Suamiku Vampire ❦ 15

3
ujuh tahun berlalu, namun ia sedikit pun tidak memberi kesan pada hati Danish. Dia masih meneruskan kegiatannya yang suka membuli, mencari perempuan yang cantik. Cuma yang berubah ialah sikapnya pada perniagaan yang menunjukkan peningkatan. Danish mengenakan kemeja hitam, kot hitam, seluar slek hitam, kasut hitam. Semuanya hitam kecuali tali leher sahaja yang berwarna merah. Itulah warna kegilaan Danish. Hitam dan merah melambangkan vampirenya. Boleh dikatakan kesemua barang kepunyaan Danish, pasti ada warna hitam dan merah. Semuanya ditempah eksklusif. Danish memiliki wajah yang kacak, hidung mancung dan serba sempurna. Bibirnya merah bersih, sama sekali tidak pernah menjamah rokok. Setiap perempuan yang memandangnya, pasti akan jatuh cinta. Tiada wanita yang terkecuali.

t

“Gigi akan jadi hitam, bibir hitam. Walaupun saya mengemari warna hitam, tetapi saya tidak akan membiarkan kekacakan saya rosak disebabkan rokok. Tiada faedahnya. Membazir duit lagi adalah.” Tergelak Danish apabila teringat sesi soal jawab bersama para wartawan minggu lalu. “Bos, ni airnya,” ujar Novela, setiausaha Danish, sambil meletakkan secawan air di meja Danish. “Vela, thanks.” “Welcome boss!” kata Novela sambil berlalu. Danish meneguk air teh tersebut. Manis! Minah ni kalau buat air, tak pernah nak sedap. Macam kapal gula pecah aje. Danish mengeluarkan telefon bimbit klasik yang berada di dalam lacinya. Ingatannya bertaut pada Lidya, perempuan yang pernah diganggunya dulu. Lambatlambat terlukis senyuman di bibirnya. Terima kasih kerana menenangkan hatiku yang sedih dengan apa yang berlaku dalam keluarga aku, bisik hati Danish. “Jom, lunch,” ajak Nana yang tiba-tiba muncul di hadapan Danish. Danish mempamerkan senyuman mesra. Hakikatnya, hanya hati saja yang tahu.“Jom!” Tanpa banyak soal, Danish menghampiri Nana dan langkah diatur menuju ke tempat letak kereta. “I love you, honey,” bisik Danish melunakkan hati Nana. Nana sudah tersenyum senang. Wajah Danish dipandangnya dalam-dalam sehinggalah mereka berdua memboloskan diri ke dalam kereta milik Danish. “Why do you love me, Danish?” soal Nana gedik. Danish memandang leher Nana. Imannya mula

16 ❦ Ria Natsumi

goyah. Entah kenapa, dia memang sukakan leher perempuan sejak kecil. “Danish, I tanya you ni…Why do you love me, Danish?” “Because of you. You’re beautiful, sexy and intelligent,” puji Danish. “So, do you want to marry me?” soal Nana lagi. Kahwin? Oh, no! Belum tiba masanya lagi. Aku belum puas lagi dengan apa yang aku buat. Kalau betul aku nak kahwin sekalipun, bukan dengan perempuan begini, bisik hati Danish. Dibiar sahaja soalan itu. Danish membawa Nana ke pusat beli-belah. Membuatkan Nana lupa apa yang disoalnya sebentar tadi. Perempuan tetap perempuan. Danish dan Nana memasuki sebuah kedai pakaian. Dia leka di bahagian pakaian lelaki dan membiarkan Nana memilih sendiri pakaian yang dia mahu. “Lidya Alya…” panggil satu suara. Danish terkejut kerana dia tahu sangat nama tersebut. Dia memerhati empunya nama sambil membuka cermin mata hitamnya. “Ya! Kejap, saya nak pilih jubah ini,” kata perempuan yang dipanggil Lidya Alya tadi. Mata Danish tidak lepas daripada memandang si empunya nama. Cantik. Hatinya berdebar-debar. Perasaan ini timbul apabila dia bersama dengan Lidya buat pertama kali tujuh tahun yang lalu. danish kini berada di rumah. Selepas waktu asar, biasanya merupakan waktu rehat baginya. Tubuhnya memerlukan tenaga selepas seharian bekerja di pejabat. Adiknya, Damia Eryna sedang asyik membaca di halaman rumah yang tersergam indah.

