You are on page 1of 99

Antasya Balkis

B

1

A

B

ANGUN Alis. Bangun sayang. Hari dah tinggi ni….” Puan Norkiah menepuk lembut paha anak gadisnya. Alissa menggeliat kecil. “Tak mahu bangun lagi? Nanti lambat,” Puan Norkiah mengeluh lembut. Kalau cuti hujung minggu begini memang payah benar untuk membangunkan anak gadisnya ini. “Hari nikan cuti, mama….” Matanya sedikit terbuka melihat mama yang sudah berpakaian cantik. Alissa menguap lagi. Malasnya…. “Tak senonoh anak dara ni. Patutlah tak ada lelaki yang nak,” Puan Norkiah ketawa.

“B

1

Suatu Penantian

Alissa bangun. Matanya digenyeh-genyeh kerana kekaburan. Jam di tepi katil dijenguknya. “Mama, awal lagi ni!” Jam menunjukkan pukul tujuh pagi. Dia masih mengantuk dan mahu bermalas-malas di atas katil empuk. “Johanna dah tunggu kat bawah tu!” Sekali lagi Puan Norkiah menepuk manja paha anaknya. Johanna? Siapa pula Johanna tu? Fikirannya masih mamai. Seketika kemudian… Alamak! Matanya terbuka luas. Johanna, kawan aku! Mampus aku! “Kenapa mama tak kejutkan Alis awal-awal lagi?” Alissa bingkas bangun sambil membebel. Dicapainya tuala dan menutup pintu bilik air dengan kuat. “Mama dah kejutkan. Alis yang tak mahu bangun!” laung Puan Norkiah. Dia ketawa melihat sikap anak gadisnya yang selalu kelam-kabut. Puan Norkiah menjadi pemerhati sikap kelamkabut anaknya. Capai sahaja blaus longgar dengan jean hitam, Alissa sudah nampak begitu cantik. Pasti ada hati lelaki yang cair melihat wajah yang cukup tenang itu. “Haaa… lupa lagi!” Puan Norkiah geleng kepala. Di tangannya ada cermin mata nipis kepunyaan Alissa. Anak gadisnya ini sekali-sekala bermata empat. Bermata empat pun tetapi kalau ada lelaki yang melihatnya pasti berkenan. Apabila Alissa menanggalkan cermin matanya, terserlah mata bundarnya. Cantik. “Ah, mata Alis! Lupa lagi,” Alissa tepuk kepalanya sendiri. Kalau sudah kelam-kabut semuanya terlupa.

2

Antasya Balkis

Puan Norkiah ketawa. Alissa… Alissa…. Turun sahaja tangga, sudah tercongok Johanna yang menunggunya dengan bercekak pinggang ala-ala mak tiri. Alissa cuma tersengih. Johanna menunjukkan jam di pergelangan tangannya. Alissa faham benar. Itu maksudnya dia terlambat lagi. “Lambat lagi?” soal Johanna. “Terlajak. Lagipun semalam aku balik pukul satu,” Alissa menggaru kepalanya. Johanna mengeluh. Apalah yang dibuat oleh temannya nan seorang ini sampai pukul satu pulangnya! “Hmmm… bertuahnya aku ada kawan yang baik hati,” Johanna menggelengkan kepalanya. Alissa sememangnya suka membantu. Sebab itulah dia yang paling sesuai menjadi sukarelawan. Kalau boleh semua benda hendak dibantunya. “Sorry,” Alissa memohon. Tidak sampai hati pula Johanna mahu menolak permohonan maaf itu. Sudahnya Johanna ketawa. “Marilah. Kita dah lambat ni!” Johanna menunjukkan jam di pergelangan tangannya sekali lagi. Mereka berdua bergegas pergi. Untuk mamanya yang baik hati, Alissa cuma melambaikan tangan. Johanna memandu tenang tetapi kadangkala mulutnya riuh berceloteh memberi nasihat untuk Alissa, sahabatnya di sisi yang tekun mendengar dan kadangkala mengangguk-angguk tanda faham. Kadangkala Alissa ketawa dengan sikap Johanna yang berlagak seperti seorang ibu kepadanya. Johanna suka membebel. Semua perkara mahu

3

Suatu Penantian

dibetulkan. Semua perkara mahu ditegurnya tetapi Johanna seorang sahabat yang amat baik padanya. Kalau tiada Johanna, dia akan sunyi sendiri. Celoteh Johanna walaupun kadangkala mengena batang hidungnya, tetapi menghiburkan. Macam muzik rap yang laju dan pantas. Dia jadi terhibur. Sampai sahaja di Rumah Anak-anak Yatim Sri Intan, mereka disambut oleh empat puluh orang anak-anak yatim yang sudah begitu mesra dengan mereka. Masingmasing bersorak gembira. Pengetua Rahim, seorang lelaki yang menjadi kepala kepada rumah anak-anak yatim ini menunggu mereka dengan senyuman. Mereka semua memanggilnya pengetua kerana menghormati lelaki itu. Alissa dan Johanna segera mempercepatkan langkah mereka. “Alis, Johanna, saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga. Kamu berdua ni dah macam keluarga Sri Intan. Saya banyak menyusahkan awak berdua agaknya,” Pengetua Rahim ketawa. Dia cukup menyenangi dua gadis manis ini. Asalnya cuma sukarelawan membantu mereka di dalam kerja-kerja amal anjuran badan tidak berkanun tetapi akhirnya mereka berdua ini ringan tulang dan selalu datang ke Sri Intan melayan kerenah kanak-kanak di sini. “Tak mengapa, Pak Rahim. Kami berdua seronok buat semua ni. Sekurang-kurangnya ini amal jariah kami berdua,” kata Johanna dengan senyuman lebar. Pengetua Rahim mengangguk. “Susah nak cari orang muda macam kamu berdua ni,” puji Pengetua Rahim lagi. Alissa cuma senyum. Johanna berwajah serius biarpun perwatakan sebenarnya berbeza. Kanak-kanak di Rumah Sri Intan sudah biasa dengan mereka berdua.

4

Antasya Balkis

“Marilah kita bertolak sekarang. Tengok, mereka semua sudah tak sabar menanti,” Alissa melambaikan tangannya kepada empat puluh orang anak-anak yang kelihatan begitu gembira. Johanna mengikutinya. Satria merah jambu milik Johanna mengikuti rombongan bas yang membawa empat puluh orang kanak-kanak itu dari belakang. Pantai Port Dickson menjadi destinasi mereka. Apabila Pengetua Rahim mengumumkan rancangan untuk berkelah di pantai Port Dickson, mereka bersorak beramai-ramai tanda gembira. Semalam Alissa pulang hampir pukul satu pagi kerana menolong kanak-kanak yang riang dan manja dengannya mengemas apa yang patut untuk dibawa ke Port Dickson. Masing-masing tersenyum lebar. Johanna terpaksa pulang awal kerana adiknya, Faisal menimbulkan masalah lagi. Kalau tidak Johanna pun sama naik dengannya. Sri Intan sudah menyediakan pengasuh untuk membantu dan bertanggungjawab menolong kanak-kanak ini. Mereka berdua hanya mengerah tulang empat kerat menolong apa yang terdaya sahaja untuk menggembirakan hati penghuni Sri Intan. Mengerah wang ringgit, mereka bukan jutawan! “Hah! Lembik lagi!” sergah Johanna yang tenang memandu. Kalau bukan kerana Johanna yang menyapa bahunya, sudah pasti Alissa akan terlelap di dalam kereta. “Aku mamai lagilah, Ana,” adu Alissa. Johanna cuma menggeleng. “Dah tahu pagi ni kita nak bertolak awal, yang kau balik dekat pukul satu tu kenapa?” bebel Johanna. Alissa cuma tersenyum.

5

Suatu Penantian

“Aku tak sampai hati nak tinggalkan dia orang malam tadi,” tukas Alissa. “Alis… Alis… kau tetap macam dulu juga. Terlalu lembut hati. Pantang tengok cerita Hindustan, air mata dah meleleh. Pantang tengok orang susah sikit, kau dah sedih,” bebel Johanna. Alissa ketawa. “Dah aku macam tu, nak buat macam mana.” Mereka berdua ketawa. “Kau bawa apa hari ni?” tanya Alissa. “Nasi lemak sambal kerang.” Kecur air liurnya mendengar menu Johanna sedangkan dia berlenggang sahaja. Tidak sempat mahu menyediakan bekal dari rumah walaupun pada awalnya dia merancang untuk membawa nasi goreng ikan kering kegemarannya. Sudahnya, diri sendiri dihambat waktu yang selalu mengejar. “Aku kecek sikit, ya?” Alissa menggoda. Johanna ketawa. Arif benar dia dengan perangai Alissa. Orangnya baik hati dan lembut sekali tetapi dalam lembut-lembut Alissa, ada garangnya. Itu yang orang jarangjarang tahu tentang gadis bernama Alissa Huda. Cuma dia sahaja yang tahu. “Huh, kau tak malu!” ejek Johanna. Alissa ketawa. Itu maksudnya Johanna sudi berkongsi dengannya. Ah, tak mengapa. Lain kali akan dijamu Johanna pula dengan nasi goreng ikan kering kegemarannya. “Lain kali aku belanja nasi goreng ikan kering ya,” Alissa memujuk temannya dan Johanna ketawa mengekek.

6

Antasya Balkis

“Itu ajalah modal kau nak pujuk aku,” Johanna mengenakannya lagi. Alissa ketawa. Barisan giginya yang putih tersusun terserlah. Wajah Alissa cukup sederhana. Sempurna bentuknya, sedap mata memandang. Kulitnya tidak putih melepak seperti Johanna, tetapi tidak pula gelap terbakar. Cukup sederhana. Kalau melihat, hati boleh tertawan. Johanna sendiri pada awal memulakan persahabatan dengan Alissa menganggap Alissa gadis yang terlalu lembut. Alissa diibaratkan seperti bunga ros tetapi di sebalik kelembutan Alissa, gadis itu cekal semangat, cergas dan sedikit kelamkabut. Itu yang selalu membuahkan tawa mereka yang mengenalinya. Alissa selalu disinggahi penyakit gabra! “Pantai Port Dickson ni sama aja. Tahun lepas sama, tahun ni pun sama juga. Aku ingatkan sekali ombak menghempas pantai, pantai berubah... tapi nampaknya kat sini tetap tak berubah,” Johanna mengomel. Dia bercekak pinggang ala-ala mak tiri. “Dah betullah perumpamaan yang orang Melayu kita buat tu,” sambung Alissa. Dia sibuk mengeluarkan bekalan-bekalan yang dibawa dari rumah anak-anak yatim. Mereka memasak di kantin asrama dahulu sebelum tiba di Port Dickson. Janjinya dengan Hajah Kamariah mahu menolong tetapi nampaknya terpaksalah dia memohon maaf atas kelewatannya. Johanna yang tadinya bercekak pinggang melihat laut yang tidak pernah berubah datang meringankan tangannya. Disusunnya bekas polistirena yang berisi nasi putih dengan lauk yang cukup sederhana. Ikan masak asam pedas dengan kangkung goreng. Sudah cukup membuka selera bagi kanak-kanak yang punya banyak kerenah ini. Kanak-kanak dibiarkan bermain di gigi pantai. Rata-ratanya

7

Suatu Penantian

berumur antara sembilan hingga dua belas tahun, tetapi lagak mereka seperti orang dewasa. Kesusahan menjadikan mereka kanak-kanak yang tabah. Itulah yang paling Alissa kagumi. Bukan senang hidup di dalam dunia anak-anak yatim. “Kak Kama dan Teh yang sediakan semua ni. Alis minta maaf sebab mungkir janji.” Hajah Kamariah cuma ketawa. Mengenali Alissa sekian lama, menjadikan dia masak dengan perangai gadis itu. Kalau tiada aral melintang, Alissa tidak akan mungkir janji. Walaupun di rumah anak-anak yatim ini sudah disediakan kantin asrama dan petugas asrama yang ditugaskan untuk memasak, Alissa tetap ringan tulang membantu. Itu yang Hajah Kamariah cukup kagum tentang gadis bernama Alissa Huda. “Tak apalah, Alis. Lagipun semalam Alis balik pukul satu temankan budak-budak tu. Tak baik kalau kami selalu menyusahkan Alis.” “Lain kali Alis cuba bantu ya?” pujuk Alissa. Hajah Kamariah mengangguk. “Alis tu kalau Kak Kama nak tahu, semut melintas jalan pun dia nak tolong,” sampuk Johanna. Pecah ketawa mereka dengan jenaka Johanna. Sebentar tadi Alissa masam muka. Pura-pura marah walhal dalam hatinya dia juga mahu ketawa apabila dirinya terkena. Kalau Johanna yang mengusiknya, dia tidak marah. Tetapi kalau ada yang cuba mahu mengenakannya, dia juga tahu marah! “Esok ke sekolah lagi, Alis?” tanya Pengetua Rahim. Alissa mengangguk.

8

Antasya Balkis

“Budak-budak nak periksa, Pak Rahim.” “Nampaknya minggu ni Alis tak ada cutilah ya?” sampuk Hajah Kamariah. “Hmmm… begitulah.” “Ada orang yang sengaja nak sibuk-sibukkan diri, Kak Kama…” sampuk Johanna. Alissa beri isyarat mata pada Johanna. Johanna ketawa. Dia tahu bila Alissa buat isyarat mata, kemarahan Alissa padanya mungkin akan meletup. Mungkin dia akan dikerjakan oleh Alissa. Alissa kalau timbul garangnya boleh tahan juga. Kecil-kecil cili padi. Sekali kena berasap! “Kenapanya Ana?” Hajah Kamariah bertanya. “Uuu…” Johanna bersiut kesakitan. Jemari Alissa yang runcing sudah hinggap di pinggang Johanna sebelum sempat gadis berkulit putih itu membuka mulutnya. “Eh, kenapa Ana?” tanya Hajah Kamariah hairan. Teh dan dua tiga orang guru yang lain cuma ketawa. “Ketam dah merayap, Kak Kama. Tak sempat nak elak...” seloroh Johanna. “Mananya?” Hajah Kamariah tunduk ke bawah mencari ketam yang dimaksudkan oleh Johanna. Alissa dan Johanna yang melihatnya cuma ketawa. “Dah lari, Kak Kama…” sampuk Alissa pula. “Fuhhh… nasib baik saya tak sempat diketipnya,” Hajah Kamariah mengeluh lega sambil kepalanya tergelenggeleng. Sekali lagi ketawa mereka berderai. Yang paling menggelikan hati ialah Hajah Kamariah percayakan cakap

9

Suatu Penantian

mereka bulat-bulat. Hajah Kamariah terkenal dengan sikapnya yang lurus bendul. Kerana itu dia amat disukai oleh penghuni Sri Intan dan juga pekerja-pekerja serta sukarelawan di Sri Intan. Orangnya baik hati. Apabila Hajah Kamariah dan Teh sibuk melayan kanak-kanak Sri Intan, Alissa ambil kesempatan mendekati Johanna yang asyik dengan walkman yang diselitkan di celah telinganya. Ditepuknya bahu Johanna perlahan hingga temannya itu berpaling. Johanna angkat bahu bertanyakan kenapa. “Sejak bila kau busybody nak jaja cerita aku ni?” marah Alissa. Johanna cuma tersengih. “Aku cuma mengusik. Yang kau sensitif sangat tu mengapa cik kak?” Johanna mengenakan Alissa pula. Alissa diam. Wajahnya yang ceria tiba-tiba murung. Bagai awan mendung yang tiba-tiba berarak pada tengah hari yang panas terik. Johanna yang melihat perubahan itu menanggalkan walkman yang dipakainya dan duduk rapat di sisi Alissa. Alissa cuma memandangnya. “Aku minta maaf kalau kata-kata aku terlanjur. Tapi aku tak bermaksud nak buat kau sedih, Alis….” Johanna menepuk Alissa perlahan. Alissa cuma tersenyum. “Aku kadangkala teringatkan dia, Ana.” Alissa mengeluh perlahan. “Tempat jatuh lagi dikenang, Alis. Inikan pula dia yang berjaya mengusik hati kau. Tapi kau juga kata, life must go on!” Johanna mengingatkannya.

10

Antasya Balkis

Alissa ketawa. Barisan giginya putih tersusun cantik apabila dia tersenyum dan ketawa. “Yeah… life must go on. Buat apa nak ingat perkara yang lepas-lepas, ya tak?” Sekejap kemudian Alissa sudah mampu ketawa. “Macam tulah kawan aku!” seru Johanna. Mereka sama-sama ketawa. Alissa mula membasahkan kakinya di gigi air laut sambil bermain dengan ombak-ombak kecil. Johanna menuruti langkahnya. Riangnya mereka bertemankan ombak putih yang membasahi kaki. Alissa ketawa besar apabila Johanna cuba menyimbah air laut yang masin ke arahnya tetapi dia pula yang terkena simbahan ombak besar yang tibatiba sahaja menghempas pantai. “Kak Alis!” seru gadis manis berbaju kurung merah menyala yang dipadankan dengan tudung putih. Alissa pantas menoleh, mencari si empunya suara yang memanggilnya. Ayu, salah seorang penghuni Sri Intan yang amat rapat dengannya. “Kenapa dihampirinya. Ayu?” soal Alissa kehairanan. Ayu

Ayu tersenyum-senyum memandangnya. Di tangan Ayu ada secebis kertas. Gadis cilik itu menggoyang-goyangkan tubuhnya tanda gembira. “Kak Alissa ada peminat, ya?” Ayu mengusiknya. Alissa ketawa. Pipi Ayu dicuitnya mesra. Ayu juga ketawa. “Manalah Kak Alis ada peminat. Lagipun, siapa yang nak minat Kak Alis.…” “Ni….” Ayu hulurkan secebis kertas di tangannya.

11

Suatu Penantian

Kertas yang bertulis sesuatu membuatkan hatinya tertanyatanya sendiri. Nota bertulis itu dibacanya. Suatu penantian. Aku telah lama menantinya! Johanna turut membacanya. Johanna menyimpul senyum sambil memandang Alissa yang terkedu. Alissa garu kepalanya yang tidak gatal. Alissa cuba mencari bayang pengirim nota misteri itu. “Siapa yang beri?” tanya Alissa. “Abang kat sana.” Telunjuk Ayu menghala ke arah sebatang pokok ru yang tegak berdiri dengan daunnya yang lurus menyentuh pasir pantai. Tetapi tiada sesiapa pun di situ. Alissa cuma menggeleng. Mungkin tersalah orang. “Terima kasih, Ayu,” Alissa mencuit dagu gadis cilik itu dan Ayu terus berlalu mendapatkan teman-temannya yang sedang seronok membina istana pasir. Johanna menghampiri Alissa dengan senyuman meleret-leret. “Hmmm… peminat misteri di tepi pantai nan indah! Dengan disaksikan bayu lembut, sinar suria yang redup memandangku, ada sekeping nota misteri bertinta biru. Aduh, syahdunya! Siapa agaknya Alis.…” Johanna cuba berpuitis tetapi bunyinya kelakar. Lantas Alissa ketawa besar. “Orang gila agaknya,” senang sahaja telahan Alissa. Kalau penulisnya misteri, tentu orang gila! “Orang gila tak pandai tulis kata-kata puitis! Mamat ni kira romantik juga ya?” usik Johanna.

