN EKONOMI ZAMAN KOLONIAL BRITISH PENGERTIAN ETNISITI Etnisiti berasal dari perkataan Etnik

. Etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Etnik dikelaskan melalui perbezaan budaya yang dicirikan seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, nilai estetika, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Jika dikaji secara mendalam, bolehlah dikatakan etnik adalah suatu konsep mengkategorikan kelompok manusia berasaskan kepada sistem kehidupan yang diamalkan oleh sesuatu kelompok manusia. Konsep etnik membentuk konsep etnisiti. Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Sebagai kesimpulannya, konsep etnisiti adalah perasaan kendiri yang lahir dari dalam diri individu yang membentuk perasaan kekitaan, persamaan di kalangan kelompok akibat daripada persamaan ciri-ciri budaya yang akhirnya membentuk suatu yang bersifat kolektif kepada kelompok itu. Kunci utama bagi konsep etnisiti adalah unsur-unsur persamaan yang wujud akibat daripada ciri-ciri budaya yang menerbitkan perasaan kekitaan, semangat penyatuan dan pengukuhan secara kendiri dalam sesuatu kelompok etnik. Dalam pengertian yang mudah, Etnisiti ialah hubungan yang harmoni antara etnik yang pelbagai dalam konteks negara bangsa yang mampu menjamin kesuburan ekonomi dan politik yang bertunjangkan kesatuan sosial. SEJARAH KELAHIRAN ETNIK DI MALAYSIA Tanah Melayu yang merupakan sebuah tempat tumpuan pengembaraan, pelayaran dan pusat perdagangan tentunya pernah menjadi satu tempat persinggahan dan penempatan bagi orang-orang daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul.Justeru konsep percampuran populasi bukanlah merupakan satu fenomena baru dan asing di Malaysia. Kebanyakan ahli sejarah dan antropologi sosial bersetuju bahawa struktur susunan ras etnik dan corak penempatan penduduk masa kini telah ditentukan pada zaman perkembangan kolonial dan eksploitasi orang British di Semenanjung Malaysia.

Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India. mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786. Antara tahun itu. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu. Hal ini kerana. terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera. menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada luar. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Aspek demografi tidak hanya memperlihatkan betapa uniknya masyarakat Malaysia dari segi komposisi etnik tetapi turut mewarnai wajah sosiobudaya. perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun. Sebelum abad ke-18. Selain itu. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama. orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Pada awal abad ke-18. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Oleh itu. ekonomi dan politik masa kini di Semenanjung Malaysia. penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat. tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Aspek demografi merupakan perkara yang penting dalam mencorakkan kemajmukan masyarakat Malaysia.Dalam tahun 1786 hingga 1914 merupakan zaman paling penting dalam menentukan pola-pola etnik. masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Cina dan India sebagai komponen utamanya. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah . demografi politik dan proses politik di Malaysia. Indonesia.

Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka. Pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Namun. Bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Celebes. Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Minang dan Banjar.. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Bugis. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negerinegeri Melayu. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu. Selain migran daripada negara China dan India. Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20an. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon.Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa. bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Kalimantan (Banjarmasin). Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa. Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan . Tanah Melayu.

Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang. kaum Melayu. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk. . konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman. Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab.mereka. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga. berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. kelompok Syed dan lain-lain. Hari ini. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosioekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok. yang mana kaum Cina merangkumi 25 peratus populasi. bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya. maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan. Kaum Cina pula adalah kumpulan etnik kedua terbesar. Melayu-India. Melayu-Cina dan lain-lain. jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu. bukan garisan kelas. ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Di Malaysia. sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka. amalan. kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini. Setelah kemasukan migran daripada luar. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada pendatang ke negara ini pada kurun ke-19. Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanah air di Johor.

