Acik Lana

Bab 1
ANGKAH kaki dilajukan untuk menyaingi langkah gadis kecil molek di sisinya. Sekali-sekala Adara menarik sedikit kain kurung kapas berwarna putih bercorak bunga-bunga kecil berwarna biru yang sudah sedikit pudar warnanya itu. Serba tidak kena mahu melangkah dengan kain yang agak meleret di hujung kaki. Kalau tersilap langkah, dia mungkin mencium simen berkilat itu secara percuma. Percuma dapat malu sekali, memang pakej lengkap! Nafas yang agak mengah ditarik dan dihembus cemas. Kini mereka sudah berada di lobi bangunan dua puluh lima tingkat yang bukan main gah dan canggih. Lampulampu kekuningan yang menerangi ruang bawah yang luas itu tidak ubah seperti berada di hotel mewah. Tidak sempat Adara mahu menghayati keindahan hiasan di situ kerana Husna sudah menarik tangannya memasuki perut lif. Sempatlah jeling-jeling macam tu aje! “Kau janganlah nak menung-menung tak tentu pasal.” Husna menepuk lengan Adara. “Kita dah terlambat ni.

L

1

Kalau Memang Harus Begitu

Sepatutnya pukul lapan setengah tadi kita dah sampai, ni dah lewat sepuluh minit. Mampus!” Husna beriak resah sambil menilik jam tangannya. Kemudian matanya beralih pula ke arah petak kecil di atas pintu lif yang menunjukkan aras tingkat yang sedang mereka lalui. “Sepuluh minit aje pun, takkanlah nak kena marah? Kan jalan jammed tadi...” balas Adara, cuba menyedapkan hati sahabatnya. Kalau Husna takut, dia lagilah takut. Dah rasa lemah lutut nak berdiri tegak ni! Kena pula hari ini ialah hari pertama dia akan bekerja di pejabat Husna, dan melihat riak sahabatnya yang cemas satu macam begini, makin tidak sedap hati dibuatnya. Memang orang dekat Kolumpo macam ni ke ‘fesyen’nya? Sentiasa kelam-kabut mengejar masa? “Kau tak kenal bos aku tu macam mana, kalau lambat seminit pun dah kena pekik tahu tak,” balas Husna sambil meloncat-loncat setempat. Nampak sangat panik tidak tentu arah. Adara mengerutkan kening. Nasib baik cuma mereka di dalam perut lif ini, kalau tidak memang dia tak mengaku member dah ni! Dah macam orang buat warming up nak maraton pun ada. “Nanti kau dah kerja sini lama, kau tahulah perangai Tuan Putra tu macam mana...” sambung Husna lagi. Mata melirik jam di pergelangan tangan, rasa hendak pusing jarum jamnya lima belas minit ke belakang. Tetapi macamlah jam di tangan bos besar dia tu boleh terpusing sekali! Oh, alangkah indahnya jika Doraemon itu benar-benar wujud. Memang dia nak beli sekor simpan dalam laci kat rumah dia tu. Adara gigit bibir saat sebaris nama itu singgah di

2

Acik Lana

telinga. Amboi, nama bos Husna ni Tuan Putra ke? Nama tak nak kalah meletupnya. Hebat sangat ke lelaki tu? Ada ke sama macam putera raja? Mahu bertanyakan Husna, dia rasa macam tidak sesuai pula. Lagi-lagi melihat riak wajah sahabatnya yang macam hendak menangis itu. Saat pintu lif terbuka di tingkat sembilan belas, pantas Husna menarik tangan Adara untuk keluar. Terkialkial Adara mengekori langkah Husna yang macam tidak cukup lantai hendak dipijak. Setelah melewati pintu kaca automatik yang terbuka apabila disentuh dengan kad, Husna membawa Adara masuk ke ruang besar yang dipenuhi dengan kotak-kotak empat segi berwarna biru. Di dalam kotak itu, mata Adara sempat menangkap imej seperti meja sederhana besar lengkap dengan komputer, rak-rak kecil dan juga telefon. Kebanyakannya dihias dengan gambar-gambar peribadi dan hiasan-hiasan ringkas yang lain. Kemudian ada pula kertas-kertas dan fail yang bersusun dan bertaburan di atas meja. Agaknya inilah yang disebut Husna sebagai workstation tu. Tempat pekerja-pekerja di sini membuat kerja mereka. Nampak hebat! Desis hati Adara. Ketika melewati ruang luas itu, mereka bertembung dengan beberapa orang pekerja yang kelihatan mula sibuk mengambil tempat masing-masing. Dalam keadaan terkocohkocoh begitu, Husna sempat memperkenalkannya sambil lalu. Gayanya macam hendak cepat sangat, macam hendak kena tinggal dengan bas ekspres. “Morning, ni kawan I Adara...” ucap Husna berulang kali. Adara pula tidak sempat hendak buka mulut beramah mesra. Mana tidaknya, Husna masih mengheret tangannya entah ke mana. Mahu tidak mahu, dia sekadar

3

Kalau Memang Harus Begitu

menayang sengihan kelat di bibir. Hendak cakap ‘hai’ pun tak sempat! Yalah, orang KL... kan moden, kalau nak sapa cakap ‘hai’ tu memang dah sesuai sangat dah tu. Dia selalu tengok dalam drama betapa canggihnya orang-orang KL ini bercakap. Mata mengerling Husna yang berjalan laju di hadapannya. Sabar ajelah dengan minah ni! Kalau dah panik memang macam ni perangainya. Kelam-kabut tak tentu pasal. Ah, perangai mereka berdua memang tidak jauh berbeza, dua kali lima... sepuluh. Langkah mereka akhirnya terhenti di dalam sebuah bilik sederhana besar itu. Liar mata Adara memerhati. Hendak kata ini dapur, tidak ada pula tempat memasaknya. Cuma ada singki, dua tiga biji cerek, beberapa buah meja dan kerusi, serta balang yang disusun kemas di atas kabinet kayu itu. Berhampiran singki ada pula rak-rak tempat menyusun gelas dan pinggan. Inilah tempat bancuh air tu agaknya, teka hatinya sendiri. “Kak Wati!” laung Husna sedikit kuat. “Ni Husna kenalkan kawan Husna, Adara namanya.” Husna memperkenalkan Adara kepada seorang wanita yang sedang sibuk membancuh air di dalam jag besar. Wanita kecil molek dan bertudung itu menoleh dan tersenyum ke arah mereka. Jag yang baru dituang dengan air panas ditinggalkan seketika untuk menyambut kedatangan orang baharu itu. Salam dihulur dan disambut oleh Adara penuh mesra, senyuman saling berbalas. “Eloklah dah datang, kamu lambat kenapa? Kang Tuan Putra cek tengok kamu takde lagi, teruk kena bambu nanti,” soal Kak Wati dengan kening terangkat sebelah. Husna semakin tidak tentu arah, mula panik

4

Acik Lana

menilik jam di pergelangan tangannya. “Itulah, jammed gila tadi. Tuan Putra dah sampai ke kak?” “Dah sampai dah. Dia, kan memang datang awal, sebelum pukul lapan tadi dia dah sampai...” balas Kak Wati sambil mengacau air di dalam jagnya yang ditinggalkan tadi. “Dah, dah... pergilah tempat kamu tu. Biar Kak Wati ajarkan Adara ni apa dia kena buat.” Husna mengangguk laju sebelum tangannya memegang kedua-dua belah lengan Adara. Nafas ditarik dalam-dalam. Dia perlukan nafas yang cukup bagi menyampaikan amanat panjang lebarnya. “Dara, kau kerja baik-baik tau. Tolong ikut semua yang Kak Wati cakap tu. Lagi pulak kau kena jaga Tuan Singa tu, jadi kau kena buat kerja betul-betul, okey? Kalau tak, dengan aku-aku sekali kena amuk nanti. Kau ingat tu, sebab aku yang adjust kau kerja kat sini. Jadi kau jangan sampai bagi Tuan Singa tu datang cari aku semata-mata nak kompelin pasal kau. Mintak simpang!” Adara terkebil-kebil memandang Husna yang masih menceceh entah apa di hadapannya. Dia tidak faham, kejam sangatkah lelaki bernama Tuan Putra itu? Mungkin sudah tua agaknya, jadi emosi tidak berapa stabil kut. Itu yang sukasuka hendak mengamuk marahkan pekerja bawahan tu. Hesy, janganlah dia pula jadi mangsa selepas ini! “Wei mak cik, kau dengar tak ni?” Husna mencubit kuat lengan Adara yang sempat pula termenung. Penat dia membebel, perempuan ini boleh melayang entah ke mana pula! Adara mengangguk laju. “Aku dengar, aku dengar...” menggosok lengan yang perit. Sakit! ucapnya seraya

5

Kalau Memang Harus Begitu

“Okey, lunch nanti kita jumpa. Kerja baik-baik tau!” pesan Husna sekali lagi. Kemudian terkocoh-kocoh dia meninggalkan pantri itu menuju ke tempat duduknya. Adara garu kepalanya yang tidak gatal. Masih berasa asing dengan dunia yang baru dihadapinya kini. Nampaknya bukan mudah hidup di KL yang sentiasa sibuk ini, banyak cabaran dan dugaannya. “Adara, meh tolong Kak Wati bancuh air ni,” panggil Wati yang berusia lingkungan tiga puluhan itu. “Pagi ni dia orang ada meeting, sekejap lagi nak start dah ni. Kita tak boleh lambat, takut tak sempat masak air-air ni semua.” Adara tersenyum dan menganggukkan kepala. Beg sandangnya yang sudah agak lusuh diletakkan di atas meja dan langkahnya diatur ke arah Kak Wati yang masih berdiri berdekatan singki. Setelah diberi penerangan serba ringkas, Adara lincah membantu wanita itu membancuh beberapa jag minuman tambahan. Kerjanya tidak adalah susah sangat, lebih kurang macam dia bancuh air di kampung untuk adikadiknya. Setakat hendak menyukat gula dan susu tu, memang tidak ada masalah langsung. Sudah boleh diagak tanpa perlu merasanya terlebih dahulu. Sambil-sambil itu sempat juga dia bersembang dengan Kak Wati yang sudah hampir lima tahun bekerja di sini sebagai pembancuh minuman. Menurut cerita Kak Wati, syarikat ini semakin berkembang dari tahun ke tahun. Bila syarikat berkembang, pekerjanya pun bertambahlah. Dan tugas membancuh air untuk semua pekerja di sini sudah tidak mampu dilakukan oleh Kak Wati seorang. Dan sebab itulah dia diterima bekerja di sini sebagai pembantu wanita itu. Menurut Kak Wati lagi, dia ditugaskan untuk

6

Acik Lana

membancuh air untuk Tuan Putra dan jabatan kewangan sahaja. Yang lain semua Kak Wati akan uruskan. Dengar memang senang, cuma Tuan Putra dan jabatan kewangan, tetapi dia tidak tahu pula berapa ramai pekerja di jabatan itu. Ada dalam seratus orang tak? Pitam! Walaupun dalam dirinya penuh rasa ingin tahu, tetapi Adara tidak punya banyak masa mahu menyoal dan menemu ramah Kak Wati. Dia sekadar mengangguk faham dan sekali-sekala bertanya juga tentang kerja-kerja lain yang perlu dia buat selain membancuh air. Maklumlah, dia cuma membancuh air dua kali sehari, masa yang selebihnya apa perlu dia buat? Takkan hendak duduk goyang kaki sahaja di dalam pantri ni. Baik betul orang yang hendak membayar gajinya buat sedekah amal jariah macam tu. Murah rezeki hendaknya.... “Kemas-kemas la apa yang patut. Macam Adara kena jaga Tuan Putra tu, Adara kenalah tengok-tengokkan bilik dia. Gelas-gelas kosong yang dia dah guna tu, kena tukar selalu tau. Air mineral kena letak dua botol pagi dan lepas lunch letak lagi dua botol. Mug dia pulak kena bersihkan lepas dia guna, lepas tu letak balik kat atas meja dia tu. Dia tak minum teh, cuma Nescafe tarik saja, tapi jangan buat manis sangat tau!” Panjang lebar Kak Wati menerangkan ‘menu-menu’ santapan bos besar itu. Adara garu kepala lagi. Nak kena tulis nota ke tak payah ni? Banyak benar cekadak pak cik sorang tu! Kan bagus kalau tak banyak songeh, minum aje air apa yang orang hidang. “Ingat ke tak ni?” Wati yang sedang meletakkan jag di atas troli memandang Adara yang masih termangu-mangu di hadapan singki.

7

Kalau Memang Harus Begitu

“Errr... ingat kut, kak. Nanti kalau Dara terlupa, Dara tanya akak ye?” Adara tersengih menayangkan giginya yang tersusun cantik. Berharap agar Kak Wati tidak kedekut ilmu membantunya nanti. Tetapi tengok pada gaya, Kak Wati ini memang boleh kawtim, nampak baik dan mesra sangat. Memang dia rasa selesa kalau ada rakan sekerja macam ni. “Akak risau Dara tak tahan aje nanti, mau menangis mintak balik kampung,” usik Wati sambil mengelap cela air yang menitis di atas trolinya itu. Adara tergelak kecil. “Insya-Allah, Dara ni kuat semangat...” ucapnya penuh yakin. Bibir masih menguntum senyuman di bibir. Macam kelakar pula sebab kerja Kak Wati ini tak ubah macam pramugari. Yalah, kena tolak air minuman dalam troli macam tu. Hebat, pembancuh air yang ala-ala pramugari. Mungkin patut suruh Kak Wati bagi cadangan kat Tuan Putra supaya sediakan uniform ala-ala kebaya gitu. Barulah menarik! “Kak, Tuan Putra tu anak raja ke apa?” tanya Adara setelah rasa ingin tahu itu semakin menunjal-nunjal di hati. Manalah tahu anak raja, bolehlah dia buat sembah hormat berpatik-patik dulu. “Eh, taklah. Ada pulak anak raja. Dia orang biasabiasa aje. Kenapa Adara tanya?” Adara tersengih sambil tangannya ligat membantu Kak Wati mengemaskan balang-balang berisi gula dan kopi. “Saja aje Dara tanya sebab pelik sangat nama dia. Ingatkan anak raja sampai orang panggil dia Tuan Putra. Putra ke Putera, kak?” Kak Wati tergelak kecil. Kepala digelengkan perlahan. “Putra la, sebab nama dia Adiputra.” “Adiputra? Mak oiii... nama artis tu kak!” Adara

8

Acik Lana

tergelak kecil. Terbayang-bayang wajah pelakon terkenal Adiputra tetapi dalam edisi lebih tua. Kacak ke tak ye? Hmmm... ada uban-uban sikit, dan juga janggut! “Adiputra pelakon tu gelap, kan? Haaa... yang ni putih melepak. Muka pun tak sama macam pelakon Adiputra tu.” Balas Kak Wati sambil tersenyum. Adara sekadar tersengih. Kalau kacak macam pelakon tu, rugi benar kalau perangainya garang melampau. Mesti tidak ada perempuan berani hendak dekat. Eh, tapi dah tua buat apa nak suruh perempuan dekat pulak, mesti dah ada anak bini tu. Silap-silap dah bercucu cicit. “Eh, okeylah Dara. Jom ikut akak pergi bilik meeting, lima minit lagi nak start ni.” Wati cemas saat matanya menjeling ke arah jam di dinding. Duduk bersembang dengan Adara yang cantik itu, mahu terlepas pandang kerjanya nanti. Tidak fasal-fasal kena marah pula dengan Tuan Putra yang memang suka mencari salah orang tu. Adara mengangguk dan segera mengekori Wati yang sudah menolak troli keluar dari pantri.

9

Kalau Memang Harus Begitu

Bab 2
EJUK kaki dan tangan Adara saat dia melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat yang luas dan dingin itu. Dengan meja berbentuk bujur yang boleh memuatkan lebih daripada dua puluh orang dan hiasan yang tampak mewah, dia kagum seketika. Namun saat menyedari banyak mata yang terfokus ke arah mereka, cepat-cepat dia membuntuti langkah Wati yang sudah ‘parking’ trolinya di sudut bilik itu. Mesyuarat sedang berlangsung, dan dia sudah dipesan berkali-kali oleh Wati supaya tidak membuat bising atau mengganggu mesyuarat itu. Hatinya berdebar kencang kerana perasaan takut dan gelisah. Ini pertama kali dia buat kerja macam ni. Kalau disuruh menjaga kedai runcit, dia memang cekap mengira. Dua tahun dia menjaga kedai runcit Pak Mail di kampung, memang tangannya ligat menekan kalkulator. Sambil congak-congak pun dia hebat jumlahkan angka sehingga Pak Mail kagum melihat kelebihannya itu. Tidak sangka, budak setakat belajar sampai SPM macam dia ini ada kebijakan yang jelas terserlah. Alahai, perasan pulak!

S

10

Acik Lana

“Adara, kamu pergi hantar air sebelah sana, akak pulak hantar sebelah sini...” bisik Wati sambil menghulurkan jag berisi teh tarik. Adara mengangguk faham dan tangannya mencapai jag yang dihulurkan penuh hati-hati. Aduh, boleh tahan berat jag kaca ni! Tangan Adara mencapai pula kain yang berlipat di atas troli. Mana tahu sekejap lagi air teh itu meleleh dekat tepi jag, boleh juga dia lap kasi bersih sebelum tuang ke cawan yang lainnya. Adara melangkah perlahan menuju ke arah meja besar yang dikelilingi oleh manusia-manusia segak berpakaian kemas. Kebanyakannya memakai kot dan tali leher, yang perempuan pun turut sama memakai kot cuma digayakan dengan skirt pendek. Memang nampak korporat habis, sama macam dalam drama yang sering dia tonton di kaca TV. Drama Melayu biasalah, memang suka menonjolkan kisah-kisah dunia korporat. Kalau tidak sebut projek juta-juta ringgit memang tak sah! Entah apa motifnya dia pun tidak pasti. Seorang lelaki yang sudah agak berusia namun masih tampak segak, duduk di kepala meja. Serius wajah itu menilik fail di tangan. Adara yakin lelaki itu pasti ketua di sini kalau diikutkan pada gayanya. Ahli-ahli mesyuarat lain pun nampak begitu menghormatinya, cakap bukan main lembut lagi. Agaknya dialah Tuan Putra kut, muka nampak macam garang semacam aje, desis hatinya sendiri. Ya Allah... dah tua-tua pun nak buat perangai tak elok kenapa? Tengok atuk dekat kampung tu, bukan main disayangi ramai orang. Sebab perangai elok, semua orang pun suka. Teringatkan tugasnya, segera Adara menghampiri

11

Kalau Memang Harus Begitu

meja luas itu. Tangannya sedikit terketar-ketar menuang air teh panas itu ke dalam cawan pertama. Cawan milik seorang lelaki berbangsa India yang memberi ruang untuknya mencelah di situ. Adara menarik nafas lega. Terlepas satu seksaan saat cawan itu sudah diisi dengan minuman panas itu. Kemudian dia berganjak pula ke arah seorang lelaki yang duduk di sebelah lelaki berbangsa India tadi. Dia tidak berani langsung mengangkat muka memandang wajah-wajah yang berada di ruang itu. Lagipun dia tidak faham apa yang dibincangkan oleh mereka kerana semuanya bercakap dalam bahasa Inggeris. Maklumlah, dia belajar sampai SPM sahaja pun. Setakat simple English dia pandailah. Tetapi kalau sudah masuk istilah-istilah saintifik memang dia tidak faham satu apa pun. Lebih-lebih lagi kalau jenis yang bercakap belit-belit dengan loghat orang putih tu, memang terngangalah dia. Ketika Adara menuangkan teh tarik ke dalam cawan lelaki itu, tangannya yang berpeluh membuatkan pegangannya menjadi licin. Jag yang berat itu bagaikan terlalu sukar untuk digenggam erat oleh tangannya. Dan seperti adegan gerak perlahan dalam filem Matrix, Adara nampak pegangannya semakin longgar dan kian melorot. Serentak itu jag kaca terlucut dari tangan lalu terhempas terus ke meja. PRANG!!! Adara pucat lesi. Lututnya terasa menggigil dan jantungnya bagaikan diragut pergi. Saat suasana mesyuarat menjadi sepi dan semua mata tertumpu ke arahnya, dia semakin panik. Kepala menunduk merenung kaki sendiri. Kecut perut, rasa hendak termuntah, semua ada! Ya Allah, berikanlah aku kuasa ghaib sekarang ini!

