You are on page 1of 19

1

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN LATIHAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) merupakan pendidikan yang berorientasikan kepada pendidikan dan latihan yang memberikan pengetahuan, kemahiran dan pembentukan sikap individu dan sesuai dengan keperluan masyarakat, termasuk membentuk sikap positif terhadap pekerjaan untuk meningkatkan kerjaya di tempat kerja (Hanafi, et al. 2008). Sejarah TEVT di Malaysia bermula sejak zaman sebelum merdeka lagi. Ia mengalami perkembangan dan telah melalui pelbagai proses penyelidikan dan pembangunan bagi memantapkan lagi sistem yang sedia ada.

Pendidikan Vokasional Sebelum Kemerdekaan Di awal penjajahan Inggeris hanya terdapat orang perseorangan seperti Rev R.S. Hutchings mengajari kanak-kanak tentang pekerjaan berguna seperti tukang kayu, tukang besi, tukang kasut dan tukang jahit di Penang Free School pada 1816 (Widad, et al. 2002). Kelas perdagangan dimulakan di St. Xavier’s Institution (nama baru Penang Free School) pada 1906 berdasarkan saranan Laporan Kynnersly. Pendidikan vokasional hanya mula diberi perhatian oleh kerajaan Inggeris apabila terdapat keperluan melatih rakyat bagi mengisi kekosongan jawatan di jabatan-jabatan kerajaan. Maka pada tahun 1906, Treacher Training School dibuka di Kuala Lumpur bagi melatih juruteknik-juruteknik Jabatan Buruh dan Kereta Api Tanah Melayu. Di sekolah, kemahiran simpan kira-kira, anyaman dan kerja kayu mula diajar di beberapa sekolah rendah sekitar tahun 1920an. Pada tahun 1923, Pusat Latihan Pertanian ditubuhkan bagi

Namun begitu syornya tidak diambil tindakan oleh kerajaan Inggeris.O. Sekolah Teknik Jabatan Kerajaan dibuka di bawah kendalian Jabatan Buruh dan pada tahun 1931. Sekolah Pertukangan (Trade School) dibuka di Kuala Lumpur pada tahun 1926 khusus untuk melatih para mekanik. Winstedt merupakan Penolong Pengarah Pendidikan Melayu) pada 1917. Cadangan laporan oleh Messrs . ia dinaik taraf menjadi Universiti Teknologi Malaysia. Laporan Elles 1927 membawa kepada penubuhan sebuah Sekolah Pertanian pada tahun 1931 di Serdang bagi memberi pendidikan yang lebih mendalam kepada pegawai-pegawai pertanian. hanya terdapat lima buah sekolah pertukangan. Ia kemudian diikitiraf sebagai Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1972 dan ditukar nama menjadi Universiti Putra Malaysia pada 1997. ia mula ditadbir urus oleh Jabatan Pelajaran. Pembukaan sekolah ini diikuti di Pulau Pinang. Suruhanjaya Pendidikan Teknik dan Industri telah dibentuk untuk mengkaji keperluan pelajaran vokasional dan teknik di Tanah Melayu. Sehingga 1930. Pada tahun 1972. Pada tahun 1918. Kejuruteraan Mekanikal. Mata pelajaran prinsip pertanian dan perladangan diperkenalkan di Sekolah Vernakular Melayu mengikut cadangan Laporan Winstedt (R. Kejuruteraan Awam dan Ilmu Ukur. Johor Baru dan Ipoh di antara tahun 1929 ke 1934. Jawatankuasa Lemon telah memutuskan supaya Sekolah Teknik diwujudkan di Kuala Lumpur bagi mengajar mata pelajaran Kejuruteraan Elektrik. juruelektrik dan tukang kayu bagi lepasan sekolah rendah. Kemudian pada tahun 1925. Sekolah Teknik Kuala Lumpur ini diubah status menjadi Institut Persekutuan pada 1935 (di bawah pentadbiran negeri Selangor) dan Maktab Teknik pada 1941.2 memberi latihan kepada orang-orang Melayu mengenai cara-cara berladang dan berkebun. Terdapat cadangan untuk menaik taraf sekolah ini kepada Kolej Teknik pada tahun 1942 namun ia hanya direalisasikan pada tahun 1946 akibat Perang Dunia Kedua yang meletus.