HUBUNGKAIT ETNISITI DAN EKONOMI ZAMAN KOLONIAL BRITISH Zaman penjajahan British seringkali diungkapkan sebagai era pembangunan ekonomi Tanah Melayu yang begitu drastik dan pesat sekali. Ini menyaksikan perkembangan Pulau Pinang sebagai sebuah pelabuhan bebas dan kebanjiran ramai pedagang asing termasuk dari India (pedagang Chulia) dan Cina. mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil. British memang menggalakkan kehadiran pekerja-pekerja dari India dan China untuk menjadi sumber tenaga manusia dalam kegiatan perladangan getah dan perlombongan bijih timah. Zaman pertapakan kuasa Inggeris di Tanah Melayu bermula pada akhir abad ke-18 dengan penguasaan Pulau Pinang pada 1786. Orang-orang Jawa digalakkan untuk menjadi buruh di Tanah Melayu menerusi Sistem Shikh. Selain daripada orang Cina dan India. luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. masyarakat imigran ini merupakan faktor penting yang membolehkan penampungan keperluan kolonial dari segi tenaga buruh. makanan pedas dan pakaian sari yang mewah. Hampir kesemua kapitan Cina menjalinkan hubungan yang baik dengan British. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India yang berbahasa Tamil. sama ada pada peringkat yang kurang mahir atau peringkat pentadbiran rendah dan juga penyaluran modal-modal daripada masyarakat perdagangan Negeri-Negeri Selat ke Tanah Melayu. Kebanyakan beragama Hindu. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik. yang membolehkan orang Jawa yang bekerja dapat mengerjakan ibadah haji di Mekah. kaum India merangkumi 10 peratus populasi. Hakikatnya. Dasar British ini telah meningkatkan status ekonomi kaum Cina berbanding kaum lain. Walau bagaimanapun penglibatan orang Cina dalam ekonomi Negeri-negeri Melayu membawa kepada kerjasama ekonomi . Menerusi dasar ini. Hal ini berkait rapat dengan Dasar Ekonomi British yang mengamalkan dasar imigrasi yang longgar. Kontrak ini menyebabkan mereka mesti berkhidmat kepada syarikat-syarikat yang tertentu. orang Jawa juga memang digalakkan oleh British untuk menjadi buruh dalam sektor pertanian dan perladangan. Kemajuan Pulau Pinang pada abad ke-18 sebahagiannya disumbangkan oleh pedagang Chulia.Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini. yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu.

seorang ketua Cina yang dipanggil Kangcu atau raja sungai ditempatkan untuk mengawal setiap batang sungai di tempat ladang-ladang terbuka. Kebanyakan mereka terlibat dalam bidang perubatan dan undang-undang. Perak. seperti di Ampang. Di Johor. Negeri Sembilan. Dalam konteks Kuala Lumpur. orang Arab juga merupakan penduduk minoriti tetapi cukup berpengaruh dalam sejarah negara. manakala yang ditonjolkan ialah Yap Ah Loy. dan di Larut. Menjelang tahun 1870. Nama Abdullah Hukum dikesampingkan. pada tahun 1873 terdapat seramai 40. Temenggong Ibrahim menggalakkan orang Cina membuka tanah untuk mengusahakan tanaman lada dan gambir. bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong telah mencecah hampir 10. Kerjasama antara saudagar Cina dan Melayu di Selangor bermula pada tahun 1846 iaitu pada zaman pemerintahan Raja Jumaat (1840-1854). kerjasama telah mulai wujud di antara Cina dan Melayu di Johor. Satu fakta menunjukkan melalui Sistem Kangcu. . orang Melayu adalah pengasas kepada pembukaan kota ini dan merupakan golongan peniaga dan pedagang yang aktif.000 orang. Johor dan Negeri Sembilan. kehadiran orang Cina ke Tanah Melayu menyamai dengan buruh-buruh Cina yang terlibat dalam kegiatan perlombongan. Temenggong Johor.000 orang. Kawasan-kawasan lombong bijih timah di Kuala Lumpur. Begitu juga di Johor Bahru. penempatan-penempatan baru masyarakat Cina telah dibuka. sebelum kedatangan orang Cina. buruh-buruh Cina yang datang ke Tanah Melayu bertumpu di tapak-tapak perlombongan awal seperti Lukut dan Sungai Ujong. kesemuanya diuasahakan oleh buruhburuh Cina. Di bawah sistem Kangcu yang diperkenalkan di Johor.antara kaum Melayu dan Cina. nama yang diketengahkan ialah Wong Ah Fook dan Tan Hiok Nee iaitu antara saudagar Kangcu yang terkenal. Kangcu akan menerima surat kuasa dari Temenggong untuk membuka ladang. mengawasi tanaman dan memungut cukai. Sungai Kancing dan Klang di Selangor. Nama-nama seperti Habib Hassan Al-Attas dan Syed Muhammad Al-Sagoff (golongan saudagar) juga sepatutnya diketengahkan. Sesungguhnya. Akibat peluasan kegiatan ekonomi perlombongan. Pada peringkat permulaan. Ini dapat diperhatikan di negeri Selangor. Tokoh-tokoh orang India juga tidak kurang handalnya.