12

Acik Lana

“What in the world are you doing???” Tempikan yang kuat itu membuatkan Adara rasa macam nyawanya sudah terbang melayang. Muka dan seluruh badannya terasa kebas dek telinga yang bingit menelan pekikan lantang itu. Dalam terketar-ketar, Adara mengangkat muka. Nafas yang tersekat-sekat menambahkan pakej tidak selesanya pada saat ini. Dia nampak jelas lelaki muda itu sedang mencerlung tajam ke arahnya. Macam hendak makan dia hidup-hidup pun ada, sangat kanibal rupa lelaki itu! Adara telan liur apatah lagi melihat lelaki itu sudah bangun berdiri di hadapannya. Dan ketika itulah pandangan matanya dapat menangkap kesan teh tarik yang tersimbah di kot dan kemeja lelaki itu. Alamak, patutlah dia marah sangat. Rupa-rupanya dah termandi teh tarik! Alahai…. “Sorry encik... sorry....” Terketar-ketar Adara meminta maaf. Tanpa isyarat, spontan tangannya mengelap baju lelaki itu dengan kain di tangannya. Dia benar-benar takut, rasa hendak berlari keluar dan berhenti kerja terus. Apalah malang sangat nasib aku ni! “Stop it! Bodoh! Kain kotor macam ni kau lap baju aku? Kau ingat baju aku ni harga dua puluh ringgit ke apa?” tengking lelaki itu kuat sambil menepis tangan Adara. Tuala di tangan Adara jatuh melayang ke lantai. Adara hanya tunduk, tidak berani langsung mahu mengangkat mukanya. “Wati, ni perempuan bodoh mana you bawak suruh assist you ni?” Lelaki itu mengalih pandang ke arah Wati yang kelihatan serba salah. Adara mengetap bibir. Sedaya upaya menahan air matanya daripada gugur kerana ketakutan. Tidak pernah dia

13

Kalau Memang Harus Begitu

diherdik macam ini sekali, di hadapan orang ramai pula tu! Sempat juga dia menjeling mata-mata yang memandangnya. Ada yang tunjuk muka simpati dan ada juga yang tersenyum mengejek. Ah, makin tidak tenteram jiwanya. Eh, jap-jap! Dia kata aku perempuan bodoh? Kenapa berlagak sangat mangkuk ni? Berlagak mengalahkan Tuan Putra, macam bagus aje! Kutuk hati Adara sesedap rasa. “Errr... dia baru masuk kerja hari ni, tuan...” balas Wati dengan nada sedikit gementar. Lelaki itu merengus kasar sambil membelek bajunya. Habis kemeja biru cairnya tercela dengan warna kuning teh tarik itu. “Bodoh, kerja senang pun tak boleh buat. Kenapa you tak bagitau dia I tak minum teh? Kenapa nak serve I teh jugak?” Suara lelaki itu masih melengking tinggi kepada Wati seolah-olah menyalahkan wanita itu. Adara semakin serba salah. Kasihan Kak Wati, tidak fasal-fasal kena marah sebab sikapnya yang cuai tadi. Dia bukan sengaja hendak mandikan lelaki itu dengan teh tarik, memang tidak sengaja. Tetapi kalau dikenangkan mulut celopar yang terjerit-jerit itu, rasanya dia lagi seronok kalau air di dalam jag tadi menggelegak panas. Biar melecur terus kulit mamat poyo itu! “Putra, mind your words...” tegur lelaki yang duduk di kepala meja. Adara tersentak. Eh, pak cik tu panggil lelaki berlagak ni Putra? Kalau dia Putra, pak cik tu siapa pulak? Matanya mencuri pandang ke arah lelaki yang masih membentak marah sampai merah padam mukanya. Ohooo... jadi inilah Tuan Putra yang disebut-sebut orang tu? Ruparupanya Tuan Putra ni muda belia lagi, patutlah kerek!

14

Acik Lana

“Calm yourself down, Putra. We’re having meeting right? Please don’t make any stupid scenes here,” kata lelaki itu lagi dan kali ini suaranya berbunyi sedikit tegas. Ahli mesyuarat yang lain cuma bereaksi selamba seolah-olah sudah biasa melihat amukan lelaki bernama Putra itu. Sangat drama king rupanya lelaki sorang ni! Kutuk Adara di dalam hati. Meluat oiii... memang meluat! “What? Stupid scenes? This stupid girl just...” Lelaki bernama Putra itu menuding ke arah Adara namun lelaki yang agak berusia tadi mengangkat tangan, memberi isyarat supaya kata tidak diteruskan. “Go and clean up yourself,” sampuknya dengan wajah serius. Lelaki bernama Putra itu merengus kasar. Menayangkan riak tidak puas hati dengan arahan ketuanya. Dalam diam Adara memanjatkan kesyukuran, sekurang-kurangnya dia tidak perlu menadah telinga mendengar kata-kata berapi mamat sengal itu. Ingat dia tak faham ke apa makna stupid girl tu? Tolonglah...! “Wati, bersihkan tempat tu. Kita nak start meeting dah ni... and you young girl....” Lelaki tua itu menuding jarinya ke arah Adara yang masih tunduk menikus. “Next time please be careful, I tak suka ada gangguan mengarut macam ni. Kita nak meeting benda penting, bukan nak tengok benda-benda mengarut macam ni.” Adara telan liur. Aduhai, kenapa semua orang garang-garang sangat dekat sini? Bukannya aku sengaja simbah air teh kat mamat berlagak tu! Lambat-lambat Adara menganggukkan kepala tanda faham. Kemudian dia segera membantu Kak Wati mengelap meja yang sudah basah

15

Kalau Memang Harus Begitu

disimbah teh tarik. Tuan Putra pula sudah beredar dengan muka merah padam, ke bilik air barangkali. Adara menggigit bibir tatkala terkenangkan lelaki itu. Dia cukup yakin selepas ini hidupnya tidak akan aman lagi. Sudahlah dia kena jaga Tuan Putra, lelaki itu pula sudah terang-terang mengisytiharkan dirinya sebagai musuh. Aduh, permulaan kerja yang sangat tidak baik. Sangat malang! Husna, rasanya inilah kali pertama dan terakhir aku jejak kaki kat pejabat kau, esok aku nak balik kampung jugak! Biarlah jaga kedai runcit Pak Mail sampai ke tua pun, asalkan dia senang hati.

16

Acik Lana

Bab 3
USNA terkocoh-kocoh melangkah masuk ke dalam pantri ketika waktu makan tengah hari. Terpandangkan Adara yang duduk di meja bersama Wati, bibir menghela nafas lega. Elok pulak minah ni bersembang macam tak ada apa-apa yang berlaku! Husna menampar lengan Adara sedikit kuat. “Weh mak cik, kau buat apa tadi?” Adara mengaduh kesakitan dek tamparan Husna sebelum menggosok lengan. Terkebil-kebil Adara memandang ke arah Husna. “Kau jangan nak buat muka innocent, Dara! Kau buat apa tadi? Aduhai, habislah aku kena maki dengan Tuan Putra nanti!” Husna buat muka hendak menangis pula. “Apa halnya kau ni?” balas Adara dengan tangan kanan masih menggosok lengan kirinya. Husna ni kalau bergurau memang kasar melampau! “Apa hal kau tanya aku?” Bulat mata Husna menentang pandangan sahabatnya itu. Nafas dihela berat.

H

17

Kalau Memang Harus Begitu

Adara ni tak ingat ke apa yang dia pesan berjela-jela pagi tadi? “Kau tersimbah air kat Tuan Putra, kan?” Adara terkulat-kulat sebelum tersengih kepada Husna. Cepat betul Husna dapat berita ini, entah siapa yang jadi Mami Jarum di dalam pejabat ni, ya! “Habislah, matilah aku! Dahlah aku yang rekomen kau kerja kat sini. Dia tu lelaki jenis metroseksual, sangatsangat pentingkan penampilan dan kebersihan. Kau boleh pulak simbah teh kat baju dia! Habis aku!” Adara menjeling Husna yang sudah seperti manusia yang berputus asa hendak teruskan hidup. Dengan selamba Adara membalas. “Alah, bukannya aku sengaja. Aku gabra aje, lepas tu panik tengok ramai sangat orang...” “Wak lu! Kan aku dah pesan dengan kau, buat kerja elok-elok kalau depan pak cik singa tu. Kenapalah kau tak dengar cakap aku....” Husna gelisah dan tidak senang duduk. Bukan dia tidak tahu sikap kelam-kabut Si Adara itu, memang segala benda dia hendak langgar. “Tak ada apalah Husna, kamu janganlah panik sangat. Harap-harap Tuan Putra tak ingat dah pasal tu...” sampuk Kak Wati persis membela Adara. “Lagipun kalau dia nak marah, memang dari tadi dia datang serang Adara dekat sini. Takde pun dia datang!” Husna mengeluh berat. Tidak termakan dengan teori Kak Wati yang cuba menyedapkan hatinya itu. “Belum lagi kut, kak. Mana tahu sekejap lagi dia masuk sini. Dia tu mana pernah lupa kalau orang buat salah dengan dia... dia akan ingat sampai dia puas hati kenakan kita, tau tak....” Kata-kata Husna persis dialah paling rapat dengan Tuan Putra. Yalah, sebab nampak macam masak benar dengan perangai lelaki yang seorang itu.

18

Acik Lana

“Alah, apa dia dapat kalau nak bergaduh dengan aku yang kerja membancuh air ni. Buang masa dia aje...” sampuk Adara dengan riak wajah masih bersahaja. Husna mengeluh. Minah ni memang tak kenal langsung siapa Tuan Putra tu. Wajah Husna beriak serius dan matanya memandang tepat ke arah Adara. “Kau tak tahu betapa kejamnya Tuan Putra tu.” Adara telan liur. Perempuan ni kalau bercerita, penuh penghayatan. Seram sejuk dia melihatnya. Kejam sangat ke Tuan Putra tu? Selain bermulut celopar, apa lagi lelaki itu boleh buat untuk menyakitkan hati orang? Pukul? Ugut bunuh? Fuh, tu memang jahat sangat tu! “Eee... korang ni, sudah-sudahlah tu. Kang kalau disebut-sebut karang, memang betul-betul dia muncul depan pintu.” Kak Wati mencelah dengan riak kurang senang. “Dah, dah... kalau difikirkan pasal Tuan Putra tu, apa pun tak jadi. Jom kita makan, hari ni akak bawak bekal gulai lemak labu.” “Gulai lemak labu, kak?” Adara sudah berteriak riang. Itu lauk kegemarannya dan sudah lama dia tidak menjamah lauk itu sejak meninggalkan kampungnya. “Eh perempuan, kau ni macam tak risau aje, kan!” Husna cubit lengan Adara dan gadis itu menyeringai kesakitan. Orang tengah risau, dia boleh fikir makan lagi! “Apanya Husna, aku lapar ni. Lepas makan ni, kita risau sama-sama okey?” Adara membalas sambil menyengih. Buat apa hendak risau-risau sangat, yang penting kenyangkan perut dulu. Waktu makan tengah hari bukannya lama, sejam sahaja pun. Husna mengeluh geram dengan reaksi Adara yang masih selamba, macam orang tidak ada masalah. Namun terpandangkan gulai lemak labu di dalam bekas makanan Kak

19

Kalau Memang Harus Begitu

Wati, dia pula sudah hilang fokus. Laju sahaja dia mencapai pinggan dan menyertai mereka berdua duduk di meja itu.

PUTRA merengus keras saat terpandangkan cela di kemejanya. Sakit di hatinya bukan kepalang. Sudahlah dia ada lunch date dengan Iefa tengah hari ini, tidak fasal-fasal terpaksa dibatalkan kerana penampilannya sudah cacat sekarang. Mana mungkin dia mahu keluar dengan gaya selekeh begini! Tangannya menyentuh kesan kotoran yang sudah kekuningan di kemeja biru lembutnya. Dia mengetap bibir. “Ni semua gara-gara perempuan kampung bodoh tu! Entah dari mana HR kutip perempuan tu, lepas tu disuruhnya kerja dekat sini. Walaupun sekadar tukang bancuh air, tapi janganlah lembik sangat sampai pegang jag pun tak larat! Dahlah selekeh, buat kerja tak reti pulak tu!” Penat berkeluh-kesah menahan perasaan marah, dia bangkit mundar-mandir di hadapan meja kerjanya. Ruginya dia, hari ini dia sudah terlepas peluang mahu memikat Iefa. Bukan senang dia mahu mendapatkan janji temu dengan wanita korporat seperti gadis itu. Memang banyak dilaburkan untuk memancing perhatian Iefa yang rupawan. Sudah diberi berjambang-jambang bunga, berpuluh-puluh hadiah mahal, berkotak-kotak coklat berjenama dan saat salamnya bersambut, dia dapat malapetaka ini pula! Ah, sakitnya hati! Mana agaknya perempuan tu ye? Rasa tidak puas hati masih menebal selagi tidak dihamburkan semua amarahnya ini. Putra berfikir sejenak dan saat itu dia teringatkan sesuatu. Segera dia mengatur langkah keluar dari biliknya.

20

Acik Lana

Apabila bertembung dengan pekerja-pekerja bawahannya yang sudah bersiap untuk keluar makan tengah hari, semua tunduk menikus tidak berani menegur. Manamana pekerja yang berjalan di laluan yang sama dengannya, segera beralih ke laluan lain. Mungkin perasan reaksinya yang sedang marah saat ini. Tidak mahu terkena tempias marahnya yang memang tidak kenal siapa itu. Putra melangkah masuk ke dalam pantri dengan wajah masam mencuka. Pandangannya melekat ke arah dua orang gadis yang sedang menghadap makanan bersama Wati. Saat terperasankan kehadirannya, Husna ternganga dengan mulut penuh nasi. Wati pula tergamam namun gadis kampung tadi masih khusyuk mengunyah makanan, langsung tidak mengangkat kepala ke arahnya. Husna tersedak dan terbatuk-batuk. Tergopohgopoh dia mencapai cawan berisi air sejuk dan meneguknya. Dan pada saat itu barulah Adara mengangkat kepala. Terpandangkan kelibat Tuan Putra yang mencerlung tajam ke arahnya di muka pintu, dia rasa terputus nafas. Seram sejuk tubuhnya sehingga ke kaki terasa kebas. Ah sudah! Kacau! “Errr... Tuan Putra nak minum ke? Biar saya ambilkan.” Wati sudah bangun dari duduknya. Melihatkan wajah Tuan Putra yang bagaikan singa lapar itu, dia tahu sangat yang lelaki itu datang ke sini kerana mahu memaki hamun Adara. Tidak hilang-hilang lagi amukan Tuan Putra kerana kejadian tadi. Masin betul mulut Husna. Sebab tu dia kata jangan disebut-sebut, kan betul dah muncul! “Tak payah!” balas Putra garang. Matanya masih merenung tajam ke arah gadis kampung itu. Tidak tertahantahan rasa hatinya yang panas ini mahu diledakkan keluar.

21

Kalau Memang Harus Begitu

“Errr... Tuan Putra, saya mintak maaf on behalf kawan saya ni.” Husna bangun dan tergagap-gagap meminta maaf. Adara memang berasa takut namun dia masih beriak tenang dan selamba. Malah tangannya masih lincah menyuap nasi ke mulut. Husna yang berdiri di sisi menolaknolak tubuhnya sebagai isyarat supaya meminta maaf daripada Tuan Putra. Huh, perlu ke nak mintak maaf dekat lelaki kurang ajar macam ni? Tak payah pun tak apa kut! “Kenapa pulak kau yang sibuk-sibuk nak mintak maaf? Kawan kau tu pekak? Bisu?” sindir Putra dengan riak yang masih marah. Geram pula dia melihat gadis berkulit cerah itu buat-buat tidak endah dengan marahnya. Memang dasar lurus bendul dan bermuka tembok lagaknya. Orang marah pun tak reti bahasa! Adara mengangkat kepala. Seketika matanya menentang renungan tajam lelaki itu dengan perasaan bercampur baur. Ada rasa geram dan benci namun terpandangkan mata Tuan Putra yang kemerahan, dia rasa ngeri pula. Kepala ditundukkan memandang pinggan nasi di hadapannya. Kecut perut, hilang melayang rasa beraninya. “Sa... saya mintak maaf, encik.” Terketar-ketar suara Adara. Kemudian perlahan-lahan dia berdiri di sisi Husna. Kepala ditundukkan, tak ubah gaya pesalah menanti hukuman dijatuhkan. “What? Encik?” soal Putra sinis. Geram sungguh dengan gelaran gadis itu untuknya. Semua orang memanggilnya dengan gelaran tuan, tak boleh yang lainnya! “Call me Tuan Putra, bukan encik!” tengkingnya kuat. Bibir diketap geram sebelum tangan naik mencekak pinggang. Panas hati sungguh.

22

Acik Lana

“Ma... maaf Tuan Putra.” Adara menganggukkan sedikit kepalanya. Sekali lagi lelaki itu menengking, memang bergegar jantungnya. Boleh bawa mati dijerit dengan suara sekuat itu. “Kau ni dari ceruk mana, hah? Kau nampak baju aku ni dah kotor? Nampak tak?” Darah Putra mendidih naik ke kepala. Mata sempat mengerling tajam ke arah Wati dan Husna yang tertunduk ketakutan. Cuma perempuan kampung itu masih berani mengangkat muka memandangnya. Memandang tepat ke arahnya dengan riak semakin mendung. Dan kemudian mata bundar itu mula berkaca-kaca. Pipi gadis itu juga sudah berubah sedikit kemerahan. Nak menangis? Bagus, tahu pun takut ya! “Saya betul-betul tak sengaja, encik... eh, tuan!” Menggigil bibir yang kemerahan itu menuturkan ayat. “Kalau tuan nak, saya boleh cucikan baju tu. Saya janji saya akan cuci bersih-bersih.” Putra mencebik benci. Baju berjenama yang tersarung di tubuhnya ini mahu dicuci oleh perempuan kampung tu? Memang jahanam jawabnya. Baju dia semua perlu dicuci dengan cara dry cleaning. Tahu ke perempuan kampung tu tentang cara tu? “Tak payah! Esok aku tak nak tengok muka kau kat pejabat aku ni. Kau boleh berhambus!” tempelak Putra kasar. “Tempat macam ni tak sesuai untuk pekerja macam kau. Suruh tuang air pun tak mampu nak buat!” tambahnya dengan nada mengejek. Puas hati dapat menjatuhkan hukuman setimpal di atas kesalahan gadis itu. Husna yang sejak tadi mendiamkan diri, segera melangkah menghampiri Tuan Putra yang masih berdiri di muka pintu pantri itu.