12

Antasya Balkis

Alissa cuma menjeling. “Kalau kau nak, ambillah!” Alissa menghulurkan nota bertulis yang membuatkan hatinya tertanya-tanya. Alissa menolak cermin mata nipisnya ke atas. “Pemberi surat tu minat kat kau, Alis. Bukan aku. Lagipun, kau tahukan…” “Aku tahu, setia kau cuma satu. Pada Fikri…” ejek Alissa. Johanna ketawa. “Ha… tahu pun kau!” Alissa mencebik. Kalau sebut nama Fikri, senyum Johanna akan semakin lebar dan berseri-seri. Maklumlah, orang sedang dilamun cinta. Akalnya mula ligat berfikir tetapi kemudian Alissa ketawa memikirkan kebodohannya memikirkan pemberi nota kecil itu. Mungkin ada yang sengaja mahu mempermainkannya. Alissa kembali ke arah kumpulan Ayu yang sedang membina piramid daripada pasir. Pengetua Rahim sudah mengaturkan beberapa acara untuk memeriahkan perkelahan mereka. Bukan selalu anak-anak yatim ini boleh keluar dari rumah yang melindungi mereka. Kalau bukan kerana bulan puasa ataupun Hari Raya, masa mereka lebih banyak dihabiskan di Rumah Sri Intan mengulang kaji pelajaran ataupun bermain sesama mereka. Kadangkala terbit rasa kasihan di hatinya memikirkan nasib anak-anak yatim ini. “Kak Alis. Abang tu….” Ayu menunjuk ke arah lelaki yang sedang asyik bermain bola tampar pantai. Alissa melemparkan pandangannya ke arah sekumpulan lelaki yang asyik bermain bola tampar pantai dan ketawa gembira. Lelaki yang ditunjukkan oleh Ayu itu

13

Suatu Penantian

berseluar pendek paras lutut dan tidak berbaju. Nampak otototot lengannya yang sasa. Dia memerhati dari belakang tanpa mengenali wajahnya. Orangnya bertubuh tinggi, rambut ikal dan berkulit kuning langsat. Saat dia mahu menghampiri lelaki itu, lelaki itu berlalu tanpa berpaling memandangnya cuma… dia terdengar lelaki itu tergelak dan mengusik seorang gadis manis. Alissa bercekak pinggang. Ah, dasar lelaki! Sudah berkepit dengan perempuan lain, masih ada masa untuk curang dan tidak setia. Alissa berpatah semula. Dia tidak mahu mengenali lelaki yang dikatakan oleh Ayu itu. Dia tidak berminat untuk mengambil tahu siapakah pemberi nota misteri itu. Dilarikan langkah kakinya yang sedari tadi bukan main lagi berminat untuk mengetahui siapakah pemberi kata-kata misteri itu. Menyedari hatinya terusik dengan pemberian itu, Alissa mentertawakan dirinya sendiri. Bodohnya dia! Terpedayanya dia.... Kata-kata itu disematkan dalam fikirannya. Alissa masih memikirkan siapakah pemberi nota kecil itu. Berkerutkerut dahinya memikirkan siapakah yang berminat bermainmain dengannya. Nota bertinta biru itu direnyukkan dan dicampak ke dada laut. Nota biru itu berlayar mengikut arus ombak yang menghanyutkannya. Pastinya nota itu akan berberaian menjadi cebisan-cebisan kecil yang basah. Tetapi yang disangka berbeza dengan apa yang terjadi. Nota itu singgah semula di kakinya tetapi kali ini dengan rupa yang berbeza. Tinta biru itu kembang ditelan arus air masin. Wajahnya masih muram durja sehingga Johanna menegurnya. Apabila Johanna bertanya dia cuma

14

Antasya Balkis

menjawab: “Aku tertelan air laut yang masin!” Kata-katanya membuatkan Johanna ketawa. “Apa ajalah kau ni, Alis!” Johanna geleng kepala.

15

Suatu Penantian

B

2

A

B

APRIL 2001

AHNIAH Zahim. Akhirnya cita-cita kau tercapai juga,” Alissa tertunduk sayu. Dia hanya memandang sayu keputusan peperiksaan di tangannya. Slip peperiksaan itu direnyuk sehingga menjadi bebola. Zahim memandang tindakan Alissa dengan perasaan kurang senang. “Terima kasih Alis, tapi hati aku tak senang tengok keadaan kau macam ni.” Zahim menyisir rambutnya yang ikal ke belakang. Hatinya juga cukup kesal dengan keputusan peperiksaan Alissa, tetapi inilah yang dinamakan takdir. Pasti ada hikmah di sebaliknya. “Aku minta maaf, tapi…” Alissa tidak mampu

“T

16

Antasya Balkis

berkata-kata lagi lantaran hatinya cukup kecewa dengan keputusan STPM yang baru diterimanya. “Aku tahu kau kecewa.” Tubuh Alissa dirangkul kemas dan dilepaskan perlahan. Setitis air mata gadis yang disayanginya itu menitis jatuh di tangannya. “Tapi aku gembira untuk kau,” Alissa menyapu air matanya yang berderai. “Kau boleh cuba lagi. Kau tahukan, aku akan menunggu?” pujuk Zahim. Alissa tersenyum mendengar janji itu. Janji mereka akan sama-sama ke menara gading tetapi akhirnya hanya Zahim sahaja yang sudah berjaya melangkah sebelah kaki untuk ke sana. Dengan keputusan STPM cemerlang - 5P1, Zahim sudah melayakkan dirinya. Tambahan pula dia anak Melayu. Peluangnya terlalu cerah. “Alis, kau bukannya tak pandai. Bukan bodoh malah kau lebih bijak daripada aku sebenarnya,” puji Zahim untuk menenangkan hati kekasihnya. Alissa tunduk memandang bucu kerusi yang diduduki. Perkara itulah sebenarnya yang membuatkan dia cukup kecewa, cukup hampa! Alissa bukan pelajar yang kurang bijak. Mereka berdua adalah harapan sekolah. Mana mahu diletakkan mukanya? Sama-sama mengulang kaji pelajaran, sama-sama ke perpustakaan mencari bahan dan akhirnya dia ketinggalan. Sementara Zahim sudah melepasi syarat untuk menjadi orang yang berjaya. “Aku terkilan, Zahim.” Sekali lagi Alissa tersedu. Fikirannya cukup buntu ketika ini. Dengan keputusan 2P, dia tidak boleh ke mana-mana! “Aku tahu.…” Zahim berusaha meredakan kekecewaan yang dihadapinya.

17

Suatu Penantian

Bukan kerana Alissa tidak berusaha keras, bukan juga kerana Alissa gadis yang malas, tetapi saat-saat Alissa sedang bertarung dan bergelut dengan peperiksaan yang bakal bermula, ayahanda kesayangan dipanggil Ilahi. Alissa terlalu rapat dengan arwah Saif, ayahnya. Kesannya terlalu hebat. Seluruh semangat yang dibekalkan oleh ayahandanya hancur luluh satu per satu. Semuanya menjadi debu bertaburan. Dan itu titik permulaan kekecewaannya. 2P! “Kau boleh mulakan sekali lagi,” Zahim terus memberi semangat untuk gadis yang dicintainya. Alissa cuma tersenyum. Semangatnya telah terbang jauh meninggalkannya. Hanya ada jasadnya sahaja sedangkan seluruh jiwanya entah ke mana menangisi keputusan peperiksaannya. Waktu itu mereka berdua terlalu remaja. Alissa selalu menocangkan rambutnya. Dengan kaca mata nipis yang terletak di hidungnya dan raut wajah yang menawan, Alissa pada mata Zahim terlalu cantik sebagai seorang perempuan. Cukup sempurna di matanya walaupun tidak segah wajah Farhana, gadis yang selalu memburu cintanya. Alissa cinta pertamanya. Cinta pandang pertama. “Tapi tak sama tanpa kau, Zahim.” “Aku akan menunggu,” janji dilafazkan sekali lagi. Alissa tertunduk. “Aku akan ketinggalan di belakang,” sambung Alissa lagi. “Tak semestinya kita di belakang, maka kita akan mundur.” “Tapi selalunya begitukan?” “Falsafah sengaja direka untuk menaikkan semangat

18

Antasya Balkis

kita agar jangan selalu memandang ke belakang. Bukan untuk melunturkan semangat kita. Kau juga pernah berkata begitukan bila aku gagal?” Gagal bukan bererti mundur! Itu kata-kata yang sering menjadi pembakar semangatnya. Sekarang Zahim pula yang menuturkan untuknya. Alissa sudah mula mengorak bibir. Tersenyum. Senyumnya dikulum. Sesekali Zahim memulangkan paku buah keras kepadanya membuatkan dia tertunduk malu. Kegagalan ini sebenarnya dia yang menciptanya. Dia yang mahukannya kerana mengikutkan perasaan merana kerana kehilangan orang yang paling disayanginya. “Terima kasih kerana kau sudi meredakan kekecewaan aku,” Alissa ketawa kecil walaupun mata beningnya basah. Hatinya terus-terusan berkabung kesedihan. “Apa gunanya aku, ya tak?” Zahim memuji dirinya sendiri. Alissa sudah tertawa. Jejaka di sisinya dicintai sepenuh hati. Mungkin cinta monyet, mungkin juga cinta sejati kerana mereka berdua begitu serasi. Sesaat pun mereka berdua tidak pernah berpisah. Belangkas. Itu adalah antara gelaran yang diberikan kepada mereka berdua selain magnet. Katalah apa sahaja, mereka berdua memang tidak boleh dipisahkan. Bukan kerana Zahim lelaki yang kacak maka Alissa jatuh cinta padanya, tetapi kerana Zahim seorang pemuda yang terlalu mengambil berat tentang dirinya. Kadangkala Zahim memarahinya kerana Alissa sering tidak pernah mengendahkan kutukan-kutukan yang dilemparkan kepadanya. Zahim membela dirinya, menggertak barang siapa yang mengejeknya dengan gelaran anak dara tua walaupun waktu itu dia masih muda remaja. Mungkin kerana sikapnya yang terlalu lembut dan juga tidak pernah ambil peduli

19

Suatu Penantian

dengan usikan pemuda-pemuda yang mahu mengenali dirinya. Alissa lebih suka ambil sikap tidak peduli. Tetapi Zahim membelanya. Memberi amaran hingga mulut-mulut itu akhirnya terdiam. Sejak itu mereka berdua mula rapat antara satu sama lain. Zahim selalu menggelarnya, Humairah. Si pipi merah. Gelaran yang Rasulullah SAW berikan kepada isterinya, Siti Aisyah. Alissa begitu menyenangi gelaran itu. Kata Zahim, apabila Alissa ketawa, pipinya akan kemerahmerahan. “Aku janji, aku akan tunggu kau. Hingga ke pintu syurga pun aku sanggup menunggu kau,” Zahim berpuitis pula. Alissa menggetis lengan Zahim. Zahim tertawa sendiri. Kadangkala Zahim menjadi lelaki yang begitu romantis dengan bicaranya. Kadangkala juga Zahim menjadi seorang yang terlalu tegas. Alissa selalu mengaguminya. Dan kadangkala juga Zahim menjadi seorang badut ketika hatinya sedih dan pedih. Menghiburkannya dengan kisah-kisah lucu yang berjaya mencuit hatinya dan membuatkan dia tersenyum semula. “Aku akan ingat janji kau, Zahim. Sampai bila-bila!” Senyuman saling bertukar. Zahim sudah berjanji akan menantinya. Dia akan memegang janji-janji itu. Zahim orang yang berpegang pada janji dan dia pula adalah manusia yang suka menagih janji. Pulangnya Alissa hanya membawa berita hampa, tetapi Puan Norkiah masih mampu tersenyum menyambut kepulangannya. Tubuh ibu tersayang didakap dalam sendu. Kertas yang dironyok itu dihadiahkan untuk ibu tercinta. Puan Norkiah melipatnya kemas dan disimpan rapi tanpa melihatnya sehingga membuatkan Alissa merasa hairan.

20

Antasya Balkis

“Mama tak mahu tengok?” soal Alissa. Puan Norkiah menggeleng. “Tak kisahlah apa saja keputusan Alis, mama cuma mahu lihat Alissa bahagia.” Sekali lagi dipeluk tubuh wanita yang melahirkannya. Untungnya dia dikelilingi oleh orang yang menyayanginya. Namun setiap kali menatap potret ayahnya, mata beningnya akan bergenang. “Maafkan Alis, mama.” “Tak mengapa, Alis. Mama faham perasaan Alis. Alis masih muda. Masih banyak peluang untuk memulakannya semula.” Nasihat itu akan tersemat kukuh di hatinya. Kata-kata Zahim dan nasihat mamanya bergumpal menjadi satu keazaman. Cukup sekali dia gagal, bukan untuk kali keduanya. Walaupun hatinya masih hancur luluh, namun berbekalkan kata-kata semangat daripada kedua-dua orang yang disayanginya, Alissa cuba membina benteng ketahanan diri. Tidak mahu runtuh untuk kali kedua, Alissa menyeka air mata yang tidak henti-henti mengalir. Dia yang mencipta kegagalan ini, maka tidak mustahil dia juga mampu mencipta kejayaan. Janji Zahim untuk menantinya di menara gading membakar semangat. Malam itu dia masih tidur bertemankan air mata. Menyesali sikapnya yang terlalu menurut perasaan. Setiap kali memandang potret yang tergantung kemas di dalam biliknya, Alissa diserang rasa bersalah yang teramat. Janjijanji dan harapan ayahnya hancur di tangannya sendiri. Janji memijak menara gading tidak kesampaian. Janji untuk menghadiahkan segulung ijazah untuk ayahnya juga tidak kesampaian. Yang dihadiahkan cuma air mata kegagalan. Maafkan Alis, ayah! Maafkan Alis, Zahim! Maafkanlah

21

Suatu Penantian

Alis, mama! Terlalu banyak hati yang Alis lukakan dengan sikap Alis, tapi Alis tak mampu menahan air mata mengenangkan ayah yang sudah tiada. Alis begitu rindukan ayah. Ayah pergi tanpa Alis sempat ucapkan selamat tinggal. Sudahnya, Alis korbankan kejayaan Alis. Maafkan Alis sekali lagi, ayah! “Aku faham perasaan kau, Alis. Kalau aku di tempat kau, mungkin aku juga tak setabah kau menghadapi peperiksaan,” saat-saat Zahim cuba menenangkan hatinya yang masih tidak menentu. Berjejeran air mata di pipinya. Zahim yang tolong mengesat. “Aku dah gagal. Aku dah gagal!” “Gagal sekali bukan bermakna gagal selamalamanya!” suara Zahim menongkah perasaannya yang tidak menentu. Mahu dimarahkan kepada siapa? Dirinya sendiri adalah penentu kejayaan. Bukan Zahim, bukan juga mamanya! “Aku kecewa, Zahim.” “Jika kau kecewa seribu kali sekalipun, aku akan tetap setia menunggu kau. Percayalah padaku….” Wajahnya masih merah kerana menahan sendu yang tidak tertahan begitu malu untuk diangkat bertentangan dengan Zahim yang memandangnya. Zahim tersenyum. Keruan di hati tiba-tiba luruh satu per satu sehingga menjadi debu. Kalau bukan kerana Zahim, pasti hatinya masih menongkah ombak. Dibalas senyuman itu. “Perlukah aku mengucapkannya berkali-kali bahawa aku pasti akan menunggu kau, Alis?” tutur Zahim perlahan. Alissa menggeleng pasti. Cukuplah sekali, dia yakin Zahim akan mengotakan janji-janjinya.

22

Antasya Balkis

“Janji padaku bahawa kau juga akan mendoakan agar kita sama-sama menuju cita-cita, menuju impian kita? Kau masih ingat, bukan? Janji-janji yang kita lafazkan?” Zahim tersenyum. Alissa mengangguk. “Aku takkan melupakannya.” Alissa ketawa. Selesai sahaja mengambil keputusan peperiksaan, mereka berhenti sebentar di padang rumput hijau. Taman yang sentiasa menjadi saksi kisah cita-cita dan cinta mereka berdua. Padang rumput yang menghijau luas mata memandang begitu mendamaikan. Tidak ramai pengunjung di waktu-waktu begini kerana hari ini adalah hari bekerja. Kalau pada waktu cuti, taman padang rumput ini akan dipenuhi oleh pengunjung. “Aku pasti semua yang terjadi ini pasti ada hikmah di sebaliknya, Alis. Kau percaya tak?” “Aku terpaksa mempercayainya kerana aku yang kecewa. Bukan kau!” “Alis! Kau ingat aku gembira bila kau gagal?” “Sekurang-kurangnya kau berjaya. Tak macam aku!” “Kau bercakap macam orang yang dah putus asa! Alis yang aku kenal semangatnya kental. Tak mudah mengalah dan beralah. Alis, percayalah pada aku! Aku tak gembira bila kau kecewa. Aku tak boleh nak senyum bila kau berduka. Hati aku penuh dengan kekecewaan bila kau bersedih. Aku tak tahu bagaimana mahu membuktikannya, tapi percayalah... aku tak mahu semua ni berlaku. Aku mahu lupa. Aku takut kau yang

“Mustahil!” Zahim menggeleng beberapa kali.

23

Suatu Penantian

melihat kau tersenyum semula. Aku mahu kau bayangkan yang aku menunggu kau di sana nanti,” berkali-kali Zahim meyakinkannya. Alissa cuma mengangguk. Semangat yang cuba dikumpulkan sebentar tadi semakin lama semakin surut keyakinannya. Kemudian, Zahim meniupkan semula semangat yang luntur membuatkan keyakinannya semakin kukuh di hati. “Aku tak menafikan bila kau berkata-kata. Aku percaya kata-kata kau semuanya benar belaka. Aku cuma menyalahkan diri aku sendiri. Aku menyalahkan keyakinan dan kekuatan aku yang mudah goyah. Berkali-kali aku katakan pada diriku sendiri bahawa pemergian ayah sudah tiba dan kena pada waktunya dengan janji Tuhan. Tapi hatiku tak tahan bila mengenangkan aku tak sempat menatap wajahnya untuk kali yang terakhir.…” “Tuhan menguji hamba yang disayangi-Nya.” “Ya, aku tahu. Tuhan sedang menguji kesabaran aku. Ternyata aku kalah dengan ujian ni,” birai matanya sudah tidak berair lagi tetapi sebaknya masih ada. Fikirannya terlalu buntu sewaktu menjawab soalansoalan peperiksaan. Soalan yang senang dianggap terlalu susah dan dia tercari-cari jawapannya. Persediaannya selama dua tahun hancur musnah dengan sekelip mata. “Sabarlah, Alis…” pujuk Zahim. Alissa hanya mampu mengangguk mengiakan katakata lelaki di sebelahnya ini. Lelaki yang disayanginya kerana Zahim terlalu mengambil berat tentang dirinya. Akhirnya dia akan merelakan pemergian Zahim memburu cita-citanya. Alissa berada nun jauh di belakang tetapi dipasakkan di hati dan fikiran bahawa berada di

24

Antasya Balkis

belakang tidak semestinya kalah! Alissa akan berusaha agar orang yang berada di belakang ini akan menjadi orang yang terawal di hadapan. Kata-kata itu menjadi pedomannya. Zahim… kau tunggulah aku!