landasan keretapi. British cuba untuk menarik sokongan Raja-raja dan orang Melayu keseluruhannya. Statistik menunjukkan pada tahun 1894. Justeru itu. Pada awalnya banyak pihak memuji-muji tindakan British untuk tidak mencampuri urusan agama dan adat istiadat Melayu. tetapi berusaha dengan penuh muslihat untuk mengekalkan mereka sebagai golongan hamba dan mempunyai status sosial yang paling rendah. terdapat kira-kira 210. Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa kehadiran orang Cina ke Tanah Melayu juga disebabkan oleh kegiatan pertanian. Pada tahun tersebut. British cuba mengekalkan status quo bangsa Melayu sebagai petani dan nelayan. Dalam perspektif ekonomi dan pembangunan.000 orang. menghasilkan penulisan berjudul The Real Malay dan The Malay Sketchyang merendahkan martabat dan tamadun orang . peranan pemerintah Melayu ini telah diambil alih oleh British dan orang Cina kini boleh melangkaui (bypass) pemerintah Melayu untuk berurusan dengan pentadbir British. Hal ini tidak sukar untuk difahami. Dari segi politik. Kaum Cina kekal sebagai komuniti yang berdikari dan mampu berdiri sendiri. berbanding dengan 20 buah kedai sahaja pada tahun 1874. Namun bila British mula mencampuri pentadbiran negeri-negeri Melayu. Residen British di Selangor.000 orang Cina di Johor yang terlibat dalam pekerjaan menanam gambir dan lada hitam. British mempunyai muslihat untuk membiarkan orang Melayu dalam keadaan tradisi. Dalam tahun 1883. terdapat seramai 97 orang Kangcu yang mengendalikan 97 kawasan gambir-lada. menegaskan bahawa kehadiran mereka bukan untuk menjajah. British mengekalkan institusi kesultanan dan sistem pembesar. miskin dan ketinggalan. Kaum Cina juga ada yang bekerja sebagai kontraktor pembuat jalan. Sebenarnya. Keseluruhan penduduk Johor ketika itu ialah 300. Ini berikutan dasar pendidikan British yang tidak berusaha untuk membangunkan orang Melayu. Mereka juga menjadi orang tengah dalam perniagaan. Sikap kebencian penjajah British terhadap orang Melayu terbongkar apabila Frank Swettenham.Terdapat suatu perangkaan yang menunjukkan antara tahun 1855-1862. Perkembangan dan pertambahan perangkaan tersebut menjadikan Johor sebagai pengeluar komoditi gambir dan lada yang terbesar di dunia. terdapat kira-kira 70. terdapat 137 buah firma atau kedai yang mengendalikan urusniaga gambir-lada. sebagai peniaga runcit dan pekedai.000 orang Cina yang bekerja dalam Sistem Kangcu.