23

Kalau Memang Harus Begitu

“Tuan, tolonglah bagi dia peluang. Dia betul-betul perlukan kerja ni, tuan...” rayu Husna dengan nada meraih simpati. “Dia bukan orang senang. Adik-beradik dia ramai kat kampung tu, takde siapa boleh tolong dia, tuan....” Adara sebak. Saat ini betapa dia bersyukur mempunyai sahabat seperti Husna yang sanggup berdiri membelanya. Bukan sembarang orang berani nak menghadap lelaki macam Tuan Putra hantu ni! “I don’t care! Hari ini hari pertama dan hari terakhir dia kerja dekat sini. Dia boleh berhambus!” tengking Putra geram. “Kau dengar sini baik-baik. Kalau aku nampak muka kau dekat sini esok, siap kau!” Putra menaikkan jari telunjuknya tepat ke wajah gadis yang telah merosakkan moodnya hari ini. Puas melampiaskan rasa geram di hati, dia segera beredar meninggalkan pantri itu. Yang penting hatinya sudah lega, rasa marah sudah dimuntahkan keluar. Adara termangu-mangu setelah bayang Tuan Putra hilang daripada pandangan mata. Lambat-lambat dia melabuhkan duduk di atas kerusi. Hatinya sebak, jiwanya bungkam dengan kejadian yang berlaku. Baru hendak cari rezeki, sudah musnah pula cita-citanya. Apa dia hendak jawab dengan atuk dan nenek nanti? Perasaan yang semakin sebak akhirnya memusnahkan ketabahan hatinya, teresak-esak dia menangisi nasib dirinya yang malang. Tak malang lagi macam ni? Dibuang kerja pada hari pertama dia memulakan tugas! Husna duduk di sisi Adara sambil memeluk bahu sahabatnya yang masih bersedih. Wati pula mengusap belakang Adara dalam usaha cuba menenangkan jiwa yang terluka itu. Memang kasihan

24

Acik Lana

dengan nasib Adara, tidak patut betul Tuan Putra bertindak sekejam itu. Bukan dosa besar pun, setakat tertumpahkan air dekat baju sahaja. Kata orang kaya, mampu lagi membeli beratus-ratus helai kemeja yang serupa. Saja nak tunjuk kuasalah tu, kurang kerja! “Sabarlah, Dara. Nanti aku carikan kau kerja lain ye,” pujuk Husna lembut saat tangisan Adara semakin meninggi. Kasihan pula dia melihat Adara teresak-esak begitu. “Ni company bapak dia so, dia memang suka-suka nak pecat orang. Kau sabar ye....” “Jangan risau, Dara... nanti akak cuba cakap dengan HR ye. Mintak dia orang tukarkan Dara ke tingkat bawah ke apa. Nanti takdelah Dara bertembung dengan Tuan Putra tu.” Wati pula memujuk. Adara sekadar mengangguk perlahan. Ligat tangannya mengelap air mata yang tumpah di pipi. Sedih di hatinya bukan kepalang lagi. Rasa menyesal pula mengikut Husna ke Kuala Lumpur. Kalaulah dia tahu macam ini punya jerih hendak hidup di kota besar, memang dia tidak ikut. Lagi baik dia duduk di kampung menjaga kedai runcit Pak Mail. Memang confirm dia takkan kena tengking dan herdik. Terkenangkan lelaki kejam itu, bibirnya diketap geram. Meluap-luap rasa benci di hatinya. Tuan Putra memang syaitan. Harap-harap sangat dia mati cepat! Getus Adara di dalam hati.

25

Kalau Memang Harus Begitu

Bab 4
UTRA mengangkat kepala tatkala matanya menangkap kelibat tubuh yang berdiri di muka pintu bilik bacaannya. Terpandangkan wajah serius itu, Putra segera mengalihkan pandangan ke dada lap-top di hadapannya. Purapura sibuk dan tidak mahu mengendahkan kedatangan lelaki itu di ruang ini. Dia perlukan masa untuk bersendiri bagi menyudahkan kerja-kerjanya yang bertimbun. Tidak cukup di pejabat, kerja-kerja itu diangkut pula ke rumah. Dan dia memang sudah terbiasa berjaga sehingga lewat malam demi memastikan kerjanya siap sempurna. “Putra, we need to talk.” Tegas suara itu menerobos masuk ke dalam telinganya. Dengan malas dia mengangkat semula kepalanya. Pen yang dipegang sejak tadi dicampak ke atas mejanya yang berselerak dengan helaian-helaian kertas. Tajam matanya memandang ke arah Datuk Hamdi yang melangkah ke arah meja kerjanya. Perlahan-lahan lelaki tua itu melabuhkan duduk di atas kerusi berhadapan dengannya.

P

26

Acik Lana

“Talk about what? I’m busy with my things...” balasnya acuh tak acuh. Seolah-olah sudah dapat menjangka apa yang mahu dikatakan oleh lelaki itu. Apa lagi kalau bukan syarahan yang sudah kerap benar singgah di telinganya. Naik muak dia mendengarnya, asyik ulang benda yang sama. “Banyak benda papa nak cakap dengan kamu.” Datuk Hamdi menarik nafas dalam-dalam. Reaksi dingin Putra sudah tidak berbekas lagi di hatinya, dia sudah masak dengan perangai anak tunggalnya ini. “Kalau papa nak cakap benda-benda yang tak ada kena-mengena dengan kerja, I’m not interested,” ucap Putra sedikit tegas. Dia mencapai fail laporan kewangan dan membeleknya tanpa minat. Sekadar menayang betapa sibuknya dia dan dia tidak ada banyak masa mahu mendengar bebelan papanya. Datuk Hamdi terdiam sejenak. Putra ini seratus peratus berlawanan dengan sikapnya sendiri. Mungkin juga kerana sejak kecil hubungan mereka tidak serapat mana, jadi jurang itu semakin lebar dari hari ke hari. Dan kerana kekurangan perhatianlah, Putra membesar menjadi seorang lelaki yang berego tinggi. Cakapnya tidak boleh dibantah, kehendaknya harus dipatuhi tanpa kompromi dan segala keputusannya tidak boleh dikatakan tidak. Dalam usia dua puluh lapan tahun ini, dia berharap benar Putra boleh berubah menjadi lelaki yang lebih baik dan berhemah. Bukan sekali dua dia mendengar cerita-cerita buruk tentang anak bujangnya ini. Aduan di kalangan pekerja tentang sikap keterlaluan Putra sudah saban waktu dihadam telinganya ini. Malahan sudah berpuluh orang pekerja berhenti kerja kerana tidak tahan dengan sikap baran dan cerewet Putra yang melampau itu. Kadang-kadang memang tidak masuk akal bunyinya. Kesilapan kecil pun beria-ia Putra

27

Kalau Memang Harus Begitu

mahu menjatuhkan hukuman, langsung tiada rasa bersalah. Yang malunya muka dia ini juga. Perangai buruk Putra memang menjadi buah mulut rakan-rakan korporatnya. Kalau bab kerja, anaknya memang tiptop, tetapi kalau babbab sikap, Putra memang hancur. Tidak boleh diharap! Dan hari ini Putra mencipta satu lagi drama sebabak dalam mesyuarat penting tadi. Dia masih ingat wajah bengis anaknya memaki hamun gadis tea lady itu. Bilalah kamu nak berubah, Putra.... Mungkinkah kerana kamu membesar tanpa belaian seorang ibu, kamu jadi begini? Hati tuanya tidak mampu mencari jawapan. Kemungkinan itu memang ada. Nafas ditarik perlahan dengan mata masih bergayut di wajah tampan anak bujangnya. Sempurna paras rupa tidak bermakna sikap juga seiring dengan kelebihan itu. Sayang sungguh Putra tidak bijak menggunakan kelebihannya dengan betul. Kacak tetapi dibenci orang buat apa. Putra terlalu angkuh dan sombong sehingga ramai yang tidak senang dengan kehadirannya. “Hari ni ada kamu berhentikan pekerja papa?” soalnya setelah lama menyepi. Putra yang sedang leka membelek dokumen di tangan mengangkat kepala dengan wajah serius. Dia diam dan kembali merenung kertas di tangannya. Tidak berminat mahu menjawab soalan itu. “Diam tu maknanya ada la, kan?” Datuk Hamdi tersenyum sinis. Sudah masak benar dengan reaksi dan perangai anak bujangnya itu. “Siapa pulak yang kamu terminate hari ni? Budak department mana?” Putra mengeluh bosan sebelum dia menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Geram pula melihat papanya berterusan

28

Acik Lana

mendesak. Nanti kalau diberitahu, sambung pula dengan ceramah panjang berjela. Bosan betul! “Adalah, budak tak penting pun. Ada dia ke, tak ada dia ke, memang tak effect apa-apa untuk company kita...” balas Putra selamba. Pen di tangannya diketuk-ketuk di bucu meja. “Apa nak jadi dengan kamu ni, Putra....” Datuk Hamdi menggeleng perlahan. Kesal dengan jawapan mudah yang lahir daripada bibir anak muda itu. “Kamu tahu tak yang pekerja tu aset sesebuah syarikat? Dan kamu tahu tak betapa pentingnya kerja tu untuk staf-staf kita? Pernah kamu fikir susah senang dia orang? Ada yang nak menanggung anak bini, nak menanggung family kat kampung, nak menanggung adik-beradik, ada kamu fikir semua tu? Of course kamu tak fikir sebab kamu memang ikutkan sangat keras kepala kamu tu.” Putra sudah buat muka masam mencuka. Naik muak dia mendengar semua itu. Dia punya hak untuk memastikan syarikat mereka diuruskan oleh pekerja-pekerja mahir dan terlatih. Buat apa hendak bayar gaji untuk orang yang tidak pandai buat kerja. Menghabiskan duit syarikat sahaja. “Please la, I tak ada masa nak dengar semua tu. Do you mind?” tanya Putra sambil menunjukkan kertas-kertas yang berlambak di atas mejanya. Kerja banyak dan sekarang fokusnya hilang gara-gara disindir dan diperli oleh papanya sendiri. “Hurm… for your information, papa dah batalkan termination budak tea lady tu. Esok dia akan masuk kerja macam biasa. Jangan pandai-pandai pulak kamu nak menghalau dia nanti,” ujar Datuk Hamdi seraya bangun

29

Kalau Memang Harus Begitu

perlahan-lahan daripada duduknya. Walaupun dia tidaklah setua mana, namun lututnya yang pernah tercedera ketika bermain golf dulu membuatkan dia lebih berhati-hati untuk menggunakan sendi yang satu itu. Bimbang kecederaannya semakin serius. “What? What, papa?” Wajah Putra sudah bergaris dengan riak tidak puas hati. Tajam matanya memanah wajah tua di hadapannya. “Papa cakap apa? Kenapa nak simpan perempuan bodoh tu dekat company kita? Buat kerja senang pun tak tahu, makin menyusahkan orang adalah!” tempelak Putra tidak puas hati. Terbayang-bayang wajah perempuan kolot dengan baju kurung pudar warna itu di hadapan matanya. “You should learn how to respect other people, Putra,” balas Datuk Hamdi selamba. “Lepas ni papa takkan biarkan kamu pecat staf papa sesuka hati. Kalau papa tahu, siaplah kamu. Jangan berangan papa nak naikkan pangkat kamu lagi,” balas Datuk Hamdi tegas persis memberi amaran. “But she’s nothing, pa! Kerja dia setakat bancuh air aje pun, berlambak lagi orang boleh buat kerja tu. Agaknya minah Indon lagi pandai buat kerja dia tu. Dia tu cuma menyusahkan orang!” luah Putra kasar. “Papa sendiri nampak dia tumpahkan air tadi, kan? So clumsy! Just imagine kalau dia tumpahkan air tu kat client penting kita. How?” “Itu bukan perkara besar, Putra. Takkan kamu tak boleh bersabar sikit?” Datuk Hamdi menggelengkan kepalanya. “Maybe dia panik sebab hari ni hari pertama dia masuk kerja. Yang kamu beria-ia nak marah kenapa? Cuba kawal marah kamu tu sikit, belajar selesaikan masalah macam orang matang. Be a real man.”

30

Acik Lana

Putra mencebik benci. Menyampah betul dia bila papanya suka sangat bagi muka pada staf mereka. Lama-lama boleh naik lemak dan pijak kepala. Kalau papanya sudah menjadi ketua versi baik, biarlah dia menjadi ketua versi garang dan jahat pula. Barulah seimbang! “Dahlah, malas papa nak cakap banyak dengan kamu. Bukannya kamu faham.” Datuk Hamdi berpaling untuk melangkah ke pintu. “Jangan lupa pesan papa tu. Kalau papa tahu kamu pecat staf kita, memang papa tak teragak-agak nak turunkan pangkat kamu.” Sambung Datuk Hamdi tanpa menoleh ke arah anak lelakinya. Putra gigit bibir menahan geram. Matanya sekadar memandang kelibat papanya yang sudah menghilang di sebalik pintu. Pen di tangannya dicampak kasar ke meja. Kertas-kertas yang berselerak itu menambahkan rasa meluat di dalam hatinya. Serba tidak kena dan sudahnya kertaskertas itu ditolak kasar hingga bertaburan di bawah meja. Geram! Memang dia sakit hati kerana pendapatnya tidak pernah sama dengan lelaki berpengaruh itu. Dan dia semakin geram saat teringatkan wajah perempuan kolot yang menyakitkan hatinya sepanjang hari ini. Kalau aku tak dapat pecat kau pun, aku akan buat sampai kau menangis nak berhenti kerja! Putra tersenyum sinis. Dia punya kuasa dan dia akan buktikan yang kuasa itu membolehkan dia untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendak hatinya. Ini Zidan Adiputra la, silap la kalau tewas....

31

Kalau Memang Harus Begitu

Bab 5
DARA tidak habis-habis merungut sambil tangannya masih ligat mengelap dan menyental tingkap kaca yang lebar dan besar itu. Tingkap itu membawa pandangannya jauh ke arah bangunan-bangunan pencakar langit yang berada di sekeliling bangunan tempat dia bekerja ini. Pemandangan dari tingkap sembilan belas ini memang cantik dan dia suka melihat kesibukan kota yang tidak pernah dia lihat sebelum ini. Maklumlah, baru keluar dari tempurung dekat kampung tu... memanglah gayat semacam! Adara mengeluh kepenatan sambil tangannya dilurus dan dibengkokkan berkali-kali. Naik lenguh tangan sampai ke pangkal ketiak kerana sejak tadi dia terpaksa menyental tingkap di bilik tuan besar kepala itu. Dahlah tingkap bukan macam jenis tingkap rumah tu. Tingkap ni dah hampir sama saiz dengan bilik Tuan Putra. Melebar dari kiri sampailah ke sebelah kanan, lepas tu dari atas terus sampai ke bawah. Pendek kata memang berdindingkan cerminlah. Tak ke gila nak suruh dia sental

A

32

Acik Lana

semua tu! Padahal bukan kotor sangat pun, kecoh lebih. Memang psiko mamat ni! Umpat Adara di dalam hati. Berbakul-bakul sumpah seranah dihadiahkan untuk lelaki itu. Geram sangat-sangat! Nasib baik lelaki itu sudah keluar menghadiri mesyuarat sejak sejam lalu. Kalau tidak memang dia serba tidak kena hendak buat kerja. Salah sedikit sahaja, bertempik macam petir. Elok campak dekat bendang mamat tu, biar dia bertempik halau burung gagak yang nak makan padi. Ada juga faedahnya! Kalau tidak dikenangkan pujukan Husna, memang dia tidak kuasa hendak datang semula bekerja di sini. Dia sendiri sudah berkira-kira mahu bekerja di pam minyak dekat kawasan rumah Husna itu. Biarlah tidak glamor pun, asalkan dapat duit bulan-bulan sudah. Lagipun kerja dekat sini sudah macam tukang cuci pun ya, ada-ada sahaja si tuan besar kepala itu hendak suruh dia menyental. Kadang-kadang dia sendiri keliru, dia kerja buat air ke kerja tukang cuci dekat sini? Lap meja aku! Lap tingkap tu, berhabuk! Lap komputer aku! Lap pasu tu! Lap kabinet tu! Lap frame gambar aku! Adara mencebik geram saat terkenangkan ayat-ayat Tuan Putra yang selalu mengarahnya tidak kira masa. Eee... memang menyakitkan hati! Ini baru tiga hari dia kerja, cukup sebulan confirm dia botak sebab stres. Kadang-kadang dia sendiri naik hairan apa motif

33

Kalau Memang Harus Begitu

Tuan Putra suruh dia lap segala benda sampaikan tombol pintu pun dikerahnya lap hingga berkilat! Memang ada masalah otak lelaki gila itu. Kesian, muka lawa tapi dah miring pulak. Matanya singgah memandang tingkap besar itu yang memenuhi dinding. Bibirnya menguntum senyum. Wah, baru tahu aku ni berbakat mengelap, bersih berkilat tu! Adara tersengih sendiri. Kalau di kampung, dia memang sengaja biar tingkap nako rumah nenek itu berhabuk tebal. Boleh conteng-conteng dengan jari, rasa kreatif penuh seni. Banyaklah seni, padahal pemalas! Setelah meredakan sedikit rasa lenguh di tangannya, Adara berkira-kira untuk menyambung sesi mengelap tingkap tersebut. Karang kalau tuan besar kepala itu masuk tengok dia tidak buat kerja, memang tempah bala secara rela namanya. Namun terpandangkan ruang tingkap yang tinggi dan tidak terjangkau dek tangannya itu, Adara mengeluh perlahan. Ni macam mana nak panjat ni? Kalau aku tak lap, nampak sangat perbezaan kekilatan dia. Confirm kantoi dengan tuan besar kepala! Desis hati Adara. Ah, sebelum dia diherdik dan dimarah, baik dia cari cara untuk mengelap bahagian yang tinggi itu. Adara tersenyum sebelum pandangannya hinggap ke arah kerusi Tuan Putra yang berwarna hitam di hadapan meja besar tersebut. Alah, aku pinjam sekejap aje, bukan dia tahu pun! Adara tersengih sebelum menarik kerusi beroda itu ke arah tingkap. Kemudian dia memanjat ke atasnya sambil menjangkau tangan yang memegang tuala lembap. Bibirnya semakin lebar tersenyum. See... tiada kekotoran lagi di sini! Di sini juga!

34

Acik Lana

PUTRA memulas perlahan tombol pintu biliknya. Ketika kaki melangkah masuk ke dalam ruang pejabat itu, dia terlopong. Tidak berkelip-kelip pandangan mata menghadap kejadian di hadapan matanya. “What the....” Bibirnya separuh berbisik kerana terlalu terkejut. Kemudian matanya mengecil menahan marah dan geram. Nafas ditarik dalam-dalam, bersedia mahu mengeluarkan ton suara yang menjadi trademarknya. “Kau buat apa tu?” jerkahnya kuat. Adara yang terkial-kial mengelap bahagian atas tingkap terkejut beruk dengan jerkahan kuat itu. Sikit lagi dia nak tergolek ke lantai. Menyedari kehadiran Tuan Putra yang semakin mendekat, dia kecut perut. Cepat-cepat dia turun dari kerusi dan berdiri tegak sambil menundukkan kepala. Mampus aku! Macam mana ni, haruskah aku berlakon pengsan atau sawan? Nak lagi dramatik, histeria? Argh, kenapa pulak dia ni sekejap benar meetingnya! Omel Adara di dalam hati. Berkerut-kerut wajahnya berperang dengan perasaan sendiri. Putra mendengus marah. Memang sakit sungguh hatinya dengan perangai tak semenggah perempuan kampung ini! Melepas geram, dia menghempaskan pintu biliknya sekuat hati. Berdentum bunyinya. Adara yakin semua pekerja di luar sana pasti ikut sama kecut perut sepertinya. Putra berjalan laju ke arah Adara yang sudah tidak senang berdiri. Gerak langkah Putra bagaikan gerak langkah gergasi, tegas dan menyeramkan. Putra menjeling kerusi kulit berwarna hitam itu. Dia nampak ada bekas tapak kasut buruk gadis itu melekat elok di atasnya. Putra mengetap bibir

35

Kalau Memang Harus Begitu

menahan marah yang sudah mendidihkan darahnya hingga ke kepala. “Kau buat apa?” tengkingnya lantang. Sudah tahu, namun dia masih mahu menyoal. Adara hampir terlompat mendengar jerkahan itu. Tolonglah kasihani anak yatim piatu ini... hatinya sempat berdrama sendiri. “Errr... errr... sa... saya nak lap atas tu, tapi tak sampai,” balas Adara terketar-ketar. Tidak berani dia mahu mengangkat muka memandang wajah lelaki di hadapannya ini. Lebih menakutkan daripada wajah Undertaker. Eh, dia memang suka tengok rancangan Wrestling dekat TV dengan atuk dulu-dulu. “Habis tu, kau kena panjat kerusi aku ke nak lap kat situ?” Suara Putra masih meninggi. Dan rasanya kalau melempang orang itu tidak salah di sisi undang-undang, memang dia sudah layangkan tangannya ke pipi putih melepak itu. Baru puas hatinya! “Sa... saya tak sampai...” balas Adara dengan riak wajah ketakutan. Tetapi kenapa lelaki itu hendak besarbesarkan hal, padahal bukan luak pun kerusi dia tu! Sempat pula dia menyalahkan Tuan Putra dalam kes ini. “Kau ni takde otak ke nak fikir?” jerit Putra geram. “Kerusi tu tempat aku duduk, yang kau pergi pijak kenapa? Bodoh! Sekarang kau lap bagi bersih, lap sekarang! Aku tak nak tengok kesan tapak kasut buruk kau dekat situ.” Adara akur dan dia tunduk mengelap kesan debu bekas tapak kasutnya yang bertepek di situ. Sekali lap sudah bersih, bukannya masalah besar. Agaknya masa kecik dia tertelan speaker kut. Itu yang memetir tak kira masa tu! Kutuknya dalam hati.