Suamiku Vampire ❦ 17

“Tak ada kerja lainlah tu, asyik baca Ujang aje…” ujar Danish mengusik adiknya sambil mengintai rumah LA, kucing kesayangannya. “Along ini, buat lawak antarabangsa pula. Suka hati Mialah. Baik along naik atas dan tidur,” kata Damia. Dia meneruskan pembacaannya sambil ketawa terbahakbahak. “Sudahlah tu Mia. Kang orang kata anak perempuan mama yang seorang ini gila pula. Kalau nak baca sangat buku tu, pergi baca dalam bilik kamu,” arah Datin Erni. Damia buat muka tidak puas hati. Dia bangun dan melangkah menuju ke biliknya. Dia tidak mahu mamanya menyuarakan arahan yang tidak memberinya kata dua. Memandangkan dia akan mula bekerja mulai minggu depan, dia mahu berehat sepuasnya kali ini. Tidak mahu arahan mamanya nanti membuatkan waktu rehatnya terencat. Danish tersenyum kemenangan. Wajah cemberut adiknya, dipandang tanpa perasaan. Datin Erni yang sedari tadi jadi pemerhati, hanya menggeleng kepala melihat sikap anak-anaknya. Susuk tubuh anak gadisnya dihantar dengan pandangan mata. Dia bingkas bangun dan menuju ke dapur. Dibiarkan Danish duduk sendiri di ruangan itu. Danish membelek telefon bimbitnya demi melihat wajah seorang gadis yang sering dirinduinya saban hari.Wajah yang lembut, suara yang merdu dan rambut yang panjang, cukup memikat hatinya. “Rindunya aku pada kau…” Danish bersuara perlahan. “Jawapan apa ni? Sama sahaja maksudnya. Jawapan saya C. Tak! Saya tak suka awak. Ingat awak kacak ke? Kaya ke? Yang kaya itu ayah awak, bukan awak. Jangan

18 ❦ Ria Natsumi

perasan! Kalau awak mahu berlagak dengan duit ayah awak, saya tak peduli itu semua. Macam ini ke lelaki yang saya nak suka? Berlagak, kaki perempuan, pembuli. Awak ingat saya pelajar baru, saya tak tahu apaapa tentang awak.” Kata-kata itu bermain-main di telinga Danish. Peristiwa itu tidak akan pernah dilupakannya. Bagaimana keadaan Lidya sekarang? Mesti makin cantik. Dah kahwinkah dia? Tak! Aku tetap nak dia jadi milik aku. Sekarang aku dah ada kerjaya sendiri walaupun terpaksa bekerja dengan papa. Dapatkah kita bertemu suatu hari nanti, Lidya? Pelbagai soalan yang bermain di fikiran Danish. Danish mengeluh perlahan. Hatinya resah memikirkan Lidya. Dia bangun dan terus menuju ke bilik mandi. Dia mahu membersihkan dirinya. dEnGan ditemani Nana, Danish menghabiskan masanya dengan terkinja-kinja di kelab malam yang dituju mereka. Nana, tanpa segan silu meneguk air syaitan yang memang ada dijual di situ. Arak. Danish tidak pernah meneguk air itu. Dia datang ke situ bukan untuk minum atau makan. Dia hadir sekadar untuk mencari mangsanya. Hanya untuk bersuka ria. Danish memerhatikan leher beberapa orang gadis yang cantik dan menggoda. Ada seorang gadis seakan termakan umpannya. Dia tersenyum senang. Dia meninggalkan Nana yang tergedik-gedik menari bagaikan manusia hilang akal. Dia memberi isyarat mata agar mereka berdua berjumpa di luar kelab tersebut. Dia membawa perempuan yang bernama Sheila ke tempat