Pada akhir abad ke-18 buruh-buruh India mulai datang dan menetap di Negerinegeri Selat. Iranun. Keadaan di Sabah dan Sarawak mengalami perubahan dari segi pola kegiatan ekonomi yang agak sama. banyak pengkaji sejarah terutamanya penulis Barat yang menganggap abad ke-19 sebagai episod zaman kemunduran (decadent) bangsa Melayu. Orang-orang Cina yang datang ke negeri-negeri ini semasa pemerintahan British di sini membuat penempatan kecil di kawasan strategik dan membuka pusat-pusat perniagaan kecil yang akhirnya menjadi pekan. Sementara itu penduduk pribumi pula berada di kawasan-kawasan pantai yang mengusahakan aktiviti perikanan. Rungus. Iban dan Melanau pula mengusahakan pertanian dan penternakan. mengamalkan ekonomi sara diri dan pindah randah serta tidak bertamadun. sebaliknya menobatkan zaman keagungan British di Tanah Melayu “The British-Malaya”. Bilangan buruh India ketika ini amat kecil tetapi ia bertambah pada penghujung abad ke-19. ramai orang India yang direkrut dalam sektor keselamatan Negeri-negeri Melayu (NNM) seperti Malay States Guides. Di Sabah dan Sarawak. Orang-orang Dusun. negeri Sembilan dan Selangor. Kadazan. Murut. Selepas itu. pola ekonomi tidak menimbulkan krisis hubungan etnik seperti di Semenanjung Malaysia. Ini didominasikan oleh orang-orang Melayu Brunei. Bajau. Mereka mulai bekerja sebagai peladang-peladang kopi dan tebu di Seberang Perai. kaum India menambahkan jumlah pekerja-pekarja mereka di kawasankawasan penanaman getah di Perak. Dari tahun 1900 . Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an. Ada yang datang sebagai pegawai polis. Ada juga pedagang India yang terlibat dalam perniagaan di Negeri-negeri Selat. bandar dan bandaraya. Suluk. Oleh kerana itu. Selepas pengenalan sistem Residen di Negeri-negeri Melayu pada 1874. Masyarakat Sabah dan Sarawak saling memahami peranan mereka masing-masing. Orang Melayu digambarkan sebagai bangsa yang primitif.Melayu. Kebanyakan buruh India datang dari Selatan India. polis dan juga dalam pembinaan jalan dan landasan keretapi. tentera dan pesalah yang dibawa dari India untuk bekerja sebagai buruh dalam Jabatan Kerja Raya. Pulau Pinang. Melayu Sarawak dan Bugis. Justeru itulah kehadiran British dikatakan mempunyai tanggungjawab yang cukup besar untuk mentamadunkan bangsa Melayu menerusi gagasan “the white man‟s burden”.

jambatan dan bangunan-bangunan kerajaan. Kedudukan ekonomi Cina telah cuba dipulihkan pada zaman Darurat (1948-1960) iaitu apabila berlaku ancaman komunis. Ini adalah berasaskan hubungan orang Melayu golongan peminjam wang India (Chettiar). Kerajaan telah mendirikan kawasan penempatan baru yang dikenali sebagai “kampung-kampung baru” (New Villages) di bawah rancangan Briggs.000 buruh India berhijrah ke Tanah Melayu.000 buruh India telah berhijrah ke Tanah Melayu.hingga 10 tahun kemudiannya. 1948-1960. Konflik ini berlanjutan sehingga sekian lama. landasan kereta api. tuntutan pekerja bertambah dan ramai buruh India telah menyertai kesatuan sekerja anjuran anjuran Parti Komunis India. Sementara itu. Kedudukan ekonomi orang India amat teruk pada zaman pendudukan Jepun. Ramai yang telah dibawa ke sempadan negeri Thai untuk membina landasan keretapi maut. Berdasarkan kemajuan ekonomi yang dialami oleh . Kumpulan yang dipaksa adalah terdiri dari banduan atau tawanan yang bekerja membina jalan-jalan raya. buruh India telah menuntut supaya mereka diberikan upah yang sama dengan buruh Cina. Kaum India pula menyumbangkan tenaga yang besar dalam sektor perladangan dan sebilangan kecil dalam pentadbiran dan sebagai buruh kasar dalam sektor perladangan dan perlombongan. hubungan orang-orang Melayu dengan India dari sudut ekonomi agak baik pada awal abad ke-20. Di sudut lain. bekalan kemudahan asas dan perlantikan guru sekolah di estet. khususnya kaum Cina dalam ekonomi milik British. Pada Mei 1947. Pada zaman Darurat. Buruh-buruh India telah datang kenegara ini samaada secara paksaan atau sukarela. Angka tersebut telah berlipat ganda kemudiannya. pada awal abad ke-20 kaum Cina menjadi pemilik utama lombonglombong utama dan hanya pada 1930-an dengan peningkatan penggunaan teknologi. Kebanyakan orang Melayu pula adalah di luar bandar dan mereka yang berpendidikan bekerja makan gaji dalam sektor pentadbiran kerajaan. Abad ke-20 adalah era yang menyaksikan perkembangan pesat ekonomi Tanah Melayu dan penglibatan bukan Melayu. Tuntutan-tuntutan lain adalah tempat kerja yang selesa. seramai 48. Hubungan ini menjadi renggang pada 1930-an apabila orang India membuat tuntutan politik supaya mereka diberikan lebih banyak keistimewaan. bangsa Eropah mula mengambilalih dominasi orang Cina dalam sektor ini. iaitu antara tahun 1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 98.

Mereka mula kehilangan hak untuk menikmati pembangunan ekonomi dan pembangunan pendidikan. perniagaan dan pendidikan. Manakala kawasan-kawasan pedalaman yang majoritinya didiami oleh orang Melayu dan India terus ditinggalkan dan terpinggir daripada arus perdana pembangunan. Pada tahun 1947.ketiga-tiga kaum pada abad ke-20. yang tidak „mengusik‟ ekologi penempatan asal orang Melayu. Apabila pihak penjajah memperkenalkan penanaman getah secara di bandar tertumpu di negeri Perak. Jelasnya pembukaan kota-kota kolonial ini mempunyai kepentingan ekonomi British untuk membangunkan dan memajukan kegiatan perlombongan. sedangkan Cina mewakili 54% dan India 39%. hanya 14% orang Melayu menetap di bandar. termasuklah rangkaian jalanraya. jalan keretapi dan perhubungan telekomunikasi. Ia mengakibatkan berlaku konflik yang agak rumit dan membawa kepada polarisasi kaum dan kemerosotan perpaduan. satu kawasan petempatan baru. Justeru itu. hanya kawasan yang kaya dengan hasil bumi dibangunkan seperti Taiping dan Ipoh di Perak. Orang Melayu pula tertumpu di kawasan luar bandar yang berkait dengan pertanian sebagai contoh di kawasan pantai barat. pembangunan kota ini hanya menguntungkan orang Cina dan sedikit orang Inggeris. Dalam pada itu. Pembukaan kota-kota besar ini adalah merupakan perancangan kolonial yang dibuat secara intensif dan teratur. Kehidupan ekonomi mereka cukup dinamik dan begitu responsif dengan dasar-dasar ekonomi British. Secara tidak langsung. Hal-hal berkaitan dengan peluang melibatkan diri dalam sektor pentadbiran dan politik diketepikan sama sekali. Melayu dan India. Selangor dan Negeri . pusat-pusat pentadbiran tradisional mulai kehilangan fungsi dan peranan. Kedudukan bangsa Melayu bukanlah statik sepertimana yang digambarkan. Kuala Lumpur dan Klang di Selangor dan Seremban di Negeri Sembilan. Proses perbandaran ini turut dilengkapi dengan pelbagai pembangunan infrastruktur. amat jelas konsentrasi ketiga-tiga kaum ini juga berbeza. Para penduduk mula berhijrah ke kawasan-kawasan bandar baru yang merupakan pusat kegiatan ekonomi. Zaman penjajahan British telah membangunkan kawasan perbandaran. Trengganu dan Perlis. Kaum Cina juga mewakili separuh dari penduduk bandar semua negeri Semenanjung kecuali Kelantan. Kaum India sebahagian besar tinggal di luar bandar dan mereka yang menetap Sembilan.

apabila mereka menghasilkan hasil pertanian dan barangan makanan yang kemudiannya dipasarkan di kawasan-kawasan bandar. sekaligus menguasai kegiatan ekonomi dan perdagangan.besar-besaran. Sebagai contoh. hubungan etnik di Malaysia menjadi sangat kompleks. Hal ini disebabkan Seberang Perai yang majoriti penduduknya berbangsa Melayu mengusahakan secara meluas kegiatan pertanian dan barangan makanan. Tidak cukup dengan pembuktian tersebut. bukan sahaja di dalam negara malah di seluruh kepulauan Nusantara. bukankah pembangunan pesat George Town di Pulau Pinang sebagai pusat perbandaran dan pelabuhan mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan Seberang Perai. fakta sejarah menunjukkan bahawa orang Melayu adalah merupakan golongan pedagang yang paling aktif. Hakikatnya orang Melayu juga memainkan peranan yang tidak kurang penting. . orang Melayu juga berbuat demikian tetapi dengan saiz kecil yang dikenali sebagai kebun kecil. Walaupun semua etnik memainkan peranan masing-masing dalam membangunkan ekonomi Tanah Melayu. yang pada akhirnya berusaha untuk menguasai rantau ini. politik dan tanah jajahan serta memecahbelahkan perpaduan kaum di seluruh negara. tetapi hampir semuanya adalah untuk kepentingan kolonial British. Adakalanya membawa kepada tragedi yang tidak diingini. Kegiatan perdagangan yang cukup rancak ini menimbulkan rasa tidak senang di kalangan penjajah. Mereka mula menggantikan penanaman padi dan dusun buahbuahan. KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya. Hakikatnya. Keadaan yang sama berlaku. pengasasan dan pembentukan kerajaan-kerajaan tradisional di rantau ini hampir kesemuanya berteraskan kerajaan kelautan (maritime). Bukan sahaja orang-orang Cina yang bertukar daripada pelombong kepada peniaga. yang kebanyakannya mendiami kawasan-kawasan bandar. apabila proses perbandaran mula berkembang. Etnisiti dan perkembangan ekonomi di Malaysia zaman ini banyak dipengaruhi oleh faktor pemerintahan dan dasar yang dibuat oleh British. Akibatnya. Hanya sedikit sahaja digunakan untuk membangunkan Tanah Melayu. semasa pemerintahan kolonial British. Kini. Malaysia terutamanya Semenanjung Tanah Melayu telah mula melalui banyak perubahan dari segi pembangunan ekonomi dan telah memberikan pengaruh kepada hubungan etnik serta kualiti hidup mereka.

Pulau Pinang: Pusat Penyelidikan Dasar.apa yang penting ialah kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab hendaklah memainkan peranan masing-masing ke arah meningkatkan lagi kemajuan diri dan ekonomi negara serta sedia bersaing dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini dengan cara yang sihat di samping memelihara hubungan etnik di Malaysia agar kemakmuran dan keamanan negara dapat dikecapi dan terus terpelihara. Modul Hubungan Etnik. 1987. Hubungan Etnik. 1992.html http://www.) Kaum.com/2011/09/definisi-etnik-etnisiti-dan.com/2012/03/masyarakat-majmuk. http://mindaremaja-al-amin.html http://www.slideshare. Kuala Lumpur: Pustaka Dimensi. Ting Chew Peh.Modul Hubungan Etnik. Shamsul (pnty. 2006. Husin Ali (pnyt. Kelas dan Pembangunan Malaysia. S. Shah Alam: Penerbit UiTM.html http://saiminginsariipkent. Universiti Kebangsaan Malaysia.blogspot.html . RUJUKAN Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Bangi: Pusat Pengajian Umum. 2007.blogspot.com/2009/02/pembangunan-ekonomi-dan-hubunganetnik. hlm 43-61. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). Asas Hubungan Etnik. 2007. Universiti Sains Malaysia.blogspot.). Nazri Muslim dan Nasruddin Yunos. Wan Halim Othman.com/2010/07/hubungan-etnik-di-malaysia. Dlm. 1984.blogspot. Sanusi. Hubungan Ras dan Etnik: Suatu Pengantar. Ikatan Etnik dan Kelas.com/doc/69261529/KONSEP-ETNIK http://ariedrifke.net/fatiahyusoff/zaman-pluralistik-dan-zaman-penjajahan http://norainiaziz-permataku.scribd. Kuala Lumpur : PersatuanSains Sosial Malaysia.