36

Acik Lana

“Dah lap dah. Duduklah,” ujar Adara dengan riak serba salah. Tidak berani hendak angkat muka memandang wajah anak orang kaya yang angkuh itu. Putra terlopong dengan kata-kata daripada bibir mentah tanpa secalit gincu itu. Dah apa kerja dia nak duduk tepi tingkap ni? Lurus bendul! Muka tembok! Habis semua istilah buruk dia kutuk perempuan itu. “Kau ingat aku bodoh macam kau ke? Pergi letak balik kerusi aku kat sana!” Adara mengangguk laju dan tergesa-gesa dia menolak kerusi beroda itu ke meja Tuan Putra. Siap terlajak sedikit melebihi paras meja itu. Tersengih-sengih Adara gostan ke paras yang sepatutnya. Putra mengetap bibir menahan geram. Perempuan ini tak betul ke apa? Ke saja hendak main-mainkan dia? Pantang betul dia menghadap orang cetek akal macam ini, mulalah hati rasa mendidih sahaja. Putra memeluk tubuh dengan pandangan ‘daring’ ke arah gadis yang menunduk di tepi mejanya itu. Kepalanya ligat memikirkan hukuman apa yang dia hendak jatuhkan kali ini. Dia belum puas membuli budak kolot ini, dan dia akan pastikan gadis kampung itu menangis minta berhenti kerja. “Nama kau apa?” Serius suaranya bertanya. Wajah bujur sirih yang putih bersih itu direnung sebelum matanya turun meneliti tubuh gadis itu. Tubuh tinggi lampai ini pasti tampak seksi kalau digayakan dengan baju-baju moden. Tapi gadis ini memilih baju kurung, dah pudar warna pulak tu. What a bad taste! Dia mencebik meluat. “Adara...” balas Adara sepatah. Kakinya yang bersarung kasut yang sudah sedikit terkoyak di hujungnya dipandang lama. Baik pandang kasut buruk ini daripada

37

Kalau Memang Harus Begitu

memandang wajah bengis lelaki itu. Hatinya lebih tenang begitu. “Siapa rekomen kau kerja sini?” tanya Putra kasar. Adara mengetap bibir. Ni sesi temu duga ke apa? Banyak tanya pulak si sombong ni. Namun dia tidak menafikan hatinya kecut dengan sikap baran lelaki itu. Darah gemuruh mula menerjah dirinya dan membuatkan dia rasa cemas. Sekejap lagi mesti dia gagap. Dia yakin dengan penyakit keturunan itu yang mudah menyerang bila dia disoal siasat dalam keadaan serius begini. “Aku tanya kau, kau pekak ke?” jerkah Putra tanpa sempat Adara menarik nafas. Terkulat-kulat gadis itu ditengking sebegitu. “Errr... aaa... urmmm... alah... siapa tu...?” Adara mengerutkan dahinya. Kan dah cakap, penyakit gagap dah serang! Siapa suruh tanya garang-garang? “Kau tanya aku balik kenapa?” Anak mata Putra mencerlung tajam ke arah gadis bernama pelik itu. Adara? Entah apa-apa namanya, tak komersial langsung! “Bukan... errr... anu... urmmm... anu....” Tangan Adara sudah naik terawang-awang seolah-olah cuba memberikan jawapan kepada soalan lelaki itu. Wajahnya juga sudah berkerut-kerut tanda gelisah dan resah. “Anu apa?” tengking Putra kuat. Tangannya ikut sekali naik menepuk kabinet di sisinya untuk memberikan impak kemarahan yang lebih hebat. Berdentum bunyinya memecah kesunyian bilik itu. “Anu Husna!” Spontan terpacul perkataan daripada bibir Adara yang terkejut dengan bunyi kuat itu. Pergh, nak

38

Acik Lana

menyebut nama perempuan tu bukan main susah lagi. Padahal nama tu la yang disebutnya selama ini. Putra tergamam dengan jawapan Adara. Anu Husna? Dia hampir ketawa dengan kebodohan gadis itu memberikan jawapan. Baru gertak sikit dah menggelabah, dasar takde keyakinan diri. Tak macam Iefa yang sentiasa yakin dan hebat membawa dirinya ke mana saja. Ah, terkenangkan gadis itu, dia semakin sakit hati dengan perempuan yang berdiri di hadapannya ini. Semua tidak menjadi, gara-gara Adara! “Husna bawak kau kerja sini ye?” Putra angkat kening. Dia tahu siapa Husna kerana gadis kecil molek itu bekerja di jabatannya. Budak itulah yang beria-ia mempertahankan Adara tempoh hari ketika dia mengamuk di pantri. “Errr… ya. Kenapa, tuan? Tuan jangan apa-apakan dia...” pinta Adara sedikit cemas. Mana tahu lelaki sombong ini berdendam dengan Husna, tak ke naya. Kesian perempuan tu, dahlah suka menangis. “Kau ingat muka aku ni macam perogol ke?” tempelak Putra kasar. “Kau pergi keluar sekarang, semak aku pandang muka kau ni. Pergi bersihkan semua workstation department aku ni, dan bila aku check nanti pastikan takde walau sekelumit pun habuk. Kau faham?” Malas dia mahu melayan Adara lama-lama. Kerjanya masih banyak tertangguh dan dia tidak ada masa mahu berborak tidak tentu fasal. Lagi pula dengan perempuan macam ni, buang masa! “Errr... bukan ke tu kerja cleaner? Saya buat air aje,” tingkah Adara sedikit berani. Bukan apa, dia rasa melampau pula perangai Tuan Putra ini. Padahal cleaner ada

39

Kalau Memang Harus Begitu

dua tiga orang dekat sini, tetapi tetap disuruhnya dia yang kemaskan semua. Siap nak cek-cek lagi, melampau betul! “Kau melawan cakap aku ke apa ni?” Putra melangkah menghampiri meja dan tangan naik mengisyaratkan Adara supaya menjauhi mejanya. “Sekarang aku ni bos kau, kan? Kau nak ikut ke tak cakap aku?” tengkingnya kuat. Pantang betul jika ada orang mempersoalkan cakapnya, pulak tu perempuan kolot macam ni. “Baik, baik.” Adara mengangguk laju dan kemudian dia segera melangkah laju ke arah pintu. Biarlah dia buat kerja di luar walaupun bukan kerjanya. Dia sanggup bersusah payah daripada menghadap muka Tuan Putra yang tidak reti manis itu. Lagipun sudah lelaki itu berlagak bos, terpaksalah dia berlagak jadi kuli. Mana boleh dua-dua nak jadi bos! “Hoi pompuan, baldi kau ni buat apa kat sini? Nak aku baling kat kepala kau ke?” Tanya Putra dengan suara yang sangat menyakitkan hati. Adara mengetap bibir menahan perasaan berbuku. Dahlah cakap tak reti nak guna ton suara rendah, lepas tu sinis pulak tu. Eh, lepas tu suka-suka panggil orang dengan perkataan ‘pompuan’. Bukan dah bagitau nama ke tadi? Sahlah miring mamat ni! Kutuk Adara di dalam hati. Mahu tidak mahu dia berpaling juga mengambil baldi yang berada berhampiran tingkap tadi. Dia langsung tidak mengangkat muka saat melewati meja Tuan Putra. Biarlah, bukan kenyang pun pandang muka masam mencuka tu. Buat sakit jiwa adalah. Husna, betullah cakap kau. Bos kau ni memang bukan manusia dari planet bumi. Dia mungkin makhluk asing yang tertinggal kapal angkasa. Meluat!

40

Acik Lana

Bab 6
DARA merebahkan tubuhnya yang keletihan di atas sofa usang milik Husna. Matanya dipejam rapat melayan rasa lenguh di setiap sendinya. Sambil memejamkan mata, bibir tidak henti-henti mengeluh. Kalau macam ni hari-hari, memang masak aku. Ni dah lebih daripada kerja buruh kasar dah rasanya. Kut bayar double gaji aku takpe jugak, berbaloi la aku nak sental semua tu! Gerutunya di dalam hati. Terkenangkan peristiwa petang tadi, Adara mendengus geram. Terbayang-bayang wajah jelik Tuan Putra yang berjalan mundar-mandir di sekeliling workstation para pekerja jabatannya. Sibuk sangat hendak menilik hasil sentalan sungguh-sungguhnya. Dan dia hampir tidak percaya yang Tuan Putra betul-betul mahu memeriksa satu per satu workstation itu. Ingatkan gertak aje! Bertambah geram hatinya kerana yang sepatutnya melakukan kerja-kerja menyental itu bukannya dia, tetapi minah-minah Indon cleaner tu. Lelaki jahat! Sengaja cari pasal la tu.

A

41

Kalau Memang Harus Begitu

“Ni apa benda ni?” soal Putra serius sambil menunjukkan jari telunjuknya yang baru menyentuh celah partition tempat kerja Maya. Wanita yang sarat mengandung itu turut memandang ke arah jari Tuan Putra, kemudian mengalih pandang pula kepadanya dengan riak simpati. Adara mengecilkan mata untuk melihat apa yang dimaksudkan oleh lelaki itu Dia tidak nampak apa benda pun di jari Tuan Putra. Didekatkan sedikit mukanya ke jari yang menegak itu dengan muka kehairanan. Apa yang Tuan Putra cuba tunjuk ni? “Kau buta ke bodoh?” herdik Tuan Putra kuat. Adara terkulat-kulat memandang lantai. Dah memang dia tak nampak apa bendanya, takkan nak main petik aje jawapan. Nanti kalau dijawab nampak durian kang, mahu kena jerkah dengan ton yang lebih tinggi pulak! “Errr... saya tak nampak apa-apa,” balas Adara dengan suara sedikit bergetar. Kemudian dia menundukkan kepalanya memandang hujung kaki. “Bengap! Ni habuk kau tahu tak? Kau buat kerja ke kau main-main?” tengking lelaki itu sebelum mengesat jarinya dengan tisu. “Kerja senang macam ni pun tak reti buat. Kau cuci semula! Sebelum balik karang aku nak pastikan semua ni bersih berkilat dan tak ada habuk langsung!” Adara mengetap bibir. Bodoh punya orang! Yang kau korek celah-celah lubang kecik tu memanglah berhabuk. Bukannya senang nak bersihkan dekat situ. Cakap banyak pulak! Namun kutukan itu hanya bergema di dalam hati. Hendak dimuntahkan dia rasa seram sejuk pula.

42

Acik Lana

“Sebab kau tak berjaya siapkan tugas aku bagi tu, aku nak denda kau.” Adara angkat kepala memandang Tuan Putra yang berwajah garang itu. Sinis pandangan mata lelaki itu menentang pandangannya. Apa pulak denda yang akan dia dapat kali ni? Macam-macam idea kreatif la mamat ni nak membuli orang! “Aku nak kau bersihkan tandas dalam bilik aku tu lima kali sehari. Aku tak nak lantai tu basah, cermin tu jangan berhabuk langsung dan pastikan sentiasa wangi. Kalau aku masuk dan nampak semua tu tak macam yang aku nak, siap kau!” Jari telunjuk Tuan Putra sudah naik menuding tepat ke wajahnya. Cakap kalau tak tuding-tuding jari tak boleh agaknya. Nampak sangat kuat mengarah orang. “Kau faham ke tak ni?” jerkah lelaki itu sebaik sahaja melihat reaksinya yang sekadar diam tidak menjawab sepatah kata. “Aaa... faham. Faham, tuan!” angguknya laju. Dah rasa macam dia masuk askar wataniah pun ya juga. Kenapalah ada manusia macam lelaki ini, naik semput dia tahan nafas kerana ketakutan. Sudahlah kena jerkah depan orang, memang tebal mukanya ini. Apa kaitan kerja membancuh air dengan cuci tandas, dia sendiri tidak nampak kaitannya. Bodoh punya Tuan Putra! Pandai cakap orang bodoh, padahal akal dia tu yang tak betul. “Berangan apa, mak cik!” Tepukan kuat di pahanya membuatkan Adara terkejut dan hampir terlompat. Automatik tubuhnya duduk tegak di atas sofa. Kepala didongakkan memandang ke arah kanan, sesaat kemudian dia mengeluh sambil memegang atas dadanya.

43

Kalau Memang Harus Begitu

“Sengal punya perempuan, sikit lagi aku nak mati!” marah Adara kepada Husna yang melabuhkan duduk di sisinya. Husna yang sudah menanggalkan tudung itu tersengih-sengih memandang wajahnya tanpa riak bersalah. “Marah? Ingatkan kau dah immune selalu kena jerkah dengan Tuan Putra,” balas Husna dengan gelak besarnya. Adara mengetap bibir geram. Bengong, ingat kelakar la cakap macam tu? “Kau jangan cari pasal dengan aku boleh tak? Aku tengah bad mood ni.” Adara membalas dengan mimik muka dibuat serius. Tangan mencapai alat kawalan Astro, ditekantekan butang itu tanpa minat. Bila nama Tuan Putra disebutsebut, mulalah dia rasa hilang mood, hilang selera makan, hilang upaya nak hidup, hilang semualah yang indah! Hendak termuntah pun ya juga. Menyampah betul dengan si setan tu! “Haaa… sekarang baru kau tahu macam mana kejamnya bos aku tu. Dulu aku cakap kau tak nak percaya.” Husna tersenyum sendiri. “Tapi aku rasa dia sengaja buli kau, Dara. Nampak sangat dia cari pasal dengan kau, tau!” Adara segera memusingkan tubuhnya menghadap Husna dengan riak wajah teruja. Biasalah, kalau bab mengumpat memang orang mudah teruja sikit. Lebih-lebih lagi kalau mengumpat orang yang dibenci, memang topik hangat! “Tahu takpe! Kau pun perasan, kan? Dia memang sengaja cari pasal dengan aku. Apa masalah dia, Husna? Masa kecik dia lahir dengan otak senget ke apa? Menyampah betul!” bebel Adara geram. Tangannya menumbuk-numbuk bantal kecil yang diletakkan di atas riba sejak tadi. Geram seolah-olah yang

44

Acik Lana

dihenyaknya ini ialah kepala lelaki sombong itu. Agaknya kalau betul-betul Tuan Putra rasa penumbuknya, memang berdarah hidung dah. Jangan main-main, dia ada belajar pencak silat dengan atuk dulu. “Memang macam tu perangai dia. Kalau orang melawan, memang habis-habisan dia kenakan orang tu balik,” balas Husna dengan semangat mengumpat yang tinggi. Siap mencebik-cebik bibir menambahkan drama pada petang hari itu. “Kau bayangkanlah, dah berpuluh-puluh orang berhenti kerja sebab tak tahan dengan dia. Dia memang ikut suka aje nak maki hamun orang, nak tempik, nak marah, nak baling-baling fail. Kira kau belum tengok keganasan dia yang sebenar lagi.” Adara menganggukkan kepala dengan mulut sedikit terlopong. Khusyuk mendengar gebang hebat Husna yang begitu bersemangat mengata bos besar kepala itu. Memang patut orang bencikan lelaki itu, perangai tak serupa orang! “Macam mana la ada lagi orang nak kerja kat kompeni tu. Bagusnya kalau ramai-ramai pakat berhenti, biar dia puntang-panting sorang-sorang buat kerja...” sambung Adara sambil mendengus kasar. Husna tergelak kecil. Kepala digelengkan beberapa kali. “Sebab orang kesiankan Datuk Hamdi tu, dia baik sikit daripada anak dia. Si Putra tukan anak tunggal, sebab tu spoiled gila. Lagipun kau ingat sekarang senang ke nak cari kerja dekat sini? Orang terpaksa bertahan aje layan kepala angin dia tu...” terangnya. Adara mengangguk faham. Memang susah hendak cari kerja lain dalam keadaan ekonomi macam ni. Walaupun dia duduk di kampung dan tidak berapa faham fasal

45

Kalau Memang Harus Begitu

perjalanan ekonomi negara, tetapi dia banyak membaca surat khabar. Sikit-sikit tu tahu jugaklah. “Masalahnya dia tak reti langsung nak hormat orang. Dia ingat dia besar sangat ke? Eee... geramnya aku! Ikutkan hati, nak aje aku maki hamun dia balik.” “Kau ni sabarlah sikit, kata nak kerja lama dekat sini...” pujuk Husna. “Argh, sabar aku ada batasnya...” balas Adara sambil menepuk-nepuk dada. Marah benar gayanya. “Sikit hari lagi kalau dia asyik buli aku aje, memang aku ajar dia cukupcukup!” Husna mengekek ketawa. Lucu dengan anganangan Adara yang mahu jadi superhero itu. “Eleh, aku tengok kalau dia marah kau, kau bukan main menikus lagi. Muka pun macam nak menangis, nak lawan ke apa macam tu!” Adara menjeling Husna yang masih tergelak-gelak. Bibir mencebik geram dengan sikap Husna yang memandang rendah kepadanya. Dia memang nampak naif, lurus, lembut, tetapi kalau sudah menjerit, boleh bergegar rumah atuk. Adik-adiknya tahulah perangai dia macam mana. “Aku malas aje lagi, sebab aku hormatkan dia sebagai bos aku...” ucap Adara selamba. Kemudian dia menggigit bibir. “Eh, macam baik sangat aje ayat aku nikan?” “Tau takpe, sebab tu selalu kena buli...” balas Husna sambil tergelak kecil. Wajah jernih di hadapannya itu dipandang tepat. Kesian Adara. Sahabatnya yang seorang ini sebenarnya berhati lembut dan manja. Kalau dekat kampung dialah primadona sampai semua anak bujang bertangga dekat rumah atuknya sebab hendak tackle dia. Tetapi dekat KL, saham Adara langsung tidak laku. Wajah cantik jelita itu

46

Acik Lana

langsung tidak dapat menjadi benteng untuk mempertahankan diri. Biasanya kalau orang cantik jelita ni, bos hendak tengking pun tidak sampai hati. “Husna, mak bapak dia tak sound ke perangai dia macam tu? Dasar anak orang kaya, mesti manja terlebih ek.” Adara mencebik meluat. Kesian, duit banyak tapi takde adab pulak. Malang betul! “Ermmm… aku dengar cerita, mak dia meninggal masa dia kecil lagi. Accident tak silap aku...” cerita Husna sambil tangan memintal-mintal hujung rambutnya yang kerinting separas bahu. “Aku dengar-dengar, lepas dia UPSR aje terus Datuk Hamdi hantar dia belajar dekat overseas. Yalah, orang kaya, kan. Duit dah banyak sangat, kecik-kecik dah dicampaknya anak ke luar negara.” Adara yang sejak tadi mendengar, mengerutkan keningnya. “Maksud kau lepas darjah enam terus pergi luar negara?” Husna mengangguk dengan matanya memandang tepat ke dada TV yang sedang menayangkan drama Begitukah Cinta. “Huh, kecik-kecik dah hantar duduk sana, patutlah jadi macam tu. Kita darjah enam, hingus pun tak kering lagi, kan?” sambung Adara lagi. Husna tergelak besar. Tangan menolak lembut bahu Adara di sisinya. “Hingus kaulah, hingus aku dah kering dah masa darjah dua.” “Tu peribahasa la bongok!” Adara cubit lengan Husna kuat dan gadis itu menyeringai ketawa. “Dia dah kahwin ke?” “Siapa?” Husna menyoal semula dengan nada acuh tak acuh. Matanya masih melekat tepat ke dada TV. Drama

47

Kalau Memang Harus Begitu

tentang suami yang buta ini nampak macam menarik, memang kena stand by tisu ni. Maklumlah, dia mana tahan tengok cerita-cerita sedih, air mata sendiri yang terlebih keluar mengalahkan pelakon dalam TV tu. “Bos ‘kesayangan’ kau tu la.” Husna terbatuk-batuk. “Sorry ye, aku tak sayang langsung.” Husna menggeleng laju, kemudian angkat-angkat bahu pula tanda geli-geleman. “Dia tak kahwin lagi la, ada ke perempuan nak dia?” “Mana aku tahu. Ada la kut, kata orang kaya, kan...” balas Adara selamba. “Alah, kaya tapi baran buat apa?” Husna mencebik sebelum kembali menumpukan perhatian ke arah drama di TV. “Ke kau pulak berminat nak layan baran dia tu?” Mata Adara terbeliak mendengar kata-kata Husna. Tangan naik menekap dadanya yang terasa senak. Tidak boleh bayangkan apa yang Husna cakap, ngeri! “Tolonglahhh... mintak nyawa, okey! Tak ingin aku. Kalau dia lelaki last dekat dunia ni sekalipun, aku rela tak kahwin.” “Ceh! Kalau dah terdesak sangat ambik ajelah. Dia bukan takde rupa, terlebih handsome aku tengok.” Husna menggiat nakal. Reaksi Adara yang buat-buat hendak muntah membuatkan dia ketawa besar. “Kalau kau letak dia sebelah Pak Mail, aku akan cakap Pak Mail lagi handsome. Serius ni!” Husna sudah mengekek ketawa. Pak Mail yang botak dan pendek lagi handsome? Melampau betul Si Dara ni. “Alah, tuan kau tu single mingle lagi. Tak salah

48

Acik Lana

kalau kau jatuh hati dekat dia pun.” Husna angkat-angkat kening memandang Adara yang menjelingnya geram. “Kau ni... dah kenapa? Tak kuasa la aku. Kalau aku jatuh hati dengan dia, kau tolong azan sikit tepi telinga aku ni. Mana tahu aku kena guna-guna ke apa. Buang tebiat kalau nakkan dia tu.” “Eleh... jangan cakap besar. Esok-esok Tuhan terbalikkan cakap kau ni, baru kau tahu.” Adara terdiam. Rasa takut juga dengan kata-kata Husna itu. “Eh jap, esok hari Khamis ye?” Husna menyentuh lengan Adara dengan riak sedikit cemas. Tubuh yang sejak tadi menyandar malas di sofa ditegakkan. Tangan naik pula menggosok kepala dengan riak keresahan. “Yelah, esok Khamis. Apesal?” “Aduhai....” Husna tepuk dahi pula. “Esok Encik Riyad masuk ofis!” “Kenapa kau ni? Cemas semacam aje. Siapa pulak Encik Riyad tu?” Adara mengerutkan kening tanda tidak mengerti. Walaupun baru tiga hari bekerja di pejabat Husna, rasanya dia sudah kenal dan cam wajah-wajah pekerja yang berkongsi aras sembilan belas dengan mereka itu. Tetapi nama Encik Riyad itu macam tidak pernah dia dengar pula. “Alah, dia finance manager merangkap anak sedara Datuk Hamdi. Kau perasan tak sebelah bilik ‘tuan besar kesayangan’ kau tu ada bilik asyik berkunci aje tu?” Adara mengangguk laju. Mestilah perasan, dia harihari lalu-lalang depan bilik itu bila hendak ke bilik Tuan Putra. “Haaa... itulah bilik Encik Riyad. Dia takde sejak

49

Kalau Memang Harus Begitu

bulan lepas, pergi trip ke Eropah. Hari esok baru dia masuk kerja balik. Adoi, matilah aku....” Husna mengetap bibir dengan rupa seperti hendak menangis. “Yang kau nak mati kenapa? Dia garang jugak ke?” Adara bertanya lurus. Dia turut sama gelisah. Kena nanti Tuan Putra bergabung meletup dengan Encik Riyad tu, memang menangis hentak kaki la dia. Bukan boleh percaya hati jahat macam Tuan Putra tu, mesti cari poin nak kenakan dia cukup-cukup. Takkanlah sebab tersimbah air hari tu sampai nak dendam bawak ke mati? “Dia taklah garang macam Tuan Putra tu, cuma dia tegas la bab-bab kerja ni. Masalahnya sekarang, repot yang dia mintak aku tak siapkan lagi!” Husna memegang kepalanya yang mula terasa pening. “Siapkanlah, apa susahnya...” balas Adara dengan selamba. “Tu la kau, suka sangat kerja bertangguh. Memang macam ni la nasib kau. Dari dulu sampai sekarang tak reti nak berubah.” Ditambah pula dengan ayat mengutuk secukup rasa. “Amboi mulut kau ni, tak membantu langsung!” tingkah Husna sambil mencebik. “Dah, dah... aku nak masuk bilik siapkan kerja jap. Kau tolong aku boleh tak?” “Kau ingat aku reti?” tempelak Adara geram. Tu taktik nak perli secara halus la tu, macam tak tahu perangai minah ni. “Bukan tolong buat kerjalah, ngok.” “Habis tu? Tolong duduk tepi kau bagi sokongan moral? Tak kuasa, baik aku tengok TV.” Adara menjelirkan lidah setelah menghadiahkan jelingan tajam kepada Husna.

50

Acik Lana

“Tolong masak dinner la cik kak oiii.... Kang kebulur kita malam ni.” “Wei-wei, bukan hari ni hari Rabu ke? Hari Rabu, kan turn kau masak!” Balas Adara tidak puas hati. Semalam dia sudah macam hendak patah pinggang memasak untuk mereka berdua, hari ini takkan dia kena masak lagi? Sudahlah badan sakit-sakit sebab menyental segala benda kat pejabat tu, tidak ada hati dia hendak ‘bersilat’ di dapur pula. “Alaaa... tolonglah aku, aku nak siapkan kerja ni. Hutang dulu, nanti aku ganti balik turn aku tu ye!” Husna bangun dan pantas berlari masuk ke dalam biliknya tanpa sempat Adara membalas. Adara mengetap bibir. Baru hendak tarik nafas bagi ayat serang balas, bayang Husna sudah hilang. Laju betul pompuan ni!

51

Kalau Memang Harus Begitu

Bab 7
ATA Riyad menyorot sekali lagi ke arah pintu kaca biliknya. Sudah beberapa kali dia nampak gadis tinggi lampai yang berbaju kurung itu lalulalang di hadapan biliknya. Entah siapa, dia tidak pernah nampak pula sebelum ini. Wajah bujur sirih yang berkulit cerah itu mencuri sedikit perhatian di celah hati lelakinya. Rambut gadis itu yang hitam berkilat melepasi bahu diikat ekor kuda. Dan apabila dia berjalan dengan langkah tergesagesa, rambutnya turut beralun ke kiri dan ke kanan. Comel. Siapa agaknya dia ye? Pekerja baru mungkin, desis hati Riyad sendiri. Matanya melirik pula jam di pergelangan tangan. Sebentar lagi dia perlu menghadiri mesyuarat bersama Datuk Hamdi, dan masih ada masa lagi kalau dia hendak ke bilik sebelah mencari Putra. Sejak balik ke sini semalam, dia belum sempat menghubungi lelaki itu untuk bertanya khabar. Tanpa berlengah, Riyad keluar dari biliknya dan

M

52

Acik Lana

masuk ke dalam bilik Putra yang hanya terletak bersebelahan dengan biliknya. Sesuai dengan jawatan Putra sebagai CFO di syarikat itu, bilik Putra jauh lebih besar dan cantik berbanding biliknya. Riyad menguak daun pintu tanpa mengetuknya terlebih dahulu. Dan seperti biasa Putra tekun menghadap lap-top dan kertas kerjanya. Langsung tidak mengangkat muka ketika dia mengorak langkah menghampiri. Bibir mengukir senyuman nipis. Putra tetap Putra, kalau bab kerja memang sepupunya itu tiptop, komited pada tahap tertinggi. “Woi, busy ke?” Riyad melabuhkan duduknya di atas kerusi di hadapan Putra yang masih khusyuk menghadap kerja. “Hurm...” balas lelaki itu acuh tak acuh. “Hmmm? Itu aje?” Riyad tergelak kecil melihat reaksi dingin sepupunya itu. Dalam diam dia memang mengagumi karisma yang ada dalam diri lelaki bernama Zidan Adiputra. Mana tidaknya, walaupun populariti Putra mencanak dek ketampanannya dan harta yang melimpah-ruah, lelaki itu bekerja keras untuk terus mengembangkan empayar syarikat bapa saudaranya, Datuk Hamdi. Bukan seperti sebilangan anak orang kaya yang lain, malas dan banyak main-main ketika bekerja. Malah daripada segi pencapaian syarikat, sudah banyak sumbangan Putra membuahkan hasil dan kejayaan. Cuma daripada segi sikap, Putra memang tidak sesuai dijadikan contoh. Dia sudah masak sangat dengan perangai keras kepala sepupunya itu. Cuma dengan dirinya Putra tidak pernah berkasar bahasa mahupun naik angin. Mungkin kerana teman rapat lelaki itu tidak ramai dan dia di antara yang rapat itu. Kalau diikutkan, apa juga masalah

53

Kalau Memang Harus Begitu

peribadi yang dihadapi, Putra lebih suka kongsikan dengannya berbanding dengan Datuk Hamdi sendiri. “Aku ada meeting sekejap lagi, nak siapkan kerja sikit ni,” balas Putra setelah agak lama membisu. Ligat matanya meneliti angka-angka di atas kertas di hadapannya. Dia tidak mahu laporan kewangan ini ada cacat celanya, semua perlu nampak sempurna sebelum dibentangkan kepada ahli lembaga pengarah. “Bila kau sampai?” soalnya sekadar berbahasa. “Malam tadi aku sampai. Balik-balik terus flat, tak sempat singgah join korang lepak minum...” jawab Riyad dengan senyuman kecil di bibir. “How was everything?” tanya Putra seraya memandang wajah Riyad sekilas. Dia tidak mahu Riyad berasa kecil hati dengan sikapnya yang acuh tak acuh ini. Kalau ditanya siapa manusia paling rapat dalam hidupnya, memang nama lelaki inilah yang akan disebut tanpa ragu. Hubungan mereka bukan baru, sudah terikat rapat sejak kecil lagi. Kian serasi bila sama-sama melanjutkan pelajaran ke luar negara. “Awesome! Kyra kirim salam kat kau.” Wajah Riyad berseri-seri tatkala menyebut sebaris nama itu. “Trip kali ni memang best sebab Kyra pun tengah cuti kat sana. Merata jugaklah aku berjalan dengan dia.” Putra turut tersenyum. Orang tengah bahagia, sebut nama awek pun boleh berseri muka. Baguslah, dia tumpang bahagia kalau sepupunya itu gembira bersama Kyra. Lagipun sudah lama benar Riyad dan Kyra bercinta, memang sudah cukup utuh rasanya hubungan antara mereka berdua. “Dua bulan lagi dia balik sini, cuti dia panjang lagi. Kali ni aku pulak kena jadi driver dia, bawak jalan-jalan dekat sini...” sambung Riyad ceria. Tangannya membelek frame

54

Acik Lana

gambar pemandangan di atas meja Putra. Bibir mengukir senyuman nipis. Tak berseni langsung Putra ni. Ada pulak letak gambar pemandangan, patut letak la gambar kekasih ke apa. Ah, tapi dia sendiri tahu yang Putra belum ada kekasih hati. Yang dia tahu, Putra tengah sibuk mahu ‘memancing’ Si Iefa tu tetapi tidak dapat-dapat lagi. Siapa suruh buru ‘ikan jerung’, ‘ikan-ikan kecik’ berlambak datang serah diri mintak dipancing. Bukan dia tidak tahu selera sepupunya ini, yang susah dapat itulah yang dia hendak. Ada cabaran katanya. Perlu ke semua tu? Kalau sudah ada yang cantik menawan, baik hati depan mata, takkan hendak menolak? Lagipun Iefa tu bukannya elok sangat, berlakon dan berdrama memang pandai. Cuma Putra belum nampak semua itu lagi, percaya sangat dengan helah Si Iefa tu. “Really? Good for you...” ucap Putra dengan tangannya masih membelek kertas kerja. Riyad garu kepala. Macam bercakap dengan bini merajuk pun ada. Berpatah-patah dia bercakap, sepatah sahaja Putra sudi membalas. Lama sungguh dia menanti kata-kata balasan daripada Putra, padahal sudah lama dia habis bercakap tadi. Bibir masih tersenyum. Sudah cukup masak dengan sikap Putra yang tidak suka bersembang halhal remeh waktu kerja. “Putra, I want to ask something....” Riyad memancing perbualan dan Putra nampaknya berminat. Lelaki itu mengalihkan tumpuan kepadanya seketika, kening ternaik ke atas. “Kita ada ambik staf baru ke?” “Hmmm... I don’t know, maybe...” balas Putra selamba. “Why?” “Nothing, I’m just asking. Sebab aku nampak staf kat department kita macam bertambah aje...” balas Riyad

55

Kalau Memang Harus Begitu

sambil tersenyum. Bibir diketap seketika dengan pandangan melekat di wajah Putra yang kembali meneruskan kerja yang tergendala tadi. Serba salah mahu bertanya namun hati meronta-ronta pula ingin tahu. “Yang pakai baju kurung tu budak baru jugak, kan?” Jari-jemari Putra yang sedang menekan papan kekunci di lap-topnya terhenti. Kepala diangkat dan tepat matanya memandang ke arah Riyad. Keningnya berkerut kehairanan. “Baju kurung?” “Haah, yang pakai baju kurung tu. Aku rasa dia selalu keluar masuk bilik kau. Secretary baru kau ke?” tanya Riyad lagi. Dan pada saat itu barulah terlintas di benak Putra tentang Adara si budak kampung itu. Bibirnya tersenyum sinis dan dia menggeleng. “Secretary? Please la, dia tu tea lady,” jawab Putra bersahaja. Jari-jemari kembali mengetuk dada lap-topnya. “Kenapa kau tanya? Takkan taste kau kut?” Riyad tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Gila ke? Mana aku nak campak Kyra aku tu oi...! Rugi kalau terlepas! Aku saja aje tanya sebab macam tak pernah nampak muka dia sebelum ni.” Belum sempat Putra membalas kata-kata Riyad, pintu biliknya dibuka dari luar. Matanya yang redup terus bertukar tajam tatkala memandang Adara yang teragak-agak untuk melangkah masuk ke dalam biliknya. Bibir diketap geram. Perempuan ni memang tak reti nak ketuk pintu ke apa? Main redah ikut suka dia aje! “Errr... maaf, tuan. Saya tak tahu tuan ada tetamu. Sorry!” Adara terkulat-kulat tatkala matanya terpandangkan seorang lelaki yang ada bersama dengan tuan besar kepala

56

Acik Lana

itu. Ni sekejap lagi mahu kena jerkah pulak, baik dia larikan diri cepat-cepat. “Hey, excuse me! Sini sekejap.” Adara yang baru hendak menutup pintu untuk melarikan diri tergamam. Takut-takut dia menjengukkan kepala ke dalam. Mata melekat ke arah lelaki yang berada di hadapan Tuan Putra, cukup yakin lelaki itu yang memanggilnya. Kalau suara Tuan Putra, dia kenal macam mana nadanya, nada petir! Kaki masih kaku di muka pintu namun matanya sempat menjeling wajah Tuan Putra yang tajam mencerlung ke arahnya. Aduhai, apa lagi yang tak kena ni? Menyesal pulak dia sibuk-sibuk nak masuk hantar botol air mineral timetime macam ni. Mati-mati dia ingat Tuan Putra tu dah keluar bermesyuarat. Dengan perasaan serba salah dan ragu-ragu, Adara melangkah masuk juga. Nafas terasa sesak namun dia gagahkan kakinya melangkah menghampiri dua orang lelaki itu. Langkah diatur perlahan ke arah meja Tuan Putra. Mata mengerling lelaki yang masih merenung ke arahnya. Kalau tidak silap, lelaki inilah Encik Riyad yang disebut-sebut oleh Husna. Husna sendiri beritahu dia semalam yang bilik Encik Riyad bersebelahan dengan bilik Tuan Putra. Dia nampak lelaki itu berada di dalam sana sejak awal pagi tadi. Tapi tak ada pulak Husna cakap yang Encik Riyad ni masih muda bergaya, kacak pulak tu! Sempat dia memuji di dalam hati. “Errr... ya, encik?” soal Adara setelah teringatkan tujuan dia datang menghadap ini. Kepala ditundukkan sedikit tanpa berani menentang pandangan Encik Riyad, lebih-lebih lagi pandangan tajam Tuan Putra yang suka mencari fasal itu. Riyad tersenyum nipis. Matanya melirik ke arah

57

Kalau Memang Harus Begitu

gadis manis yang berbaju kurung itu. Direnungnya dari hujung rambut ke hujung kaki. Penampilan gadis ini biasabiasa sahaja, malah jauh berbeza dengan gadis-gadis kota yang pernah dia dampingi selama ini. Tetapi entah kenapa riak wajah yang lembut itu membuatkan dia ingin memandang lebih lama. Bila sekali pandang, hatinya meronta-ronta mahu terus memandang. Pelik. Yang jelas wajah mulus itu tampak lembut, ayu dan jernih. Kulit yang putih kemerahan itu begitu cantik dan mempesonakan. Memang ada ciri-ciri gadis desa idaman seperti kisah-kisah dongeng yang pernah dibacanya ketika kecil dahulu. “Why did you call her? Nak suruh tercegat jadi patung depan aku ni?” soal Putra dengan suara sengaja dilantangkan. Memang dia sengaja mahu menyakiti hati Adara dengan kata-katanya. Tidak berkenan betul dia dengan perempuan ini. Pakaian dahlah out to date, lepas tu rambut asyik diikat macam tu hari-hari. Fashion criminal betul! Tengoklah kasut buruk tu, dah koyak tinggal tak nampak jari aje lagi. Macam ni ke etika pemakaian di pejabatnya? HR ni tak buat kerja ke apa? Gerutunya di dalam hati. Bibir mencebik tanda meluat. “Oh, sorry-sorry, my bad....” Riyad tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Bibir tersengih kepada Putra sebelum kembali mencari wajah gadis ayu tadi. Keruh riak wajah itu, mungkin berkecil hati dengan mulut laser Si Putra itu. “Boleh ambilkan saya air tak? Tadi saya pergi pantri, tengok coffee dah habis...” pinta Riyad sambil tersenyum. Dia tahu dengan nada suara Putra yang meninggi tadi, jelas sepupunya itu tidak sukakan gadis ini. Mentang-mentanglah tidak seksi dan bergaya, memanglah Putra tidak pandang waima sebelah mata.

