Laila Hanni

Prolog
Lapan tahun yang lalu....

semua ni sendiri.”

“U

NIE... please... jangan buat abang macam ni. Abang tak mampu nak tanggung

Aku menatap wajah tampan Abang Izwan dalamdalam. Untuk apa kini kami dipertemukan? Air mata yang bergenang di tubir mata aku seka. Semalam, buat pertama kalinya setelah enam tahun terpisah, kami dipertemukan dalam suasana yang sepatutnya membahagiakan. Tapi, bila sahaja mata ini menatap wajahnya, rasa gembira itu hilang. Rasa pilu yang aku simpan selama enam tahun itu perlahan-lahan kembali membaluti hati ini. Semalam Abang Izwan datang ke rumah mak ngah bersama Kak Reen. Mereka baru saja pulang dari membelibelah barangan untuk majlis perkahwinan mereka yang akan berlangsung seminggu sahaja lagi. Aku yang sejak dari mula tiba di rumah mak ngah,

1

Semalam Yang Kutinggalkan

begitu teruja untuk mengenali bakal suami Kak Reen. Namun, apabila menatap wajah lelaki yang tiba bersamanya, aku amat terkejut. Tidak percaya dengan apa yang kulihat. Dunia ini kecil rupa-rupanya. Sungguh aku tidak menyangka akan bertemu lagi dengan Abang Izwan. “Abang serba salah Unie... majlis kami cuma tinggal seminggu saja lagi. Takkanlah abang nak batalkan semuanya dalam tempoh sesingkat ini.” Aku tak mampu berkata-kata. Mendengarkan katakatanya itu membuatkan aku tersedar. Walaupun di awal pertemuan tadi dia meluahkan rasa hatinya yang kononnya masih tulus untukku dan katanya, cintanya padaku tidak pernah padam. Namun kata-kata yang terluah itu meranapkan semua harapan yang aku bina lama dulu. Jelas cintanya padaku tidak sedalam yang diucapkan. Jelas dia tidak mampu untuk menjelaskan perasaannya terhadapku pada Kak Reen. “Lepas STPM abang hari tu, abang langsung tak dapat hubungi Unie. Abang nak cari Unie tapi tak tau nak cari kat mana. Bila pergi minta alamat dan nombor telefon Unie dengan kerani sekolah, dia bagi tapi abang masih tak dapat hubungi Unie. Akhirnya abang give up. Tapi dalam hati abang sentiasa berharap kita akan dapat jumpa balik.” Aku diam lagi dan aku hanya mendengar kata-kata yang keluar daripada bibirnya. Terimbau kembali kenangan lalu. Kami belajar di sekolah yang sama. Waktu itu aku di tingkatan satu dan dia di tingkatan enam atas. Perkenalan terjalin semasa Program Minggu Suai Kenal pelajar tingkatan satu. Dia merupakan salah seorang ahli jawatankuasa program tersebut. Aku pun tidak tahu bagaimana aku boleh menarik perhatiannya. Mungkin kerana aku telah terpilih untuk mendapat cabutan bertuah di majlis di mana dia yang

2

Laila Hanni

menjadi pengerusinya. Sebelum menyerahkan cenderamata itu aku telah diminta untuk menyanyikan sebuah lagu cinta. Sungguh, saat itu adalah saat yang memalukan diriku. Dan selepas itu dia datang memohon maaf kerana mendesakku menyanyi. Sungguh aku sangat malu kerana aku tidak pandai menyanyi! Selepas kejadian itu, dia bersungguh-sungguh menyatakan hasratnya ingin menjadikanku sebagai adik angkatnya. Setelah hampir enam bulan dia mengejar dan memujukku, barulah aku bersetuju untuk menerimanya. Hubungan yang pada mulanya hanya sebagai adik dan abang angkat akhirnya menjadi lebih serius. Dia meluahkan rasa cintanya kepadaku. Aku yang waktu itu masih terlalu naif, menerimanya tanpa sebarang rasa ragu. Waktu itu jiwa remajaku rasa cukup bahagia kerana mendapat perhatian daripadanya, seorang pelajar senior yang tampan lagi menawan. Yang menjadi kegilaan pelajar-pelajar perempuan di sekolah. Hubungan kami itu aku gunakan dengan sebaik mungkin. Pada waktu petang dia pasti akan menjadi tutorku, membantu aku menyiapkan kerja-kerja sekolah yang sentiasa bertimbun. Malam pula waktu prep dia masih setia bersamaku. Kami bersekolah di sekolah berasrama penuh, menyebabkan mudah untuk kami bertemu terutamanya pada waktu petang dan malam. Sering aku dicemuh oleh teman-teman yang sememangnya cemburu dengan hubungan kami. Aku tidak punya ramai kawan waktu itu. Hanya dia yang memenuhi ruang waktuku. “Masa cuti sekolah, kami sekeluarga kemalangan. Semua keluarga Unie... mak, ayah, adik dan abang Unie meninggal dunia. Unie trauma lama sangat sampai tak boleh tinggal di asrama. Jadi, Unie tinggal dengan mak ngah sekali gus tukar sekolah. Sebab tu abang tak boleh nak hubungi

3

Semalam Yang Kutinggalkan

Unie,” kataku dengan nada sebak. Perasaan yang menjerut hati setiap kali aku mengingati kisah duka itu. “Maaf... abang turut bersimpati,” ucapnya perlahan. Air mata yang kutahan sedari tadi terus meluncur laju menuruni pipi. Teringat kembali saat itu, betapa aku hampir gila kerana kehilangan kesemua ahli keluargaku sekali gus. “Unie trauma masa itu. Sampaikan Unie selalu terbayang mak, ayah, adik dan Abang Lan datang nak bawa Unie pergi. Pernah sekali Unie hampir jatuh dari beranda bangunan asrama sebab terbawa-bawa dengan mimpi Unie. Akhirnya pihak sekolah meminta mak ngah supaya bawa Unie pulang agar keselamatan Unie lebih terjamin. Keluarga mak ngahlah yang bantu Unie atasi masalah ni. Waktu itu Kak Reen berada di tingkatan empat. Dia banyak bantu Unie terima hakikat yang Unie perlu teruskan hidup tanpa ahli keluarga yang lain. Unie tak mungkin dapat lupakan jasa mereka sekeluarga,” kataku sambil mengeluh perlahan. Dia diam seketika. Merenung jauh ke dalam mataku. Menyerap segala rasa gundah di hatiku. Kemudian dia mengeluh perlahan. “Unie, semalam bila abang tengok Unie, abang jadi serba salah. Selama ni abang harap sangat dapat jumpa Unie balik. Tapi, tak jumpa-jumpa juga. Mak abang dah lama suruh abang kahwin, tapi abang selalu tangguhkan. Akhirnya mak merajuk. Abang terpaksa bersetuju. Dia yang carikan calon untuk abang. Kebetulan mak ngah Unie kawan dia. Ini semua keluarga yang aturkan, Unie. Abang tak pernah kenal Reen sebelum ni. Kami bertunang pun tak lama sebab mak abang dah tak sabar nak bermenantu, nak bercucu.” “Alhamdulillah... bang, Kak Reen baik. Mesti dia

4

Laila Hanni

boleh jadi isteri yang baik untuk abang,” kataku menahan sebak di dada. “Tapi abang cintakan Unie.” “Jangan, bang. Jangan ucapkan kata-kata tu lagi, abang kena belajar cintakan Kak Reen. Mulai dari sekarang.” “Macam mana abang boleh buat macam tu kalau hari-hari terpaksa berhadapan dengan orang yang abang cinta? Cuba Unie beritahu abang? Macam mana abang boleh lupakan Unie bila setiap kali balik ke rumah mak Reen, abang akan jumpa dengan Unie?” Aku menarik nafas panjang. Akukah yang perlu melakukan sesuatu? Akukah yang perlu lari daripada keadaan ini? Ah... buntu jadinya. “Tak apa, nanti Unie pastikan yang Unie tak akan balik bila abang dengan Kak Reen balik ke rumah mak ngah.” “Abang tak boleh lari daripada hakikat cinta abang, Unie....” Katanya dengan nada merayu. Aku diam. Buntu memikirkan keadaan ini. “Kita kahwin!” Terkejut aku mendengarkan cadangannya yang gila itu. Kahwin? Dengan dia? Dan seterusnya melukakan hati Kak Reen dan mak ngah? Sanggupkah aku lakukan itu?

5

Semalam Yang Kutinggalkan

Bab 1
Hari ini, detik sedih itu harus jua kulalui.... EORANG demi seorang penumpang MH124 dari Perth ke Kuala Lumpur bangun dan bergerak perlahan meninggalkan pesawat. Aku masih lagi melekat di tempat dudukku. Kalau boleh tidak mahu rasanya aku meninggalkan pesawat ini. Kalau boleh ingin sahaja aku kembali semula ke Perth. Tidak ingin rasanya aku untuk menjejakkan kakiku ke bumi Malaysia yang telah tiga tahun aku tinggalkan. Kalaulah aku mampu berbuat begitu, pasti itulah yang akan aku lakukan. Akhirnya aku bangun sebaik sahaja melihat semua penumpang sudah meninggalkan pesawat. Aku menarik nafasku panjang-panjang. Kemudian perlahan-lahan nafas itu aku lepaskan. Mengumpul semua kekuatan yang ada dalam diri. Beg sandangku yang terletak di tempat bagasi aku capai dengan perasaan serba salah. Memang sejak semalam lagi perasaan ini melanda hatiku. Kalaulah bukan kerana aku terikat dengan kontrak perjanjian dengan universiti tempat

S

6

Laila Hanni

aku bekerja, pasti aku teruskan dengan niatku untuk menetap di Perth. Tempat itu lebih memberikan ketenangan kepada diri ini, walaupun kerinduan itu terus-terusan mengganggu ketenangan yang aku kecapi di sana. Rindu. Sememangnya itulah satu-satunya perkataan yang melekat dalam sanubari. Sejak tiga tahun pemergianku perasaan itulah yang kemas tertanam dalam hati. Tapi, rindu pada siapa? Pada dia? Atau pada Sarah? Pada Sarah sudah pasti. Ibu mana yang tidak merindui anaknya. Tambahan pula apabila anak kecil itu terpaksa aku tinggalkan pada usia yang terlalu mentah. Saban malam aku menangis meratap nasib diri yang telah ditentukan oleh Allah. Sering kekuatan diri aku cari dengan terus bermunajat, meminta pada Allah. Ini ketentuan-Nya. Maka aku akur pada ketentuan itu. Tapi bagaimana pula dengan dia? Masih adakah lagi rindu ini pada dia? Sejak hakikat pernikahan kami aku ketahui, rasanya rindu itu sudah mati. Mati bersama dengan kata-kata Kak Reen yang diucapkan lama dulu melalui suratnya. Mati bersama sikapnya yang tidak mengendahkan diriku dulu. Mati bersama keengganannya mendengar katakata penjelasan daripadaku. Dia sememangnya tidak memerlukan diri ini dalam hidupnya. Yang dia mahukan hanyalah Sarah. Bukan aku. Senyuman pramugari yang memberikan ucapan terima kasih kerana menaiki pesawat ini aku sambut dengan perasaan hambar. Perlahan-lahan aku keluar dari perut pesawat. Pertama kali aku melangkah ke balai ketibaan KLIA, hatiku bagaikan sudah dipenuhi dengan satu tekad. Aku tidak akan diperalatkan lagi. Akan aku teruskan kehidupan ini. Tanpa dia? Itu sudah pasti. Tapi, tanpa Sarah? Mampukah aku?

7

Semalam Yang Kutinggalkan

“CIK, rumah ni macam tak ada orang aje... gelap aje....” Aku senyum mendengarkan kata-kata pemandu teksi itu. Kerisauan jelas tergambar di wajahnya. “Tak apa encik, kawan saya pergi kursus. Dia beritahu dia tinggalkan kunci pada jiran sebelah. Saya dah telefon akak tu masa mula-mula sampai tadi. Dia memang tengah tunggu saya ni,” jawabku dengan yakin. “Baguslah kalau macam tu. Saya bukannya apa cik, malam-malam macam ni bahaya kalau sorang-sorang. Sambil buka kunci rumah pun mungkin ada yang tengah menunggu nak cekup kita.” Aku senyum lagi mendengarkan keprihatinan pemandu teksi yang tidak aku kenali itu. Rasa curiga yang bertandang dalam hati sejak dari mula menaiki teksinya tadi terus hilang. Baik rupa-rupanya dia ni. Tadi, semasa menaiki teksi ini aku terus mengambil maklumat tentang teksi ini. Bimbang juga kalau-kalau dia melakukan sesuatu yang tidak diingini. Sekurang-kurangnya jika ada apa-apa yang berlaku, dengan mudah aku boleh membuat laporan polis nanti. Katakata Suzana yang mengingatkan aku tentang situasi di bandar raya Kuala Lumpur sejak akhir-akhir ini masih terngiang-ngiang lagi di telinga. “Macam inilah, sambil saya keluarkan barangbarang cik dari bonet teksi ni, cik pergilah panggil jiran tu. Taklah nanti cik sorang-sorang aje. Malam-malam macam ni bahaya, cik.” Aku mengerling ke arah jam di tanganku. Jarum jam menunjukkan ke angka dua belas. Sudah tengah malam rupa-rupanya. Patutlah pemandu teksi ini kelihatan begitu resah. Sepanjang masa di dalam teksi tadi aku hanya mendengar bicaranya yang tidak henti-henti tentang kota

8

Laila Hanni

yang telah lama aku tinggalkan ini. Sesekali aku menjawab bila dia bertanyakan soalan. Tidak sangka perjalanan yang aku rasakan pendek itu sebenarnya mengambil masa lebih dari satu jam. “Okey... saya pergi panggil akak tu dulu ya?” jawabku sambil keluar dari perut teksi. Pemandu itu mengangguk sambil turut keluar untuk mengeluarkan bagasiku dari dalam bonet teksi. Serba salah juga rasanya hendak mengganggu jiran Suzana untuk mengambil kunci rumahnya. Tapi apabila wajah lembut Kak Maziah kutatap buat pertama kalinya, aku dapati orangnya cukup mesra. Lega rasanya bila dia memberitahuku yang dia masih lagi belum masuk tidur kerana menunggu suami yang akan pulang dari tugas syif malamnya sebentar lagi. Setelah mengucapkan terima kasih kepada pemandu teksi dan Kak Maziah, aku terus masuk ke dalam rumah. Penat rasanya badan ini kerana perjalanan yang agak panjang itu. Lega kerana akhirnya aku tiba juga di destinasiku. Mataku terus melatari suasana di dalam rumah teres dua tingkat itu. Ringkas sekali susun aturnya. Sudah tiga tahun Suzana menginap di sini sendirian. Tidak mahu berkongsi rumah dengan orang lain katanya kerana tidak ingin menangani kerenah teman serumah yang tidak dikenali. Jawatannya sebagai seorang akauntan di sebuah bank membenarkan dia mendapat kemewahan ini. Mampu untuk membeli sebuah rumah untuk dirinya. Dan saat ini aku rasa cukup beruntung mengenalinya. Tanpa dia, aku tidak pasti di mana dapat aku menumpang sementara mencari rumah sendiri. Mengenangkan hakikat diri yang bersendirian di dunia ini membuatkan rasa sedihku datang lagi. Perasaan

9

Semalam Yang Kutinggalkan

pilu di hati tak mampu untuk aku gambarkan. Lantas aku segera membersihkan diri untuk menghadap Tuhan yang Maha Esa. Ingin aku lupakan segalanya. Ingin aku tinggalkan semuanya. Agar tenang jiwaku, damai hatiku dan hilang resahku. Mampukah aku?

BUNYI telefon yang sedari tadi membingitkan telinga telah menyedarkan aku daripada lena yang panjang. Dengan malas aku membuka mata dan mengamati nama pemanggil yang tertera pada skrin telefon. Agak lama juga mataku fokus pada nama yang tertera itu. Akhirnya deringan itu terhenti sendiri. Ah, siapa lagi kalau bukan Suzana yang menelefonku. Bukannya ada orang lain yang mengetahui kepulanganku ini. Aku masih belum bersedia untuk memberitahu orang lain. Bila tiba masanya nanti akan aku hebahkan kepulangan ini. Itu sudah pasti. Kerana akan aku pastikan Sarah tahu tentang kewujudan diri ini. Mungkin dulu aku silap kerana meninggalkan dia di sini. Apa daya yang aku ada waktu itu. Janji Kak Reen yang akan memastikan kebajikannya terjaga menguatkan tekadku waktu itu. Kenaifanku waktu itu mengaburi mata tentang kemungkinan yang berlaku. Pada usia dua puluh lima tahun waktu itu, aku menyangka semua manusia di sekelilingku ini berlaku jujur kepadaku. Pengalaman hidup yang sedikit membuatkan aku lupa akan kemungkinan ada hati yang akan dikaburi oleh perasaan hasad dengki yang selalu dibisikkan oleh syaitan ke telinga mereka. Sebuah hakikat kehidupan sebenar yang amat asing bagi diriku ketika itu. Telefon berbunyi lagi. Cepat-cepat aku menekan

10

Laila Hanni

butang hijau dan mendekatkan ke telingaku. Tidak mahu membiarkan teman baikku menunggu lama. “Assalamualaikum Su,” sapaku dengan suara yang masih lagi dipengaruhi rasa mengantuk. “Waalaikumussalam... kau tengah tidur lagi Unie? Dahsyatnya anak dara ni... eh... eh... mak dara ni!” balas Suzana sengaja mengusik. Aku senyum sendiri dengan gelaran yang diberikan kepadaku sejak melahirkan Sarah lebih tiga tahun yang lalu. Sedikit pun tiada rasa tersinggung dengannya. Untuk apa aku marah Suzana hanya kerana dia mengingatkan aku pada memori lama? Terlalu banyak gundah dan resahku yang telah dipujuk oleh temanku ini. Tatkala tiada yang ingin mendengar keluhan hati ini, dialah yang terus setia menadah telinga. Memberi harapan bahawa ada bahagia menantiku di hadapan sana. “Sorry, aku mengantuk sangat. Dah pukul berapa ni?” tanyaku dengan malas. “Sepuluh setengah pagi la. Eiii... bangunlah, membuta aje. Sembahyang subuh tak tadi?” “Sembahyang. Lepas subuh aku tidur balik. Ngantuklah... semalam tak dapat tidur.” “Hah, tu sorang-sorang tu mesti duk melayan Facebook tu. Kalau tak pun duk melayan perasaan. Itu yang tak boleh nak tidur.” Aku hanya mendengus perlahan. Membiarkan katakata Suzana berlalu begitu sahaja. “Sorrylah ya, semalam kau telefon aku tengah meeting. Sebab tu aku cuma SMS aje pada kau pasal kunci rumah aku tu. Pukul berapa kau sampai kat rumah semalam?”

11

Semalam Yang Kutinggalkan

“Dalam pukul dua belas tengah malam. Nasib baik Kak Maziah belum tidur lagi. Tengah tunggu hubby dia balik kerja.” “Ala... Kak Maziah tu baik. Senang minta tolong. Kalau ada apa-apa cakap aje pada dia.” “Emmm....” “Kau okey ke Unie? Semalam tidur nyenyak tak?” “Okey Su, tapi bukan semalam. Pagi ni, lepas subuh baru lena.” “Bila kau mula kerja balik?” “Seminggu lagi, Su. Aku ingat nak rehat aje dulu. Bila dah mula kerja balik mesti susah nak cuti, kan? Biasanya lepas tiga bulan baru boleh cuti, kan?” “La... manalah aku tahu. Itu kenalah tanya kerani dekat fakulti kau tukan?” “Emmm....” Kami diam seketika. Aku bangun dari pembaringan lantas duduk menyandarkan diri di kepala katil. Mendapatkan kedudukan paling selesa untuk terus berbicara. “Sorrylah Unie ya. Kau balik dari jauh, aku tak ada kat rumah. Terpaksalah kau sesuaikan diri kau tu sendiri. Itulah... awal-awal tak nak beritahu aku yang kau dah nak balik. Bila aku dah confirm nak hadir meeting ni baru kau telefon. Nak ganti dengan orang lain, dah tak boleh sebab projek ni aku yang handle. Laporan kewangannya ni aku yang buat. Orang lain tak tau sangat dengan maklumat yang ada dalam laporan tu. Itu yang aku tak boleh nak ponteng dari meeting ni.” “It’s okay Su, aku faham. Aku pun pernah kerja la.” “Jadi, apa rancangan kau sebelum kau mula kerja ni?”

12

Laila Hanni

“Entahlah Su, aku belum plan apa-apa lagi. Nantilah dulu, hari ni aku ingat nak rehat aje kat rumah kau ni. Mungkin esok, aku akan pergi cari rumah sewa yang dekat sikit dengan tempat kerja aku tu.” “La... kau nak sewa rumah lain ke? Tak payahlah Unie, duduk aje dengan aku.” “Emmm... tak apa ke? Tak ganggu kau ke?” Aku bertanya dengan teragak-agak. Aku tidak mahu kehadiranku di rumahnya nanti mengganggu dia yang suka bersendirian itu. “Tak ada halnya. Lagipun aku suka kalau kau tinggal kat rumah aku. Sekurang-kurangnya aku balik malam-malam ada yang menunggu nanti.” Aku tersenyum mendengarkan kata-katanya yang jujur. Kami sebaya. Sama-sama belajar di universiti semasa peringkat sarjana muda dahulu. Aku di bidang kejuruteraan manakala dia di bidang perakaunan. Pada usia dua puluh lapan tahun kini, hatinya masih belum disapa oleh manamana lelaki. Kesibukan tugasnya sebagai akauntan bagaikan membataskan waktu untuknya bersosial. Aku bersimpati dengannya, tetapi apa boleh aku lakukan. Aku juga sudah kembali berseorangan. Lebih teruk lagi aku kini memegang status yang ingin dihindari oleh semua wanita. Status yang dihadiahkan oleh Abang Izwan yang pernah satu waktu dahulu mencanangkan cintanya untukku ke seluruh dunia. Status yang dihadiahkan tanpa sebab yang nyata. Mengenangkan kenangan lalu itu aku sebak lagi, mataku kembali berkaca-kaca. Diamku di sini mungkin mengundang tanda tanya di hati Suzana. Desah nafasku yang tiba-tiba sebak mungkin membuatkan dia dapat menduga perasaanku ini.

13

Semalam Yang Kutinggalkan

“Unie, sorry ya. Aku tak sengaja nak kecilkan hati kau....” Perlahan bicara itu kembali menyapa di telingaku. Dia bagaikan mengerti kemelut di hatiku ini. Turut sama menghulurkan simpati dengan nasib diriku ini. “Taklah. Bukannya aku kecil hati, cuma... cuma....” Aku tak mampu untuk berkata apa-apa lagi. Air mataku meluncur laju menuruni pipi. Aku kalah kini dengan tekadku. Tekad untuk tidak menangis lagi. Tekad untuk menerima kenyataan dalam hidup ini. Air mata, mengapa tak mahu berhenti mengalir? Mengapa tempoh lebih dua tahun ini kau sudah bagaikan begitu akrab denganku? Sering menjadi temanku kala aku kesunyian. Sering melegakan keresahan ketika kesedihan ini tak mampu untuk aku bendung. “Unie, sabar ya... esok aku balik. Kau rehat dulu ya. Jangan fikir sangat kisah lalu tu. You have to be strong, okay. Kalau kau nak ambil balik Sarah kau kena kuat tau.” “Aku tau Su. Tapi... aku tak mampu nak jadi kuat macam yang kau nakkan tu. Aku kalah Su, belum berjuang lagi aku dah kalah,” kataku dalam esak tangis yang makin menjadi-jadi. “Jangan cepat mengaku kalah. Jangan kalah dengan perasaan kau sendiri. Kau ada hak ke atas Sarah. Tapi, kau kena tabah Unie. Demi masa depan kau dan masa depan Sarah.” Aku menarik nafas panjang mendengarkan katakata Suzana itu. Ya, aku perlu tabah. Kerana lelaki yang akan aku hadapi untuk mendapatkan Sarah bukanlah calangcalang orang. Bukanlah seorang yang mudah mengalah. Setahun aku melalui hidup bersamanya, membuatkan aku

14

Laila Hanni

mengenalinya luar dan dalam. Aku tahu laluan untuk aku mendapatkan Sarah pastinya akan penuh dengan onak dan duri. Penuh dengan ranjau yang menanti untuk melukakan aku lagi. Aku tidak akan biarkan dia melukakan hatiku lagi. Tidak!

15

Semalam Yang Kutinggalkan

Bab 2
Semalam, segalanya bermula di sini.... ERESAHAN hati Kak Reen dapat aku lihat ketika kami bertemu petang itu. Pertemuan yang mengundang seribu persoalan di hati ini. Untuk apa pertemuan ini? Saat dia meminta aku menunggunya di taman permainan di kawasan perumahan yang aku sewa ini, aku jadi terpanar. Mengapa perlu di sini? Terlalu peribadikah persoalan yang ingin dibicarakan ini? Sehinggakan dia tidak mahu berbicara di rumah sewaku. Mungkin bimbang jika ada yang akan mendengar apa yang ingin disampaikannya itu. Bimbang rakan-rakan yang menyewa bersamaku akan dapat menelah masalahnya itu. Tidak pernah kami bertemu di tempat lain selain dari waktu kami sama-sama kebetulan pulang ke rumah mak ngah. Sememangnya sejak lima tahun kebelakangan ini aku cuba mengelak daripada bertemu dengannya. Bukan mengelak daripada dia sebenarnya tetapi daripada bertemu dengan Abang Izwan, suaminya.

K

16

Laila Hanni

Sejak mereka kahwin lima tahun lalu, hidupku tidak sudah-sudah diganggu oleh Abang Izwan. Seminggu sebelum mereka kahwin, Abang Izwan menjadi penunggu setia di hadapan rumah sewaku. Kebetulan tempat kerjanya di Bangi berdekatan dengan kampus pengajianku waktu itu di Serdang. Pagi, dia pasti akan menungguku di depan rumah sewa. Aku tidak tahu bagaimana dia tahu di mana letaknya rumah sewaku itu. Mungkin dia mengekoriku waktu aku pulang daripada pertemuan kami dahulu. Masih kuingat lagi, dalam pertemuan itu dia mengajak aku berkahwin. Dia sanggup meninggalkan Kak Reen katanya. Sanggup menghancurkan harapan kakak sepupuku itu. Sanggup memalukan emaknya yang mengatur pernikahannya dengan Kak Reen. Katanya, pasti nanti emaknya akan dapat menerima kami semula sekiranya kami pandai mengambil hati orang tua itu. Tapi, sanggupkah aku? Sanggupkah aku melukakan hati seorang yang aku hormati? Seorang yang sering menjadi tempat aku mengadu selama ini. Seorang yang amat mengambil berat pada diriku sejak semua ahli keluargaku pergi lama dahulu. Tidak... aku tidak akan sanggup melakukan itu. Kasihku pada mak ngah dan Kak Reen lebih dalam daripada cintaku padanya. Memang dulu aku mencintai dirinya. Tapi, bagiku itu cuma cinta monyet yang aku lalui di zaman remajaku. Hadirnya hanya seketika. Bagaikan monyet, melompat ke dahan yang lain, perasaan itu berubah. Tapi yang nyata dia tidak begitu. Katanya, cintanya bagaikan sungai yang mengalir ke lautan. Semakin jauh alirannya, semakin luas sungai itu. Dan bila tiba ke destinasinya, cinta itu menjadi seluas lautan. Sungguh hati ini jadi terpanar dengan kata-kata itu. Hampir di luar sedarku aku tergoda, terpesona dengan lembut

17

Semalam Yang Kutinggalkan

bicaranya. Nasib baiklah aku mampu kembali ke alam nyata. Menolak cintanya yang hadir dalam situasi yang benar-benar tidak mengizinkan. Waktu itu aku baru sahaja memulakan pengajianku di tahun pertama. Tumpuanku sepenuhnya adalah untuk pengajianku. Bukan untuk cinta, malah jauh lagi untuk berumah tangga. Dan waktu itu juga tidak sesuai untuk dirinya. Dia akan berkahwin dalam masa tujuh hari. Dengan kakak sepupuku sendiri. Kecewa Abang Izwan padaku waktu itu tidak lama. Selepas daripada itu saban hari dia terus menungguku. Semua rutin harianku dalam pengetahuannya. Aku sendiri tidak tahu bagaimana dia mengetahui jadual waktu kuliahku. Pagi dia setia menungguku di rumah sewa. Dia menghantarku sebelum masuk kerja. Petang pula dia menungguku di pintu pagar fakulti. Seminggu dia lakukan rutin itu. Dan aku serba salah, tidak mampu mengelakkan diri daripada perhatiannya. Sehinggalah ke hari terakhir dia bekerja sebelum mula bercuti untuk majlis pernikahannya. Aku merayu supaya dia menerima takdir yang ditentukan ini. Waktu itu, ada rasa hairan berbisik di hati. Mengapa dia tidak berterus terang sahaja pada Kak Reen? Kalau benarbenar dia cintakan aku, mengapa dia tidak nekad untuk meneruskan hubungan kami seperti yang sering dikatakannya? Mengapa kata-kata itu hanya diluahkan padaku? Mengapa dia tidak berani untuk menghadapi semua orang terutamanya emaknya dan Kak Reen? Dia tidak berani meluahkan semua yang pernah diucapkan ke telingaku kepada mereka. Pertanyaan-pertanyaan itulah yang menyedarkan aku tentang hakikat bahawa Abang Izwan bukanlah seorang yang berani berhadapan dengan masalah. Di mulut lain

18

Laila Hanni

bicaranya, tetapi tingkahnya sedikit pun tidak menggambarkan seperti apa yang dibicarakannya. Dia pengecut sebenarnya. Sikap yang benar-benar mematikan keyakinan yang cuba disemaikannya di hatiku waktu itu. Dan kini setelah lima tahun, aku masih lagi cuba menjauhkan diri daripadanya. Mungkin perhatiannya sudah tidak seperti dahulu. Mungkin dia sudah jelas kini bahawa aku tidak akan menyahut kehendaknya itu. Malah, di setiap pertemuan aku mengelakkan diri daripada berada di sisinya. Rimas... rimas aku dengan renungan matanya yang sering mengekori ke mana aku pergi. Aku tidak tahu sama ada Kak Reen sedar akan perhatian suaminya terhadap diri ini. Mungkin dia sedar tetapi dia buat tidak peduli. Tambahan pula dengan sikapku yang sering menjauhkan diri daripada Abang Izwan. Mungkin Kak Reen mempercayai diriku. Yakin bahawa aku tidak akan mengganggu rumah tangganya. Dan atas dasar kepercayaan ini aku sebaiknya cuba menjaga maruah diri. Aku kembali menatap lembut ke wajah sugul Kak Reen yang duduk di kerusi batu di hadapanku. Mengapa ada resah itu? Mungkinkah kerana masalah yang dihadapi dalam rumah tangganya sudah semakin meruncing kini? Bukan aku tidak tahu, rumah tangga Kak Reen tak bahagia. Bagaimana mampu bahagia jika si suami bersikap begitu. Tak sudahsudah mengejar adik sepupu isterinya sendiri. Itu yang dilakukan padaku. Ada ketikanya di hadapan Kak Reen sendiri. Tidak pelik kalau dia juga bersikap begitu dengan perempuan-perempuan lain. Mungkin dia juga punya hubungan sulit dengan perempuan lain. Mungkinkah pertemuan ini adalah untuk meluahkan rasa hatinya yang tersinggung dengan sikap suaminya? “Kak Reen... kenapa ni?” tanyaku lembut. Jari-

19

Semalam Yang Kutinggalkan

jemarinya kuraih lantas kugenggam erat. Seerat rasa kasihku padanya. Ketika matanya beralih kepadaku jelas kelihatan air mata bergenang di situ. Lantas satu-satu menitis di pipi. Dia sebak, menahan tangis. Pertama kali aku melihat air matanya. Pertama kali dia tidak mampu menahan sedihnya di hadapanku. Tidak pernah dia begini. Selalunya dia kuat menghadapi masalahnya. Kemandulannya yang disahkan oleh doktor dua tahun lalu menambahkan lagi masalah dalam perkahwinannya. Diburukkan lagi dengan sikap ego Abang Izwan untuk tidak mengambil anak angkat. Mak ngah memberitahuku sejak disahkan mandul, Kak Reen sudah beberapa kali meminta izin daripada Abang Izwan untuk mengambil anak angkat bagi memenuhi kesunyian rumah tangga mereka. Tetapi Abang Izwan tidak membenarkan. Dia mahukan anaknya sendiri. Yang lahir daripada benihnya sendiri. Ah... lelaki. Egonya tidak pernah mengenal perasaan gundah seorang isteri. Sikap yang menyebabkan aku makin tidak suka Abang Izwan. Mujurlah dia bukan jodohku. Kalau tidak, entah bagaimana untuk aku tangani masalah dengan suami yang bersikap sebegini. Tidak pernah prihatin dengan perasaan seorang isteri. “Unie tahu, kan masalah akak?” tanya dia dalam tangisnya. Aku hanya mengangguk. Sebenarnya aku tidak tahu masalah mana yang meresahkannya. Kemandulannya atau sikap mata keranjang suaminya. “Abang Wan nak kahwin lain.” Terkejut besar aku mendengarkan kata-kata Kak Reen. Sudah aku menyangka itu yang akan berlaku. Bila

20

Laila Hanni

Abang Izwan enggan mengambil anak angkat seperti yang dicadangkan oleh semua orang, bagaikan ada satu bisikan di telingaku bahawa dia sebenarnya ingin berkahwin lain. Dasar lelaki! Senang sekali mengambil sesuatu keputusan. Tambahan pula masalah ini berpunca daripada si isteri. Senang sekali mereka meletakkan kesalahan pada si isteri. Senang sekali mereka menjadikan masalah ini sebagai satu alasan untuk membahagi kasih. Tidakkah pernah dia memikirkan apa perasaan si isteri bila ini yang dipinta? Sudahlah tertekan akibat daripada kekurangan diri, ditambah lagi dengan sikap suami yang tidak pernah peka dengan kekecewaan si isteri. Dalam hati aku mengutuk keras sikap Abang Izwan. “Dia nak kahwin dengan Unie.” Masya-Allah.... Mengucap panjang aku mendengarkan kata-kata Kak Reen. Terasa gelap seketika pandanganku. Tersekat nafasku. Tidak mampu untuk aku berkata-kata. Sesuatu yang berada di luar jangkaanku. Aku tahu dia suka padaku, tetapi tidak pernah terlintas di hati ini yang dia sanggup meminta itu daripada Kak Reen. Aku hanya mampu memandang ke wajah Kak Reen dengan rasa yang cukup tidak aku mengertikan. Benci? Marah? Sakit hati? Ah... lelaki itu. “Kenapa Unie tak pernah beritahu akak yang Unie pernah kenal dia dulu? Pernah bercinta dengannya?” tanya Kak Reen. Dapat kudengar betapa sukarnya dia melafazkan kata-kata yang terakhir itu. Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Masih kelu tak bisa berkata-kata. Lama kami terdiam. Air mataku sudah mula mengalir di pipi. Sedihku terluah semuanya. Bukan sedih

21

Semalam Yang Kutinggalkan

dengan diri ini tetapi dengan keadaan diri Kak Reen. Dengan nasib Kak Reen. Wanita sebaik dia tidak sepatutnya mendapat layanan sebegini daripada suaminya. Aku tidak tahu bagaimana keadaan dalam rumah tangganya. Tidak pernah sekali pun aku bertanya bagaimana layanan Abang Izwan terhadapnya. Tidak mahu menjaga tepi kain orang. Cuma pada pengamatanku, dahulu mereka amat mesra. Sehinggakan timbul curiga di hatiku dengan pengakuan cinta Abang Izwan padaku dahulu. Tetapi sejak akhir-akhir ini bagaikan dapat kuhidu masalah antara mereka. “Unie?” Panggil Kak Reen. Matanya tak lepas daripada memandang ke wajahku. Bagaikan meminta penjelasan daripadaku. “Apa yang Abang Wan cakap dekat akak tentang kami?” Aku bertanya kembali. “Dia kata... dia cintakan Unie. Sejak dulu lagi... hanya pada Unie.” Tangisan Kak Reen makin jelas. Bergetar tubuhnya meluahkan segala rasa kecewanya. Aku turut sama menangis. Memeluk tubuhnya yang meratap nasib diri. Terasa amat bersalah saat itu kerana aku yang menjadi punca kesedihannya. Aku tidak bersalah dalam hal ini. Tergamak Abang Izwan menceritakan segala rahsia ini kepada Kak Reen. Mengapa? Hanya kerana keinginannya untuk memiliki diri ini? Atau hanya kerana egonya untuk mendapatkan seorang zuriat? Ah... kejamnya lelaki ini.

AKU tidak mampu untuk memujuk Kak Reen. Akhirnya aku turut menangis bersamanya. Menyatakan kekesalan di hati

22

Laila Hanni

melalui perlakuanku. Ketika rembang senja menjelma, aku membawa dia pulang ke rumah sewaku. Langsung tidak menawarkan untuk menghantar dia pulang ke rumahnya. Pasti saat ini dia tidak mahu bertemu dengan Abang Izwan. Pasti saat ini dia hanya ingin bersendirian. Aku hanya mampu memerhatikan semua perlakuannya. Selepas menunaikan solat maghrib dia mencapai naskhah al-Quran milikku yang terletak di kepala katil. Naskhah yang sentiasa berada dalam capaian tanganku. Salah satu daripada cara untuk meredakan resahku saat ia datang bertandang. Selesai menunaikan solat isyak aku mendekati Kak Reen. Duduk bersemuka dengannya. Nyata dia tidak mahu memandang wajahku. Dia melarikan matanya ke arah lain saat aku memandang tepat ke wajahnya. Marahkah dia padaku? Aku perlu perbetulkan apa jua tanggapan buruknya terhadapku. Aku tidak mahu kata-kata Abang Izwan menyebabkan dia membenci diri ini. Sekali-kali aku tidak rela hubungan ini putus akibat salah fahamnya terhadapku. “Kak Reen, akak jangan salah anggap pada Unie ya?” Aku mulakan bicara. “Sejak bila Unie ada hubungan dengan Abang Wan?” Perlahan dia bertanya. Mindaku ligat menyusun kata. Aku perlu berhatihati menuturkan bicara. Perlu memujuk hatinya yang kini sedang terluka juga yang kini sedang menuntut jawapan daripadaku. “Kak Reen, anggaplah perasaan budak kecil berumur tiga belas tahun tu hanyalah cinta monyet. Kisah tu dah lama berlalu. Waktu Unie kat sekolah menengah lagi,” kataku sambil mata terus menatap wajahnya. Aku ingin telus kepadanya hari ini. Aku ingin

23

Semalam Yang Kutinggalkan

meluahkan segalanya. Biar dia tahu. Biar dia tidak menyalahkan aku. Perasaan itu wujud lama dahulu. Waktu mereka masih belum dipertemukan lagi. Dan bila bertemu kembali, aku sedikit pun tidak pernah melayan perasaan Abang Izwan. Walaupun dia memujuk rayu, itu hanya berlaku sebelum mereka berkahwin. Selepas perkahwinan mereka, aku tidak pernah memberi peluang untuk Abang Izwan berbicara soal hati. Kalaupun ada berbalas kata, hanyalah untuk bertanya khabar. Tidak... tidak pernah kami berbicara tentang cinta yang telah hilang lama dulu. Hanya ekor mata dan renungannya sahaja yang menyedarkan aku bahawa masih ada lagi rasa cintanya untukku. “Unie kenal dia masa tingkatan satu, Kak Reen. Kami dulu satu sekolah. Dia abang angkat Unie dulu. Lepas dia ambil STPM kami berpisah. Itu aje. Cuma itu saja hubungan kami. Kami hanya jumpa seminggu sebelum Kak Reen kahwin. Ingat lagi masa Kak Reen balik dari pergi membeli-belah barang hantaran dengan dia?” “Lepas tu apa hubungan Unie dengan dia?” Kelihatan wajah Kak Reen yang tadi tenang mula berubah riak. Kemarahannya sedikit demi sedikit mula terserlah. Aku menarik nafas panjang. Bersedia untuk menerima apa juga kemungkinan yang datang. “Tak ada apa-apa hubungan, kak. Dia ajak Unie keluar esoknya. Dia jelaskan semuanya tentang hubungan akak dengannya. Dia... emmm....” Aku terdiam seketika. Hampir aku menceritakan padanya bagaimana Abang Izwan memujukku untuk berkahwin dengannya. Ah... aku tidak boleh ceritakan perkara itu. Biarlah kata-kata itu terus menjadi rahsia antara aku dan Abang Izwan. Aku takkan menyemarakkan lagi perasaan syak wasangka Kak Reen.

24

Laila Hanni

“Dia ajak Unie kahwin masa tukan?” Kata-kata Kak Reen melenyapkan tekadku sebentar tadi. Pasti... pasti Abang Izwan yang memberitahunya tentang ini. Selain aku, siapa lagi yang tahu tentang rayuannya itu kalau bukan dia? Ah... kejam sungguh lelaki itu. Mengapa mesti dia menceritakan semuanya? Tidakkah dia tahu betapa sakitnya hati seorang wanita jika mengetahui bahawa ada orang lain yang lebih dicintai oleh suaminya? Bahawa dirinya hanyalah pilihan kedua. Yang dinikahi hanya kerana memenuhi syarat tuntutan nafsu semata-mata. Ah... kejam sungguh Abang Izwan! “Betul, kan?” duga Kak Reen lagi. Pasti Kak Reen dapat mengagak perasaan gundahku dengan pertanyaannya itu. Lantas dia tersenyum sinis. “Patutlah... masa tu dia sibuk sangat. Seminggu sebelum kami nikah dia tak layan Kak Reen macam biasa. Dia tak telefon pun Kak Reen. Kalau Kak Reen tak telefon dia, memang sunyi sepilah antara kami. Masa tu dia kata dia sengaja tak nak jumpa, tak nak call. Nak bagi thrill sikit masa nak nikah. Rupa-rupanya dia tengah kejar Unie masa tukan? Tengah pujuk Unie supaya terima dia, kan? Habis Unie, akak dia nak campak kat mana?” Tangisan Kak Reen pecah lagi. Kali ini aku turut menangis bersamanya. Apa yang dapat aku katakan lagi? Semua kata-katanya itu ada benarnya. Tidak mampu untuk aku menyangkalnya lagi. Lama kami begitu. Esak tangisnya meruntun hatiku ini. Menyebabkan rasa bersalahku datang lagi. Tetapi, ini bukan salahku. Aku tidak meminta dia berbuat begitu dulu. Malah aku sedaya mungkin cuba menjauhkan diri. Kata-kata Kak Reen itu juga menyedarkan aku tentang sikap sebenar Abang Izwan. Rupa-rupanya saat

25

Semalam Yang Kutinggalkan

dia memujuk rayu diri ini, masih lagi dia mampu berbicara dusta pada Kak Reen. Tidak mampu untuk berterus terang dengan Kak Reen. Ah... mujurlah saat itu aku tidak termakan dengan pujuk rayunya. Dasar lelaki! “Lepas kahwin dia layan Kak Reen baik sangat. Sungguh… Kak Reen gembira sangat masa tu. Ingatkan dah jumpa cinta sejati. Ingatkan dia dapat terima Kak Reen seadanya. Tapi, bila sehari demi sehari harapan yang kami bina untuk dapatkan anak berkecai, dia mula buat perangai.” “Dia... buat apa pada Kak Reen?” Kak Reen memandang jauh ke dalam mataku seolah-olah mencari sesuatu. Mungkinkah dia ingin melihat kejujuranku? Dia tersenyum kemudiannya. “Unie tak usah risau. Abang Wan tak pernah sekali pun naik tangan pada Kak Reen. Dia layan Kak Reen dengan baik. Cuma, dia jadi seorang yang menyendiri. Tak nak lagi kongsi masalahnya dengan Kak Reen. Dan masa tu akak ingat, hatinya dah mula berubah. Pernah waktu kami bersama dia tersasul sebut nama orang lain. Bukan nama akak. Waktu tu akak sedih sangat. Dia bersama kita, tapi yang ada di hatinya orang lain. Unie tahu nama siapa yang disebutnya?” Aku bagaikan dapat menduga. Tetapi aku menggelengkan kepala. Tidak mahu menerima hakikat itu. “Nama Unie.” Pecah lagi tangisannya saat itu. Sungguh aku tidak mampu berbuat apa-apa saat itu. Aku meraih tubuh Kak Reen ke dalam pelukanku. Ingin sekali meredakan kesedihannya. Kalau aku berada di tempatnya, pasti aku juga akan menangis begini. “Masa tu akak mula syak yang dia ada hati pada Unie. Masa tu juga akak perasan yang Unie selalu elakkan diri

26

Laila Hanni

daripada dia. Lepas doktor sahkan akak ni mandul, dia makin teruk. Langsung dia tak sembunyikan perasaan dia pada Unie. Akak diamkan sebab akak tahu dia cuma bertepuk sebelah tangan. Sampailah minggu lalu, dia terus terang pada akak... dia cakap dia nak kahwin lain. Dan jelas dia sebut, dia nak kahwin dengan Unie.” Aku terus memandang wajah Kak Reen yang penuh dengan derita itu. Ah... kuat sekali wanita di hadapanku ini. Kuat sekali dia menerima hakikat ini. Dan... kejam sungguh Abang Izwan. Sungguh aku tak sangka begini tekad hatinya. “Masa tu dia beritahu akak yang dia memang ada hubungan dengan Unie. Akak ingatkan hubungan kamu berdua baru sekarang terjalin. Sebab tu akak nak jumpa Unie. Nak dengar penjelasan daripada Unie. Rupa-rupanya yang dia maksudkan hubungan lama dulu. Maaf Unie, akak dah salah sangka tadi.” Saat itu sungguh terharu rasa di hati. Sempat lagi Kak Reen memohon maaf daripadaku. Sepatutnya aku yang memohon maaf daripada dia kerana aku, kekalutan berlaku dalam rumah tangganya. Sungguh serba salah aku rasakan. “Sepatutnya Unie yang kena minta maaf pada akak... Unie yang menyebabkan semua ni. Unie sanggup pergi jauh dari sini kalau itu yang akak mahu,” ucapku tanpa ragu. Ya, aku sanggup pergi. Aku sanggup lari daripada kekalutan ini. Aku tidak mahu menjadi sembilu dalam rumah tangganya. Aku tidak akan sanggup untuk menjadi duri dalam daging, mencucuk hatinya dengan setiap perlakuanku. Aku sanggup tinggalkan semua di sini jika itu mampu untuk mengembalikan semula kedamaian dalam rumah tangganya. Mungkin benar kata Abang Izwan lama dulu. Mana mungkin dia mampu melupakan aku jika setiap hari namaku

27

Semalam Yang Kutinggalkan

disebut dan kelibatku sering berada di depan matanya. Mungkin jika aku menjauhkan diri, dia mampu untuk kembali menyemai kasihnya pada Kak Reen. Kak Reen tersenyum sinis mendengarkan katakataku. Mungkin tidak yakin dengan kesanggupanku ini. “Unie nak lari daripada dia?” katanya sambil mata hitamnya melatari seluruh wajahku. “Unie belum kenal dia rupanya. Dia bukan seorang lelaki yang mudah mengalah. Kalau itu mahunya, pasti dia tidak akan lepaskan sehinggalah dia dapat apa yang diinginkannya. Lima tahun akak bersamanya Unie....” Hatiku berdebar-debar bila mendengarkan kata-kata Kak Reen. Benar... aku tidak nafikan hakikat itu. Dulu waktu di sekolah, enam bulan dia mengejarku. Memujuk dan merayuku untuk menerima cintanya. Tidak pernah dia kalah dengan keenggananku. Setiap kelemahanku dijadikan peluang untuknya mendekatiku. Dalam pertemuan kali kedua, dia masih lagi menunjukkan kesungguhannya. Walaupun tindakannya tidak sedikit pun menggambarkan apa yang ada di hatinya, kesungguhan itu masih ada. Mungkin dia tidak mampu menolak takdir waktu itu. Mungkin kata-kataku tentang murka seorang ibu yang mampu menyebabkan dia jadi anak derhaka, sedikit sebanyak telah menggugat kesungguhannya. Mungkin juga ketegasanku untuk tidak melukakan hati mak ngah dan Kak Reen menyebabkan dia sedar hakikat bahawa dia telah ditakdirkan untuk menjadi suami Kak Reen. Ah... sungguh aku tidak mengerti akan sikap lelaki ini. “Unie bertuah.” Perlahan sekali kata-kata itu diucapkannya. Berkerut dahiku, cuba untuk memahami maksud kata-kata Kak Reen itu.

28

Laila Hanni

“Dapat meraih cintanya.” “Kak... tak sepatutnya dia curahkan cintanya pada Unie. Akak lebih berhak, kan?” Kak Reen tersenyum lagi. Perasaan kecewanya jelas terpamer di wajahnya, di matanya dan pasti juga di hatinya. “Unie tentu lebih tahu hakikat sebenarnya, kan?” Terdiam aku mendengarkan kata-katanya. Ah... apa patut aku lakukan untuk memperbetulkan keadaan ini? Mungkinkah jika aku dapat memujuk Abang Izwan, dia akan kembali pada Kak Reen? “Kalau Unie jumpa Abang Wan... boleh tak kak?” “Untuk apa Unie? Nak pujuk dia? Makin dalam cinta dia pada Unie nanti.” Terdiam lagi aku di situ. Lama kami begitu. Melayan perasaan. Akhirnya dengan serba salah Kak Reen meraih jemariku dan memandang tepat sepasang mataku. “Unie... tolong akak ya?” “Tolong apa kak? Cakaplah... kalau Unie boleh buat, Unie akan tolong. Demi akak.” Linangan air matanya membasahi pipi. Sungguh berat sekali aku rasakan untuk dia menuturkannya. “Unie kahwin dengan Abang Wan.”

29

Semalam Yang Kutinggalkan

Bab 3
ENYUMAN kemenangan lelaki di hadapanku ini menyemarakkan lagi rasa marahku padanya. Sesungguhnya aku tidak mahu bertemu dengannya. Tetapi apakan dayaku. Pertemuan ini perlu berlaku. Mungkin dengan pertemuan ini akan membuatkan dia sedar akan tanggungjawabnya yang sudah mula diabaikan. Mungkin dengan ini dia akan tahu betapa deritanya hati seorang perempuan yang bergelar isteri bila suaminya ingin berkahwin lain. Ya Allah, berikanlah aku ketabahan untuk menghadapinya. Berilah aku kekuatan untuk menyapu senyuman sinis di bibirnya. Aku benci dengan kesombongan yang dipamerkan padaku saat ini. “So... bila majlisnya akan berlangsung? Unie ke yang tetapkan tarikhnya sendiri? Kalau boleh kita nikah hari ni pun tak apa.” Aku menarik nafas panjang mendengarkan katakatanya. Tidak sedarkah kata-katanya ini mampu merobek sekeping hati? Bagaikan bisa racun, mampu mengalir dalam darah dan melumpuhkan seluruh urat saraf seorang wanita

S

30

Laila Hanni

bergelar isteri? Kalaulah Kak Reen mendengar kata-katanya ini, pasti dia akan terjelepok di sini. Aku mengalihkan pandangan mataku ke meja di ruang makan yang diduduki oleh Kak Reen bersama mak ngah. Kami berada di rumah mak ngah hari ini. Aku yang memohon untuk bertemu dengannya. Meminta dia datang untuk berbincang. Puas aku memujuk Kak Reen supaya duduk bersamaku di ruang keluarga ini supaya dia terus kuat dan mampu memberikan kekuatan kepadaku untuk berhadapan dengan lelaki ini. Tetapi dia enggan. Ternyata dia tidak sanggup mendengar apa yang akan kami perkatakan. Kelihatan mereka diam di sana. Kak Reen hanya merenung ke hadapan. Tidak sedikit pun pandangannya dihalakan kepada kami. Mak ngah hanya tersenyum hambar kepadaku. Kelihatan seperti dia sedang memujuk Kak Reen. “Bukan itu yang Unie nak bincangkan hari ni.” “Habis, kenapa nak jumpa abang? Atau... Unie nak luahkan rindu Unie yang dah lama terpendam dalam hati tu? Macam rindu yang abang tanggung pada Unie selama ni?” “Abang... serius la sikit!” marahku. “Abang serius la ni! Abang rindukan Unie... dah sebelas tahun lamanya rindu ni terpahat dalam hati. Dan rindu tu semakin menyala sejak dua tahun ni. Jangan nafikan yang Unie pun rindu pada abang jugak, kan?” Ah... benci sungguh aku mendengarkan kata-kata itu. Terlalu yakin pada dirinya sendiri, itu tanggapanku terhadapnya saat ini. Ingin sekali aku hilangkan keyakinan itu. Mampukah aku melakukan itu? “Kita jumpa ni bukan nak cerita pasal kita,” kataku geram.

31

Semalam Yang Kutinggalkan

“Habis tu? Pasal siapa?” “Kak Reen,” jawabku serius. Mata Abang Izwan beralih ke arah Kak Reen. Aku juga mengalih pandanganku ke sana. Kelihatan mak ngah cepat-cepat melarikan pandangannya ke arah lain. Mungkin sejak tadi lagi dia memerhatikan kami. “Nak cerita apa lagi? Abang dah minta izin dia dan dia dah benarkan. Untuk apa lagi nak bincang pasal dia? Lebih baik kita bincang pasal kita.” “Abang... tak tahu ke yang abang dah hancurkan hati Kak Reen? Sanggup abang buat Kak Reen macam ni. Dia isteri yang baik. Tak patut abang buat macam ni padanya.” “Apa yang abang dah buat pada dia? Cuba Unie cakap. Abang tak pukul dia, abang tak pernah marah dia. Abang cuma berterus terang pada dia yang abang nak kahwin lain. Dan abang cuma tetapkan syarat, abang nakkan Unie. Itu aje.” Ah... begitu polos jawapannya. Kalau dalam keadaan lain pasti di saat ini aku sudah terbang melayang di awangawangan. Bahagia kerana ada yang mencintaiku. Kerana ada yang begitu tekad ingin menjadikan aku isterinya. Malangnya aku kini dalam situasi yang berbeza. Serba salah aku jadinya dengan perhatiannya ini. “Apa yang abang cakap pada dia tu dah lebih daripada menyakitkan hati dia. Sakitnya lebih daripada abang pukul dia, tau tak? Abang sedar tak?” soalku geram. “Unie... kalau abang beritahu dia yang abang nak kahwin lain, tanpa tetapkan syarat dengan siapa pun dia akan tetap sedih juga, kan? Kalau macam tu, mungkin ke Unie akan minta untuk jumpa dengan abang? Nak nasihatkan abang macam ni? Tentu tidak, kan?”

32

Laila Hanni

“Tahu pun abang dah sakitkan hati Kak Reen. Dah tu kenapa abang buat juga?” Dia mengeluh. Saat itu barulah kelihatan dia mula serius. “Unie... dah lima tahun kami kahwin. Dulu Unie minta abang cuba terima dia. Abang dah cuba, Unie. Abang terima dia, belajar mencintai dia. Abang tak nafikan abang sayang padanya. Tapi sayang abang tu tak melebihi cinta abang pada Unie.” Matanya menyapu lembut ke wajahku. Entah mengapa saat dia mengucapkan kata-kata itu, ada debar di hatiku. Marah yang aku rasakan tadi bagaikan perlahan-lahan meninggalkanku. Aku mengalih pandang. Tidak mampu untuk aku terus memandang ke dalam matanya yang begitu menggoda. Aku perlu kuat untuk Kak Reen. Aku tidak boleh membiarkan dia mempengaruhi keputusan yang aku buat. Tidak boleh! “Abang tak tahu kenapa. Abang tak boleh kawal perasaan tu. Abang dah cuba. Tiga tahun abang mengharapkan satu keajaiban. Abang nak ikatan kami diperkukuhkan lagi dengan adanya anak-anak. Tapi kami gagal Unie. Bila doktor sahkan dia tak akan boleh mengandung sebab kecacatan pada ovarinya, abang kecewa... Unie. Abang cuba terima hakikat tu. Tapi... abang manusia biasa. Bukannya malaikat. Abang ada kehendak yang perlu dipenuhi. Dan abang tak minta buat dosa. Apa yang abang minta tu adalah sesuatu yang halal, kan? Yang dibenarkan syariat, kan?” Aku mengetap bibirku. Marahku datang lagi. “Lelaki... selalu saja gunakan alasan macam tu.” Dia ketawa senang mendengarkan kata-kataku.

33

Semalam Yang Kutinggalkan

“Perempuan... selalu marah kalau lelaki minta yang itu.” Aku memandang ke wajahnya semula. Dia tersenyum menggoda. Sakit sungguh hatiku melihatkan senyuman itu. Terlalu yakin bagaikan tiada apa-apa kesalahan yang dilakukan. Benci... sungguh aku benci padanya. “So? Apa lagi yang kita nak bincangkan? Majlis kita nanti, Unie nak pakai baju apa? Abang rasa warna ungu cantik untuk Unie.” “Abang... please!” “Ya sayang... please what?” tegurnya lembut. “Huh!” Sakit sungguh hatiku bila dipermainkan begitu. “Masa belum kahwin dengan dia dulu, abang dah beritahu perasaan abang pada Unie. Ingat lagi tak?” Setelah beberapa lama dia kembali bersuara. Bicaranya kembali serius. “Unie cakap Unie belum bersedia. Nak belajar dulu. Okey, abang terima hakikat tu. Tapi bila perkahwinan abang jadi macam ni, tak ada orang lain yang boleh abang fikirkan untuk memenuhi ruang hati abang yang kosong ni. Abang cuma mahukan Unie sahaja.” Lembut sekali suara itu menyapa hatiku. Selembut renungannya yang terus-terusan mengelus lembut di wajahku. Membuatkan mukaku terasa panas. Pasti saat ini wajahku sedang berona merah. Dan aku pasti, benar-benar pasti yang Abang Izwan sedar akan perubahan di wajahku. Kerana saat itu senyum di bibirnya semakin mekar. “Reen pun sebenarnya dah tahu yang lambat-laun abang pasti akan minta untuk kahwin lain. Dua tahun abang

34

Laila Hanni

tunggu Unie. Sekarang, Unie dah tamat belajar. Dah kerja pun, kan? Jadi, abang rasa tak ada apa-apa halangan lagi untuk abang memiliki Unie.” Aku cuma dapat menelan air liur bila mendengarkan kata-kata itu. Apa yang patut aku katakan? “Sengaja abang zahirkan perasaan abang ni pada pandangan mata Reen. Abang tak nak dia terkejut. Bila abang beritahu dia minggu lepas, dia marah. Ingatkan kita ada affair di belakang dia. Sebab tu dia pergi jumpa Unie.” “Emmm... tak semestinya abang kahwin lain. Abang boleh ambil anak angkat.” Apabila kata-kata itu keluar daripada bibirku, entah mengapa kedengarannya seperti tidak munasabah. Aku mencari alasan sebenarnya. Dia ketawa lagi mendengar kata-kataku. Ah... aku memperbodohkan diriku sendiri rupanya. Dan di hadapan dia pula. “Unie mesti dah tau sebabnya. Kenapa perlu tanya lagi, hmmm?” Dia diam seketika. Senyum masih lagi mekar di bibirnya. Melihatkan aku diam, dia terus menyambung bicara. “Umur abang dah tiga puluh tiga tahun, Unie. Abang nak anak abang sendiri. Daripada zuriat abang sendiri. Doktor dah sahkan yang abang normal. Dan Reen pun dah setuju, kan? Dia dah melamar Unie. Dah beritahu hasrat abang pada Unie, kan? Jadi, apa lagi masalahnya sekarang? Unie tak nak? Kalau Unie tak nak tentu Unie dah cakap tak nak. Ini tidak, Unie tak bagi apa-apa jawapan pun. Unie sengaja buat abang ternanti-nanti jawapannya.” Mahukah Gulp, aku menelan air liurku yang terasa pahit. aku dengan perhubungan yang sebegini?

35

Semalam Yang Kutinggalkan

Perhubungan yang dibina atas penderitaan orang lain? Tidak... tentunya aku tidak mahu. Jika aku menjadi Kak Reen pasti aku juga akan sedih dan kecewa seperti dia. Tetapi, bagaimana untuk aku menolak permintaan Kak Reen? Dia begitu tulus meminta aku menikahi suaminya. Hanya kerana dia mengerti akan cinta Abang Izwan terhadapku. Lelaki itu telah menerangkan sejelas-jelasnya kepada Kak Reen akan perasaannya terhadapku. Tanpa sedikit pun berselindung. “Kenapa Unie diam? Kalau jadi katakan jadi... tidaklah abang ternanti-nanti,” katanya dengan tawa lembut di bibir. Aku mendengus perlahan. Apa yang patut aku perkatakan? Di awal pertemuan aku begitu yakin dengan kemampuanku untuk menolak permintaan ini. Aku yakin aku dapat menghentikan segala kemungkinan yang akan menyakitkan hati Kak Reen. Tetapi kini aku goyah. Aku sedikit pun tidak mampu untuk melawan segala hujahhujahnya. Apa yang diperkatakannya itu semuanya benar belaka. Benar, aku masih lagi suka padanya. Kata-kata benci yang aku ucapkan di bibir sebenarnya hanyalah untuk melindungi rasa sayang yang telah lama terpahat di hati. Kalaulah kami berada dalam situasi yang berbeza pasti lain jadinya. Kalaulah dia masih keseorangan aku pasti tidak teragak-agak untuk menerimanya dengan tangan yang terbuka. Pada usia dua puluh empat tahun aku masih lagi bersendirian. Dalam usia sebegini tidak pernah ada manamana lelaki pun yang datang mengetuk pintu hatiku. Kalaupun ada yang datang, hanyalah seketika. Setelah salam perkenalan dimulakan, mereka akan membisu tanpa kata. Tidak pasti mengapa begitu. Yang pasti, aku akui aku tidaklah secantik bidadari. Mungkin ada sesuatu yang kurang pada diri ini. Mungkin aku tidak pandai bergaul, tidak pandai bermesra

36

Laila Hanni

menyebabkan yang datang menjenguk akhirnya bertempiaran lari menjauhkan diri. Ah... aku mengeluh sendiri. Salahkah aku jika selama ini aku masih menaruh hati padanya? Jahatkah aku jika ada ketikanya aku cemburu pada Kak Reen bila melihat mereka mesra bersama? Atau kejamkah aku jika ada ketikanya aku mengharapkan hubungan kami lebih daripada abang dan adik ipar angkat? Di awal perkahwinan mereka dulu sering aku menjauhkan diri hanya kerana aku cemburu melihat dia melayan Kak Reen dengan baik. Aku sering mengangankan aku berada di tempat Kak Reen. Aku tahu salah untuk aku mengharapkan keadaan yang sebegitu. Berdosa untuk aku mengangan-angankan seorang lelaki sebegitu. Jadi aku mula mengubah pendirianku. Akhirnya aku akur dengan keadaan. Menerima hakikat bahawa dia adalah milik Kak Reen. Tetapi bila dia mula kembali memberikan perhatiannya kepadaku, aku jadi marah. Aku jadi benci padanya kerana seolah-olah membiarkan aku kembali membina angan-angan. Lantas aku terus menjauhkan diri kerana tidak mahu pergi jauh dalam angan-anganku itu. Sehinggakan kata-kata benci itu bagaikan sudah sebati kurasakan untuknya. Sering aku ucapkan bila sahaja aku mendengar namanya disebut. Ah... aku sendiri jadi keliru dengan perasaanku ini. Diamku membuatkan dia seperti semakin teruja. Bibirnya terus mengukir senyuman yang begitu manis sekali. Menyebabkan aku jadi semakin serba salah. Adakah dia tahu apa yang ada di hatiku ini? Adakah dia tahu rahsia yang aku pendam selama ini? Mungkinkah dia dapat membaca apa yang ada di hatiku, menyebabkan dia begitu sinis sekali menghulurkan kata-kata? Lantas menyedarkan aku daripada hakikat sebenar perasaanku terhadapnya.

37

Semalam Yang Kutinggalkan

“Unie, jangan lari daripada perasaan sendiri. Kak Reen tak akan salahkan Unie jika Unie terima abang. Sebab dia tak tahu perasaan Unie pada abang. Yang dia tahu hanyalah perasaan abang yang tergila-gilakan Unie. Pandai sungguh Unie sembunyikan perasaan Unie tu. Tapi, sepandaipandai Unie, masih belum dapat tipu abang. Abang tahu apa yang ada dalam hati Unie tu. Jangan nak bohong pada abang,” tutur Abang Izwan bersahaja. Terkedu aku dengan kata-katanya itu. Sungguh aku tidak mampu untuk berselindung lagi. Rona merah di wajahku bagaikan menggambarkan segala-galanya. Bisu aku saat itu bagaikan mengiakan semua kata-kata yang keluar daripada ulas bibirnya. Selepas mengakhiri kata-katanya itu dia bangun dan mendekatiku yang sedang duduk di sofa berhadapan dengannya. Bila dia berada betul-betul di hadapanku, mataku masih lagi menatap wajahnya. Terdongak aku memandang ke dalam matanya. Bagaikan terpukau dek kata-katanya sebentar tadi. “Tak perlu berselindung daripada abang.” Lantas dia meletakkan jari telunjuk dan jari hantunya ke bibirnya sendiri. Mengucup lembut jemarinya itu. Dan perlahan-lahan dia meletakkan dua jarinya itu ke bibirku. Aku terpempan dengan perlakuannya itu. Terkaku di tempat duduk tanpa mampu bergerak sedikit pun. Bagaikan bermimpi, aku dibuatnya. “I wish I could do more than that.” Bisiknya. Selepas perlakuan yang cukup romantis itu, dia senyum lantas berpaling untuk pergi. Mengatur langkahnya satu per satu dengan begitu yakin sekali. Menggeletar tubuhku dengan perlakuannya itu. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. Lantas aku menarik

38

Laila Hanni

nafasku dan berpaling kepada mak ngah dan Kak Reen yang juga terpaku menyaksikan perlakuan polos Abang Izwan sebentar tadi.

39

Semalam Yang Kutinggalkan

Bab 4
AK NGAH merenung wajah Kak Reen dengan penuh rasa marah. Kami sama-sama tidak menyangka itu keputusan yang diambilnya untuk menangani kemelut dalam perhubungan ini. Mengapa begini cepat Kak Reen mengalah? Tidakkah dia tahu dia punya hak dalam sebuah perkahwinan? Tidakkah dia tahu bahawa mengikut syarat berpoligami di Malaysia, si suami tidak boleh berpoligami tanpa izin daripada isterinya? Mengapakah dengan begitu mudah dia mengizinkan Abang Izwan mengambil kesempatan daripada kekurangan dirinya? “Reen tak boleh terus mengalah macam ni. Kan ada syarat-syarat kalau dia nak kahwin lagi satu. Sekurangkurangnya Reen periksalah dulu syarat-syarat tu. Manalah tahu ada syarat yang dia tak ada,” kata mak ngah. “Reen dah periksa mak. Apa daya yang ada pada Reen? Reen mandul mak, mandul. Doktor dah sahkan dua tahun yang lalu. Itu alasan utama dia untuk kahwin dengan Unie.”

M

40

Laila Hanni

“Tak boleh ke Kak Reen pergi periksa balik? Sahkan semula? Get a second opinion. Mungkin doktor tu buat silap, Kak Reen.” “Unie please... jangan mengarut, boleh?” balas Kak Reen sambil memandangku dengan perasaan tak percaya. Dia diam seketika. Matanya dilarikan semula daripada wajahku. Mungkin tidak sanggup menatap wajah yang menyeksa batinnya saat ini. Aku mengetap bibir menahan sebak. Kak Reen berhak untuk rasa benci dan sakit hati padaku. Aku yang saat ini tanpa kusedari, rupa-rupanya sedang merampas kasih Abang Izwan daripadanya. “Kak Reen dah tak sanggup lagi nak lalui semua tu. Dulu, Kak Reen terpaksa sebab nak tahu. Sekarang kalau diminta lalui semua tu balik... akak dah tak sanggup, Unie...” katanya sambil menggeleng. Mak ngah turut sama menggeleng. Mungkin dia tidak mahu lagi melalui prosedur rawatan yang memalukan dirinya itu. Melihatkan resahnya itu aku amat bersimpati padanya. Ini satu-satunya ketentuan Allah yang tidak mampu untuk dia sangkal lagi. Wanita manalah yang sanggup untuk menerima hakikat yang dirinya mandul. Kalau aku berada di tempatnya pasti aku juga akan cukup sedih dengan kegagalan ini. “Kalau ikutkan undang-undang kat negara kita ni pun, itu salah satu syarat utama yang dia boleh jadikan alasan untuk dapatkan kebenaran untuk kahwin lain, mak. Lagipun syarat lain semua dia ada. Dia mampu, zahir dan batin. Dia mampu beri layanan sama rata kepada isteri-isterinya mengikut kehendak hukum syarak,” kata Kak Reen dengan nada suara yang lemah. Lemah kerana sedikit pun dia tidak

41

Semalam Yang Kutinggalkan

berupaya untuk menolak hakikat bahawa Abang Izwan layak untuk berkahwin lain mengikut syarak dan juga undangundang di Malaysia. “Tapi kak, Unie... boleh tolak. Unie boleh kata Unie tak setuju kak.” “Tolonglah Unie. Akak rayu pada Unie. Terima ajelah Abang Wan. Akak kenal Unie. Kalau Unie tak nak, dia mungkin akan kahwin juga dengan orang lain. Dengan siapa pun dia kahwin, hati akak ni memang tetap akan terluka. Akak tetap akan sedih. Jadi biarlah orang yang dia akan kahwini tu yang dia memang betul-betul suka... sekurangkurangnya berbaloilah kalau dia sakitkan hati akak ni.” Pada pendengaranku suaranya menggambarkan yang dia sedang berjauh hati. Sedihku tak dapat aku bendung lagi. Perlahan-lahan air mata di pipi jatuh berjuraian. Kasihan pada Kak Reen. Ini pengorbanan yang terpaksa dia lakukan demi untuk menzahirkan kehendak hati seorang suami. Sungguh aku kagum dengan pengorbanannya. Dalam hati aku berdoa semoga keberkatan sentiasa bersamanya. Dia isteri yang solehah. Cuma, aku sangat-sangat berharap supaya Abang Izwan menghargai pengorbanannya itu. Bagaimana pula dengan aku? Bukankah aku juga terpaksa berkorban? Mana mungkin aku mampu menolak permintaan Kak Reen ini? Sudah terlalu banyak budi dan jasa yang diberikan untukku oleh mak ngah dan Kak Reen sekeluarga. Sedari kecil aku dijaga oleh mereka dengan penuh kasih sayang. Tidak sedikit pun aku dibezakan daripada anak-anaknya yang lain. Sejak kematian pak ngah tiga tahun yang lalu, aku masih terus dianggap seperti anaknya. Walaupun sebenarnya pertalian darahku adalah dengan pak ngah, abang kepada arwah ayahku.

42

Laila Hanni

Kalau ditanya sejujur-jujurnya, sungguh aku tak mahu menerima hubungan itu. Aku juga ingin punya masa depan yang lebih meyakinkan. Aku juga punya harapan untuk bahagia dengan orang yang tercinta. Mungkin masih ada rasa cinta untuk Abang Izwan di hati ini. Namun cukupkah dengan cinta yang sudah lama terpendam itu untuk aku korbankan masa hadapan dan kebahagiaanku? Poligami bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditangani. “Unie takut satu hari nanti, hubungan kita... jadi tak baik kak. Bukan senang bermadu ni kak.” Kak Reen ketawa sinis. Ah... mampu lagi dia ketawa dalam saat-saat begini. “Siapa kata bermadu ni senang, indah terutamanya untuk kita orang perempuan? Kalau tidak, takkanlah Allah janjikan payung Siti Fatimah dalam syurga nanti.” Katanya dengan nada sayu. Aku cuma mengetap bibir. Serba salah jadinya. Perlahan-lahan Kak Reen menyapu air mata di pipiku. Ah... sungguh tabah hatinya. Kalaulah aku mampu untuk menjadi setabah itu.

“KAU dah gila ke Unie?” Aku diam. Ya, mungkin. “Kau tau tak bermadu ni bukannya senang. Sebut aje mudah tapi nak laluinya tak semudah kita menyebutnya. Aku taulah sebab mak aku dulu bermadu. Bukannya satu tapi dua!” Kemarahan Suzana ada sebab rupa-rupanya. Baru aku tahu kini yang dia punya dua orang emak tiri.

43

Semalam Yang Kutinggalkan

“Wow... hebatnya bapak engkau... madu tiga ya. Macam P. Ramlee tu?” tanyaku dengan nada bergurau. “Eh... engkau ni boleh buat bergurau pulak benda macam ni. Hari ni kau berguraulah. Nanti, bila dah kahwin esok baru kau tahu macam mana sakitnya hati kalau suami tak berlaku adil.” Senyum di bibirku mati di situ. Ya, aku tahu itu. Siapa yang tidak tahu tentang hakikat itu. Sering seorang lelaki akan berkata mereka akan berlaku adil apabila punya lebih daripada satu isteri. Namun hakikat yang sebenar, selalunya tidak begitu. Hati dan perasaan manusia punya banyak kelemahan. Dan yang jelas setiap manusia ada kekurangannya. Sejak Kak Reen merayu aku untuk menjadi isteri Abang Izwan, sudah banyak buku-buku yang aku baca mengenai poligami. Salah satunya telah membicarakan tentang terjemahan ayat suci al-Quran, surah An-Nisaa’, ayat 129 yang berbunyi; Dan kamu sekali-kali tidak dapat berlaku adil di antara isteri-isteri (mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung kepada yang kamu cintai sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri dari kecurangan maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Menurut buku tersebut, ayat ini ditafsirkan oleh Ibnu Katsir Rahimahullah bahawa manusia tidak akan mampu bersikap adil di antara isteri-isteri dari semua segi.

44

Laila Hanni

Keadilan dari segi zahirnya mungkin dapat dipenuhi, tapi bagaimana dengan batinnya? Terutamanya dalam menangani masalah perasaan. Pastinya akan ada perbezaan dalam rasa cinta, kasih dan sayang. Mampukah Abang Izwan membahagikan rasa cintanya dan kasih sayangnya secara adil sedangkan dalam alQuran sendiri menyatakan itu tidak mungkin akan berlaku? Dan jika sekarang ucapan cintanya sudah begitu polos diucapkan padaku, bagaimana pula nanti perasaannya selepas kami berkahwin? Malah dia juga sanggup menzahirkan perasaan itu di mata Kak Reen. Tidak mungkin hati Kak Reen tidak terguris dengan pengakuan polosnya itu. Bukankah perlakuan sebegini yang kelak akan membawa rasa cemburu di hati Kak Reen? Jika rasa cemburu itu terus dibaja pastinya satu hari nanti, sengketa antara kami akan tercetus. Ah... aku tidak mampu untuk memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku. “Kenapa engkau diam Unie? Baru nak fikir tentang masalah yang kau akan hadapi?” kata Suzana mengejutkan aku daripada lamunan. Aku mengeluh perlahan. Memandang tepat ke dalam mata Suzana. “Aku tak mampu nak tolak permintaan Kak Reen tu. Dia dengan mak ngah selama ni terlalu baik dengan aku. Tak sanggup aku nak kecewakan mereka.” “Walaupun hati kau yang akan terluka nanti?” “Su... cuba kau fikir, antara aku dengan Kak Reen, siapa yang lebih terluka, terguris hatinya. Siapa Su?” soalku semula kepada Suzana. Aku menarik nafas panjang. Merenung keluar jendela bilikku. Namun saat itu satu apa pun tidak kelihatan di mataku. Yang aku lihat hanyalah rasa sedih dan gundah yang tergambar di wajah Kak Reen setiap kali kami bertemu.

45

Semalam Yang Kutinggalkan

“Abang Wan tak pernah peduli dengan perasaan Kak Reen. Yang dia tahu hanya dia nakkan aku. Siap berterus terang lagi dengan Kak Reen. Sampaikan Kak Reen salah faham pada aku hari tu, kau tahu,” luahku lagi. Suzana menggelengkan kepalanya mendengarkan penerangan daripadaku. Mungkin dia juga tidak dapat menerima kenyataan ini. “Daring dia ya. Kalaulah dia bukan suami sesiapa, aku pun nak lelaki daring macam tu. Yang sanggup berterus terang macam tu.” “Itulah Su, aku pun macam tu. Tapi, hakikatnya dia tu suami orang.” “Dan dia bakal jadi suami kau jugak.” Aku diam. Suzana juga diam. Lama kami begitu. Tenggelam dalam perasaan masing-masing. Dia dengan rasa kagumnya dengan sikap polos Abang Izwan. Manakala aku pula dengan rasa serba salah yang terus memenuhi segenap ruang dalam hati. “Mulanya Kak Reen cakap, dia nak minta cerai dengan Abang Wan. Tapi Abang Wan tak nak ceraikan dia. Abang Wan kata Kak Reen tu tanggungjawab dia. Sampai bila-bila pun dia tak akan ceraikan Kak Reen. Dia sayang pada Kak Reen. Cuma sekarang dia nakkan anak daripada benih dia sendiri. Dan dia nak aku yang melahirkan zuriat untuknya. Macam mana Su, kalau aku pun tak boleh berikan dia anak? Mungkin ke dia akan cari yang lain?” “Hmmm... yang tu kau kena tanya dia la. Orang lain mana tahu. Kalau kau dah nekad nak memenuhi kehendak Kak Reen kau tu, kau kenalah terima benda tu semua. Berkorban konon. Aku tak fahamlah cara kau berkorban. Hinggakan kau sanggup nak share semua ni. Kau sendiri tau

46

Laila Hanni

tak ada masalah sebenarnya yang boleh diselesaikan dengan berpoligami, kan? Mendatangkan masalah ada la.” Aku menelan air liur yang terasa begitu pahit sekali. Sejenak aku terdiam mendengarkan kata-katanya itu. Ya Allah, tunjukkan aku jalan kebenaran. Jalan mana yang aku perlu pilih? Demi kebahagiaan masa depanku, masa depan Kak Reen dan masa depan Abang Izwan, tunjukkanlah Ya Allah.

47

Semalam Yang Kutinggalkan

Bab 5
UHAMMAD IZWAN BIN MUHAMMAD ALI, aku nikahkan akan dikau dengan Munirah Binti Muhammad Hanafi dengan mas kahwin seratus ringgit tunai....” Tangan yang digenggam oleh tuk kadi itu dikocak lembut. Aku lihat Abang Izwan menarik nafas panjang lantas menjawab. “Aku terima nikahnya Munirah Binti Muhammad Hanafi dengan mas kahwin seratus ringgit tunai....” Dengan sekali lafaz yang begitu meyakinkan, aku sah menjadi isteri kepada Abang Izwan. Satu perasaan indah yang menyelirat bersama urat sarafku, menyuntik satu rasa bahagia yang sukar dimengertikan. Mungkinkah ini yang dirasakan oleh setiap gadis yang baru bergelar isteri? Namun dalam bahagia ada rasa gundah. Di sebalik gundah ada lagi satu perasaan yang cukup membuatkan aku resah. Rasa bersalah bagaikan bergayut kemas di tangkai hati. Mana bisa bahagia itu aku kecapi sepenuhnya jika ianya dibina atas

“M

48

Laila Hanni

kesedihan orang lain? Mana bisa aku mampu tersenyum puas jika di luar sana ada hati yang terluka dengan senyuman yang terukir di bibir ini? Setelah lafaz itu disahkan, tuk kadi menghampiriku untuk menghulurkan beberapa dokumen yang perlu aku tandatangani. Mengesahkan aku kini sudah selamat diijabkabulkan dengan Abang Izwan. Selesai semuanya aku mula beredar. Bersedia untuk kembali semula ke rumah mak long. Upacara pernikahan ini dibuat di pejabat kadi dan sedikit kenduri kecil-kecilan dibuat di rumah mak long. Semuanya atas permintaanku. Mak ngah sendiri yang meminta supaya kenduri ini tidak diadakan di rumahnya. Aku tidak mampu untuk berhadapan dengan Kak Reen dan kesedihannya. Tidak mahu menambah luka di hati Kak Reen bila melihat persiapan perkahwinanku dibuat di situ. Aku akur. Pada mulanya Abang Izwan bercadang supaya kenduri ini dibuat di rumah emaknya. Tetapi, akhirnya mak long bersetuju dengan permintaanku. Apa gunanya ada emak saudara kalau saat begini tidak mampu untuk menolong anak saudaranya yang sebatang kara ini, kata mak long. Saat keputusan di mana kenduri itu akan dilaksanakan, hatiku menangis lagi meratapi nasib diri. Kalaulah emak dan ayah masih ada, mungkin hatiku tidak sesedih ini. Mungkin resahku tidah sehebat ini. Di saat-saat begini, terasa diri ini bagaikan terbuang. Tiada tempat untuk aku mengadu. Yang tidak faham dengan tujuan pernikahan ini mengutukku kerana menganggap aku tergamak merampas Abang Izwan daripada Kak Reen. Ada suara-suara halus yang kedengaran berbisik dan mengataku. Tergamak sungguh aku melukakan hati kakak sepupu sendiri, kata mereka. Walaupun ada suara-suara lain yang menjelaskan

49

Semalam Yang Kutinggalkan

bahawa pernikahan ini adalah atas permintaan Kak Reen, masih ada suara-suara sumbang yang menyalahkan aku. Riak gembira di wajah Abang Izwan dapat kulihat begitu jelas sekali. Matanya terus-terusan memandang diriku ini. Bagaikan tidak sabar untuk berada di sisiku. Namun kehadiran mak long dan pak long bagaikan menghalangnya daripada mendekatiku. Atas permintaan mak long yang menemaniku ke upacara pernikahan ini, majlis membatalkan air sembahyang akan diadakan di rumahnya. Jadi buat masa ini, dia masih belum membenarkan Abang Izwan mendekatiku. Tunggu sehingga tiba di rumahnya nanti, katanya. Suzana yang juga hadir bersamaku, memerhatikanku bagaikan ibu ayam memerhatikan anakanaknya. Hatinya masih seperti tidak merelakan Abang Izwan mendekatiku. Bagaikan ada satu konfrontasi secara senyap antara dia dengan Abang Izwan. Dia seperti menyimpan dendam kepada lelaki yang kini bergelar suamiku itu. Memang sesungguhnya dia menentang keras keputusan yang aku ambil untuk memenuhi permintaan Kak Reen supaya aku menikahi Abang Izwan. Setibanya kami di rumah mak long, Abang Izwan memohon untuk melakukan sembahyang sunat. Timbul rasa kagum di hati saat aku melihat dia menghadapi Allah dengan rasa syukur atas kemenangannya untuk memiliki diri ini. Kemenangan yang diraih atas kekalahan Kak Reen yang terpaksa akur dengan kehendak suaminya. Terpaksa makan hati dengan keputusan yang diambil atas dasar terpaksa begini. Mana mungkin ada isteri yang reda bila dirinya dimadukan. Aku sendiri tidak rela sebenarnya. Tetapi apalah daya diri ini. Terhutang dengan budi yang dihulurkan padaku.

50

Laila Hanni

Tersepit antara rasa cinta yang telah lama terpahat jauh di satu sudut paling sunyi dalam hati ini. Sebuah pelamin kecil disediakan untuk upacara membatalkan air sembahyang. Aku bersimpuh di situ menanti kehadiran lelaki yang sudah bergelar suamiku untuk melaksanakan upacara itu. Ada debar dalam hati, ada resah dalam jiwa. Bercampur aduk dengan rasa gundah yang sudah lama bertapak dalam hati. Perasaan yang bagaikan menjeruk hati ini sejak Kak Reen menemuiku untuk meminta aku melaksanakan permintaannya. Membuatkan aku terusterusan rasa bersalah dengan keputusan yang aku ambil itu. Namun, saat ini mana mungkin aku tarik balik keputusanku itu. Keputusan yang aku buat atas dasar gerak hati yang diberikan oleh Allah. Saban malam selepas Kak Reen datang meminta aku menjadi isteri Abang Izwan, istikharah aku lakukan. Memohon petunjuk daripada Allah dalam membuat keputusan. Bila gerak hati ini bagaikan berbisik untuk aku menerima, aku jadi akur kepadanya. Mungkin ini ketentuan Allah untukku. Mungkin ini takdir untukku. Menjadi isteri kedua bagi lelaki ini. Menjadi madu pada sepupuku sendiri. Saat jemarinya aku salami, rasa gundah di hati ini bagaikan terbang melayang jauh. Bagaikan ada damai yang membaluti perasaan ini. Terasa bagaikan ada yang melindungi diri ini daripada segala rasa gundah yang menyelubungi hati. Dia bagaikan menyuntik satu kekuatan untuk aku menghadapi semua ini. Ketika matanya melatari wajahku, ketika bibirnya menyentuh lembut dahiku dan ketika mata kami bertemu buat kali pertamanya selepas bergelar suami isteri, terasa bagaikan ada lafaz yang keluar daripada bibirnya. Seolah-olah berbisik kepadaku bahawa semua ini adalah takdir yang

51

Semalam Yang Kutinggalkan

terbaik untukku. Seolah-olah memberi keyakinan bahawa pernikahan ini sebenarnya mendapat reda Ilahi. “Unie....” Sepatah bisikannya menyebut namaku memberikan kekuatan untuk aku mengukir senyum. Mungkin hambar, tetapi senyum itu aku zahirkan untuk menyatakan rasa damai yang ada di jiwaku saat itu. Perasaan yang muncul tatkala kehadirannya di sisi ini memberi sedikit kekuatan untukku menghadapi masa depan yang belum pasti. Ya, mungkin keputusan yang aku buat ini adalah yang terbaik untuk diri ini, untuknya dan untuk Kak Reen. “Senyum sikit ya.” Bisiknya lagi. Lantas dia meraih jemariku. Menggenggam erat tanganku dan memberikan kekuatan untukku menghadapi semua ini. Kerdipan cahaya kamera yang merakam saat itu tidak lagi aku hiraukan. Yang aku tahu, aku kini berada di sisi suamiku. Seorang yang akan melindungiku saat aku dilanda kesusahan, yang akan mendamaikan resahku dan yang akan menyuntik kekuatan untuk aku menghadapi dugaan pada masa hadapan.

52

Laila Hanni

Bab 6
ATU demi satu pakaian Abang Izwan aku susun di dalam almari. Tertanya dalam hati, berapa lama dia akan bersama denganku. Melihatkan bilangan pakaian yang dibawa, aku meneka mungkin seminggu. Setahu aku mengikut sunnah Rasulullah SAW, seseorang lelaki yang menikahi seorang gadis, giliran malam pertama mereka adalah selama tujuh hari. Manakala jika dia menikahi seorang janda, gilirannya adalah tiga hari. Selepas pada itu lelaki itu perlulah memastikan gilirannya adalah adil untuk kedua-dua isterinya. Aku pasti tidak akan mampu bertanya padanya tentang perkara ini. Jika dia ingin memberitahuku nanti aku hanya mampu mendengar. Yang nyata aku akan pastikan bahawa dia tidak akan lupa akan gilirannya untuk Kak Reen bila tiba masanya nanti. Selepas mengemaskan pakaiannya, aku mencapai baju kotor yang telah terkumpul di dalam bakul yang sedia ada di dalam bilik itu. Aku perlu mencucinya malam ini juga. Kenduri di pihaknya akan diadakan esok. Katanya majlis yang

S

53

Semalam Yang Kutinggalkan

akan diadakan di rumahnya itu juga ringkas. Aku akur dengan kenyataannya itu. Mungkin untuk menjaga hati Kak Reen. Siapalah aku, cuma isteri kedua yang mungkin tidak layak untuk diraikan dengan meriah. Pernah dulu aku mengangankan, jika berkahwin aku akan adakan satu majlis perkahwinan yang gilang-gemilang. Yang akan terkesan di hati setiap yang mengunjunginya. Walaupun waktu itu langsung tidak pernah terlintas di hati ini siapa gerangan pengantin lelakinya. Pergilah... pergi semua angan-anganku. Jangan datang lagi jika hanya untuk membawa duka di hati. Mengenangkan Kak Reen, hatiku sebak lagi. Mataku liar mencari di mana letaknya telefon bimbitku. Akhirnya aku temui ia di atas meja solek. Perlahan-lahan aku meletakkan kembali bakul yang berisi kain kotor yang sejak dari tadi dalam genggamanku. Aku menghampiri telefon itu dengan rasa yang cukup serba salah. Perlukah aku menghubunginya? Perlukah aku memberitahunya yang kami telah selamat diijabkabulkan? Bila aku kenangkan kesungguhannya untuk menyatukan kami, aku jadi serba salah. Mungkinkah hatinya akan terguris jika aku tidak menghubunginya dan terus mendiamkan diri begini? Tetapi jika aku hubunginya pula, aku yakin hatinya tetap akan terguris juga. Pintu bilikku terkuak perlahan. Hatiku yang sejak tadi gundah mengenangkan Kak Reen jadi semakin resah apabila susuk tubuh Abang Izwan aku lihat berdiri di muka pintu. Perlahan dia masuk dan menutup pintu bilik. Debaran di dadaku makin kencang. Hilang segala rasa gundah dek mengenangkan Kak Reen sebentar tadi. Timbul pula resah yang membadai hati kerana perlu berdepan dengan lelaki ini. Itulah pertama kali aku bersendirian dengannya dalam suasana yang penuh privasi. Sungguh aku tidak tahu apa yang patut aku lakukan.

54

Laila Hanni

Dia senyum sambil memandangku dari atas ke bawah. Matanya yang disimbah rasa bahagia terus tertancap pada bakul kain kotor di sisi kakiku dan telefon bimbit di tanganku. Perlahan dia menghampiri diriku yang ternyata kini sudah tidak mampu untuk bergerak. “Tengah buat apa ni?” Dia bertanya perlahan. Telefon di tanganku diambil dan diletakkannya kembali ke meja solek. “Nak telefon siapa? Atau ada yang call? Nak ganggu kita?” Bibirnya terus menguntum senyum nakal. Mengusikku dalam diam. Aku cuma menggelengkan kepalaku. “Ni... bakul kain ni kenapa pula ada kat sini?” tanya dia lagi. “Unie ingat... nak basuh kain tadi,” ucapku perlahan. Dia senyum. Mungkin dapat merasakan keresahan hatiku saat itu. Tanganku diraihnya, lantas menarikku untuk sama-sama duduk di sofa yang terletak bertentangan dengan katil. “Tak sabar ya nak buat kerja rumah?” Meleret suaranya berkata-kata. Aku diam, bibirku bagaikan beku saat itu. Hanya debar di hati yang kudengar yang membawa resah di hatiku. Membuatkan seluruh tubuhku terasa longlai. Renungannya yang tajam menggoda itu terus-terusan membuatkan aku serba salah. Tidak pasti apa yang patut aku lakukan. “Kerja-kerja tu boleh tunggu. Malam ni... Unie milik abang sorang tau,” bisiknya di telingaku. Aku menelan air liur. Takut rasanya mendengarkan

55

Semalam Yang Kutinggalkan

kata-katanya yang begitu meyakinkan itu. Ah... kalaulah Kak Reen tidak wujud antara kami, pastinya akulah orang yang paling bahagia saat itu. Namun, aku akur. Aku tidak akan mampu buang Kak Reen jauh daripada menghantui hubungan ini. Bukankah Kak Reen yang menzahirkan hubungan ini? Tak mungkin aku akan membuang jauh dia daripada hidup kami. Jari-jemarinya beralih perlahan-lahan, menyentuh pipiku. Dia menundukkan wajahnya agar muka kami bertentangan. Cuba merapatkan ruang jarak di antara wajah kami. Aku menelan air liur lagi, belum bersedia untuk membiarkan dia melakukan sesuatu yang pasti diinginkannya saat itu. Lantas aku memalingkan wajahku daripada tatapannya dan menekup kedua-dua tanganku ke muka. Perasaan malu bersulam dengan rasa gundah. Mungkin saat ini wajahku sudah mula berona merah kerana kurasakan bagaikan darah tersirap naik ke muka. Panas sekali wajahku kurasakan saat itu. “Hei, kenapa ni?” Lembut bicaranya. “Emmm... Unie... rasa bersalah pada Kak Reen,” bisikku meluahkan gundah di hati. Dia mengeluh. Mungkinkah dia marah mendengarkan kata-kataku itu? Perlahan-lahan dia memegang kedua-dua tanganku. Menjauhkan kedua tanganku itu daripada wajahku. Membuatkan aku berpaling semula padanya. Mataku kembali menatap ke dalam matanya. Cuba menyelami hatinya. “Unie... sepatutnya malam ni milik kita. Sepatutnya kita cuba untuk selami rasa bahagia yang ada dalam hati kita sekarang. Boleh tak kalau kita jangan fikirkan pasal orang lain sekarang? Hanya kita berdua aje?”

56

Laila Hanni

“Tapi... macam mana Unie nak rasa bahagia... kalau kat sana Kak Reen bersedih. Macam mana nak gembira atas kesedihan dia, bang? Unie tak tahu apa yang Unie rasa sekarang. Gembira ke... bahagia ke... cuma yang Unie tahu, sekarang ni Unie rasa bersalah sangat.” “Jangan fikirkan apa-apa... tengok dalam mata abang ni. Unie kena percaya pada abang. Sebenarnya Allah bagi kita dugaan ni sebab nakkan kita gembira, kan? Dia mahu kita semua bahagia, Unie, abang dan Kak Reen.” Aku diam lagi. Hanya mampu untuk menatap ke dalam matanya. Ingin sekali aku mempercayai kata-katanya itu. Tapi, saat itu aku rasakan semuanya bagaikan mustahil untukku. Pantas Abang Izwan mengucup lembut kedua belah mataku. Mengambil kesempatan ke atas kebingungan yang aku rasakan saat itu. Kemudian dia menarikku ke dalam pelukannya. Terasa hangat sekali pelukannya itu. Damai terasa hatiku bila didakap mesra begitu. Malu masih lagi menghambat di hati. Debarnya bukan sedikit. Menyebabkan aku jadi lemah dan terus membiarkan Abang Izwan membelaiku. Hanyut dalam lautan rasa yang cukup membolak-balikkan perasaan ini. Antara serba salah dengan rindu. “Dah lama abang nantikan saat ini, Unie. Sebelas tahun... sejak kita di sekolah lagi. Selama tu abang selalu pasang angan-angan untuk bersama Unie macam ni. Jangan sia-siakan penantian abang, Unie. Please....” Mendengarkan kata-katanya itu aku jadi pasrah dengan keadaan. Lantas perlahan aku merebahkan kepalaku ke dadanya. Menzahirkan rasa cinta yang selama ini terpendam jauh dalam hati. Mengharapkan cinta itu mampu

57

Semalam Yang Kutinggalkan

untuk menyiram subur rasa bahagia yang diharapkan. Dan semoga bahagia itu mampu menyelubungi rasa gundah yang tidak sudah-sudah melanda hati.

KENDURI di rumah emak mentuaku juga seringkas majlis perkahwinanku di rumah mak long semalam. Tetamu yang dijemput cumalah di kalangan ahli keluarga dan jiran terdekat. Mungkin sekadar mengambil syarat untuk menghebahkan tentang pernikahan ini. Sepanjang waktu itu aku merasakan cukup tersinggung dengan sikap ahli keluarga Abang Izwan. Mereka seperti tidak menginginkan kehadiranku di situ. Emak Abang Izwan yang kini emak mentuaku pula seolah-olah cuba menghindarkan diri dari berada dekat denganku. Mungkin dia juga tidak mampu menerima hakikat bahawa anaknya kini sudah memadukan Kak Reen, menantu kesayangannya. Hanya Abang Izwan dan ayahnya sahaja yang kelihatan cuba untuk memeriahkan suasana. Selepas majlis petang itu, aku terus masuk ke bilik untuk menunaikan solat asar. Abang Izwan masih lagi leka melayan teman-temannya di halaman rumah. Selesai solat asar, jam sudah menunjukkan pukul enam petang. Aku keluar semula ke halaman lantas menghampiri suamiku. Semasa berjalan menghampirinya, perhatian mereka tertumpu kepadaku. Entah apa yang mereka perkatakan kepada Abang Izwan saat itu. Kelihatan masing-masing tersenyum mengusik. Kalaulah aku ikutkan rasa malu, pasti aku tidak akan menghampiri mereka. Tapi ada tanggungjawab untuk aku mengingatkan dia tentang solatnya yang masih belum tertunai.

58

Laila Hanni

“Abang... belum solat lagi, kan?” Aku bertanya dengan nada suara yang aku kawal. Tidak mahu kedengaran seperti menghalau tetamunya. Dia lantas merenung jam di tangan. “Haah la... belum solat lagi,” balasnya. “Kau orang dah solat ke belum?” tanya Abang Izwan kepada kawan-kawannya pula. “Dah... kami singgah kat masjid depan tu masa datang tadi,” kata Zaidi teman sekerjanya. “Pergilah... dah lewat ni. Jom Taufik, Azam, kita beransur.” “Eh, duduklah dulu... takkan dah nak balik. Kau orang borak dulu, lepas solat aku datang balik. Jarang dapat borak macam ni,” kata Abang Izwan bila melihatkan ketigatiga kawannya mula bangun untuk beredar. “Lain kalilah, Wan. Dah petang ni... lewat nanti kang, marah pulak yang kat rumah tu,” kata Taufik. Entah mengapa, hatiku bagaikan terusik dengan kata-kata Taufik. Nada suaranya bagaikan ada maksud yang tersirat. Bukan aku tidak sedar tentang hakikat bahawa semua teman Abang Izwan datang bersendirian. Tidak seorang pun yang datang dengan isteri atau pasangan masing-masing. Yang pastinya semua isteri mereka tentunya tidak mahu hadir ke majlis ini kerana hakikat perkahwinan ini yang merupakan perkahwinan kedua Abang Izwan. Amat jarang sekali ada seorang isteri yang merestui suaminya yang beristeri lebih daripada satu. Maka pastinya kebanyakan isteri akan cuba menghindar majlis sebegini untuk menunjukkan protes. Sama seperti teman-teman sekerjaku. Sebahagian kecil sahaja yang hadir menunjukkan diri. Itu pun yang benar-benar rapat denganku. Dengan hati yang tersinggung

59

Semalam Yang Kutinggalkan

aku terpaksa menerima hakikat ini. Bukankah aku yang menempah semua ini dengan menerima pujuk rayu Kak Reen untuk menerima Abang Izwan? “Betul tu Wan, dah lewat ni. Kau cuti berapa lama?” tanya Azam. “Seminggu, insya-Allah Isnin depan aku masuk kerja balik.” “Okey Wan, selamatlah ya. Semoga kekal hingga ke anak cucu,” kata Taufik sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Abang Izwan. “Eh... apa pulak hingga ke anak cucu... hingga ke akhir hayatlah,” sampuk Zaidi pula menyebabkan pecah tawa di antara empat sahabat itu. Dia turut menghulurkan salam untuk Abang Izwan. “Jadi... Wan... Munirah, kami beredar dulu ya.” Kata Azam sambil mula beredar. Aku cuma menganggukkan kepala sambil tersenyum bagi menyahut sapaannya itu. Sebelum beredar, sempat dia membisikkan sesuatu ke telinga Abang Izwan. Entah apa yang dibisikkan hinggakan kata-katanya sekali lagi membawa tawa ke bibir Abang Izwan. Gema tawanya itu mengundang perhatian daripada tetamu yang hadir. Semua mata tetamu ayah dan emak mentuaku memandang ke arah kami yang sedang berdiri berhampiran dengan pintu pagar.

60

Laila Hanni

Bab 7
AMBIL menunggu temantemannya beredar, tangan Abang Izwan meraih jari-jemariku, menggenggam erat tanganku. Setelah mereka pergi, aku membisikkan tentang solatnya yang masih belum tertunai. Abang Izwan lantas menarik tanganku. Terkocohkocoh kakiku melangkah untuk menuruti langkahnya. Sambil melalui tetamu yang memerhatikan kami, Abang Izwan menghadiahkan senyum kepada mereka. Ada yang senyum kembali dan ada juga yang memandang kami dengan pandangan sinis. Perlakuan polos Abang Izwan nampaknya tidak begitu disenangi oleh semua. Terutamanya emak mentuaku yang memandang kami dengan wajah yang tidak senang. Begitulah adanya bila perlakuan ini berlaku antara suamiku dengan aku, seorang isteri kedua. Aku pasti, jika ini berlaku antara Abang Izwan dan Kak Reen di hari pernikahan mereka, yang melihat pasti akan tersenyum gembira. Turut sama bahagia bersama dengan kebahagiaan yang dirasakan oleh pasangan yang baru bernikah. Ah... beginilah hakikat

S

61

Semalam Yang Kutinggalkan

kehidupan. Yang kedua sering dianggap buruk, jahat dan perampas. Tidak ada yang sanggup menyelami hatiku yang terus-terusan resah kerana tersepit dalam keadaan ini. Setiba di bilik, Abang Izwan terus menarikku untuk bersamanya. Belum sempat pintu bilik ditutup rapat dia terus menolak tubuhku ke pintu. Merapatkan tubuhnya pada tubuhku hinggakan tidak ada sedikit pun ruang kosong antara tubuh kami. Debaran yang mengocak tangkai hati bercampur baur dengan rasa bahagia bila dibuat semesra itu. Perlahan sekali wajahnya dirapatkan ke wajahku. Hela nafasnya yang lembut menampar ke wajahku perlahan-lahan membawa senyum malu di bibirku. Lantas, tanpa sempat berkata apa-apa aku tenggelam dalam cumbuannya. Lupa aku seketika dengan keresahanku sebentar tadi. Lupa juga dengan si dia yang masih belum bersolat. “Abang cinta... sayang... rindu... pada Unie,” bisiknya selepas seketika. Aku yang masih lelah dan sesak nafas dengan perlakuannya sebentar tadi hanya mampu senyum malu. Terasa panas wajahku saat itu dek kata-katanya. Bahagia menyelubungi segenap jiwaku kerana dilayan dengan penuh kasih sayang oleh suami sendiri. Lantas dengan teragak-agak, jemariku menyentuh lembut pipinya. Ah, sungguh syahdu perasaan itu. Di saat ini hanya dia yang mampu membuatkan aku rasa bahagia. Hanya ketika bersamanya begini, resahku bisa hilang. Walaupun hanya seketika waktu. “Maaf dengan sikap mak dan adik-adik abang pada Unie, ya? Nanti, esok kita balik ke rumah kita. Tapi malam ni, kita terpaksa tidur kat sini. Nanti kecil pula hati mak abang. Dia dah siapkan bilik ni untuk kita. Boleh, kan?” Aku hanya mengangguk. Apa daya yang aku ada.

62

Laila Hanni

Kehadiran yang tidak diinginkan ini tidak boleh aku jadikan alasan untuk tidak menghormati emak mentuaku. Sebagai anak, aku perlu mentaatinya seperti aku taat kepada emakku sendiri. Wajib aku melakukan itu untuk menyenangkan hati suami. “Satu malam saja ya? Lepas tu, malam lain kita berdua aje. Tak akan ada gangguan lagi,” bisiknya sambil merapatkan wajah kami sehingga dahinya menyentuh ke dahiku. Kemudian dia memelukku erat-erat. Aku mengeluh perlahan dan membalas pelukannya. Mendengarkan keluhan itu dia melonggarkan kembali pelukan. Merenung ke dalam mataku. “Unie mengeluh?” Aku senyum malu melihatkan kekeliruannya bila mendengarkan keluhanku itu. Mungkin dia menyangka aku mengeluh kerana terpaksa tidur di sini malam ini dan berdepan dengan keluarganya yang bersikap acuh tak acuh denganku. “Unie rasa gembira sangat. Bila dengan abang, Unie tak kisah kat mana kita berada,” ucapku dengan lembut sekali. Mata kularikan daripada menatap wajahnya. Dia tertawa bahagia. Perilaku luar sedarku itu ruparupanya menggoda dan mengocak naluri lelakinya. Lantas dia dengan pantas sekali mengangkat dan mengendongku ke katil. Perlakuan yang cukup membahagiakan itu aku sambut dengan ketawa kecil. Tiba di katil dia perlahan sekali meletakkan aku di situ. Mula mengambil tempat di sebelahku. Cuba mencium bibirku. Tetapi, pantas sekali aku meletakkan jariku di bibirnya. “Solat,” bisikku manja. “Ahhh....” Keluhnya sambil matanya memandang ke atas.

63

Semalam Yang Kutinggalkan

“PINGGAN ni kalau tak dilap sampai betul-betul kering nanti bila simpan hapak baunya. Hah, lap elok-elok.” Suara emak mentuaku bagaikan sembilu menusuk ke hati. Kedengarannya seperti dia cukup benci dengan kehadiran aku di sini. Semua yang aku lakukan untuk membantu, ada saja yang tidak kena. Ketika menyendukkan nasi untuk Abang Izwan sebelum makan malam tadi, aku ditegur kerana tidak merapikan nasi di dalam pinggan itu. Ketika membasuh pinggan pula aku ditegur kerana membuka paip air terlalu kuat sehinggakan terpercik air ke lantai berhampiran singki. Dan kini, sehinggalah kerja sekecil ini pun dia masih lagi ingin memberikan komen yang sungguh memalukan sebegini. Bukannya aku tidak tahu cara untuk mengelap pinggan. “Baik mak.” Hanya kata-kata itu sahaja yang keluar daripada bibirku. Ingin sekali rasanya aku melemparkan kain tuala kecil di tanganku lantas berlalu ke bilik untuk menunjukkan protes. Kalaulah aku mampu melakukan sebegitu, pastinya aku kini sudah berada di bilik, membawa rajuk di hati. Tapi, naluri itu terpaksa aku simpan saja di sudut hati ini. Mana mungkin aku bisa lakukan sebegitu? Aku tidak sepatutnya mencetuskan ketegangan antara kami. Tidak sepatutnya terbawa-bawa dengan perasaan sedihku. Dia orang tua, maka perlulah aku menjaga hatinya. Malah aku pasti, itulah yang Abang Izwan ingin aku lakukan. Terus menjaga dan mengambil hati tua itu meskipun aku sendiri makan hati berulam jantung. Perilaku itu hanya diperhatikan oleh Abang Izwan dari meja makan. Dia juga tidak mampu untuk berkata apaapa. Ketika mata kami bertentangan, renungannya seolaholah meminta pengertian daripadaku. Saat itu terasa ada air yang bergenang di tubir mata. Lantas aku seka perlahan.

64

Laila Hanni

Cuba menyembunyikan perasaan hiba yang tiba-tiba merenggut tangkai hati ini. Selesai mengemas serba sedikit ruang dapur yang ternyata masih bersepah dengan peralatan kenduri tengah hari tadi, aku terus masuk ke bilik. Penat terasa di seluruh tubuhku ini. Sememangnya ingin sekali aku terus berada di kalangan semua ahli keluarga ini. Berbual mesra dan berkenalan antara satu sama lain. Tetapi, apabila aku merapati mereka, semua kelihatan seperti bungkam. Suasana yang mulanya mesra, jadi hening tiba-tiba. Mereka seakanakan tidak mahu aku berada di kalangan mereka. Mungkin merasa serba salah untuk menerima diriku. Mungkin bimbang kalau-kalau penerimaan mereka terhadapku akan menyebabkan hati Kak Reen tersinggung. Aku tidak mampu untuk menyembunyikan perasaan sedihku setiap kali diperlakukan sebegitu. Lantas, untuk apa aku terhegeh-hegeh duduk bersama mereka. Lebih baik aku mendiamkan diri di bilik. Sikapku itu rupa-rupanya mendatangkan rasa tidak puas hati emak mentuaku. Dari dalam bilik jelas kedengaran suaranya mengomel, menyesali sikapku yang terus terperap di bilik. “Hah, bukannya nak duduk kat luar ni... kenalkenal dengan keluarga kita. Asyik nak terperap aje kat bilik. Sombong!” Sungguh... sungguh aku mendengarkan kata-kata sinisnya itu. berkecil hati

“Ala... dia letih tu... biarlah dia berehat. Dia duduk kat luar ni pun bukannya awak layan dia bercakap. Sepatah dia bertanya, sepatah awak menjawab. Tak nak bermesra langsung dengan anak menantu.” Kedengaran pula suara ayah mentuaku

65

Semalam Yang Kutinggalkan

menyindirnya. Terasa sedikit lega di hati. Sekurangkurangnya ada juga yang tidak menolak kehadiranku di rumah ini. “Ah... nak bermesra. Macam mana nak bermesra, kalau nak terima dia pun saya tak sudi. Abang tau tak macam mana sedihnya Reen tu, Izwan buat dia macam ni. Kalau ikutkan hati, memang saya tak nak pun buat kenduri ni. Anak sulung awak itulah. Ambil apa-apa keputusan, tak adanya nak tanya pun pendapat kita ni.” “Jangan cakap macam tu Ramlah, bukan ke saya dah cakap, Izwan tu ada bincang dengan saya tentang hal ni. Saya yang tak bagi dia tanya pendapat awak. Kalau dia tanya, awak mesti tak bagi dia kahwin dengan Munirah tu. Kan dia dah cakap, dia nakkan anak. Reen mana boleh bagi dia anak.” “Hah... yalah awak tu... sama aje dengan Izwan. Kalau dah lelaki tu, lelakilah juga. Suka ambil kesempatan dengan kekurangan perempuan. Dahlah... malaslah saya nak layan cakap awak tu.” Suasana di luar bilik kembali sepi. Aku mengetap bibir menahan air mata yang mula menitis. Tidakkah mereka sedar perbualan mereka ini boleh aku dengari dari dalam bilik? Atau mungkinkah emak sengaja berbicara sekuat itu untuk menyedarkan kedudukanku di matanya? Tangisanku masih lagi bersisa ketika Abang Izwan masuk ke bilik untuk tidur. Demi terpandangkan dia, aku terus tak mampu untuk menahan perasaan. Lantas aku tenggelam dalam dakapannya dengan tangisan yang tidak mampu untuk aku bendung. Dia yang pada mulanya terpegun dengan keadaanku, akhirnya hanya mampu mengusap lembut belakangku. Mungkin mula mengerti apa yang menyebabkan

66

Laila Hanni

perasaanku terusik. Tanpa sepatah kata dia memelukku erat. Membawa aku berbaring di katil. Mencium mesra di segenap ruang wajahku. Dan seperti semalam, dia bagaikan tahu apa yang perlu dilakukannya untuk merawat resahku. Membuatkan aku hanyut dalam dakapannya, lena dalam pelukannya dan lupa seketika akan perasaan duka yang menghambat hatiku.

67

Semalam Yang Kutinggalkan

Bab 8
INTU utama rumah kami dibuka perlahan. Senyum di bibir Abang Izwan semakin mekar. Sebelum sempat aku melangkah masuk, dia memaut erat lenganku. Seolah-olah menghalang aku masuk ke dalam rumah. Perlakuannya itu mengundang seribu persoalan di hatiku. Mengapa dia membawaku pulang ke mari jika tidak membenarkan aku masuk ke dalam rumahnya? “Itu bukan caranya abang akan benarkan isteri tersayang masuk ke dalam rumah buat pertama kali,” bisiknya ke telingaku. Aku memandang ke wajahnya dengan penuh tanda tanya. Demi terpandang riak menggoda di matanya aku jadi lemah lagi. Membahang rasanya pipiku saat itu. Perlahanlahan riak di wajahnya aku fahami. Lantas aku menggelengkan kepalaku. Meminta dia tidak melakukan apa yang ingin dilakukannya saat itu. Tolonglah... janganlah dia buat begitu di depan khalayak ramai begini. Jiran kami yang kebetulan sedang menyiram pokok bunga di halaman rumahnya ketika kami mula-mula tiba tadi masih lagi

P

68

Laila Hanni

tercegat di depan pintu pagar rumahnya. Selepas bertanya khabar dan berkenalan tadi, dia masih berdiri di situ sementara kami masuk ke dalam rumah. Senyum kelihatan terukir di bibirnya menyaksikan kemesraan kami. Tangan Abang Izwan yang mula merayap di tubuhku aku pegang. Tidak mahu kami dijadikan bahan bualan jiran-jiran sekeliling pula nanti jika ada yang menyaksikan sesuatu yang sepatutnya tidak kami tontonkan pada orang lain. Dia tertawa perlahan melihatkan keresahanku bila diperlakukan begitu. Mengerti dengan permintaanku itu, dia akhirnya melangkah masuk ke dalam rumah sambil menarik tanganku. Aku bergerak perlahan menuruti langkahnya, memasuki ruang tamu rumah teres setingkat itu dengan rasa lega. Nasib baik dia tidak meneruskan niatnya tadi. Namun setelah masuk ke dalam rumah, tiba-tiba dia memelukku erat. Bagaikan hampir luruh jantungku saat itu dek rasa terkejut dan malu dengan perlakuannya itu. “Selamat datang ke rumah kita... dunia kita,” bisiknya. Lantas bibirnya singgah di bibirku, membawa debar di hati yang bukan sedikit. Hanyut aku seketika dalam cumbuannya. Longlai terasa lututku diperlakukan sebegitu. Ah, indahnya perasaan ini. Mungkin beginilah rasanya setiap insan yang baru mengenal alam berumah tangga. Semuanya indah dan membahagiakan. Bagaikan dunia ini milik kami, bak kata P. Ramlee dalam lagunya, ‘seperti dunia ana yang empunya.’ Namun, hakikatnya... tidak mampu untuk aku hindari. Hakikat itulah yang tiba-tiba menyedarkan aku daripada lenaku. Perlahan aku menolak tubuhnya, lantas

69

Semalam Yang Kutinggalkan

meleraikan dakapan mesranya sebentar tadi. Dengan perasaan malu yang masih bersisa aku menatap lembut ke dalam matanya. Ya, jelas sekali tergambar rasa bahagianya di mata itu. Menyebabkan untuk seketika waktu, ingin sekali aku buang jauh rasa gundahku. Kalaulah aku mampu berbuat begitu, pastinya aku turut merasa cukup bahagia saat itu. “Bang,” bisikku. “Hmmm....” “Abang dah....” Ah, aku teragak-agak lagi. Marahkah dia jika aku luahkan perasaanku, gundahku dan resahku? “Dah apa Unie? Nak masuk bilik? Kalau nak, tunggu sekejap ya, abang angkat barang dan kunci kereta. Abang pun dah tak sabar ni,” usiknya. Lantas jemariku mencubit lengannya. Lantas membawa jerit kesakitan ke bibirnya. Bercampur baur dengan gelak tawanya. Aku hanya mampu tersenyum. Ada sesuatu yang belum selesai antara kami. Sesuatu yang perlu aku ingatkan padanya. Agar dia jangan terlalu leka dengan kebahagiaan ini. Biar dia ingat bahawa di luar sana ada hati yang sedang terluka, yang pastinya sedang menanti kehadirannya di sisi. “Abang dah telefon Kak Reen?” tanyaku perlahan. Mataku melatari wajahnya. Menanti reaksinya dengan pertanyaanku sebentar tadi. Marahkah dia? Dia mengetap bibirnya sambil mengeluh perlahan. Ada riak kesal dengan pertanyaanku itu. Lantas dia meleraikan pelukannya lalu duduk di sofa dan meraup mukanya. Aku menurutinya lalu duduk di sebelahnya. Jejarinya aku gapai dan kugenggam erat. Kepala aku lentokkan ke bahunya, ingin memujuk hatinya. “Kenapa Unie tanya soalan macam tu? Tak boleh ke

70

Laila Hanni

untuk sehari dua ni kita lupakan dia? Abang nak kecap rasa bahagia ni tanpa ingatkan dia,” katanya perlahan. “Bang... tak baik macam tu. Dia mesti tengah sedih sekarang. Kalau abang call dia mungkin terubat sikit sedih dia tu, at least dia tahu yang abang pun tengah ingatkan dia.” “Unie, Unie taukan yang hak seorang isteri kedua ialah selama tujuh hari selepas menikah. Lepas tu barulah abang akan gilir-gilir ikut giliran masing-masing.” “Bukannya Unie nak suruh abang balik ke rumah Kak Reen. Cuma minta abang telefon dia aje. Tunjukkan yang abang tak lupakan dia masa abang tengah gembira macam ni.” “Walaupun hakikatnya abang memang hampir lupakan dia masa-masa macam ni? Masa yang sepatutnya abang luangkan hanya untuk Unie aje?” “Tak baik abang kata macam tu... kalau bukan sebab Kak Reen, tentu hubungan kita ni tak ada, kan? Kalau bukan sebab dia beria-ia paksa Unie kahwin dengan abang, tentunya abang tak dapat Unie, kan?” Matanya buntang memandang ke dalam mataku. Kerut di dahinya menandakan dia tidak suka aku berkata begitu. Marahkah dia? “Jangan kata macam tu. Hubungan antara kita ni, bukan sebab dia. Ini jodoh kita... yang Allah dah tentukan sejak lama dulu.” Tegas sekali kedengaran suaranya mengingatkan aku dengan hakikat itu. Ya, jodohku. Begini yang telah ditetapkan oleh Allah untuk kami. Aku akur dengan katakatanya itu. Aku memeluk lengannya. Lantas kukucup lembut jemarinya yang masih dalam genggamanku sejak dari tadi. Perlahan-lahan aku mengambil telefon bimbitnya yang

71

Semalam Yang Kutinggalkan

terletak di dalam poket baju kemejanya. Lantas aku hulurkan kepadanya. “Tak apalah... memang dah jodoh kita. Tapi sekarang Unie nak abang call dia, tanyakan khabar, ya?” kataku dengan nada merayu. Dia memandangku seketika. Aku suakan kembali telefon bimbitnya. Meletakkan telefon itu ke dalam tangannya yang kugenggam erat sebentar tadi. Aku mengangguk sekali lagi untuk menunjukkan kesungguhanku. Akhirnya dia akur. Dia menekan punat di telefon dan meletakkannya di telinganya. Mata kami masih terus bertatapan. “Helo....” Aku lantas mencium pipinya dan bangun meninggalkannya untuk berbicara dengan Kak Reen. Aku tidak mahu mengganggu mereka. Terasa sedikit terkilan di hati kerana terpaksa membiarkan dia berbicara dengan si dia. Siapa kata aku tidak cemburu? Aku bukanlah manusia sempurna yang tidak merasa cemburu bila terpaksa membiarkan suaminya membahagikan cinta. Isteri mana yang tidak merasakan begitu? Tetapi apa dayaku. Dia bukan milikku seorang dan aku terpaksa pasrah dengan hakikat sebegitu. Aku menyibukkan diriku sepanjang waktu mereka berbicara. Mengangkat beg-beg kecil dan beberapa barang yang kami beli sebelum tiba di rumah ini tadi dari bonet kereta. Barang-barang yang lebih besar aku tinggalkan untuk diangkat oleh Abang Izwan nanti. Aku kemudiannya terus menjenguk ke dalam ketiga-tiga bilik tidur. Dua daripadanya telah dilengkapi dengan bilik mandi dan katil. Manakala yang satu lagi sesuai untuk dijadikan stor buat sementara waktu ini. Selepas itu aku ke dapur untuk melihat keadaan di situ.

72

Laila Hanni

Rumah ini disewa dengan kelengkapan asasnya sekali. Cukup selesa kelengkapannya untuk kegunaan kami berdua. Ruang dapur juga dilengkapi dengan peti sejuk, dapur, kabinet dan meja makan kecil. Cepat-cepat aku keluarkan kelengkapan memasak yang kami beli tadi. Tiga biji periuk, sebiji kuali, beberapa biji besen plastik, pisau dan alat-alat memasak yang lain. Semuanya kami beli serba sedikit untuk memenuhi keperluan aku di dapur. Teringat ketika Kak Reen dan adik-adiknya berkahwin sebelum ini. Apabila mereka mula berpindah ke rumah masing-masing, mak ngahlah yang paling sibuk memastikan semua kelengkapan rumah tangga mereka disediakan. Tapi kini, aku terpaksa melakukannya sendiri. Perasaan sebak kembali berpaut pada hati. Lantas aku menarik nafas panjang. Membuang segala perasaan itu. Aku ingin kuat menghadapi segalanya. Bukankah aku sendiri yang menerima permintaan Kak Reen? Kalaulah aku tahu begini rasanya disisihkan keluarga, pasti aku tidak menerimanya. Tetapi apalah dayaku kini. Buang emak, buang saudara... kerana kasihku untuk Kak Reen, aku turutkan segalanya. Abang Izwan, semoga kau menghargainya. Aku tidak akan biarkan perasaan ini terjeruk lagi hanya kerana meratapi nasib diri. Di hadapanku ada banyak lagi ranjau yang terbentang. Aku perlu kuat untuk menghadapi segalanya. Untuk memenuhi kehendak semua orang. Abang Izwan, Kak Reen, mak ngah dan yang lainlainnya. Semoga perkahwinan ini membuahkan hasil seperti yang diinginkan oleh semua orang. Abang Izwan dengan cintanya, Kak Reen dan mak ngah dengan keinginan mereka untuk mendapatkan zuriat dan aku? Ah... untuk apa perkahwinan ini padaku? Untuk cinta? Atau hanya untuk memenuhi kehendak manusia-

73

Semalam Yang Kutinggalkan

manusia lain? Ah... aku sendiri keliru, keliru dengan tekad yang aku bina itu. Ah... biarlah. Biarlah apa jua tujuanku membina hubungan ini. Yang pasti, aku ingin membahagiakan semua orang. Membahagiakan Abang Izwan dengan cintanya dan Kak Reen dengan harapannya. Dan mungkin juga membahagiakan diri ini yang sejak dulu ketandusan kasih sayang. Dengan tekad baru aku mula mengeluarkan bahanbahan memasak yang kami beli tadi. Ketika membeli-belah sebentar tadi, Abang Izwan meminta aku memasak juadah tengah hari kami hari ini. Ingin merasa air tangan isterinya ini katanya. Sedang asyik aku memasak, terasa dua tangan memaut pinggangku, lantas memelukku dari belakang. Siapa lagi kalau bukan dia, suamiku. Sebuah kucupan hinggap di belakang leherku yang terdedah. Seperti biasa jika aku sedang memasak, rambutku yang panjang ke paras pinggang akan aku sanggul tinggi di kepala. Bau cologne yang digunakannya menusuk terus ke hidungku. Aku menarik nafas dalamdalam, menikmati perasaan indah itu. Senyum terukir di bibir, cuba untuk menampakkan rasa bahagia. “Kak Reen kirim salam. Dia doakan kita bahagia.” Bisiknya di telingaku. Aku senyum lagi. Insya-Allah dengan berkat doa Kak Reen, aku akan cuba bahagiakan kami. Aku, Abang Izwan dan Kak Reen.

74

Laila Hanni

Bab 9
Hari ini aku menangis lagi.... AJAH mak ngah yang kelihatan serba salah sejak aku mula tiba sebentar tadi aku tatap dengan perasaan yang berbelah bahagi. Pagi-pagi lagi aku sudah nekad bahawa hari ini juga aku akan pergi mencari Sarah. Rinduku padanya begitu membuak-buak. Wajahnya yang sering aku tatap dalam dinding Facebook Kak Reen menyedarkan bahawa anakku itu kini sudah besar. Manis dan comel sungguh anak gadisku itu pada usia tiga tahun. Pada waktu awal perpisahan dulu, aku dan Kak Reen begitu akrab berhubung melalui alam maya itu. Pada hari-hari permulaan aku menjejakkan kaki ke Australia untuk menyambung pengajianku, seperti yang dijanjikan ada sahaja berita mengenai Sarah dan Abang Izwan yang disampaikannya untukku. Abang Izwan yang selalunya sibuk dengan tugasnya memang amat jarang sekali menghubungiku. Janji Abang Izwan untuk membawa Sarah kepadaku

W

75

Semalam Yang Kutinggalkan

rupanya tidak kesampaian. Ada sahaja alasan yang diberikan oleh Kak Reen untuk mengelak daripada aku terus mendesak Abang Izwan menunaikan janjinya untuk membawa Sarah kepadaku. Dan aku yang sedar waktu itu betapa sukarnya jika aku membawa Sarah bersamaku terus membiarkan keadaan itu. Ya, mungkin aku tidak mampu untuk menjaga Sarah sendirian di sana. Rakyat Malaysia di Australia sememangnya ramai, tetapi tidak ramai yang aku kenali hati budinya. Dan rasanya waktu itu aku lebih mempercayai bahawa Sarah lebih selamat berada di bawah jagaan ayahnya sendiri. Seperti biasa, dia dengan sikapnya yang tidak betah untuk berbicara melalui talian telefon. Setiap kali menelefonnya, pasti perbualan kami hanya setakat bertanyakan khabar dan menyampaikan apa-apa perkara yang penting sahaja. Terlalu cepat dia ingin memutuskan talian. Jadi, hanya bila rindu yang datang tidak mampu aku bendung, barulah aku menghubunginya. Pun begitu bicara kami selalunya tidak lama. Selepas sahaja menyampaikan rasa rindu yang bersarang di hati, talian terus diputuskan. Kak Reen yang menjadi penghubung tetap antara kami. Berkirim salam, menyampaikan berita dan sebagainya. Namun selepas enam bulan perpisahan berlaku, bicara antara aku dan Kak Reen mula menjadi semakin kurang. Kesibukanku dengan pengajianku menyebabkan aku jadi leka dan tidak menyedari akan tanda-tanda masalah itu mula timbul. Kak Reen juga mula menyepikan diri. Ada ketikanya bila aku menegurnya di alam maya itu, dia hanya mendiamkan diri. Abang Izwan pula sudah mula mengelak daripada berbicara denganku melalui telefon. Bicaranya juga sudah tidak seromantis selalu. Dan entah mengapa aku tetap tidak mengendahkan perubahan ini. Sangkaku ini perkara

76

Laila Hanni

biasa. Setiap kali aku bertanyakan khabar bila mereka akan datang mengunjungiku, Abang Izwan bagaikan cuba untuk mengubah topik perbualan. Setelah hampir tiga bulan aku bagaikan bercakap sendirian, aku mula berhenti menegur Kak Reen di alam maya. Sering kali aku hanya membiarkan sahaja Facebook atau e-melku sentiasa berada dalam talian. Menanti dan menanti setiap kali dia menghantarkan perkhabaran tentang dirinya dan Sarah di situ. Semua perubahan itu hanya mula aku sedari selepas setahun tempoh pemergianku ke sana. Setelah surat daripada Abang Izwan yang sungguh tidak kuduga isi kandungannya tiba ke ribaanku. Mengapa? Mengapa aku diperlakukan sebegitu? Mengapa hanya melalui sekeping kertas? Sekeping kertas putih yang menjadi wakil daripadanya, melafazkan kata-kata yang cukup menggegarkan seluruh jantungku, memusnahkan harapanku dan meranapkan anganku. Bagaikan tercabut nyawaku saat aku membaca coretannya itu. Lafaz yang sesungguhnya tidak mungkin akan dapat diterima oleh seorang isteri yang tidak mengetahui apa alasannya si suami berbuat begitu. Selepas daripada itu, setiap kali aku cuba berhubung secara online dengannya, Kak Reen terus mengelakkan diri dan mematikan taliannya. Langsung tidak mahu menjawab semua persoalan yang aku berikan. Berdiam diri daripada soalan-soalanku yang memohon penjelasan daripadanya. Bila aku menelefon pula, ternyata dia telah menukar nombornya. Sama seperti Abang Izwan, yang terus dan terus mengelak daripadaku. Desakan demi desakan aku luahkan. Tidak dapat menghubungi talian telefon bimbitnya, aku hubungi pula telefon di tempat kerjanya. Saban hari aku menghubungi

77

Semalam Yang Kutinggalkan

Abang Izwan untuk menuntut penjelasan. Dan mereka terusterusan mengelak daripadaku. Sehinggakan apabila aku pulang ke Malaysia selama seminggu semasa cuti pertengahan semester pengajianku, juga mereka mengelakkan diri daripadaku. Sanggup pergi melancong ke Eropah selama tiga minggu. Kepulanganku ketika itu aku rasakan amat merugikanku. Sudahlah aku terpaksa membayar tambang yang mahal untuk pulang ke mari, malah bila tiba di sini orang yang ingin aku temui pula tiada. Sungguh... sungguh aku amat kecewa ketika itu. Kesedihanku tidak tertanggung rasanya. Aku yakin mereka sengaja mengelak daripada bertemu denganku kerana aku telah memberitahu Kak Reen tentang kepulanganku itu. Tidak mungkin kalau perkara itu hanya kebetulan berlaku. Bila ditanyakan kepada bekas emak dan ayah mentuaku, mereka hanya mengatakan mereka tidak tahu apa-apa. Malah mereka turut terkejut dengan berita itu. Sedikit pun Abang Izwan tidak pernah memberitahu mereka tentang perkara itu. Sungguh... sungguh aku tidak mengerti dengan keadaan itu. Sungguh maruahku terasa dicampakkan jauh ke dasar jurang yang tidak tergapai dek tangan ini. Aku tidak mampu untuk mengutipnya kembali. Aku terus mendesak dan mendesak Kak Reen untuk memberikan alasan setelah aku dapati Abang Izwan diam membisu. Desakan-desakan yang mungkin menyebabkan dia merasa bosan denganku. Akhirnya sekeping surat aku terima daripadanya. Surat yang menghancurluluhkan harapanku untuk terus membina bahagia bersama mereka. Surat yang menjelaskan segalanya. Betapa selama ini aku tidak pernah memberikan apa-apa makna dalam hidup Abang Izwan. Betapa selama ini aku hanya diperalatkan oleh mereka untuk

78

Laila Hanni

mendapatkan Sarah. Betapa aku cuma dijadikan batu sandaran untuk mendapatkan sesuatu yang tidak mampu untuk dia sempurnakan. Surat yang tidak lepas daripada memohon seribu kemaafan daripadaku itu menyedarkanku hakikat bahawa sebenarnya tiada cinta untuk diri ini daripada Abang Izwan. Selama ini semuanya dusta semata-mata. Dusta yang sungguh menyakitkan. Tergamak sungguh mereka memperlakukan aku sebegitu. Setelah selama ini aku korbankan segalanya untuk mereka. Tergamak mereka menghancurkan segalanya. Selepas peristiwa itu, aku tidak lagi mengganggu mereka. Aku bagaikan sudah mati. Aku hanya hidup atas kekuatan yang Allah berikan untuk aku terus bernafas. Harihari aku lalui bagaikan dalam keadaan luar sedar. Aku jadi sedar diri akan siapa diri ini. Aku diperalatkan dengan begini kejam sekali. Sungguh tidak aku menyangka mereka tergamak melakukan sebegitu kepadaku. Sungguh aku tertipu dengan pembohongan yang dilakukan. Sungguh kejam mereka. Sungguh kejam! “Bila Unie sampai dari Australia?” Pertanyaan mak ngah mengembalikan aku ke alam nyata. Aku cuba menghadiahkan senyuman kepadanya. Ingin mengembalikan kemesraan yang pernah terjalin satu masa dulu. Perasaan serba salahnya masih lagi jelas di penglihatanku. “Dah dua hari mak ngah,” jawabku jujur. “Sekarang tinggal kat mana? Kenapa tak balik sini?” Entah mengapa aku bagaikan dapat merasakan mak ngah tidak bersungguh untuk mempelawa aku supaya pulang ke rumahnya ini. Aku tidak yakin dengan sikapnya yang seakan-akan pura-pura baik itu.

79

Semalam Yang Kutinggalkan

“Unie tumpang rumah kawan kat Subang Jaya. Insya-Allah nanti nak cari rumah sewa yang dekat sikit dengan Serdang. Bila dah mula kerja nanti, taklah jauh sangat nak berulang ke tempat kerja,” jawabku perlahan. Mak ngah terdiam lagi. Mungkin menanti apa yang ingin aku persoalkan. Ya, memang sesungguhnya kami tidak mungkin akan dapat lari daripada hakikat sebenar kehidupan ini. Kalau dulu dia mungkin boleh mengelak daripada pertanyaan demi pertanyaan yang aku ajukan. Jarak yang memisahkan kami menyebabkan dia mampu untuk terus diam membisu. Namun kini tidak akan aku biarkan lagi persoalan-persoalan itu menghambat diri ini. Aku inginkan kepastian. Cuma yang pastinya bukan daripada dia. Selain daripada Abang Izwan, takkan ada orang lain yang mampu merungkaikan tanda tanya yang bersarang dalam hati ini. Kak Reen juga pastinya tidak akan mampu. “Kak Reen tinggal kat mana sekarang mak ngah?” Terdiam mak ngah tatkala mendengar soalan yang keluar daripada bibirku. “Unie dah banyak kali telefon dia, tapi dia tak jawab. Sejak Unie terima... surat cerai daripada Abang Izwan....” Aku bertanya perlahan dengan sebak yang kembali menyelinap masuk ke dalam dada. Mataku yang mula berkaca-kaca, aku pejamkan seketika. Aku tidak mahu menangis sekarang. Sudah terlalu banyak aku menangis sejak dua tahun yang lalu. Jika aku menangis lagi saat ini, aku pasti persoalan yang ingin aku ketahui tidak akan terjawab. Aku telah diceraikan. Hakikat itu sudah lama berlalu. Dan aku juga telah menerima hakikat itu. Setelah kenyataan itu aku baca sendiri melalui surat Kak Reen yang menghancurluluhkan segenap jiwa ragaku. Cuma kini yang

80

Laila Hanni

menjadi persoalannya diperlakukan sebegitu?

ialah

mengapa.

Mengapa

aku

Namun saat ini bukan persoalan itu yang ingin aku dengar daripada mak ngah. Yang ingin aku ketahui adalah di mana Sarah. Kerana saat dan ketika ini aku ingin sekali menemuinya. Saat ini ingin sekali aku melepaskan rindu yang sarat bersarang di hati. Sudah terlalu lama aku membiarkan perpisahan ini menjerut perasaanku. Ingin sekali aku menyambung kembali tali yang telah putus itu. Diputuskan oleh tangan-tangan manusia yang kejam. “Unie nak minta alamat dan nombor telefon dia boleh tak? Unie rindu sangat pada Sarah.” Aku tidak lagi mampu membendung kesedihan yang menyesakkan dadaku. Tumpah air mataku akhirnya di hadapan mak ngah. Mak ngah juga tidak mampu menahan tangisannya. Dia mendekatiku sambil memeluk tubuhku. Untuk pertama kalinya aku meluahkan semua kesedihan yang aku rasakan kepada seseorang selain daripada Suzana dan Zaimah, teman rapatku semasa di Australia. Tiada seorang pun yang tahu tentang masalahku kecuali mereka berdua dan juga Puan Anderson, kaunselorku semasa aku menyambung pengajian di Curtin University yang terletak di kampus Bentley, Perth. Selama dua tahun menanggung derita di Perth, semua kesedihan ini aku pendam sendirian. Tidak ramai di kalangan teman sekuliahku yang tahu derita di hatiku ini. Mereka mungkin boleh menduga bahawa aku punya masalah besar dalam rumah tangga sehingga aku diceraikan oleh Abang Izwan. Sehinggakan aku terpaksa menangguh pengajianku selama lebih enam bulan setelah aku diceraikan. Di sana, masalah itu tidak pernah aku kongsi bersama sesiapa pun kecuali dengan Puan Anderson dan Zaimah. Merekalah yang banyak memberi dorongan kepadaku untuk menghadapi

81

Semalam Yang Kutinggalkan

keadaan itu. Membuatkan aku kembali tabah mengharungi kehidupanku di sana. Tabah untuk menamatkan pengajianku dan seterusnya kembali ke Malaysia untuk menyelesaikan masalah yang sekian lama tertangguh ini. “Sejak Izwan ceraikan Unie, dia tukar tempat kerja. Sekarang dia tak kerja kat Bangi lagi. Mereka dah pindah ke Shah Alam, sejak Kak Reen dengan Abang Izwan kau tu pindah kerja kat sana,” jelas mak ngah. Aku mengangguk dalam tangisanku. Ah... sungguh Abang Izwan nekad meninggalkan tempat kerjanya yang sudah sekian lama menjadi tempat dia mencari rezeki. Aku masih ingat lagi satu ketika dulu dia pernah mengatakan bahawa dia akan setia di tempat kerjanya dahulu. Dia senang bekerja di situ. Tiada banyak masalah yang membebankan di situ, katanya dulu. Tapi kini, hanya kerana masalah yang timbul antara kami, dia sanggup meninggalkan tempat kerja lamanya dan bekerja di tempat lain. Begitu nekad dia ingin membuang kenangan aku dalam hidupnya. Tapi mengapa? Mengapa? Hampir satu jam aku dan mak ngah berbual. Panjang ceritanya. Terlalu banyak yang ingin dikongsi bersama. Namun, dia masih terus menghindarkan dirinya daripada membicarakan tentang punca perceraianku. Mungkin dia juga tidak tahu punca sebenarnya perpisahan itu. Dan aku juga sepertinya, cuba untuk tidak menyebut tentang kisah duka itu. Bukan dia tempatnya untuk aku mempersoalkan mengapa Abang Izwan menghantarkan surat berisi coretan lafaz talak untukku. Bukan dia yang sepatutnya menjelaskan duduk perkara sebenarnya. Jadi, tidak ingin aku membebankan kepalaku dan juga mak ngah tentang perkara itu. Ada sesuatu yang lebih indah untuk kami bicarakan saat ini. Ya, Sarah. Segalanya tentang Sarah yang menjadi

82

Laila Hanni

butir bicara kami. Selepas berlakunya peristiwa hitam itu, hampir saban minggu Kak Reen memasukkan gambarnya bersama Sarah ke Facebook. Aku sendiri tidak mengerti mengapa dia melakukan itu sedangkan tidak sekali pun dia menjawab teguranku. Mungkin dia hanya mahu aku melihat keadaan Sarah. Tidak lebih daripada itu. Malah aku juga keliru mengapa selama ini tidak pernah sedikit pun dia menyentuh tentang Abang Izwan di situ. Mungkin untuk memastikan agar aku tidak akan tahu apa-apa tentang bekas suamiku itu. Semua gambar anak gadisku itu dikeluarkan oleh mak ngah untuk aku tatap. Walaupun sebahagian besarnya ada dalam simpananku, aku tetap juga menatap gambargambar tersebut. Semua gambar yang dimasukkan ke dalam Facebook oleh Kak Reen telah aku simpan dalam komputer ribaku. Tak kurang banyaknya juga yang aku telah cetak dan simpan di dalam album untuk aku tatapi saat-saat rindu datang melanda. Dan sepanjang waktu itu, pastinya ada air mata yang terus menemaniku, berlinangan jatuh di pipi. Namun, semua ini tidak cukup bagiku. Setakat memandang wajah bundarnya yang saling tak tumpah dengan wajahku masih belum cukup bagiku. Aku ingin memeluk tubuhnya, menghidu bau manisnya tubuh anak gadisku itu, menyentuh kulit lembutnya dan mendengar suara ciliknya. Suara itu pasti lembut dan manja mengalunkan pertanyaan demi pertanyaan seperti yang sering dilakukan oleh anak kecil seusia dengannya. Aku ingin dia mendakap tubuhku, mencium pipiku, bermesra denganku dan akhirnya terlena di ribaanku. Dan saat ini terasa sanggup aku lakukan apa sahaja supaya semua itu dapat aku kecapi. Sungguh rinduku padanya tidak mampu untuk aku bendung lagi. “Mak ngah, tak boleh ke kalau Unie nak jumpa dia?” Akhirnya aku bertanya sekali lagi tentang itu. Menyatakan

83

Semalam Yang Kutinggalkan

hasrat hati melalui soalan itu. Mak ngah menatap wajahku dengan penuh sayu. Mungkin dia mengerti perasaan yang berkocak di jiwaku. Dia juga seorang ibu. Pastinya dia mengerti perasaanku sebagai seorang ibu. Bagaimana rindunya hati seorang ibu terhadap anaknya. “Kalau mak ngah bagi alamat dan nombor telefon rumahnya, Unie jangan telefon waktu malam ya?” katanya perlahan, membawa rasa hairan di hatiku. “Kenapa mak ngah?” “Nanti kalau Izwan tahu dia mesti marah. Dulu... dia selalu pesan supaya jangan beritahu Unie kalau Unie telefon. Dia... dia... tak nak Unie dekat dengan Sarah.” Berderau darahku mendengarkan kata-kata mak ngah itu. Begitu bencinya Abang Izwan terhadapku. Hinggakan dia tidak mahu aku mendekati anak kami. Bukti cinta kami yang pernah satu ketika dulu begitu bersemarak menghiasai dunia kecil kami. Ketika hanya dia sahaja yang bertakhta di ruang hatiku. Yang memberikan nafas pada cintaku saat aku merasa begitu terasing. Ketika hidupku terasa dipinggirkan kerana menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya. Dan kini dia ingin memisahkan kami. Mengapa? Apa dosaku padanya? Mengapa sekejam ini tindakannya terhadap diriku? Ketika diceraikan melalui sepucuk surat dua tahun lalu, aku masih lagi boleh menahan sabar walaupun kecewaku saat itu bagaikan separuh mati kurasakan. Tapi kini, mendengar kenyataan mak ngah sebentar tadi, nafasku bagaikan tersekat di kerongkong, tubuhku terasa bagaikan dicencang lumat. Bagaikan gelap dunia aku rasakan saat ini. “Kenapa mak ngah? Apa salah Unie padanya mak ngah? Sampai macam tu sekali bencinya dia pada Unie? Apa

84

Laila Hanni

yang Unie dah buat?” Pecah lagi tangisku di hadapan mak ngah. Kali ini aku tidak mampu untuk berselindung lagi. Pertanyaanku kini terus menjurus kepada persoalan yang cuba kami hindari tadi. “Selama kat sana... Unie tak pernah sekali pun sakitkan hatinya. Masa nak pergi dulu pun Unie dah minta izin daripada dia. Memang Unie tahu dia tak suka Unie pergi,” kataku dalam tangisku. Mak ngah diam tidak bersuara. Dia turut sama mengetap bibirnya. Turut sama menahan tangisnya. Menyebabkan makin hiba perasaanku. Melihatkan dia diam, aku menyambung bicara. “Unie langsung tak sangka yang dia akan marah Unie sampai macam tu sekali. Masa mula-mula pergi... dia okey... bila Unie telefon dia jawab elok aje. Siap beritahu Unie yang dia rindukan Unie. Tapi... tiba-tiba aje dia diam, tak nak cakap dengan Unie, tak nak jawab panggilan Unie. Tanpa sebab dia ceraikan Unie. Bila tanya Kak Reen, lain pula katanya. Dia kata sebenarnya Abang Izwan bukannya suka pada Unie. Mereka cuma nakkan Sarah aje. Sebab tu dia ceraikan Unie.” Aku meratap lagi. Mak ngah memelukku erat. Dia turut sama menangis bersamaku. “Mak ngah tak tau Unie, dah puas mak ngah tanya Kak Reen. Dia cakap dia pun tak tahu apa-apa. Yang tahu cuma Izwan. Tak pernah sekali pun dia ceritakan apa yang berlaku masa dia ke sana dulu,” ucap mak ngah. Jemarinya mengusap air mata di pipi ini. Kemudian dia mengusap pula air mata di pipinya yang deras mengalir. Timbul rasa hairan di hatiku saat mendengarkan kata-kata mak ngah. Abang Izwan pernah ke sana? Bila? Mengapa aku tidak tahu tentang itu?

85

Semalam Yang Kutinggalkan

“Apa maksud mak ngah? Abang Wan pernah ke sana? Bila? Unie tak tahu pun?” Aku lontarkan pertanyaan yang mula mengasak di mindaku. “Masa tu, lepas lebih kurang enam bulan Unie pergi, dia ke sana. Dia memang tak bagi kami beritahu Unie. Katanya nak bagi kejutan pada Unie. Sebulan dia ambil cuti untuk bersama Unie. Dia kata masa tu Unie pun cuti semester. Mulanya dia nak bawa Sarah sekali. Tapi kebetulan masa tu Sarah kena demam campak. Jadi dia terpaksa pergi sendiri,” ceritanya dengan panjang lebar. “Unie tak jumpa pun dia mak ngah. Bila dia pergi? Kenapa tak jumpa pun dengan Unie?” Tanyaku penuh hairan. “Ha... dia pergi. Tapi, tak sampai seminggu dia balik semula. Sikapnya berubah terus. Dia jadi pendiam. Lama juga dia macam tu. Sarah pun dia tak hiraukan masa tu. Dan... akhirnya dia beritahu kami dia dah ceraikan Unie. Adalah, dekat tiga bulan lepas dia ke sana. Dia siap lafazkan depan mak ngah. Siap minta pak long kau jadi saksi dia. Kami sendiri pun tak tau apa yang berlaku semasa dia kat sana. Cuma dia asyik cakap, Unie dah curang padanya.” Hampir pengsan aku mendengarkan kata-kata mak ngah itu. Terasa lemah dan longlai tubuhku mendengarkan kata-kata mak ngah. Selama ini aku tidak pernah tahu yang dia pernah ke sana. Langsung tidak pernah diberitahu tentang kehadirannya. Apa yang berlaku sebenarnya sehinggakan dia bertindak begini? Curang? Apa maksudnya aku curang padanya? Tidak pernah sekali pun dalam hidup ini aku melakukan itu. Malah, kehidupan yang maha mencabar saat jauh daripadanya membuatkan aku lebih tabah melawan pelbagai godaan yang datang melanda.

86

Laila Hanni

Memang aku akui bukan tiada yang cuba menggodaku semasa di sana. Seawal bulan pertama aku di sana, hatiku sudah mula disapa oleh lelaki-lelaki penggoda yang ingin mengambil kesempatan ke atas jarak yang memisahkan kami. Masih aku ingati lagi sikap Rosyam, teman sekuliah yang pernah memujuk rayu supaya kami menjalani hubungan sulit di sana. Pernah dia berkata padaku bahawa aktiviti kami di sana pastinya tidak akan dapat dihidu oleh Abang Izwan dan juga isterinya. Aku nekad ketika itu menjauhi dirinya. Cukup rimas aku dengan sikap gatal lelaki itu. Lantas aku meminta beberapa orang sahabat supaya menasihatinya. Namun, dia masih menggangguku. Akhirnya bila aku sudah tidak tahan lagi dengan sikapnya itu, aku dengan segera membuat laporan kepada pihak berkuasa kampus. Dia kemudiannya dipanggil untuk diberikan nasihat. Sehinggalah peristiwa dia memalukan dirinya sendiri, dengan memasuki bilik tidurku di rumah sewaku. Nasib baiklah ketika itu aku tiada di bilik. Perbuatannya itu rupa-rupanya ada yang memerhatikan dan menyampaikannya kepadaku. Lantas aku membuat laporan lagi. Akhirnya dia dipanggil dan diberi amaran akan digantung pengajian atas alasan disyaki cuba mengganggu ketenteraman individu. Selepas itu dia tidak lagi menggangguku. Peristiwa yang berlaku seawal lima bulan pertama aku di sana, tidak pernah aku ceritakan kepada Abang Izwan. Aku tidak ingin dia risau dengan keadaanku di sana. Dia pasti marah dan cemburu lantas bertindak memaksa supaya aku pulang dengan segera. Pastinya dia akan melakukan sesuatu supaya aku terpaksa pulang dan meneruskan pengajianku di Malaysia. Sedangkan aku tidak mahu itu berlaku. Aku hanya ingin meneruskan dan menamatkan pengajianku dan kembali

87

Semalam Yang Kutinggalkan

ke Malaysia secepat mungkin. Sehingga kini aku masih menganggap peristiwa itu cumalah satu rentetan sejarah yang langsung tidak memberi apa-apa makna dalam hidupku.

88

Laila Hanni

Bab 10
Kisah semalamku... mimpi indahkah itu? EMANG sesungguhnya hidup bermadu bukanlah satu kehidupan yang semanis madu itu sendiri. Aku sendiri masih tercari-cari bagaimana mulanya nama itu boleh dipilih untuk menggambarkan kehidupan berpoligami. Mungkin itulah yang menyebabkan Allah telah menyediakan Payung Siti Fatimah untuk para isteri yang reda dengan kehidupan berpoligami. Derita hati Tuhan sahaja yang tahu. Bisikan syaitan yang sering menggoda, supaya timbul rasa cemburu dan iri hati bukanlah mudah untuk disingkirkan daripada mengganggu ketenteraman di jiwa. Sering ia merenggut-renggut perasaan ketika leka itu datang bertakhta di hati. “Kau ni kenapa Unie, awal-awal lagi dah sampai kat rumah aku ni?” tanya Suzana apabila aku melangkah masuk ke dalam rumahnya pagi Ahad itu. “Tak boleh ke aku datang? Atau kau ada rancangan

M

89

Semalam Yang Kutinggalkan

lain hari ni?” kataku pantas. “Maaflah... sebab tak telefon dulu. Selepas mandi tadi aku terus bersiap dan datang ke mari.” Saat itu hatiku merasa sungguh sebak dek kerinduan yang membuak-buak terhadap Abang Izwan. Sudah dua hari dia di rumah Kak Reen. Hari ini hari Ahad. Kebetulan minggu ini adalah giliran Abang Izwan menghabiskan hari minggunya di rumah Kak Reen. Termasuk hari ini sudah tiga hari dia di sana. Awal pagi lagi dia sudah menelefonku bertanyakan khabar. Menitipkan rindu di skrin telefon bimbitku dalam keadaan bersembunyi. Katanya saat itu dia menelefonku dari dalam bilik mandi. Tidak mahu Kak Reen berkecil hati jika dia tahu kami berhubungan tatkala Abang Izwan sepatutnya berada di sisinya. Dia terpaksa akur dengan janjinya untuk adil dalam menetapkan giliran kami. Walaupun saat ini dia juga merinduiku separuh mati katanya. Sebelum dia menghubungiku pagi tadi, aku sudah akur dengan keadaan ini. Aku telah dapat menerima segalanya dengan penuh reda. Tapi, apabila sahaja aku mendengar bicaranya, aku terus jadi sebak. Lantas aku mengambil keputusan untuk ke rumah Suzana. Menghabiskan hari mingguku bersamanya. “Eh, tengah hari ni aku ingat nak pergi Mid Valley kejap. Dah lama tak ronda-ronda kat sana. Bolehlah singgah MPH. Intai novel baru. Yang ada dalam koleksi semua dah dibaca,” kata Suzana. “Okey... bolehlah aku ikut nanti,” jawabku sambil tersenyum puas. “Eh... engkau tu dah jadi isteri orang. Tak marah ke Abang Izwan kau tu nanti kalau keluar merambu dengan

90

Laila Hanni

anak dara macam aku ni? Hari ni giliran dia kat sana ya? Itu yang kau cari aku tu. Kalau tak, nak tanya khabar aku pun kau malas, kan?” Aku cuma mampu tersengih untuk menutup rasa bersalahku. Memang itu yang berlaku. Sepanjang tempoh dua minggu selepas bernikah, aku sekali pun tidak pernah menelefon Suzana bertanyakan khabar. Terlalu indah detikdetik bersama Abang Izwan aku rasakan. Hinggakan aku lupa segalanya. Hanya dia yang memenuhi segenap ruang hidupku saat dia berada di sisi. “Jom breakfast, aku beli nasi lemak ni tadi kat gerai dekat rumah aku tu. Sedap tau. Ada sambal tumis kerang... ada rendang lagi. Yummy!” kataku untuk cuba melarikan diri daripada topik yang Suzana persoalkan. “Itu nak lari daripada topik la tu,” perli Suzana sambil matanya menjeling padaku. Bibirnya menguntum senyum. Biarpun betapa sinisnya aku rasakan senyuman itu, aku tetap membalasnya. Dia satu-satunya temanku yang sanggup menerima keputusanku walau bagaimana bodoh sekalipun keputusan yang aku buat. Sesungguhnya dia memang tidak suka pernikahanku dengan Abang Izwan. Dia menentangnya habishabisan sebelum kami bernikah. Tetapi setelah keputusan itu aku ambil, dia akur. Malah dia sanggup mendoakan kebahagiaan untukku. Dan saat ini hanya dia yang ada untukku. Satu-satunya teman yang mampu menceriakan perasaanku. Kami duduk menghadap sarapan pagi yang aku bawa. Dua cawan Milo kaw yang masih berasap Suzana sediakan. Tanpa sepatah kata aku menikmati nasi lemak yang memang ternyata sedap itu. Nasi lemak Kak Timah ini

91

Semalam Yang Kutinggalkan

diperkenalkan oleh jiranku kepada Abang Izwan semasa kami mula-mula berpindah ke rumah sewa selepas berkahwin tempoh hari. Dan disebabkan tidak mahu kehabisan nasi inilah, maka pagi-pagi lagi aku sudah keluar rumah. Selepas membeli, aku terus memandu ke rumah Suzana. “So, macam mana hidup berumah tangga?” soal Suzana tiba-tiba. Soalan Suzana membuatkan aku tersedak. Cepatcepat aku mencapai air Milo panasku dan meneguk laju air tersebut. Lebih pantas pula aku meletakkan kembali mug itu ke atas meja. Kepanasan itu ternyata membuatkan aku terkejut. Pijar terasa bibirku. Sambil mengipas bibirku, mataku menjeling padanya sambil aku mencebikkan bibirku padanya. “Itulah... minum tak baca bismillah....” Aku senyum kembali padanya sambil berdeham beberapa kali. “Nak ubah topik lagi?” “Mana ada aku ubah topik.” “Habis tu... soalan aku kau tak jawab.” Aku diam. Mengapa saat itu dia mesti bertanyakan soalan yang meresahkan jiwaku? Tak bolehkah kalau dia tanya tentang perkara lain? Perkara yang lebih menggembirakan mungkin? “Seronok,” kataku sepatah. Suzana merenung tepat ke wajahku. Menantikan kata-kataku yang selanjutnya. “Habis tu hari ni? Seronoklah ya... bila suami kena pergi rumah isteri pertama?” katanya menyindir. Tersentuh hatiku mendengarkan kata-katanya itu. “Entahlah Su, aku nak cakap apa pun tak tau. Seronok

92

Laila Hanni

memang la seronok, bila dia ada dekat aku. Tapi bila tiba giliran Kak Reen, sedih pula rasanya.” “Ala... engkau yang tempah, kan? Kau terima ajelah.” Aku memandang ke wajah Suzana yang terus menyuap nasi lemak ke dalam mulutnya tanpa memandang ke arahku. Memang tersentuh hati ini dengan kata-katanya. Namun, aku tidak mampu untuk membencinya hanya kerana bisa kata-katanya itu. Dia satu-satunya teman yang aku ada. Yang sejak di tahun pertama pengajianku dulu menjadi tempat aku mengadu dukaku. Hubungan kami sudah terlalu erat untuk aku putuskan hanya kerana kehadiran Abang Izwan dalam hidupku. “Itulah Su, masa mula-mula Abang Izwan nak buat giliran malamnya, hati aku dah rasa kecut sangat. Masa mulamula kereta dia bergerak keluar dari pintu pagar rumah pagi itu hati aku dah mula rasa hiba.” Aku memulakan cerita. Meluahkan apa yang aku rasa. Masih aku ingat lagi malam itu, saat pertama kali Abang Izwan memulakan giliran membahagi malamnya. Malam itu aku menangis terus-terusan. Entah pukul berapa aku terlena pun aku tidak pasti. Yang pastinya malam itu dia mesti pulang ke rumah Kak Reen, selepas tujuh hari kami bersama menghabiskan masa-masa yang begitu indah sekali. Aku tahu di mana hakku sebagai isteri kedua, tetapi masih lagi hati ini tersentuh dengan hakikat itu. Abang Izwan telah menetapkan pembahagian malamnya selama dua hari di rumah kami. Dua malam di rumah Kak Reen dan kemudian dua malam pula di rumahku. Manakala hari minggu pula dia akan bergilir pulang antara rumah kami. Jika minggu ini dia habiskan masanya

93

Semalam Yang Kutinggalkan

bersamaku, minggu depan pula dia akan menghabiskan sehari di hari minggunya di rumah Kak Reen. “Lepas pukul dua belas malam aku masih lagi tak dapat lena. Aku terus buat solat hajat, solat taubat dan macam-macam solat lagi. Aku buang jauh semua perasaan jahat yang ganggu tidur aku malam tu. Kak Reen tu terlalu baik dengan aku. Aku tidak sepatutnya simpan rasa cemburu dan iri hati pada Kak Reen. Kalau bukan kerana dia, aku dan Abang Izwan tak akan berkahwin,” kataku perlahan. Ya, kalau tidak kerana keizinan Kak Reen, tak mungkin aku akan menemui kembali cintaku yang telah lama terkubur pada Abang Izwan. Kata-kata itu tidak mampu aku ucapkan di hadapan Suzana. Selama ini aku hanya memberi alasan permintaan Kak Reen yang menyebabkan aku bersetuju menerima Abang Izwan. Tidak pernah aku nyatakan perasaan sebenarku padanya. Pasti Suzana akan marah padaku kerana masih lagi menyimpan perasaan sebegitu kepada Abang Izwan. Setelah sekian lama menyangka perasaan itu telah terkubur. “Kau tahu tak? Ke mana sahaja aku pergi, macam ade aje yang mengutuk, mengata aku perampas suami orang. Tiap kali aku tengok ada yang berkumpul di satu-satu tempat, aku jadi curiga. Mula menyangka yang bukan-bukan. Bila sahaja aku pergi dekat mereka, cepat-cepat mereka tukar topik lain untuk berbual. Mesti mereka sebenarnya cakap pasal aku. Jiran-jiran aku pulak sikit pun tidak membantu legakan rasa sedih kat hati aku ni. Sebelum Abang Izwan mulakan giliran malamnya, dia beritahu jiran sebelah yang aku ni isteri keduanya. Kata dia... dia buat tu supaya ada yang boleh menjenguk kalau aku dalam kesusahan. Masalahnya sekarang ni satu taman tu dah tahu tentang aku. Yang perempuan kat taman tu dah pandang aku semacam aje. Tapi

94

Laila Hanni

apa boleh aku buat, kan? Macam yang kau katakan tadi, semua ni aku sendiri yang tempah, kan?” Keluhku panjang. Seleraku yang tadinya meluap-luap menginginkan nasi lemak itu jadi terbantut. Diragut dek perasaan sedih yang mula bertakhta di hati. Suzana juga terhenti daripada terus menyuap nasi lemaknya. Dia berpaling kepadaku seketika. Mungkin bila melihat ada riak sedih di mataku dia mengusap lembut pipiku dengan tangan kirinya. Cuba melegakan perasaan gundahku itu. “Dahlah... jangan sedih macam ni. Nanti tengah hari kita pergi Mid Valley, window shopping. Mesti kau gembira. Okey?”

“UNIE, tengok ni... cantik, kan gelang ni?” Suzana menbelek-belek gelang kristal yang baru dibelinya. Pastinya sedang mengagumi keindahan kemilau batu kristal swarovski yang bergemerlapan di pergelangan tangannya. Aku yang ketika itu sedang mengintai-intai meja kosong di dalam Restoran Kenny Roger Roasters itu membuat endah tak endah dengan gelagatnya. Restoran yang penuh sesak itu menjadi pilihan kami untuk makan tengah hari. Entah mengapa, tiba-tiba sahaja aku terasa ingin menjamah hidangan di situ. Kecur liurku bila teringatkan ayam panggangnya yang dimakan bersama tiga pasta pilihan dan muffin pisangnya. Hmmm... tentu sedap sekali rasanya. Pelayan restoran yang tersenyum kepadaku memberi isyarat supaya kami mengikutnya. Nampaknya

95

Semalam Yang Kutinggalkan

sudah ada satu meja yang telah dikosongkan. Kalau melihatkan pelanggan yang panjang beratur di luar restoran, tentunya sampai petang restoran ini akan dipenuhi pelanggan. Tidak kurang dari tiga puluh orang yang beratur di situ, aku menghitung satu per satu. Satu senario biasa di sini setiap tibanya hari minggu. Setelah mengambil tempat duduk, pandanganku kembali kepada Suzana. Tak sudah-sudah dia membelek gelang di tangannya. Suzana memang bergaya orangnya. Koleksi aksesori kristalnya sudah begitu banyak hingga tidak terhitung. Namun masih lagi setiap kali keluar membelibelah dia akan membeli sesuatu untuk dirinya. Dari segi pemakaiannya pula, dia sentiasa mengikut trend semasa. Lain pula dengan diriku. Aku lebih suka bersederhana. Bukan tidak suka bergaya, tetapi tidak tergamak pula rasanya bergaya sakan dengan aksesori yang berlebihan dan pakaian yang dihiasi manik-manik bertaburan. Bagaikan hendak pergi kenduri pula rasanya dengan pakaian sebegitu. Padaku cukuplah sekadar pakaianku itu menutup auratku. Cukup sekiranya pakaianku itu cukup longgar dan tidak menyerlahkan lekuk-lekuk di tubuhku ini. Cukup juga bagiku sekiranya tudungku cukup labuh untuk menyembunyikan dadaku daripada ditatap oleh lelaki lain selain daripada Abang Izwan. “Eh Unie, mana beg plastik novel yang aku beli tadi?” Tiba-tiba lamunanku dikejutkan oleh suara kalut Suzana. Kelihatan dia sedang membelek-belek beg plastik yang diletakkan di tepi meja. “Tak adalah Unie...” ujar Suzana lagi gelisah. “Kau letak kat mana? Cuba cari lagi.”

96

Laila Hanni

“Tak ada la. Alamak, apa aku nak buat ni? Lima buah novel aku beli tadi. Kalau hilang habislah aku....” Suzana mengeluh hampa. “Kau tertinggal kat mana-mana kut, cuba ingat kita lalu kat mana tadi.” “Haahlah... agaknya tertinggal kat kedai kristal tu tadi kut. Aku pergi tengok kejap ya? Kau tunggu aku kat sini. Okey?” “Pergilah, jangan lama-lama sangat tau.” Suzana lantas bangun meninggalkanku. Tidak lama selepas dia pergi, tiba-tiba perutku terasa memulas. Pedih sekali rasanya. Memang sejak menjamah nasi lemak Kak Timah yang pedas membara pagi tadi, perutku mula meragam. Selalunya tidak begitu. Selalunya sambal yang lebih pedas daripada itu pun aku mampu menghabiskannya tanpa sebarang masalah. Tapi kali ini, ia membuatkan perutku meragam walaupun aku memakan hanya beberapa suap sahaja pagi tadi. Kalut rasanya hatiku. Macam mana ni? Kalau ditinggalkan meja itu sekarang pastinya akan ada yang mendudukinya. Nak menunggu Suzana kembali, terasa seperti tidak sempat pula. Bimbang pula kalau-kalau aku ter... di sini. Pasti malu nanti. Aku perlahan-lahan bangun. Beg plastik yang berisi barangan yang kami beli sebentar tadi aku kutip satu per satu. Lantas aku memanggil salah seorang pelayan yang berdekatan. “Dik... akak ada emergencylah... kena pergi toilet. Meja ni... jangan berikan pada orang lain ya? Nanti sekejap lagi kawan akak datang,” kataku meminta pengertian daripadanya. “Okey kak, barang tu letak kat kaunter tu. Nanti hilang, susah pulak...” jawab adik pelayan itu. Lega terasa hatiku dengan pengertiannya. Aku

97

Semalam Yang Kutinggalkan

cepat-cepat meninggalkan restoran itu untuk ke tandas. Sambil itu aku menelefon Suzana untuk memberitahunya situasiku saat itu. Tidak mahu dia bimbang pula nanti bila melihatkan aku tiada di restoran itu. Hampir sepuluh minit aku di tandas. Selepas selesai qada hajatku, cepat-cepat aku bergegas kembali ke restoran. Pasti Suzana sudah kembali ke situ. Mungkin pesanan kami sudah sampai dan dia sudah pun kenyang menjamu seleranya. Aku menjilat bibirku mengenangkan Kenny Roger Roaster yang menjadi idamanku. Hmmm... yummy. Hai mulut, entah kenapa dua tiga hari ini seleraku bertambah. Macam selera gajah pulak. Dan bila aku menghajatkan sesuatu, bagaikan tidak sabar-sabar rasanya untuk aku menikmatinya. Kalau berterusan begini, pasti naik pula berat badanku nanti. Namun setibanya aku di meja kami, lain pula yang jadinya. Kelihatan di situ, seorang pemuda sedang santai menjamu selera. Bersamanya seorang gadis sunti yang kukira mungkin adiknya. Hatiku tiba-tiba jadi meluap-luap marah. Mengapa pula meja kami diduduki oleh orang lain? Dan, mereka kelihatan telah menerima pesanan yang kemungkinan besarnya makanan yang aku dan Suzana pesan tadi. Aku mendekati mereka dengan perasaan marah. “Encik ni... kenapa duduk kat meja saya?” marahku tanpa berfikir panjang. Dia yang baru sahaja mula menyuapkan makanannya terus terdiam. Perlahan-lahan dia mendongak memandang ke wajahku yang pastinya sedang mencuka saat itu. Ops, kacaknya... detik hatiku. “Mana ada nama atas meja ni yang kata meja ni hak awak. Dah kosong, kami duduklah.” “Tadi kami duduk kat sini... saya keluar kejap aje

98

Laila Hanni

dah ada orang lain duduk. Itu ha... yang awak makan tu, mesti makanan yang kami pesan.” Lelaki itu meletakkan makanannya lantas bangun dengan perlahan. Ternyata dia jauh lebih tinggi daripada aku. Mataku hanya separas dadanya. Aku terpaksa mendongak untuk memandang ke wajahnya. Keadaan yang mampu menggugat kemarahan yang aku rasakan. Timbul pula sedikit rasa takut di hati. Hanya dengan ketinggiannya sahaja aku sudah merasa kecut perut sebegini. “Cakap baik-baik sikit ya... siapa suruh awak tinggalkan meja ni? Dan makanan ini kami yang pesan. Awak ingat awak aje yang mampu makan kat sini? Kami ni lebih daripada mampu, tau tak?” katanya dengan nada suara yang menggetarkan sukmaku. Tergambar api kemarahan di matanya. Masya-Allah, apa yang telah aku lakukan ini? Aku bukannya pandai bergaduh. Tapi melihatkan lelaki itu tadi, hatiku cukup panas sehinggakan aku bertindak di luar kawalanku. Aku jadi terkedu melihatkan kemarahannya. Aku memandang ke kiri dan kanan. Semua pelanggan restoran yang duduk di meja berdekatan sedang memandang pada kami. Ah... malunya. Bagaimana aku boleh mencetuskan situasi memalukan sebegini? Tanpa disedari, aku menzahirkan sikap bodohku ini. Mata lelaki itu terus memandang padaku. Kemarahannya masih jelas kelihatan bila mataku menjeling sekilas ke wajahnya. Dalam kekalutan yang aku rasakan, kelibat Suzana muncul dari pintu masuk restoran. Di tangannya terbimbit sebuah beg plastik dengan logo MPH. Terus hatiku kembali lega melihatkannya. Suzana selalunya mahir dalam situasi sebegini. Dia memang pandai bergaduh. Tidak seperti aku yang sering beralah dengan keadaan. Dia mendekati kami.

99

Semalam Yang Kutinggalkan

Bersamanya pelayan restoran yang aku minta untuk memerhatikan meja ini supaya tidak diduduki oleh orang lain. “Kenapa ni Unie?” tanya Suzana. “Ini... encik ni Su, dia duduk kat meja kita masa aku keluar sekejap tadi,” aduku kepada Suzana. Kelihatan Suzana juga sudah mulai marah. “Kak... maaf, tadi saya tak sempat beritahu kawan saya yang meja ni dah ada pelanggannya. Dia bagi meja ni pada encik ni. Kami dah sediakan meja lain untuk akak. Itu di sana, mari,” kata pelayan restoran yang berada di belakang Suzana sebelum sempat Suzana berkata apa-apa. Tiba-tiba hatiku menjadi semakin kecut bila mendengarkan kata-kata pelayan itu. Alamak, memanglah situasi ini sungguh memalukan. Sepatutnya aku bertenang dan menghubungi pelayan itu dahulu sebelum datang dan marah-marah lelaki ini. Kelihatan gadis sunti yang duduk berhadapan dengannya juga sudah mula panik dengan keadaan itu. Matanya laju sahaja memandang kepada lelaki itu, kemudian kepadaku sebelum kembali semula ke wajah lelaki itu. “Maaf encik, tadi memang akak ni duduk kat sini. Tapi... dia ada emergency. Jadi tinggalkan meja ni sekejap. Encik... teruskanlah makan ya. Jangan marah ya... kesilapan kami sebenarnya,” kata pelayan itu pula kepada lelaki itu. Dia mengetap bibirnya. Mendengus marah. Rahangnya bergerak-gerak, menahan kemarahannya. Aku terus memalingkan wajahku ke arah lain. Tidak mampu untuk berhadapan dengannya. Malu dengan diriku sendiri. Bila pelayan restoran itu meninggalkan meja itu, aku menuruti langkahnya tanpa sepatah kata. Malu untuk

100

Laila Hanni

berpaling dan meminta maaf kepadanya. Kesal sungguh rasa di hati kerana membiarkan emosi mempengaruhi akalku sebentar tadi. Hei... Unie... Unie.... “Maaf encik... kawan saya tu tak tahu. Maaf ya!” Kedengaran Suzana memohon maaf sebelum dia juga mengikut langkah kami. Setelah mengambil tempat di meja yang jaraknya selang tiga meja dari meja yang diduduki oleh lelaki itu, aku menjeling sekilas kepadanya. Dia sudah mengambil tempatnya semula. Matanya masih lagi tertancap ke wajahku. Masam sekali mukanya. Mungkin masih menahan marah. Kulit sawo matangnya kelihatan semakin gelap. Mungkin darahnya naik ke kepala dek rasa marahnya kepadaku. Sebentar kemudian, pelayan tadi menghulurkan makanan yang kami pesan tadi. Namun, semangatku yang tadi berkobar-kobar untuk menghabiskan makanan jadi terbantut. Seleraku hilang. Terasa mual tekakku untuk menghabiskan makanan ini. Tambahan pula dengan insiden yang memalukan tadi. Dan mata itu... yang terus memandang wajahku dengan kemarahan yang masih bersisa.

101

No. ISBN:- 978-967-0448-12-1 Jumlah muka surat:- 600 Harga Runcit:- S/M: RM21, S/S: RM24 Harga Ahli:- S/M: RM17, S/S: RM20 Sinopsis:Munirah dan Muhammad Izwan bertemu dalam usia yang terlalu muda untuk gadis itu memaknakan sebuah hubungan dengan suatu ikatan yang lebih bererti. Mereka terpisah setelah Muhammad Izwan menamatkan peperiksaan STPMnya. Munirah pula telah dibawa pergi oleh emak saudaranya selepas kematian semua ahli keluarganya akibat satu kemalangan. Membesar dalam keluarga angkat yang penuh dengan kasih sayang, Munirah jadi terhutang budi, terutamanya kepada Kak Reen, kakak sepupunya yang berkongsi segala-galanya dalam hidup remaja mereka. Setelah dewasa dan baru sahaja memulakan pengajiannya di peringkat unversiti, Munirah dan Izwan bertemu kembali. Namun kali ini pertemuan mereka masih tidak mampu untuk menjanjikan apa-apa kerana hanya beberapa hari sahaja lagi Izwan akan melangsungkan perkahwinannya dengan Kak Reen. Munirah pasrah kerana

menganggap hubungan antara dia dan Izwan dahulu cumalah satu kenangan indah yang dilaluinya semasa remaja. Namun tidak begitu bagi Izwan. Dia cuba meraih kembali cinta yang hilang. Tetapi Munirah tidak sesekali akan menghancurkan hati dan perasaan mak ngah dan Kak Reen. Selepas menamatkan pengajian, Munirah dikejutkan apabila mengetahui bahawa Izwan meminta izin daripada Kak Reen untuk memperisterikannya. Dalam serba salah Munirah tidak mampu menolak takdir yang telah ditentukan untuknya. Atas dasar rasa simpati kepada Kak Reen yang mengalami masalah untuk mengandung, dia menerima walaupun hatinya tidak merelakan sepenuhnya. Perkahwinan direstui walaupun ada hati yang terluka. Munirah hamil dalam tempoh yang begitu singkat selepas diijabkabulkan. Selepas melahirkan Aisyah Maisarah, mereka bertiga cuba memainkan peranan masing-masing dalam membahagiakan rumah tangga mereka. Namun, apakah bahagia antara Munirah dan Izwan itu kekal hingga ke hujung hari? Tergamakkah Munirah melihat Kak Reen yang rela dimadukan itu diabaikan oleh suaminya sendiri? Apakah tiada badai yang akan melanda hubungan cinta tiga segi antara Munirah, Izwan dan Kak Reen? Apakah tega Munirah memilih di antara anaknya Sarah dengan insan yang luhur mencintainya Umar Rafiki? Samasama kita hayati cerita ‘Semalam Yang Kutinggalkan’ yang penuh gembira dan emosi ini. “Aku ingin menjadi cinta terakhirmu… meskipun aku bukan cinta pertamamu….” Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan

SEMALAM YANG KUTINGGALKAN di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, D’Wangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196