25

Suatu Penantian

B

3

A

B

UNIANYA dikelilingi oleh kanak-kanak. Alissa gembira hidup begitu. Setiap masa, kasih sayang dicurahkan untuk anak-anak didiknya. Masing-masing hanya berusia lima hingga enam tahun. Jerit pekik mereka membuatkan hatinya ketawa melihat gelagat mereka yang lucu dan menghiburkan. Tugas sebagai seorang guru tadika swasta tidak pernah sama sekali diimpikan, tetapi semakin lama dia mendekati dan menjiwai jiwa kanak-kanak kecil ini dia semakin selesa dan gembira. Setiap kanak-kanak punya karakter yang tersendiri. Danial, nakal tetapi bijak. Anak saudara Johanna itu kadangkala memeningkan kepalanya. Syahirah pula pendiam tetapi amat pintar. Diamnya berisi. “Danial… jangan panjat. Nanti jatuh apa Cik Alis nak cakap dengan Auntie Johanna ya?” laung Alissa. Danial tersengih dan kemudiannya berlari meninggalkannya. Alissa menggeleng.
26

D

Antasya Balkis

“Cik Alis baik tapi cerewet!” Danial ketawa besar selepas mengucapkan kata-kata itu. Alissa menggeleng lagi. Danial bijak bercakap. Kerana itu dia sengaja memilih Danial membacakan sajak bertajuk pahlawan sempena Hari Kemerdekaan kelmarin. Bukan main suka lagi Danial apabila mendapat tepukan gemuruh daripada penonton. “Cik Alis… Shasha makan biskut Rachel!” Jeritan Rachel membuatkan Alissa segera menuju ke arah Shasha yang sedang memegang biskut milik Rachel. Segera Alissa meleraikan pergaduhan itu dengan sikap tolak ansur. Kemudian Alissa ketawa dan geleng kepala memikirkan kerenah anak-anak didiknya yang kecil dan comel. “Hari-hari macam ni kau tak pening kepala ke, Alis?” tanya Fatimah. Alissa ketawa kecil. “Aku dah biasa, Ti. Agaknya, kalau bukan kerana mereka tentu dunia aku sunyi sepi,” Koko Krunch berwarna coklat itu disuakan ke mulut. Fatimah mengikutinya. “Aku dah naik bosan, Alis. Kalau boleh aku nak cari kerja lainlah,” rungut Fatimah. Alissa memandang. Fatimah garang dengan kanakkanak di sini. Tidak ramai yang menyukainya kerana sikapnya yang cepat naik angin. “Mereka masih kecil, Ti. Perangai dan sikap mereka memang begitu. Kita yang dewasa seharusnya bersabar,” nasihat Alissa. “Kau bolehlah, Alis. Kalau orang pijak kepala kau pun tak apa. Tapi bukan aku,” Fatimah bercakap dengan mendabik dada.

27

Suatu Penantian

Alissa ambil sikap berdiam diri. Malas hendak melayan Fatimah yang sentiasa berangin. Semakin dilayan semakin menjadi-jadi sikapnya. “Tak tahulah apa aku nak cakap, Ti.” Alissa mengeluh mengenangkan sikap Fatimah. “Kau diam ajalah kalau dah tak tahu nak cakap,” Fatimah beredar dari sisinya. Sikap Fatimah kadangkala memeningkan kepalanya dan juga kepala Puan Mahani, Pengetua Tadika Smart Kids. Fatimah tidak profesional dengan kerjayanya. “Balik nanti aku tumpang sekali,” kata Fatimah yang terjengul di balik pintu dapur Tadika Smart Kids. Senyuman terukir di bibir. “Yalah, Ti. Lagipun kereta aku memang selalu kosong.” “Terima kasih, Alis. Kau memang sahabat aku yang baik,” puji Fatimah pula. Alissa cuma tersenyum. Fatimah boleh berubah perangai bila-bila masa. Sekejap begitu, sekejap begini dan kepalanya pening dengan sikap Fatimah. Pulang dari menghantar Fatimah, Alissa dikejutkan dengan kehadiran sebuah kereta Satria biru. Alissa arif benar si empunya Satria biru itu - milik Khairil, lelaki yang menjadi anak angkat keluarganya. Nampaknya pulang dari Chemor, Khairil terus sahaja ke rumah mereka. Baru semalam Khairil menelefonnya bertanyakan khabar dan memberitahu tentang dirinya yang berada di utara. Katanya pulang sahaja dari Chemor dia akan singgah sebentar di rumah mereka. Nampaknya Khairil benar-benar mengotakan janjinya. Alissa cukup menyenangi lelaki itu. Khairil pernah menyelamatkan nyawa ayah dan mamanya sewaktu

28

Antasya Balkis

kemalangan jalan raya tetapi umur ayah pendek. Ayah meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital. Sebagai membalas jasa Khairil, mama mahu Khairil menjadi anak angkat keluarga lantaran di dalam keluarga mereka tiada lelaki yang boleh diharapkan. Sejak itu hubungan mereka akrab. Bagaikan keluarga kandung. Mama sendiri telah menganggap Khairil sebagai anak kandung. Alis pula sudah tentu gembira kerana selama ini dia sememangnya kepingin punya seorang abang. “Alis,” sapa Khairil. Khairil menggamit Alissa agar duduk di sisinya. Alissa hanya menurut. “Abang Khairil apa khabar?” “Macam yang Alis lihat. Semakin sihat,” Khairil ketawa besar. Puan Norkiah datang dengan menatang secawan Nescafe yang berbau harum. Mama tersenyum memandang mereka berdua. “Mama tak sedar Alis dah balik. Kalau tak mama buatkan satu lagi Nescafe untuk Alis,” sapa Puan Norkiah mesra. “Tak apalah, mama. Nanti kalau Alis nak minum Alis ke dapur ambil sendiri.” “Minumlah Khairil. Datang tak beritahu, mama tak sempat nak siapkan apa-apa.” “Tak apalah, mama. Khairil saja datang bertanya khabar. Lagipun semalam Khairil dah pesan pada Alis, balik aja dari Chemor Khairil akan terus datang sini.” Diteguknya Nescafe yang berbau harum. Kalau dengan Nescafe, Alis selalu kalah. Mahu lagi kalau Nescafe ais. Untuk menikmatinya, Alissa sanggup bangun tengah malam.

29

Suatu Penantian

“Mama masuk dalam dulu. Kamu berdua berbuallah....” Kalau di sisi Khairil, Alissa sudah menganggap lelaki itu sebagai abang kandungnya. Mama selalu merisikrisik Khairil kepadanya. Katanya beruntung siapa yang jadi isteri Khairil. Semuanya cukup lengkap. Tetapi setiap kali itu juga Alissa cuma akan tersenyum mendengar cakap-cakap mamanya. Khairil sudah terlanjur dianggap sebagai abang kandungnya. “Alis dah makan?” “Belum lagi.” “Kalau macam tu kita keluar makan,” ajak Khairil. “Alis letihlah, Bang Khairil. Kita makan kat rumah ajalah. Alis masakkan, ya?” pujuk Alissa. “Hmmm…” Khairil usik janggut sejemput di dagunya. “Kalau macam tu, bolehlah. Nasi goreng belacan…” usik Khairil. Alissa ketawa. Tahu benar Khairil akan menu nasi goreng kegemarannya. Cili padi ditumbuk dengan belacan dijadikan rencah nasi goreng. Sedap. Segera Alissa ke dapur menyaingi mama yang sibuk menyapu lantai yang berturap dengan jubin berkilat warna hitam. Puan Norkiah hanya tersenyum memandang anak gadisnya yang sudah menyingsing lengan untuk ke dapur. Alissa boleh dipuji bila di dapur. Sedap masakannya. Kalau Alin, anak bongsunya itu sedikit liat dan manja. “Biar mama tolong. Alis mandi dan salin baju dulu.” Puan Norkiah kasihan melihat wajah yang disaluti keletihan itu. Selepas ini entah apa pula agenda anak gadisnya.

30

Antasya Balkis

Biasanya dia ke Sri Intan memberikan tuisyen percuma kepada anak-anak yatim di situ. Puan Norkiah mengeluh. Entah apalah yang dikejar oleh anak gadisnya itu. Kalau hendak dikatakan wang, Alissa boleh memilih kerjaya yang lebih bagus daripada seorang guru tadika tetapi Alissa tidak mahu. Alissa memiliki ijazah. Alissa boleh menjadi lebih daripada sekadar guru tadika. Kalau mahu cari untung, Alissa boleh kenakan bayaran pada setiap tuisyen yang diberikan tetapi Alissa juga tidak mahu. Yang dia tahu Alissa mahu penuhkan masanya setiap hari. Bila petang, baliknya pukul tujuh. Kemudian, harinya tetap berputar seperti biasa sehinggakan dia sebagai seorang mama hanya mampu menggeleng kepala. Apabila ditanyakan tentang perkahwinan, Alissa cuma senyum dan ketawa. “Kalau ada jodoh, Alis akan kahwin, mama. Janganlah mama risau,” itulah jawapannya setiap kali ditanya tentang perkahwinan. Tetapi sebagai seorang mama yang punya anak gadis sebesar Alissa, hati tetap berdetik risau. Bukan tidak ada yang mahu. Ada, malah ramai tetapi Alissa yang tidak mahu. Katanya masih belum bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya dan bergelar seorang isteri. Kalau Puan Norkiah mencalonkan seorang lelaki, Alissa juga menolaknya. “Tak ada feelinglah, mama. Macam mana Alis nak kahwin dengan lelaki pilihan mama!” Alissa ketawa kecil. Ketawa itulah yang meredakan hati seorang ibu. Ketawa yang berentak dan bunyinya begitu indah. “Hmmm… sedap.” Khairil melajukan lagi suapan nasi goreng belacan ke mulut. Kemudian diulamkan dengan keropok goreng dan sirap kosong. “Sorrylah,Bang Khairil. Alis janji nak masakkan tapi mama yang tolong masakkan...” dia sendiri melajukan
31

Suatu Penantian

suapan nasi gorengnya ke mulut tetapi dia lebih suka bercecahkan ulam timun muda. “Tak kisah. Alis pun tahu perut Abang Khairil ni macam tong kosong. Apa-apa pun boleh isi.” Mereka ketawa. Menjamu Khairil tidak susah. Biskut kering cecah air kopi pun jadi. Mama selalu mengusik, kalau jadi isteri Khairil tidak susah. Semua benda disebatnya. Janji masuk perut! “Lepas ni Bang Khairil nak ke mana?” tanya Alissa. “Balik. Tidur.” “Eee… tak senonohnya. Lepas kenyang perut, tidur…” Alissa mengerutkan wajah hingga membuatkan Khairil ketawa besar. “Abang datang sini memang nak makan. Dah lama tak pekena nasi goreng belacan Alis dan mama.” “Dekat Chemor tak ada nasi goreng belacan ke, bang?” “Ada. Tapi tak sama kalau Alis dan mama yang masak,” puji Khairil. Alis cebir bibirnya. “Yalah. Dah kenyang tentulah puji….” Khairil ketawa lagi. “Pandai Alis kenakan abang ya….” Kali ini Alissa pula yang ketawa. Alissa hanya menghantar Khairil pulang di muka pintu. Tetamu yang selalu bertandang itu baik orangnya. Alissa cukup menyenanginya. Selesai menghantar Khairil di muka pintu, Alissa menolong mamanya mengemas apa yang patut di dapur. Sebentar lagi tentu puteri bongsunya akan pulang dari kolej.

32

Antasya Balkis

“Baik Khairil tu ya, Alis. Selalu datang melawat kita,” puji Norkiah. “Hmmm….” Alissa cuma mengiakan. Cakap mama sudah mula dalam maksudnya. Alissa faham benar kerana sudah beberapa kali mamanya menyuarakan hasrat hatinya dan juga Khairil. “Kalaulah...” “Mama….” Alissa berpaling memandang mamanya. Puan Norkiah cuma tersenyum. Pandai benar Alissa meneka apa yang ingin dikatakan. “Mama cuma berhajat aja. Kalau Alis tak mahu, mama tak paksa.” “Abang Khairil tu Alis dah anggap macam abang kandung Alis sendiri, mama.” Akhirnya Puan Norkiah diam. Dengan senyuman dia beredar ke kamarnya. Tinggal Alissa sendiri melayan angan. Bukannya tidak mahu, tetapi sekeping hati ini belum terbuka. Terlalu ramai yang ingin menyerahkan cinta kepadanya namun mengapa hati tidak pernah terpikat? Berkali-kali ditolak lamaran cinta yang datang menyapa. Ramai jejaka yang kecewa kerananya. Hatinya terlalu dingin untuk bercinta lagi. Sudah dipujuk sekeping hatinya agar menerima cinta mereka. Setiap kali Alissa ingin menerimanya, setiap kali itu juga Alissa merasakan bahawa dia hanya akan menipu jejaka-jejaka itu dan dirinya sendiri. Gadis lain berpacaran, maka dia juga ingin berpacaran. Apabila menyedari yang dia hanya bermain api, cepat-cepat dipadamkan api yang nyalanya separuh marak. Alissa tidak mampu membohongi dirinya sendiri. Membohongi lelaki-lelaki yang merayu cintanya. Bagi Alissa, bercinta hanya sekali, bukannya berkali-kali. Cuba dinyalakan

33

Suatu Penantian

api asmara di dalam hatinya tetapi kerap kalinya terpadam tanpa amarannya. Kerana tidak sanggup membohongi taruhan cinta yang diharapkan, beginilah Alissa. Mungkinkah kerana cerita lama begitu bererti baginya? Alissa tersenyum sendiri. Kemudian dia menggeleng. Sukarnya melupakan orang yang pernah bertapak di hati walaupun telah lama melupakannya. Bukan kerana dia semua ini terjadi. Semuanya kerana hati masih belum terbuka dan terusik dengan usikan dan siulan jejaka-jejaka yang ingin mengenalinya. “Dia ingin mengenali kau,” usik Fatimah. Alissa cuma ketawa. “Bukan aku tak mahu tapi… aku belum terfikir untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki,” Alissa menolak sopan apabila sepupu Fatimah yang diceritakan gadis itu ingin mengenalinya dengan lebih rapat. “Jual mahal! Rugi tau kalau kau tolak sepupu aku tu. Kalaulah aku ni bukan sepupu dia…” Fatimah melobi kebaikan Fareez. “Hati kau ni dingin, macam air batu. Aku rasa kau duduk kat Kutub Utara lagi baik. Kawan dengan beruang kutub,” kutuk Fatimah lagi. Alissa senyum juga. Sedikit pun hatinya tidak terusik dengan kutukan itu. Dia tahu, walaupun bukan seorang kawan yang baik, tetapi Fatimah tetap mengambil berat tentang dirinya. Yang pasti, hatinya masih sedingin embun pagi di hujung mentari….

34

Antasya Balkis

B

4

A

B

OGOS 2000 EJARAH membina tamadun. Sejarah Islam mengajar kita agar lebih memahami dengan mendalam tentang tamadun agama kita sendiri. Sejarah dunia mengajar kita tentang bagaimana dunia berkembang dengan membawa cerita-cerita yang tak terlangkau oleh akal kita tapi sekarang mengapa masih ada manusia yang tak bertamadun?” “Kerana mereka tak mengenal sejarah. Memahami kepentingan sejarah dalam kehidupan mereka. Lantas hidup mereka jadi buta. Macam berjalan di dalam gelap. Di tangan ada lampu suluh tapi tak digunakan,” petah Alissa menjawab. “Lalu, apa yang kita berdua sedang lakukan?” goda Zahim.
35

“S

Suatu Penantian

Alissa ketawa. “Kita sedang membina sejarah. Membina cita-cita agar menjadi orang yang maju, yang lebih bertamadun dan lebih berjaya daripada orang lain. Oleh itu, lebih baik kau baca buku tu daripada kau goda aku!” Alissa membaling tisu ke wajah Zahim. Zahim ketawa. Sedari tadi dia begitu asyik memandang Alissa di hadapannya. Entah apalah yang menggodanya. “Kau cantik bila marah, Alis.” Alissa buat tidak peduli. Zahim tidak boleh dilayan sangat. Nanti menjadi-jadi pula perangainya. Kadangkala Zahim sengaja buat dia naik angin. “Kalau kau main-main, lebih baik aku balik.” Alissa sudah mula mengemas buku-bukunya dan mahu menapak pergi. “Kan kita dah janji dengan Johanna nak study sama-sama? Kalau kita mulakan dulu, nanti kecil hati pula dia.” Zahim mengingatkan janji mereka. Alissa garu kepala. Dia terlupa tentang Johanna. Johanna pun sama! Selalunya dia awal, hari ini sudah lebih lima belas minit mereka menunggunya. “Hmmm… aku tunggulah,” Alissa kembali duduk. Zahim ketawa kerana merasakan dia telah menang dan berjaya membuatkan Alissa duduk kembali di hadapannya. Suka benar dia mengusik Alissa. “Kau sensitif. Cepat terasa,” komen Zahim. “Sejarah tak ajar aku bagaimana nak mengawal perasaan. Kau pun sama. Belajar sejarah tapi tak tahu bagaimana nak menakluk dengan cara yang paling berkesan agar jangan buat darah aku naik.”

36

Antasya Balkis

“Aku cuma mengusik. Tak payahlah pakai teori sejarah. Lagipun, kalau aku bukan penakluk yang baik seperti Iskandar The Great, takkan kau terpikat pada aku, kan?” Kata-kata Zahim membuat Alissa ketawa. Alissa mengalah kerana dia tidak tahu bagaimana untuk membalas kembali kata-kata Zahim. “Bercakap dengan kau, aku tahu aku takkan menang,” tukas Alissa mengalah. Zahim angkat bahu. Zahim juara debat. Setiap patah bicara lawan akan ditentang habis-habisan sehinggakan pihak lawan tiada kata lagi untuk diungkapkan. Zahim pelajar kesayangan sekolah mereka. Alissa, pelajar pintar yang membanggakan. Kedua-duanya sama cantik dan sama padan. “Hai, entah mengapalah hati aku selalu berdebardebar bila melihat kau, Alis...” usik Zahim lagi. Wajah Alissa sudah masam macam cuka tumpah. Cepatlah Ana! Alissa pura-pura tunduk membaca buku tanpa mempedulikan Zahim mentertawakannya apabila melihat wajahnya yang sudah merah menyala. “Kau masih marah lagi?” tanya Zahim. Alissa buat tidak peduli. Buku geografi di tangannya dibelek-belek helaian muka suratnya. “Aku minta maaf, ya? Nanti aku belanja kau ABC kat gerai mamak tu.” Alissa buat tidak peduli lagi walaupun tekaknya yang kering sudah tergoda apabila mendengar ABC, salah satu kegemarannya. Kalau pekena ABC dalam cuaca panas begini, fuhhh… memang terangkat! “Kalau kau merajuk lagi, aku nak jadi orang

37

Suatu Penantian

kedekut ilmu.” Zahim mengugut pula apabila Alissa masih buat-buat tidak mempedulikan dirinya. “Yalah… aku tak merajuk lagi,” Alissa angkat wajahnya. Alissa tahu, dia sedikit lemah dalam subjek geografi tetapi Zahim pelajar yang bijak dalam mata pelajaran itu. Kalau Zahim buat kedekut ilmu, susahlah dia nanti. Siapa yang hendak jadi tuk guru mengajarnya pelajaran geografi! Teringatkan janji mereka - 5P1. Johanna datang dengan termengah-mengah seperti sedang dikejar oleh sesuatu. Alissa cekak pinggang dan menunjuk ke arah jam tangannya. Johanna cuma tersengih dan garu kepala. “Maafkan aku. Aku terpaksa jaga adik sekejap sebab mak aku balik lambat hari ni.” Alissa dan Zahim sama-sama memandang antara satu sama lain. Setengah jam mereka menunggu dan setengah jam waktu mereka dihabiskan begitu sahaja dan Johanna datang dengan wajah yang merah menyala. Tidak sampai hati pula mahu memarahi Johanna. “Tak apalah, Ana. Ini kali pertama. Kami maafkan kau....” Mereka sama-sama bersuara. Johanna tersengih gembira. Apa hendak buat? Johanna berasal dari keluarga yang susah. Ayahnya cuma pemandu teksi dan ibunya hanya tukang cuci. Adik-beradiknya tujuh orang dan Johanna yang sulung. Tetapi Johanna bercita-cita besar. Sama besar dengan cita-cita mereka berdua. Ingin berjaya di dalam hidup dan kehidupan. Kata Johanna, dia ingin mengubah taraf hidup keluarganya. Alissa - dia ingin menjadi yang terhebat dan Zahim - dia mahu menjadi orang yang berjaya dan lebih

38

Antasya Balkis

berjaya daripada orang yang berjaya. Cita-cita mereka bertiga hebat dan mengagumkan. “Kita mulakan dengan geografi,” Zahim mula berlagak seperti guru yang sedang mengajar pelajarpelajarnya. Sesekali pabila Alissa keliru, dia akan bertanya. Geografi bukan satu mata pelajaran yang susah tetapi entah mengapa dia begitu benak untuk menangkap mata pelajaran itu. Kata Zahim, semuanya bermula dari sikap tidak meminati sesuatu mata pelajaran dan berjangkit menjadi penyakit berjangkit. Malas! “Lepas ni kita nak pergi mana?” tanya Alissa. Dia sudah mula menutup buku rujukan geografinya. Apa yang Zahim terangkan sebentar tadi cukup memuaskan hatinya. Cikgu Ramli lebih suka menerangkan pokok dasarnya dan menyuruh pelajar-pelajarnya mencari bahan dan inti sari pelajaran tersebut. Oleh itu sudah pasti rujukan yang paling hampir adalah Zahim. “Aku nak minum air batu campur. Aku belanja,” Zahim menggeliat malas. Di bawah pohon bunga raya yang teduh itu selalu menjadi tempat mereka mengulang kaji pelajaran. Kadangkala di perpustakaan dan kadangkala di padang rumput hijau yang mendamaikan. Kata Zahim, persekitaran pun memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran. Kerana itu mereka selalu beralih angin. “Aku tak bolehlah Alis, Zahim. Aku nak kena balik cepat. Jaga adik-adik aku. Lagipun aku nak kena tengoktengokkan juga pelajaran mereka,” tolak Johanna. Zahim dan Alissa mengangguk faham. Arif benar mereka dengan kesukaran Johanna. Mereka tidak pernah

39

Suatu Penantian

memaksa. Akhirnya cuma mereka berdua sahaja menikmati air batu campur di gerai mamak di bawah pohon jejawi yang batangnya sebesar lima pemeluk orang dewasa. Pokok tua dan ada daun-daun jejawi yang sudah menyentuh tanah kerana rimbunnya. Di situ mereka selalu melepaskan dahaga dengan menikmati air batu campur, cendol, pulut durian atau pulut hitam yang manis dan enak. Kalau bosan dengan menu yang sama, mereka beralih selera dengan menjamah roti canai berkuah kari sardin dengan teh tarik. Mamak di situ pun sudah mengenali mereka berdua. Selalunya mamak di situ akan bertanya soalan maut kepada mereka. “Tambi, aci… bila mahu kahwin? Kalau kahwin jemput mamak tau. Mamak kasi present besar punya….” Dan mereka selalunya ketawa besar mendengar kata-kata itu. “Kami sekolah lagi, mamak. Nanti kalau dah keluar universiti baru kami kahwin,” sampuk Zahim. “Oh… macam tu ka? Banyak bagus ya. U pun pergi, kahwin pun dapat.” Kata-kata mamak itu menggelikan hati. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain dan akhirnya meletuslah tawa antara mereka. “Kalau kami kahwin mamak mesti datang tau!” Zahim bergurau lagi. Kali ini Alissa sudah naik geram. “Mesti… mesti datang punya. Jangan bimbang….” Kepala mamak tergeleng-geleng tetapi tangannya cekap menebar roti canai. “Bawa hadiah besar-besar ya…” Kali ini Zahim tidak boleh diberi muka lagi. Segera dicubit lengan Zahim. Bersiut pemuda itu menahan sakit. “Padan muka! Siapa suruh kau cakap macam tu dengan mamak roti canai tu,” marah Alissa apabila Zahim mengaduh kerana lengannya masih sakit bekas cubitan.

40

Antasya Balkis

“Ala… bukannya tak betul,” usik Zahim lagi. Alissa cekak pinggang. “Belajar tak habis lagi dah pasang angan-angan tinggi melangit.” “Bukan ke kenyataan tu bermula dengan anganangan? Berjaya pun dimulakan dengan angan-angan dan disusuli dengan usaha berterusan. Mat Jenin pun pasang angan-angan. Aku pun pasang angan-angan. Kau tahukan, aku sayangkan kau...” luah Zahim. Alissa buat-buat tidak dengar. Kadangkala kalau Zahim buat perangai gilanya, dia pun akan naik gila sama. “Alis…” panggil Zahim. Muncung Alissa sudah panjang ke hadapan tetapi dia masih menjawab. “Ya. Aku dengar apa yang kau cakap.” “Kita sama-sama jadi orang yang berjaya dan aku mahu, suatu hari nanti kau realisasikan impian aku yang satu ni....” “Apa dia?” “Kita bina mahligai tanda kasih sayang kita,” bisik Zahim perlahan. Alissa tersenyum. Bohonglah kalau dia menafikan yang dia tidak cintakan jejaka di sebelahnya ini. Zahim seorang lelaki yang cukup menyenangkan. Zahim sering menggembirakannya. “Insya-Allah. Kalau dah jodoh kita tak ke mana.” “Aku mahukan satu janji yang pasti,” desak Zahim. “Insya-Allah tu bermakna jika diizinkan Allah,” tukas Alissa. Zahim ketawa.

41

Suatu Penantian

Mereka antara dua insan yang dapat membuktikan yang cinta itu satu memori yang manis dalam hidup seorang remaja. Cinta yang tidak melalaikan dan disusuli dengan semangat untuk berjaya dalam hidup. Tetapi ramai yang tidak mencontohi mereka. Kebanyakannya lalai dalam cinta yang memabukkan. Kemudian mereka akan kecundang walaupun belum separuh jalan. Hidup remaja mereka disia-siakan begitu sahaja. “Alis.…” Suatu petang yang tenang, mereka berjalan-jalan mengambil angin di tepi lombong tinggal yang sering dijadikan tempat memancing oleh kaki-kaki pancing di situ. Zahim tidak minat memancing. Katanya membosankan. “Kalau ditakdirkan suatu hari nanti aku pergi meninggalkan kau, bagaimana?” “Kau nak ke mana tinggalkan aku?” Alissa berbalas pertanyaan. Soalan itu dirasakan terlalu pelik. “Ke mana-mana saja.” “Maksud kau, andai kata kau tak setia dan meninggalkan aku?” Pertanyaan Alissa membuatkan langkah Zahim terhenti. Bola matanya merenung jauh ke dalam bola mata Alissa dan mengeluh panjang. “Jika ditakdirkan begitu, aku akan menganggap yang semua ni satu memori zaman remaja kita. Aku faham, jodoh pertemuan Tuhan yang tentukan. Aku tak berani mengingkarinya jika tertulis bahawa jodoh kita bukan bersama...” tenang sahaja Alissa menuturkannya walau di hati bergelora dengan seribu perasaan. “Aku tak maksudkan begitu.” “Kalau kita kecewa sekalipun dalam hidup, kita

42

Antasya Balkis

terpaksa melaluinya juga walaupun pedih. Tidak kiralah siapa yang melukai siapa. Itu tak menjadi soalnya. Kalau kau yang tak setia pada aku, aku tak ada kuasa merubah hati kau supaya kembali pada aku semula. Begitu juga jika aku yang melukai kau. Kita seharusnya sama-sama menerimanya. Aku faham, dunia kita masih luas terbentang. Banyak perkara yang bakal kita lalui membuatkan kita bukan lagi seperti kita di zaman remaja.” “Kata-kata kau membuatkan hati aku tenang,” Zahim tersenyum. Pandangannya dihalakan terus-terusan memandang lombong yang sudah menjadi tasik - begitu tenang sekali. “Jadi, kau akan tinggalkan aku?” duga Alissa. “Tak mungkin aku akan tinggalkan kau, Alis. Kalau ia terjadi sekali pun, semuanya terjadi bukan di atas kehendak aku. Sekalipun aku takkan membuang cinta kita seperti aku membuang sampah.” Petang itu Zahim kelihatan begitu aneh sekali. Bicaranya penuh dengan keseriusan. Matanya tidak tunak memandang wajahnya seperti selalu sebaliknya dibuang pandangannya ke arah tasik yang begitu tenang. Langsung tidak kelihatan riak-riak air di permukaannya. “Kenapa ni?” Alissa tergelak kecil. Lengan Zahim digapainya dan memimpinnya seperti memimpin seorang kanak-kanak. “Aku takut, Alis….” Zahim suarakan isi hatinya. Alissa tergelak lagi. “Apa yang kau takutkan ni?” Alissa mengajak lelaki itu duduk di birai tasik itu. Seketul batu dicampakkan. Permukaan tasik yang tenang mula terganggu ketenangannya.

43

Suatu Penantian

“Mama dan daddy….” Tidak sanggup rasanya berterus terang dengan Alissa tentang rancangan mama dan daddynya. Rancangan yang terlalu awal ketika umur mereka yang masih muda. “Kenapa dengan mereka?” Memandang ke dalam mata Alissa yang penuh dengan pengharapan dan cinta menyebabkan niatnya terbatal sama sekali untuk memberitahu rancangan keluarganya. Akan kecewakah Alissa jika diberitahu tentang rancangan mama dan daddy? Dia sendiri tiada kuasa untuk menolak kerana sebenarnya dia tidak pandai untuk menolak kemahuan mama dan daddy. Takut jika hati mama dan daddy terasa dengan penolakannya. Dan, haruskah dikorbankan cinta dan harapan mereka berdua hanya kerana terlalu ingin menjadi anak yang taat dan setia? Akan kecewakah Alissa dengan keputusannya? Bingung sekali apabila memikirkan. Akhirnya, dia membuang pandangan jauh ke dasar tasik. Tidak sampai hati membuang gembira di wajah itu. Tidak juga sampai hati melihat senyuman yang selalu menguntum di bibir hilang serinya. Melihat senyuman Alissa umpama pelangi selepas gerimis. Mendengar Alissa ketawa umpama sebuah taman yang dipenuhi oleh insan yang gembira. “Ah… tak ada apa-apalah!” Akhirnya Zahim mengeluh panjang. Petang itu dia sengaja membawa Alissa berjalanjalan di situ. Satu perkara yang tidak pernah dilakukannya. Sebenarnya, dia lebih suka bergelut dengan buku daripada membicarakan soal hati. Hati yang tenang tiada ketenangannya lagi apabila mendengar Alissa tergelak panjang melihat wajahnya yang penuh kemuraman.

44

Antasya Balkis

“Kau akan pastikan impian yang sama-sama kita bina jadi kenyataan?” Alissa menyoalnya ketika hati berperang antara keinginan sendiri dan kehendak ibu bapa. Tetapi akhirnya Zahim memilih untuk mengangguk dan tersenyum. “Jika Tuhan mengizinkan, aku pasti impian kita bukan hanya satu angan-angan....” Diberikan janji yang tidak pasti. Alissa tersenyum bahagia. “Aku percaya pada kau,” ucap Zahim perlahan tetapi penuh bermakna. “Tapi aku mahu kau tahu, Alis… jika ketentuan yang telah kita sematkan dalam diri bukan satu ketentuan yang diizinkan, aku tetap mencintai kau,” tuturnya penuh makna. Alissa melihat ke dalam anak matanya. Dia mengangguk dan tersenyum. Bahagianya dia kerana dapat meneguk senyuman Alissa. Kemudian mata terus memandang indahnya alam ciptaan Tuhan. Mereka samasama membisu namun bahagia mengiringi mereka. Bukan dia menginginkan semua ini terjadi, tetapi dia juga tidak mampu melawan kehendak kedua-dua orang tuanya. Suatu hari nanti, dia bakal meninggalkan Alissa sendirian. Bagaimana dia mahu berterus terang?

45

Suatu Penantian

B

5

A

B

ELAKI bujang itu bersiul riang. Zarul Afandi. Sikat warna merah itu diletakkan di tepi sebuah potret. Kemudian Zarul tersenyum sendiri. Sambil menuruni tangga berlingkar itu, dia bersiul kerana hatinya keriangan. Kemudian Zarul menapak ke arah meja makan, membuka tudung saji dan menghidu aroma nasi lemak yang wangi. “Zarul nak ke mana pagi-pagi ni? Smart aja daddy tengok,” tegur Encik Zakry. “Zarul nak jumpa kawan, daddy.” “Balik saja dari overseas, tak duduk rumah langsung. Sekurang-kurangnya tolonglah daddy di pejabat,” leter Encik Zakry. “Zarul janji akan tolong daddy, tapi bagilah Zarul

L

46

Antasya Balkis

masa. Dah puas Zarul enjoy, Zarul ikut kata-kata daddy. Okey tak, dad?” Encik Zakry cuma menggeleng. Zarul sama sahaja sepertinya sewaktu muda-muda dahulu. Suka enjoy tetapi itu tidak bermakna dia bukan lelaki yang tidak baik. Berhibur hanya untuk menghiburkan teman-teman perniagaan. Walaupun begitu dia tidak pernah menyentuh arak, berjudi dan kaki perempuan. Encik Zakry berfikir, Zarul juga begitu kerana wajah Zarul begitu bersih. Bibirnya merah tanda tidak pernah merokok dan menyentuh arak. Zarul juga bukan pemboros dan tidak mungkin akan terjebak dengan judi. Sudah diterapkan nilai-nilai yang baik di dalam diri anakanaknya. Apa yang diharapkan, anak-anak kesayangannya menerapkan nilai-nilai baik yang diasuh di dalam diri mereka sejak kecil. Berduit bukan bermakna mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa batasan. “Dah puas enjoy, call daddy. Daddy dah sediakan tempat untuk Zarul.” “Thanks dad. Mama mana?” “Masih kat atas. Tak siap mekap lagi.” “Orang perempuan, daddy….” Zarul gelak-gelak kecil. “Hmmm.…” Encik Zakry mengiakan sahaja. Sebut sahaja nama keramat itu, muncul wanita cantik langsing menuruni anak tangga satu per satu. Empat biji mata lelaki terpempan ke arahnya. “Cantik mama hari ni,” puji Zarul. Puan Hafizah cuma tersenyum tatkala mendengar pujian itu. “Yang Zarul pakai lawa-lawa ni nak ke mana pula?”

47

Suatu Penantian

Puan Hafizah duduk di sebelah suaminya yang buat-buat tidak peduli dengan dirinya. “Nak keluar dengan kawan.” “Lelaki ke perempuan?” “Lelakilah, mama,” Zarul menyuap ikan bilis goreng ke dalam mulut. “Eh, bahaya tu kalau semua lelaki. Nanti lain pula jadinya,” sampuk Encik Zakry. Zarul ketawa. Daddy lebih suka buat lawak dan mamanya selalu tergelak walaupun mama lebih serius orangnya. Puan Hafizah cuma tersenyum. “Bila Zarul nak bawa balik kawan perempuan jumpa mama?” “Nantilah mama. Mama nak yang macam mana jadi menantu?” soal Zarul. Encik Zakry tergelak. Sesekali Zarul menjadi pak lawak persis dirinya juga. Kalau tidak masakan wanita secantik Puan Hafizah dengan sikapnya yang tegas dan serius dapat dipikatnya. “Mama tak kisah. Janji Zarul sukakan perempuan tu.” Bosan bermain dengan anak Nora, dia mengharapkan agar Zarul cepat-cepat mendirikan rumah tangga dan beranak pinak. Tentu riuh rumah besar ini. Lagipun, usia Zarul sedang elok-elok untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. “Betul mama tak kisah?” soal Zarul sekadar menduga. Puan Hafizah mengangguk.

48

Antasya Balkis

“Mama tak kisah siapa pun, tapi mama ingat nak kenalkan anak kawan mama pada Zarul.” Cadangan daripada mamanya membuatkan punggungnya terasa panas. Ingatkan mamanya sengaja bertanya sekadar berbual kosong, tetapi mama ada agenda lain rupa-rupanya. Mahu dikenalkan kepada anak kawannya! “Nantilah mama,” Zarul sudah mula angkat punggung. Usianya masih muda. Masih belum puas enjoy mama sudah sebut fasal kahwin. Kacau! “Isy… awak ni. Zarulkan masih muda lagi. Tak bekerja pun lagi tapi awak dah sebut pasal kahwin,” sampuk Encik Zakry, suaminya. “Saya bertanya saja. Kalau dia nak, bagus. Kalau tak nak, saya tak paksa. Awak tak teringin ke nak timang cucu daripada Zarul pula. Lagipun, kalau Zarul tak kerja pun saya boleh tanggung anak bininya tu,” hujah Puan Hafizah. Encik Zakry geleng kepala. “Eh, kitakan dah ada lima cucu. Tak cukup lagi ke?” tanya Encik Zakry, sengaja mengusik isterinya. “Malaslah saya bercakap dengan awak ni. Cepatlah. Nanti kita lambat dan satu lagi, jangan makan banyak sangat nasi lemak. Awak tukan ada penyakit,” tegur Puan Hafizah. “Sayang juga awak kat saya ya….” Encik Zakry mengusik dan muncung Hazifah panjang tanda menyampah. Encik Zakry ketawa. Suaminya memang suka mengusik. Adaada sahaja yang mahu diusik membuatkan hatinya digeletek ketawa tetapi kerana itu juga sayangnya pada suami tidak pernah berbelah bahagi walaupun di usia emas begini. Kata orang bertambah sayang. Keluar sahaja kedua-dua orang tuanya, Zarul mula angkat kaki. Fuad dan Mus sudah menunggunya di pusat

49

Suatu Penantian

snuker. Dia baru sahaja dua minggu pulang dari Australia menghabiskan pengajiannya. Penat belajar masih belum habis, daddy sudah menggesanya agar segera menolong di syarikatnya. Mama pula sibuk dengan agendanya mahu menambah cucu dan menantu. Dia sudah mula pening kepala. Tetapi apabila terpandangkan sekeping foto yang cukup mencuit hatinya dan amanat yang ditinggalkan, hatinya bagai sudah dimiliki. Sekeping foto yang tidak bernyawa bersama senyuman yang menggetarkan jiwa. Lama gambar itu ditatap dan menjadi teman tidurnya. Empat tahun lamanya memegang amanat yang disimpan - sudah teguh janjinya pada si mati. Mana mungkin dia melupakan seraut wajah itu. Wajah yang berkongsi darah dan daging dengannya. Kehilangannya cukup menggetarkan jiwa. Terasa dirinya juga telah lama mati, pergi bersama jasad yang dikuburkan. Dengan langkah yang longlai, bumi Australia tetap dijejaki. Di sana, dia merawat jiwanya yang parah kesedihan. “Zarul!” Namanya diseru. Fuad dan Mus datang menghampirinya dengan satu anggukan dan senyum macho seorang lelaki. Zarul membalasnya. “Lama tak nampak kau,” sapa Fuad. “Aku baru balik dari luar negara,” katanya. “Pandai kau cari kami,” Mus tergelak dan berjabat salam. “Ah, pot kau tak ke mana. Dari dulu sampai sekarang sama aja. Nak cari kau orang berdua bukannya susah sangat,” sanggah Zarul. Fuad dan Mus tergelak. Sebatang rokok dihulurkan tetapi Zarul menolaknya dengan baik.

50

Antasya Balkis

“Takkan balik dari negara orang putih tak hisap rokok, beb! Tak rocklah macam ni!” kutuk Fuad. Sebatang rokok diketuk-ketuk di atas kotak rokok. Zarul hanya memerhati. Kayu snuker dipegangnya dan ditolak bola putih masuk ke lubang. Berjaya sahaja bola itu dimasukkan, Zarul tersenyum. “Negara orang putih tak berjaya menjahanamkan aku. Kalau kau berdua, aku tak tahulah.” “Okeylah. Kami hormati pendirian kau yang tak hisap rokok. Moga tak musnah ladang tembakau kerana orang macam kau ni,” kata Mus. Zarul geleng kepala sedangkan Fuad dan Mus ketawa besar. “Lepas ni kita nak ke mana? Celebrate kepulangan kau?” tanya Mus. “Aku tak kisah,” Zarul mengangkat bahu. Semalam dia sudah diraikan oleh teman-teman sekolah yang masih tidak terputus hubungan dengannya. “Apa kata kita ke disko? Malam masih muda, beb!” aju Fuad. Zarul angguk kepala tanda setuju. “Alright. Malam ni milik kita!” Fuad dan Mus berteriak gembira dan Zarul cuma tersenyum. Zarul mengenali Fuad dan Mus kerana mereka berdua pernah menyelamatkan nyawanya sewaktu dirompak di sebatang lorong. Nampak sempoi, selekeh dan kotor tetapi hati mereka baik. Kalau bukan kerana mereka berdua yang menolongnya, sudah tentu dia menjadi mangsa rompak dan bunuh. Demi membalas jasa mereka, mereka bertiga

51

Suatu Penantian

menjadi sahabat yang saling berhubungan antara satu sama lain. Cuma mereka berdua suka enjoy kerana usia masih muda. Tidak terlibat dengan gejala negatif tetapi cuma enjoy. Kata mereka, selagi umur masih muda, hidup tidak harus dipersia-siakan. Zarul cuma angkat bahu dan geleng kepala. No comment! Tetapi ada satu perubahan besar pada mereka. Air berbuih warna kuning umpama air kencing itu diteguk rakus oleh mereka. Kedua-duanya ketawa besar. “Sejak bila kau berdua mula minum ni?” soal Zarul. “Ini biasalah beb! Kalau tak pekena, tak rocklah. Tak moden. Pekenalah segelas. Baru kau tahu yang dunia ni sebenarnya indah….” Gelas panjang itu disuakan ke arahnya tetapi Zarul segera menolak. Dia masih ingat pesan daddy. Dia masih mencontohi daddy. Setakat ini dia masih tidak tergoda walaupun imannya bukanlah setebal mana. Tetapi arak sesuatu yang memabukkan, yang dilarang oleh agama Islam. Sudah terang-terangan dilarang oleh agama tetapi mereka mengingkarinya. “Jangan berlagak jadi ustazlah dalam dunia disko ni….” Fuad dan Mus ketawa lagi apabila ajakan mereka ditolak mentah-mentah oleh Zarul. “Kalau kau nak togok benda jahanam tu, kau togoklah sampai dunia kiamat. Tapi jangan libatkan aku,” gumamnya. “Wah… alimnya kau!” ejek Fuad. Ejekan itu ditelan oleh angin lalu dan tidak sempat singgah di hati Zarul. “Oi kawan, hormatlah sikit! Kalau member tak mahu jangan paksa!” Mus membela Zarul pula.

52

Antasya Balkis

Zarul mendengus. “Aku harap aku masih kenal korang berdua lagi,” Zarul mengharap. “Ini namanya hidup, Zarul. Kehidupan yang bernyawa setelah penat mencari rezeki. Kau tak macam kami. Makan kau bersuap. Kami terpaksa bersusah payah. Ini hiburan,” Mus menepuk belakang Zarul. Fuad dan Mus terkekeh-kekeh ketawa. Zarul mengagak yang mereka berdua sudah mabuk kerana dimabukkan dengan air kencing syaitan itu. Kemudian mereka berdua berjalan terhuyung-hayang memaksanya untuk memapah seekor anak gajah dan seekor cicak kubin. Hatinya menyumpah geram. Bau busuk arak melekat di bajunya. Pasti daddy dan mama dapat mengesan. Hatinya menyumpah lagi. Kalau dia tahu, lebih baik celebrate di kedai mamak! Dalam kesusahan memapah dua orang sahabatnya, Zarul berusaha juga walaupun dia sendiri terhuyung-hayang kerana mengimbangi dua tubuh itu. Yang susahnya, dia seorang! Kalau bukan mengenangkan yang dua orang manusia itu pernah menyelamatkan nyawanya, mahu sahaja ditinggalkan tubuh berbau busuk arak itu di tepi jalan. Kerana arak yang memabukkan, manusia normal boleh jadi binatang. Menyusahkan! hatinya menggumam marah. Dua tubuh itu ditolak masuk ke dalam perut kereta. Buruk rupanya kalau manusia sudah hilang akal yang normal dan waras. Suara Fuad dan Mus berkata entah apa-apa kerana akal waras sudah diletakkan di kepala lutut. Zarul menggeleng lagi.

53

Suatu Penantian

“Malam indah… oh, aku berteman…” Fuad melalak-lalak dalam kereta. Zarul buang wajah geramnya di jalanan yang masih sibuk dengan kenderaan yang bertali arus. Hatinya membungkam marah lagi. “Shalalala.…” Kali ini Mus pula yang menyambung ayat-ayat mabuk Fuad. Terdengar ketawa mereka berdua. Berdekah-dekah. Bahagiakah mereka setelah menelan air kencing syaitan itu? Syukurlah, kerana ajaran daddy dan mama, dia tidak menjadi manusia yang bodoh, kehilangan akal yang waras kerana seteguk minuman yang haram. Syukur juga kerana tanah Inggeris tidak berjaya mengkafirkannya.

54

Antasya Balkis

B

6

A

B

E M E J A m e r a h y a n g dipakainya dicampak ke dalam bakul. Bau busuk melekat-lekat di tubuhnya. Hatinya masih menyumpah seranah kerana geram dengan sikap Fuad dan Mus yang menyusahknya. Dalam kereta bau muntah Fuad dan Mus membuatkan dia sendiri hampir memuntahkan isi perutnya. Sial! Wajahnya masih merah padam kerana marah dengan sikap dua orang sahabatnya itu. Sudahlah mabuk, dia pula terpaksa memapah Fuad dan Mus pulang ke rumah. Kerja pertama yang terpaksa dilakukan setelah pulang ke Malaysia. Selesai membersihkan badan, kemeja merah yang dipakainya diambil dari dalam bakul dan dimasukkan ke

K

55

Suatu Penantian

dalam beg plastik. Diikat kemas-kemas untuk dibuang. Kalau daddy dapat mencium bau busuk arak sudah pasti daddy mengesyaki yang bukan-bukan. Jalan terbaik, lebih baik dibuang sahaja baju yang sudah terkena air kencing syaitan itu. Kalau dia tahu yang Fuad dan Mus sudah pandai minum, sudah pasti dia tidak akan setuju dengan cadangan mereka. Bukan mahu berlagak sebagai ustaz, tetapi prinsipnya yang satu itu selalu dipegangnya. Kata daddy, kalau mahu berjaya dalam hidup, jauhkan perempuan, arak, judi dan maksiat! Empat perkara itu menjadi bentengnya setiap kali darah mudanya membuak-buak melihat perempuan berdahi licin, berambut panjang mengalahkan teknik rebonding, yang paha-pahanya putih mulus dan yang berbaju namun masih telanjang. Kata-kata dan nasihat daddynya menjadi pegangan. Kalau daddy bukan lelaki yang baik masakan daddy dapat menakluk hati mama yang waktu mudanya menjadi kegilaan lelaki-lelaki bermata keranjang. Waktu itu daddy orang susah. Daddy berniaga secara kecil-kecilan dengan bantuan keluarga mama. Daddy ada prinsip sendiri. Mama pula sanggup bersusah payah bersama daddy. Kalau mama mahu hidup senang, mama boleh saja memilih lelaki-lelaki kaya dan meninggalkan daddy sendiri. Tetapi mama tetap setia. Itu tandanya daddy lelaki yang baik. Dia mahu mengikut jejak langkah daddy. Idolanya itu menjadi lelaki yang berjaya dalam hidup dan punya teman hidup yang dicintai mamanya. Paginya, fikiran masih mamai ketika mama mengejutkannya. Tergesek-gesek mata apabila mamanya membuka luas tirai yang berwarna putih bersih itu. Warna kegemarannya. Warna hijau alam menyambut paginya. “Pukul berapa balik semalam?” tanya Puan Hafizah.

56

Antasya Balkis

Pahanya ditepuk lembut tanda mama sedang memanjakan hanya seorang sahaja anak lelakinya. Kemudian mama merenung gambar di meja sisi tepi katilnya. Gambar dua teruna yang sedang berpeluk bahu antara satu sama lain. Hatinya tiba-tiba sayu. “Mama.…” Puan Hafizah meletakkan berbingkai cantik itu di tempatnya. semula gambar

“Pukul berapa balik semalam?” Puan Hafizah mengulangi lagi pertanyaan itu. “Tiga pagi,” Zarul menguap malas. “Enjoy sakan anak mama,” Puan Hafizah merungut. Zarul menggaru kepalanya walaupun tidak gatal. Rambutnya serabai. Jambangnya sudah meliar. Tumbuh merata-rata di wajahnya. “Sekali-sekala, mama.” “Jangan amalkan selalu,” pesan Puan Hafizah. Zarul mengangguk faham. “Dah, bangun. Sarapan. Mama buatkan nasi lemak dengan sambal ikan tenggiri kesukaan Zarul.” Mendengar sahaja nasi lemak bersama sambal ikan tenggiri yang enak, Zarul bingkas bangun. Puan Hafizah keluar dari kamar anak teruna yang seperti tempat kucing beranak itu. Jam sudah menunjukkan pukul sebelas pagi. Dia membersihkan diri dan keluar dengan mengenakan seluar pendek putih dan t-shirt. Wajahnya sudah dibersihkan dan nampak segar. Cuma janggut yang tajam belum dicukur. Nampak masih berserabai. Bau nasi lemak bersama sambal ikan tenggiri di bawah tudung saji bereben begitu memikat seleranya.

57

Suatu Penantian

“Lepas ni mama nak ke Sri Intan. Zarul nak ikut tak?” “Taklah, mama. Penat. Letih semalam pun belum habis lagi,” Zarul geleng kepala. Selalu juga dia mengikut mamanya ke Sri Intan melihat kanak-kanak malang di sana. Mama nampak sahaja garang dan tegas tetapi berhati penyayang. Agaknya kerana itulah yang membuatkan daddy terpikat pada mama. “Mama tak tentu lagi balik pukul berapa.” Nasi lemak bersama sambal ikan tenggiri ini bukan air tangan Mak Nab tetapi mama. Mama kalau buat nasi lemak memang sedap. Kalah Mak Nab. Badannya pun sudah semakin berisi. Ada lemak di sana sini tetapi masih maintain cool dan macho. Janjinya dengan daddy, apabila sudah puas enjoy dia akan menolong dan memerah tulang empat keratnya untuk membantu daddy yang terlalu ingin bersara. Kata daddy kalau sudah bersara nanti, daddy hendak duduk di padang golf. Buat rumah dekat dengan padang golf. Dua puluh empat jam dengan kayu golf, bola golf dan padang golf. Padahal daddy cuma mahu mengusik mama. Mama sudah keluar muncung panjang apabila daddy mengusiknya begitu. Apabila mengenangkan ibu bapanya, Zarul ketawa sendiri. Sudah dimakan usia tetapi masih suka usikmengusik. Terutama daddy. Suka benar daddy mengusik mamanya yang selalu serius. Mama pula, selalu menganggap kata-kata daddy serius. Tetapi mama senang dipujuk. Apabila daddy merayu dan memohon maaf, mama senyum panjang seperti baru pertama kali dilamar cinta. Melihat keintiman dan kemesraan mereka walaupun usia sudah menginjak tua membuatkan dia menjadi anak yang taat kerana didikan yang diterimanya adalah daripada ibu bapa yang penyayang dan begitu mengambil berat perihal anak-anak.

58

Antasya Balkis

Selesai mengisi perut, Zarul tersandar kekenyangan di beranda rumah mewah itu. Dengan hanya berseluar pendek ala Hawaiian, dia menghayati wajah alam yang menghijau di halaman rumah. Mama cukup menggilai taman ala Bali. Kerana itu di mana-mana sahaja ada air terjun mini, pohon keladi gajah yang besar, spesies palma dan spesiesspesies pohon hijau yang merimbun. Rimbun, hijau dan menyejukkan mata yang memandang. Ditarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan. Tetapi ketenangannya diganggu oleh suara Mak Nab, orang gaji rumah besar ini yang begitu setia. “Ada panggilan untuk Zarul,” Mak Nab datang menyapanya lembut. “Siapa Mak Nab?” “Entahlah, Zarul. Katanya kawan Zarul.” “Terima kasih, Mak Nab.” Satu ciuman dihadiahkan untuk orang gaji yang sudah lama berkhidmat dengan keluarganya. Mak Nab ketawa riang. Ditamparnya bahu anak muda itu perlahan tanda membalas ciuman kasih sayang itu. Telefon diangkat. Kemudian dalam diam hatinya menyumpah-nyumpah. Suara garau Fuad di hujung talian. “Sorry, Zarul. Semalam aku menyusahkan kau,” suaranya garau memohon maaf. “Sejak bila kau jadi kaki mabuk?” Persoalan yang ingin benar ditanyakan kepada sahabat lamanya. Sedangkan dia jauh di negara orang tetapi masih menjaga agamanya. Masih menjaga larangan-Nya. “Biasanya aku tak mabuk, tapi jumpa kau semalam

59

Suatu Penantian

aku terlebih excited. Terlebih minum pula!” Suara garau Fuad ketawa. “Lain kali kalau kau dan Mus nak teguk air syaitan tu jangan ajak aku sekali. Bukan aku nak berlagak baik macam ustaz….” “Aku minta maaf, beb! Aku janji tak buat lagi but kita masih kawan lagikan.…” Fuad ketawa lagi. Semalam dia sendiri naik mual dan geli dengan muntah Fuad dan Mus yang berbau busuk, hanyir dan meloyakan yang terkena bajunya. Sumpah seranahnya berbakul-bakul untuk sahabat itu. Sangkanya Fuad dan Mus masih berpegang teguh kepada janji mereka. Mereka berkenalan sejak usia remaja. Demi membalas jasa dua orang remaja yang menyelamatkan nyawanya di tangan perompak, dia sudi berkawan dengan mereka berdua. Mereka bertiga sama-sama meniti usia remaja dengan ikrar janji. Janji untuk menjadi orang yang berguna walaupun mereka berdua tidak sebijaknya mendapat peluang belajar di negara orang. Tetapi Fuad dan Mus sudah jauh berubah. Tubuh mereka penuh dengan tatu yang kehitaman. Wajah Fuad dan Mus penuh dengan jambang yang meliar. Dia sendiri sebenarnya hampir tidak mengenali mereka berdua. “Malam ni aku belanja kau lagi. Kita celebrate dan enjoy sampai muak….” Berdekah-dekah Fuad ketawa. Zarul ketawa kecil. “Sorrylah, Fuad. Malam ni tak boleh. Ada family gathering.” “Okeylah, beb! Aku tak boleh paksa, tapi nanti kalau kau jumpa aku dengan Mus kat tengah jalan, jangan tak mengaku kawan pula!” “Set! Nanti kita sembang lagi. Sorrylah kawan. Aku

60

Antasya Balkis

letak telefon dulu....” Dekah Fuad masih bermain-main di telinganya. Zarul menggeleng-geleng. Apa punya kawan! Zarul naik ke kamarnya. Menyarung jean biru yang lusuh dan bertshirt kuning garang. Hajatnya mahu ke pejabat daddy melihat apa yang patut sebelum dia mengambil alih sepenuhnya kuasa milik daddy di dalam syarikat gergasi itu. Buat masa ini, dia masih belum berminat untuk mengambil alih kuasa tetapi ini hanyalah sebagai persediaan di masa depan. Dia tidak mahu dituduh dasar anak orang kaya dan berharta. Otak tidak ada pun tidak mengapa asalkan ada kuasa! Waktu-waktu begini dia masih mahu berehat-rehat melepaskan letih dan lelah belajar. Cuaca di Australia masih melekat lagi di kulitnya. Masih terasa angin dinginnya di musim panas dengan gadis-gadis berambut perang dan bermata biru. Mereka biasanya ramah-ramah belaka dan senang didekati. Ucap sahaja hai atau helo, sapaan mereka akan disambut mesra. Gadis Malaysia? Ah, mereka lebih suka jual mahal dan letak tanda harga pada diri. Zarul ketawa. Foto seorang lelaki yang diletakkan di tepi katilnya ditatap lama. Kemudian di belakang gambar lelaki itu dikeluarkan sekeping gambar seorang gadis manis bertocang dua. Manis. Amat manis pada mata lelakinya. Zarul ketawa lagi. Amanat dan janji bersatu. Dia masih tegar mengingatinya. Tidak salah berjanji dan janji itu akan ditepatinya. Cuma, bukan waktu dan ketika ini. Nantilah, suatu masa nanti akan dikotakan janji itu jika takdir dan waktu menyebelahinya. Dia pasti semua itu akan menjadi miliknya. Gadis itu? Idaman mereka berdua. Pernah samasama jatuh cinta pada gadis yang sama tetapi akhirnya dia tewas. Bukan kalah memikat tetapi kalah dalam one two som.

61

Suatu Penantian

Siapa yang kalah bermakna salah seorang daripada mereka terpaksa mengundurkan diri. Yang menang akan cuba memikat gadis yang membuatkan mereka sama-sama jatuh cinta. Mengingatkan itu Zarul ketawa sendiri. Foto lelaki itu diletak kembali ke tempat asalnya. Foto gadis itu diletakkan di bawah bantalnya. Dia menatap sehingga hatinya benar-benar tertawan untuk kali kedua. Sebenarnya, telah tertawan sejak dahulu lagi! Di matanya, memori indah itu masih didambakan. Semuanya berlalu terlalu pantas. Belum puas dia mengenali gadis manis itu. Masanya terlalu singkat apabila dia cuba mencipta memori antara mereka berdua. Dia harus pergi meninggalkan gadis kesayangannya walaupun di hati tidak mengizinkan. Foto lelaki di tepi katilnya mencipta satu amanah kepadanya melalui sekeping surat bertinta biru. Amanah yang sudah pasti akan dilaksanakan. Lelaki itu menulis seolah-olah tahu dirinya akan pergi ketika itu. Separuh daripada semangatnya dibawa pergi mencari ilmu di negara kanggaru dan separuhnya lagi bersemadi di bumi Malaysia. Dia pergi membawa hati yang lara. Zarul Afandi meraup wajahnya. Bukan kerana amanah bertinta biru itu menyesakkan hatinya, tetapi kerana dia memikirkan bagaimana mahu mencari titik permulaan pertemuan mereka. Bagaimana harus diperkenalkan dirinya di hadapan gadis manis itu? Akan terbinakah satu perhubungan apabila mereka bertemu ataupun gadis itu akan menjauhkan diri daripada bersama dengannya? Mungkinkah jalinan itu akan terbina dengan mudah hanya kerana mereka berwajah serupa? Atau… mungkin juga gadis itu akan menolaknya? Ah, seribu kemungkinan kerana sebenarnya satu penantian ini akan bernoktah jua.

62

Antasya Balkis

B

7

A

B

MEI 2001 ALAU kau di sana nanti jangan lupa utuskan surat untuk aku. Kalau kau jumpa cinta sejati kau di sana pun aku tak marah. Aku tak ada kuasa nak mengawal kau di sana,” suara Alissa kedengaran begitu lirih. Zahim tergelak. “Apa kau cakap ni? Aku tak fahamlah!” “Tak faham atau buat-buat tak faham?” Alissa menjeling ke arah Zahim di sebelahnya. Muncungnya panjang sedepa. “Tak sangka kau ni kuat juga cemburunya,” Zahim tergelak lagi.
63

“K

Suatu Penantian

“Eee… bila masa aku cemburu ni?” “Tu… pesanan-pesanan tu bukannya berbau cemburu?” Alissa terdiam. Dia tidak mengangkat wajahnya yang cemberut. Bertembung dengan pandangan Zahim nanti pastinya pemuda itu enak mentertawakannya. “Itu pesan saja, bukan cemburu tau!” “Samalah tu! Kita nak bertekak ke?” Zahim mencubit pipinya. Alissa ketawa dan menggeleng. Dia selalunya kalah. “Kau tak percaya pada aku?” Alissa membisu. Percaya? Bagaimana mahu meletakkan kepercayaan sedangkan dia di sini dan Zahim nun jauh di sana? Dunia luar yang pastinya banyak mendedahkan Zahim dengan pelbagai perkara yang lebih menyeronokkan. “Bukan tak percaya tapi aku takut nanti…” hatinya resah! “Percayalah pada aku. Hati aku takkan berubah!” Itu janji orang yang akan pergi meninggalkannya. Janji-janji sebelum dirinya ditinggalkan. Bukannya Alissa tidak gembira kerana cita-cita orang tersayang tercapai tetapi hatinya seolah-olah merasakan yang Zahim akan meninggalkannya. Dipandang wajah itu sekilas. Zahim tersenyum memandangnya. Dibalas senyuman itu. “Dah… jangan fikirkan yang bukan-bukan,” Zahim pura-pura marah. Alissa ketawa. Dia sayangkan pemuda di hadapannya ini. Bermula hanya sebagai seorang kawan dan akhirnya perhubungan itu memerangkap perasaan mereka. Satu

64

Antasya Balkis

sekolah tahu tentang perhubungan mereka. Satu sekolah juga tahu bahawa mereka berdua adalah pelajar yang paling pintar. Mereka pelajar yang terkenal. Kerana itu apabila dia tidak berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM, Alissa menghadapi satu tekanan yang hebat. Guruguru mengharapkan agar keputusannya lebih cemerlang tetapi dia kehilangan ayah tersayang sewaktu peperiksaan bermula. “Hei, kenapa ni?” Zahim menyapanya lembut. Alissa terkesima sebentar. Jauh dilayangkan anganangannya. “Masih tak percayakan aku ni?” usik Zahim. Alissa ketawa lagi. “Macam mana nak percaya, Farhana pun ikut kau sekalikan?” Hatinya masih tidak senang. Zahim mengeluh dan tunak mata memandang ke arahnya. “Kau tak gembira dengan kejayaan aku?” Zahim buang pandangannya jauh ke sana. Entah apa yang dimenungkannya. “Bukan aku tak gembira tapi… hati aku rasa tak sedaplah!” “Sebab Farhana sama universiti dengan aku?” Zahim bertanya lagi. “Entahlah, Zahim. Aku pun tak tahu mengapa.” Alissa resah lagi. “Ha… aku tahu mengapa!” Zahim ketawa memandangnya. Dibalas pandangan itu mesra dengan ketawa kecil yang berpanjangan. “Kenapa?” “Sebab kau sayangkan aku! Kalau boleh kau nak

65

Suatu Penantian

berkepit dengan aku dua puluh empat jam. Betul tak?” Zahim galak mentertawakannya. Satu cubitan hinggap di lengan Zahim. Mengaduh pemuda itu menahan kesakitan. “Nah, ambil kau! Aku cakap betul-betul kau buat main-main pula,” marah Alissa. Zahim masih lagi tertawa mesra. “Tak betul ke apa yang aku cakap?” usik Zahim lagi. Malas melayan kerenah Zahim yang suka benar mengusiknya, Alissa mendiamkan diri. “Kau marah?” Zahim mula memujuk. Tidak tahu apa yang harus dikatakan. Alissa mendiamkan diri lagi. Apabila jari-jemarinya digenggam erat oleh Zahim, dia memandang pemuda kacak itu. Kacak! Pastinya ramai anak gadis di universiti akan menghulurkan salam perkenalan. Namun bukan itu yang dibimbangkannya. Entahlah! Hatinya kacau-bilau. “Kau dah menjadi Alissa yang tak aku kenali lagi,” komen Zahim setelah menyedari gadis bercermin mata nipis itu hanya mendiamkan diri. “Aku tak bermaksud mempertikaikan kesetiaan kau, Zahim. Tapi kau akan pergi jauh daripada aku sedangkan seminit pun kita tak pernah berenggang.” “Aku janji akan hubungi kau selalu.” “Boleh pakai ke janji kau?” uji Alissa. “Selalunya orang yang pergi akan terus setia menanti, tapi orang yang ditinggalkan terlalu cepat berubah hati,” Zahim senyum hambar.

66

Antasya Balkis

“Mungkin… tapi itu bukan aku!” “Aku tak tahu bagaimana mahu membuktikannya lagi. Sekiranya aku pergi dan takkan kembali lagi di sisi kau, aku mahu kau tahu yang aku takkan biarkan hidup kau bersendirian, Alis. Aku akan pastikan yang kau berhak mendapat apa yang sepatutnya kau dapat daripada aku,” Zahim merenung jauh ke dalam bola matanya. Bicara Zahim terlalu naif bunyinya. Terlalu mengharukan hati yang tidak memahaminya. “Apa maksud kau?” Alissa meluahkan lagi kegusaran di hatinya. Gusar kerana bicara itu begitu asing sekali. Aneh bunyinya. “Hanya maut saja yang akan memisahkan kita, Alis....” Tutur jejaka itu. Alissa mengangguk perlahan. Hanya maut sahaja yang akan memisahkan mereka! Pandangan mereka bertemu dan mereka sama-sama tersenyum. Dalam hati ada cinta dan debaran. Dalam hati ada seribu rasa yang tidak dapat dirungkaikan dengan kata-kata. “Jika ditakdirkan suatu hari nanti kau terbangun dan aku tiada di sisi kau, aku mahu kau meneruskan kehidupan ini. Bukan bermakna aku tak setia dan aku tak cinta pada kau tapi… mungkin takdir sebenarnya tak pernah berpihak kepada kita. Aku mahu menjadi anak yang baik. Kau tahukan Alis, aku tak pandai menolak….” Alissa mengangguk lagi walaupun di hati dia masih tidak memahami butir bicara itu. Bunyi bicara itu meragut hatinya membuatkan kelopak matanya tergenang-genang. “Maksud kau, jika kita tak ditakdirkan untuk bersama?” Zahim mengangguk.

67

Suatu Penantian

“Jika itu yang terjadi aku katakan berkali-kali pada kau, bukan bermaksud aku tak menyayangi kau, Alissa....” Alissa mengangguk perlahan tanda mengerti. Hatinya berbunyi lagu sendu. Entah apalah yang Zahim bicarakan tetapi Zahim memberikan kemungkinan yang tidak pasti. Ah, mungkin Zahim hanya ingin mengusiknya! Mengusiknya seperti selalu…. “Apa lagi yang kau nak pesan pada aku?” usik Alissa. Selalunya Zahim hanya serius apabila bercakap tentang pelajaran ataupun tentang hari muka yang bakal mereka lalui suatu hari nanti. Zahim tidak pernah serius apabila bercakap soal hati kerana mereka amat jarang sekali mempersoalkannya. Tetapi kali ini Zahim berbicara soal hati dan perasaan. “Aku hantar pada kau seorang lelaki yang hatinya serupa dengan hatiku. Jangan kau menolaknya kerana sebahagian daripada diriku ada padanya,” ujar Zahim lagi. Tiada segaris senyuman pun di bibirnya. “Apa kau cakap ni... aku tak fahamlah!” Alissa mengerutkan keningnya. Zahim hanya ketawa. “Suatu hari nanti kau akan faham juga, Alis.” Bicara Zahim mati di situ. Alissa tidak mahu terus-terusan mempersoalkannya. Pertemuan hari itu begitu aneh dan ajaib sekali dirasakannya. Namun, bibir tetap kelu untuk bertanya kerana tidak mahu suasana yang manis ini berubah wajahnya.

68

Antasya Balkis

B

8

A

B

ARI jauh dia hanya menjadi pemerhati. Dua orang gadis manis menarik minatnya. Bukan yang berkulit putih melepak tetapi gadis yang bercermin mata nipis dengan urai rambutnya ditocang satu. Lama dia memerhati sehinggakan tidak pernah ada rasa jemu di hatinya. Telah lama dia mengenalinya. Telah lama juga hatinya dicuri oleh gadis itu. Teringatkan kisah lama, hatinya berdetak tiba-tiba. Gadis itu tidak pernah berubah. Kerana gadis bernama Alissa Huda, dia dan abangnya membuat pertaruhan. Siapa yang menang dalam oo som, maka pemenangnya akan dapat mendampingi Alissa dengan syarat mereka tidak boleh bersekolah di sekolah yang sama. Bermakna, mereka harus merahsiakan identiti mereka. Dia kalah dalam pertaruhan.

D

69

Suatu Penantian

Abangnya menang besar. Abangnya berpeluang mendampingi Alissa. Akhirnya mereka menjadi pasangan yang cukup cantik dan sepadan. Tetapi itu dahulu. Kisah lama yang diungkit kembali. Kini, segala-galanya telah berubah. Segala-galanya bukan lagi semanis dahulu. Semuanya hanya tinggal kenangan manis yang tidak terucap dengan kata-kata. Namun, Alissa tidak pernah berubah. Alissa tidak pernah berteman lagi. Dan hati ini, hati ini masih berdetak dengan irama cinta yang mengasyikkan. Demi cinta ini, demi amanat ini, dia akan terus memburu sehingga Alissa menjadi miliknya. Dia akan menunaikan hasrat itu kerana dia mahukannya. Mereka mencintai perempuan yang sama. Mereka berdua mahukan perempuan yang sama tetapi dia harus mengalah kerana kalah. Tetapi kali ini, setelah bertahun berpisah dan kembali semula ke bumi Malaysia, dia akan menjadikan Alissa miliknya. “Alis, kau tengok sana!” tunjuk Fatimah. “Mana?” Alissa melihat ke arah anak telunjuk Fatimah. Matanya tertinjau-tinjau mencari arah yang ditunjukkan oleh Fatimah. “Sana. Kat bawah pokok tu. Ada lelaki yang asyik memandang ke sini aja...” tegur Fatimah. Alissa memerhati. Lelaki yang bersandar di kereta mewah kelihatan begitu bergaya sekali. Hatinya mula dilanda debar. “Entah-entah orang jahat!” duga Alissa. Fatimah angkat bahu tanda tidak tahu. Alissa membuat andaian sendiri. Zaman sekarang, orang baik semakin berkurangan, orang jahat memang ramai! “Kau pernah nampak lelaki tu, Ti?”

70

Antasya Balkis

“Aku tak pernah nampak pun. Kau?” tanya Fatimah. “Aku pun tak pernah nampak. Aku rasa orang jahatlah,” hatinya membuat telahan sendiri. Lelaki itu berkaca mata hitam bergaya. “Eee… aku takutlah!” Lelaki segak itu masih setia di situ. Bersandar kemas di kereta mewahnya. Matanya tidak lepas pandang dan asyik memandang ke arah mereka. “Kita bawa budak-budak masuklah, Alis...” cadang Fatimah. Alissa mengangguk laju. Segera kanak-kanak yang sedang leka bermain disuruh masuk semula ke kelas masingmasing. Kanak-kanak kecil itu hanya menurut. Peristiwa kanak-kanak yang diculik berhampiran dengan tadika masih menghantui mereka. Akhirnya tadika prasekolah itu terpaksa ditutup. “Agaknya siapa?” tanya Alis. “Aku rasa orang jahat. Tengok muka pun semacam. Lebih baik kita berhati-hati,” Fatimah mengangguk mengiakan kata-katanya sendiri. “Eh, tapi aku rasa dia handsomelah!” puji Fatimah pula. Alissa mengerutkan keningnya. Fatimah ketawa. “Isy… kau ni. Aku tengah takut-takut ni kau buat lawak pulak,” marah Alissa. “Tapi cuba kau tengok betul-betul. Lelaki tu handsomelah. Takkan handsome man orang jahat! Ya tak?” Mereka mengintai di balik cermin nako yang

71

Suatu Penantian

separuh terbuka. Pemuda itu masih di bawah pohon sena yang berdaun lebat. Alissa meneka-neka sendiri. Nampak macam orang berada tetapi… isy! Dalam dunia ni ada bermacam-macam manusia. Yang nampak jahat tetapi sebenarnya baik. Yang nampak baik tetapi sebenarnya macam setan! “Ala… orang jahat pun boleh pakai topeng apa!” tukas Alissa. Dia masih merasakan yang lelaki itu berniat tidak elok. Kalau tidak, masakan terhendap-hendap dari jauh. Alissa masih memandang lelaki di bawah pohon sena itu. Seperti seseorang yang pernah dikenalinya. Alissa mengerutkan keningnya. Siapa? “Eee… kalaulah aku dapat pakwe handsome macam tu…” angan Fatimah. “Kau ni tak habis dengan angan-angan!” marah Alissa. Dia kurang senang dengan sikap Fatimah yang suka berangan-angan. Nak kahwin dengan anak rajalah, anak Datuklah, anak Tan Srilah…. “Eh… aku tak nak jadi macam kau. Asyik sendiri aja,” Fatimah jeling ekor matanya. Alissa geleng kepala. Fatimah masih bersikap suka bercakap lepas tanpa mempedulikan perasaan orang yang diajak lawan bercakap. Cita rasa mereka berlainan sama sekali. Fatimah mahukan lelaki berpoket tebal menjadi temannya, yang berkereta jenama mahal dan sedap mata memandang. Sedangkan Alissa, dia masih sendiri walaupun ada yang berkenan. Hakikatnya, dua gadis ini mempunyai personaliti yang berbeza. Selesai sahaja ibu bapa mengambil anak-anak

72

Antasya Balkis

mereka, Alissa masih mengintai di balik cermin nako separuh terbuka itu. Lelaki yang tidak dikenali itu masih berada di situ. Fatimah sudah pulang dengan menapak ke stesen bas seperti biasa. Tiada BMW mewah seperti yang dianganangankan oleh temannya itu untuk mengambilnya pulang. Mengingatkan itu, Alissa hamburkan ketawa. Sebelum pulang dia menghadap pengetua menyerahkan laporan tugasan hariannya. Berpapasan dengan Miss Ken, gadis Tionghoa yang mengajar kelas komputer itu menegurnya. “Pulang dengan siapa, Alis?” sapa Miss Ken ramah. Alissa tersenyum menyambut sapaan itu. “Dengan Khairil, Ken.” “Kereta bila siap?” “Tiga hari lagilah, Ken.” “Ooo....” menyebutnya. Terbuka bibir nipis dan kecil itu

Kebiasaannya apabila keretanya masuk bengkel untuk diservis, dia akan menumpang Miss Ken untuk pulang ke rumah kerana hala tuju mereka sama. Tetapi Khairil anak angkat mamanya sedang bercuti dan pemuda itu menawarkan khidmat dengan segala senang hati. “Nanti kirim salam pada Khairil ya, Alis,” tambah Miss Ken. Alissa ketawa. Miss Ken mahu mencari pemuda Melayu menjadi teman lelakinya. Selalu juga Alissa mengusik kawan Cinanya itu dengan Khairil. Miss Ken senang menerima usikan main-main itu. “Yalah….” Sewaktu dia masuk ke dalam perut kereta Khairil,

73

Suatu Penantian

lelaki itu masih juga berada di situ. Lama dia memerhatikan seolah-olah lelaki asing itu juga sedang memerhatikannya. Sah! Memang orang jahat. Pastinya orang jahat itu sedang memerhatikan kawasan sekolah mereka sebelum melancarkan operasinya. Esok pagi, dia mesti melaporkan perkara ini kepada pengetua sebelum ada apa-apa tragedi terjadi kepada anak didiknya. “Kenapa, Alis? Abang tengok gelisah aja,” tegur Khairil. Alissa banyak diam daripada bercakap. Selalunya ditanya satu dijawabnya sepuluh! “Errr… tak ada apa-apalah, bang!” “Tapi muka Alis pucat aja abang tengok.” Lembutnya tersenyum manis. lagi. Alissa menggeleng. “Alis sakit?” Pun dia menggeleng juga. Khairil terlalu mengambil berat tentang dirinya seolah-olah seorang abang yang baik kepada adiknya. “Abang tak senang hati tengok Alis macam ni...” gusar Khairil. Alissa senyum kecil dan ketawa. “Tak ada apa-apalah, bang! Janganlah risau. Betul, Alis tak ada apa-apa.…” Alissa ketawa lagi. Khairil juga ketawa. teguran itu membuatkan Alisssa

“Ada apa-apa yang tak kena hari ni?” tanya Khairil

74

Antasya Balkis

Hatinya masih mengamati wajah lelaki di balik cermin mata hitam itu. Hatinya berdetak kencang. Dia cuba mengingati seraut wajah itu sekali lagi. Seakan-akan dia pernah mengenalinya. Seakan-akan mereka pernah mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Tetapi, di mana? Lelaki kacak itu juga seakan-akan mengenalinya. Pandangan mereka bertemu sewaktu kereta Khairil lalu di hadapan lelaki di bawah pohon sena itu. Ingatannya kembali ke zaman remaja. Tiba-tiba satu nama seolah-olah muncul kembali di dalam hatinya. Mekar sahaja senyuman di bibirnya apabila satu nama itu muncul di benaknya. Zaman remaja yang indah. Dia masih mengingati manisnya zaman remaja. Namun semuanya hanya tinggal kenangan. Memori yang paling indah dan sehingga kini masih melekat di hatinya. Mana mungkin dilupakan zaman remaja yang terlalu indah baginya. Senyuman masih tidak lekang di bibirnya sehinggakan Khairil tertoleh hairan melihatnya. “Kenapa Alis senyum sorang-sorang ni?” tegur Khairil. “Tiba-tiba Alis teringatkan sesuatu,” Alissa menjawab. Memang benar dia teringatkan sesuatu. Sesuatu yang indah sekali. “Boleh abang tahu apa dia?” “Cuma perkara kecil.…” Alissa menuturkannya dengan hati yang penuh kegembiraan. Khairil terangguk-angguk seolah-olah memahaminya. Hatinya melayang-layang dan singgah sebentar di masa silam. Mengimbas kembali memori lama pastinya satu perkara yang indah. Berbasikal di kaki lima padang rumput

75

Suatu Penantian

hijau, memancing di lombong tinggal bersama-sama, mengusik mamak jual ABC di bawah pohon jejawi…. Zahim mengajaknya melakukan perbuatan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Ingatan itu terus kekal di hatinya. Manisnya ingatan tidak mungkin akan dilupakan. Semuanya itu telah meninggalkannya menjadi satu sejarah. Sejarah yang tidak mungkin akan berulang lagi kerana pasangan yang diimpikan telah lama tiada. Tinggallah dia sendiri membilang hari dengan memori di dada. Sesekali apabila mengenangkannya akan membuatkan bibirnya tersenyum begitu manis sekali. Khairil di sisinya tidak dipedulikan walaupun lelaki itu menoleh memandangnya berkali-kali. Hatinya diusik cerita lama. Jika mengenangkannya, pasti akan menimbulkan rasa senang di hati. Tetapi segera dipadamkan ingatan itu kerana apa yang dikenangnya hanyalah satu sejarah lama. Namun sekadar mengingatinya tidak mengapa. Hanya sebagai rencah hidupnya. “Tiba-tiba pula Alis rasa lapar. Jom, kita makan nak?” ajak Alissa. Khairil hanya mengangguk. “Kita nak makan kat mana ni?” “Alis tahu satu tempat yang best punya!” “Ya? Kat mana?” “Bawah pohon jejawi. Nak tak?” “Bawah pohon jejawi?” Khairil bertanya. Hairan. Alissa hanya mengangguk dan tersenyum.

76

Antasya Balkis

B

9

A

B

1 SEPTEMBER 2000

“Abang betul-betul lupa. Nanti Alis marahkan abang pula. Kau tolonglah. Alis tunggu kat bawah pohon jejawi. Dekat dengan mamak jual ABC. Kau kenalkan?” Dia mengangguk-angguk. Aduh, Kacau! Macam mana hendak berlakon ni? Selalunya dia hanya mengintai dari jauh gadis pujaannya. Bagaimana hendak berhadapan? Zahim dan Zarul adalah dua manusia yang berbeza walaupun mempunyai wajah yang sama. Zarul garu kepalanya yang tidak gatal. Berkeruk-

“K

AU tolonglah abang ya?” “Tapi bang…”

gantikan

77

Suatu Penantian

keruk bunyinya kerana permintaan yang tidak munasabah daripada abangnya. “Abang confirm ke Alis tak boleh bezakan kita berdua?” “Eh, kita berduakan kembar. Ha, kau tengok tu. Kan muka kita sama,” ujar Zahim. Zahim dan Zarul sama-sama melihat cermin di hadapan mereka. Sedikit pun tidak berbeza! Semuanya sama. Mata, hidung, bibir dan raut wajah mereka sama. Secuit pun tidak ada yang berbeza. “Tapi perangai kita lain, bang!” “Ha, bab perangai tu kau jaga sikit. Jangan nak menggatal dengan Alis.” Amaran abangnya disambut dengan ketawa. Tetapi kalau sudah nampak gadis pujaan, hati digeletek mahu mengenalinya dengan lebih dekat. “Abang nak ke mana?” “Abang ada latihan bola sepak petang ni. Abang lupa abang ada janji dengan Alis nak jumpa dia kat library awam petang ni. Kalau abang tak datang, mampus abang kena marah nanti!” Zahim sudah menyarung jersi bola sepaknya. Zarul di sisi katil masih menggaru-garu kepalanya. “Abang tahu abang boleh harapkan kau,” Zahim ketawa dan berlari menuruni tangga meninggalkan Zarul yang masih pening kepala dengan permintaan abangnya. Nak ke perpustakaan? Aduh… setahun sekalipun dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke perpustakaan! Mahu tak mahu dia menapak juga ke perpustakaan awam. Suasana yang sunyi sepi membuatkan dia cepat mengantuk. Kebiasaannya, sekiranya dia mahu mengulang kaji pelajaran

78

Antasya Balkis

pasti ditemani oleh muzik rancak dari kumpulan Metallica. Barulah ada umphhh! Alissa yang menantinya didatangi dengan debar di dada. Pertama kali berjumpa dengan gadis idamannya membuatkan dia tidak senang duduk. Alissa hanya memerhati sahaja gelagatnya dengan ekor mata dan seakan-akan tidak mempedulikannya. Apabila dia berdehem, Alissa memandangnya dengan wajah yang masam dan menunjukkan jam di pergelangan tangannya. Maksudnya dia terlambat. Zarul cuma tersengih. Tahulah dia Alissa marahkannya kerana terlambat sampai. Alissa masih tidak mempedulikannya walaupun dia berdehem beberapa kali. Manisnya Alissa dengan ekor matanya menjeling tajam ke arahnya tanda marahnya belum berakhir. Hmmm… garang juga bakal kakak iparnya ini. Dia tersenyum sendiri. Alissa yang asyik dengan buku di tangannya direnung dan sesekali pandangan mereka bertemu. Alissa buat muka asam busuk dan dia ketawa. Mungkin itu tandanya Alissa sudah tidak marahkannya lagi. Selesai sahaja mengulang kaji pelajaran dan terbuka sahaja pintu perpustakaan awam, Zarul memegang erat tangan Alissa membuatkan gadis itu terkejut sama sekali. Pandangan mereka bertemu dan renungan tajam daripada Alissa membuatkan Zarul segera melepaskan genggaman tangan itu. “Eh, lain macam aja kau ni hari ni!” tegur Alissa. Matanya memandang tepat ke arah Zarul di hadapannya. “Errr… saya tak biasa buat macam tu ke?” jawabnya kelam-kabut. Kening Alissa bertaut dan terhambur ketawanya. Saya? Selalunya aku! Hmmm… hairannya!

79

Suatu Penantian

“Aku ingat kau dah tersampuk dengan hantu jembalang pokok jejawi tu agaknya,” teka Alissa. Zarul ketawa. Dia mengekori langkah Alissa yang pantas menuju ke arah pohon jejawi yang besar dan rendang. Dahan-dahannya meliuk ke bumi menjadikan suasana di bawahnya begitu aman dan tenang sekali. Penat memerah otak, Alissa meletakkan sebeban buku di atas meja kayu berbangkukan kayu juga yang nampak begitu klasik sekali. Gerai ABC mamak di bawah pohon jejawi ini mengingatkannya kepada kedai-kedai kopi zaman dahulu. Keasliannya masih lagi terpelihara. “Aku tunggu kau lama kat sini tadi. Janji dengan aku nak pekena ABC mamak dulu sebelum kita ulang kaji. Setengah jam aku menunggu kau kat sini,” rungut Alissa. Wajahnya cemberut macam cencorot tertelan kapur barus. “Sorry la sayang. Saya errr… ada hal sikit tadi.” Sayang? Tersembur ABC yang hampir masuk ke dalam mulutnya. Tersedak dibuatnya. Zahim di sebelahnya ini memang dah kena sampuk! Alissa mengomel sendiri. “Dey, aci… kenapa?” Mamak yang sibuk mengisar ais bertanya kepadanya. Zarul garu kepala lagi. Apa yang tak kena ni? Aku ada buat salah ke? “Tak… tak apa… mamak!” Zarul hulurkan tisu untuk mengesat ABC yang disembur oleh Alissa. “Kau dah buang tabiat ke, Zahim?” tanya Alissa. Terkejut benar dia dengan panggilan itu. Tidak pernahpernah keluar perkataan keramat itu dari bibir Zahim. Kalau ada sekalipun, sebutannya jauh berbeza! “Errr… apa yang saya dah buat?” Zarul keruk lagi kepalanya. Dia seolah-olah bingung dengan pertanyaan Alissa.

80

Antasya Balkis

Alissa yang melihat wajah confuse Zarul terhambur ketawa. Hatinya digeletek bagaikan melihat cerita yang lucu di layar perak. “Kenapa awak ketawa?” “Kau ni, luculah!” “Apa yang lucu?” tanya Zarul. Ketawa Alissa masih bersisa. Dia melihat Zahim di hadapannya dengan pakej dan wajah yang berbeza. Entah mengapa hati perempuannya mengatakan bahawa Zahim di hadapannya terlalu berbeza dengan Zahim yang dikenalinya. Tetapi, hmmm… boleh tahan! Alissa menyukainya. Zahim yang dia tahu suka mengusiknya dan membuatkan dia merajuk. Tetapi hari ini Zahim membuatkan dia ketawa dengan sikapnya yang amat pelik. Terpinga-pinga sahaja seolah-olah tidak tahu apa-apa. “Ada yang tak kena dengan kau hari ni. Apa ya?” Alissa pura-pura menilai pemuda di hadapannya. Dia melihat ke kiri dan ke kanan, kemudian ke atas dan ke bawah seolaholah mencari sesuatu yang hilang. “Apa yang awak cari?” Zarul kehairanan melihat Alissa memandangnya begitu. Berkerut-kerut dahinya. “Separuh daripada diri kau yang hilang.” “Separuh daripada diri saya yang hilang?” soal Zarul. Alissa mengangguk perlahan sambil berlagak sedang memikirkan sesuatu. “Apa lagi separuh yang tak hilang pada diri saya?” tanya Zarul. Dia ingin menguji sejauh mana bakal kakak iparnya ini mengenali kembarnya. “Wajah yang sama tapi sikap yang hmmm… agak pelik!”
81

Suatu Penantian

“Tak ada bezanya. Saya Za… Zahim!” Fuhhh! Zarul mengeluh lega. Hampir-hampir sahaja dia membuka identiti yang sebenar. “Kau macam tak pernah tengok aku aja. Selalunya kalau kita sama-sama study, kau hilang dengan buku dan teori-teori kau tapi tadi kau tak lepas-lepas dengan sikap romeo kau. Aku nak tumpukan pada buku pun tak boleh!” marah Alissa. Zarul ketawa. Sedari tadi dia hanya memandang Alissa tanpa berkelip walau seminit. Gadis itu hanya dipuja dari jauh sahaja sebelum ini. Selama ini dia menghormati hak kembarnya, lantas sahaja dia hanya berani mengintai dari jauh. Ditakdirkan mereka menyukai gadis yang sama tetapi Zahim menang dalam pertandingan yang sengaja diadaadakan. “Awak suka?” soal Zarul. Alissa tersenyum dengan senyum simpulnya. Awak? Ah, gasaklah Zahim! “Rimas!” Bibir mengatakan begitu tetapi hatinya sedang ketawa mengiakan kegembiraan itu. “Saya tahu, awak mesti sukakan?” duga Zarul. “Lain kali jangan buat lagi. Nanti aku tendang kau keluar dari library!” Amaran Alissa disambut dengan ketawa. “Aduh… garangnya kekasihku!” Zarul pura-pura pengsan dan Alissa ketawa. Entah mengapa hari ini hatinya digeletek kegembiraan. Selalunya apabila dia memarahi Zahim yang sering kali lewat dalam janji temu mereka, Zahim akan memohon maaf dengan janji-janji bahawa dia tidak akan mengulangi kelewatan itu sekali lagi.

82

Antasya Balkis

Zarul semakin memberanikan diri setelah Alissa tidak mengesyaki dirinya. Alissa sudah tidak mempersoalkan kenapa dia begitu berbeza hari ini. Alissa sudah tidak bertanyakan sama ada hari itu dia demam ataupun sakit kerana sikapnya benar-benar berbeza. Mamak jual ABC juga bertanyakan perkara yang sama kepadanya. Kenapa Zahim hari ini begitu ceria sekali. Sebenarnya, itulah dirinya yang tidak pandai untuk disorokkan. Zarul tidak pandai meniru gaya Zahim yang terpelajar. Dirinya adalah dirinya. Zahim seorang yang lebih bersopan dengan gayanya yang terpelajar sedangkan dia lebih selesa menjadi dirinya yang ceria dan suka menghiburkan. Lantas, mamak menjual ABC itu menjadi mangsa usikannya. “Mamak, ABC tak payah isi ais satu!” “Dey, tambi! Mana ada ABC tak ada ais. Kalau tada ais, mau isi apa?” sampuk mamak ABC sambil kepalanya tergeleng-geleng. Alissa di sisinya sudah tertawa. Mereka sama-sama ketawa melihat kepala mamak yang tergeleng-geleng mengikut pengisar ais yang sedang berpusing itu. “Ya ke, mamak? Aiseh… sudah salah minta. Tak apalah, mamak. Kasi roti canai tak payah isi tepung satu ya!” Kali ini Alissa tidak mampu menahan ketawanya lagi. Ketawa kecilnya menjadi panjang. “Tambi… tambi… mau usik mamak ya….” Kepala mamak tergeleng-geleng lagi. Mereka berdua saling memandang antara satu sama lain dan terburai ketawa. “Sorry, mamak! Saya mau usik mamak saja. Sorry ya.…” “Tak apa, tambi. Mamak tarak marah punya….”

83

Suatu Penantian

Melihat kepala mamak yang tergeleng-geleng membuatkan tawa Alissa masih tidak berhenti. Rasa-rasanya, hari inilah yang paling banyak dia ketawa! Habis sudah sisa ketawanya, wajahnya merah menyala. Mahu marahkan Zahim? Ah, dia begitu berbeza hari ini. “Kenapa usik mamak tu?” “Kenapa?” “Kau buang tabiat ya?” Alissa mengangkat keningnya. Selalunya tidak pernah-pernah Zahim cuba untuk mengusik mamak kesayangan mereka berdua. Selalunya mamak yang mengusik mereka berdua, adalah! “Errr… saya tak biasa buat ke?” soal Zarul. Alissa angkat wajahnya. Bola matanya meneliti wajah di hadapannya. Kemudian digosokkan mata yang memang tidak gatal. Cuma melihat adakah benar di hadapannya adalah Zahim yang dikenalinya. Sah! Itu memang Zahim! “Tak pernah. Mamak tu mengusik kita adalah!” tukas Alissa. “Ha… sebab itulah hari ni saya nak usik mamak tu….” Zarul terangguk-angguk mengiakan tindakannya. Sekali lagi ketawa Alissa terhambur. Roti canai telur yang diminta sampai ke mejanya. Mamak yang bert-shirt Pagoda putih dengan kain sarung putih yang dipakainya duduk di hadapan mereka. Mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain. “Ini kali pertama mamak nampak adik manis ini suka ketawa. Cantik. Selalu adik manis masam muka bila sampai gerai mamak…” komen mamak ABC. Alissa tersenyum.

84

Antasya Balkis

Zarul memandang Alissa di sisinya. Dibalas pandangan itu. “Kenapa masam muka?” tanya Zarul lagi. Alissa dan mamak sama-sama memandangnya. “Dey, tambi sudah lupa ka? Tambi suka usik adik manis sampai masam muka. Ada lupa ka?” Kepala mamak tergeleng-geleng lagi. “Ya ke, mamak? Aiya… saya sudah lupa la…” Zarul pura-pura menepuk dahinya. Mamak geleng kepala lagi. Alissa menekan perutnya kerana geli hati dengan sikap Zarul yang disangkanya adalah Zahim. “Ayoyo… tambi sangat pelik hari ini… tapi tak pa, hari ini mamak belanja makan punya.” “Terima kasih, mamak. I love you…” ucap Zarul dalam telor India. Terhambur sekali lagi tawanya. Berair matanya kerana geli hati dengan sikap Zarul yang lucu dan mencuit hati. “Saya tak tahu yang awak ni suka ketawa,” tegur Zarul. Alissa kerut keningnya. Saya? Awak? Ah, gasaklah! “Aku pun tak tahu yang kau ni sebenarnya lucu orangnya!” balas Alissa. ABC yang semakin cair dihirupnya perlahan-lahan. Takut tersedak pula nanti kerana sisa ketawanya masih ada. “Awak gembira hari ni?” “Hmmm… aku gembira.” “Jom!” ajak Zarul.

85

Suatu Penantian

Dia sudah menarik tangan Alissa perlahan. Alissa di sisi hanya mengikut. Pastinya dia akan dibawa ke suatu tempat. Hatinya dibuai bahagia kerana dia tidak pernah merasa gembira begini. Selalunya mereka berbicara tentang peperiksaan yang semakin hampir. “Nak ke mana?” “Saya nak buat awak ketawa lagi.” “Tak mahulah! Sakit perut aku ketawa, tau!” “Ikut ajalah!” Ajakan itu sedikit sebanyak menarik minatnya. Ketawa? Ah, hari ini perutnya sakit kerana ketawa. Zahim mahu buatnya ketawa lagi? Takut-takut nanti sakit pula pipinya kerana lucu yang dibuat oleh Zahim. “Saya suka tengok awak ketawa,” puji Zarul. Alissa kulum senyumnya. “Kalau awak ketawa, cantik sekali!” puji Zarul lagi. Matanya tidak lepas memandang anak rambut Alissa yang berjuraian jatuh ke dahi gadis itu. Dalam keadaan begitu, Alissa nampak begitu manis sekali. “Kau memang suka memuji. Habis puji, kau usik aku pula!” balas Alissa. Mereka berpimpinan menuju ke stesen bas. Zarul tersenyum kemenangan. Bagaikan terbayang-bayang wajahnya berada di sisi Alissa. Tetapi dia tersedar kemudian, wajah itu bukan wajahnya. Tidak mungkin dia merampas kekasih kembarnya sendiri lantaran sayangnya pada Zahim melebihi sayangnya pada Alissa. Lalu dimatikan angan-angan yang tidak mungkin dicapainya walaupun pertemuan pertama ini menyatakan hatinya bukan sekadar menyukai Alissa tetapi sebenarnya telah jatuh cinta pada gadis di sisinya.

86

Antasya Balkis

Cuma, cinta itu hanya disimpan kukuh di dalam hati kerana Zarul menyedari Alissa milik lelaki bernama Zahim. Tidak mungkin kasih mereka terpisah hanya kerana seorang perempuan. Menyedari itu, Zarul diamkan kasihnya yang berbunga wangi. Tidak mungkin akan terpisah dua kasih saudara itu hanya kerana seorang perempuan. Dia yang kalah seharusnya mengalah. Melihat abangnya gembira seolah-olah dirinya juga gembira. Lantas, biarkanlah kasihnya yang berbunga wangi itu layunya sendirian….

87

Suatu Penantian

B

10

A

B

15 SEPTEMBER 2000

tangan Alissa.

“H

ARI ni kita tak payah belajar!” Zarul merampas buku di

Alissa menjerit kegeraman. “Zahim!” Zarul tersengih seperti kerang busuk. Di tangannya ada buku Alissa yang dirampas. Alissa bercekak pinggang dengan wajah yang marah. “Awak tak bosan asyik menghadap buku aja?” tanya Zarul. “Zahim, kau ni kenapa?” Aduh! Pening kepalanya

88

Antasya Balkis

memikirkan perangai Zahim yang sejak akhir-akhir ini selalu sangat berubah. “Hari ni kita tak payah belajar. Kita jalan-jalan nak?” ajak Zarul. “Zahim.…” Alissa mengeluh. “Jomlah!” Zarul menarik lembut tangan Alissa. Akhirnya dia hanya menurut langkah Zarul. Buku dikepitnya. “Kita kena study smart, bukan study hard!” komen Zarul. Dia melihat Alissa menghabiskan seluruh masanya hanya dengan buku seolah-olah esok adalah hari peperiksaan. Seolah-olah esok adalah hari kiamat bagi pelajar seperti mereka. Zarul tersenyum memandang wajah Alissa yang masam mencuka. “Janganlah marah , sayang…” usik Zarul. Akhirnya Alissa ketawa kecil. “Kita nak ke mana?” tanya Alissa. “Kita makan aiskrim, nak?” Ajakan Zarul menggoda tekaknya. Hari-hari menjamu air batu campur mamak bosan juga. Sesekali beralih selera apa salahnya. “Aiskrim? Macam budak-budak!” Alissa ketawa. “Aiskrim bukan untuk budak-budak aja tau. Orang besar pun boleh makan.…” “Yalah tu….” Alissa tergelak besar. Mereka sampai di padang rumput yang menghijau. Pohon sena yang umurnya berabad sedang galak mengeluarkan bunganya yang berwarna kuning. Baunya cukup wangi apabila sesekali disapa angin lalu. Mereka melepaskan lelah di atas bangku di bawah pohon sena berbunga kuning itu tetapi Zarul lebih suka berbaring di atas

89

Suatu Penantian

rumput hijau tanpa alas. Hanya beralaskan rumput hijau yang di celah-celahnya ada bunga sena kering yang gugur. Zarul menutup wajahnya dengan buku sedangkan hati gadisnya kepingin melihat wajah lelaki itu sewaktu memejamkan mata. Biasanya, waktu mereka bersama dihabiskan dengan perkara yang sama. Pergi ke perpustakaan, pulangnya singgah di gerai mamak jual air batu campur dan sesekali mereka ke bandar mencari bahan-bahan rujukan. Pulang dari bandar mereka selalunya singgah di gerai makan menjamu selera dan ada sesekali mereka akan singgah di padang rumput hijau ini membelek buku-buku rujukan yang baru dibeli. Waktu mereka tidak pernah tersisa walau sedikit pun. Tetapi hari ini Zahim seolah-olah sudah menjadi orang lain. Bukan dirinya yang sebenar membuatkan Alissa kehairanan. Lama dia menatap wajah Zarul yang disangkanya Zahim sehingga jejaka itu mengalihkan buku di atas mukanya dan membuka kelopak matanya. Pandangan mereka bertemu dan Alissa segera mengalihkan pandangannya ke arah lain. Zarul ketawa. Jejaka itu bangun dari perbaringannya menghadap Alissa yang pura-pura tidak memandangnya. “Selesakan? Sesekali kita harus bertukar angin. Bukan menghadap buku dua puluh empat jam,” tegur Zarul. “Dulu, kau juga yang kata masa itu emas. Masa harus digunakan sebaik mungkin supaya kita takkan rugi di kemudian hari. Lagipun, kau juga yang kata kita harus korbankan usia remaja kita demi kejayaan yang ingin kita capai,” Alissa memulangkan paku buah keras. Zarul ketawa lagi. “Itu dulu. Sekarang lain. Sekarang, saya kata we must study smart not study hard!”

90

Antasya Balkis

“Yalah. Apa-apalah! Tapi apa kita nak buat kat sini?” “Kita dating.” “Dating?” Alissa separuh menjerit. Zarul mengangguk-angguk. “Kita dating tanpa buku?” Alissa ketawa lagi. Lucunya! Entah apalah yang merasuk Zahim hari ini. “Hari-hari kita dating,” ucap Alissa. Ah, yang selalu dating bukan dia tetapi Zahim! Dia hanya berkesempatan jika Zahim menyuruh dia menggantikan tempatnya. “Hari ni berbeza.” “Apa yang bezanya?” Alissa ingin menduga. Dia ingin melihat separuh daripada diri Zahim yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini. Separuh dirinya yang sering membuatkan dia kehairanan. Selalunya, Zahim seorang yang serius apabila berhadapan dengan buku. Tidak seperti tadi. Zahim dengan kasar menarik bahan bacaannya. Satu perkara yang tidak mungkin akan Zahim lakukan kepadanya. “Alis akan merasakannya sendiri,” Alissa termangumangu lagi. Sesekali pandangan mereka bertemu dan Zarul akan ketawa setiap kali merenung ke dalam bola matanya. Apabila Zarul merenung ke dalam bola matanya, hati tibatiba dilanda debaran kencang. Dia akan mengalihkan pandangannya menghadap padang rumput hijau. Tidak mahu Alissa terus-terusan memandang wajah Zarul yang begitu membuatkan hatinya tidak keruan. “Alis duduk sekejap ya? Jangan lari. Saya pergi beli aiskrim.”

91

Suatu Penantian

Saya lagi? Ah, tak biasa! Terlalu formal. Selalunya aku! Alissa mengerutkan keningnya. Zarul bangun dan berlari-lari anak menuju ke arah lelaki Indonesia yang menjual aiskrim di kaki lima jalan. Alissa hanya memerhati. Zarul sering cuba menggodanya. Satu perkara yang jarang-jarang sekali dilakukan oleh Zahim. Sejak akhirakhirnya ini Zarul gemar benar menggoda Alissa dengan lirikan mata yang tajam, dengan renungannya yang tembus ke dalam hatinya. Zarul membuat aksi-aksi yang membuatkan bola matanya tidak lepas-lepas memandang ke arah buah hatinya. Apabila dimarahi, jejaka itu hanya ketawa. “Nah, untuk Alis.” Zarul menghulurkan satu kon aiskrim perasa strawberi. “Satu aja?” Zarul mengangguk perlahan. “Kita kongsi,” cadang Zarul. Alissa mengerutkan keningnya. “Kongsi?” Hampir tercekik dia mendengar perkataan kongsi! Zahim tidak pernah suka berkongsi! “Kenapa?” Wajah Alissa yang lucu kerana terkejut dengan ajakan untuk berkongsi satu aiskrim dengannya membuatkan ketawanya pecah. Terkulat-kulat wajah Alissa apabila dia menyebut perkataan kongsi. “Kalau Alis tak mahu, tak apalah. Alis makan aja. Nanti saya beli yang lain,” Zarul menyapu punggungnya untuk menuju ke arah penjual aiskrim yang setia menunggu kanak-kanak.

92

Antasya Balkis

“Zahim!” Langkahnya mati. “Tak apalah. Kita kongsi....” Ajakan Alissa hampirhampir sahaja membuatkan dia melompat kegembiraan. Segera Zarul mengundurkan langkahnya. Tersengih panjang dia apabila Alissa sudi berkongsi satu aiskrim dengannya. Berdua-duaan begini memang menjadi impiannya selama ini. Telah lama dia mengintai, telah lama dia memerhati tetapi nasib lebih menyebelahi abangnya, Zahim. Dia hanya berpeluang memandang dan memuja dari jauh gadis yang dipujanya. Kini, berpeluang mendekati gadis idamannya dia tidak akan melepaskan peluang. Sejak akhirakhir ini Zahim kerap menyuruhnya menggantikan dirinya bertemu dengan Alissa. Pada awalnya, dia gentar pertama kali bertemu dengan Alissa. Tetapi semakin lama dia mendambakan pertemuan demi pertemuan. Terlalu banyak perkara yang mereka lakukan bersama. Saat-saat begini, dia tidak akan melepaskan peluang ini. Puas dia mengintai dari jauh, puas dia memuja dari kejauhan… seolah-olah Zahim memberikan peluang kepadanya untuk mengenali Alissa. Salah siapakah jika mereka berdua terpikat kepada gadis yang sama? Namun, di sudut hatinya walaupun ada cinta yang membara untuk Alissa, tidak mungkin dia akan merampas hak abangnya sendiri. Tidak mungkin kerana seorang gadis mereka akan putus saudara. Dan saat-saat begini, dia hanya ingin mencipta memori bahagia! Di bawah pohon sena itulah mereka sama-sama berkongsi menikmati aiskrim. Habis sebatang aiskrim, mereka sama-sama ketawa kerana melihat bibir masingmasing yang comot dengan aiskrim yang enak. “Tak ada tisu la….” Alissa mengeluh. Dia merasa
93

Suatu Penantian

kurang selesa kerana krim aiskrim yang melekat-lekat di tepi bibirnya. “Tak apa. Saya ada caranya.” “Cara? Macam mana?” “Tunggu sekejap,” Zarul bangun dan mencapai sehelai daun sena yang berjuntaian mencecah tanah. “Kesat dengan daun. Macam ni,” Zarul menunjukkan demonstrasi mengesat bibirnya dengan daun sena. Alissa ketawa kecil. “Nak cuba?” pelawa Zarul. Alissa mengangguk pantas dengan sisa ketawa yang masih ada. Pelik. Hairan... tetapi Alissa menyukainya! Zahim pada pengamatan mata dan hatinya, seorang yang amat teliti di dalam hidupnya. Punya sensitiviti yang tinggi dan cukup serius apabila berbicara tentang masa depan dan hari muka, tentang cita-cita! Hidupnya teratur. Di hadapannya, Alissa mula mengenali Zahim dari sudut yang berbeza. Orangnya cukup sederhana, lucu, suka ketawa, mencuit hatinya dan membuatkan matanya tidak lepas pandang merenungnya. Hatinya terusik. Tetapi, mengapa dia begitu berbeza? “Mari, saya tolong kesatkan,” pelawa Zarul. Alissa membiarkan sahaja pemuda itu mengesat bibirnya yang comot dengan helaian daun sena. Bola matanya memerhati dan mengamati. Hatinya berdebar-debar apabila Zarul menghampirinya. Bulat matanya apabila Zarul hanya mentertawakannya apabila bola matanya tidak berkelip-kelip memandang pemuda itu. “Kenapa? Selama ni Alis tak pernah tengok saya ke?” tegur Zarul dengan ketawa kecil. Halkumnya akan bergerak ke atas ke bawah apabila Zarul tertawa.

94

Antasya Balkis

“Aku rasa…” “Berbeza?” sampuk Zarul. Alissa mengangguk-angguk perlahan. Berbeza! Itulah yang ingin dikatakan. Zahim terlalu berbeza daripada biasa. “Jom. Tak payah fikir. Hari ni tak payah baca buku. Kita rehatkan minda. Otak pun tahu nak rehat tau!” Zarul menarik tangan Alissa supaya mengikutinya. “Nak ke mana?” “Kita sewa basikal,” ajak Zarul. “Nak berbasikal?” Zarul mengangguk laju. “Tapi aku dah lama tak berbasikal.” “Tak apa. Saya bawa Alis. Alis bonceng di belakang,” cadang Zarul. Mendengarkan itu, Alissa tersenyum lebar. Sebenarnya, dia tidak pernah berbasikal. Malulah kalau Zahim tahu yang dia tidak pernah menunggang basikal. “Dah sedia, Alis?” “Jangan laju-laju ya….” Zarul tergelak besar. Satu pesanan yang lucu. Menunggang basikal berdua, manalah boleh laju-laju! “Kalau takut jatuh, peluk saya kuat-kuat,” pesan Zarul disulami dengan ketawa daripada Alissa. Peluk? hati gadisnya tergelak sendiri. “Uwek. Tak ingin!” Mereka berdua ketawa. Basikal yang berbakul di hadapan itu pada awalnya sedikit terhuyung-hayang kerana cuba mengimbangi berat mereka berdua. Alissa menjerit-jerit kecil kerana arah basikal yang mereka tunggang tersasar dari kaki lima yang disediakan

95

Suatu Penantian

khas untuk berbasikal sahaja. Zarul ketawa besar. Kemudian, basikal terhuyung-hayang lagi ke kiri dan ke kanan. “Aku nak turun!” Alissa menjerit. Gerun melihat cara Zarul membawa basikal. Disangkakan Zahim pandai menunggang basikal. Rupa-rupanya mereka berdua sama sahaja. Dua-dua tidak pernah menunggang basikal. Zarul ketawa besar apabila mereka berdua akhirnya jatuh juga ke tanah. “Bukan tak pandai tapi dah lama tak menunggang. Lagipun, Alis berat sangat,” Zarul memberi alasan apabila Alissa menuduhnya tidak pandai menunggang basikal menyebabkan mereka berdua jatuh. “Aku berat?” Alissa terjerit kecil apabila Zarul menuduhnya begitu. Zarul mengangguk-angguk mengiakan membuatkan Alissa menarik muka masam. “Haah… berat macam kapas!” tuduh Zarul lagi. Berat macam kapas? Ungkapan apa tu? Alissa tibatiba tergelak. Tahulah dia, Zarul cuma mahu mengusiknya sahaja. Sekali lagi Alissa tergelak besar. Hari ini Zahim benarbenar menggembirakannya. Zahim membuatkan senyuman dan ketawanya tidak berhenti. “Alis gembira hari ni?” Zarul bertanyakan sesuatu yang memang dirasainya ketika ini. Lantas Alissa mengangguk pantas. “Selama ni Alis tak gembira di sisi saya?” “Tak kira apa saja yang kita lakukan berdua, asalkan kau ada di sisi aku, aku tak pernah bersedih….” “Terima kasih, Alis. Saya akan mengingati hari ni selama-lamanya walaupun saya ditakdirkan tak mampu memiliki Alis suatu hari nanti.”

96

Antasya Balkis

Zarul memimpin Alissa setelah menuturkan katakata itu. Alissa yang mendengarnya mengerutkan kening sehingga bertaut menjadi satu. Aneh! Semuanya penuh dengan keanehan. Mengapa berbicara begitu? Mengapa menuturkannya di saat hatinya sedang bergembira? Tetapi dia tidak mahu bertanya kerana saat ini hatinya terbuai indah. Namun, sesekali apabila dia mengilas pandangnya ke wajah pemuda di sisinya, Alissa merasakan satu kelainan yang ketara. Namun untuk mencarinya, Alissa keliru. “Kenapa pandang saya macam tu?” tanya Zarul dengan ketawanya masih bersisa. “Semua yang pelik dan aneh berlaku pada aku. Kenapa ya?” Alissa cuba mencari jawapannya. “Apa yang pelik dan anehnya?” tanya Zarul. “Kaulah!” tuduh Alissa. “Saya?” Alissa mengangguk. Zarul ketawa. “Habis, kalau semuanya sama aja, tak bosan ke hidup? Sesekali timbul keanehan dan kepelikan apa salahnya!” “Tapi apa yang menyebabkan kau berubah, Zahim?” “Sebab saya sedang bahagia….” Alissa mengerutkan keningnya. Bahagia? Ah, gasak kaulah, Zahim! Alissa tidak mahu ambil peduli lagi.

97

No. ISBN:- 978-967-5067-06-8 Jumlah muka surat: 678 Harga Runcit:Semenanjung M’sia: RM22, Sabah/Sarawak: RM25 Harga Ahli KKN:Semenanjung M’sia: RM18, Sabah/Sarawak: RM21 Sinopsis:Zarul... aku umpamakan kau seperti arca yang membalikkan semua kenanganku bersama si dia. Tanpa aku sedari sebenarnya kita yang telah menciptanya bersama. Lama aku mengenanginya dengan air mata. Sesuatu telah terjadi kerana tohmahan dan juga kumbang lain yang ingin memiliki diriku, aku diibaratkan

kau seperti kisah semalam yang menyedihkan. Aku enggan memilikimu.... Namun, di suatu hari yang indah aku tiba-tiba menyedari... suatu penantian yang telah lama menantiku, aku tiba-tiba telah jatuh cinta kepadamu.... “Mengenalimu... mencintaimu... duniaku bagaikan dikelilingi warna-warna indah!” Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan SUATU PENANTIAN di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai berdekatan anda. Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online atau pun pos. Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/ kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, D’Wangsa, Wangsa Maju, 53000 Kuala Lumpur. No. Telefon:- 03-4149 0096 No. Faks:- 03-4149 1196