pengambilan pelatih dari sektor swasta dimulakan. Ordinan Pelajaran 1952 dicadangkan dan salah satu ciri penting ordinan ini ialah mengembangkan sekolah-sekolah vokasional. Laporan Chesseman 1938 yang lebih menyeluruh dengan mengambil kira Laporan Winstedt (1917) dan Laporan Elles (1927) mengesyorkan lebih banyak sekolah vokasional dibina.J. Ia diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan pada tahun 1931 dan pada tahun 1933. Walau bagaimanapun semasa pendudukan Jepun (1941-1945). Kesedaran untuk mengkaji semula dasar pendidikan timbul menjelang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948. Watson dan Worley supaya sekolah teknik ditubuhkan bagi melatih juruteknik bagi keperluan sektor awam dan juga swasta telah membawa kepada pembukaan Sekolah Teknik pada tahun 1930.). Barnes ditugaskan untuk mempengerusi jawatankuasa mengkaji masalah pendidikan orang Melayu. Saranan Laporan Cheesemen dilancarkan sepenuhnya selepas Perang Dunia Kedua. Laporan Fenn-Wu 1951 menolak cadangan Laporan Barnes supaya semua sekolah dijadikan sekolah kebangsaan dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sebuah Jawatankuasa Penasihat Pusat Bagi Pendidikan Teknikal dan Vokasional dan Latihan dibentuk pada tahun 1953 seperti yang termaktub di bawah Seksyen II Ordinan Pelajaran (Chief Secretary 1953). L. Maka pada 1951 Laporan Barnes dibentuk dan menekankan supaya pelajaran sains dan ketukangan diberi kepada pelajar lelaki serta ekonomi rumahtangga kepada pelajar perempuan.d. perikanan. pertanian dan pertanian telah ditubuhkan (Sejarah Perkembangan Pendidikan n. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu lalu membentuk sebuah Jawatankuasa Penasihat Pusat untuk mengkaji kedua-dua laporan tersebut dan mencari satu penyelesaian. meritim. sekolah teknik dan maktab teknik untuk pengajian telekomunikasi. .3 Coales.

Sekolah teknik ( Technical Institute) merupakan Treacher Training School yang dinaik taraf pada 1956. Perkembangan penting dalam pendidikan vokasional bermula dengan usul Laporan Abdul Rahman Talib 1960 yang mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan (Laporan Razak). Latihan kemahiran dalam pelbagai bidang penting bagi meningkatkan produktiviti selain penggunaan sumber manusia. kewangan dan kaedah pemasaran yang cekap. Laporan ini diterima oleh Parlimen dan digubal menjadi Akta Pendidikan 1961. tenaga mahir dan separuh mahir melalui satu sistem pendidikan formal di bawah pengurusan Kementerian Pendidikan. bahan. sekolah teknik (memberi peluang lepasan sekolah menengah rendah mengikut kursus 3 tahun untuk menjadi juruteknik) dan sekolah tukang (menyediakan kursus kemahiran selama dua tahun untuk lepasan sekolah rendah). Ini kerana negara telah mengalami lebihan tenaga tidak mahir dalam industri (Advisory Council 1963). Laporan Razak mencadangkan supaya penyusunan semula pendidikan teknikal dibuat bagi melahirkan pakar-pakar teknik. Pendidikan Vokasional Selepas Kemerdekaan Sebagai sebuah negara yang baharu mencapai kemerdekaan. Pendidikan teknikal ini dikelolakan dalam tiga peringkat iaitu Maktab Teknik (menyediakan kursus teknikal peringkat diploma kepada lepasan sekolah menengah).4 Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Laporan Razak 1956) telah menyemak dasar pendidikan Persekutuan Tanah Melayu dan membina satu sistem pendidikan kebangsaan. pengurusan dan kawalan adalah perlu dalam mengendalikan program-program latihan merentas pelbagai bidang . Penambahbaikan dalam perancangan. cabaran utama negara sepanjang 1960an dan 1970an ialah menyediakan tenaga kerja dalam sektor kerajaan dan swasta dari kalangan anak tempatan bagi menggantikan tenaga kerja yang berbangsa Inggeris dan Eropah. Antara .

Pada tahun 1964. Pada 1961. sekolah menengah ketukangan (bagi lepasan sekolah lanjutan kampung) dan pembinaan Sekolah Menengah Teknik (SMT) di kawasan bandar. 2002). Bahagian Teknikal dan Vokasional di bawah Kementerian Pelajaran telah dibentuk pada tahun yang sama (Sejarah Perkembangan Pendidikan n. Ilmu Perdagangan. Hasilnya sebuah Jawatankuasa Penasihat ditubuhkan terdiri daripada pakar-pakar dari sektor awam dan swasta bagi mengkaji permasalahan tersebut. Ia dikenali sebagai Sistem Pelajaran Aneka Jurusan atau Pendidikan Komprehensif. Satu sistem pelajaran komprehensif diperkenalkan pada tahun 1965 di menengah rendah dan 1968 di menengah atas (Technical Education Division 1969) bagi memansuhkan Sekolah Pertukangan Kampung dan menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan (Widad. et al. Sehingga tahun 1961.5 perakuan utama ialah untuk memajukan pendidikan teknik dan vokasional dengan membina lebih banyak sekolah lanjutan kampung. empat mata pelajaran vokasional iaitu Seni Perusahaan.d.) (Technical Education Division 1969) untuk mengurus Sistem Pelajaran Teknik dan Vokasional di Semenanjung Malaysia. Justeru Technical Institute telah diubah menjadi SMT pada tahun 1962 bertujuan untuk memberi pengetahuan asas kepada pelajar yang cenderung kepada aliran teknikal dalam tiga bidang kursus iaitu Kejuruteraan Awam. negara telah menerima bantuan kepakaran dan peruntukan kewangan sebanyak 5 juta diberi bagi memajukan bidang teknikal menerusi Rancangan Colombo. Kejuruteraan Mekanikal dan Pertanian. bantuan kewangan dan teknik terus diterima dalam bidang pertanian dan perusahaan (Persidangan Menteri-Menteri Colombo 1961). kebanyakan sekolah lanjutan kampung dan sekolah tukang ditutup kerana kurang mendapat sambutan memandangkan lulusannya sukar mendapat pekerjaan selain masalah kelengkapan bengkel yang tidak mencukupi. Menerusi sistem ini. Sains Rumah Tangga dan Sains Pertanian ditawarkan sebagai subjek elektif .

Oleh itu program-program latihan kemahiran diperluas menerusi Kementerian Buruh dan Tenaga . et al. politeknik dan universiti dengan pembinaan Institut Teknologi MARA (1967). Institut Latihan Perindustrian (ILP) dibina di Kuala Lumpur dan Seberang Prai bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam industri. terdapat 18 buah sekolah vokasional dengan 13 buah daripadanya menawarkan kursus pertukangan. 2002) ke Maktab Perguruan Teknik (dibina pada 1962) (Technical Education Division 1969). Pembangunan ekonomi yang berterusan membawa kepada permintaan pekerja mahir dalam pelbagai bidang pekerjaan. Kecenderungan sektor swasta mengambil pekerja dari kalangan lulusan SPVM mendorong kepada pengenalan Skim Perantis (Technical Education Division 1969) di samping pembinaan lebih banyak SMV secara beransur-ansur (1969 – 1974) di seluruh negara. Kolej Tunku Abdul Rahman (1969). Kursus perdagangan kemudian diperkenalkan di sekolah menengah teknik bagi menarik kemasukan pelajar perempuan seperti yang termaktub dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971 – 1975). Universiti Pertanian Malaysia (1972) dan Universiti Teknologi Malaysia (1972). Menjelang akhir 1974. Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim dan SMV pada tahun 1968 dan Trade Teachers Training College di Kuantan pada 1969. selaras dengan Rancangan Lima Tahun Dasar Ekonomi Baru. Ini berikutan saranan dalam Laporan Khir Johari 1967 dengan Jawatankuasa Pelajaran Tinggi supaya tumpuan diberi kepada pembangunan pendidikan tinggi merangkumi pendidikan vokasional di maktab. Maktab Perguruan Ilmu Khas. Pada tahun 1970.6 kepada pelajar menengah rendah. Politeknik Ungku Omar (1969) (Technical Education Division 1969). Pelajar seterusnya boleh mengikuti pengajian di Sekolah Menengah Vokasional (SMV) pada peringkat menengah atas dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) yang dimulai pada tahun 1969. Universiti Sains Malaysia (1969). Bilangan guru turut ditambah dan latihan diperluas (Widad.

menengah. perindustrian. Pada tahun 1989. Ini dipacu lagi dengan pelancaran Dasar Pandang ke Timur 1982 bagi mewujudkan kerjasama antara Malaysia. Lanjutan daripada ini. namun Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hanya mula ditubuhkan pada tahun 1991. perkhidmatan bimbingan dan kerjaya. B. Turut dilancarkan ialah Dasar Belia Negara pada tahun 1985. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 yang mengkaji pelaksanaan Laporan Kabinet tersebut mencadangkan agar murid di sekolah menengah perlu diberi pendidikan umum dan Sistem Pelajaran Aneka Jurusan perlu dimansuhkan. menjadikan lepasan SMV setaraf dengan lulusan SPM. C dan D. Dalam tempoh ini. Turut dicadangkan ialah pembinaan lebih banyak SMV dan kurikulum pendidikan dikaji semula.7 Rakyat. SPVM juga ditukar kepada Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) SPM(V). ekonomi. Melalui RMK4 (1981-1985). pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dimulai dan mata pelajaran Kemahiran Hidup Program Peralihan (KHPP) ditawarkan mengikut Pilihan A. Hasilnya pada tahun 1983. latihan perguruan. pusat latihan belia serta universiti dan kolej telah ditambah bilangannya. politeknik. pengetahuan teknikal dan keusahawanan. Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KBS). Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dilancarkan dan mata pelajaran Kemahiran Manipulatif diperkenalkan. Jepun dan Republik Korea dalam bidang latihan-latihan teknikal dan akademik. penyelidikan dan pengurusan. Program pembangunan kemahiran . Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan agensi lain. program kemajuan eksekutif. lebih banyak ILP. Laporan Kabinet 1970 mengkaji semua matlamat dan implikasi sistem pendidikan sedia ada dan membuat cadangan bagi pendidikan rendah. institut dan SMV. pendidikan khas dan pendidikan moral dan etika. tumpuan kepada bidang pelajaran dan latihan telah dipergiat dengan memfokuskan kepada kemajuan kemahiran.

MLVK telah memperkenalkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi menggantikan Piawaian Ketukangan Kebangsaan (PKK). Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) ditubuhkan pada 1989 bagi menggantikan Lembaga Latihan Perindustrian dan Pensijilan Ketukangan Kebangsaan (LLPPKK) untuk menyelia dan meningkatkan mutu latihan kemahiran di samping bertindak sebagai badan yang bertanggungjawab dalam pentauliahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). kerajaan bersama Pertubuhan Pengilang-Pengilang Malaysia telah bekerjasama menubuhkan Majlis Penasihat Gunatenaga Manusia Kebangsaan yang bertanggungjawab terhadap perancangan. Ini disambut baik oleh Persatuan Institusi Pengajian Swasta Malaysia (NAIPEI) dan menggalakkan lebih banyak NGO di bidang perindustrian mengembangkan latihan-latihan kemahiran industri melalui Latihan Berasaskan Kerja. Dasar Penswastaan Negara pada pertengahan 1980an telah membawa kepada penswastaan institut teknikal dan sekolah teknikal kepada industri. et al. NOSS merupakan hasil penggubalan program latihan . Apabila Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan (JKML) ditubuhkan pada 1991. berdasarkan keperluan industri. KPM. Melalui konsep ini. Pada tahun 1993. 2002). serta orientasi semula kecenderungan masyarakat dan individu kepada pekerjaan teknikal. latihan dan kawalan program-program di bawah Kementerian Sumber Manusia (MOHR). Dalam tahun 1992.8 belia terus diberi perhatian dalam RMK7 (1996 – 2000) di mana keutamaan diberi dalam pembangunan tenaga melalui peningkatan sistem penyampaian pendidikan dan kemahiran. KPM telah memperkenalkan konsep “Time-Sector Privatisation”. kemudahankemudahan di Politeknik dan juga SMT dihubungkaitkan dengan institusi swasta. dan MARA (Widad. KBS. Selain itu HRDF (Dana Pembangunan Sumber Manusia) ditubuhkan bagi mengadakan sesi latihan dalaman. Kementerian Buruh. Kementerian Seni dan Budaya.

Malaysia telah menubuhkan institusi latihan kemahiran lanjutan dan tinggi dengan kerjasama Jerman (German-Malaysia Institute. MFI) dan Jepun (Japan-Malaysia Technical Institute. GMI). Perancis (Malaysia-France Institue. Dua belas buah Kolej Komuniti mula beroperasi pada tahun 2001 dan pembinaannya diteruskan secara berfasa dalam RMK 9. Pewujudan Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB) pada 1992 telah menggalakkan penglibatan pihak swasta dalam melatih dan memberi latihan kepada pekerja sektor industri. Di peringkat Kementerian Pelajaran. perjanjian Persefahaman (MoU) ditandatangani antara Kolej Komuniti dengan syarikat-syarikat bagi menggalakkan usaha sama menjalankan program . mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) diajar kepada pelajar tahun empat bagi menggantikan mata pelajaran Kemahiran Manipulatif secara berperingkat. Rang UndangUndang Pendidikan 1995 digubal. Di peringkat sekolah rendah. SMV dinaiktaraf menjadi SMT pada 1996 dengan menawarkan tiga aliran iaitu teknikal. usul mengenai penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen dibuat bagi menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat di samping memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.9 sedia ada dan melibatkan JKML dan pakar-pakar dari industri. JMTI) pada tahun 1995. vokasional dan kemahiran. Pelan Tindakan Bagi Pendidikan Teknikal dibentuk dan selaras dengan Dasar Perindustrian Negara. Pada tahun 2000. Kursus-kursus teknikal dan vokasional di politeknik diperluas dengan mengadakan kerjasama latihan termasuk pertukaran program dengan institusi latihan. perbadanan atau organisasi perindustrian. mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) ditawarkan dan menggantikan KHPP pada tahun 1991. Pada tahun 2007. Sejajar dengan perkembangan ekonomi. GMI dan FMI dikendalikan oleh MARA manakala JMTI dikendalikan oleh MOHR.

Galakan turut diberi dengan penyaluran pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (TPTN) di institut latihan kemahiran. terdapat 822 buah sekolah menawarkan MPV. MPAV adalah bercirikan TechPrep di mana pelajar mengambil mata pelajaran akademik sebagai teras dan mata pelajaran vokasional sebagai elektif. IKTBN.10 berkonsepkan Pembelajaran Berasaskan Kerja (Work-Based Learning). telah beroperasi di bawah RMK8 (2001 – 2005). KBS ditubuhkan pada tahun 2001 bagi merancang dan engawal selia program latihan kemahiran di IKBN. et al. termasuk dua institut latihan kemahiran peringkat tinggi. 2012). Politeknik atau di Institut Pengajian Tinggi yang lain. Sehingga Jun 2008. Bahagian Pembangunan Kemahiran. Pada tahun 2006. Pada tahun 2002. Lepasan Kolej Komuniti berpeluang meneruskan pengajian peringkat diploma di Kolej Komuniti. Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) telah dikuatkuasakan pada 2006 dengan tujuan untuk membangunkan sumber manusia yang berpengetahuan (k-pekerja) dan MLVK telah ditukar nama menjadi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) (Ghalip. Kursus Kemahiran Jangka Pendek dan Customised kepada belia serta Kursus Kemahiran di institusi swasta (program tajaan pelatih). MOHR kemudiannya menggubal Pelan Induk Latihan dan Pembangunan Kemahiran Pekerjaan Malaysia 2008 – 2020 dengan memfokuskan kepada pembangunan tenaga kerja berpengetahuan . mata pelajaran aliran vokasional (MPAV) mula ditawarkan di SMT. Sebuah Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) ditubuhkan pada 2007 bagi memperkukuh penyampaian latihan dan meningkatkan pengambilan tenaga pengajar. Lebih banyak institusi kemahiran seliaan KBS iaitu sebanyak 15 institut latihan. Insentif turut diberikan kepada industri untuk terlibat dalam program perantisan kemahiran pelajar. peluasan akses kepada aliran vokasional dibuat dengan menawarkan mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah menengah harian.

Power Point Slide 16 . Pentauliahan Melalui Institusi Yang Diluluskan. Jabatan Pembangunan Kemahiran.11 dan berkemahiran tinggi. yang lengkap dengan nilai dan sikap positif. Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu . membentuk k-pekerja yang dapat memenuhi keperluan masa kini dan masa depan industri yang mampu memacu daya saing negara di peringkat antarabangsa. Sumber : Taklimat Peluang-Peluang Latihan-Latihan Kemahiran Dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Ke Arah Pembangunan Kerjaya. Pentauliahan JPK dilaksanakan melalui SKM. MOHR. Pentauliahan Berorientasikan Industri Melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLN) dan Skills Malaysia (bermula 2011).. PPT (sejak 1996) .

12 Selaras dengan sasaran mencapai status negara maju menjelang 2020. industri seharusnya memainkan peranan yang aktif. dasar pelajaran baru dibuat. mengawal selia latihan dan perjalanan institusi disesuaikan dengan dasar kerajaan dan keperluan semasa. SMV dinaiktaraf menjadi Kolej Vokasional (KV) dan tempoh pengajian dipanjangkan menjadi empat tahun. Sehingga tahun 1941. penubuhan bahagian. Apabila negara mencapai kemerdekaan. Hanya mata pelajaran pertanian dan pertukangan diberi di peringkat menengah. Graduan KV akan memperoleh SKM Tahap 4 (setaraf diploma) di akhir pengajian (Mesyuarat Jawtankuasa Teknikal 2011). vokasional dan kemahiran. Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran pada 2011. Ekoran desakan masyarakat Melayu selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. jabatan dan kementerian untuk merancang. melaksana dan mengawal program-program latihan teknikal. Pelajar akan memilih pengkhususan semasa di Tingkatan Dua. . berdaya saing dengan nilai-nilai positif. Bagi melahirkan tenaga mahir yang berketerampilan. Kesimpulan Kerajaan British memulakan TEVT pada awal 1900 semata-mata untuk menyediakan tenaga kerja peringkat bawahan di Jabatan Buruh dan Kereta Api bagi memenuhi kehendak ekonomi untuk memindah hasil perlombongan dan perladangan. usaha meningkatkan bilangan tenaga mahir membawa kepada pembukaan lebih banyak institusi latihan vokasional. Sehingga kini kerajaan bertanggungjawab merancang. Selepas PMR. Pendidikan menengah dibuka kepada pelajar perempuan dalam subjek ekonomi rumah tangga dan pelajar lelaki subjek sains di samping pertukangan. pelajar boleh mengikut pengajian di institut latihan kemahiran awam atau swasta. Pelajaran Pendidikan Asas Vokasional diperkenalkan dari Tingkatan Satu. peluang pendidikan masih terhad di bawah penjajahan Inggeris.

Hasil kajian dua tahun (1997 . Persekitaran perindustrian dan persaingan di peringkat global memerlukan tenaga kerja yang bukan sahaja mahir. sebuah sistem baru telah diperkenalkan iaitu sistem yang menggunakan 5 tahap kemahiran. Ini diikuti pula dengan pengenalan pendekatan akreditasi pada tahun 1993 yang dijalankan oleh MLVK. Subsistem 2: TEVT dikendalikan oleh Kementerian Persekutuan 3. Subsistem 1: TEVT diintegrasi dalam sistem pendidikan umum di bawah KPM.1999) tersebut. Terdapat tiga aliran . Malaysia telah melantik sekumpulan pakar dari Jerman untuk mengkaji dan menilai sistem latihan vokasional di samping menerokai kemungkinan mengaplikasi Sistem Dual Jerman dalam konteks Malaysia . 2. Justeru. pertengahan dan berkemahiran. Subsistem 3: Penilaian dan pensijilan kemahiran kerja yang dilakukan berdasarkan kepada NOSS dan Sistem Pensijilan. sistem TEVT digambarkan sebagai : 1.13 PERBANDINGAN DI ANTARA TEVT DI MALAYSIA DAN DI JERMAN Pertumbuhan ekonomi yang pesat telah membawa kepada perkembangan TEVT yang rancak selepas negara mencapai kemerdekaan. bahkan berupaya melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan berkesan dan produktif. Pelan Induk Perindustrian Kedua (1996-2005) telah memberi tumpuan kepada pembangunan sumber manusia (Zuraidah 2008). SLDN merupakan suatu pendekatan yang telah terbukti berkesan di Jerman di mana institusi latihan dan industri bekerjasama menghasilkan pekerja mahir. Namun yang demikian. Kajian tersebut mengesyorkan kaedah pembentukan Sistem Dual Latihan Nasional (SLDN) di Malaysia. Sistem ini bermula dengan memperkenalkan tiga tahap sistem pensijilan iaitu asas. pada tahun 1992.

Realschule seperti Hauptschule tetapi dengan pemberatan teori yang lebih banyak manakala Gymnasia adalah persediaan pelajar yang akan mengikuti pelajaran ke universiti. Berasaskan keberkesanan sistem ini. Industri bertanggungjawab terhadap pelaksanaan latihan kerja dan menyokong dari segi kewangan. Terdapat dua tempat pembelajaran.14 pendidikan menengah di Jerman iaitu Hauptschule. Empat ciri dan sifat Sistem Dual Jerman dinyatakan di bawah (Hanafi. Austria dan Switzerland. 1. Hauptschule ialah peringkat terendah yang dikhususkan kepada pelajar yang akan mengikuti program perantis. 4. Sistem ini membolehkan bekalan tenaga mahir yang berterusan bagi memenuhi permintaan industri pembuatan dan perkhidmatan seperti yang berlaku di Jerman. Setiap pelajar di bawah 18 tahun perlu mengikuti pendidikan di sekolah vokasional bawah pengawalan negeri. bagi memastikan kelayakan vokasional mempunyai ukuran yang sama di seluruh negara berdasarkan prinsip pengelolaan sendiri. 3. et al. 2008). Amerika Syarikat dan rakan ASEAN lain seperti Thailand . Penilaian akhir dilakukan oleh Dewan Perdagangan dan Industri Jerman (DIH) dan para profesional. Relschule dan Gymnasia. Sistem perantisan di aliran Hauptschule dan Realschule dikenali sebagai sistem dual. Pelaksanaan latihan bekerja ditangani oleh pelbagai syarikat dan kerajaan sepanjang masa dua ke tiga tahun. i) di industri untuk latihan bekerja yang diuruskan kerajaan pusat atas nasihat daripada institut latihan vokasional dan ii) di sekolah untuk mempelajari teori umum dan menjadi tanggungjawab negeri 2. Perundangan pendidikan di 16 negeri memastikan bahawa belia lepasan sekolah yang memasuki latihan adalah tanggungjawab kerajaan. di mana sistem sangat bergantung kepada pasaran latihan di sektor swasta. bukannya kerajaan.

Oleh itu SLDN boleh dianggap sebagai satu sistem yang menggabungkan kompetensi berasaskan teknikal dengan kompetensi berasaskan kemanusiaan. 2007). Ia dibentuk berdasarkan analisis kehendak industri. Pelan Induk Industri (IMP) dan kehendak serta analisis pasaran masa kini dan akan datang (Rahman. et al.107 orang melibatkan sekitar 1177 syarikat perindustrian (Ghalip. Melalui SLDN. pendekatan sistem perantis dan persekitaran tempat belajar serta kaedah penyampaian latihan yang menyeluruh dari institut-institut latihan dan industri. Malaysia mensasarkan bekalan pekerja mahir yang cukup dan modal insan bermotivasi tinggi. Ini didorong oleh kegagalan mereplika sepenuhnya Sistem Dual Jerman.500 orang pekerja mahir melalui SLDN pada 2010 (Akmal. 2012) yang berbeza. jumlah keseluruhan pelatih SLDN ialah 26. Kemahiran sosial dan nilai sosial amat dititikberatkan dalam pekerjaan sebenar. Rohana and Aminudin 2011) tidak dapat dicapai.15 dan Filipina telah menerapkan kaedah latihan ini dalam usaha mengukuhkan lagi sistem pencapaian mereka (Rahman. et al. Antara perbezaan yang paling ketara di antara SLDN yang dijalankan di Malaysia dan Jerman ialah (Akmal. Ia menggunakan Kurikulum Teras Pekerjaan Kebangsaan (NOCC) yang dibentuk pakar dalam sesuatu bidang latihan pekerjaan. et al. Sehingga 2011. SLDN berbeza dengan program latihan kemahiran yang lain kerana pengajar perlu menyisipkan kemahiran sosial dan nilai sosial secara eksplisit dalam proses pengajaran dan pembelajaran kandungan teknikal. Pelaksanaan SLDN diluluskan pada tahun 2004 dan dilaksana pada 2005 melibatkan perancangan satu perkongsian bijak di antara institut latiahn dengan (industri). Justeru didapati bahawa SLDN yang dijalankan di Malaysia tidak begitu berjaya seperti Sistem Dual Jerman. 2007). Rohana and Aminudin 2011): . Sasaran awal melahirkan 31. bersesuaian dengan polisi kerajaan dalam program pembangunan nasional.

MHR yang akan menganugerahkan Sijil Latihan Kemahiran tahap 3. Perkara Sejarah Sistem Dual Jerman Sejarah yang panjang .telah diterapkan seawal abad ke20 dan latihan perantis telah bermula sejak abad ke 17 Luas dan universal . Fungsi dominan SLDN di Malaysia adalah semata-mata untuk kepentingan ekonomi berbanding kepentingan individu (pelatih) dan masyarakat. Majikan & organisasi pekerja tidak memainkan peranan. Tiada perangkaan undang-undang yang spesifik. Kawalan Pusat – Dikawal oleh pihak kerajaan melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran. Koordinasi Dan Prinsip dan Peraturan – Kawalan Kualiti Dipantau oleh sesebuah syarikat itu sendiri. Akta undang-undang yang mantap Vocational Training Act 1969 untuk latihan di tempat kerja dan State (Lander) Education Acts untuk latihan di sekolah-sekolah Sistem Latihan Dual Nasional Sangat terkini – bermula apabila perjanjian usaha sama di antara Jerman dan Malaysia termeterai pada pertengahan tahun 1990-an. Matlamat Utama Perangkaan UndangUndang Perkongsian Kos Perkongsian Kos antara kerajaan dan Perkongsian kos – Kerajaan industri dengan industri menyumbang mengeluarkan modal yang lebih hingga dua pertiga dari jumlah besar dibandingkan dengan industri. Rohana and Aminudin 2011). keseluruhan. Polisi pendidikan teknik dan vokasional negara Jerman adalah lebih meluas dan holistik.16 1.Pendidikan dan latihan vokasional menyediakan semua kaum muda dengan kelayakan yang diperakui. Tujuan khusus untuk pekerjaan . 2. Kawalan Pusat – Dikawal oleh pihak kerajaan iaitu sebahagian besarnya melalui Economic Planning Unit.Keperluan tenaga kerja berkemahiran untuk kepentingan ekonomi semata-mata. Perbezaan-perbezaan lain yang menyumbang kepada ketidaksempurnaan SLDN di Malaysia dinyatakan dalam jadual di bawah (Akmal. Sistem Penilaian Dan Pensijilan Pentadbiran Sendiri – Dilakukan oleh sesebuah syarikat yang terlibat. .

Panjang – 3 tahun hingga tiga tahun setengah. kerajaan memainkan peranan utama. Pendekatan pengajaran berasaskan aktiviti Sistem Latihan Dual Nasional Dokumen yang terlalu mendalam dan terperinci Kurikulum yang sangat terperinci serta standard untuk semua syarikat dan pusat latihan.Hanya rangka kurikulum yang singkat diberikan. Jangka Masa Pengajian Pendekatan Pendek – 2 tahun Pendekatan pengajaran berasaskan proses kerja Kesimpulannya perbezaan utama di antara SLDN di Malaysia dengan Jerman adalah di Malaysia. peranan negeri pula tidak jelas manakala pihak industri menjadi penyokong kepada perlaksanaan sistem ini sahaja. Pihak industri di Malaysia belum bersedia dari pelbagai aspek untuk mengambil alih tugas dan tanggungjawab yang dijalankan oleh kementerian pusat dalam melaksanakan SLDN.17 Perkara Kurikulum Dan Reka Bentuk Pengajaran Sistem Dual Jerman Dokumen yang tidak terperinci . . satu konsep baru dalam pembelajaran sesuatu bidang dan setiap satunya adalah berbeza mengikut syarikat dan sekolah vokasional. Senario di Jerman berbeza dengan pihak industri memainkan peranan utama.

18 Bibliography Advisory Council." In Pendidikan Teknikal dan Vokasional: Suatu Perspektif Umum. Md Aroff Abdul Rahman.7091926. Bakar Ab Rahim. Abdullah Nor Hazana. 2011: 214-222. PROPOSAL. Serdang: Kementerian Sumber Manusia. DEVELOPMENT PROJECT . H F. April 4. Sijil Kemahiran Malaysia : Gerbang Kerjaya Anda. 2012). Sistem LAtihan Dual Nasional : Buku Panduan Kemahiran Sosial dan Nilai Sosial dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional. National Productivity Centre. et al. 2/2011. 2007. "Sistem Latihan Kemahiran Dua Hala Di Malaysia : Satu Perbandingan Dengan Negara Jerman. "Arrangement For Opening Trade School In Kuala Lumpur. MINISTRY OF EDUCATION. Ghalip. Persidangan Menteri-Menteri Colombo. Hanafi. and Udin Aminudin. 1969." Kuala Lumpur: Office of The Director of Education. Othman. TECHNICAL AND VOCATIONAL DIVISION. "Sejarah Perkembangan Pendidikan. Nazri Mohd Ibrahim and Hamzah Ramlah. Ivan." Arkib Negara Malaysia. Memorandum of The Administration of Vocational Training. Ahmad. Inspector of Schools in Selangor." Journal of Edupress." National Productivity Centre : Productivity Bulletion. Hanas Hasmori. Report On Malay Vernacular Education In The Sabak Bernam and Tanjong Karang Areas. Jabatab Pendidikan." International Education Studies. Transformasi Pendidikan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia. http://www2. Abu Samah Asnarulkhadi. Hamzah Rohana. Mohd Noah Sidek. 1978. Mesyuarat Jawtankuasa Teknikal. and Kasa Zakaria." In Pendidikan di Malaysia. Bersama KPM dan KPT BIl. 1953. "The Emerging Roles of Coaches In The Malaysian Dual Training System. 3-22. Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Jabatan Tenaga Ra'ayat. November 13. and Abu Rosini. Julai 11. Sulaiman Mohamad. Dec 1963. "Model Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal-Vokasional. 2011: 154-160. by Mat Rashid Abdullah. Rujukan N. M. 2008. Sapahat. "Introduction To Management Course. Putrajaya: Jabatan Pembangunan Kemahiran. Sail. Rahman. REF KP (pt) SULIT 008/6( ).arkib. Hamzah Azimi. Hammond. 1947. 2012.php?type=A&item_id=940 (accessed March 20. Chief Secretary. Putrajaya.S. Sumber Arkib Negara Malaysia (Rujukan 2008/0006395). Inspection. Serdang: Penerbit UPM. 2011. Akmal. 1961.gov. and Shamsudin Alina.my/hids/print. Hamzah Ramlah. Kementerian Buroh. . TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION. "Central Advisory Committee On Technical and Vocational Education and Training.

Menghayati Budaya Ilmu : Faham Ilmu. .edu. Mohd Zain. Kuala Lumpur: Ministry of Education. 1969.my (accessed April 11." Universiti Malaysia Perlis. Habib Abd Razak.19 "TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION IN FEDERATION OF MALAYA. 2008. Zaini. "TVET in Malaysia. Amalan Dan Panduan. Widad. Technical and Vocational Education in West Malaysia. 1965. dspace. Mustapha Ramlee. 2009. Technical Education Division. and Ahmad Mohd Nor. Kuala Lumpur: Universiti Terbuka Malaysia. Perancangan Kurikulum Pendidikan Teknik Dan Vokasional. 2002. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.unimap. Zuraidah. 2011). Othman." SUMMARY OF ARRANGEMENT. Ujang.