Laporan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah

Pada hari Sabtu, 12 November 2011, Sekolah Kebangsaan Kajang, Selangor telah melangsungkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah. Majlis itu bermula seawal 8.00 pagi dengan kehadiran para ibu bapa yang turut meraikan majlis . Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada muridmurid yang cemerlang dalam bidang akedamik dan kokurikulum. penganugerahan ini juga diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan oleh pengurusi PIBG dan diikuti ucapan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kajang .Tepat pukul 9.30 pagi upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kajang. Dalam ucapan tersebut beliau telah menasihatkan prihatin terhadap pendikan anak-anak.

Beberapa persembahan oleh murid turut dipersembahkan kepada para tetamu. Antara persembahan yang menarik persembahan dikir barat oleh murid tahun 6, petikan gitar oleh murid tahun 6, adik Leong Swee Kee dan persembahan deklamasi sajak oleh ketua murid, saudari Srah Binti Samsudin. Para tetamu terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan. Acara kemuncak ialah upacara penyampaian hadiah kepada murid yang

cemerlang dalam bidang akademik berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun. Muridmurid yang aktif dan cemerlang dalam bidang kokurikulum turut menerima hadiah. Majlis ini berlansung dengan lancar dan meriah sekali. Para jemputan dan tetamu di jemput menikmati juadah sejurus majlis ini berakhir. Diharapkan agar majlis seperti ini menjadi pendorong pada muri-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang.

Disediakan oleh,

________________________________ (Huslin Hakim Bin Halim) Setiausaha Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah, Sekolah Kebangsaan Kajang, Selangor

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful