SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH BAHAGIAN A 1.

Jelaskan kaedah-kaedah yang digunakan oleh ahli arkeologi untuk membezakan corak kehidupan masyarakat pada zaman Paleolitik dan Neolitik.

A. Pendahuluan (3 markah)

1. Konsep Prasejarah- Frank Hole dan Robert F. Heizer dalam karya mereka yang bertajuk Prehistoric Archeology: A Brief Introduction mentakrifkan prasejarah sebagai sebahagian dari masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan, iaitu sebelum sejarah. Zaman yang belum wujud rekod-rekod bertulis. Bukti-bukti diperoleh melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil oleh ahli-ahli arkeologi. 2. Maksud Paleolitik dan Neolitik – Paleolitik ialah zaman prasejarah awal ( 500,000 SM hingga 10,000 SM) manakala Neolitik pula ialah zaman prasejarah akhir ( 7,000 SM hingga 3500 SM ). 3. Tokoh ahli arkeologi – Golden Child dan Lernard Waalley.

4. Ahli arkeologi telah mengenal pasti beberapa tapak prasejarah di benua Afrika (kebudayaan Sangoans di Afrika Tengah dan Selatan), kebudayaan Fauresmith di Afrika Timur, Rhodesia, dan Afrika Selatan yang berlangsung sejak dua juta tahun yang lalu, di Eropah Barat bermula sejak setengah juta tahun lalu (Perancis dan Sepanyol Utara), Asia sejak sejuta tahun lalu (Choukoutien, China Utara- Sinanthropus Pekinensis) dan Jawa ( Pithecanthropus Erectus), Fontechevade di sebuah gua di Charente, Perancis, di Lembah Neander(Homo Neanderthalensis) di Jerman, CroMagnon di gua Cro-Magnon, Perancis, di Rusia sejak 100,000 tahun lalu, di Australia sejak 40,000 tahun lalu, dan di Amerika Syarikat sejak 20,000 tahun lalu. Homo sapiens dikatakan muncul pada zaman geologi Pleistocene.

5. Penegasan soalan

1

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH B. Isi-isi penting ( 5 isi x 4 markah = 20 markah )

1. Ahli arkeologi membezakan corak kehidupan masyarakat Paleolitik dan Neolitik melalui kaedah cari gali untuk mendapatkan maklumat kaedah cari gali dan kaedah mengesan usia secara radio carbon dating – C14. Ahli arkeologi mengkaji tapak ekskavasi yang telah ditemui di sesuatu tempat seperti di benua Afrika, Jerman, Jawa, Perancis, Australia ,dan Amerika Syarikat. Fosil-fosil dan artifak yang ditemui seperti batu, kayu, tulang haiwan, tembikar, alat perhiasan, senjata ,dan lain-lain akan diuji di makmal dengan bantuan ilmu sains iaitu kaedah mengesan usia secara radio carbon dating - C14 2. Ahli arkeologi membezakan corak kehidupan masyarakat Paleolitik dan Neolitik melalui kaedah mengkaji petempatan Pada zaman Paleolitik, manusia telah muncul sebagai parasit persekitaran. Masyarakat zaman Paleolitik hidup secara berpindah randah atau nomad dan bergantung hidup kepada sumber-sumber alam sekitar. Mereka tinggal di dalam gua, lubang bawah tanah, dan pondok-pondok yang mereka bina daripada ranting-ranting kayu. Sebagai contoh, petempatan masyarakat Paleolitik terletak di Gua Niah (Sarawak), Kota Tampan (Perak), dan Gua Tingkayu (Sabah). Di Perancis dijumpai di Gua Charente. Pada peringkat awal dikuasai persekitarannya tetapi pada tahap Paleolitik akhir mulai mempelajari bagaimana menyesuaikan dirinya kepada

persekitarannya. Terbukti dengan munculnya alat-alat batu seperti “pebble” dan “flaked tools” yang dibuat untuk memenuhi fungsi-fungsi ekonomi. Sebaliknya, masyarakat Neolitik pula tinggal secara tetap (menetap) di kampungkampung berhampiran dengan lembah-lembah sungai yang subur dan menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan menternak binatang. Masyarakat zaman ini sudah pandai membina rumah daripada tanah liat dan pondok-pondok daripada ranting-ranting kayu. Perkembangan petempatan ini melahirkan perkampungan. Sebagai contoh, Gua Gomantung (Sabah), Jenderam Hilir (Selangor), Asia Barat seperti di Tepe Yahya(Iran), Jarmo(Iraq), Jericho (Palestin), dan Hacilar(Turki), di Timur Laut China (Yungshao), di Amerika Tengah dan Selatan.

2

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH 3. Ahli arkeologi membezakan corak kehidupan masyarakat Paleolitik dan Neolitik melalui kaedah mengkaji peralatan atau penggunaan alat perkakas Manusia pada zaman Paleolitik awal mempunyai kemahiran membuat pelbagai jenis alatan daripada batu, kayu, dan tulang haiwan. Alat-alat batu ini digunakan sebagai senjata atau pun barang-barang perhiasan. Alat-alat batu yang digunakan kasar dari segi pembuatannya. Hanya satu bahagian alat batu tersebut ditajamkan untuk tujuan memotong. Alat-alat batu dipegang dengan tangan dan dikenali sebagai fist hatchet atau kapak tangan yang digunakan untuk pelbagai tujuan dan berfungsi sebagai gergaji, pisau, dan kapak. Alat-alat batu ini digunakan untuk memburu, mengutip hasil hutan, dan senjata serta mungkin untuk perhiasan. Kemunculan manusia Neanderthal menyebabkan perubahan berlaku dalam penggunaan alat batu. Mereka meninggalkan penggunaan kapak tangan dan menggunakan kaedah merepih batu untuk menghasilkan alat-alat batu baru seperti anak panah, pisau, dan scrapper. Pada zaman Paleolitik akhir, alatan selain batu digunakan dan lebih baik dihasilkan seperti tulang, tanduk, dan gading binatang. Antara alatan yang dihasilkan ialah kail ikan, tempuling(serampang/tombak), lembing, anak panah, dan jarum. Sebaliknya peralatan masyarakat Neolitik telah mengalami perubahan yang ketara. Mereka telah mempunyai kemahiran menghasilkan peralatan daripada batu yang lebih halus dan kompleks. Masyarakat zaman ini telah mampu membuat pelbagai alat yang terdiri daripada sabit, cangkul, dan tenggala daripada batu yang mempunyai nilai-nilai teknologi dan estetika yang lebih tinggi daripada zaman sebelumnya. Penciptaan roda misalnya, telah meningkatkan pengeluaran hasil makanan dan memudahkan urusan harian. Teknologi pembuatan tembikar pula telah menandakan satu perubahan baru dalam kehidupan masyarakat dan alatan ini digunakan untuk menyimpan bijirin, makanan, air, dan memasak. Di samping itu, penemuan dan penggunaan layar telah menyebabkan aktiviti perdagangan dapat dimajukan dan berkembang dengan pesat.

4. Ahli arkeologi membezakan corak kehidupan masyarakat Paleolitik dan Neolitik melalui kaedah mengkaji kegiatan ekonomi – Masyarakat pada zaman Paleolitik ialah pengguna kepada sumber-sumber alam sekitar. Mereka hidup secara nomad dan mengembara untuk mencari makanan. Dalam hal ini, mereka menjalankan aktiviti mengutip hasil hutan, memburu binatang, dan menangkap ikan. Mereka memburu

3

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH dalam kumpulan kecil dan hasil buruan akan dikongsi bersama-sama. Secara umumnya, mereka merupakan parasit persekitaran dan menjalankan sistem ekonomi bercorak sara diri. Sebaliknya, dalam aspek kegiatan ekonomi, masyarakat Neolitik pula telah mengalami perubahan yang amat ketara jika dibandingkan dengan masyarakat zaman Paleolitik. Mereka bukan lagi sebagai pengguna kepada alam sekitar tetapi telah berubah kepada pengeluar makanan. Dalam hal ini, mereka telah mula menjalankan aktiviti pertanian seperti bercucuk tanam dan menternak binatang. Kehidupan secara nomad telah berhenti dan mereka telah mula hidup secara menetap di kampung-kampung berhampiran dengan lembah-lembah sungai utama. Tercetusnya revolusi pertanian telah menyebabkan berlakunya lebihan dalam hasil-hasil pertanian dan ini telah menyebabkan munculnya aktiviti perdagangan yang berkonsepkan sistem barter. Perkembangan sistem perdagangan telah menyebabkan berlakunya hubungan dengan masyarakat luar dan ini telah membawa kepada berlakunya pertukaran dan perkembangan idea dan teknologi baru.

5. Kaedah mengkaji organisasi sosial - Masyarakat pada zaman Paleolitik belum lagi mempunyai organisasi sosial. Hal ini disebabkan mereka masih lagi hidup dalam keadaan nomad dan mengembara. Bagi memenuhi keperluan ekonomi atau sumber makanan, mereka berada dalam kelompok kecil yang terdiri daripada gabungan beberapa keluarga asas. Masyarakat Paleolitik seperti Cro-Magnon tinggal dalam kelompok kecil dalam gua. Mereka mempunyai struktur sosial yang lebih teratur berbanding masyarakat sebelumnya. Sebaliknya, pada zaman Neolitik telah mula pembentukan organisasi sosial yang mudah. Kesan daripada Revolusi Pertanian telah menyebabkan masyarakat zaman ini telah mula hidup secara menetap dan bilangan penduduk di sesuatu kawasan semakin ramai. Dalam hal ini, telah wujud ketua keluarga dalam setiap rumah dan di peringkat kampung telah diadakan jawatan ketua kampung yang berperanan menjaga ketenteraman dan keamanan kampung serta menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kegiatan pertanian dan sebagainya. Kewujudan pengkhususan kerja pada zaman ini telah memulakan pembentukan masyarakat kelas atasan dan bawahan.

4

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH 6. Kaedah mengkaji kepercayaan dan agama – Masyarakat berkebudayaan Paleolitik mempunyai dan mengamalkan kepercayaan berunsurkan animisme. Dalam hal ini, mereka beranggapan bahawa semua benda terutamanya alam sekitar mempunyai kuasa dan roh. Oleh itu, mereka cukup takut kepada petir dan kilat dan berpendapat bahawa unsur-unsur alam ini mampu mempengaruhi kehidupan mereka. Lantaran itu, mereka mula menyembah unsur-unsur alam dan cuba berdamai dengan unsur-unsur animisme ini. Sebaliknya, Agama dan kepercayaan masyarakat Neolitik mula berubah dan berkembang maju. Dalam hal ini, masyarakat ini mula belajar untuk menguasai alam sekeliling terutamanya unsur-unsur alam sekitar. Pelbagai amalan atau upacara ritual telah diadakan dan yang pentingnya ialah mereka dapat berdamai dengan alam sekitar bagi mengelakkan bencana alam seperti banjir dan kemarau serta wabak penyakit. Sebagai contohnya, mereka menjalankan upacara penyembahan dewa-dewi bagi menjamin kelangsungan bekalan makanan dan supaya hasil pertanian yang mereka usahakan akan bertambah berlipat kali ganda. Mereka mula mengetahui cara untuk menguruskan mayat saudara mara mereka yang telah meninggal dunia. Mayatmayat dikendalikan dengan teliti dan dikebumikan dengan sempurna. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat zaman Neolitik telah mula maju dalam aspek kepercayaan dan turut memberikan sumbangan dan kesan kepada kepercayaan zaman tamadun-tamadun awal yang bercorak politeisme. 7. Kaedah mengkaji kesenian –kajian masyarakat zaman Paleolitik seterusnya ialah kesenian dan kebudayaan. Masyarakat zaman Paleolitik mengamalkan kesenian bercorak realisme. Dalam hal ini, mereka mula mempunyai kemahiran melakar ukiran, melukis, dan menghasilkan mural. Lukisan atau lakaran yang mereka hasilkan di dinding-dinding gua dan kulit-kulit pokok ialah gambar-gambar yang datangnya daripada binatang-binatang buruan mereka seperti rusa, harimau, dan gajah. Bentukbentuk kesenian yang dihasilkan oleh masyarakat zaman ini berkaitan dengan kehidupan mereka sehari-hari. Ringkasnya, seni Paleolitik berdasarkan realisme yang mereka lihat dan alami sendiri. Sebaliknya, kesenian pada zaman Neolitik lebih bercorak simbolisme dan mempunyai unsur-unsur abstrak. Hal ini dapat dilihat dan ditunjukkan di permukaan tembikar-tembikar yang dihias dengan pola-pola geometrik dan simbolik dan ini menunjukkan bahawa satu perkembangan baharu yang

5

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH memperlihatkan pemikiran masyarakat ini semakin maju dan mula berfikir berdasarkan pemikiran konseptual. 8. Kaedah mengkaji pengkhususan kerja penduduk – Masyarakat zaman Paleolitik tidak mempunyai pengkhususan kerja mengikut gender. Semua pekerjaan dilakukan sendiri secara bersama-sama dalam kumpulan kecil. Jumlah mereka yang sedikit dan sering berpindah randah menyebabkan pengkhususan pekerjaan tidak wujud dan tidak praktikal. Manakala, masyarakat zaman Neolitik telah mula mempunyai pengkhususan kerja mengikut gender. Hal ini dapat dibuktikan dengan wujudnya pengkhususan pekerjaan berdasarkan perbezaan peranan yang dimainkan oleh golongan lelaki dan wanita. Golongan lelaki menjalankan aktiviti yang memerlukan tenaga yang kuat seperti mengusahakan ladang-ladang pertanian manakala golongan wanita menguruskan urusan rumah tangga dan kerja-kerja yang mudah. Perkembangan revolusi pertanian telah menyebabkan perkembangan dalam aspek pengkhususan pekerjaan iaitu telah lahir golongan petani yang menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan menternak binatang serta golongan artisan yang mempunyai kemahiran membina rumah dan membuat peralatan-peralatan senjata dan pertanian.

C. Kesimpulan ( 2 markah)

Apa-apa sahaja yang berkaitan.

6

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH 2. Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh Octavius Augustus dalam usaha mengukuhkan empayar Rom pada zaman Pax Romana.

A. Pengenalan : ( 3 markah ) 1. Augustus memerintah Rom dari tahun 27 SM sehingga 14 S.M. Pemerintahannya berjaya membawa keamanan dan keagungan kepada empayar Rom, Keamanan yang wujud pada zaman Augustus kekal selama 200 tahun dan dikenali sebagai Pax Romana. Permulaan era "Imperial Rome" ialah pada 27 SM. Sebenarnya, zaman perluasan empayar ini telah mula sejak zaman republik. Zaman pemerintahan empayar dimulai oleh Augustus (27 SM - 14 M). Pada zaman pemerintahan baginda, Rom mencapai zaman kegemilangan dan digelar sebagai keamanan Rom (Pax Roman). Zaman ini berlangsung selama 200 tahun iaitu dari 27 SM - 180 M. 2. Pada zaman pemerintahan Octavius Augustus, empayar Rom meliputi Afrika Utara, Mesir, Asia Barat hingga Sungai Euphrates, Sepanyol, Gaul, kawasan Sungai Rhine dan Danube. Dalam empayar itu, bilangan penduduk dianggarkan sebanyak 70,000,000 yang terdiri daripada pelbagai bangsa. 3. Bermula dengan Octavius Augustus, sistem pemerintahan Rom telah berubah daripada Republik kepada sistem Imperial atau empayar. Walaupun tradisi republik masih dikekalkan, Maharaja sebenarnya adalah berkuasa mutlak dan bertanggungjawab mengekalkan kestabilan empayarnya terutamanya sempadan-sempadan empayar itu. 4. Di samping pemerintah Rom menghadapi perang saudara dan pemberontakan tentera Rom untuk merebut kuasa takhta, masalah terbesar yang mengancam kestabilan politik Rom ialah serangan musuh dari luar sempadan empayar terutamanya puak-puak gasar Jerman di bahagian Eropah Barat empayar Rom. Maka, maharaja-maharaja Rom seringkali cuba mengambil inisiatif untuk membendung punca kekacauan ini. 5. Penegasan soalan

B. Isi –isi Penting -Langkah-langkah ( 5 x4m = 20markah )

1. Menetapkan sempadan semula jadi

7

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH Octavius Augustus, maharaja pertama, meluaskan empayarnya dengan tujuan

menetapkan sempadan yang dapat dipertahankan dengan lebih berkesan. Dasar itu dilaksanakan dengan empayarnya dikelilingi oleh sempadan semula jadi seperti padang pasir, lautan dan sungai yang lembahnya membolehkan perhubungan dan gerakan tentera dengan mudah. Misalnya, di Eropah Barat, Augustus dapat melindungi Gaul daripada serangan puak Jerman dengan meluaskan empayarnya ke Sungai Elbe. Di Eropah Tengah dan Eropah Timur, Sungai Danube ditetapkan sebagai sempadan empayar Rom selepas penaklukan Noricum dan Pannonia (Austria dan Hungary Barat).

2. Pembaharuan organisasi tentera. Di bawah pemerintahan Octavius, berlakunya pembaharuan organisasi tentera untuk memperkukuhkan empayar Rom. Buat pertama kali, rakyat Itali yang menetap di tanah jajahan takluk seperti Sepanyol, Gaul Selatan direkrutkan untuk menjadi tentera simpanan (auxiliary). Syarat-syarat perkhidmatan dan sistem pembayaran diperkemaskan. Demi kepentingan keselamatan empayar Rom, sebahagian besar tentera Rom dipindah ke situ untuk melindungi Sungai Rhine dan Danube. Di Sepanyol dan Mesir tentera garison diperkukuhkan. Pembaharuan organisasi tentera adalah proses berterusan mengikut perubahan keadaan dan keperluan baru. Misalnya, Maharaja Diocletian pada kurun ke-3 Tahun Masihi telah menggunakan penduduk Jerman untuk memperkuatkan tentera Rom di sempadan Eropah Barat.

3. Penubuhan angkatan tentera laut Walaupun Actium merupakan pertempuran laut terakhir, Octavius terus mengekalkan angkatan laut di lautan Mediterranean untuk membendung kegiatan melanun dan melindungi pengangkutan makanan bijirin dari Mesir. Kapal-kapal juga ditempatkan di Sungai Rhine dan Danube untuk pengangkutan askar-askar dan bekalan makanan.

4. Dasar terhadap wilayah-wilayah empayar Demi kepentingan keselamatan sempadan empayar, Octavius mengamalkan dasar pengilhakkan negara naungan (annexation of dependent kingdoms) atau dasar

8

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH pemecahan wilayah yang sedia wujud. Dasar penglihatan terbukti dalam penubuhan wilayah Mesir, Galatia dan Judaea manakala dasar pemecahan biasanya diamalkan di Eropah Barat untuk memperketatkan pengawalan dan pentadbiran wilayh-wilayah di situ. Kedua-dua dasar terhadap wilayah-wilayah empayar diteruskan oleh maharaja selepas Octavius. Misalnya, Claudius mengilhakkan wilayah Mauretania di Afrika Barat dan Thrace di kawasan Danube. 5. Rangkaian Jalan Raya Maharaja-maharaja Rom juga memberatkan pembinaan jalan raya di seluruh empayar yang bukan saja menjalinkan hubungan antara ibu kota Rom dengan wilayah-wilayah tetapi juga dapat memperlicinkan pergerakan tentera untuk mempertahankan sempadan. Maharaja Cladius meningkatkan sistem jalan raya di wilayah Danube dan Gaul untuk tujuan pertahanan dengan membina menara pengawal untuk kegunaan tentera garrison.

6. Kubu dan Tembok Maharaja Rom seperti Trajan mendirikan suatu rangkaian kubu di kawasan antara Sungai Rhine dan Sungai Danube. Di bawah Maharaja Diocletian dan Constantine, kubu-kubu didirikan di Rhine dan Danube. Di Britain yang menjadi jajahan takluk Rom, maharaja Hadrian juga mendirikan suatu tembok yang menghubungkan Tyne dan Selway. Di sepanjang tembok juga didirikan kubu-kubu. Tentera yang mengendalikan kubu-kubu itu adalah direkrutkan dari Wales dan sempadannya. 7. Proses Romanisasi/asimilasi Demi kepentingan menjadikan penduduk wilayah-wilayah di bahagian Eropah empayar Rom lebih bersetia kepada maharaja dan lebih bersemangat untuk mempertahankan sempadannya, beberapa maharaja seperti Octavius, Trajan, dan Hadrian telah

melaksanakan dasar Romanisasi iaitu penyebaran budaya dan cara hidup Rom di kalangan penduduk tempatan. Perancangan pusat bandar di wilayah Rhine dan Danube dibuat mengikut corak institusi sosial dan politik ibu kota Rom. Pendidikan Latin dan pemujaan maharaja di perkenalkan. 8. Penubuhan liga bandar-bandar.

9

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

9. Perlaksanaan Undang-undang Rom : Perundangan Rom dan hak kerakyatan Rom diberikan kepada penduduk tempatan untuk memupuk semangat taat setia. Rakyat bukan warganegara undang. 10. Pengukuhan Ekonomi Di Rom, perdagangan bertambah maju di bawah pemerintahan Maharaja Augustus. Keadaan politik yang stabil telah menggalakkan perniagaan bebas antara Laut Hitam dengan Sepanyol. Barang-barang niaga dibawa masuk ke dalam empayar melalui jalan raya yang dibina. Bandar-bandar telah menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari Syria, Greek, Sepanyol dan Afrika. Laut Mediterranean menjadi lebuh raya penting Rom diwujudkan undang-

menghubungkan kawasan tengah Empayar Rom. Rom telah mengeksport gelas, kain linen dan emas ke luar negara. Di sebaliknya, Rom mengimport sutera dan lada hitam dari China, mutiara, minyak wangi dan tekstil dari India. Bagi bidang perindustrian, ia dijalankan oleh beberapa orang artisan tempatan C. Kesimpulan ( 2 markah ) Apa saja yang berkaitan.

10

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

3. Huraikan strategi yang digunakan dalam sejarah peperangan sejak zaman tamadun awal. A. Pengenalan (3M) 1. Strategi peperangan merupakan suatu kempen peperangan yang merangkumi konsep perang, penggunaan kuasa tentera, alat-alat senjata, logistik serta membayangkan unsur perancangan untuk pencapaian objektif atau sasaran peperangan dengan berkesan. Strategi ialah satu seni dan sains peperangan yang menentukan bahawa kemenangan atau kekalahan adalah bergantung kepada perlaksanaannya. Strategi akan menentukan taktiktaktik peperangan yang digunakan seperti taktik pertahanan, perikatan tentera,

penyerangan, pengepungan, dan lain-lain. 2. Latar belakang Tamadun Awal. 3.Prinsip-prinsip perancangan strategi pula merangkumi perkara-perkara berikut: Objektif perancangan strategi semestinya didasarkan kepada objektif-objektif peperangan. Antaranya ialah mempertahankan sesuatu sasaran yang strategik, melambatkan kemaraan tentera musuh, mengatasi sesuatu halangan atau memperkukuh kedudukannya. Strategi sentiasa berubah mengikut perkembangan terkini, keadaan geografi, kekuatan dan saiz tentera musuh, dan iklim. Strategi juga terdorong oleh keadaan musuh seperti semangat perjuangan musuh, kekuatan musuh, dan keupayaannya untuk meneruskan peperangan. Strategi berdasarkan jangka masa sama ada jangka masa pendek atau jangka masa panjang dalam konteks perancangan keseluruhan. Strategi tertakluk kepada sokongan logistik termasuklah bekalan peralatan, pengangkutan, kemudahan-kemudahan, dan perkhidmatan personel. 4. Penegasan soalan B. Isi-isi Penting (5 isi x 4M =20Markah)

1.Strategi pertahanan membina kubu. Strategi ini bertujuan mengekalkan status quo. Mendirikan kubu bertujuan untuk mempertahankan sesuatu tempat yang strategik. Biasanya kubu didirikan di bukit, lereng bukit atau batu besar seperti acropolis di Yunani. Selain itu, pembinaan tembok besar bertujuan untuk melindungi sempadan daripada serangan musuh seperti Tembok Besar China di China dan Tembok Hadrian di Britain pada zaman Empayar Rom. Strategi pertahanan ini juga sering dirancangkan untuk memperkukuh kedudukan supaya sasaran lebih mudah dicapai.

11

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

2.Strategi menjalin perikatan tentera. Strategi ini dijalankan dengan negara jiran atau negara-negara lain untuk membendung ancaman dan cabaran musuh-musuh. Contohnya, di China pada zaman Dinasti Han, tentera Han telah menjalin hubungan rapat dengan Yueh-chi untuk membendung musuh Hsiung-nu. Di Yunani pula, Athens telah membentuk Liga Delos untuk menghadapi kuasa Parsi. 3.Strategi penyerangan secara terus untuk meluaskan sempadan-sempadan empayar atau penaklukan demi kepentingan melindungi sempadan. Contohnya, penyerangan oleh GrecoRoman membawa kepada perluasan empayar di Semenanjung Itali dan Lautan Mediteranean. Tektik penyerangan juga melibatkan pemilihan sesuatu titik masa dan tempat yang dianggap paling sesuai untuk menjamin kejayaannya.

4.Strategi pengepungan biasanya digunakan pada zaman feudal di Eropah Barat untuk menghancurkan semangat dan kekuatan pertahanan musuh di sesuatu tempat yang strategik. Strategi “cohesion dan dispersion” ialah tentera dalam kumpulan yang besar yang digunakan di dalam suatu medan pertempuran kian diperluaskan. Strategi ini bertujuan mengurangkan nyawa yang terkorban.

5.Strategi pembinaan bandar-bandar atau pusat-pusat tentera untuk mengekalkan kawasan-kawasan yang telah ditakluki (Garrison). Misalnya, strategi yang digunakan oleh Iskandar Zulkarnain.

6.Strategi menjadikan alam semulajadi sebagai sempadan wilayah. Contohnya, Sungai Rhine, Sungai Danube, dan bukit sebagai sempadan. 7. Strategi penggunaan binatang Contohnya penggunaan gajah untuk memecahkan tembok-tembok pertahanan. Penggunaan kuda untuk serangan mengejut. Penggunaan

burung merpati pula untuk tujuan komunikasi dan mendapatkan maklumat. C. Kesimpulan (2M) Apa-apa sahaja yang berkaitan.

12

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

4.

Huraikan peranan pelabuhan di Alam Melayu sehingga abad ke-16 Masihi.

A. Pendahuluan. ( 3 Markah) 1. Alam Melayu terdiri daripada kerajaan-kerajaan maritim. Alam Melayu juga terletak di tengah-tengah perjalanan perdagangan antarabangsa yang menghubungkan dunia barat dan dunia timur. Keadaan fizikal kepulauan ini menyebabkan kegiatan perdagangan melalui jalan laut menjadi sangat penting. 2. Terdapat banyak pelabuhan atau pusat persinggahan pedagang di Alam Melayu. Pelabuhan-pelabuhan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas. pelabuhan yang terkenal di Alam Melayu Antara

seperti pelabuhan Oc-eo di Funan,

pelabuhan Ko-ying di Sumatera, pelabuhan Lembah Bujang di Kedah. dan pelabuhan Melaka 3. Penegasan soalan

B. ISI – ISI PENTING. (7 isi X 3 markah =21Markah ) PERANAN PELABUHAN DI ALAM MELAYU 1. Pusat Persinggahan Jalan Perdagangan. Pelabuhan-pelabuhan di Alam Melayu berperanan sebagai pusat persinggahan. Para pedagang singgah untuk membaiki kapal, mendapatkan bekalan air, bekalan bahan mentah dan barang dagangan serta mendalami ilmu agama. Misalnya, Srivijaya muncul sebagai sebuah kerajaan maritim yang unggul dan menguasai perairan di Selat Melaka dan Laut Sunda. Penguasaan jalan-jalan laut menyebabkan Srivijaya menjadi pelabuhan persinggahan bagi kapal-kapal dari Asia Barat, India, China dan Nusantara. Kedudukan geografinya adalah strategik iaitu di tengah-tengah jalan perdagangan antara timur dengan barat. Penguasaan laluan perdagangan telah menyebabkan perkembangan pesat aktiviti perdagangan Pelabuhan Melaka terletak di Selat Melaka yang menjadi laluan pedagang – pedagang antara Timur ( China ) dengan Barat ( India dan Eropah ).Pertemuan angin Monsun Timur Laut dan Barat Daya menyebabkan pelabuhan ini menjadi tempat persinggahan pedagang – pedagang.

13

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH 2. Pusat Pengumpulan bahan Mentah. Pelabuhan-pelabuhan di Alam Melayu berperanan sebagai pusat pengumpulan bahan mentah. Contohnya, Pelabuhan Melaka bertindak sebagai pusat pengumpulan barangan. Para pedagang China yang singgah di Melaka membawa kain sutera, kain satin, teh , benang emas, tembaga, kipas, pinggan mangkuk, pasu, dan barang perhiasan, manakala pedagang India memperdagangkan barang-barang seperti batu permata, gandum, minyak sapi, kain kasa, kaca, sutera, kayu jati, kapas, buah

pelaga, kayu manis, cendana dan pakaian. Para pedagang dari Timur Tengah dan barat membawa barang-barang seperti gelas, tembikar, senjata, wain, kain bulu,

gandum, mutiara, kurma, badam, gading, emas dan hamba abdi. Barang- barang tempatan pula terdiri daripada emas dan lada hitam dari Sumatera, emas dan bijih timah dari Tanah Melayu. Dan rempah dari Kepulauan Maluku. Selain itu, Kerajaan Kedah Tua menjalankan kegiatan ekonominya melalui pelabuhan di Lembah Bujang. Pelabuhan ini mengumpulkan barang dagangan tempatan seperti hasil hutan, pertanian dan perlombongan . 3. Pelabuhan Entrepot. Pelabuhan di Alam Melayu berperanan sebagai pelabuhan entrepot. Pelabuhan entrepot ini melibatkan kegiatan perdagangan yang lebih besar , muncul selepas abad pertama Masihi sehingga abad ke 16 Masihi. Srivijaya merupakan pusat pelabuhan entrepot yang terkenal abad ke-tujuh hingga abad ke-13 Masihi. Srivijaya muncul sebagai emporium yang terkenal untuk barangan dari India, negara China ,Asia Barat dan wilayah-wilayah di bawah takluknya. Ramai pedagang dari negara China ,India dan Arab mengunjungi pelabuhan Srivijaya. Melaka menjadi tumpuan pedagang Asia Tenggara, China, India dan Asia Barat untuk bertukar barang dagangan. Contohnya saudagar Arab membawa batu permata dan wangian, saudagar China membawa teh dan sutera, saudagar India membawa kapas dan sudagar Jawa membawa beras. Pelabuhan Kedah Tua membeli barangan seramik dari China, gelas, kaca dan manik dari Timur Tengah, Parsi dan India.

14

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH Selain itu pelabuhan negara yang Majapahit, semasa pemerintahan Hayam Wuruk, menjadi

kaya dan makmur berikutan ramai pedagang-pedagang dari Kemboja,

China, Campa dan lain-lain yang singgah di pelabuhannya

4. Pentadbiran dan Prasarana Pelabuhan Pelabuhan di Alam Melayu berperanan sebagai pusat pentadbiran dan prasarana pelabuhan. Di bawah pentadbiran kesultanan Melayu Melaka, Penghulu Bendahari

bertanggungjawab ke atas pentadbiran pelabuhan. Beliau dibantu oleh Syahbandar. Pelabuhan Melaka dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti tempat penyimpanan bekalan air, tempat penginapan, tempat membaiki kapal, gudang, dan

kawasan berniaga. Pemerintah Melaka telah membina gudang-gudang di bawah tanah dengan dikelilingi pagar kayu dan pintu-pintu berkunci. Selain dikawal rapi, para pengawal akan membunyikan loceng sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti kekecohan dan kecemasan. Selain itu pentadbiran pelabuhan Srivijaya Berjaya mengawal orang laut menyebabkan masalah lanun di selat Melaka dapat diatasi. Sementara itu pemerintah Srivijaya telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti stor,tempat penginapan sementara pedagang dan gudang untuk menyimpan barang. Kemudahan-kemudahan dan layanan yang baik menyebabkan pelabuhan Srivijaya bertambah maju 5. Dasar Perdagangan. Dasar perdagangan bebas menyebabkan Pelabuhan Melaka terbuka kepada semua pedagang untuk bertukar barang. Sistem cukai berkeutamaan diperkenalkan. Contohnya sebanyak 3% cukai dikenakan kepada pedagang tempatan dan 6% kepada pedagang asing. Terdapat pedagang yang dikecualikan cukai. Kerajaan Srivijaya tidak membenarkan pedagang asing mengadakan hubungan perdagangan secara langsung dengan kawasan pedalaman. Mereka hanya dibenarkan membeli di pelabuhan-pelabuhan yang terletak di bawah penguasaan kerajaan pusat

Srivijaya sahaja. Pedagang-pedagang asing dikehendaki mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan pusat.

15

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH 6. Peranan pusat penyebaran agama serantau. Pelabuhan Melaka muncul sebagai pusat penyebaran Islam menjelang abad ke15 Masihi. Negeri-negeri jajahan takluk Melaka turut memeluk agama Islam. Ramai pedagang ke Melaka berpeluang melihat ajaran dan amalan agama Islam serta gelaran baru yang digunakan oleh raja dan pembesar-pembesar Melaka. Sepanjang abad ke15 Masihi, Melaka muncul sebagai pusat agama Islam yang dicontohi oleh kerajaan lain di Nusantara. Pelabuhan Srivijaya juga terkenal kerana peranannya dalam bidang agama khususnya sebagai pusat pengajian agama Buddha. Raja Srivijaya juga menjadi

penaung kepada perkembangan agama Buddha. Raja-raja menggunakan kekayaan yang diperoleh melalui perdagangan untuk membiayai pengajian agama dan membina yayasan-yayasan agama.

7. Hubungan diplomatik Pelabuhan di Alam Melayu berperanan sebagai pusat hubungan diplomatik. Srivijaya mengukuhkan hubungan diplomatik dengan menghantar duta ke negara

China menyebabkan Srivijaya mendapat perlindungan daripada negara tersebut. Hal ini membawa kepada perkembangan perdagangan dan menjadikan pelabuhan Srivijaya sebuah empayar yang kuat dan berpengaruh. Pelabuhan Majapahit semasa pemerintahan Hayam Wuruk telah menjalinkan

hubungan yang erat dengan Negara China. Ini dapat membantu Majapahit mengukuhkan kedudukan dan mengelak konflik dengan kuasa besar itu Parameswara seorang pemimpin yang menitik beratkan keselamatan Melaka.

Beliau mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Siam. Langkah ini dapat mengelakkan Melaka daripada diserang kerajaan Siam dan seterusnya mengiktiraf kedaulatan Melaka. Parameswara juga memohon perlindungan daripada negara China dengan menjadi negeri naungan dan bersetuju menghantar ufti. Hubungan dua hala antara Melaka dengan kerajaan China menyebabkan Siam dan Majapahit tidak berani lagi mengancam dan menyerang Melaka.

16

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH C. KESIMPULAN. ( 1 Markah) 1. Kejatuhan Melaka ditangan Portugis pada tahun 1511 menyebabkan Pelabuhan Melaka semakin merosot. 2. Kemunculan kerajaan-kerajaan baru seperti Melayu-Jambi telah menyebabkan kerajaan Srivijaya lenyap pada abad ke-14 Masihi.

Apa-apa sahaja yang berkaitan.

17

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH 5. Bincangkan matlamat pendidikan formal dalam tamadun manusia.

A

Pendahuluan (3Markah ) 1.Konsep Pendidikan formal - Pendidikan berbentuk formal adalah berkait rapat dengan pembentukan masyarakat yang semakin kompleks. Pengajaran dan pembelajaran berlaku di sekolah dan persekitaran sekolah dalam usaha membentuk keupayaan, kebolehan dan sikap manusia supaya mencapai kesempurnaan jasmani dan rohani. Pendidikan formal melibatkan kurikulum, institusi, dan tenaga pengajar yang telah ditetapkan.

2. Latar belakang tamadun manusia

3. Institusi

pendidikan

formal

ditubuhkan

untuk memenuhi keperluan

masyarakat dan pemerintah. Antaranya ialah tempat ibadat, istana, rumah guru, sekolah, kolej dan universiti. Walaupun terdapat perbezaan dari segi organisasi dan pelaksanaannya tetapi kesemuanya mempunyai satu tujuan iaitu untuk kebajikan dan faedah manusia.

4. Penegasan soalan

B

Isi

Matlamat pendidikan formal ( 5 isi x 4Markah=20Markah)

1. Keagamaan Mesopotamia dan Mesir melahirkan pendeta, atau paderi. India pula melahirkan golongan sami dan pemimpin agama. Mereka juga menetapkan kurikulum yang membayangkan kepentingan upacara agama dan rumah berhala. Di India, pada zaman Vedic, Maurya dan Gupta, pendidikan formal adalah dikendalikan oleh golongan berkasta tinggi iaitu Brahman yang mengajar kitab suci Vedas dan doktrin-doktrin agama Brahmanisme. Doktrin ini membawa kepada sistem kasta dan kelas. Selain itu, pendidikan di India adalah untuk menyediakan manusia ke arah kehidupan selepas mati.

2

Birokrasi

18

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH China melahirkan golongan birokrasi dengan tujuan mengukuhkan kerajaan dan mewujudkan keamanan. Ajaran dan kefahaman Confucius ditekankan dalam

pendidikan di China yang bertujuan menjalinkan hubungan persaudaraan dan sifat kekeluargaan demi kepentingan masyarakat di China. Pada zaman Dinasti Han, Maharaja Han Wu Ti mendirikan sebuah akademia dengan tujuannya berfokus kepada kajian dan penilaian karya-karya falsafah Confucius. Di bawah naungan Han Wu Ti fahaman Confucius telah mulai menjadi ideologi rasmi negara China. Pelajar-pelajar China dikehendaki menduduki peperiksaan berasaskan ajaran

Confucius untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan. Ia bertujuan melahirkan pegawai kerajaan yang bermoral dan bertanggungjawab. 3 Ketenteraan. Dalam tamadun Yunani, Sparta memberi contoh yang begitu jelas tentang hal pertahanan. Mengikut Lycurgus, pengasas undang-undang pada kurun ke-9 SM, manusia dilahirkan untuk kepentingan negeri, bukan untuk kepentingan diri sendiri. Di Sparta, tujuan pemerintahan ialah menguatkan kerajaannya untuk mengawal rapat orang tawanan yang dikenali Helots. Golongan Helots amat besar jumlahnya jika dibandingkan dengan rakyat Sparta. Orang Sparta berasa bimbang bahawa Helots mengancam mereka dan akan melakukan pemberontakan. Jadi, pendidikan Sparta ialah bercorak ketenteraan iaitu setiap kanak-kanak Sparta dikenakan

latihan tentera serta disiplin yang ketat. Sistem pendidikan memang bertujuan melahirkan sifat ketenteraan dan disiplin yang kuat untuk mempertahankan mereka daripada serangan Helots. Pada keseluruhannya pendidikan di Sparta berkisar kepada ketenteraan kerana golongan peer yang minoriti sentiasa menghadapi serangan daripada Helots.

4.

Pemupukan Kewarganegaraan/kemanusiaan dan tanggungjawab Sivik Konsep dan amalan pemupukan kewarganegaraan dan tanggungjawab sivik jelas dibuktikan di negara kota Athens yang pendidikan formalnya dilaksanakan dengan tujuan menjadikan rakyat lelaki Athens lebih bersedia melibatkan diri mereka dalam hal-ehwal semasa, perbincangan awam, pengurusan pentadbiran, perkhidmatan

19

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH sebagai juri dalam mahkamah serta perkhidmatan tentera untuk mempertahankan negara kota mereka. Dengan perkembangan demokrasi yang memuncak semasa pemerintahan Pericles pada kurun ke-5 SM pendidikan formal Athens adalah bertujuan mengeratkan hubungan rakyat Athens dengan Acropolis (pusat kerajaan), membolehkan perkembangan keperibadian seseorang individu supaya ia lebih berperanan kepada negara serta bersedia meningkatkan kecemerlangan Athens dalam alam Yunani. Soal tanggungjawab sivik juga dibuktikan dalam Empayar Rom yang akibat penaklukan yang meluas terdiri daripada pelbagai bangsa. Maka, pendidikan formal adalah dirancang dengan tujuan memupuk nilai-nilai murni seperti virtus (kelakuan baik) dan pictus (obligasi sosial) untuk mengekalkan empayar dan meningkatkan semangat patriotisme.

5. Ideologi dan Pengukuhan Kerajaan Pendidikan formal sering kali dikaitkan dengan kepentingan politik dan kerajaan. Matlamatnya ialah memperkukuhkan asas kerajaan yang memerintah. Maka, boleh dikatakan bahawa pendidikan formal itu merupakan suatu proses sosialisasi untuk membina pemikiran rakyat, khususnya, para pegawai birokrat supaya mereka memberi sokongan kepada kerajaan. Jadi, kurikulum pendidikan formal biasanya dirancang mengikut kehendak ideologi kerajaan. Ideologi sebagai alat propaganda adalah jelas dalam pendidikan China yang berasaskan ajaran Confucius. Ajaran Confucius dianggap sesuai bagi tujuan memupuk kesetiaan rakyat dan para pegawai kerana Confucianisme memberatkan keharmonian sosial dan

ketaatsetiaan kepada keluarga, maharaja dan negara. Dengan objektif itu, pemerintah-pemerintah China sejak Dinasti Han telah menjadikan ajaran Confucius sebagai teras, sistem pendidikan formal di peringkat daerah, wilayah dan ibu kota. Di peringkat ibu kota dan wilayah, terutamanya kerajaan China telah menjalankan sistem peperiksaan imperial dengan tujuan menghasilkan segolongan cerdik pandai yang boleh menjadi pegawai-pegawai birokrat di ibu kota dan wilayah. Akhirnya, boleh dikatakan bahawa fahaman Confucius merupakan suatu teras perpaduan masyarakat dan negara China.

20

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH 6. Keintelektualan Selain itu matlamat pendidikan formal tamadun awal manusia ialah melahirkan tokoh-tokoh ilmuan, kelahiran golongan sophist seperti phytagoras, dan ahli falsafah yang seperti Socrates, Plato, dan Aristotle. Pendidikan formal telah menyebabkan lahirnya tokoh-tokoh yang menolak agama sebagai asas pemikiran. Akibatnya ilmuan di Rom dan Yunani mula mengubah pemikiran mereka dari God Centred kepada cosmos ( alam sekeliling ) dan humanisme. Jelasnya, matlamat pendidikan tamadun Yunani dan Rom ingin melahirkan warganegara yang berfikiran tajam dan kreatif berdasarkan kebebasan intelektual manusia. 7. Melahirkan golongan scribes dan membasmi buta huruf. Pengenalan sistem tulisan di setiap tamadun bertujuan melahirkan rakyat yang boleh menulis dan membaca. Di Mesopotamia dan Mesir golongan scribes berfungsi jurutulis dalam bidang pemerintahan, keagamaan dan ekonomi. C. Kesimpulan (2Markah) Dari perbincangan tersebut, dapat dijelaskan bahawa pendidikan formal dalam tamadun awal dapat berkembang dengan matlamat agama, kerajaan, pertahanan, dan humanisma. Matlamat tersebut menjadi prinsip sejagat yang mempengaruhi perkembangan institusi pendidikan tamadun awal. Apa-apa saja yang berkaitan

21

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

6

Huraikan perkembangan falsafah dan pemikiran sebelum dan selepas kedatangan Islam.

dalam peradaban Melayu

A. Pendahuluan ( 3 markah )

1. Latar belakang peradaban Melayu 2. Perkembangan falsafah di Alam Melayu dipengaruhi oleh ilmu agama. 3. Sebelum kedatangan Islam, falsafah di kawasan Alam Melayu dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. 4. Selepas kedatangan Islam, lahir ilmu tasawuf hasil daripada kegiatan dakwah oleh ahliahli sufi. 5. Penegasan soalan.

B.

Isi –isi penting i) Perkembangan Falsafah sebelum Kedatangan Islam ( 5 isi x 2 markah = 10 markah ) 1. Kepercayaan dan agama masyarakat dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. 2. Terdapat banyak karya kesusasteraan Jawa Kuno yang mengandungi unsur-unsur falsafah seperti Arjunawiwaha, Bharatayayudda, Hariwangsa, Smaradahanan, dan Samanasantaka. 3. Terdapat lebih 1000 rahib Buddha mempelajari teknologi dan falsafah agama Buddha di Sumatera. 4. Terdapat tokoh-tokoh falsafah terkenal seperti pendeta Dharmakirti yang mengajar ilmu agama di Sumatera. 5. Sumatera melahirkan ramai ahli falsafah seperti Atisa yang membawa gerakan pembaharuan dalam agama Buddha di Tibet. 6. Namun begitu, falsafah Hindu-Buddha tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Alam Melayu kerana agama Hindu-Buddha tidak mempengaruhi rakyat jelata kerana terpengaruh dengan unsur-unsur animisme dan demonisme serta golongan bangsawan atau pemerintah tidak memahami ajaran falsafah Hindu walaupun prinsip-prinsip ajaran Hindu mempengaruhi konsep berkerajaan (devaraja).

22

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH 7. Aspek amalan ritual, bahasa, dan seni lebih mempengaruhi kehidupan masyarakat di Alam Melayu. ii) Perkembangan Falsafah Selepas Kedatangan Islam ( 5 isi x 2 markah = 10 markah )

1. Selepas kedatangan Islam, pemikiran dan falsafah peradaban Melayu dipengaruhi oleh agama Islam.

2 Perkembangan pemikiran dan falsafah di Alam Melayu bermula dengan pengislaman Pasai dan Melaka. Terdapat kitab-kitab agama dari Arab yang dibawa oleh para Darul Mazlum.

ulama seperti kitab

3. Bidang tasawuf berkembang hasil daripada kegiatan dakwah yang dijalankan oleh tokoh-tokoh sufi.

4. Terdapat dua bentuk ajaran tasawuf iaitu tasawuf falsafah dan tasawuf akhlak. Tarikat tasawuf juga berkembang.

5. Ajaran tasawuf dipengaruhi oleh kitab Ihya Ulumuddin.

6. Ilmu tasawuf mencapai kemuncak perkembangannya pada zaman Acheh dengan kemunculan tokoh-tokoh seperti Hamzah Fansuri ( Syair Perahu ), Shamsuddin alSumatrani ( al- Shiratul- Mustaqim ), dan Nurudin al- Raniri (Bustanul Salatin).

7. Tasawuf akhlak disebarkan melalui sastera hikayat seperti Hikayat Nur Muhammad, Qisasul Anbiya’, dan Hikayat Nabi bercukur.

8. Tarekat-tarekat yang berkembang ialah Qadariah, Rifaiyah, dan Satariyyah.

9. Wujudnya polemik pemikiran antara Wahdatul Wujud dan Wahdatul Syuhud.

23

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH 10. Perkembangan pemikiran dan falsafah terbantut pada abad ke-17 apabila golongan fuqaha (ahli fekah) mempengaruhi golongan pemerintahan. Hasil penulisan

Wahdatul Wujud dimusnahkan ( dibakar ).

C. Kesimpulan ( 2 markah )

Falsafah di alam Melayu pada zaman sebelum dan selepas kedatangan Islam dipengaruhi oleh agama. Sebelum kedatangan Islam, falsafah dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. Pengaruh falsafah ini terhad kepada kepada golongan atasan sahaja. Selepas kedatangan Islam, ilmu falsafah dikembangkan oleh mubaligh Sufi. Pengaruh agama dalam falsafah di alam Melayu tidak dapat dinafikan.

24

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH 7. Usaha-usaha pelayaran yang dilakukan oleh kuasa Barat sejak abad ke-15M telah meninggalkan kesan yang besar dalam tamadun manusia” . Bincangkan.

A. Pendahuluan (3 Markah) 1. Konsep penjelajahan dan penerokaan. 2. Latar belakang penerokaan dan penjelajahan Eropah. Zaman penemuan dalam Sejarah Eropah Barat menyifatkan kegiatan peneroka Eropah yang berjaya memperluaskan pengetahuan geografi tentang dunia di luar Eropah dan Lautan Mediterranean. Negeri –negeri Iberia, iaitu Sepanyol dan Portugal telah mengambil inisiatif untuk menerokai pantai Benua Afrika pada kurun ke-15M. Menjelang 1450M peneroka-peneroka Portugal telah bertapak di Azores, sampai ke Cape Verde dan Senegal dan mengelilingi Cape of Good Hope pada tahun 1498M Vasco da Gama juga berjaya belayar ke Calicut di India Barat. Di lautan Atlantik, Christopher Columbus telah menyeberangi lautan itu pada tahun 1492 M dan menemui Hispanola ( Cuba ). Pada 1502M Amerigo Vespucci telah sampai ke Brazil dan Sungai Plate. Penemuan – penemuan itu menunjukkan bahawa suatu benua terletak di selatan Wilayah Carribean yang pada ketika itu dinamakan Amerika. Pada keseluruhannya, Sepanyol dan Portugal berjaya memperkenalkan suatu era baru dalam sejarah manusia dalam erti kata bahawa mereka telah dapat memperluaskan pengaruh Eropah ke seluruh dunia. 3. Zaman Renaissans yang bermula pada kurun ke 13 T.M. menggalakkan munculnya semangat inquiri atau ingin tahu terutamanya tentang wujudnya hal tanah – tanah di luar Eropah yang belum diketahui. Semangat Renaissans juga mengubah pandangan dunia (world view) orang – orang Eropah. Pada dulunya, perspektif mental mereka adalah berdasarkan pandangan bahawa Eropah tertumpu pada Jerusalem dan Lautan Mediterranean. Dunia pada masa itu, dianggap terdiri daripada Asia, Eropah dan Afrika yang mengelilingi Lautan Mediterranean. Pengetahuan baru tentang China melalui Marco Polo telah mencetuskan semangat baru untuk memperluaskan pengaruhnya.

25

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH B. Isi-isi penting Kesan-kesan pelayaran kuasa barat sejak abad ke-15M terhadap tamadun manusia (7 isi X 3M = 21M) 1- Memperluaskan tanah jajahan. Buat pertama kali kuasa – kuasa Eropah telah berjaya memperluaskan tanah jajahannya di luar Eropah. Di benua Asia, Portugal telah menubuh empayar maritim yang menguasai jalan laut di Lautan India, Asia Tenggara sehingga negeri China.

2- Perdagangan di Asia. Perdagangan di Asia telah didominasikan oleh Portugal melalui penubuhan satu jalinan pusat kuasa dan perdagangan di pelabuhan – pelabuhan strategik seperti Socotra, Hormuz, Aden, Goa, Melaka, Moluccas, dan Macao. Pada kurun ke-16, Portugal telah muncul sebagai kuasa perdagangan yang dominan di Asia Tenggara. Portugal merapatkan hubungan dengan Burma, Siam, dan Kepulauan Asia Tenggara, di Timur Jauh dengan Jepun dan China, dan di Eropah berjaya mengganti peranan Venice sebagai kuasa perdagangan. 3- Perkembangan agama Kristian di luar Eropah Dari pusat – pusat itu, agama Kristian juga tersebar terutamanya oleh golongan Franciscian. Penaklukan dan pemerintahan diikuti dengan penyebaran agama Kristian. Melalui gereja Katholik, unsur – unsur kebudayaan Sepanyol seperti bahasa dan cara kehidupan telah diperkenalkan kepada orang-orang tempatan.

4- Pengaliran kekayaan ke Eropah Berikutan daripada penjelajahan Columbus, orang – orang Sepanyol mulai menduduki beberapa kawasan di India Barat, iaitu Hispanola dan Cuba dengan bermotifkan memperolehi tanah untuk pertanian dan emas. Hernan Cortes merampas Mexico daripada Aztec. Dataran Tinggi Mexico kaya dengan emas dan sesuai sekali pertanian perladangan. Pada tahun 1531, Pizarro menakluki Peru yang lombong peraknya di Potosi adalah sumber kekayaan kepada Eropah selama tiga kurun. Menjelang 1700 T.M. tiga kawasan telah diduduki : Mexico, Peru, dan

26

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH Kepulauan Carribean dan pengendalian ekonominya tertakluk pada kepentingan Sepanyol. 5- Perpindahan pusat perdagangan ke Eropah Barat Kesan – kesan ke atas Eropah boleh dilihat daripada beberapa sudut. Pusat – pusat perdagangan di Eropah yang dulunya bertapak di Eropah Selatan mulai berpindah ke Eropah Barat, iaitu Lisbon, Bordeux, Liverpool, Bristol, dan Amsterdam. Antara barang – barang import ialah makanan dari Amerika Selatan yang dapat menyumbang kepada pertambahan bilangan penduduk di Eropah.

6- Kelahiran ekonomi kapitalisme. Kekayaan dari koloni – koloni yang mengalir ke Eropah akhirnya memberi suatu asas yang kukuh untuk kelahiran ekonomi kapitalisme. Kapitalisme bermula dengan revolusi komersil yang menitikberatkan pasaran eksport, modal persendirian, keuntungan, dan penindasan tenaga buruh murah. Pada jangka masa panjang, penjelajahan dan penerokaan menandakan titik perubahan daripada ekonomi feudal kepada ekonomi kapitalisme.

7- Kesan sosial ke atas Masyarakat Eropah dan Koloni. Penjelajahan membawa banyak kesan buruk kepada masyarakat Eropah dan

koloni. Di Eropah, kekayaan baru kian meningkatkan kadar kos kehidupan dengan kenaikan barang – barang keperluan. Selain itu, penjelajahan dapat menyebabkan jurang perbezaan sosial – memperketatkan stratifikasi masyarakat mengikut kekayaan. Di koloni, kedatangan orang – orang Eropah telah memperkenalkan penyakit – penyakit baru yang membawa kepada kenaikan kadar kematian orang tempatan.

8- Mempercepat kemerosotan pengaruh pedagang Islam. Penguasaan perdagangan di Laut Mediterranean dan Lautan Hindi oleh pedagang Islam telah merosot kesan daripada penerokaan kuasa Eropah terutamanya Portugis.

27

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH 9- Perubahan ekologi Dari segi flora dan fauna, beberapa jenis pokok dan binatang dari Asia dan Eropah diperkenalkan ke Amerika Utara dan Selatan dan sebaliknya. Misalnya jagung, tomato, ubi kentang, dan ayam.

10- Asimilasi antara penjajah dengan penduduk tempatan. Berlakunya kahwin campur antara penjajah dengan penduduk tempatan seperti di Amerika Selatan dan Filipina. Bahasa Sepanyol mempengaruhi bahasa tempatan.

11- Perkembangan ilmu pengetahuan dan ilmu pelayaran. Maklumat baru tentang geografi di luar Eropah serta peta-peta yang lebih saintifik. Maklumat baru misalnya didapati daripada “ The Travels of Marco Polo”. Buku itu diterjemahkan dalam beberapa bahasa seperti Latin, Sepanyol, German, dan Inggeris. Columbus sendiri memperoleh buku itu yang memberi perangsang kepadanya untuk menjelajahi Lautan Atlantik pada tahun 1492 T.M. Terdapat penyelidikan dalam bidang geografi dan pelayaran ditaja oleh raja – raja yang mementingkan penerokaan maritim. Munculnya segolongan ahli – ahli kartografi dan hidrografi yang menghasilkan peta-peta yang jauh lebih tepat daripada peta Ptolemy.

C. KESIMPULAN (1 Markah) Apa sahaja berkaitan.

28

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH 8. Jelaskan perkembangan teknologi dalam tamadun Mesopotamia

A. Pendahuluan (3M) 1. Latar belakang tamadun Mesopotamia 2. Konsep teknologi 3. Penegasan soalan B. Isi (Perkembangan teknologi) (7isi X3 Markah)

1. Teknologi pertanian Dengan terciptanya peralatan, aktiviti pertanian dapat dijalankan dalam bentuk skala yang lebih besar.Contohnya, terusan dibina untuk mengairi sawah.Dalam bidang pertanian, orang Sumeria mencipta bajak dan alat menabur mempercepat kerja pertanian.Teknologi pengairan dalam Tamadun Mesopotamia menghasilkan surplus dalam hasil pertanian dan penternakan yang mendorong kepada pembinaan bandar. Kincir air – mengairi kawasan tandus, kawal banjir dan tingkatkan hasil pertanian.Terusan- terusan dibina menghubungkan sungai nil ke kawasan pertanian

2. Teknologi ketahanan dan pertahanan Pembinaan kubu-kubu pertahanan dan tembok berfungsi sebagai pertahanan semasa peperangan. dalam Tamadun Mesopotamia tembok-tembok pertahanan menjadi sempadan antara kawasan bandar dan luar bandar. Dalam bidang persenjataan tamadun Mesopotamia menggunakan peralatan ketenteraan seperti wagon, armor,busur, kasut but bertali, baju besi dan lain-lain. 3. Teknologi membina kemudahan asas Pembinaan kolam dalam tamadun Mesopotamia dilengkapi dengan tangga yang menuju ke bahagian dasar kolam yang dibina dengan menggunakan batu dan disadur dengan bitumen. Air kolam ini diperoleh daripada sebuah perigi yang terletak berhampiran kolam tersebut. Salah satu keistimewaan kolam ini ialah kolam ini boleh dikosongkan dan diisi semula.

29

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH Pembinaan jalan raya juga menjadi satu kemudahan asas kepada penduduk pada zaman tamadun awal. , Dalam Tamadun Mesopotamia jalan raya dibina untuk menghubungkan pintu masuk utama dengan tempat-tempat lain di dalam bandar. Pembinaan pintu gerbang Ishtar dan Taman Tergantung Babylon menggambarkan

ketinggian teknologi senibina tamadun Mesopotamia.

5. Teknologi membina rumah-rumah berhala Orang Sumeria menganggap raja sebagai wakil Tuhan di dunia dan bukannya sebagai Tuhan.Sebuah kuil telah dibina di atas menara yang berbentuk piramid setinggi 67 tingkat yang dipanggil Ziggurat. Ziggurat yang termasyhur ialah The Towel of Babel. Mereka mempercayai Tuhan yang mereka sembah menetap di sini. Ziggurat pertama yang dibina ialah Nippur (untuk Tuhan Enlil/angin). 6. Teknologi pengangkutan dan pelayaran Kapal layar dihasilkan oleh orang Sumeria akibat hubungan perdagangan mereka dengan dunia luar. Kapal layar dan pengangkutan beroda menguasai jalan laut dan darat. Pedagang-pedagang Mesopotamia menjalinkan hubungan perdagangan dengan tamadun Indus. Orang-orang Sumeria dipercayai mula-mula mencipta roda. Pengetahuan membuat roda membolehkan orang Sumeria menggunakan kereta kuda dan lembu serta menggunakan pedati dalam peperangan. 7. Teknologi Perbandaran Kemajuan dalam teknologi pengairan, penternakan dan pertukangan mendorong kepada kemunculan bandar. Sumbangan orang Sumeria yang paling penting ialah dalam bidang seni bina. Mereka merupakan orang pertama membina arca dan tiang-tiang batu dengan menggunakan batu-bata yang diperbuat daripada lumpur. Ziggurat dibina dengan menggunakan batu-bata. Bandar-bandar di Mesopotamia mempunyai pintu gerbang yang melambangkan kekayaan sesebuah badar. Terdapat monumen yang diukir dan dihiasi pada pintu gerbang.Di Babylon, terdapat lapan pintu gerbang yang dinamakan dengan nama Tuhan.

30

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH 8. Intelektual Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan unit-unit 10 dan 60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap bulan mengandungi 30 hari. Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan unit-unit 10 dan 60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap bulan mengandungi 30 hari. 9. Tulisan- Mencipta tulisan pepaku C. Kesimpulan- (1Markah) Apa saja yang berkaitan

31

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

Bahagian B
9. Bincangkan konsep manusia mengikut pandangan Islam dan Arab Jahiliyah.

A. Pengenalan (3 markah) 1. Pengertian jahiliyah 2. Pengertian manusia. Dalam bahasa latin manusia dipanggil sebagai homospiens. Manusia adalah sejenis haiwan mamalia yang boleh berfikir dan berkata-kata. Mengikut kajian arkeologi, manusia sudah pun wujud sejak 500,000 tahun dahulu, iaitu pada zaman Air Batu. 3. Pengertian Islam 4, Penegasan soalan

B. Isi-isi penting (20 markah)

i) Konsep manusia menurut Islam (5 isi x 2 markah=10 markah)

1. Pengertian manusia dari segi bahasa mengikut perspektif Islam. i. ii. Pengertian manusia dari segi bahasa. Pengertian dari segi Istilah.

2. Manusia sebagai khalifah di atas muka bumi. Firman Allah s.w.t di dalam surah alBaqarah ayat 30 yang bermaksud: “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat (sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.”

3. Di samping itu, manusia diciptakan oleh Allah s.w.t untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t agar menjadi seorang hamba yang soleh. Dalam hubungan itu, Allah s.w.t telah menjelaskan matlamat penciptaan manusia melalui firmanNya: dalam surah al-Zaariyat ayat 56 yang bermaksud: “Dan aku ciptakan jin dan manusia melainkan beribadah kepadaKu.”

32

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH 4. Agama Islam juga menyarankan kepada manusia agar membangunkan unsur unsur rohani dan jasmani demi mencapai keseimbangan dalam diri manusia. Keseimbangan di antara fizikal dan spiritual ini penting demi mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. 5. Kedudukan manusia di sisi Allah s.w.t juga dikira sama tarafnya tanpa mengira warna, kulit, keturunan, pangkat, dan lain-lain. Islam melarang perhambaan di kalangan manusia.

6. Manusia dicipta sebaik baik kejadian. Bagi membolehkan manusia yang begitu sempurna penciptaannya agar hidup aman bahagia serta selamat sejahtera, Allah s.w.t telah menjadikan segala sesuatu yang dapat menyempurnakan keperluan manusia.

7. Manusia yang paling mulia ialah manusia yang bertakwa.

8. Manusia sebagai pemegang amanah.

9. Semua manusia dari keturunan Adam dan manusia dijadikan dari tanah.

10. Manusia terdiri daripada 5 komponen: jasad, roh, akal, nafsu, dan hati/jiwa.

11. Akal membezakan manusia dengan makhluk makhluk lain.

12. Manusia dijadikan dalam keadaan fitrah.

ii) Konsep manusia menurut Jahiliah. (5 isi X 2markah=10markah)

1.Manusia tidak bersifat abadi dan akan terhapus setelah berlakunya kematian dan tidak mempercayai adanya Hari Akhirat and Hari Pembalasan. Dengan sebab itulah kehidupan manusia pada zaman berkenaan penuh dengan kemaksiatan.

2.Di samping itu, manusia menurut pandangan Jahiliah lagi menjadikan hawa nafsu sebagai panduan bagi kehidupan mereka di dunia ini. Sehubungan dengan ini, berjudi, minum arak, dan makan riba dianggap sebagai satu jalan mencari rezeki yang baik dan

33

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH mudah. Oleh itu, mereka melakukannya. Minum arak pula dianggap satu perbuatan yang baik dan mulia.

3.Status mereka dalam masyarakat bergantung kepada keturunan dan kabilah. Sekiranya kabilah itu kaya, dan berpengaruh maka seseorang anggota kabilah itu dipandang mulia. Begitulah sebaliknya. 4. Menghargai dan mendewakan kuasa alam sekeliling.

5. Mempercayai adanya tuhan tetapi tidak beriman kepada satu tuhan.

6. Mereka tidak tahu asal usul kejadian manusia

7. Mereka melihat manusia dari sudut jasadiah semata-mata.

C.Kesimpulan (2 markah) Manusia menurut pandangan Islam adalah untuk melaksanakan perintah perintah Allah s.w.t bagi mendapatkan keredhaannya dan kemuncaknya mencapai kebahagiaan di dunia serta akhirat. Sementara manusia menurut pandangan Jahiliah pula mengikut telunjuk hawa nafsu dengan mengenepikan soal akhirat.

34

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH 10 Nilaikan dasar Muawiyah bin Abu Sufyan dalam pemerintahan Bani Umayyah.

A. Pendahuluan ( 3 markah )

1. Latar belakang kerajaan Bani Umayyah – Kerajaan Bani Umayyah diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan pada tahun 41H. Sejarah kelahiran kerajaan Bani Umayyah bukan secara demokrasi tetapi secara monarki. Nama Umayyah diambil sempena dengan nama pembesar Quraisy iaitu Umayyah bin Abd. Manaf. Kerajaan Bani Umayyah memerintah selama 91 tahun ( 41H-132H) oleh dua keturunan, iaitu keturunan Harb bin Umayyah dan keturunan Abu al-As. 2. Latar belakang Muawiyah bin Abu Sufyan – Beliau dilahirkan kira-kira 5 tahun sebelum Nabi SAW menjadi Rasul. Ayahnya, Abu Sufyan ialah seorang pemimpin Quraisy yang terkenal dan berpengaruh. Beliau memeluk Islam ketika berumur 25 tahun iaitu ketika Kota Mekah dibuka oleh tentera Islam pada tahun 8 H. Beliau dilantik sebagai penulis wahyu pada zaman Rasulullah SAW dan banyak meriwayatkan hadis. Pernah menjawat jawatan Ketua pasukan tentera khas pada zaman Abu Bakar asSiddiq. Beliau menjadi gabenor di Jordan dan Syam. Pada tahun 41 H beliau dilantik menjadi Khalifah dan memerintah selama 20 tahun dan wafat pada tahun 60 H. 3. Penegasan soalan – Muawiyah melaksanakan dasar-dasar tertentu semasa pemerintahannya sama ada dalam bidang politik, ekonomi, sosial, dan lain-lain.

B. Isi ( 7 isi x 3 markah = 21 markah )

1. Dasar pelantikan khalifah – Beliau melaksanakan dasar pelantikan khalifah secara warisan. Pemerintah terdiri daripada kalangan keluarga Bani Umayyah. Khalifah melantik putera mahkota untuk mewarisi jawatan ketua negara. Contohnya, Muawiyah telah melantik anaknya Yazid sebagai penggantinya. 2. Dasar pemerintahan- Beliau banyak meniru sistem pentadbiran dan pemerintahan Parsi dan Byzantine. Oleh itu, ada sarjana sejarah yang mengatakan bahawa

35

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH pemerintahan dan pentadbirannya bercorak secular walaupun unsur-unsur agama tetap dikekalkan. Asas pemerintahan dan pentadbirannya terletak di atas bahu tenteranya yang kuat dan cekap. Beliau telah memindahkan pusat pemerintahan negara Islam ke Kota Damsyik.

3. Dasar terhadap rakyat- Muawiyah dan kebanyakan khalifah Bani Umaiyyah melaksanakan polisi baru iaitu membezakan orang Arab dengan bukan Arab. Orang Arab terutama keturunan Bani Umayyah mendapat keistimewaan. Golongan Islam bukan Arab ( Mawali ) seperti orang Parsi tidak dibenarkan memegang jawatan penting dan dikenakan cukai jizyah. Ini menyebabkan mereka bekerjasama dengan Bani Abbasiyah mengadakan gerakan sulit menentang Bani Umayyah. 4. Dasar protokol khalifahPentadbiran Muawiyah banyak dipengaruhi oleh

pemerintahan Rom. Khalifah mengutamakan kepentingan dan kedudukan pemerintah. Khalifah mewujudkan protokol yang menyebabkan rakyat terpisah. Khalifah dikawal rapi oleh pengawal peribadi. Khalifah tinggal di istana dan kekayaan negara untuk kemewahan pemerintah dan keluarganya.

5. Dasar pelantikan/kedudukan pegawai kerajaan – Pegawai tinggi kerajaan dan tentera dilantik dalam kalangan keluarga Bani Umayyah dan golongan yang menyokong mereka. Pegawai yang dicurigai dipecat. Setiap gabenor yang dilantik di setiap daerah hanyalah mempunyai kuasa ketenteraan dan urusan yang bersangkutan dengan politik sahaja. Urusan yang berkaitan dengan pungutan cukai-cukai di daerahdaerah itu adalah di tangan Sahibul-Kharaj. Pegawai ini dilantik terus oleh khalifah. Oleh itu, pegawai ini bebas daripada kuasa gabenor. Malahan gabenor sendiri terpaksa bergantung kepada Sahibul-Kharaj ini dalam masalah kewangan. Tegasnya, Muawiyah telah berjaya meletakkan pentadbiran negaranya dalam satu bentuk dan corak yang tersendiri. Asas –asas pentadbiran inilah yang diwarisi oleh khalifah Bani Umayyah kemudiaanya. 6. Dasar peluasan wilayah- Muawiyah berjaya menubuhkan pasukan tentera darat dan laut. Oleh itu, beliau Berjaya mengekalkan keamanan di dalam negaranya. Di samping

36

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH itu, beliau telah berjaya menawan daerah-daerah lain. Di sebelah Timur, tenteranya di bawah pimpinan panglima Abdullah bin al-Sawwar dan kemudiannya Muhallab bin Abi Sofrah telah berjaya menawan kawasan-kawasan itu sampai ke Qabul dan kawasankawasan yang berhampiran dengan Khurasan. Beliau menggunakan Majlis Syura untuk menyelesaikan urusan pentadbirannya. Seluruh negara Islam dibahagi-bahagikan kepada daerah-daerah tertentu dengan melantik seorang gabenor bagi satu daerah. Beliau telah melantik Amru bin al-‘As sebagai gabenor bagi seluruh Afrika dan Ziyad bin Abih sebagai gabenor di seluruh Timur.

7. Dasar terhadap golongan yang menentang khalifah- Khalifah Muawiyah mengambil tindakan untuk menghapuskan gerakan yang menentang kerajaan Bani Umayyah terutama ke atas golongan Khawarij dan Syiah. Beliau telah mengambil tindakan ketenteraan terhadap golongan penentangnya. Angkatan tentera Muawiyah di bawah pimpinan al-Mughirah bin Syukbah telah berjaya menentang gerakan puak Syiah yang berpusat di Kufah. Beliau membawa pemimpin puak Syiah, Hujr bin ‘Adi dan 12 orang penyokongnya ke Syam dan mereka dibunuh di Damsyik. 8. Dasar ekonomi – dasar ekonomi turut berubah iaitu Muawiyah telah melantik pegawai khas untuk menguruskan pungutan cukai. Sahibul Kharaj ditugaskan memungut cukai di daerah-daerah dan bertanggungjawab terus kepada Khalifah. Dasar pemungutan cukainya dikatakan secara berlebihan dan berlaku penyalahgunaan wang Baitulmal dan berlaku pemborosan.

C. Kesimpulan ( 1 markah )

Apa-apa yang berkaitan.

37

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH 11. Terangkan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Bani Umayyah bagi meningkatkan kekuatan ketenteraannya.

A. 1.

Pendahuluan (3 markah) Latar belakang kerajaan Bani Umayyah Kerajaan Bani Umayyah diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan pada tahun 41H. Sejarah kelahiran kerajaan Bani Umayyah bukan secara demokrasi tetapi secara monarki. Nama Umayyah diambil sempena dengan nama pembesar Quraisy iaitu Umayyah bin Abd. Manaf. Kerajaan Bani Umayyah memerintah selama 91 tahun ( 41H-132H) oleh dua keturunan, iaitu keturunan Harb bin Umayyah dan keturunan Abu al-As.

2.

Konsep ketenteraan

3.

Penegasan soalan

B.

Isi (5 isi X4 markah=20markah)

1. Mengemaskini angkatan tentera dengan corak gerakan tentera Parsi Membahagikan tentera kerajaan Umayyah kepada 5 pasukan : Pasukan tengah, pasukan sayap kanan, pasukan sayap kiri, pasukan hadapan, dan pasukan barisan belakang

2. Angkatan perang yang ditubuhkan teratur dan dilengkapi dengan peralatan perang moden. Angkatan tentera juga terdiri dari pasukan berkuda, pasukan

berkenderaan, dan pasukan pejalan kaki

3. Angkatan tentera dilatih untuk menghadapi perang di musim sejuk dan panas

4. Pasukan tentera laut ditubuhkan dengan teratur dengan membina 1700 kapal perang serta pengklan tentera laut yang berpusat di Tunisa, Syria & Iskandariah Tentera laut terbahagi kepada dua bahagian iaitu tentera Laut Mediterranean yang menggunakan kapal-kapal besar berpaku dan Laut Merah dan Laut India yang menggunakan kapal-kapal kecil tanpa

38

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH besi dan berpaku. Bani Umayyah pada zaman pemerintahan Muawiyah yang telah

melancarkan ekspedisi ketenteraan laut menentang Byzantine dan Constantinople pada 54H.

5

Pada awalnya pemilihan anggota tentera secara suka rela kemudian bertukar menjadi kerahan bagi yang memenuhi syarat

6

Diwan al-jund ditubuhkan bagi mentadbir dan mengurus hal ehwal ketenteraan Antara tokoh terkemuka ialah Tariq bin Ziyad ( membuka Andalus )

7.Bani Umaiyyah purata gaji ialah 1000 dirham setahun termasuk elaun keluarga dan elaun tambahan pada zaman pemerintahan Yazid sebanyak 100 dirham.

8. Penubuhan bandar-bandar tentera, - Qairawan di Afrika Utara, Basrah, Kufah

C.

Kesimpulan- 2M Apa sahaja yang berkaitan

39

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

12. Bincangkan peranan dan pelaksanaan zakat pada zaman Khulafa Al Rasyidin

A Pendahuluan ( 3 Markah)

1. Konsep zakat Zakat berasal daripada perkataan Arab iaitu daripada kata dasar zaka yang bererti penambahan atau persucian. Dari segi bahasa zakat bermaksud kesuburan, kesucian, keberkatan dan kedamaian. Dari segi syarak pula zakat merupakan pembayaran atau cukai ke atas harta apabila sudah sampai nisabnya dan genap setahun (haul) dan ia akan diberikan kepada orang yang berhak menerimanya. Zakat dapat membersih jiwa dan hati daripada perasaan tamak serta dapat membawa kesuburan harta. Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga dan wajib dilaksanakan mengikut Al-Quran dan Sunnah

2.

Sejarah pelaksanaan zakat Zakat difardukan ke atas umat Islam pada tahun kedua hijrah(632M)

3.

Latar belakang khalifah Al-Rasyidin

4.

Penegasan soalan

B. ISI – ISI PENTING.

i) Peranan zakat:

(5 isi X 2M=10M)

1. Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan umat Islam. Pada zaman Abu Bakar Al Siddiq , zakat berperanan sebagai ujian terhadap keimanan dan ketaqwaan umat Islam kepada Allah. Beliau berjaya menangani golongan yang enggan membayar zakat dan mengisytiharkan perang ke atas umat Islam yang enggan membayar zakat.

40

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH 2. Mendatangkan kesyukuran atau penyuburan pahala. Orang yang menunaikan zakat mendekatkan diri dengan Allah kerana harta dibelanjakan mengikut cara yang diredhai oleh Allah.

3. Membasmi kemiskinan. Peranan zakat juga ialah membantu golongan yang layak menerima zakat seperti fakir dan miskin. 4. Mensucikan jiwa daripada kekotoran dosa.

5. Mendamaikan atau mewujudkan kedamaian ( al – salah ).

6. Mendekat atau merapatkan jurang kekayaan dikalangan masyarakat Islam.

7. Menyemai semangat bertanggungjawab untuk tolong menolong.

8. Mengikis sifat tamak dalam pemilikan harta.

9. Membuktikan semangat sifat mentaati hukum & perintah Allah.

10. Memperolehi keberkatan.

ii) . Pelaksanaan institusi zakat pada zaman khulafa al-Rasyidin (5 isi X 2Markah=10Markah)

1. Penubuhan institusi Baitulmal. Zakat menjadi sumber pendapatan negara dan disimpan di Baitulmal pada zaman Khalifah Umar al- Khattab.

2. Perlantikan Amil yang melaksanakan urusan pemungutan dan menguruskan zakat daripada pihak yang layak berzakat mengikut haul dan nisab tertentu (tempoh dan kadar).

3. Membahagikan jenis zakat kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta.

41

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH Zakat fitrah ialah zakat yang diwajibkan ke atas orang-orang Islam setiap tahun.Tempoh mengeluarkan zakat fitrah ialah pada 1 Ramadhan sehingga hari pertama bulan Syawal sebelum solat sunat Hari Raya Aidil Fitri.Kadar zakat fitrah ialah sebanyak segantang daripada makanan yang mengenyangkan atau makanan asasi penduduk. Zakat harta ialah zakat yang dikeluarkan oleh mereka yang mempunyai harta tertentu dengan haul dan nisab yang telah ditetapkan oleh syarak . Contohnya, hasil tanaman dan buah-buahan jika menggunakan siraman air hujan- zakatnya 1/10 dan jika diusahakan sendiri 1/20. Zakat binatang ternakan seperti kambing, unta dan lembu.Syarat zakat binatang ternakan ialah cukup haul nisab, tidak

digunakan sebagai barangan modal dan membiak sendiri. Zakat emas dan perak dikenakan sebanyak 2.5%.Wang simpanan (bentuk akaun simpanan, simpanan tetap atau simpanan semasa) kadar 2.5% Barang-barang perniagaan-2.5%

4. Melaksanakan pemungutan zakat secara tegas sebagai menegakkan hukum Islam. 5. Menyalurkan hasil pembayaran zakat kepada 8 asnaf iaitu golongan yang layak menerima antaranya: a. Fakir

b. Miskin c. d. e. f. Amil. Muallaf Hamba yang hendak memerdekakan dirinya. Orang yang berhutang

g. Orang yang berjihad (fi sabilillah) h. Orang yang merantau ( musafir ) dan kehabisan wangnya semasa dalam perjalanan yang bertujuan baik dan dibenarkan oleh syarak ( termasuk mencari rezeki yang halal dan menuntut ilmu )

6.

Kutipan zakat bertambah semasa pemerintahan Umar Al Khattab kerana beliau banyak melakukan ekspedisi ketenteraan dan penyebaran Islam.

42

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH

7.

Kutipan zakat pada zaman khalifah Usman bin Affan semakin bertambah kerana peluasan wilayah Islam hingga ke Afrika, Asia dan Eropah. Walau bagaimanapun, pada akhir zaman pemerintahannya berlaku pemberontakan sehingga beliau terbunuh dan kutipan zakat menghadapi masalah.

8.

Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib, pungutan zakat diteruskan. Namun, hasilnya semakin berkurangan kerana beliau berhadapan dengan masalah pemberontakan.

C. Kesimpulan: (2markah)

Perlaksanaan institusi zakat pada zaman Khalifah Umar Al – Khattab menjadi asas dalam perlaksanaan dan pentadbiran zakat hingga ke hari ini. Perlaksanaannya yang diuruskan secara terpimpin akan membawa kemakmuran -Apa-apa saja yang berkaitan

43

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH 13.Huraikan pengaruh sistem pendidikan Islam di Timur Tengah terhadap pendidikan Islam di Alam Melayu.

A. Pendahuluan (3Markah) 1. Pendidikan Islam adalah wahana terpenting untuk meneruskan kesinambungan budaya dan tradisi keilmuan Islam di dalam sesebuah masyarakat. 2. Pendidikan Islam amat berharga kerana ia boleh mempengaruhi pembentukan generasi Islam yang akan datang. 3. Institusi pendidikan Islam bermula di rumah dan masjid masjid pada awal Islam. Kemudian ditubuhkan Baitul-‘ilm, al-Madrasah al-Baihaqiyyah di Naisabur dan Madrasah Nizamiyyah di Baghdad pada tahun 1067 M sebagai institusi pengajian tinggi Islam. Kemuncak perkembangan institusi pendidikan Islam ialah dengan tertubuhnya Universiti al-Azhar pada tahun 259 H (970 M) 4. Terpengaruh dari sistem pendidikan Islam di Timur Tengah, pengajian berbentuk halaqah, pondok, dan pesantren lahir di Alam Melayu. 5. Penegasan soalan B.Isi-isi penting. (5 isi X 4 markah=20 markah) 1. Pengaruh terhadap matlamat pendidikan. Menurut Ibn Khaldun, antara matlamat pendidikan Islam ialah: (a) Mempersiapkan seseorang dari segi keagamaan, iaitu mengajarnya syiar-syiar agama menerusi Al-Quran dan Al-Sunnah. Melalui kaedah sedemikian potensi iman dan dapat diperkuatkan, sebagaiman hanya dengan potensi potensi lain sekiranya telah menjadi darah daging ia boleh menjadi fitnah. (b) Memperlengkapkan akhlak manusia. (c) Memperlengkapkan sosio-budaya manusia. (d) Memperlengkapkan seseorang dengan asas kemahiran professional atau perkerjaan. (e) Mempertingkatkan daya pemikiran seseorang kerana dengan tahap pemilihan yang tinggi seseorang itu dapat membuat berbagai bagai pekerjaan dan menambah lagi daya kreativitinya.

44

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH (f) Membekalkan seseorang dengan kemahiran kesenian, termasuk muzik, syair, khat, seni bina dan lain-lain lagi. 2. Pengaruh terhadap prinsip-prinsip pendidikan. Antara prinsip-prinsip pendidikan Islam ialah untuk: (a) Memahami penciptaan manusia dan makhluk seluruhnya, iaitu

mengenal Allah sebagai pencipta dan lain semuanya adalah makhluk Allah. (b) Memahami sumber ilmu yang diakui sebagai benar dalam Islam. (c) Memahami martabat dalam Islam. (d) Menjurus kepada pembinaan tiga fakulti manusia, iaitu akal (minda), roh (kerohanian), dan jasad(jasmani) dalam pengisian ilmu. (e) Memiliki dan mengembangkan ilmu berdasarkan kepada tauhid.

3. Pengaruh terhadap struktur kurikulum dan institusi pengajian Islam. Sejarah perkembangan sistem pendidikan Islam di Timur Tengah dan pengaruhnya di Alam Melayu adalah seperti berikut. Perkembangan institusi pendidikan Islam di rumah, masjid, Kuttab (pondok), dan sekolah telah tersebar ke seluruh dunia Islam bersama-sama dengan perkembangan agama Islam di kawasan-kawasan berkenaan. Perkembangan sistem pendidikan ini telah menjalar sehingga ke Timur termasuk Alam Melayu. Struktur kurikulum pengajian Islam dan institusi-institusinya yang ada di kawasan-kawasan ini adalah sama dengan yang wujud di negeri negeri Arab di Timur Tengah. 4. Pengaruh sistem pendidikan di Jawa dan Sumatera Di Jawa, struktur pengajian Islam seperti ini wujud sejak zaman awal kedatangan Islam lagi. Antara pelopor pengajian Islam ini ialah Wali Songo, dan para ulama lain. Menurut kebiasaan kaum Muslimin apabila anak-anak mereka mencapai umur tujuh tahun, mereka akan dihantar ke surau untuk mengaji Al-Quran, ibadat, tauhid, dan akhlak. Sistem pendidikan Islam dilihat lebih jelas di Acheh apabila kerajaan Islam Acheh di bawah Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (T.M 1607- T.M 1636) menyusun sistem pendidikan secara lebih teratur dengan menubuhkan Munasah dan Rangkang untuk pelajar-

45

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH pelajar peringkat rendah dan Jamiat Baitur-Rahman sebagai sebuah universiti yang setaraf dengan universiti yang setaraf dengan universitiuniversiti di Timur Tengah. 5. Di Filipina, kanak-kanak yang berumur antara enam hingga sepuluh tahun mula belajar membaca dan menghafaz Al-Quran di rumah guru yang diadakan di sebelah pagi setiap hari. Pembelajaran sedemikian wujud sehingga sekarang. 6. Di Brunei, sistem pengajian tradisi oral Islam juga wujud sebelum penjajahan British. Sistem persekolahan hanya diperkenalkan pada awal tahun 1950-an. 7. Di Semenanjung Tanah Melayu pendidikan tradisional Islam juga wujud sehingga diperkenalkan sistem persekolahan moden pada tahun 1908. Struktur pendidikan tradisional Islam juga wujud sejak agama Islam bertapak di sini, sebagaimana yang disebutkan oleh Abdullah Munsyi dalam Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah. C. Kesimpulan (2markah) Apa sahaja yang bersesuaian.

46

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH 14 Bincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kegemilangan Baghdad

sebagai pusat kegiatan intelektual pada zaman Abbasiyah.

Pendahuluan ( 3 markah )

1. Latar belakang kerajaan Bani Abbasiyah – Kerajaan Bani Abbasiyah berkuasa selama lima kurun (132 H hingga 565 H / 750 M hingga 1258 M ) dan diperintah oleh 37 orang khalifah bermula dengan Khalifah Abu Abbas as-Saffah hingga Khalifah alMu’tasim al- Mastansir yang dibunuh oleh tentera Moghul pada tahun 565 H/ 1258 M. Zaman kekuasaannya hamper mencakupi seluruh zaman kemasan Islam kerana zaman kemasan Islam bermula dari abad ke-7 M hingga abad ke-13 M. Pada zaman Abbasiyah ini, tamadun Islam telah mencapai kemajuan yang amat gemilang sekali.

2. Latar belakang Baghdad sebagai pusat kegiatan intelektual – Baghdad ialah ciptaan Khalifah Abbasiyah. Khalifah Jaafar al-Mansur pada tahun 762 M telah mengasaskan Baghdad sebagai ibu kotanya. Baghdad terletak antara Sungai Tigris dan Euphrates. Baghdad terletak di tempat yang strategik dan dalam masa yang singkat telah menjadi pusat kegiatan ekonomi dan politik yang setanding dengan Konstantinople. Perkembangan Baghdad terdedah kepada pengaruh kebudayaan dan unsur-unsur politik Parsi. Institusi khalifah yang berbentuk despotisme membayangkan pengaruh konsep kerajaan Sasanid Parsi. Keseluruhannya, pendedahan sistem politik Abbasiyah kepada pengaruh politik Parsi menyediakan satu asas untuk perkembangan satu zaman baharu yang memuncak dengan kegiatan intelektual yang pesat pada zaman pemerintahan Harun al-Rasyid dan anaknya al-Ma’mun. 3. Penegasan soalan – pelbagai factor yang menyumbang kepada kegemilangan Baghdad sebagai pusat kegiatan intelektual pada zaman Abbasiyah.

Isi ( 7 isi x 3 markah = 21 markah )

1. Peranan Bahasa Arab – berbanding dengan Bani Umayyah, Kerajaan Abbasiyah terdiri daripada pelbagai bangsa, adat resam, dan kebudayaan. Walaupun masyarakat

47

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH Abbasiyah di Baghdad bersifat kosmopolitan tetapi pada keseluruhannya wujud perpaduan yang berasaskan agama Islam dan Bahasa Arab. Bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi pemerintahan Abbasiyah.

2. Peranan Pemerintah – Naungan politik mendorong perkembangan ilmu di Baghdad. Sikap kecintaan para pemerintah Abbasiyah terhadap ilmu telah menggalakkan para cendiakawan berkumpul di kota Baghdad. Khalifah al-Mansur merupakan perintis dalam usahanya menaungi dan mempelopori kegiatan intelektual. Harun al-Rasyid telah menarik ramai penuntut ilmu kerana Baghdad dikenali sebagai pusat ilmu terpenting dalam dunia pada ketika itu. Sifat kepelbagaian bangsa dan kebudayaan dalam masyarakat majmuk Abbasiyah dan sifat keterbukaan pemerintahnya terhadap aliran-aliran pemikiran yang berlainan telah menjadikan kota Baghdad terkemuka di dunia pada masa itu. Jelas bahawa penyerapan berbagai-bagai unsur daripada kebudayaan Parsi, Syria, dan Yunani telah memperkayakan pemikiran intelektual dalam tamadun Islam pada zaman Abbasiyah. 3. Sistem Pendidikan – perkembangan ilmu digalakkan lagi dengan penubuhan dan perluasan suatu rangka institusi pendidikan awam. Setakat itu, institusi pendidikan awam berkisar kepada masjid sahaja dan kurikulumnya hanya merangkumi membaca, menulis, dan mengira. Tetapi pada zamanal-Ma’mun, pendidikan ditingkatkan lagi dengan mendirikan pelbagai akademi termasuklah institusi perundangan dan institusi sains yang dilengkapi dengan perpustakaan dan makmal-makmal. Buat pertama kali pendidikan awam dibiayai oleh kerajaan.

4. Kegiatan Penterjemahan – karya-karya Yunani terutama dalam bidang perubatan dan sains diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Contohnya, karya-karya Galen, Hippocrates, dan Diescarides telah diterjemahkan. Dalam bidang falsafah, karya-karya Plato dan Aristotle seperti Republic, Categories, Physics, dan Magna Moralia diterjemahkan. Al-Fazani juga menterjemahkan karya-karya Sanskrit dalam bidang matematik. Al-Ma’mun telah mengutuskan wakilnya menemui Maharaja Byzantium untuk mendapatkan naskah-naskah ahli falsafah dan sains bagi untuk diterjemahkan

48

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH oleh para penterjemah di Bayt al-Hikmah. Pada keseluruhannya, penterjemahan telah memperkayakan khazanah budaya ilmu Islam. 5. Peranan Tokoh-tokoh Terkenal dan Cendikiawan Islam – zaman penterjemahan diikuti dengan sumbangan asal orang-orang Islam dalam bidang sains dan kesusasteraan. Bahasa Arab yang dahulunya digunakan dalam bidang puisi dan agama sahaja sudah menjadi alat untuk melahirkan pemikiran saintifik dan idea-idea falsafah. Sumbangan asal dalam Bahasa Arab adalah nyata dalam bidang perubatan. Al-Khawarizmi memberikan sumbangan dalam bidang astronomi. Dalam bidang Kimia pula, nama terkenal ialah Jabir ibn Hayyan yang Berjaya memajukan pengetahuan dalam teori dan amalan kimia. Dalam kesusasteraan, keadaan di istana Harun alRasyid di Baghdad memang mengilhamkan penghasilan karya yang terkenal hingga hari ini iaitu karya alfu lailah wa- Lailah atau dalam bahasa Inggeris “ A Thousand and One Nights” ( Arabian Nights ) . Tokoh lain ialah Al-Khindi dan Al-Farabi.

6. Perdagangan Antarabangsa – pedagang Islam telah berdagang ke Timur Jauh. Mereka telah membawa balik hasil dagangan dan ilmu-ilmu seperti teknologi perkapalan, astronomi, geografi, dan pelayaran. Mereka melalui dua jalan iaitu jalan darat dan jalan laut. Pada zaman Khalifah Jaafar al-Mansur, kemajuan perdagangan di Kota Baghdad telah mempengaruhi kemajuan ekonomi di seluruh negara. Tegasnya, perniagaan dan perusahaan menjadi maju pada zamannya.

7. Peranan Bayt al-Hikmah- Kegiatan penterjemahan berlaku dengan pesat apabila Harun al-Rasyid mendirikan Bayt al- Hikmah sebagai pusat penterjemahan dan penyelidikan ilmiah. Bayt al- Hikmah boleh dianggap university pertama di dunia islam yang merupakan kesinambungan daripada Museum Iskandariah. Al-Ma’mun telah melantik Munaya bin Ishaq untuk mengetuai Bayt al- Hikmah. Munaya ialah seorang ahli perubatan berketurunan Nestorian Kristian yang menguasai bahasa Assyrian dan Arab. Perkembangan ilmu lebih pesat lagi apabila tertubuhnya badan Bayt al- Hikmah yang khusus untuk kegiatan perbahasan dan penyelidikan. Para pemerintah telah meletakkan suatu asas yang kukuh bagi kelahiran para ilmuan dan saintis Muslim. Pemerintah juga berperanan menghimpunkan kitab-kitab dari seluruh dunia Islam. Para

49

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH sarjana dikumpulkan dan diupah untuk mengumpulkan bahan dan manuskrip dan diterjemahkan ke bahasa Arab. 8. Hubungan Diplomatik - Al-Ma’mun telah mengutuskan wakilnya menemui Maharaja Byzantium untuk mendapatkan naskah-naskah ahli falsafah dan sains bagi untuk diterjemahkan oleh para penterjemah di Bayt al-Hikmah. 9. Kestabilan Politik – kegemilangan kota Baghdad sebagai pusat kegiatan intelektual disokong oleh faktor kestabilan politik kerajaan Abbasiyah. Pada zaman Abu Jaafar alMansur misalnya, beliau Berjaya mewujudkan keamanan Negara dan keyeguhan politik apabila berjaya menghapuskan berbagai-bagai golongan musuh yang sentiasa menggugat kestabilan politik dan keamanan. Antara musuh-musuhnya ialah bapa saudaranya, Abdullah bin Ali yang telah mengisytiharkan dirinya sebagai Khalifah di Bandar Huran. Ia dapat ditangkap oleh panglima Abu Muslim al-Khurasani di Nasibin lalu dipenjarakan. Selain itu, beliau berjaya menghapuskan pemberontakan Syiah yang diketuai oleh Mohammad bin Abdullah dan Ibrahim bin Abdullah. Beliau juga telah dapat menghapuskan pemberontakan Khawarij di Afrika Utara yang diketuai oleh Abu Haitam al-Kharaji. Di sempadan Negara Islam, beliau dapat menewaskan tentera Byzantine. 10. Kemakmuran Ekonomi – Pada zaman Khalifah Jaafar al-Mansur, kemajuan perdagangan di Kota Baghdad telah mempengaruhi kemajuan ekonomi di seluruh negara. Tegasnya, perniagaan dan perusahaan menjadi maju pada zamannya.

Khalifah al-Mansur merupakan perintis dalam usahanya menaungi dan mempelopori kegiatan intelektual. Harun al-Rasyid telah menarik ramai penuntut ilmu kerana Baghdad dikenali sebagai pusat ilmu terpenting dalam dunia pada ketika itu.

C. Kesimpulan ( 1 markah )

Apa-apa yang berkaitan.

50

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH 15. Bandingkan faktor-faktor yang menggalakkan penjelajahan dan penerokaan pengembara-

pengembara Islam pada abad ke-10 hingga abad ke-14 Masihi dengan ahli-ahli pelayaran Barat pada abad ke-15 hingga abad ke-16 Masihi.

A. Pendahuluan ( 3 M ) 1. Definisi penjelajahan dan penerokaan. Menurut Kamus Dewan penjelajahan ialah perihal menjelajahi, mengelilingi atau berjalan ke merata tempat untuk menyelidiki . Manakala penerokaan ialah perihal perbuatan meneroka dan menerokai. 2. Latar belakang penjelajahan dan penerokaan Islam dan Barat Sejarah penjelajahan dan penerokaan orang Islam dimulakan oleh orang Arab Selatan yang pernah meneroka dan menguasai Lautan Hindi. Manakala orang Barat dimulakan

sejak tamadun Rom hasil daripada penciptaan peta dunia. Tokoh pelayaran Islam ialah al-Walid bin Abdul Malik, Ibnu Hawkal dan Ibnu Batutah manakala tokoh pelayaran Barat ialah Marco Polo, Christopher Columbus dan Vasco da Gama. 3. Penegasan soalan

B. Isi-isi penting (20 markah)

i). Faktor-faktor Penjelajahan Dan Penerokaan Islam. ( 5 isi X 2 Markah=10 Markah ). 1. Pengukuhan politik Islam. Islam telah berkembang dan menguasai hampir dua pertiga dunia .Penerokaan bertujuan memperkukuhkan kedudukan politik dan meneroka kawasan baru. Contohnya penguasaan Afrika utara, Sepanyol, selatan Parsi hingga sempadan China dan India.

2. Penyebaran Agama Islam

51

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH Tujuannya untuk menyebarkan agama Islam. Para pendakwah telah menyebarkan Islam ke seluruh pelosok dunia. Saad bin Ibn Waqqas dihantar ke China untuk menyebarkan Islam pada zaman Dinasti Tang. Di Alam Melayu, Islam disebarkan oleh pendakwah seperti Syeikh Ismail, contohnya, ke Sumatera, Acheh dan Pasai ( Alam Melayu ) . 3. Peningkatan Ilmu Pengetahuan Islam menyeru umatnya supaya menuntut ilmu. Melalui penjelajahan dan penerokaan dapat menuntut ilmu ke seluruh dunia dan maju dalam pelbagai bidang ilmu seperti astronomi, geografi, matematik, perubatan dan sebagainya.

4. Perkembangan Perdagangan Melalui penjelajahan dan penerokaan ke China, Eropah dan Alam Melayu, perkembangan ekonomi berlaku dengan barangan dagangan seperti permaidani, batu permata, kain kapas dan sebagainya.

5. Memakmurkan Bumi Allah. Menjaga kebaikan dan keadilan dengan tuntutan ajaran Islam.

6. Menyebarkan Kebudayaan Islam Penerokaan dan penjelajahan Islam juga bertujuan untuk menyebarkan kebudayaan dan peradaban Islam dalam aspek kehidupan politik, sosial dan bahasa.

ii) Faktor – faktor penjelajahan dan penerokaan barat (5 Isi X 2 Markah = 10 Markah)

1- Gerakan Renaisans Semangat Renaisans juga mengubah pandangan dunia (world view) orang – orang Eropah. Pada dulunya, perspektif mental mereka adalah berdasarkan pandangan bahawa Eropah tertumpu pada Jerusalem dan Lautan Mediterranean.

2- Semangat inkuiri Semangat inkuiri atau ingin tahu terutamanya tentang wujudnya hal tanah – tanah di luar Eropah yang belum diketahui. Dunia pada masa itu, dianggap terdiri daripada Asia,

52

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH Eropah dan Afrika yang mengelilingi Lautan Mediterranean. Pengetahuan baru tentang China melalui Marco Polo telah mencetuskan semangat baru untuk memperluaskan pengaruhnya.

3- Maklumat baru Maklumat baru tentang geografi di luar Eropah serta peta-peta yang lebih saintifik. Maklumat baru misalnya didapati daripada “ The Travels of Marco Polo”. Buku itu diterjemahkan dalam beberapa bahasa seperti Latin, Sepanyol, German, dan Inggeris. Columbus sendiri memperoleh buku itu yang memberi perangsang kepadanya untuk menjelajahi Lautan Atlantik pada tahun 1492 T.M. Terdapat penyelidikan dalam bidang geografi dan pelayaran ditaja oleh raja – raja yang mementingkan penerokaan maritim. Munculnya segolongan ahli – ahli kartografi dan hidrografi yang menghasilkan petapeta yang jauh lebih tepat daripada peta Ptolemy.

4- Motif kekayaan Penjelajahan terdorong oleh motif kekayaan dan keuntungan daripada perdagangan dengan negara – negara timur. Barangan – barangan seperti rempah ratus, sutera, dan lain – lain ialah keperluan asas masyarakat Eropah tetapi bekalannya dikawal oleh para saudagar Itali, Venice, dan Genoa. Orang – orang Islam juga menguasai perdagangan di antara Mediterranean Timur dengan Asia Timur dan India. Jadi, penemuan jalan laut baru adalah demi kepentingan mengurangkan kos import serta meningkatkan keuntungan mereka.

5- Penyebaran agama Kristian Penjelajahan didorong oleh kepentingan penyebaran agama Kristian. Orang – orang Sepanyol sedang berperang dengan negeri – negeri Islam di Iberia untuk merampas balik tanah mereka daripada penguasaan Islam. Didasarkan konsep bahawa dunia pada masa itu haruslah tertakluk kepada kuasa Kristian, maka penyebaran agama Kristian menjadi suatu motivasi yang begitu kuat. Contohnya, mendapatkan ikatan politik dengan Prester John di Ethopia untuk menghancurkan kuasa Islam.

53

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH 6- Galakan dan dorongan pihak kerajaan Sepanyol dan Portugal Penaungan pihak kerajaan Sepanyol dan Portugal seperti Prince Henry the Navigator dan Raja John III juga mendorong peneroka – peneroka untuk mencari jalan laut ke Asia Timur dan India. Di bawah penaungan mereka, berlaku kemajuan dalam sains dan teknologi pelayaran dengan pembinaan kapal – kapal yang lebih sesuai untuk pelayaran lautan. Masalah pelayaran jarak jauh telah dikurangkan dengan adanya kompas dan astrolab. Putera Henry telah menubuhkan menyebabkan pendedahan maklumat kepada para pengembara barat. Akademi Laut.

7- Memecah monopoli perdagangan orang Islam Orang-orang Eropah memerlukan barang-barang dari timur seperti rempah ratus, ubatubatan dan kapas. Barang-barang dagangan ini dikuasai oleh pedagang-pedagang Islam dan Itali . Barang-barang dagangan ini dijual dengan harga yang tinggi. Keadaan ini mendorong pedagang-pedagang Eropah khususnya Portugal dan sepanyol ingin memecah monopoli perdagangan orang Islam di Laut Mediterranean dan Lautan Hindi. 8- Berkembangnya teknologi kapal , artileri dan kompas

9- Penubuhan kerajaan monarki kebangsaan membawa kepada persaingan kuasa, pengumpulan kekayaan, dan kemegahan pemerintah. 10- Perkembangan Mekantilisme dan kapitalisme

C. Kesimpulan. ( 2 Markah )

-

Secara umumnya, tujuan penjelajahan dan penerokaan Barat dan Islam adalah untuk peningkatan pengetahuan, penyebaran agama dan perdagangan. Namun begitu, tujuan atau motif penjelajahan dan penerokaan yang berlaku pada abad yang ke 15 M telah semakin meluas meliputi aspek perluasan kuasa, tanah jajahan, perkembangan ideologi politik, pasaran dan sebagainya.

54

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH 16. . “Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul tetapi juga seorang negarawan.” Bincangkan penyataan ini. A. Pengenalan (3Markah) 1. Latar belakang Nabi Muhammad s.a.w. 2. Pengertian Nabi, Rasul dan negarawan 3. Penegasan soalan. B. Isi- isi penting (5 isi X 4M=20Markah) 1. Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul. Bukti kenabian dan kerasulan Muhammad s.a.w. dapat diketahui melalui beberapa cara seperti mukjizat, kitab-kitab, peristiwa, dan sifat-sifat baginda. Baginda telah diakui sebagai Nabi dan Rasul menerusi kitab-kitab suci, iaitu Al-Quran, Taurat, Injil, dan Zabur dan menerusi fakta sejarah. Bahirah, seorang pendeta Kristian telah menyatakan adanya tanda-tanda kenabian dan kerasulan pada diri Nabi Muhammad s.a.w. Selain itu, Nabi Muhammad juga dianugerahkan mukjizat, menerima wahyu melalui dalil-dalil al-Quran. Nabi Muhammad s.a.w. juga mempunyai sifat-sifat kenabian iaitu benar, amanah, menyampaikan, dan bijaksana. 2. Nabi sebagai pemimpin politik. Nabi Muhammad s.a.w. telah berjaya menubuhkan negara Islam yang pertama di Madinah. Baginda turut berjaya membentuk Piagam Madinah (Sahifah Madinah), menandatangani perjanjian Hudaibiyah dan mengadakan hubungan diplomatik. Selain itu, baginda juga memperkenalkan konsep syura dalam pemerintahan dan pentadbiran Islam.

55

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH 3. Nabi sebagai hakim. Nabi telah dilantik menjadi hakim bagi menyelesaikan masalah pemindahan Hajar Aswad sewaktu Kaabah dilanda banjir di Mekah. Setelah itu, baginda telah diterima sebagai hakim di Madinah. Di samping itu, baginda turut diberi kepercayaan sebagai penyelesai masalah masyarakat di Madinah sama ada masyarakat Islam mahupun bukan Islam. Undang-undang Islam dilaksanakan berpandukan al-Quran, Sunnah, dan Piagam Madinah. Walau bagaimanapun, ketua-ketua kaum dan orang bukan Islam diberi pilihan untuk mengendalikan sendiri peraturan mereka. 3. Nabi sebagai perancang ekonomi. Baginda telah merancang dan melaksanakan beberapa projek ekonomi Madinah termasuk projek pertanian dan perdagangan. Baginda menggalakkan para sahabat untuk berniaga. Baginda juga memperkenalkan sistem ekonomi Islam. Sumber ekonomi Islam diperoleh melalui pelaksanaan zakat, jizyah, ghanimah, derma, wakaf, dan sedekah. Pelaksanaan zakat telah berjaya menyelesaikan masalah kemiskinan umat Islam. Ekonomi umat Islam telah berjaya mengatasi ekonomi orang-orang Yahudi. Madinah terkenal sebagai pusat perdagangan antarabangsa. 4. Nabi sebagai pemimpin tentera yang berjaya. Nabi Muhammad s.a.w. telah menubuhkan pasukan tentera Islam dan menjadi pemimpin tentera dalam peperangan. Di antara kejayaannya yang terbesar ialah dalam perang Badar, Khandak, dan pembukaan kota Mekah. Baginda telah memantapkan tentera Islam dengan peralatan, taktik dan strategi, serta etika peperangan. 5.Pemimpin Agama. Sebagai pemimpin agama, baginda telah menentukan beberapa bidang bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Bidang-bidang tersebut ialah ibadat seperti solat, zakat, puasa,

56

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH muamalat, munakahat, jenayat dan hubungan antarabangsa. Baginda menjadi contoh ikutan dalam semua hal yang berkaitan dengan kehidupan beragama. Masjid dijadikan tempat baginda menyampaikan ilmu dan amalan agama.

6. Pemimpin masyarakat Sebagai pemimpin masyarakat , baginda berjaya menyatupadukan masyarakat Madinah. Baginda juga telah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar. Nabi sebagai pembimbing kehidupan sosial atau pemimpin masyarakat. Baginda sebagai ketua dalam keluarga dan telah berjaya menyelesaikan masalah persengketaan antara kaum Aus dan Khazraj dan antara kaum Arab dengan Yahudi di Madinah. Baginda merupakan role model atau sebagai contoh kepada masyarakat. 7. Sebagai Diplomat C. Kesimpulan (2Markah) Apa-apa yang berkaitan.

57

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com