You are on page 1of 2

KARYA PELAJAR

Rasional Di Sebalik Larangan


PenggunaanTelefon Bimbit
Terhadap Pelajar
Oleh : Loh Khang Sheng (Tingkatan 3 Randa )

Kini, teknologi di dunia ini semakin canggih. Penggunaan teknologi yang


canggih telah membantu manusia untuk melaksanakan pelbagai urusan. Perkembangan
teknologi yang pesat telah menjadikan negara kita semakin maju. Ringkasnya, peralatan
teknologi yang canggih dapat membantu manusia membuat sesuatu kerja yang tidak
termampu dilakukan oleh manusia. Sehubungan itu, pelbagai alat teknologi seperti
komputer, telefon bimbit, satelit dan sebagainya telah dicipta dari semasa ke semasa
untuk kemudahan kita.

Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang
paling biasa digunakan. Hampir semua orang di dunia ini mempunyai sekurang-
kurangnya sebuah telefon bimbit termasuklah murid-murid sekolah rendah. Dengan
adanya telefon bimbit ini, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja walau di mana-mana
pun hatta berada di tempat yang sangat jauh. Selain itu, pengendali telefon bimbit juga
memperkenalkan perkhidmatan mesej pendek(sms). Oleh itu, kita dapat menghantar
berita dengan telefon bimbit, dan bukan lagi menggunakan perkhidmatan pos yang
lambat dan berkos tinggi. Perkhidmatan ini lebih menjimatkan masa dan wang. Oleh itu,
banyak orang menggunakan telefon untuk perkhidmatan ini. Selain itu, kamera serta
pemain muzik juga telah dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga semakin
canggih hingga boleh melayari laman web dan juga menggunakan perkhidmatan 3G yang
dapat menghubungi orang lain dengan menggunakan video dan dapat berjumpa walaupun
di tempat yang jauh. Telefon bimbit juga semakin berfesyen dan bersaiz kecil. Telefon
bimbit dapat dibawa ke mana-mana sahaja asalkan ada rangkaian kerana sangat kecil
susuk badannya.

Dengan alat yang mempunyai fungsi yang banyak, kebanyakan ibu bapa mulai
membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah dihubungi. Oleh itu, kita
dapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon bimbit termasuklah murid-murid
sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit, mereka dapat membuat apa-apa
sahaja serta dapat pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan kemudahan telefon bimbit,
mudah sahaja hendak menghubungi mereka. Akibat daripada ini, banyak murid akan
membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan.

Langkah kerajaan baru-baru ini melarang penggunaan telefon bimbit dalam


kalangan pelajar di sekolah memang mendatangkan kebaikannya. Apabila pelajar-pelajar
membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka akan mengakibatkan banyak hal disiplin
berlaku. Mereka akan menunjuk-nunjukkan telefon yang dibelikan oleh ibu bapa mereka.
Mereka akan saling membandingkan sama ada telefon bimbit siapa yang tercanggih serta
mahal. Akibatnya, sikap materialistik wujud dalam diri pelajar yang masih berusia muda
itu. Selain itu, pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit juga akan berasa tersisih
kerana tidak ada teman berbual seperti kawan lain yang mempunyai telefon bimbit.
Mereka berasa rendah diri dan tidak puas hati dan akhirnya mereka mungkin mencuri

ganos@smjk chung hwa, KB.


KARYA PELAJAR

telefon bimbit orang lain ataupun merampas dan mengakibatkan kes-kes disiplin sekolah.
Telefon bimbit yang mahal juga merupakan tumpuan pencuri untuk mencurinya.
Akibatnya pelajar yang menjadi mangsa akan menganggap ini merupakan tanggungjawab
pihak sekolah. Pihak sekolah pula terpaksa menguruskan kes kecurian sehingga
menyebabkan proses pembelajaran terganggu. Kita harus ingat guru-guru kita sudah
terbeban oleh pelbagai masalah disiplin. Adakah patut kita membebankan mereka pula
dengan beban baharu, iaitu menjadi pegawai penyiasat masalah kecurian telefon bimbit?

Selain itu, pelajar-pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru sedang
mengajar kerana mereka sedang bermain dengan telefon bimbit sendiri. Dengan telefon
bimbit yang canggih atau ‘smartphone’, kita dapat bermain pelbagai jenis permainan.
Pelajar-pelajar tidak dapat menumpukan perhatian dan hanya bermain telefon bimbitnya
sahaja. Selain itu, apabila terdapat deringan telefon bimbit, proses pembelajaran dan
pengajaran akan mengalami gangguan. Pelajar-pelajar juga ber‘sms’ dengan orang lain
semasa pembelajaran dalam kelas dan ini sekali lagi mengabaikan pengajaran guru.
Semasa dalam ujian, pelajar juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghantar
mesej berbentuk jawapan kepada rakan yang lain. Perkara ini adalah amat tidak
berakhlak dan tidak adil terhadap pelajar lain.

Dengan mempunyai telefon bimbit yang canggih, mereka dapat menangkap


gambar serta mendengar lagu kegemaran mereka. Oleh itu, jika sesebuah sekolah
membenarkan pelajar-pelajarnya membawa telefon bimbit, kita dapat memerhatikan
ramai yang menggunakan telefon bimbit masing-masing menangkap gambar orang lain
dan mendengar lagu setiap masa. Gejala seperti ini tidak patut berlaku di sesebuah
sekolah kerana akan menyebabkan masalah disiplin. Selain itu, dengan menggunakan
telefon bimbit, pelajar-pelajar dapat memuat turun gambar-gambar atau klip-klip video
yang tidak senonoh. Mereka akan berkongsi gambar atau klip video tersebut dengan
rakan. Akibatnya, pelajar-pelajar akan syok sendiri dan menyebabkan diri mereka mudah
tepengaruh oleh gejala tidak sihat ini.

Mengikut kajian, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang bunyi


yang akan menjejaskan kesihatan. Tambahan pula kini para pelajar masih dalam proses
tumbesaran. Menurut nasihat doktor lagi, telefon bimbit tidak sesuai digunakan oleh
murid-murid yang berusia muda kerana akan menjejaskan kesihatan mereka. Hakikat ini
haruslah diberikan perhatian oleh setiap pihak. Mencegah itu lebih daripada merawat.
Janganlah apabila kesihatan sudah terjejas, pihak lain pula dipersalahkan sedangkan
mereka sudah diingatkan berkali-kali tentang kesan gelombang telefon itu.

Tuntasnya, langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan


pelajar di sekolah sememangnya merupakan langkah yang bijak. Melalui perbincangan
saya di atas, kita dapat mengetahui impak penggunaan sebuah alat yang canggih ini
terhadap para pelajar. Bagi mengelakkan perkara-perkara berikut berlaku, adalah lebih
baik para pelajar menggunakan telefon bimbit apabila dewasa nanti kerana telefon bimbit
memerlukan kos penggunaan yang tinggi. Akhir sekali, saya menyokong sepenuhnya
langkah mengharamkan penggunaan telefon bimbit oleh pelajar semasa berada di
sekolah.

ganos@smjk chung hwa, KB.