Suamiku Vampire ❦ 19

yang agak jauh daripada pandangan mata orang lain. Mereka berbual dengan mesra. Beberapa ketika berbual, selamba sahaja Sheila mengucup bibir Danish. Bau busuk perempuan ni. Sah-sah minum air haram tu, bisik Danish dalam hati. Hatinya bengkak. Namun, tangannya tetap mengusap leher Sheila, tapi tidak lama kerana seleranya mati. Leher itu bukan leher cita rasanya. Selama ini hanya leher Lidya sahaja yang pernah digigitnya. “Kenapa?” soal Sheila. Pertanyaan Sheila dibiarkan sepi. Danish terus berlalu. Beredar dari situ. danish tersenyum. Sedari tadi diperhatikan susuk tubuh gadis yang berdiri di luar kedai 24 jam KFC. Dipandangnya gerak-geri gadis yang turut melemparkan pandangan ke arahnya. Danish melemparkan senyuman kepada gadis yang sedari tadi menarik minatnya. Gadis itu membalas. Aduh, penasaran dia dibuatnya. Dalam khusyuk memerhati gerak laku gadis yang mencuri pandangannya, tiba-tiba timbul perasaan cemburu dalam diri Danish saat gadis yang menjadi perhatiannya itu berbual mesra dengan seorang lelaki yang menjinjit beberapa beg plastik yang berisi makanan. Perbualan mereka nampaknya begitu mesra. Beberapa ketika memandang tanpa jemu, Danish melihat gadis itu mengikut langkah lelaki yang menjinjit plastik makanan itu. Dirinya terasa hampa. Namun, gadis itu tiba-tiba kembali menoleh ke arahnya dah menghadiahkan senyuman manis buatnya sebelum berlalu pergi.

20 ❦ Ria Natsumi

Senyuman yang mati di bibir Danish tadi, kembali terukir. Lebar. “haris, jom keluar makan,” ajak Danish sebaik talian telefon bersambung. “Aku tengah usha perempuan ini…” “Oi, bertaubatlah! Buah hati yang kau sayang sangat tu nak letak mana?” kata Danish sambil masuk ke dalam kereta mewah miliknya. Entah kenapa, sejak dia terpandang perempuan yang sudah dua kali ditemuinya itu, dirinya bagaikan diberi satu pertunjuk. Tadi, elok saja dia ke masjid, menunaikan solat isyak dalam erti kata sebenar. Sebelum ini, di depan keduadua ibu bapanya pun dia hanya berpura-pura. Tapi, tadi…Dia benar-benar melakukan dengan keikhlasan hatinya.Sehingga dia mampu berjanji untuk membuang semua sikapnya yang tidak baik. Dia mahu mencari keredaan Allah. Syukur, hatinya terbuka juga. “Sarah ya? Dia ada kerja di luar bandar. Dia kan seorang arkitek. Itu yang jauh ke timur melihat tapak pembinaan,” jelas Haris. “Jomlah, temankan aku. Aku belanja kau,” ajak Danish beria-ia. Akhirnya Haris setuju. Setuju dengan ajakan Danish. Beberapa ketika, Haris dan Danish sudah berada di kedai mamak di Ampang. Mereka berbual-bual pelbagai cerita sehinggalah topik perihal Sarah kembali dibuka oleh Danish. “Kau betul-betul serius ke dengan Sarah?” soal Danish yang tidak mahu persoalan yang bermain di mindanya sedari tadi dibiarkan tanpa jawapan. “Mestilah serius. Kenapa kau tanya?” “Kau kan dah tiga kali melamar dia, tapi dia masih

Suamiku Vampire ❦ 21

tolak kau. Apa cerita?” “Entahlah. Alasannya, belum bersedia.” “Tak sedia lagi? Atau ada lelaki lain.” Danish mula membuat andaian sendiri. “Eh, cakap baik-baik sikit kawan…Nampak penumbuk aku?” kata Haris yang sedikit marah dengan apa yang diluahkan Danish. Tapi, jauh di sudut hatinya, dia juga hairan mengapa Sarah masih menolak lamarannya. “Mungkin dia ada alasan tertentu. Bagilah dia masa. Harapnya apa yang aku andaikan tu, tak akan jadi,” ujar Danish mengharap apa yang difikirkannya tidak terjadi. “Harapnyalah…Wei, kau tidur rumah aku ajelah hari ni. Aku duduk sorang,” ajak Haris cuba mengubah topik.Tidak mahu topik dirinya dan Sarah jadi bualan. “Apa motif kau cakap kau duduk seorang aje pada aku. Gay ke?” gurau Danish. Haris menumbuk bahu Danish. Perlahan. “Agakagaklah kawan. Aku masih waraslah. Hati dan naluri lelaki aku hanya untuk perempuan sahaja.” Akhirnya mereka ketawa bersama.

22 ❦ Ria Natsumi