58

Acik Lana

Adara yang sejak tadi merenung kaki, mengangkat kepala perlahan-lahan. Tepat dia memandang ke arah Encik Riyad yang bersuara lembut kepadanya. Lelaki itu tersenyum mesra, menayangkan giginya yang cantik tersusun. Syukur Ya Allah, nasib baiklah dia ni tak ‘sekapal’ dengan Tuan Putra. Tak sia-sia dilahirkan kacak, baik budi bahasa pulak tu. Jauh beza degan perangai Tuan Putra yang macam lanun tu! Adara sudah memuji berbakul-bakul di dalam hati, padahal baru sebaris ayat lembut diucapkan oleh Encik Riyad kepadanya. “Errr... okey, okey. Nanti saya ambilkan,” balas Adara seraya menganggukkan kepala. Wajah Tuan Putra yang masih sibuk membuat kerja langsung tidak dipandangnya. Macam tidak berselera pula hendak menjeling sebab wajah Encik Riyad ini jauh lebih manis. Orang murah dengan senyuman memang boleh nampak kacak luar biasa. “Eh, sekejap....” Riyad menegah Adara yang baru hendak berpaling dan menapak keluar. Putra yang sedang tekun membuat kerja turut sama mengangkat kepala. Tajam matanya memandang ke arah Riyad yang masih duduk di hadapannya. Dah kenapa sibuk sangat nak bermesra dengan perempuan ni? Dah kurang kerja sangat ke apa? “Errr... ada apa, encik?” Adara sedikit gelisah. Serba tidak kena dia mahu berdiri tegak. Bukan dia tidak nampak yang Encik Riyad bukan main sakan merenungnya. Pelik sangat ke rupa dia hari ini? Ni semua kerja Husna la ni suruh pakai temu lawak segala malam tadi. Kan dah terlebih cantik... eceh! “Hmmm… siapa nama awak?” Riyad tersenyum sendiri. Macam pelik pula berkenalan dalam bahasa Melayu,

59

Kalau Memang Harus Begitu

kekok lidahnya mahu menyebut. Maklumlah, orang zaman sekarang lebih suka guna bahasa Inggeris. Tetapi kalau dilihat sikap lurus gadis itu, dia bimbang kalau-kalau empunya badan tidak fasih berbahasa asing itu. Tidak fasal-fasal sudah malukan orang…. “Errr... Adara, nama saya Adara,” jawab Adara perlahan. “Hah? Adara?” Riyad tergelak kecil. Agak pelik nama itu, pertama kali dia dengar seumur hidupnya. “Then what should I call you? Maksud saya, nak panggil awak apa?” tanya Riyad dengan soalan dwibahasa. Terlupa pula yang Adara mungkin tidak boleh berbahasa Inggeris. Gadis itu kelihatan tersipu-sipu, dan baru dia perasan ada lesung pipit di pipi kiri Adara. Cantik.... Adara serba salah. Kenapa nak mesra-mesra sangat yang sorang ni? Rasa tak selesa betul. Pulak tu dia ternampak Si Tuan Putra asyik menjeling-jeling aje. Penyibuk! Dengki la tu tengok Encik Riyad layan dia baik-baik. “Errr... memang orang panggil Adara aje,” balas Adara sedikit kekok. Takkan nak cakap orang sibuk panggil dia Dara, macam menggedik sangat bunyinya. Lagipun nama tu macam kedesaan sangat rasanya, tinggal tak jumpa Uda saja lagi ni. “Sedap nama tu. Anyway, saya Riyad.” Riyad menghulurkan tangan. Adara serba salah. Lambat-lambat Adara menyambut huluran tangan Encik Riyad yang masih sabar menanti. Hangat dan kemas genggaman tangan lelaki itu membuatkan dia semakin tidak keruan, segera dia menarik tangannya semula. Liur ditelan terasa kesat, tidak selesa. “Saya keluar sekarang, Encik Riyad,” ucap Adara

60

Acik Lana

dengan kepala ditundukkan sedikit tanda hormat. Kemudian cepat-cepat dia menapak keluar dari bilik Tuan Putra yang sentiasa menyesakkan dadanya ini. Selalunya sesak sebab perangai tak semenggah Tuan Singa, tetapi kali ini sesak sebab Encik Riyad yang baik hati tu pulak! Riyad tersenyum lebar, kepala digelengkan perlahan. Entah kenapa sikap malu-malu dan naif Adara membuatkan hatinya diusik debar halus. “Ehem, what was that?” tegur Putra yang sudah duduk menyandar di kerusinya. Sebelah kening dijongketkan tatkala Riyad mengalih pandang ke arahnya. Dari tadi dia nampak bukan main ligat Riyad bermain mata dengan Adara, bukan dia tidak faham gerak-geri lelaki itu. Semua begitu mudah dibacanya. “What? Sesi suai kenal dengan staf, salah ke bos?” balas Riyad melawak. “Oh please, kau ni bukak mata ke tak masa tengok dia tadi?” sindir Putra dengan bibir mencebik. Tangannya ligat mengemas meja yang berselerak dengan helaian-helaian kertas. Jam di pergelangan tangan dikerling sekilas. Dia perlu segera ke bilik mesyuarat biarpun masanya masih berbaki setengah jam. “Why, man? She’s pretty what...?” Riyad masih tersenyum. Sesaat kemudian dia menggelengkan kepala melihat sikap Putra. Bukan dia tidak tahu cita rasa lelaki itu memang besar, sentiasa mahu mencari kesempurnaan. Putra mahukan gadis yang cantik menggoda, bijak, berjawatan tinggi dan kaya-raya. Kalau nak dibandingkan apa yang ada dalam diri Adara dengan ‘syarat wajib’ Si Putra, memang tidak terjangkau rasanya. Macam langit dengan bumi. “Pretty? Kau nampak cara berpakaian dia tak? Kau

61

Kalau Memang Harus Begitu

tak tanya pulak dari planet mana dia tu datang?” Putra buat muka menyampah. “Aku ingat nak panggil semua staf and buat grooming session. Takdelah sakit sangat mata aku nak memandang. Imej syarikat kena jaga jugak, jangan ikut suka dia nak pakai baju macam nak pergi pasar.” Riyad ketawa besar. “Come on Putra, she is just a tea lady. Nothing to do with corporate image segala ni....” Riyad meluah kata seolah-olah membela Adara. “Dan kalau kau tak tahu, itu natural beauty namanya. Dia tak bersolek sikit pun, tapi dah boleh nampak serinya.” Putra mencebik. Pretty? Berseri? Entah, dia tidak pernah berminat mahu memandang wajah itu secara terperinci. Tengok cara Adara berpakaian pun dia sudah hilang selera, terbantut rasa. “Whateverlah, I have no time to argue about her.” “So, kau tak kisah kalau aku test market dengan dia?” Riyad angkat kening. Memang selama ini dia dan Putra sering bersaing untuk melihat saham siapa lebih tinggi di mata perempuan. Selalunya score mereka seri sahaja dan tidak banyak berbeza. Mungkin kelebihan berpihak kepada Putra kerana lelaki itu lebih kacak dan berpengaruh daripadanya. Manalah perempuan tidak gila bayang. “What?” Putra tersenyum sinis dengan kata-kata Riyad. “Oh please, just take it. She’s not my type at all,” sambung Putra tegas dan penuh yakin. Tolonglah, siapa nak dekat perempuan macam tu! “Fine! Tapi kau jangan sibuk-sibuk pulak lepas ni....” Riyad tersenyum memberi amaran.

62

Acik Lana

Putra memandang tepat ke arah Riyad yang tidak henti-henti tersenyum. “Kau ni serius ke?” “Aik, takkan dah ubah fikiran, brader?” Riyad tergelak kecil. Matanya masih memerhatikan Putra yang sibuk mengemas fail-fail untuk dibawa ke bilik mesyuarat. “Never. Cuma aku ingat janji kau hari tu. Kau yang cakap nak ‘cuci tangan’ lepas kau dah declare dengan Kyra, kan? And now?” Bibir mengukir senyuman mengejek. Konon hendak berubah, nampaknya Riyad tetap juga ‘sekapal’ dengan dia. Sama-sama belum bersedia mahu serius dengan hanya seorang perempuan. Lagipun mereka masih muda, apalah salahnya jika dinikmati sehabis baik peluang yang ada. “Alah, ini suka-suka ajelah... bukan nak serius pun. Saja aku nak test market aku, nak tengok ada harga lagi ke tidak.” Riyad tersengih kelat. “Cis, kata nak berubah, sama jugak akhirnya.” “Nanti hidup kau dah tak thrill pulak, bro. Sebab kau dah takde saingan hangat daripada aku, kan!” Putra tergelak kecil dengan usikan Riyad. Tak ada thrill? Mungkin jugak tu, nanti semangat mudanya pudar tanpa dorongan dan cabaran Riyad. “Dahlah, aku nak pergi meeting room. Kau nak pergi sekali tak?” “Lambat lagi kut, ada setengah jam lagi.” Riyad menjeling jam tangannya. Dia tidak hairan melihat Putra tergesa-gesa ke bilik mesyuarat, memang itu sikap sepupunya itu. Putra sentiasa mahu jadi yang terawal bersedia di bilik tersebut. “Kau pergi dulu la. Aku tunggu Adara ambikkan air.” Sambungnya sambil menyengih. “Oh, kalau kau nak minum, pergi minum dalam

63

Kalau Memang Harus Begitu

bilik kau. Jangan nak buat sepah dalam bilik aku pulak!” Suara Putra berbaur arahan. “Perempuan tu dahlah clumsy gila, nanti habis tumpah pulak air dalam bilik aku ni.” Riyad tergelak lagi. Tubuh tegap Putra yang melangkah keluar dari bilik dihantar dengan pandangan mata. Kepala digeleng perlahan. Entah apa yang Putra sakit sangat hati dengan Adara. Dia nampak jelas reaksi dingin Putra terhadap gadis itu yang dilayan macam musuh. Takkanlah sebab imej gadis kampung yang dibawa oleh Adara membuatkan Putra rimas dan sakit jiwa? Tidak mengapalah, nanti dia korek rahsia dengan gadis manis itu. Bibirnya tersenyum lebar. Adara… nama itu muncul lagi di fikirannya.

64

Acik Lana

Bab 8
USNA dan Adara beriringan menuju ke arah lif. Tengah hari ini mereka bercadang untuk turun membeli nasi bungkus di gerai Kak Zah yang terletak di tepi jalan besar. Tidaklah jauh sangat jaraknya dari pejabat mereka, kalau berjalan kaki pun dalam sepuluh minit sahaja. Husna melajukan langkah sambil menarik lengan Adara. Mereka perlu bergerak pantas, kalau tidak memang habis licinlah lauk di gerai Kak Zah itu. Maklumlah, dekat gerai itu sahaja yang ada menjual nasi campur dengan harga yang berpatutan. Kalau makan di kafeteria mewah yang disediakan di ruang lobi, jawabnya melayang puluhan ringgit. Tidak sanggup rasanya hendak berhabis sampai berpuluhpuluh ringgit untuk sepinggan makanan. Duit sebanyak itu boleh menampung seminggu lauk nasi campur di gerai Kak Zah. Jauh benar bezanya. “Hi ladies....” Husna dan Adara yang berbual kosong sementara menunggu lif, serentak menoleh ke kanan. Bulat mata Adara

H

65

Kalau Memang Harus Begitu

tatkala melihat Encik Riyad dan Tuan Putra menapak penuh gaya menghampiri mereka. Terpandangkan wajah manis Encik Riyad, Adara menghela nafas lega. Apabila matanya teralih pula ke wajah masam mencuka Tuan Putra, hatinya serta-merta resah. Dia rasa hendak turun bangunan itu guna tangga pulak. Tidak ada mood hendak naik satu lif dengan lelaki garang dan sombong itu. Muka berlagak bagaikan sudah terpateri di raut kacak itu. “Encik Riyad nak pergi lunch ke?” sapa Husna sekadar berbahasa. Dah tadi Encik Riyad berhai-hai dengan dia orang, takkan nak buat bodoh pulak. “Yup. You all nak ke mana ni?” Riyad tersenyum memandang wajah Husna dan Adara. Matanya melekat sekilas sahaja di wajah Husna, selebihnya dia lebih berminat merenung gadis manis yang kaku di sebelah sana. “Nak pergi tapau nasi dekat gerai bawah,” balas Husna sambil menyengih. Adara pula sekadar diam memandang pintu lif yang masih tertutup rapat. Lambat la pulak lif ni! Tak selesa betul bila berdiri dengan orang-orang korporat ni. Pulak tu yang sorang tu, muka macam nak makan orang. Lapar sangat ke? “Eh? Ada gerai ke kat bawah tu? Setahu I ada kafe aje.” Riyad mengerutkan kening tanda kehairanan. Sekalisekala matanya menjeling Adara yang masih diam membatu di hadapan pintu lif. Langsung tidak mengangkat muka ke arahnya. “Ada. Gerai bergerak sebab dia guna lori.” Husna tersengih lagi. Memanglah Encik Riyad tidak pernah tahu, sebab lunch lelaki itu cuma dekat kafe-kafe mahal, tidak pun dekat hotel. Standardlah orang banyak duit, kan... selera mestilah besar.

66

Acik Lana

“Oh I see.... Adara join awak sekali ke?” Adara tersentak. Dah kenapa pulak sebut-sebut nama dia ni? Borak ajelah dengan Husna tu! “Haah, dia ni kuat makan. Dari tadi bising suruh cepat turun, takut nasi habis,” balas Husna melawak. Adara sudah merah muka, tajam matanya menjeling wajah Husna yang buat-buat tidak nampak reaksi geramnya. Bongok punya Husna! Padahal dia yang tarik-tarik tangan aku ajak lumba lari rebut makanan. Dah pusing cerita pulak? “Ada lagi ke makanan kat bawah tu time-time macam ni?” Riyad mengerling jam di pergelangan tangannya. Waktu makan sudah bermula lima belas minit yang lalu, namun gadis berdua ini masih terpacak di pejabat. Sempat ke nak tapau lauk-pauk yang ada dekat sana? “Kalau bernasib baik, ada la.” Husna tergelak kecil. Sempat matanya menjeling Tuan Putra yang serius membelek Blackberry di tangannya. Mungkin lelaki itu sengaja buatbuat sibuk supaya tidak terlibat dalam perbualan mereka. Lagipun semua orang tahu yang bos besar seorang ini tidak suka bersembang kosong dengan staf-stafnya. Tidak semesra Encik Riyad yang sentiasa ramah dan murah dengan senyuman. Sikap berlagak Tuan Putra memang memualkan tekak orang-orang macam dia ni, rasa nak muntah! “Hurm... apa kata you all join I dengan Putra makan?” Riyad mempelawa dengan senyuman lebar terukir di bibir. Adara dan Husna serentak memandang ke arah Riyad. Putra juga turut sama mengangkat kepala. Kening lelaki itu berkerut-kerut dengan riak serius, tanda tidak suka.

67

Kalau Memang Harus Begitu

“Kau cakap apa ni?” soal Putra dengan nada kurang senang. Dia mahu makan tengah hari di Eastin Hotel, dan apa kes nak bawak budak berdua ni? Matanya hinggap pada pakaian Adara. Dijeling dari atas ke bawah, dari bawah ke atas, masih baju kurung lusuh tersarung di tubuh tinggi lampai itu. Matanya menyorot pandang pula kasut yang dipakai oleh Adara, masih juga kasut yang terkoyak di hujung jari itu. Macam ni nak bawak masuk hotel? Riyad ni memang dah sewel! “Alah, sekali-sekala aku belanja staf apa salahnya. Kan?” Riyad berpaling pula kepada Husna dan Adara sambil mengangkat kening. Tersenyum-senyum menayang wajah ikhlas di hadapan dua orang gadis itu. “Errr... takpe, takpe. Kita orang lagi suka makan lauk dekat gerai tu. Encik Riyad pergilah makan dengan Tuan Putera,” tolak Husna sungguh-sungguh. Daripada riak muka Tuan Putra yang garang itu, dia tahu sangat lelaki itu tidak suka dengan cadangan Encik Riyad. Yalah, apa kelas nak makan dengan orang tak vogue macam dia dan Adara ni. Kurang asam betul, memilih bulu! “No worries, I tak kisah pun. Jomlah.” Riyad masih berusaha meyakinkan Adara dan Husna. Kerlingan tajam yang dihadiahkan oleh Putra dipandang sepi. Langsung dia buat-buat tidak faham. “Kalau macam tu, you go with them. Aku pergi makan sendiri,” ucap Putra geram. Sakit jiwa dengan perangai Riyad yang jelas mahu ‘memancing’ Adara. Bukan baru sehari dua dia kenal Riyad, sudah berbelas tahun lamanya. Setiap gerak-geri Riyad begitu mudah dibacanya. Sikap budiman Riyad selalunya bersebab, sebab apa lagi kalau bukan sebab hendak memasang umpan.

68

Acik Lana

“Are you sure, bro? Kau tak kisah?” tanya Riyad sambil tersengih memandang Putra yang berwajah tegang. Putra mendengus kasar. “Aku lagi selesa makan soranglah daripada makan dengan entah siapa-siapa tu!” Langkah segera dihala ke arah biliknya untuk mengambil kunci kereta. Bukan dia tak nampak mulut Husna terlopong, mata Adara terbeliak dengan kata-kata pedasnya tadi, cuma dia sengaja buat tidak peduli. Memang itu caranya. Dia tidak suka keluar melepak atau makan-makan dengan orang yang dia tidak berkenan. Boleh mati seleranya nanti! “Encik Riyad, macam mana ni? Kan Tuan Putra dah marah....” Husna serba salah. Walaupun kata-kata Tuan Putra tadi macam petir peritnya memanah ke hati, tetapi dia masih rasa kurang selesa. Mana tahu Tuan Putra bad mood sebab dia dan Adara sudah ‘curi’ satu-satunya kawan yang lelaki itu ada. Tetapi dia pelik juga, kenapa tiba-tiba Encik Riyad baik hati sangat hendak belanja bagai ni? Selalu tidak pernah pula hendak pelawa dia. Pelik... pelik. “Tak apa. Tak ke mana marah dia tu...” balas Riyad sambil tersenyum bersahaja. Kemudian matanya beralih kepada Adara yang masih mendiamkan diri. “Husna, kawan awak ni memang pendiam eh? Dari tadi tak dengar sepatah perkataan daripada mulut dia. Tanam emas ke apa dalam mulut tu?” Adara mengerling sekilas ke arah Encik Riyad. Mahu tidak mahu sahaja dia tersenyum membalas. Tetapi sakit hati jugalah tengok Husna tergelak besar, suka benar orang mengata dia ya! Nak kena minah ni.... “Pendiam? Takde maknanya, Encik Riyad. Selalu dialah paling riuh macam mulut murai. Murai pun angkat bendera putih kalau dia dah membebel.”

69

Kalau Memang Harus Begitu

Adara ketap bibir. Eh-eh, perempuan ni, memang saja cari pasal ke apa? Dah lama sangat tak kena amukan orang lapar nasi ni! Gerutunya di dalam hati. Namun terkenangkan adanya Encik Riyad di situ, dia pendam rasa geramnya. Balik nanti tahu la dia nak melunaskan hutang piutang Si Husna ni! “Adara, awak nak makan dekat mana? Saya belanja...” tanya Riyad sebaik sahaja mereka memasuki perut lif. Adara ternganga dengan soalan yang diajukan kepadanya secara tiba-tiba. Dada terasa berdebar kencang mengalahkan nak kena interviu kerja dengan bos besar. Terkelip-kelip matanya memandang wajah Encik Riyad yang tersenyum dengan kening terjongket sebelah. Liur ditelan, bibir pula mengukir senyuman kelat. Nak jawab apa ni? Dia bukan tahu tempat mana best nak makan. Cakap makan dekat mamak aje boleh ke? Ah, lelaki tu pandai ke makan dekat restoran mamak? “Kenapa? Jangan risau pasal harga, kan saya kata saya nak belanja.” Riyad tersenyum melihat reaksi Adara yang serba salah. Sekejap tergaru-garu kepala, sekejap berkerutkerut muka. Comel betul perempuan ni. Mata yang besar dan bersinar itu membuatkan dia berdebar-debar setiap kali pandangan mereka berlaga tepat. Namun sukar benar mahu menikmati debaran itu dengan lebih lama, Adara selalunya akan cepat-cepat mengalih pandang. Dan perasaannya menjadi hampa entah kenapa. “Errr... tak apalah, saya dengan Husna tapau dekat gerai tu aje.” Adara tersenyum pahit. Dia memang tidak selesa hendak keluar makan dengan Encik Riyad, takut nanti tidak tersuap nasi ke mulut. Lagipun, Encik Riyad itu suka benar pandang-pandang dia, hendak menggoda ke apa entah.

70

Acik Lana

Dia rasa seram sejuk pula. Mata sempat melirik ke arah Husna yang sudah menayang muka hampa. Hesy, nampak sangat beria nak kena belanja perempuan sorang ni! “Alahai, tak berbaloi saya buat Putra bengang kalau awak tak jadi keluar makan dengan saya,” balas Riyad dengan senyuman manis. Tangannya naik melurut rambut yang tersisir kemas. Adara mengalih pandang ke arah dinding lif. Aduh, menggoda sungguh gaya itu! “Husna on aje tu...” sambung Riyad mengharap. Husna tersengih. Pandai pun Encik Riyad ini meneka apa yang ada di hatinya. Adara ni pun satu, orang dah nak belanja tu ambik ajelah. Bukan senang nak kena belanja dengan bos ni.... “Errr....” Adara pandang Husna dengan riak serba salah. Sahabatnya itu buat isyarat mata supaya setuju sahaja. Mengada betul Si Husna ni, dia yang kemaruk mintak kena belanja sebenarnya! “Ermmm... okeylah. Tapi saya tak tahu kat mana, ikut ajelah mana-mana pun.” Riyad tersenyum lebar. See... bukan susah sangat nak mengayat perempuan. Ini baru first step dan dia akan buat banyak langkah lagi untuk mendekati Adara. Selama ini dia belum pernah gagal lagi menjinakkan mana-mana perempuan. Tetapi Adara ini kategori liat juga, nampak susah juga hendak dipancing. Tetapi tidak apa, macam inilah cabaran yang dia suka. Barulah ada thrill! “Bagus. Kalau macam tu kita ke Tupai-Tupai,” cadang Riyad setelah mereka melangkah keluar dari perut lif dan menuju ke ruang lobi. “Hah? Makan tupai?” Adara menghentikan langkahnya dengan mata terbeliak luas. Ya Allah, kenapalah

71

Kalau Memang Harus Begitu

pelik benar selera lelaki ini? Biarlah tidak kena belanja pun, dia rela makan dekat gerai depan ini saja. Tidak tahulah kutkut Husna rela telan tupai semata-mata hendak makan free! Husna dan Riyad saling berpandangan sebelum lelaki itu ketawa besar. Naik merah matanya sebab ketawakan Adara yang termangu-mangu tidak tahu hujung pangkal. “Bukan makan tupailah, sayang....” Riyad tersengih. Nampak sangat sikap lurus dan polos Adara. “Tupai-Tupai tu nama restoran but no worries, dia tak jual lauk tupai pun. Awak ni kelakarlah Adara....” Adara gigit bibir. Ah, manalah dia tahu! Tak pernah dengar pun nama restoran macam itu selama ini. Apa ke pelik benar namanya Tupai-Tupai? “I’m sorry kalau saya over gelakkan awak....” Riyad tersenyum-senyum menahan tawanya. Tapi dia tak naklah Adara pandang semacam sikap dia ni, kena jaga market jugak. “Kita gerak sekarang okey? Nanti lambat pulak masuk ofis.” Adara tersenyum dengan muka menahan malu. Yalah, nampak sangat tak canggihnya dia ni. Perlahan-lahan dia dan Husna membuntuti Riyad menuju ke keretanya yang diparkir di ruang hadapan bangunan. Ketika lelaki itu sibuk bercakap dengan jockey untuk mengambil kunci kereta, Husna di sisi mencubit lengannya dengan wajah tidak puas hati. “Kau jangan la nampak macam hulu sangat Adara oiii.... Buat malu aku aje!” Adara mengaduh seraya menggosok lengannya yang perit. Dikerling tajam wajah Husna yang beriak selamba. Amboi... tahu tak semua kau punya pasal??? Lepas ni tahulah nasib kau wahai perempuan!

72

Acik Lana

Bab 9
DARA terkocoh-kocoh menyiapkan kerjanya di dalam pantri. Hari ini Wati mengambil cuti, maka kerja-kerja penyediaan minuman untuk semua pekerja di tingkat sembilan belas ini terpaksa diuruskannya sendiri. Kelam-kabut juga dia sejak pukul lapan pagi tadi. Mana nak bancuh air, nak tolak troli air keliling jabatan, lepas tu nak masak air panas untuk top up air tu lagi. Pendek kata tak menang tangan dibuatnya. Manja benar budak-budak ofis ni pun! Apalah salahnya berjalan masuk ke pantri ambik air yang dah siap dibancuh ni. Ini tidak, nak jugak orang hantar ke meja. Pemalas! Rungut Adara di dalam hati. Terfikirkan minuman dan keadaan bilik Tuan Putra yang langsung tidak diuruskannya lagi, dia semakin panik. Matilah kalau singa tu menjerit melolong mintak air sekejap lagi. Dia memang belum sempat menjejakkan kaki ke sana. Sibuk sangat buat kerja lain yang memang tidak boleh dielak. “Morning!”

A

73

Kalau Memang Harus Begitu

Adara hampir terlompat kerana terkejut dengan sapaan itu. Sudu yang dipegangnya terpelanting ke lantai. Adara kelam-kabut berpaling. Matanya melekat ke arah Encik Riyad yang tersenyum lawa di muka pintu pantri. Lelaki itu menapak masuk menghampirinya sebelum tunduk mengutip sudu yang terjatuh tadi. “Errr... sorry. Terkejut saya.” Adara serba salah menyambut sudu daripada tangan Encik Riyad. Haruman di tubuh lelaki itu yang segak berkemeja biru berjalur membuatkan dia khayal seketika. Wangi betul Encik Riyad ni, agaknya berapa botol la dia simbah perfume kat baju tu? “Sorry sebab terkejutkan awak.” Riyad tersenyum mesra. Tubuhnya disandarkan di kabinet bersebelahan singki. Tangan pula memeluk tubuh. Galak matanya merenung wajah mulus Adara yang tunduk membasuh sudu di singki. “Awak dah breakfast, Adara?” Adara mengangkat muka dan tersenyum kelat. Tak biasa betul bila ada lelaki kacak macam ni ajak dia bersembang. Serba tidak kena rentak jantungnya. “Errr... belum. Tak sempat nak makan sebab sibuk sangat pagi ni. Hari ni Kak Wati cuti, kerja dia saya kena tolong coverkan,” balas Adara perlahan. Terlihatkan renungan Encik Riyad yang tidak lepas-lepas memandangnya, segera dia melarikan anak mata ke arah jag di hadapannya. Dikacau lagi air teh yang sudah sebati itu berkali-kali. Menggelabah, tidak tahu hendak buat apa. “Kesian awak. Nak saya tolong ke?” Adara tersentak. Berderau darahnya tatkala Encik Riyad berdiri agak hampir dengan tubuhnya. Bau haruman tubuh lelaki itu semakin menusuk lembut ke dalam rongga hidungnya. Rasa terbuai-buai, lebih wangi daripada bau

74

Acik Lana

bunga mawar dekat halaman rumah nenek. Menyedari kedudukan mereka yang agak rapat, dia berganjak sedikit ke tepi. “Eh, takpe... takpe. Saya boleh buat sendiri. Lagipun dah nak siap ni,” ujarnya sedikit cemas. Aduh, boleh melayang nyawa macam ni. Berdiri dekat sangat buat apa? “Betul ni?” Riyad hampir tergelak melihat wajah Adara yang pucat lesi. Cukup yakin yang Adara ini datangnya daripada kelompok yang baik-baik. Nampak jelas gadis itu serba tidak kena apabila dia semakin merapati tadi. Bagus. “Errr... betul, betul. Tak tipu, sumpah!” Adara angkat tangan ke sisinya macam nak angkat sumpah. Wajahnya cemas, takut benar kalau Encik Riyad rampas sudu dan kacau air di dalam jag itu. Tidak ke haru kalau staf lain nampak! Riyad pula sudah tergelak kecil. Kelakar betul perempuan ni. Nasib baik comel, kalau tak mesti dah kena kutuk awal-awal. Sikap menggelabah Adara memang sering benar mencuit hatinya. Riyad tersenyum. “Yalah, tak payah nak sumpah-sumpah pulak. Buatkan saya kopi boleh?” “Kopi? Boleh, boleh. Saya buatkan sekarang ye?” Adara tersenyum kelat sambil mengangguk. Dia kembali berpaling menghadap singki. Teringatkan sesuatu, mata kembali mencari wajah Encik Riyad. “Nak saya hantar kat bilik encik ke nanti?” “Takpe, tak payah susah-susah. Saya makan dekat sini aje, mama saya buatkan sandwic pagi ni,” balas Riyad mesra. Dia bergerak menuju ke arah meja makan yang tersedia di ruang pantri sederhana luas itu. Duduk dilabuhkan selesa di situ, bibir mengukir senyuman untuk Adara yang menjeling tingkah lakunya.

75

Kalau Memang Harus Begitu

Adara mula rasa tak keruan. Timbul rasa kurang selesa apabila duduk berdua-duaan dengan Encik Riyad macam ini. Jangan kena tangkap basah sudah! Maklumlah, berdua-duaan dalam bilik yang sama. Nauzubillah.... Terpandangkan Encik Riyad yang sedang membuka bekas makanan, hatinya mula berteka-teki. Dia kata mak dia buatkan, maknanya dia belum kahwin la ni. Ke dah kahwin tapi bini tak reti masak? Yalah, orang macam ni selalunya bini mestilah hot. Kalau dah hot, apa kelas nak duduk kat dapur berkawan dengan periuk kuali. Mestilah lebih suka berkawan dengan alat mekap dan aksesori mahal-mahal, berhias untuk suami katakan. Adara tersenyum sendiri. Sukasuka dia sahaja hendak fikir macam itu fasal Encik Riyad. Inilah namanya judge the book by its cover. Alahai... terspeaking pulak ye! Enggan membuat telahan yang bukan-bukan, dia segera membancuh kopi untuk Encik Riyad di dalam mug yang dibawa oleh lelaki itu sebentar tadi. Yakin cukup manis dan pahit kopi itu, barulah dia menghampiri Encik Riyad. Mug berasap nipis itu diletakkan di hadapan lelaki itu. “Ni kopi encik....” “Hmmm... sedap baunya tu. Thanks.” Riyad mendongak memandang wajah manis Adara yang tersipusipu segan. “Jom makan sekali dengan saya.” “Errr... takpelah, Encik Riyad. Saya makan kemudian aje,” balas Adara sambil tersenyum tidak kena gaya. Berkongsi bekal makanan dengan lelaki sehebat Encik Riyad, macam tak masuk akal sungguh bunyinya. Kalau cerita dengan Husna, mesti Husna pengsan! “Hmmm... tak cukup satu slice ye? Awak, kan kuat makan....” Riyad angkat kening sambil tersenyum. Lucu pula

76

Acik Lana

melihat wajah Adara yang kelat kerana diusiknya. “Dahlah, duduk sini temankan saya makan.” “Hah?” Adara terpinga-pinga tidak faham. Riyad tersenyum lagi. Tangan menepuk-nepuk perlahan dada meja, isyarat mempelawa Adara supaya duduk di hadapannya. “Duduk sini temankan saya makan, please.” “Errr... tapi saya nak siapkan air minuman untuk Tuan Putra.” Adara serba salah. Dia tidak sanggup memperjudikan nasibnya dengan bersenang-lenang bersarapan dengan Encik Riyad. Tu, perut Tuan Singa tu lebih penting daripada segala-galanya. Kalau tidak, sesia kena buang kerja. Yang Encik Riyad ni pun, makan sendiri tak boleh ke? Ke sengaja nak dia kena tempik dengan Tuan Putra? Jangan-jangan berpakat tak dia orang ni? Bukan boleh percaya sangat sebab dia orang ni ada pertalian darah, mesti sikit-sikit ada perangai yang sama, kan? “Takpe, dia ada meeting dekat luar pagi ni. Tak masuk ofis,” balas Riyad selamba. Mulutnya mengunyah perlahan sandwic yang digigit separuh. Mata masih merenung Adara yang nampak serba salah. Dengan isyarat mata pula dia mempelawa. Mahu tidak mahu, Adara akur dan duduk di hadapan lelaki segak itu. Matanya sempat mencuri pandang ke wajah Encik Riyad yang masih tenang menikmati makanannya. Alahai, tengah makan pun handsome. Indah ciptaan Tuhan dan untung juga dia boleh cuci mata. Bibir mengukir senyuman kecil. “Kenapa senyum-senyum ni? Nak ye?” Riyad mengunjukkan sandwic di tangannya dan sepantas itu Adara menggelengkan kepala. “Ambiklah rasa, jangan malu-malu.” Riyad menolak

77

Kalau Memang Harus Begitu

bekas plastik yang berisi sekeping lagi sandwic berbentuk segi tiga. “Takpe, takpe.” Adara menolak semula bekas itu ke tengah meja. Aisey, malunya. Karang dia ingat aku memang terliur tengok dia makan tadi! “Ambiklah Adara, saya tak kisah share dengan awak. Ambik...” pelawa Riyad bersungguh-sungguh. Dengan rasa serba salah, Adara akur dan mencapai juga sandwic yang dihulurkan. Nenek banyak kali dah pesan, rezeki tak baik ditolak. Terima kasihlah nenek, sekarang muka Dara dah tebal lapan belas inci sebab kata-kata nenek tu. Sambil mengunyah perlahan, dia mengerling wajah tenang Encik Riyad yang sedang meneguk kopi. Baiknya Encik Riyad ni, kenapalah Tuan Putra tu tak baik macam ni? Kalau tidak mesti dia rasa bahagia kerja dekat sini. Ini hendak datang kerja pun jenuh kena paksa dengan Husna. Asal bangun tidur sahaja dia rasa hendak menangis. Yalah, sebab sudah tahu seksaan yang bakal menanti dekat pejabat ini. Hatinya tidak tenang sebenarnya, selalu rasa takut dan gementar memikirkan kerenah Tuan Putra yang Zionis itu. “Menung kenapa ni? Makanlah cepat....” Adara tersentak saat tangan Riyad menyentuh tangannya. Sepantas kilat dia menarik tangannya menjauhi sentuhan lelaki itu. Berdegup deras jantungnya dengan tindakan Encik Riyad yang melebih-lebih itu. Lelaki itu ingat dia ni anak patung ke apa suka-suka hendak pegang? Riyad tersenyum sumbing. Hatinya seronok pula melihat gelagat Adara yang selalu cemas saat dia berdiri hampir atau cuba menyentuhnya. Pandai budak ini jaga diri, tidak macam perempuan yang selalu didampinginya selama

78

Acik Lana

ini. Perempuan-perempuan sentuhan hangatnya.

jenis

itu

semua

sukakan

“Macam mana kerja kat sini? Best?” tanya Riyad cuba memancing perbualan. Wajah putih bersih yang dihiasi sepasang mata yang cantik dan alis melentik itu dipandang lama. Terbuai-buai indah perasaan di dadanya. Adara yang sedang mengunyah sandwic tersenyum kelat. “Bolehlah, best la jugak.” “Aik, bunyi langsung tak macam best pun?” Riyad tergelak kecil. “Awak kena kerja dengan perasaan happy, baru ikhlas buat kerja tu.” Adara mencebik. Boleh ke nak ikhlas kalau harihari kena jerkah, kena tempik, kena buli dengan Tuan Putra tu? Rasanya daripada nak rasa ikhlas, terus rasa banyak dosa. Mana tidaknya, sehari memang berpuluh-puluh bakul dia mengutuk Tuan Putra dalam hati. “Tuan Putra selalu buli awak ke?” Riyad menjongketkan sebelah keningnya. Dia nampak jelas wajah Adara kelihatan serba salah dengan soalannya tadi. “Saya tengok pun dah tahu. Tapi awak janganlah ambik hati pulak, dia memang macam tu. Dia tegas tapi hati dia sebenarnya baik.” Adara rasa nak termuntahkan sandwic itu dekat situ juga. Hati baik? Yelah tu! Zaman bila Tuan Putra baik? Harihari sama aje kejamnya! “Adara, saya nak tanya awak something...” ucap Riyad lambat-lambat. Wajah Adara masih dipandangnya tanpa jemu. Cantik sangat, tidak ada kurang dan cacat celanya. Manis tanpa secalit alat solek dan kulit mulus kemerahan itu sering membuatkan pandangannya melekat lama. Payah untuk dia mengalih pandang.

79

Kalau Memang Harus Begitu

“Apa dia, encik?” Adara serba salah direnung begitu. Pandangan dilarikan ke sisi. Seriau! “Ermmm... awak dah ada boyfriend?” Adara terlopong. Tidak sangka soalan itu yang hendak ditanya oleh Encik Riyad. Bersikap jujur dan terbuka, kepalanya digeleng perlahan. Memang dia belum berpunya sebab dia masih belum berjumpa si idaman hati. Walaupun dia ini tidak berpelajaran tinggi, tetapi dia tetap ada cita rasa berkehendakkan lelaki yang baik dan stabil. Tidak payahlah kaya sangat, asal ada kerjaya sudahlah. “Takkan orang cantik macam awak takde boyfriend? Ke awak tipu saya ni?” duga Riyad dengan senyuman nakal. Adara pula menggeleng laju dan baru sahaja tangannya hendak naik ke sisi, Riyad sudah mengisyaratkan dia supaya diam. “Tak payah sumpah-sumpah, saya percaya cakap awak tu.” Ujarnya diselangi gelak kecil. Adara tersipu-sipu malu. Encik Riyad sudah boleh baca tingkah laku dia nampaknya. Bahaya sungguh. “Kiranya kalau sekali-sekala saya ajak awak keluar, takde orang marah la, kan?” Riyad merenung Adara dalamdalam. Adara nampak sedikit kurang selesa dan gadis itu menundukkan kepala tanda kalah dengan renungannya. “Hurm? Ada orang marah tak?” Adara tersenyum kelat. Ni apa jenis soalan ni? “Errr... tak tahu. Girlfriend encik la marah kut.” Riyad tergelak besar dengan jawapan Adara yang mengenakannya semula. Pandai jugak budak ni ye. Ingatkan lurus sepanjang masa. “Saya ni mana ada girlfriend, tak laku. Dah jenuh promosi tapi tetap jugak takde yang nak.”

80

Acik Lana

Adara mencebik sebelum tersenyum kecil. Nampak sangat menipunya. Takkanlah lelaki sekacak dan sehebat Encik Riyad ini tidak ada yang berkenan. Tengok muka dia yang kacak itu sahaja sudah boleh bawa mimpi siang malam. Itu belum lagi dengar jawatan tinggi dia, belek duit dalam akaun dia, atau naik kereta mewah dia tu. Memang confirmlah perempuan cair! Lebih-lebih lagi Encik Riyad ni pandai mengayat, mulut manis kata orang. “Pandainya encik menipu. Tak percayalah saya!” Riyad tersengih pula memandang Adara. “Betul takde. Macam ni la, awak try keluar dengan saya dan kita tengok ada tak perempuan marah. Kalau takde, maknanya memang saya takde girlfriend la. Boleh?” Adara terkulat-kulat mendengar kata-kata Riyad. Kan dah tak pasal-pasal dia jerat leher sendiri! “Eh, takpelah encik. Encik ada girlfriend ke tak, saya tak kisah. Tak payahlah encik nak buktikan apa-apa....” “Masalahnya saya serius nak ajak awak keluar.” Riyad mempamerkan muka serius. Apabila Adara memandang ke arahnya, dia menganggukkan kepala pula. Adara telan liur. Ah sudah, apa niat lelaki ni sebenarnya? Buat apa nak keluar dengan pacal yang hina seperti dia ni? Wah, ayat merendah diri habis dah ni. Kalah cerita Hindustan! “Boleh ke tak ni? I’m waiting....” Riyad jenguk wajah Adara yang sedikit menunduk. Gadis itu tersenyum serba salah, nampak tidak senang duduk pun ada. “Errr... urmmm… aaa....” Adara mula berdebar tidak tentu arah. Dan tanpa dipinta penyakit gagapnya mula menyerang apabila dia diserang rasa gemuruh. Kenapalah dia mewarisi penyakit arwah emak ni, susah betul!

81

Kalau Memang Harus Begitu

“Apa dia?” “Urmmm... aaa... saya....” Tangan Adara sudah naik terawang-awang. Susah sangat hendak mengeluarkan butir perkataan daripada mulutnya. “Okey. Saya rasa awak nak cakap awak setuju, kan?” Riyad tersengih seraya bangkit dari duduknya. “Hari Sabtu ni saya jemput awak pukul tiga petang. Awak duduk dengan Husna, kan?” Adara terlopong. Bila masa pula dia kata dia setuju ni? Encik Riyad ni macam faham sangat bahasa gagap dia tu, padahal dia nak cakap tak nak! “Saya... saya....” Muka Adara sudah cemas macam hendak menangis. “Awak duduk dengan Husna, kan?” Riyad ulang soalannya sekali lagi. Direnung wajah Adara yang nampak gelisah. Sekejap mengangguk, sekejap menggeleng. “Mana satu ni Adara? Takpelah, nanti saya tanya Husna sendiri. Sabtu ni ye, jangan lupa!” Riyad sempat mengenyitkan mata kepadanya sebelum berlalu keluar dari pantri dengan senyuman lebar. Adara tepuk dahi. Adoi, macam mana ni??? Encik Riyad hendak bawa dia keluar ke mana? Adara melentokkan kepalanya ke meja dengan riak wajah putus harapan untuk hidup. Habislah…!

82

Acik Lana

Bab 10
UNIRAH sekali lagi muncul di muka pantri dengan wajah gelisah. Sekali-sekala matanya mengerling jam di pergelangan tangan. Masuk kali ni sudah tiga kali dia ulang-alik ke sini menjenguk Adara. “Adara, lambat lagi ke siap? Cepatlah, mengamuk Tuan Putra kang!” Adara menoleh sekilas dengan wajah kelam-kabut. Tangan naik memberikan isyarat ‘sekejap’ kepada gadis kecil molek itu. “Jap-jap, dah nak siap dah ni.” “Tadi pun kau kata nak siap dah, tak siap-siap jugak. Aku risau kau kena bambu dengan Tuan Putra nanti...” balas Munirah sedikit resah. “Sekejap aje, Munirah.... Seminit lagi siaplah ni.” Adara semakin cemas. Rasa macam dia masuk pertandingan masakan pula, kelam-kabut mengejar masa. Jantung pun bukan main melantun deras tatkala terbayangkan wajah singa Tuan Putra itu. Munirah mengangguk sebelum berlalu ke tempat duduknya yang terletak di hadapan bilik Tuan Putra.

M

83

Kalau Memang Harus Begitu

Adara mengeluh. Gelas panjang di hadapannya dilap bersih sebelum dituangkan fresh orange daripada bungkusan plastik ke dalam gelas tersebut. Ini tetamu mana la yang menggedik sangat ni? Ada pulak datang ofis orang lepas tu order fresh orange. Dia ingat pantri ni foodcourt ke apa? Kenapa tak order nasi goreng USA sekali? Rungutnya di dalam hati. Geram sungguh! Tidak fasal-fasal dia kena berlari turun ke kafeteria bawah membungkus fresh orange. Pakai duit sendiri pula tu, melayang tujuh ringgit lima puluh sen dari koceknya. Duit sebanyak itu dah boleh lepas beli dua kali nasi bungkus untuk makan tengah hari dia dah. Setelah mengelap lelehan air di bibir gelas, Adara segera menatang dulang menuju ke arah bilik Tuan Putra. Munirah yang terjenguk-jenguk kepala mengisyaratkan dia supaya segera masuk. Nampaknya setiausaha Tuan Putra itu sudah masak benar dengan kepala angin bosnya, sebab itu Munirah risau sangat. Tanpa berlengah Adara mengetuk pintu beberapa kali. Perlahan-lahan dia memulas tombol besi itu dengan tangan kanannya. Dia melangkah masuk dan saat itu matanya terpandangkan seorang gadis duduk berhadapan dengan Tuan Putra. Dia tidak nampak muka empunya diri kerana perempuan itu masih membelakangkannya. “Adara, tercegat apa kat situ? Bawak air tu ke sini!” arah Putra dengan suara tegas. Adara mengangguk laju. Segera kakinya menapak ke arah meja lelaki itu dengan perasaan separa ikhlas. Diletakkan gelas itu penuh hati-hati di hadapan gadis yang bukan main harum baunya. Rasanya seluruh bilik Tuan Putra sekarang berkedap dengan bau yang bukan main menusuk

84

Acik Lana

itu, naik berpinar-pinar kepalanya. Mata sempat curi-curi menjeling, aksi busybody itu memang biasalah, kan! Nak juga dia tahu high class sangat ke selera lelaki berlagak tak hengat macam Tuan Putra ni. Saat terpandangkan wajah itu, mulutnya ternganga sedikit. Mak oi... lawanya perempuan ni. Macam artis! Dipandang pula pakaian gadis itu yang mengenakan kemeja ketat berwarna putih yang dituck in masuk ke dalam skirt pendeknya yang berwarna hitam. Kaki panjang itu pula langsung tidak berbalut apa-apa. Tampak putih gebu paha yang duduk bersilang itu. Kenyanglah Tuan Putra hari ni, tak keluar lunch pun tak apa agaknya. “Kau tercegat dekat sini buat apa?” tegur Putra sedikit tegas. Tajam matanya memanah ke arah Adara yang tidak berkelip mata melihat Iefa. “Pergi bersihkan tempat rehat aku tu, tak nampak karpet tu dah berhabuk?” Adara terkulat-kulat sendiri. Malu pun ada kena tengking di hadapan tetamu cantik lelaki itu. Gadis tadi mengangkat muka memandang Adara dari atas ke bawah. Adara tersenyum mesra namun gadis itu menjelingnya tajam. Hmmm... sorang lagi ‘sekapal’ dengan Tuan Putra. Memang eloklah dia orang ni berdua! Kutuknya di dalam hati. Tidak menunggu lama, Adara segera berlalu ke arah ruang rehat Tuan Putra. Ruangnya tidaklah sebesar mana, hanya menempatkan beberapa buah sofa kecil dan sebuah meja kopi. Dia mengemaskan majalah-majalah business yang bertaburan di atas meja, kemudian membetulkan susun atur hiasan di ruang tersebut. Adara mengambil kesempatan memasang telinga, mendengar perbualan merpati sejoli itu. Sama cantik, sama padan dan sama-sama sombong! “I don’t believe you’re here, in front of me.” Putra

85

Kalau Memang Harus Begitu

tersenyum lebar, berseri-seri riak di wajahnya. “What brings you here today?” Mata merenung lembut wajah Iefa yang cantik di hadapannya. Terkejut beruk dia bila Munirah memberitahu Iefa datang mahu bertemunya. Sejak kejadian dia membatalkan janji temu dengan Iefa, dia memang sengaja tidak menghubungi gadis itu. Dan siapa sangka sikap berdiam dirinya yang seolah-olah mengalah itu membawa Iefa terus ke mari. Perempuan, memang suka main tarik tali. “Well... I don’t know, saja. You tak suka ke?” tanya Iefa sambil tersenyum simpul. Dijelingnya wajah Putra dengan ekor mata yang melentik diukir dengan eyeliner. Memang anak Datuk Hamdi ini terlalu kacak bergaya orangnya, dia tidak mampu menidakkan hal itu. Cuma selama ini dia sengaja jual mahal, mahu melihat kesungguhan Putra mengejar perhatiannya. Dan beberapa hari sepi tanpa berita dan bunga-bunga daripada lelaki itu, dia jadi gelisah tidak tentu arah. Bimbang lelaki sehebat Putra sudah bosan mengejarnya, sebab itu hari ini dia datang ‘serah diri’. “Of course I suka. I cuma pelik aje nampak you depan mata I sekarang,” balas Putra sambil menayangkan senyuman menawannya. Tubuh disandarkan ke kerusi empuknya dengan mata tidak lepas-lepas menatap wajah Iefa yang menggoda. “I ingatkan you dah tak sudi nak jumpa I. Maklumlah, you nikan jadi rebutan orang sana sini. I ingat dah nak surrender dah, penat nak kejar.” “Don’t be... takkan lelaki macam you cepat sangat mengalah? I dengar nama you bukan main hebat selama ni, impossible you kalah dengan I?” duga Iefa dengan kening nipisnya terjongket ke atas. Bibirnya yang bergincu tebal itu

86

Acik Lana

mengukir pula senyuman paling mahal untuk umpannya yang memang mahal ini. “I mengalah supaya you pulak kejar I, baru adil, kan?” Putra tergelak kecil dan Iefa ikut sama tertawa. “But bila nampak you, I tak rasa nak lari pulak. Macam kesian nak biarkan you kejar I.” Iefa melirik pandangan menggodanya. “Really? You’re such a sweet talker. Nasib baik projek mega I dah settle, kalau tidak I memang takde masa nak dengar all of your sweet jokes ni.” Putra sekadar tersenyum. Begitu senang dapat berbual-bual dengan Iefa yang berkerjaya dan berpengaruh ini. Orangnya bukan setakat cantik, tetapi beauty with brain kata orang. Kehebatan Iefa dalam bidang perniagaan bukan boleh dipandang ringan, sudah banyak tender besar berjaya digenggam oleh Iefa. Memang dia kagum dengan kredibiliti gadis muda itu, tambah-tambah pula gaya Iefa sentiasa anggun dan berkeyakinan. “You free lunch ni?” soal Iefa dengan jarinya bermain-main di bibir gelas. “Kalau untuk you, I memang sentiasa free. Nak lunch dengan I ke?” “Sure, kalau you sudi....” Iefa tersenyum manja. Hati kembang kuncup menahan rasa bahagia. Bertuahnya dia mendapat perhatian daripada lelaki sehebat Zidan Adiputra. Seorang lelaki yang gah namanya dalam bidang perniagaan, yang sudah berkali-kali mencipta kejayaan demi kejayaan. Ditambah pula dengan kelebihan paras rupa yang tampan, memang dia takkan rugi jika memiliki lelaki itu. “Sekali you ajak, berpuluh kali I sudi....” Iefa tersenyum bangga. “Seriously? Well, you takde

87

Kalau Memang Harus Begitu

girlfriend ke? Nanti ada pulak yang merajuk tengok you keluar dengan I.” Putra tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. “Kalau ada, buat apa I terhegeh-hegeh cari you selama ni? Lagipun I ni agak pemilih orangnya, I belum jumpa yang I berkenan until....” Sengaja dia mematikan ayatnya, melihat reaksi Iefa yang nampak terusik. Bibir mengukir senyuman menggoda, yakin Iefa sudah cair dengan kata-kata lembutnya. “Until...?” Iefa mengerutkan kening. “Until I met you...” bisik Putra dengan wajah dibuat-buat yakin. Rasanya ayat power dia ini sudah cukup untuk mencairkan hati Iefa. Sudah selalu sangat dia guna ayat begitu dan hasilnya jarang menghampakan. Iefa tersipu-sipu mendengar kata-kata Putra. “Like I said, you are such a sweet talker. Aren’t you, Putra?” Putra tergelak kecil. rambutnya yang tersisir kemas. Tangan naik melurut

“I serius Iefa, I memang rasa something bila dengan you. Perasaan tu lain, tak macam yang biasa I rasa...” balas Putra sedikit perlahan. Dia tidak mahu perempuan kampung yang sedang mengemaskan ruang rehat di sana terdengar perbualannya. “Kalau you susah nak terima I, I faham dan I takkan paksa you.” “Give me some times, boleh?” Iefa angkat kening memandang Putra. Ikutkan hati mahu sahaja dia menjerit bersetuju membina hubungan bersama Putra. Tetapi dia tidak mahu tampak gelojoh, dia mahu Putra terbuai-buai dengan permainannya. Lelaki jenis ini sukakan cabaran, lagi susah hendak dapat, lagilah mereka suka.

88

Acik Lana

“Of course, you boleh ambik seberapa banyak masa you nak...” balas Putra mengerti. Dalam hatinya sudah berbunga riang kerana dia tahu dia semakin hampir untuk memiliki Iefa. Bukan kerana perasaan indah atau perasaan cinta di lubuk hati, tetapi hubungan yang dia inginkan hanya berlandaskan urusan business semata-mata. Iefa banyak ‘kabel besar’, senang dia mahu masuk line syarikatnya nanti. Bibir tersenyum nipis. Tidak sangka kejadian dia disimbah teh dengan Adara tempoh hari menjadi titik tolak perhubungannya dengan Iefa. Patutkah dia berterima kasih dengan Adara kerana peristiwa itu? Mata Putra melirik ke arah Adara yang terbongkokbongkok mengemas bahagian bawah meja kopi. Adara di sebelah sana mencebik tanda meluat mendengar perbualan dua manusia itu yang samar-samar masuk ke telinganya. Perempuan idaman Tuan Putra ruparupanya, patutlah sama naik sombongnya. Eloklah tu, memang sepadan sangat la mereka berdua. Bila nak buat kenduri kahwin? Boleh dia tempah baju dari sekarang... omel Adara di dalam hati. Tangannya mengelap laju meja kopi sederhana besar itu. Dia mahu cepat-cepat membereskan kerjanya dan keluar dari bilik Tuan Putra. Menghadap perbualan dua orang yang tengah mabuk cinta itu membuatkan dia meluat. Tambahan pula terdengar gelak manja perempuan bernama Iefa itu, seriau! Geli-geleman! “Putra, may I use your rest room?” Iefa bertanya kepada Putra yang masih tersenyum memandangnya. Dia perlu ke tandas untuk membetulkan calitan mekapnya. Sekejap lagi dia hendak keluar lunch dengan Putra, dia mahu nampak elegan dan cantik di sisi lelaki yang sering mendapat perhatian itu.

89

Kalau Memang Harus Begitu

“Sure, masuklah...” balas Putra seraya memuncung ke arah pintu kecil di sebelah kanan biliknya. Iefa mengangguk sambil tersenyum. Dia bangun dan jelas dapat melihat mata nakal Putra yang galak memerhatikannya. Memang sengaja dia melenggokkan jalannya, mahu Putra terus tergoda dan jatuh hati dengan setiap kelebihan yang dia ada. Putra tersenyum sendiri tatkala tubuh Iefa menghilang di sebalik pintu bilik air. Matanya beralih pula memandang kelibat Adara yang sudah berkira-kira mahu keluar dari biliknya. “Eh Adara, come here.” Dia menggamit. Gadis itu mengangguk perlahan sebelum menapak ke arahnya. Mata liar memerhatikan pakaian Adara yang seratus peratus berbeza daripada pakaian Iefa yang ditatapnya sejak tadi. Rimas sungguh melihat Adara memakai baju kurung yang sudah pudar warna itu, sakit mata! “Errr... ada apa, Tuan Putra? Nak minum ke?” tanya Adara dengan kepala sedikit menunduk. “No,” balas Putra sepatah. Dia memikirkan ayat yang sesuai untuk meluahkan perkataannya. “Ermmm... well, I should be thankful to you.” Adara mengerutkan keningnya. Dah tebiat apa lelaki ni nak cakap terima kasih dengan dia? Sebab fresh orange untuk perempuan idaman dia tadi? “Errr... saya tak faham.” Putra mengeluh, bibir diketap seketika. Matanya masih tepat memandang wajah Adara yang terkebil-kebil memandang ke arahnya. “Sorry, aku lupa kau tak faham bahasa Inggeris,” ujarnya sinis.

90

Acik Lana

Adara angkat kepala. Bodoh punya Tuan Putra! Bukan dia tidak faham bahasa itu, dia cuma tidak faham kenapa lelaki itu hendak ucap terima kasih! “Saya nak cakap terima kasih kat awak sebab tumpahkan air kat baju saya hari tu...” ucap Putra dengan senyuman lebar. “Thanks to you....” Adara pula terpinga-pinga. Sahlah lelaki itu tengah perli dia sekarang. Cerita dah lama kut, kenapa duk kenangkenang lagi? Saja nak cari pasal la tu, nak ungkit semua salah dia sampai tujuh keturunan. “Errr... kan saya cakap saya tak sengaja,” katanya, lurus. Putra angkat kepala memandang Adara. Lurus bendul betul perempuan ini, langsung tidak faham apa dia hendak cakap sebenarnya. Bibir mendengus geram, tidak ada hati hendak ulang sekali lagi ucapan itu untuk Adara yang lembap ini. “Dahlah tu, kau ni lembap betul!” tempelak Putra sambil mematikan senyum di bibirnya. Riak wajah bertukar serius. “Dah, pergi keluar! Rimas aku tengok kau berdiri kat sini.” Adara terkulat-kulat tidak faham. Tadi bukan main berhalus cakapnya, ni tiba-tiba naik angin pulak? Lagipun siapa suruh panggil dia, dia dah nak keluar pun tadi. Memang gila la mamat ni! “Ermmm... okey.” Adara melangkah menuju ke arah pintu. Setapak dua kemudian, dia berhenti dan berpaling memandang Putra yang sedang membelek fail di hadapannya. “Errr... tuan...” panggilnya perlahan. Putra angkat kepala dan pandangannya ditajamkan

91

Kalau Memang Harus Begitu

memandang Adara yang nampak serba salah. Apa lagi perempuan ni nak, tak habis-habis nak tanya yang bukanbukan! “What?” soalnya kasar. “Ermmm... fresh orange tu harga dia tujuh ringgit lima puluh sen. Tadi pakai duit saya, nanti bayar balik ye.” Ucap Adara senafas. Kemudian cepat-cepat dia keluar dari bilik itu tanpa sempat lelaki itu membalas. Apa-apa hal kena selamatkan diri dulu! Putra mengetap bibirnya geram. Dia menjeling gelas berisi fresh orange di hadapannya yang sudah tinggal separuh. Spontan bibirnya mengukir senyuman sebelum dia menggelengkan kepala. Tujuh ringgit lima puluh sen pun nak berkira….

92

No. ISBN:- 978-967-0448-13-8 Jumlah muka surat:- 1,048 Harga Runcit:- S/M: RM36, S/S: RM39 Harga Ahli:- S/M: RM32, S/S: RM35 Sinopsis:Zidan Adiputra seorang lelaki yang berkedudukan tinggi, tampan, bergaya dan mempunyai senarai panjang nama-nama gadis yang mengejarnya. Atas setiap kelebihan yang dimiliki, dia benar-benar merasakan dirinya layak dilayan umpama seorang ‘Tuan Putera’. Justeru semua orang harus memanggilnya dengan gelaran Tuan Putra. Sehebat mana pun dirinya, dia tetap punya kelemahan. Dan kelemahannya, dia bencikan perempuan selekeh. Allergic! Dengan baju kurung lusuh, kasut terkoyak hujung kaki, perempuan ni dari planet mana? Sakit mata betul tengok dia ke hulu ke hilir depan muka. Walaupun setakat kerja bancuh air, imej dan penampilan kena jaga jugak. Lainlah kalau dia tu pendatang tanpa izin!

Adara pula datang dari dunia yang berbeza. Dibesarkan oleh datuk dan nenek selepas kematian ibu dan bapanya, perjalanan hidupnya agak sukar. Tekad mahu mengubah nasib keluarga dan adik-adiknya yang ramai, kakinya melangkah keluar dari kawasan Felda ke kota besar. Namun hidupnya kian getir apabila bekerja dengan majikan kuku besi seperti Tuan Putra. Tolonglah Tuan Putra ni! Nak suruh aku bergaya bagai nak rak apa kes? Dia ingat aku ni secretary? Eksekutif? Hei, orang tea lady ajelah! Sepatutnya kerja bancuh air, tapi dikerahnya macam kita ni kerja cleaner pulak. Harap muka aje handsome, tapi otak udang! Umpama air dan minyak, manakan mungkin bersatu dua hati yang saling membenci dan berbeza segala segi. Namun kemunculan Riyad yang berjaya melakukan ‘make over’ kepada Adara membuatkan hati Putra terpesong cita rasa, mata hati yang buta kini terbuka luas. Pelbagai cara dilakukan olehnya untuk memenangi hati Adara sehingga dia rela mengenepikan ego dan kedudukannya. Dia juga sanggup berebut menghantar pinangan ke rumah Adara demi mengikat hati gadis itu. Cinta yang dihulur bersambut dan disimpul erat dengan ikatan perkahwinan. Dalam meniti kebahagiaan berumah tangga, ada dugaan datang mengetuk pintu istana cinta mereka. Antara cinta dan keluarga, yang mana lebih utama? Dan jika hanya berhak memilih satu di antara dua, siapa yang perlu menyerah dan mengalah? Dan apa ertinya pengorbanan jika hati kian retak, kasih kian rapuh? Putra: Percaya cakap abang, kehadiran sayang adalah perkara terbaik dalam hidup abang....

“Tak mungkin musim cinta ini berlalu... seandainya hatimu seperti hatiku….” Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan KALAU MEMANG HARUS BEGITU di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, D’Wangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196